SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
Asas Fotografi Digital
isi kandungan
1. Pengenalan
2. Peralatan Fotografi Digital
3. Dedahan / Exposure
4. Histogram
5. White Balance
6. Fokus
7. Kualiti & Format Gambar
8. Penggunaan Flash
9. Teknik‐teknik Fotografi
10. Asas Komposisi
11. Warna
12. Pencahayaan
Laman 3
1.0 Pengenalan
Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi:
Komposisi Asas
Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui
seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang
supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam
gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga
lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar.
Pemilihan lensa
Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah
gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang
berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens
telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.
Penggunaan ISO
ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir
sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital
mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh
mencapai iso 6400 dan 25600.
ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana
yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas
biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.
Teknik Digital Darkroom
Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian
computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara
proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping,
dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna
dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.
Retouching
Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti
menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.
Gambar Hitam Putih / Monochrome
Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan
menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam
dunia digital.
Laman 4
Filters
Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling
penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam
gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan
dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter.
Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh
menghilangkan baying-bayang di dalam air.
Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu
kita mengambil gambar secara macro.
Focal Length / Bukaan pandangan
Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan
sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di
tandakan di dalam millimeter atau mm.
Perisian pengurusan Imej (workflow)
Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne
CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan
sebagainya.
Laman 5
2.0 Peralatan Fotografi Digital
Kategori Kamera Digital SLR
1. Pro
2. Semi pro
3. Prosumer
4. Hobyist
Format-format Sensor Kamera DSLR
Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan
dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format
itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan
pelbagai factor lain.
Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan
sensitivity kepada cahaya.
Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik
walaupun pada ISO yang sangat tinggi.
Full frame
Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem
35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full
frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila
lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.
Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
Nikon D3
Canon 1Ds
Canon 1Ds Mark II
1Ds Mark III
Canon EOS 5D
Contax N Digital
Laman 6
Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n
Cropped format
Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera
digital yang lebih kecil daripada full frame.
APS-C
Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format
jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon.
Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari
jenis:
Canon EF, EFS
Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N
Sistem Four Third
Lensa
Jenis-jenis Lensa
Terdapat 4 jenis lens.
Normal lens : mempunyai bukaan 50
o
sudut pandangan. Contoh normal lens adalah
50mm f1.8.
Macro lens : mempunyai bukaan 25
o
sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close
up sesuatu gambar.
Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60
o
sudut pandangan. Banyak di
gunakan dalam architecture dan photojournalism.
Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal
length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.
Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8
Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length.
Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm
Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan
saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.
Laman 7
Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8
Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut :
Kategori Lensa Contoh Gambar
Ultra wide
– fish eye
Nikkor 10.5mm f/2.8G ED
AF DX Fisheye
Selain ini:
Tokina 10‐17mm
Pandangan membengkok. Perpektif latarbelakang yang
luas.
Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi,
kanak‐kanak, perkahwinan, acara‐acara tidak rasmi,
portrait kreatif.
Ultra Wide Nikkor AF‐S 14‐24mm
f/2.8G ED
Selain lens ini:
Nikkor AF‐S 12‐24mm f4
ED DX
Sigma 10‐20mm
Tokina 12‐24mm Perspektif latang belakang yang luas.
Laman 8
Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, group
photo, perkahwinan dan photojournalism.
Standard
Zoom
Kit lens
Standard
(tiada
zoom)
Telefoto
(tiada
zoom)
Nikkor 18‐55mm f/3.5‐
5.6G ED II AF‐S DX Zoom
Selain lens ini,
Tamron 17‐50mm f2.8
Canon 17‐55 mm
Noctilux 50mm f/1.0
Lain‐lain
Nikkor 50mm 1.4 & 1.8
Nikkor 35mm
Canon 85mm f1.2L
Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada
standard zoom
Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi
perspektif latarbelakang yang biasa.
Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama
yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif
(distortion)
Perspektif latarbelakang yang kecil.
Kesesuaian penggunaan : portrait
Laman 9
Telefoto
Zoom
Nikkor 70‐200mm f/2.8G
ED‐IF AF‐S VR
Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh,
portrait
Sumber gambar :www.pbase.com
Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh
Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan
besar.
Panjang Fokal
30mm f2.8 80mm f2.8
Laman 10
Lanskap pada 18mm, kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas
Lanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang seperti yang ditandakan pada kotak putih diatas.
Panjang fokal dan perspektif.
Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain, maka
gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal length
yang satu lagi.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh
menggunakan wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu
bergerak lebih ke belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi
berbeza.
Laman 11
Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal length untuk
mendapatkan satu gambar yang serupa.
Laman 12
Kad Memori
Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah
compact flash dan secure digital.
Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.
Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.
Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data.
Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat.
Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam
gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst.
Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi
sekitar RM200 sahaja.
Laman 13
3.0 Dedahan / Exposure
Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam
kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di
kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter
speed, dan kawalan ISO.
Kelajuan Shutter
Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali
lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan
shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang
rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).
Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas.
Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.
Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut.
Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.
Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai
1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan
Laman 14
membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi
gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.
Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar
kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50
-1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang
gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan
tangan jurugambar.
Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.
Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon.
APERTURE
Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor
kamera digital.
“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu
yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.
Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama.
Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam
dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk
kepada kualiti kesamaran yang terhasil.
Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan
untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu
Laman 15
cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture
f11 untuk mengambil gambar portrait.
Aperture dikenali sebagai f-number.
Aperture mengikut julat bukaan 1-stop
f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32
f-32 . Bokeh kurang kemas
f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan
kemas.
Kesan f-number pada kualiti bokeh.
Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum
Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih
bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka.
Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum
adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh:
Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5
atau f4.
Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6.
Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan
f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada
pelbagai bukaan aperture.
Laman 16
ISO
ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO
rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan
memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.
ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi,
bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan
kehilangan details.
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah
yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya
anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter,
maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.
Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang
rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini
kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata
berbanding gambar yang terlalu blur.
Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti
noiseninja.
ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark
111, Nikon D3 atau hasselblad) :
ISO Kesesuaian Hasil
100-200 Waktu tengah hari terik dan
cukup kekuatan cahaya seperti
di dalam studio.
Gambar pada iso ini akan menghasilkan
warna, contrast yang paling optimum.
400 Waktu mendung, dibawah
litupan.
Gambar masih lagi mempunyai warna
yang baik dan noise pada jumlah minima
800 Waktu di dalam rumah Gambar mempunyai warna sedikit pudar
dan noise banyak kelihatan.
1600 Waktu malam dan kurang
bercahaya
Gambar mempunyai warna tetapi kurang
menarik, noise lebih banyak kelihatan
dan contrast gambar mula pudar.
3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak
bercahaya.
Gambar sesuai di ambil menggunakan
black & white mode.
Laman 17
Depth Of Field
Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat
focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.
DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa,
crop factor dan bukaan aperture.
Jenis Dedahan (Exposure Modes)
1. Programmed AutoExposure
Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan
kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan
turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil.
Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16)
supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp.
Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8)
supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas.
2. Semi Programmed AutoExposure
Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan
Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk
menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure.
Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. Gunakan
shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat
pergerakan.
3. Manual Exposure
Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan
cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang
diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.
METERING
Laman 18
Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau
exposure value (ev) .
Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum
berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix
metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga
dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering..
Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar
dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder.
Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan
di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala.
Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil
didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering
hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik
focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain
didalam viewfinder.
Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh
kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun
dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja.
Panduan Sunny 16
Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari,
tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada
waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada
waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter.
Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan
kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO.
Sebagai contoh:
Aperture ISO Kelajuan Shutter
f-16 100 1/100 ~1/125
f-16 200 1/200 ~1/250
f-16 400 1/400 ~1/500
f-16 800 1/800 ~1/1000
Laman 19
Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain
Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal
dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan
Tahap Cahaya Cara mengetahui
Bukaan
Aperture
Sedikit mendung Ada bayang-bayang dan bucunya lembut. f11
Mendung biasa Masih ada bayang-bayang tetapi agak
samar-samar dan bucu hampir sangat
lembut.
f8
Sangat mendung Tiada bayang-bayang F5.6
Tip-tip untuk mengawal Exposure
1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure
gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya
latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja.
2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi
overexpose.
3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk
mengelakkan silhouette.
4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan
shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan
perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject.
5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik
mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.
Laman 20
4.0 Histogram
Di dalam sesebuah gambar, biasanya jurugambar digital akan mengecam tone sesebuah gambar pada
tiga bahagian, iaitu Shadow, Midtone & Highlight.
Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman.
Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej. Kawasan bertanda kuning menunjukkan
shadow. Kawasan merah adalah highlight. Kawasan yang tidak bertanda adalah midtones.
Laman 21
5.0 White Balance
Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warna gambar menjadi
kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan.
Di dalam gambar yang mempunyai rujukan warna putih, biasanya white balance kurang menjadi
masalah. Bagaimanapun, sekiranya tidak sebarang rujukan, anda boleh menukar white balance secara
manual .
Color Temperature Light Source
1000‐2000 K Cahaya Lilin
2500‐3500 K Lampu Tungsten
3000‐4000 K Sunrise/Sunset
4000‐5000 K Lampu Fluorescent
5000‐5500 K Flash
5000‐6500 K Tengahhari dengan langit tidak berawan
(matahari tegak dikepala)
6500‐8000 K Sedikit mendung
9000‐10000 K Dibawah lindungan atau sangat mendung
Laman 22
6.0 Fokus
Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini tidak
berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus. Antara
perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah:
1. Subject terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual focus adalah cara terbaik.
2. tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan.
3. Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual focus atau bersihkan lens.
4. Terlalu dekat. Gunakan close up filter.
5. Subject bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus
Laman 23
7.0 Kualiti & Format Gambar
Resolusi Gambar
Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu
menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan
resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan.
Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan.
Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda
dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar.
Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar
memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan
menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat.
Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch.
Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar.
Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan
Saiz cetakan Pixel* Megapixel
3R – 31/2 x 5 in 700x1000 <1
4R – 4x6 in 800x1200 1
5R – 5x7 1000x1400 1.5
8R - 8x10 1600x2000 3.2
11R - 11x14 2200x2800 6
*jangkaan cetakan pada 200dpi
Compression
Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Di
dalam format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. DI dalam kamera,
pilihan ini biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti
HIGH, FINE, NORMAL, BASIC.
Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti gambar
berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak’.
Format Fail Gambar
kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail
JPEG.
Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEG
adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima
oleh kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah di
hantar kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card.
Laman 24
TIFF
Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan
publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya.
Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak
RAW
Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise reduction.
Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yang
vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing.
Laman 25
8.0 Penggunaan Flash
Antara teknik-teknik penggunaan flash
Auto flash
Fill flash
Red Eye flash
Slow-sync flash
Rear curtain flash
Laman 26
9.0 Teknik-teknik Fotografi
Portrait
Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu.
‐ Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di rancang
dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh
jadi suatu snapshot.
‐ Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil
snapshot dan casual portrait dengan baik.
‐ Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan
karakter seseorang.
‐ Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk
mengambil gambar portrait dengan baik.
‐ Model terbaik adalah diri sendiri.
Kesesuaian Lensa
‐ Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm
untuk mengelakkan distortion dan huge dof.
‐ Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai.
‐ Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik.
‐ Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari
subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan
lebih asli dan selesa.
‐ Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait
kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung
akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga.
‐ Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek.
Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba
letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule
of third akan menyebabkan subjek amat distorted.
Komposisi portrait
‐ Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan
hidung tidak memotong facial line.
Laman 27
‐ Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh
lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata
pelihat kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest.
‐ Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai
contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan
rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame.
‐ Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti
pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment
subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik.
Avoid merging.
Portrait Berkumpulan
‐ Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan
di letakkan di titik rule of third.
Macro
Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh
membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan
adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar.
Landskap
Merakam gambar pemandangan dan persekitaran.
Kanak-kanak
Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan
lens yang pantas.
Sport
Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak
digunakan.
Candid
Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.
Laman 28
10.0 Asas Komposisi
 Titik punca tarikan
Subjek utama
Hampir semua gambar memerlukan sekurang-
kurangnya satu subjek utama sebagai sumber
cerita utama sesebuah gambar.
Foreground / latarhadapan dan Background /
latarbelakang
Latarhadapan bermaksud satu kawasan didalam
gambar yang berada di hadapan subject utama.
Latar belakang pula berada dibelakang subject
utama.
Gambar contoh ini mempunyai latarhadapan,
subject utama dan latar belakang.
 Peletakan subjek
Rule of third
Di dalam panduan ini, cuba bahagikan gambar anda
kepada 9 kotak dengan membuat 4 garisan seperti di
bawah. Titik penglihatan (focal point) yang lebih dinamik
adalah di titik pertemuan antara setiap garis.
Penggunaan rule of third di dalam portrait. Subjek utama
gambar ini adalah mata.
Laman 29
m
Satu lagi contoh penggunaan rule of third
Golden Mean / Golden Ratio / Divine Proportion
 Kekemasan latarbelakang
Latarbelakang ringkas
Latarbelakang yang baik tidak mengandungi elemen-
elemen yang tidak penting dan tidak diperlukan. Seorang
jurugambar yang baik harus mengetahui bagaimana
mendapatkan sudut terbaik bagi memperolehi
latarbelakang yang baik. Sebagai contoh dalam gambar
di sebelah, dengan menggunakan sudut pandangan
tinggi, latarbelakang yang diperolehi adalah rumput hijau
yang kemas dan menarik.
Laan 30
Menghadkan focus
Menghadkan focus bermakna hanya subjek yang penting dalam fotograf kelihatan
sharp didalam gambar dan elemen yang kurang penting akan menjadi samar.
Sebagai contoh:
Kaedah ini boleh dicapai dengan
mengawal aperture, biasanya yang
paling luas seperti f2.8 atau f1.4.
 Keseimbangan
Kita boleh menjadikan komposisi lebih menarik
dengan mencipta keseimbangan
gambar.
didalam
Sebagai contoh, gambar disebelah,
dibahagikan oleh pemisah diagonal pada
bahagian tengah, mencipta satu keseimbangan
untuk kedua subject.
Tips Pantas Untuk Mengawal komposisi
Pastikan ada
melihat.
subjek utama yang mampu menjadi stopping power untuk mata yang
Pastikan latarbelakang yang baik, tidak serabut dan melengkapkan subject utama.
Pastikan komposisi adalah seringkas yang mungkin. Elakkan dari memasukkan semua
elemen yang wujud didepan anda.
Komposisi yang paling kuat adalah yang mampu menyampaikan mesej paling cepat dan
jelas.
Pelajari gambar orang lain dan kenalpasti garisan dan bentuk2 yang menjadi building
block gambar tersebut.
Laman 31
Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu pemandangan,
adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah yang jelita,
pastikan komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas.
Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi seperti lutut
atau siku. Terutama pada subjek utama.
Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor bulat.
Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat.
Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang lain.
Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik di
computer.
11.0 Warna
Mengawal warna
1. Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang berlainan.
2. Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2
warna yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning berlawanan dengan
biru, hijau dengan magenta, merah dengan biru muda.
3. Gunakan Vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik.
4. Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah se asli yang mungkin.
5. Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast.
Laman 32
12.0 Pencahayaan
Tip-tip menggunakan cahaya persekitaran
1. Ambil gambar pada waktu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu itu paling menarik
2. Gunakan reflector untuk menambah kecerahan pada
seberapa mungkin.
wajah, elakkan guna flash
3. Silhouttes adalah untuk menunjukkan bentuk sesuatu subject.
4. Kurangkan kekuatan flash apabila mengambil gambar pada waktu tengahhari. Fill flash
adalah untuk mengurangkan shadow tetapi bukan menghilangkannya sama sekali.
Sesuatu bentuk akan kehilangan bentuk sekiranya tiada contrast.
5. Elakkan flare/kilauan matahari atau lampu yang kuat untuk mengelakkan masalah
kurang contrast, atau masukkan flare untuk kesan artistic.
6. Warna semulajadi adalah paling menarik dan saturated pada waktu langit berawan.
7. Apabila mengambil gambar sewaktu berkabus, naikkan exposure untuk mendapatkan
kecerahan semula.
8. Pada waktu gelap, gunakan night portrait mode atau rear curtain flash.
Gabungan flare/kilauan matahari, rear curtain
flash dan kelajuan shutter yang perlahan boleh
memberikan hasil yang menarik.
Shooting mode : Manual
Aperture : f/25
Shutter speed : 1/30
Flash : TTL-Bl, -0.7EV, Rear Curtain Flash
Laman 33

More Related Content

What's hot

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORTembuakar Corp
 
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2falissa625
 
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan Digital
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan DigitalBab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan Digital
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan DigitalLaili Farhana M.I.
 
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanakPendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanaksyidanazir
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsJay Atin
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanfiro HAR
 
Kemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingKemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingHiroshi Sakae
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistikAfzan Razali
 
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & Teknologi
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & TeknologiRBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & Teknologi
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & TeknologiMaz Ina
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
5 MODUL LATIHAN DAN KECERGASAN.pdf
5 MODUL LATIHAN DAN KECERGASAN.pdf5 MODUL LATIHAN DAN KECERGASAN.pdf
5 MODUL LATIHAN DAN KECERGASAN.pdfnuar nani
 
Kata Adjektif Tahun 4
Kata Adjektif Tahun 4Kata Adjektif Tahun 4
Kata Adjektif Tahun 4aina_athirah
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaUmmi Ismail
 

What's hot (20)

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
 
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
 
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan Digital
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan DigitalBab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan Digital
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan Digital
 
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanakPendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
Kemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingKemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola baling
 
Modul bahasa melayu tahun 4
Modul bahasa melayu tahun 4Modul bahasa melayu tahun 4
Modul bahasa melayu tahun 4
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistik
 
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & Teknologi
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & TeknologiRBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & Teknologi
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & Teknologi
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - KriketModul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
5 MODUL LATIHAN DAN KECERGASAN.pdf
5 MODUL LATIHAN DAN KECERGASAN.pdf5 MODUL LATIHAN DAN KECERGASAN.pdf
5 MODUL LATIHAN DAN KECERGASAN.pdf
 
Lari Berpagar
Lari BerpagarLari Berpagar
Lari Berpagar
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kata Adjektif Tahun 4
Kata Adjektif Tahun 4Kata Adjektif Tahun 4
Kata Adjektif Tahun 4
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 

Similar to AsasFotoDigital

Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Amarrizal Johari
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nalyeinda Adam
 
Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital Azman Hj. Ayup
 
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3kopishare
 
matakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografi
matakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografimatakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografi
matakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografiIzhan Nassuha
 
Belajar Asas Fotografi Digital
Belajar Asas Fotografi DigitalBelajar Asas Fotografi Digital
Belajar Asas Fotografi DigitalAzman Hj. Ayup
 
Fotografi 1.ppt
Fotografi 1.pptFotografi 1.ppt
Fotografi 1.pptwidyaduta
 
UNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERAUNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERAPere Sumbada
 
Fotografi
FotografiFotografi
FotografiIchan32
 
Menggabungkanfotografidengansajianmultimedia
MenggabungkanfotografidengansajianmultimediaMenggabungkanfotografidengansajianmultimedia
MenggabungkanfotografidengansajianmultimediaSayugo
 
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimediaMenggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimediaputu_kurnia
 
20 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 201920 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 2019markettitih
 
Camera digital
Camera digitalCamera digital
Camera digitalterrytirta
 
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docxJenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docxAnonymousenaVYvi
 

Similar to AsasFotoDigital (20)

Asas fotografi
Asas fotografiAsas fotografi
Asas fotografi
 
Asas fotografi 1
Asas fotografi 1Asas fotografi 1
Asas fotografi 1
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)
 
Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital
 
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
 
matakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografi
matakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografimatakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografi
matakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografi
 
Belajar Asas Fotografi Digital
Belajar Asas Fotografi DigitalBelajar Asas Fotografi Digital
Belajar Asas Fotografi Digital
 
Fotografi 1.ppt
Fotografi 1.pptFotografi 1.ppt
Fotografi 1.ppt
 
Fotografi
FotografiFotografi
Fotografi
 
UNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERAUNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERA
 
Fotografi
FotografiFotografi
Fotografi
 
Menggabungkanfotografidengansajianmultimedia
MenggabungkanfotografidengansajianmultimediaMenggabungkanfotografidengansajianmultimedia
Menggabungkanfotografidengansajianmultimedia
 
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimediaMenggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
 
Principles Of Digital Photography
Principles Of Digital PhotographyPrinciples Of Digital Photography
Principles Of Digital Photography
 
20 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 201920 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 2019
 
Tugas fisika
Tugas fisikaTugas fisika
Tugas fisika
 
Camera digital
Camera digitalCamera digital
Camera digital
 
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docxJenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
 
PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)
PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)
PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)
 

Recently uploaded

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 

Recently uploaded (20)

