Nota pj
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Nota pj

el

  • 6,471 reproducciones

 

Estadísticas

reproducciones

reproducciones totales
6,471
reproducciones en SlideShare
6,471
reproducciones incrustadas
0

Actions

Me gusta
8
Descargas
262
Comentarios
0

0 insertados 0

No embeds

Accesibilidad

Categorias

Detalles de carga

Uploaded via as Microsoft Word

Derechos de uso

© Todos los derechos reservados

Report content

Marcada como inapropiada Marcar como inapropiada
Marcar como inapropiada

Seleccione la razón para marcar esta presentación como inapropiada.

Cancelar
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    ¿Está seguro?
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
Publicar comentario
Edite su comentario

Nota pj Document Transcript

  • 1. Topik 6 : Tafsiran Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Soalan 1a) Pendidikan Jasmani berlandaskan kepada tiga kategori pembangunan. Nyatakan kategorinya.b) Pengalaman Pendidikan Jasmani merangkumi tiga aspek penting. Nyatakan.c) Nyatakan kemahiran berfikir yang selalu diserapkan dalam mengajar Pendidikan Jasmani.d) Motor melibatkan aspek perihal kualiti pergerakan individu di mana perlakuan adalah mencapai tahap berkemahiran. Aspek ini melibatkan beberapa faktor yang asas. Kategorikan.e) Definisikan Rancangan Kerja Tahunan. Jawapan 1a) Pembangunan fizikal Pembangunan motor Pembangunan kognitif Pembangunan sosial, emosi dan afektifb) Penglibatan murid secara aktif dan selamat Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlakuc) Membuat kategori Menerangkan sebab Mengusul periksa andaian Membuat ramalan Mencipta metafora Mencipta definisid) Imej tubuh Kawalan objek Orientasi ruang (spatial) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor Perkembangan kemahiran Kecergasane) Rancangan Kerja Tahunan merupakan rancangan untuk melaksanakan sukatan pelajaran secara terperinci mengikut keperluan kelas yang diajar oleh seseorang guru. Ia menjadi panduan guru menyediakan pelajarannya, bagi memastikan pengajar tidak tersasar dari objektif asalnya. Rancangan Kerja Tahunan yang baik dan berfungsi membenarkan seseorang guru mengubahsuaikan pelajarannya apabila perlu, kerana rancangan ini tidak semestinya diikuti sepenuhnya di sepanjang tahun persekolahan. Soalan 2a) Berikan contoh kesepaduan matapelajaran lain dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
  • 2. b) Nyatakan elemen-elemen pembangunan afektif dalam pengajaran dan pembelajaranc) Program Pendidikan Jasmani adalah program pendidikan yang berobjektifkan……Nyatakan?d) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran pengajaran?e) Huraikan garis panduan yang digunakan dalam menyediakan Rancangan Kerja Tahunan Pendidikan Jasmani. Jawapan 2a) Contoh kesepaduan Bahasa – penulisan mengenai sukan, sikap yang positif, kecergasan, pengekalan aktiviti dan jernal pemakanan yang berkaitan dengan kesihatan Kajian Sosial – perkaitan sukan dengan sejarah dan permainan daripada pelbagai sosio budaya Matematik – pengiraan markah di dalam sukan iaitu mencampur, menolak, membahagi dan mendarab di dalam mendapatkan sesuatu keputusan Sains – pendedahan kepada konsep pergerakan, otot, tuas dan fungsi-fungsi tubuh manusia Muzik – penghasilan bunyi yang bersesuaian untuk pergerakan manusia Lukisan – melukis pelbagai simetri dan bentuk yang dapat dilakukan oleh badan manusia semasa melakukan aktiviti serta melabel tubuh manusiab) Sikap Apresiasi Nilaic) Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotord) Saiz kelas Peralatan Kemudahane) Garis panduan semasa menyediakan Rancangan Kerja Tahunan Pendidikan Jasmani: Penyelarasan Rancangan Kerja Tahunan (RKT) perlu dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan walaupun RKT dibahagi kepada penggal persekolahan. Guru hendaklah memilih kegiatan yang lengkap contohnya kegiatan yang menunjukkan sifat ansur maju dan kesinambungan. Objektif
