SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 47
SAU 308






Semua orang tahu mengenai agama, sekurang-kurangnya
sedikit mengenai agama walaupun mereka ini tidak
mempunyai hubungan yang rapat dengan kumpulankumpulan agama.
Agama berada di sekeliling kita.
Dalam Rukun Negara
Malaysia juga ada ditekankan mengenai “Kepercayaan kepada
Tuhan”. Bagi masyarakat dunia, mereka lebih mengetahui
mengenai agama Islam selepas terjadinya peristiwa 9 /11,
2001. Tempat-tempat ibadah boleh dikatakan berada di
hampir semua tempat yang kita lawati.
Jadi, sebelum memberi definisi yang lebih terperinci
mengenai agama, kita perlu melihat apakah itu Sosiologi
untuk memahami apakah perspektif Sosiologi mengenai
agama.








Sosiologi adalah merupakan kajian mengenai bagaimana ahli-ahli di
dalam sesebuah kumpulan/masyarakat itu berinteraksi dan pengaruh
kumpulan itu ke atas tingkah laku manusia secara amnya dan juga ke
atas institusi-institusi lain di dalam masyarakat seperti ekonomi, politik
dan sebagainya. Jadi, Sosiologi mempunyai 2 matlamat:

1) Memahami dinamik kehidupan sesebuah kumpulan – Apakah
kumpulan itu, bagaimana mereka berfungsi, bagaimana mereka berubah
dan bagaimana mereka berbeza di antara satu dengan yang lain
2) Memahami pengaruh sesebuah kumpulan itu ke atas tingkahlaku
manusia. Satu telahan yang dapat dibuat ialah sesebuah kumpulan itu
mempengaruhi aktiviti manusia.
Dalam kitaran kehidupan manusia, manusia melalui proses “sosialisasi”
di mana manusia belajar dan dipengaruhi oleh keluarga, kawan-kawan,
pendidikan dan suasana di mana mereka hidup dan membesar. Di dalam
kumpulan inilah, manusia itu belajar dan memahami kehidupan. Di
sinilah institusi agama itu bermula dan membentuk di dalam setiap diri
individu itu. Agama merupakan fenomena kumpulan. Agama
membentuk diri individu-individu ini kepada sesebuah kumpulan
(perhimpunan)- satu tugas utama Sosiologi ini adalah untuk mengkaji
struktur dan fungsi kumpulan-kumpulan ini. Oleh kerana agama ini
dibentuk dalam sesebuah kumpulan, ia memberi pengaruh kepada ahliahlinya dan juga masyarakat di sekelilingnya.






Kajian mengenai Sosiologi Agama adalah secara empirikal
(pemerhatian atau ujian). Ia hanya boleh mengkaji dan
menyimpulkan fenomena yang boleh dilakukan ujian. Untuk
mengesahkan atau menolak sesuatu teori itu, ahli Sosiologi
itu perlu melakukan ujian data ataupun pemerhatian.
Oleh kerana data yang boleh diperhatikan, yang boleh diukur,
dibuat ujian itu terhad (limited), maka ada elemen-elemen di
dalam agama yang lebih berbentuk kuasa luar biasa, suci ,
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar adalah di luar
bidang kuasa Sosiologi.
Jadi, boleh dikatakan kajian Sosiologi Agama setakat ini
dijalankan melalui kaedah saintifik.
1) kajian secara sistematik untuk mengesahkan data yang
diperolehi
2) Mengemukakan bukti untuk data yang diperolehi
bertentangan dengan pendapat, pandangan, intuisi ataupun
gerakan hati.
3) Melakukan prosedur yang boleh diperakui dan diulangi.


Ahli Sosiologi Agama ini mendapat tentangan daripada ahli
agama.

“Since religion is related at its base primarily to the spiritual, the sacred,
and often supernatural beings and forces – that is , to forces that are
usually unseen- and involves matters of faith and feelings as well,
anything the sociologist can say about religion, limited as he or she is to
describing the observable, will be at best superficial and unimportant, at
worst false and misleading”.
-

-

J. Milton Yinger (1970),in his book The Scientific study of Religion
membidas kenyataan ini. Dia mengemukakan soalan “How it is possible
to see a stained-glass window from the outside”?. Kita hanya boleh
melihat tingkap yang kotor ini apabila seseorang itu berada di dalam .
Prof Yinger menambah walaubagaimanapun pandangan daripada dalam
hanya menjawab sesetengah persoalan tentang tingkap itu. Hanya
daripada luar, seseorang itu boleh mengetahui isu luaran mengenai
tingkap itu, siapa yang membuatnya, kenapa ia dibuat, bagaimana ia
sama ataupun berbeza dengan tingkap lain dan sebagainya.
-Maksud di sini, soalan seperti ini boleh dijawab secara empirikal, ia
merupakan soalan penting dan boleh menambahkan kefahaman kita.
Begitu juga dengan isu agama. Data empirikal sahaja tidak menjawab
persoalan penting mengenai agama . Kajian mengenai agama secara
empirikal mungkin sedikit terbatas, tetapi tidak bermakna kajian
mengenai agama hanya tertumpu kepada hal spiritual dan menolak terus
kajian empirikal. Sebaliknya, kedua-duanya diperlukan untuk memahami
fenomena agama keseluruhannya.








Antropologi membawa perspektif yang berbeza daripada
ahli-ahli cendiakawan yang lain tentang kajian mengenai
agama.
Pertama, ahli Antropologi membuat kajian mengenai agama
berdasarkan pengalaman mereka tinggal bersama responden
yang dikaji agama dan cara hidup mereka.
Keduanya, analisa mereka mengenai agama meletakkan
agama di dalam konteks yang lebih luas di mana mereka
membincangkan bagaimana agama memberi kesan kepada
institusi lain seperti ekonomi, politik, dan juga kehidupan
berkeluarga bagi penganutnya.
Ketiga, ahli Antropologi yang cuba membuat kesimpulan
umum mengenai agama dan hubungannya dengan institusi
sosial yang lain membuat kajian mereka berdasarkan
lingkungan yang paling luas tentang agama-agama di dunia
ini. (the broadest possible range of religions).
-

Ahli Antropologi berbeza dengan bidang lain di dalam kajiannya ke
atas manusia dan juga kaedah yang digunakan untuk mengumpul
maklumat. Mereka menggunakan kajian lapangan sebagai kaedah
penting di dalam mengumpul maklumat mengenai agama di dalam
suasana yang sebenar. Participant-observation (pemerhatian turut
serta) merupakan kaedah penting di dalam mengumpul data
mengenai kaum dan agama yang dikaji. Dengan cara ini, mereka
lebih dekat dengan subjek kajian dan dapat mengetahui dengan
lebih mendalam kepercayaan, perasaan dan amalan mereka
terhadap agama yang dianuti.

Interpretasi Antropologi;
- Asas kepada pendekatan antropologi terhadap agama adalah konsep
budaya. Budaya adalah sistem kepercayaan, perasaan dan juga
peraturan untuk hidup yang dikongsi oleh sekumpulan orang yang
dapat dilihat daripada tingkah laku dan artifak mereka. Ahli
Antropologi menganggap agama sebagai sebahagian daripada
budaya masyarakat. Budaya, termasuk budaya agama adalah
merupakan sistem makna yang memberitahu bagaimana manusia
memahami diri mereka dan dunia di sekeliling mereka serta sistem
peraturan yang memberi panduan kepada mereka bagaimana untuk
berinteraksi sesama mereka dan juga bagaimana mereka dapat
menyesuaikan diri dengan alam yang mereka diami.
Pendekatan Saintifik;
-

Ahli antropologi yang berminat terhadap pendekatan saintifik dalam
menerangkan dan membuat telahan mengenai tingkah laku manusia
membuat kajian mengenai agama dalam konteks interaksinya
dengan komponen budaya yang lain seperti institusi ekonomi
ataupun institusi politik dan juga alam sekitar. Ahli Antropologi ini
menekankan pengaruh kehidupan sosial, keperluan biologi dan
psikologi manusia, teknologi dan juga alam sekitar ke atas amalan
dan kepercayaan agama. Matlamat mereka adalah untuk
menentukan elemen manakah di dalam agama merupakan
tindakbalas kepada keadaan yang di cari oleh manusia dan
membezakan faktor yang mencetuskan pelbagai agama di dunia ini.

-

Mereka menggunakan cross-cultural comparison – penggunaan
statistic perbandingan yang diambil daripada pelbagai budaya yang
berlainan
yang digunakan untuk menguji hipotesis tentang
hubungan di antara komponen di dalam budaya ataupun di antara
komponen budaya dan alam sekitar.


-



Pendekatan Kemanusiaan: (Humanistic Approach):
Ahli Antropologi yang lain pula berminat untuk mengkaji kepelbagaian
agama manusia melalui perspektif kemanusiaan. Matlamat mereka ialah
untuk meluaskan kefahaman terhadap agama sebagai sistem makna
(system of meanings). Sistem makna adalah sistem yang memberitahu
bagaimana seseorang itu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya
dan merupakan sistem peraturan yang memberi panduan kepada
manusia untuk berinteraksi sesama mereka dan menyesuaikan diri
dalam dunia yang didiami mereka.
Mereka cuba untuk menerangkan agama di dalam bentuk yang dapat
difahami oleh penganutnya dan juga menerangkan agama dengan cara
yang boleh difahami oleh pengikut agama dan budaya lain. Pendekatan
kemanusiaan ini selalunya dijalankan dengan menggunakan kaedah yang
dipanggil cultural relativism-pendekatan yang digunakan untuk
mentafsir makna yang menyatakan makna di dalam sesuatu adat
adalah lebih difahami di dalam konteks budaya mereka sendiri. Ahli
Antropologi berhati-hati di dalam memberi penilaian terhadap
kepercayaan agama dan adat yang mereka kaji, kerana selalunya
penilaian ini adalah dari pemikiran ahli Antropologi sendiri dan ini tidak
membantu orang luar untuk memahami budaya dan kepercayaan sama
seperti yang difahami oleh responden yang dikaji itu.
Definisi Agama dari perspektif Sosiologi:






Pendekatan Sosiologi terhadap agama ialah untuk mengetahui
peranan dan kepentingan agama di dalam sesebuah masyarakat
dan juga memahami kepercayaan dan amalan tertentu yang
diamalkan oleh sesuatu kumpulan ataupun masyarakat. Dalam
usaha untuk memberi definisi kepada agama, perbezaan yang
selalunya dibuat oleh ahli Sosiologi ialah dari segi “substantive”
dan „functional”.
Pertamanya, adalah dengan melihat agama itu dari segi
“substantive” iaitu usaha untuk menerangkan intipati agama itu
ataupun bahan di dalam sesebuah agama itu. (Apakah itu
agama). Ini susah untuk dicapai tanpa melihat juga dari segi
fungsi agama itu kepada masyarakat.
Keduanya, adalah melihat agama itu dari segi fungsinya iaitu apa
yang dibuat oleh agama untuk masyarakat. Dengan memahami
fungsi agama, manusia dapat menerangkan kejadian dan
peristiwa yang terjadi di dalam hidup mereka seperti banjir,
kebakaran, kematian dan persoalan mengenai tujuan dan
matlamat hidupnya.




-

Agama sering didefinisikan sebagai:
- Kepercayaan
- Amalan
- Institusi
Masyarakat mempunyai kosmologi tentang bagaimana mereka
berhubungkait dengan dunia ini. Semua individu itu mempunyai
persoalan tentang “Siapakah mereka, Daripada mana mereka
datang, Kenapa mereka berada di sini dan apakah tempat
mereka di muka bumi ini”.

-

Pertama, agama dilihat sebagai “satu kepercayaan terhadap
kuasa luar biasa ataupun Tuhan”.

-

Keduanya, agama tercetus
terhadap kuasa luarbiasa.

-

Ada suatu kuasa yang luar biasa selain daripada dunia yang
dilihat daripada mata manusia.

daripada sentimen kagum, gerun
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan atas
sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa dan juga
amalan dan institusi yang berkaitan dengan kepercayaan
tersebut.



Kepercayaan yang hanya melibatkan seseorang individu lazimnya
tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama
haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia.
Daripada itu, agama adalah fenomena masyarakat dan boleh
dikesan melalui:-





1)
2)
3)
4)

-

Perlakuan (sembahyang, membuat sajian, perayaan dan
upacara)
Sikap (sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar
biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama)
Penyataan (seperti jampi, mantera dan kalimat suci)
benda-benda material (yang zahir seperti bangunan : contoh;
masjid, gereja, azimat dan tangkal).

