SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 17
1.0   PENDAHULUAN

1.1 Dasar Pendidikan Negara

Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet,

Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya

ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima

pakai seluruh negara.

Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian

dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika

atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar

pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang

menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini

bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat

iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan,

bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya,

etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai

integrasi nasional.




Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek

dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis

pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu

diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan

dan kesejagatan dalam pendidikan.




                                                                                    1
Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem

pendidikan . dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan

dan undang-undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya

ia lebih telus dan mengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan

masyarakat yang lain.




Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi

kuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau

pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah

bagi seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada

unsur tekanan dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan

perlaksanaannya. Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam

dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah

negara dapat dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah

didaulatkan.




Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan

mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan

formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses

sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan

datang. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem

pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar

yang sedia wujud.



                                                                                  2
Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat

sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara

iaitu sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis,

komunis dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek        orientasi sosial

,orientasi ekonomi, orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama

kepelbagaian kaum, teknologi dan pengaruh perkembangan antarabangsa.




Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan

negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan

melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa.

Jawatankuasa ialah Jawatan kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya

ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi ) Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan,

Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya, Ketua Setiausaha dan dua orang

timbalannya,   Pengarah     Bahagian    Perancangan      dan   Penyelididikan     ialah

Jawatankuasa      Kurikulum,    Jawatankuasa      Bahagian      Pendidikan      Tinggi,

Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangan

dan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.


Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri

Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan

Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.




                                                                                      3
1.2 Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan selepas merdeka


   Sistem     pendidikan di Malaysia mengalami         banyak     perubahan selepas

mencapai kemerdekaan       terutamanya di sekitar   tahun 1980-an.        Berdasarkan

Laporan     Jawatankuasa Kabinet    yang mengkaji   perlaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)                mula

dilaksanakan di semua sekolah      rendah di seluruh    Negara mulai      tahun 1983.

Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M

iaitu   membaca, menulis       dan mengira. Di samping itu       juga,    ia   member

penumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi

aspek     jasmani, emosi, rohani, intelek dan   social (JERIS). Pada tahun 1989,

Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan

di semua sekolah menengah. KBSM         ini dirancang untuk      memperkembangkan

potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam

usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta berupaya

memberi     sumbangan kepada kemajuan, kesejahteraan            serta    pembangunan

Negara.


  Walaubagaimanapun, faktor utama yang menjadi tunjang kea rah pembentukan

elemen pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaan ialah ‘Perpaduan’.

Apabila Tanah Melayu mencapai        kemerdekaan daripada penjajah British pada

tahun 1957, tugas utamanya ialah untuk menyatukan kembali rakyatnya yang

berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah Negara yang aman dan

maju    serta bebas daripada    ancaman konflik antara kaum. Pada         tahun 1959,

sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk                yang dikenali

sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran

ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untuk

                                                                                     4
mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan           sebagaimana yang telah

dicadangkan dalam Laporan Razak yang         dibuat pada tahun 1956. Antara

cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah

menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah

termasuk Sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil.


   Antara tindakan-tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus

dalam mata pelajaran Bahasa       Melayu dalam peperiksaan awam,          kertas

peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu. Ini bertujuan bagi memupuk

semangat perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum. Jawatankuasa ini

juga mencadangkan agar umur persekolahan murid-murid dinaikkan daripada 12

tahun ke 15 tahun. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah

pengangguran dan masalah sosial sekiranya     murid-murid ini berhenti sekolah

terlalu awal. Di samping itu juga, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah

ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai

bidang dan jurusan. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya telah dibentangkan

di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta

Pelajaran 1961.   Sejak itu, perkembangan pendidikan    kebangsaan   selanjutnya

adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam

Akta Pelajaran 1961.


 Sistem pendidikan negara terus mengalami perubahan di sekitar tahun 1963

hingga 1975 selaras dengan perlaksanaan       rancangan lima tahun Malaysia.

Perkembangan sistem pendidikan Negara pada tahun ini boleh dibahagijan kepada

tiga tahap iaitu tahap pertama dari tahun 1963 hingga 1965, Tahap ke dua dari

tahun 1966 hingga 1970 dan tahap ketiga dari tahun 1971 hingga 1975. Tahap

pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan           yang

                                                                               5
telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan

tahap       perlaksanaan rancangan pendidikan      di bawah     Rancangan Malaysia

Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan

sosial yang timbul dalam tempoh tersebut. Sistem pendidikan pada tahap ini

bukan hanya berorientasikan kepada pembasmian buta huruf tetapi juga untuk

mencapai matlamat ekonomi negara. Antara matlamat lain yang ingin dicapai

ialah untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk

perpaduan social, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan

yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf

pendidikan di seluruh Negara serta melaksannakan pendemokrasian pendidikan

tanpa mengira kaum mahu pun agama.


1.3 KBSR dan KBSM dalam pembentukan Integrasi Nasional di Malaysia


    Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) dirancang             untuk   memenuhi   atau untuk   mencerminkan

kehendak Falsafah        Pendidikan    Kebangsaan dalam    usaha untuk    melahirkan

masyarakat      Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi

seperti kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia

kepada       negara, memberi      sumbangan kepada        kemajuan    Negara   serta

mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum.

Integrasi     nasional   antara   kaum adalah    antara aspek   penting   yang perlu

ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tanpa semangat

perpaduan, pasti kemajuan dan pembamgunan negara akan terjejas dan akhirnya

akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan kaum. Untuk memupuk

perpaduan dalam kalangan rakyat           yang berbilang kaum ini, prasangka yang

bersifat perkauman atau prejudis semestinya dikikis dan dihapuskan daripada

                                                                                   6
diri setiap masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, sikap toleransi harus sentiasa

diamalkan. Di samping itu, perbezaan kebudayaan, pendidikan, sosial dan ekonomi

tidak harus dibiarkan berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha

kerajaan    untuk    memupuk   semangat perpaduan di kalangan warganegaranya.

Malah,     sebagai rakyat Malaysia kita      harus      berusaha   merapatkan jurang

perbezaan ini bagi      mewujudkan masyarakat Malaysia          yang      bersatu padu,

harmonis dan sejahtera.


 Dalam      usaha untuk membina      suatu sistem       pendidikan yang    berdasarkan

perpaduan, lima prinsip     Rukun Negara        perlu     diterapkan dalam     Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Semua perancangan kurikulum sekolah iaitu KBSR dan

KBSM adalah mempunyai perkaitan dengan prinsip Rukun Negara. Penerapan

prinsip Rukun Negara dalam KBSR dan KBSM adalah atas kesedaran bahawa

sekolah merupakan agen yang          boleh   menjalankan tugas penyebaran          ilmu

pengetahuan dan pembentukan akhlak yang baik dalam proses pendidikan serta

murid      dapat    mengamalkannya      dalam     kehidupan harian mereka         demi

mewujudkan perpaduan antara kaum. Oleh itu, semua aktiviti pengajaran dan

pembelajaran termasuk aktiviti    kokurikulum harus menekankan unsur           integrasi

nasional. Dalam situasi ini, pemilihan mata pelajaran yang terkandung dalam

KBSR dan KBSM seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah

adalah      contoh beberapa mata pelajaran yang menitikberatkan              perpaduan

dikalangan kaum di Malaysia.




                                                                                      7
2.0 Cabaran Dalam Profesion Perguruan

     Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan
kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping
mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan
dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak         terpisah daripada
seseorang guru.     Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan.
Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.




Kini, zaman semakin mencabar.         Bebanan guru makin besar yang menuntut
kesabaran serta tanggungjawab yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-
agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa
dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar
pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu
bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas
kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid
semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran
dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan
mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.




Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk
lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni,
selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa
mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang
baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan
kesalahan.




Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka
bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih
dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat




                                                                                    8
pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru
perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.




Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar,
sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.

Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini
memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai
pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini,
peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran.
Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak
untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal
guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca
pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis.     Sekarang, lebih banyak bilik darjah
ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan
komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun,
kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan
maklumat yang betul.




Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri
pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan
sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian
besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan.         Ini kerana persediaan bagi
pengeluaran   tenaga kerja   negara di semua sektor bermula dari sekolah yang
sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru.         Guru juga adalah model
manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit
daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.




                                                                                 9
Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di
timbangkan.   Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada
pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia
meningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke
sekolah rendah.    Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam
pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru
mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan
sebelum dan semasa berkhidmat. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia
menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program
dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah
melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah
biasiswa melanjutkan    pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran
merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.




Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru
terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang
bertanggungjawab   memastikan    Falsafah   Pendidikan   Negara   dan   Falsafah
Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya.Pendidik memainkan peranan yang
dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum.
Guru juga membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan
integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap
tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai
cabaran yang harus didepani dengan profesional.Seperti profesion lain, bidang
keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali
mendepani cabaran yang cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi
turut menjadikan bidang pendidikan semakin mencabar.Dunia pendidikan berubah
dengan penekanan diberikan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan
pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks.




                                                                              10
David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—Their Description,
Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam
menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif,
bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang
dan berkeyakinan.Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai
ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua
selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen
pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat.

Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah
secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar
tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat
yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya
tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak
memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.

Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan memerlukan
persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion
keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran
dalam pengajarannya khususnya.

Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata, dalam
abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan
globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi
cabaran sebagai seorang pendidik.

Persepsi yang menyatakan bahawa guru ibarat “ibu bapa kedua” secara tidak
langsung menggambarkan tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik.
Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh
kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya
cemerlang dalam bidang akademik.

Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar
celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).



                                                                                   11
Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan
yang besar dalam pendidikan.

Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu
sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi
menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan
generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus
merealisasikan   impian   negara   agar    menjadi   negara   maju   pada   2020.


2.1 Cabaran sebagai agen perubahan

   Sebagai agen perubahan, guru perlu mempunyai sifat yang boleh menjadi
tauladan yang baik kepada anak murid seperti bertanggungjawab, adil dalam
mengambil tindakan disiplin ke atas anak murid maksudnya tidak mengira status
kedudukan murid tersebut    atau tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan
terhadap kesalahan murid. Di samping itu guru juga perlu mempunyai disiplin,
misalnya tidak berambut     panjang, menepati masa datang ke sekolah atau
menepati masa pengajaran dan       mudah    didampingi oleh murid    atau pelajar,
sekiranya pelajar mempunyai masalah. Segala tingkahlaku guru sentiasa dilihat
oleh masyarakat tempat dimana guru tersebut mengajar samada di bandar atau
luar Bandar. Oleh itu guru perlu sentiasa berwaspada dalam mengambil tindakan
terhadap pelajar agar tidak melanggar tata etika profesion guru. Di dalam
membentuk tingkahlaku pelajar, guru mestilah sikap yang sabar dalam mendidik
pelajar menjadi manusia yang baik. Pelajar hari ini terdedah kepada banyak
anasir yang tidak baik, misalnya terjebak kepada penagihan dadah, terlibat dalam
kongsi gelap dan pelbagai kesalahan yang menyalahi undang-undang dan agama.
Gurulah yang menjadi mangsa di atas semua kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar. Di sini guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam
memberi pendidikan yang berkesan bagi mengelakkan atau menghindari pelajar
dari terjerumus kepada anasir yang merosakkan diri pelajar. Di sini guru perlu
menjadi model yang baik untuk diikuti oleh para pelajar.




                                                                               12
2.2 Melahir modal insan yang berintegriti

  Prinsip    akauntabiliti   dan integriti    penting dan menjadi     amalan oleh setiap
penjawat awam, lebih-lebih lagi pendidik yang mendidik generasi hari muka.
Dimana generasi       muda adalah sebagai         pelapis   kepada pemimpin yang ada
sekarang. Suatu hari nanti akan memegang tampuk utama negara, semestinya
diberi perhatian yang lebih bagi menghasil modal-modal insan yang berwibawa
dan mempunyai sifat-sifat pemimpin yang selari dengan tuntutan agama. Guru
gagal dalam mendidik sekiranya          hanya tertumpu      atau    mementingkan intelek
semata-mata. Kita dapat         melahirkan ahli bijak pandai tapi        tidak   bermoral,
contohnya akauntan yang menggelapkan wang negara dan sebagainya. Oleh itu
kita mesti mendidik para pelajar yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah yang
selari dengan kehendak agama.

 Guru wajar mendalami falsafah dan budaya integriti sebagai persediaan untuk
menjadi guru yang berwibawa. Dalam konteks ini, kewibawaan seorang guru bukan
sahaja diukur dari segi kebolehan melahirkan pelajar yang mendapat gred A dalam
semua mata pelajaran, bahkan lebih dari itu, guru dinilai dari segi keupayaan
mendidik murid menjadi insan yang beretika, beradab dan berakhlak mulia. Dalam
erti kata   lain,   tugas seorang     guru tidak     hanya terhenti setakat      mengasah
kecerdasan minda murid, tetapi juga mendidik            jiwa dan sanubari mereka agar
menjadi insan       mulia yang     sentiasa      mengamalkan nilai-nilai     murni dalam
kehidupan mereka. Ini adalah selaras dengan hasrat kita untuk menjadi sebuah
Negara      maju    mengikut acuan sendiri,       iaitu sebuah negara      yang mencapai
kemajuan yang seimbang dari segi              kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik,
kesepaduan sosial dan berjaya membina masyarakat                   yang berpegang teguh
kepada nilai agama, moral dan etika.

