SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
1
1.0 Pengenalan
Pendidikan masa kini yang semakin meluas dan mencabar menjadikan
bidang ini menjadi tumpuan ramai. Pelbagai isu dan cabaran yang berkait dengan
dunia pendidikan sama ada ianya baik atau buruk. Oleh yang demikian, isu dalam
dunia pendidikan seringkali dibincang di dalam media massa seperti majalah, surat
khabar dan televisyen.
Guru dan keguruan adalah elemen paling penting dalam menentukan hala
tuju dunia pendidikan. Guru yang berperanan menggerak dunia pendidikan dengan
memberi tunjuk ajar kepada murid-murid di sekolah. Maka, sudah tentu guru perlu
menjadi individu yang mantap dan berpekerti mulia. Jadi, isu-isu buruk yang berkait
dengan guru amat memalukan dan mengecewakan semua pihak sama ada di pihak
ibu bapa murid mahupun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Mahathir (2001)
mengemukakan pandangan bahawa guru-guru dituntut mempunyai sahsiah dan
akhlak yang boleh diteladani oleh murid dan masyarakat.
Jika diperhatikan kebelakangan ini, isu yang berkaitan dengan guru dan
profesion keguruan semakin menjadi-jadi. Pelbagai isu timbul dan dipaparkan di
dalam surat khabar tempatan. Sudah tentu ini memberi impak yang negatif kepada
bidang dan profesion keguruan di kaca mata masyarakat. Hampir setiap hari,
terdapat berita berkaitan dengan isu guru seperti guru pukul murid, guru cabul murid,
guru mengurung murid, guru merogol murid dan guru mendenda murid. Selain
daripada itu, terdapat juga kes-kes lain seperti guru bergaduh dengan guru di
hadapan murid dan guru bergaduh dengan ibu bapa murid.
Isu-isu ini dilihat semakin meningkat, menyebabkan bidang dan profesion
keguruan sudah dipandang sebelah mata oleh masyarakat. Perasaan hormat
kepada guru sudah semakin pudar disebabkan oleh isu-isu negatif guru. Guru perlu
mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan mempunyai
nilai-nilai murni. INTAN (1994) menyatakan ikhlas adalah etika yang perlu diamalkan
oleh guru. Guru yang mengambil peluang terhadap murid semasa menjalankan
tugas adalah sesuatu perkara yang keji seperti memukul murid ketika menjalankan
tugas sebagai seorang guru.
2
2.0 Artikel
BUTTERWORTH - Seorang guru pusat asuhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mendedahkan kepada kecederaan emosi dan
fizikal terhadap kanak-kanak berusia lapan tahun menggunakan rotan hingga menyebabkan
kecederaan.
Beh Yong Kong, 28, yang merupakan guru lepasan ijazah membuat pengakuan itu di
hadapan Majistret, Mohd Firdaus Abdul Wahab.
Dia dituduh dengan sengaja mencederakan mangsa dengan memukulnya menggunakan
rotan hingga lebam dan cedera di badan, lengan dan leher di sebuah pusat asuhan, di sini,
jam 1.30 tengah hari kelmarin.
Yong Kong didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh
membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda sehingga boleh sampai RM20,000
atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masnuraznim Abd Malik sementara
Yong Kong yang hadir berbaju oren diwakili peguam yang enggan namanya dikenali.
Lelaki itu bebas dengan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin oleh kenalannya dan
kes disebut semula 7 Mei depan.
Sebelum ini, seorang kanak-kanak mendakwa dirotan oleh pengasuhnya hingga cedera.
Sehari selepas itu, ibu kanak-kanak tersebut membuat laporan polis.
Kejadian itu disedari ibu mangsa semasa menjemput anaknya pulang ke rumah tengah hari
semalam sebelum bertindak membuat laporan polis sejurus selepas itu.
Artikel yang dipetik daripada Berita Harian Online bertarikh 31 Ogos 2012
3
3.0 Ulasan Artikel
Pelbagai isu dikaitkan dengan kredibiliti guru dan profesion keguruan pada
masakini. Guru yang bertindak sebagai pemimpin dan contoh kepada murid
seharusnya menunjukkan teladan yang baik terhadap murid dan masyarakat. Tidak
sepatutnya isu-isu negatif timbul daripada guru yang dianggap sebagai ketua
masyarakat. Jadi, perlu kita lihat dengan teliti isu negatif ini dan perlu tindakan
segera untuk menghalang daripada ia terus berlaku. Pelbagai tanggapan turut
diberikan kepada isu-isu negatif yang ditimbulkan oleh para guru.
Merujuk kepada artikel yang terdapat di atas, iaitu ‘Guru pukul murid sampai
mati hadapi tuduhan membunuh’, pelbagai pandangan telah diberikan terhadap isu
tersebut. Dalam artikel berkenaan, seorang guru telah disabitkan kesalahan kerana
memukul murid sehingga menyebabkan kematian kepada murid tersebut. Oleh
sebab itu, guru tersebut ditangkap dan dibicarakan di mahkamah atas kesalahan
membunuh murid.
Dalam bidang keguruan, guru dituntut untuk mempunyai sifat-sifat yang
dihormati dan dicontohi oleh murid dan masyarakat. Jadi, isu memukul murid
sehingga menyebabkan kematian kepada murid tersebut sepatutnya tidak berlaku.
Guru sepatutnya mempunyai sikap yang baik seperti bersopan santun sebagaimana
yang diperkatakan oleh Leech (1983). Antara enam prinsip kesantunan yang
dinyatakan oleh Leech ialah bersantun dan berhemah serta meminimumkan kos dan
memaksimumkan faedah kepada orang lain.
Selain daripada itu juga, sebagai seorang guru, perlu ada sifat sabar dalam
segala hal. Dalam artikel berkenaan, guru yang memukul murid adalah disebabkan
hilang sabar terhadap kerenah murid berkenaan. Kejadian ini amat mengejutkan
umum kerana guru perlu ada sifat sopan santun dan bertolak ansur terhadap murid-
murid. Tetapi, isu yang timbul ini menimbulkan keraguan dalam masyarakat dan ibu
bapa murid terhadap sifat-sifat murni yang ada dalam diri guru. Adakah sudah tidak
ada sikap bertolak ansur dalam diri guru, dan adakah guru tidak dilatih untuk
mempunyai nilai-nilai baik dalam diri mereka?
4
Tidak dinafikan lagi, profesion keguruan sehingga pada hari ini mempunyai
imej yang semakin tercalar dalam pandangan ibu bapa murid dan masyarakat. Oleh
yang demikian, perlu tindakan segera untuk meningkatkan imej serta
memartabatkan profesion keguruan dengan segera. Byogeswary Rajendran,
menurut pandangan beliau daripada Berita Harian Online bertarikh 31 Ogos 2012,
menyatakan bahawa perlunya profesion keguruan ditingkatkan atas pelbagai isu
negatif yang ditimbulkan oleh guru sejak kebelakangan ini. Beliau turut menyatakan
keadaan masa kini, di mana murid hilang rasa hormat kepada guru menyebabkan
mereka bertindak ganas dan luar dugaan di sekolah. Jadi, guru bertanggungjawab
untuk mendenda dan mendidik mereka.
Kenyataan di atas adalah benar sama sekali. Situasi yang dialami oleh guru
pada masa kini amat berbeza dengan situasi pendidikan di sekolah pada suatu
ketika dahulu. Murid-murid mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap guru yang
merupakan pendidik mereka. Jadi, masalah murid yang kurang ajar tidak berlaku di
sekolah. Guru juga mampu untuk memberikan pelbagai denda dengan sesuka hati
mereka kerana mendapat kebenaran daripada ibu bapa. Walaupun begitu, tiada kes
yang dapat dikesan berkaitan dengan guru memukul murid sehingga mati pada
suatu ketika dahulu. Ia berbeza dengan keadaan sekarang, dan hampir setiap hari
isu-isu negatif guru dimomokkan di dalam media massa. antaranya isu guru
memukul murid.
Apakah yang menyebabkan guru memukul murid sehingga menyebabkan
kematian? Persoalan ini harus dijawab oleh para guru. Apakah tujuan mereka
memukul murid. Maka, sudah tentu jawapan yang diberikan oleh para guru adalah