Manusia yang tidak mempercayai adanya Tuhan dan menolak
semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.
TERMA AGAMA

- Ramai golongan ilmuwan (scholars) pada kurun 19 dan 20 cuba memberi
definisi yang terperinci terhadap agama.
- Sesetengah ilmuwan mencadangkan definisi yang minimum kepada
agama sebagai “belief in spiritual beings‟ (kepercayaan kepada benda
ghaib). Contohnya : Edward Tylor (1903) memberikan makna ini kepada
agama di mana dia percaya bahawa semua benda, organik atau tidak
organik mengandungi jiwa/roh yang memberi mereka karektor.
- - Ada sesetengah ilmuwan pula memberi definisi agama sebagai
kepercayaan kepada fenomena suci yang dialami oleh manusia.
- - Terma/perkataan agama itu datangnya daripada perkataan latin
“religare”
yang mempunyai dua atau lebih makna pada zaman
pemerintahan Empayar Rom.
-

- Religare digunakan untuk merujuk kepada “kewajipan “ kepada

-

- Cicaro, ahli falsafah Rom pula menggunakan perkataan religio ini

-

Kita akan mengenalpasti komponen-komponen utama di dalam agama
dan menyimpulkan dalam satu pernyataan mengenai definisi agama.

sumpah, tetapi ia juga digunakan untuk merujuk kepada perasaan “taat”.

untuk merujuk kepada terma Sosiologi bermaksud “tying together”; “to
bind‟ ataupun “to arrange” (diikat bersama ataupun dikumpulkan
bersama).


1) Agama merupakan fenomena kumpulan/masyarakat
◦ Dari perkataan latin – “Religare” yang bermaksud satu konsep
kumpulan/pengikut (group/fellowship)
◦ Merupakan karektor fizikal yang paling utama.
◦ Tempat-tempat ibadah di seluruh dunia memperlihatkan
sekumpulan orang berkumpul untuk melakukan ibadah
contohnya bersembahyang, bertasbih, menyanyi dan berdoa
beramai-ramai.
◦ Ini bukan bermakna bahawa agama itu bukannya fenomena
individu. Agama juga merupakan fenomena individu. Setiap
kumpulan itu terdiri daripada individu yang menjadikan apa
yang kumpulan itu percaya sebagai benar dan penting untuk
membuat dan menyatakannya.
◦ Semestinya, agama adalah hal individu di dalam berbagai cara.
Ini termasuk emosi dan pemikiran seseorang itu; kepercayaan
dan perilaku seseorang . Seseorang itu bebas untuk menyertai
mana-mana sistem agama yang mereka percayai.




Individu
itu
sendiri
yang
mengikuti/mengadaptasi
kepercayaan yang diajar di dalam sesebuah kumpulan,
mereka juga yang melakukan tindakan dan juga menjalankan
tugas dan tanggungjawab. Dalam kebanyakan agama, konsep
“afterlife” (syurga) , dipercayai penerimaan balasan itu adalah
bergantung kepada kepercayaan dan tingkahlaku seseorang
individu itu. Sesebuah kumpulan itu boleh menyampaikan
ajaran, apa yang mereka mesti percaya, mana yang betul dan
perbuatan yang salah, tetapi pengakhirannya ia terletak di
tangan individu itu, apakah kemahuannya.
Walaupun begitu, susah (tidak masuk akal) untuk kita
mengkaji setiap kepercayaan agama tiap-tiap individu itu.
Jadi, pendekatan Sosiologi terhadap agama adalah dengan
mengkaji dimensi agama melalui sesebuah kumpulan.


1)

2)

6 ciri-ciri kumpulan:Satu kumpulan terdiri daripada dua atau lebih orang yang telah
mempunyai interaksi termasuk komunikasi sesama mereka. Individu
yang membentuk kumpulan itu menyedari kewujudan sesama mereka
dan mempunyai hubungan interaksi sesama mereka. Interaksi itu tidak
bermaksud setiap hari mereka perlu berhubung, bertemu muka dan
sebagainya tetapi merka yang membentuk sesebuah kumpulan ini
menyedari ataupun mengenali satu sama lain dan telah membentuk
satu interaksi di dalam kumpulan itu.

Ahli-ahli sesebuah kumpulan itu berkongsi matlamat yang sama. Ini
merupakan sebab utama mereka membentuk sebuah kumpulan.
Proses untuk membentuk sesebuah kumpulan ini melibatkan konsep
Sosiologi di mana semua tingkahlaku manusia mengandungi
perbuatan menyelesaikan masalah (problem-solving activity). Individuindividu yang berdepan dengan masalah yang sama telah berhubung
dan bersetuju untuk bekerjasama bagi menyelesaikannya. Contohnya:
5 orang yang khuatir tntang pencemaran air telah bergabung
membentuk satu kumpulan yang dipanggil STEP yang bertujuan untuk
mengurangkan pencemaran itu.
-

Sesuatu yang bermula daripada perkara yang menjadi perhatian
seseorang individu itu bertukar menjadi perkara yang diambil
perhatian oleh kumpulan dan menjadi matlamat yang dikongsi
bersama ahli-ahli kumpulan.

3. Sesebuah kumpulan itu dikawal oleh perkongsian norma
Norma (norms) „panduan masyarakat mengenai tingkahlaku
yang benar ataupun salah”. Apabila sesebuah kumpulan itu
telah menetapkan matlamat, maka mereka akan menentukan
apa yang ahli-ahli perlu lakukan, bila, di mana dan bagaimana.
Semua ini dipanggil norma- jangkaan perilaku yang sesuai
yang perlu diikuti oleh ahli-ahli sesebuah kumpulan itu.

4. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan ataupun fungsi untuk
dipenuhi
- Peranan mengandungi set norma tertentu yang mahu
dilakukan oleh kumpulan itu. Pelbagai peranan di dalam
sesebuah kumpulan itu dapat dijadikan pembahagian tugas
(division of labor). Bila seseorang ahli meninggalkan kumpulan
itu ataupun memegang tugas lain, kumpulan perlu memastikan
pembahagian
tugas
ini
berada
di
dalam
keadaan
stabil/seimbang dengan mengambil ahli lain ataupun orang
luar untuk menyambung tugas itu.
5. Kumpulan itu berfungsi secara kumpulan (collective) mengikut
sistem status.
- Ada hierarki (susunan mengikut pangkat atau darjat) di mana
kuasa , kedudukan dan prestij diberikan kepada individu tertentu
mengikut peranan mereka. Setiap kumpulan itu mempunyai
kriteria mereka sendiri dalam menentukan perihal status ini.
Peranan seperti membuat keputusan, koordinasi kumpulan yang
membawa kuasa dan prestij utama selalunya diberikan kepada
individu yang layak dan mampu menjalankan tugas ini, walaupun
faktor-faktor lain seperti kekananan (seniority), harta dan
keturunan boleh mempengaruhi.
6. Ahli sesebuah kumpulan itu mempunyai rasa memiliki/ identiti
dengan kumpulan itu.
- Ini kumpulan saya (I belong). Sejauh mana komitmen, dedikasi
yang diberikan oleh setiap ahli dalam kumpulan itu menentukan
sejauh mana sesebuah kumpulan itu dapat bertahan. Tanpa
perasaan memiliki dan identifikasi ahli-ahlinya dengan sesebuah
kumpulan itu, kumpulan itu tidak akan bertahan lama dan
mungkin berkubur.
- 6 ciri-ciri kumpulan ini dapat diaplikasikan kepada kumpulankumpulan agama.
2) Agama melibatkan kepercayaan ( Body of Beliefs)
- Karektor
agama yang kedua adalah ia melibatkan
kepercayaan. Merupakan ciri agama yang penting. Ini
merupakan kepercayaan yang telah diwarisi dan diturunkan
dari satu generasi ke generasi yang lain. Di zaman
masyarakat primitif, kepercayaan ini diturunkan ke generasi
ke satu generasi yang lain secara lisan.
-

-

Setiap agama yang utama di dunia ini mempunyai kitab-kitab
suci mereka sendiri yang memberi panduan dan asas kepada
kepercayaan yang mereka anuti. Contohnya; Bible, Quran,
Kitab Mormon, Bhagavad Gita.
Di samping itu, selain daripada kitab-kitab utama ini, setiap
agama juga mempunyai penjelasan dan kiasan, kata-kata
hikmah, hadith bagi yang beragama Islam, mitologi yang
disampaikan secara mulut ke mulut kepada generasigenerasi baru.
3) Agama mengandungi perbuatan/amalan yang khusus
- Agama mengandungi perbuatan atau amalan yang khusus yang
perlu dilakukan oleh penganutnya. Perkara utama yang kita
boleh lihat dalam setiap agama adalah melalui perbuatan
berbanding dengan kepercayaan, sikap dan perspektif seseorang
itu. Ini adalah tingkah laku yang dilakukan semasa melakukan
upacara dan juga aktiviti-aktiviti lain yang wujud daripada
kepercayaan itu. Perhimpunan untuk bersembahyang, berdoa,
mengorbankan binatang, upacara membasuh kaki, semuanya
merupakan amalan agama yang dilakukan oleh penganutnya.
-

Adalah penting untuk difahami bahawa sesuatu perbuatan itu
hanya akan dikatakan satu amalan agama sekiranya penganutnya
mengatakannya sebagai tingkah laku agama. Jika tidak, ia hanya
dianggap perbuatan/tingkah laku biasa. Contohnya ; perjalanan
ke Mekah dan Madinah boleh dikatakan untuk berjalan-jalan ,
ataupun ia dilakukan untuk memenuhi kewajipan agama
melakukan Hajj sekurang-kurangnya sekali di dalam seumur
hidup jika berkemampuan.
4). Agama melibatkan moral yang telah ditentukan
-

-

Ciri agama yang keempat adalah dimensi moral. Ia merujuk kepada
pertimbangan yang dibuat oleh sesuatu kumpulan agama itu atau
sistem di mana sesetengah idea dan buah fikiran yang baik dan
bernilai hendaklah digalakkan dan ditekankan, manakala perbuatan,
idea dan buah fikiran yang tidak elok, dan merbahaya hendaklah
dijauhkan. Agama dilihat memainkan fungsi kawalan sosial di mana
kebanyakan agama di dunia ini menyarankan kebaikan. Ajaran
agama itu sendiri telah menggariskan kod etika yang wajib
dimainkan oleh penganutnya.
Dengan erti kata lain, agama menganjurkan sesetengah perbuatan
dengan niat menggalakkan pengikutnya untuk memilih perbuatan
itu di dalam perlakuan seharian. Selalunya sumber yang mengatakan
perlunya membuat perbuatan itu dinyatakan. “Awak perlu buat
sesuatu atau jauhkan diri daripadanya kerana Tuhan menyatakan
begitu bukan kerana kumpulan kita yang menyuruh/mengatakannya
atau saya sebagai ketua yang mengarahkannya”.


Dalam perkataan lain, agama melibatkan sesuatu yang suci ataupun
kuasa luar biasa untuk mempengaruhi perlakuan individu itu, bukan
sahaja di dalam keadaan yang luarbiasa tetapi juga di dalam situasi
biasa, kehidupan harian. Dalam kebanyakan masyarakat (terutama
masyarakat primitif) persetujuan dan kuasa/autoriti moral kumpulan
itu sudah cukup untuk menyatukan ahli-ahli kumpulannya. Prinsip
agama itu adalah sesuatu yang perlu dituruti tanpa dipersoalkan
lagi.
5). Agama melibatkan sesuatu yang suci
-

-

-

Ciri yang terakhir di dalam definisi agama adalah penglibatannya
dengan sesuatu yang suci. Agama menimbulkan rasa takut,
kagum terhadap sesetengah benda, hidupan atau pun situasi
dan ini membezakan ia daripada biasa. Contoh:Jews membuka
kasut ketika memasuki kuil, Penganut Kristian membuat
lambang salib ketika bersembahyang, Orang islam mengerjakan
Hajji di mekah, Penganut Hindu mendewakan lembu dan
sebagainya.
Semua tingkah laku ini menunjukkan tempat atau keadaan yang
suci. Dalam keadaan ini, manusia menyedari bahawa terdapat
satu kuasa yang suci yang memerlukan mereka membuat
sesuatu perkara, berdoa, berzikir dan sebagainya ketika berada
di tempat yang dianggap istimewa dan suci.
Untuk kebanyakan orang, sesuatu yang istimewa itu melibatkan
sesuatu yang berkuasa, supernatural yang tak dapat dilihat di
mata kasar. Kuasa itu dijelmakan di dalam bentuk Jesus untuk
orang Kristian, Allah untuk orang Islam, Vishnu untuk penganut
Hindu, dan sebagainya.
-

