SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




  SUKATAN PELAJARAN
 KURIKULUM BERSEPADU
   SEKOLAH RENDAH




    BAHASA
    MELAYU

          2003
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




      SUKATAN PELAJARAN
     KURIKULUM BERSEPADU
       SEKOLAH RENDAH




      BAHASA
      MELAYU




PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :

   KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

   KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

   KELUHURAN PERLEMBAGAAN

   KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

   KESOPANAN DAN KESUSILAAN




                           iii
FALSAFAH PENDIDIKAN
         KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan,        berakhlak          mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat , dan negara.




                        iv
Kata Pengantar

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan menyepadukan elemen terkini
dalam pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
dan menyediakan murid untuk menghadapi cabaran pendidikan pada abad
21.

Kurikulum yang disemak semula memberikan penekanan kepada nilai murni
dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.
Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi,
bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam
kehidupan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar
utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringkat
sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya
sebagai bahasa ilmu. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi penggunaan bahasa
yang menekankan kemahiran bahasa berteraskan bahasa Melayu baku.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan
tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.




Kementerian Pendidikan Malaysia




                                     v
PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah
rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa
Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang
mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama
oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di
peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat
kewarganegaraan .

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu
menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.
Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata
pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan
kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini
membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam
kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur
hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.
Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah
adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa
murid.




                                    1
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum
Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan
organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran
Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.

Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan
Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian
Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu
hingga tahun enam.


MATLAMAT

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan
urusan harian.




OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
murid dapat:

i.   mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
     pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam
    pelbagai situasi;

iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
     mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan
    menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
    memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;




                                   2
v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina
   budaya pembelajaran berterusan;

vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
    penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;

vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan
     berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses
     penulisan yang sesuai dan betul;

viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,
      dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca,
      dan menulis;

ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera
    dan karya berunsur ilmu; dan

x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
   patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.


ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan
fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil
Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar
dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil
Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan
disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.




                                     3
Kemahiran Bahasa

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

   Kemahiran Mendengar
   Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar
   dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
   pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.


   Kemahiran Bertutur
   Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin
   hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta
   idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul
   secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang
   menggunakan tatabahasa yang sesuai.


   Kemahiran Membaca
   Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat
   dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan
   perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
   secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.


   Kemahiran Menulis
   Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan
   dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
   berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah
   dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
   yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga
   digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
   bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

   Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan
   konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.




                                  4
Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif
kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang
jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu
menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil
pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih
kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan
berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil
Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat
kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan
yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat
membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil
Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan
penilaian pencapaian murid.



Sistem Bahasa

Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa
Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi,
kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan
sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan
istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.



Pengisian Kurikulum

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan
perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai,
kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah,
iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai ,
pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat
diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan
nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan
matlamat negara membangunkan masyarakat madani.


                                     5
I.   Kemahiran Mendengar dan Bertutur

     Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid
     memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai
     situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal.
     Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan
     persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih
     mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek
     sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan.
     Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah
     berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.



     1.0    Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain
            dalam situasi formal dan tidak formal

            1.1   Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan
                  kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan,
                  ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

            1.2   Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara
                  secara bertatasusila.

            1.3   Memberikan dan memahami arahan serta pesanan
                  tentang sesuatu perkara.

            1.4   Menyatakan permintaan secara berterus terang dan
                  meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang
                  sesuai untuk menguatkan permintaan.

            1.5   Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang
                  tersurat dan tersirat.

            1.6   Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan
                  transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan
                  barangan dan perkhidmatan.




                                6
2.0   Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
      didengar, ditonton, dibaca , atau dialami

      2.1   Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta
            sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

      2.2   Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang
            sesuai dan tepat.

3.0   Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang
      mudah, betul, menarik, dan berkesan

      3.1   Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
            atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur
            ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

      3.2   Menghuraikan maklumat dengan alasan yang
            meyakinkan.

      3.3   Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam
            aktiviti yang terancang.


4.0   Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara
      bertatasusila

      4.1   Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat
            tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat ,
            dan tersusun.

      4.2   Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan
            pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang
            disampaikan oleh pihak lain.

      4.3   Mengemukakan hujah untuk menyokong atau
            menentang sesuatu pendirian dengan memberikan
            alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang
            terancang.

      4.4   Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak
            pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi
            mencapai kata sepakat.



                          7
II.   Kemahiran Membaca

      Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan
      sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul
      dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan
      kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara
      kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk
      memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi
      kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat ,
      menaakul , dan menghayati teks.


      5.0    Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi,
             dan gaya pembacaan yang sesuai

             5.1    Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan
                    dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang
                    dibaca.

             5.2    Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan
                    dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami
                    perkara yang dibaca.


      6.0    Membaca dan memahami maklumat yang terdapat
             dalam pelbagai teks

             6.1    Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan
                    maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk
                    maklumat daripada internet.

