Isu   isu
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Isu isu

on

  • 5,345 reproducciones

 

Estadísticas

reproducciones

reproducciones totales
5,345
reproducciones en SlideShare
5,345
reproducciones incrustadas
0

Actions

Me gusta
3
Descargas
256
Comentarios
1

0 insertados 0

No embeds

Accesibilidad

Categorias

Detalles de carga

Uploaded via as Microsoft Word

Derechos de uso

© Todos los derechos reservados

Report content

Marcada como inapropiada Marcar como inapropiada
Marcar como inapropiada

Seleccione la razón para marcar esta presentación como inapropiada.

Cancelar

11 of 1

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
  • asssalam.
    saya dapati slide saudari ada kaitan serba sedikit dengan kajian yang saya tengah lakukan mengenai efikasi kendiri guru. jika boleh, saya berharap saudari dapat emelkan kepada saya slide ini secara lengkap sebagai bahan rujukan saya dalam kajian.

    emel saya anazryna_mas87@yahoo.com

    saya harap saudari dapat mengirimkan copy yang lengkap kepada saya dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
    Are you sure you want to
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
Publicar comentario
Edite su comentario

    Isu   isu Isu isu Document Transcript

    • 5.0 Isu yang dibincangkan dalam kurikulum. Dalam dunia pendidikan, kurikulum yang diselaraskan di semua sekolah menengahmahupun sekolah rendah amat penting bagi perkembangan individu yang menyeluruh darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selama proses persekolahan sebelas tahun, penerapandan perkembangan nilai-nilai murni dalam setiap individu amat dititikberatkan. Bukan shajamenyebarkan ilmu malah tugas mereka sebagai ibu bapa kedua perlu diambil kira dalammemupuk nilai, sikap dan sahsiah yang baik terhadap pelajar. Namun, terdapat juga isu yangditerbitkan tentang penerapan kurikulum ini dalam pendidkan. Salah satu isu yang diketengahkan ialah, kurangnya konsep kendiri dan kepercayaandalam diri guru. Konsep kendiri ini berkait rapat dengan diri guru itu sendiri. Sifat yakin danbersemangat untuk menyebarkan ilmu dan memberi harapan kepada pelajar amat diperlukan.Begitu juga dengan sikap kepercayaan, ia menjadi tunggak utama dalam melakukan prosespengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Faktor yang mempengaruhi isu ini terbahagikepada dua golongan iaitu: i. Guru lama ii. Guru baruFaktor yang berkait rapat dengan guru lama ialah sebahagian mereka lemah dalam konsepmatematik. Kajian oleh Macghee (1990) mendapati bahawa guru-guru Matematik sekolahmenengah memiliki pengetahuan prosedur yang berasaskan kefahaman relasional yang kukuhketika menerangkan konsep fungsi. Walaupun mereka dapat menunjukkan kebolehan yangtinggi dalam penguasaan kemahiran tajuk terseut tetapi masih sukar untuk membuat perkaitandan hubungan antara elemen yang terlibat. Namun, bagi guru baru juga mereka mengalamimasalah dalam menerangkan sesuatu topik kepada pelajar. Hal ini kerana bakal guru atauguru baru (guru dilatih) kurang membuat rujukan untuk mengetahui atau memahami sesuatutajuk dan kurang memberi respon pada pelajar. Besar kemungkinan guru baru mengambilmasa untuk menyesuaikan diri dalam suasana kelas dan sekolah tersebut dan menimbapengalaman. Faktor kedua yang diketengahkan dalam kurikulum ini ialah ketidaksepadanmatlamat kurikulum dengan kepercayaan yang ada pada guru. Secara rumusnya, pelaksanaan
    • kurikulum tidak dapat dilakukan secara holistik. Dasar kurikulum yang berubah perlumendapat kata sepakat daripada pelaksana itu sendiri iaitu tenaga pengajar kerana merekayang akan menyampaikan ilmu dan menyebarkan isi kandungan yang terdapat dalammatlamat kurikulum. Jika guru tidak dapat melaksanakan kurikulum tersebut dengan baik,maka matlamat kurikulum yang ingin diketengahkan tidak akan tercapai. Mengikut PusatPerkembangan Kurikulum, kurikulum sekolah menengah berintegrasi bagi sukatan pelajaranMatematik telah dilaksanakan bertujuan untuk mengembangkan individu yang berfikiranmatematikal, dan mengaplikasikan kemahiran matematik secara efektif, dan bolehmemnyelesaikan masalah serta membuat kesimpulan, dan dapat menghadapi cabaran yangkehidupan seharian melalui penguasaan dalam sains dan teknologi. Terdapat