SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 13
KAJIAN FABRIK
Gentian dapat dikelaskan kepada:
1 Gentian asli
2 Gentian buatan
Gentian boleh diklasifikasi kepada dua kumpulan
Gentian asli daripada sumber semula jadi, ialah:
Gentian asli
Gentian tumbuhan Gentian haiwan
Gentian tumbuhan:
Gentian tumbuhan untuk fabric adalah gentian yang mengandungi 70 peratus hingga 80
peratus selulosa yang terkandung dalam biji, batang daun dan buah. Selulosa pada
gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi
unsure karbon, hydrogen, dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan
teratur. Susunan ini memberikan kekuatan pada batang tumbuhan.
Gentian Asli
Sintetik Terjana SemulaHaiwan(Protein
)
Tumbuhan(Selulosa)
Asas
Logam
Getah
Asas
PetroleumMineral
Gentian Buatan
SUMBER
GENTIAN
Kapas
Pokok kapas banyak ditanam di Negara India, Amerika Syarikat, Russia, China, dan
Mesir. Tinggi pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada
peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda kemudian selepas tiga hari bunga
akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas.
Lenggai ini membesar sehingga sebesartelur ayam, terdapat tiga hingga lima garisan
yang membujur yang akan merekah apabila buah kapas matang. Setiap pokok yang
akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji buah dan setiap buah pula
mengandungi 30 hingga 40 biji benih yang disalut dengan bebola gentian kapas.
Kapas dapat dikategorikan kepada empat jenis:
a) Kapas Sea Island b) Kapas Mesir c) Kapas Amerika d) Kapas India
Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk membuat benang kapas dan fabrik
yang ringan seperti Batiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan fabrik yang tebal dan berat
untuk kegunaan artikel kelenkapan rumah tangga dan industry. Kapas India digunakan
untuk menhasilkan fabrik berkualiti rendah.
Struktur gentian kapas
Gentian kapas dibentuk daripada unit sel yang merupakan tiub yang pipih, berpintal dan
terdapat limen di tengahnya.
Ciri-ciri Gentian Kapas
kekukuhan - kukuh
- bertambah kukuh apabila basah kerana air yang
diserap mengembangkan gentian kapas dan
menyusun semula kawasan yang berhablur di
dalam selulosa.-kotoran dapat dikelurkan dengan
mudah
kekenyalan - Tidak kenyal
- dapat mengekalkan bentuknya
- pakaian mudah renyuk
Penyerapan
lembapan
-bersifat hidrofilik
-mudah menyerap lembapan
-mengandungi 7% lembapan dan dapat menerap
sehingga
21% air
-selesa dipakai
-contoh: tuala
-mudah menyerap warna
-tiada cas elektrostatik
Pengalir haba -Pengalir haba yang baik
-dapat memindahkan haba tubuh ketika panas buat
kita rasa sejuk
-diseterika pada suhu tinggi
Tindakan asid -asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan
fabric
-asid asetik dan cuka tidak memberikan sebarang
kesan
Tindakan alkali -tahan kepada tindakan alkali seperti sabundan agen
pencuci
-perlu dibilas sehingga bersih
Ketahanan
terhadap cahaya
matahari
-tidak memberikan kesan
-warna pakaian menjadi pudar selepas dijemur adalah
kerana pewarna yang tidak berkualiti rendah.
Ujian Pembakaran Fabrik
Perbezaan Gentian Asli Dan Gentian Buatan
KELIM
Kelim ialah sejenis proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik.
Kelim juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian. Terdapat beberpa
jenis kelim, antaranya ialah kelim belah kangkung, kelim betawi, kelim papan
mesin, kelim papan tangan dan kelim lipat tindih.
Kegunaan Kelim
1. Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik.
2. Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik
3. Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan
4. Untuk perhiasan.
Pemilihan Kelim
Bergantung kepada;
1. Jenis fabrik - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis
fabrik.Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit
dengan kelim betawi.
2. Jenis pakaian – Pakaian yang kerap didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh.
Contohnya pakaian kanan-kanak.Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai
untuk jean tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas.
3. Gaya dan kedudukan kelim – Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim
pada pakaian.Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus
yang lurus tetapi tidaksesuai dan sukar untuk dijahit pada kelim yang
melengkung.
KELIM BETAWI
Kelim Betawi adalah kelim di dalam kelim. Kelim ini sesuai untuk fabrik nipis, jarang
dan mudah berjerumbai. Di samping itu juga ia adalah kemas kerana basinya
tersembunyi. . Kelim ini sesuai dijahit pada bahagian pakaian yang lurus kerana agak
sukar dijahit pada bahagian melengkung. Kelim ini sesuai digunakan pada pakaian
kanak-kanak, blaus, pajama, pakaian dalam dan pakaian bayi.
Ciri – ciri Kelim Betawi
1. Sesuai untuk banyak fabrik terutamanya yang berbulu.
2. Lebarrnya 6 mm atau kurang.
3. Kukuh kerana mempunyai dua kali jahitan.
Kebaikan menggunakan Kelim Betawi
1.1. Kelim ini kecil dan teguh kerana terdapat dua kali jahitan.
2.2. Kemas dan bahagian tepi fabrik tidak kelihatan
3.3. MMudah didobi.
4.4. Sesuai untuk fabrik nipis dan pakaian yang mudah berbulu.
Kelemahan menggunakan Kelim Betawi
1.1. Kelim ini tebal dan tidak sesuai untuk fabrik yang tebal.
2.2. Tidak boleh dibuka untuk membesar pakaian.
3.3. MMengambil masa yang lama untuk kering.
4.4. Lebar kelim yang siap ialah 6 mm
KELIM BELAH KANGKUNG
Kelim belah kangkung ialah kelim yang paling mudah dan amat sesuai untuk semua