tujuan memukul murid adalah untuk mengajar dan mendidik mereka agar menjadi
insan yang baik. Tetapi, guru tidak sepatutnya memukul murid sehingga
menyebabkan kecederaan serius lantas menyebabkan kematian kepada mereka.
Persoalan ini harus diberi perhatian kerana guru yang menyebabkan kematian
terhadap murid boleh disabitkan dengan tuduhan kesalah membunuh.
Tidak dinafikan bahawa guru merupakan pembentuk tingkah laku kepada
murid-murid. Dr. Ragbir Kaur (2005) menyatakan bahawa setiap guru mesti
mempunyai sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang
sihat dan produktif.
5
Tidak salah untuk mendenda dan mengajar murid yang melakukan
kesalahan, tetapi ia mempunyai batasan yang perlu dipatuhi oleh guru. Syed Ismail
(2010) menyatakan bahawa menghukum dengan sesuka hati bukanlah amalan
pendidikan yang sesuai untuk pendidikan di peringkat sekolah rendah. Menyakiti
murid seperti deraan adalah sesuatu yang keji dan tidak berperikemanusiaan.
Amalan memukul murid tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana agensi atau
persatuan, malah dari sudut agaman juga tidak menggalakkan mendidik
menggunakan kekerasan dan dendaan. Jadi, perlu ada kaedah lain untuk
memberikan dendaan dan kesedaran kepada murid, seperti melakukan
perbincangan dengan ibu bapa dan mengesyorkan murid untuk memasuki sekolah
pemulihan, berbanding menyakiti dan memukul murid yang mungkin akan
menyebabkan kecederaan dan kematian kepada mereka.
Tindakan memukul murid dilihat sebagai jalan terakhir yang mampu dilakukan
oleh guru selepas tindakan lain yang dikenakan ke atas murid tidak berjaya dan
tidak mendatangkan hasil. Maka, saya berpendapat bahawa tindakan memukul
murid tidak wajar dilakukan, tetapi memadailah dengan tindakan merotan murid
sahaja (Rujuk Lampiran 1).
Tindakan memukul murid dilihat sebagai tindakan kejam yang bertujuan
untuk menyeksa murid. Di sekolah, tindakan merotan murid lebih praktikal untuk
dijalankan berbanding memukul murid. Merotan murid pula hanya dijalankan oleh
guru yang bertauliah di sekolah iaitu guru disiplin dan guru besar sekolah sahaja.
Guru lain yang ingin menjalankan tindakan merotan murid perlu mendapat
kebenaran daripada guru besar sekolah dahulu melalui surat penurunan kuasa
melaksanakan hukuman rotan. (Rujuk Lampiran 2).
Pada hemat saya, perlu dendaan dilakukan kepada murid, untuk memberi
pengajaran kepada mereka. Maka, saya bersetuju jika guru merotan murid mereka,
tetapi hanya selepas tindakan lain tidak berhasil dan tindakan merotan murid adalah
tindakan terakhir yang dilakukan oleh guru. Guru perlu menganalisis kesalahan yang
dilakukan oleh murid memandangkan terdapat 3 jenis kesalahan yang boleh
dikenakan tindakan dendaan oleh guru iaitu kesalahan ringan, sederhana dan berat.
(Rujuk Lampiran 3).
6
Tindakan merotan murid juga tidak mendatangkan kecederaan kepada murid,
sebagaimana tindakah memukul murid yang melakukan kesalahan. Merotan murid
juga hanya dilakukan sekali, berbanding dengan memukul murid yang dijalankan
dengan berkali-kali dan guru yang memukul murid sehingga mati berkemungkinan
besar berada dalam keadaan luar sedar dan luar kawalan. Sememangnya perlu ada
dendaan dilakukan kepada murid, tetapi dengan tidak memukul mereka. Murid-murid
yang semakin kurang rasa hormat pada guru pada hari ini menyebabkan perlu ada
dendaan dilakukan kepada mereka, iaitu dengan cara merotan dan bukan dengan
memukul mereka.
Isu tentang pukul murid bukan sesuatu yang baru dalam bidang keguruan.
Sudah ada kes-kes terdahulu yang berkaitan dengan pukul murid di negara kita.
Pada Ogos 2005, sudah ada kes guru pukul murid sebanyak 10 kali sehingga patah
tulang tangan. Kes tersebut berlaku di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Dalam,
Yan, Kedah. Murid yang terbabit ialah Aiman Kamila Mohamad Hajar.
Dalam kes itu, guru telah bertindak memukul murid, dan menyebabkan murid
tahun satu tersebut mengalami patah tangan. Oleh yang demikian, guru tersebut
dikenakan tindakan dan mendapat perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia pada ketika itu iaitu Datuk Hishamuddin Hussein. Beliau memberi amaran
bahawa guru tidak kebal daripada undang-undang dan mereka akan dikenakan
hukuman setimpal jika bersalah melanggar undang-undang atau peraturan.
Beliau turut berkata, guru juga tidak sepatutnya menggunakan kedudukan
mereka dengan mengambil kesempatan terhadap pelajar yang menjadi anak didik
masing-masing. "Saya sudah meminta Jabatan Pelajaran Kedah menyediakan
laporan lengkap mengenai kejadian yang menimpa murid di Yan dan kita akan
mengambil tindakan sewajarnya. Jika bersalah, guru ini akan dikenakan hukuman
berat, iaitu digantung kerja. Pengumuman lanjut akan dibuat Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon," katanya. Merujuk kepada kes tersebut, mangsa
iaitu Kamila dipukul guru bahasa Inggeris bersama 17 lagi rakannya kerana
membuat bising di dalam kelas.
7
Walaupun begitu, kejadian yang menimpa murid itu tidak menggambarkan
keseluruhan sistem pendidikan kerana kebanyakan guru sangat komited dan
berkebolehan melaksanakan tugas mereka. Terdapat 320,000 guru di bawah
naungan Kementerian Pelajaran dan kelakuan negatif segelintir tidak menjejaskan
kerjaya perguruan. Kejadian seperti ini seharusnya dielakkan daripada ditimbulkan
oleh guru dan menyebabkan guru dicemuh kerana bersikap kejam terhadap murid.
Pelbagai tindakan lain yang boleh dilakukan guru selain daripada memukul
murid. Cukup sekadar merotan murid sekali untuk memberi pengajaran kepada
mereka agar tidak mengulangi kesalahan pada masa akan datang. Jika kesalahan
yang dilakukan oleh murid berulang, insiatif lain boleh dilakukan guru seperti
mengenakan tindakan tatatertib seperti memasukkan murid ke kelas pemulihan atau
memindahkan murid ke sekolah lain.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin Buang, berkata
kakitangan kementerian itu dan semua agensi di bawahnya perlu mengamalkan budi
bahasa yang tinggi terutama ketika memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
Budi bahasa mereka memberi gambaran mengenai organisasi Kementerian
Pelajaran secara keseluruhannya kerana kerana tingkah laku kakitangan awam
mencerminkan budaya perkhidmatan awam.
Untuk mengatasi masalah ini, Kempen Budi Bahasa Budaya kita merupakan
salah satu cara mendidik seluruh masyarakat Malaysia untuk berhemah dan hormat
kepada orang lain. Dalam kempen tersebut, masyarakat Malaysia dituntut untuk
menanam, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk melahirkan
Masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa. Dalam kempen tersebut, ia melibatkan
seluruh warga Malaysia, sama ada guru, murid, pekerja-pekerja profesional, suri
rumah dan sebagainya.
Di sekolah, pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk meningkatkan tahap budi
bahasa murid. Aktiviti yang dijalankan ini dapat menjadikan murid lebih baik dan
mempunyai nilai-nilai murni. Perkara ini penting kerana murid sekolah pada masa
kini tidak menghormati guru dan tidak mengendahkan guru semasa guru mengajar
di dalam kelas. Bidang pendidikan yang semakin meluas pada masa kini,
menyebabkan murid mendapat pelbagai ilmu pengetahuan luar selain daripada
belajar dengan guru di sekolah.
8
Ilmu pengetahuan boleh diperolehi apabila mereka melayari internet,
membaca buku rujukan dan menghadiri kelas tuisyen. Jadi tidak hairanlah mereka
sudah tidak mengendahkan pengajaran oleh guru semasa di dalam kelas.
Oleh yang demikian, perlunya aktiviti yang menaikkan kembali tahap budi
bahasa murid terutamanya terhadap guru semasa mereka berada di sekolah.
Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan seperti pertandingan pidato, pentun, drama,
sketsa, boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, Kem Jatidiri
dan bahasa bermadah. Aktiviti ini dirangka oleh Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara.
Jadi, masalah guru memukul murid dapat dihindar jika murid sendiri yang
menghormati dan bersikap baik terhadap guru. Bukan semua guru ingin mendenda
murid, tetapi apabila murid bersikap kurang ajar dan tidak menghormati guru, tiada
pilihan lain yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengajar murid sekolah masa kini
malainkan dengan mendenda mereka. Namun, mendenda murid juga ada batasnya.
Tidak perlu mendenda murid dengan memukul mereka dengan sekuat hati kerana
guru berasa geram terhadap mereka. Tidak perlu mencederakan murid apabila
mendenda mereka kerana ia hanya mengundang rasa marah daripada ibu bapa
kerana guru bersikap kejam terhadap murid.
Guru yang dilatih mempunyai tatasusila dan sabar terhadap kerenah murid,
perlu mengaplikasikan secara berterusan sikap ini. Guru perlu menilai kembali tahap
tatasusila dan kelakuan mereka. Proses menilai kembali ini juga merupakan salah
satu cara guru dapat mengatasi masalah memukul murid dengan mengajar guru
bersabar dengan kerenah murid. Tindakan yang tergesa-gesa dan tanpa
pertimbangan yang dilakukan oleh guru mengakibatkan kerugian diri sendiri, apabila
digantung tugas dan dikenakan tindakan daripada pihak atasan.
Para guru perlu merujuk kembali kepada kempen Budi Bahasa Budaya Kita
dan Kod Etika Keguruan Malaysia. Abdul Shukor (1999) mengatakan asuhan guru
yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan
kepada setiap murid. Sepanjang hayatnya mereka akan ingat bagaimana guru-guru
menerap ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan
jati diri sehingga sebati dalam jiwa.
9
Tindakan guru memukul murid hanya akan meninggalkan kesan dendam
murid terhadap guru. Murid yang dipukul oleh guru akan mendapat kecederaan,
malah kematian yang akan menjadi dendam yang mahu ditebus oleh ahli keluarga
mangsa. Jadi, guru tidak boleh bertindak dengan sesuka hati untuk memukul murid
setelah murid melakukan kesalahan. Amaran lisan sudah cukup untuk mengenakan
tindakan terhadap murid. Jalan terakhir yang yang boleh dilakukan oleh guru dalam
mengenakan tindakan disiplin terhadap murid ialah merotan murid. Merotan murid
juga memerlukan kebenaran daripada ibu bapa murid tersebut. Jika ibu bapa murid
membenarkan anak mereka dikenakan tindakan merotan, guru tersebut dibenarkan
mengambil tindakan terhadap anak mereka. Manakala ibu bapa yang tidak
membenarkan anak mereka disentuh, perlu menjauhkan tindakan disiplin terhadap
anak mereka, dan hanya menjalankan tindakan terhadap murid melalui amaran
lisan.
Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan enam prinsip utama
antaranya ialah prinsip kelima iaitu berdisiplin dan beradab. Gur perlu menjada
disiplin dan menjaga adab tatasusila mereka semasa berada di sekolah, sama ada
ketika mengajar, menjalankan tindakan, berkomunikasi dengan warga sekolah,
menjalankan aktiviti dan berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah. Perlunya
menjaga adab semasa melakukan perkara-perkara berkenaan. Dalam hal memukul
murid, tindakan ini dilabel sebagai tindakan guru yang tidak beradab dan tidak
profesional semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru. Ia menjejaskan
kredibiliti guru dan merendahkan imej keguruan di mata masyarakat. Guru akan
dilabel sebagai samseng sekolah jika isu memukul murid berterusan berlaku.
Guru perlu menjaga adab dan etika keguruan. Fikiran yang waras semasa
bertugas adalah kunci kepada kejayaan guru. Adakah perlu untuk memukul murid?
;Atau hanya perlu memberi amaran kepada mereka dan mengadakan program
pemulihan akhlak kepada mereka. Semua ini ada dalam fikiran guru. Guru yang
profesional mempunyai sifat rajin dan peka terhadap murid-murid. Ee Ah Meng
(2003) mengatakan guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para
murid dan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif dalam kalangan
murid.
10
Sifat rajin membawa maksud rajin untuk memberi tunjuk ajar kepada murid
serta peka terhadap keperluan mereka. Andai kata guru memukul murid kerana
murid bersikap kurang ajar dan mengajuk percakapan guru di dalam kelas, kerana
guru mengajar murid secara sambil lewa dan hanya berbantukan papan hitam
semata-mata. Adakah ini kesalahan yang dilakukan oleh murid?
Guru-guru pelatih diberikan latihan selama lima tahun setengah di Institut
Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, untuk mereka mendalami dan menguasai
kaedah pengajaran, psikologi pendidikan serta cara mengawal kelas. Kebanyakan
guru yang terlibat dengan isu memukul murid adalah guru yang bukan berasal
daripada produk institut perguruan. Mereka kurang kesedaran terhadap tindakan
yang dilakukan kepada murid dan kurang memahami Kod Etika dan Akauntabiliti
Keguruan. Pernyataan yang dilemparkan tadi bukan bertujuan untuk merendahkan
guru yang berasal bukan daripada produk institut perguruan, tetapi guru yang dilatih
di institut pendidikan guru merupakan guru yang mantap dari segi sahsiah, ilmu dan
pemikiran. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia melatih guru di institut
pendidikan guru adalah suatu tindakan yang terpuji dan memberi manfaat kepada
bidang pendidikan negara.
Selain daripada itu, para guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu
keagamaan. Sebagaimana yang dituntut dalam setiap agama, bahawa sifat sabar
adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan. Isu guru memukul murid
kerana kurang rasa sabar terhadap kerenah murid dapat dihindar dan guru dapat
menasihati murid agar tidak mengulangi kesalahan di masa akan datang. Bukan
semua guru mempunyai sifat sabar yang tinggi terhadap anak didik mereka, namun
guru yang sentiasa bersabar akan kerenah murid mereka akan dikenang dan
disanjung apabila murid tersebut dewasa kelak. Guru yang bertindak memukul murid
hanya akan mengundang perasaan dendam mereka terhadap guru dan
menimbulkan kemarahan ibu bapa mereka.
Guru yang memukul murid kerana murid membuat bising semasa guru
mengajar dan tidak menghantar kerja sekolah dapat diatasi apabila guru bersikap
baik dan mengambil berat akan mereka. Terdapat guru yang tidak mengendahkan
murid mereka, dan hanya melakukan pengajaran semata-mata di dalam kelas, serta
tidak melakukan komunikasi dua hala bersama murid.
11
Murid yang tidak faham akan pengajaran guru terpaksa mendengar isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru, menyebabkan lama-kelamaan mereka
berasa bosan dan mula mengganggu rakan-rakan mereka. Situasi tersebut
berterusan dan seterusnya menimbulkan kebisingan di dalam kelas sewaktu guru
sedang mengajar. Guru yang sedang mengajar di hadapan kelas hilang sabar dan
terus memukul murid kerana bermain sewaktu guru sedang mengajar di hadapan.
