Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Refleksi pengajaran makro 1 zamzuri
1. REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO 1
Saya telah menjalankan makro pengajaran pada bersama rakan saya. Kami telah
membahagikan bahagian masing-masing. Saya telah mengajar bahagian penilaian dan
refleksi.Banyak aspek-aspek yang perlu dipertingkatkan. Saya telah membuat aktiviti
berdasarkan kertas soalan yang telah disediakan oleh saya. Dalam sesi menjawab soalan,
tidak keseluruhan pelajar tidak memberi kerjasama sebaiknya kerana kelemahan saya sendiri
iaitu tidak memantau aktiviti pelajar. Selain itu juga, saya perlu lebih tegas agar pelajar-
pelajar memberi tumpuan terhadap pengajaran saya. Soalan yang diberikan oleh saya tidak
sukar dan bersesuaian dengan masa yang telah disediakan. Akan tetapi, terdapat beberapa
kelemahan kerana pelajar masih tidak memahami topik yang diajar dan memerlukan masa
untuk menjawab soalan itu.
Selain itu, keghairahan mengajar tidak begitu menonjol. Saya perlu lebih yakin apabila
berada di hadapan kelas. Suara saya juga agak perlahan dan masih boleh dibaiki agar lebih
jelas. Masalah yang paling dialami oleh saya adalah masalah dialek. Saya masih terikut- ikut
akan dialek yang dipertuturkan semasa proses P&P dijalankan. Kemahiran pengurusan kelas
saya masih perlu dipertingkatkan lagi. Walaupun saya dapat menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dirancang seperti dalam rancangan pengajaran harian dalam tempoh
semasa murid-murid memberitahu hasil kerja, saya tergesa-gesa untuk menghabiskan
pengajaran saya dan mengabaikan perbincangan hasil. Pengurusan kelas semasa menjalankan
aktiviti juga perlu dipertingkatkan kerana terdapat segelintir murid membuat bising semasa
mejawab soalan dijalankan. Saya hanya berada di hadapan kelas dan tidak memantau aktiviti
yang dilakukan oleh pelajar. Dengan melakukan pemantaun secara tidak lansung saya akan
dapat mengawal keadaan dan disiplin pelajar dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga
saya dapat mengesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan lebih dekat. Secara
2. keseluruhannya, objektif pembelajaran hari ini telah tercapai. Pelajar dapat menyatakan
bahawa sesebuah histogram mestilah mempunyai cirri-ciri yang sendiri.
Antara penambahbaikan yang perlu saya ambil adalah dengan memperbaiki dialek yang
disampaikan semasa P&P agar pelajar dapat memahami dan dapat menarik minat untuk
memahami sesuatu yang dipelajari dalam kelas tersebut. Selain itu, saya harus memikirkan
aktiviti yang lebih menarik dan harus kreatif dalam merancang pengajaran. Hal ini akan
menimbulkan minat pelajar untuk mengetahui apa yang akan diajar oleh cikgu. Saya perlulah
lebih yakin apabila berada di hadapan kelas. Apabila kita yakin, pengajaran yang akan
disampaikan juga akan lebih berkesan. Saya harap, pada sesi praktikum nanti, saya dapat
memperbaiki dan meningkatkan lagi prestasi semasa sesi P&P dengan lebih mantap.