-

Dalam kehidupan seharian, manusia berurusan dengan rutin
harian, berbual dengan rakan, makan, minum dan
sebagainya. Benda-benda yang biasa (profane) di dalam
kehidupannya. Tetapi kebanyakan orang percaya bahawa ada
sesuatu selain daripada kehidupan mereka. Bagaimana
dengan ribut petir yang berlaku?. Bagaimana tiba-tiba kawan
saya yang sihat meninggal dunia?. Semua benda itu adalah
luar dari kebiasaan, tidak boleh dipandang ringan, yang
menimbulkan rasa takut, kagum dan hormat. Pengalaman
setiap manusia yang mereka anggap suci (sacred) itu berbeza
di antara satu sama lain dan objek yang dikagumi dan
dihormati mereka juga berlainan. Setiap masyarakat itu
mempunyai peristiwa dan kejadian misteri mereka tersendiri.
Agama berurusan dengannya dan memberi penjelasan dan
jawapan serta cara untuk penganutnya mengagungkan dan
menyatakan perkara yang dianggap suci itu. Sesuatu yang
suci ini, yang luar biasa bersama denagan hubungan manusia
dengannya menjadikannya perkara yang utama dalam
sesuatu agama itu.
Definisi Agama:
- Peter Berger (1967) di dalm bukunya “The sacred canopy” – Agama
adalah (sacred canopy) “pelindung suci”. Dia menggunakan terma ini
bagi menggambarkan fungsi agama sebagai pelindung atau perisai,
melindungi masyarakat daripada keadaan kacau-bilau, huru-hara dan
juga individu daripada perasaan kosong, terumbang-ambing dan
sebagainya).
-

-

-

Agama memberi jawapan kepada persoalan manusia mengenai tujuan,
matlamat dan juga misteri serta perlindungan dan sokongan di masa
bahaya, kehilangan dan juga kematian. Pelindung ini boleh dikatakan
sebagai perisai yang melindungi mereka yang telah menjadi sesebuah
kumpulan untuk sokongan dan bantuan.
Definisi yang dicadangkan oleh Johnstone (2007) adalah seperti berikut:

- “Agama terdiri daripada kepercayaan dan upacara amal di mana sekumpulan
manusia cuba untuk memahami, menerangkan dan berurusan dengan dunia yang
kompleks, tidak pasti dan misteri dengan mengenalpasti pelindung suci yang
memberi penjelasan dan kepastian untuk hidup”.

Daripada definisi ini, ia mengatakan bahawa mereka di dalam kumpulan
itu selalu mengenalpasti sesuatu benda, peristiwa dan objek itu sebagai
sesuatu yang suci. Jadi, kepercayaan sikap dan perlakuan yang tercetus
daripadanya menjadi subjek utama di dalam “sociology of religion”. Ini
bukanlah definisi yang terbaik atau yang terakhir, tetapi ia adalah
definisi yang pragmatik dan selari dengan pemahaman manusia tentang
agama.


1)
-

-

-

Persoalan tentang asal
datangnya agama” .

dan

sumber

agama.

“Dari

mana

Wahyu (revelation) sebagai sumber agama
Tuhan sebagai pengasas agama. Agama yang diturunkan oleh
Tuhan sendiri.
Tuhan menjadikan dunia dan makhluk sebagai penghuninya.
Tuhan
membuat
undng-undang
dan
prinsip
dan
menyampaikannya melalui nabi (prophets) dan mereka
menyampaikannya kepada manusia.
Penerangan mengenai sumber agama ini bukanlah asing bagi
agama-agama di dunia ini. Contohnya; pengasas agama
Buddha sendiri, Gautama Buddha, mengalami inspirasi (wahyu)
ini ketika dia duduk di pokok bo. Bagi agama Islam, Nabi
Muhammad SAW sendiri mendapat wahyu daripada Malaikat
Jibrail ketika berada di dalam Gua Hira‟ di Mekah.


2)
-

Di masa kini, kita mempunyai pemimpin-pemimpin agama, yang
menyampaikan kepada pengikut-pengikutnya ilmu agama
berdasarkan sumber dari Tuhan.
“Natural-knowledge-of-god”
(Pengetahuan
semulajadi
mengenai Tuhan)
“Jika Tuhan menurunkan wahyunya kepada sesuatu kaum,
bagaimana agama lain boleh wujud”?.
Jawapan yang mereka putuskan adalah konsep “naturalknowledge-of-God‟ (pengetahuan semulajadi mengenai Tuhan).
Setiap manusia itu dilahirkan dengan kesedaran asas tentang
pengetahuan mengenai Tuhan ataupun ada sesuatu kuasa yang
bertanggungjawab atas apa yang mereka nampak disekeliling
mereka. Semua agama lain, merupakan hasil daripada usaha
manusia untuk menghasilkan kesedaran asas mengenai pencipta
ini. Oleh kerana permulaan kesedaran mengenai Tuhan ini agak
samar-samar dan tidak jelas, jadi manusia cuba untuk
menghuraikannya melalui imaginasi dan pengalaman mereka.
Dan oleh kerana manusia mempunyai imaginasi dan pengalaman
yang berbeza, jadi sistem agama yang terbentuk adalah berbeza.




Konsep yang berkait dengan “Natural-knowledge-of-God”
ialah konsep “witness-of-nature”. Keajaiban alam semulajadi
yang kompleks menggalakkan manusia untuk mengetahui
dengan lebih lanjut berkenaan Tuhan dan membuatkan
mereka cuba untuk mendapatkan penjelasan. Apa yang saya
nampak di sekeliling-putaran musim, gunung-ganang, bunga
dan tumbuh-tumbuhan, matahari, bintang pada waktu
malam- mesti dicipta oleh sesuatu kuasa, Tuhan.
Ahli Sosiologi tidak menolak atau mengesahkan hipotesis ini.
Usaha untuk menerangkan sumber agama adalah selari
dengan konsep sosiologi dan Antropologi di mana manusia
sendiri yang mencipta kepercayaan, norma dan sistem
pengajaran berdasarkan pengalaman dan keadaan sekeliling
mereka berdasarkan hubungan mereka dengan alam
persekitaran mereka.
3) Penerangan dari sudut Antropologi
-

-

Ahli-ahli Sains Sosial cuba menerangkan sumber atau punca agama ini
berdasarkan daripada pemerhatian mereka. Ahli-ahli Antropologi
terutamanya pada kurun ke 19 cuba melihat sumber agama ini dari
perspektif Sains Sosial. Mereka percaya bahawa agama ini wujud
daripada pengalaman manusia yang hidup di dalam dunia ini. Oleh
kerana manusia berhadapan dengan peristiwa-peristiwa yang
menakutkan seperti bencana alam, gempa bumi, kematian, sakit dan
kelahiran, mereka merasa perlunya untuk mengetahui punca kejadiankejadian ini. Jadi agama ini tercetus daripada kemahuan manusia yang
merasa adanya sesuatu yang menyebabkan berlakunya fenomena
ataupun kejadian itu.
Di antara ahli-ahli Antropologi yang berminat dalam menerangkan
sumber agama ini ialah Max Muller. Dia menekankan peranan alam
semulajadi seperti terjadinya taufan, kejadian air pasang, kejadian
matahari terbit. Masyarakat prasejarah (prehistoric people) merasa takut
dan kagum dengan kejadian-kejadian ini. Kenapa ini berlaku dan kenapa
ianya terjadi kepada saya?. Jadi, mereka merasakan mesti ada sesuatu
sama ada manusia ataupun kuasa lain yang menjadikan semua ini. Apa
yang terjadi ialah mereka percaya kepada roh (spirit) yang menyebabkan
berlakunya kejadian ini. Mereka percaya roh mempunyai kuasa dan
keupayaan untuk menyebabkan kejadian ini.


Sir Edward Burnett Tylor (1871) memberikan makna yang
minimum kepada agama sebagai “animism”, kepercayaan
kepada benda-benda ghaib seperti roh, hantu, syaitan dan
Tuhan. Dia mengatakan yang kepercayaan kepada bendabenda ghaib ini bermula apabila masyarakat primitif ini
berhadapan dengan kejadian-kejadian misteri yang tidak
dapat diterangkan dari segi kaedah saintifik.
“ A person who a few minutes ago was walking and talking, with all his
senses active, goes off motionless and unconscious in a deep sleep , to wake
after a while with renewed vigor” . (pp. 202-3).

- Manusia terdahulu menurut Tylor mempercayai kehadiran roh

untuk menerangkan kejadian-kejadian ini. Datang dan pergi
roh itu menerangkan kejadian seperti tidak sedarkan diri,
mimpi dan kematian. Mimpi merupakan pengalaman roh itu
ketika ia berjalan di waktu malam, manakala kematian pula
adalah disebabkan roh itu gagal kembali ke dalam badan
manusia.




Ahli Antropologi yang terdahulu menyatakan di antara
masyarakat primitif yang dikaji mereka percaya bahawa terdapat
roh (spirit) di dalam semua benda hidup dan tidak bernyawa
seperti batu, pokok, binatang dan juga manusia. Mereka percaya
bahawa roh seperti manusia juga mempunyai bentuk, perasaan
dan fikiran. Mereka juga boleh menjadi baik ataupun
berkelakuan jahat. Jika manusia pandai menjaga hati mereka,
mereka akan berkelakuan baik dan begitu juga sebaliknya.
Contoh: kalau ada buah kelapa yang tiba-tiba jatuh berhampiran
mereka, mereka (masyarakat primitif) tidak akan mengatakan
buah kelapa jatuh kerana sudah masak/tua tetapi mereka
percaya bahawa roh yang menjatuhkannya.. Dan apakah yang
telah dibuat oleh mereka sehingga menyebabkan Roh (spirit) itu
marah.
Kesimpulannya, penjelasan yang diberikan oleh ahli Antropologi
memberi perhatian kepada kepercayaan masyarakat dahulu
(primitif) kepada roh (spirit). Kepercayaan itu tercetus daripada
keinginan masyarakat primitif untuk menerangkan kejadian
semulajadi yang berlaku di sekeliling mereka serta daripada
pengalaman mereka sendiri. Penjelasan ini dipanggil penjelasan
“kognitif‟ di mana manusia ingin mengetahui dan memahami apa
dan kenapa kejadian itu berlaku.
4) Penjelasan dari sudut Psikologi
-

-

-

Perspektif Psikologi secara amnya menerangkan sumber agama ini
daripada keperluan emosi manusia. Mereka lebih menumpukan kepada
keperluan untuk menyelesaikan ataupun menyesuaikan emosi dengan
kejadian misteri dan malapetaka yang berlaku.

Daripada pandangan ini, manusia cuba mengekalkan kestabilan emosi
semasa menghadapi kejadian yang merbahaya, tidak selamat atupun
gangguan seperti keuzuran, kemalangan dan kematian. “Bagaimana saya
hendak berhadapan dengan masalah kesihatan, hubungan peribadi yang
menimpa saya?. “Kenapa perkara buruk ini terjadi kepada saya dan
orang yang saya sayang?. “Bagaimana saya hendak mencari kekuatan
untuk meneruskan hidup ini?.
Edwin R. Goodenough menyatakan perspektif ini bila dia mendeskripsi
agama sebagai reaksi manusia kepada ancaman berterusan terhadap
keselamatan, keamanan mereka. Manusia menghadapi ancaman
keselamatan yang berkait dengan pengetahuan yang mereka tidak boleh
musnahkan tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dia
menggelarnya sebagai “tremendum” –perkataan latin yang bermaksud
“yang mesti ditakuti” (that which must be feared) ataupun “punca
ketakutan” (source of terror).






Psikologi mencadangkan supaya manusia mencari jawapan dan
penyelesaian untuk kekecewaan, kebimbangan dan ketakutan
dengan cuba memasukkan pengalaman mereka ke dalam jangka
masa yang panjang yang ditentukan Tuhan. Semua ini terjadi
kerana Tuhan sayangkan dia; semua ini akan jadi baik tidak
lama lagi, dia mati disebabkan Tuhan lebih menyayanginya,
Tuhan menguji saya, Saya dihukum kerana dosa saya.
Secara amnya, daripada perspektif Psikologi, agama dilihat
berfungsi sebagai penyesuaian (adjustment function). Ia
digunakan untuk membantu manusia berhadapan dengan
kekecewaan dalam memenuhi kehendak mereka, dan cuba untuk
mengadaptasi pengalaman menakutkan dihadapi mereka .
Abraham Maslow berkata “Manusia mempunyai keperluan
kognitif untuk memahami”. Hidup memerlukan makna untuk
seseorang itu meneruskan kehidupannya. Jadi, manusia
memerlukan agama sama seperti mana mereka memerlukan
sinaran matahari, kalsium ataupun kasih sayang.