Oleh yang demikian, perlu dinilai kembali pengajaran yang dilakukan oleh
guru terhadap murid. Kaedah pengajaran yang pelbagai dan menimbulkan rasa
seronok dalam kalangan murid amat dituntut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Di samping murid mendapat ilmu pengetahuan yang
disampaikan oleh guru, mereka juga seronok dan berminat untuk belajar bersama
dengan guru. Murid juga dapat berkomunikasi dengan memberi pendapat mereka
kepada guru. Elakkan daripada hanya menggunakan papan hitam sahaja sebagai
medium pengajaran kerana murid akan berasa bosan apabila melihat perkara yang
sama berulang-ulang kali. Guna kaedah dan teknik pengajaran yang berlainan
setiap kali melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Elakkan
murid berasa bosan dengan menggunakan pengajaran yang sama.
Pemilihan kaedah atau teknik pengajaran yang tepat juga dapat
meningkatkan prestasi dan kefahaman murid dalam pembelajaran berbanding
dengan hanya berbantukan papan hitam. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk
mengajar murid. Sufean (1996) menyatakan profesionalisme keguruan merujuk
kepada sifat yang ada dalam diri seseorang guru untuk mencapai keberkesanan,
produktiviti, akautabiliti, kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Bukan semua
aktiviti dalam pembelajaran perlu menggunakan papan hitam dan papan hitam pula
tidak boleh digunakan setiap masa sepanjang proses pengajaran guru. Lakukan
aktiviti lakonan, simulasi, main peranan, perbincangan kumpulan, nyanyian,
tayangan video dan model 3-Dimensi untuk menarik perhatian murid untuk
menumpukan terhadap pengajaran guru. Dengan itu, tiada lagi murid akan bermain
dan mengganggun rakan mereka sewaktu mengikuti pengajaran guru lantas tiada
kebisingan yang berlaku dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Kawalan kelas
juga lebih mudah apabila murid berada dalam keadaan terkawal dan tidak bising.
12
Refleksi
Setelah melakukan tugasan asas kepimpinan dan perkembangan profesional
guru, banyak maklumat yang dapat saya perolehi hasil pembacaan serta penulisan
tugasan ini. Perlunya guru mempunyai kepimpinan yang baik agar ia menjadi contoh
dan ikutan kepada murid memandangkan guru merupakan ‘role model’ kepada
mereka.
Pelbagai isu yang timbul dalam kalangan guru dan profesion keguruan masa
kini yang menjejaskan imej dan kredibiliti para guru. Tindakan-tindakan negatif yang
dilakukan oleh sebilangan guru seperti memukul murid, mengurung murid serta
mencederakan murid menyebabkan seluruh institusi keguruan dipalit dengan
kontroversi. Kredibiliti dan akauntabiliti guru dipersoal apabila mereka bertindak
dengn sesuka hati terhadap murid hingga mendatangkan kecederaan malah
kematian terhadap murid. Peraturan mengenakan tindakan telah diwartakan dalam
pekeliling oleh para guru, tetapi kejadian memukul murid yang terjadi ini
menandakan bahawa guru tidak mematuhi pekeliling yang dirangka oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setelah menamatkan tugasan ini, saya menyedari bahawa tugas menjadi
seorang guru amat mencabar. Guru perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam
melayani kerenah murid dan tidak mudah naik angin terhadap tindakan yang
dilakukan oleh murid. Pelbagai cara lain yang boleh dikenakan terhadap murid yang
berbuat salah selain daripada memukul murid. Hanya dengan membuat bising murid
dipukul oleh guru. Ini menunjukkan guru telah kehilangan sifat profesional mereka
dalam menjalankan tugas. Memukul murid dengan sesuka hati boleh mendatangkan
kecederaan kepada mereka.
Untuk merotan murid, perlunya guru untuk mendapat kelulusan dan
kebenaran daripada guru besar sekolah terlebih dahulu. Kebanyakan daripada guru
tidak mengendahkan perkara ini dan mereka mendenda murid mengikut sesuka hati
mereka tanpa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, guru yang melakukan tindakan yang tidak
mendapat kebenaran daripada guru besar sekolah adalah salah dan boleh
dikenakan tindakan tatatertib.
13
Selain daripada itu, setelah menamatkan tugasan ini saya dapat
mengenalpasti cara-cara untuk menjadi guru yang baik dan mengikut kod etika
keguruan. Guru perlu patuh terhadap kod etika berkenaan dan menyediakan
perkhidmatan sebagai guru dengan cara yang paling baik kepada klien iaitu murid.
Tiada kekasaran yang boleh dilakukan guru terhadap murid. Guru juga perlu
menghormati murid dan mengetahui punca murid bermasalah, dan bukan hanya
sewenang-wenangnya menghukum murid. Hormat-menghormati adalah perlu antara
guru dan murid. Murid sentiasa memberi ucapan salam kepada guru dan guru
sentiasa mengambil berat terhadap murid dengan selalu bertanyakan diri mereka.
Isu guru memukul murid perlu dihapuskan segera oleh pihak atasan dan
KPM. Ini penting untuk memartabatkan kembali profesion keguruan di mata
masyarakat. Guru terkenal dengan sifat baik hati dan pemurah, dan jika keadaan
negatif tadi berterusan, guru akan diberi pula gelaran pemarah dan pembengis.
Apabila gelaran tersebut diberikan oleh masyarakat kepada guru, ia menandakan
masyarakat sudah tidak memandang tinggi akan profesion keguruan dan tidak akan
menghormati guru. Saya menyedari bahawa bidang keguruan perlu dijulang kembali
dengan guru mematuhi kod etika keguruan. Guru perlu peka dan prihatin terhadap
perkembangan murid.
Oleh sebab itu, perlunya tindakan dikenakan terhadap guru yang bersikap
kejam dan memukul murid tanpa usul periksa dengan teliti. Mahu atau tidak, guru
perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi sebelum menghukum murid. Memberi
hukuman kepada murid juga mempunyai batasnya iaitu merotan murid setelah
mereka melakukan kelasalahan serius sahaja. Manakala kesalahan yang ringan,
murid hanya diberikan amaran oleh guru.
14
Bibliografi
Buku rujukan
Ahmad Subki bin Miskon & Syed Ismail bin Syed Mustafa (2010) Asas Kepimpinan
dan Perkembangan Profesional. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk
KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (2003). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Institut Tadbiran Awam Negara (1994).Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika Dalam
Perkhidmatan Awam. INTAN. Kuala Lumpur
Mahathir Mohamad (2001). Ucapan Perasmian Kongres Pendidikan Melayu
Pertama, Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.
Leech, Geoffrey. (1983). Prinsip-prinsip pragmatik. Jakarta: Universitas Indonesia
Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
15
Laman Web
Dipetik daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/guru-pukul-murid-
didakwa-1.36431
Dipetik daripada http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view =
article &id=383&Itemid=124&lang=bm
Dipetik daripada http://www.moe.gov.my/
Dipetik daripada file:///C:/Users/Lenovo/Desktop/Berita%20Harian%20% 20%20
Profesion %20perguruan%20patut%20dimartabat.htm
DIpetik daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Cikguambilnyawa/Article
Dipetik daripada http://www.sabahforum.com/forum/current-issues/topic896.html
Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y=2011&dt=0310
&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm
Dipetik daripada http://skkolapisbeluran.tripod.com/id71.html
16
Lampiran
Lampiran 1
17
18
Lampiran 2
19
Lampiran 3
20

More Related Content

Similar to Tugasan asyraf

62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integritiAnsar Azman
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatrajnand
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budayarosedainty
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatPutry Lily
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamaterielatio
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranfatimah Baharin
 
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.ppt
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.pptgejala-buli-di-sebuah-sekolah.ppt
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.pptmohamadnorzamree1
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
isu complete (1).pptx
isu complete (1).pptxisu complete (1).pptx
isu complete (1).pptxTanBaoMeng
 
Disiplin diri
Disiplin diriDisiplin diri
Disiplin diriniiiaaa
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Assigment 2 kalam
Assigment 2 kalamAssigment 2 kalam
Assigment 2 kalamUITM Shah
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFsitirubiyani
 

Similar to Tugasan asyraf (20)

62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Kertas
KertasKertas
Kertas
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.ppt
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.pptgejala-buli-di-sebuah-sekolah.ppt
gejala-buli-di-sebuah-sekolah.ppt
 
Laporan kritikal
Laporan kritikalLaporan kritikal
Laporan kritikal
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
isu complete (1).pptx
isu complete (1).pptxisu complete (1).pptx
isu complete (1).pptx
 
Disiplin diri
Disiplin diriDisiplin diri
Disiplin diri
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Assigment 2 kalam
Assigment 2 kalamAssigment 2 kalam
Assigment 2 kalam
 
Ulasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPKUlasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPK
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
 

More from Afif Muhamad

Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianArtikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianAfif Muhamad
 
Artikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar HarianArtikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar HarianAfif Muhamad
 
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaAfif Muhamad
 

More from Afif Muhamad (6)

Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Tugasan afif
Tugasan afifTugasan afif
Tugasan afif
 
Tugasan Afif
Tugasan AfifTugasan Afif
Tugasan Afif
 
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianArtikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
 
Artikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar HarianArtikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
Artikel guru pukul murid sumber Sinar Harian
 
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysiaArtikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
Artikel guru cabul murid sumber utusan malaysia
 

