SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 21
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN
KOD KURSUS : HBSC 2203
TAJUK KURSUS : TOOLS FOR LEARNING SCIENCE
SEMESTER : JANUARY 2013 (SMP KHAS)
NAMA : AMRI BIN NIBIN
NO. KP : 720206-12-5251
NO. KAD METRIK : 720206125251001
NAMA TUTOR
PN. SIALAM BTE GUKA @ SAIMAH
ISI KANDUNGAN
1
Halaman
Pendahuluan 3
Kemahiran-kemahiran Proses Sains 3 – 9
Aktiviti Pembelajaran berasaskan kemahiran saintifik 10 – 19
Kemahiran Saintifik dalam aktiviti:
Penilaian dan cadangan 19 – 20
Penutup 20 – 21
Bibliografi 22
PENDAHULUAN
2
Kurikulum Sains memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu
kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains.Pengoperasian kemahiran proses sains dalam
pengakaran dan pembelajaran merupakan satu inovasi pedagogi ke arah mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif yang dapat menimbulkan minat dan keseronakan murid
terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penekanan terhadap penguasaan
kemahiran proses sains menuntut suatu perubahan atau pengubahsuaian dalam amalan pengajaran
iaitu dari pendekatan yang berorientasikan kandungan kepada pendekatan yang berorientasikan
proses.Cabaran utama yang perlu ditangani dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran saintifik adalah kefahaman tentang kemahiran proses sains serta ketrampilan
guru mengaplikasikannya strategi pengajaran dan pembelajaran.
Penguasaan kemahiran saintifik merupakan salah satu domain yang diberi penekanan dalam
kurikulum sains sekolah.Kemahiran saintifik yang perlu dikuasai oleh murid terdiri daripada
kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains.Kemahiran proses sains yang perlu dikuasai
adalah sebagaimana urutan berikut:
1. Memerhati
Kemahiran memerhati adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan
mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena dengan menggunakan deria seperti deria
penglihatan,pendengaran,sentuhan,rasa atau bau.Pengamatan atau pencerapan dalam sesuatu
penyiasatan saintifik mungkin melibatkan penggunaan deria sahaja atau penggunaan deria dengan
berbantukan alat tertentu.
Petunjuk:
* Kenal pasti ciri umum sekumpulan item
* mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep
* Mengenal ciri yang ganjil atau yang menpunyai kelainan
* memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesan
2. Mengelas
3
Kemahiran mengelas adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan
mengasingkan dan menkelomokkan objek atau fenomena ke dalam kumpulan berdasarkan kriteria
yang ditentukan seperti ciri atau sifatnya.
Petunjuk:
* Mengenal pasti persamaan dan perbezaan
* Mengumpul berdasarkan sifat sepunya
* menggunakan kriteria lain untuk mengumpul objek
* Menerangkan kaedah pengkelasan yang digunakan
3.Mengukur dan Menggunakan Nombor
Keahiran mengukur dan menggunakan nombor adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada
kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat berunit piawai.
Petunjuk:
* Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan
* Menggunakan nombor untuk merekodkan fenomena
* Membandingkan objek-objek menggunakan nombor
* Menggunakan alat dengan betul
* Mencatat bacaan dengan tepat
* Mencatat unit dengan betul
* Memilih dan menggunakan unit piawai dengan betul
* Membanding masa, jarak,luas dan isipadu denagn unit yang berkaitan
4. Membuat Inferens
4
Kemahiran membuat inferens adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan membuat
kesimpulan awal untuk menerangkan objek atau fenomena yang diperhatikan
Petunjuk:
* Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah
* Membuat pelbagai tafrisan yang mengkin daripada satu pemerhatian
* Mengunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian selanjutnya.
5. Meramal
Kemahiran meramal adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan
mengjangka peristiwa yang akan berlaku berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu
atau data yang boleh dipercayai.
Petunjuk:
* Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk mengjangka apa yang mengkin berlaku
* Menggunakan pola sebagai bukti dalam membuat sesuatu jangkaan
* Menentukan hasil yang mengkin daripada sesuatu tindakan
* Mengesahkan jangkaan berdasarkan data atau pengalaman yang lepas
* Mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru
6. Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan
menerima,memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam berbagai bentuk seperti
lisan,tulisan,graf,gambar rajah, jadual atau model.
Petunjuk:
* Kenalpasti ciri umum sekumpulan item
* Bercakap, mendengar atau menulis untuk menjelaskan idea atau makna kepada rakan
5
* Merekod maklumat daripada kajian
* Meneliti maklumat yang ingin disampaikan
* menggunakan bahan rujukan
* Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat
7. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa adalah merupakan suatu kemahiran yang
merujuk kepada kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah,bentuk,dan saiz sesuatu
objek dan perubahannya mengikut masa.
Petunjuk:
* Memperihalkan lokasi dengan masa
* Memperihalkan perubahan arah dengan masa
* memperihaklan perubahan bentuk dengan masa
* Memperihalkan perubahan saiz dengan masa
* menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi
* Menentukan magnitud perubahan yang berlaku bedasarkan kadar perubahan
* Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang
* Menghuraikan rupa bentuk objek apabila dilihat darikedudukan yang berlainan
8. Mentafsir Maklumat
Kemahiran mentafsir maklumat adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan
memberi penerangan rasional tentang objek,fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang
dikumpul. data yang dikumpul adalah dalam berbagai bentuk seperti jadual,graf,gambar rajah, carta
dan sebagainya.
Petunjuk:
6
* Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya
* mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperolehi
* Menyatakan hubungan di antara maklumat
* membuat kesim;pulan berdasarkan data yang dikumpulkan
9. Mendefinisi Secara Operasi
Kemahiran mendefinisi secara operasi adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada
kebolehan menjelaskan sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan
diperhatikan.
Petunjuk:
* Mentakrifkan istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman sendir
* Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.
10. Mengawal Pemboleh ubah
Kemahiran mengawal pemboleh ubah adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada
kebolehan mengenal pasti faktor atau pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu penyiasatan serta
menentukan kaedah untuk mengkaji kesan perubahan pada pemboleh ubah dimaipulasikan terhadap
pemboleh ubah bergerak balas dengan memalarkan pemboleh ubah yang lain.
Petunjuk:
* menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan
* menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh
ubah dimalarkan.
* menentukan apakah yang perlu dilakukan ke atas pemboleh ubah yang dimanipulasikan
11. Membuat Hipotesis
7
Kemahiran membuat hipotesis adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan
mengemukakan pernyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu
pemerhatian.Penerimaan atau penolakan hipotesis yang dikemukakan bergantung kepada hasil kajian
yang dijalankan bagi menentukan kebenaran atau kesahihah hipotesis berkenaan.
Petunjuk:
* Mengenal pasti pemboleh ubah
* Membuat inferens yang munasabah
* Menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens
12. Mengeksperimen
Kemahiran mengeksperimen adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan melaksanakan
prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.Ia merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi
kerana ia merangkumi kesemua proses sains yang telah dinyatakan sebelum ini.
Petunjuk:
* Membuat pemerhatian
* Mengemukkan soalan serta membuat inferens
* Membuat hipotesis yang boleh diujikan