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 

AsasFotoDigital

  • 2. isi kandungan 1. Pengenalan 2. Peralatan Fotografi Digital 3. Dedahan / Exposure 4. Histogram 5. White Balance 6. Fokus 7. Kualiti & Format Gambar 8. Penggunaan Flash 9. Teknik‐teknik Fotografi 10. Asas Komposisi 11. Warna 12. Pencahayaan Laman 3
  • 3. 1.0 Pengenalan Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi: Komposisi Asas Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar. Pemilihan lensa Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan. Penggunaan ISO ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600. ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap. Teknik Digital Darkroom Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya. Retouching Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya. Gambar Hitam Putih / Monochrome Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital. Laman 4
  • 4. Filters Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air. Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro. Focal Length / Bukaan pandangan Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm. Perisian pengurusan Imej (workflow) Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya. Laman 5
  • 5. 2.0 Peralatan Fotografi Digital Kategori Kamera Digital SLR 1. Pro 2. Semi pro 3. Prosumer 4. Hobyist Format-format Sensor Kamera DSLR Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai factor lain. Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya. Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi. Full frame Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm. Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti: Nikon D3 Canon 1Ds Canon 1Ds Mark II 1Ds Mark III Canon EOS 5D Contax N Digital Laman 6
  • 6. Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n Cropped format Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame. APS-C Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon. Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis: Canon EF, EFS Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N Sistem Four Third Lensa Jenis-jenis Lensa Terdapat 4 jenis lens. Normal lens : mempunyai bukaan 50 o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8. Macro lens : mempunyai bukaan 25 o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar. Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60 o sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism. Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh. Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8 Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8. Laman 7
  • 7. Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8 Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut : Kategori Lensa Contoh Gambar Ultra wide – fish eye Nikkor 10.5mm f/2.8G ED AF DX Fisheye Selain ini: Tokina 10‐17mm Pandangan membengkok. Perpektif latarbelakang yang luas. Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi, kanak‐kanak, perkahwinan, acara‐acara tidak rasmi, portrait kreatif. Ultra Wide Nikkor AF‐S 14‐24mm f/2.8G ED Selain lens ini: Nikkor AF‐S 12‐24mm f4 ED DX Sigma 10‐20mm Tokina 12‐24mm Perspektif latang belakang yang luas. Laman 8
  • 8. Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, group photo, perkahwinan dan photojournalism. Standard Zoom Kit lens Standard (tiada zoom) Telefoto (tiada zoom) Nikkor 18‐55mm f/3.5‐ 5.6G ED II AF‐S DX Zoom Selain lens ini, Tamron 17‐50mm f2.8 Canon 17‐55 mm Noctilux 50mm f/1.0 Lain‐lain Nikkor 50mm 1.4 & 1.8 Nikkor 35mm Canon 85mm f1.2L Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada standard zoom Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi perspektif latarbelakang yang biasa. Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif (distortion) Perspektif latarbelakang yang kecil. Kesesuaian penggunaan : portrait Laman 9
  • 9. Telefoto Zoom Nikkor 70‐200mm f/2.8G ED‐IF AF‐S VR Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh, portrait Sumber gambar :www.pbase.com Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan besar. Panjang Fokal 30mm f2.8 80mm f2.8 Laman 10
  • 10. Lanskap pada 18mm, kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas Lanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang seperti yang ditandakan pada kotak putih diatas. Panjang fokal dan perspektif. Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain, maka gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal length yang satu lagi. Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh menggunakan wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergerak lebih ke belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza. Laman 11
  • 11. Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal length untuk mendapatkan satu gambar yang serupa. Laman 12
  • 12. Kad Memori Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital. Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza. Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro. Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst. Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja. Laman 13
  • 13. 3.0 Dedahan / Exposure Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO. Kelajuan Shutter Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur). Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas. Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap. Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut. Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran. Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan Laman 14
  • 14. membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan. Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon. APERTURE Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital. “Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil. Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu Laman 15
  • 15. cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait. Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32 f-32 . Bokeh kurang kemas f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan kemas. Kesan f-number pada kualiti bokeh. Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka. Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh: Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 atau f4. Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture. Laman 16