 Krisis yang berlaku di Barat dan kemunculan pemikiran baru yang kembali
menekankan kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat adalah
untuk mengingatkan kita supaya kita tidak           sekali-kali mengabaikan fungsi asas
pendidikan di negara kita,        iaitu untuk melahirkan insan kamil yang memiliki
kecerdasan intelek, keseimbangan             emosi, kehebatan      jasmani dan    kekuatan
rohani. Bagi merealitikan hasrat ini, dibahu para guru diberi tanggungjawab yang
besar dalam membentuk sahsiah pelajar dan seterusnya dapat melahirkan

                                                                                        13
pemimpin yang            berintegriti pada masa akan datang. Lahirnya Institut   Integriti
Malaysia adalah atas keperihatinan pemimpin untuk melahirkan warga Malaysia
yang mempunyai integriti yang tinggi dalam jiwa setiap warganya.

3.0 CADANGAN

3.1    Bagi melahirkan guru yang boleh bersaing di peringkat global, para guru
perlu meningkatkan profesionalisme dengan meningkatkan ilmu ke peringkat
yang lebih tinggi. Kementerian menggalakkan para pendidik melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih baik, Pelbagai program telah dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan dalam meningkatkan profesian guru. Misalnya Program Pensiswazahan
Guru Sekolah Rendah, Program Pensisiwazahan Guru dan seterusnya mendapat
PHD. Ini adalah bertujuan bagi meningkatkan tahap profesinalisme guru di negara
ini. Oleh itu peluang ini perlu direbut oleh para guru agar ilmu dapat ditingkatkan
selari dengan perkembangan teknologi yang pesat berkembang.

Guru-guru perlu mendapatkan ilmu-ilmu yang terkini dalam menangani karenah
pelajar yang pelbagai ragam, sekiranya teknologi pengajaran dan pembelajaran
dapat dikuasai oleh para guru. Ianya adalah satu aset yang berharga kerana
teknologi tersebut dapat menarik minat para pelajar untuk belajar. Sekiranya
perkara    ini    berlaku para pelajar     akan lebih cenderung    untuk   belajar   dari
membuang masa yang tidak berfaedah seperti ponteng kelas, melepak di pusat
membeli belah dan lain-lain masalah yang menyalahi undang-undang negara.

3.2 Melestarikan budaya penyelidikan

      Sebagai guru yang ingin melahirkan pelajar yang berwibawa dari segi akhlak
dan kecerdasan, ianya perlu kepada muhasabah diri dengan erti kata lain perlu
menjalankan kajian tindakan sekiranya pengajaran yang dibuat tidak mencapai
objektif yang dikehendakki. Seseorang perlu merefleksi diri atau bertanya pada
diri mengapa pelajar atau murid tidak dapat apa yang diajar oleh guru. Guru
tidak hanya menyalahkan pelajar dalam mencapai objektif yang diharapkan.

Para guru        perlu     melihat   kepada diri sendiri, mungkin kaedah atau strategi
pengajaran tidak sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar . Dimana guru perlu
mengubah cara atau strategi yang lain dalam meraih minat pelajar terhadap
pengajaran. Di sinilah pentingnya guru membuat penyelidikan dalam mencari

                                                                                       14
formula yang terbaik bagi menangani masalah yang guru hadapi. Dalam perkara
ini guru     semestinya mencari           ramuan yang berkesan dalam            menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi. Seandainya penyelidikan yang dilakukan oleh guru
berkesan, mungkin formula tersebut boleh digunapakai oleh para pendidik lain di
negara kita. Maka         ia boleh memberi manfaat kepada guru-guru lain, bukan
hanya untuk diri penyelidik bahkan boleh digunapakai oleh semua guru.

Budaya penyelidik perlu ada di dalam diri setiap orang guru bagi mencari
penyelesaian yang akan dihadapi yang mana seterusnya dapat menjadikan
sekolah      yang cemerlang.              Disamping itu        dapat     meningkatkan    ilmu
profesionalisme guru           serta       meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pengajaran guru.

3.3 Sifat guru

        Guru yang cemerlang ialah guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang
mulia     yang    boleh     dijadikan      model     kepada     pelajar, rakan sekerja   serta
masyarakat       sekeliling. Ciri-ciri    peribadi       yang mulia ialah   bertanggungjawab,
amanah terhadap kerja, menepati masa, berkongsi idea yang baik, mempunyai
budaya penyelidikan, sentiasa untuk meningkatkan profesinalisme dan lain-lain
lagi.    Mempunyai      komitmen         yang   tinggi    dalam menjalankan tugas, misalnya
sanggup membuat kerja diluar masa bekerja sekiranya diperlukan.

Para guru hendaklah membuang sikap yang mementingkan diri sendiri, setiap
program      yang     dilaksanakan         memerlukan        kerjasama      semua guru dalam
sesebuah sekolah barulah setiap program dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ini adalah penting bagi kepentingan pelajar, sekolah dan guru sekolah tersebut.
Prestij sekolah tersebut akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan seterusnya
dapat dibanggakan oleh setiap warganya.




