SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 12
Disediakan oleh;


Dayang Siti Hafsah bt Awang Ahet

        D20102046746
Infomartion Berguna Matematik
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Matematik

    Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang,
termasuklah sains semulajadi , kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan satu
cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi
inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus
kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori
permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang
khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi
yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui


    Matematik sememangnya satu yang sukar dan memerlukan penelitian dan pemahaman
sehalus-halusnya terutamanya kepada segolongan pelajar yang lemah. Ia menjadii satu
kesulitan dalam proses penguasaannya apabila pelajar lemah dalam konsep dan fakta asasnya.
Fakta asas ini menjadi satu ketetapan yang harus dikuasai sebaik-baiknya sebelum pelajar
didedahkan kepada soalan-soalan yang mememerlukan dan melibatkan kaedah serta langkah
penyelesaian yang lebih rumit lagi secara keseluruhannya.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan
asas kemahiran adalah yang paling utama sekali. Pemahaman dan penguasaan asas yang
kukuh dan mantap sesungguhnya akan membantu pelajar untuk mengikuti dan seterusnya
memahami isi pelajaran atau kemahiran yang seterusnya yang nyata akan lebih sukar
berbanding pada yang asasnya. Justeru fakta asas yang mudah dalam empat operasi perlu
dikuasai sepenuhnya oleh para pelajar.

    Matematik menjadi satu matapelajaran yang boleh dianggap sukar bagi segolongan pelajar.
Ketelitian dan kefahaman yang sebaiknya diperlukan dalam usaha untuk menguasai
pembelajaran Matematik. Bermula dari penguasaan satu kemahiran asas yang paling ringkas
sehingga kepada kemahiran yang semakin sukar. Asas yang kukuh dan mantap membantu
melancarkan proses pembelajaran pelajar yang seterusnya. Kemahiran yang telah dikuasai
memudahkan pelajar menerokai dan mendalami kemahiran yang lain.

    Peranan dan tugas     guru Matematik sememangnya sukar dan mencabar. Memerlukan
tahap kecekapan yang tinggi untuk menyampaikan yang terbaik kepada para pelajar. Perlu
sentiasa berusaha untuk menjadikan Matematik sesuatu yang seronok untuk dipelajari.
Menjadikan Matematik sebagai kesukaan dan kegemaran pelajar secara keseluruhannya.
Menggalakkan pelajar untuk berasa seronok dan teruja dalam mempelajari Matematik.
Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah
dan menyeronokan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar
(pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para
pendidik matematik.

    Sesungguhnya pendidik Matematik yang berjaya mestilah mampu untuk :

      mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh mencacatkan
      proses pengajaran dan pembelajaran
      menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa pengembangan
      konsep atau dalam aktiviti penyelesaian masalah.
      mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ( masalah pembelajaran,
      emosi, fizikal, disiplin dan sebagainya )
      menggunakan konsep matematik dengan tepat, sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
      mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang berbeza dari
      segi tahap pencapaian dan minat terhadap matematik
      menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses
      pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas, tidak tertekan serta berani
      menjawab dan mengemukakan sebarang pandangan dan kemusykilan
      memberi motivasi kepada pelajar agar mereka mempunyai minat dan semangat untuk
      mempelajari matematik
      mengembang sikap positif pelajar terhadap matematik serta menghayatinya dalam
      kehidupan seharian
      mengenalpasti teknik pengajaran terbaik yang mampu mencapai objektif yang digariskan.
      menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.
Infomartion Berguna Matematik
Pengayaan dan Pemulihan Dalam Matematik

       Sesungguhnya aktiviti pengayaan dan pemulihan perlu dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah. Aktiviti yang perlu dijalankan secara
berterusan dan berkesinambungan dalam meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian
pelajar dalam Matematik. Aktiviti pengayaan dan pemulihan yang dijalankan adalah sebagai
usaha yang berterusan untuk melihat tahap kebolehan pelajar dalam menguasai kemahiran-
kemahiran dalam Matematik.

       Guru perlu melaksanakan aktiviti pengayaan dan pemulihan kepada para pelajar.
Dengan ini guru dapat menilai secara lebih jelas lagi keupayaan dari segir kekuatan dan
kelemahan pelajar dalam mempelajari Matematik ini. Guruboleh melakukan penegasan dan
penekanan secara lepbih terperinci apabila telah berjaya mengenalpasti dan mengesan
kekuatan ataupun kelemahan para pelajarnya.

Aktiviti pengayaan mestilah dapat:

       Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah
       Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi menyeluruh
       Mengembangkan daya kreativiti pelajar
       Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
       kehidupan seharian.

Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar :

       Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari
       Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau yang
       sebelumnya
       Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira )
       Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik /
       konsep
       Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain.
       Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah mental
       (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi (psikologi).
Infomartion Berguna Matematik
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran



CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU:

   Guru memainkan peranan penting
   Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
   Kepimpinan guru secara autokratik
   Pencapaian objektif guru diutamakan
   Penyebaran       ilmu    pengetahuan          lebih   diutamakan   daripada   penyuburan   nilai
   murni/perkembangan emosi.
   Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
   Interaksi di antara murid adalah pasif.
   Kaedah keseluruhan kelas.
   Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
   Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita,
   keseluruhan kelas.



CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID :

   Murid memainkan peranan penting
   Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
   Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
   objektif pencapaian murid diutamakan
   perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
   Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
   Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
   Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-
   menolong)
   Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
   Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
   Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian
   masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.
CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN :

  Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai
  objektif pengajaran.
  Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
  Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
  Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman
  dan berdikari.
  Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
  Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah
  kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
  Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
  Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam
  pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.



PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN

     Penggabungjalinan
         o   Proses penyampaian beberapa kemahiran
         o   Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira,
             mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb.
         o   Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu
         o   Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa
         o   Ciri-ciri gabugjalin:
                      Integrasi beberapa kemahiran
                      Prosesnya bersepadu dan menyeluruh
                      Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
                      Kemahiran utama menjadi fokus
                      Organisasi kemahiran fleksibel
                      Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.
         o   Cara mengguna gabungjalin
                      Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan
                      Kemahiran utama diberi fokus
                      Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan
                       kemahiran utama
                      Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran,
                       kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran
   Strategi    penggabungjalinan     kemahiran     hendaklah    dirancangkan
                   berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.
                  Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap
                   kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara
                   lojikal.
     Penyerapan
        o   Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih
            mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran
        o   Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran
            bahasa.
        o   Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan
            dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.
        o   Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu
            dalam Sains /Kajian Tempatan.
        o   Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum,
            kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal.
        o   Ciri-ciri penyerapan :
                  Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan
                  Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran
                  Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel
                  Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan
                  Proses      penyerapan   boleh    berlaku     serentak   dengan    proses
                   penggabungjalinan.



PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

     Mengumpul        dan      mentafsir    maklumat-maklumat        kemudian        membuat
     generalisasi/kesimpulan
     Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus
     Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama
     Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat
     generalisasi/kesimpulan
     Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif
     Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains
        o   Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu
        o   Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang
o   Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang
               untuk bernafas.
       Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
           o   Sediakan contoh-contoh yang sesuai
           o   Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan
           o   Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
           o   Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama
           o   Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.
           o   Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama
           o   Guru tidak harus memberi contoh sekaligus
           o   Sediakan alat bantu mangajar
           o   Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh.
           o   Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa
               kepada kesimpulan umum.



PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF

       Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid
       perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih
       rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi
       pada contoh-contoh khusus.
       Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
       Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
       Proses pengajaran:
           o   Prinsip/rumus
           o   Kaedah deduktif
           o   Aplikasi rumus/prinsip
           o   Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.
           o   Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal,
           o   Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi
               mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.




PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF

o   Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur
o   Gabungan pendekatan digunakan
o   Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif
o   Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik
o   Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
o   Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan



PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK

       Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum
       Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan
          o   kumpulan pelbagai kebolehan
          o   sama kebolehan
       Tema yang sama dibincangkan oleh
          o   kumpulan pelbagai kebolehan
          o   sama kebolehan
       Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi
          o   kumpulan pelbagai kebolehan
          o   sama kebolehan
       Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan
       Membuat rumusan


PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI

       Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap
       Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan
       Faktor pencapaian murid:
          o   Kebolehan asas
          o   Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran
          o   Kebolehan memahami pengajaran
          o   Daya usaha pembelajaran berterusan
          o   Masa pembelajaran
       Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.
       Pilih kaedah & teknik yng berkesan
       Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan
       objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.
       Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran
       Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Unit 10 perancangan p&p
Unit 10 perancangan p&pUnit 10 perancangan p&p
Unit 10 perancangan p&pAminah Rahmat
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranNazri Halim
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteriinovatifinsan
 
Model pembelajaran matematika
Model pembelajaran matematikaModel pembelajaran matematika
Model pembelajaran matematikamerisnuspita
 
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi PengjaranModul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaranfikratulhaq
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuYusri Sairi
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
Pendekatan pengajaran 1
Pendekatan pengajaran 1Pendekatan pengajaran 1
Pendekatan pengajaran 1Aslah Zakadi
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep TeknikPedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep TeknikNineZero
 
Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranshare with me
 

La actualidad más candente (20)

Unit 10 perancangan p&p
Unit 10 perancangan p&pUnit 10 perancangan p&p
Unit 10 perancangan p&p
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaran
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
 
Model pembelajaran matematika
Model pembelajaran matematikaModel pembelajaran matematika
Model pembelajaran matematika
 
Ciri ciri guru_sejarah
Ciri ciri guru_sejarahCiri ciri guru_sejarah
Ciri ciri guru_sejarah
 
Contoh ptk paud
Contoh ptk paudContoh ptk paud
Contoh ptk paud
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
 
Hbml 4303
Hbml 4303Hbml 4303
Hbml 4303
 
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi PengjaranModul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Pendekatan pengajaran 1
Pendekatan pengajaran 1Pendekatan pengajaran 1
Pendekatan pengajaran 1
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep TeknikPedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
 
Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaran
 

Destacado

Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)firo HAR
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahAminah Rahmat
 
Konsep awal matematik
Konsep awal matematikKonsep awal matematik
Konsep awal matematikNana Rais
 
κλιματικες αλλαγες2
κλιματικες αλλαγες2κλιματικες αλλαγες2
κλιματικες αλλαγες2theoxri
 
The elements requirement sheet 2012
The  elements requirement sheet 2012The  elements requirement sheet 2012
The elements requirement sheet 2012Esther Herrera
 
Cv geert/uw klusjesman!
Cv geert/uw klusjesman!Cv geert/uw klusjesman!
Cv geert/uw klusjesman!Geertleensen
 
מיתוג ועיצוב לתחום הייטק חברות טכנולוגיה
מיתוג ועיצוב לתחום הייטק חברות טכנולוגיהמיתוג ועיצוב לתחום הייטק חברות טכנולוגיה
מיתוג ועיצוב לתחום הייטק חברות טכנולוגיהTitan
 
Tugas mekatronika perancangan mesin automatic white bengkoang selector muhama...
Tugas mekatronika perancangan mesin automatic white bengkoang selector muhama...Tugas mekatronika perancangan mesin automatic white bengkoang selector muhama...
Tugas mekatronika perancangan mesin automatic white bengkoang selector muhama...muhammad khoirul huda
 
Twitter's Redesign - Survival of the Fittest
Twitter's Redesign - Survival of the FittestTwitter's Redesign - Survival of the Fittest
Twitter's Redesign - Survival of the FittestDiëp Lang
 
London Conference - Carol Tavernier - Why and how we did it and what we learned
London Conference - Carol Tavernier - Why and how we did it and what we learnedLondon Conference - Carol Tavernier - Why and how we did it and what we learned
London Conference - Carol Tavernier - Why and how we did it and what we learnedAssociation of University Administrators
 
La fira als restaurants
La fira als restaurantsLa fira als restaurants
La fira als restaurantsFira del Gall
 
презентация1.ppt для отчета
презентация1.ppt для отчета презентация1.ppt для отчета
презентация1.ppt для отчета Natalia Savchenko
 
Personality, sex and computer mediated communication through the internet
Personality, sex and computer mediated communication through the internetPersonality, sex and computer mediated communication through the internet
Personality, sex and computer mediated communication through the internetKrishna De
 

Destacado (20)

Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendah
 
Konsep awal matematik
Konsep awal matematikKonsep awal matematik
Konsep awal matematik
 
Baltic Cities Environmental bulletin 2/2011
Baltic Cities Environmental bulletin 2/2011Baltic Cities Environmental bulletin 2/2011
Baltic Cities Environmental bulletin 2/2011
 
κλιματικες αλλαγες2
κλιματικες αλλαγες2κλιματικες αλλαγες2
κλιματικες αλλαγες2
 
The elements requirement sheet 2012
The  elements requirement sheet 2012The  elements requirement sheet 2012
The elements requirement sheet 2012
 
Zimni svetlo
Zimni svetloZimni svetlo
Zimni svetlo
 
Cv geert/uw klusjesman!
Cv geert/uw klusjesman!Cv geert/uw klusjesman!
Cv geert/uw klusjesman!
 
מיתוג ועיצוב לתחום הייטק חברות טכנולוגיה
מיתוג ועיצוב לתחום הייטק חברות טכנולוגיהמיתוג ועיצוב לתחום הייטק חברות טכנולוגיה
מיתוג ועיצוב לתחום הייטק חברות טכנולוגיה
 
Tugas mekatronika perancangan mesin automatic white bengkoang selector muhama...
Tugas mekatronika perancangan mesin automatic white bengkoang selector muhama...Tugas mekatronika perancangan mesin automatic white bengkoang selector muhama...
Tugas mekatronika perancangan mesin automatic white bengkoang selector muhama...
 
Proiect de lectie
Proiect de lectieProiect de lectie
Proiect de lectie
 
Twitter's Redesign - Survival of the Fittest
Twitter's Redesign - Survival of the FittestTwitter's Redesign - Survival of the Fittest
Twitter's Redesign - Survival of the Fittest
 
Sistem informasi
Sistem informasiSistem informasi
Sistem informasi
 
London Conference - Carol Tavernier - Why and how we did it and what we learned
London Conference - Carol Tavernier - Why and how we did it and what we learnedLondon Conference - Carol Tavernier - Why and how we did it and what we learned
London Conference - Carol Tavernier - Why and how we did it and what we learned
 
SEO 101
SEO 101SEO 101
SEO 101
 
La fira als restaurants
La fira als restaurantsLa fira als restaurants
La fira als restaurants
 
презентация1.ppt для отчета
презентация1.ppt для отчета презентация1.ppt для отчета
презентация1.ppt для отчета
 
Hämeenlinna: Integrating the climate work into the city strategies
Hämeenlinna: Integrating the climate work into the city strategiesHämeenlinna: Integrating the climate work into the city strategies
Hämeenlinna: Integrating the climate work into the city strategies
 
Padova: Integrated climate strategies
Padova: Integrated climate strategiesPadova: Integrated climate strategies
Padova: Integrated climate strategies
 
Personality, sex and computer mediated communication through the internet
Personality, sex and computer mediated communication through the internetPersonality, sex and computer mediated communication through the internet
Personality, sex and computer mediated communication through the internet
 

Similar a Infomartion Berguna Matematik

Cabaran tugasan ppg kemahiran dalam matematik
Cabaran   tugasan ppg kemahiran dalam matematikCabaran   tugasan ppg kemahiran dalam matematik
Cabaran tugasan ppg kemahiran dalam matematikSivarajah Barath
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarcikgufoo
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajarbaharnizam
 
Kaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismalizaKaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismalizacikgunis
 
17468513 prinsip-nctm
17468513 prinsip-nctm17468513 prinsip-nctm
17468513 prinsip-nctmshare with me
 
Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013bib bibah
 
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.docx
Strategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.docxStrategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.docx
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.docxZukét Printing
 
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.pdf
Strategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.pdfStrategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.pdf
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.pdfZukét Printing
 
PdPc Abad Ke-21.pptx
PdPc Abad Ke-21.pptxPdPc Abad Ke-21.pptx
PdPc Abad Ke-21.pptxssusera684a31
 
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...Alorka 114114
 
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. SaufiBME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufiartventure ipkt
 
Strategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganStrategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganMamat Jemi
 
5572516 konsep-5 p-dalam-kbsr
5572516 konsep-5 p-dalam-kbsr5572516 konsep-5 p-dalam-kbsr
5572516 konsep-5 p-dalam-kbsrThilaka Muniyandi
 
Pemilihan media dr int
Pemilihan media dr intPemilihan media dr int
Pemilihan media dr intmardyansofian
 
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Muhamad Yusup
 

Similar a Infomartion Berguna Matematik (20)

Cabaran tugasan ppg kemahiran dalam matematik
Cabaran   tugasan ppg kemahiran dalam matematikCabaran   tugasan ppg kemahiran dalam matematik
Cabaran tugasan ppg kemahiran dalam matematik
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajar
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
 
tutorial NCTM
tutorial NCTMtutorial NCTM
tutorial NCTM
 
Kaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismalizaKaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismaliza
 
17468513 prinsip-nctm
17468513 prinsip-nctm17468513 prinsip-nctm
17468513 prinsip-nctm
 
penulisan ilmiah
penulisan ilmiahpenulisan ilmiah
penulisan ilmiah
 
Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013
 
Cara Mengajar Efektif
Cara Mengajar EfektifCara Mengajar Efektif
Cara Mengajar Efektif
 
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.docx
Strategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.docxStrategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.docx
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.docx
 
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.pdf
Strategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.pdfStrategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.pdf
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.pdf
 
PdPc Abad Ke-21.pptx
PdPc Abad Ke-21.pptxPdPc Abad Ke-21.pptx
PdPc Abad Ke-21.pptx
 
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
 
LK 3.1 Best practice.pdf
LK 3.1 Best practice.pdfLK 3.1 Best practice.pdf
LK 3.1 Best practice.pdf
 
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. SaufiBME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
 
Strategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabunganStrategi pembelajaran gabungan
Strategi pembelajaran gabungan
 
5572516 konsep-5 p-dalam-kbsr
5572516 konsep-5 p-dalam-kbsr5572516 konsep-5 p-dalam-kbsr
5572516 konsep-5 p-dalam-kbsr
 
Pemilihan media dr int
Pemilihan media dr intPemilihan media dr int
Pemilihan media dr int
 
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
 

Infomartion Berguna Matematik

  • 1. Disediakan oleh; Dayang Siti Hafsah bt Awang Ahet D20102046746
  • 3. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Matematik Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semulajadi , kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui Matematik sememangnya satu yang sukar dan memerlukan penelitian dan pemahaman sehalus-halusnya terutamanya kepada segolongan pelajar yang lemah. Ia menjadii satu kesulitan dalam proses penguasaannya apabila pelajar lemah dalam konsep dan fakta asasnya. Fakta asas ini menjadi satu ketetapan yang harus dikuasai sebaik-baiknya sebelum pelajar didedahkan kepada soalan-soalan yang mememerlukan dan melibatkan kaedah serta langkah penyelesaian yang lebih rumit lagi secara keseluruhannya. Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan asas kemahiran adalah yang paling utama sekali. Pemahaman dan penguasaan asas yang kukuh dan mantap sesungguhnya akan membantu pelajar untuk mengikuti dan seterusnya memahami isi pelajaran atau kemahiran yang seterusnya yang nyata akan lebih sukar berbanding pada yang asasnya. Justeru fakta asas yang mudah dalam empat operasi perlu dikuasai sepenuhnya oleh para pelajar. Matematik menjadi satu matapelajaran yang boleh dianggap sukar bagi segolongan pelajar. Ketelitian dan kefahaman yang sebaiknya diperlukan dalam usaha untuk menguasai pembelajaran Matematik. Bermula dari penguasaan satu kemahiran asas yang paling ringkas sehingga kepada kemahiran yang semakin sukar. Asas yang kukuh dan mantap membantu melancarkan proses pembelajaran pelajar yang seterusnya. Kemahiran yang telah dikuasai memudahkan pelajar menerokai dan mendalami kemahiran yang lain. Peranan dan tugas guru Matematik sememangnya sukar dan mencabar. Memerlukan tahap kecekapan yang tinggi untuk menyampaikan yang terbaik kepada para pelajar. Perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan Matematik sesuatu yang seronok untuk dipelajari. Menjadikan Matematik sebagai kesukaan dan kegemaran pelajar secara keseluruhannya. Menggalakkan pelajar untuk berasa seronok dan teruja dalam mempelajari Matematik. Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar
  • 4. (pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para pendidik matematik. Sesungguhnya pendidik Matematik yang berjaya mestilah mampu untuk : mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa pengembangan konsep atau dalam aktiviti penyelesaian masalah. mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ( masalah pembelajaran, emosi, fizikal, disiplin dan sebagainya ) menggunakan konsep matematik dengan tepat, sesuai dengan tahap pencapaian pelajar mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang berbeza dari segi tahap pencapaian dan minat terhadap matematik menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas, tidak tertekan serta berani menjawab dan mengemukakan sebarang pandangan dan kemusykilan memberi motivasi kepada pelajar agar mereka mempunyai minat dan semangat untuk mempelajari matematik mengembang sikap positif pelajar terhadap matematik serta menghayatinya dalam kehidupan seharian mengenalpasti teknik pengajaran terbaik yang mampu mencapai objektif yang digariskan. menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.
  • 6. Pengayaan dan Pemulihan Dalam Matematik Sesungguhnya aktiviti pengayaan dan pemulihan perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah. Aktiviti yang perlu dijalankan secara berterusan dan berkesinambungan dalam meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian pelajar dalam Matematik. Aktiviti pengayaan dan pemulihan yang dijalankan adalah sebagai usaha yang berterusan untuk melihat tahap kebolehan pelajar dalam menguasai kemahiran- kemahiran dalam Matematik. Guru perlu melaksanakan aktiviti pengayaan dan pemulihan kepada para pelajar. Dengan ini guru dapat menilai secara lebih jelas lagi keupayaan dari segir kekuatan dan kelemahan pelajar dalam mempelajari Matematik ini. Guruboleh melakukan penegasan dan penekanan secara lepbih terperinci apabila telah berjaya mengenalpasti dan mengesan kekuatan ataupun kelemahan para pelajarnya. Aktiviti pengayaan mestilah dapat: Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi menyeluruh Mengembangkan daya kreativiti pelajar Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian. Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar : Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira ) Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik / konsep Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain. Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi (psikologi).
  • 8. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Strategi Pemusatan Guru 2. Strategi Pemusatan Murid 3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU: Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas. CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID : Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong- menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.
  • 9. CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN : Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb. PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN Penggabungjalinan o Proses penyampaian beberapa kemahiran o Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb. o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa o Ciri-ciri gabugjalin:  Integrasi beberapa kemahiran  Prosesnya bersepadu dan menyeluruh  Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik  Kemahiran utama menjadi fokus  Organisasi kemahiran fleksibel  Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain. o Cara mengguna gabungjalin  Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan  Kemahiran utama diberi fokus  Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama  Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran
  • 10. Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid.  Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal. Penyerapan o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan. o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan. o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal. o Ciri-ciri penyerapan :  Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan  Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran  Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel  Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan  Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan. PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu o Memerhati & mengkaji – bernafas melalui insang
  • 11. o Mentafsir dan membuat generalisasi – Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas. Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif o Sediakan contoh-contoh yang sesuai o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi. o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus o Sediakan alat bantu mangajar o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar, hidu & sentuh. o Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum. PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan Proses pengajaran: o Prinsip/rumus o Kaedah deduktif o Aplikasi rumus/prinsip o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb. o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal, o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah. PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF o Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur
  • 12. o Gabungan pendekatan digunakan o Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif o Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik o Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan o Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan Tema yang sama dibincangkan oleh o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan Membuat rumusan PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan Faktor pencapaian murid: o Kebolehan asas o Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran o Kebolehan memahami pengajaran o Daya usaha pembelajaran berterusan o Masa pembelajaran Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur. Pilih kaedah & teknik yng berkesan Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran. Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.