jenis fabrik yang sederhana tebal dan tebal.Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak
kelihatan di sebelah luar pakaian. Kelim belah kangkung terdiri daripada satu baris
mata jahitan yang dijahit pada dua keping kain yang dicantumkan.Kelim Belah
Kangkung digunakan pada bahu,rusuk , lengan dan sambungan jalur serong
Ciri-ciri Kelim Belah Kangkung
1. Lebarnya sekata iaitu sebaik-baiknya 13mm
2. Kedua-dua belah kelim ditekan terbuka dan rata
3. Basi kelim dikemaskan dengan elok. Kelim belah kangkung yang melengkung
hendaklah disnip supaya boleh ditekan
Kebaikan Kelim Belah Kangkung
1. Kelim ini rata
2. Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar
3. Ia tidak tebal
4. Kelim boleh dibuka apabila badan bertambah besar
Kelemahan Kelim Belah Kangkung
1. kedua bahagian kelim mesti dibuka dan ditekan berasingan
2. tidak sesuai untuk fabrik yang nipis
3. Kurang teguh kerana ia hanya mempunyai satu baris jahitan
KELIM PAPAN MESIN
Kelim papan mesin adalah rata, kemas dan tidak berjerumbai. Kelim ini digunakan
untuk kain yang mudah berjerumbai dan sederhana tebal. Kelim ini juga boleh dijahit
menggunakan benang berwarna kontras untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian.
Kedudukan kelim ini didapati pada kemeja, blaus, pajama, seluar, jeans dan pakaian
kerja.
Ciri – ciri kelim Papan Mesin
1. Kelim ini kukuh kerana dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan.
2. Boleh disiapkan di sebelah luar atau di sebelah dalam pakaian. Jika disiapkan di
sebelah luar, dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah luar dan satu
baris jahitan akan kelihatan di sebelah dalam. Jika disiapkan di sebelah dalam
maka dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah dalam dan satu baris
jahitan akan kelihatan di sebelah luar.
3. Lebar kelim yang telah siap ialah 6 mm.
Kebaikan Kelim Papan Mesin
1. Kukuh dan tahan lasak kerana dibuat dengan dua baris jahitan.
2. Rata, mudah didobi dan kemas kerana tepi fabric terkemas di dalam.
Kelemahan Kelim Papan Mesin
1. Agak tebal dan lambat kering.
2. Tidak sesuai fabrik yang jarang kerana basi kelim terlihat di luar fabric.
KELIM PAPAN TANGAN
Kelim papan tangan lebih halus buatannya daripada kelim papan mesin. Ia digunakan
untuk kain yang nipis dan lembut seperti kain sutera. Biasanya kelim papan tangan ini
digunakan pada pakaian bayi dan baju kurung johor.
Ciri – ciri Kelim Papan Tangan
1. Sama seperti Kelim Papan Mesin tetapi dijahit sebelah dalam fabrik dengan
jahitan tangan.
2. Kelim rata dan kukuh tetapi tidak sekuat kelim papan mesin.
Kebaikan Kelim Papan Tangan
1. Rata, kemas dan mudah didobi.
2 Terkemas sendiri.
Kelemahan Kelim Papan Tangan
1. Tidak sesuai untuk kain yang tebal.
2. Mengambil masa yang lama untuk menjahit dan jahitan sembat kelihatan di
sebelah luar pakaian..
KELIM LIPAT TINDIH
Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk menjahit
bahagian dalam dan luar pakaian.Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian.
Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang
lain. Selalunya kelim lipat tindih digunakanuntuk melekat atau mencantumkan
bahagian atau kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu
mendatang,ben-ben dan ropol-ropol. Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-
kanak, pijama, blaus dan baju ibu mengandung
Ciri – ciri Kelim Lipat Tindih
1. Kelim ini kukuh kerana dijahit dengan tiga lapisan fabrik.
2. Dikenali sebagai kelim tampal.
3. Jahitan dijahit disebelah luar pakaian.
Kebaikan Kelim Lipat Tindih
1. Kukuh kerana dijahit menerusi tiga lapisan fabrik.
2. Kelim ini rata dan mudah didobi.
3. Sangat sesuai untuk mencantum bahagian yang melengkung, cekung atau
pada bentuk yang sukar dijahit dengan kelim – kelim lain.
Kelemahan Kelim Lipat Tindih
1. Tidak sesuai pada fabrik yang tebal kerana terdiri daripada satu bahagian yang
bergelembung dan kelim ini dijahit melalui tiga lapisan fabrik.
2. Tidak sesuai pada fabrik yang jarang kerana basi kelimnya kelihatan di sebelah
pakaian.
BELAH
Belah ialah satu proses jahitan di pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan
ditanggalkan.
Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di lenan, dan di rusuk dengan mengikut
fesyen pakaian.
Perhatian hendaklah diberi agar panjang belah bersesuaian dengan tujuan
mengadakannya.
Jenis Belah
• Belah kelepet sama lebar
• Belah slit berlapik
• Belah lapik kain selari
• Belah berkun
• Belah berplaket
Belah slit berlapik
• Dibuat di garis tengah hadapan atau di garis tengah belakang blaus, dan di
hujung lengan.
Ciri belah slit berlapik
• Garis belah rata.
• Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut.
• Lapik atau fabric pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar.
• Tidak ada alur di cantuman.
Belah berzip
• Berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dapat
diperoleh dalam pelbagai jenis, saiz, dan warna.
Penggunaan dan pemilihan zip berdasarkan jenis fabrik, warna dan kedudukan.
Zip dipasang pada kelim belah kangkung dan belah slit berlapik.
Ciri belah berzip
• Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang.
• Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran 7 mm hingga 10 mm.
• Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan.
• Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya.
• Kelim tidak berkedut.
• Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Elemen asas senireka fesyen
Elemen asas senireka fesyenElemen asas senireka fesyen
Elemen asas senireka fesyennady240496
 
