SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
JENIS-JENIS
NILAI
Nilai Instrumental (Ektrinsik)
Definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang
memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai
sesuatu matlamat .
Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat
mencapai sesuatu matlamat, misalnya berani,
rajin, dan hormat-menghormati.
Bagi contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai
instrumental ini adalah:
Albert suka membantu rakan-rakannya
menyelesaikan masalah matematik bukannya
mengharapkan sebarang balasan daripada rakan-
rakannya tetapi untukmemantapkan kemahirannya
dalam menyelesaikan masalah matematik pada diri
sendiri.
Contoh ini dapat membantu remaja mengamalkan
nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa
memberi bantuan juga boleh mendatangkan
kelebihan pada diri sendiri.
Di samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah
pihak sekolah mengenakan tindakan disiplin bagi
pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib para
pelajar. Tindakan sekolah ini bukan sahaja boleh
menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia juga
dapat membentuk nilai moral dalam kalangan
murid, khasnya remaja kini.
Nilai Instrinsik
Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai
yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk
mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri
merupakan matlamat akhir.
Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata
ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira
kesannya, misalnya baik hati, kasih sayang,
keadilan dan sebagainya.
Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai ini adalah
seperti Situasi Musan ialah seorang ketua kelas
tingkatan Enam Biru. Musan merupakan pengadil
dalam pertandingan banner antara kelas.
Walaupun rakan sekelasnya menyuruhnya
memberi markah yang tinggi kepada kelas mereka
atas statusnya namun, Musan tidak berbuat
demikian kerana dia menilai semua karya dengan
teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh permintaan
rakan-rakannya.
Contoh ini dapat memberi gambaran kepada
remaja supaya bertindak dengan saksama dalam
segala hal.
Nilai Subjektif
Definisi bagi Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti)
yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu
dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri
terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya,
Nilai subjektif adalah berasal daripada “dunia
dalaman” individu, iaitu berpunca daripada
dalaman individu.
Antaranya adalah membayangkan keinginan, minat
dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara.
Nilai Subjektif juga berperanan dapat
membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar
bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.
Antara contoh bagi nilai ini ialah pengunaan buku
teks dalam pengajaran Pendidikan Moral. Secara
amnya, penggunaan buku teks Pendidikan Moral
adalah membantu pelajar mengkaji perkara-
perkara yang dibincangkan. Pelajar boleh memberi
nilai atau pendapatnya berdasarkan kehendakan
soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat
membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri.
Akan tetapi, sekiranya buku ini dibaca oleh individu
yang mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu
tidak bernilai bagi mereka. Kerana mereka akan
berpendapat bahawa segala pengajaran atau
maklumat dalam buku adalah tidak relevan dalam
kehidupan.
Nilai Objektif
Definisi bagi Nilai Objektif adalah nilai yang bebas
daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau
ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang
dialami atau berpunca dari aspek luar yang
dipersetujui oleh kebanyakkan orang.
Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa
setiap barangan atau objek tersebut mempunyai
bentuk dan kegunaan tersendirinya.
Bagi contoh nilai ini, seperti isu pergaduhan dalam
masyarakat hendak dielakkan menjadi satu
pengajaran bagi remaja masa kini bagi aspek
perpaduan. Contoh ini adalah diterima dengan
sokongan bukti pengajaran daripada tragedi 13 Mei
1969.
Secara umunnya, pengaduhan sememangnya akan
membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak
dan harus dielakkan. Jadi, ia secara langsung
dijadikan pembentukan moral yang kukuh dalam
jiwa anak bangsa yang cinta kepada keamanan.
Seterusnya, contoh lain seperti pandangan tentang
penderaan haiwan adalah tidak mencerminkan
nilai perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan
memang memberi banyak kegunaan dan kelebihan
kepada manusia.
Dengan itu, segala kebajikan bagi haiwan harus
dijaga oleh tuannya. Akan tetapi, masih terdapat
penderaan haiwan dengan cara dendaan atau
deraan memang harus dikejikan.
Ini dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai
moral dengan tidak mengabaikan kebajikan pihak
lain.
Nilai Relatif
Secara umumnya, nilai realatif boleh didefinisikan
sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan
berdasarkan peraturan masyarakat untuk
mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini
adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak
sempurna dan berbeza antara masyarakat yang
berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah
mengikut semasa dan fahaman mengenai benar
atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan.
Kes bersedudukan sebelum berkahwin juga
merupakan contoh bagi nilai relatif. Kita tahu
bahawa amalan suami isteri tinggal bersama tanpa
nikah adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dari
segi agama dan dikeji oleh masyarakat.
Akan tetapi bagi orang Barat, kes ini dialukan
semata-mata bertujuan untuk memadankan bakal
pasangan suami isteri.
Disebabkan kes ini dipandang serius di Malaysia,
maka ia beri pengajaran kepada remaja masa kini
supaya bertindak dengan rasional dan mesti
selaras dengan pandangan masyarakat.
Di samping itu, contoh kebebasan memilih
pasangan perkahwinan pada dahulu dan kini. Pasa
masa dahulu, orang tiada kebebasan untuk
memilih pasangan hidupnya. Tetapi, masa kini
remaja diberi kebebasan untuk memilih
pasangannya.
Menerusi contoh ini, dapat dilihat perubahan
zaman membawa ubahan dan pemikiran remaja
masa kini harus selaras dengan faham masyarakat
dan bukannya mementingkan hasrat diri sahaja.
Nilai Mutlak (Absolute)
Nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak
terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah
masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima
secara umum dan diuji terbukti samada ia baik
ataupun buruk. Nilai ini kekal sepanjang masa dan
juga di semua tempat serta hampir sama bagi
semua situasi norma masyarakat.
Contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini
adalah seperti gambaran hidup berkeluarga adalah
kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang
positif kepada remaja kini supaya mengamalkan
amalan hidup berkeluarga yang sihat
mendatangkan keharmonian antara ahli keluarga
serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat
dan negara.
Justeru, pengamalan nilai yang baik akan
mendatangkan kebaikan kepada diri dan pihak lain.