             6.2    Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.


             6.3    Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi
                    sampingan daripada teks.

             6.4    Membaca pantas secara luncuran untuk
                    mendapatkan maklumat yang menyeluruh.




                                   8
6.5    Membaca pantas secara imbasan                 untuk
                     mendapatkan maklumat khusus.

              6.6    Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau
                     maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.


       7.0    Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks
              yang dibaca

              7.1    Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks
                     yang tersurat dan tersirat.

              7.2    Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai
                     jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera
                     dan bukan sastera yang dapat membawa kesan
                     tertentu kepada pembaca.

              7.3    Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera
                     dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan
                     dan memperkukuh minat membaca.


III.   Kemahiran Menulis

       Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan
       dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai
       jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi
       yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan
       hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan
       ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah
       digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah
       keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat
       dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan
       kreatif, dan membuat ulasan.


       8.0    Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam
              penulisan

              8.1    Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan
                     ayat majmuk.


                                   9
8.2    Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk
              dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

       8.3    Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai
              yang kemas.

       8.4    Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian
              berdasarkan sesuatu perkara.

       8.5    Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana
              yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah
              karangan.

       8.6    Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan
              karangan.


9.0    Mencatat dan menyusun maklumat

       9.1    Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.

       9.2    Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada
              bahan yang didengar atau dibaca.

       9.3    Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil
              daripada bahan yang didengar atau dibaca secara
              kohesif.


10.0   Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

       10.1   Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi)
              termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

       10.2   Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

       10.3   Membuat ringkasan daripada bahan yang
              didengar dan dibaca.




                          10
11.0   Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton,
       atau dibaca

       11.1   Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik
              dalam sesebuah karya.

       11.2   Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan
              perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.

       11.3   Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari
              segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai
              dan pengajaran, dan gaya bahasa.

       11.4   Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat
              yang disampaikan oleh pihak lain.


SISTEM BAHASA

Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

1.0    Tatabahasa

       Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan
       diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan
       berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan
       sintaksis.

       1.1    Morfologi

              Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
              struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur
              kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
              (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
              Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada
              berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
              pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan.




                                 11
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
      berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan
      anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek
      morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang
      berikut:

      a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi
           i. kata asli bahasa Melayu
         ii. kata pinjaman bahasa Melayu

      b. Bentuk kata
         i. kata tunggal
         ii. kata terbitan
         iii. kata majmuk
         iv. kata ganda

          •   Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:
               i. pengimbuhan
               ii. penggandaan
               iii. pemajmukan

      Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat
      kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh
      itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek
      penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan
      makna.

      c. Golongan kata
         i. kata nama
         ii. kata kerja
         iii. kata adjektif
         iv. kata tugas

1.2   Sintaksis

      Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
      struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna,
      bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus
      tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
      penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
      membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan
      adalah seperti yang berikut :


                              12
a.   unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa,
                  dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek
                  dan predikat,
             b.   jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,
                  dan ayat seruan,
             c.   ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif,
             d.   susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang,
             e.   binaan dan proses penerbitan ayat:
                  i. ayat dasar
                  ii. ayat tunggal
                  iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan
             f.   aspek tanda baca


2.0   Sistem Ejaan

      Perkara yang diberi penekanan ialah:
      i.   pola keselarasan huruf vokal
      ii.  ejaan kata pinjaman
      iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan


3.0   Sebutan dan Intonasi

      Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut
      perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan
      jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti
      dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi
      supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan
      tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah
      sebutan bahasa Melayu baku.

      i.     Sebutan
             Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu
             kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang
             diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu
             baku.




                                13
ii.     Intonasi
                    Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan
                    mengikut pola yang berikut:
                    a. Jenis ayat
                        i. ayat penyata
                        ii. ayat tanya
                        iii. ayat seruan
                        iv. ayat perintah
                    b. Susunan ayat
                        i ayat biasa
                        ii. ayat songsang
                    c. Ragam ayat
                        i ayat aktif
                        ii. ayat pasif


Nota:
 * Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa
  pegangan yang menjadi       sumber    rujukan dalam pengajaran dan
  pembelajaran.

* Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang
  menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.


      4.0   Kosa kata

            Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.
            Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang
            selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran
            peringkat sekolah rendah.


      5.0   Peribahasa

            Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan,
            pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa
            kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu.
            Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan
            hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni
            masyarakat Malaysia.




                                   14
PENGISIAN KURIKULUM

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada
pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dan
kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara konstruktivisme,
dan kontekstual.


   1.0    Ilmu

          Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya
          ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat
          digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran
          bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh
          dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.


   2.0    Nilai

          Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah
          untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia.
          Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan
          membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi
          mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah
          negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan
          tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman
          di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.


   3.0    Kewarganegaraan

          Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam
          pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan
          semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu,
          pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
          yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa
          dan negara.




                                 15
4.0   Peraturan Sosiobudaya

      Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi
      kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang
      diamalkan dalam masyarakat Malaysia.


5.0   Kemahiran Bernilai Tambah

      Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik
      darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid
      serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu,
      kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar
      memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.
      Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran
      berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
      kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
      pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual.
      Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di
      bawah.


      5.1    Kemahiran Berfikir

             Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan
             dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif
             dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
             Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan
             idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan
             penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada
             masa depan.


      5.2    Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

             Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu
             diajarkan kepada murid supaya mereka dapat
             menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti
             menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi
             perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan
             mengakses maklumat melalui internet.




                              16
5.3   Kemahiran Belajar Cara Belajar

       Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada
       murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran
       yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan
       murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk
       menghadapi dunia yang sering berubah, dan
       mengamalkan pembelajaran seumur hidup.


5.4    Kajian Masa Depan

       Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran
       untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu
       isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau,
       masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat
       membuat ramalan, menjangka akibat, serta
       mengendalikan perubahan supaya murid mendapat
       manfaat yang maksimum.


5.5    Kecerdasan Pelbagai

       Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-
       matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal,
       intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu
       mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan
       menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan
       minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu
       mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.




                        17
5.6   Pembelajaran Konstruktivisme

      Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat
      melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan
      pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan
      pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran
      ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok
      untuk terus belajar sepanjang hayat.


5.7   Pembelajaran Kontekstual

      Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran
      yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian
      individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran
      kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang
      pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan
      berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
      menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna
      dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan
      kehidupan mereka.




                        18

More Related Content

What's hot

Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5Eli Za
 
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 skDokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 skCtie Zahari
 
Dskp bm sjk tahun 4
Dskp bm sjk tahun 4Dskp bm sjk tahun 4
Dskp bm sjk tahun 4Maliza Mah
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Maliza Mah
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4Eli Za
 

What's hot (8)

Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 skDokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk
Dokumen standard bahasa malaysia tahun 1 sk
 
HSP Bahasa Melayu Tahun 5
HSP Bahasa Melayu Tahun 5HSP Bahasa Melayu Tahun 5
HSP Bahasa Melayu Tahun 5
 
HSP
HSPHSP
HSP
 
Hsp bm f1
Hsp bm f1Hsp bm f1
Hsp bm f1
 
Dskp bm sjk tahun 4
Dskp bm sjk tahun 4Dskp bm sjk tahun 4
Dskp bm sjk tahun 4
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa malaysia sjk tahun 5
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
 

Viewers also liked

Template kesalahan umum tatabahasa
Template kesalahan umum tatabahasaTemplate kesalahan umum tatabahasa
Template kesalahan umum tatabahasaintanrozanna
 
Kbsr Updated
Kbsr UpdatedKbsr Updated
Kbsr Updatedthorrinre
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3PAKLONG CIKGU
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Thn1
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Thn1Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Thn1
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Thn1PAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Ujian bulan Mac BI Year 1 2017
Ujian bulan Mac BI Year 1 2017Ujian bulan Mac BI Year 1 2017
Ujian bulan Mac BI Year 1 2017Nor Elyana Zainal
 
Soalan ujian BM Tahun 1 kertas 2
Soalan ujian BM Tahun 1 kertas 2Soalan ujian BM Tahun 1 kertas 2
Soalan ujian BM Tahun 1 kertas 2Azeri Hizlah
 
Isi hurufberdasarkan gambar
Isi hurufberdasarkan gambarIsi hurufberdasarkan gambar
Isi hurufberdasarkan gambarchowteetan
 
SOALAN KSSR TAHUN 1
SOALAN KSSR TAHUN 1SOALAN KSSR TAHUN 1
SOALAN KSSR TAHUN 1Nsha Shari
 
bahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisanbahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisanPAKLONG CIKGU
 

Viewers also liked (12)

Template kesalahan umum tatabahasa
Template kesalahan umum tatabahasaTemplate kesalahan umum tatabahasa
Template kesalahan umum tatabahasa
 
Kbsr Updated
Kbsr UpdatedKbsr Updated
Kbsr Updated
 
Ujian mac bm pa
Ujian mac bm paUjian mac bm pa
Ujian mac bm pa
 
Mac bm 3 2
Mac bm 3 2Mac bm 3 2
Mac bm 3 2
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Thn1
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Thn1Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Thn1
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Thn1
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian bulan Mac BI Year 1 2017
Ujian bulan Mac BI Year 1 2017Ujian bulan Mac BI Year 1 2017
Ujian bulan Mac BI Year 1 2017
 
Soalan ujian BM Tahun 1 kertas 2
Soalan ujian BM Tahun 1 kertas 2Soalan ujian BM Tahun 1 kertas 2
Soalan ujian BM Tahun 1 kertas 2
 
Isi hurufberdasarkan gambar
Isi hurufberdasarkan gambarIsi hurufberdasarkan gambar
Isi hurufberdasarkan gambar
 
SOALAN KSSR TAHUN 1
SOALAN KSSR TAHUN 1SOALAN KSSR TAHUN 1
SOALAN KSSR TAHUN 1
 
bahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisanbahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisan
 

Similar to KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Similar to KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (20)

sukatan Sp bm kbsr
sukatan Sp bm kbsrsukatan Sp bm kbsr
sukatan Sp bm kbsr
 
Sukatan Pelajaran
Sukatan PelajaranSukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Sukatan pelajaran-bm2
Sukatan pelajaran-bm2Sukatan pelajaran-bm2
Sukatan pelajaran-bm2
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
Hsp bm y6
Hsp bm y6Hsp bm y6
Hsp bm y6
 
Hsp bm sk_y5
Hsp bm sk_y5Hsp bm sk_y5
Hsp bm sk_y5
 
Hsp bm sjk_y1
Hsp bm sjk_y1Hsp bm sjk_y1
Hsp bm sjk_y1
 
Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4
 
Hsp
HspHsp
Hsp
 
Hsp
HspHsp
Hsp
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Hsp bm f5
Hsp bm f5Hsp bm f5
Hsp bm f5
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
 
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
Huraian sukatan-pelajaran-bm-t51
 
HSP BM TING 4
HSP BM TING 4HSP BM TING 4
HSP BM TING 4
 
Dokumen standard bahasa malaysia thn 1 sjk
Dokumen standard bahasa malaysia thn 1 sjkDokumen standard bahasa malaysia thn 1 sjk
Dokumen standard bahasa malaysia thn 1 sjk
 

Recently uploaded

MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 

Recently uploaded (20)

MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU 2003
  • 2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
  • 3. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN iii
  • 4. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat , dan negara. iv
  • 5. Kata Pengantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan menyepadukan elemen terkini dalam pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid untuk menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberikan penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa berteraskan bahasa Melayu baku. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. Kementerian Pendidikan Malaysia v
  • 6. PENDAHULUAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan . Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid. 1
  • 7. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam. MATLAMAT Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat: i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal; ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; 2
  • 8. v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara. ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. 3
  • 9. Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik. 4
  • 10. Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Sistem Bahasa Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah. Pengisian Kurikulum Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani. 5
  • 11. I. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang. 1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai. 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. 1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan. 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat. 1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. 6
  • 12. 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami 2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. 2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat. 3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan. 3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. 4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat , dan tersusun. 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. 4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang. 4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat. 7
  • 13. II. Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks. 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. 6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. 6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan. 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. 6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh. 8
  • 14. 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. 6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu. 7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat. 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca. 7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca. III. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan. 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. 9
  • 15. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. 8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas. 8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara. 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan. 8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan. 9.0 Mencatat dan menyusun maklumat 9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan. 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca. 9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif. 10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca. 10
  • 16. 11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya. 11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran. 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa. 11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain. SISTEM BAHASA Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah. 1.0 Tatabahasa Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. 1.1 Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan. 11
  • 17. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut: a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi i. kata asli bahasa Melayu ii. kata pinjaman bahasa Melayu b. Bentuk kata i. kata tunggal ii. kata terbitan iii. kata majmuk iv. kata ganda • Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah: i. pengimbuhan ii. penggandaan iii. pemajmukan Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna. c. Golongan kata i. kata nama ii. kata kerja iii. kata adjektif iv. kata tugas 1.2 Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut : 12
  • 18. a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat, b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan, c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif, d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang, e. binaan dan proses penerbitan ayat: i. ayat dasar ii. ayat tunggal iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan f. aspek tanda baca 2.0 Sistem Ejaan Perkara yang diberi penekanan ialah: i. pola keselarasan huruf vokal ii. ejaan kata pinjaman iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan 3.0 Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. i. Sebutan Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. 13
  • 19. ii. Intonasi Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut: a. Jenis ayat i. ayat penyata ii. ayat tanya iii. ayat seruan iv. ayat perintah b. Susunan ayat i ayat biasa ii. ayat songsang c. Ragam ayat i ayat aktif ii. ayat pasif Nota: * Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. * Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.0 Kosa kata Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah. 5.0 Peribahasa Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia. 14
  • 20. PENGISIAN KURIKULUM Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara konstruktivisme, dan kontekstual. 1.0 Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. 2.0 Nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. 3.0 Kewarganegaraan Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. 15
  • 21. 4.0 Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. 5.0 Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah. 5.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. 5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. 16
  • 22. 5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. 5.4 Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. 5.5 Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik- matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. 17
  • 23. 5.6 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. 5.7 Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. 18