                                                                                           15
PENUTUP

Secara      keseluruhannya   dapat   disimpulkan bahawa seorang    pendidik   perlu
mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi seorang
warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan mempunyai
integriti yang utuh sebagai seorang individu. Seorang individu yang memilih
profesion     keguruan sebagai bukan kerjaya     pilihannya    akan mendatangkan
pelbagai masalah dan keburukan samada kepada pelajar, masyarakat, Negara
dan nama baik      profesion perguruan. Lantaran itu,   bagi   memastikan sebuah
Negara mencapai tahap yang setanding Negara maju yang lain, ianya perlu
dimulai diperingkat persekolahan lagi iaitu memilih individu yang benar-benar
berminat untuk dijadikan seorang guru.      Kementerian perlu mengetatkan syarat
kelayakan     untuk menjadi seorang guru bagi memastikan hanya individu yang
berkelayakan sahaja dapat guru dan seterusnya dapat bekerja dalam profesion ini
dengan penuh komitmen.




                                                                                 16
BIBLIOGRAFI

Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III( Perkembangan
& Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya : Fajar Bakti

Mok Soon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman.




                                                                            17

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetAffendi Mustapha
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Azlinda Abdullah
 
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori PsikoanalitikPSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori Psikoanalitikartventure ipkt
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
Ciri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaCiri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaMuhd Fariz
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
Hubungan Komuniti dengan sekolah
Hubungan Komuniti dengan sekolahHubungan Komuniti dengan sekolah
Hubungan Komuniti dengan sekolahrahanaz36
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guruhibatullah92
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 

La actualidad más candente (20)

Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa Kabinet
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikan
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori PsikoanalitikPSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Ciri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaCiri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budaya
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Hubungan Komuniti dengan sekolah
Hubungan Komuniti dengan sekolahHubungan Komuniti dengan sekolah
Hubungan Komuniti dengan sekolah
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
 
Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
Tajuk 4 done
Tajuk 4 doneTajuk 4 done
Tajuk 4 done
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 

Destacado

Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf BaruCabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf BaruTinagaran Magisparan
 
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)pohtee
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNurul Asha'ari
 
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaIsu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaMuhammad Syahir
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruMuhammad Syahir
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullazryna81
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Cabaran guru 1
Cabaran guru 1Cabaran guru 1
Cabaran guru 1annhairy
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Tan Hooi
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti yatt87
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanTan Tyng
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 

Destacado (20)

Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf BaruCabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
 
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
Nota guru dan cabaran semasa (edu 3093)
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
 
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaIsu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guru
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Cabaran guru 1
Cabaran guru 1Cabaran guru 1
Cabaran guru 1
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
 
Assignment EDU
Assignment  EDUAssignment  EDU
Assignment EDU
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 

Similar a DASAR PENDIDIKAN NEGARA

131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)hasrol
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETafinde
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxNURKIASATINABINTIMOH
 
Asigm bm
Asigm bmAsigm bm
Asigm bmahzai09
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negaraNelaveni Arjunan
 
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulumWan Syafawati
 
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptx
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptxKELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptx
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptxAbdihakikisihotang
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iThian Ngee
 
Maklumat pendidikan di malaysia
Maklumat pendidikan di malaysiaMaklumat pendidikan di malaysia
Maklumat pendidikan di malaysiaI'yadh Haziq
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment eduIrul Erul
 
Perkembangan pendidikan indonesia
Perkembangan pendidikan indonesiaPerkembangan pendidikan indonesia
Perkembangan pendidikan indonesiaAdy Setiawan
 

Similar a DASAR PENDIDIKAN NEGARA (20)

131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVET
 
Faktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulumFaktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulum
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
 
Asigm bm
Asigm bmAsigm bm
Asigm bm
 
makalh pengantar pendidikan
makalh pengantar pendidikanmakalh pengantar pendidikan
makalh pengantar pendidikan
 
Fpn
FpnFpn
Fpn
 
7 unit 3
7 unit 37 unit 3
7 unit 3
 
7 unit 3
7 unit 37 unit 3
7 unit 3
 
Pendidikan kewarganegaraan di malaysia
Pendidikan kewarganegaraan di malaysiaPendidikan kewarganegaraan di malaysia
Pendidikan kewarganegaraan di malaysia
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
 
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
 
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptx
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptxKELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptx
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptx
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
Maklumat pendidikan di malaysia
Maklumat pendidikan di malaysiaMaklumat pendidikan di malaysia
Maklumat pendidikan di malaysia
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
 
Huraian sukatan
Huraian sukatanHuraian sukatan
Huraian sukatan
 
Perkembangan pendidikan indonesia
Perkembangan pendidikan indonesiaPerkembangan pendidikan indonesia
Perkembangan pendidikan indonesia
 
MODUL 3.pptx
MODUL 3.pptxMODUL 3.pptx
MODUL 3.pptx
 

Último

AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaruSilvanaAyu
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuKarticha
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimNodd Nittong
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Abdiera
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxHansTobing
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 

Último (20)

AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
 
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin LimAsi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
Asi Eksklusif Dong - buku untuk para ayah - Robin Lim
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 Fase A - [abdiera.com]
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 

DASAR PENDIDIKAN NEGARA

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Dasar Pendidikan Negara Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara. Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional. Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan. 1
  • 2. Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem pendidikan . dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang-undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan mengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain. Golongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberi kuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah atau pentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya. Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan. Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan formal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud. 2
  • 3. Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat sebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitu sama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunis dan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi, orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologi dan pengaruh perkembangan antarabangsa. Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Jawatankuasa ialah Jawatan kuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi ) Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya, Ketua Setiausaha dan dua orang timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian Pendidikan Tinggi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan. Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah. 3
  • 4. 1.2 Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan selepas merdeka Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas mencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh Negara mulai tahun 1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu juga, ia member penumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS). Pada tahun 1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan, kesejahteraan serta pembangunan Negara. Walaubagaimanapun, faktor utama yang menjadi tunjang kea rah pembentukan elemen pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaan ialah ‘Perpaduan’. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas utamanya ialah untuk menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah Negara yang aman dan maju serta bebas daripada ancaman konflik antara kaum. Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untuk 4
  • 5. mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil. Antara tindakan-tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam, kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu. Ini bertujuan bagi memupuk semangat perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum. Jawatankuasa ini juga mencadangkan agar umur persekolahan murid-murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah pengangguran dan masalah sosial sekiranya murid-murid ini berhenti sekolah terlalu awal. Di samping itu juga, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya telah dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961. Sistem pendidikan negara terus mengalami perubahan di sekitar tahun 1963 hingga 1975 selaras dengan perlaksanaan rancangan lima tahun Malaysia. Perkembangan sistem pendidikan Negara pada tahun ini boleh dibahagijan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama dari tahun 1963 hingga 1965, Tahap ke dua dari tahun 1966 hingga 1970 dan tahap ketiga dari tahun 1971 hingga 1975. Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang 5
  • 6. telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh tersebut. Sistem pendidikan pada tahap ini bukan hanya berorientasikan kepada pembasmian buta huruf tetapi juga untuk mencapai matlamat ekonomi negara. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan social, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh Negara serta melaksannakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira kaum mahu pun agama. 1.3 KBSR dan KBSM dalam pembentukan Integrasi Nasional di Malaysia Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dirancang untuk memenuhi atau untuk mencerminkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara, memberi sumbangan kepada kemajuan Negara serta mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tanpa semangat perpaduan, pasti kemajuan dan pembamgunan negara akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan kaum. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini, prasangka yang bersifat perkauman atau prejudis semestinya dikikis dan dihapuskan daripada 6
  • 7. diri setiap masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, sikap toleransi harus sentiasa diamalkan. Di samping itu, perbezaan kebudayaan, pendidikan, sosial dan ekonomi tidak harus dibiarkan berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan warganegaranya. Malah, sebagai rakyat Malaysia kita harus berusaha merapatkan jurang perbezaan ini bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, harmonis dan sejahtera. Dalam usaha untuk membina suatu sistem pendidikan yang berdasarkan perpaduan, lima prinsip Rukun Negara perlu diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua perancangan kurikulum sekolah iaitu KBSR dan KBSM adalah mempunyai perkaitan dengan prinsip Rukun Negara. Penerapan prinsip Rukun Negara dalam KBSR dan KBSM adalah atas kesedaran bahawa sekolah merupakan agen yang boleh menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang baik dalam proses pendidikan serta murid dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka demi mewujudkan perpaduan antara kaum. Oleh itu, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum harus menekankan unsur integrasi nasional. Dalam situasi ini, pemilihan mata pelajaran yang terkandung dalam KBSR dan KBSM seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah adalah contoh beberapa mata pelajaran yang menitikberatkan perpaduan dikalangan kaum di Malaysia. 7
  • 8. 2.0 Cabaran Dalam Profesion Perguruan Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat. Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta tanggungjawab yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung- agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat 8
  • 9. pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana. Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan. Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul. Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan. 9
  • 10. Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa berkhidmat. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru. Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya.Pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional.Seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi turut menjadikan bidang pendidikan semakin mencabar.Dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. 10
  • 11. David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—Their Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.Guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan. Sebenarnya profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran dalam pengajarannya khususnya. Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata, dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Persepsi yang menyatakan bahawa guru ibarat “ibu bapa kedua” secara tidak langsung menggambarkan tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). 11
  • 12. Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020. 2.1 Cabaran sebagai agen perubahan Sebagai agen perubahan, guru perlu mempunyai sifat yang boleh menjadi tauladan yang baik kepada anak murid seperti bertanggungjawab, adil dalam mengambil tindakan disiplin ke atas anak murid maksudnya tidak mengira status kedudukan murid tersebut atau tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap kesalahan murid. Di samping itu guru juga perlu mempunyai disiplin, misalnya tidak berambut panjang, menepati masa datang ke sekolah atau menepati masa pengajaran dan mudah didampingi oleh murid atau pelajar, sekiranya pelajar mempunyai masalah. Segala tingkahlaku guru sentiasa dilihat oleh masyarakat tempat dimana guru tersebut mengajar samada di bandar atau luar Bandar. Oleh itu guru perlu sentiasa berwaspada dalam mengambil tindakan terhadap pelajar agar tidak melanggar tata etika profesion guru. Di dalam membentuk tingkahlaku pelajar, guru mestilah sikap yang sabar dalam mendidik pelajar menjadi manusia yang baik. Pelajar hari ini terdedah kepada banyak anasir yang tidak baik, misalnya terjebak kepada penagihan dadah, terlibat dalam kongsi gelap dan pelbagai kesalahan yang menyalahi undang-undang dan agama. Gurulah yang menjadi mangsa di atas semua kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Di sini guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam memberi pendidikan yang berkesan bagi mengelakkan atau menghindari pelajar dari terjerumus kepada anasir yang merosakkan diri pelajar. Di sini guru perlu menjadi model yang baik untuk diikuti oleh para pelajar. 12
  • 13. 2.2 Melahir modal insan yang berintegriti Prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan menjadi amalan oleh setiap penjawat awam, lebih-lebih lagi pendidik yang mendidik generasi hari muka. Dimana generasi muda adalah sebagai pelapis kepada pemimpin yang ada sekarang. Suatu hari nanti akan memegang tampuk utama negara, semestinya diberi perhatian yang lebih bagi menghasil modal-modal insan yang berwibawa dan mempunyai sifat-sifat pemimpin yang selari dengan tuntutan agama. Guru gagal dalam mendidik sekiranya hanya tertumpu atau mementingkan intelek semata-mata. Kita dapat melahirkan ahli bijak pandai tapi tidak bermoral, contohnya akauntan yang menggelapkan wang negara dan sebagainya. Oleh itu kita mesti mendidik para pelajar yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah yang selari dengan kehendak agama. Guru wajar mendalami falsafah dan budaya integriti sebagai persediaan untuk menjadi guru yang berwibawa. Dalam konteks ini, kewibawaan seorang guru bukan sahaja diukur dari segi kebolehan melahirkan pelajar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, bahkan lebih dari itu, guru dinilai dari segi keupayaan mendidik murid menjadi insan yang beretika, beradab dan berakhlak mulia. Dalam erti kata lain, tugas seorang guru tidak hanya terhenti setakat mengasah kecerdasan minda murid, tetapi juga mendidik jiwa dan sanubari mereka agar menjadi insan mulia yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Ini adalah selaras dengan hasrat kita untuk menjadi sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu sebuah negara yang mencapai kemajuan yang seimbang dari segi kesejahteraan ekonomi, kestabilan politik, kesepaduan sosial dan berjaya membina masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika. Krisis yang berlaku di Barat dan kemunculan pemikiran baru yang kembali menekankan kepentingan amalan nilai moral dan etika dalam masyarakat adalah untuk mengingatkan kita supaya kita tidak sekali-kali mengabaikan fungsi asas pendidikan di negara kita, iaitu untuk melahirkan insan kamil yang memiliki kecerdasan intelek, keseimbangan emosi, kehebatan jasmani dan kekuatan rohani. Bagi merealitikan hasrat ini, dibahu para guru diberi tanggungjawab yang besar dalam membentuk sahsiah pelajar dan seterusnya dapat melahirkan 13
  • 14. pemimpin yang berintegriti pada masa akan datang. Lahirnya Institut Integriti Malaysia adalah atas keperihatinan pemimpin untuk melahirkan warga Malaysia yang mempunyai integriti yang tinggi dalam jiwa setiap warganya. 3.0 CADANGAN 3.1 Bagi melahirkan guru yang boleh bersaing di peringkat global, para guru perlu meningkatkan profesionalisme dengan meningkatkan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. Kementerian menggalakkan para pendidik melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik, Pelbagai program telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan profesian guru. Misalnya Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah, Program Pensisiwazahan Guru dan seterusnya mendapat PHD. Ini adalah bertujuan bagi meningkatkan tahap profesinalisme guru di negara ini. Oleh itu peluang ini perlu direbut oleh para guru agar ilmu dapat ditingkatkan selari dengan perkembangan teknologi yang pesat berkembang. Guru-guru perlu mendapatkan ilmu-ilmu yang terkini dalam menangani karenah pelajar yang pelbagai ragam, sekiranya teknologi pengajaran dan pembelajaran dapat dikuasai oleh para guru. Ianya adalah satu aset yang berharga kerana teknologi tersebut dapat menarik minat para pelajar untuk belajar. Sekiranya perkara ini berlaku para pelajar akan lebih cenderung untuk belajar dari membuang masa yang tidak berfaedah seperti ponteng kelas, melepak di pusat membeli belah dan lain-lain masalah yang menyalahi undang-undang negara. 3.2 Melestarikan budaya penyelidikan Sebagai guru yang ingin melahirkan pelajar yang berwibawa dari segi akhlak dan kecerdasan, ianya perlu kepada muhasabah diri dengan erti kata lain perlu menjalankan kajian tindakan sekiranya pengajaran yang dibuat tidak mencapai objektif yang dikehendakki. Seseorang perlu merefleksi diri atau bertanya pada diri mengapa pelajar atau murid tidak dapat apa yang diajar oleh guru. Guru tidak hanya menyalahkan pelajar dalam mencapai objektif yang diharapkan. Para guru perlu melihat kepada diri sendiri, mungkin kaedah atau strategi pengajaran tidak sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar . Dimana guru perlu mengubah cara atau strategi yang lain dalam meraih minat pelajar terhadap pengajaran. Di sinilah pentingnya guru membuat penyelidikan dalam mencari 14
  • 15. formula yang terbaik bagi menangani masalah yang guru hadapi. Dalam perkara ini guru semestinya mencari ramuan yang berkesan dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Seandainya penyelidikan yang dilakukan oleh guru berkesan, mungkin formula tersebut boleh digunapakai oleh para pendidik lain di negara kita. Maka ia boleh memberi manfaat kepada guru-guru lain, bukan hanya untuk diri penyelidik bahkan boleh digunapakai oleh semua guru. Budaya penyelidik perlu ada di dalam diri setiap orang guru bagi mencari penyelesaian yang akan dihadapi yang mana seterusnya dapat menjadikan sekolah yang cemerlang. Disamping itu dapat meningkatkan ilmu profesionalisme guru serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran guru. 3.3 Sifat guru Guru yang cemerlang ialah guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang mulia yang boleh dijadikan model kepada pelajar, rakan sekerja serta masyarakat sekeliling. Ciri-ciri peribadi yang mulia ialah bertanggungjawab, amanah terhadap kerja, menepati masa, berkongsi idea yang baik, mempunyai budaya penyelidikan, sentiasa untuk meningkatkan profesinalisme dan lain-lain lagi. Mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas, misalnya sanggup membuat kerja diluar masa bekerja sekiranya diperlukan. Para guru hendaklah membuang sikap yang mementingkan diri sendiri, setiap program yang dilaksanakan memerlukan kerjasama semua guru dalam sesebuah sekolah barulah setiap program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ini adalah penting bagi kepentingan pelajar, sekolah dan guru sekolah tersebut. Prestij sekolah tersebut akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan seterusnya dapat dibanggakan oleh setiap warganya. 15
  • 16. PENUTUP Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa seorang pendidik perlu mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi seorang warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan mempunyai integriti yang utuh sebagai seorang individu. Seorang individu yang memilih profesion keguruan sebagai bukan kerjaya pilihannya akan mendatangkan pelbagai masalah dan keburukan samada kepada pelajar, masyarakat, Negara dan nama baik profesion perguruan. Lantaran itu, bagi memastikan sebuah Negara mencapai tahap yang setanding Negara maju yang lain, ianya perlu dimulai diperingkat persekolahan lagi iaitu memilih individu yang benar-benar berminat untuk dijadikan seorang guru. Kementerian perlu mengetatkan syarat kelayakan untuk menjadi seorang guru bagi memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dapat guru dan seterusnya dapat bekerja dalam profesion ini dengan penuh komitmen. 16
  • 17. BIBLIOGRAFI Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III( Perkembangan & Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya : Fajar Bakti Mok Soon Sang (1981). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman. 17