SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 23
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
                 ( PPG)




              NAMA :
    WAN SUHAILA BINTI ABDULLAH

    NOMBOR KAD PENGENALAN :

           800309-11-5216

         KUMPULAN/UNIT :

              PRA (A)

    MATA PELAJARAN DAN KOD :

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)

        NAMA PENSYARAH :

      PN. YUSLAINI BINTI YUNUS

          TARIKH SERAH :

         1 SEPTEMBER 2012
ISI KANDUNGAN

                            Muka Surat



Soalan A

      Soaln 1 (a)               1-11

      Soalan 1 (b)              12 -17



Soalan B

      Penulisan Reflektif       18 -19

Bibliografi                     20

Kolaborasi                      21
ARAHAN TUGASAN

a) Pilih dua amalan budaya yang diamalkan oleh dua kaum di Malaysia.
   Melalui pengurusan grafik, banding bezakan amalan budaya tersebut.


  Amalan             Kaum Melayu                         Kaum Cina



 Kelahiran   Sewaktu Mengandung               Sewaktu Mengandung
             Melenggang perut                 Mengamalkan pantang larang
                   Dipanggil kirim perut      ketika mengandung.
                   Dilakukan kepada                 Tidak dibenarkan memaku.
                   wanita yang                      Digalakkan supaya bekerja
                   mengandung anak                  bagi memudahkan proses
                   sulung.                          bersalin.
             Sewaktu Bersalin                       Dilarang makan makanan
             Potong tali pusat                      yang tajam.
             Diazankan bagi bayi lelaki dan   Selepas Kelahiran
             iqamat bagi bayi perempuan.      Adat Berpantang
             Membelah mulut                         Perlu berpantang selama
             Berpantang                             empat puluh hari.
                   Berlangsung selama 44            Pusat bayi dililit agar perut
                   hari                             bayi tidak masuk angin.
                   Perlu makan ubat-                Memakan makanan yang
                   ubatan tradisi dan               panas dan pedas untuk
                   bertungku.                       mengeluarkan angin bagi
             Selepas Lahir                          wanita bersalin.
             Tanggal pusat                    Kenduri
             Memberi nama                           Mengadakan kenduri
                   Disunatkan memberi               apabila bayi mencapai
                   nama yang mempunyai              sebulan.
                   maksud yang baik.          Mencukur rambut
                                                    Beranggapan rambut bayi
                                                    yang dilahirkan adalah
rambut sementara.
                                    Sebagai pengiktirafan
                                    terhadap kelahiran orang
                                    baru.
                               Memberi nama
Cukur rambut                        Nama yang baik perlu
      Dilakukan pada hari ke        mengambil kira makna,
      tujuh.                        unsur Ying dan Yang.
                                    Nama perlu mempunyai
                                    maksud yang baik , bunyi
                                    yang sedap didengar dan
                                    mempunyai lima unsur iaitu
                                    emas, air, api, tanah dan
                                    kayu.



Naik buai
Jejak tanah
Bersunat / berkhatan
      Bayi perempuan
      dilakukan ketika bayi
      masih kecil.
      Bayi lelaki dilakukan
      ketika bayi berumur
      sekitar lapan hingga
      dua belas tahun.
Amalan                Kaum Melayu                      Kaum Cina



Perkahwinan   Merisik                         Merisik
                    Dipanggil meninjau atau         Dijalankan untuk
                    menengok.                       mengetahui latar belakang
                    Merupakan tahap awal            gadis yang dihajati.
                    menjodohkan teruna
                    dan dara.
                    Bagi memastikan gadis
                    yang dihajati masih
                    belum berpunya dan
                    dapat menyelidik latar
                    belakang si gadis.
                    Si gadis boleh
                    mempertimbangkan
                    kriteria lelaki.




              Meminang                        Meminang
                    Dilakukan oleh kaum             Wakil dihantar bagi
                    keluarga terdekat pihak         membincangkan perkara-
                    lelaki.                         perkara berkaitan
                    Saudara mara kedua-             perkahwinan.
                    dua belah pihak akan            Menetapkan jumlah mas
                    berunding bagi                  kahwin.
                    menetapkan tarikh dan
                    masa yang sesuai untuk
                    adat bertunang pula.
Perbincangan diadakan
     berkenaan hantaran
     dan jumlah rombongan
     yang datang.




Bertunang                         Bertunang
     Pihak lelaki diwakili oleh         Berdasarkan kalendar Cina.
     keluarga dan saudara               Tukang tilik akan
     mara terdekat.                     memberikan masa yang
     Kenduri diadakan                   sesuai untuk berkahwin.
     sempena majlis.
     Pertunangan
     Bilangan hantaran
     adalah jumlah ganjil.




Perkahwinan                       Majlis Perkahwinan
     Akad Nikah                         Memakai pakaian yang
     Majlis                             diperbuat daripada sutera.
                                        Tidak akan mengadakan
                                        majlis sekiranya berlaku
                                        kematian.
                                        Pengantin lelaki akan
                                        bertandang ke rumah
                                        pengantin perempuan.
                                        Upacara meminum teh.
                                        Kemuncak upacara ialah
                                        pada malam hari di mana
                                        diadakan majlis jamuan
                                        makan.
Huraikan amalan budaya dan analisis perubahan amalan budaya tersebut
ekoran faktor-faktor pembolehubah yang mendorong kepada amalan yang
berbeza dari dulu hingga kini dari pegangan tradisional kepada yang lebih
moden. Jelaskan rasional amalan budaya itu perlu dikekalkan.

      Budaya dan warisan merupakan dua perkataan yang seringkali diperkatakan
khususnya apabila membincangkan isu-isu yang berkait dengan sejarah bangsa dan
negara. Dari sudut tafsiran, budaya berasal daripada perkataan sanskrit buddayah,
yang merupakan kata jamak bagi perkataa buddhi, yang bermaksud budi pekerti
atau akal, atau secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal
manusia.

       Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah
wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut.
Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan
agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni
dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin
kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan
menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah
SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2. Maksudnya:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu’
dalam sembahyangnya”.

Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari
dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum.
Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu
dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada
pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari.

      Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu
sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini
tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai
moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa
tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman
akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara.
Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai
murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah
kebudayaan tinggi (high culture).

      Konflik antara budaya tradisional dan budaya moden telah lama wujud iaitu
ketika era penjajahan barat ke Tanah Melayu. Hal ini kerana, kedatangan penjajah
barat ke Tanah Melayu turut membawa budaya mereka dalam pelbagai aspek
seperti cara berpakaian, pemakanan, pergaulan, nilai, kepercayaan dan sebagainya.
Namun, konflik budaya ini kian ketara apabila arus permodenan dan globalisasi
melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Konflik budaya ini berlaku apabila
masyarakat hari ini lebih senang memilih untuk mengamalkan cara hidup moden dan
meninggalkan amalan-amalan dan budaya hidup tradisional. Kebudayaan tradisional
merupakan amalan yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun meliputi
keseluruhan cara hidup, nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat tinggi dengan
nilai-nilai murni, agak terikat dengan pelbagai adat tertentu dan pantang larang.
Kebudayaan moden pula adalah budaya yang berlawanan dengan unsur-unsur
budaya tradisional. Kebudayaan moden dipengaruhi oleh budaya barat kerana
golongan atau generasi muda beranggapan bahawa segala yang terdapat dalam
peradaban barat adalah kemajuan. Pertembungan kebudayaan tradisional yang
penuh dengan nilai yang positif dengan kebudayaan moden yang lebih banyak
membawa unsur negatif bertunjangkan barat menimbulkan pergolakan dan konflik
budaya. Proses modenisasi daripada barat yang diterima oleh masyarakat Melayu
terutamanya golongan muda mengundang pelbagai masalah sosial seperti budaya
rock, budaya lepak dan rempit, fesyen pakaian dan fesyen rambut yang menyakitkan
mata memandang dan banyak lagi. Keadaan ini menyebabkan golongan yang
berpegang dengan nilai tradisi merasakan bahawa budaya moden hari ini membawa
kepada kemerosotan tradisi budaya Melayu serta menghilangkan identiti budaya
Melayu.

      Penggunaan istilah “ moden” selalu bertentangan dengan tradisional. Moden
merupakan simbol kemajuan, pemikiran rasional dan juga merupakan salah satu ciri
bagi masyarakat maju. Bagi istilah “ tradisional” pula, ia selalu dikaitkan dengan
kemunduran, tidak rasional dan juga dikaitkan dengan faktor bukan material.
Menurut Durkheim, proses modenisasi menyebabkan runtuhnya nilai-nilai tradisi. Di
sini, apabila kita kaitkan antara budaya moden dan budaya tradisional, konflik akan
wujud kerana kehadiran budaya moden ini telah meruntuhkan nilai-nilai murni yang
terdapat pada budaya tradisional. Sebenarnya, penyataan yang mengatakan budaya
moden boleh membawa kemajuan boleh dipertikaikan. Hal ini demikian kerana
bukan semua budaya moden boleh membawa kesan yang positif kepada
masyarakat. Hal ini dapat dibukti melalui pelbagai media massa dan media cetak
yang memaparkan kesan daripada budaya moden ini. Sebagai contoh, pada masa
dahulu, masyarakat dulu memang terkenal dengan sikap yang lemah lembut dan
bersopan santun. Walaupun masyarakat pada masa itu tidaklah secanggih pada
masa kini, namun pengangan nilai-nilai murni dan nilai-nilai moral ini telah
menjadikannya salah satu budaya yang dihormati dan dihargai oleh masyarakat luar.
Inilah dikatakan sebagai budaya tradisional yang lebih mementingkan nilai murni.
Sebaliknya, apabila kita sebut sahaja budaya moden sekarang, banyak isu-isu
negatif yang timbul. Contohnya, budaya samseng, gengsterisme, dan banyak lagi
kes-kes jenayah. Hal ini sedemikian kerana budaya tradisional ini telah diracuni oleh
budaya moden yang dibawa dari negara barat. Budaya moden bukan sahaja
meruntuhkan nilai-nilai murni masyarakat, tetapi juga telah meracuni pemikiran
masyarakat dengan mengatakan budaya moden lebih baik daripada budaya
tradisional. Ini menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi bahawa hanya
budaya moden ini sahaja akan membawa kemajuan dan budaya tradisional harus
diabaikan kerana ia merupakan penghalang kepada kemajuan. Oleh itu, kita sebagai
seorang yang rasional, kita harus pandai untuk membezakan antara baik dan buruk.
Sememangnya, konflik antara budaya moden dan budaya tradisional ini memang
tidak dapat dinafikan. Namun, konflik ini dapat dikurangkan sekiranya budaya moden
yang positif disesuaikan dengan budaya tradisional.

      Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya lama yang
masih diteruskan manakala perubahan budaya merupakan amalan budaya lama
tetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke
dalam budaya lama dan diamalkan. Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas
terlihat dalam peribahasa yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat”.
Contohnya adat dan budaya Melayu yang mengalami proses perubahan budaya
adalah seperti adat perkahwinan. Tataperlakuan dalam adat resam masyarakat
Melayu terutamanya adat dan budaya perkahwinan banyak dipengaruhi oleh adat
yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam.
Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah
dan penuh adat istiadat. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk
perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan
berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis
bersanding. Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang
dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-
masing. Biasanya apabila ibu bapa merasakan anak lelaki sudah sampai masa untuk
berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya,
ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan
dengan                      anak                     lelaki                    mereka.
Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini
termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada
dua peringkat iaitu merisik dan meminang. Apabila hati seorang teruna telah
berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik
bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadangkala semasa
merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara
bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya
bertunang. Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang
secara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa
dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-
dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian
kedua belah pihak. Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih
diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara
telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi.

      Walaupun adat perkahwinan masih lagi diamalkan oleh masyarakat melayu,
namun, amalan kenduri kahwin telah mengalami beberapa perubahan mengikut arus
pemodenan. Jika dahulu, kenduri kahwin diadakan secara gotong-royong bersama-
sama dengan penduduk kampung. Masing-masing membawa barangan seperti
beras, gula, sayuran dan sebagainya untuk dimasak dan dijamu kepada tetamu.
Dengan itu, tuan rumah tidak perlu bersusah hati untuk memikirkan kos yang terlalu
besar untuk ditanggung.Tetapi kini khidmat katering sering digunakan dalam kenduri
kahwin kerana lebih mudah dan menjimatkan kos. Persandingan pula tidak diadakan
di rumah pengantin sebaliknya diadakan di hotel-hotel mewah. Budaya moden ini
selalunya berlaku dalam kalangan masyarakat bandar yang lebih mementingkan
status daripada ikatan sillaturrahim.
Selain itu, budaya berkhatan juga telah mengalami perubahan seiring dengan
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Jika dahulu, khidmat “tok mudim”
sering digunakan dalam upacara berkahatan, tetapi kini khidmat doktor perubatan
yang menggunakan teknologi laser lebih digemari oleh masyarakat. Ini kerana,
penggunaan teknologi canggih ini lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional
yang memakan masa yang lama untuk sembuh. Walaupun begitu, kita haruslah
mengekalkan kebudayaan yang menjadi warisan turun-temurun nenek moyang kita.
Jika kita sendiri tidak mencintai budaya bangsa, budaya ini akan terus lenyap ditelan
arus pemodenan.

      Amalan berpantang juga mengalami proses perubahan. Para ibu dari dahulu
hingga sekarang mengamalkan amalan berpantang bagi menjaga kesihatan dan
bagi mengembalikan kepada bentuk badan yang asal. Para ibu menjaga pemakanan
mereka,     mengamalkan      kaedah     membengkung          perut,     serta   mengamalkan
pemakanan kesihatan bagi memulihkan tenaga selepas bersalin. Amalan berpantang
ini masih diteruskan hingga ke sekarang namun mengalami beberapa perubahan
mengikut peredaran masa. Para ibu masih lagi mengamalkan pemakanan kesihatan
tetapi tidak lagi memakan atau meminum ramuan ubat yang pahit sebaliknya mereka
mengamalkan pemakanan jamu serta pil vitamin yang dibekalkan oleh doktor.
Mereka juga tetap mengamalkan kaedah bertungku tetapi bertungku secara moden
kerana     pada    masa      sekarang     amat       susah     untuk         mencari     tungku.
Mereka juga mengamalkan kaedah membengkung perut tetapi mereka tidak lagi
menggunakan bengkung yang diisi dengan pelbagai ramuan herba sebaliknya
menggunakan       bengkung     yang     dilengkapi     dengan         pita    magnetik    untuk
mengempiskan perut mereka. Dahulu, para ibu menggunakan bidan untuk mengurut
mereka selepas bersalin tetapi sekarang para ibu lebih senang untuk berkunjung ke
pusat rawatan kecantikan bagi mendapat perkhidmatan mengurut. Teknologi moden
juga telah berjaya menghasilkan pelbagai alat senaman yang moden seperti kerusi
urut dan alat urutan kaki bagi membolehkan para ibu mengembalikan tenaga selepas
bersalin serta mengembalikan bentuk badan yang asal.

      Konflik juga tercetus dalam amalan kehidupan berjiran. Masyarakat yang
berpegang kepada kebudayaan tradisional terutamanya masyarakat kampung begitu
menitikberatkan kerukunan hidup berjiran. Amalan bertegur sapa dan tolong-
menolong menjadi teras kesejahteraan sesebuah kampung. Sebaliknya, kelompok
yang mengamalkan kebudayaan yang moden terutama warga bandar kurang
memperlihatkan kerukunan hidup berjiran. Bertanya khabar pun menggunakan
telefon. Untuk duduk bersembang dan bertegur sapa, jarang sekali dapat dilihat di
kawasan bandar. Di sinilah dapat dilihat bahawa konflik yang wujud dalam konsep
kehidupan berjiran masyarakat tradisi dan moden.

      Pertembungan konsep kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden yang
acapkali menjadi polemik yang mencetuskan pelbagai kontroversi. Jika dikaji
interpretasi kebudayaan tradisional mendukung konotasi adat resam yang diamalkan
sejak turun temurun dan semakin luput ditelan zaman impak daripada proses
modenisasi yang semakin hebat rentetan daripada kesan globalisasi. Maka tidak
hairanlah sekiranya terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan
kebudayaan moden. Salah satu faktor yang mendorong konflik kebudayaan
tradisonal dan moden ialah kemasukan anasir-anasir luar ke dalam kebudayaan
masyarakat Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses globalisasi telah
memberi implikasi maksimum kepada masyarakat Malaysia khususnya dan seluruh
warga masyarakat di dunia amnya. Proses globalisasi membolehkan kebudayaan
luar menerobos masuk ke dalam jiwa masyarakat kita melalui media cetak dan
media elektronik di samping kecanggihan teknologi seperti internet yang ditawarkan
secara berleluasa melalui teknolgi 3G. Hal ini dapat dibuktikan melalui tersebarnya
budaya-budaya kuning seperti budaya punk, hip hop, skin head dan sebagainya
dalam kalangan remaja. Remaja merupakan generasi yang merasai perubahan
ketara ini. Maka tidak hairan sekiranya remaja kita pada hari ini seolah-olah
kehilangan identiti diri dan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kebudayaan
tradisional sedikit demi sedikit telah terhakis. Misalnya, baju kurung dan baju Melayu
tidak lagi menjadi pakaian yang sering dipakai oleh golongan remaja pada ketika ini.
Mereka lebih gemar mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat, menjolok mata
dan sebagainya. Tambah menyedihkan apabila terdapat segelintir golongan yang
tidak mengetahui kewujudan budaya tradisional kita. Walaupun budaya tradisional
merupakan budaya yang telah lama namun budaya ini masih rasional diaplikasikan
dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana budaya tradisional lebih
mementingkan nilai-nilai murni. Budi pekerti mulia dijadikan sebagai landasan bagi
membentuk sahsiah diri masyarakat yang bertamadun. Walau bagaimanapun nilai-
nilai murni seumpama ini semakin terhakis akibat daripada bahana globalisasi.
Secara keseluruhannya, globalisasi merupakan salah satu faktor yang mendorong
kepada pergeseran antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Namun
begitu kita tidak seharusnya menyalahkan poses globalisasi semata-mata sebaliknya
kita seharusnya lebih peka terhadap tranformasi yang berlaku di sekeliling kita. Pada
masa yang sama, kita juga harus bijak membezakan antara perkara yang positif
dengan perkara yang negatif.

        Kesimpulannya,perubahan dunia yang pesat bukanlah sesuatu yang hanya
membawa keburukan sahaja. Kita memerlukan perubahan dunia untuk terus hidup
dan maju ke hadapan. Budaya melayu boleh kekal relevan dengan arus perubahan
ini. Kita boleh mengambil amalan-amalan budaya asing yang murni lagi seni dan
melembutkannya supaya dapat diterapkan ke dalam budaya melayu. Budaya Melayu
haruslah menyesuaikan diri untuk mendapat tempat di         hati anak-anak Melayu
terutama sekali golongan muda. Dengan ini barulah kita dapat mengekalkan budaya
Melayu yang amatlah penting bagi diri kita sebagai anak Melayu. Budaya Melayu
memang tidak lekang dek hujan, tidak lapuk dek panas. Meskipun dengan peredaran
masa, ia mampu membuat penyesuaian kepada keadaan agar ia tetap kekal relevan
dalam kehidupan masyarakat Melayuhari ini. Mari kita sama-sama melestarikan
budaya kita agar nilai-nilai murni serta bahasa ibunda kita dapat tetap mengukuhkan
jati diri kita sendiri.
b) Sebagai seorang guru yang mempunyai pelajar yang pelbagai kaum dan
   mengamalkan kepelbagaian budaya, bagaimanakah anda merancang untuk
   mewujudkan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan
   mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pendahuluan

      Corak pendidikan zaman kolonialisme di negara kita dapat dilihat pada tiga
perkara iaitu pendidikan oleh British yang dihadiri oleh anak-anak gplongan
bangsawan Melayu dan hartawan Cina serta India. Kedua, pendidikan rendah di
sekolah Melayu yang dibantu oleh pihak British yang mempunyai matlamat untuk
menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada ibu bapa
mereka serta kewujudan sekolah vernakular Cina dan India dimana sukatan
pelajaran dan kurikulumnya berpandukan kepada negara asal mereka. Selain itu,
wujud juga sekolah agama dan mengaji Al-Quran. Secara kasarnya, setiap
pendidikan daripada kumpulan etnik mempunyai acuan berbeza yang dirancang
mengikut agenda penjajah ketika itu.

      Namun, di zaman pasca kemerdekaan sistem pendidikan negara telah
berubah dimana ia telah dicorak semula dan mempunyai elemen-elemen tempatan.
Sistem pendidikannya telah diseragamkan dari segi kurikulum dan sukatan
matapelajaran supaya mencapai matlamat bagi membentuk identiti kebangsaan
Malaysia. Proses mencorak sistem pendidikan ini telah lama dilakukan semenjak
sebelum merdeka lagi melalui dua laporan iaitu Penyata Razak pada tahun 1965 dan
Penyata Rahman Talib tahun 1960 dimana ia bertujuan untuk penyatuan kanak-
kanak berbilang etnik di bawah satu bumbung pendidikan kebangsaan melalui
penggunaan satu bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu.

      Justeru, dapat disimpulkan bermula waktu itu pendidikan di negara kita
terbentuk dan berterusan hingga kehari ini dengan membawa matlamat perpaduan
yang melibatkan budaya etnik yang berbeza. Sehubungan itu, pendidikan awal yang
bermula diperingkat bilik darjah dan peranan guru untuk membentuk iklim yang
mesra budaya adalah satu elemen yang sangat penting yang bersesuaian dengan
konteks kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.
Cara mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan mampu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

       (1952, dipetik daripada petikan jurnal yang ditulis oleh Choong Lean Keow,
2008 : 154) menyatakan bahawa “Para pendidik bertanggungjawab untuk membantu
individu memahami serta menghargai norma dan amalan satu-satu budaya. Ini
membawa implikasi bahawa pemupukan kemahiran kreatif dan kritis agak penting
untuk mengatasi kekurangan yang sedia ada dalam masyarakat kini agar dapat
menuju kearah pembentukan masyarakat yang lebih baik”.

       Petikan di atas dinyatakan oleh seorang tokoh pendidikan barat; John Dewey
menunjukkan bahawa seorang guru bertanggungjawab bagi menggalakkan generasi
baru berfikir untuk membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan.
Dalam konteks kepelbagaian sosio-budaya yang mempengaruhi sistem pendidikan
di negara kita, maka guru merupakan orang yang paling sesuai untuk membentuk
murid-murid yang tergolong dalam pelbagai etnik dan latar belakang melalui
pendidikan yang seimbang khususnya melalui amalan pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah.

       Antara peranan guru yang boleh diamalkan semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dalam konteks kepelbagaian budaya yang
pertama ialah, melaksanakan banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersifat
koperatif. Faktor ini disebabkan guru seharusnya bertanggungjawab mengajar murid-
muridnya tanpa mengelompokkan mereka mengikut kaum masing-masing dalam
satu kumpulan sahaja. Perkara yang sama juga harus dilakukan tanpa membezakan
murid dengan kelas sosial mereka. Untuk memahami konsep pengajaran dan
pembelajaran secara koperatif ini maka marilah kita hayati definasi yang diberikan
Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009 : 35) iaitu pendekatan
pembelajaran koperatif merupakan kaedah pedagogi yang berlandaskan prinsip
pengajaran dan pengajran dengan melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan
mempunyai tanggungjawab ke atas tugas masing-masing bagi mencapai tujuan
pembelajaran yang sama. Ini bermaksud, guru akan meletakkan beberapa orang
murid bersama dalam sebuah kumpulan dan kemudian memberikan tugasan untuk
diselesaikan secara bersama atau dalam erti kata lain iaitu secara kolaborasi.
Tugasan yang diberikan memerlukan setiap ahli bekerjasama supaya ianya dapat
diselesaikan.

      Menurut konteks kepelbagaian budaya, contoh ini boleh dilihat apabila guru
meletakkan beberapa orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India dalam satu kumpulan dan meminta mereka melakukan
perbincangan yang bertajuk “Satu Malaysia”.

      Peranan guru yang kedua adalah amalan penggunaan bahasa yang sesuai.
Bahasa merupakan stu sistem komunikasi yang mempunyai makna dalam
menyampaikan mesej daripada penghantar kepada penerima samada ianya dalam
bentuk lisan mahupun bukan lisan. Penggunaan bahasa amat penting dalam
komunikasi dua hala antara guru dan murid. Justeru laras bahasa yang digunakan
perlu bersesuaian dengan tahap umur murid yang mana ia boleh difahami oleh
murid-murid berbilang kaum yang turut mempunyai dialek daripada bahasa ibunda
mereka. Contoh yang mudah adalah amalan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah
semasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika perbualan biasa
diantara guru dan murid.

      Ketiga, adalah amalan penerapan nilai-nilai murni dan disiplin semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Proses penerapan ini dilakukan oleh guru dengan
menyelitkan nilai-nilai murni secara implisit dan eksplisit menrusi aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang telah dirancangkan, mewujudkan peraturan di dalam bilik
darjah yang terkandung nilai-nilai murni dan berbentuk mesra budaya serta
memberikan contoh melalui tauladan dengan mempamerkan kelakuan guru sendiri.

      Sebagai contoh, guru sentiasa menekankan nilai-nilai murni seperti tolong-
menolong, bertolak ansur dan kerjasama semasa meminta murid melakukan aktiviti
secara berkumpulan dan juga aktiviti perbincangan. Guru juga boleh mencipta
peraturan-peraturan yang menggalakkan interaksi murid pelbagai kaum di dalam bilik
darjah seperti, “Dilarang bercakap menggunakan bahasa dialek. Sila gunakan
bahasa Melayu”. Contoh yang terakhir ialah guru mempamerkan tingkah laku positif
kepada murid-murid seperti datang awal ke bilik darjah, bercakap dengan sopan
santun, menggunakan laras bahasa yang sesuai dan lemah-lembut serta
menunjukkan sikap adil kepada murid-murid tanpa mengambil kira perbezaan kaum,
jurang kelas sosiall mahupun perbezaan jantina mereka.

      Peranan guru yang seterusnya iaitu yang keempat ialah mewujudkan
hubungan antara kelompok etnik. Linton menyatakan kebudayaan adalah segala
yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli
masyarakat . Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu di
dalam sesuatu masyarakat. Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang
dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya itu
sebagai suatu amalan yang murni. Generasi muda wajar membaca dan memahami
serta menghayati „roh‟ perlembagaan negara dan kontrak sosial yang diamalkan di
negara ini. Golongan muda disarankan memahami Perlembagaan Persekutuan yang
cmenjamin hak setiap rakyat Malysia sekaligus meneruskan kejayaan pembinaan
negara dan menjaga perhubungan etnik.

      Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan
dan apakah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini
termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi
penggunaan masa dan orientasi penyesuai dan pergaulan. Guru perlu memilih tajuk
pembelajarn yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya masyarakat. Contohnya,
setiap murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentang
perayaan masing-masing tanpa mengira latar belakang mereka. Guru juga tidak
boleh merendahkan dan memburukkan walau apapun etnik mereka. Aktiviti dan
program yang dirancang tidak harus menyentuh isu-isu sensitif yang mampu
mengguriskan    perasaan    mana-mana      pihak.   Guru   hendaklah    menerapkan
kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama ddalam mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna.

Kesimpulan

      Sebagai seorang guru yang mempunyai pelajar yang pelbagai kaum, haruslah
mengetahui latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran mereka. Ini
sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajarnya dan menarik kesungguhan
serta usaha mereka mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang
pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya
pembelajaran pelajar akan memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa mengira
kepelbagaian   yang wujud     di   dalam   sesebuah   bilik   darjah.   Dengan   kata
lain,meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu
akan menghasilkan impak yang baik untuk semua. Guru yang menggunakan
kemahiran-kemahiran yang berkesan dan cara pengajaran yang kreatif akan menarik
minat dan memberikan peluang kepada semua pelajarnya untuk mecapai kejayaan
dalam pembelajaran. Guru perlu tahu bahawa untuk memberikan pengajaran yang
berkesan, mereka harus menunjukkan nilai-nilai budaya yang baik dan memahami
gaya pembelajaran setiap daripada mereka. Tugasnya seorang guru bukan sahaja
mendidik dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada pelajarnya, tetapi ia mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami
dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik
darjah yang mana pada suasana kini pelajar yang wujud adalah datang dari pelbagai
latar budaya antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti,
bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi,
fizikal,tingkah laku dan sosial. Secara umumnya untuk menjadi guru yang cemerlang
cabaran-cabaran seperti ini tidak dapat tidak perlu hadapinya dalam membantu serta
melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. Selain itu juga guru bukan hanya ditugaskan
dengan perkara-perkara ini bahkan juga untuk menjadikan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif adalah dengan memahami gaya
pembelajaran setiap pelajar-pelajarnya. Ada juga pelajar yang pasif dan ada juga
palajar yang aktif tetapi penilaian ini sahaja tidak cukup dalam menggambarkan
proses pembelajaran yang efektif kerana pelajar mempunyai pelbagai ragam
kehidupan dan tingkah laku. Gurulah orang yang memainkan peranan yang sangat
penting dalam menarik serta menjadikan harapan dan impian mereka tercapai. Dari
segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri dalam
memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua pelajarnya tanpa
mengira budaya. Di negara Malaysia sendiri mempunyai budaya masyarakat yang
berbilang kaum dan etnik. Oleh yang demikian guru harus memahami pelajar-
pelajarnya. Melayu, Cina mahupun India mempunyai tahap kefahaman dan cara
pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Jelaslah di sini bahawa, kepelbagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya
merupakan tiga aspek penting yang menjadi cabaran utama dalam menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan
ketiga-tiga aspek perubahan ini kerana ia akan berubah dari zaman ke zaman
mengikut peredaran masa. Guru yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini
merupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru terhadap
kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran
yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan
kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya di Malaysia.


B) Penulisan Reflektif


      Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat
saya menyiapkan tugasan ini walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama
disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
      Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada Pn. Yuslaini selaku pensyarah
matapelajaran Budaya Dan Pembelajaran (EDU 3106), saya berkali-kali membaca
arahan tugasan dan cuba memahaminya. Pada awalnya saya beranggapan tugasan
ini amat sukar kerana banyak perkara yang dikehendakinya dan memerlukan banyak
kajian melalui pelbagai sumber. Walaupun berat hati saya untuk memulakan tugasan
ini, namun saya perlu gagahinya jua. Banyak faktor yang mempengaruhi situasi ini.
Antaranya ialah ketika itu umat islam menjalani ibadah puasa dan sibuk membuat
persiapan hari raya. Ditambah pula keadaan saya yang ketika itu sedang berbadan
dua disamping banyak komitmen lain. Terima kasih kepada suami saya yang banyak
membantu menghantar saya ke sana ke mari.
      Namun, saya bertekad walau apapun halangannya, tugasan ini perlu
disiapkan. Saya mula mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber.
Antaranya melalui buku-buku dan melalui internet. Saya juga mengunjungi beberapa
perpustakaan yang terdapat di negeri ini. Alhamdulillah banyak juga maklumat yang
berkaitan diperolehi. Selain itu saya    banyak bertanya kepada kawan-kawan
sekuliah, rakan sekerja dan orang perseorangan mengenai tajuk tugasan ini. Saya
sempat menemuramah kawan saya yang berbangsa Cina mengenai amalan budaya
kaum Cina. Kebanyakannya memberi kerjasama yang baik. Banyak input yang saya
perolehi daripada mereka. Jika saya mempunyai kawan berbangsa india, sudah
tentu saya akan menemuuramahnya dan berkongsi mengenai amalan budaya
masyarkat India. Tapi, memandangkan negeri terengganu sendiripun kurang
penduduk yang berbangsa India. Nampaknya saya perlu mencari kawan yang
berbangsa india melalui laman sosial facebook contohnya. Lagipun negara kitakan
Satu Malaysia.
      Setelah selesai peringkat mengumpul maklumat, saya mula mengkaji atau
mentelaah sumber yang diperolehi yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Secara
tidak langsung, banyak ilmu yang saya perolehi yang boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian contohnya mengenai amalan-amalan dan pantang larang yang
diamalkan oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kebanyakannya masih
boleh diguna pakai pada zaman sekarang, cuma masyarakat kita memandang kolot
pada peninggalan warisan budaya nenek moyang kita yang terdahulu.
      Melalui tugasan ini juga saya dapat mempertingkatkan kefahaman saya
mengenai pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Sebelum ini,
saya hanya memikirkan sahaja bagaimana untuk menangani bilik darjah yang
pelajarnya berbilang kaum dan bersyukur kerana dihantar mengajar di sekolah yang
muridnya hanya terdiri daripada orang Melayu. Dan selepas menjalankan tugasan
ini, timbul dihati kecil saya keseronokkan sekiranya dapat mengajar murid yang
berbeza latar belakang sosio-budayanya kerana saya sudah tahu bagaimana untuk
mewujudkan perseitaran bilik darjah yang mesra budaya.
      Sesungguhnya tugasan ini memberi banyak impak yang positif kepada saya
sebagai seorang rakyat Malaysia. Saya bangga menjadi rakyat malaysia yang boleh
hidup bersatu padu dalam satu rumpun. Sememangnya kita Satu Malaysia. Semoga
Malaysia terus aman dan harmoni. Terima Kasih Malaysia.
BIBLIOGRAFI


Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Puchong,Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Boon, P. Y, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid.
(2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Koentijaraningrat. (2007). Masyarakat Melayu Dan Budaya Dalam
Perubahan. Yogyakarta : Adicita Karya Nusa.

_________. (2009). Kepentingan Membina Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra
Budaya Dalam Konteks Sekolah Di Malaysia (Rasional Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan) Dilayari Daripada
Http://Nyongatthesky.Blogspot.Com/2009/06/Kepentingan -membina -persekitaran-
bilik Html pada 17 Ogos 2012.
Nur Diyana Bt Makhzani, Nur Hidayah Bt Afandi, Nurul Hafifah Bt. Abdul Razak.
(__________).     Bilik   Darjah     Mesra     Budaya.     Dilayari   daripada
://Www.Scribd.Com/Doc/46531299/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya pada 17 Ogos 2012.

Gotong Royong Kenduri Dulu dan Sekarang - Dilayari daripada
http://www.tranungkite.net/lama/b05/warta680.htm pada 30 Ogos 2012
KOLABORASI


  Tarikh           Perkara               Catatan                T/Tangan


28/7/2012   Menerima soalan         Tugasan perlu dihantar
            tugasan dan taklimat    pada 1/9/2012
            daripada Pn. Yuslaini


15/8/2012   Memahami kehendak       Membuat jadual kerja
            soalan tugasan


20/8/2012   Mencari maklumat        Cetakan maklumat internet
            dari internet/Pusat     Nota ringkas
            sumber                  Pinjaman buku


22/8/2012   Menemuramah Heng        Amalan budaya
            Fan dan isteri          masyarakat Cina


27/8/2012   Menyediakan draf        Menyusun maklumat
                                    Menganalisis maklumat
                                    Menghubungkait maklumat
                                    Membuat huraian
                                    Menaip


8/9/2012    Menghantar tugasan      Diterima dan direkodkan
            kepada Pn. yuslaini
Edu 3106

Más contenido relacionado

Similar a Edu 3106

Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahRuzaifi Ras
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahdausjalil
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinathemimie
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinanYing Yew
 

Similar a Edu 3106 (10)

Blog perkahwinan siap
Blog perkahwinan siapBlog perkahwinan siap
Blog perkahwinan siap
 
adat perkahwinan pelbagai kaum
adat perkahwinan pelbagai kaumadat perkahwinan pelbagai kaum
adat perkahwinan pelbagai kaum
 
Slide adat perkahwinan mengikut kaum
Slide adat perkahwinan mengikut kaumSlide adat perkahwinan mengikut kaum
Slide adat perkahwinan mengikut kaum
 
Adat Merisik
Adat MerisikAdat Merisik
Adat Merisik
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabah
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabah
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Koswernew
KoswernewKoswernew
Koswernew
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
 

Edu 3106

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG) NAMA : WAN SUHAILA BINTI ABDULLAH NOMBOR KAD PENGENALAN : 800309-11-5216 KUMPULAN/UNIT : PRA (A) MATA PELAJARAN DAN KOD : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106) NAMA PENSYARAH : PN. YUSLAINI BINTI YUNUS TARIKH SERAH : 1 SEPTEMBER 2012
  • 2. ISI KANDUNGAN Muka Surat Soalan A Soaln 1 (a) 1-11 Soalan 1 (b) 12 -17 Soalan B Penulisan Reflektif 18 -19 Bibliografi 20 Kolaborasi 21
  • 3. ARAHAN TUGASAN a) Pilih dua amalan budaya yang diamalkan oleh dua kaum di Malaysia. Melalui pengurusan grafik, banding bezakan amalan budaya tersebut. Amalan Kaum Melayu Kaum Cina Kelahiran Sewaktu Mengandung Sewaktu Mengandung Melenggang perut Mengamalkan pantang larang Dipanggil kirim perut ketika mengandung. Dilakukan kepada Tidak dibenarkan memaku. wanita yang Digalakkan supaya bekerja mengandung anak bagi memudahkan proses sulung. bersalin. Sewaktu Bersalin Dilarang makan makanan Potong tali pusat yang tajam. Diazankan bagi bayi lelaki dan Selepas Kelahiran iqamat bagi bayi perempuan. Adat Berpantang Membelah mulut Perlu berpantang selama Berpantang empat puluh hari. Berlangsung selama 44 Pusat bayi dililit agar perut hari bayi tidak masuk angin. Perlu makan ubat- Memakan makanan yang ubatan tradisi dan panas dan pedas untuk bertungku. mengeluarkan angin bagi Selepas Lahir wanita bersalin. Tanggal pusat Kenduri Memberi nama Mengadakan kenduri Disunatkan memberi apabila bayi mencapai nama yang mempunyai sebulan. maksud yang baik. Mencukur rambut Beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah
  • 4. rambut sementara. Sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru. Memberi nama Cukur rambut Nama yang baik perlu Dilakukan pada hari ke mengambil kira makna, tujuh. unsur Ying dan Yang. Nama perlu mempunyai maksud yang baik , bunyi yang sedap didengar dan mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu. Naik buai Jejak tanah Bersunat / berkhatan Bayi perempuan dilakukan ketika bayi masih kecil. Bayi lelaki dilakukan ketika bayi berumur sekitar lapan hingga dua belas tahun.
  • 5. Amalan Kaum Melayu Kaum Cina Perkahwinan Merisik Merisik Dipanggil meninjau atau Dijalankan untuk menengok. mengetahui latar belakang Merupakan tahap awal gadis yang dihajati. menjodohkan teruna dan dara. Bagi memastikan gadis yang dihajati masih belum berpunya dan dapat menyelidik latar belakang si gadis. Si gadis boleh mempertimbangkan kriteria lelaki. Meminang Meminang Dilakukan oleh kaum Wakil dihantar bagi keluarga terdekat pihak membincangkan perkara- lelaki. perkara berkaitan Saudara mara kedua- perkahwinan. dua belah pihak akan Menetapkan jumlah mas berunding bagi kahwin. menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.
  • 6. Perbincangan diadakan berkenaan hantaran dan jumlah rombongan yang datang. Bertunang Bertunang Pihak lelaki diwakili oleh Berdasarkan kalendar Cina. keluarga dan saudara Tukang tilik akan mara terdekat. memberikan masa yang Kenduri diadakan sesuai untuk berkahwin. sempena majlis. Pertunangan Bilangan hantaran adalah jumlah ganjil. Perkahwinan Majlis Perkahwinan Akad Nikah Memakai pakaian yang Majlis diperbuat daripada sutera. Tidak akan mengadakan majlis sekiranya berlaku kematian. Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan. Upacara meminum teh. Kemuncak upacara ialah pada malam hari di mana diadakan majlis jamuan makan.
  • 7. Huraikan amalan budaya dan analisis perubahan amalan budaya tersebut ekoran faktor-faktor pembolehubah yang mendorong kepada amalan yang berbeza dari dulu hingga kini dari pegangan tradisional kepada yang lebih moden. Jelaskan rasional amalan budaya itu perlu dikekalkan. Budaya dan warisan merupakan dua perkataan yang seringkali diperkatakan khususnya apabila membincangkan isu-isu yang berkait dengan sejarah bangsa dan negara. Dari sudut tafsiran, budaya berasal daripada perkataan sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataa buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal, atau secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2. Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya”. Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari. Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara. Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai
  • 8. murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah kebudayaan tinggi (high culture). Konflik antara budaya tradisional dan budaya moden telah lama wujud iaitu ketika era penjajahan barat ke Tanah Melayu. Hal ini kerana, kedatangan penjajah barat ke Tanah Melayu turut membawa budaya mereka dalam pelbagai aspek seperti cara berpakaian, pemakanan, pergaulan, nilai, kepercayaan dan sebagainya. Namun, konflik budaya ini kian ketara apabila arus permodenan dan globalisasi melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Konflik budaya ini berlaku apabila masyarakat hari ini lebih senang memilih untuk mengamalkan cara hidup moden dan meninggalkan amalan-amalan dan budaya hidup tradisional. Kebudayaan tradisional merupakan amalan yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun meliputi keseluruhan cara hidup, nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat tinggi dengan nilai-nilai murni, agak terikat dengan pelbagai adat tertentu dan pantang larang. Kebudayaan moden pula adalah budaya yang berlawanan dengan unsur-unsur budaya tradisional. Kebudayaan moden dipengaruhi oleh budaya barat kerana golongan atau generasi muda beranggapan bahawa segala yang terdapat dalam peradaban barat adalah kemajuan. Pertembungan kebudayaan tradisional yang penuh dengan nilai yang positif dengan kebudayaan moden yang lebih banyak membawa unsur negatif bertunjangkan barat menimbulkan pergolakan dan konflik budaya. Proses modenisasi daripada barat yang diterima oleh masyarakat Melayu terutamanya golongan muda mengundang pelbagai masalah sosial seperti budaya rock, budaya lepak dan rempit, fesyen pakaian dan fesyen rambut yang menyakitkan mata memandang dan banyak lagi. Keadaan ini menyebabkan golongan yang berpegang dengan nilai tradisi merasakan bahawa budaya moden hari ini membawa kepada kemerosotan tradisi budaya Melayu serta menghilangkan identiti budaya Melayu. Penggunaan istilah “ moden” selalu bertentangan dengan tradisional. Moden merupakan simbol kemajuan, pemikiran rasional dan juga merupakan salah satu ciri bagi masyarakat maju. Bagi istilah “ tradisional” pula, ia selalu dikaitkan dengan kemunduran, tidak rasional dan juga dikaitkan dengan faktor bukan material. Menurut Durkheim, proses modenisasi menyebabkan runtuhnya nilai-nilai tradisi. Di sini, apabila kita kaitkan antara budaya moden dan budaya tradisional, konflik akan wujud kerana kehadiran budaya moden ini telah meruntuhkan nilai-nilai murni yang
  • 9. terdapat pada budaya tradisional. Sebenarnya, penyataan yang mengatakan budaya moden boleh membawa kemajuan boleh dipertikaikan. Hal ini demikian kerana bukan semua budaya moden boleh membawa kesan yang positif kepada masyarakat. Hal ini dapat dibukti melalui pelbagai media massa dan media cetak yang memaparkan kesan daripada budaya moden ini. Sebagai contoh, pada masa dahulu, masyarakat dulu memang terkenal dengan sikap yang lemah lembut dan bersopan santun. Walaupun masyarakat pada masa itu tidaklah secanggih pada masa kini, namun pengangan nilai-nilai murni dan nilai-nilai moral ini telah menjadikannya salah satu budaya yang dihormati dan dihargai oleh masyarakat luar. Inilah dikatakan sebagai budaya tradisional yang lebih mementingkan nilai murni. Sebaliknya, apabila kita sebut sahaja budaya moden sekarang, banyak isu-isu negatif yang timbul. Contohnya, budaya samseng, gengsterisme, dan banyak lagi kes-kes jenayah. Hal ini sedemikian kerana budaya tradisional ini telah diracuni oleh budaya moden yang dibawa dari negara barat. Budaya moden bukan sahaja meruntuhkan nilai-nilai murni masyarakat, tetapi juga telah meracuni pemikiran masyarakat dengan mengatakan budaya moden lebih baik daripada budaya tradisional. Ini menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi bahawa hanya budaya moden ini sahaja akan membawa kemajuan dan budaya tradisional harus diabaikan kerana ia merupakan penghalang kepada kemajuan. Oleh itu, kita sebagai seorang yang rasional, kita harus pandai untuk membezakan antara baik dan buruk. Sememangnya, konflik antara budaya moden dan budaya tradisional ini memang tidak dapat dinafikan. Namun, konflik ini dapat dikurangkan sekiranya budaya moden yang positif disesuaikan dengan budaya tradisional. Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya lama yang masih diteruskan manakala perubahan budaya merupakan amalan budaya lama tetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan. Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat”. Contohnya adat dan budaya Melayu yang mengalami proses perubahan budaya adalah seperti adat perkahwinan. Tataperlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu terutamanya adat dan budaya perkahwinan banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk
  • 10. perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding. Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing- masing. Biasanya apabila ibu bapa merasakan anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka. Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu merisik dan meminang. Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadangkala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang. Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua- dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak. Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Walaupun adat perkahwinan masih lagi diamalkan oleh masyarakat melayu, namun, amalan kenduri kahwin telah mengalami beberapa perubahan mengikut arus pemodenan. Jika dahulu, kenduri kahwin diadakan secara gotong-royong bersama- sama dengan penduduk kampung. Masing-masing membawa barangan seperti beras, gula, sayuran dan sebagainya untuk dimasak dan dijamu kepada tetamu. Dengan itu, tuan rumah tidak perlu bersusah hati untuk memikirkan kos yang terlalu besar untuk ditanggung.Tetapi kini khidmat katering sering digunakan dalam kenduri kahwin kerana lebih mudah dan menjimatkan kos. Persandingan pula tidak diadakan di rumah pengantin sebaliknya diadakan di hotel-hotel mewah. Budaya moden ini selalunya berlaku dalam kalangan masyarakat bandar yang lebih mementingkan status daripada ikatan sillaturrahim.
  • 11. Selain itu, budaya berkhatan juga telah mengalami perubahan seiring dengan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Jika dahulu, khidmat “tok mudim” sering digunakan dalam upacara berkahatan, tetapi kini khidmat doktor perubatan yang menggunakan teknologi laser lebih digemari oleh masyarakat. Ini kerana, penggunaan teknologi canggih ini lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional yang memakan masa yang lama untuk sembuh. Walaupun begitu, kita haruslah mengekalkan kebudayaan yang menjadi warisan turun-temurun nenek moyang kita. Jika kita sendiri tidak mencintai budaya bangsa, budaya ini akan terus lenyap ditelan arus pemodenan. Amalan berpantang juga mengalami proses perubahan. Para ibu dari dahulu hingga sekarang mengamalkan amalan berpantang bagi menjaga kesihatan dan bagi mengembalikan kepada bentuk badan yang asal. Para ibu menjaga pemakanan mereka, mengamalkan kaedah membengkung perut, serta mengamalkan pemakanan kesihatan bagi memulihkan tenaga selepas bersalin. Amalan berpantang ini masih diteruskan hingga ke sekarang namun mengalami beberapa perubahan mengikut peredaran masa. Para ibu masih lagi mengamalkan pemakanan kesihatan tetapi tidak lagi memakan atau meminum ramuan ubat yang pahit sebaliknya mereka mengamalkan pemakanan jamu serta pil vitamin yang dibekalkan oleh doktor. Mereka juga tetap mengamalkan kaedah bertungku tetapi bertungku secara moden kerana pada masa sekarang amat susah untuk mencari tungku. Mereka juga mengamalkan kaedah membengkung perut tetapi mereka tidak lagi menggunakan bengkung yang diisi dengan pelbagai ramuan herba sebaliknya menggunakan bengkung yang dilengkapi dengan pita magnetik untuk mengempiskan perut mereka. Dahulu, para ibu menggunakan bidan untuk mengurut mereka selepas bersalin tetapi sekarang para ibu lebih senang untuk berkunjung ke pusat rawatan kecantikan bagi mendapat perkhidmatan mengurut. Teknologi moden juga telah berjaya menghasilkan pelbagai alat senaman yang moden seperti kerusi urut dan alat urutan kaki bagi membolehkan para ibu mengembalikan tenaga selepas bersalin serta mengembalikan bentuk badan yang asal. Konflik juga tercetus dalam amalan kehidupan berjiran. Masyarakat yang berpegang kepada kebudayaan tradisional terutamanya masyarakat kampung begitu menitikberatkan kerukunan hidup berjiran. Amalan bertegur sapa dan tolong- menolong menjadi teras kesejahteraan sesebuah kampung. Sebaliknya, kelompok
  • 12. yang mengamalkan kebudayaan yang moden terutama warga bandar kurang memperlihatkan kerukunan hidup berjiran. Bertanya khabar pun menggunakan telefon. Untuk duduk bersembang dan bertegur sapa, jarang sekali dapat dilihat di kawasan bandar. Di sinilah dapat dilihat bahawa konflik yang wujud dalam konsep kehidupan berjiran masyarakat tradisi dan moden. Pertembungan konsep kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden yang acapkali menjadi polemik yang mencetuskan pelbagai kontroversi. Jika dikaji interpretasi kebudayaan tradisional mendukung konotasi adat resam yang diamalkan sejak turun temurun dan semakin luput ditelan zaman impak daripada proses modenisasi yang semakin hebat rentetan daripada kesan globalisasi. Maka tidak hairanlah sekiranya terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Salah satu faktor yang mendorong konflik kebudayaan tradisonal dan moden ialah kemasukan anasir-anasir luar ke dalam kebudayaan masyarakat Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses globalisasi telah memberi implikasi maksimum kepada masyarakat Malaysia khususnya dan seluruh warga masyarakat di dunia amnya. Proses globalisasi membolehkan kebudayaan luar menerobos masuk ke dalam jiwa masyarakat kita melalui media cetak dan media elektronik di samping kecanggihan teknologi seperti internet yang ditawarkan secara berleluasa melalui teknolgi 3G. Hal ini dapat dibuktikan melalui tersebarnya budaya-budaya kuning seperti budaya punk, hip hop, skin head dan sebagainya dalam kalangan remaja. Remaja merupakan generasi yang merasai perubahan ketara ini. Maka tidak hairan sekiranya remaja kita pada hari ini seolah-olah kehilangan identiti diri dan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kebudayaan tradisional sedikit demi sedikit telah terhakis. Misalnya, baju kurung dan baju Melayu tidak lagi menjadi pakaian yang sering dipakai oleh golongan remaja pada ketika ini. Mereka lebih gemar mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat, menjolok mata dan sebagainya. Tambah menyedihkan apabila terdapat segelintir golongan yang tidak mengetahui kewujudan budaya tradisional kita. Walaupun budaya tradisional merupakan budaya yang telah lama namun budaya ini masih rasional diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana budaya tradisional lebih mementingkan nilai-nilai murni. Budi pekerti mulia dijadikan sebagai landasan bagi membentuk sahsiah diri masyarakat yang bertamadun. Walau bagaimanapun nilai- nilai murni seumpama ini semakin terhakis akibat daripada bahana globalisasi. Secara keseluruhannya, globalisasi merupakan salah satu faktor yang mendorong
  • 13. kepada pergeseran antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Namun begitu kita tidak seharusnya menyalahkan poses globalisasi semata-mata sebaliknya kita seharusnya lebih peka terhadap tranformasi yang berlaku di sekeliling kita. Pada masa yang sama, kita juga harus bijak membezakan antara perkara yang positif dengan perkara yang negatif. Kesimpulannya,perubahan dunia yang pesat bukanlah sesuatu yang hanya membawa keburukan sahaja. Kita memerlukan perubahan dunia untuk terus hidup dan maju ke hadapan. Budaya melayu boleh kekal relevan dengan arus perubahan ini. Kita boleh mengambil amalan-amalan budaya asing yang murni lagi seni dan melembutkannya supaya dapat diterapkan ke dalam budaya melayu. Budaya Melayu haruslah menyesuaikan diri untuk mendapat tempat di hati anak-anak Melayu terutama sekali golongan muda. Dengan ini barulah kita dapat mengekalkan budaya Melayu yang amatlah penting bagi diri kita sebagai anak Melayu. Budaya Melayu memang tidak lekang dek hujan, tidak lapuk dek panas. Meskipun dengan peredaran masa, ia mampu membuat penyesuaian kepada keadaan agar ia tetap kekal relevan dalam kehidupan masyarakat Melayuhari ini. Mari kita sama-sama melestarikan budaya kita agar nilai-nilai murni serta bahasa ibunda kita dapat tetap mengukuhkan jati diri kita sendiri.
  • 14. b) Sebagai seorang guru yang mempunyai pelajar yang pelbagai kaum dan mengamalkan kepelbagaian budaya, bagaimanakah anda merancang untuk mewujudkan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pendahuluan Corak pendidikan zaman kolonialisme di negara kita dapat dilihat pada tiga perkara iaitu pendidikan oleh British yang dihadiri oleh anak-anak gplongan bangsawan Melayu dan hartawan Cina serta India. Kedua, pendidikan rendah di sekolah Melayu yang dibantu oleh pihak British yang mempunyai matlamat untuk menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka serta kewujudan sekolah vernakular Cina dan India dimana sukatan pelajaran dan kurikulumnya berpandukan kepada negara asal mereka. Selain itu, wujud juga sekolah agama dan mengaji Al-Quran. Secara kasarnya, setiap pendidikan daripada kumpulan etnik mempunyai acuan berbeza yang dirancang mengikut agenda penjajah ketika itu. Namun, di zaman pasca kemerdekaan sistem pendidikan negara telah berubah dimana ia telah dicorak semula dan mempunyai elemen-elemen tempatan. Sistem pendidikannya telah diseragamkan dari segi kurikulum dan sukatan matapelajaran supaya mencapai matlamat bagi membentuk identiti kebangsaan Malaysia. Proses mencorak sistem pendidikan ini telah lama dilakukan semenjak sebelum merdeka lagi melalui dua laporan iaitu Penyata Razak pada tahun 1965 dan Penyata Rahman Talib tahun 1960 dimana ia bertujuan untuk penyatuan kanak- kanak berbilang etnik di bawah satu bumbung pendidikan kebangsaan melalui penggunaan satu bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu. Justeru, dapat disimpulkan bermula waktu itu pendidikan di negara kita terbentuk dan berterusan hingga kehari ini dengan membawa matlamat perpaduan yang melibatkan budaya etnik yang berbeza. Sehubungan itu, pendidikan awal yang bermula diperingkat bilik darjah dan peranan guru untuk membentuk iklim yang mesra budaya adalah satu elemen yang sangat penting yang bersesuaian dengan konteks kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.
  • 15. Cara mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (1952, dipetik daripada petikan jurnal yang ditulis oleh Choong Lean Keow, 2008 : 154) menyatakan bahawa “Para pendidik bertanggungjawab untuk membantu individu memahami serta menghargai norma dan amalan satu-satu budaya. Ini membawa implikasi bahawa pemupukan kemahiran kreatif dan kritis agak penting untuk mengatasi kekurangan yang sedia ada dalam masyarakat kini agar dapat menuju kearah pembentukan masyarakat yang lebih baik”. Petikan di atas dinyatakan oleh seorang tokoh pendidikan barat; John Dewey menunjukkan bahawa seorang guru bertanggungjawab bagi menggalakkan generasi baru berfikir untuk membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam konteks kepelbagaian sosio-budaya yang mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita, maka guru merupakan orang yang paling sesuai untuk membentuk murid-murid yang tergolong dalam pelbagai etnik dan latar belakang melalui pendidikan yang seimbang khususnya melalui amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Antara peranan guru yang boleh diamalkan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam konteks kepelbagaian budaya yang pertama ialah, melaksanakan banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersifat koperatif. Faktor ini disebabkan guru seharusnya bertanggungjawab mengajar murid- muridnya tanpa mengelompokkan mereka mengikut kaum masing-masing dalam satu kumpulan sahaja. Perkara yang sama juga harus dilakukan tanpa membezakan murid dengan kelas sosial mereka. Untuk memahami konsep pengajaran dan pembelajaran secara koperatif ini maka marilah kita hayati definasi yang diberikan Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009 : 35) iaitu pendekatan pembelajaran koperatif merupakan kaedah pedagogi yang berlandaskan prinsip pengajaran dan pengajran dengan melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan mempunyai tanggungjawab ke atas tugas masing-masing bagi mencapai tujuan pembelajaran yang sama. Ini bermaksud, guru akan meletakkan beberapa orang murid bersama dalam sebuah kumpulan dan kemudian memberikan tugasan untuk diselesaikan secara bersama atau dalam erti kata lain iaitu secara kolaborasi.
  • 16. Tugasan yang diberikan memerlukan setiap ahli bekerjasama supaya ianya dapat diselesaikan. Menurut konteks kepelbagaian budaya, contoh ini boleh dilihat apabila guru meletakkan beberapa orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dalam satu kumpulan dan meminta mereka melakukan perbincangan yang bertajuk “Satu Malaysia”. Peranan guru yang kedua adalah amalan penggunaan bahasa yang sesuai. Bahasa merupakan stu sistem komunikasi yang mempunyai makna dalam menyampaikan mesej daripada penghantar kepada penerima samada ianya dalam bentuk lisan mahupun bukan lisan. Penggunaan bahasa amat penting dalam komunikasi dua hala antara guru dan murid. Justeru laras bahasa yang digunakan perlu bersesuaian dengan tahap umur murid yang mana ia boleh difahami oleh murid-murid berbilang kaum yang turut mempunyai dialek daripada bahasa ibunda mereka. Contoh yang mudah adalah amalan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika perbualan biasa diantara guru dan murid. Ketiga, adalah amalan penerapan nilai-nilai murni dan disiplin semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Proses penerapan ini dilakukan oleh guru dengan menyelitkan nilai-nilai murni secara implisit dan eksplisit menrusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan, mewujudkan peraturan di dalam bilik darjah yang terkandung nilai-nilai murni dan berbentuk mesra budaya serta memberikan contoh melalui tauladan dengan mempamerkan kelakuan guru sendiri. Sebagai contoh, guru sentiasa menekankan nilai-nilai murni seperti tolong- menolong, bertolak ansur dan kerjasama semasa meminta murid melakukan aktiviti secara berkumpulan dan juga aktiviti perbincangan. Guru juga boleh mencipta peraturan-peraturan yang menggalakkan interaksi murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah seperti, “Dilarang bercakap menggunakan bahasa dialek. Sila gunakan bahasa Melayu”. Contoh yang terakhir ialah guru mempamerkan tingkah laku positif kepada murid-murid seperti datang awal ke bilik darjah, bercakap dengan sopan santun, menggunakan laras bahasa yang sesuai dan lemah-lembut serta
  • 17. menunjukkan sikap adil kepada murid-murid tanpa mengambil kira perbezaan kaum, jurang kelas sosiall mahupun perbezaan jantina mereka. Peranan guru yang seterusnya iaitu yang keempat ialah mewujudkan hubungan antara kelompok etnik. Linton menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat . Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam sesuatu masyarakat. Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya itu sebagai suatu amalan yang murni. Generasi muda wajar membaca dan memahami serta menghayati „roh‟ perlembagaan negara dan kontrak sosial yang diamalkan di negara ini. Golongan muda disarankan memahami Perlembagaan Persekutuan yang cmenjamin hak setiap rakyat Malysia sekaligus meneruskan kejayaan pembinaan negara dan menjaga perhubungan etnik. Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi penggunaan masa dan orientasi penyesuai dan pergaulan. Guru perlu memilih tajuk pembelajarn yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya masyarakat. Contohnya, setiap murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentang perayaan masing-masing tanpa mengira latar belakang mereka. Guru juga tidak boleh merendahkan dan memburukkan walau apapun etnik mereka. Aktiviti dan program yang dirancang tidak harus menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Guru hendaklah menerapkan kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama ddalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna. Kesimpulan Sebagai seorang guru yang mempunyai pelajar yang pelbagai kaum, haruslah mengetahui latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran mereka. Ini sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajarnya dan menarik kesungguhan serta usaha mereka mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya
  • 18. pembelajaran pelajar akan memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain,meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan impak yang baik untuk semua. Guru yang menggunakan kemahiran-kemahiran yang berkesan dan cara pengajaran yang kreatif akan menarik minat dan memberikan peluang kepada semua pelajarnya untuk mecapai kejayaan dalam pembelajaran. Guru perlu tahu bahawa untuk memberikan pengajaran yang berkesan, mereka harus menunjukkan nilai-nilai budaya yang baik dan memahami gaya pembelajaran setiap daripada mereka. Tugasnya seorang guru bukan sahaja mendidik dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya, tetapi ia mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah yang mana pada suasana kini pelajar yang wujud adalah datang dari pelbagai latar budaya antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal,tingkah laku dan sosial. Secara umumnya untuk menjadi guru yang cemerlang cabaran-cabaran seperti ini tidak dapat tidak perlu hadapinya dalam membantu serta melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. Selain itu juga guru bukan hanya ditugaskan dengan perkara-perkara ini bahkan juga untuk menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif adalah dengan memahami gaya pembelajaran setiap pelajar-pelajarnya. Ada juga pelajar yang pasif dan ada juga palajar yang aktif tetapi penilaian ini sahaja tidak cukup dalam menggambarkan proses pembelajaran yang efektif kerana pelajar mempunyai pelbagai ragam kehidupan dan tingkah laku. Gurulah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menarik serta menjadikan harapan dan impian mereka tercapai. Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua pelajarnya tanpa mengira budaya. Di negara Malaysia sendiri mempunyai budaya masyarakat yang berbilang kaum dan etnik. Oleh yang demikian guru harus memahami pelajar- pelajarnya. Melayu, Cina mahupun India mempunyai tahap kefahaman dan cara pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain. Jelaslah di sini bahawa, kepelbagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya merupakan tiga aspek penting yang menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan
  • 19. ketiga-tiga aspek perubahan ini kerana ia akan berubah dari zaman ke zaman mengikut peredaran masa. Guru yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini merupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya di Malaysia. B) Penulisan Reflektif Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan ini walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada Pn. Yuslaini selaku pensyarah matapelajaran Budaya Dan Pembelajaran (EDU 3106), saya berkali-kali membaca arahan tugasan dan cuba memahaminya. Pada awalnya saya beranggapan tugasan ini amat sukar kerana banyak perkara yang dikehendakinya dan memerlukan banyak kajian melalui pelbagai sumber. Walaupun berat hati saya untuk memulakan tugasan ini, namun saya perlu gagahinya jua. Banyak faktor yang mempengaruhi situasi ini. Antaranya ialah ketika itu umat islam menjalani ibadah puasa dan sibuk membuat persiapan hari raya. Ditambah pula keadaan saya yang ketika itu sedang berbadan dua disamping banyak komitmen lain. Terima kasih kepada suami saya yang banyak membantu menghantar saya ke sana ke mari. Namun, saya bertekad walau apapun halangannya, tugasan ini perlu disiapkan. Saya mula mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber. Antaranya melalui buku-buku dan melalui internet. Saya juga mengunjungi beberapa perpustakaan yang terdapat di negeri ini. Alhamdulillah banyak juga maklumat yang berkaitan diperolehi. Selain itu saya banyak bertanya kepada kawan-kawan sekuliah, rakan sekerja dan orang perseorangan mengenai tajuk tugasan ini. Saya sempat menemuramah kawan saya yang berbangsa Cina mengenai amalan budaya kaum Cina. Kebanyakannya memberi kerjasama yang baik. Banyak input yang saya perolehi daripada mereka. Jika saya mempunyai kawan berbangsa india, sudah tentu saya akan menemuuramahnya dan berkongsi mengenai amalan budaya masyarkat India. Tapi, memandangkan negeri terengganu sendiripun kurang penduduk yang berbangsa India. Nampaknya saya perlu mencari kawan yang
  • 20. berbangsa india melalui laman sosial facebook contohnya. Lagipun negara kitakan Satu Malaysia. Setelah selesai peringkat mengumpul maklumat, saya mula mengkaji atau mentelaah sumber yang diperolehi yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Secara tidak langsung, banyak ilmu yang saya perolehi yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian contohnya mengenai amalan-amalan dan pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kebanyakannya masih boleh diguna pakai pada zaman sekarang, cuma masyarakat kita memandang kolot pada peninggalan warisan budaya nenek moyang kita yang terdahulu. Melalui tugasan ini juga saya dapat mempertingkatkan kefahaman saya mengenai pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Sebelum ini, saya hanya memikirkan sahaja bagaimana untuk menangani bilik darjah yang pelajarnya berbilang kaum dan bersyukur kerana dihantar mengajar di sekolah yang muridnya hanya terdiri daripada orang Melayu. Dan selepas menjalankan tugasan ini, timbul dihati kecil saya keseronokkan sekiranya dapat mengajar murid yang berbeza latar belakang sosio-budayanya kerana saya sudah tahu bagaimana untuk mewujudkan perseitaran bilik darjah yang mesra budaya. Sesungguhnya tugasan ini memberi banyak impak yang positif kepada saya sebagai seorang rakyat Malaysia. Saya bangga menjadi rakyat malaysia yang boleh hidup bersatu padu dalam satu rumpun. Sememangnya kita Satu Malaysia. Semoga Malaysia terus aman dan harmoni. Terima Kasih Malaysia.
  • 21. BIBLIOGRAFI Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Puchong,Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Boon, P. Y, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Prof. Dr. Koentijaraningrat. (2007). Masyarakat Melayu Dan Budaya Dalam Perubahan. Yogyakarta : Adicita Karya Nusa. _________. (2009). Kepentingan Membina Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Dalam Konteks Sekolah Di Malaysia (Rasional Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) Dilayari Daripada Http://Nyongatthesky.Blogspot.Com/2009/06/Kepentingan -membina -persekitaran- bilik Html pada 17 Ogos 2012. Nur Diyana Bt Makhzani, Nur Hidayah Bt Afandi, Nurul Hafifah Bt. Abdul Razak. (__________). Bilik Darjah Mesra Budaya. Dilayari daripada ://Www.Scribd.Com/Doc/46531299/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya pada 17 Ogos 2012. Gotong Royong Kenduri Dulu dan Sekarang - Dilayari daripada http://www.tranungkite.net/lama/b05/warta680.htm pada 30 Ogos 2012
  • 22. KOLABORASI Tarikh Perkara Catatan T/Tangan 28/7/2012 Menerima soalan Tugasan perlu dihantar tugasan dan taklimat pada 1/9/2012 daripada Pn. Yuslaini 15/8/2012 Memahami kehendak Membuat jadual kerja soalan tugasan 20/8/2012 Mencari maklumat Cetakan maklumat internet dari internet/Pusat Nota ringkas sumber Pinjaman buku 22/8/2012 Menemuramah Heng Amalan budaya Fan dan isteri masyarakat Cina 27/8/2012 Menyediakan draf Menyusun maklumat Menganalisis maklumat Menghubungkait maklumat Membuat huraian Menaip 8/9/2012 Menghantar tugasan Diterima dan direkodkan kepada Pn. yuslaini