sepuluh objektifyang ingin dicapai dalam pelaksanaan kurikulum matematik. Pertama pelajar haruslahmemahami definisi, konsep, peraturan, prinsip dan theorem berkaitan Number, Space andShape, dan Relationship. Kedua, pelajar boleh mengembangkan asas operasi penambahan,penolakan, pendaraban serta pembahagian mengenai Number, Space and Shape danRelationship. Seterusnya, pelajar memerlukan kemahiran asas seperti membuat pembundarandan penganggapan, mengukur dan membina, mengumpul dan mengendalikan data, mewakilidan mentafsir data, mengiktiraf dan mewakili hubungan matematik, menggunakan algoritmadan hubungan, menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan dan sebagainya. Di sini, guruharuslah memahami setiap objektif yang ingin dicapai supaya konsep kendiri dankepercayaan guru itu dapat ditingkatkan apabila berhadapan dengan pelajar kerana gurusudah mengetahui apa yang akan diajar kelak. Faktor ketiga yang menggagalkan konsep kepercayaan guru ialah pengalamanmengajar Mengajar sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Proses mencurahkan ilmu kepadapelajar memerlukan banyak kesabaran, komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugasanserta displin yang mantap dalam memupuk sahsiah, nilai dan sikap pelajar itu sendiri.Pengalaman mengajar merupakan suatu pengalaman yang boleh dijadikan sebagai rujukanuntuk guru terutama guru pelatih baru yang bakal menerajui pentadbiran sekolah kelak danmenggantikan guru-guru yang bakal pencen. Menurut Tschannen- Moran dan Hoy (2002)menegaskan bahawa guru yang berpengalaman berefikasi (berkeyakinan) tinggi keranamereka telah melalui peluang demi peluang menerusi tugas pengajian harian untuk tempohyang lama berbanding guru baru yang perlu mengembangkan kemahiran dan pengurusankelas dan strategi. Begitu juga menurut Tsui (1995) faktor pengalaman mengajar merupakanunsur utama dalam meningkatkan efikasi kendiri guru.
    • Guru pelatih ini yang akan mencorak sahsiah pelajar serta mempelbagaikan prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Seperti yang kita tahu, pengalamanmengajar yang kurang boleh menyebabkan sifat efikasi guru itu berkurang. Hal ini kerana,mereka tidak didedahkan dengan suasana bilik darjah serta kawasan sekolah jikadibandingkan dengan guru yang sudah bertahun-tahun mengajar. Mereka lebih berkeyakinandan sudah biasa mengawal suasana bilik darjah dan kerenah pelajar. Isu yang kedua yang ingin dibincangkan dalam topik ini ialah, kelemahan guru dalamkaedah pengajaran. Konsep proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang berkesanialah setiap kandungan kurikulum yang disampaikan dan cara penyampaian guru tersebutdalam memahamkan pemikiran pelajar. Mengikut J.M Cooper dalam bukunya ClassroomTeaching Skills, beliau menyatakan bahawa “the effective teacher is one who able to bringabout intended learning outcomes”. Oleh itu, pengajaran yang efektif ialah hasilpembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objekifnya. Guru perlumempelbagaikan kaedah pengajaran dalam kelas. Ia bukan sahaja tertumpu kepada kaedahpengajaran itu sendiri tetapi penyampaian kandungan yang difahami oleh pelajar. Sebagaicontohnya, alat bantu mengajar merupakan satu bahan yang menjadi penguat kepada prosespengajaran dan pembelajaran. Kerajaan kini ingin mendidik semua golongan masyarakatmahir dan maju dalam bidang ICT (Information & Communication in Technology) terutamadalam bidang pendidikan. Bakal guru yang akan menggantikan guru lama perluberpengalaman dalam menggunakan teknologi canggih supaya pengajaran dan pembelajarandalam bilik darjah tidak lagi berpusatkan pada guru semata-mata. Namun, masalah yangtimbul apabila matlamat kurikulum yang digubal tidak selaras dengan apa yang ingindilaksanakan. Kemudahan infrastruktur di sekolah menjadi faktor mengapa guru tidak dapatmeneruskan kurikulum tersebut. Kekurangan bahan bantu mengajar seperti projektor,komputer, mahupun gambarajah, foto, model, objek sebenar juga video terutama di sekolahkawasan luar bandar menjadi batu penghalang bagi pelajar ingin belajar dan guru yang inginmempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru yang tidak memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar juga bolehmenyebabkan kaedah pengajaran tidak bersesuaian di dalam bilik darjah. Masalah yang