Pandangan ahli Sosiologi di dalam melihat persoalan
mengenai sumber ataupun dari mana asalnya agama tidaklah
menjurus kepada sumber agama itu tetapi mereka lebih
melihat kepada pengaruh agama itu di dalam konteks sosial
dan juga hubungkait dan interaksi faktor sosial dengan
agama. Adalah lebih penting untuk mengetahui sejauh mana
pengaruh agama di dalam pelbagai konteks sosial dan
memahami arah yang dibawa oleh agama itu daripada
mengetahui sumbernya.
Tidak seperti ahli Antropologi yang mengaitkan pengalaman
dengan alam sekeliling, dan juga ahli psikologi yang
menjurus kepada penyesuaian emosi (emotional adjustment),
ahli Sosiologi lebih menekankan kepada model yang
diketahui digunakan di dalam proses interaksi kumpulan.
Model-model ini diambil dan diulangi/digunapakai di dalam
sistem agama.
1)

Georg Simmel
- Georg Simmel yang dilahirkan di Berlin lebih dikenali di
kalangan ahli Sosiologi Amerika. Simmel dikenali melalui
sumbangannya di dalam memahami bentuk-bentuk
interaksi sosial.
- Menurut Simmel, bentuk interaksi sosial yang tidak
berunsurkan agama, banyak mempengaruhi agama.
Kebanyakan perasaan dan bentuk ekspresi yang selalunya
dikaitkan dengan „agama‟ juga turut digunakan dalam halhal lain dan ianya merupakan isi kandungan interaksi sosial
secara amnya. – sanjungan/kemuliaan, penglibatan, kasih
sayang, kesungguhan merupakan bentuk pengalaman dan
hubungan di antara sesama manusia.
- Kebanyakan interaksi dengan manusia adalah di atas
keyakinan – yakin yang orang yang tidak dikenali itu tidak
akan menembak saya ketika saya berjalan; yakin yang
juruterbang itu dapat membawa kapal terbang, yakin yang
tukang masak di restoren tidak meletakkan racun di dalam
makanan dan lain-lain lagi. “Religious faith‟ merupakan
bentuk utama di dalam interaksi kita setiap hari.




“Adanya keyakinan, adanya Tuhan”. Kesimpulan daripada apa
yang diperkatakan Simmel, asumsi (telahan) sosiologi
mengenai sumber agama itu yang menjadi model untuk
masyarakat (sentimen agama, ekspresi, kepercayaan)
semuanya bermula daripada sesebuah masyarakat itu.
Dalam kata lain, masyarakat mendahului agama. Sebelum
sesuatu agama itu berkembang, mesti ada bentuk (corak)
interaksi sosial iaitu masyarakat yang boleh dijadikan model.
Definisi “Magik”
- Adakah magik yang menggunakan jampi serapah dan
mentera untuk mengawal kuasa luar biasa itu merupakan
salah satu bentuk agama ataupun sesuatu yang lain.
- Konsep “mana” yang merupakan kebiasaan di dalam agama
primitif. “Mana‟ juga wujud di dalam berbagai agama dengan
menggunakan berbagai nama. Contoh: dalam Hinduism
dipanggil darshan; Kristian dipanggil divine grace dan
sebagainya.
- Mana merupakan ramuan utama di dalam magik. Pada
sesiapa yang mempercayainya ia wujud di dunia, di manamana dan di dalam apa sahaja, kuasa utama –mana. Ia juga
terapung di dalam udara yang kita sedut, walaupun mana ini
berada pada diri, pada benda, pada binatang, pada tumbuhtumbuhan dan di dalam atmosfera, ianya tidak akan berkuasa
sehingga seseorang atau sesuatu benda mengaktifkannya
dengan menjumpai rahsia yang boleh melepaskan kuasanya.










Magik merupakan usaha untuk menguasai orang dan benda
dengan cara menggunakan kuasa “mana” yang terdapat di
sekeliling kita.
Di dalam masyarakat yang seringkali mengamalkan magik
(masyarakat primitif), mereka tidak membezakan di antara
magik dan agama , jikalau ada perbezaan c uma sedikit. Ini
menyebabkan tugas untuk membezakan di antara magik dan
agama menjadi sedikit sukar.
Persamaan Magik dan Agama:1)Kedua-duanya merupakan satu usaha untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
2) Kedua-duanya adalah berlandaskan kepercayaan atas
kewujudan kuasa luarbiasa yang tidak dapat dilihat dan hanya
boleh diketahui melalui hasilnya.
3) Kedua-duanya mengandungi upacara ritual dan juga
perlakuan-perlakuan yang ditetapkan.







4) Kedua-duanya mempunyai elemen kejujuran (keihlasan)
didalam budaya sesebuah masyarakat dan mempunyai norma
dan pantang-larang yang perlu diikuti dan dipatuhi.
Bronislaw Malinowski memberikan beberapa persamaan lagi
di antara magik dan agama. Kedua-duanya tercetus
disebabkan situasi-situasi ini contohnya daripada krisis di
dalam hidup yang dihadapi manusia, kegagalan, kematian,
marah bertukar benci. Kedua-dua magik dan agama
memberikan satu penyelesaian untuk masalah-masalah ini .
(Takdir, Qadha‟ dan Qadar, dsb).
Perbezaan dengan Agama:
1) Agama selalunya menumpukan kepada isu-isu seperti
bencana, dosa dan balasannya serta makna hidup dan mati,
manakala magik lebih tertumpu kepada isu-isu semasa yang
berlaku seperti (mengalahkan musuh, mengurangkan bisa
(ular) gigitan, menurunkan hujan dan sebagainya).





-

-

2) Agama lebih tertumpu kepada masa akan datang, manakala magik
lebih tertumpu kepada isu sekarang.
3) Orientasi agama terhadap kuasa luar biasa ialah dengan patuh dan
memberikan
yang
dikehendaki
seperti
pengorbanan
dan
doa/sembahyang (seperti berdoa supaya Tuhan memakbulkan impian
dan sebagainya), manakala magik lebih bersifat manipulatif, seperti ahli
sihir/ bomoh mengarahkan sesuatu benda dan kejadian supaya berlaku.
4) Agama merupakan aktiviti berkumpulan, di mana sekumpulan orang
berkumpul dan sama-sama terlibat di dalam upacara agama dan ritual,
manakala magik lebih berbentuk acara individu.
William J. Goode (1951) – menyenaraikan kriteria magik yang berbeza
daripada agama.
1) Magik lebih bersifat instrumental,
2) Matlamatnya lebih spesifik dan terhad.
3) Ia lebih berbentuk manipulatif dari segi tekniknya.
4) Ia lebih terarah kepada tujuan individu daripada kumpulan.
5) Ia adalah merupakan perilaku individu daripada aktiviti berkumpulan.
6) Ia kurang melibatkan emosi
7) Ia tidak terikat dengan masa dan peristiwa yang tertentu




Adakah agama dan magik ini satu fenomena yang berbeza
atau dua aspek yang datang dari fenomena yang sama?. Atau
salah satunya merupakan satu bahagian kecil daripada yang
satu lagi?.
Jikalau melihat daripada definisi yang diberikan kepada
agama, magik dilihat memenuhi ciri-ciri yang dikelaskan
kepada agama contohnya; magik mengandungi kepercayaan
dan amalan; ia melibatkan sesuatu yang suci dan berkuasa
dan diamalkan oleh individu. Oleh itu magik dilihat sebagai
bahagian kecil daripada agama.
Definisi Ritual:-

Perkataan ritual pada kebanyakan orang mungkin
memberikan
gambaran
tentang
tradisi,
melibatkan
penggunaan jampi serapah, magik, ataupun upacara yang
dijalankan oleh masyarakat primitif.

- Ritual merupakan siri tingkah laku yang dilakukan berulang
kali dan berhubungkait dengan sesuatu emosi, yang mana
mungkin juga melibatkan penggunaan simbol. Agama
merupakan institusi utama di mana ritual ini diadakan, tetapi
ada juga ritual yang dilakukan dalam kehidupan seharian.
Tiada agama tanpa ritual. Ritual membentuk aktiviti utama
yang menggabungkan orang ramai dalam perhimpunan
agama. Contohnya: Sembahyang Berjemaah di masjid,
perhimpunan di gereja dan sebagainya.




Ritual juga berbeza daripada habit. Walaupun kedua-duanya
merupakan siri tingkahlaku yang dilakukan berulang kali,
tetapi ianya berbeza dengan dua cara. Habit memenuhi fungsi
biasa di mana aktiviti rutin dilakukan tanpa perhatian,
penjagaan atau emosi , manakala ritual agama yang
dilakukan bertujuan untuk mempengaruhi kuasa luarbiasa.
Sepertimana ritual yang lain, ritual agama ini menghasilkan
perhatian yang lebih dan perasaan yang istimewa.
Ritual juga dilakukan di dalam upacara lain selain agama.
Contohnya; upacara angkat sumpah ; upacara konvokesyen
dan sebagainya. Ritual agama tidak berbeza dengan ritualritual lain dari segi keupayaan untuk mengeluarkan emosi
bagi pelakunya. Perbezaan ritual agama dengan yang lain
ialah ialah ritual yang dilakukan bagi agama dijadikan
bermakna oleh kepercayaan kepada kuasa luarbiasa oleh
pelakunya. Jadi, ritual agama memberi simbol kepada
kepercayaan dan nilai agama dan juga berfungsi bagi
pengamalnya untuk membaharui kesetiaan mereka kepada
agama dan kepercayaan mereka.






Arnold Van Gennep (1909/1960) dalam hasil kerjanya “The Rites
of Passage‟ menunjukkan bahawa ritual ini selalunya diamalkan
di dalam masyarakat pada masa itu bila ahli-ahlinya bertukar
dari satu status ke status yang lain: pada masa hendak
berangkat ke satu tempat; bertunang, berkahwin, berbadan dua,
kelahiran dan kematian. Pada masa kelahiran, bertukar status ke
alam dewasa, kemudian kematian, selalunya ritual agama
dilakukan. Upacara untuk pertunangan dan perkahwinan juga
adalah ritual agama.
Ritual-ritual yang disambut bagi merayakan pertukaran status ini
dipanggil “rites of passage” oleh Van Gennep.
“Rites of passage” ini ialah ritual yang dilakukan bagi meraikan
pertukaran status yang dilalui sepanjang hidup seseorang ahli
masyarakat. Rites of passage ini mempunyai faedah dari segi
sosial dan psikologi. Dari segi psikologi, ia dapat mengurangkan
tekanan dari pada perubahan status yang dialami oleh individu
itu di mana amalan yang lama perlu ditukar dengan
amalan/tingkahlaku baru selari dengan perubahan status
seseorang itu.
Agama+dan+hubungan+sosial (1)

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiKaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiwmkfirdaus
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflikSuff Fyee
 
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Muhd Hasrul
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuMisiah Bayani
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSANorakma Abdullah
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danTika Daud
 
ASAS PSIKOLOGI Pengenalan Psikologi
ASAS PSIKOLOGI Pengenalan PsikologiASAS PSIKOLOGI Pengenalan Psikologi
ASAS PSIKOLOGI Pengenalan PsikologiAmin Upsi
 
Tingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropah
Tingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropahTingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropah
Tingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropahTuisyen Geliga
 

La actualidad más candente (20)

Kaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiKaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografi
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflik
 
GLOBALISASI
GLOBALISASIGLOBALISASI
GLOBALISASI
 
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
05 tamadun cina
05 tamadun cina05 tamadun cina
05 tamadun cina
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Etika perniagaan
Etika perniagaanEtika perniagaan
Etika perniagaan
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
Komunikasi Bukan Lisan (BMK3023)
 
Apakah teori itu
Apakah teori ituApakah teori itu
Apakah teori itu
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
 
Topik 1 apa itu sosiologi
Topik 1 apa itu sosiologiTopik 1 apa itu sosiologi
Topik 1 apa itu sosiologi
 
ASAS PSIKOLOGI Pengenalan Psikologi
ASAS PSIKOLOGI Pengenalan PsikologiASAS PSIKOLOGI Pengenalan Psikologi
ASAS PSIKOLOGI Pengenalan Psikologi
 
Tingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropah
Tingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropahTingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropah
Tingkatan 4 bab 9 zaman gelap eropah
 

Similar a Agama+dan+hubungan+sosial (1)

Bab ii tgas
Bab ii tgasBab ii tgas
Bab ii tgas33335
 
Metodologi Studi Islam
Metodologi Studi IslamMetodologi Studi Islam
Metodologi Studi IslamAlamsyah Hsb
 
Agama+dan+Kajian+Ilmiah,+1.ppt
Agama+dan+Kajian+Ilmiah,+1.pptAgama+dan+Kajian+Ilmiah,+1.ppt
Agama+dan+Kajian+Ilmiah,+1.pptmariomore
 
Pendekatan Studi Islam: Sosiologi dan Antropologi
Pendekatan Studi Islam: Sosiologi dan AntropologiPendekatan Studi Islam: Sosiologi dan Antropologi
Pendekatan Studi Islam: Sosiologi dan AntropologiAmnias 21
 
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)Asma'ul Khusna
 
1. konsep agama (1)
1. konsep agama (1)1. konsep agama (1)
1. konsep agama (1)Erwin Line
 