  • 16. ISO ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details. Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja. ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) : ISO Kesesuaian Hasil 100-200 Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio. Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum. 400 Waktu mendung, dibawah litupan. Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima 800 Waktu di dalam rumah Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan. 1600 Waktu malam dan kurang bercahaya Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar. 3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak bercahaya. Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode. Laman 17
  • 17. Depth Of Field Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar. DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture. Jenis Dedahan (Exposure Modes) 1. Programmed AutoExposure Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil. Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp. Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas. 2. Semi Programmed AutoExposure Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure. Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan. 3. Manual Exposure Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan. METERING Laman 18
  • 18. Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev) . Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering.. Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder. Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala. Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder. Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja. Panduan Sunny 16 Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari, tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter. Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO. Sebagai contoh: Aperture ISO Kelajuan Shutter f-16 100 1/100 ~1/125 f-16 200 1/200 ~1/250 f-16 400 1/400 ~1/500 f-16 800 1/800 ~1/1000 Laman 19
  • 19. Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan Tahap Cahaya Cara mengetahui Bukaan Aperture Sedikit mendung Ada bayang-bayang dan bucunya lembut. f11 Mendung biasa Masih ada bayang-bayang tetapi agak samar-samar dan bucu hampir sangat lembut. f8 Sangat mendung Tiada bayang-bayang F5.6 Tip-tip untuk mengawal Exposure 1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja. 2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose. 3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan silhouette. 4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject. 5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan. Laman 20
  • 20. 4.0 Histogram Di dalam sesebuah gambar, biasanya jurugambar digital akan mengecam tone sesebuah gambar pada tiga bahagian, iaitu Shadow, Midtone & Highlight. Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman. Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej. Kawasan bertanda kuning menunjukkan shadow. Kawasan merah adalah highlight. Kawasan yang tidak bertanda adalah midtones. Laman 21
  • 21. 5.0 White Balance Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warna gambar menjadi kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan. Di dalam gambar yang mempunyai rujukan warna putih, biasanya white balance kurang menjadi masalah. Bagaimanapun, sekiranya tidak sebarang rujukan, anda boleh menukar white balance secara manual . Color Temperature Light Source 1000‐2000 K Cahaya Lilin 2500‐3500 K Lampu Tungsten 3000‐4000 K Sunrise/Sunset 4000‐5000 K Lampu Fluorescent 5000‐5500 K Flash 5000‐6500 K Tengahhari dengan langit tidak berawan (matahari tegak dikepala) 6500‐8000 K Sedikit mendung 9000‐10000 K Dibawah lindungan atau sangat mendung Laman 22
  • 22. 6.0 Fokus Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini tidak berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus. Antara perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah: 1. Subject terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual focus adalah cara terbaik. 2. tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan. 3. Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual focus atau bersihkan lens. 4. Terlalu dekat. Gunakan close up filter. 5. Subject bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus Laman 23
  • 23. 7.0 Kualiti & Format Gambar Resolusi Gambar Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan. Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan. Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar. Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat. Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch. Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar. Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan Saiz cetakan Pixel* Megapixel 3R – 31/2 x 5 in 700x1000 <1 4R – 4x6 in 800x1200 1 5R – 5x7 1000x1400 1.5 8R - 8x10 1600x2000 3.2 11R - 11x14 2200x2800 6 *jangkaan cetakan pada 200dpi Compression Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Di dalam format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. DI dalam kamera, pilihan ini biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti HIGH, FINE, NORMAL, BASIC. Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti gambar berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak’. Format Fail Gambar kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail JPEG. Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEG adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima oleh kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah di hantar kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card. Laman 24
  • 24. TIFF Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya. Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak RAW Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise reduction. Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yang vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing. Laman 25
  • 25. 8.0 Penggunaan Flash Antara teknik-teknik penggunaan flash Auto flash Fill flash Red Eye flash Slow-sync flash Rear curtain flash Laman 26