Tugasan asyraf

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Pendidikan masa kini yang semakin meluas dan mencabar menjadikan bidang ini menjadi tumpuan ramai. Pelbagai isu dan cabaran yang berkait dengan dunia pendidikan sama ada ianya baik atau buruk. Oleh yang demikian, isu dalam dunia pendidikan seringkali dibincang di dalam media massa seperti majalah, surat khabar dan televisyen. Guru dan keguruan adalah elemen paling penting dalam menentukan hala tuju dunia pendidikan. Guru yang berperanan menggerak dunia pendidikan dengan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid di sekolah. Maka, sudah tentu guru perlu menjadi individu yang mantap dan berpekerti mulia. Jadi, isu-isu buruk yang berkait dengan guru amat memalukan dan mengecewakan semua pihak sama ada di pihak ibu bapa murid mahupun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Mahathir (2001) mengemukakan pandangan bahawa guru-guru dituntut mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh murid dan masyarakat. Jika diperhatikan kebelakangan ini, isu yang berkaitan dengan guru dan profesion keguruan semakin menjadi-jadi. Pelbagai isu timbul dan dipaparkan di dalam surat khabar tempatan. Sudah tentu ini memberi impak yang negatif kepada bidang dan profesion keguruan di kaca mata masyarakat. Hampir setiap hari, terdapat berita berkaitan dengan isu guru seperti guru pukul murid, guru cabul murid, guru mengurung murid, guru merogol murid dan guru mendenda murid. Selain daripada itu, terdapat juga kes-kes lain seperti guru bergaduh dengan guru di hadapan murid dan guru bergaduh dengan ibu bapa murid. Isu-isu ini dilihat semakin meningkat, menyebabkan bidang dan profesion keguruan sudah dipandang sebelah mata oleh masyarakat. Perasaan hormat kepada guru sudah semakin pudar disebabkan oleh isu-isu negatif guru. Guru perlu mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan mempunyai nilai-nilai murni. INTAN (1994) menyatakan ikhlas adalah etika yang perlu diamalkan oleh guru. Guru yang mengambil peluang terhadap murid semasa menjalankan tugas adalah sesuatu perkara yang keji seperti memukul murid ketika menjalankan tugas sebagai seorang guru.
  • 2. 2 2.0 Artikel BUTTERWORTH - Seorang guru pusat asuhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mendedahkan kepada kecederaan emosi dan fizikal terhadap kanak-kanak berusia lapan tahun menggunakan rotan hingga menyebabkan kecederaan. Beh Yong Kong, 28, yang merupakan guru lepasan ijazah membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Abdul Wahab. Dia dituduh dengan sengaja mencederakan mangsa dengan memukulnya menggunakan rotan hingga lebam dan cedera di badan, lengan dan leher di sebuah pusat asuhan, di sini, jam 1.30 tengah hari kelmarin. Yong Kong didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda sehingga boleh sampai RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masnuraznim Abd Malik sementara Yong Kong yang hadir berbaju oren diwakili peguam yang enggan namanya dikenali. Lelaki itu bebas dengan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin oleh kenalannya dan kes disebut semula 7 Mei depan. Sebelum ini, seorang kanak-kanak mendakwa dirotan oleh pengasuhnya hingga cedera. Sehari selepas itu, ibu kanak-kanak tersebut membuat laporan polis. Kejadian itu disedari ibu mangsa semasa menjemput anaknya pulang ke rumah tengah hari semalam sebelum bertindak membuat laporan polis sejurus selepas itu. Artikel yang dipetik daripada Berita Harian Online bertarikh 31 Ogos 2012
  • 3. 3 3.0 Ulasan Artikel Pelbagai isu dikaitkan dengan kredibiliti guru dan profesion keguruan pada masakini. Guru yang bertindak sebagai pemimpin dan contoh kepada murid seharusnya menunjukkan teladan yang baik terhadap murid dan masyarakat. Tidak sepatutnya isu-isu negatif timbul daripada guru yang dianggap sebagai ketua masyarakat. Jadi, perlu kita lihat dengan teliti isu negatif ini dan perlu tindakan segera untuk menghalang daripada ia terus berlaku. Pelbagai tanggapan turut diberikan kepada isu-isu negatif yang ditimbulkan oleh para guru. Merujuk kepada artikel yang terdapat di atas, iaitu ‘Guru pukul murid sampai mati hadapi tuduhan membunuh’, pelbagai pandangan telah diberikan terhadap isu tersebut. Dalam artikel berkenaan, seorang guru telah disabitkan kesalahan kerana memukul murid sehingga menyebabkan kematian kepada murid tersebut. Oleh sebab itu, guru tersebut ditangkap dan dibicarakan di mahkamah atas kesalahan membunuh murid. Dalam bidang keguruan, guru dituntut untuk mempunyai sifat-sifat yang dihormati dan dicontohi oleh murid dan masyarakat. Jadi, isu memukul murid sehingga menyebabkan kematian kepada murid tersebut sepatutnya tidak berlaku. Guru sepatutnya mempunyai sikap yang baik seperti bersopan santun sebagaimana yang diperkatakan oleh Leech (1983). Antara enam prinsip kesantunan yang dinyatakan oleh Leech ialah bersantun dan berhemah serta meminimumkan kos dan memaksimumkan faedah kepada orang lain. Selain daripada itu juga, sebagai seorang guru, perlu ada sifat sabar dalam segala hal. Dalam artikel berkenaan, guru yang memukul murid adalah disebabkan hilang sabar terhadap kerenah murid berkenaan. Kejadian ini amat mengejutkan umum kerana guru perlu ada sifat sopan santun dan bertolak ansur terhadap murid- murid. Tetapi, isu yang timbul ini menimbulkan keraguan dalam masyarakat dan ibu bapa murid terhadap sifat-sifat murni yang ada dalam diri guru. Adakah sudah tidak ada sikap bertolak ansur dalam diri guru, dan adakah guru tidak dilatih untuk mempunyai nilai-nilai baik dalam diri mereka?
  • 4. 4 Tidak dinafikan lagi, profesion keguruan sehingga pada hari ini mempunyai imej yang semakin tercalar dalam pandangan ibu bapa murid dan masyarakat. Oleh yang demikian, perlu tindakan segera untuk meningkatkan imej serta memartabatkan profesion keguruan dengan segera. Byogeswary Rajendran, menurut pandangan beliau daripada Berita Harian Online bertarikh 31 Ogos 2012, menyatakan bahawa perlunya profesion keguruan ditingkatkan atas pelbagai isu negatif yang ditimbulkan oleh guru sejak kebelakangan ini. Beliau turut menyatakan keadaan masa kini, di mana murid hilang rasa hormat kepada guru menyebabkan mereka bertindak ganas dan luar dugaan di sekolah. Jadi, guru bertanggungjawab untuk mendenda dan mendidik mereka. Kenyataan di atas adalah benar sama sekali. Situasi yang dialami oleh guru pada masa kini amat berbeza dengan situasi pendidikan di sekolah pada suatu ketika dahulu. Murid-murid mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap guru yang merupakan pendidik mereka. Jadi, masalah murid yang kurang ajar tidak berlaku di sekolah. Guru juga mampu untuk memberikan pelbagai denda dengan sesuka hati mereka kerana mendapat kebenaran daripada ibu bapa. Walaupun begitu, tiada kes yang dapat dikesan berkaitan dengan guru memukul murid sehingga mati pada suatu ketika dahulu. Ia berbeza dengan keadaan sekarang, dan hampir setiap hari isu-isu negatif guru dimomokkan di dalam media massa. antaranya isu guru memukul murid. Apakah yang menyebabkan guru memukul murid sehingga menyebabkan kematian? Persoalan ini harus dijawab oleh para guru. Apakah tujuan mereka memukul murid. Maka, sudah tentu jawapan yang diberikan oleh para guru adalah tujuan memukul murid adalah untuk mengajar dan mendidik mereka agar menjadi insan yang baik. Tetapi, guru tidak sepatutnya memukul murid sehingga menyebabkan kecederaan serius lantas menyebabkan kematian kepada mereka. Persoalan ini harus diberi perhatian kerana guru yang menyebabkan kematian terhadap murid boleh disabitkan dengan tuduhan kesalah membunuh. Tidak dinafikan bahawa guru merupakan pembentuk tingkah laku kepada murid-murid. Dr. Ragbir Kaur (2005) menyatakan bahawa setiap guru mesti mempunyai sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
  • 5. 5 Tidak salah untuk mendenda dan mengajar murid yang melakukan kesalahan, tetapi ia mempunyai batasan yang perlu dipatuhi oleh guru. Syed Ismail (2010) menyatakan bahawa menghukum dengan sesuka hati bukanlah amalan pendidikan yang sesuai untuk pendidikan di peringkat sekolah rendah. Menyakiti murid seperti deraan adalah sesuatu yang keji dan tidak berperikemanusiaan. Amalan memukul murid tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana agensi atau persatuan, malah dari sudut agaman juga tidak menggalakkan mendidik menggunakan kekerasan dan dendaan. Jadi, perlu ada kaedah lain untuk memberikan dendaan dan kesedaran kepada murid, seperti melakukan perbincangan dengan ibu bapa dan mengesyorkan murid untuk memasuki sekolah pemulihan, berbanding menyakiti dan memukul murid yang mungkin akan menyebabkan kecederaan dan kematian kepada mereka. Tindakan memukul murid dilihat sebagai jalan terakhir yang mampu dilakukan oleh guru selepas tindakan lain yang dikenakan ke atas murid tidak berjaya dan tidak mendatangkan hasil. Maka, saya berpendapat bahawa tindakan memukul murid tidak wajar dilakukan, tetapi memadailah dengan tindakan merotan murid sahaja (Rujuk Lampiran 1). Tindakan memukul murid dilihat sebagai tindakan kejam yang bertujuan untuk menyeksa murid. Di sekolah, tindakan merotan murid lebih praktikal untuk dijalankan berbanding memukul murid. Merotan murid pula hanya dijalankan oleh guru yang bertauliah di sekolah iaitu guru disiplin dan guru besar sekolah sahaja. Guru lain yang ingin menjalankan tindakan merotan murid perlu mendapat kebenaran daripada guru besar sekolah dahulu melalui surat penurunan kuasa melaksanakan hukuman rotan. (Rujuk Lampiran 2). Pada hemat saya, perlu dendaan dilakukan kepada murid, untuk memberi pengajaran kepada mereka. Maka, saya bersetuju jika guru merotan murid mereka, tetapi hanya selepas tindakan lain tidak berhasil dan tindakan merotan murid adalah tindakan terakhir yang dilakukan oleh guru. Guru perlu menganalisis kesalahan yang dilakukan oleh murid memandangkan terdapat 3 jenis kesalahan yang boleh dikenakan tindakan dendaan oleh guru iaitu kesalahan ringan, sederhana dan berat. (Rujuk Lampiran 3).