NOTA CIRI GENTIAN.pptx
NOTA CIRI  GENTIAN.pptxNOTA CIRI  GENTIAN.pptx
NOTA CIRI GENTIAN.pptxmimiy3
 
rekod kerja jahitan
rekod kerja jahitanrekod kerja jahitan
rekod kerja jahitanemerafi
 
Topik 6 jahitan asas
Topik 6  jahitan asasTopik 6  jahitan asas
Topik 6 jahitan asasazimahhusain
 
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITANNAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITANnicksamyhah
 
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralunbaju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralunSiti Fatimah Dzulkifli
 
Cara menjahit lisu pemadan
Cara menjahit lisu pemadanCara menjahit lisu pemadan
Cara menjahit lisu pemadanIl Firaz
 
Kancing dan-butang
Kancing dan-butangKancing dan-butang
Kancing dan-butangSaZwa Nie
 
KHB TING2-Belah
KHB TING2-BelahKHB TING2-Belah
KHB TING2-Belahkusara103
 
Power point pakaian pengantin
Power point pakaian pengantinPower point pakaian pengantin
Power point pakaian pengantinNOORATIKA
 
Tajuk 3 - kelim
Tajuk 3  -  kelimTajuk 3  -  kelim
Tajuk 3 - kelimfuziharun
 

La actualidad más candente (20)

Elemen asas senireka fesyen
Elemen asas senireka fesyenElemen asas senireka fesyen
Elemen asas senireka fesyen
 