* Mengawal pemboleh ubah / mendefinasikan secara operasi
* Mennetukjan perlatan yang diperlukan bagi suatu eksperimen
* Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekodkan data
* menganalisis dan mentafsirkan data
* Membuat kesimpulan
* Melapor keputusan eksperiemn yang telah dijalankan.
8
Menurut Meor Ibrahim (2001),mata pelajaran sains memberi tumpuan kepada penguasaan
kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang berorientasikan
eksperimen dan kegiatan amali.Maka,kemahiran saintifik perlu diberi penekanan
sepenuhnya.Kegagalan pendidik melaksanakan pengajaran berasaskan kemahiran seperti kemahiran
saintifik menyebabkan minat pelajar terhadap sesuatu kemahiran sukar dipupuk serta mengakibatkan
pelajar kurang berminat untuk menguasai kemahiran tersebut seterusnya,menyebabkan tahap
penguasaan mereka dalam kemahiran itu rendah.Oleh itu,perlu wujud keseimbangan dalam kalangan
komponen-komponen penting dalam Kurikulum Sains.
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran penting dalam memahami erti bidang sains yang
sebenar iaitu sebagai asas kepada pendekatan inkuiri-penemuan yang membolehkan seseorang
mencari sesuatu jawapan dengan sistematik tanpa hanya memahami sesuatu teori sahaja.Seperti yang
disebut di atas,terdapat dua kemahiran yang terlibat apabila kita memperkatakan tentang kemahiran
saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.Menurut Rozita (2000),kemahiran
proses sains membolehkan pelajar memperoleh kemahiran berfikir asas dan bersepadu dalam
membuat inferens,mengawal pembolehubah,memerhati dan menjalankan eksperimen.Kemahiran
manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan
murid mengguna dan mengendalikan peralatan serta bahan sains dengan betul dan
selamat,menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul,mengendalikan spesimen
hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat,mematuhi arahan eksperimen dan membuat
pemerhatian,perekodan serta pengukuran dengan betul (Abu Hassan,2003).
Kaedah mengeksperimen melibatkan kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif.Menurut Zol Azlan (2000),kemahiran proses sains dikenali
sebagai kemahiran kognitif manakala ke mahiran manipulatif dikenali sebagai kemahiran
psikomotor.Oleh itu,setiap aktiviti amali perlu dirancang dengan teliti dan sempurna iaitu dengan
menggabungkan ketiga-tiga domain kognitif,afektif dan psikomotor agar para pelajar memperoleh
kemahiran saintifik yang berkesan.
AKTIVITI PEMBELAJARAN BERASASKAN KEMAHIRAN SAINTIFIK
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti dan proses yang terpenting yang
menyumbang kepada pengisian Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang
9
seimbang dan cemerlang dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.Oleh itu,daya kreatif
guru untuk melestarikan pelbagai kaedah dalam P&P amatlah digalakkan.Berikut merupakan contoh
aktiviti pembelajaran sains yang mengamalkan kaedah kemahiran saintifik..
Aktiviti 1
Mata Pelajaran : Sains
Tahun : Tahun 4
Tema : Menyiasat Alam Kehidupan
Bidang Pembelajaran : Hidupan Dan Proses Hidup
Objektif Pembelajaran :
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat ;
• memahami tumbuhan bergerak balas terhadap rangsanga
• menyatakan jenis rangsangan pada tumbuhan dengan betul.
• menyatakan bahagian tertentu tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan dengan betul.
Pendekatan P & P :
• Inkuiri
• penemuan
Kaedah :
• Eksperimen
• perbincangan
Kemahiran Proses Sains :
• Berkomunikasi
• memerhati
• mentaksirkan data
KBKK :
• Menjana idea
• mengumpul
• membuat inferens
10
Bahan,peralatan dan bahan sumber :
• Gambar
• Tumbuhan yang digunakan untuk menjalankan eksperimen.
• Pokok mimosa
• Lembaran kerja
• Nota (slaid Powerpoint)
• Video klip
• Peta minda
Langkah berjaga-jaga :
• Berhati-hati semasa menghampiri mimosa kerana berduri
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah mengetahui benda hidup ( tumbuhan ) boleh bergerak dalam Sukatan Sains Tahun
Dua.Murid juga telah mempelajari tumbuhan memerlukan keperluan asas seperti air,udara dan
cahaya untuk hidup.Selain itu,murid juga pernah melihat tanaman yang disebut mimosa yang
daunnya tertutup selepas disentuh.Murid juga tahu bahawa pucuk tumbuhan seringkali menghala ke
atas dan akarnya tumbuh ke bawah.
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan /
Mencungkil
Idea
( 5 minit )
Pokok tumbuh
tinggi untuk
mendapatkan
cahaya matahari
sebagai
keperluan
asasnya .
Akar pokok
tumbuh ke dalam
tanah untuk
1. Guru memaparkan 2
keping gambar.
2. Guru bertanya murid
a) Mengapakah pokok-
pokok tumbuh dengan
tinggi di dalam hutan?
b) Mengapakah akar
pokok tumbuh ke dalam
tanah?
1.Murid menjawab
persoalan guru.
Strategi / Teknik:
Penyoalan seluruh
kelas
BBM :
Gambar 3.1
Gambar 3.2
11
mendapatkan air
sebagai
keperluan
asasnya.
Penstrukturan
semula
( 40 minit )
Tumbuhan
bergerak balas
terhadap cahaya
matahari, air,
graviti dan
sentuhan.
Mengenal pasti
bahagian
tumbuhan yang
bergerak balas
terhadap
rangsangan itu.
1. Guru mengutarakan
persoalan utama.
a) Tumbuhan memberi
respon terhadap
rangsangan apa?
b) Mengapakah tumbuhan
respon terhadap
rangsangan itu?
c) Bahagian tumbuhan
manakah yang memberi
respon terhadap
rangsangan itu?
2. Guru membahagikan
murid kepada enam
kumpulan untuk
menjalankan aktiviti bagi
menjawab persoalan tadi.
3. Guru menyuruh murid
membentangkan hasil
pemerhatian mereka.
4. Guru menyuruh murid
membuat kesimpulan.
5. Murid yang telah
menguasai maju ke fasa
aplikasi, manakala murid
yang tidak, dikumpulkan
dan diberi penerangan
1. Murid menjalankan
aktiviti bagi menjawab
persoalan.
2. Murid akan membuat
pemerhatian dan
mencatakan hasil
dapatan mereka melalui
aktiviti itu.
3. Murid
membentangkan hasil
dapatan yang diperolehi
oleh mereka.
4. Murid membuat
kesimpulan.
5. Aktiviti pemulihan :
Murid yang belum
menguasai, mendengar
penerangan guru dalam
kumpulan kecil.
Strategi / Teknik:
Eksperimen,
Perbincangan
KPS :
Memerhatikan
Berkomunikasi
Mentaksirkan data
KBKK :
Mengumpulkan
Membuat inferens
BBM :
Mimosa ,
Tumbuhan
digunakan untuk
menjalankan
eksperimen
Nilai murni :
Bekerjasama
12
dengan video klip dalam
kumpulan kecil.
Aplikasi Idea
( 10 minit )
Mengenal pasti
bahagian
tumbuhan yang
bergerak balas
terhadap
rangsangan
1. Guru mengedarkan
borang pemerhatian
kepada murid.
1. Murid berbincang dalam
kumpulan bagi
menjawab soalan itu.
2. Murid membentangkan
jawapan mereka.
Strategi :
Perbincangan
KPS :
Berkomunikasi
BBM :
Lembaran kerja
KBKK :
Menjana idea
Refleksi /
Penutup
( 5 minit )
Peta minda 1. Guru meminta murid
membuat refleksi tentang
pelajaran hari ini dan
membuat kesimpulan.
2. Guru menaksir
kefahaman murid dengan
melengkapkan peta
minda .
1. Murid membuat
refleksi dan kesimpulan .
2. Murid melengkapkan
peta minda.
BBM :
Peta minda
Aktiviti 2
Tahun : 2
Tema : Sains Hayat
Bidang : 3.Tumbuhan
Standard Kandungan : 3.1 Memahami keperluan asas tumbuhan.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya:
3.1.1 Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari.
Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan
Komunikasi
1. Persediaan:
- Mengumpul Guru menunjukkan dua buah pasu bunga:
Apakah yang dapat
anda perhatikan
13
maklumat tentang
tumbuhan perlukan
air untuk hidup subur.
1.2. Pemerhatian
Indikator Amalan:
1.1.1 Penggunaan
deria penglihatan dan
sentuhan.
1.1.2 Pemerhatian
menyeluruh
1.2 Analisis
Indikator Amalan:
1.2.1 Membuat
banding beza.
1.2.2 Mengumpul
maklumat.
1.2.5 Mengesan
sebab.
a. Pasu A(Tumbuhan yang subur)
b. Pasu B(Tumbuhan yang layu)
terhadap keadaan
kedua –dua tumbuhan
ini?
Mengapa pokok A
subur berbanding
pokok B?
14
2. Imaginasi:
• Meramal
• Penyusunan
alternative
• Pemilihan
alternatif
2.1 Penjanaan Idea
Indikator Amalan:
2.1.3 Menghasilkan
idea baru yang
bermakna
Guru menunjukkan gambar tumbuhan yang
layu di hadapan kelas.
Murid menyatakan sebab tumbuhan itu layu.
Murid meramal apa yang perlu mereka
lakukan agar tumbuhan tersebut dapat tumbuh
dengan subur.
Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana
hendak menyuburkan tumbuhan tersebut.
Perhatikan gambar ini
dengan teliti, cuba cari
sebab kenapatumbuhan
ini layu?
Bagaimana caranya
kita mahu jadikan
tumbuhan ini hidup
segar?
Adakah minyak masak
boleh digunakan untuk
menyiram tumbuhan
ini?
atau adakah air lebih
sesuai digunakan?
3. Perkembangan
• Menilai alternatif
yang dipilih.
Guru menunjukkan gambar tumbuhan yang
layu di hadapan kelas.
Murid menyatakan sebab tumbuhan itu layu.
Perhatikan gambar ini
dengan teliti, cuba cari
sebab kenapatumbuhan
15
3.1 Penambaikan
Indikator Amalan:
3.1.3 Memberi
penerangan yang
rasional tentang idea.
3.2 Menilai
Indikator Amalan:
3.2.4 Membuat
pilihan berdasarkan
fakta tanpa prasangka
3.2.1 Memberi alasan
yang tepat untuk
menerima dan
menolak idea
4. Tindakan
4.1 Pelaksanaan:
Indikator Amalan
4.1.1 Menghuraikan
idea dengan
terperinci.
Murid meramal apa yang perlu mereka
lakukan agar tumbuhan tersebut dapat tumbuh
dengan subur.
Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana
hendak menyuburkan tumbuhan tersebut.
Guru menayangkan video yang sesuai kepada
murid.
Murid membuat pemerhatian dan berbincang
didalam kumpulan dengan bimbingan guru .
Murid mencatat hasil pemerhatian dan
perbincangan.
ini layu?
Bagaimana caranya
kita mahu jadikan
tumbuhan ini hidup
segar?
Adakah minyak masak
boleh digunakan untuk
menyiram tumbuhan
ini?
atau adakah air lebih
sesuai digunakan?
Lihat tayangan video
ini dan perhatikan
kesan air terhadap biji
benih dan tumbuhan.
Apa yang terjadi
kepada biji benih
16
Murid membentang hasil perbincangan
mereka
Murid membuat keputusan yang telah mereka
pilih untuk menyuburkan tumbuhan tersebut
dengan sebab yang rasional
Guru membimbing murid untuk membuat
kesimpulan akhir
tersebut?
Adakah tumbuhan
boleh hidup tanpa air?
Mengapa?
Bincangkan dalam
kumpulan.
Cuba berikan jawapan
yang anda pilih
Beri sebab mengapa
anda memilih jawapan
tersebut ?
Seandainya pokok
bunga di rumah kamu
layu apa yang patut
kamu lakukan?
Adakah tumbuhan
boleh hidup subur
tanpa air? Kenapa?
17
Ramalan jawapan:
Tidak.Tumbuhan tidak
boleh hidup subur
tanpa air kerana air
ialah keperluan asas
tumbuhan.
Pentaksiran Murid-murid berkeupayaan membuat pilihan
dengan penjelasan yang betul.
KPS : Memerhati
Membuat inferens
Berkomunikasi
Nilai dan sikap - Minat dan sifat ingin tahu.
- Bekerjasama.
- menyedari bahawa sains merupakan satu
daripada cara untuk memahami alam.
KEMAHIRAN SAINTIFIK DALAM AKTIVITI :PENILAIAN & CADANGAN
Matlamat pendidikan sains itu sendiri akan tercapai dengan memberi peluang kepada pelajar
belajar melalui pengalaman untuk memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri (Mohd
Najib dan Mohd Yusof,1995).Dalam kedua-dua contoh aktiviti di atas,pendekatan inkuiri dan
penemuan telah digunapakai dalam P&P.Daripada perspektif pedagogi, inkuiri mencerminkan model
pembelajaran konstruktivis,atau sering dirujuk sebagai pembelajaran aktif.Mengikut model
konstruktivis,pembelajaran adalah hasil perubahan dalam kerangka mental yang berlaku secara
berterusan dalam usaha mencari makna daripada pengalaman yang dilalui (Osborne &
Freyberg,1985).Dalam kelas,kanak-kanak digalakkan membina makna melalui perbincangan dan
pengajaran guru dan pengalaman dengan fenomena yang dikaji (Driver,1989).Dapatan-dapatan
kajian menunjukkan ‘kanak-kanak lebih mudah memahami alam semula jadi apabila mereka
18
berinteraksi dengan fenomena,dan menggunakan deria membuat pemerhatian dan menggunakan
alat-alat atau instrumen bagi meningkatkan keupayaan mereka (National Science Board,1991:27).
Justeru,pengajaran berorientasikan inkuiri seharusnya melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan
bagi menjawab persoalan dan memenuhi naluri ingin tahu mereka dengan pembinaan kerangka
mental yang dapat menjelaskan pengalaman mereka.
Implikasinya adalah pendekatan inkuiri bermula dengan keinginan mengetahui
sesuatu.Penyiasatan ataupun pembelajaran bermakna tidak akan terhasil apabila tidak timbul
persoalan atau sifat ingin tahu yang memerlukan jawapan, penyelesaian, penerokaan dan membuat
keputusan.Sains adalah ‘proses menyedari dan memahami diri kita sendiri, kehidupan yang lain,dan
persekitaran melalui deria dan penerokaan peribadi’ (McIntyre, 1984).Sains dapat dipelajari dengan
menggunakan pemikiran saintifik dan kemahiran proses sains yang menjadi sebahagian daripada
inkuiri saintifik: memerhati,berkomunikasi,membanding dan mengukur,menyusun ikut urutan,
mengelas maklumat,mengaitkan pengetahuan,membuat inferens bagi mendapatkan penjelasan,dan
mengguna pengetahuan bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berdasarkan
maklumat.Pendekatan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis
dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah.
Eksperimen mudah akan menggalakkan inkuiri.Ini seterusnya akan membawa kepada
pembelajaran kolaboratif.Pendekatan ini melibatkan usaha intelek bersama antara kanak-kanak dan
guru.Dalam pendekatan ini,kanak-kanak bekerja dalam kumpulan bagi mencapai matlamat atau
tujuan yang sama.Apabila dirancang dengan teliti,pembelajaran kolaboratif dapat meningkatkan
kreativiti kanak-kanak,menggalakkan mereka menjelaskan serta mempertahankan idea-idea mereka
dan mencari penyelesaian bersama.Guru-guru digalakkan menggunakan peluang semasa bermain
ini,bertanya soalan-soalan jenis terbuka dan memperkenalkan konsep dan prinsip saintifik yang ingin
diketengahkan kepada kanak-kanak.Dengan merancang pengajaran,guru dapat menghasilkan
pembelajaran yang menggembirakan lagi bermakna kepada kanak-kanak.Pembelajaran yang
bermakna memberi penekanan pada penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran dan
menjadikan pembelajaran lebih berkesan.Melalui pengalaman terus ini kanak-kanak dapat
mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian.
PENUTUP
19
Pembelajaran sains bukan hanya secara teori sahaja,malah ia perlu dibuktikan melalui
amali.Maka untuk melakukan amali tersebut,beberapa kemahiran amat diperlukan iaitu kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif (Hamida,2003).Seperti yang dinyatakan oleh Annamal
(2000) dalam pemerhatiannya di mana pelajar-pelajar ada menunjukkan minat yang sangat
mendalam semasa menjalankan ujian amali.Maka,guru harus menjadi mentor yang baik dan bijak di
mana mampu mengendalikan eksperimen dan membantu pelajar mencari bukti apa yang mereka
pelajari di dalam kelas berkaitan dengan sains.Proses ini bukan sahaja melibatkan pembuktian
sahaja,malah melibatkan kaedah-kaedah yang betul yang digunakan sepanjang amali
dilakukan.Fungsi amali atau eksperimen di makmal adalah bagi membina dan melatih kemahiran
manipulatif pelajar, menjelaskan fakta sains dan prinsip yang telah dipelajari,mendedahkan pelajar
kepada pelbagai teknik,peralatan dan bahan sains seterusnya menimbulkan dan mengekalkan minat
pelajar terhadap sains dan pembelajaran sains.
(2861 patah perkataan)
20
BIBLIOGRAFI
Abu Hassan Kassim (2003).Kurikulum Sains Sekolah Malaysia.Skudai,Universiti Teknologi
Malaysia:Fakulti Pendidikan.
Ahmad Hashim, Raja Mustapha Raja Hassan dan David Bradley (1986).Panduan Kaedah Ujikaji.
Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Yahaya,Shahrin Hashim,Jamaludin Ramli,Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007).
Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori,Analisis dan Interpretasi Data. Edisi
Kedua.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Buxton C.A dan Rovenzo E.F, Jr. (2007).Teaching Science In Elementary and Middle School: A
Cognitive Cultural Approach.University of Miami, Coral Gables: Sage Publications.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).Proses Pengajaran Guru Sains Kepada Pelajar
Berpencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran Sains.Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Ooi, Chong Beng dan Mohd.Khairuddin Yahya (1982).Panduan Makmal Sains.Edisi Pertama.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
21