  • 26. 9.0 Teknik-teknik Fotografi Portrait Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu. ‐ Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di rancang dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh jadi suatu snapshot. ‐ Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil snapshot dan casual portrait dengan baik. ‐ Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan karakter seseorang. ‐ Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk mengambil gambar portrait dengan baik. ‐ Model terbaik adalah diri sendiri. Kesesuaian Lensa ‐ Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm untuk mengelakkan distortion dan huge dof. ‐ Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai. ‐ Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik. ‐ Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih asli dan selesa. ‐ Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga. ‐ Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan menyebabkan subjek amat distorted. Komposisi portrait ‐ Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan hidung tidak memotong facial line. Laman 27
  • 27. ‐ Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest. ‐ Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame. ‐ Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik. Avoid merging. Portrait Berkumpulan ‐ Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan di letakkan di titik rule of third. Macro Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar. Landskap Merakam gambar pemandangan dan persekitaran. Kanak-kanak Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan lens yang pantas. Sport Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak digunakan. Candid Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek. Laman 28
  • 28. 10.0 Asas Komposisi  Titik punca tarikan Subjek utama Hampir semua gambar memerlukan sekurang- kurangnya satu subjek utama sebagai sumber cerita utama sesebuah gambar. Foreground / latarhadapan dan Background / latarbelakang Latarhadapan bermaksud satu kawasan didalam gambar yang berada di hadapan subject utama. Latar belakang pula berada dibelakang subject utama. Gambar contoh ini mempunyai latarhadapan, subject utama dan latar belakang.  Peletakan subjek Rule of third Di dalam panduan ini, cuba bahagikan gambar anda kepada 9 kotak dengan membuat 4 garisan seperti di bawah. Titik penglihatan (focal point) yang lebih dinamik adalah di titik pertemuan antara setiap garis. Penggunaan rule of third di dalam portrait. Subjek utama gambar ini adalah mata. Laman 29
  • 29. m Satu lagi contoh penggunaan rule of third Golden Mean / Golden Ratio / Divine Proportion  Kekemasan latarbelakang Latarbelakang ringkas Latarbelakang yang baik tidak mengandungi elemen- elemen yang tidak penting dan tidak diperlukan. Seorang jurugambar yang baik harus mengetahui bagaimana mendapatkan sudut terbaik bagi memperolehi latarbelakang yang baik. Sebagai contoh dalam gambar di sebelah, dengan menggunakan sudut pandangan tinggi, latarbelakang yang diperolehi adalah rumput hijau yang kemas dan menarik. Laan 30
  • 30. Menghadkan focus Menghadkan focus bermakna hanya subjek yang penting dalam fotograf kelihatan sharp didalam gambar dan elemen yang kurang penting akan menjadi samar. Sebagai contoh: Kaedah ini boleh dicapai dengan mengawal aperture, biasanya yang paling luas seperti f2.8 atau f1.4.  Keseimbangan Kita boleh menjadikan komposisi lebih menarik dengan mencipta keseimbangan gambar. didalam Sebagai contoh, gambar disebelah, dibahagikan oleh pemisah diagonal pada bahagian tengah, mencipta satu keseimbangan untuk kedua subject. Tips Pantas Untuk Mengawal komposisi Pastikan ada melihat. subjek utama yang mampu menjadi stopping power untuk mata yang Pastikan latarbelakang yang baik, tidak serabut dan melengkapkan subject utama. Pastikan komposisi adalah seringkas yang mungkin. Elakkan dari memasukkan semua elemen yang wujud didepan anda. Komposisi yang paling kuat adalah yang mampu menyampaikan mesej paling cepat dan jelas. Pelajari gambar orang lain dan kenalpasti garisan dan bentuk2 yang menjadi building block gambar tersebut. Laman 31
  • 31. Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu pemandangan, adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah yang jelita, pastikan komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas. Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi seperti lutut atau siku. Terutama pada subjek utama. Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor bulat. Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat. Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang lain. Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik di computer. 11.0 Warna Mengawal warna 1. Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang berlainan. 2. Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2 warna yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning berlawanan dengan biru, hijau dengan magenta, merah dengan biru muda. 3. Gunakan Vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik. 4. Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah se asli yang mungkin. 5. Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast. Laman 32
  • 32. 12.0 Pencahayaan Tip-tip menggunakan cahaya persekitaran 1. Ambil gambar pada waktu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu itu paling menarik 2. Gunakan reflector untuk menambah kecerahan pada seberapa mungkin. wajah, elakkan guna flash 3. Silhouttes adalah untuk menunjukkan bentuk sesuatu subject. 4. Kurangkan kekuatan flash apabila mengambil gambar pada waktu tengahhari. Fill flash adalah untuk mengurangkan shadow tetapi bukan menghilangkannya sama sekali. Sesuatu bentuk akan kehilangan bentuk sekiranya tiada contrast. 5. Elakkan flare/kilauan matahari atau lampu yang kuat untuk mengelakkan masalah kurang contrast, atau masukkan flare untuk kesan artistic. 6. Warna semulajadi adalah paling menarik dan saturated pada waktu langit berawan. 7. Apabila mengambil gambar sewaktu berkabus, naikkan exposure untuk mendapatkan kecerahan semula. 8. Pada waktu gelap, gunakan night portrait mode atau rear curtain flash. Gabungan flare/kilauan matahari, rear curtain flash dan kelajuan shutter yang perlahan boleh memberikan hasil yang menarik. Shooting mode : Manual Aperture : f/25 Shutter speed : 1/30 Flash : TTL-Bl, -0.7EV, Rear Curtain Flash Laman 33