Dokumen tersebut membincangkan aspek-aspek perancangan reka bentuk antara muka pengguna sistem komputer agar mudah difahami dan digunakan oleh pengguna. Ia menyentuh topik seperti psikologi kognitif pengguna, persepsi visual, warna, bunyi, dan susunan maklumat untuk memudahkan interaksi manusia-komputer.
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan
1. Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan
Ahmad Jimizamri bin Mohd Zuki
SJKC Batu Sembilan Cheras, Selangor
(sumber : Interaksi Manusia Komputer, Dr. Nor Faezah Mohd Yatim, UKM Bangi)
2. KEPENTINGAN MEMAHAMI PEMBINAAN REKABENTUK
SISTEM KOMPUTER DARI ASPEK KEMANUSIAAN ;
1. ASPEK PSIKOLOGI KOGNITIF
- sumber maklumat tentang perlakuan manusia.
- kenal pasti permasalahan pengguna
- sokongan dengan permodelan kaedah dan alat bantu
2. PENGETAHUAN SOSIAL
- sumber tentang konteks penggunaan
- jenis sistem komputer yang diperlukan
3. PENGETAHUAN ORGANISASI
- model struktur dan proses organisasi
- kenal pasti masalah yang menghalang penggunaan optimal
- kaedah pengorganisasian untuk mereka bentuk dan menilai
3. PERSEPSI VISUAL ;
- Merupakan asas interaksi antara komputer dengan pengguna
- Menentukan samada pengguna berminat atau tidak terhadap
perisian
ASPEK PENGLIHATAN
- Menggunakan penglihatan mata sebagai objek perantara
- 2 ciri utama cahaya yang memasuki anak mata, iaitu
kecerahan (intensiti) dan warna
- perlu elak penggunaan perwakilan yang mengelirukan
(dikenali sebagai ilusi optik)
- kawasan penglihatan penting bagi menentukan saiz,
susun atur dan kawalan pada paparan
- pergerakan kepala yang banyak boleh merimaskan dan
memenatkan kepala kerana perlu kerap fokus kepada
sesuatu objek
4. ASPEK WARNA DAN KECERAHAN
- 3 komponen yang membentuk warna ;
a). Hiu (Hue) – merupakan jarak gelombang sesuatu warna
- terdiri daripada 2 bahagian warna (primer dan sekunder)
- warna dalam hiu primer ialah merah, biru, dan hijau
- warna sekunder dihasilkan daripada kombinasi warna
primer
b). Intensiti – ukuran kecerahan sesuatu warna ditentukan
oleh pantulan cahaya warna tersebut
- merupakan sesuatu yang subjektif dan tidak boleh
diukur dengan tepat
- dinyatakan sebagai kuat, sederhana atau lemah
c). Tepu – kepekatan sesuatu dipengaruhi oleh unsur warna
putih dalam warna tersebut
- tahap ketepuan warna adalah cerah, gelap, terang,
dan pudar
5. CAHAYA LATAR BELAKANG ( CONTRAST ) ;
- Objek yang berwarna terang dengan latar belakang yang
berwarna gelap
- Warna panas ( merah, jingga, kuning ) – cepat memenatkan
mata kerana pantulan spektrumnya
- Warna sejuk ( biru dan hijau ) – menenangkan dan merehatkan
minda
- Fenomena buta warna – suatu keadaan di mana seseorang
tidak dapat membezakan antara warna merah dengan hijau
( tidak boleh diletakkan bersebelahan )
6. BUNYI DAN PENDENGARAN ;
- digunakan dalam sistem komputer untuk menarik perhatian,
memberi amaran atau sebagai maklum balas
- contoh bunyi – suara percakapan dan muzik
- bunyi yang keterlaluan hanya mengganggu pengguna
- aplikasi yang sesuai menggunakan bunyi sebagai tindakan
maklum balas atau output adalah ;
a). Aplikasi yang mana bunyi sebagai pelengkap
b). Aplikasi bagi pengguna buta atau rabun
c). Bunyi diperlukan sebagai data
d). Animasi
e). Permainan komputer
- bunyi mesti mempunyai perbezaan dan tidak mengelirukan
- bunyi sesuai digunakan kerana manusia lebih sensitif kepada
rangsangan bunyi daripada rangsangan penglihatan
- bunyi yang keterlaluan boleh merimaskan dan mengganggu
7. PERTIMBANGAN REKA BENTUK ;
1). PILIHAN DAN KOMBINASI WARNA
- manusia biasa hanya boleh bezakan dengan tepat 8 – 10 warna
- kawasan di luar fokus visual, mata lebih sensitif kepada warna
biru ( sesuai dijadikan latar belakang-bagi paparan besar )
- mata kurang sensitif kepada perubahan dalam warna biru dan
lebih sensitif kepada perubahan dalam warna merah
- warna merah sesuai digunakan sebagai amaran atau menarik
perhatian ( seperti menanda kesalahan )
- kombinasi warna merah dan biru cepat memenatkan mata
- warna panas seperti merah dan kuning akan menampakkan
sesuatu objek kelihatan lebih dekat
8. - warna sejuk seperti biru dan hijau menyebabkan sesuatu objek
kelihatan lebih jauh
- orang yang buta warna tidak dapat melihat perbezaan antara
warna merah dan hijau ( elak digunakan dalam satu paparan )
- orang tua kurang sensitif kepada warna biru ( lebih sesuai
dengan warna monokrom, iaitu hitam dan putih ) – ditambah
dengan teknik perhatian lain seperti bunyi, kerlipan atau
animasi
9. SUSUN ATUR MAKLUMAT PADA PAPARAN ;
- mengelakkan pergerakan mata pengguna yang banyak bagi
mencari maklumat
- reka bentuk yang baik adalah ;
1. tidak mempamerkan terlalu banyak maklumat pada paparan
2. tidak mempamerkan terlalu sedikit maklumat pada paparan
3. maklumat yang berkaitan dikumpulkan dalam satu kumpulan
4. susunan yang bermakna
5. maklumat yang penting berada pada bahagian utama
6. maklumat yang kurang penting berada pada bahagian yang lain
7. bahagian yang tidak aktif disembunyikan