SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KAMPUS JOHOR BAHRU
NAMA PELAJAR
AMINAH BINTI ABDULLAH (700814-01-5306)
NO ANGKA GILIRAN : 2011122360008
KUMPULAN/UNIT
PPG AMBILAN JUN 2011/BAHASA MELAYU
NAMA MATA PELAJARAN DAN KOD MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
( ELM3102 )
TAJUK
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN MORAL
NAMA PENSYARAH
PN ASMA NABIHAH BT ABD RAHMAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
TARIKH SERAHAN
1 MAC 2014
i
********* I S I K A N D U N G A N *********
MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN i
HALAMAN PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
TAJUK TUGASAN iv
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 TUGASAN 1
PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL 2,3
3.0 TUGASAN 2
REFLEKSI KEKUATAN DAN KELEMAHAN P&P 4,6
RUJUKAN
LAMPIRAN
ii
HALAMAN PENGAKUAN:
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
1. Tandatangan : ………………………………………………...
Nama Penulis : AMINAH BINTI ABDULLAH
NO K.P (70814015306)
Tarikh : 1 MAC 2014
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi
dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat saya menyelesaikan tugasan pertama kerja kursus ini dengan
penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Pn Asma Nabihah bt Abd Rahman
pensyarah Pembimbing dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Tugasan pertama yang diberikan kepada saya ialah membuat persediaan mengajar Pendidikan
Moral yang lengkap.Bagi tugasan kedua pula ialah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan persediaan yang dibuat dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan
pembelajaran.
Bagi menyempurnakan tugasan ini banyak maklumat yang diperolehi menerusi laman sesawang,
DSKP yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran dan contoh-contoh persediaan mengajar.Ramai rakan
yang terlibat bagi menyiapkan tugasan ini seperti pensyarah,rakan-rakan sekuliah dan rakan-rakan guru.
. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat
saya terokai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
iv
HALAMAN TUGASAN
Semua Kerja kursus ini dilaksanakan secara individu.
TAJUK TUGASAN:
Tugasan 1:
Membuat Persediaan Mengajar Pendidikan Moral yang lengkap
Tugasan 2:
Laksanakan pengajaran dan pembelajaran dan menulis refleksi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan
pembelajaran.
1
1.0 PENDAHULUAN:
Saya menjalankan tugasan ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus Pendidikan Moral (ELM 3102)
Program Pensiswazahan Guru secara jarak jauh.Tugasan yang perlu saya selesaikan ialah membuat
persediaan mengajar Pendidikan Moral .Selepas itu,melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
tersebut dan seterusnya menulis refleksi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
Tempoh masa yang diberi untuk menyempurnakan kerja kursus ini ialah lebih kurang 4 minggu. Saya
telah menggunakan tempoh satu minggu yang pertama untuk mencari maklumat berkaitan DSKP
Pendidikan Moral .Terdapat kesulitan untuk memilih tahun untuk diajar sama ada tahun 1,2, 3 atau 4.
Akhirnya , saya memilih DSKP tahun1 sebagai persediaan mengajar .
Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi proses pendokumentasian dimulakan mengikut
langkah-langkah yang telah ditetapkan. Proses yang terakhir ialah pendokumentasian hasil tugasan dan
penulisan refleksi setelah berkolaborasi bersama individu lain dan pensyarah pembimbing. Sepanjang
membuat tugasan ini, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang DSKP Pendidikan Moral
terutamanya rancangan Tahunan dan penulisan persediaan mengajar. Alhamdulillah, saya telah dapat
melaksanakan tugasan ini setelah bekerja keras di samping kerjasama semua rakan pelatih dalam
kelas ini. Saya menggunakan data dan maklumat yang diperoleh untuk menyiapkan tugasan dengan
lengkap, menepati masa serta tepat secara individu.
2
Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR
TAHUN/MASA
SUBJEK
PERKARA CATATAN
Tahun 1 Utarid
7.30 pg.-
8.30 pg.
Pendidikan
Moral
Set induksi
(5 minit)
Langkah 1
( 10 minit )
Tema : Diri Saya
Tajuk : Saya Sayang Diri Saya
Nilai : Kasih Sayang
Standard Kandungan:
7.1 Menyayangi Diri
Standard Pembelajaran: 7.1.1, 7.1.5
Objektif :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat
Penaakulan Moral : Menyatakan cara menjaga
kebersihan diri
Perasaan Moral : berasa sayang dengan diri sendiri
Perlakuan Moral : menjaga kebersihan diri dengan
melakukan perbuatan tersebut di sekolah seperti mencuci
tangan sebelum dan selepas makan.
Pengetahuan Sedia ada : Murid biasa melakukan
kebersihan diri di rumah.
- Murid menyanyikan lagu “Bangun pagi” bersama dengan
guru.
Bangun pagi, gosok gigi
cuci muka,pakai baju
Makan roti, minum susu,
pergi sekolah, senang hati.
- Guru mengaitkan lirik lagu dengan tajuk yang akan
dipelajari.
- guru menayangkan video menjaga kebersihan diri.
- murid melihat video tersebut.
- murid dan guru bersoal jawab tentang video berkenaan.
Elemen :
Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi
BBM :
Buku teks, CD,
Komputer
Lembaran kerja
lagu
Lirik lagu
video
Power point
Langkah 2
( 10 minit )
Langkah 3
(15 minit )
Langkah 4
( 15 minit )
Penutup
( 5 minit)
-guru memaparkan alat-alat menjaga kebersihan diri
- murid menyebut nama alat-alat tersebut satu persatu
-Murid melakukan cara yang betul untuk menjaga
kebersihan diri berpandukan buku teks dan video yang
telah ditayangkan.
Seperti mengosok gigi,mandi,memotong kuku dan
sebagainya
- guru membimbing murid melakukannya dengan betul.
- Murid menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri.
- Murid menuliskan perkataan yang sesuai pada gambar
-Guru membimbing murid menulis jawapan yang betul
-Murid menyanyikan lagu “bangun pagi” sebagai penutup.
Buku teks
Power point
Lembaran kerja
Lirik lagu
Lembaran kerja pendidikan Moral
Nama :__________________________________ Kelas :____________
Tuliskan cara menjaga kebersihan diri di bawah.
Lampiran
INSTITUT P ENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN P ELAJARAN MALAYSIA
KAMP US JOHOR BAHRU
 NAMA
 . AMINAH BINTI ABDULLAH (700814015306)
 INDEX NUMBER : 1CBM1106007


 KUMPULAN/UNIT
 P P G AMBILAN JUN 2011
 BAHASA MELAYU 5


 NAMA MATA PELAJ ARAN DAN KOD MATA PELAJ ARAN
 PENDIDIKAN MORAL
 (ELM 3102)


 NAMA PENSYARAH
 PN ASMA NABIHAH BT ABD RAHMAN
 JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
RANCANGAN PELAJ ARAN
HARIAN PENDIDIKAN
MORAL
TAHUN 1
Tahun : 1 Utarid
Masa : 7:45 pagi – 8:15 pagi
Tema : Diri Saya
Tajuk : Saya Sayang Diri Saya
Nilai : Kasih Sayang
Standard Pembelajaran: 7.1.1, 7.1.5
Objektif pembelajaran :
Pada akhir dan pembelajaran, murid dapat
Penaakulan Moral : Menyatakan cara
menjaga kebersihan diri
Perasaan Moral : berasa sayang dengan diri
sendiri
Perlakuan Moral : menjaga kebersihan diri dengan
melakukan perbuatan tersebut di sekolah seperti
mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
Pengetahuan Sedia ada : Murid biasa melakukan
kebersihan diri di rumah.
Teknik : Main peranan,soal jawab,sumbang saran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Set induksi -Murid menyanyikan lagu “Bangun pagi”
bersama dengan guru.
Langkah
1) Guru menayangkan video menjaga kebersihan diri.
Murid dan guru bersoal-jawab tentang video
tersebut.
2) Guru memaparkan alat-alat menjaga kebersihan diri
- murid menyebut nama alat-alat tersebut satu persatu
3) Murid melakukan cara yang betul untuk
menjaga kebersihan diri
4) Murid menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri.
5) Murid menuliskan perkataan yang sesuai pada gambar
yang diberikan
Penutup - Nyanyian lagu “bangun pagi”
BBM : Buku teks, lembaran kerja, Komputer
EMK :Menggunakan komputer, kreativiti
Impak:
Penilaian pengajaran dan pembelajaran
i. melakukan cara menjaga kebersihan diri
secara simulasi
ii. Lembaran kerja ( menulis perkataan )
iii. Murid dapat menceritakan cara menjaga
kebersihan dan kepentingan nya.
BBM : Buku teks, lembaran kerja, Komputer
EMK :Menggunakan komputer, kreativiti
Refleksi :
SET INDUKSI
 Bangun Pagi _ Malaysian Kids Song.mp4
LANGKAH 1
 J aga kebersihan diri.mp4
LANGKAH 2
cara-caramenjagakebersihandiri-120518064050-
phpapp01.pptx
LANGKAH 3
 Murid melakukan cara menjaga kebersihan diri
LANGKAH 4
 Lembaran kerja pendidikan Moral.docx
PENUTUP
 Bangun Pagi _ Malaysian Kids Song.mp4
4
3.0Refleksi individu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral
Pada semester ke enam ini, saya telah mempelajari matapelajaran pendidikan Moral..
Tugasan yang perlu saya laksanakan ialah, menghasilkan satu rancangan pengajaran yang
lengkap dan sempurna dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran bagi membentuk
pembelajaran Pendidikan Moral yang baik. Sehubungan dengan itu, saya perlu
menghasilkan rancangan pengajaran harian berdasarkan topik Pendidikan Moral sekolah
rendah. Rancangan yang saya hasilkan juga perlu meliputi semua komponen umum dan
menggunakan pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan Pendidikan Moral dalam
perancangan pengajaran yang dirancang.
Kelas yang saya pilih untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran terdiri
daripada 33 orang murid Tahun 1 Utarid, berumur 7 tahun. 17 lelaki dan 16 perempuan 60 %
murid-murid boleh menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Manakala
40% murid masih lemah dalam menguasai kemahiran asas membaca dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Kelemahan ini disebabkan kurangnya tumpuan murid-murid di dalam kelas
serta tidak menyiapkan kerja rumah sebagai latih tubi yang diberikan oleh guru sebagai
pengukuhan.Tahap I.Q di dalam kelas ini juga berbeza-beza mengikut gaya pembelajaran
mereka di rumah dan cara didikan ibu bapa.
Saya telah mengajar tajuk Saya Sayang Diri Saya, iaitu melibatkan proses amalan menjaga
kebersihan diri. Melalui pemerhatian saya, murid-murid kelihatan teruja kerana amalan
menjaga kebersihan diri sudah biasa dilakukan sehari-hari.Namun begitu ,tidak semuanya
melakukan cara yang betul ketika membersihkan diri.
Semua murid seronok belajar dan amat berminat dengan pengajaran yang disampaikan
menggunakan kaedah dan bahan-bahan pengajaran yang menarik. Stail ini memberi kesan
yang besar kepada murid ketika belajar melalui pelbagai kaedah dan media.
5
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan, kaedah yang digunakan
ialah kaedah main peranan di mana, guru telah meminta murid- murid melakukan cara
menjaga kebersihan diri berpandukan tayangan dan buku teks. Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam langkah perkembangan, kaedah soal-jawab telah dilaksanakan di
mana, murid dan guru bersoal-jawab mengenai kepentingan menjaga kebersihan.
Selain itu, dari segi kekuatan bahan bantu pengajaran yang saya hasilkan, saya dapati murid
lebih tertarik dengan lagu.Ini kerana ,melodi dan senikata mudah diikuti dan difahami.Oleh
itu, mudah bagi mereka mengikuti nyanyian itu dan seterusnya memahami maksud lagu
berkenaan.Seterusnya,terdapat video yang memaparkan cara menjaga kebersihan diri
dan juga power point yang menunjukkan alat-alat untuk menjaga kebersihan diri.. Ini secara
tidak langsung murid telah mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan kepentingannya.
Terdapat beberapa kelemahan dan masalah yang timbul berlaku dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut
kriteria berdasarkan model Assure kerana murid di dalam kelas saya mempunyai pelbagai
kategori latar belakang yang berbeza. Saya juga menghadapi masalah sebilangan murid di
dalam kelas saya tidak tahu membaca. Ini menyukarkan untuk melaksanakan aktiviti kerana
ada arahan berbentuk penulisan tidak dapat difahami kerana tidak tahu membaca. Untuk
mengatasinya, saya berbincang bersama rakan kuliah serta bertukar pendapat apakah
bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut tahap kecerdasan murid di dalam kelas saya
yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza. Untuk mengatasi masalah murid
yang tidak tahu membaca, saya telah mengagihkan kumpulan, di mana setiap ahli kumpulan
diagihkan sama rata iaitu mempunyai murid yang tahu membaca dan tidak tahu membaca.
Ini memudahkan aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
6
Seterunya, terdapat kelemahan dari sesi pengajaran dan pembelajaran, di mana saya
terlepas pandang terdapat sebilangan kecil murid tidak menumpukan perhatian mereka di
dalam kelas ketika saya sedang mengajar. Ini menyebabkan mereka akan ketinggalan
pelajaran berbanding dengan rakan yang lain. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya
mengarahkan murid yang tidak menumpukan perhatian mereka semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlaku, duduk di barisan hadapan sekali supaya mudah untuk saya
memantau pergerakan mereka ketika saya sedang mengajar.
Walaupun saya telah lama berkecimpung di dalam bidang pendidikan ini, tidak bermakna
saya mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam. Saya juga perlu memperbaharui
ilmu-ilmu di dalam bidang pendidikan mengikut peredaran zaman supaya saya tidak
ketinggalan. Dengan ilmu yang saya perolehi ini, dapatlah saya gunakan dan membuat
penambahbaikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah pada masa
akan datang, serta secara tidak langsung juga dapat menarik minat murid dan memantapkan
lagi kefahaman mereka.
Disediakan oleh:
Aminah binti Abdullah
Bahasa Melayu 5
PPG Ambilan Jun 2011
Rujukan
Kaladevi a/p Arumugam, Mageswari a/p Perumal Mudali, Vishalache a/p Balakrishnan,
Abdullah Mat Isa2012.pendidikan Moral Tahun 1,Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka
Laman sesawang
ml.scribd.com/.../Rancangan-Tahunan-Moral-Tahun-1.
skkemgerakhas.edu.my/
syazalina83.blogspot.com/.
web.moe.gov.my/.../kssr/.../pendidikan_moral/dokum
www.kssr.org/rpt-tahun-1
www.skkgjambu.edu.my/
www.scribd.com/.../Dokumen-Standard-Prestasi-KSSR

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayaPengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
firo HAR
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Izzat Najmi
 
Masalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgMasalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibg
Rohana Masoud
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
cwanrzzwt
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
Sella Yunik
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Emma Subpei Shafie
 

La actualidad más candente (20)

Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayaPengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Masalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgMasalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibg
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 

Similar a Rph pendidikan moral th 1

Format_Evaluasi_Diri_Guru_Program_PKB.docx
Format_Evaluasi_Diri_Guru_Program_PKB.docxFormat_Evaluasi_Diri_Guru_Program_PKB.docx
Format_Evaluasi_Diri_Guru_Program_PKB.docx
ridwan169620
 
Kel. 1 Psikologi Pendidikan.pdf, ppt, psikologi pendidikan
Kel. 1 Psikologi Pendidikan.pdf, ppt, psikologi pendidikanKel. 1 Psikologi Pendidikan.pdf, ppt, psikologi pendidikan
Kel. 1 Psikologi Pendidikan.pdf, ppt, psikologi pendidikan
RayhanFadhlil
 
Pedagogik Profesional Kat 1 gel 2-1.pdf
Pedagogik Profesional Kat 1 gel 2-1.pdfPedagogik Profesional Kat 1 gel 2-1.pdf
Pedagogik Profesional Kat 1 gel 2-1.pdf
dewiananda3
 
Rpp kelas 1 tema 1 sub tema 3 pembelajaran
Rpp kelas 1 tema 1 sub tema 3 pembelajaranRpp kelas 1 tema 1 sub tema 3 pembelajaran
Rpp kelas 1 tema 1 sub tema 3 pembelajaran
anggi aryadi
 
Tugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikanTugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikan
Nana Ponanda
 
Laporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesiLaporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesi
Hera Apriyani
 
Permasalahan mengajar dan pembelajaran
Permasalahan mengajar dan pembelajaranPermasalahan mengajar dan pembelajaran
Permasalahan mengajar dan pembelajaran
Widya Lylaxoe
 
Tugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikanTugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikan
satunahpnanda
 
Tugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikanTugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikan
Nana Ponanda
 
Format_1_Evaluasi_Diri_Guru_untuk_Rencan.docx
Format_1_Evaluasi_Diri_Guru_untuk_Rencan.docxFormat_1_Evaluasi_Diri_Guru_untuk_Rencan.docx
Format_1_Evaluasi_Diri_Guru_untuk_Rencan.docx
SetiawanArul
 

Similar a Rph pendidikan moral th 1 (20)

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Format_Evaluasi_Diri_Guru_Program_PKB.docx
Format_Evaluasi_Diri_Guru_Program_PKB.docxFormat_Evaluasi_Diri_Guru_Program_PKB.docx
Format_Evaluasi_Diri_Guru_Program_PKB.docx
 
Best Practice.pdf
Best Practice.pdfBest Practice.pdf
Best Practice.pdf
 
Kel. 1 Psikologi Pendidikan.pdf, ppt, psikologi pendidikan
Kel. 1 Psikologi Pendidikan.pdf, ppt, psikologi pendidikanKel. 1 Psikologi Pendidikan.pdf, ppt, psikologi pendidikan
Kel. 1 Psikologi Pendidikan.pdf, ppt, psikologi pendidikan
 
LK 2.4 RENCANA EVALUASI SIKLUS 2 EDY SUYONO.pdf
LK 2.4 RENCANA EVALUASI SIKLUS 2 EDY SUYONO.pdfLK 2.4 RENCANA EVALUASI SIKLUS 2 EDY SUYONO.pdf
LK 2.4 RENCANA EVALUASI SIKLUS 2 EDY SUYONO.pdf
 
Pedagogik Profesional Kat 1 gel 2-1.pdf
Pedagogik Profesional Kat 1 gel 2-1.pdfPedagogik Profesional Kat 1 gel 2-1.pdf
Pedagogik Profesional Kat 1 gel 2-1.pdf
 
LK 3.1_Rahmatiya (Best Practices).pdf
LK 3.1_Rahmatiya (Best Practices).pdfLK 3.1_Rahmatiya (Best Practices).pdf
LK 3.1_Rahmatiya (Best Practices).pdf
 
K1 t1 st3 pb1
K1 t1 st3 pb1K1 t1 st3 pb1
K1 t1 st3 pb1
 
Rpp kelas 1 tema 1 sub tema 3 pembelajaran
Rpp kelas 1 tema 1 sub tema 3 pembelajaranRpp kelas 1 tema 1 sub tema 3 pembelajaran
Rpp kelas 1 tema 1 sub tema 3 pembelajaran
 
Makalah pembelajaran-pengajaran
Makalah pembelajaran-pengajaranMakalah pembelajaran-pengajaran
Makalah pembelajaran-pengajaran
 
Tugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikanTugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikan
 
FORMAT EVADIR GURU 2013 BARU.doc
FORMAT EVADIR GURU  2013 BARU.docFORMAT EVADIR GURU  2013 BARU.doc
FORMAT EVADIR GURU 2013 BARU.doc
 
Laporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesiLaporan pribadi program latihan profesi
Laporan pribadi program latihan profesi
 
Permasalahan mengajar dan pembelajaran
Permasalahan mengajar dan pembelajaranPermasalahan mengajar dan pembelajaran
Permasalahan mengajar dan pembelajaran
 
4. Pembelajaran dan asesmen terdiferensiasi.pptx
4. Pembelajaran dan asesmen terdiferensiasi.pptx4. Pembelajaran dan asesmen terdiferensiasi.pptx
4. Pembelajaran dan asesmen terdiferensiasi.pptx
 
Ptkku
PtkkuPtkku
Ptkku
 
Tugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikanTugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikan
 
Tugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikanTugas uas teknologi pendidikan
Tugas uas teknologi pendidikan
 
Format_1_Evaluasi_Diri_Guru_untuk_Rencan.docx
Format_1_Evaluasi_Diri_Guru_untuk_Rencan.docxFormat_1_Evaluasi_Diri_Guru_untuk_Rencan.docx
Format_1_Evaluasi_Diri_Guru_untuk_Rencan.docx
 

Rph pendidikan moral th 1

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KAMPUS JOHOR BAHRU NAMA PELAJAR AMINAH BINTI ABDULLAH (700814-01-5306) NO ANGKA GILIRAN : 2011122360008 KUMPULAN/UNIT PPG AMBILAN JUN 2011/BAHASA MELAYU NAMA MATA PELAJARAN DAN KOD MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL ( ELM3102 ) TAJUK RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL NAMA PENSYARAH PN ASMA NABIHAH BT ABD RAHMAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR TARIKH SERAHAN 1 MAC 2014
  • 2. i ********* I S I K A N D U N G A N ********* MUKA SURAT ISI KANDUNGAN i HALAMAN PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii TAJUK TUGASAN iv 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 TUGASAN 1 PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL 2,3 3.0 TUGASAN 2 REFLEKSI KEKUATAN DAN KELEMAHAN P&P 4,6 RUJUKAN LAMPIRAN
  • 3. ii HALAMAN PENGAKUAN: Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. 1. Tandatangan : ………………………………………………... Nama Penulis : AMINAH BINTI ABDULLAH NO K.P (70814015306) Tarikh : 1 MAC 2014
  • 4. iii PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat saya menyelesaikan tugasan pertama kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Pn Asma Nabihah bt Abd Rahman pensyarah Pembimbing dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Tugasan pertama yang diberikan kepada saya ialah membuat persediaan mengajar Pendidikan Moral yang lengkap.Bagi tugasan kedua pula ialah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan persediaan yang dibuat dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Bagi menyempurnakan tugasan ini banyak maklumat yang diperolehi menerusi laman sesawang, DSKP yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran dan contoh-contoh persediaan mengajar.Ramai rakan yang terlibat bagi menyiapkan tugasan ini seperti pensyarah,rakan-rakan sekuliah dan rakan-rakan guru. . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat saya terokai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
  • 5. iv HALAMAN TUGASAN Semua Kerja kursus ini dilaksanakan secara individu. TAJUK TUGASAN: Tugasan 1: Membuat Persediaan Mengajar Pendidikan Moral yang lengkap Tugasan 2: Laksanakan pengajaran dan pembelajaran dan menulis refleksi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
  • 6. 1 1.0 PENDAHULUAN: Saya menjalankan tugasan ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus Pendidikan Moral (ELM 3102) Program Pensiswazahan Guru secara jarak jauh.Tugasan yang perlu saya selesaikan ialah membuat persediaan mengajar Pendidikan Moral .Selepas itu,melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tersebut dan seterusnya menulis refleksi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Tempoh masa yang diberi untuk menyempurnakan kerja kursus ini ialah lebih kurang 4 minggu. Saya telah menggunakan tempoh satu minggu yang pertama untuk mencari maklumat berkaitan DSKP Pendidikan Moral .Terdapat kesulitan untuk memilih tahun untuk diajar sama ada tahun 1,2, 3 atau 4. Akhirnya , saya memilih DSKP tahun1 sebagai persediaan mengajar . Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi proses pendokumentasian dimulakan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. Proses yang terakhir ialah pendokumentasian hasil tugasan dan penulisan refleksi setelah berkolaborasi bersama individu lain dan pensyarah pembimbing. Sepanjang membuat tugasan ini, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang DSKP Pendidikan Moral terutamanya rancangan Tahunan dan penulisan persediaan mengajar. Alhamdulillah, saya telah dapat melaksanakan tugasan ini setelah bekerja keras di samping kerjasama semua rakan pelatih dalam kelas ini. Saya menggunakan data dan maklumat yang diperoleh untuk menyiapkan tugasan dengan lengkap, menepati masa serta tepat secara individu.
  • 7. 2 Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR TAHUN/MASA SUBJEK PERKARA CATATAN Tahun 1 Utarid 7.30 pg.- 8.30 pg. Pendidikan Moral Set induksi (5 minit) Langkah 1 ( 10 minit ) Tema : Diri Saya Tajuk : Saya Sayang Diri Saya Nilai : Kasih Sayang Standard Kandungan: 7.1 Menyayangi Diri Standard Pembelajaran: 7.1.1, 7.1.5 Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat Penaakulan Moral : Menyatakan cara menjaga kebersihan diri Perasaan Moral : berasa sayang dengan diri sendiri Perlakuan Moral : menjaga kebersihan diri dengan melakukan perbuatan tersebut di sekolah seperti mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Pengetahuan Sedia ada : Murid biasa melakukan kebersihan diri di rumah. - Murid menyanyikan lagu “Bangun pagi” bersama dengan guru. Bangun pagi, gosok gigi cuci muka,pakai baju Makan roti, minum susu, pergi sekolah, senang hati. - Guru mengaitkan lirik lagu dengan tajuk yang akan dipelajari. - guru menayangkan video menjaga kebersihan diri. - murid melihat video tersebut. - murid dan guru bersoal jawab tentang video berkenaan. Elemen : Teknologi Maklumat dan Komunikasi BBM : Buku teks, CD, Komputer Lembaran kerja lagu Lirik lagu video Power point
  • 8. Langkah 2 ( 10 minit ) Langkah 3 (15 minit ) Langkah 4 ( 15 minit ) Penutup ( 5 minit) -guru memaparkan alat-alat menjaga kebersihan diri - murid menyebut nama alat-alat tersebut satu persatu -Murid melakukan cara yang betul untuk menjaga kebersihan diri berpandukan buku teks dan video yang telah ditayangkan. Seperti mengosok gigi,mandi,memotong kuku dan sebagainya - guru membimbing murid melakukannya dengan betul. - Murid menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri. - Murid menuliskan perkataan yang sesuai pada gambar -Guru membimbing murid menulis jawapan yang betul -Murid menyanyikan lagu “bangun pagi” sebagai penutup. Buku teks Power point Lembaran kerja Lirik lagu
  • 9. Lembaran kerja pendidikan Moral Nama :__________________________________ Kelas :____________ Tuliskan cara menjaga kebersihan diri di bawah.
  • 10. Lampiran INSTITUT P ENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN P ELAJARAN MALAYSIA KAMP US JOHOR BAHRU  NAMA  . AMINAH BINTI ABDULLAH (700814015306)  INDEX NUMBER : 1CBM1106007    KUMPULAN/UNIT  P P G AMBILAN JUN 2011  BAHASA MELAYU 5    NAMA MATA PELAJ ARAN DAN KOD MATA PELAJ ARAN  PENDIDIKAN MORAL  (ELM 3102)    NAMA PENSYARAH  PN ASMA NABIHAH BT ABD RAHMAN  JABATAN HAL EHWAL PELAJAR RANCANGAN PELAJ ARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 Tahun : 1 Utarid Masa : 7:45 pagi – 8:15 pagi Tema : Diri Saya Tajuk : Saya Sayang Diri Saya Nilai : Kasih Sayang Standard Pembelajaran: 7.1.1, 7.1.5 Objektif pembelajaran : Pada akhir dan pembelajaran, murid dapat Penaakulan Moral : Menyatakan cara menjaga kebersihan diri Perasaan Moral : berasa sayang dengan diri sendiri Perlakuan Moral : menjaga kebersihan diri dengan melakukan perbuatan tersebut di sekolah seperti mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Pengetahuan Sedia ada : Murid biasa melakukan kebersihan diri di rumah. Teknik : Main peranan,soal jawab,sumbang saran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Set induksi -Murid menyanyikan lagu “Bangun pagi” bersama dengan guru. Langkah 1) Guru menayangkan video menjaga kebersihan diri. Murid dan guru bersoal-jawab tentang video tersebut. 2) Guru memaparkan alat-alat menjaga kebersihan diri - murid menyebut nama alat-alat tersebut satu persatu 3) Murid melakukan cara yang betul untuk menjaga kebersihan diri 4) Murid menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri. 5) Murid menuliskan perkataan yang sesuai pada gambar yang diberikan Penutup - Nyanyian lagu “bangun pagi” BBM : Buku teks, lembaran kerja, Komputer EMK :Menggunakan komputer, kreativiti Impak:
  • 11. Penilaian pengajaran dan pembelajaran i. melakukan cara menjaga kebersihan diri secara simulasi ii. Lembaran kerja ( menulis perkataan ) iii. Murid dapat menceritakan cara menjaga kebersihan dan kepentingan nya. BBM : Buku teks, lembaran kerja, Komputer EMK :Menggunakan komputer, kreativiti Refleksi : SET INDUKSI  Bangun Pagi _ Malaysian Kids Song.mp4 LANGKAH 1  J aga kebersihan diri.mp4 LANGKAH 2 cara-caramenjagakebersihandiri-120518064050- phpapp01.pptx LANGKAH 3  Murid melakukan cara menjaga kebersihan diri LANGKAH 4  Lembaran kerja pendidikan Moral.docx
  • 12. PENUTUP  Bangun Pagi _ Malaysian Kids Song.mp4
  • 13. 4 3.0Refleksi individu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral Pada semester ke enam ini, saya telah mempelajari matapelajaran pendidikan Moral.. Tugasan yang perlu saya laksanakan ialah, menghasilkan satu rancangan pengajaran yang lengkap dan sempurna dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran bagi membentuk pembelajaran Pendidikan Moral yang baik. Sehubungan dengan itu, saya perlu menghasilkan rancangan pengajaran harian berdasarkan topik Pendidikan Moral sekolah rendah. Rancangan yang saya hasilkan juga perlu meliputi semua komponen umum dan menggunakan pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan Pendidikan Moral dalam perancangan pengajaran yang dirancang. Kelas yang saya pilih untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada 33 orang murid Tahun 1 Utarid, berumur 7 tahun. 17 lelaki dan 16 perempuan 60 % murid-murid boleh menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Manakala 40% murid masih lemah dalam menguasai kemahiran asas membaca dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kelemahan ini disebabkan kurangnya tumpuan murid-murid di dalam kelas serta tidak menyiapkan kerja rumah sebagai latih tubi yang diberikan oleh guru sebagai pengukuhan.Tahap I.Q di dalam kelas ini juga berbeza-beza mengikut gaya pembelajaran mereka di rumah dan cara didikan ibu bapa. Saya telah mengajar tajuk Saya Sayang Diri Saya, iaitu melibatkan proses amalan menjaga kebersihan diri. Melalui pemerhatian saya, murid-murid kelihatan teruja kerana amalan menjaga kebersihan diri sudah biasa dilakukan sehari-hari.Namun begitu ,tidak semuanya melakukan cara yang betul ketika membersihkan diri. Semua murid seronok belajar dan amat berminat dengan pengajaran yang disampaikan menggunakan kaedah dan bahan-bahan pengajaran yang menarik. Stail ini memberi kesan yang besar kepada murid ketika belajar melalui pelbagai kaedah dan media.
  • 14. 5 Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan, kaedah yang digunakan ialah kaedah main peranan di mana, guru telah meminta murid- murid melakukan cara menjaga kebersihan diri berpandukan tayangan dan buku teks. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam langkah perkembangan, kaedah soal-jawab telah dilaksanakan di mana, murid dan guru bersoal-jawab mengenai kepentingan menjaga kebersihan. Selain itu, dari segi kekuatan bahan bantu pengajaran yang saya hasilkan, saya dapati murid lebih tertarik dengan lagu.Ini kerana ,melodi dan senikata mudah diikuti dan difahami.Oleh itu, mudah bagi mereka mengikuti nyanyian itu dan seterusnya memahami maksud lagu berkenaan.Seterusnya,terdapat video yang memaparkan cara menjaga kebersihan diri dan juga power point yang menunjukkan alat-alat untuk menjaga kebersihan diri.. Ini secara tidak langsung murid telah mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan kepentingannya. Terdapat beberapa kelemahan dan masalah yang timbul berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut kriteria berdasarkan model Assure kerana murid di dalam kelas saya mempunyai pelbagai kategori latar belakang yang berbeza. Saya juga menghadapi masalah sebilangan murid di dalam kelas saya tidak tahu membaca. Ini menyukarkan untuk melaksanakan aktiviti kerana ada arahan berbentuk penulisan tidak dapat difahami kerana tidak tahu membaca. Untuk mengatasinya, saya berbincang bersama rakan kuliah serta bertukar pendapat apakah bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut tahap kecerdasan murid di dalam kelas saya yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza. Untuk mengatasi masalah murid yang tidak tahu membaca, saya telah mengagihkan kumpulan, di mana setiap ahli kumpulan diagihkan sama rata iaitu mempunyai murid yang tahu membaca dan tidak tahu membaca. Ini memudahkan aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar.
  • 15. 6 Seterunya, terdapat kelemahan dari sesi pengajaran dan pembelajaran, di mana saya terlepas pandang terdapat sebilangan kecil murid tidak menumpukan perhatian mereka di dalam kelas ketika saya sedang mengajar. Ini menyebabkan mereka akan ketinggalan pelajaran berbanding dengan rakan yang lain. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya mengarahkan murid yang tidak menumpukan perhatian mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, duduk di barisan hadapan sekali supaya mudah untuk saya memantau pergerakan mereka ketika saya sedang mengajar. Walaupun saya telah lama berkecimpung di dalam bidang pendidikan ini, tidak bermakna saya mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam. Saya juga perlu memperbaharui ilmu-ilmu di dalam bidang pendidikan mengikut peredaran zaman supaya saya tidak ketinggalan. Dengan ilmu yang saya perolehi ini, dapatlah saya gunakan dan membuat penambahbaikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah pada masa akan datang, serta secara tidak langsung juga dapat menarik minat murid dan memantapkan lagi kefahaman mereka. Disediakan oleh: Aminah binti Abdullah Bahasa Melayu 5 PPG Ambilan Jun 2011
  • 16. Rujukan Kaladevi a/p Arumugam, Mageswari a/p Perumal Mudali, Vishalache a/p Balakrishnan, Abdullah Mat Isa2012.pendidikan Moral Tahun 1,Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka Laman sesawang ml.scribd.com/.../Rancangan-Tahunan-Moral-Tahun-1. skkemgerakhas.edu.my/ syazalina83.blogspot.com/. web.moe.gov.my/.../kssr/.../pendidikan_moral/dokum www.kssr.org/rpt-tahun-1 www.skkgjambu.edu.my/ www.scribd.com/.../Dokumen-Standard-Prestasi-KSSR