    • sering kali dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran Matematik ialaah lemah dalam asasMatematik. Seperti yang sedia maklum, mata pelajaran Matematik merupakan pelajaran yangmengembang dan membangun (developmental) yang memerlukan banyak latihan dankemahiran berfikir. Oleh itu, pelajar yang sudah ketinggalan di peringkat bawah, akanmenghadapi masalah kesukaran mengikuti dan memahami pelajaran di peringkat lanjut.Kesannya, sikap pelajar terhadap pelajaran Matematik akan berkurangan dan mengubahpersepsi mereka mengatakan Matematik mata pelajaran yang paling susah difahami. Gurupula akan membuat tanggapan yang tidak tepat dan merasakan pelajar mereka tidak memberiperhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, kaedah pengajaran dalam bilik darjah dikatakan lemah apabila gurumenitikberatkan ingin menghabiskan sukatan pelajaran (syllabus). Kaedah pengajaransepatutnya perlu dikurangkan kerana dengan cara penyampaian begini, tiada unsurpenghayatan dan penerapan berlaku dalam kelas. Kesannya terhadap pelajar, merekamerasakan ketinggalan terutama bagi pelajar yang sememangnya lemah dalam asasMatematik. Tambahan pula, guru yang ingin menghabiskan sukatan ini akan menghalangkemahiran berfikiran mereka seterusnya berkemungkinan besar soalan yang ingin ditanyajuga terbantut gara-gara guru ingin menjimatkan masa dengan menghabiskan sukatan lebihawal. Sebenarnya, sukatan Matematik tidak memerlukan pemahaman konsep Matemtik yangbaik tetapi penekanan juga perlu dibuat pada kemahiran berfikir. Seterusnya, isu guru mengajar bukan opsyen juga sudah biasa kita dengar.Kebanyakan graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda (ISMP) sekarang tidak mendapat opsyenmasing-masing. Malah mereka mendapat opsyen yang bertentangan dengan opsyen mereka.Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP), Kementerian PendidikanMalaysia (KPM) telah mengeluarkan statistik bilangan guru di Malaysia pada 31 Januari2011. Jumlah guru lelaki adalah seramai 127 421 orang dan 285 299 orang adalah guruperempuan. Jumlah ini menunjukkan satu jumlah yang besar. KPM menghadapi masalahmenempatkan guru-guru di sekolah luar Bandar. Biasanya situasi ini dihadapi oleh guruperempuan. Hal ini menyebabkan berlakunya ketidaksepadanan (mismatch) dalampengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yangmengajar di sekolah menjadi “bidang terjun”. Guru bukan opsyen terpaksa mengajar matapelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan
    • pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan makakewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.Kesan guru bukan opsyen mengajar matematikAntara kesan apabila guru mengajar subjek bukan opsyen, mereka akan kurang yakin dantiada semangat untuk mengajar. Mereka juga akan bersikap sambil lewa dan kurang membuatpersediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) bermula. Guru juga tidakbersikap positif dalam ketidaksepadanan pengagihan guru mengikut opsyen keranamenganggap diri mereka dipaksa untuk mengajar subjek bukan opsyen. Oleh itu, hal ini akanmenyebabkan konsep matematik dalam kalangan guru bukan opsyen sangat rendah.Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat pentingdalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik padamasa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkandengan pengalaman pelajar di dalam kelas mahupun di luar kelas. Para pendidik juga sediamaklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dariseseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itusendiri melalui proses interaksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran bolehdijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik denganpengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran.Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai.Kesukaran ini disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakan konsepnya saling berkaitdi mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsepsokongan yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorakpengembangan pemikiran pelajar iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang merangkumiproses penyelesaian masalah. Contohnya seperti memahami masalah, merancang strategi,melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya. Kesilapan kepada tafsiran dalamkonsep akan memberi gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Jika guru kurangsemangat dan tidak membuat persediaan sebelum proses P & P bermula, mungkin akanberlaku kesilapan tafsiran kepada konsep matematik.Antara punca kepada kelemahan ini adalah kerana kurangnya penguasaan konsep asasmatematik dan akan menyebabkan kurangnya minat terhadap pembelajaran matematik. Olehyang demikian, perhatian yang serius perlu diberi penekanan kepada pembentukankefahaman yang betul di peringkat awal lagi.
    • Isu seterusnya yang memberi cabaran terhadap kurikulum ialah dalam penggunaanTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Maksud “Penggunaan ICT dalam P & P” ialahmenggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkankecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P & Pmemerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedahpengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakankomputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P &P. Elemen yang penting dalam menintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isipengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.Manakala menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P & P bermaksud penggunaanteknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.Penggunaan teknologi mesti ada hubungkait tentang kaedah pengajaran. Guru perlumenintegrasi ICT untuk memberi penambahan kepada aktiviti P & P. Ringkasnya perananICT dalam P & P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalampembelajaran dan penilaian.Mengapa penggunaan ICT diperlukan? 1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, member gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks. 2) Meransang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. 3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat. 4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan. 5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa. 6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan. 7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan murid. 8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid. 9) Menggalakkan murid merealisasikan: Pembelajaran terarah kendiri
    • Pembelajaran akses kendiri Pembelajaran kadar kendiriMenurut Kulanz 2009, pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar danluar bandar. Seperti yang kita sedia maklum, peruntukan komputer di setiap sekolah berbeza.Perbezaan ketara dapat kita lihat di sekolah bandar dan luar bandar. Di sekolah bandar, semuakemudahan disediakan dan pelajar dapat menikmati prasarana yang disediakan. Berbezadengan luar bandar, pelajar tidak dapat menikmati kemudahan yang sepatunya disediakan disemua sekolah. Hal ini akan menimbulkan masalah kepada guru dalam pengaplikasian ICTdalam P&P. Penyelenggaraan komputer juga kurang memuaskan kerana kurangnyajuruteknik di sekolah.Seterusnya adalah sikap guru yang fobia atau takut komputer. Mereka mempunyai tanggapannegatif terhadap penggunaan ICT dalam P & P. Menurut Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi(2011) guru sudah terbiasa menggunakan teknik pengajaran tradisional. Hal ini jugamenyebabkan timbulnya isu penggunaan ICT dalam P & P.Latihan juga menjadi isu dalam ICT. Menurut Zoraini (2000), dalam prosesmengimplementasi program berasaskan komputer di sekolah, seseorang guru biasanya dilatihtetapi bilangannya terhad. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalamkalangan guru rendah disebabkan bilangan guru yang dilatih terhad.Seterusnya masa menjadi halangan kepada guru untuk menggunakan ICT dalam P & P. JikaP & P berlaku di dalam makmal komputer, pelajar akan mengambil masa lebih kurang 10minit untuk bergerak dari kelas ke makmal komputer. Hal ini akan menyebabkan masa P & Pberkurang dari masa yang telah ditetapkan. Jadi para guru tidak dapat melaksanakan apa yangdirancang dalam rancangan pengajaran harian mereka. Begitu juga jika P & P berjalan didalam kelas. Guru perlu mengambil masa untuk menyediakan peralatan dan perkakasankomputer. Guru perlu membawa alat-alat ini dari bilik persediaan ke kelas.