  • 6. 6 Tindakan merotan murid juga tidak mendatangkan kecederaan kepada murid, sebagaimana tindakah memukul murid yang melakukan kesalahan. Merotan murid juga hanya dilakukan sekali, berbanding dengan memukul murid yang dijalankan dengan berkali-kali dan guru yang memukul murid sehingga mati berkemungkinan besar berada dalam keadaan luar sedar dan luar kawalan. Sememangnya perlu ada dendaan dilakukan kepada murid, tetapi dengan tidak memukul mereka. Murid-murid yang semakin kurang rasa hormat pada guru pada hari ini menyebabkan perlu ada dendaan dilakukan kepada mereka, iaitu dengan cara merotan dan bukan dengan memukul mereka. Isu tentang pukul murid bukan sesuatu yang baru dalam bidang keguruan. Sudah ada kes-kes terdahulu yang berkaitan dengan pukul murid di negara kita. Pada Ogos 2005, sudah ada kes guru pukul murid sebanyak 10 kali sehingga patah tulang tangan. Kes tersebut berlaku di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Murid yang terbabit ialah Aiman Kamila Mohamad Hajar. Dalam kes itu, guru telah bertindak memukul murid, dan menyebabkan murid tahun satu tersebut mengalami patah tangan. Oleh yang demikian, guru tersebut dikenakan tindakan dan mendapat perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika itu iaitu Datuk Hishamuddin Hussein. Beliau memberi amaran bahawa guru tidak kebal daripada undang-undang dan mereka akan dikenakan hukuman setimpal jika bersalah melanggar undang-undang atau peraturan. Beliau turut berkata, guru juga tidak sepatutnya menggunakan kedudukan mereka dengan mengambil kesempatan terhadap pelajar yang menjadi anak didik masing-masing. "Saya sudah meminta Jabatan Pelajaran Kedah menyediakan laporan lengkap mengenai kejadian yang menimpa murid di Yan dan kita akan mengambil tindakan sewajarnya. Jika bersalah, guru ini akan dikenakan hukuman berat, iaitu digantung kerja. Pengumuman lanjut akan dibuat Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon," katanya. Merujuk kepada kes tersebut, mangsa iaitu Kamila dipukul guru bahasa Inggeris bersama 17 lagi rakannya kerana membuat bising di dalam kelas.
  • 7. 7 Walaupun begitu, kejadian yang menimpa murid itu tidak menggambarkan keseluruhan sistem pendidikan kerana kebanyakan guru sangat komited dan berkebolehan melaksanakan tugas mereka. Terdapat 320,000 guru di bawah naungan Kementerian Pelajaran dan kelakuan negatif segelintir tidak menjejaskan kerjaya perguruan. Kejadian seperti ini seharusnya dielakkan daripada ditimbulkan oleh guru dan menyebabkan guru dicemuh kerana bersikap kejam terhadap murid. Pelbagai tindakan lain yang boleh dilakukan guru selain daripada memukul murid. Cukup sekadar merotan murid sekali untuk memberi pengajaran kepada mereka agar tidak mengulangi kesalahan pada masa akan datang. Jika kesalahan yang dilakukan oleh murid berulang, insiatif lain boleh dilakukan guru seperti mengenakan tindakan tatatertib seperti memasukkan murid ke kelas pemulihan atau memindahkan murid ke sekolah lain. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin Buang, berkata kakitangan kementerian itu dan semua agensi di bawahnya perlu mengamalkan budi bahasa yang tinggi terutama ketika memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Budi bahasa mereka memberi gambaran mengenai organisasi Kementerian Pelajaran secara keseluruhannya kerana kerana tingkah laku kakitangan awam mencerminkan budaya perkhidmatan awam. Untuk mengatasi masalah ini, Kempen Budi Bahasa Budaya kita merupakan salah satu cara mendidik seluruh masyarakat Malaysia untuk berhemah dan hormat kepada orang lain. Dalam kempen tersebut, masyarakat Malaysia dituntut untuk menanam, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk melahirkan Masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa. Dalam kempen tersebut, ia melibatkan seluruh warga Malaysia, sama ada guru, murid, pekerja-pekerja profesional, suri rumah dan sebagainya. Di sekolah, pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk meningkatkan tahap budi bahasa murid. Aktiviti yang dijalankan ini dapat menjadikan murid lebih baik dan mempunyai nilai-nilai murni. Perkara ini penting kerana murid sekolah pada masa kini tidak menghormati guru dan tidak mengendahkan guru semasa guru mengajar di dalam kelas. Bidang pendidikan yang semakin meluas pada masa kini, menyebabkan murid mendapat pelbagai ilmu pengetahuan luar selain daripada belajar dengan guru di sekolah.
  • 8. 8 Ilmu pengetahuan boleh diperolehi apabila mereka melayari internet, membaca buku rujukan dan menghadiri kelas tuisyen. Jadi tidak hairanlah mereka sudah tidak mengendahkan pengajaran oleh guru semasa di dalam kelas. Oleh yang demikian, perlunya aktiviti yang menaikkan kembali tahap budi bahasa murid terutamanya terhadap guru semasa mereka berada di sekolah. Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan seperti pertandingan pidato, pentun, drama, sketsa, boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, Kem Jatidiri dan bahasa bermadah. Aktiviti ini dirangka oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Jadi, masalah guru memukul murid dapat dihindar jika murid sendiri yang menghormati dan bersikap baik terhadap guru. Bukan semua guru ingin mendenda murid, tetapi apabila murid bersikap kurang ajar dan tidak menghormati guru, tiada pilihan lain yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengajar murid sekolah masa kini malainkan dengan mendenda mereka. Namun, mendenda murid juga ada batasnya. Tidak perlu mendenda murid dengan memukul mereka dengan sekuat hati kerana guru berasa geram terhadap mereka. Tidak perlu mencederakan murid apabila mendenda mereka kerana ia hanya mengundang rasa marah daripada ibu bapa kerana guru bersikap kejam terhadap murid. Guru yang dilatih mempunyai tatasusila dan sabar terhadap kerenah murid, perlu mengaplikasikan secara berterusan sikap ini. Guru perlu menilai kembali tahap tatasusila dan kelakuan mereka. Proses menilai kembali ini juga merupakan salah satu cara guru dapat mengatasi masalah memukul murid dengan mengajar guru bersabar dengan kerenah murid. Tindakan yang tergesa-gesa dan tanpa pertimbangan yang dilakukan oleh guru mengakibatkan kerugian diri sendiri, apabila digantung tugas dan dikenakan tindakan daripada pihak atasan. Para guru perlu merujuk kembali kepada kempen Budi Bahasa Budaya Kita dan Kod Etika Keguruan Malaysia. Abdul Shukor (1999) mengatakan asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan kepada setiap murid. Sepanjang hayatnya mereka akan ingat bagaimana guru-guru menerap ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati diri sehingga sebati dalam jiwa.
  • 9. 9 Tindakan guru memukul murid hanya akan meninggalkan kesan dendam murid terhadap guru. Murid yang dipukul oleh guru akan mendapat kecederaan, malah kematian yang akan menjadi dendam yang mahu ditebus oleh ahli keluarga mangsa. Jadi, guru tidak boleh bertindak dengan sesuka hati untuk memukul murid setelah murid melakukan kesalahan. Amaran lisan sudah cukup untuk mengenakan tindakan terhadap murid. Jalan terakhir yang yang boleh dilakukan oleh guru dalam mengenakan tindakan disiplin terhadap murid ialah merotan murid. Merotan murid juga memerlukan kebenaran daripada ibu bapa murid tersebut. Jika ibu bapa murid membenarkan anak mereka dikenakan tindakan merotan, guru tersebut dibenarkan mengambil tindakan terhadap anak mereka. Manakala ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka disentuh, perlu menjauhkan tindakan disiplin terhadap anak mereka, dan hanya menjalankan tindakan terhadap murid melalui amaran lisan. Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan enam prinsip utama antaranya ialah prinsip kelima iaitu berdisiplin dan beradab. Gur perlu menjada disiplin dan menjaga adab tatasusila mereka semasa berada di sekolah, sama ada ketika mengajar, menjalankan tindakan, berkomunikasi dengan warga sekolah, menjalankan aktiviti dan berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah. Perlunya menjaga adab semasa melakukan perkara-perkara berkenaan. Dalam hal memukul murid, tindakan ini dilabel sebagai tindakan guru yang tidak beradab dan tidak profesional semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru. Ia menjejaskan kredibiliti guru dan merendahkan imej keguruan di mata masyarakat. Guru akan dilabel sebagai samseng sekolah jika isu memukul murid berterusan berlaku. Guru perlu menjaga adab dan etika keguruan. Fikiran yang waras semasa bertugas adalah kunci kepada kejayaan guru. Adakah perlu untuk memukul murid? ;Atau hanya perlu memberi amaran kepada mereka dan mengadakan program pemulihan akhlak kepada mereka. Semua ini ada dalam fikiran guru. Guru yang profesional mempunyai sifat rajin dan peka terhadap murid-murid. Ee Ah Meng (2003) mengatakan guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para murid dan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif dalam kalangan murid.