Más contenido relacionado

Destacado

Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2Azzam Yusof
 
Penyakit jangkitan seks
Penyakit jangkitan seksPenyakit jangkitan seks
Penyakit jangkitan seksMohd Zainudin
 
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 102 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 1Cikgu Jumrah
 
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Rosdi Ramli
 
Instrument Pendidikan Kesihatan Tahun 1
Instrument Pendidikan Kesihatan Tahun 1Instrument Pendidikan Kesihatan Tahun 1
Instrument Pendidikan Kesihatan Tahun 1Idayu Wadud
 

Destacado (7)

Phedofilia ppt
Phedofilia pptPhedofilia ppt
Phedofilia ppt
 
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
Panduan pengajaran pend kesihatan thn 2
 
Penyakit jangkitan seks
Penyakit jangkitan seksPenyakit jangkitan seks
Penyakit jangkitan seks
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 102 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
02 modul pengajaran pend kesihatan thn 1
 
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
 
Instrument Pendidikan Kesihatan Tahun 1
Instrument Pendidikan Kesihatan Tahun 1Instrument Pendidikan Kesihatan Tahun 1
Instrument Pendidikan Kesihatan Tahun 1
 

Similar a Tugasan hbsc2203 (jan 13)

8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.pptjefri266578
 
8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.pptSittiferaApriliantif
 
32 model-pembelajaran-sains-sma
32 model-pembelajaran-sains-sma32 model-pembelajaran-sains-sma
32 model-pembelajaran-sains-smaMuhammad Yuliawan
 
Sains Tahun 6 Unit 1 dan pengenalan.pdf
Sains Tahun 6 Unit 1 dan pengenalan.pdfSains Tahun 6 Unit 1 dan pengenalan.pdf
Sains Tahun 6 Unit 1 dan pengenalan.pdfWanAkmalZahran
 
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_22 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_22 Juli 2022.pptxAminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_22 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_22 Juli 2022.pptxAminullah Assagaf
 
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptxAminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptxAminullah Assagaf
 
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptxAminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptxAminullah Assagaf
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 
32. model pembelajaran sains sma
32. model pembelajaran sains sma32. model pembelajaran sains sma
32. model pembelajaran sains smaichy RiyUti
 
Teknik pengolahan data analisis data
Teknik pengolahan data analisis dataTeknik pengolahan data analisis data
Teknik pengolahan data analisis dataUniversity of Andalas
 