Fabrik
FabrikFabrik
Fabrik
 
NOTA CIRI GENTIAN.pptx
NOTA CIRI  GENTIAN.pptxNOTA CIRI  GENTIAN.pptx
NOTA CIRI GENTIAN.pptx
 
rekod kerja jahitan
rekod kerja jahitanrekod kerja jahitan
rekod kerja jahitan
 
Topik 6 jahitan asas
Topik 6  jahitan asasTopik 6  jahitan asas
Topik 6 jahitan asas
 
LAPIK JAHITAN KH TINGAKTAN 1
LAPIK JAHITAN KH TINGAKTAN 1LAPIK JAHITAN KH TINGAKTAN 1
LAPIK JAHITAN KH TINGAKTAN 1
 
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITANNAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN
 
kenali alat jahitan
kenali alat jahitankenali alat jahitan
kenali alat jahitan
 
KEMAHIRAN HIDUP ERT TING. 1 : FABRIK
KEMAHIRAN HIDUP ERT TING. 1 : FABRIKKEMAHIRAN HIDUP ERT TING. 1 : FABRIK
KEMAHIRAN HIDUP ERT TING. 1 : FABRIK
 
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralunbaju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
baju kurung pesak buluh dan kain ombak beralun
 
Cara menjahit lisu pemadan
Cara menjahit lisu pemadanCara menjahit lisu pemadan
Cara menjahit lisu pemadan
 
Asimen jahitan
Asimen jahitanAsimen jahitan
Asimen jahitan
 
Peralatan Jahitan - ERT
Peralatan Jahitan - ERTPeralatan Jahitan - ERT
Peralatan Jahitan - ERT
 
Kocek tersembunyi
Kocek tersembunyiKocek tersembunyi
Kocek tersembunyi
 
Kancing dan-butang
Kancing dan-butangKancing dan-butang
Kancing dan-butang
 
KHB TING2-Belah
KHB TING2-BelahKHB TING2-Belah
KHB TING2-Belah
 
FASHION DESIGN CATEGORIES
FASHION DESIGN CATEGORIESFASHION DESIGN CATEGORIES
FASHION DESIGN CATEGORIES
 
Power point pakaian pengantin
Power point pakaian pengantinPower point pakaian pengantin
Power point pakaian pengantin
 
Stail pakaian
Stail pakaianStail pakaian
Stail pakaian
 
Tajuk 3 - kelim
Tajuk 3  -  kelimTajuk 3  -  kelim
Tajuk 3 - kelim
 

Similar a Kajian fabrik

tajuk 3. Kelim
tajuk 3. Kelimtajuk 3. Kelim
tajuk 3. Kelimfuziharun
 
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASASTINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASASSiti Basroh Khayan
 
Jenis kain yang digunakan untuk pakaian
Jenis kain yang digunakan untuk pakaianJenis kain yang digunakan untuk pakaian
Jenis kain yang digunakan untuk pakaianusman02
 
Konstruksi bahan tekstil
Konstruksi bahan tekstilKonstruksi bahan tekstil
Konstruksi bahan tekstilNaya Ti
 
ppt konstruksi tenunan bahan tekstil kelas X semester gasal smk tata busana ....
ppt konstruksi tenunan bahan tekstil kelas X semester gasal smk tata busana ....ppt konstruksi tenunan bahan tekstil kelas X semester gasal smk tata busana ....
ppt konstruksi tenunan bahan tekstil kelas X semester gasal smk tata busana ....septia nuraini
 
Pk7 kd 3.1. m 3 jenis dan karateristik bahan serat buatan
Pk7 kd 3.1. m 3  jenis dan karateristik bahan serat buatanPk7 kd 3.1. m 3  jenis dan karateristik bahan serat buatan
Pk7 kd 3.1. m 3 jenis dan karateristik bahan serat buatanAgus Tri
 
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdf
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdfPk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdf
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdfAgus Tri
 
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdf
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdfPk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdf
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdfAgus Tri
 
makalah kapas
makalah kapasmakalah kapas
makalah kapasUmi Dahr
 

Similar a Kajian fabrik (20)

tajuk 3. Kelim
tajuk 3. Kelimtajuk 3. Kelim
tajuk 3. Kelim
 
Kaos polos
Kaos polosKaos polos
Kaos polos
 
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASASTINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
 
