2. LATAR BELAKANG
Lahir di Great Britain dan USA dalam tahun 50-
an
Dipelopori oleh Reymond Firth
Teori: “makna dalam kontek”( makna
ditentukan oleh keadaan atau konteks situasi.
Contoh: “Cantik”
jika diucapkan dalam nada tenang bermaksud
elok, comel, tetapi jika diucapkan dengan nada
marah atau geram mungkin bermaksud
sindiran atau perli
3. APA DIA WACANA
Wacana adalah unit bahasa yang
melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh
terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, bab,
buku, cerita, siri buku, surat khabar dan
sebagainya yang memperlihatkan
hubungan dan perkembangan fikiran
yang berurutan.
Dengan perkataan lain wacana adalah
satu satuan bahasa yang lengkap
4. CIRI-CIRI SEBUAH WACANA
Tiap-tiap wacana mesti ada tujuan.
Jika tujuan penutur untuk memperolehi
maklumat, maka ayat yang timbul ialah ayat
tanya. Jika tujuan untuk melakukan sesuatu
perbuatan atau arahan maka ayat yang akan
timbul ialah ayat perintah.
Wacana mesti berlandaskan hubungan
diantara penutur dengan pendengar (lisan) dan
penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan.
Hubungan dan kedudukan penutur dalam
masyarakat. Hal ini akan menimbulkan gaya
wacana sama ada gaya formal atau tidak.
mempunyai ciri “unsur susun atur”
5. Tiap-tiap ayat dalam sebuah wacana perlu
mempunyai satu maklumat daripada ayat
sebelumnya.
Tidak boleh memasukkan maklumat yang
berlawanan dengan logik akaliah.
CIRI-CIRI SEBUAH WACANA
6. Keutuhan sesebuah wacana dapat dilihat
daripada wujudnya hubungan dari aspek:
Semantik
Leksikal
Gramatikal
Fonologis
KEUTUHAN WACANA
7. Hubungan sebab dan akibat
a) Hubungan sebab dan akibat
contoh: Dia sangat mengantuk. Dia tertidur
b) Hubungan sebab dan tujuan
contoh: Murid ini rajin belajar. Ia mahukan
kejayaan yang cemerlang.
c) Hubungan perbandingan
contoh: Dia kaya. Kakaknya lebih kaya lagi
WACANA DARI ASPEK SEMANTIK
8. Sinonim atau ekuivalensi leksikal
contoh:
Kami menolak permohonannya. Penolakan
ini berasaskan kepada pertimbangan yang
wajar.
Antonim
contoh:
Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara
WACANA DARI ASPEK LEKSIKAL
9. Kata penghubung
Ia digunakan untuk menghubungkan antara
kata dengan kata.
Contoh:
dan, atau, tetapi, kerana dan lain-lain
Elipsis
Pelenyapan satu bahagian
contoh:
Memang. (Sepatutnya: memang, saya telah
menyebelahi pihaknya.
WACANA DARI ASPEK
GRAMATIKAL
10. Hubungan ini dapat dilihat daripada hentian
atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah
tekanan dan nada suara. Unsur-unsur ini juga
boleh menimbulkan hubungan semantik antara
bahagian-bahagian wacana.
Contoh:
perkataan “Duduk” jika diucapkan dengan nada
lembut, bermaksud jemputan tetapi jika disebut
dengan nada yang keras, ia mempunyai
maksud kemarahan atau perintah yang tidak
boleh dilawan.
WACANA DARI ASPEK FONOLOGIS