SAP 2Metode penelitian
SAP 2Metode penelitianSAP 2Metode penelitian
SAP 2Metode penelitianAs As
 
RPT SAINS TAHUN 5.docx
RPT SAINS TAHUN 5.docxRPT SAINS TAHUN 5.docx
RPT SAINS TAHUN 5.docxssuser2474ca
 
Metodologi penelitian powerpoint
Metodologi penelitian  powerpointMetodologi penelitian  powerpoint
Metodologi penelitian powerpointRobert Lakka
 
2022_PPT_KONSEP MIPA_KET PROSES SAINS_FINAL.pptx
2022_PPT_KONSEP MIPA_KET PROSES SAINS_FINAL.pptx2022_PPT_KONSEP MIPA_KET PROSES SAINS_FINAL.pptx
2022_PPT_KONSEP MIPA_KET PROSES SAINS_FINAL.pptxnirwan35
 
Metodologi penelitian
Metodologi penelitianMetodologi penelitian
Metodologi penelitianfikri asyura
 
Pengertian dan urgensi penelitian
Pengertian dan urgensi penelitianPengertian dan urgensi penelitian
Pengertian dan urgensi penelitianFredika Ayu Lestari
 

Similar a Tugasan hbsc2203 (jan 13) (20)

8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
 
8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
8.-Keterampilan-Proses-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
 
Sce 3106 kps
Sce 3106 kpsSce 3106 kps
Sce 3106 kps
 
32 model-pembelajaran-sains-sma
32 model-pembelajaran-sains-sma32 model-pembelajaran-sains-sma
32 model-pembelajaran-sains-sma
 
Rpt sains thn 6 2019 skk
Rpt sains thn 6 2019 skkRpt sains thn 6 2019 skk
Rpt sains thn 6 2019 skk
 
Materi Riset
Materi RisetMateri Riset
Materi Riset
 
Sains Tahun 6 Unit 1 dan pengenalan.pdf
Sains Tahun 6 Unit 1 dan pengenalan.pdfSains Tahun 6 Unit 1 dan pengenalan.pdf
Sains Tahun 6 Unit 1 dan pengenalan.pdf
 
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_22 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_22 Juli 2022.pptxAminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_22 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_22 Juli 2022.pptx
 
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptxAminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptx
 
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptxAminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptx
Aminullah Assagaf_P1-4_Metode Penelitian_17 Juli 2022.pptx
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
32. model pembelajaran sains sma
32. model pembelajaran sains sma32. model pembelajaran sains sma
32. model pembelajaran sains sma
 
Teknik pengolahan data analisis data
Teknik pengolahan data analisis dataTeknik pengolahan data analisis data
Teknik pengolahan data analisis data
 
SAP 2Metode penelitian
SAP 2Metode penelitianSAP 2Metode penelitian
SAP 2Metode penelitian
 
CABAR
CABARCABAR
CABAR
 
RPT SAINS TAHUN 5.docx
RPT SAINS TAHUN 5.docxRPT SAINS TAHUN 5.docx
RPT SAINS TAHUN 5.docx
 
Metodologi penelitian powerpoint
Metodologi penelitian  powerpointMetodologi penelitian  powerpoint
Metodologi penelitian powerpoint
 
2022_PPT_KONSEP MIPA_KET PROSES SAINS_FINAL.pptx
2022_PPT_KONSEP MIPA_KET PROSES SAINS_FINAL.pptx2022_PPT_KONSEP MIPA_KET PROSES SAINS_FINAL.pptx
2022_PPT_KONSEP MIPA_KET PROSES SAINS_FINAL.pptx
 
Metodologi penelitian
Metodologi penelitianMetodologi penelitian
Metodologi penelitian
 
Pengertian dan urgensi penelitian
Pengertian dan urgensi penelitianPengertian dan urgensi penelitian
Pengertian dan urgensi penelitian
 

Más de amryee

Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)amryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
Diverse learners 2
Diverse learners 2Diverse learners 2
Diverse learners 2amryee
 
Biodiversiti 2
Biodiversiti 2Biodiversiti 2
Biodiversiti 2amryee
 
Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2amryee
 
Biodiversiti 4
Biodiversiti 4Biodiversiti 4
Biodiversiti 4amryee
 

Más de amryee (7)

Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Diverse learners 2
Diverse learners 2Diverse learners 2
Diverse learners 2
 
Biodiversiti 2
Biodiversiti 2Biodiversiti 2
Biodiversiti 2
 
Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2
 
Biodiversiti 4
Biodiversiti 4Biodiversiti 4
Biodiversiti 4
 

Último

Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 

Último (20)

Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 

Tugasan hbsc2203 (jan 13)