Tekstil dasar
Tekstil dasarTekstil dasar
Tekstil dasar
 
KELIM KH TING 1
KELIM KH TING 1KELIM KH TING 1
KELIM KH TING 1
 
Jenis kain yang digunakan untuk pakaian
Jenis kain yang digunakan untuk pakaianJenis kain yang digunakan untuk pakaian
Jenis kain yang digunakan untuk pakaian
 
Jenis jenis cucian
Jenis jenis cucianJenis jenis cucian
Jenis jenis cucian
 
Konstruksi bahan tekstil
Konstruksi bahan tekstilKonstruksi bahan tekstil
Konstruksi bahan tekstil
 
Http
HttpHttp
Http
 
Jahitan
JahitanJahitan
Jahitan
 
ppt konstruksi tenunan bahan tekstil kelas X semester gasal smk tata busana ....
ppt konstruksi tenunan bahan tekstil kelas X semester gasal smk tata busana ....ppt konstruksi tenunan bahan tekstil kelas X semester gasal smk tata busana ....
ppt konstruksi tenunan bahan tekstil kelas X semester gasal smk tata busana ....
 
Pk7 kd 3.1. m 3 jenis dan karateristik bahan serat buatan
Pk7 kd 3.1. m 3  jenis dan karateristik bahan serat buatanPk7 kd 3.1. m 3  jenis dan karateristik bahan serat buatan
Pk7 kd 3.1. m 3 jenis dan karateristik bahan serat buatan
 
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdf
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdfPk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdf
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdf
 
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdf
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdfPk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdf
Pk7-KD5T3. Pengertian Jenis dan Karateristik Serat Buatan.pdf
 
9. bahan serat
9. bahan serat9. bahan serat
9. bahan serat
 
Makalah Proses pemintalan leleh,kering dan basah
Makalah Proses pemintalan leleh,kering dan basahMakalah Proses pemintalan leleh,kering dan basah
Makalah Proses pemintalan leleh,kering dan basah
 
Belahan pada busana
Belahan pada busanaBelahan pada busana
Belahan pada busana
 
makalah kapas
makalah kapasmakalah kapas
makalah kapas
 
Pemintalan benang
Pemintalan benangPemintalan benang
Pemintalan benang
 
Lap.pemintalan ilham
Lap.pemintalan ilhamLap.pemintalan ilham
Lap.pemintalan ilham
 