Más contenido relacionado

Similar a Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02

Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptx
Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptxLanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptx
Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptxkikiaisyah
 
Aliran Filsafat pgsd 3A
Aliran Filsafat pgsd 3AAliran Filsafat pgsd 3A
Aliran Filsafat pgsd 3AFennipratiwi95
 
50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seniadeq1012
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2wakzar
 
Koneksi antar materi modul 3.1.pdf
Koneksi antar materi modul 3.1.pdfKoneksi antar materi modul 3.1.pdf
Koneksi antar materi modul 3.1.pdfHanifSaifullah
 
Konseling sebaya sebagai metode untuk meningkatkan perilaku prososial siswa
Konseling sebaya sebagai metode untuk meningkatkan perilaku prososial siswaKonseling sebaya sebagai metode untuk meningkatkan perilaku prososial siswa
Konseling sebaya sebagai metode untuk meningkatkan perilaku prososial siswaPsikopedagogia uad
 
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)Nanang Galing
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanNaveen Segaran
 
Professional ethics
Professional ethicsProfessional ethics
Professional ethicsubong78
 
Professional ethics
Professional ethicsProfessional ethics
Professional ethicsubong78
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemmasriyah91
 
Materi MPLS Pendidikan karakter.pptx
Materi MPLS Pendidikan karakter.pptxMateri MPLS Pendidikan karakter.pptx
Materi MPLS Pendidikan karakter.pptxZAENULSTIYAWAN1
 
bergaul-yang-efektif.docx
bergaul-yang-efektif.docxbergaul-yang-efektif.docx
bergaul-yang-efektif.docxmirzahmaradoni1
 
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdf
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdfMateri Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdf
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdfSitikhofiyah
 
Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakusintaroyani
 

Similar a Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02 (20)

Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptx
Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptxLanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptx
Lanjutan part 11 SAK. Perkembangan Moral dan Kepribadian.pptx
 
Pgsd 3 a-6
Pgsd 3 a-6Pgsd 3 a-6
Pgsd 3 a-6
 
Aliran Filsafat pgsd 3A
Aliran Filsafat pgsd 3AAliran Filsafat pgsd 3A
Aliran Filsafat pgsd 3A
 
50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni
 
Seksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursusSeksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursus
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
 
Koneksi antar materi modul 3.1.pdf
Koneksi antar materi modul 3.1.pdfKoneksi antar materi modul 3.1.pdf
Koneksi antar materi modul 3.1.pdf
 
Konseling sebaya sebagai metode untuk meningkatkan perilaku prososial siswa
Konseling sebaya sebagai metode untuk meningkatkan perilaku prososial siswaKonseling sebaya sebagai metode untuk meningkatkan perilaku prososial siswa
Konseling sebaya sebagai metode untuk meningkatkan perilaku prososial siswa
 
Penulisan akademik
Penulisan akademikPenulisan akademik
Penulisan akademik
 
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)
Makalah perkembangan-nilai-moral-dan-sikap (1)
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupan
 
Professional ethics
Professional ethicsProfessional ethics
Professional ethics
 
Professional ethics
Professional ethicsProfessional ethics
Professional ethics
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
 
Materi MPLS Pendidikan karakter.pptx
Materi MPLS Pendidikan karakter.pptxMateri MPLS Pendidikan karakter.pptx
Materi MPLS Pendidikan karakter.pptx
 
bergaul-yang-efektif.docx
bergaul-yang-efektif.docxbergaul-yang-efektif.docx
bergaul-yang-efektif.docx
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdf
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdfMateri Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdf
Materi Keyakinan Kelas dan Restitusi.pdf
 
Bahagian c ulasan
Bahagian  c ulasanBahagian  c ulasan
Bahagian c ulasan
 
Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan laku
 

Más de Ang Xiao Yean

KSSR 五年级道德教育课本_单元1:同一条路上(题目)_道德价值:信奉上苍pptx.
KSSR 五年级道德教育课本_单元1:同一条路上(题目)_道德价值:信奉上苍pptx.KSSR 五年级道德教育课本_单元1:同一条路上(题目)_道德价值:信奉上苍pptx.
KSSR 五年级道德教育课本_单元1:同一条路上(题目)_道德价值:信奉上苍pptx.Ang Xiao Yean
 
BM Unit 1 -B. Aktiviti ms1-5.pptx
BM Unit 1 -B. Aktiviti  ms1-5.pptxBM Unit 1 -B. Aktiviti  ms1-5.pptx
BM Unit 1 -B. Aktiviti ms1-5.pptxAng Xiao Yean
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysiaAng Xiao Yean
 
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02Ang Xiao Yean
 
多元智能的应用和反思
多元智能的应用和反思多元智能的应用和反思
多元智能的应用和反思Ang Xiao Yean
 
Konsepasasnilai 130212230145-phpapp01
Konsepasasnilai 130212230145-phpapp01Konsepasasnilai 130212230145-phpapp01
Konsepasasnilai 130212230145-phpapp01Ang Xiao Yean
 
53358823 pengurusan-gerko-pengelolaan-aktiviti-pertandingan
53358823 pengurusan-gerko-pengelolaan-aktiviti-pertandingan53358823 pengurusan-gerko-pengelolaan-aktiviti-pertandingan
53358823 pengurusan-gerko-pengelolaan-aktiviti-pertandinganAng Xiao Yean
 
Asas falsafah reimer
Asas falsafah reimerAsas falsafah reimer
Asas falsafah reimerAng Xiao Yean
 
Masalah dinamik dan ekspresi
Masalah dinamik dan ekspresiMasalah dinamik dan ekspresi
Masalah dinamik dan ekspresiAng Xiao Yean
 

Más de Ang Xiao Yean (14)

KSSR 五年级道德教育课本_单元1:同一条路上(题目)_道德价值:信奉上苍pptx.
KSSR 五年级道德教育课本_单元1:同一条路上(题目)_道德价值:信奉上苍pptx.KSSR 五年级道德教育课本_单元1:同一条路上(题目)_道德价值:信奉上苍pptx.
KSSR 五年级道德教育课本_单元1:同一条路上(题目)_道德价值:信奉上苍pptx.
 
BM Unit 1 -B. Aktiviti ms1-5.pptx
BM Unit 1 -B. Aktiviti  ms1-5.pptxBM Unit 1 -B. Aktiviti  ms1-5.pptx
BM Unit 1 -B. Aktiviti ms1-5.pptx
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
13modenisasi di-luar-eropah-malaysia-da-modenisasi-di-malaysia
 
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02
 
Tutorial minggu 5
Tutorial minggu 5Tutorial minggu 5
Tutorial minggu 5
 
多元智能的应用和反思
多元智能的应用和反思多元智能的应用和反思
多元智能的应用和反思
 
诗五首教案5
诗五首教案5诗五首教案5
诗五首教案5
 
Konsepasasnilai 130212230145-phpapp01
Konsepasasnilai 130212230145-phpapp01Konsepasasnilai 130212230145-phpapp01
Konsepasasnilai 130212230145-phpapp01
 
Kia2 m
Kia2 mKia2 m
Kia2 m
 
Edu minggu 10
Edu minggu 10Edu minggu 10
Edu minggu 10
 
53358823 pengurusan-gerko-pengelolaan-aktiviti-pertandingan
53358823 pengurusan-gerko-pengelolaan-aktiviti-pertandingan53358823 pengurusan-gerko-pengelolaan-aktiviti-pertandingan
53358823 pengurusan-gerko-pengelolaan-aktiviti-pertandingan
 
Asas falsafah reimer
Asas falsafah reimerAsas falsafah reimer
Asas falsafah reimer
 
Masalah dinamik dan ekspresi
Masalah dinamik dan ekspresiMasalah dinamik dan ekspresi
Masalah dinamik dan ekspresi
 

Jenis jenisnilai-130720113732-phpapp02

  • 2. Nilai Instrumental (Ektrinsik) Definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat . Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat, misalnya berani, rajin, dan hormat-menghormati.
  • 3. Bagi contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai instrumental ini adalah: Albert suka membantu rakan-rakannya menyelesaikan masalah matematik bukannya mengharapkan sebarang balasan daripada rakan- rakannya tetapi untukmemantapkan kemahirannya dalam menyelesaikan masalah matematik pada diri sendiri. Contoh ini dapat membantu remaja mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa memberi bantuan juga boleh mendatangkan kelebihan pada diri sendiri.
  • 4. Di samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan tindakan disiplin bagi pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib para pelajar. Tindakan sekolah ini bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia juga dapat membentuk nilai moral dalam kalangan murid, khasnya remaja kini.
  • 5. Nilai Instrinsik Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya, misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan dan sebagainya.
  • 6. Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai ini adalah seperti Situasi Musan ialah seorang ketua kelas tingkatan Enam Biru. Musan merupakan pengadil dalam pertandingan banner antara kelas. Walaupun rakan sekelasnya menyuruhnya memberi markah yang tinggi kepada kelas mereka atas statusnya namun, Musan tidak berbuat demikian kerana dia menilai semua karya dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh permintaan rakan-rakannya. Contoh ini dapat memberi gambaran kepada remaja supaya bertindak dengan saksama dalam segala hal.
  • 7. Nilai Subjektif Definisi bagi Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, Nilai subjektif adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu. Antaranya adalah membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai Subjektif juga berperanan dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.
  • 8. Antara contoh bagi nilai ini ialah pengunaan buku teks dalam pengajaran Pendidikan Moral. Secara amnya, penggunaan buku teks Pendidikan Moral adalah membantu pelajar mengkaji perkara- perkara yang dibincangkan. Pelajar boleh memberi nilai atau pendapatnya berdasarkan kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri. Akan tetapi, sekiranya buku ini dibaca oleh individu yang mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu tidak bernilai bagi mereka. Kerana mereka akan berpendapat bahawa segala pengajaran atau maklumat dalam buku adalah tidak relevan dalam kehidupan.
  • 9. Nilai Objektif Definisi bagi Nilai Objektif adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang. Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya.
  • 10. Bagi contoh nilai ini, seperti isu pergaduhan dalam masyarakat hendak dielakkan menjadi satu pengajaran bagi remaja masa kini bagi aspek perpaduan. Contoh ini adalah diterima dengan sokongan bukti pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969. Secara umunnya, pengaduhan sememangnya akan membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak dan harus dielakkan. Jadi, ia secara langsung dijadikan pembentukan moral yang kukuh dalam jiwa anak bangsa yang cinta kepada keamanan.
  • 11. Seterusnya, contoh lain seperti pandangan tentang penderaan haiwan adalah tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan memang memberi banyak kegunaan dan kelebihan kepada manusia. Dengan itu, segala kebajikan bagi haiwan harus dijaga oleh tuannya. Akan tetapi, masih terdapat penderaan haiwan dengan cara dendaan atau deraan memang harus dikejikan. Ini dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai moral dengan tidak mengabaikan kebajikan pihak lain.
  • 12. Nilai Relatif Secara umumnya, nilai realatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan.
  • 13. Kes bersedudukan sebelum berkahwin juga merupakan contoh bagi nilai relatif. Kita tahu bahawa amalan suami isteri tinggal bersama tanpa nikah adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dari segi agama dan dikeji oleh masyarakat. Akan tetapi bagi orang Barat, kes ini dialukan semata-mata bertujuan untuk memadankan bakal pasangan suami isteri. Disebabkan kes ini dipandang serius di Malaysia, maka ia beri pengajaran kepada remaja masa kini supaya bertindak dengan rasional dan mesti selaras dengan pandangan masyarakat.
  • 14. Di samping itu, contoh kebebasan memilih pasangan perkahwinan pada dahulu dan kini. Pasa masa dahulu, orang tiada kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya. Tetapi, masa kini remaja diberi kebebasan untuk memilih pasangannya. Menerusi contoh ini, dapat dilihat perubahan zaman membawa ubahan dan pemikiran remaja masa kini harus selaras dengan faham masyarakat dan bukannya mementingkan hasrat diri sahaja.
  • 15. Nilai Mutlak (Absolute) Nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umum dan diuji terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini kekal sepanjang masa dan juga di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat.
  • 16. Contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini adalah seperti gambaran hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif kepada remaja kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat mendatangkan keharmonian antara ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan negara. Justeru, pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada diri dan pihak lain.