  • 1. PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN KOD KURSUS : HBSC 2203 TAJUK KURSUS : TOOLS FOR LEARNING SCIENCE SEMESTER : JANUARY 2013 (SMP KHAS) NAMA : AMRI BIN NIBIN NO. KP : 720206-12-5251 NO. KAD METRIK : 720206125251001 NAMA TUTOR PN. SIALAM BTE GUKA @ SAIMAH ISI KANDUNGAN 1
  • 2. Halaman Pendahuluan 3 Kemahiran-kemahiran Proses Sains 3 – 9 Aktiviti Pembelajaran berasaskan kemahiran saintifik 10 – 19 Kemahiran Saintifik dalam aktiviti: Penilaian dan cadangan 19 – 20 Penutup 20 – 21 Bibliografi 22 PENDAHULUAN 2
  • 3. Kurikulum Sains memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains.Pengoperasian kemahiran proses sains dalam pengakaran dan pembelajaran merupakan satu inovasi pedagogi ke arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif yang dapat menimbulkan minat dan keseronakan murid terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penekanan terhadap penguasaan kemahiran proses sains menuntut suatu perubahan atau pengubahsuaian dalam amalan pengajaran iaitu dari pendekatan yang berorientasikan kandungan kepada pendekatan yang berorientasikan proses.Cabaran utama yang perlu ditangani dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik adalah kefahaman tentang kemahiran proses sains serta ketrampilan guru mengaplikasikannya strategi pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan kemahiran saintifik merupakan salah satu domain yang diberi penekanan dalam kurikulum sains sekolah.Kemahiran saintifik yang perlu dikuasai oleh murid terdiri daripada kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains.Kemahiran proses sains yang perlu dikuasai adalah sebagaimana urutan berikut: 1. Memerhati Kemahiran memerhati adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena dengan menggunakan deria seperti deria penglihatan,pendengaran,sentuhan,rasa atau bau.Pengamatan atau pencerapan dalam sesuatu penyiasatan saintifik mungkin melibatkan penggunaan deria sahaja atau penggunaan deria dengan berbantukan alat tertentu. Petunjuk: * Kenal pasti ciri umum sekumpulan item * mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep * Mengenal ciri yang ganjil atau yang menpunyai kelainan * memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesan 2. Mengelas 3
  • 4. Kemahiran mengelas adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengasingkan dan menkelomokkan objek atau fenomena ke dalam kumpulan berdasarkan kriteria yang ditentukan seperti ciri atau sifatnya. Petunjuk: * Mengenal pasti persamaan dan perbezaan * Mengumpul berdasarkan sifat sepunya * menggunakan kriteria lain untuk mengumpul objek * Menerangkan kaedah pengkelasan yang digunakan 3.Mengukur dan Menggunakan Nombor Keahiran mengukur dan menggunakan nombor adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat berunit piawai. Petunjuk: * Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan * Menggunakan nombor untuk merekodkan fenomena * Membandingkan objek-objek menggunakan nombor * Menggunakan alat dengan betul * Mencatat bacaan dengan tepat * Mencatat unit dengan betul * Memilih dan menggunakan unit piawai dengan betul * Membanding masa, jarak,luas dan isipadu denagn unit yang berkaitan 4. Membuat Inferens 4
  • 5. Kemahiran membuat inferens adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan membuat kesimpulan awal untuk menerangkan objek atau fenomena yang diperhatikan Petunjuk: * Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah * Membuat pelbagai tafrisan yang mengkin daripada satu pemerhatian * Mengunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian selanjutnya. 5. Meramal Kemahiran meramal adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengjangka peristiwa yang akan berlaku berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Petunjuk: * Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk mengjangka apa yang mengkin berlaku * Menggunakan pola sebagai bukti dalam membuat sesuatu jangkaan * Menentukan hasil yang mengkin daripada sesuatu tindakan * Mengesahkan jangkaan berdasarkan data atau pengalaman yang lepas * Mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru 6. Berkomunikasi Kemahiran berkomunikasi adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima,memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam berbagai bentuk seperti lisan,tulisan,graf,gambar rajah, jadual atau model. Petunjuk: * Kenalpasti ciri umum sekumpulan item * Bercakap, mendengar atau menulis untuk menjelaskan idea atau makna kepada rakan 5
  • 6. * Merekod maklumat daripada kajian * Meneliti maklumat yang ingin disampaikan * menggunakan bahan rujukan * Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat 7. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah,bentuk,dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa. Petunjuk: * Memperihalkan lokasi dengan masa * Memperihalkan perubahan arah dengan masa * memperihaklan perubahan bentuk dengan masa * Memperihalkan perubahan saiz dengan masa * menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi * Menentukan magnitud perubahan yang berlaku bedasarkan kadar perubahan * Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang * Menghuraikan rupa bentuk objek apabila dilihat darikedudukan yang berlainan 8. Mentafsir Maklumat Kemahiran mentafsir maklumat adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek,fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul. data yang dikumpul adalah dalam berbagai bentuk seperti jadual,graf,gambar rajah, carta dan sebagainya. Petunjuk: 6
  • 7. * Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya * mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperolehi * Menyatakan hubungan di antara maklumat * membuat kesim;pulan berdasarkan data yang dikumpulkan 9. Mendefinisi Secara Operasi Kemahiran mendefinisi secara operasi adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menjelaskan sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan. Petunjuk: * Mentakrifkan istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman sendir * Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat. 10. Mengawal Pemboleh ubah Kemahiran mengawal pemboleh ubah adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengenal pasti faktor atau pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu penyiasatan serta menentukan kaedah untuk mengkaji kesan perubahan pada pemboleh ubah dimaipulasikan terhadap pemboleh ubah bergerak balas dengan memalarkan pemboleh ubah yang lain. Petunjuk: * menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan * menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah dimalarkan. * menentukan apakah yang perlu dilakukan ke atas pemboleh ubah yang dimanipulasikan 11. Membuat Hipotesis 7
  • 8. Kemahiran membuat hipotesis adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengemukakan pernyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu pemerhatian.Penerimaan atau penolakan hipotesis yang dikemukakan bergantung kepada hasil kajian yang dijalankan bagi menentukan kebenaran atau kesahihah hipotesis berkenaan. Petunjuk: * Mengenal pasti pemboleh ubah * Membuat inferens yang munasabah * Menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens 12. Mengeksperimen Kemahiran mengeksperimen adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.Ia merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi kerana ia merangkumi kesemua proses sains yang telah dinyatakan sebelum ini. Petunjuk: * Membuat pemerhatian * Mengemukkan soalan serta membuat inferens * Membuat hipotesis yang boleh diujikan * Mengawal pemboleh ubah / mendefinasikan secara operasi * Mennetukjan perlatan yang diperlukan bagi suatu eksperimen * Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekodkan data * menganalisis dan mentafsirkan data * Membuat kesimpulan * Melapor keputusan eksperiemn yang telah dijalankan. 8