  • 10. 10 Sifat rajin membawa maksud rajin untuk memberi tunjuk ajar kepada murid serta peka terhadap keperluan mereka. Andai kata guru memukul murid kerana murid bersikap kurang ajar dan mengajuk percakapan guru di dalam kelas, kerana guru mengajar murid secara sambil lewa dan hanya berbantukan papan hitam semata-mata. Adakah ini kesalahan yang dilakukan oleh murid? Guru-guru pelatih diberikan latihan selama lima tahun setengah di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, untuk mereka mendalami dan menguasai kaedah pengajaran, psikologi pendidikan serta cara mengawal kelas. Kebanyakan guru yang terlibat dengan isu memukul murid adalah guru yang bukan berasal daripada produk institut perguruan. Mereka kurang kesedaran terhadap tindakan yang dilakukan kepada murid dan kurang memahami Kod Etika dan Akauntabiliti Keguruan. Pernyataan yang dilemparkan tadi bukan bertujuan untuk merendahkan guru yang berasal bukan daripada produk institut perguruan, tetapi guru yang dilatih di institut pendidikan guru merupakan guru yang mantap dari segi sahsiah, ilmu dan pemikiran. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia melatih guru di institut pendidikan guru adalah suatu tindakan yang terpuji dan memberi manfaat kepada bidang pendidikan negara. Selain daripada itu, para guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu keagamaan. Sebagaimana yang dituntut dalam setiap agama, bahawa sifat sabar adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan. Isu guru memukul murid kerana kurang rasa sabar terhadap kerenah murid dapat dihindar dan guru dapat menasihati murid agar tidak mengulangi kesalahan di masa akan datang. Bukan semua guru mempunyai sifat sabar yang tinggi terhadap anak didik mereka, namun guru yang sentiasa bersabar akan kerenah murid mereka akan dikenang dan disanjung apabila murid tersebut dewasa kelak. Guru yang bertindak memukul murid hanya akan mengundang perasaan dendam mereka terhadap guru dan menimbulkan kemarahan ibu bapa mereka. Guru yang memukul murid kerana murid membuat bising semasa guru mengajar dan tidak menghantar kerja sekolah dapat diatasi apabila guru bersikap baik dan mengambil berat akan mereka. Terdapat guru yang tidak mengendahkan murid mereka, dan hanya melakukan pengajaran semata-mata di dalam kelas, serta tidak melakukan komunikasi dua hala bersama murid.
  • 11. 11 Murid yang tidak faham akan pengajaran guru terpaksa mendengar isi pelajaran yang disampaikan oleh guru, menyebabkan lama-kelamaan mereka berasa bosan dan mula mengganggu rakan-rakan mereka. Situasi tersebut berterusan dan seterusnya menimbulkan kebisingan di dalam kelas sewaktu guru sedang mengajar. Guru yang sedang mengajar di hadapan kelas hilang sabar dan terus memukul murid kerana bermain sewaktu guru sedang mengajar di hadapan. Oleh yang demikian, perlu dinilai kembali pengajaran yang dilakukan oleh guru terhadap murid. Kaedah pengajaran yang pelbagai dan menimbulkan rasa seronok dalam kalangan murid amat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping murid mendapat ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru, mereka juga seronok dan berminat untuk belajar bersama dengan guru. Murid juga dapat berkomunikasi dengan memberi pendapat mereka kepada guru. Elakkan daripada hanya menggunakan papan hitam sahaja sebagai medium pengajaran kerana murid akan berasa bosan apabila melihat perkara yang sama berulang-ulang kali. Guna kaedah dan teknik pengajaran yang berlainan setiap kali melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Elakkan murid berasa bosan dengan menggunakan pengajaran yang sama. Pemilihan kaedah atau teknik pengajaran yang tepat juga dapat meningkatkan prestasi dan kefahaman murid dalam pembelajaran berbanding dengan hanya berbantukan papan hitam. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk mengajar murid. Sufean (1996) menyatakan profesionalisme keguruan merujuk kepada sifat yang ada dalam diri seseorang guru untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, akautabiliti, kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Bukan semua aktiviti dalam pembelajaran perlu menggunakan papan hitam dan papan hitam pula tidak boleh digunakan setiap masa sepanjang proses pengajaran guru. Lakukan aktiviti lakonan, simulasi, main peranan, perbincangan kumpulan, nyanyian, tayangan video dan model 3-Dimensi untuk menarik perhatian murid untuk menumpukan terhadap pengajaran guru. Dengan itu, tiada lagi murid akan bermain dan mengganggun rakan mereka sewaktu mengikuti pengajaran guru lantas tiada kebisingan yang berlaku dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Kawalan kelas juga lebih mudah apabila murid berada dalam keadaan terkawal dan tidak bising.
  • 12. 12 Refleksi Setelah melakukan tugasan asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru, banyak maklumat yang dapat saya perolehi hasil pembacaan serta penulisan tugasan ini. Perlunya guru mempunyai kepimpinan yang baik agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada murid memandangkan guru merupakan ‘role model’ kepada mereka. Pelbagai isu yang timbul dalam kalangan guru dan profesion keguruan masa kini yang menjejaskan imej dan kredibiliti para guru. Tindakan-tindakan negatif yang dilakukan oleh sebilangan guru seperti memukul murid, mengurung murid serta mencederakan murid menyebabkan seluruh institusi keguruan dipalit dengan kontroversi. Kredibiliti dan akauntabiliti guru dipersoal apabila mereka bertindak dengn sesuka hati terhadap murid hingga mendatangkan kecederaan malah kematian terhadap murid. Peraturan mengenakan tindakan telah diwartakan dalam pekeliling oleh para guru, tetapi kejadian memukul murid yang terjadi ini menandakan bahawa guru tidak mematuhi pekeliling yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah menamatkan tugasan ini, saya menyedari bahawa tugas menjadi seorang guru amat mencabar. Guru perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam melayani kerenah murid dan tidak mudah naik angin terhadap tindakan yang dilakukan oleh murid. Pelbagai cara lain yang boleh dikenakan terhadap murid yang berbuat salah selain daripada memukul murid. Hanya dengan membuat bising murid dipukul oleh guru. Ini menunjukkan guru telah kehilangan sifat profesional mereka dalam menjalankan tugas. Memukul murid dengan sesuka hati boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka. Untuk merotan murid, perlunya guru untuk mendapat kelulusan dan kebenaran daripada guru besar sekolah terlebih dahulu. Kebanyakan daripada guru tidak mengendahkan perkara ini dan mereka mendenda murid mengikut sesuka hati mereka tanpa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, guru yang melakukan tindakan yang tidak mendapat kebenaran daripada guru besar sekolah adalah salah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
  • 13. 13 Selain daripada itu, setelah menamatkan tugasan ini saya dapat mengenalpasti cara-cara untuk menjadi guru yang baik dan mengikut kod etika keguruan. Guru perlu patuh terhadap kod etika berkenaan dan menyediakan perkhidmatan sebagai guru dengan cara yang paling baik kepada klien iaitu murid. Tiada kekasaran yang boleh dilakukan guru terhadap murid. Guru juga perlu menghormati murid dan mengetahui punca murid bermasalah, dan bukan hanya sewenang-wenangnya menghukum murid. Hormat-menghormati adalah perlu antara guru dan murid. Murid sentiasa memberi ucapan salam kepada guru dan guru sentiasa mengambil berat terhadap murid dengan selalu bertanyakan diri mereka. Isu guru memukul murid perlu dihapuskan segera oleh pihak atasan dan KPM. Ini penting untuk memartabatkan kembali profesion keguruan di mata masyarakat. Guru terkenal dengan sifat baik hati dan pemurah, dan jika keadaan negatif tadi berterusan, guru akan diberi pula gelaran pemarah dan pembengis. Apabila gelaran tersebut diberikan oleh masyarakat kepada guru, ia menandakan masyarakat sudah tidak memandang tinggi akan profesion keguruan dan tidak akan menghormati guru. Saya menyedari bahawa bidang keguruan perlu dijulang kembali dengan guru mematuhi kod etika keguruan. Guru perlu peka dan prihatin terhadap perkembangan murid. Oleh sebab itu, perlunya tindakan dikenakan terhadap guru yang bersikap kejam dan memukul murid tanpa usul periksa dengan teliti. Mahu atau tidak, guru perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi sebelum menghukum murid. Memberi hukuman kepada murid juga mempunyai batasnya iaitu merotan murid setelah mereka melakukan kelasalahan serius sahaja. Manakala kesalahan yang ringan, murid hanya diberikan amaran oleh guru.
  • 14. 14 Bibliografi Buku rujukan Ahmad Subki bin Miskon & Syed Ismail bin Syed Mustafa (2010) Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (2003). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Institut Tadbiran Awam Negara (1994).Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. INTAN. Kuala Lumpur Mahathir Mohamad (2001). Ucapan Perasmian Kongres Pendidikan Melayu Pertama, Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Leech, Geoffrey. (1983). Prinsip-prinsip pragmatik. Jakarta: Universitas Indonesia Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
  • 15. 15 Laman Web Dipetik daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/guru-pukul-murid- didakwa-1.36431 Dipetik daripada http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view = article &id=383&Itemid=124&lang=bm Dipetik daripada http://www.moe.gov.my/ Dipetik daripada file:///C:/Users/Lenovo/Desktop/Berita%20Harian%20% 20%20 Profesion %20perguruan%20patut%20dimartabat.htm DIpetik daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Cikguambilnyawa/Article Dipetik daripada http://www.sabahforum.com/forum/current-issues/topic896.html Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y=2011&dt=0310 &pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm Dipetik daripada http://skkolapisbeluran.tripod.com/id71.html
  • 17. 17
  • 20. 20