Kajian fabrik

  • 1. KAJIAN FABRIK Gentian dapat dikelaskan kepada: 1 Gentian asli 2 Gentian buatan Gentian boleh diklasifikasi kepada dua kumpulan Gentian asli daripada sumber semula jadi, ialah: Gentian asli Gentian tumbuhan Gentian haiwan Gentian tumbuhan: Gentian tumbuhan untuk fabric adalah gentian yang mengandungi 70 peratus hingga 80 peratus selulosa yang terkandung dalam biji, batang daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi unsure karbon, hydrogen, dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur. Susunan ini memberikan kekuatan pada batang tumbuhan. Gentian Asli Sintetik Terjana SemulaHaiwan(Protein ) Tumbuhan(Selulosa) Asas Logam Getah Asas PetroleumMineral Gentian Buatan SUMBER GENTIAN
  • 2. Kapas Pokok kapas banyak ditanam di Negara India, Amerika Syarikat, Russia, China, dan Mesir. Tinggi pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda kemudian selepas tiga hari bunga akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas. Lenggai ini membesar sehingga sebesartelur ayam, terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur yang akan merekah apabila buah kapas matang. Setiap pokok yang akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji buah dan setiap buah pula mengandungi 30 hingga 40 biji benih yang disalut dengan bebola gentian kapas. Kapas dapat dikategorikan kepada empat jenis: a) Kapas Sea Island b) Kapas Mesir c) Kapas Amerika d) Kapas India Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk membuat benang kapas dan fabrik yang ringan seperti Batiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan fabrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelenkapan rumah tangga dan industry. Kapas India digunakan untuk menhasilkan fabrik berkualiti rendah. Struktur gentian kapas Gentian kapas dibentuk daripada unit sel yang merupakan tiub yang pipih, berpintal dan terdapat limen di tengahnya. Ciri-ciri Gentian Kapas kekukuhan - kukuh - bertambah kukuh apabila basah kerana air yang diserap mengembangkan gentian kapas dan menyusun semula kawasan yang berhablur di dalam selulosa.-kotoran dapat dikelurkan dengan mudah kekenyalan - Tidak kenyal - dapat mengekalkan bentuknya - pakaian mudah renyuk
  • 3. Penyerapan lembapan -bersifat hidrofilik -mudah menyerap lembapan -mengandungi 7% lembapan dan dapat menerap sehingga 21% air -selesa dipakai -contoh: tuala -mudah menyerap warna -tiada cas elektrostatik Pengalir haba -Pengalir haba yang baik -dapat memindahkan haba tubuh ketika panas buat kita rasa sejuk -diseterika pada suhu tinggi Tindakan asid -asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan fabric -asid asetik dan cuka tidak memberikan sebarang kesan Tindakan alkali -tahan kepada tindakan alkali seperti sabundan agen pencuci -perlu dibilas sehingga bersih Ketahanan terhadap cahaya matahari -tidak memberikan kesan -warna pakaian menjadi pudar selepas dijemur adalah kerana pewarna yang tidak berkualiti rendah. Ujian Pembakaran Fabrik
  • 4. Perbezaan Gentian Asli Dan Gentian Buatan
  • 6. Kelim ialah sejenis proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Kelim juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian. Terdapat beberpa jenis kelim, antaranya ialah kelim belah kangkung, kelim betawi, kelim papan mesin, kelim papan tangan dan kelim lipat tindih. Kegunaan Kelim 1. Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. 2. Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik 3. Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan 4. Untuk perhiasan. Pemilihan Kelim Bergantung kepada; 1. Jenis fabrik - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik.Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan kelim betawi. 2. Jenis pakaian – Pakaian yang kerap didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanan-kanak.Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk jean tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas. 3. Gaya dan kedudukan kelim – Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian.Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidaksesuai dan sukar untuk dijahit pada kelim yang melengkung.
  • 7. KELIM BETAWI Kelim Betawi adalah kelim di dalam kelim. Kelim ini sesuai untuk fabrik nipis, jarang dan mudah berjerumbai. Di samping itu juga ia adalah kemas kerana basinya tersembunyi. . Kelim ini sesuai dijahit pada bahagian pakaian yang lurus kerana agak sukar dijahit pada bahagian melengkung. Kelim ini sesuai digunakan pada pakaian kanak-kanak, blaus, pajama, pakaian dalam dan pakaian bayi. Ciri – ciri Kelim Betawi 1. Sesuai untuk banyak fabrik terutamanya yang berbulu. 2. Lebarrnya 6 mm atau kurang. 3. Kukuh kerana mempunyai dua kali jahitan. Kebaikan menggunakan Kelim Betawi 1.1. Kelim ini kecil dan teguh kerana terdapat dua kali jahitan. 2.2. Kemas dan bahagian tepi fabrik tidak kelihatan 3.3. MMudah didobi. 4.4. Sesuai untuk fabrik nipis dan pakaian yang mudah berbulu. Kelemahan menggunakan Kelim Betawi 1.1. Kelim ini tebal dan tidak sesuai untuk fabrik yang tebal. 2.2. Tidak boleh dibuka untuk membesar pakaian. 3.3. MMengambil masa yang lama untuk kering. 4.4. Lebar kelim yang siap ialah 6 mm KELIM BELAH KANGKUNG