  • 9. Menurut Meor Ibrahim (2001),mata pelajaran sains memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali.Maka,kemahiran saintifik perlu diberi penekanan sepenuhnya.Kegagalan pendidik melaksanakan pengajaran berasaskan kemahiran seperti kemahiran saintifik menyebabkan minat pelajar terhadap sesuatu kemahiran sukar dipupuk serta mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk menguasai kemahiran tersebut seterusnya,menyebabkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran itu rendah.Oleh itu,perlu wujud keseimbangan dalam kalangan komponen-komponen penting dalam Kurikulum Sains. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran penting dalam memahami erti bidang sains yang sebenar iaitu sebagai asas kepada pendekatan inkuiri-penemuan yang membolehkan seseorang mencari sesuatu jawapan dengan sistematik tanpa hanya memahami sesuatu teori sahaja.Seperti yang disebut di atas,terdapat dua kemahiran yang terlibat apabila kita memperkatakan tentang kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.Menurut Rozita (2000),kemahiran proses sains membolehkan pelajar memperoleh kemahiran berfikir asas dan bersepadu dalam membuat inferens,mengawal pembolehubah,memerhati dan menjalankan eksperimen.Kemahiran manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan serta bahan sains dengan betul dan selamat,menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul,mengendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat,mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian,perekodan serta pengukuran dengan betul (Abu Hassan,2003). Kaedah mengeksperimen melibatkan kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.Menurut Zol Azlan (2000),kemahiran proses sains dikenali sebagai kemahiran kognitif manakala ke mahiran manipulatif dikenali sebagai kemahiran psikomotor.Oleh itu,setiap aktiviti amali perlu dirancang dengan teliti dan sempurna iaitu dengan menggabungkan ketiga-tiga domain kognitif,afektif dan psikomotor agar para pelajar memperoleh kemahiran saintifik yang berkesan. AKTIVITI PEMBELAJARAN BERASASKAN KEMAHIRAN SAINTIFIK Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti dan proses yang terpenting yang menyumbang kepada pengisian Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang 9
  • 10. seimbang dan cemerlang dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.Oleh itu,daya kreatif guru untuk melestarikan pelbagai kaedah dalam P&P amatlah digalakkan.Berikut merupakan contoh aktiviti pembelajaran sains yang mengamalkan kaedah kemahiran saintifik.. Aktiviti 1 Mata Pelajaran : Sains Tahun : Tahun 4 Tema : Menyiasat Alam Kehidupan Bidang Pembelajaran : Hidupan Dan Proses Hidup Objektif Pembelajaran : Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat ; • memahami tumbuhan bergerak balas terhadap rangsanga • menyatakan jenis rangsangan pada tumbuhan dengan betul. • menyatakan bahagian tertentu tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan dengan betul. Pendekatan P & P : • Inkuiri • penemuan Kaedah : • Eksperimen • perbincangan Kemahiran Proses Sains : • Berkomunikasi • memerhati • mentaksirkan data KBKK : • Menjana idea • mengumpul • membuat inferens 10
  • 11. Bahan,peralatan dan bahan sumber : • Gambar • Tumbuhan yang digunakan untuk menjalankan eksperimen. • Pokok mimosa • Lembaran kerja • Nota (slaid Powerpoint) • Video klip • Peta minda Langkah berjaga-jaga : • Berhati-hati semasa menghampiri mimosa kerana berduri Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui benda hidup ( tumbuhan ) boleh bergerak dalam Sukatan Sains Tahun Dua.Murid juga telah mempelajari tumbuhan memerlukan keperluan asas seperti air,udara dan cahaya untuk hidup.Selain itu,murid juga pernah melihat tanaman yang disebut mimosa yang daunnya tertutup selepas disentuh.Murid juga tahu bahawa pucuk tumbuhan seringkali menghala ke atas dan akarnya tumbuh ke bawah. Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota Aktiviti Guru Aktiviti Murid Permulaan / Mencungkil Idea ( 5 minit ) Pokok tumbuh tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari sebagai keperluan asasnya . Akar pokok tumbuh ke dalam tanah untuk 1. Guru memaparkan 2 keping gambar. 2. Guru bertanya murid a) Mengapakah pokok- pokok tumbuh dengan tinggi di dalam hutan? b) Mengapakah akar pokok tumbuh ke dalam tanah? 1.Murid menjawab persoalan guru. Strategi / Teknik: Penyoalan seluruh kelas BBM : Gambar 3.1 Gambar 3.2 11
  • 12. mendapatkan air sebagai keperluan asasnya. Penstrukturan semula ( 40 minit ) Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari, air, graviti dan sentuhan. Mengenal pasti bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan itu. 1. Guru mengutarakan persoalan utama. a) Tumbuhan memberi respon terhadap rangsangan apa? b) Mengapakah tumbuhan respon terhadap rangsangan itu? c) Bahagian tumbuhan manakah yang memberi respon terhadap rangsangan itu? 2. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan untuk menjalankan aktiviti bagi menjawab persoalan tadi. 3. Guru menyuruh murid membentangkan hasil pemerhatian mereka. 4. Guru menyuruh murid membuat kesimpulan. 5. Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpulkan dan diberi penerangan 1. Murid menjalankan aktiviti bagi menjawab persoalan. 2. Murid akan membuat pemerhatian dan mencatakan hasil dapatan mereka melalui aktiviti itu. 3. Murid membentangkan hasil dapatan yang diperolehi oleh mereka. 4. Murid membuat kesimpulan. 5. Aktiviti pemulihan : Murid yang belum menguasai, mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil. Strategi / Teknik: Eksperimen, Perbincangan KPS : Memerhatikan Berkomunikasi Mentaksirkan data KBKK : Mengumpulkan Membuat inferens BBM : Mimosa , Tumbuhan digunakan untuk menjalankan eksperimen Nilai murni : Bekerjasama 12
  • 13. dengan video klip dalam kumpulan kecil. Aplikasi Idea ( 10 minit ) Mengenal pasti bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan 1. Guru mengedarkan borang pemerhatian kepada murid. 1. Murid berbincang dalam kumpulan bagi menjawab soalan itu. 2. Murid membentangkan jawapan mereka. Strategi : Perbincangan KPS : Berkomunikasi BBM : Lembaran kerja KBKK : Menjana idea Refleksi / Penutup ( 5 minit ) Peta minda 1. Guru meminta murid membuat refleksi tentang pelajaran hari ini dan membuat kesimpulan. 2. Guru menaksir kefahaman murid dengan melengkapkan peta minda . 1. Murid membuat refleksi dan kesimpulan . 2. Murid melengkapkan peta minda. BBM : Peta minda Aktiviti 2 Tahun : 2 Tema : Sains Hayat Bidang : 3.Tumbuhan Standard Kandungan : 3.1 Memahami keperluan asas tumbuhan. Standard Pembelajaran : Murid berupaya: 3.1.1 Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari. Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi 1. Persediaan: - Mengumpul Guru menunjukkan dua buah pasu bunga: Apakah yang dapat anda perhatikan 13
  • 14. maklumat tentang tumbuhan perlukan air untuk hidup subur. 1.2. Pemerhatian Indikator Amalan: 1.1.1 Penggunaan deria penglihatan dan sentuhan. 1.1.2 Pemerhatian menyeluruh 1.2 Analisis Indikator Amalan: 1.2.1 Membuat banding beza. 1.2.2 Mengumpul maklumat. 1.2.5 Mengesan sebab. a. Pasu A(Tumbuhan yang subur) b. Pasu B(Tumbuhan yang layu) terhadap keadaan kedua –dua tumbuhan ini? Mengapa pokok A subur berbanding pokok B? 14
  • 15. 2. Imaginasi: • Meramal • Penyusunan alternative • Pemilihan alternatif 2.1 Penjanaan Idea Indikator Amalan: 2.1.3 Menghasilkan idea baru yang bermakna Guru menunjukkan gambar tumbuhan yang layu di hadapan kelas. Murid menyatakan sebab tumbuhan itu layu. Murid meramal apa yang perlu mereka lakukan agar tumbuhan tersebut dapat tumbuh dengan subur. Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana hendak menyuburkan tumbuhan tersebut. Perhatikan gambar ini dengan teliti, cuba cari sebab kenapatumbuhan ini layu? Bagaimana caranya kita mahu jadikan tumbuhan ini hidup segar? Adakah minyak masak boleh digunakan untuk menyiram tumbuhan ini? atau adakah air lebih sesuai digunakan? 3. Perkembangan • Menilai alternatif yang dipilih. Guru menunjukkan gambar tumbuhan yang layu di hadapan kelas. Murid menyatakan sebab tumbuhan itu layu. Perhatikan gambar ini dengan teliti, cuba cari sebab kenapatumbuhan 15
