SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 22
1



                                      1. PENDAHULUAN




                        GAMBAR 1.1 Kulit hadapan buku Islam Observed
                   Sumber: http://www.press.uchicago.edu/cgi-bin/hfs.cgi/00/777.ctl



Buku berjudul Islam observed: religious development in Morocco and Indonesia ini
ditulis oleh seorang sarjana antropologi yang terkenal iaitu Cliffford Geertz dan
diterbitkan untuk pertama kalinya pada tahun 1968 serta diulang cetak beberapa kali.

        Tulisan ini dianggap sebagai antara karya terpenting bagi beliau dan juga bagi
bidang antropologi sehingga menjadi rujukan utama di universiti-universiti di Eropah,
Amerika, dan Asia. Karya Geertz ini sebenarnya merupakan koleksi syarahan beliau yang
disampaikan di bawah pembiayaan Dwight Harrington Terry Faoundation pada tahun
1967 berdasarkan kepada pengalaman dan kajian yang telah beliau jalankan di Moroko
(Maghribi) dan Indonesia.

        Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Antaranya ialah Observer
l`Islam1 dalam bahasa Perancis, Observando o Islã: o desenvolvimento religioso no




        1
         Top selling products for Clifford Geertz, (atas talian) http://www.shop4author.com/ Clifford
%20Geertz (28 Januari 2006).
2



Marrocos e Indonésia2 dalam bahasa Latin, dan Islam yang saya amati: perkembangan di
Maroko dan Indonesia dalam bahasa Melayu (Indonesia).3

        Geertz di dalam Islam observed memulakan hujahnya dengan menggariskan isu
dan permasalahan secara konsepsi dan menyediakan satu pandangan umum mengenai dua
negara kajiannya, Moroko dan Indonesia. Beliau kemudiannya menemukan evolusi yang
berlaku dalam gaya agama yang diwarisi secara tradisi kesan daripada proses sejarah
yang unik yang menghasilkan iklim keagamaan yang berbeza antara Moroko dan
Indonesia. Di Moroko, konsep kehidupan Islam terangkum dalam makna aktivisme,
moralisme, dan individualiti. Sedangkan di Indonesia pula tertumpu pada aestheticisme
dan personaliti yang radikal. Bagi mencapai maksud penting dalam perkembangan yang
menarik ini, Geertz membuat pemerhatian secara teoritikal tentang peranan sosial
terhadap agama.

        Ulasan yang akan dibuat dalam tulisan ini khusus ditumpukan kepada halaman
98-107 sahaja iaitu dari bab yang keempat, The struggle for the real. Banyak daripada
idea-idea yang dikemukakan oleh Geertz di dalam teks ini (hlm. 98-107) telah
diperkembangkan secara lebih sistematik dan terperinci di dalam beberapa tulisan beliau
sendiri seperti Ethos, world view and the analysis of sacred symbol 4, The growth of
culture and the evolution of mind5, Ideology as a cultural system6, Religion as a cultural




        2
            ibid.
        3
          Clifford Geertz, Islam yang saya amati: perkembangan di Maroko dan Indonesia, Terj. Hasan
Basari,Yayasan Ilmu-ilmu Sosial, Indonesia, 1982.
        4
          Clifford Geertz, Ethos, world view and the analysis of sacred symbol, The Antioch review, 58
(1958): 421-437.
        5
          Clifford Geertz, The growth of culture and the evolution of mind, Dlm. J. Scher (pnyt.), Theories
of the mind, New York, 1962, hlm. 713-740.
        6
        Clifford Geertz, Ideology as a cultural system, Dlm. D. Apter (pnyt.), Ideology and discontent,
New York, 1964, hlm. 47-76.
3



system7, The social history of an Indonesian town8, Person, time and conduct in Bali9, dan
juga The impact of the concept of culture on the concept of man10.

                        2. LATAR BELAKANG CLIFFORD GEERTZ11




                                  GAMBAR FOTO 2.1 Clifford Geertz
                     Sumber: http://www.roebuckclasses.com/people/thinkers/geertz.htm




        7
         Clifford Geertz, Religion as a cultural system, Dlm. M. Banton (pnyt.), Anthropological
approaches to the study of religion, London, 1966, hlm. 204-215.
        8
            Clifford Geertz, The social history of an Indonesian town, Cambridge, Mass, 1965, hlm. 119-208.
        9
            Clifford Geertz, Person, time and conduct in Bali, New Haven, 1966.
        10
           Clifford Geertz, The impact of the concept of culture on the concept of man, Dlm. J. Platt
(pnyt.), New views of the nature of man, Chicago, 1966.
        11
           Latar belakang dan pemikiran Clifford Geertz boleh dilihat secara lebih terperinci di dalam
autobiografi beliau yang ditulis oleh Fred Inglis, Clifford Geertz: culture, custom, and ethics, 1999.
4



Clifford James Geertz lahir di San Francisco, California, Amerika Syarikat pada 23 Ogos
1926 dan mula mempelajari bidang antropologi (Ph.D) di Universiti Harvard. Geertz
telah menjadi editor akhbar dan majalah sekolah tingginya dan beliau menjangkakan
dirinya suatu hari nanti akan menjadi seorang wartawan pada siang hari dan juga seorang
penulis pada malam hari. Setelah berkhidmat dalam angkatan tentera laut Amerika
Syarikat dalam Perang Dunia ke-2 dari tahun 1943 hingga 1945, beliau melanjutkan
pelajaran di Kolej Antioch, Ohio di mana beliau mengkhususkan major dalam bahasa
Inggeris bagi memperoleh B.A. Beliau kemudiannya menukar bidang kepada falsafah dan
antropologi di atas cadangan gurunya yang dianggap hebat dan begitu mempengaruhinya
iaitu George Geiger. Setelah memperolehi B.A. pada tahun 1950, Geertz bersama-sama
isterinya, Mrs. Hildred Geertz memasuki Harvard untuk mempelajari bidang Hubungan
Sosial kerana mereka berminat untuk menyambung ke peringkat sarjana dalam bidang
antropologi.12

        Setelah belajar selama dua tahun, beliau mula menjalankan projek pertamanya di
Rimrock yang terletak di barat daya Amerika Syarikat. Ketika di sana, beliau mengkaji
tentang kemarau dan juga kesan alkohol terhadap empat budaya di dalam wilayah
tersebut. Setelah tamat kajiannya, beliau mula menulis artikel profesionalnya yang
pertama.13

        Setelah kajian beliau berakhir, beliau diberi peluang untuk pergi ke Indonesia
bersama isterinya. Ketika di Indonesia, beliau mengkaji tentang agama. Sementara
isterinya pula mengkaji tentang keluarga dan hubungan kekeluargaan.14




        12
           Clifford Geertz. 2006. (atas talian) http://www.thirteen.org/bigideas/geertz.html (28 januari
2006); Michael Banton (pnyt.), Anthropological approaches to the study of religion, Association of Social
Anthropologists of the Commonwealth (A.S.A.) Monographs vol. 3, Cetakan ke-3, 1969, Tavistock
Publications Ltd., London, hlm. 175; Reed Pick, Clifford Geertz, (atas talian) http://www.mnsu.edu/
emuseum/information/biography/fghij/geertz_clifford.html (23 Januari 2006).
        13
              Clifford Geertz, (atas talian)      http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/
fghij/geertz_clifford.html (23 Januari 2006).
        14
            Clifford Geertz, http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/fghij/geertz_clifford.
html. Geertz bersama isterinya, Hildred kemudiannya membukukan hasil kajian mengenai kekeluargaan ini
dengan judul Kinship in Bali terbitan University of Chicago Press, Chicago, 1975.
5



        Apabila Geertz kembali dari Indonesia, beliau menulis buku pertamanya,
Agricultural involution. Buku ini menerangkan dua jenis pertanian yang utama di
Indonesia iaitu swidden dan sawah padi dan juga tentang penempatan geografi mereka.
Buku ini turut menerangkan mengenai perkembangan sejarah pertanian Indonesia dengan
mengembangkan hipotesis bahawa bentuk-bentuk pertanian yang wujud adalah
berkembang disebabkan perubahan yang berlaku. Sejak itu, Geertz telah menerbitkan
lebih sedozen buah buku.15

        Geertz kemudiannya memperolehi Ph.D di Harvard pada tahun 1956. Beliau
seterusnya menjadi instructor dalam bidang antropologi di Universiti Harvard dari tahun
1956 hingga 1957 dan menjadi Penyelidik Bersekutu di Center for International Studies
di the Massachusetts Institute of Technology pada tahun 1957. Beliau kemudiannya
dilantik menjadi Felo di Center for Advanced Study in the Behavioral Sciences di
Universiti Stanford di Palo Alto (1958-1959) disamping menjawat jawatan sebagai
Penolong Profesor dalam bidang Antropologi di Universiti California, Berkeley
(1958-1960). Beliau kemudiannya menjadi Penolong Profesor Antropologi di Universiti
Chicago (1960-1962) dan kemudiannya menjadi Profesor Madya (1962-1964) serta
Profesor (1964-1970) di universiti tersebut.16

        Geertz sejak tahun 1970, menjadi Profesor Sains Sosial di Institute for Advanced
Study (IAS) di Princeton, New Jersey hingga tahun 2000 dan seterusnya sehingga kini
menjadi Profesor Emeritus Sains Sosial. Beliau juga pernah menjadi profesor jemputan
dalam bidang kajian Timur (oriental) di Universiti Oxford antara tahun 1978-1979. Idea-
idea beliau menarik minat para ahli antropologi dan juga bidang-bidang lain. Karya-
karyanya dipersembahkan kepada masyarakat dengan pandangannya tentang budaya-
budaya lain yang lebih bersifat realistik dan kurang bersifat platonik (teoritikal).
Matlamat pengkajian dan penulisannya tidak pernah diarahkan untuk mengekalkan


        15
             Clifford Geertz, http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/fghij/geertz_clifford.
html.
        16
          Clifford Geertz. 2006. http://www.thirteen.org/bigideas/geertz.html (28 januari 2006); Michael
Banton (pnyt.), Anthropological approaches to the study of religion, 1969, Tavistock Publications Ltd.,
London, hlm. 175.
6



metodologi tertentu, tetapi ditumpukan untuk menyusun nada atau mood atau agenda
yang manusia mampu bertindakbalas terhadapnya ataupun sebaliknya.17

        Clifford Geertz dianggap sebagai salah seorang pakar sains sosial yang terpenting
pada masa kini. Beliau telah menjalankan pelbagai kajian ethnografi yang bernilai tinggi
di Asia Tenggara dan Utara Afrika. Beliau turut menyumbang banyak teori sosial dan
budaya dan melebarkan pengaruhnya dalam mengubah konsep antropologi kepada suatu
keperihatinan dalam kerangka makna bahawa pelbagai manusia hidup di luar dari
kehidupan mereka.18

        Beliau banyak memfokuskan kajiannya terhadap agama, khususnya Islam, juga
tentang perniagaan bazaar, pembangunan ekonomi, stuktur politik tradisional, serta
kehidupan keluarga dan kampung. Beliau kini sedang menjalankan kajian tentang
perbezaan etnik dan implikasinya di dalam dunia moden.19

        Antara karya-karya beliau ialah:20

                      i.   The Development of Javanese economy: a socio-cultural approach
                           (1956)21
                     ii.   The Religion of Java (1960)22
                 iii.      Peddlers and princes: social development and economic change in
                           two Indonesian towns (comparative studies of new nations) (1963)
                 iv.       Agricultural involution: the processes of ecological change in
                           Indonesia (1963)23
        17
             Clifford Geertz, http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/fghij/geertz_clifford.
html; Clifford Geertz, (atas talian) http://en.wikipedia.org/wiki/clifford_geertz (28 Januari 2006).
        18
           Clifford Geertz, (atas talian) http://www.roebuckclasses.com/people/thinkers/geertz.htm (23
Januari 2006).
        19
             ibid.
        20
             Clifford Geertz, http://www.roebuckclasses.com/people/thinkers/geertz.htm; Top selling
products for Clifford Geertz, http://www.shop4author.com/Clifford%20Geertz.
        21
           Clifford Geertz, The Development of Javanese economy: a socio-cultural approach, Center for
International Studies, Cambridge, Massachusetts, 1956.
        22
           Clifford Geertz, The religion of Java, The Free Press of Glencoe, London, 1960. Karya ini telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Indonesia oleh Aswab Mahasin dengan judul Abangan, Santri,
Priyayi dalam masyarakat Jawa, Pustaka Jaya, Jakarta, 1981.
        23
           Clifford Geertz, Agricultural involution: the processes of ecological change in Indonesia,
University of California Press, Berkeley, California, 1963. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa
7



                 v.     The social history of an Indonesian/Javanese town (1965)
                vi.     Islam observed: religious development in Morocco and Indonesia
                        (1968)
                vii.    The interpretation of cultures (1973)24
               viii.    Myth, symbol, and culture (1974)
                ix.     Negara: the theater state in nineteenth-century Bali (1980)
                 x.     Local knowledge: further essays in interpretive anthropology (1983)
                xi.     Works and lives: the anthropologist as author (1988)
                xii.    After the fact: two countries, four decades, one anthropologist (The
                        Jerusalem-Harvard Lectures) (1995)
               xiii.    Available light: anthropological reflections on philosophical topics
               xiv.     The fate of ‘culture’: Geertz and beyond (representations books)
                xv.     Geiger at Antioch (George Geiger, professor at Antioch College): an
                        article from the Antioch review
               xvi.     New views of the nature man

        Beliau turut menulis banyak artikel khususnya di dalam buku-buku dan jurnal-
jurnal antropologi seperti:

                  i.    Ethos, world-view and the analysis of acred symbols (1958)25
                 ii.    The growth of culture and the evolution of mind (1962)26
                iii.    Ideology as a cultural system (1964)27
                iv.     Internal conversion in contemporary Bali (1964)28

        Geertz telah mendapat beberapa anugerah penghormatan. Antaranya ialah
National Book Critics Circle Prize dalam penulisan kritis pada tahun 1989 bagi karyanya,
Melayu (Indonesia) dengan judul, Involusi pertanian: proses perubahan ekologi di Indonesia, Jakarta
Barat.
        24
             Clifford Geertz, The Interpretation of cultures, Basic Books, New York, 1973.
        25
           Clifford Geertz, Ethos, world-view and the analysis of acred symbols, Antioch Review, Winter
(1957-1958), 1958, hlm. 421-437.
        26
            Clifford Geertz, The growth of culture and the evolution of mind, Dlm. J. Scher (pnyt.),
Theories of mind, The Free Press, New York, 1962, hlm. 713-740.
        27
          Clifford Geertz, Ideology as a cultural system, Dlm. D. Apter (pnyt.), Ideology of discontent,
The Free Press, New York, 1964, hlm. 47-76.
        28
         Clifford Geertz, Internal conversion in contemporary Bali, Dlm. J. Bastin & R. Roolvink (pnyt.),
Malayan and Indonesian studies, Oxford University Press, Oxford, 1964, hlm. 282-302.
8



Works and lives. Beliau juga adalah ahli lembaga penasihat jurnal the Antioch review, di
samping menjadi penulis penyumbang dalam the New York review of books29. Beliau juga
telah mendapat ijazah kehormat undang-undang (L.H.D.) daripada Bates College pada
tahun 1980.30




                       3. PENDEKATAN ANTROPOLOGI SIMBOLIK31

Beliau merupakan pengkaji dan penulis yang prolifik dalam arena antropologi. Nama dan
pengaruh beliau meningkat naik dengan pelbagai penyelidikan beliau tentang sosio
budaya di Indonesia.Sejak kajian pertama beliau iaitu mengenai kehidupan beragama dan
kesannya dalam corak hubungan sosial di kalangan masyarakat Jawa, beliau mula




        29
             Clifford Geertz. 2006. http://www.thirteen.org/bigideas/geertz.html.
        30
             Clifford Geertz, http://en.wikipedia.org/wiki/clifford_geertz (28 Januari 2006).
        31
             Terdapat pelbagai teori antropologi. Antaranya ialah yang muncul pada akhir kurun ke-19:
                   i.   Evolutionism: Edward Burnett Tylor, Lewis Henry Morgan
                  ii.   Sociological Thought: Emile Durkheim
                 iii.   Materialism: Karl Marx, Friedrich Engels
        Manakala teori yang muncul pada awal kurun ke-20 ialah:
             iv.     Historical Particularism: Franz Boaz, Alfred L. Kroeber
              v.     Functionalism: Bronislaw Malinowski, Alfred R. Radcliffe-Brown, E. E. Evans
                     Pritchard
             vi.     Culture & Personality: Ruth Fulton Benedict, Margaret Mead
        Pertengahan kurun ke-20 pula ialah:
              vii.   Neoevolutionism: Julian Steward, Leslie White, George Peter Murdock
             viii.   Neomaterialism: Marvin Harris, Roy A. Rappaport
               ix.   Structuralism: Claude Levi-Strauss
                x.   Cognitive Anthropology: Stephen A. Tyler, Harold C. Conklin
        Trend terkini ialah:
              xi.      Feminist Anthropology: Sally Slocum, Eleanor Leacock, Ann L. Stoler
             xii.      Sociobiological Anthropology: Edward Wilson
            xiii.      Symbolic Anthropology: Clifford Geertz, Mary Douglas, Victor Turner
             xiv.      Postmodernism: Renato Rosaldo, Vincent Crapanzano
        Sila lihat Alan Bernard & John Spencer, Encyclopedia of social and cultural anthropology,
Routledge, London, 1997; EMuseum, Anthropological theories, (atas talian) http://www.mnsu.edu/
emuseum/cultural/anthropology/theories.html; McGee, R. Jon, & Richard L. Warms, Anthropological
theory: an introductory history, McGraw Hill, New York, 2004; Thomas Barfield, The Dictionary of
Anthropology, Blackwell, Malden, 1996.
9



memperlihatkan kecenderungan dan pengaruh untuk mengkaji keadaan sosial,
kebudayaan, dan politik di Indonesia.32

        Pendekatan yang digunakan oleh Geertz amat unik dan tidak seperti antropologis
konvensional yang bersifat deskriptif. Pengkajian Geertz bersifat empirikal dan tidak
bertitik tolak dari sesuatu teori. Subjek kajianlah yang menjadi nadi kepada hasil dan
rumusan kajian yang beliau jalankan. Masyarakat yang menjadi bahan kajian beliau
dianalisis melalui corak hubungan sosial dan kecenderungan budaya yang diperhatikan
dalam amalan masyarakat tersebut. Malah beliau turut melihat kepada kemungkinan daya
kemampuan masyarakat tersebut untuk menghadapi perubahan budaya. Pendekatan
sebegini dilihat sangat praktikal untuk memahami proses perubahan sosial yang terjadi.33

        Kajian-kajian Geertz memperlihatkan kemampuan beliau dalam menarik
perhatian pembaca dan menonjolkan kewibawaannya dalam merungkai persoalan-
persoalan yang diajukan terhadap sasaran kajiannya. Oleh itu, tidak hairanlah pengaruh
beliau samada pro dan kontra melebar dengan meluas di dalam pelbagai lapangan ilmu.
Geertz tidak cuba menghasilkan teori-teori baru yang boleh dipakai untuk menilai
gelagat-gelagat sosial dan tidak juga terikat dengan isu-isu khusus dan juz’i seperti yang
biasa dilakukan oleh para pengkaji. Beliau sebaliknya cuba mengaitkan isu yang khusus
yang didapatinya melalui kajian empirikal dengan isu yang lebih umum. Ini bukan
bermakna Geertz mengumumkan perkara yang khusus, tetapi mencari apakah yang dapat
diberikan oleh hal yang khusus kepada hal yang lebih besar dan kompleks.34

        Dalam erti kata lain, pendekatan Geertz ini cuba mendapatkan pemahaman yang
lebih komprehensif terhadap gejala-gejala yang ditelitinya. Kecenderungan seperti ini
berpaksi pada pengertian Geertz tentang kebudayaan sebagai sasaran kajian dan juga
bagaimana menurutnya sesuatu kajian antropologi itu harus dilakukan.35

        32
            Taufik Abdullah, C. Geertz dan agama sebagai sasaran studi antroplogi: sekadar pengenalan,
Dlm. Clifford Geertz. Islam yang saya amati: perkembangan di Maroko dan Indonesia, Yayasan Ilmu-ilmu
Sosial, Indonesia, 1982, hlm. i-xvi.
        33
             ibid.
        34
             ibid.
        35
             ibid.
10



         Bagi Geertz, kebudayaan itu berkait rapat dengan simbol atau lambang. Dengan
simbol inilah katanya, manusia saling menyampaikan fikiran, perasaan, dan
berkomunikasi. Kebudayaan tidak terjadi dengan kebiasaan, tetapi berdasarkan tafsiran
atau interpretasi sesebuah masyarakat terhadap sesuatu pengalaman.36




                      4. ULASAN TEKS ISLAM OBSERVED HLM. 98-10737

     4.1 Teori Simbolik Deduktif Geertz Tentang Dari Mana Datangnya Agama?

Dalam bahagian ini, Geertz cuba menjelaskan pandangan beliau mengenai asal-usul
agama di dalam sesebuah masyarakat. Beliau berpendapat bahawa ciri utama dari
kepercayaan agama berbanding dengan kepercayaan yang lain seperti ideologi, falsafah,
ilmu, atau akal ialah bahawa kepercayaan agama itu bukan suatu rumusan dari
pengalaman, bahkan pengalaman itu lahir dari kepercayaan agama. Para penganut agama
mendapat agama itu bukan secara induktif, tetapi secara deduktif.

         Geertz memetik pendapat Alisdair MacIntyre38 yang mengatakan bahawa
kepercayaan-kepercayaan merupakan cahaya yang dipancarkan kepada kehidupan
manusia dari sesuatu di luarnya.39

         Penulis menyanggah pandangan ini dengan menegaskan bahawa ahli sosiologi
dan juga antropologi secara umumnya tidak begitu berkenan dengan rumusan seperti ini,
         36
              ibid.
         37
            Di dalam bab 4 ini Geertz menjelaskan mengenai perjuangan dan metodologi masyarakat di
kedua-dua negara dalam mempertahankan kepercayaan dan amalan agama mereka. Beliau juga mengkritik
isu-isu dan pandangan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli sosiologi dan politik. Beliau juga banyak
menggunakan pendekatan perbandingan secara tipologi yang begitu teknikal dan begitu cenderung untuk
menggabungkan antara metod dan teori walaupun sebenarnya beliau lebih banyak mengutamakan aspek
praktikal sehingga mengabaikan konsep-konsep keagamaan.
         38
            Alisdair/Alasdair McIntyre ialah Profesor Penyelidik Senior bidang Falsafah, Jabatan Falsafah,
Universiti Notre Dame dan bekas pensyarah falsafah agama di Universiti Manchester. Beliau mendapat
M.A. di Universiti Manchester. Bidang kajian beliau ialah falsafah moral, rasionaliti praktikal, Aristotle,
dan St. Thomas Aquinas.
          39
             Geertz memetik pandangan ini dari tulisan Alisdair McIntyre, The logical status religious belief,
Dlm. McIntyre (pnyt.), Metaphysical beliefs, SCM Press, London, 1957, hlm. 167-211. Geertz gemar
membangkitkan pandangan ahli soisologi dan politik dan mengkritik idea-idea mereka yang dianggap tidak
realistik dan tidak praktikal.
11



bukan kebanyakan mereka tidak beragama (termasuk Geertz sendiri), tetapi kerana ia
menyimpang dari jalur empiricisme dalam menjelaskan cara kepercayaan agama
dizahirkan kepada para penganut agama.40

        Persoalan yang paling penting dalam pengkajian ini ialah apakah sebabnya
masyarakat itu percaya dengan kepercayaan mereka itu? Dan dari manakah asalnya
kepercayaan mereka itu?

        Adalah jelas bahawa kepercayaan itu timbul dari pengaruh sosial dan simbol-
simbol agama. Seseorang itu lahir ke dunia tidak menciptakan agama dan budaya untuk
dipercayai dan diamalkannya, melainkan agama atau budaya itu sememangnya telah
diterima oleh masyarakat sebagai satu agama dan budaya. Begitulah halnya seseorang itu
tidak perlu mencipta bahasa untuk mula bertutur. Jadi agama itu menurut Geertz
walaupun merupakan suatu pilihan yang bebas, bukannya lahir dari diri seseorang tetapi
diambil dari amalan masyarakat dan simbol-simbol agama yang telah wujud.

        Simbol-simbol agama dan amalan inilah yang mewujudkan kepercayaan di dalam
sesebuah masyarakat. Ini termasuklah pembacaan-pembacaan doa, zikir, kepatuhan
kepada Sultan atau pemimpin, dan amalan-amalan keagamaan yang akhirnya membentuk
peribadi dan kepercayaan seseorang itu. Keterikatan sesebuah masyarakat dengan simbol-
simbol keagamaan menjadi mekanisme utama bagi mereka untuk menerima sesuatu
kepercayaan itu.41

        40
            Pendekatan empiricisme atau sains positif menitikberatkan pengalaman dan ujikaji sebagi punca
sesuatu kebenaran. Lantaran itulah Geertz mentafsirkan agama itu sebagai apa yang dipercayai dan
diamalkan oleh masyarakat itu secara realitinya dan bukannya berasaskan kepada konsep-konsep agama itu
sendiri. Maka dengan itulah agama itu sendiri dianggap sebagai suatu sistem budaya. Sila rujuk Clifford
Geertz, Religion as a cultural system, Dlm. Michael Banton (pnyt.), Anthropological approaches to the
study of religion, A.S.A. Monographs vol. 3, 1969, Tavistock Publications Ltd., London, hlm. 1-46.
        41
           Penerangan mengenai sistem-sistem simbol ini boleh dilihat di dalam bukunya, The Religion of
Java. Di dalam buku tersebut dijelaskan bagaimanakah hubungan antara struktur sosial yang ada dalam
suatu masyarakat dengan penyusunan dan kewujudan simbol-simbol dan juga bagaimanakah anggota
masyarakat mewujudkan integarasi dan disintegarsi dengan simbol-simbol tersebut. Geerts umumnya
melihat agama sebagai suatu sistem kebudayaan. Kebudayaan tidak didefinisikan sebagai pola kelakukan
tetapi sebagai pola bagi kelakuan iaitu yang terbina atas rangkaian aturan-aturan dan petunjuk yang
digunakan oleh manusia untuk mengatur tingkah laku.
         Kebudayaan juga merupakan penyusun kepada pengertian-pengertian yang wujud pada simbol-
simbol. Antara simbol-simbol tersebut ialah suatu golongan yang dianggap suci atau memberi peranan
terhadap memperkukuhkan pengamalan agama. Geertz menyimpulkan agama sebagai suatu sistem simbol
12




 4.2 Faktor yang Mendorong Masyarakat Mempercayai dan Mengamalkan Agama

Geertz kemudiannya mengajukan pertanyaan. Apakah sebabnya masyarakat itu
dipengaruhi oleh simbol-simbol tersebut? Apakah sebabnya masyarakat mengamalkan
amalan-amalan tersebut? Apakah juga sebabnya amalan-amalan tersebut mempunyai
pengaruh dan kesan terhadap masyarakat? Geertz memberi jawapan bahawa:

       i.   Dari segi psikologinya ia merupakan suatu keinginan dan keperluan individu
            untuk menguatkan harapannya dari sesuatu yang dianggapnya berkuasa yang
            mampu memberikan harapan dan kasih sayang.

      ii.   Manakala dari segi sosialnya, tekanan dalam masyarakat bukan industri atau
            pertanian adalah sangat besar yang akhirnya menambahkan lagi keimanan,
            kepercayaan dan harapan mereka.

            Walau bagaimanapun amat sukar untuk menentukan adakah masyarakat
            beriman kerana kedua-dua faktor itu, atau adakah kerana dorongan batin yang
            ikhlas yang ingin mencari hidayah. Namun yang pastinya kata penulis, kedua-
            dua faktor ini tidak boleh dinafikan peranannya.

     iii.   Selain faktor psikologi dan sosial, terdapat juga faktor dari sudut budaya
            yang timbul dari perasaan bahawa akal tidak cukup untuk menjelaskan
            pengalaman yang begitu kompleks. Kehidupan manusia menjangkaui batasan
            rasional praktikal ini diperjelaskan oleh Max Weber sebagai masalah makna
            (the problem of meaning). Pelbagai persoalan yang membingungkan dan
            melampaui kemampuan moral, emosi, dan intelek manusia tidak menemui
            noktah penyelesaian seperti kenapakah orang yang adil itu menderita dan
            orang yang zalim itu hidup bahagia? Sehinggakan seperti pepatah Jawa, “Kita
            menjadi kebingungan seperti kerbau melihat orkestra”.

yang bertindak untuk memantapkan semangat dan motivasi secara kukuh, menyeluruh, dan bertahan lama
pada diri manusia dengan cara memformulasikan konsep-konsep hukum yang umum dengan kehidupan
manusia sehingga semangat dan motivasi itu secara unik adalah wujud secara nyata.
13



              Inilah menjadi sebab kata penulis, kenapa kita memerlukan wahyu-wahyu
              agama supaya kehidupan manusia itu tidak bertentangan dengan akal fikiran
              manusia dan memberikan jawapan serta merasionalkan, melogikkan, dan
              mewajarkan persoalan-persoalan yang telah timbul tentang aturan yang telah
              dibuat oleh Allah Taala.

       Geertz menyimpulkan bahawa ketiga-tiga faktor ini iaitu psikologi, sosial, dan
budaya sebagai penjana yang menggerakkan manusia supaya melakukan amalan-amalan
agama dan menerima kepercayaan-kepercayaan agama.

       Penulis menjelaskan bahawa untuk mempercayai itu memang mudah. Akan tetapi
dalam masyarakat tradisional, berlaku banyak scepticism (kecurigaan) walaupun dalam
beberapa perkara tertentu sahaja. Ini adalah kerana berlakunya pertentangan antara apa
yang dianggap benar menurut agama dan akal (walaupun asas yang paling utama
dipegang sekalipun) dengan penggunaan kuasa berlandaskan agama untuk tujuan yang
tidak baik.

       Geertz memetik sebuah peribahasa Moroko, “Berwaspadalah terhadap wanita dari
muka, terhadap baghal dari belakang, dan terhadap orang murabit dari segala arah”. Juga
kata-kata para petani di Jawa, “Pada malam hari, semua harta kami milik pencuri dan
pada siang hari semua harta kami milik raja kami”. Walau apapun yang masyarakat
katakan mengenai al-murabitun samada tentang individu atau tingkahlaku, mereka tetap
menerima realiti golongan ini sebagai pemimpin.

       Umunya menurut penulis, faktor psikologi, sosial, dan budaya sentiasa sesuai
dengan akal sehinggakan orang yang tidak percaya kepada agama itu biasanya dipanggil
sebagai gila dan jarang sekali dipanggil berdosa, samada di Moroko ataupun Jawa.




                  4.3 Agama dalam Menghadapi Perubahan-Perubahan

Ketenteraman keagamaan inilah yang diganggu-gugat oleh perubahan-perubahan yang
berlaku tidak hanya di Moroko dan Indonesia bahkan di seluruh dunia. Ketahanan jiwa,
14



tekanan masyarakat, dan masalah-masalah makna tidak lagi berpadu menjadi kekuatan
yang ampuh untuk menggerakkan individu untuk merealisasikan simbol-simbol agama
tersebut.

       Simbol-simbol itu memang masih ada, begitu juga dengan upacara-upacara
agamanya yang dianggap mempunyai kebenaran spiritual yang abadi. Akan tetapi
masyarakat kini berasa sukar untuk melakukan kesemua tuntutan agama dan sulit untuk
menyelaraskan realiti kehidupan dengan hakikat agama.

       Menurut pengamatan penulis, proses ini walau bagaimanapun masih belum begitu
berkembang di Moroko dan Indonesia walaupun perubahan tersebut semakin pantas. Di
Amerika Syarikat, walaupun ramai orang yang pergi ke gereja, namun kemampuan untuk
menghayati agama Kristian terus menurun. Inilah yang menimbulkan persoalan kepada
penulis bahawa bolehkah keadaan ini diterbalikkan? Sehingga masyarakat itu kembali
berpegang dengan agama seutuhnya?

       Apa yang jelasnya, berkurangnya keyakinan agama itu adalah disebabkan
hilangnya kekuatan simbol-simbol agama itu bagi masyarakat dan juga disebabkan
sekularisasi pemikiran dan proses mengideologikan agama.




                              4.4 Sekularisasi Pemikiran

Terdapat banyak sebab berlakunya sekularisasi dalam dunia moden. Tetapi dari segi
sekularisasi dari segi budaya secara umumnya merupakan hasil daripada pertumbuhan
pantas dari suatu pandangan budaya yang lain yang melampaui kewajaran akal
(transcommonsensical) dan juga hasil kemunculan ilmu sains positif. Ilmu dan pemikiran
Barat ini telah tersebar ke negara-negara Dunia Ketiga termasuk Moroko dan Indonesia
walaupun secara relatifnya hanya sedikit sahaja. Akan tetapi di setiap penjuru kedua-dua
negara ini telah timbul suatu kesedaran bahawa pengalaman seharian manusia dapat
dimasukkan dalam konteks yang lebih luas dan bermakna dengan simbol-simbol yang
menggambarkan realiti menurut hukum-hukum umum yang ditetapkan secara induktif.
15



Atau dalam erti kata lain, akal dan pengalaman itu kini menjadi suatu sumber autoriti bagi
manusia dan pemberi jawapan kepada kebingungan mereka yang sebelum ini hanya
berpandu kepada kepercayaan-kepercayaan agama.

          Menurut Geertz, pada masa kini, masyarakat dunia cenderung untuk
menyimpulkan bahawa secara asasnya tidak ada konflik antara agama dan ilmu
pengetahuan (sains). Kedua-duanya merupakan suatu alternatif yang melengkapi antara
satu sama lain42. Namun, pertumbuhan ilmu pengetahuan yang pesat telah menyebabkan
kepercayaan agama menjadi goyah dan sukar untuk dipertahankan sehingga mewujudkan
ketegangan antara kedua-duanya dalam cara untuk memahami dunia ini. Pertentangan ini
dari hari ke hari semakin rancak dan semakin kronik.

          Penulis beranggapan bahawa jika persaingan antara agama dan ilmu untuk
menegakkan kebenaran masing-masing ini diberi perhatian khusus oleh kedua-dua belah
pihak (agama dan ilmu), maka sejarah agama Islam dan agama-agama lain tidak akan
dapat difahami. Pertentangan ini menurut penulis tidak akan menemui titik akhirnya sama
sekali.

          Ahli-ahli agama (scripturalists)43 merupakan golongan yang paling merasai
ketegangan ini iaitu antara sekularisasi yang progresif dari pemikiran dunia moden
dengan intisari pandangan agama. Pergeseran tersebut telah memberi tekanan ekslusif
terhadap sumber-sumber agama Islam supaya ajarannya dijauhi oleh masyarakat
termasuklah di Moroko dan Indonesia, walaupun kebanyakannya tidak secara terang-
terangan. Ini menyebabkan golongan ahli agama berusaha untuk mempertahankan
kebenaran agama.




        42
           Maksud penulis ialah bahawa tidak dicampur adukkan antara hal dunia/sains dengan hal agama.
Kedua-duanya diasingkan. Oleh kerana itu tidak wujudnya pertentangan secara nyata. Keadaan yang
demikian adalah sama sahaja di semua negara-negara Islam yang telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat
termasuk Malaysia.
          43
             Ini merujuk khususnya kepada mereka yang telah menuntut ilmu agama di universiti dan pusat
pengajian di Timur Tengah dan kemudiannya membawa pembaharuan dalam masyarakat mereka. Di
Malaysia bolehlah disamakan dengan Kaum Muda (dalam bidang agama dan pendidikan) serta golongan
elit yang mendapat pendidikan Inggeris (dalam bidang politik dan sosial).
16



           4.5 Ideologisasi Agama oleh Golongan Reformis Melalui Dua Strategi

Oleh yang demikian, golongan agama lah yang menjadi penggerak kepada ideologisasi
agama di kedua-dua negara ini. Oleh kerana itu, mereka dianggap sebagai golongan
reformis. Mereka berusaha untuk menyatukan dan menyemarakkan semangat golongan
nasionalisme dan neo-tradisionalisme. Ini dianggap oleh Geertz sebagai suatu
kebijaksanaan bagi masyarakat Islam dalam menghadapi dunia moden sekular dan sikap
ini seharusnya dicontohi oleh semua masyarakat dan budaya.

       Golongan ini telah memulakan suatu revolusi intelektual yang terjelma dalam
konsep-konsep politik terutamanya sebelum mencapai kemerdekaan dan selepasnya.
Golongan reformis ini bukan hanya mendidik pengikut-pengikut mereka, bahkan
mengajar lawan mereka supaya merumuskan cita-cita agar dapat dipertahankan
peradaban dan kelangsungan hidup mereka, dalam mengahadapi dunia moden yang
mencabar.

       Penulis menyimpulkan bahawa terdapat dua strategi yang digunakan khususnya
oleh golongan reformis ini untuk menghadapai cabaran sekularisasi yang bukan hanya
dilakukan di Moroko dan Indonesia sahaja, bahkan di seluruh dunia Islam iaitu:

      i.      Pemisahan secara mutlak hal-hal agama dengan ilmu

     ii.      Usaha untuk menunjukkan bahawa kitab suci al-Quran sebenarnya
              mengandungi segala intipati ilmu moden tersebut.

       Pendekatan pertama menyimpulkan bahawa ilmu pengetahuan atau sains tidak
mempunyai erti metafizik atau spiritual dan ia hanya terbatas kepada pemahaman alam
sebagai sistem dunia yang berdiri secara tersendiri. Kepercayaan dan rasional dipisahkan
antara satu sama lain agar kepercayaan atau agama itu tidak tercemar dan agar ilmu itu
terikat dengan agama.

       Pendekatan yang kedua pula menafsirkan ilmu pengetahuan sebagai hanya
menjelaskan apa yang sudah terkandung di dalam agama dan memperincikan lagi
perspektif agama.
17



         Geertz berpendapat bahawa kedua-dua kefahaman ini seolah-olah membentuk
deisme44 Islam di mana ajaran-ajaran asas Islam dilindungi dari segala penentangan
dengan cara menjauhkannya dari pengalaman manusia. Ini berbeza dengan akal sekular
yang dibiarkan bebas dengan penguasaan penuh terhadap dunia. 45

         Dengan cara menjauhkan Islam dari sains sekular, maka manusia akan merasa
yakin bahawa penemuan-penemuannya tidak akan menimbulkan masalah terhadap
kepercayaan agamanya kerana kepercayaan agama sudah menerangkan mengenai
penemuan–penemuan tersebut.

         Geertz memetik kata-kata Muhammad Abduh bahawa:

         Melakukan refleksi tentang hakikat Pencipta adalah dilarang bagi akal manusia
         kerana kewujudan manusia dan Tuhan itu terpisah sama sekali antara satu sama
         lain. Akan tetapi bagi pihak yang lain, seruan Islam agar melakukan refleksi
         mengenai hal-hal makluk yang diciptakan tidak dihalang atau dikenakan syarat
         apapun. Ini kerana sudah diketahui bahawa setiap spekulasi yang baik akan
         menuju kepada kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang telah disebutkan di
         dalam al-Quran.46

         Penulis juga memetik kata-kata Kenneith Cragg47:

         Dogma-dogma yang dianggap suci berdampingan dengan kebebasan-kebebasan
         yang dianjurkan secara menyeluruh.48


         44
              Deisme atau deism ialah mempercayai suatu kuasa suci (Tuhan) tanpa melalui wahyu.
         45
            Ismail Raji al-Faruqi mengistilahkan dua strategi golongan scripturalists atau reformis
menghadapi ilmu dan sekularisasi ini sebagai pendekatan dua buku (two book approaches). Sila lihat al-
Faruqi, Science and traditional values in Islamic society, Zygon 2, 1967, hlm. 231-246.
         46
              Kata-kata Muhammad Abduh ini dipetik dari karya Kenneith Cragg, Counsels in Islam, hlm.
38-39.
         47
            Antara karya Kenneth/Kenneith Cragg ialah Muhammad and the Christian: a question of
response (1984), Common prayer: a Muslim-Christian spiritual anthology (1999), With God in human
trust: Christian faith and contemporary humanism, a meeting of minds (1999), Jesus and the Muslim: an
exploration (1999), Counsels in contemporary Islam (2001), The Christian Jesus: faith in the finding
(2003), Semitism: the whence and whiter ‘how dear are your counsels’ (2005), The Qur’an and the West
(2006), dan Returning to Mount Hira.
         48
              Kenneith Cragg, Counsels in Islam, hlm. 37.
18



        Penulis menyimpulkan bahawa kedua-dua strategi untuk menghadapi sekularisasi
pemikiran ini diaplikasikan secara berbeza di kedua-dua buah negara, Moroko dan
Indonesia. Di Indonesia yang semangnya cenderung untuk menyerap segala gaya fikiran
secara syncretisme, dengan sendirinya lebih terbuka untuk menerima pernyataan bahawa
ajaran Islam dan penemuan-penemuan sains tidak bercanggah malah saling melengkapi
antara satu sama lain.

        Sedangkan di Moroko pula, yang cenderung untuk membentuk jati agama yang
sempurna dan moral yang mapan, dilihat lebih terbuka untuk memisahkan ajaran Islam
daripada sebarang perkara yang mencemarkan Islam dari kehidupan sehari-hari.

        Di kedua-dua negara, golongan reformis (scripturalists) sememangnya tidak
sependapat dengan golongan tradisionalis, illuminasionis, dan juga al-murabitun49. Walau
apapun, kedua-dua pihak ini tetap rakyat Moroko ataupun Indonesia. Tetapi golongan
reformis ini tidak dapat membebaskan diri daripada apa yang diistilah oleh Geertz sebagai
pertentangan antara Fabianism50 dari satu peradaban dan Utopianism51 dari peradaban
yang lain.

        Sebagai contohnya kiayi (ulama) di Indonesia telah berusaha menyebarkan
bahawa ilmu moden, bahkan pemikiran secular adalah tidak lain dan tidak bukan
merupakan pengungkapan dari Islam itu sendiri. Hanya caranya sahaja yang berbeza di
mana pendekatan secara praktikal oleh ilmu moden membantu menjelaskan pendekatan
teori yang dihurai secara mendalam dalam al-Quran.

        Manakala di Moroko pula, golongan reformis berusaha untuk memulihkan ajaran
Islam dari tahyul dan pemikiran yang sempit kepada apa yang diidealisasikan terhadap
Islam yang sempurna di samping membebaskan kehidupan sekular dari kekangan doktrin.


        49
           Golongan ini boleh disamakan dengan golongan Kaum Tua dan pendokong aliran tradisionalis
di Malaysia.
        50
            Fabianism bermaksud sistem politik dan sosial yang bersifat konservatif, tradisional, dan
ortodoks, bentuk lama (old-fashioned).
        51
           Utopianism bermaksud sistem politik dan sosial yang sempurna dan yang dicita-citakan (bsifat
platonik dan idealistik), tetapi kurang praktikal.
19



         Oleh kerana itulah ilmu pengetahuan tidak menimbulkan ancaman kepada
kepercayaan agama, kerana dari satu sudut ilmu atau sains moden itu dianggap
sebahagian dari agama dan dari satu sudut yang lain ilmu itu juga dianggap bukan
sebahagian dari agama.

         Hasil-hasil yang telah dicapai oleh golongan reformis dalam mengideologikan
Islam dalam konteks dunia moden telah digunakan dengan lebih efektif terhadap
pendekatan agama klasik yang sememangnya merupakan sasaran utama mereka.
Walaupun golongan reformis ini telah menumbuhkan semangat nasionalisme, tetapi
mereka cuba menjauhkannya dalam erti kata cuba berpegang dengan kepercayaan yang
lebih kukuh di kedua-dua negara ini.52

         Namun dalam menyesuaikannya dengan dunia moden, golongan reformis
menggunakan strategi-strategi tersebut untuk mengideologikan agama. Malah mereka
melanjutkannya dengan gerakan untuk menyemai penghayatan agama supaya masyarakat
patuh kepada peraturan-peraturan agama sesempurnanya.

         Geertz memberi contoh Sukarno yang cuba menghidupkan kembali negara teater 53
dengan asas nasionalisme revolusi dan juga usaha Sultan Muhammad V (al-Khamis)
untuk menghidupkan kembali al-murabitun dengan asa yang sama nasionalisme revolusi
yang sama. Usaha di Indonesia ini didasarkan kepada usaha membangkitkan suatu corak
keagamaan berbentuk sekular54 yang meliputi segala aspek. Manakala di Moroko pula
adalah didasarkan kepada usaha-usaha untuk membuat pemisahan secara radikal antara
kebaikan peribadi (agama) dan kehidupan umum (sekular).

         Geertz merumuskan bahawa kemampuan supaya tradisi-tradisi yang sudah
diperbaiki ini terus bertahan untuk masa-masa seterusnya adalah bergantung kepada

         52
          Ini dilakukan supaya lebih menonjolkan nasionalisme atas agama, budaya dan tradisi sebenar
mereka yang sejati dan tidak terikat dengan budaya luar yang sekular.
         53
           Negara teater merujuk kepada sistem negara beraja atau berpresiden seperti yang pernah
diamalkan semasa zaman kegemilangan kerajaan Majapahit, Mataram, dan sebagainya di Jawa. Sila rujuk
karya Geertz, Negara: the theater state in nineteenth-century Bali, 1980.
         54
              Bermaksud mewujudkan pemikiran yang lebih liberal dan moderat, sesuai dengan perubahan
dunia.
20



kemampuan pola kehidupan yang diakibatkan oleh tradisi-tradisi tersebut untuk terus
hidup dan kekal dalam negara-bangsa yang separa moden dalam pertengahan kedua abad
ke-20.

         Ini membawa kita kepada panduan untuk betindak dari simbol-simbol agama
kepada pengaruh simbol-simbol tersebut terhadap perilaku manusia yang sebenarnya.
Kaedah-kaedah bagaimana agama memberi kesan kepada tingkah laku manusia ini
dihuraikan oleh penulis dalam bahagian yang seterusnya dari bab ini.




                                         5. PENUTUP

Geertz dikenali sebagai tokoh yang memecahkan kecenderungan terhadap pencarian
saintifik pada tahun 1950-an dengan memperkenalkan gaya yang lebih bersifat metafora
(kiasan) dan simbol dalam disiplin ilmu antropologi. Pendekatan beliau ini menarik minat
ramai pengkaji untuk meneliti dan mengkaji masyarakat berasaskan metod yang
digunapakai oleh beliau.

         Walau bagaimanapun terdapat ramai sarjana yang mengkritik beliau kerana terlalu
menolak teori dan hanya mementingkan praktikal. Pendekatan ini dianggap sebagai
sekular dan tidak mencerminkan hakikat agama yang sebenar. Mungkin pendekatan
secara praktis ini dipengaruhi oleh pemikiran sosial Ibn Khaldun sebagaimana dijelaskan
di dalam bukunya, Muqaddimah. Apapun, usaha yang dilakukan oleh Geertz dengan
melarikan diri dari corak pengkajian saintifik yang biasa dilakukan oleh penyelidik
menyebabkan namanya meningkat naik. Pendekatannya yang unik yang banyak
menggunakan perbandingan berasaskan kehidupan realiti masyarakat menjadikan
kajiannya benar-benar bernilai tinggi.
21



        Geertz melalui Islam observed, menyajikan kepada kita suatu konteks umum
dalam analisis perbandingan terhadap agama dan aplikasinya terhadap kajian tentang
perkembangan Islam di dua buah negara yang berbeza: Indonesia dan Moroko. Karya ini
turut memperlihatkan kecenderungan penulis terhadap agama, ideologi, dan budaya dan
bagaimana beliau meluahkan pandangannya.

        Dalam membandingkan amalan agama di dua komuniti ini, Geertz cuba untuk
menentukan bagaimana dan dengan apa carakah idea-idea, perlakuan, dan institusi yang
tertentu dapat bertahan atau gagal bertahan dan memberi pengaruh kepada kepercayaan
agama. Geertz juga merungkai persoalan bagaimanakah sensitiviti individu-individu
beragama menunjukkan reaksi mereka apabila kepercayaan agama mereka mula meluntur
dan apakah yang mereka lakukan apabila tradisi mereka ini mula pupus. Geertz juga turut
memberi jawapan secara spesifik tentang apakah proses budaya dan suasana yang
memberi kesan kepada reaksi-reaski tersebut.

                                           RUJUKAN

Clifford Geertz. 2006. (atas talian) http://www.roebuckclasses.com/people/thinkers/geertz.htm (23
        Januari 2006).

Clifford Geertz. 2006. (atas talian) http://www.thirteen.org/bigideas/geertz.html (28 Januari
        2006).

Clifford Geertz. 2006. (atas talian) http://en.wikipedia.org/wiki/clifford_geertz (28 Januari 2006).

EMuseum. 2006. Anthropological theories. (atas talian) http://www.mnsu.edu/emuseum/ cultural/
      anthropology/theories.html (23 Januari 2006).

Geertz, Clifford. 1968. Islam observed: religious development in Morocco and Indonesia.
        Chicago: The University of Chicago Press.

_______. 1969. Religion as a cultural system. Dlm. Michael Banton (pnyt.). Anthropological
       approaches to the study of religion. Association of Social Anthropologists of the
       Commonwealth (A.S.A.) Monographs vol. 3, hlm. 1-46. Cetakan ke-3. London:
       Tavistock Publications Limited.

_______. 1981. Abangan, Santri, Priyayi dalam masyarakat Jawa (The religion of Java). Terj.
       Aswab Mahasin, Sunt. Bur Rasuanto. Jakarta: PT Dunia Pustaka Jaya.

_______. 1982. Islam yang saya amati: perkembangan di Maroko dan Indonesia. Terj. Hasan
       Basari. Indonesia: Yayasan Ilmu-ilmu Sosial.
22



Pick, Reed. 2006. Clifford Geertz. (atas talian) http://www.mnsu.edu/emuseum/information/
       biography/fghij/geertz_clifford.html (23 Januari 2006).

Taufik Abdullah. 1982. C. Geertz dan agama sebagai sasaran studi antroplogi: sekadar
       pengenalan. Dlm. Clifford Geertz. Islam yang saya amati: perkembangan di Maroko dan
       Indonesia. Terj. Hasan Basari. Hlm. i-xvi. Indonesia: Yayasan Ilmu-ilmu Sosial.

Top selling products for Clifford Geertz. 2006. (atas talian) http://www.shop4author.com/
       Clifford%20Geertz (28 Januari 2006).

Más contenido relacionado

Similar a Islam Observed: Pendahuluan dan Latar Belakang Geertz

PENDEKATAN ANTROPOLOGI DALAM STUDI ISLAM
PENDEKATAN ANTROPOLOGI DALAM STUDI ISLAMPENDEKATAN ANTROPOLOGI DALAM STUDI ISLAM
PENDEKATAN ANTROPOLOGI DALAM STUDI ISLAMDadang Rohendi
 
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...RuslinaFitriani1
 
2020 diktat teori sosial taufiqurokhman ganjil 5 03-2020
2020 diktat teori sosial taufiqurokhman ganjil 5 03-20202020 diktat teori sosial taufiqurokhman ganjil 5 03-2020
2020 diktat teori sosial taufiqurokhman ganjil 5 03-2020TaufiqurokhmanTaufiq
 
Filsafat Barat Kontemporer dan Berbagai Alirannya
Filsafat Barat Kontemporer dan Berbagai AlirannyaFilsafat Barat Kontemporer dan Berbagai Alirannya
Filsafat Barat Kontemporer dan Berbagai AlirannyaAinina Sa'id
 
Hi dan perkembangannya
Hi dan perkembangannyaHi dan perkembangannya
Hi dan perkembangannyaRisma Putri
 
BUKU PENGANTAR FILSFAT.docx
BUKU PENGANTAR FILSFAT.docxBUKU PENGANTAR FILSFAT.docx
BUKU PENGANTAR FILSFAT.docxMunatarKause
 
Perkembangan+faham+baru_abcdpdf_pdf_to_ppt.pptx
Perkembangan+faham+baru_abcdpdf_pdf_to_ppt.pptxPerkembangan+faham+baru_abcdpdf_pdf_to_ppt.pptx
Perkembangan+faham+baru_abcdpdf_pdf_to_ppt.pptxGabrielaSilvi
 
Dr. budi handrianto (kritik terhadap sains barat modern perspektif nasr)
Dr. budi handrianto (kritik terhadap sains barat modern perspektif nasr)Dr. budi handrianto (kritik terhadap sains barat modern perspektif nasr)
Dr. budi handrianto (kritik terhadap sains barat modern perspektif nasr)Edi Awaludin
 
TOKOH FILSAFAT TEORI ETIKA MARXIAN, KANTIAN, HIBERMASIAN
TOKOH FILSAFAT TEORI ETIKA MARXIAN, KANTIAN, HIBERMASIANTOKOH FILSAFAT TEORI ETIKA MARXIAN, KANTIAN, HIBERMASIAN
TOKOH FILSAFAT TEORI ETIKA MARXIAN, KANTIAN, HIBERMASIANNur Arifaizal Basri
 
konsep integrasi ilmu menurut ismail razi al faruqi
konsep integrasi ilmu menurut ismail razi al faruqikonsep integrasi ilmu menurut ismail razi al faruqi
konsep integrasi ilmu menurut ismail razi al faruqiLtfltf
 
tantangan islam menurut filsafat islam
tantangan islam menurut filsafat islamtantangan islam menurut filsafat islam
tantangan islam menurut filsafat islamInggrid Cliquers
 
Sejarah Perkembangan Sosiologi (Bilingual) (Sosiologi Kelas X)
Sejarah Perkembangan Sosiologi (Bilingual) (Sosiologi Kelas X)Sejarah Perkembangan Sosiologi (Bilingual) (Sosiologi Kelas X)
Sejarah Perkembangan Sosiologi (Bilingual) (Sosiologi Kelas X)Rifki Ristiovan
 
filsafat-ilmu-manajemen.pptx
filsafat-ilmu-manajemen.pptxfilsafat-ilmu-manajemen.pptx
filsafat-ilmu-manajemen.pptxRanggaWisanggara1
 

Similar a Islam Observed: Pendahuluan dan Latar Belakang Geertz (20)

Gerakan Pemikiran Abdurrahman Wahid
Gerakan Pemikiran Abdurrahman WahidGerakan Pemikiran Abdurrahman Wahid
Gerakan Pemikiran Abdurrahman Wahid
 
PENDEKATAN ANTROPOLOGI DALAM STUDI ISLAM
PENDEKATAN ANTROPOLOGI DALAM STUDI ISLAMPENDEKATAN ANTROPOLOGI DALAM STUDI ISLAM
PENDEKATAN ANTROPOLOGI DALAM STUDI ISLAM
 
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...
Tugas artikel antropologi ruslina fitriani-Sosiologi-Dr. Taufik Ramdani, S.Th...
 
2020 diktat teori sosial taufiqurokhman ganjil 5 03-2020
2020 diktat teori sosial taufiqurokhman ganjil 5 03-20202020 diktat teori sosial taufiqurokhman ganjil 5 03-2020
2020 diktat teori sosial taufiqurokhman ganjil 5 03-2020
 
Filsafat Barat Kontemporer dan Berbagai Alirannya
Filsafat Barat Kontemporer dan Berbagai AlirannyaFilsafat Barat Kontemporer dan Berbagai Alirannya
Filsafat Barat Kontemporer dan Berbagai Alirannya
 
Hi dan perkembangannya
Hi dan perkembangannyaHi dan perkembangannya
Hi dan perkembangannya
 
JALAN DIALOG HANS KUNG DAN PERSPEKTIF MUSLIM
JALAN DIALOG HANS KUNG DAN PERSPEKTIF MUSLIMJALAN DIALOG HANS KUNG DAN PERSPEKTIF MUSLIM
JALAN DIALOG HANS KUNG DAN PERSPEKTIF MUSLIM
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
BUKU PENGANTAR FILSFAT.docx
BUKU PENGANTAR FILSFAT.docxBUKU PENGANTAR FILSFAT.docx
BUKU PENGANTAR FILSFAT.docx
 
Filsafat pendidikan
Filsafat pendidikanFilsafat pendidikan
Filsafat pendidikan
 
Perkembangan+faham+baru_abcdpdf_pdf_to_ppt.pptx
Perkembangan+faham+baru_abcdpdf_pdf_to_ppt.pptxPerkembangan+faham+baru_abcdpdf_pdf_to_ppt.pptx
Perkembangan+faham+baru_abcdpdf_pdf_to_ppt.pptx
 
Dr. budi handrianto (kritik terhadap sains barat modern perspektif nasr)
Dr. budi handrianto (kritik terhadap sains barat modern perspektif nasr)Dr. budi handrianto (kritik terhadap sains barat modern perspektif nasr)
Dr. budi handrianto (kritik terhadap sains barat modern perspektif nasr)
 
TOKOH FILSAFAT TEORI ETIKA MARXIAN, KANTIAN, HIBERMASIAN
TOKOH FILSAFAT TEORI ETIKA MARXIAN, KANTIAN, HIBERMASIANTOKOH FILSAFAT TEORI ETIKA MARXIAN, KANTIAN, HIBERMASIAN
TOKOH FILSAFAT TEORI ETIKA MARXIAN, KANTIAN, HIBERMASIAN
 
Makalah filsafat ilmu
Makalah filsafat ilmuMakalah filsafat ilmu
Makalah filsafat ilmu
 
Ppt 1 dasar dasar antropologi
Ppt 1 dasar dasar antropologiPpt 1 dasar dasar antropologi
Ppt 1 dasar dasar antropologi
 
tugas jurnal
tugas jurnaltugas jurnal
tugas jurnal
 
konsep integrasi ilmu menurut ismail razi al faruqi
konsep integrasi ilmu menurut ismail razi al faruqikonsep integrasi ilmu menurut ismail razi al faruqi
konsep integrasi ilmu menurut ismail razi al faruqi
 
tantangan islam menurut filsafat islam
tantangan islam menurut filsafat islamtantangan islam menurut filsafat islam
tantangan islam menurut filsafat islam
 
Sejarah Perkembangan Sosiologi (Bilingual) (Sosiologi Kelas X)
Sejarah Perkembangan Sosiologi (Bilingual) (Sosiologi Kelas X)Sejarah Perkembangan Sosiologi (Bilingual) (Sosiologi Kelas X)
Sejarah Perkembangan Sosiologi (Bilingual) (Sosiologi Kelas X)
 
filsafat-ilmu-manajemen.pptx
filsafat-ilmu-manajemen.pptxfilsafat-ilmu-manajemen.pptx
filsafat-ilmu-manajemen.pptx
 

Más de Yusri Mohamad Ramli

Perbandingan islam dan agama bukan ahli kitab ust yusri
Perbandingan islam dan agama bukan ahli kitab ust yusriPerbandingan islam dan agama bukan ahli kitab ust yusri
Perbandingan islam dan agama bukan ahli kitab ust yusriYusri Mohamad Ramli
 
Perbandingan islam dan agama ahli kitab us yusri
Perbandingan islam dan agama ahli kitab us yusriPerbandingan islam dan agama ahli kitab us yusri
Perbandingan islam dan agama ahli kitab us yusriYusri Mohamad Ramli
 
Pengenalan ilmu perbandingan agama ust yusri
Pengenalan ilmu perbandingan agama ust yusriPengenalan ilmu perbandingan agama ust yusri
Pengenalan ilmu perbandingan agama ust yusriYusri Mohamad Ramli
 
Kewajipan Taat kepada Pemerintah dan Adil kepada Rakyat
Kewajipan Taat kepada Pemerintah dan Adil kepada RakyatKewajipan Taat kepada Pemerintah dan Adil kepada Rakyat
Kewajipan Taat kepada Pemerintah dan Adil kepada RakyatYusri Mohamad Ramli
 
Perkembangan, faktor dan aliran pemikiran islam semasa
Perkembangan, faktor dan aliran pemikiran islam semasaPerkembangan, faktor dan aliran pemikiran islam semasa
Perkembangan, faktor dan aliran pemikiran islam semasaYusri Mohamad Ramli
 
Pemikiran islam dan aliran tradisionalisme
Pemikiran islam dan aliran tradisionalismePemikiran islam dan aliran tradisionalisme
Pemikiran islam dan aliran tradisionalismeYusri Mohamad Ramli
 
Konsep, sejarah, sumber dan ciri pemikiran islam
Konsep, sejarah, sumber dan ciri pemikiran islamKonsep, sejarah, sumber dan ciri pemikiran islam
Konsep, sejarah, sumber dan ciri pemikiran islamYusri Mohamad Ramli
 

Más de Yusri Mohamad Ramli (20)

Sistem Nilai Agama
Sistem Nilai AgamaSistem Nilai Agama
Sistem Nilai Agama
 
Perbandingan islam dan agama bukan ahli kitab ust yusri
Perbandingan islam dan agama bukan ahli kitab ust yusriPerbandingan islam dan agama bukan ahli kitab ust yusri
Perbandingan islam dan agama bukan ahli kitab ust yusri
 
Perbandingan islam dan agama ahli kitab us yusri
Perbandingan islam dan agama ahli kitab us yusriPerbandingan islam dan agama ahli kitab us yusri
Perbandingan islam dan agama ahli kitab us yusri
 
Pengenalan ilmu perbandingan agama ust yusri
Pengenalan ilmu perbandingan agama ust yusriPengenalan ilmu perbandingan agama ust yusri
Pengenalan ilmu perbandingan agama ust yusri
 
Kajian Teks Agama
Kajian Teks AgamaKajian Teks Agama
Kajian Teks Agama
 
Kewajipan Taat kepada Pemerintah dan Adil kepada Rakyat
Kewajipan Taat kepada Pemerintah dan Adil kepada RakyatKewajipan Taat kepada Pemerintah dan Adil kepada Rakyat
Kewajipan Taat kepada Pemerintah dan Adil kepada Rakyat
 
Al ilahiyyat
Al ilahiyyatAl ilahiyyat
Al ilahiyyat
 
Al sam'iyyat
Al sam'iyyatAl sam'iyyat
Al sam'iyyat
 
Qada dan qadr
Qada dan qadrQada dan qadr
Qada dan qadr
 
Baik dan buruk
Baik dan burukBaik dan buruk
Baik dan buruk
 
Vindikasi terhadap ilmu kalam
Vindikasi terhadap ilmu kalamVindikasi terhadap ilmu kalam
Vindikasi terhadap ilmu kalam
 
Tarikh kemunculan ilmu kalam
Tarikh kemunculan ilmu kalamTarikh kemunculan ilmu kalam
Tarikh kemunculan ilmu kalam
 
Objeksi terhadap ilmu kalam
Objeksi terhadap ilmu kalamObjeksi terhadap ilmu kalam
Objeksi terhadap ilmu kalam
 
Nama ilmu kalam
Nama ilmu kalamNama ilmu kalam
Nama ilmu kalam
 
Faktor kemunculan ilmu kalam
Faktor kemunculan ilmu kalamFaktor kemunculan ilmu kalam
Faktor kemunculan ilmu kalam
 
Definisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalamDefinisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalam
 
Perkembangan, faktor dan aliran pemikiran islam semasa
Perkembangan, faktor dan aliran pemikiran islam semasaPerkembangan, faktor dan aliran pemikiran islam semasa
Perkembangan, faktor dan aliran pemikiran islam semasa
 
Pemikiran islam dan aliran tradisionalisme
Pemikiran islam dan aliran tradisionalismePemikiran islam dan aliran tradisionalisme
Pemikiran islam dan aliran tradisionalisme
 
Modenisme
ModenismeModenisme
Modenisme
 
Konsep, sejarah, sumber dan ciri pemikiran islam
Konsep, sejarah, sumber dan ciri pemikiran islamKonsep, sejarah, sumber dan ciri pemikiran islam
Konsep, sejarah, sumber dan ciri pemikiran islam
 

Último

MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x BintanVenyHandayani2
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 

Último (20)

MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 

Islam Observed: Pendahuluan dan Latar Belakang Geertz

  • 1. 1 1. PENDAHULUAN GAMBAR 1.1 Kulit hadapan buku Islam Observed Sumber: http://www.press.uchicago.edu/cgi-bin/hfs.cgi/00/777.ctl Buku berjudul Islam observed: religious development in Morocco and Indonesia ini ditulis oleh seorang sarjana antropologi yang terkenal iaitu Cliffford Geertz dan diterbitkan untuk pertama kalinya pada tahun 1968 serta diulang cetak beberapa kali. Tulisan ini dianggap sebagai antara karya terpenting bagi beliau dan juga bagi bidang antropologi sehingga menjadi rujukan utama di universiti-universiti di Eropah, Amerika, dan Asia. Karya Geertz ini sebenarnya merupakan koleksi syarahan beliau yang disampaikan di bawah pembiayaan Dwight Harrington Terry Faoundation pada tahun 1967 berdasarkan kepada pengalaman dan kajian yang telah beliau jalankan di Moroko (Maghribi) dan Indonesia. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Antaranya ialah Observer l`Islam1 dalam bahasa Perancis, Observando o Islã: o desenvolvimento religioso no 1 Top selling products for Clifford Geertz, (atas talian) http://www.shop4author.com/ Clifford %20Geertz (28 Januari 2006).
  • 2. 2 Marrocos e Indonésia2 dalam bahasa Latin, dan Islam yang saya amati: perkembangan di Maroko dan Indonesia dalam bahasa Melayu (Indonesia).3 Geertz di dalam Islam observed memulakan hujahnya dengan menggariskan isu dan permasalahan secara konsepsi dan menyediakan satu pandangan umum mengenai dua negara kajiannya, Moroko dan Indonesia. Beliau kemudiannya menemukan evolusi yang berlaku dalam gaya agama yang diwarisi secara tradisi kesan daripada proses sejarah yang unik yang menghasilkan iklim keagamaan yang berbeza antara Moroko dan Indonesia. Di Moroko, konsep kehidupan Islam terangkum dalam makna aktivisme, moralisme, dan individualiti. Sedangkan di Indonesia pula tertumpu pada aestheticisme dan personaliti yang radikal. Bagi mencapai maksud penting dalam perkembangan yang menarik ini, Geertz membuat pemerhatian secara teoritikal tentang peranan sosial terhadap agama. Ulasan yang akan dibuat dalam tulisan ini khusus ditumpukan kepada halaman 98-107 sahaja iaitu dari bab yang keempat, The struggle for the real. Banyak daripada idea-idea yang dikemukakan oleh Geertz di dalam teks ini (hlm. 98-107) telah diperkembangkan secara lebih sistematik dan terperinci di dalam beberapa tulisan beliau sendiri seperti Ethos, world view and the analysis of sacred symbol 4, The growth of culture and the evolution of mind5, Ideology as a cultural system6, Religion as a cultural 2 ibid. 3 Clifford Geertz, Islam yang saya amati: perkembangan di Maroko dan Indonesia, Terj. Hasan Basari,Yayasan Ilmu-ilmu Sosial, Indonesia, 1982. 4 Clifford Geertz, Ethos, world view and the analysis of sacred symbol, The Antioch review, 58 (1958): 421-437. 5 Clifford Geertz, The growth of culture and the evolution of mind, Dlm. J. Scher (pnyt.), Theories of the mind, New York, 1962, hlm. 713-740. 6 Clifford Geertz, Ideology as a cultural system, Dlm. D. Apter (pnyt.), Ideology and discontent, New York, 1964, hlm. 47-76.
  • 3. 3 system7, The social history of an Indonesian town8, Person, time and conduct in Bali9, dan juga The impact of the concept of culture on the concept of man10. 2. LATAR BELAKANG CLIFFORD GEERTZ11 GAMBAR FOTO 2.1 Clifford Geertz Sumber: http://www.roebuckclasses.com/people/thinkers/geertz.htm 7 Clifford Geertz, Religion as a cultural system, Dlm. M. Banton (pnyt.), Anthropological approaches to the study of religion, London, 1966, hlm. 204-215. 8 Clifford Geertz, The social history of an Indonesian town, Cambridge, Mass, 1965, hlm. 119-208. 9 Clifford Geertz, Person, time and conduct in Bali, New Haven, 1966. 10 Clifford Geertz, The impact of the concept of culture on the concept of man, Dlm. J. Platt (pnyt.), New views of the nature of man, Chicago, 1966. 11 Latar belakang dan pemikiran Clifford Geertz boleh dilihat secara lebih terperinci di dalam autobiografi beliau yang ditulis oleh Fred Inglis, Clifford Geertz: culture, custom, and ethics, 1999.
  • 4. 4 Clifford James Geertz lahir di San Francisco, California, Amerika Syarikat pada 23 Ogos 1926 dan mula mempelajari bidang antropologi (Ph.D) di Universiti Harvard. Geertz telah menjadi editor akhbar dan majalah sekolah tingginya dan beliau menjangkakan dirinya suatu hari nanti akan menjadi seorang wartawan pada siang hari dan juga seorang penulis pada malam hari. Setelah berkhidmat dalam angkatan tentera laut Amerika Syarikat dalam Perang Dunia ke-2 dari tahun 1943 hingga 1945, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Antioch, Ohio di mana beliau mengkhususkan major dalam bahasa Inggeris bagi memperoleh B.A. Beliau kemudiannya menukar bidang kepada falsafah dan antropologi di atas cadangan gurunya yang dianggap hebat dan begitu mempengaruhinya iaitu George Geiger. Setelah memperolehi B.A. pada tahun 1950, Geertz bersama-sama isterinya, Mrs. Hildred Geertz memasuki Harvard untuk mempelajari bidang Hubungan Sosial kerana mereka berminat untuk menyambung ke peringkat sarjana dalam bidang antropologi.12 Setelah belajar selama dua tahun, beliau mula menjalankan projek pertamanya di Rimrock yang terletak di barat daya Amerika Syarikat. Ketika di sana, beliau mengkaji tentang kemarau dan juga kesan alkohol terhadap empat budaya di dalam wilayah tersebut. Setelah tamat kajiannya, beliau mula menulis artikel profesionalnya yang pertama.13 Setelah kajian beliau berakhir, beliau diberi peluang untuk pergi ke Indonesia bersama isterinya. Ketika di Indonesia, beliau mengkaji tentang agama. Sementara isterinya pula mengkaji tentang keluarga dan hubungan kekeluargaan.14 12 Clifford Geertz. 2006. (atas talian) http://www.thirteen.org/bigideas/geertz.html (28 januari 2006); Michael Banton (pnyt.), Anthropological approaches to the study of religion, Association of Social Anthropologists of the Commonwealth (A.S.A.) Monographs vol. 3, Cetakan ke-3, 1969, Tavistock Publications Ltd., London, hlm. 175; Reed Pick, Clifford Geertz, (atas talian) http://www.mnsu.edu/ emuseum/information/biography/fghij/geertz_clifford.html (23 Januari 2006). 13 Clifford Geertz, (atas talian) http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/ fghij/geertz_clifford.html (23 Januari 2006). 14 Clifford Geertz, http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/fghij/geertz_clifford. html. Geertz bersama isterinya, Hildred kemudiannya membukukan hasil kajian mengenai kekeluargaan ini dengan judul Kinship in Bali terbitan University of Chicago Press, Chicago, 1975.
  • 5. 5 Apabila Geertz kembali dari Indonesia, beliau menulis buku pertamanya, Agricultural involution. Buku ini menerangkan dua jenis pertanian yang utama di Indonesia iaitu swidden dan sawah padi dan juga tentang penempatan geografi mereka. Buku ini turut menerangkan mengenai perkembangan sejarah pertanian Indonesia dengan mengembangkan hipotesis bahawa bentuk-bentuk pertanian yang wujud adalah berkembang disebabkan perubahan yang berlaku. Sejak itu, Geertz telah menerbitkan lebih sedozen buah buku.15 Geertz kemudiannya memperolehi Ph.D di Harvard pada tahun 1956. Beliau seterusnya menjadi instructor dalam bidang antropologi di Universiti Harvard dari tahun 1956 hingga 1957 dan menjadi Penyelidik Bersekutu di Center for International Studies di the Massachusetts Institute of Technology pada tahun 1957. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Felo di Center for Advanced Study in the Behavioral Sciences di Universiti Stanford di Palo Alto (1958-1959) disamping menjawat jawatan sebagai Penolong Profesor dalam bidang Antropologi di Universiti California, Berkeley (1958-1960). Beliau kemudiannya menjadi Penolong Profesor Antropologi di Universiti Chicago (1960-1962) dan kemudiannya menjadi Profesor Madya (1962-1964) serta Profesor (1964-1970) di universiti tersebut.16 Geertz sejak tahun 1970, menjadi Profesor Sains Sosial di Institute for Advanced Study (IAS) di Princeton, New Jersey hingga tahun 2000 dan seterusnya sehingga kini menjadi Profesor Emeritus Sains Sosial. Beliau juga pernah menjadi profesor jemputan dalam bidang kajian Timur (oriental) di Universiti Oxford antara tahun 1978-1979. Idea- idea beliau menarik minat para ahli antropologi dan juga bidang-bidang lain. Karya- karyanya dipersembahkan kepada masyarakat dengan pandangannya tentang budaya- budaya lain yang lebih bersifat realistik dan kurang bersifat platonik (teoritikal). Matlamat pengkajian dan penulisannya tidak pernah diarahkan untuk mengekalkan 15 Clifford Geertz, http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/fghij/geertz_clifford. html. 16 Clifford Geertz. 2006. http://www.thirteen.org/bigideas/geertz.html (28 januari 2006); Michael Banton (pnyt.), Anthropological approaches to the study of religion, 1969, Tavistock Publications Ltd., London, hlm. 175.
  • 6. 6 metodologi tertentu, tetapi ditumpukan untuk menyusun nada atau mood atau agenda yang manusia mampu bertindakbalas terhadapnya ataupun sebaliknya.17 Clifford Geertz dianggap sebagai salah seorang pakar sains sosial yang terpenting pada masa kini. Beliau telah menjalankan pelbagai kajian ethnografi yang bernilai tinggi di Asia Tenggara dan Utara Afrika. Beliau turut menyumbang banyak teori sosial dan budaya dan melebarkan pengaruhnya dalam mengubah konsep antropologi kepada suatu keperihatinan dalam kerangka makna bahawa pelbagai manusia hidup di luar dari kehidupan mereka.18 Beliau banyak memfokuskan kajiannya terhadap agama, khususnya Islam, juga tentang perniagaan bazaar, pembangunan ekonomi, stuktur politik tradisional, serta kehidupan keluarga dan kampung. Beliau kini sedang menjalankan kajian tentang perbezaan etnik dan implikasinya di dalam dunia moden.19 Antara karya-karya beliau ialah:20 i. The Development of Javanese economy: a socio-cultural approach (1956)21 ii. The Religion of Java (1960)22 iii. Peddlers and princes: social development and economic change in two Indonesian towns (comparative studies of new nations) (1963) iv. Agricultural involution: the processes of ecological change in Indonesia (1963)23 17 Clifford Geertz, http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/fghij/geertz_clifford. html; Clifford Geertz, (atas talian) http://en.wikipedia.org/wiki/clifford_geertz (28 Januari 2006). 18 Clifford Geertz, (atas talian) http://www.roebuckclasses.com/people/thinkers/geertz.htm (23 Januari 2006). 19 ibid. 20 Clifford Geertz, http://www.roebuckclasses.com/people/thinkers/geertz.htm; Top selling products for Clifford Geertz, http://www.shop4author.com/Clifford%20Geertz. 21 Clifford Geertz, The Development of Javanese economy: a socio-cultural approach, Center for International Studies, Cambridge, Massachusetts, 1956. 22 Clifford Geertz, The religion of Java, The Free Press of Glencoe, London, 1960. Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Indonesia oleh Aswab Mahasin dengan judul Abangan, Santri, Priyayi dalam masyarakat Jawa, Pustaka Jaya, Jakarta, 1981. 23 Clifford Geertz, Agricultural involution: the processes of ecological change in Indonesia, University of California Press, Berkeley, California, 1963. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa
  • 7. 7 v. The social history of an Indonesian/Javanese town (1965) vi. Islam observed: religious development in Morocco and Indonesia (1968) vii. The interpretation of cultures (1973)24 viii. Myth, symbol, and culture (1974) ix. Negara: the theater state in nineteenth-century Bali (1980) x. Local knowledge: further essays in interpretive anthropology (1983) xi. Works and lives: the anthropologist as author (1988) xii. After the fact: two countries, four decades, one anthropologist (The Jerusalem-Harvard Lectures) (1995) xiii. Available light: anthropological reflections on philosophical topics xiv. The fate of ‘culture’: Geertz and beyond (representations books) xv. Geiger at Antioch (George Geiger, professor at Antioch College): an article from the Antioch review xvi. New views of the nature man Beliau turut menulis banyak artikel khususnya di dalam buku-buku dan jurnal- jurnal antropologi seperti: i. Ethos, world-view and the analysis of acred symbols (1958)25 ii. The growth of culture and the evolution of mind (1962)26 iii. Ideology as a cultural system (1964)27 iv. Internal conversion in contemporary Bali (1964)28 Geertz telah mendapat beberapa anugerah penghormatan. Antaranya ialah National Book Critics Circle Prize dalam penulisan kritis pada tahun 1989 bagi karyanya, Melayu (Indonesia) dengan judul, Involusi pertanian: proses perubahan ekologi di Indonesia, Jakarta Barat. 24 Clifford Geertz, The Interpretation of cultures, Basic Books, New York, 1973. 25 Clifford Geertz, Ethos, world-view and the analysis of acred symbols, Antioch Review, Winter (1957-1958), 1958, hlm. 421-437. 26 Clifford Geertz, The growth of culture and the evolution of mind, Dlm. J. Scher (pnyt.), Theories of mind, The Free Press, New York, 1962, hlm. 713-740. 27 Clifford Geertz, Ideology as a cultural system, Dlm. D. Apter (pnyt.), Ideology of discontent, The Free Press, New York, 1964, hlm. 47-76. 28 Clifford Geertz, Internal conversion in contemporary Bali, Dlm. J. Bastin & R. Roolvink (pnyt.), Malayan and Indonesian studies, Oxford University Press, Oxford, 1964, hlm. 282-302.
  • 8. 8 Works and lives. Beliau juga adalah ahli lembaga penasihat jurnal the Antioch review, di samping menjadi penulis penyumbang dalam the New York review of books29. Beliau juga telah mendapat ijazah kehormat undang-undang (L.H.D.) daripada Bates College pada tahun 1980.30 3. PENDEKATAN ANTROPOLOGI SIMBOLIK31 Beliau merupakan pengkaji dan penulis yang prolifik dalam arena antropologi. Nama dan pengaruh beliau meningkat naik dengan pelbagai penyelidikan beliau tentang sosio budaya di Indonesia.Sejak kajian pertama beliau iaitu mengenai kehidupan beragama dan kesannya dalam corak hubungan sosial di kalangan masyarakat Jawa, beliau mula 29 Clifford Geertz. 2006. http://www.thirteen.org/bigideas/geertz.html. 30 Clifford Geertz, http://en.wikipedia.org/wiki/clifford_geertz (28 Januari 2006). 31 Terdapat pelbagai teori antropologi. Antaranya ialah yang muncul pada akhir kurun ke-19: i. Evolutionism: Edward Burnett Tylor, Lewis Henry Morgan ii. Sociological Thought: Emile Durkheim iii. Materialism: Karl Marx, Friedrich Engels Manakala teori yang muncul pada awal kurun ke-20 ialah: iv. Historical Particularism: Franz Boaz, Alfred L. Kroeber v. Functionalism: Bronislaw Malinowski, Alfred R. Radcliffe-Brown, E. E. Evans Pritchard vi. Culture & Personality: Ruth Fulton Benedict, Margaret Mead Pertengahan kurun ke-20 pula ialah: vii. Neoevolutionism: Julian Steward, Leslie White, George Peter Murdock viii. Neomaterialism: Marvin Harris, Roy A. Rappaport ix. Structuralism: Claude Levi-Strauss x. Cognitive Anthropology: Stephen A. Tyler, Harold C. Conklin Trend terkini ialah: xi. Feminist Anthropology: Sally Slocum, Eleanor Leacock, Ann L. Stoler xii. Sociobiological Anthropology: Edward Wilson xiii. Symbolic Anthropology: Clifford Geertz, Mary Douglas, Victor Turner xiv. Postmodernism: Renato Rosaldo, Vincent Crapanzano Sila lihat Alan Bernard & John Spencer, Encyclopedia of social and cultural anthropology, Routledge, London, 1997; EMuseum, Anthropological theories, (atas talian) http://www.mnsu.edu/ emuseum/cultural/anthropology/theories.html; McGee, R. Jon, & Richard L. Warms, Anthropological theory: an introductory history, McGraw Hill, New York, 2004; Thomas Barfield, The Dictionary of Anthropology, Blackwell, Malden, 1996.
  • 9. 9 memperlihatkan kecenderungan dan pengaruh untuk mengkaji keadaan sosial, kebudayaan, dan politik di Indonesia.32 Pendekatan yang digunakan oleh Geertz amat unik dan tidak seperti antropologis konvensional yang bersifat deskriptif. Pengkajian Geertz bersifat empirikal dan tidak bertitik tolak dari sesuatu teori. Subjek kajianlah yang menjadi nadi kepada hasil dan rumusan kajian yang beliau jalankan. Masyarakat yang menjadi bahan kajian beliau dianalisis melalui corak hubungan sosial dan kecenderungan budaya yang diperhatikan dalam amalan masyarakat tersebut. Malah beliau turut melihat kepada kemungkinan daya kemampuan masyarakat tersebut untuk menghadapi perubahan budaya. Pendekatan sebegini dilihat sangat praktikal untuk memahami proses perubahan sosial yang terjadi.33 Kajian-kajian Geertz memperlihatkan kemampuan beliau dalam menarik perhatian pembaca dan menonjolkan kewibawaannya dalam merungkai persoalan- persoalan yang diajukan terhadap sasaran kajiannya. Oleh itu, tidak hairanlah pengaruh beliau samada pro dan kontra melebar dengan meluas di dalam pelbagai lapangan ilmu. Geertz tidak cuba menghasilkan teori-teori baru yang boleh dipakai untuk menilai gelagat-gelagat sosial dan tidak juga terikat dengan isu-isu khusus dan juz’i seperti yang biasa dilakukan oleh para pengkaji. Beliau sebaliknya cuba mengaitkan isu yang khusus yang didapatinya melalui kajian empirikal dengan isu yang lebih umum. Ini bukan bermakna Geertz mengumumkan perkara yang khusus, tetapi mencari apakah yang dapat diberikan oleh hal yang khusus kepada hal yang lebih besar dan kompleks.34 Dalam erti kata lain, pendekatan Geertz ini cuba mendapatkan pemahaman yang lebih komprehensif terhadap gejala-gejala yang ditelitinya. Kecenderungan seperti ini berpaksi pada pengertian Geertz tentang kebudayaan sebagai sasaran kajian dan juga bagaimana menurutnya sesuatu kajian antropologi itu harus dilakukan.35 32 Taufik Abdullah, C. Geertz dan agama sebagai sasaran studi antroplogi: sekadar pengenalan, Dlm. Clifford Geertz. Islam yang saya amati: perkembangan di Maroko dan Indonesia, Yayasan Ilmu-ilmu Sosial, Indonesia, 1982, hlm. i-xvi. 33 ibid. 34 ibid. 35 ibid.
  • 10. 10 Bagi Geertz, kebudayaan itu berkait rapat dengan simbol atau lambang. Dengan simbol inilah katanya, manusia saling menyampaikan fikiran, perasaan, dan berkomunikasi. Kebudayaan tidak terjadi dengan kebiasaan, tetapi berdasarkan tafsiran atau interpretasi sesebuah masyarakat terhadap sesuatu pengalaman.36 4. ULASAN TEKS ISLAM OBSERVED HLM. 98-10737 4.1 Teori Simbolik Deduktif Geertz Tentang Dari Mana Datangnya Agama? Dalam bahagian ini, Geertz cuba menjelaskan pandangan beliau mengenai asal-usul agama di dalam sesebuah masyarakat. Beliau berpendapat bahawa ciri utama dari kepercayaan agama berbanding dengan kepercayaan yang lain seperti ideologi, falsafah, ilmu, atau akal ialah bahawa kepercayaan agama itu bukan suatu rumusan dari pengalaman, bahkan pengalaman itu lahir dari kepercayaan agama. Para penganut agama mendapat agama itu bukan secara induktif, tetapi secara deduktif. Geertz memetik pendapat Alisdair MacIntyre38 yang mengatakan bahawa kepercayaan-kepercayaan merupakan cahaya yang dipancarkan kepada kehidupan manusia dari sesuatu di luarnya.39 Penulis menyanggah pandangan ini dengan menegaskan bahawa ahli sosiologi dan juga antropologi secara umumnya tidak begitu berkenan dengan rumusan seperti ini, 36 ibid. 37 Di dalam bab 4 ini Geertz menjelaskan mengenai perjuangan dan metodologi masyarakat di kedua-dua negara dalam mempertahankan kepercayaan dan amalan agama mereka. Beliau juga mengkritik isu-isu dan pandangan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli sosiologi dan politik. Beliau juga banyak menggunakan pendekatan perbandingan secara tipologi yang begitu teknikal dan begitu cenderung untuk menggabungkan antara metod dan teori walaupun sebenarnya beliau lebih banyak mengutamakan aspek praktikal sehingga mengabaikan konsep-konsep keagamaan. 38 Alisdair/Alasdair McIntyre ialah Profesor Penyelidik Senior bidang Falsafah, Jabatan Falsafah, Universiti Notre Dame dan bekas pensyarah falsafah agama di Universiti Manchester. Beliau mendapat M.A. di Universiti Manchester. Bidang kajian beliau ialah falsafah moral, rasionaliti praktikal, Aristotle, dan St. Thomas Aquinas. 39 Geertz memetik pandangan ini dari tulisan Alisdair McIntyre, The logical status religious belief, Dlm. McIntyre (pnyt.), Metaphysical beliefs, SCM Press, London, 1957, hlm. 167-211. Geertz gemar membangkitkan pandangan ahli soisologi dan politik dan mengkritik idea-idea mereka yang dianggap tidak realistik dan tidak praktikal.
  • 11. 11 bukan kebanyakan mereka tidak beragama (termasuk Geertz sendiri), tetapi kerana ia menyimpang dari jalur empiricisme dalam menjelaskan cara kepercayaan agama dizahirkan kepada para penganut agama.40 Persoalan yang paling penting dalam pengkajian ini ialah apakah sebabnya masyarakat itu percaya dengan kepercayaan mereka itu? Dan dari manakah asalnya kepercayaan mereka itu? Adalah jelas bahawa kepercayaan itu timbul dari pengaruh sosial dan simbol- simbol agama. Seseorang itu lahir ke dunia tidak menciptakan agama dan budaya untuk dipercayai dan diamalkannya, melainkan agama atau budaya itu sememangnya telah diterima oleh masyarakat sebagai satu agama dan budaya. Begitulah halnya seseorang itu tidak perlu mencipta bahasa untuk mula bertutur. Jadi agama itu menurut Geertz walaupun merupakan suatu pilihan yang bebas, bukannya lahir dari diri seseorang tetapi diambil dari amalan masyarakat dan simbol-simbol agama yang telah wujud. Simbol-simbol agama dan amalan inilah yang mewujudkan kepercayaan di dalam sesebuah masyarakat. Ini termasuklah pembacaan-pembacaan doa, zikir, kepatuhan kepada Sultan atau pemimpin, dan amalan-amalan keagamaan yang akhirnya membentuk peribadi dan kepercayaan seseorang itu. Keterikatan sesebuah masyarakat dengan simbol- simbol keagamaan menjadi mekanisme utama bagi mereka untuk menerima sesuatu kepercayaan itu.41 40 Pendekatan empiricisme atau sains positif menitikberatkan pengalaman dan ujikaji sebagi punca sesuatu kebenaran. Lantaran itulah Geertz mentafsirkan agama itu sebagai apa yang dipercayai dan diamalkan oleh masyarakat itu secara realitinya dan bukannya berasaskan kepada konsep-konsep agama itu sendiri. Maka dengan itulah agama itu sendiri dianggap sebagai suatu sistem budaya. Sila rujuk Clifford Geertz, Religion as a cultural system, Dlm. Michael Banton (pnyt.), Anthropological approaches to the study of religion, A.S.A. Monographs vol. 3, 1969, Tavistock Publications Ltd., London, hlm. 1-46. 41 Penerangan mengenai sistem-sistem simbol ini boleh dilihat di dalam bukunya, The Religion of Java. Di dalam buku tersebut dijelaskan bagaimanakah hubungan antara struktur sosial yang ada dalam suatu masyarakat dengan penyusunan dan kewujudan simbol-simbol dan juga bagaimanakah anggota masyarakat mewujudkan integarasi dan disintegarsi dengan simbol-simbol tersebut. Geerts umumnya melihat agama sebagai suatu sistem kebudayaan. Kebudayaan tidak didefinisikan sebagai pola kelakukan tetapi sebagai pola bagi kelakuan iaitu yang terbina atas rangkaian aturan-aturan dan petunjuk yang digunakan oleh manusia untuk mengatur tingkah laku. Kebudayaan juga merupakan penyusun kepada pengertian-pengertian yang wujud pada simbol- simbol. Antara simbol-simbol tersebut ialah suatu golongan yang dianggap suci atau memberi peranan terhadap memperkukuhkan pengamalan agama. Geertz menyimpulkan agama sebagai suatu sistem simbol
  • 12. 12 4.2 Faktor yang Mendorong Masyarakat Mempercayai dan Mengamalkan Agama Geertz kemudiannya mengajukan pertanyaan. Apakah sebabnya masyarakat itu dipengaruhi oleh simbol-simbol tersebut? Apakah sebabnya masyarakat mengamalkan amalan-amalan tersebut? Apakah juga sebabnya amalan-amalan tersebut mempunyai pengaruh dan kesan terhadap masyarakat? Geertz memberi jawapan bahawa: i. Dari segi psikologinya ia merupakan suatu keinginan dan keperluan individu untuk menguatkan harapannya dari sesuatu yang dianggapnya berkuasa yang mampu memberikan harapan dan kasih sayang. ii. Manakala dari segi sosialnya, tekanan dalam masyarakat bukan industri atau pertanian adalah sangat besar yang akhirnya menambahkan lagi keimanan, kepercayaan dan harapan mereka. Walau bagaimanapun amat sukar untuk menentukan adakah masyarakat beriman kerana kedua-dua faktor itu, atau adakah kerana dorongan batin yang ikhlas yang ingin mencari hidayah. Namun yang pastinya kata penulis, kedua- dua faktor ini tidak boleh dinafikan peranannya. iii. Selain faktor psikologi dan sosial, terdapat juga faktor dari sudut budaya yang timbul dari perasaan bahawa akal tidak cukup untuk menjelaskan pengalaman yang begitu kompleks. Kehidupan manusia menjangkaui batasan rasional praktikal ini diperjelaskan oleh Max Weber sebagai masalah makna (the problem of meaning). Pelbagai persoalan yang membingungkan dan melampaui kemampuan moral, emosi, dan intelek manusia tidak menemui noktah penyelesaian seperti kenapakah orang yang adil itu menderita dan orang yang zalim itu hidup bahagia? Sehinggakan seperti pepatah Jawa, “Kita menjadi kebingungan seperti kerbau melihat orkestra”. yang bertindak untuk memantapkan semangat dan motivasi secara kukuh, menyeluruh, dan bertahan lama pada diri manusia dengan cara memformulasikan konsep-konsep hukum yang umum dengan kehidupan manusia sehingga semangat dan motivasi itu secara unik adalah wujud secara nyata.
  • 13. 13 Inilah menjadi sebab kata penulis, kenapa kita memerlukan wahyu-wahyu agama supaya kehidupan manusia itu tidak bertentangan dengan akal fikiran manusia dan memberikan jawapan serta merasionalkan, melogikkan, dan mewajarkan persoalan-persoalan yang telah timbul tentang aturan yang telah dibuat oleh Allah Taala. Geertz menyimpulkan bahawa ketiga-tiga faktor ini iaitu psikologi, sosial, dan budaya sebagai penjana yang menggerakkan manusia supaya melakukan amalan-amalan agama dan menerima kepercayaan-kepercayaan agama. Penulis menjelaskan bahawa untuk mempercayai itu memang mudah. Akan tetapi dalam masyarakat tradisional, berlaku banyak scepticism (kecurigaan) walaupun dalam beberapa perkara tertentu sahaja. Ini adalah kerana berlakunya pertentangan antara apa yang dianggap benar menurut agama dan akal (walaupun asas yang paling utama dipegang sekalipun) dengan penggunaan kuasa berlandaskan agama untuk tujuan yang tidak baik. Geertz memetik sebuah peribahasa Moroko, “Berwaspadalah terhadap wanita dari muka, terhadap baghal dari belakang, dan terhadap orang murabit dari segala arah”. Juga kata-kata para petani di Jawa, “Pada malam hari, semua harta kami milik pencuri dan pada siang hari semua harta kami milik raja kami”. Walau apapun yang masyarakat katakan mengenai al-murabitun samada tentang individu atau tingkahlaku, mereka tetap menerima realiti golongan ini sebagai pemimpin. Umunya menurut penulis, faktor psikologi, sosial, dan budaya sentiasa sesuai dengan akal sehinggakan orang yang tidak percaya kepada agama itu biasanya dipanggil sebagai gila dan jarang sekali dipanggil berdosa, samada di Moroko ataupun Jawa. 4.3 Agama dalam Menghadapi Perubahan-Perubahan Ketenteraman keagamaan inilah yang diganggu-gugat oleh perubahan-perubahan yang berlaku tidak hanya di Moroko dan Indonesia bahkan di seluruh dunia. Ketahanan jiwa,
  • 14. 14 tekanan masyarakat, dan masalah-masalah makna tidak lagi berpadu menjadi kekuatan yang ampuh untuk menggerakkan individu untuk merealisasikan simbol-simbol agama tersebut. Simbol-simbol itu memang masih ada, begitu juga dengan upacara-upacara agamanya yang dianggap mempunyai kebenaran spiritual yang abadi. Akan tetapi masyarakat kini berasa sukar untuk melakukan kesemua tuntutan agama dan sulit untuk menyelaraskan realiti kehidupan dengan hakikat agama. Menurut pengamatan penulis, proses ini walau bagaimanapun masih belum begitu berkembang di Moroko dan Indonesia walaupun perubahan tersebut semakin pantas. Di Amerika Syarikat, walaupun ramai orang yang pergi ke gereja, namun kemampuan untuk menghayati agama Kristian terus menurun. Inilah yang menimbulkan persoalan kepada penulis bahawa bolehkah keadaan ini diterbalikkan? Sehingga masyarakat itu kembali berpegang dengan agama seutuhnya? Apa yang jelasnya, berkurangnya keyakinan agama itu adalah disebabkan hilangnya kekuatan simbol-simbol agama itu bagi masyarakat dan juga disebabkan sekularisasi pemikiran dan proses mengideologikan agama. 4.4 Sekularisasi Pemikiran Terdapat banyak sebab berlakunya sekularisasi dalam dunia moden. Tetapi dari segi sekularisasi dari segi budaya secara umumnya merupakan hasil daripada pertumbuhan pantas dari suatu pandangan budaya yang lain yang melampaui kewajaran akal (transcommonsensical) dan juga hasil kemunculan ilmu sains positif. Ilmu dan pemikiran Barat ini telah tersebar ke negara-negara Dunia Ketiga termasuk Moroko dan Indonesia walaupun secara relatifnya hanya sedikit sahaja. Akan tetapi di setiap penjuru kedua-dua negara ini telah timbul suatu kesedaran bahawa pengalaman seharian manusia dapat dimasukkan dalam konteks yang lebih luas dan bermakna dengan simbol-simbol yang menggambarkan realiti menurut hukum-hukum umum yang ditetapkan secara induktif.