  • 8. Kelim belah kangkung ialah kelim yang paling mudah dan amat sesuai untuk semua jenis fabrik yang sederhana tebal dan tebal.Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakaian. Kelim belah kangkung terdiri daripada satu baris mata jahitan yang dijahit pada dua keping kain yang dicantumkan.Kelim Belah Kangkung digunakan pada bahu,rusuk , lengan dan sambungan jalur serong Ciri-ciri Kelim Belah Kangkung 1. Lebarnya sekata iaitu sebaik-baiknya 13mm 2. Kedua-dua belah kelim ditekan terbuka dan rata 3. Basi kelim dikemaskan dengan elok. Kelim belah kangkung yang melengkung hendaklah disnip supaya boleh ditekan Kebaikan Kelim Belah Kangkung 1. Kelim ini rata 2. Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar 3. Ia tidak tebal 4. Kelim boleh dibuka apabila badan bertambah besar Kelemahan Kelim Belah Kangkung 1. kedua bahagian kelim mesti dibuka dan ditekan berasingan 2. tidak sesuai untuk fabrik yang nipis 3. Kurang teguh kerana ia hanya mempunyai satu baris jahitan KELIM PAPAN MESIN
  • 9. Kelim papan mesin adalah rata, kemas dan tidak berjerumbai. Kelim ini digunakan untuk kain yang mudah berjerumbai dan sederhana tebal. Kelim ini juga boleh dijahit menggunakan benang berwarna kontras untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian. Kedudukan kelim ini didapati pada kemeja, blaus, pajama, seluar, jeans dan pakaian kerja. Ciri – ciri kelim Papan Mesin 1. Kelim ini kukuh kerana dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan. 2. Boleh disiapkan di sebelah luar atau di sebelah dalam pakaian. Jika disiapkan di sebelah luar, dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah luar dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah dalam. Jika disiapkan di sebelah dalam maka dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah dalam dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah luar. 3. Lebar kelim yang telah siap ialah 6 mm. Kebaikan Kelim Papan Mesin 1. Kukuh dan tahan lasak kerana dibuat dengan dua baris jahitan. 2. Rata, mudah didobi dan kemas kerana tepi fabric terkemas di dalam. Kelemahan Kelim Papan Mesin 1. Agak tebal dan lambat kering. 2. Tidak sesuai fabrik yang jarang kerana basi kelim terlihat di luar fabric. KELIM PAPAN TANGAN
  • 10. Kelim papan tangan lebih halus buatannya daripada kelim papan mesin. Ia digunakan untuk kain yang nipis dan lembut seperti kain sutera. Biasanya kelim papan tangan ini digunakan pada pakaian bayi dan baju kurung johor. Ciri – ciri Kelim Papan Tangan 1. Sama seperti Kelim Papan Mesin tetapi dijahit sebelah dalam fabrik dengan jahitan tangan. 2. Kelim rata dan kukuh tetapi tidak sekuat kelim papan mesin. Kebaikan Kelim Papan Tangan 1. Rata, kemas dan mudah didobi. 2 Terkemas sendiri. Kelemahan Kelim Papan Tangan 1. Tidak sesuai untuk kain yang tebal. 2. Mengambil masa yang lama untuk menjahit dan jahitan sembat kelihatan di sebelah luar pakaian.. KELIM LIPAT TINDIH
  • 11. Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk menjahit bahagian dalam dan luar pakaian.Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian. Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain. Selalunya kelim lipat tindih digunakanuntuk melekat atau mencantumkan bahagian atau kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang,ben-ben dan ropol-ropol. Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak- kanak, pijama, blaus dan baju ibu mengandung Ciri – ciri Kelim Lipat Tindih 1. Kelim ini kukuh kerana dijahit dengan tiga lapisan fabrik. 2. Dikenali sebagai kelim tampal. 3. Jahitan dijahit disebelah luar pakaian. Kebaikan Kelim Lipat Tindih 1. Kukuh kerana dijahit menerusi tiga lapisan fabrik. 2. Kelim ini rata dan mudah didobi. 3. Sangat sesuai untuk mencantum bahagian yang melengkung, cekung atau pada bentuk yang sukar dijahit dengan kelim – kelim lain. Kelemahan Kelim Lipat Tindih 1. Tidak sesuai pada fabrik yang tebal kerana terdiri daripada satu bahagian yang bergelembung dan kelim ini dijahit melalui tiga lapisan fabrik. 2. Tidak sesuai pada fabrik yang jarang kerana basi kelimnya kelihatan di sebelah pakaian. BELAH
  • 12. Belah ialah satu proses jahitan di pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan ditanggalkan. Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di lenan, dan di rusuk dengan mengikut fesyen pakaian. Perhatian hendaklah diberi agar panjang belah bersesuaian dengan tujuan mengadakannya. Jenis Belah • Belah kelepet sama lebar • Belah slit berlapik • Belah lapik kain selari • Belah berkun • Belah berplaket Belah slit berlapik • Dibuat di garis tengah hadapan atau di garis tengah belakang blaus, dan di hujung lengan. Ciri belah slit berlapik • Garis belah rata. • Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut. • Lapik atau fabric pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar. • Tidak ada alur di cantuman. Belah berzip • Berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dapat diperoleh dalam pelbagai jenis, saiz, dan warna.
  • 13. Penggunaan dan pemilihan zip berdasarkan jenis fabrik, warna dan kedudukan. Zip dipasang pada kelim belah kangkung dan belah slit berlapik. Ciri belah berzip • Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang. • Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran 7 mm hingga 10 mm. • Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan. • Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya. • Kelim tidak berkedut. • Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut