SlideShare a Scribd company logo
1 of 62
INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN
    MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM,
            PULAU PINANG.


          KPLI-SR LPBS j-QAF

        GERKO KPLI (SR) LPBS



TUGASAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

       (PERINGKAT PERTAMA)



               PENSYARAH:

   EN. MAHAMAD ALI B. ABDUL RAHMAN
       SETIAUSAHA UNIT GERKO

             DISEDIAKAN OLEH:

   NAMA: SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ
         NO KP: 810101-02-5974
       OPSYEN: PENGAJIAN ISLAM
          KUMPULAN: j-QAF 6
      SEKOLAH: SK BUMBONG LIMA


        AMBILAN JANUARI 2006
Penghargaan
       Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, tiada kalimah yang selayaknya
dilafazkan kepada al-Bariy Jalla wa ‘Alla. Segala pujian hanya bagi Allah S.W.T,
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar, penghulu sekalian rasul, Nabi Muhammad
S.A.W. yang membawa rahmat untuk sekalian alam.

       Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat saya
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Jutaan terima kasih kepada
pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun khasnya semua pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan di atas ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan.

       Seterusnya, sekalung penghargaan buat semua warga Sekolah Kebangsaan
Bumbong Lima khususnya Guru Besar, Pn Hjh Mazni bt Hashim Dan Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, Pn Hjh Noraini bt Aziz, guru-guru penasihat persatuan/kelab,
sukan permainan dan unit beruniform, dan semua guru-guru yang sudi meluangkan
masa untuk di temuramah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam
tugasan ini.

       Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah banyak
berkongsi ilmu, informasi dan kefahaman di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan
juga memberi dorongan dan semangat untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna.

       Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah Azza Wajalla semoga usaha ini
mendapat keberkatan daripadaNya. Dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan
keampunanNya.
Isi Kandungan
SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA
                 13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI (UTARA)
                                   PULAU PINANG




                                    VISI SEKOLAH
                      Menjadi Sekolah Cemerlang Menjelang 2010


                                    MISI SEKOLAH
           Meningkatkan Pencapaian Kurikulum , Kokurikulum & Sahsiah Murid




                                 PIAGAM SEKOLAH


    SK Bumbong Lima sentiasa komited untuk merealisasikan visi dan misi sekolah
melalui;


m       Melahirkan generasi yang berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan
        bersemangat patriotisme yang tinggi
b       Sentiasa mementingkan kepentingan dan kebajkan murid dalam suasana mesra
dan selesa
d       Menitikberatkan pemupukan budaya ilmu dan penerapan niali-nilai murni
        melalui proses P&P
m       Berusaha mewujudkan budaya kerja cemerlang dikalangan guru , pekerja dan
waris
w       Sentiasa melibatkan waris dan masyarakat dalam mengembangkan
        potensi dan intelek murid-murid melalui konsep pemuafakatan.
MATLAMAT SEKOLAH


Melahirkan pelajar yang kompetatif, berilmu, bermaruah, bertaqwa dan mempunyai
semangat juang yang kental bagi mengharungi dunia serba canggih kini atas dasar-
dasar seperti berikut:


       1. Mempunyai pengurusan yang telus, cekap dan berkesan;


       2. Bersikap jujur serta menghormati hak-hak individu.


       3. Menghasilkan ramai murid yang cemerlang dibidang akademik dan
          kokurikulum


       4. Mempunyai pengurusan kokurikulum yang berkualiti ke arah menghasilkan
          murid yang berpotensi


       5. Mempunyai pengurusan Hal Ehwal Murid ( HEM ) yang berkualiti ke arah
          menghasilkan murid yang bersahsiah.
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM
                  SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 2006



VISI KOKURIKULUM


Menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai pelengkap kecemerlangan SKBL menjelang
2010.


MISI KOKURIKULUM


Meningkatkan lagi usaha secara berterusan bagi merealisasikan visi melalui


   1. Pelajar yang cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum


   2. Pelajar yang aktif dalam kokurikulum


   3. Pelajar yang berketrampilan, berdaya saing, kreatif dan inovatif.




PENDAHULUAN


        Gerak   kerja   ko-kurikulum   mempunyai      peranan    memupuk     semangat
kewarganegaraan dan perpaduan di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai
serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara.


        Memberi pengalaman kepada murid-murid berkembang, bergaul dan bersatu
padu dalam masyarakat mengukuh dan meperkayakan pengalaman yang dipelajari di
dalam darjah juga memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-
murid di dalam bidang tertentu.
Melatih murid-murid mengisi masa lapang denagn gerak kerja yang berfaedah.
Di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri memberi peluang dan galakan
kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada sekolah dan masyarakat.




PENGERTIAN KOKURIKULUM


Kegiatan kokurikulum adalah meliputi semua kegiatan luar bilik darjah dan adalah
merupakan lanjutan dari kurikulum yang diajar di bilik-bilik darjah.




FALSAFAH KOKURIKULUM SEKOLAH


   1. Menyamai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di
       kalangan murid-murid.


   2. Mengimbang antara perkembangan mental denagn perkembangan sosial,
       jasmani dan rohani murid-murid.


   3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan yang sihat di kalangan murid-murid
       dalam sekolah dan antara sekolah.


   4. Membina dan meningkatkan disiplin dan suasana sekiolah supaya lebih menarik
       dan mengembirakan.


   5. Menambahkan semangat kekitaan di kalangan murid-murid serta membina dan
       meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan
       masyarakat setempat.


   6. Menanamkan sikap nilai hidup harmoni dalam masyarakat.
MATLAMAT STRATEGIK


  1. Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan kepada agama dan kepercayaan
     kepada tuhan.


  2. Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu
     permainan, kelab dan unit beruniform.


  3. Memastikan setiap unit beruniform, persatuan/kelab mempunyai sukatan dan
     perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka sepanjang tahun.


  4. Menggalakan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan, permainan,
     kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.


  5. Penggunaan masa lapang yang memanfaatkan.




OBJEKTIF-OBJEKTIF KOKURIKULUM DI SEKOLAH


  1. Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang
     dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya di anggap sebagai proses
     pendidikan yang saling lengkap melengkapi.


  2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak mulia,
     kesusilaan dan kenegaraan sepenuhnya, serta mempunyai semangat patriotik
     yang tinggi.


  3. Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara
     individu, kumpulan dan beramai-ramai.


  4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang
     sesuai dengan tujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab.
5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Seklah ( JBPS ), Persatuan Ibu
       Bapa dan Guru (PIBG), ibu-bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan
       pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerakerja kokurikulum.


  6. Mengadakan lebih banyak pertandingan melibatkan semua pelajar, terutamanya
       pelajar yang kurang berminat dan kurang berbakat.
  7. Menggalakan      murid-murid     mengambil     bahagian        dalam   pertandingan-
       pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar.


  8. Meningkatkan mutu pencapaian dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan
       kecergasan.


  9. Menggalakan      kerjasama     dan   penyelarasan     antara    badan-badan    yang
       bertanggungjawab untuk memajukan sukan negara.


  10. Melatih murid-murid supaya dapat menggunakan masa lapang dengan gerak
       kerja yang berfaedah.


  11. Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, kreatif dan
       dinamik.




OBJEKTIF UNIT BERUNIFORM


  1.    Membimbing dan melatih ahli unit beruniform supaya berdisiplin serta
        mempunyai potensi daya maju.


  2.    Memberi pendedahan dan pengalaman yang menyeronokkan melalui aktiviti-
        aktiviti serta latihan yang dijalankan di dalam pasukan beruniform.


  3.    Mendekatkan dan membiasakan murid-murid kepada rangsangan dan
        kehendak masyarakat serta alam persekitaran.
4.     Mewujudkan generasi muda yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan
         ketatanegaraan.




OBJEKTIF KELAB DAN PERSATUAN


  1. Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab dan persatuan.


  2. Membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.


  3. Melatih ahli persatuan mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan
       diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan
       menjalankan aktiviti persatuan.




OBJEKTIF SUKAN DAN PERMAINAN


  1. Sekurang-kurangnya memasuki peringkat separuh akhir dalam semua
       pertandingan di peringkat daerah.


  2. Memungut seberapa banyak pingat dalam kejohanan olahraga.


  3. Memupuk dan mewujudkan semangat kesukanan kepada murid-murid.


  4. Sekurang-kurangnya 75% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas setiap
       permainan.
STRATEGI KOKURIKULUM


  1. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam aktiviti kokurikulum bagi
     memupuk perpaduan.


  2. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti kokurikulum.


  3. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulm bagi memantapkan matlamat yang
     dikehendaki.


  4. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.


  5. Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.


  6. Memberi penghargaan kepada murid dan pihak lain dari semasa ke semasa.
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM
                           DAN PELAN TINDAKAN



MATLAMAT STRATEGIK:


Memastikan setiap pasukan seragam, persatuan/kelab dan permainan mempunyai
perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka.


OBJEKTIF KOKURIKULUM DI SEKOLAH


   1. Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang
      dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya di anggap sebagai proses
      pendidikan yang saling lengkap melengkapi.


   2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak mulia,
      kesusilaan dan kenegaraan sepenuhnya, serta mempunyai semangat patriotik
      yang tinggi.


   3. Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara
      individu, kumpulan dan beramai-ramai.


   4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang
      sesuai dengan tujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab.


   5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Seklah ( JBPS ), Persatuan Ibu
      Bapa dan Guru (PIBG), ibu-bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan
      pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerakerja kokurikulum.


   6. Mengadakan lebih banyak pertandingan melibatkan semua pelajar, terutamanya
      pelajar yang kurang berminat dan kurang berbakat.
7. Menggalakan    murid-murid     mengambil    bahagian       dalam   pertandingan-
   pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar.


8. Meningkatkan mutu pencapaian dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan
   kecergasan.


9. Menggalakan    kerjasama     dan   penyelarasan   antara    badan-badan    yang
   bertanggungjawab untuk memajukan sukan negara.


10. Melatih murid-murid supaya dapat menggunakan masa lapang dengan gerak
   kerja yang berfaedah.


11. Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, kreatif dan
   dinamik.
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM
               DAN PELAN TINDAKAN (UNIT BERUNFORM)



MATLAMAT STRATEGIK:


Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah,
daerah, zon, negeri dan kebangsaan.




OBJEKTIF UNIT BERUNIFORM


   1.   Membimbing dan melatih ahli unit beruniform supaya berdisiplin serta
        mempunyai potensi daya maju.


   2.   Memberi pendedahan dan pengalaman yang menyeronokkan melalui aktiviti-
        aktiviti serta latihan yang dijalankan di dalam pasukan beruniform.


   3.   Mendekatkan dan membiasakan murid-murid kepada rangsangan dan
        kehendak masyarakat serta alam persekitaran.


   4.   Mewujudkan generasi muda yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan
        ketatanegaraan.
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM
               DAN PELAN TINDAKAN (PERSATUAN/KELAB)



MATLAMAT STRATEGIK:


Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah,
daerah, zon, negeri dan kebangsaan.




OBJEKTIF KELAB DAN PERSATUAN


   1.   Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab dan persatuan.


   2.   Membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.


   3.   Melatih ahli persatuan mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan
        keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan
        kebolehan menjalankan aktiviti persatuan.
PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM
           DAN PELAN TINDAKAN (SUKAN DAN PERMAINAN)



MATLAMAT STRATEGIK:


Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah,
daerah, zon, negeri dan kebangsaan.




OBJEKTIF SUKAN DAN PERMAINAN


   1.   Sekurang-kurangnya memasuki peringkat separuh akhir dalam semua
        pertandingan di peringkat daerah.


   2.   Memungut seberapa banyak pingat dalam kejohanan olahraga.


   3.   Memupuk dan mewujudkan semangat kesukanan kepada murid-murid.


   4.   Sekurang-kurangnya 75% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas
        setiap permainan.
JAWATANKUASA KOKURIKULUM



Pengerusi          :     Guru Besar
                         ( Pn. Hjh Mazni bt Hashim )


Naib Pengerusi 1   :     Penolong Kanan Ko-Kurikulum
                         ( Pn Hjh Noraini bt Aziz )


Naib Pengerusi 2   :     Penolong kanan 1
                         ( Hj Saari bin Ismail )


Naib Pengerusi 3   :     Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
                         ( Pn Habibah bt Ahmad PJM )


Setiausaha Sukan :       Tn Hj Nasri bin Subhi


Penyelaras         :     Sukan & Kelab Permainan
                         ( En.Rahimi bin Darus )


Penyelaras         :     Persatuan
                         ( Pn. Sakina bt. Saidin )


Penyelaras         :     Unit Beruniform
                         ( Pn Nang Sofiah bt Nik Hamid )


Ahli Jawatankuasa :      Semua Guru Penasihat Ko-Kurikulum
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM
                  SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 2006


                                  PENGERUSI
                           PN. HJH. MAZNI BT. HASHIM
                                 GURU BESAR


                             TIMBALAN PENGERUSI
                              PN. NORAINI BT. AZIZ
                         PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


                                 SETIAUSAHA
                             TN HJ. NASRI B. SUBHI


                                 PENYELARAS



UNIT BERUNIFORM              KELAB/PERSATUAN              PERMAINAN
Cik Shaheezatul Azwa           Pn. Sakina Saidin         En. Rahimi Darus

TKRS                         BAHASA MELAYU             BOLA SEPAK
Cik Shaheezatul Azwa         Pn. Rusna Kaladi          Tn. H. Nasri
En. Md. Nizam                Pn. Che Norlia            En. Muhd Azhan
Pn. Suzana
Pn. Rusna Kaladi             BAHASA INGGERIS           BOLA JARING
                             Cik Syarliza              Cik Norjauharah
PUTERI ISLAM                 Pn. Rozita                Pn. Suzana
Pn. Nang Sofiah
Pn. Hjh. Che Bashah          MATEMATIK/SAINS           BOLA BALING
Pn. Norhayati                Cik Norjauharah           En. Mohd Faizal
Pn. Normaniyah               Pn. Norhayati             Pn. Norheyyah

PENGAKAP                     AGAMA ISLAM               RAGBI
En. Rahimi                   Pn. Normaniyah            En. Zul Pakar
Pn. Rozita                   Pn. Nang Sofiah           Tn. Hj. Nasri
En. Mohd Faizal
                             SENI KREATIF              TAKRAW
SILAT/TAE KWAN DO            Pn. Sakina                En. Rahimi
Pn. Sakina                   Pn. Rohani                En. Zul Pakar
Cik Syarliza
Pn. Hjh. Noraini             P. RAKAN SEBAYA           BADMINTON
                             Pn. Zahida                Pn. Rohaida
                             Pn. Norsuzana             En. Md. Nizam
SENI LUKIS
Cik Shaheezatul Azwa
Pn. Hjh. Che Bashah


REKA CIPTA
Pn. Habibah
En. Rahimi


PSS
Pn. Norheyyah
Pn. Norihan


SPBT
Pn. Rohaida
En. Zul Pakar
PENTAKSIRAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO)



       Gerak    kerja   ko-kurikulum   mempunyai      peranan    memupuk      semangat
kewarganegaraan dan perpaduan di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai
serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara.


       Memberi pengalaman kepada murid-murid berkembang, bergaul dan bersatu
padu dalam masyarakat mengukuh dan meperkayakan pengalaman yang dipelajari di
dalam darjah juga memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-
murid di dalam bidang tertentu.


       Melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah.
Di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri memberi peluang dan galakan
kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada sekolah dan masyarakat.


       Sekolah Kebangsaan Bumbong Lima, pihak sekolah telah menetapkan aktiviti
kokurikulum hendaklah dijalankan pada waktu persekolahan dan telah tercatat di dalam
jadual waktu setiap kelas bagi tahap dua dan tahun tiga bagi tahap satu. Pihak sekolah
menetapkan pada setiap hari Rabu pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi diadakan aktiviti
untuk unit beruniform. Pada setiap hari Khamis pula dijalankan aktiviti untuk persatuan/
kelab atau sukan/permainan secara bergilir-gilir. Jika pada hari Khamis minggu tersebut
dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, maka pada hari Khamis berikutnya pula
dijalankan aktiviti untuk sukan/permainan. Aktiviti untuk persatuan/kelab dijalankan
pada pukul 12.35 petang hingga 1.35 petang manakala bagi sukan/permainan pula
dijalankan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi.


       Pada setiap hari Rabu, murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam unit
beruniform masing-masing. Bagi guru-guru pula digalakan untuk memakai pakaian
seragam unit beruniform masing-masing. Pada hari Khamis pula murid-murid
hendaklah memakai pakaian sukan sepertimana pakaian mereka semasa bersenam
jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk sukan/permainan. Jika pada hari Khamis
minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, mereka hendaklah memakai
seragam sekolah.




PERSATUAN AGAMA ISLAM


       Guru Pendidikan Islam (GPI) bertanggungjawab untuk membangun agama,
bangsa dan negara. Guru-guru perlu mempersiapkan murid-muridnya kearah
keupayaan membangunkan diri, agama, bangsa dan negara supaya mereka hidup
dalam suasana yang penuh dengan adab, disiplin untuk mengankat martabat insaniah.


       Di dalam Persatuan Agama Islam penilaian di buat dari semasa ke semasa.
Guru-guru yang terlibat akan mengadakan ujian keatas murid-murid bagi menentukan
tahap pencapaian mereka di dalam bidang agama supaya dapat meningkatkan akhlak
dan sahsiah diri murid-murid. Melalui pemerhatian dan penilaian yang dibuat, guru-guru
dapat melihat perubahan sikap dikalangan ahli. Disamping itu juga, pertandingan
seperti kuiz, poster, mewarna, buku skrap dan hafazan untuk menilai kerja murid.




PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


       Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merupakan program unit beruniform,
melalui kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Pergerakan Puteri Islam
Malaysia. Bagi melatih dan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berdikari
melalui aktiviti kokurikulum sekolah.


       Guru hendaklah mengadakan ujian Puteri Bongsu bagi murid-murid tahun 6
untuk menilai samada mereka mampu menjadi pembimbing untuk kumpulan mereka
atau tidak. Di samping itu juga guru-guru akan melatih puteri-puteri mengamalkan
segala sifat mahmudah sebagai amalan harian. Guru-guru penasihat juga akan
melaksanakan program-program yang mencabar seperti perkhemahan, merentas desa
dan sebagainya untuk menilai kemampuan mereka, melahirkan kemesraan dikalangan
ahli dan melahirkan jiwa yang tabah.




PERMAINAN/SUKAN BOLA JARING


         Permainan bola jaring    ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh
pemain     perempuan.   Pemain    hendaklah    menguasai   kemahiran   asas   seperti
menghantar, menerima, gerak kaki, mengelak, mengacah, mengacah, mengawal dan
menjaring adalah penting dalam permainan bola jaring.


         Semasa proses pembelajaran murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang
guru pembimbing berikan, bekerjasama dan saling bantu membantu semasa
melakukan latihan. Murid-murid juga hendaklah melakukan aktiviti dengan bersungguh-
sungguh dan bermuafakat dalam kumpulan. Disamping itu juga, murid hendaklah yakin
kepada diri sendiri untuk melakukan aktiviti dan murid hendaklah mempunyai
tanggungjawab untuk menjaga dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan
dengan kemas.


         Guru membuat penilaian keatas setiap murid yang menyertai permainan bola
jaring dengan memerhati setiap gerak langkah murid tertentu. Jika murid tersebut
mempunyai potensi, guru akan menggalakan mereka supaya berlatih bersungguh untuk
menjadi wakil sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
KERTAS KERJA

                 PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2006


i.     PENDAHULUAN



       Model Bestari Solat satu dari program j-QAF yang dijalankan secara kem atau luar masa

       persekolahan. Masa dan tempat adalah terletak kepada keputusan ahli jawatankuasa j-

       QAF.



ii.    TAKRIF



       Aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan

       sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini

       dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sekolah.



iii.   MATLAMAT



       i.    Memberi pemahaman akan konsep ibadah yang sempurna terhadap

                   pelajar.

       ii. Membentuk murid-murid kearah generasi yang soleh dan solehah.

       iii. Menerapkan kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT dan RasulNya.

       iv.         Menerapkan lagi hubungan di antara guru-guru, para ibu bapa dan murid-

                   murid yang berilmu, beramal dan bertaqwa dapat dicapai.
iv.   OBJEKTIF



      i.     Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

      ii.       Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu.

      iii.          Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat

                    dengan betul dan lancar.

      iv.           Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara

                    bersendirian atau berjemaah.



v.    KUMPULAN SASARAN



      -      Semua murid tahun satu yang beragama Islam.

      -             Seramai 55 orang murid tahun satu yang terlibat dan dibahagikan kepada 3

                    kumpulan.



vi.   TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN



      -             Program ini dijalankan pada 11 Mac 2006 bermula jam 8.00 pagi dan

             berakhir      pada jam 5.30 petang.

      -             Aktiviti untuk murid lelaki dijalankan di Dewan SK Bumbong Lima dan aktiviti

                    untuk murid perempuan dijalankan di Surau SK Bumbong Lima.
vii.    STRATEGI PELAKSANAAN



            1. Mesyuarat diadakan bagi melantik AJK pelaksana Kem Bestari Solat Fasa 1 2006.

               Menetapkan masa, tempat, jadual aktiviti, pembahagian bidang tugas guru-guru

               SKBL dan fasilitator terdiri daripada semua guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF.

            2. Membahagikan murid mengikut kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 8-9 orang

               murid.

            3. Pengisian kem adalah amali wudhuk, bacaan dalam solat dan perlakuan dalam

               solat secara amali.

            4. Taklimat ringkas kepada fasilitator mengenai perjalanan program dan pengisian

               borang penilaian.

            5. Melaporkan keputusan penilaian kem kepada Guru Besar.

            6. Guru akan merekodkan laporan prestasi murid selepas kem untuk di hantar ke

               JPN.



viii.   BIDANG TUGAS ORGANISASI PELAKSANA



        Pengerusi

        -    Membentuk jawatankuasa pelaksana

        -    Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat pelaksana



        Naib Pengerusi

        -    Membantu tugas Pengerusi

        -    Memangku Pengerusi mesyuarat



        Setiausaha

        -    Menguruskan surat menyurat
-   Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program

-   Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.

-   Mengeluarkan surat kebenaran ibubapa.



Bendahari

-   Menyediakan anggaran perbelanjaan.

-   Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa.

-   Mengurus dan menyelia perolehan dan perbelanjaan.

-   Menyediakn laporan kewangan.



Urusetia & Pendaftaran

-   Menentukan perkataan ‘backdrop’

-   Menentukan pengerusi majlis.

-   Mengagihkan kumpulan peserta.

-   Menyediakan borang-borang.

-   Menyediakan keperluan pendaftaran

-   Mengedarkan buku program



Catering

-   Membentuk jawatankuasa kecil

-   Menyediakan menu kepada jawatankuasa, peserta, fasilatator dan tetamu.

-   Menyediakan anggaran perbelanjaan makanan dan minuman.

-   Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan.

-   Memastikan bekalan makan dan minum mencukupi sepanjang program.

-   Menguruskan bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.
Penyelaras Fasilatator

      -   Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai.

      -   Membimbing dan memudahkan cara peserta melaksanakan aktiviti dan latihan

          dalam kumpulan (LDK)



      Keselamatan & Disiplin

      -   Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti bermula.

      -   Menyediakn peralatan dan bantuan kecemasan.

      -   Menyediakan senarai barangan keperluan peserta.



      Dokumentasi

      -   Menyediakan dan menerbitkan laporan penuh aktiviti

      -   Menyelaras agenda post mortem program.



      Teknik, Peralatan & Siaraya

      -   Menyediakan dan meyusun tempat aktiviti

      -   Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti

      -   Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan.

      -   Menyediakan keperluan dan alatan untuk semua slot.



      Jurugambar

      -      Mengambil gambar sekitar program.



ix.   FASILITATOR



      Semua guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam.
x.      Penutup



             Program kem bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib

     dilaksanakan. Ia menekankann aspek berwudhuk dan solat yang sempurna sama ada dari

     segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatannya.



             Diharapkan perlaksanaan kem ini akan dapat memberi kesan kepada murid-murid

     dalam    meningkatkan   kemahiran,   kesungguhan    dan   rasa   tanggungjawab    untuk

     melaksanakan fardhu ain yanh diperintahkan oleh Allah SWT. Semoga dengan komitmen

     daripada barisan guru-guru dapat     melincinkan lagi program murni ini dengan penuh

     jayanya. Segala jasa bakti anda hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.




     Disediakan oleh:                                    Disemak dan disahkan oleh:



     ………………………………………….                         ………………………………………….
     ( PN. SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ)             (PUAN HAJJAH MAZNI BT. HASHIM)

     Setiausaha Jawatankuasa Panitia j-QAF.       Guru Besar Sek. Keb. Bumbong Lima.
STRUKTUR ORGANISASI PELAKSANA
                     PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2006

                                          Penaung
                                 Puan Hajah Mazni Bt Hashim
                              Guru Besar Sek Keb Bumbong Lima

                                       Penasihat 1
                      Puan Hjh Noraini bt Aziz (PK KO-KURIKULUM)

                                        Penasihat 2
                                Tuan Hj Saari B Ismail (PK 1)

                                        Penasihat 3
                              Puan Habibah Bt Ahmad (PK HEM)

                                         Pengerusi
                               Puan Hjh Normaniyah Bt Bahador

                                   Naib Pengerusi
                         Tn Hj Ahmad Fathur Rahman Bin Haroon

                                        Setiausaha
                                  Puan Syatriah Bt Abd Aziz

                                        Bendahari
                                 Puan Insan Sofiah Bt Ishak


                                     Ahli Jawatankuasa


Urusetia & Pendaftaran                            Fasilatator
Cik Shaheezatul Azwa Bt Abd Razak                 Tn Hj Ahmad Fathur Rahman B Haroon
Cik Nor Jauharah Bt Hj Mohd                       Encik Mohd Faissol B Che Ahmad
                                                  Encik Mohamad B Zainol
Catering                                          Pn Normaniyah Bt Bahador
Puan Che Norlia Bt Saad                           Pn Syatriah Bt Abdul Aziz
Puan Hjh Che Bashah Bt Salleh                     Pn Insan Sofiah Bt Ishak
Puan Aminah Bt Mohamed Yunus
Keselamatan & Disiplin                            Dokumentasi
Tuan Hj Nasri B Subhi                             Guru-guru j-QAF
Encik Muhd Azhan


Teknik, Peralatan & siaraya                       Juru gambar
Encik Rahimi B Darus                              Pn Sakina Bt Saidin
Encik Zul Pakar B Isa                             Cik Syarliza Bt Shith
TENTATIF PROGRAM



11hb Mac 2006 (Sabtu)


7.45 – 8.15        : Pendaftaran peserta

8.15 – 8.30        : Perasmian

8.30 – 10.00       : Tayangan VCD Panduan Solat/Pembahagian kumpulan

10.00 - 10.30      : Rehat

10.30 -12.00       : LDK 1 (Anggota, niat dan cara berwudhuk)

12.00 – 1.00       : Makan tengah hari

1.00 - 2.00        : LDK 2 (Amali wudhuk) & Solat Zohor berjamaah

2.00 – 3.00        : LDK 3 (Niat solat lima waktu)

3.00 – 4.00        : LDK 4 (Bacaan pendek dalam solat dan perlakuan solat)

4.00 – 5.00        : Solat Asar berjamaah

5.00ptg            : Bersurai
PERBELANJAAN



Wang Masuk



 BIL                            PERKARA             JUMLAH
 01    Kutipan Yuran Dari murid RM5 x 55          RM275
 02    Sumbangan Tabung Kokurikulum               RM100

       JUMLAH KESELURUHAN                         RM375


Wang Keluar



 BIL                             PERKARA            JUMLAH
 01    Makanan & minuman                          RM300
 02    Cenderahati untuk murid                    RM20

       JUMLAH KESELURUHAN                         RM320
PEMBAHAGIAN MURID MENGIKUT KUMPULAN



KUMPULAN 1



1.    Mohamad Ikram Izzat b. Roslan 1B

2.    Mohamad Zulhilmi b. Rohim 1B

3.    Mohammad Haziq Hazim b. Mohd Faisal 1B

4.    Muhammad Iqram b. Taufet 1B

5.    Muhammad Akmal Firdaus b. Roslan 1B

6.    Ahmad Afiq b. Ahmad Azhar 1C

7.    Amirul Fikri b. Zahari 1C

8.    Kairil Iqmal b. Yahya 1C

9.    Muhammad Hafizudin b. Abu Hassan 1C

10.   Muhammad Alif Aiman b. Rosli 1C



KUMPULAN 2



1.    Muhammad Ashrul Hafifie b. Shaari 1B

2.    Muhammad Fitri b. Dahlan 1B

3.    Muhammad Hakimi b. Hasan 1B

4.    Muhammad Syafiq b. Azman 1B

5.    Muhammad Izzat Shamil b. Salim 1B

6.    Mohamad Firdaus b. Abdul Rani 1C

7.    Mohammad Amirul Saqati b. Azalan 1C

8.    Mohammad Ikmal b. Ishak 1C

9.    Muhammad Arif b. Zawawi 1C

10.   Muhammad Fitri b. Zakaria 1C
KUMPULAN 3



1.   Muhammad Zulkhairi b. Mohd Rosli 1B

2.   Muhammad Khairul Ikhwan b. Noordin 1B

3.   Muhammad Haikal b. Hairulnizam 1B

4.   Muhammad Amirul Afif b. Abdullah Sani 1B

5.   Muhammad Hafiz b. Halim 1C

6.   Muhammad Hakim b. Omar 1C

7.   Muhammad Shafiq b. Ghazali 1C

8.   Muhammad Sofi b. Saad 1C

9.   Muhammad Zakwan Fikri b. Ishak 1C



KUMPULAN 5



1.   Nur Fakhira bt Md Nadzir 1B

2.   Nur Fatihah Asyikin bt Wan Chik 1B

3.   Nur Fatin Anis bt Zambery 1B

4.   Nur Nadia bt Ahmad Latfi 1B

5.   Nur Nazirah bt Rosli 1B

6.   Noorhizatulimanina bt Khamis 1C

7.   Nur Farhana bt Mohd Fison 1C

8.   Nur Shaliza Wanie bt Hayat 1C

9.   Siti Nursyafinaz bt Mohd Roozi 1C
KUMPULAN 6



1.   Nurr Ayu Athika bt Mohd Rodzi 1B

2.   Nursheriena bt Roslan 1B

3.   Siti Aishah bt Azizan 1B

4.   Siti Najihah bt Fazari 1B

5.   Nurafiqah Izzaidah bt Azmi 1B

6.   Nur Shazlina Idayu bt Mohd Shahrol 1C

7.   Nurul Asyiqin bt Rosli 1C

8.   Nurul Hana bt Che Ahmad 1C

9.   Siti Noor bt Abdul Halim 1C



KUMPULAN 4



1.   Fathiyatulnajat bt Zulkifli 1B

2.   Hazirah Izzati bt Mohd Ridzuan 1B

3.   Maisarah bt Ahmad 1B

4.   Nadiah bt Safar 1B

5.   Nurain bt Rossedi 1B

6.   Anis Natasya bt Mohd Noor 1C

7.   Ardini Nabilla bt Arshad 1C

8.   Fatin Alya bt Abdul Aziz 1C
SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA
              13200 KEPALA BATAS
              SEBERANG PERAI UTARA      TEL / FAX : 04-5757964


Kepada:
Semua Waris Murid Tahun 1
Sek. Keb. Bumbong Lima,
13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Tuan/Puan,

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN SATU FASA 1 2006

Perkara di atas adalah dirujuk. Pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat Fasa 1 untuk murid-
murid Tahun Satu 2006 pada:-

Tarikh          : 11 Mac 2006
Hari            : Sabtu
Masa            : 7.45 pagi hingga 5.30 petang
Tempat          : Sek Keb Bumbong Lima
Pakaian         : Pakaian Seragam Sekolah
                  Murid lelaki dikehendaki membawa songkok
                  Murid perempuan dikehendaki membawa telekong

2.    Semua murid Tahun Satu diwajibkan hadir kerana program ini merupakan salah satu daripada
komponen j-QAFuntuk Tahun Satu.

3.      Sehubungan dengan itu, kebenaran dari tuan/puan sangatlah diharapkan.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………………
(PUAN HJH MAZNI BINTI HASHIM)
Guru Besar,
Sek. Keb. Bumbong Lima,
13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

………………………………………………………………………………………………………………....

Nama ibubapa/waris:

…………………………………………

KEBENARAN WARIS

Saya membenarkan/tidak membenarkan anak/jagaan saya yang bernama …………………………

     2. Bersama ini saya sertakan bayaran untuk mengikuti Kem Bestari Solat Fasa 1 sebanyak RM5.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………………..
REFLEKSI


HURAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH


   Aktiviti kokurikulum sekolah dijalankan pada waktu persekolahan yang telah
    ditetapkan oleh pihak sekolah.


   Pada setiap hari Rabu, aktiviti untuk unit beruniform dijalankan secara serentak
    pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi sebelum
    bermulanya kelas seperti biasa.


   Pada setiap hari Khamis pula dijalankan secara serentak aktiviti untuk persatuan/
    kelab atau permainan secara berselang seli. Aktiviti untuk persatuan/kelab
    dijalankan pada sebelah petang iaitu pada pukul 12.35 petang hingga pukul 1.35
    petang iaitu waktu sebelum pulang dari sekolah. Aktiviti untuk permainan pula
    dijalankan pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi.
    Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab,
    maka pada minggu hadapan pula dijalankan aktiviti untuk permainan.


   Setiap guru penasihat hendaklah mencatatkan setiap aktiviti yang dijalankan
    pada setiap minggu membuat laporan mingguan dan tahunan.


   Setiap persatuan/kelab dan unit beruniform mempunyai perancangan tahunan
    masing-masing.


   Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu kerana
    pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan guru-guru juga
    digalakan memakai pakaian seragam pada hari tersebut.


   Pada hari Khamis pula, murid-murid dan guru yang terlibat hendaklah memakai
    pakaian sukan pada sebelah pagi jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk
    permainan.
   Setiap murid hendaklah mencatat perkara-perkara penting yang diberikan oleh
    guru    pada    setiap   kali   dijalankan   aktiviti   untuk   unit   beruniform   dan
    persatuan/kelab.


   Murid yang terlibat dengan persatuan/kelab dan unit beruniform hendaklah
    menyertai setiap aktiviti yang dijalankan contohnya perkhemahan atau
    pertandingan.




KELEBIHAN
   Guru-guru tidak akan menghadapi masalah kehadiran dikalangan murid
    kerana semua murid hadir sewaktu hari persekolahan. Tetapi jika aktiviti
    dijalankan pada sebelah petang kehadiran murid-murid merosot dan guru-
    guru juga menghadapi masalah kerana sesetengah guru perlu mengajar
    untuk kelas tuisyen sekolah pada waktu petang.


   Guru-guru dan murid-murid tidak perlu datang kesekolah pada waktu petang
    kerana semua aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum dijalankan pada waktu
    persekolahan. Murid-murid dapat melakukan sebarang aktiviti contohnya
    menghadiri kelas tuisyen, kelas KAFA dan sebagainya pada sebelah petang
    tanpa sebarang gangguan.


   Ini kerana pihak sekolah berpendapat bahawa mereka tidak mahu
    membebankan       murid-murid     kerana    kebanyakan      murid-murid   perlu
    menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA pada sebelah petang, tetapi aktiviti
    untuk Gerak Kerja Kokurikulum juga perlu dijalankan untuk melatih atau
    mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk
    memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan
    aktiviti persatuan/ kelab atau permainan. Melalui aktiviti untuk unit beruniform
    pula murid-murid dapat meningkatkan disiplin melalui penyemaian dan
    pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.


   Murid dapat meneliti atau mengulangkaji kembali setiap aktiviti yang telah
    dijalankan oleh persatuan/kelab dan unit beruniform kerana mereka perlu
    mencatat perkara penting setiap kali aktiviti dijalankan.


   Murid akan mendapat faedah yang banyak contohnya keyakinan diri yang
    tinggi, melahirkan jiwa yang tabah dan berdikari apabila menyertai
    perkhemahan atau merentas desa. Bagi murid yang menyertai pertandingan
    pula akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan martabat
    persatuan/kelab atau sekolah jika murid tersebut menyertai pertandingan
    diperingkat yang tinggi.
   Apabila semua aktiviti berlaku pada masa yang serentak, murid-murid tidak
      menghadapi masalah semasa pulang dari sekolah kerana ini akan
      memudahkan urusan ibubapa untuk menjemput anak masing-masing.




KELEMAHAN
   Bagi murid yang tidak mempunyai aktiviti pada sebelah petang seperti mereka
    perlu menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA, mereka selalunya akan
    melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain-main, menonton
    tv, melepak dan sebagainya jika tiada sebarang aktiviti dijalankan di sekolah. Ini
    menyebabkan masa yang terluang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya dengan
    aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada mereka.


   Jika aktiviti dijalankan pada waktu persekolahan, selalunya murid tidak dapat
    memberi tumpuan yang penuh terhadap aktiviti yang dijalankan kerana mereka
    telah keletihan dan kepenatan belajar sepanjang hari.


   Murid tidak berada dalam keadaan yang selesa semasa aktiviti dijalankan kerana
    mereka terpaksa memakai pakaian seragam sekolah. Selalunya aktiviti untuk
    kokurikulum dijalankan pada sebelah petang dan murid dibenarkan memakai
    pakaian yang bebas tetapi sopan.


   Selalunya, selepas aktiviti untuk permainan dijalankan, terdapat bau yang sangat
    kurang   menyenangkan      dikalangan     murid-murid.    Ini   akan   menyebabkan
    gangguan      untuk    memberi   tumpuan     semasa      proses    pengajaran     dan
    pembelajaran di dalam kelas.


   Apabila aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform
    dimasukkan kedalam jadual waktu persekolahan akan menyebabkan murid
    pulang terlalu lewat iaitu 1.35 petang. Kebanyakan murid tidak dapat
    menumpukan perhatian kerana mungkin mereka keletihan, kelaparan dan
    sebagainya.


   Perjumpaan     untuk    persatuan/kelab    dan   unit    beruniform    terlalu   kerap
    menyebabkan guru-guru kekeringan idea untuk melakukan aktiviti.


   Jika aktiviti Kokurikulum dijalankan pada waktu persekolahan khususnya untuk
    unit beruniform akan menyebabkan murid rasa tidak selesa untuk belajar atau
sesetengahnya merasa terlalu bebas kerana tidak memakai seragam sekolah
    dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang akan disampaikan
    oleh gurunya.




CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
   Saya mencadangkan supaya pada tahun hadapan, aktiviti kokurikulum
    dijalankan pada sebelah petang atau pada setiap hari Sabtu minggu pertama
    atau ketiga kerana murid-murid dan guru-guru dapat memberikan tumpuan yang
    penuh semasa aktiviti dijalankan dan peruntukan masa juga lebih panjang.


   Jika aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform pada
    sebelah petang, murid-murid akan merasa lebih bersemangat untuk melakukan
    sesuatu aktiviti kerana mereka telah mendapatkan rehat yang cukup selepas
    pulang dari sekolah.


   Bagi aktiviti untuk persatuan/kelab guru digalakan memberi kebebasan kepada
    murid untuk memakai pakaian yang kasual, tetapi pakaian tersebut mestilah
    sopan supaya murid-murid berasa selesa apabila hendak melakukan sesuatu
    aktiviti.


   Saya mencadang supaya Gerak Kerja Kokurikulum tidak dimasukkan di dalam
    jadual waktu persekolahan kerana untuk membolehkan murid-murid memberi
    tumpuan yang penuh terhadap pangajaran yang akan disampaikan oleh
    gurunya. Tumpuan semasa pengajaran amat penting kerana, apabila murid tidak
    faham pengajaran yang disampaikan gurunya mungkin ini akan mengakibatkan
    mereka tidak berminat matapelajaran tersebut pada masa akan datang. Apabila
    masalah ini berlarutan, maka pencapaian murid tersebut akan merosot dan boleh
    melemahkan semangatnya untuk belajar.
ANTARA AKTIVITI GERAK KERJA
KOKURIKULUM (GERKO) YANG DIJALANKAN
DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA



PERMAINAN


BOLA SEPAK




BOLA JARING
BADMINTON
SEPAK TAKRAW
UNIT BERUNIFORM
PERGERAKAN PUTERI ISLAM




PERSATUAN/KELAB
KELAB ICT

More Related Content

What's hot

Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRefleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRidhuan As-Siddiq
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumnadpaisey
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013mas61
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1iyiriz
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
Dokumen standard kurikulum pendidikan islam tahun 2
Dokumen standard kurikulum pendidikan islam  tahun  2Dokumen standard kurikulum pendidikan islam  tahun  2
Dokumen standard kurikulum pendidikan islam tahun 2Zarina Saruddin
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Mohd Hisham
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Mohd Jaludin
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 

What's hot (19)

Rumusan big
Rumusan bigRumusan big
Rumusan big
 
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRefleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulum
 
lm
lmlm
lm
 
Fail rph sarawak 2017
Fail rph sarawak 2017 Fail rph sarawak 2017
Fail rph sarawak 2017
 
Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
Kertas kerja
Kertas kerjaKertas kerja
Kertas kerja
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
 
Badminton sekolah menengah
Badminton sekolah menengahBadminton sekolah menengah
Badminton sekolah menengah
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
 
Dokumen standard kurikulum pendidikan islam tahun 2
Dokumen standard kurikulum pendidikan islam  tahun  2Dokumen standard kurikulum pendidikan islam  tahun  2
Dokumen standard kurikulum pendidikan islam tahun 2
 
Buku panduan sejarah
Buku panduan sejarahBuku panduan sejarah
Buku panduan sejarah
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1(SK) SEMAKAN 2017
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Sofbol
SofbolSofbol
Sofbol
 

Similar to 15292602 gerko-bpg-lengkap

FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docFAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docMohdSaidZakaria
 
Fail meja ppm
Fail meja ppmFail meja ppm
Fail meja ppmwanita25
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Rainne Lee
 
Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3
Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3
Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3Isnu Sururi
 
Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1jaykoko
 
Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2Achik Zainal
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanNur Syafira
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan sukurni jemi
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahCik Ecah
 
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpKertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpAhmad NazRi
 
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpKertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpAhmad NazRi
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARAker Derashid
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Mis Sem
 
Buku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnBuku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnrageesiva
 
DASAR WANITA {PENGAJIAN AM PENGGAL 2}
DASAR WANITA {PENGAJIAN AM PENGGAL 2}DASAR WANITA {PENGAJIAN AM PENGGAL 2}
DASAR WANITA {PENGAJIAN AM PENGGAL 2}Nurul Atikah
 
buku pengurusan sktkk 2 2017
 buku pengurusan sktkk 2 2017 buku pengurusan sktkk 2 2017
buku pengurusan sktkk 2 2017kim ha
 

Similar to 15292602 gerko-bpg-lengkap (20)

FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docFAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
 
Fail meja ppm
Fail meja ppmFail meja ppm
Fail meja ppm
 
Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7Nota SPP Bab 7
Nota SPP Bab 7
 
Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3
Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3
Perancangan strategik ko kurikulum skpa3 2013 ke-3
 
Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1Fail meja-pk-kokurikulum1
Fail meja-pk-kokurikulum1
 
Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2Fail meja pk koko 2
Fail meja pk koko 2
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan
 
B panduan koko 2014
B panduan koko 2014B panduan koko 2014
B panduan koko 2014
 
KOKO
KOKOKOKO
KOKO
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolah
 
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpKertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
 
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpKertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
 
Buku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnBuku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rn
 
DASAR WANITA {PENGAJIAN AM PENGGAL 2}
DASAR WANITA {PENGAJIAN AM PENGGAL 2}DASAR WANITA {PENGAJIAN AM PENGGAL 2}
DASAR WANITA {PENGAJIAN AM PENGGAL 2}
 
buku pengurusan sktkk 2 2017
 buku pengurusan sktkk 2 2017 buku pengurusan sktkk 2 2017
buku pengurusan sktkk 2 2017
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01
 

15292602 gerko-bpg-lengkap

  • 1. INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. KPLI-SR LPBS j-QAF GERKO KPLI (SR) LPBS TUGASAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (PERINGKAT PERTAMA) PENSYARAH: EN. MAHAMAD ALI B. ABDUL RAHMAN SETIAUSAHA UNIT GERKO DISEDIAKAN OLEH: NAMA: SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ NO KP: 810101-02-5974 OPSYEN: PENGAJIAN ISLAM KUMPULAN: j-QAF 6 SEKOLAH: SK BUMBONG LIMA AMBILAN JANUARI 2006
  • 2. Penghargaan Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, tiada kalimah yang selayaknya dilafazkan kepada al-Bariy Jalla wa ‘Alla. Segala pujian hanya bagi Allah S.W.T, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar, penghulu sekalian rasul, Nabi Muhammad S.A.W. yang membawa rahmat untuk sekalian alam. Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun khasnya semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan di atas ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan. Seterusnya, sekalung penghargaan buat semua warga Sekolah Kebangsaan Bumbong Lima khususnya Guru Besar, Pn Hjh Mazni bt Hashim Dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Hjh Noraini bt Aziz, guru-guru penasihat persatuan/kelab, sukan permainan dan unit beruniform, dan semua guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk di temuramah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam tugasan ini. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah banyak berkongsi ilmu, informasi dan kefahaman di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan juga memberi dorongan dan semangat untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna. Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah Azza Wajalla semoga usaha ini mendapat keberkatan daripadaNya. Dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan keampunanNya.
  • 4.
  • 5.
  • 6. SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI (UTARA) PULAU PINANG VISI SEKOLAH Menjadi Sekolah Cemerlang Menjelang 2010 MISI SEKOLAH Meningkatkan Pencapaian Kurikulum , Kokurikulum & Sahsiah Murid PIAGAM SEKOLAH SK Bumbong Lima sentiasa komited untuk merealisasikan visi dan misi sekolah melalui; m Melahirkan generasi yang berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan bersemangat patriotisme yang tinggi b Sentiasa mementingkan kepentingan dan kebajkan murid dalam suasana mesra dan selesa d Menitikberatkan pemupukan budaya ilmu dan penerapan niali-nilai murni melalui proses P&P m Berusaha mewujudkan budaya kerja cemerlang dikalangan guru , pekerja dan waris w Sentiasa melibatkan waris dan masyarakat dalam mengembangkan potensi dan intelek murid-murid melalui konsep pemuafakatan.
  • 7. MATLAMAT SEKOLAH Melahirkan pelajar yang kompetatif, berilmu, bermaruah, bertaqwa dan mempunyai semangat juang yang kental bagi mengharungi dunia serba canggih kini atas dasar- dasar seperti berikut: 1. Mempunyai pengurusan yang telus, cekap dan berkesan; 2. Bersikap jujur serta menghormati hak-hak individu. 3. Menghasilkan ramai murid yang cemerlang dibidang akademik dan kokurikulum 4. Mempunyai pengurusan kokurikulum yang berkualiti ke arah menghasilkan murid yang berpotensi 5. Mempunyai pengurusan Hal Ehwal Murid ( HEM ) yang berkualiti ke arah menghasilkan murid yang bersahsiah.
  • 8. PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 2006 VISI KOKURIKULUM Menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai pelengkap kecemerlangan SKBL menjelang 2010. MISI KOKURIKULUM Meningkatkan lagi usaha secara berterusan bagi merealisasikan visi melalui 1. Pelajar yang cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum 2. Pelajar yang aktif dalam kokurikulum 3. Pelajar yang berketrampilan, berdaya saing, kreatif dan inovatif. PENDAHULUAN Gerak kerja ko-kurikulum mempunyai peranan memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara. Memberi pengalaman kepada murid-murid berkembang, bergaul dan bersatu padu dalam masyarakat mengukuh dan meperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam darjah juga memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid- murid di dalam bidang tertentu.
  • 9. Melatih murid-murid mengisi masa lapang denagn gerak kerja yang berfaedah. Di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri memberi peluang dan galakan kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada sekolah dan masyarakat. PENGERTIAN KOKURIKULUM Kegiatan kokurikulum adalah meliputi semua kegiatan luar bilik darjah dan adalah merupakan lanjutan dari kurikulum yang diajar di bilik-bilik darjah. FALSAFAH KOKURIKULUM SEKOLAH 1. Menyamai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid. 2. Mengimbang antara perkembangan mental denagn perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid-murid. 3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan yang sihat di kalangan murid-murid dalam sekolah dan antara sekolah. 4. Membina dan meningkatkan disiplin dan suasana sekiolah supaya lebih menarik dan mengembirakan. 5. Menambahkan semangat kekitaan di kalangan murid-murid serta membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat setempat. 6. Menanamkan sikap nilai hidup harmoni dalam masyarakat.
  • 10. MATLAMAT STRATEGIK 1. Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan kepada agama dan kepercayaan kepada tuhan. 2. Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu permainan, kelab dan unit beruniform. 3. Memastikan setiap unit beruniform, persatuan/kelab mempunyai sukatan dan perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka sepanjang tahun. 4. Menggalakan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan, permainan, kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan. 5. Penggunaan masa lapang yang memanfaatkan. OBJEKTIF-OBJEKTIF KOKURIKULUM DI SEKOLAH 1. Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya di anggap sebagai proses pendidikan yang saling lengkap melengkapi. 2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak mulia, kesusilaan dan kenegaraan sepenuhnya, serta mempunyai semangat patriotik yang tinggi. 3. Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai. 4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang sesuai dengan tujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab.
  • 11. 5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Seklah ( JBPS ), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu-bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerakerja kokurikulum. 6. Mengadakan lebih banyak pertandingan melibatkan semua pelajar, terutamanya pelajar yang kurang berminat dan kurang berbakat. 7. Menggalakan murid-murid mengambil bahagian dalam pertandingan- pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar. 8. Meningkatkan mutu pencapaian dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan kecergasan. 9. Menggalakan kerjasama dan penyelarasan antara badan-badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sukan negara. 10. Melatih murid-murid supaya dapat menggunakan masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah. 11. Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, kreatif dan dinamik. OBJEKTIF UNIT BERUNIFORM 1. Membimbing dan melatih ahli unit beruniform supaya berdisiplin serta mempunyai potensi daya maju. 2. Memberi pendedahan dan pengalaman yang menyeronokkan melalui aktiviti- aktiviti serta latihan yang dijalankan di dalam pasukan beruniform. 3. Mendekatkan dan membiasakan murid-murid kepada rangsangan dan kehendak masyarakat serta alam persekitaran.
  • 12. 4. Mewujudkan generasi muda yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan ketatanegaraan. OBJEKTIF KELAB DAN PERSATUAN 1. Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab dan persatuan. 2. Membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik. 3. Melatih ahli persatuan mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan aktiviti persatuan. OBJEKTIF SUKAN DAN PERMAINAN 1. Sekurang-kurangnya memasuki peringkat separuh akhir dalam semua pertandingan di peringkat daerah. 2. Memungut seberapa banyak pingat dalam kejohanan olahraga. 3. Memupuk dan mewujudkan semangat kesukanan kepada murid-murid. 4. Sekurang-kurangnya 75% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas setiap permainan.
  • 13. STRATEGI KOKURIKULUM 1. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam aktiviti kokurikulum bagi memupuk perpaduan. 2. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti kokurikulum. 3. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulm bagi memantapkan matlamat yang dikehendaki. 4. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. 5. Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan. 6. Memberi penghargaan kepada murid dan pihak lain dari semasa ke semasa.
  • 14. PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM DAN PELAN TINDAKAN MATLAMAT STRATEGIK: Memastikan setiap pasukan seragam, persatuan/kelab dan permainan mempunyai perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka. OBJEKTIF KOKURIKULUM DI SEKOLAH 1. Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya di anggap sebagai proses pendidikan yang saling lengkap melengkapi. 2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak mulia, kesusilaan dan kenegaraan sepenuhnya, serta mempunyai semangat patriotik yang tinggi. 3. Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai. 4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang sesuai dengan tujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab. 5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Seklah ( JBPS ), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu-bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerakerja kokurikulum. 6. Mengadakan lebih banyak pertandingan melibatkan semua pelajar, terutamanya pelajar yang kurang berminat dan kurang berbakat.
  • 15. 7. Menggalakan murid-murid mengambil bahagian dalam pertandingan- pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar. 8. Meningkatkan mutu pencapaian dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan kecergasan. 9. Menggalakan kerjasama dan penyelarasan antara badan-badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sukan negara. 10. Melatih murid-murid supaya dapat menggunakan masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah. 11. Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, kreatif dan dinamik.
  • 16.
  • 17. PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM DAN PELAN TINDAKAN (UNIT BERUNFORM) MATLAMAT STRATEGIK: Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan. OBJEKTIF UNIT BERUNIFORM 1. Membimbing dan melatih ahli unit beruniform supaya berdisiplin serta mempunyai potensi daya maju. 2. Memberi pendedahan dan pengalaman yang menyeronokkan melalui aktiviti- aktiviti serta latihan yang dijalankan di dalam pasukan beruniform. 3. Mendekatkan dan membiasakan murid-murid kepada rangsangan dan kehendak masyarakat serta alam persekitaran. 4. Mewujudkan generasi muda yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan ketatanegaraan.
  • 18.
  • 19. PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM DAN PELAN TINDAKAN (PERSATUAN/KELAB) MATLAMAT STRATEGIK: Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan. OBJEKTIF KELAB DAN PERSATUAN 1. Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab dan persatuan. 2. Membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik. 3. Melatih ahli persatuan mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan aktiviti persatuan.
  • 20.
  • 21. PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM DAN PELAN TINDAKAN (SUKAN DAN PERMAINAN) MATLAMAT STRATEGIK: Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan. OBJEKTIF SUKAN DAN PERMAINAN 1. Sekurang-kurangnya memasuki peringkat separuh akhir dalam semua pertandingan di peringkat daerah. 2. Memungut seberapa banyak pingat dalam kejohanan olahraga. 3. Memupuk dan mewujudkan semangat kesukanan kepada murid-murid. 4. Sekurang-kurangnya 75% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas setiap permainan.
  • 22.
  • 23.
  • 24. JAWATANKUASA KOKURIKULUM Pengerusi : Guru Besar ( Pn. Hjh Mazni bt Hashim ) Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Ko-Kurikulum ( Pn Hjh Noraini bt Aziz ) Naib Pengerusi 2 : Penolong kanan 1 ( Hj Saari bin Ismail ) Naib Pengerusi 3 : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( Pn Habibah bt Ahmad PJM ) Setiausaha Sukan : Tn Hj Nasri bin Subhi Penyelaras : Sukan & Kelab Permainan ( En.Rahimi bin Darus ) Penyelaras : Persatuan ( Pn. Sakina bt. Saidin ) Penyelaras : Unit Beruniform ( Pn Nang Sofiah bt Nik Hamid ) Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Penasihat Ko-Kurikulum
  • 25. CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 2006 PENGERUSI PN. HJH. MAZNI BT. HASHIM GURU BESAR TIMBALAN PENGERUSI PN. NORAINI BT. AZIZ PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SETIAUSAHA TN HJ. NASRI B. SUBHI PENYELARAS UNIT BERUNIFORM KELAB/PERSATUAN PERMAINAN Cik Shaheezatul Azwa Pn. Sakina Saidin En. Rahimi Darus TKRS BAHASA MELAYU BOLA SEPAK Cik Shaheezatul Azwa Pn. Rusna Kaladi Tn. H. Nasri En. Md. Nizam Pn. Che Norlia En. Muhd Azhan Pn. Suzana Pn. Rusna Kaladi BAHASA INGGERIS BOLA JARING Cik Syarliza Cik Norjauharah PUTERI ISLAM Pn. Rozita Pn. Suzana Pn. Nang Sofiah Pn. Hjh. Che Bashah MATEMATIK/SAINS BOLA BALING Pn. Norhayati Cik Norjauharah En. Mohd Faizal Pn. Normaniyah Pn. Norhayati Pn. Norheyyah PENGAKAP AGAMA ISLAM RAGBI En. Rahimi Pn. Normaniyah En. Zul Pakar Pn. Rozita Pn. Nang Sofiah Tn. Hj. Nasri En. Mohd Faizal SENI KREATIF TAKRAW SILAT/TAE KWAN DO Pn. Sakina En. Rahimi Pn. Sakina Pn. Rohani En. Zul Pakar Cik Syarliza Pn. Hjh. Noraini P. RAKAN SEBAYA BADMINTON Pn. Zahida Pn. Rohaida Pn. Norsuzana En. Md. Nizam
  • 26. SENI LUKIS Cik Shaheezatul Azwa Pn. Hjh. Che Bashah REKA CIPTA Pn. Habibah En. Rahimi PSS Pn. Norheyyah Pn. Norihan SPBT Pn. Rohaida En. Zul Pakar
  • 27.
  • 28.
  • 29. PENTAKSIRAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO) Gerak kerja ko-kurikulum mempunyai peranan memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara. Memberi pengalaman kepada murid-murid berkembang, bergaul dan bersatu padu dalam masyarakat mengukuh dan meperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam darjah juga memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid- murid di dalam bidang tertentu. Melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah. Di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri memberi peluang dan galakan kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Sekolah Kebangsaan Bumbong Lima, pihak sekolah telah menetapkan aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan pada waktu persekolahan dan telah tercatat di dalam jadual waktu setiap kelas bagi tahap dua dan tahun tiga bagi tahap satu. Pihak sekolah menetapkan pada setiap hari Rabu pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi diadakan aktiviti untuk unit beruniform. Pada setiap hari Khamis pula dijalankan aktiviti untuk persatuan/ kelab atau sukan/permainan secara bergilir-gilir. Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, maka pada hari Khamis berikutnya pula dijalankan aktiviti untuk sukan/permainan. Aktiviti untuk persatuan/kelab dijalankan pada pukul 12.35 petang hingga 1.35 petang manakala bagi sukan/permainan pula dijalankan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi. Pada setiap hari Rabu, murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing. Bagi guru-guru pula digalakan untuk memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing. Pada hari Khamis pula murid-murid hendaklah memakai pakaian sukan sepertimana pakaian mereka semasa bersenam
  • 30. jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk sukan/permainan. Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, mereka hendaklah memakai seragam sekolah. PERSATUAN AGAMA ISLAM Guru Pendidikan Islam (GPI) bertanggungjawab untuk membangun agama, bangsa dan negara. Guru-guru perlu mempersiapkan murid-muridnya kearah keupayaan membangunkan diri, agama, bangsa dan negara supaya mereka hidup dalam suasana yang penuh dengan adab, disiplin untuk mengankat martabat insaniah. Di dalam Persatuan Agama Islam penilaian di buat dari semasa ke semasa. Guru-guru yang terlibat akan mengadakan ujian keatas murid-murid bagi menentukan tahap pencapaian mereka di dalam bidang agama supaya dapat meningkatkan akhlak dan sahsiah diri murid-murid. Melalui pemerhatian dan penilaian yang dibuat, guru-guru dapat melihat perubahan sikap dikalangan ahli. Disamping itu juga, pertandingan seperti kuiz, poster, mewarna, buku skrap dan hafazan untuk menilai kerja murid. PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merupakan program unit beruniform, melalui kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Bagi melatih dan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berdikari melalui aktiviti kokurikulum sekolah. Guru hendaklah mengadakan ujian Puteri Bongsu bagi murid-murid tahun 6 untuk menilai samada mereka mampu menjadi pembimbing untuk kumpulan mereka atau tidak. Di samping itu juga guru-guru akan melatih puteri-puteri mengamalkan segala sifat mahmudah sebagai amalan harian. Guru-guru penasihat juga akan melaksanakan program-program yang mencabar seperti perkhemahan, merentas desa
  • 31. dan sebagainya untuk menilai kemampuan mereka, melahirkan kemesraan dikalangan ahli dan melahirkan jiwa yang tabah. PERMAINAN/SUKAN BOLA JARING Permainan bola jaring ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh pemain perempuan. Pemain hendaklah menguasai kemahiran asas seperti menghantar, menerima, gerak kaki, mengelak, mengacah, mengacah, mengawal dan menjaring adalah penting dalam permainan bola jaring. Semasa proses pembelajaran murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang guru pembimbing berikan, bekerjasama dan saling bantu membantu semasa melakukan latihan. Murid-murid juga hendaklah melakukan aktiviti dengan bersungguh- sungguh dan bermuafakat dalam kumpulan. Disamping itu juga, murid hendaklah yakin kepada diri sendiri untuk melakukan aktiviti dan murid hendaklah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan dengan kemas. Guru membuat penilaian keatas setiap murid yang menyertai permainan bola jaring dengan memerhati setiap gerak langkah murid tertentu. Jika murid tersebut mempunyai potensi, guru akan menggalakan mereka supaya berlatih bersungguh untuk menjadi wakil sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.
  • 32.
  • 33.
  • 34. KERTAS KERJA PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2006 i. PENDAHULUAN Model Bestari Solat satu dari program j-QAF yang dijalankan secara kem atau luar masa persekolahan. Masa dan tempat adalah terletak kepada keputusan ahli jawatankuasa j- QAF. ii. TAKRIF Aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sekolah. iii. MATLAMAT i. Memberi pemahaman akan konsep ibadah yang sempurna terhadap pelajar. ii. Membentuk murid-murid kearah generasi yang soleh dan solehah. iii. Menerapkan kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT dan RasulNya. iv. Menerapkan lagi hubungan di antara guru-guru, para ibu bapa dan murid- murid yang berilmu, beramal dan bertaqwa dapat dicapai.
  • 35. iv. OBJEKTIF i. Murid dapat berwuduk dengan sempurna. ii. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu. iii. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar. iv. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah. v. KUMPULAN SASARAN - Semua murid tahun satu yang beragama Islam. - Seramai 55 orang murid tahun satu yang terlibat dan dibahagikan kepada 3 kumpulan. vi. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN - Program ini dijalankan pada 11 Mac 2006 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. - Aktiviti untuk murid lelaki dijalankan di Dewan SK Bumbong Lima dan aktiviti untuk murid perempuan dijalankan di Surau SK Bumbong Lima.
  • 36. vii. STRATEGI PELAKSANAAN 1. Mesyuarat diadakan bagi melantik AJK pelaksana Kem Bestari Solat Fasa 1 2006. Menetapkan masa, tempat, jadual aktiviti, pembahagian bidang tugas guru-guru SKBL dan fasilitator terdiri daripada semua guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF. 2. Membahagikan murid mengikut kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 8-9 orang murid. 3. Pengisian kem adalah amali wudhuk, bacaan dalam solat dan perlakuan dalam solat secara amali. 4. Taklimat ringkas kepada fasilitator mengenai perjalanan program dan pengisian borang penilaian. 5. Melaporkan keputusan penilaian kem kepada Guru Besar. 6. Guru akan merekodkan laporan prestasi murid selepas kem untuk di hantar ke JPN. viii. BIDANG TUGAS ORGANISASI PELAKSANA Pengerusi - Membentuk jawatankuasa pelaksana - Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat pelaksana Naib Pengerusi - Membantu tugas Pengerusi - Memangku Pengerusi mesyuarat Setiausaha - Menguruskan surat menyurat
  • 37. - Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program - Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat. - Mengeluarkan surat kebenaran ibubapa. Bendahari - Menyediakan anggaran perbelanjaan. - Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa. - Mengurus dan menyelia perolehan dan perbelanjaan. - Menyediakn laporan kewangan. Urusetia & Pendaftaran - Menentukan perkataan ‘backdrop’ - Menentukan pengerusi majlis. - Mengagihkan kumpulan peserta. - Menyediakan borang-borang. - Menyediakan keperluan pendaftaran - Mengedarkan buku program Catering - Membentuk jawatankuasa kecil - Menyediakan menu kepada jawatankuasa, peserta, fasilatator dan tetamu. - Menyediakan anggaran perbelanjaan makanan dan minuman. - Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan. - Memastikan bekalan makan dan minum mencukupi sepanjang program. - Menguruskan bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.
  • 38. Penyelaras Fasilatator - Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai. - Membimbing dan memudahkan cara peserta melaksanakan aktiviti dan latihan dalam kumpulan (LDK) Keselamatan & Disiplin - Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti bermula. - Menyediakn peralatan dan bantuan kecemasan. - Menyediakan senarai barangan keperluan peserta. Dokumentasi - Menyediakan dan menerbitkan laporan penuh aktiviti - Menyelaras agenda post mortem program. Teknik, Peralatan & Siaraya - Menyediakan dan meyusun tempat aktiviti - Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti - Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan. - Menyediakan keperluan dan alatan untuk semua slot. Jurugambar - Mengambil gambar sekitar program. ix. FASILITATOR Semua guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam.
  • 39. x. Penutup Program kem bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Ia menekankann aspek berwudhuk dan solat yang sempurna sama ada dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatannya. Diharapkan perlaksanaan kem ini akan dapat memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan fardhu ain yanh diperintahkan oleh Allah SWT. Semoga dengan komitmen daripada barisan guru-guru dapat melincinkan lagi program murni ini dengan penuh jayanya. Segala jasa bakti anda hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh: …………………………………………. …………………………………………. ( PN. SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ) (PUAN HAJJAH MAZNI BT. HASHIM) Setiausaha Jawatankuasa Panitia j-QAF. Guru Besar Sek. Keb. Bumbong Lima.
  • 40. STRUKTUR ORGANISASI PELAKSANA PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2006 Penaung Puan Hajah Mazni Bt Hashim Guru Besar Sek Keb Bumbong Lima Penasihat 1 Puan Hjh Noraini bt Aziz (PK KO-KURIKULUM) Penasihat 2 Tuan Hj Saari B Ismail (PK 1) Penasihat 3 Puan Habibah Bt Ahmad (PK HEM) Pengerusi Puan Hjh Normaniyah Bt Bahador Naib Pengerusi Tn Hj Ahmad Fathur Rahman Bin Haroon Setiausaha Puan Syatriah Bt Abd Aziz Bendahari Puan Insan Sofiah Bt Ishak Ahli Jawatankuasa Urusetia & Pendaftaran Fasilatator Cik Shaheezatul Azwa Bt Abd Razak Tn Hj Ahmad Fathur Rahman B Haroon Cik Nor Jauharah Bt Hj Mohd Encik Mohd Faissol B Che Ahmad Encik Mohamad B Zainol Catering Pn Normaniyah Bt Bahador Puan Che Norlia Bt Saad Pn Syatriah Bt Abdul Aziz Puan Hjh Che Bashah Bt Salleh Pn Insan Sofiah Bt Ishak Puan Aminah Bt Mohamed Yunus Keselamatan & Disiplin Dokumentasi Tuan Hj Nasri B Subhi Guru-guru j-QAF Encik Muhd Azhan Teknik, Peralatan & siaraya Juru gambar Encik Rahimi B Darus Pn Sakina Bt Saidin Encik Zul Pakar B Isa Cik Syarliza Bt Shith
  • 41. TENTATIF PROGRAM 11hb Mac 2006 (Sabtu) 7.45 – 8.15 : Pendaftaran peserta 8.15 – 8.30 : Perasmian 8.30 – 10.00 : Tayangan VCD Panduan Solat/Pembahagian kumpulan 10.00 - 10.30 : Rehat 10.30 -12.00 : LDK 1 (Anggota, niat dan cara berwudhuk) 12.00 – 1.00 : Makan tengah hari 1.00 - 2.00 : LDK 2 (Amali wudhuk) & Solat Zohor berjamaah 2.00 – 3.00 : LDK 3 (Niat solat lima waktu) 3.00 – 4.00 : LDK 4 (Bacaan pendek dalam solat dan perlakuan solat) 4.00 – 5.00 : Solat Asar berjamaah 5.00ptg : Bersurai
  • 42. PERBELANJAAN Wang Masuk BIL PERKARA JUMLAH 01 Kutipan Yuran Dari murid RM5 x 55 RM275 02 Sumbangan Tabung Kokurikulum RM100 JUMLAH KESELURUHAN RM375 Wang Keluar BIL PERKARA JUMLAH 01 Makanan & minuman RM300 02 Cenderahati untuk murid RM20 JUMLAH KESELURUHAN RM320
  • 43. PEMBAHAGIAN MURID MENGIKUT KUMPULAN KUMPULAN 1 1. Mohamad Ikram Izzat b. Roslan 1B 2. Mohamad Zulhilmi b. Rohim 1B 3. Mohammad Haziq Hazim b. Mohd Faisal 1B 4. Muhammad Iqram b. Taufet 1B 5. Muhammad Akmal Firdaus b. Roslan 1B 6. Ahmad Afiq b. Ahmad Azhar 1C 7. Amirul Fikri b. Zahari 1C 8. Kairil Iqmal b. Yahya 1C 9. Muhammad Hafizudin b. Abu Hassan 1C 10. Muhammad Alif Aiman b. Rosli 1C KUMPULAN 2 1. Muhammad Ashrul Hafifie b. Shaari 1B 2. Muhammad Fitri b. Dahlan 1B 3. Muhammad Hakimi b. Hasan 1B 4. Muhammad Syafiq b. Azman 1B 5. Muhammad Izzat Shamil b. Salim 1B 6. Mohamad Firdaus b. Abdul Rani 1C 7. Mohammad Amirul Saqati b. Azalan 1C 8. Mohammad Ikmal b. Ishak 1C 9. Muhammad Arif b. Zawawi 1C 10. Muhammad Fitri b. Zakaria 1C
  • 44. KUMPULAN 3 1. Muhammad Zulkhairi b. Mohd Rosli 1B 2. Muhammad Khairul Ikhwan b. Noordin 1B 3. Muhammad Haikal b. Hairulnizam 1B 4. Muhammad Amirul Afif b. Abdullah Sani 1B 5. Muhammad Hafiz b. Halim 1C 6. Muhammad Hakim b. Omar 1C 7. Muhammad Shafiq b. Ghazali 1C 8. Muhammad Sofi b. Saad 1C 9. Muhammad Zakwan Fikri b. Ishak 1C KUMPULAN 5 1. Nur Fakhira bt Md Nadzir 1B 2. Nur Fatihah Asyikin bt Wan Chik 1B 3. Nur Fatin Anis bt Zambery 1B 4. Nur Nadia bt Ahmad Latfi 1B 5. Nur Nazirah bt Rosli 1B 6. Noorhizatulimanina bt Khamis 1C 7. Nur Farhana bt Mohd Fison 1C 8. Nur Shaliza Wanie bt Hayat 1C 9. Siti Nursyafinaz bt Mohd Roozi 1C
  • 45. KUMPULAN 6 1. Nurr Ayu Athika bt Mohd Rodzi 1B 2. Nursheriena bt Roslan 1B 3. Siti Aishah bt Azizan 1B 4. Siti Najihah bt Fazari 1B 5. Nurafiqah Izzaidah bt Azmi 1B 6. Nur Shazlina Idayu bt Mohd Shahrol 1C 7. Nurul Asyiqin bt Rosli 1C 8. Nurul Hana bt Che Ahmad 1C 9. Siti Noor bt Abdul Halim 1C KUMPULAN 4 1. Fathiyatulnajat bt Zulkifli 1B 2. Hazirah Izzati bt Mohd Ridzuan 1B 3. Maisarah bt Ahmad 1B 4. Nadiah bt Safar 1B 5. Nurain bt Rossedi 1B 6. Anis Natasya bt Mohd Noor 1C 7. Ardini Nabilla bt Arshad 1C 8. Fatin Alya bt Abdul Aziz 1C
  • 46. SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 13200 KEPALA BATAS SEBERANG PERAI UTARA TEL / FAX : 04-5757964 Kepada: Semua Waris Murid Tahun 1 Sek. Keb. Bumbong Lima, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Tuan/Puan, KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN SATU FASA 1 2006 Perkara di atas adalah dirujuk. Pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat Fasa 1 untuk murid- murid Tahun Satu 2006 pada:- Tarikh : 11 Mac 2006 Hari : Sabtu Masa : 7.45 pagi hingga 5.30 petang Tempat : Sek Keb Bumbong Lima Pakaian : Pakaian Seragam Sekolah Murid lelaki dikehendaki membawa songkok Murid perempuan dikehendaki membawa telekong 2. Semua murid Tahun Satu diwajibkan hadir kerana program ini merupakan salah satu daripada komponen j-QAFuntuk Tahun Satu. 3. Sehubungan dengan itu, kebenaran dari tuan/puan sangatlah diharapkan. Sekian. Terima kasih. Saya yang menurut perintah, ……………………………… (PUAN HJH MAZNI BINTI HASHIM) Guru Besar, Sek. Keb. Bumbong Lima, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara. ……………………………………………………………………………………………………………….... Nama ibubapa/waris: ………………………………………… KEBENARAN WARIS Saya membenarkan/tidak membenarkan anak/jagaan saya yang bernama ………………………… 2. Bersama ini saya sertakan bayaran untuk mengikuti Kem Bestari Solat Fasa 1 sebanyak RM5. Sekian, terima kasih. Yang Benar, ………………………………..
  • 47.
  • 48.
  • 49. REFLEKSI HURAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH  Aktiviti kokurikulum sekolah dijalankan pada waktu persekolahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.  Pada setiap hari Rabu, aktiviti untuk unit beruniform dijalankan secara serentak pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi sebelum bermulanya kelas seperti biasa.  Pada setiap hari Khamis pula dijalankan secara serentak aktiviti untuk persatuan/ kelab atau permainan secara berselang seli. Aktiviti untuk persatuan/kelab dijalankan pada sebelah petang iaitu pada pukul 12.35 petang hingga pukul 1.35 petang iaitu waktu sebelum pulang dari sekolah. Aktiviti untuk permainan pula dijalankan pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi. Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, maka pada minggu hadapan pula dijalankan aktiviti untuk permainan.  Setiap guru penasihat hendaklah mencatatkan setiap aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu membuat laporan mingguan dan tahunan.  Setiap persatuan/kelab dan unit beruniform mempunyai perancangan tahunan masing-masing.  Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu kerana pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan guru-guru juga digalakan memakai pakaian seragam pada hari tersebut.  Pada hari Khamis pula, murid-murid dan guru yang terlibat hendaklah memakai pakaian sukan pada sebelah pagi jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk permainan.
  • 50. Setiap murid hendaklah mencatat perkara-perkara penting yang diberikan oleh guru pada setiap kali dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan persatuan/kelab.  Murid yang terlibat dengan persatuan/kelab dan unit beruniform hendaklah menyertai setiap aktiviti yang dijalankan contohnya perkhemahan atau pertandingan. KELEBIHAN
  • 51. Guru-guru tidak akan menghadapi masalah kehadiran dikalangan murid kerana semua murid hadir sewaktu hari persekolahan. Tetapi jika aktiviti dijalankan pada sebelah petang kehadiran murid-murid merosot dan guru- guru juga menghadapi masalah kerana sesetengah guru perlu mengajar untuk kelas tuisyen sekolah pada waktu petang.  Guru-guru dan murid-murid tidak perlu datang kesekolah pada waktu petang kerana semua aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum dijalankan pada waktu persekolahan. Murid-murid dapat melakukan sebarang aktiviti contohnya menghadiri kelas tuisyen, kelas KAFA dan sebagainya pada sebelah petang tanpa sebarang gangguan.  Ini kerana pihak sekolah berpendapat bahawa mereka tidak mahu membebankan murid-murid kerana kebanyakan murid-murid perlu menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA pada sebelah petang, tetapi aktiviti untuk Gerak Kerja Kokurikulum juga perlu dijalankan untuk melatih atau mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan aktiviti persatuan/ kelab atau permainan. Melalui aktiviti untuk unit beruniform pula murid-murid dapat meningkatkan disiplin melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.  Murid dapat meneliti atau mengulangkaji kembali setiap aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan/kelab dan unit beruniform kerana mereka perlu mencatat perkara penting setiap kali aktiviti dijalankan.  Murid akan mendapat faedah yang banyak contohnya keyakinan diri yang tinggi, melahirkan jiwa yang tabah dan berdikari apabila menyertai perkhemahan atau merentas desa. Bagi murid yang menyertai pertandingan pula akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan martabat persatuan/kelab atau sekolah jika murid tersebut menyertai pertandingan diperingkat yang tinggi.
  • 52. Apabila semua aktiviti berlaku pada masa yang serentak, murid-murid tidak menghadapi masalah semasa pulang dari sekolah kerana ini akan memudahkan urusan ibubapa untuk menjemput anak masing-masing. KELEMAHAN
  • 53. Bagi murid yang tidak mempunyai aktiviti pada sebelah petang seperti mereka perlu menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA, mereka selalunya akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain-main, menonton tv, melepak dan sebagainya jika tiada sebarang aktiviti dijalankan di sekolah. Ini menyebabkan masa yang terluang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada mereka.  Jika aktiviti dijalankan pada waktu persekolahan, selalunya murid tidak dapat memberi tumpuan yang penuh terhadap aktiviti yang dijalankan kerana mereka telah keletihan dan kepenatan belajar sepanjang hari.  Murid tidak berada dalam keadaan yang selesa semasa aktiviti dijalankan kerana mereka terpaksa memakai pakaian seragam sekolah. Selalunya aktiviti untuk kokurikulum dijalankan pada sebelah petang dan murid dibenarkan memakai pakaian yang bebas tetapi sopan.  Selalunya, selepas aktiviti untuk permainan dijalankan, terdapat bau yang sangat kurang menyenangkan dikalangan murid-murid. Ini akan menyebabkan gangguan untuk memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.  Apabila aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform dimasukkan kedalam jadual waktu persekolahan akan menyebabkan murid pulang terlalu lewat iaitu 1.35 petang. Kebanyakan murid tidak dapat menumpukan perhatian kerana mungkin mereka keletihan, kelaparan dan sebagainya.  Perjumpaan untuk persatuan/kelab dan unit beruniform terlalu kerap menyebabkan guru-guru kekeringan idea untuk melakukan aktiviti.  Jika aktiviti Kokurikulum dijalankan pada waktu persekolahan khususnya untuk unit beruniform akan menyebabkan murid rasa tidak selesa untuk belajar atau
  • 54. sesetengahnya merasa terlalu bebas kerana tidak memakai seragam sekolah dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang akan disampaikan oleh gurunya. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
  • 55. Saya mencadangkan supaya pada tahun hadapan, aktiviti kokurikulum dijalankan pada sebelah petang atau pada setiap hari Sabtu minggu pertama atau ketiga kerana murid-murid dan guru-guru dapat memberikan tumpuan yang penuh semasa aktiviti dijalankan dan peruntukan masa juga lebih panjang.  Jika aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform pada sebelah petang, murid-murid akan merasa lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu aktiviti kerana mereka telah mendapatkan rehat yang cukup selepas pulang dari sekolah.  Bagi aktiviti untuk persatuan/kelab guru digalakan memberi kebebasan kepada murid untuk memakai pakaian yang kasual, tetapi pakaian tersebut mestilah sopan supaya murid-murid berasa selesa apabila hendak melakukan sesuatu aktiviti.  Saya mencadang supaya Gerak Kerja Kokurikulum tidak dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan kerana untuk membolehkan murid-murid memberi tumpuan yang penuh terhadap pangajaran yang akan disampaikan oleh gurunya. Tumpuan semasa pengajaran amat penting kerana, apabila murid tidak faham pengajaran yang disampaikan gurunya mungkin ini akan mengakibatkan mereka tidak berminat matapelajaran tersebut pada masa akan datang. Apabila masalah ini berlarutan, maka pencapaian murid tersebut akan merosot dan boleh melemahkan semangatnya untuk belajar.
  • 56. ANTARA AKTIVITI GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO) YANG DIJALANKAN
  • 57. DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA PERMAINAN BOLA SEPAK BOLA JARING