  • 15. 15 Atau dalam erti kata lain, akal dan pengalaman itu kini menjadi suatu sumber autoriti bagi manusia dan pemberi jawapan kepada kebingungan mereka yang sebelum ini hanya berpandu kepada kepercayaan-kepercayaan agama. Menurut Geertz, pada masa kini, masyarakat dunia cenderung untuk menyimpulkan bahawa secara asasnya tidak ada konflik antara agama dan ilmu pengetahuan (sains). Kedua-duanya merupakan suatu alternatif yang melengkapi antara satu sama lain42. Namun, pertumbuhan ilmu pengetahuan yang pesat telah menyebabkan kepercayaan agama menjadi goyah dan sukar untuk dipertahankan sehingga mewujudkan ketegangan antara kedua-duanya dalam cara untuk memahami dunia ini. Pertentangan ini dari hari ke hari semakin rancak dan semakin kronik. Penulis beranggapan bahawa jika persaingan antara agama dan ilmu untuk menegakkan kebenaran masing-masing ini diberi perhatian khusus oleh kedua-dua belah pihak (agama dan ilmu), maka sejarah agama Islam dan agama-agama lain tidak akan dapat difahami. Pertentangan ini menurut penulis tidak akan menemui titik akhirnya sama sekali. Ahli-ahli agama (scripturalists)43 merupakan golongan yang paling merasai ketegangan ini iaitu antara sekularisasi yang progresif dari pemikiran dunia moden dengan intisari pandangan agama. Pergeseran tersebut telah memberi tekanan ekslusif terhadap sumber-sumber agama Islam supaya ajarannya dijauhi oleh masyarakat termasuklah di Moroko dan Indonesia, walaupun kebanyakannya tidak secara terang- terangan. Ini menyebabkan golongan ahli agama berusaha untuk mempertahankan kebenaran agama. 42 Maksud penulis ialah bahawa tidak dicampur adukkan antara hal dunia/sains dengan hal agama. Kedua-duanya diasingkan. Oleh kerana itu tidak wujudnya pertentangan secara nyata. Keadaan yang demikian adalah sama sahaja di semua negara-negara Islam yang telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat termasuk Malaysia. 43 Ini merujuk khususnya kepada mereka yang telah menuntut ilmu agama di universiti dan pusat pengajian di Timur Tengah dan kemudiannya membawa pembaharuan dalam masyarakat mereka. Di Malaysia bolehlah disamakan dengan Kaum Muda (dalam bidang agama dan pendidikan) serta golongan elit yang mendapat pendidikan Inggeris (dalam bidang politik dan sosial).
  • 16. 16 4.5 Ideologisasi Agama oleh Golongan Reformis Melalui Dua Strategi Oleh yang demikian, golongan agama lah yang menjadi penggerak kepada ideologisasi agama di kedua-dua negara ini. Oleh kerana itu, mereka dianggap sebagai golongan reformis. Mereka berusaha untuk menyatukan dan menyemarakkan semangat golongan nasionalisme dan neo-tradisionalisme. Ini dianggap oleh Geertz sebagai suatu kebijaksanaan bagi masyarakat Islam dalam menghadapi dunia moden sekular dan sikap ini seharusnya dicontohi oleh semua masyarakat dan budaya. Golongan ini telah memulakan suatu revolusi intelektual yang terjelma dalam konsep-konsep politik terutamanya sebelum mencapai kemerdekaan dan selepasnya. Golongan reformis ini bukan hanya mendidik pengikut-pengikut mereka, bahkan mengajar lawan mereka supaya merumuskan cita-cita agar dapat dipertahankan peradaban dan kelangsungan hidup mereka, dalam mengahadapi dunia moden yang mencabar. Penulis menyimpulkan bahawa terdapat dua strategi yang digunakan khususnya oleh golongan reformis ini untuk menghadapai cabaran sekularisasi yang bukan hanya dilakukan di Moroko dan Indonesia sahaja, bahkan di seluruh dunia Islam iaitu: i. Pemisahan secara mutlak hal-hal agama dengan ilmu ii. Usaha untuk menunjukkan bahawa kitab suci al-Quran sebenarnya mengandungi segala intipati ilmu moden tersebut. Pendekatan pertama menyimpulkan bahawa ilmu pengetahuan atau sains tidak mempunyai erti metafizik atau spiritual dan ia hanya terbatas kepada pemahaman alam sebagai sistem dunia yang berdiri secara tersendiri. Kepercayaan dan rasional dipisahkan antara satu sama lain agar kepercayaan atau agama itu tidak tercemar dan agar ilmu itu terikat dengan agama. Pendekatan yang kedua pula menafsirkan ilmu pengetahuan sebagai hanya menjelaskan apa yang sudah terkandung di dalam agama dan memperincikan lagi perspektif agama.
  • 17. 17 Geertz berpendapat bahawa kedua-dua kefahaman ini seolah-olah membentuk deisme44 Islam di mana ajaran-ajaran asas Islam dilindungi dari segala penentangan dengan cara menjauhkannya dari pengalaman manusia. Ini berbeza dengan akal sekular yang dibiarkan bebas dengan penguasaan penuh terhadap dunia. 45 Dengan cara menjauhkan Islam dari sains sekular, maka manusia akan merasa yakin bahawa penemuan-penemuannya tidak akan menimbulkan masalah terhadap kepercayaan agamanya kerana kepercayaan agama sudah menerangkan mengenai penemuan–penemuan tersebut. Geertz memetik kata-kata Muhammad Abduh bahawa: Melakukan refleksi tentang hakikat Pencipta adalah dilarang bagi akal manusia kerana kewujudan manusia dan Tuhan itu terpisah sama sekali antara satu sama lain. Akan tetapi bagi pihak yang lain, seruan Islam agar melakukan refleksi mengenai hal-hal makluk yang diciptakan tidak dihalang atau dikenakan syarat apapun. Ini kerana sudah diketahui bahawa setiap spekulasi yang baik akan menuju kepada kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang telah disebutkan di dalam al-Quran.46 Penulis juga memetik kata-kata Kenneith Cragg47: Dogma-dogma yang dianggap suci berdampingan dengan kebebasan-kebebasan yang dianjurkan secara menyeluruh.48 44 Deisme atau deism ialah mempercayai suatu kuasa suci (Tuhan) tanpa melalui wahyu. 45 Ismail Raji al-Faruqi mengistilahkan dua strategi golongan scripturalists atau reformis menghadapi ilmu dan sekularisasi ini sebagai pendekatan dua buku (two book approaches). Sila lihat al- Faruqi, Science and traditional values in Islamic society, Zygon 2, 1967, hlm. 231-246. 46 Kata-kata Muhammad Abduh ini dipetik dari karya Kenneith Cragg, Counsels in Islam, hlm. 38-39. 47 Antara karya Kenneth/Kenneith Cragg ialah Muhammad and the Christian: a question of response (1984), Common prayer: a Muslim-Christian spiritual anthology (1999), With God in human trust: Christian faith and contemporary humanism, a meeting of minds (1999), Jesus and the Muslim: an exploration (1999), Counsels in contemporary Islam (2001), The Christian Jesus: faith in the finding (2003), Semitism: the whence and whiter ‘how dear are your counsels’ (2005), The Qur’an and the West (2006), dan Returning to Mount Hira. 48 Kenneith Cragg, Counsels in Islam, hlm. 37.
  • 18. 18 Penulis menyimpulkan bahawa kedua-dua strategi untuk menghadapi sekularisasi pemikiran ini diaplikasikan secara berbeza di kedua-dua buah negara, Moroko dan Indonesia. Di Indonesia yang semangnya cenderung untuk menyerap segala gaya fikiran secara syncretisme, dengan sendirinya lebih terbuka untuk menerima pernyataan bahawa ajaran Islam dan penemuan-penemuan sains tidak bercanggah malah saling melengkapi antara satu sama lain. Sedangkan di Moroko pula, yang cenderung untuk membentuk jati agama yang sempurna dan moral yang mapan, dilihat lebih terbuka untuk memisahkan ajaran Islam daripada sebarang perkara yang mencemarkan Islam dari kehidupan sehari-hari. Di kedua-dua negara, golongan reformis (scripturalists) sememangnya tidak sependapat dengan golongan tradisionalis, illuminasionis, dan juga al-murabitun49. Walau apapun, kedua-dua pihak ini tetap rakyat Moroko ataupun Indonesia. Tetapi golongan reformis ini tidak dapat membebaskan diri daripada apa yang diistilah oleh Geertz sebagai pertentangan antara Fabianism50 dari satu peradaban dan Utopianism51 dari peradaban yang lain. Sebagai contohnya kiayi (ulama) di Indonesia telah berusaha menyebarkan bahawa ilmu moden, bahkan pemikiran secular adalah tidak lain dan tidak bukan merupakan pengungkapan dari Islam itu sendiri. Hanya caranya sahaja yang berbeza di mana pendekatan secara praktikal oleh ilmu moden membantu menjelaskan pendekatan teori yang dihurai secara mendalam dalam al-Quran. Manakala di Moroko pula, golongan reformis berusaha untuk memulihkan ajaran Islam dari tahyul dan pemikiran yang sempit kepada apa yang diidealisasikan terhadap Islam yang sempurna di samping membebaskan kehidupan sekular dari kekangan doktrin. 49 Golongan ini boleh disamakan dengan golongan Kaum Tua dan pendokong aliran tradisionalis di Malaysia. 50 Fabianism bermaksud sistem politik dan sosial yang bersifat konservatif, tradisional, dan ortodoks, bentuk lama (old-fashioned). 51 Utopianism bermaksud sistem politik dan sosial yang sempurna dan yang dicita-citakan (bsifat platonik dan idealistik), tetapi kurang praktikal.
  • 19. 19 Oleh kerana itulah ilmu pengetahuan tidak menimbulkan ancaman kepada kepercayaan agama, kerana dari satu sudut ilmu atau sains moden itu dianggap sebahagian dari agama dan dari satu sudut yang lain ilmu itu juga dianggap bukan sebahagian dari agama. Hasil-hasil yang telah dicapai oleh golongan reformis dalam mengideologikan Islam dalam konteks dunia moden telah digunakan dengan lebih efektif terhadap pendekatan agama klasik yang sememangnya merupakan sasaran utama mereka. Walaupun golongan reformis ini telah menumbuhkan semangat nasionalisme, tetapi mereka cuba menjauhkannya dalam erti kata cuba berpegang dengan kepercayaan yang lebih kukuh di kedua-dua negara ini.52 Namun dalam menyesuaikannya dengan dunia moden, golongan reformis menggunakan strategi-strategi tersebut untuk mengideologikan agama. Malah mereka melanjutkannya dengan gerakan untuk menyemai penghayatan agama supaya masyarakat patuh kepada peraturan-peraturan agama sesempurnanya. Geertz memberi contoh Sukarno yang cuba menghidupkan kembali negara teater 53 dengan asas nasionalisme revolusi dan juga usaha Sultan Muhammad V (al-Khamis) untuk menghidupkan kembali al-murabitun dengan asa yang sama nasionalisme revolusi yang sama. Usaha di Indonesia ini didasarkan kepada usaha membangkitkan suatu corak keagamaan berbentuk sekular54 yang meliputi segala aspek. Manakala di Moroko pula adalah didasarkan kepada usaha-usaha untuk membuat pemisahan secara radikal antara kebaikan peribadi (agama) dan kehidupan umum (sekular). Geertz merumuskan bahawa kemampuan supaya tradisi-tradisi yang sudah diperbaiki ini terus bertahan untuk masa-masa seterusnya adalah bergantung kepada 52 Ini dilakukan supaya lebih menonjolkan nasionalisme atas agama, budaya dan tradisi sebenar mereka yang sejati dan tidak terikat dengan budaya luar yang sekular. 53 Negara teater merujuk kepada sistem negara beraja atau berpresiden seperti yang pernah diamalkan semasa zaman kegemilangan kerajaan Majapahit, Mataram, dan sebagainya di Jawa. Sila rujuk karya Geertz, Negara: the theater state in nineteenth-century Bali, 1980. 54 Bermaksud mewujudkan pemikiran yang lebih liberal dan moderat, sesuai dengan perubahan dunia.
  • 20. 20 kemampuan pola kehidupan yang diakibatkan oleh tradisi-tradisi tersebut untuk terus hidup dan kekal dalam negara-bangsa yang separa moden dalam pertengahan kedua abad ke-20. Ini membawa kita kepada panduan untuk betindak dari simbol-simbol agama kepada pengaruh simbol-simbol tersebut terhadap perilaku manusia yang sebenarnya. Kaedah-kaedah bagaimana agama memberi kesan kepada tingkah laku manusia ini dihuraikan oleh penulis dalam bahagian yang seterusnya dari bab ini. 5. PENUTUP Geertz dikenali sebagai tokoh yang memecahkan kecenderungan terhadap pencarian saintifik pada tahun 1950-an dengan memperkenalkan gaya yang lebih bersifat metafora (kiasan) dan simbol dalam disiplin ilmu antropologi. Pendekatan beliau ini menarik minat ramai pengkaji untuk meneliti dan mengkaji masyarakat berasaskan metod yang digunapakai oleh beliau. Walau bagaimanapun terdapat ramai sarjana yang mengkritik beliau kerana terlalu menolak teori dan hanya mementingkan praktikal. Pendekatan ini dianggap sebagai sekular dan tidak mencerminkan hakikat agama yang sebenar. Mungkin pendekatan secara praktis ini dipengaruhi oleh pemikiran sosial Ibn Khaldun sebagaimana dijelaskan di dalam bukunya, Muqaddimah. Apapun, usaha yang dilakukan oleh Geertz dengan melarikan diri dari corak pengkajian saintifik yang biasa dilakukan oleh penyelidik menyebabkan namanya meningkat naik. Pendekatannya yang unik yang banyak menggunakan perbandingan berasaskan kehidupan realiti masyarakat menjadikan kajiannya benar-benar bernilai tinggi.
  • 21. 21 Geertz melalui Islam observed, menyajikan kepada kita suatu konteks umum dalam analisis perbandingan terhadap agama dan aplikasinya terhadap kajian tentang perkembangan Islam di dua buah negara yang berbeza: Indonesia dan Moroko. Karya ini turut memperlihatkan kecenderungan penulis terhadap agama, ideologi, dan budaya dan bagaimana beliau meluahkan pandangannya. Dalam membandingkan amalan agama di dua komuniti ini, Geertz cuba untuk menentukan bagaimana dan dengan apa carakah idea-idea, perlakuan, dan institusi yang tertentu dapat bertahan atau gagal bertahan dan memberi pengaruh kepada kepercayaan agama. Geertz juga merungkai persoalan bagaimanakah sensitiviti individu-individu beragama menunjukkan reaksi mereka apabila kepercayaan agama mereka mula meluntur dan apakah yang mereka lakukan apabila tradisi mereka ini mula pupus. Geertz juga turut memberi jawapan secara spesifik tentang apakah proses budaya dan suasana yang memberi kesan kepada reaksi-reaski tersebut. RUJUKAN Clifford Geertz. 2006. (atas talian) http://www.roebuckclasses.com/people/thinkers/geertz.htm (23 Januari 2006). Clifford Geertz. 2006. (atas talian) http://www.thirteen.org/bigideas/geertz.html (28 Januari 2006). Clifford Geertz. 2006. (atas talian) http://en.wikipedia.org/wiki/clifford_geertz (28 Januari 2006). EMuseum. 2006. Anthropological theories. (atas talian) http://www.mnsu.edu/emuseum/ cultural/ anthropology/theories.html (23 Januari 2006). Geertz, Clifford. 1968. Islam observed: religious development in Morocco and Indonesia. Chicago: The University of Chicago Press. _______. 1969. Religion as a cultural system. Dlm. Michael Banton (pnyt.). Anthropological approaches to the study of religion. Association of Social Anthropologists of the Commonwealth (A.S.A.) Monographs vol. 3, hlm. 1-46. Cetakan ke-3. London: Tavistock Publications Limited. _______. 1981. Abangan, Santri, Priyayi dalam masyarakat Jawa (The religion of Java). Terj. Aswab Mahasin, Sunt. Bur Rasuanto. Jakarta: PT Dunia Pustaka Jaya. _______. 1982. Islam yang saya amati: perkembangan di Maroko dan Indonesia. Terj. Hasan Basari. Indonesia: Yayasan Ilmu-ilmu Sosial.
  • 22. 22 Pick, Reed. 2006. Clifford Geertz. (atas talian) http://www.mnsu.edu/emuseum/information/ biography/fghij/geertz_clifford.html (23 Januari 2006). Taufik Abdullah. 1982. C. Geertz dan agama sebagai sasaran studi antroplogi: sekadar pengenalan. Dlm. Clifford Geertz. Islam yang saya amati: perkembangan di Maroko dan Indonesia. Terj. Hasan Basari. Hlm. i-xvi. Indonesia: Yayasan Ilmu-ilmu Sosial. Top selling products for Clifford Geertz. 2006. (atas talian) http://www.shop4author.com/ Clifford%20Geertz (28 Januari 2006).