Fazri muhammad sidik
Fazri muhammad sidikFazri muhammad sidik
Fazri muhammad sidikFazrims
 
Fungsi agama dan kepercayaan bagi individu
Fungsi agama dan kepercayaan bagi individuFungsi agama dan kepercayaan bagi individu
Fungsi agama dan kepercayaan bagi individuVJ Asenk
 
Arab pujiati
Arab pujiatiArab pujiati
Arab pujiatihandika99
 
Antropolgi & sosiologi kesehatan sosial budaya
Antropolgi & sosiologi kesehatan sosial budayaAntropolgi & sosiologi kesehatan sosial budaya
Antropolgi & sosiologi kesehatan sosial budayaCahya
 
Makalah psikologi
Makalah psikologiMakalah psikologi
Makalah psikologiHary Ihsan
 
UTS_PENDIDIKAN AGAMA_HENDRO GUNAWAN_200401072103_IT-301.pdf
UTS_PENDIDIKAN AGAMA_HENDRO GUNAWAN_200401072103_IT-301.pdfUTS_PENDIDIKAN AGAMA_HENDRO GUNAWAN_200401072103_IT-301.pdf
UTS_PENDIDIKAN AGAMA_HENDRO GUNAWAN_200401072103_IT-301.pdfHendroGunawan8
 

Similar a Agama+dan+hubungan+sosial (1) (20)

Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
 
Spe Bab6
Spe Bab6Spe Bab6
Spe Bab6
 
Bab ii tgas
Bab ii tgasBab ii tgas
Bab ii tgas
 
Metodologi Studi Islam
Metodologi Studi IslamMetodologi Studi Islam
Metodologi Studi Islam
 
Islam dalam perspektif antropologi
Islam dalam perspektif antropologiIslam dalam perspektif antropologi
Islam dalam perspektif antropologi
 
Agama+dan+Kajian+Ilmiah,+1.ppt
Agama+dan+Kajian+Ilmiah,+1.pptAgama+dan+Kajian+Ilmiah,+1.ppt
Agama+dan+Kajian+Ilmiah,+1.ppt
 
Pendekatan Studi Islam: Sosiologi dan Antropologi
Pendekatan Studi Islam: Sosiologi dan AntropologiPendekatan Studi Islam: Sosiologi dan Antropologi
Pendekatan Studi Islam: Sosiologi dan Antropologi
 
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)
Metodologi Studi Islam - Materi IAIN Tulungagung (Mr. Khutbuddin Aibak,M. HI)
 
1. konsep agama (1)
1. konsep agama (1)1. konsep agama (1)
1. konsep agama (1)
 
studi islam.docx
studi islam.docxstudi islam.docx
studi islam.docx
 
Fazri muhammad sidik
Fazri muhammad sidikFazri muhammad sidik
Fazri muhammad sidik
 
Fungsi agama dan kepercayaan bagi individu
Fungsi agama dan kepercayaan bagi individuFungsi agama dan kepercayaan bagi individu
Fungsi agama dan kepercayaan bagi individu
 
Ninian smart
Ninian smartNinian smart
Ninian smart
 
Agama dan masyarakat
Agama dan masyarakatAgama dan masyarakat
Agama dan masyarakat
 
Arab pujiati
Arab pujiatiArab pujiati
Arab pujiati
 
Pengantar sosiologi
Pengantar sosiologiPengantar sosiologi
Pengantar sosiologi
 
Makalah agama dan ekonomi
Makalah agama dan ekonomiMakalah agama dan ekonomi
Makalah agama dan ekonomi
 
Antropolgi & sosiologi kesehatan sosial budaya
Antropolgi & sosiologi kesehatan sosial budayaAntropolgi & sosiologi kesehatan sosial budaya
Antropolgi & sosiologi kesehatan sosial budaya
 
Makalah psikologi
Makalah psikologiMakalah psikologi
Makalah psikologi
 
UTS_PENDIDIKAN AGAMA_HENDRO GUNAWAN_200401072103_IT-301.pdf
UTS_PENDIDIKAN AGAMA_HENDRO GUNAWAN_200401072103_IT-301.pdfUTS_PENDIDIKAN AGAMA_HENDRO GUNAWAN_200401072103_IT-301.pdf
UTS_PENDIDIKAN AGAMA_HENDRO GUNAWAN_200401072103_IT-301.pdf
 

Agama+dan+hubungan+sosial (1)

  • 2.    Semua orang tahu mengenai agama, sekurang-kurangnya sedikit mengenai agama walaupun mereka ini tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan kumpulankumpulan agama. Agama berada di sekeliling kita. Dalam Rukun Negara Malaysia juga ada ditekankan mengenai “Kepercayaan kepada Tuhan”. Bagi masyarakat dunia, mereka lebih mengetahui mengenai agama Islam selepas terjadinya peristiwa 9 /11, 2001. Tempat-tempat ibadah boleh dikatakan berada di hampir semua tempat yang kita lawati. Jadi, sebelum memberi definisi yang lebih terperinci mengenai agama, kita perlu melihat apakah itu Sosiologi untuk memahami apakah perspektif Sosiologi mengenai agama.
  • 3.     Sosiologi adalah merupakan kajian mengenai bagaimana ahli-ahli di dalam sesebuah kumpulan/masyarakat itu berinteraksi dan pengaruh kumpulan itu ke atas tingkah laku manusia secara amnya dan juga ke atas institusi-institusi lain di dalam masyarakat seperti ekonomi, politik dan sebagainya. Jadi, Sosiologi mempunyai 2 matlamat: 1) Memahami dinamik kehidupan sesebuah kumpulan – Apakah kumpulan itu, bagaimana mereka berfungsi, bagaimana mereka berubah dan bagaimana mereka berbeza di antara satu dengan yang lain 2) Memahami pengaruh sesebuah kumpulan itu ke atas tingkahlaku manusia. Satu telahan yang dapat dibuat ialah sesebuah kumpulan itu mempengaruhi aktiviti manusia. Dalam kitaran kehidupan manusia, manusia melalui proses “sosialisasi” di mana manusia belajar dan dipengaruhi oleh keluarga, kawan-kawan, pendidikan dan suasana di mana mereka hidup dan membesar. Di dalam kumpulan inilah, manusia itu belajar dan memahami kehidupan. Di sinilah institusi agama itu bermula dan membentuk di dalam setiap diri individu itu. Agama merupakan fenomena kumpulan. Agama membentuk diri individu-individu ini kepada sesebuah kumpulan (perhimpunan)- satu tugas utama Sosiologi ini adalah untuk mengkaji struktur dan fungsi kumpulan-kumpulan ini. Oleh kerana agama ini dibentuk dalam sesebuah kumpulan, ia memberi pengaruh kepada ahliahlinya dan juga masyarakat di sekelilingnya.
  • 4.    Kajian mengenai Sosiologi Agama adalah secara empirikal (pemerhatian atau ujian). Ia hanya boleh mengkaji dan menyimpulkan fenomena yang boleh dilakukan ujian. Untuk mengesahkan atau menolak sesuatu teori itu, ahli Sosiologi itu perlu melakukan ujian data ataupun pemerhatian. Oleh kerana data yang boleh diperhatikan, yang boleh diukur, dibuat ujian itu terhad (limited), maka ada elemen-elemen di dalam agama yang lebih berbentuk kuasa luar biasa, suci , yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar adalah di luar bidang kuasa Sosiologi. Jadi, boleh dikatakan kajian Sosiologi Agama setakat ini dijalankan melalui kaedah saintifik. 1) kajian secara sistematik untuk mengesahkan data yang diperolehi 2) Mengemukakan bukti untuk data yang diperolehi bertentangan dengan pendapat, pandangan, intuisi ataupun gerakan hati. 3) Melakukan prosedur yang boleh diperakui dan diulangi.
  • 5.  Ahli Sosiologi Agama ini mendapat tentangan daripada ahli agama. “Since religion is related at its base primarily to the spiritual, the sacred, and often supernatural beings and forces – that is , to forces that are usually unseen- and involves matters of faith and feelings as well, anything the sociologist can say about religion, limited as he or she is to describing the observable, will be at best superficial and unimportant, at worst false and misleading”. - - J. Milton Yinger (1970),in his book The Scientific study of Religion membidas kenyataan ini. Dia mengemukakan soalan “How it is possible to see a stained-glass window from the outside”?. Kita hanya boleh melihat tingkap yang kotor ini apabila seseorang itu berada di dalam . Prof Yinger menambah walaubagaimanapun pandangan daripada dalam hanya menjawab sesetengah persoalan tentang tingkap itu. Hanya daripada luar, seseorang itu boleh mengetahui isu luaran mengenai tingkap itu, siapa yang membuatnya, kenapa ia dibuat, bagaimana ia sama ataupun berbeza dengan tingkap lain dan sebagainya. -Maksud di sini, soalan seperti ini boleh dijawab secara empirikal, ia merupakan soalan penting dan boleh menambahkan kefahaman kita. Begitu juga dengan isu agama. Data empirikal sahaja tidak menjawab persoalan penting mengenai agama . Kajian mengenai agama secara empirikal mungkin sedikit terbatas, tetapi tidak bermakna kajian mengenai agama hanya tertumpu kepada hal spiritual dan menolak terus kajian empirikal. Sebaliknya, kedua-duanya diperlukan untuk memahami fenomena agama keseluruhannya.
  • 6.     Antropologi membawa perspektif yang berbeza daripada ahli-ahli cendiakawan yang lain tentang kajian mengenai agama. Pertama, ahli Antropologi membuat kajian mengenai agama berdasarkan pengalaman mereka tinggal bersama responden yang dikaji agama dan cara hidup mereka. Keduanya, analisa mereka mengenai agama meletakkan agama di dalam konteks yang lebih luas di mana mereka membincangkan bagaimana agama memberi kesan kepada institusi lain seperti ekonomi, politik, dan juga kehidupan berkeluarga bagi penganutnya. Ketiga, ahli Antropologi yang cuba membuat kesimpulan umum mengenai agama dan hubungannya dengan institusi sosial yang lain membuat kajian mereka berdasarkan lingkungan yang paling luas tentang agama-agama di dunia ini. (the broadest possible range of religions).
  • 7. - Ahli Antropologi berbeza dengan bidang lain di dalam kajiannya ke atas manusia dan juga kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat. Mereka menggunakan kajian lapangan sebagai kaedah penting di dalam mengumpul maklumat mengenai agama di dalam suasana yang sebenar. Participant-observation (pemerhatian turut serta) merupakan kaedah penting di dalam mengumpul data mengenai kaum dan agama yang dikaji. Dengan cara ini, mereka lebih dekat dengan subjek kajian dan dapat mengetahui dengan lebih mendalam kepercayaan, perasaan dan amalan mereka terhadap agama yang dianuti. Interpretasi Antropologi; - Asas kepada pendekatan antropologi terhadap agama adalah konsep budaya. Budaya adalah sistem kepercayaan, perasaan dan juga peraturan untuk hidup yang dikongsi oleh sekumpulan orang yang dapat dilihat daripada tingkah laku dan artifak mereka. Ahli Antropologi menganggap agama sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat. Budaya, termasuk budaya agama adalah merupakan sistem makna yang memberitahu bagaimana manusia memahami diri mereka dan dunia di sekeliling mereka serta sistem peraturan yang memberi panduan kepada mereka bagaimana untuk berinteraksi sesama mereka dan juga bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan alam yang mereka diami.
  • 8. Pendekatan Saintifik; - Ahli antropologi yang berminat terhadap pendekatan saintifik dalam menerangkan dan membuat telahan mengenai tingkah laku manusia membuat kajian mengenai agama dalam konteks interaksinya dengan komponen budaya yang lain seperti institusi ekonomi ataupun institusi politik dan juga alam sekitar. Ahli Antropologi ini menekankan pengaruh kehidupan sosial, keperluan biologi dan psikologi manusia, teknologi dan juga alam sekitar ke atas amalan dan kepercayaan agama. Matlamat mereka adalah untuk menentukan elemen manakah di dalam agama merupakan tindakbalas kepada keadaan yang di cari oleh manusia dan membezakan faktor yang mencetuskan pelbagai agama di dunia ini. - Mereka menggunakan cross-cultural comparison – penggunaan statistic perbandingan yang diambil daripada pelbagai budaya yang berlainan yang digunakan untuk menguji hipotesis tentang hubungan di antara komponen di dalam budaya ataupun di antara komponen budaya dan alam sekitar.
  • 9.  -  Pendekatan Kemanusiaan: (Humanistic Approach): Ahli Antropologi yang lain pula berminat untuk mengkaji kepelbagaian agama manusia melalui perspektif kemanusiaan. Matlamat mereka ialah untuk meluaskan kefahaman terhadap agama sebagai sistem makna (system of meanings). Sistem makna adalah sistem yang memberitahu bagaimana seseorang itu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya dan merupakan sistem peraturan yang memberi panduan kepada manusia untuk berinteraksi sesama mereka dan menyesuaikan diri dalam dunia yang didiami mereka. Mereka cuba untuk menerangkan agama di dalam bentuk yang dapat difahami oleh penganutnya dan juga menerangkan agama dengan cara yang boleh difahami oleh pengikut agama dan budaya lain. Pendekatan kemanusiaan ini selalunya dijalankan dengan menggunakan kaedah yang dipanggil cultural relativism-pendekatan yang digunakan untuk mentafsir makna yang menyatakan makna di dalam sesuatu adat adalah lebih difahami di dalam konteks budaya mereka sendiri. Ahli Antropologi berhati-hati di dalam memberi penilaian terhadap kepercayaan agama dan adat yang mereka kaji, kerana selalunya penilaian ini adalah dari pemikiran ahli Antropologi sendiri dan ini tidak membantu orang luar untuk memahami budaya dan kepercayaan sama seperti yang difahami oleh responden yang dikaji itu.
  • 10. Definisi Agama dari perspektif Sosiologi:    Pendekatan Sosiologi terhadap agama ialah untuk mengetahui peranan dan kepentingan agama di dalam sesebuah masyarakat dan juga memahami kepercayaan dan amalan tertentu yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan ataupun masyarakat. Dalam usaha untuk memberi definisi kepada agama, perbezaan yang selalunya dibuat oleh ahli Sosiologi ialah dari segi “substantive” dan „functional”. Pertamanya, adalah dengan melihat agama itu dari segi “substantive” iaitu usaha untuk menerangkan intipati agama itu ataupun bahan di dalam sesebuah agama itu. (Apakah itu agama). Ini susah untuk dicapai tanpa melihat juga dari segi fungsi agama itu kepada masyarakat. Keduanya, adalah melihat agama itu dari segi fungsinya iaitu apa yang dibuat oleh agama untuk masyarakat. Dengan memahami fungsi agama, manusia dapat menerangkan kejadian dan peristiwa yang terjadi di dalam hidup mereka seperti banjir, kebakaran, kematian dan persoalan mengenai tujuan dan matlamat hidupnya.
  • 11.     - Agama sering didefinisikan sebagai: - Kepercayaan - Amalan - Institusi Masyarakat mempunyai kosmologi tentang bagaimana mereka berhubungkait dengan dunia ini. Semua individu itu mempunyai persoalan tentang “Siapakah mereka, Daripada mana mereka datang, Kenapa mereka berada di sini dan apakah tempat mereka di muka bumi ini”. - Pertama, agama dilihat sebagai “satu kepercayaan terhadap kuasa luar biasa ataupun Tuhan”. - Keduanya, agama tercetus terhadap kuasa luarbiasa. - Ada suatu kuasa yang luar biasa selain daripada dunia yang dilihat daripada mata manusia. daripada sentimen kagum, gerun
  • 12. Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan atas sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa dan juga amalan dan institusi yang berkaitan dengan kepercayaan tersebut.  Kepercayaan yang hanya melibatkan seseorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, agama adalah fenomena masyarakat dan boleh dikesan melalui:-   1) 2) 3) 4) - Perlakuan (sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara) Sikap (sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama) Penyataan (seperti jampi, mantera dan kalimat suci) benda-benda material (yang zahir seperti bangunan : contoh; masjid, gereja, azimat dan tangkal). Manusia yang tidak mempercayai adanya Tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.
  • 13. TERMA AGAMA - Ramai golongan ilmuwan (scholars) pada kurun 19 dan 20 cuba memberi definisi yang terperinci terhadap agama. - Sesetengah ilmuwan mencadangkan definisi yang minimum kepada agama sebagai “belief in spiritual beings‟ (kepercayaan kepada benda ghaib). Contohnya : Edward Tylor (1903) memberikan makna ini kepada agama di mana dia percaya bahawa semua benda, organik atau tidak organik mengandungi jiwa/roh yang memberi mereka karektor. - - Ada sesetengah ilmuwan pula memberi definisi agama sebagai kepercayaan kepada fenomena suci yang dialami oleh manusia. - - Terma/perkataan agama itu datangnya daripada perkataan latin “religare” yang mempunyai dua atau lebih makna pada zaman pemerintahan Empayar Rom. - - Religare digunakan untuk merujuk kepada “kewajipan “ kepada - - Cicaro, ahli falsafah Rom pula menggunakan perkataan religio ini - Kita akan mengenalpasti komponen-komponen utama di dalam agama dan menyimpulkan dalam satu pernyataan mengenai definisi agama. sumpah, tetapi ia juga digunakan untuk merujuk kepada perasaan “taat”. untuk merujuk kepada terma Sosiologi bermaksud “tying together”; “to bind‟ ataupun “to arrange” (diikat bersama ataupun dikumpulkan bersama).
  • 14.  1) Agama merupakan fenomena kumpulan/masyarakat ◦ Dari perkataan latin – “Religare” yang bermaksud satu konsep kumpulan/pengikut (group/fellowship) ◦ Merupakan karektor fizikal yang paling utama. ◦ Tempat-tempat ibadah di seluruh dunia memperlihatkan sekumpulan orang berkumpul untuk melakukan ibadah contohnya bersembahyang, bertasbih, menyanyi dan berdoa beramai-ramai. ◦ Ini bukan bermakna bahawa agama itu bukannya fenomena individu. Agama juga merupakan fenomena individu. Setiap kumpulan itu terdiri daripada individu yang menjadikan apa yang kumpulan itu percaya sebagai benar dan penting untuk membuat dan menyatakannya. ◦ Semestinya, agama adalah hal individu di dalam berbagai cara. Ini termasuk emosi dan pemikiran seseorang itu; kepercayaan dan perilaku seseorang . Seseorang itu bebas untuk menyertai mana-mana sistem agama yang mereka percayai.
  • 15.   Individu itu sendiri yang mengikuti/mengadaptasi kepercayaan yang diajar di dalam sesebuah kumpulan, mereka juga yang melakukan tindakan dan juga menjalankan tugas dan tanggungjawab. Dalam kebanyakan agama, konsep “afterlife” (syurga) , dipercayai penerimaan balasan itu adalah bergantung kepada kepercayaan dan tingkahlaku seseorang individu itu. Sesebuah kumpulan itu boleh menyampaikan ajaran, apa yang mereka mesti percaya, mana yang betul dan perbuatan yang salah, tetapi pengakhirannya ia terletak di tangan individu itu, apakah kemahuannya. Walaupun begitu, susah (tidak masuk akal) untuk kita mengkaji setiap kepercayaan agama tiap-tiap individu itu. Jadi, pendekatan Sosiologi terhadap agama adalah dengan mengkaji dimensi agama melalui sesebuah kumpulan.
  • 16.  1) 2) 6 ciri-ciri kumpulan:Satu kumpulan terdiri daripada dua atau lebih orang yang telah mempunyai interaksi termasuk komunikasi sesama mereka. Individu yang membentuk kumpulan itu menyedari kewujudan sesama mereka dan mempunyai hubungan interaksi sesama mereka. Interaksi itu tidak bermaksud setiap hari mereka perlu berhubung, bertemu muka dan sebagainya tetapi merka yang membentuk sesebuah kumpulan ini menyedari ataupun mengenali satu sama lain dan telah membentuk satu interaksi di dalam kumpulan itu. Ahli-ahli sesebuah kumpulan itu berkongsi matlamat yang sama. Ini merupakan sebab utama mereka membentuk sebuah kumpulan. Proses untuk membentuk sesebuah kumpulan ini melibatkan konsep Sosiologi di mana semua tingkahlaku manusia mengandungi perbuatan menyelesaikan masalah (problem-solving activity). Individuindividu yang berdepan dengan masalah yang sama telah berhubung dan bersetuju untuk bekerjasama bagi menyelesaikannya. Contohnya: 5 orang yang khuatir tntang pencemaran air telah bergabung membentuk satu kumpulan yang dipanggil STEP yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran itu.
  • 17. - Sesuatu yang bermula daripada perkara yang menjadi perhatian seseorang individu itu bertukar menjadi perkara yang diambil perhatian oleh kumpulan dan menjadi matlamat yang dikongsi bersama ahli-ahli kumpulan. 3. Sesebuah kumpulan itu dikawal oleh perkongsian norma Norma (norms) „panduan masyarakat mengenai tingkahlaku yang benar ataupun salah”. Apabila sesebuah kumpulan itu telah menetapkan matlamat, maka mereka akan menentukan apa yang ahli-ahli perlu lakukan, bila, di mana dan bagaimana. Semua ini dipanggil norma- jangkaan perilaku yang sesuai yang perlu diikuti oleh ahli-ahli sesebuah kumpulan itu. 4. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan ataupun fungsi untuk dipenuhi - Peranan mengandungi set norma tertentu yang mahu dilakukan oleh kumpulan itu. Pelbagai peranan di dalam sesebuah kumpulan itu dapat dijadikan pembahagian tugas (division of labor). Bila seseorang ahli meninggalkan kumpulan itu ataupun memegang tugas lain, kumpulan perlu memastikan pembahagian tugas ini berada di dalam keadaan stabil/seimbang dengan mengambil ahli lain ataupun orang luar untuk menyambung tugas itu.
  • 18. 5. Kumpulan itu berfungsi secara kumpulan (collective) mengikut sistem status. - Ada hierarki (susunan mengikut pangkat atau darjat) di mana kuasa , kedudukan dan prestij diberikan kepada individu tertentu mengikut peranan mereka. Setiap kumpulan itu mempunyai kriteria mereka sendiri dalam menentukan perihal status ini. Peranan seperti membuat keputusan, koordinasi kumpulan yang membawa kuasa dan prestij utama selalunya diberikan kepada individu yang layak dan mampu menjalankan tugas ini, walaupun faktor-faktor lain seperti kekananan (seniority), harta dan keturunan boleh mempengaruhi. 6. Ahli sesebuah kumpulan itu mempunyai rasa memiliki/ identiti dengan kumpulan itu. - Ini kumpulan saya (I belong). Sejauh mana komitmen, dedikasi yang diberikan oleh setiap ahli dalam kumpulan itu menentukan sejauh mana sesebuah kumpulan itu dapat bertahan. Tanpa perasaan memiliki dan identifikasi ahli-ahlinya dengan sesebuah kumpulan itu, kumpulan itu tidak akan bertahan lama dan mungkin berkubur. - 6 ciri-ciri kumpulan ini dapat diaplikasikan kepada kumpulankumpulan agama.
  • 19. 2) Agama melibatkan kepercayaan ( Body of Beliefs) - Karektor agama yang kedua adalah ia melibatkan kepercayaan. Merupakan ciri agama yang penting. Ini merupakan kepercayaan yang telah diwarisi dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Di zaman masyarakat primitif, kepercayaan ini diturunkan ke generasi ke satu generasi yang lain secara lisan. - - Setiap agama yang utama di dunia ini mempunyai kitab-kitab suci mereka sendiri yang memberi panduan dan asas kepada kepercayaan yang mereka anuti. Contohnya; Bible, Quran, Kitab Mormon, Bhagavad Gita. Di samping itu, selain daripada kitab-kitab utama ini, setiap agama juga mempunyai penjelasan dan kiasan, kata-kata hikmah, hadith bagi yang beragama Islam, mitologi yang disampaikan secara mulut ke mulut kepada generasigenerasi baru.
  • 20. 3) Agama mengandungi perbuatan/amalan yang khusus - Agama mengandungi perbuatan atau amalan yang khusus yang perlu dilakukan oleh penganutnya. Perkara utama yang kita boleh lihat dalam setiap agama adalah melalui perbuatan berbanding dengan kepercayaan, sikap dan perspektif seseorang itu. Ini adalah tingkah laku yang dilakukan semasa melakukan upacara dan juga aktiviti-aktiviti lain yang wujud daripada kepercayaan itu. Perhimpunan untuk bersembahyang, berdoa, mengorbankan binatang, upacara membasuh kaki, semuanya merupakan amalan agama yang dilakukan oleh penganutnya. - Adalah penting untuk difahami bahawa sesuatu perbuatan itu hanya akan dikatakan satu amalan agama sekiranya penganutnya mengatakannya sebagai tingkah laku agama. Jika tidak, ia hanya dianggap perbuatan/tingkah laku biasa. Contohnya ; perjalanan ke Mekah dan Madinah boleh dikatakan untuk berjalan-jalan , ataupun ia dilakukan untuk memenuhi kewajipan agama melakukan Hajj sekurang-kurangnya sekali di dalam seumur hidup jika berkemampuan.
  • 21. 4). Agama melibatkan moral yang telah ditentukan - - Ciri agama yang keempat adalah dimensi moral. Ia merujuk kepada pertimbangan yang dibuat oleh sesuatu kumpulan agama itu atau sistem di mana sesetengah idea dan buah fikiran yang baik dan bernilai hendaklah digalakkan dan ditekankan, manakala perbuatan, idea dan buah fikiran yang tidak elok, dan merbahaya hendaklah dijauhkan. Agama dilihat memainkan fungsi kawalan sosial di mana kebanyakan agama di dunia ini menyarankan kebaikan. Ajaran agama itu sendiri telah menggariskan kod etika yang wajib dimainkan oleh penganutnya. Dengan erti kata lain, agama menganjurkan sesetengah perbuatan dengan niat menggalakkan pengikutnya untuk memilih perbuatan itu di dalam perlakuan seharian. Selalunya sumber yang mengatakan perlunya membuat perbuatan itu dinyatakan. “Awak perlu buat sesuatu atau jauhkan diri daripadanya kerana Tuhan menyatakan begitu bukan kerana kumpulan kita yang menyuruh/mengatakannya atau saya sebagai ketua yang mengarahkannya”.
  • 22.  Dalam perkataan lain, agama melibatkan sesuatu yang suci ataupun kuasa luar biasa untuk mempengaruhi perlakuan individu itu, bukan sahaja di dalam keadaan yang luarbiasa tetapi juga di dalam situasi biasa, kehidupan harian. Dalam kebanyakan masyarakat (terutama masyarakat primitif) persetujuan dan kuasa/autoriti moral kumpulan itu sudah cukup untuk menyatukan ahli-ahli kumpulannya. Prinsip agama itu adalah sesuatu yang perlu dituruti tanpa dipersoalkan lagi.
  • 23. 5). Agama melibatkan sesuatu yang suci - - - Ciri yang terakhir di dalam definisi agama adalah penglibatannya dengan sesuatu yang suci. Agama menimbulkan rasa takut, kagum terhadap sesetengah benda, hidupan atau pun situasi dan ini membezakan ia daripada biasa. Contoh:Jews membuka kasut ketika memasuki kuil, Penganut Kristian membuat lambang salib ketika bersembahyang, Orang islam mengerjakan Hajji di mekah, Penganut Hindu mendewakan lembu dan sebagainya. Semua tingkah laku ini menunjukkan tempat atau keadaan yang suci. Dalam keadaan ini, manusia menyedari bahawa terdapat satu kuasa yang suci yang memerlukan mereka membuat sesuatu perkara, berdoa, berzikir dan sebagainya ketika berada di tempat yang dianggap istimewa dan suci. Untuk kebanyakan orang, sesuatu yang istimewa itu melibatkan sesuatu yang berkuasa, supernatural yang tak dapat dilihat di mata kasar. Kuasa itu dijelmakan di dalam bentuk Jesus untuk orang Kristian, Allah untuk orang Islam, Vishnu untuk penganut Hindu, dan sebagainya.
  • 24. - - Dalam kehidupan seharian, manusia berurusan dengan rutin harian, berbual dengan rakan, makan, minum dan sebagainya. Benda-benda yang biasa (profane) di dalam kehidupannya. Tetapi kebanyakan orang percaya bahawa ada sesuatu selain daripada kehidupan mereka. Bagaimana dengan ribut petir yang berlaku?. Bagaimana tiba-tiba kawan saya yang sihat meninggal dunia?. Semua benda itu adalah luar dari kebiasaan, tidak boleh dipandang ringan, yang menimbulkan rasa takut, kagum dan hormat. Pengalaman setiap manusia yang mereka anggap suci (sacred) itu berbeza di antara satu sama lain dan objek yang dikagumi dan dihormati mereka juga berlainan. Setiap masyarakat itu mempunyai peristiwa dan kejadian misteri mereka tersendiri. Agama berurusan dengannya dan memberi penjelasan dan jawapan serta cara untuk penganutnya mengagungkan dan menyatakan perkara yang dianggap suci itu. Sesuatu yang suci ini, yang luar biasa bersama denagan hubungan manusia dengannya menjadikannya perkara yang utama dalam sesuatu agama itu.
  • 25. Definisi Agama: - Peter Berger (1967) di dalm bukunya “The sacred canopy” – Agama adalah (sacred canopy) “pelindung suci”. Dia menggunakan terma ini bagi menggambarkan fungsi agama sebagai pelindung atau perisai, melindungi masyarakat daripada keadaan kacau-bilau, huru-hara dan juga individu daripada perasaan kosong, terumbang-ambing dan sebagainya). - - - Agama memberi jawapan kepada persoalan manusia mengenai tujuan, matlamat dan juga misteri serta perlindungan dan sokongan di masa bahaya, kehilangan dan juga kematian. Pelindung ini boleh dikatakan sebagai perisai yang melindungi mereka yang telah menjadi sesebuah kumpulan untuk sokongan dan bantuan. Definisi yang dicadangkan oleh Johnstone (2007) adalah seperti berikut: - “Agama terdiri daripada kepercayaan dan upacara amal di mana sekumpulan manusia cuba untuk memahami, menerangkan dan berurusan dengan dunia yang kompleks, tidak pasti dan misteri dengan mengenalpasti pelindung suci yang memberi penjelasan dan kepastian untuk hidup”. Daripada definisi ini, ia mengatakan bahawa mereka di dalam kumpulan itu selalu mengenalpasti sesuatu benda, peristiwa dan objek itu sebagai sesuatu yang suci. Jadi, kepercayaan sikap dan perlakuan yang tercetus daripadanya menjadi subjek utama di dalam “sociology of religion”. Ini bukanlah definisi yang terbaik atau yang terakhir, tetapi ia adalah definisi yang pragmatik dan selari dengan pemahaman manusia tentang agama.
  • 26.  1) - - - Persoalan tentang asal datangnya agama” . dan sumber agama. “Dari mana Wahyu (revelation) sebagai sumber agama Tuhan sebagai pengasas agama. Agama yang diturunkan oleh Tuhan sendiri. Tuhan menjadikan dunia dan makhluk sebagai penghuninya. Tuhan membuat undng-undang dan prinsip dan menyampaikannya melalui nabi (prophets) dan mereka menyampaikannya kepada manusia. Penerangan mengenai sumber agama ini bukanlah asing bagi agama-agama di dunia ini. Contohnya; pengasas agama Buddha sendiri, Gautama Buddha, mengalami inspirasi (wahyu) ini ketika dia duduk di pokok bo. Bagi agama Islam, Nabi Muhammad SAW sendiri mendapat wahyu daripada Malaikat Jibrail ketika berada di dalam Gua Hira‟ di Mekah.
  • 27.  2) - Di masa kini, kita mempunyai pemimpin-pemimpin agama, yang menyampaikan kepada pengikut-pengikutnya ilmu agama berdasarkan sumber dari Tuhan. “Natural-knowledge-of-god” (Pengetahuan semulajadi mengenai Tuhan) “Jika Tuhan menurunkan wahyunya kepada sesuatu kaum, bagaimana agama lain boleh wujud”?. Jawapan yang mereka putuskan adalah konsep “naturalknowledge-of-God‟ (pengetahuan semulajadi mengenai Tuhan). Setiap manusia itu dilahirkan dengan kesedaran asas tentang pengetahuan mengenai Tuhan ataupun ada sesuatu kuasa yang bertanggungjawab atas apa yang mereka nampak disekeliling mereka. Semua agama lain, merupakan hasil daripada usaha manusia untuk menghasilkan kesedaran asas mengenai pencipta ini. Oleh kerana permulaan kesedaran mengenai Tuhan ini agak samar-samar dan tidak jelas, jadi manusia cuba untuk menghuraikannya melalui imaginasi dan pengalaman mereka. Dan oleh kerana manusia mempunyai imaginasi dan pengalaman yang berbeza, jadi sistem agama yang terbentuk adalah berbeza.
  • 28.   Konsep yang berkait dengan “Natural-knowledge-of-God” ialah konsep “witness-of-nature”. Keajaiban alam semulajadi yang kompleks menggalakkan manusia untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Tuhan dan membuatkan mereka cuba untuk mendapatkan penjelasan. Apa yang saya nampak di sekeliling-putaran musim, gunung-ganang, bunga dan tumbuh-tumbuhan, matahari, bintang pada waktu malam- mesti dicipta oleh sesuatu kuasa, Tuhan. Ahli Sosiologi tidak menolak atau mengesahkan hipotesis ini. Usaha untuk menerangkan sumber agama adalah selari dengan konsep sosiologi dan Antropologi di mana manusia sendiri yang mencipta kepercayaan, norma dan sistem pengajaran berdasarkan pengalaman dan keadaan sekeliling mereka berdasarkan hubungan mereka dengan alam persekitaran mereka.
  • 29. 3) Penerangan dari sudut Antropologi - - Ahli-ahli Sains Sosial cuba menerangkan sumber atau punca agama ini berdasarkan daripada pemerhatian mereka. Ahli-ahli Antropologi terutamanya pada kurun ke 19 cuba melihat sumber agama ini dari perspektif Sains Sosial. Mereka percaya bahawa agama ini wujud daripada pengalaman manusia yang hidup di dalam dunia ini. Oleh kerana manusia berhadapan dengan peristiwa-peristiwa yang menakutkan seperti bencana alam, gempa bumi, kematian, sakit dan kelahiran, mereka merasa perlunya untuk mengetahui punca kejadiankejadian ini. Jadi agama ini tercetus daripada kemahuan manusia yang merasa adanya sesuatu yang menyebabkan berlakunya fenomena ataupun kejadian itu. Di antara ahli-ahli Antropologi yang berminat dalam menerangkan sumber agama ini ialah Max Muller. Dia menekankan peranan alam semulajadi seperti terjadinya taufan, kejadian air pasang, kejadian matahari terbit. Masyarakat prasejarah (prehistoric people) merasa takut dan kagum dengan kejadian-kejadian ini. Kenapa ini berlaku dan kenapa ianya terjadi kepada saya?. Jadi, mereka merasakan mesti ada sesuatu sama ada manusia ataupun kuasa lain yang menjadikan semua ini. Apa yang terjadi ialah mereka percaya kepada roh (spirit) yang menyebabkan berlakunya kejadian ini. Mereka percaya roh mempunyai kuasa dan keupayaan untuk menyebabkan kejadian ini.