  • 16. 3.1 Penambaikan Indikator Amalan: 3.1.3 Memberi penerangan yang rasional tentang idea. 3.2 Menilai Indikator Amalan: 3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan fakta tanpa prasangka 3.2.1 Memberi alasan yang tepat untuk menerima dan menolak idea 4. Tindakan 4.1 Pelaksanaan: Indikator Amalan 4.1.1 Menghuraikan idea dengan terperinci. Murid meramal apa yang perlu mereka lakukan agar tumbuhan tersebut dapat tumbuh dengan subur. Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana hendak menyuburkan tumbuhan tersebut. Guru menayangkan video yang sesuai kepada murid. Murid membuat pemerhatian dan berbincang didalam kumpulan dengan bimbingan guru . Murid mencatat hasil pemerhatian dan perbincangan. ini layu? Bagaimana caranya kita mahu jadikan tumbuhan ini hidup segar? Adakah minyak masak boleh digunakan untuk menyiram tumbuhan ini? atau adakah air lebih sesuai digunakan? Lihat tayangan video ini dan perhatikan kesan air terhadap biji benih dan tumbuhan. Apa yang terjadi kepada biji benih 16
  • 17. Murid membentang hasil perbincangan mereka Murid membuat keputusan yang telah mereka pilih untuk menyuburkan tumbuhan tersebut dengan sebab yang rasional Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan akhir tersebut? Adakah tumbuhan boleh hidup tanpa air? Mengapa? Bincangkan dalam kumpulan. Cuba berikan jawapan yang anda pilih Beri sebab mengapa anda memilih jawapan tersebut ? Seandainya pokok bunga di rumah kamu layu apa yang patut kamu lakukan? Adakah tumbuhan boleh hidup subur tanpa air? Kenapa? 17
  • 18. Ramalan jawapan: Tidak.Tumbuhan tidak boleh hidup subur tanpa air kerana air ialah keperluan asas tumbuhan. Pentaksiran Murid-murid berkeupayaan membuat pilihan dengan penjelasan yang betul. KPS : Memerhati Membuat inferens Berkomunikasi Nilai dan sikap - Minat dan sifat ingin tahu. - Bekerjasama. - menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam. KEMAHIRAN SAINTIFIK DALAM AKTIVITI :PENILAIAN & CADANGAN Matlamat pendidikan sains itu sendiri akan tercapai dengan memberi peluang kepada pelajar belajar melalui pengalaman untuk memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri (Mohd Najib dan Mohd Yusof,1995).Dalam kedua-dua contoh aktiviti di atas,pendekatan inkuiri dan penemuan telah digunapakai dalam P&P.Daripada perspektif pedagogi, inkuiri mencerminkan model pembelajaran konstruktivis,atau sering dirujuk sebagai pembelajaran aktif.Mengikut model konstruktivis,pembelajaran adalah hasil perubahan dalam kerangka mental yang berlaku secara berterusan dalam usaha mencari makna daripada pengalaman yang dilalui (Osborne & Freyberg,1985).Dalam kelas,kanak-kanak digalakkan membina makna melalui perbincangan dan pengajaran guru dan pengalaman dengan fenomena yang dikaji (Driver,1989).Dapatan-dapatan kajian menunjukkan ‘kanak-kanak lebih mudah memahami alam semula jadi apabila mereka 18
  • 19. berinteraksi dengan fenomena,dan menggunakan deria membuat pemerhatian dan menggunakan alat-alat atau instrumen bagi meningkatkan keupayaan mereka (National Science Board,1991:27). Justeru,pengajaran berorientasikan inkuiri seharusnya melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan bagi menjawab persoalan dan memenuhi naluri ingin tahu mereka dengan pembinaan kerangka mental yang dapat menjelaskan pengalaman mereka. Implikasinya adalah pendekatan inkuiri bermula dengan keinginan mengetahui sesuatu.Penyiasatan ataupun pembelajaran bermakna tidak akan terhasil apabila tidak timbul persoalan atau sifat ingin tahu yang memerlukan jawapan, penyelesaian, penerokaan dan membuat keputusan.Sains adalah ‘proses menyedari dan memahami diri kita sendiri, kehidupan yang lain,dan persekitaran melalui deria dan penerokaan peribadi’ (McIntyre, 1984).Sains dapat dipelajari dengan menggunakan pemikiran saintifik dan kemahiran proses sains yang menjadi sebahagian daripada inkuiri saintifik: memerhati,berkomunikasi,membanding dan mengukur,menyusun ikut urutan, mengelas maklumat,mengaitkan pengetahuan,membuat inferens bagi mendapatkan penjelasan,dan mengguna pengetahuan bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berdasarkan maklumat.Pendekatan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah. Eksperimen mudah akan menggalakkan inkuiri.Ini seterusnya akan membawa kepada pembelajaran kolaboratif.Pendekatan ini melibatkan usaha intelek bersama antara kanak-kanak dan guru.Dalam pendekatan ini,kanak-kanak bekerja dalam kumpulan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang sama.Apabila dirancang dengan teliti,pembelajaran kolaboratif dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak,menggalakkan mereka menjelaskan serta mempertahankan idea-idea mereka dan mencari penyelesaian bersama.Guru-guru digalakkan menggunakan peluang semasa bermain ini,bertanya soalan-soalan jenis terbuka dan memperkenalkan konsep dan prinsip saintifik yang ingin diketengahkan kepada kanak-kanak.Dengan merancang pengajaran,guru dapat menghasilkan pembelajaran yang menggembirakan lagi bermakna kepada kanak-kanak.Pembelajaran yang bermakna memberi penekanan pada penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih berkesan.Melalui pengalaman terus ini kanak-kanak dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian. PENUTUP 19
  • 20. Pembelajaran sains bukan hanya secara teori sahaja,malah ia perlu dibuktikan melalui amali.Maka untuk melakukan amali tersebut,beberapa kemahiran amat diperlukan iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (Hamida,2003).Seperti yang dinyatakan oleh Annamal (2000) dalam pemerhatiannya di mana pelajar-pelajar ada menunjukkan minat yang sangat mendalam semasa menjalankan ujian amali.Maka,guru harus menjadi mentor yang baik dan bijak di mana mampu mengendalikan eksperimen dan membantu pelajar mencari bukti apa yang mereka pelajari di dalam kelas berkaitan dengan sains.Proses ini bukan sahaja melibatkan pembuktian sahaja,malah melibatkan kaedah-kaedah yang betul yang digunakan sepanjang amali dilakukan.Fungsi amali atau eksperimen di makmal adalah bagi membina dan melatih kemahiran manipulatif pelajar, menjelaskan fakta sains dan prinsip yang telah dipelajari,mendedahkan pelajar kepada pelbagai teknik,peralatan dan bahan sains seterusnya menimbulkan dan mengekalkan minat pelajar terhadap sains dan pembelajaran sains. (2861 patah perkataan) 20
  • 21. BIBLIOGRAFI Abu Hassan Kassim (2003).Kurikulum Sains Sekolah Malaysia.Skudai,Universiti Teknologi Malaysia:Fakulti Pendidikan. Ahmad Hashim, Raja Mustapha Raja Hassan dan David Bradley (1986).Panduan Kaedah Ujikaji. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahaya,Shahrin Hashim,Jamaludin Ramli,Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori,Analisis dan Interpretasi Data. Edisi Kedua.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Buxton C.A dan Rovenzo E.F, Jr. (2007).Teaching Science In Elementary and Middle School: A Cognitive Cultural Approach.University of Miami, Coral Gables: Sage Publications. Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).Proses Pengajaran Guru Sains Kepada Pelajar Berpencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran Sains.Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Ooi, Chong Beng dan Mohd.Khairuddin Yahya (1982).Panduan Makmal Sains.Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 21