Warna merupakan tindak balas cahaya ke atas permukaan objek yang dapat dilihat melalui indera mata. Terdapat tiga jenis warna utama iaitu warna asas, sekunder dan tertier. Warna asas tidak dapat dihasilkan daripada pencampuran warna manakala warna sekunder dan tertier dihasilkan daripada pencampuran warna asas. Warna juga mempunyai suhu yang memberi kesan terang atau redup kepada mata.