  • 3. Sebelum seseorang guru dapat merangka RKT, objektif mata pelajaran hendaklah difahami terlebih dahulu Kemudahan Pendidikan Jasmani Kemudahan seperti padang atau kawasan lapang yang berhampiran dengan sekolah, jenis dan bilangan peralatan Pendidikan Jasmani , masa yang diperuntukkan akan mempengaruhi pilihan kegiatan . Kemungkinan menggunakan peralatan reka ganti juga perlu difikirkan. Keperibadian murid-murid Latar belakang murid – pengetahuan dan tahap kemahiran murid Kesediaan murid – rancangan perlu sesuai dengan umur dan kemampuan murid Keperincian RKT bagi setiap semester persekolahan mestilah menyatakan butir-butir tentang pelajaran yang dirancang. Catatan yang dibuat dalam ruangan secara teratur di bawah tajuk-tajuk yang dicadangkan Topik 5 : Penilaian Dan Pengukuran Dalam Pendidikan Jasmani Soalan 1a) Definisikan pengukuran dalam Pendidikan Jasmani?b) Terdapat 2 aspek penting dalam penilaian Pendidikan Jasmani, huraikan?c) Cirikan dan beri contoh Penilaian Formatif.d) Kecergasan yang berkait dengan perlakuan motor terdiri dari komponen-komponen yang mempunyai kesan dalam proses menghasilkan perlakuan yang bermutu. Huraikan mana- mana 3 komponennya tersebut?e) Cirikan elemen afektif dalam penilaian? Jawapan 1a) Pengukuran merupakan suatu kaedah pemerolehan keputusan bersifat kuantitatif atau angka. Apabila guru melaksanakan satu-satu pengukuran, keputusan pengukuran perlu ditafsirkan dengan bentuk keputusan yang bermakna. Contoh : Semasa mengukur tahap kecergasan murid, anugerah emas diberi bagi pencapaian satu- satu komponen pengukuran tersebut.b) Seseorang guru Pendidikan Jasmani akan terlibat dalam penilaian pencapaian setiap murid dengan menggunakan pelbagai jenis ujian. Pemilihan ujian yang tidak bersesuaian dengan objektif menunjukkan sikap guru yang tidak bertanggungjawab. Sebelum guru memilih satu-satu jenis ujian guru perlu mengetahui dan memikirkan 2 aspek penting dalam penilaian Pendidikan Jasmani iaitu :
  • 4. Sama ada menggunakan jenis penilaian ujian berasaskan kriteria atau ujian berasaskan norma Mengetahui apakah kriteria utama yang memastikan kebolehpercayaan dan kesahan terhadap ujianc) Penilaian dalam Pendidikan Jasmani yang biasa digunakan di peringkat sekolah dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Penilaian Formatif Ia dijalankan sepanjang tahun persekolahan, digunakan bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran yang telah dilalui pelajar. Ia dapat membantu guru membimbing pelajar yang agak ketinggalan bagi mempertingkatkan kemajuannya secara tersusun. Melalui penilaian ini guru mengetahui sama ada objektif telah tercapai atau tidak. Contoh a Apabila kemahiran tendangan asas bola sepak diajar, ujian semula perlu dilakukan bagi mengetahui tahap penguasaan murid sebelum guru beralih kepada kemahiran seterusnya. Jika keputusan yang diterima sebaliknya guru boleh menambah latih tubi kemahiran atau memodifasikan cara latihan. Contoh b Ujian secara lisan bagi melihat kefahaman murid, barulah guru memindahkan topic pengajaran.d) Kecergasan yang berkait dengan perlakuan motor terdiri dari komponen-komponen yang mempunyai kesan dalam proses menghasilkan perlakuan yang bermutu. Komponen tersebut meliputi kepantasan, kuasa, ketangkasan, koordinasi, imbangan dan masa tindak balas. Kepantasan Merupakan kemampuan seseorang individu melakukan pergerakan pantas dalam tempoh yang singkat. Kepantasan berkait rapat dengan kekuatan otot dan masa tindak balas. Kuasa Adalah kemampuan otot menghasilkan daya atau pergerakan yang mendadak dalam tempoh singkat. Contoh pukulan yang kencang dalam fasa pukulan badminton. Ketangkasan Merupakan kebolehan melakukan pergerakan yang berulang-ulang kearah yang berbeza- beza dengan pantas dan efisien. Seseorang pemain yang tangkas berupaya melakukan penukaran posisinya ketika mengawal imbangan bola. Kaedah ‘side-step’ biasa digunakan dalam permainan ragbi apabila pemain menukar arah secara tiba-tiba sambil membawa bola bagi mengelirukan pasukan lawan.e) Elemen Afektif termasuk salah satu elemen yang diukur dalam Pendidikan Jasmani. Ia bermaksud mengukur pencapaian pelajar dari segi sikap dan nilai yang boleh didapati melalui pungutan data dari pelbagai cara. Cara-cara merangkumi :
  • 5. Pemerhatian tingkah laku pelajar semasa beraktiviti Mendengar komen mereka Pelajar mengisi borang soal selidik Alat penilaian yang digunakan: Senarai semak, pemerhatian dan tingkah laku pelajar Rekod-rekod anekdot Temuduga Soal selidik aneka pilihan Skala pemerhatian Perkembangan afektif murid adalah salah satu domain yang membentuk nilai pendidikan di dalam Pendidikan Jasmani. Isi kandungan yang menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, mematuhi peraturan, disiplin, semangat kesukanan merupakan asas penting dalam Pendidikan Jasmani. Agak sukar mengukur tahap nilai-nilai murni pada pelajar kerana ia bersifat subjektif. Namun guru perlu meneruskan usaha penerapan nilai agar perkembangan afektif dan sosial ke atas pelajar adalah seiring dengan matlamat Pendidikan Jasmani. Soalan 2a) Nyatakan tujuan utama penilaian dalam Pendidikan Jasmani?b) Ciri ujian berasaskan normac) Cirikan dan beri contoh Penilaian Sumatif.d) Cirikan elemen kognitif dalam penilaian? Jawapan 2a) Tujuan utama penilaian Pendidikan Jasmani Menentukan aras kemampuan murid Tumpuan kepada murid Merangsang dan memotivasikan murid Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Membantu pendokumentasian dan penyelidikan Menentukan kumpulan murid berasaskan kebolehanb) Ujian Berasaskan Norma digunakan apabila guru mahu mentafsir kemajuan prestasi dalam satu-satu ujian. Ia berupaya membandingkan keputusan di kalangan murid dalam satu darjah atau pun kumpulan. Perbandingan ini boleh menentukan gred yang diperolehi oleh murid dalam satu-satu ujian. Norma dalam Pendidikan Jasmani sering dikaitkan dalam pengukuran berat, tinggi, umur dan aras gred.c) Penilaian Sumatif sering digunakan pada peringkat akhir sesuatu bab pengajaran.
  • 6. Iaitu apabila sesuatu bab dilaksanakan pengajaran dan pembelajarannya, penilaian dilakukan pada akhir penggal persekolahan. Tujuan utama untuk mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid bagi satu-satu kelas atau kumpulan. Penilaian yang digunakan berbentuk pemarkahan yang mengutamakan aras gred atau diberikan pangkat kepada pencapaian yang dikuasai. Ujian rujukan kriteria dan rujukan norma sering digunakan dalam Penilaian Sumatif. Contoh a Di akhir pengajaran kemahiran sukan hoki, guru mengadakan satu perlawanan hoki bagi menilai kemampuan penguasaan murid. Permainan akan dipantau dan guru boleh memberikan gred kepada setiap murid sama ada ‘baik’, ‘sederhana’ atau ‘lemah’. Contoh b Guru mengadakan penilaian bertulis bagi menguji kefahaman murid pada akhir penggal dengan pelbagai soalan objektif yang meliputi semua bab pengajaran. Markah yang diperolehi murid menentukan tahap kemahiran dan penguasaan murid.d) Elemen Kognitif yang diukur dalam Pendidikan Jasmani merujuk kepada tahap kefahaman dan pengetahuan murid dalam kesemua topik Pendidikan Jasmani. Murid diuji dari aspek kefahaman dan pengetahuan ketika sedang melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterap dan dilatih untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-teknik yang diajar. Apabila murid mula mempraktikkan sesuatu kemahiran, kefahaman dan tahap pengetahuan boleh dijadikan kayu pengukur kepada komponen kognitif. Kuiz dan soal jawab lisan juga dapat membantu menguji tahap pengetahuan dan kefahaman murid. Topik 7 : Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Soalan 1a) Definisi apakah pendekatan pembelajaran?b) Cirikan pendekatan tradisional.c) Terdapat 3 kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru berhubung kait dengan kaedah perbincangan . Nyatakan kemahiran tersebut. Jawapan 1a) Pendekatan merupakan pelbagai sumber latihan dan prinsip yang menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran. Pendekatan merujuk kepada cara untuk mencapai objektif jangka panjang dalam satu mata pelajaran.b) Ciri-ciri pendekatan tradisional: Kurikulum ditetapkan Mengutamakan pengajaran Guru menentukan tugasan Tugasan yang sama untuk semua pelajar Guru menentukan ujian piawai Mengukur p&p mengikut gred