  • 30.  Sir Edward Burnett Tylor (1871) memberikan makna yang minimum kepada agama sebagai “animism”, kepercayaan kepada benda-benda ghaib seperti roh, hantu, syaitan dan Tuhan. Dia mengatakan yang kepercayaan kepada bendabenda ghaib ini bermula apabila masyarakat primitif ini berhadapan dengan kejadian-kejadian misteri yang tidak dapat diterangkan dari segi kaedah saintifik. “ A person who a few minutes ago was walking and talking, with all his senses active, goes off motionless and unconscious in a deep sleep , to wake after a while with renewed vigor” . (pp. 202-3). - Manusia terdahulu menurut Tylor mempercayai kehadiran roh untuk menerangkan kejadian-kejadian ini. Datang dan pergi roh itu menerangkan kejadian seperti tidak sedarkan diri, mimpi dan kematian. Mimpi merupakan pengalaman roh itu ketika ia berjalan di waktu malam, manakala kematian pula adalah disebabkan roh itu gagal kembali ke dalam badan manusia.
  • 31.   Ahli Antropologi yang terdahulu menyatakan di antara masyarakat primitif yang dikaji mereka percaya bahawa terdapat roh (spirit) di dalam semua benda hidup dan tidak bernyawa seperti batu, pokok, binatang dan juga manusia. Mereka percaya bahawa roh seperti manusia juga mempunyai bentuk, perasaan dan fikiran. Mereka juga boleh menjadi baik ataupun berkelakuan jahat. Jika manusia pandai menjaga hati mereka, mereka akan berkelakuan baik dan begitu juga sebaliknya. Contoh: kalau ada buah kelapa yang tiba-tiba jatuh berhampiran mereka, mereka (masyarakat primitif) tidak akan mengatakan buah kelapa jatuh kerana sudah masak/tua tetapi mereka percaya bahawa roh yang menjatuhkannya.. Dan apakah yang telah dibuat oleh mereka sehingga menyebabkan Roh (spirit) itu marah. Kesimpulannya, penjelasan yang diberikan oleh ahli Antropologi memberi perhatian kepada kepercayaan masyarakat dahulu (primitif) kepada roh (spirit). Kepercayaan itu tercetus daripada keinginan masyarakat primitif untuk menerangkan kejadian semulajadi yang berlaku di sekeliling mereka serta daripada pengalaman mereka sendiri. Penjelasan ini dipanggil penjelasan “kognitif‟ di mana manusia ingin mengetahui dan memahami apa dan kenapa kejadian itu berlaku.
  • 32. 4) Penjelasan dari sudut Psikologi - - - Perspektif Psikologi secara amnya menerangkan sumber agama ini daripada keperluan emosi manusia. Mereka lebih menumpukan kepada keperluan untuk menyelesaikan ataupun menyesuaikan emosi dengan kejadian misteri dan malapetaka yang berlaku. Daripada pandangan ini, manusia cuba mengekalkan kestabilan emosi semasa menghadapi kejadian yang merbahaya, tidak selamat atupun gangguan seperti keuzuran, kemalangan dan kematian. “Bagaimana saya hendak berhadapan dengan masalah kesihatan, hubungan peribadi yang menimpa saya?. “Kenapa perkara buruk ini terjadi kepada saya dan orang yang saya sayang?. “Bagaimana saya hendak mencari kekuatan untuk meneruskan hidup ini?. Edwin R. Goodenough menyatakan perspektif ini bila dia mendeskripsi agama sebagai reaksi manusia kepada ancaman berterusan terhadap keselamatan, keamanan mereka. Manusia menghadapi ancaman keselamatan yang berkait dengan pengetahuan yang mereka tidak boleh musnahkan tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dia menggelarnya sebagai “tremendum” –perkataan latin yang bermaksud “yang mesti ditakuti” (that which must be feared) ataupun “punca ketakutan” (source of terror).
  • 33.    Psikologi mencadangkan supaya manusia mencari jawapan dan penyelesaian untuk kekecewaan, kebimbangan dan ketakutan dengan cuba memasukkan pengalaman mereka ke dalam jangka masa yang panjang yang ditentukan Tuhan. Semua ini terjadi kerana Tuhan sayangkan dia; semua ini akan jadi baik tidak lama lagi, dia mati disebabkan Tuhan lebih menyayanginya, Tuhan menguji saya, Saya dihukum kerana dosa saya. Secara amnya, daripada perspektif Psikologi, agama dilihat berfungsi sebagai penyesuaian (adjustment function). Ia digunakan untuk membantu manusia berhadapan dengan kekecewaan dalam memenuhi kehendak mereka, dan cuba untuk mengadaptasi pengalaman menakutkan dihadapi mereka . Abraham Maslow berkata “Manusia mempunyai keperluan kognitif untuk memahami”. Hidup memerlukan makna untuk seseorang itu meneruskan kehidupannya. Jadi, manusia memerlukan agama sama seperti mana mereka memerlukan sinaran matahari, kalsium ataupun kasih sayang.
  • 34.   Pandangan ahli Sosiologi di dalam melihat persoalan mengenai sumber ataupun dari mana asalnya agama tidaklah menjurus kepada sumber agama itu tetapi mereka lebih melihat kepada pengaruh agama itu di dalam konteks sosial dan juga hubungkait dan interaksi faktor sosial dengan agama. Adalah lebih penting untuk mengetahui sejauh mana pengaruh agama di dalam pelbagai konteks sosial dan memahami arah yang dibawa oleh agama itu daripada mengetahui sumbernya. Tidak seperti ahli Antropologi yang mengaitkan pengalaman dengan alam sekeliling, dan juga ahli psikologi yang menjurus kepada penyesuaian emosi (emotional adjustment), ahli Sosiologi lebih menekankan kepada model yang diketahui digunakan di dalam proses interaksi kumpulan. Model-model ini diambil dan diulangi/digunapakai di dalam sistem agama.
  • 35. 1) Georg Simmel - Georg Simmel yang dilahirkan di Berlin lebih dikenali di kalangan ahli Sosiologi Amerika. Simmel dikenali melalui sumbangannya di dalam memahami bentuk-bentuk interaksi sosial. - Menurut Simmel, bentuk interaksi sosial yang tidak berunsurkan agama, banyak mempengaruhi agama. Kebanyakan perasaan dan bentuk ekspresi yang selalunya dikaitkan dengan „agama‟ juga turut digunakan dalam halhal lain dan ianya merupakan isi kandungan interaksi sosial secara amnya. – sanjungan/kemuliaan, penglibatan, kasih sayang, kesungguhan merupakan bentuk pengalaman dan hubungan di antara sesama manusia. - Kebanyakan interaksi dengan manusia adalah di atas keyakinan – yakin yang orang yang tidak dikenali itu tidak akan menembak saya ketika saya berjalan; yakin yang juruterbang itu dapat membawa kapal terbang, yakin yang tukang masak di restoren tidak meletakkan racun di dalam makanan dan lain-lain lagi. “Religious faith‟ merupakan bentuk utama di dalam interaksi kita setiap hari.
  • 36.   “Adanya keyakinan, adanya Tuhan”. Kesimpulan daripada apa yang diperkatakan Simmel, asumsi (telahan) sosiologi mengenai sumber agama itu yang menjadi model untuk masyarakat (sentimen agama, ekspresi, kepercayaan) semuanya bermula daripada sesebuah masyarakat itu. Dalam kata lain, masyarakat mendahului agama. Sebelum sesuatu agama itu berkembang, mesti ada bentuk (corak) interaksi sosial iaitu masyarakat yang boleh dijadikan model.
  • 37.
  • 38.
  • 39. Definisi “Magik” - Adakah magik yang menggunakan jampi serapah dan mentera untuk mengawal kuasa luar biasa itu merupakan salah satu bentuk agama ataupun sesuatu yang lain. - Konsep “mana” yang merupakan kebiasaan di dalam agama primitif. “Mana‟ juga wujud di dalam berbagai agama dengan menggunakan berbagai nama. Contoh: dalam Hinduism dipanggil darshan; Kristian dipanggil divine grace dan sebagainya. - Mana merupakan ramuan utama di dalam magik. Pada sesiapa yang mempercayainya ia wujud di dunia, di manamana dan di dalam apa sahaja, kuasa utama –mana. Ia juga terapung di dalam udara yang kita sedut, walaupun mana ini berada pada diri, pada benda, pada binatang, pada tumbuhtumbuhan dan di dalam atmosfera, ianya tidak akan berkuasa sehingga seseorang atau sesuatu benda mengaktifkannya dengan menjumpai rahsia yang boleh melepaskan kuasanya.
  • 40.       Magik merupakan usaha untuk menguasai orang dan benda dengan cara menggunakan kuasa “mana” yang terdapat di sekeliling kita. Di dalam masyarakat yang seringkali mengamalkan magik (masyarakat primitif), mereka tidak membezakan di antara magik dan agama , jikalau ada perbezaan c uma sedikit. Ini menyebabkan tugas untuk membezakan di antara magik dan agama menjadi sedikit sukar. Persamaan Magik dan Agama:1)Kedua-duanya merupakan satu usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. 2) Kedua-duanya adalah berlandaskan kepercayaan atas kewujudan kuasa luarbiasa yang tidak dapat dilihat dan hanya boleh diketahui melalui hasilnya. 3) Kedua-duanya mengandungi upacara ritual dan juga perlakuan-perlakuan yang ditetapkan.
  • 41.     4) Kedua-duanya mempunyai elemen kejujuran (keihlasan) didalam budaya sesebuah masyarakat dan mempunyai norma dan pantang-larang yang perlu diikuti dan dipatuhi. Bronislaw Malinowski memberikan beberapa persamaan lagi di antara magik dan agama. Kedua-duanya tercetus disebabkan situasi-situasi ini contohnya daripada krisis di dalam hidup yang dihadapi manusia, kegagalan, kematian, marah bertukar benci. Kedua-dua magik dan agama memberikan satu penyelesaian untuk masalah-masalah ini . (Takdir, Qadha‟ dan Qadar, dsb). Perbezaan dengan Agama: 1) Agama selalunya menumpukan kepada isu-isu seperti bencana, dosa dan balasannya serta makna hidup dan mati, manakala magik lebih tertumpu kepada isu-isu semasa yang berlaku seperti (mengalahkan musuh, mengurangkan bisa (ular) gigitan, menurunkan hujan dan sebagainya).
  • 42.    - - 2) Agama lebih tertumpu kepada masa akan datang, manakala magik lebih tertumpu kepada isu sekarang. 3) Orientasi agama terhadap kuasa luar biasa ialah dengan patuh dan memberikan yang dikehendaki seperti pengorbanan dan doa/sembahyang (seperti berdoa supaya Tuhan memakbulkan impian dan sebagainya), manakala magik lebih bersifat manipulatif, seperti ahli sihir/ bomoh mengarahkan sesuatu benda dan kejadian supaya berlaku. 4) Agama merupakan aktiviti berkumpulan, di mana sekumpulan orang berkumpul dan sama-sama terlibat di dalam upacara agama dan ritual, manakala magik lebih berbentuk acara individu. William J. Goode (1951) – menyenaraikan kriteria magik yang berbeza daripada agama. 1) Magik lebih bersifat instrumental, 2) Matlamatnya lebih spesifik dan terhad. 3) Ia lebih berbentuk manipulatif dari segi tekniknya. 4) Ia lebih terarah kepada tujuan individu daripada kumpulan. 5) Ia adalah merupakan perilaku individu daripada aktiviti berkumpulan. 6) Ia kurang melibatkan emosi 7) Ia tidak terikat dengan masa dan peristiwa yang tertentu
  • 43.   Adakah agama dan magik ini satu fenomena yang berbeza atau dua aspek yang datang dari fenomena yang sama?. Atau salah satunya merupakan satu bahagian kecil daripada yang satu lagi?. Jikalau melihat daripada definisi yang diberikan kepada agama, magik dilihat memenuhi ciri-ciri yang dikelaskan kepada agama contohnya; magik mengandungi kepercayaan dan amalan; ia melibatkan sesuatu yang suci dan berkuasa dan diamalkan oleh individu. Oleh itu magik dilihat sebagai bahagian kecil daripada agama.
  • 44. Definisi Ritual:- Perkataan ritual pada kebanyakan orang mungkin memberikan gambaran tentang tradisi, melibatkan penggunaan jampi serapah, magik, ataupun upacara yang dijalankan oleh masyarakat primitif. - Ritual merupakan siri tingkah laku yang dilakukan berulang kali dan berhubungkait dengan sesuatu emosi, yang mana mungkin juga melibatkan penggunaan simbol. Agama merupakan institusi utama di mana ritual ini diadakan, tetapi ada juga ritual yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Tiada agama tanpa ritual. Ritual membentuk aktiviti utama yang menggabungkan orang ramai dalam perhimpunan agama. Contohnya: Sembahyang Berjemaah di masjid, perhimpunan di gereja dan sebagainya.
  • 45.   Ritual juga berbeza daripada habit. Walaupun kedua-duanya merupakan siri tingkahlaku yang dilakukan berulang kali, tetapi ianya berbeza dengan dua cara. Habit memenuhi fungsi biasa di mana aktiviti rutin dilakukan tanpa perhatian, penjagaan atau emosi , manakala ritual agama yang dilakukan bertujuan untuk mempengaruhi kuasa luarbiasa. Sepertimana ritual yang lain, ritual agama ini menghasilkan perhatian yang lebih dan perasaan yang istimewa. Ritual juga dilakukan di dalam upacara lain selain agama. Contohnya; upacara angkat sumpah ; upacara konvokesyen dan sebagainya. Ritual agama tidak berbeza dengan ritualritual lain dari segi keupayaan untuk mengeluarkan emosi bagi pelakunya. Perbezaan ritual agama dengan yang lain ialah ialah ritual yang dilakukan bagi agama dijadikan bermakna oleh kepercayaan kepada kuasa luarbiasa oleh pelakunya. Jadi, ritual agama memberi simbol kepada kepercayaan dan nilai agama dan juga berfungsi bagi pengamalnya untuk membaharui kesetiaan mereka kepada agama dan kepercayaan mereka.
  • 46.    Arnold Van Gennep (1909/1960) dalam hasil kerjanya “The Rites of Passage‟ menunjukkan bahawa ritual ini selalunya diamalkan di dalam masyarakat pada masa itu bila ahli-ahlinya bertukar dari satu status ke status yang lain: pada masa hendak berangkat ke satu tempat; bertunang, berkahwin, berbadan dua, kelahiran dan kematian. Pada masa kelahiran, bertukar status ke alam dewasa, kemudian kematian, selalunya ritual agama dilakukan. Upacara untuk pertunangan dan perkahwinan juga adalah ritual agama. Ritual-ritual yang disambut bagi merayakan pertukaran status ini dipanggil “rites of passage” oleh Van Gennep. “Rites of passage” ini ialah ritual yang dilakukan bagi meraikan pertukaran status yang dilalui sepanjang hidup seseorang ahli masyarakat. Rites of passage ini mempunyai faedah dari segi sosial dan psikologi. Dari segi psikologi, ia dapat mengurangkan tekanan dari pada perubahan status yang dialami oleh individu itu di mana amalan yang lama perlu ditukar dengan amalan/tingkahlaku baru selari dengan perubahan status seseorang itu.