  • 7. Berfokuskan guruc) Tiga kemahiran yang perlu dikuasai guru berhubung kait dengan kaedah perbincangan: Kemahiran menyoal Kemahiran mengurus aliran maklumat atau jawapan Reaksi terhadap soalan pelajar Soalan 2a) Definisikan kaedah.b) Nyatakan ciri-ciri pendekatan.c) Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Perihalkan 3 pendekatan yang biasa digunakan iaitu pendekatan Tradisonal, pendekatan Humanistik dan pendekatan Gabungan. Jawapan 2a) Kaedah merupakan suatu perancangan atau prosedur dalam melaksanakan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Erti kata lain kaedah merupakan cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.b) Ciri-ciri pendekatan: Objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka masa panjang Pendekatan berdasarkan teori dan model pengajaran Merangkumi gaya, kaedah dan teknik yang akan digunakan Bersifat aksiomatik, iaitu diterima tanpa keraguan Mencerminkan satu falsafahc) Tiga pendekatan yang biasa digunakan ialah:i) Pendekatan Tradisionalo Menggunakankan prinsip pengajaran tradisionalo Guru memberi arahan dan pelajar mengikut arahano Pembelajaran sehalao Guru sebagai pengajaro Kebaikan ialah mudah dirancang dan diuruso Sesuai diaplikasikan dalam kegiatan berisiko tinggi atau kemahiran khas Ciri-ciri:o Kurikulum yang ditetapkan oleh kemementerian pelajarano Mementingkan pengajarano Guru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajaro Tugasan yang sama diberikan kepada semua pelajaro Guru menentukan ujian piawaio Mengukur pengajaran dan pembelajaran mengikut gredo Berfokuskan guruii) Pendekatan Humanistiko Menumpukan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang iaitu perasaan atau emosinyao Menekankan cara berfikir, pengamatan dan interpretasi individu terhadap sesuatu atau peristiwao Kuasa motivasi seseorang ialah kecenderungannya untuk berkembang serta mencapai hasrat diri
  • 8. o Menitikberatkan perkembangan secara bebas, iaitu pelajar bebas belajar apa yang dikehendaki dan ingin diketahui.o Guru sebagai fasilitator yang memberi motivasi tentang kepentingan belajar serta merangsang proses pembelajaran di kalangan pelajar Ciri-cirio Guru menentukan kurikulum sendiri dan murid menetapkan matlamat untuk membuat pilihan dan bertindako Mementingkan pembelajarano Murid menentukan tugasan sendirio Tidak mementingkan ujian piawaio Gred bukan pengukur pengajarano Guru berperanan mencungkil potensi murid, memberi galakan dan maklum balas perlakuan aktivitiiii) Pendekatan Gabungano Menggabungkan pendekatan Tradisional dan Humanistik.o Diaplikasikan berdasarkan kandungan dan risiko mata pelajaran, keadaan persekitaran serta ciri-ciri pelajaro Guru perlu membuat analisis keadaan fizikal, ciri pelajar dan jenis risiko sebelum memilih gaya, kaedah dan teknik p&po Digunakan secara meluas di Negara kita Ciri-cirio Kurikulum ditentukan oleh kementerian tetapi guru masih boleh mencapai objektif kurikulum dengan cara sendirio Guru memilih kaedah p&p berdasarkan kesesuaian pelajar dan kurikulumo Guru menganalisis ciri-ciri pelajar sebelum memberi tugasan mengikut keupayaan pelajaro Ujian berasaskan ciri-ciri pelajaro Pelajar dan sekolah mempunyai ruang untuk menilai diri sendirio Memperluaskan penilaian gred dengan mempelbagaikan kayu pengukur, penilai dan bentuk ujiano Guru berperanan sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif.