SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 37
1
BIODATA DIRI
NAMA : NUR FARRAH IRDINA BT ABDUL MANAN
KELAS : 5 GEMILANG
UMUR : 11 TAHUN
HOBI : MEMBACA BUKU
CITA – CITA : DOKTOR
MAKANAN KEGEMARAN : NASI LEMAK
MINUMAN KEGEMARAN : JUS TEMBIKAI
TARIKH LAHIR : 7 JULAI 2002
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL KAJANG
WARNA KEGEMARAN : UNGGU
ALAMAT RUMAH : B2-202 APARTMEN INANG,
TAMAN IMPIAN EHSAN 3,
43300 BALAKONG, SELANGOR
2
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGHARGAAN
3
PENDAHULUAN
4
DADAH DAN CIRI-CIRINYA
5
JENIS-JENIS DADAH6 - 15
SEBAB-SEBAB SEORANG MENGAMBIL DADAH 16
AKIBAT PENAGIHAN DADAH
17 - 18
3
UNDANG-UNDANG DADAH MALAYSIA
19
LAMPIRAN
20 -21
KESELAMATAN PERSEKITARAN
22 –35
PENUTUP
36
PENGHARGAAN
BERSYUKUR SAYA KEPADA ALLAH S.W.T KERANA
DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPATLAH JUGA AKHIRNYA
SAYA MENYIAPKAN TUGASAN MENGHASILKAN BUKU
SKRAP INI. DIKESEMPATAN INI SAYA MENGAMBIL
4
PELUANG UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK
TERHINGGAKEPADA GURU ,IBU BAPA DAN KAWAN –KAWAN
KERANA TELAH MEMBERI BANYAK DORONGAN DAN
BANTUAN KEPADA SAYA UNTUKMENYIAPKAN BUKU
SKRAP PENDIDIKAN JASMANI INI.
PENDAHULUAN
Pengenalan Dadah
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu
yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia
berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis
5
dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah
di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk
pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud
ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada
"drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama
dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang
membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental
dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan
ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus
bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah
menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda
sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali
sebagai "caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan
ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara.Oleh itu,
penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang
pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah
kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah
menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan
dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda.Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri
seperti berikut :
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf
tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah
dilarang
Diperoleh secara haram
6
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan
daya tahan terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi
sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah
7
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis
seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubat dan bahan-bahan yang disalahguna
pokok popi
OPIAT
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan
daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat
iaitu candu, morfin dan heroin :
Candu
8
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan
memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang.Candu dihasilkan daripada getah buah
popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman.Ia
mempunyai bau yang kuat, menanjal (elastic) apaila masih segar dan menjadi keras
jika terdedah kepada udara.
Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu
mentah. Dalam pasaran gelap ia dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin
sulfat atau morfin hidroklorik.
Morfin Mentah
Bentuk blok/serbuk
Bertanda „999‟
Mengandungi 70% - 90% morfin
Juga dikenali sebagai Heroin No. 1
Bes Morfin
Seperti serbuk kopi halus
Mengandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin
Mengandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid
Pil kecil berwarna putih/coklat pucat
Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di
Malaysia.Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan
produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin.Heroin mempunyai kekuatan
berkali-kali ganda morfin.
Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu.Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada
9
morfin.Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan
sederhana dan sebagai ubat batuk.
Opiat Sintetik
Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti „methadone‟, „pethidine‟, dipipanone‟ dan
„dextropropoxyphene‟. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiate
dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini
„methadone‟ digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
STIMULAN
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf
pusat.Terdapat dua jenis stimulant iaitu jenis amfetamin atau „Amphetamine-type-
stimulants (ATS)‟ dan kokain.
Amfetamin
Amfetamin adalah stimulant sintetik buatan manusia.Pada masa ini tidak ada ubat
yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan
Dadah.Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu)
dan “Methylenedioxy Methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.
Methamphetamine
10
“Methamphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam
kumpulan stimulant.Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti
tawas.Contoh “methamphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia
ialah syabu.Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan
dari aspek perubatan.
Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru,
Bolivia dan Colombia di Pergununga Andes, Amerika Selatan. Daun koka banyak
digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping
negara-negara Eropah.
Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan
dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah
campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granules”, “Crack”
mempunyai ketulenan
sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
MDMA
“Methaylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan
amfetamin. Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan
pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita
rasa pengguna muda.
Ganja/Kanabis
11
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh
daripada pokok “cannabis sativa”.Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas
seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat
kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana
“tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok „genus kanabis‟
yang dikeringkan dalam bentuk ketulan.Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna
lebih kehijauan.
Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan
dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya
berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Minyak Hashish
Minyak hashish daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan
bahan pelarut.Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat
apabila terdedah kepada udara.
12
Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan
deria.Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah
membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian
Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis
halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan
“hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan
penagih di negara-negara barat.
Depresen
Ubat Depresen
Barbiturates
Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”.Ubat-ubat ini
bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau
menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
Tranquilizer
13
Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah
“erimin-5”, “rohypnol” dan “valium”. “Erimin-5” sejenis “sedative” yang kerap
disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu
mereka kembali ke kehidupan rutin.Penagih heroin juga menganggap “erimin-5”
sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.“Rohypnol”
sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya
sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahajasebagai “club drugs”,
bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan
kematian apabila
disalahgunakan bersama alkohol.
Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh
pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia
dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.
Penyalahgunaan alcohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan
sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara
berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
GHB
“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk
putih, pil dan kapsul. GHB tidak pernah diiktirafkan sebagai ubat da dikeluarkan
dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.GHB juga kerap disalahgunakan
sebagai “rape drug” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa
minit sahaja.
14
Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan dengan cara
“smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat –ubat dan Bahan Yang Disalahguna
Steroid
Steroid sejenis ubat yang merupakan hormone testoren sintetik.Steroid digunakan
oleh doctor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.Steroid kerap disalahgunakan
oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid
tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan
fizikal.Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk
seperti boleh menyebabkan kanser hati.
Inhalan
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga
boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Menghidu gam
akan menyebabkan kerosakan otak yang kekal (gila) dalam masa yang singkat.
Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan
menyebabkan seseorang itu ketagihan. Kini kerajaan Malaysia sedang dalam proses
menggubal Akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti
ini dapat ditangani.
15
Daun Ketum
Daun ketum atau “species mytrangynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan
bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh
segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah
sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di
utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.Daun Ketum
telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga
bagi wanita yang baru bersalin.Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai
pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi
merawat sakit belakang.Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah
disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama
dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yang lebih kuat kepada
peminumnya.Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia
mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of
Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952.Dengan
itu pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap
disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk
menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.Penggunaan yang kerap, banyak dan
secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan
berkenaan.
16
Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar
daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.
Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah
kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.
Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah
kerana :-
Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba
untuk merasainya sendiri
Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah
tersebut.
Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan
sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
17
Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan
bapanya.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara
yang memberi manfaat dan berfaedah.
Masalah dan tekanan rumah tangga
Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang
termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk
mempengaruhi pengguna baru.
Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.
Akibat Penagihan Dadah
Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-
kesan kepada penagih
kesan kepada keluarga
kesan kepada masyarakat
kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih
Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul
hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan
kelihatan seperti dalam khayalan.
Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing
gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut
2. Kesan Kepada Keluarga
18
Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan
wang yang banyak untuk merawatnya.
Rumah tangga menjadi porak peranda.
Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota
keluarga
Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada
mereka
3. Kesan Kepada Masyarakat
Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan
& samun
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat
penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat
penglibatan anggota masyarakat dengan dadah
4. Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada
masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.
Kos tersebut termasuklah :
Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan
anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan
sebagainya.
Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam
penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa
perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa
tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :
Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan
hasil kerja.
Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau
mata yang redup dan kuyu.
19
Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat
menghisap ganja.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang
mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum
keluarga.
Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan
sebagainya.
Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik
kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu
penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu,
bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada
pakar-pakar perubatan
Undang-undang Dadah Malaysia
Akta Dadah Berbahaya 1952
Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport,
mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima,
menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim,
mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang
itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta
Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok
ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat
tidak kurang daripada 6 sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan
diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11
November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali
menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam
20
komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak
lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4,
mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6
sebatan.
LAMPIRAN
21
LAMPIRAN
22
KESELAMATAN PERSEKITARAN
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BANJIR
23
Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan
diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
Lemas.
Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam
atau terjatuh ke dalam longkang.
Terkena renjatan elektrik.
Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam
kepialu.
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir.
Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa.
Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah.
Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir.
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat
Pemindahan?
Sentiasa minum air yang telah dimasak.
Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah
seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman.
24
Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah.
Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.
- Guna tandas yang sempurna .
- Buang sampah di tempat yang betul .
Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor.
Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-
muntah.
Persediaan Sebelum Banjir
Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang
disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang
berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang
berhampiran.
Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan
dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
Pastikan di mana kedudukan Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana
di tempat anda.
Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa
kecemasan di rumah.
Pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik walaupun di dalam musim hujan.
Sebelum Banjir – Tanda-Tanda Awal Telah Dikesan
Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda
dalam bekas kalis air.
Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir – Semasa Pemindahan
Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan
yang disediakan.
Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana
ianya lebih mudah dan selamat.
Ikut laluan yang ditentukan, yang berkemungkinan laluan singkat mungkin
terhalang.
Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan
Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke
tempat yang selamat.
25
Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan
tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir – Di Dalam Rumah
Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
Bersedia dengan peralatan kecemasan.
Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir – Di Luar Rumah
Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan
anda.
Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan
mahupun berjalan kaki.
Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang,
sungai atau lombong.
Jangan minum air banjir.
Selepas Banjir
Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa,
jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-
benar selamat.
Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-
kanak atau golongan istimewa).
Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya
mungkin tidak selamat.
Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, anda perlu berhati-
hati kerana banyak bahaya yang tersembunyi.
Selepas Banjir – Semasa Memasuki Bangunan
Sentiasa pakai kasut.
Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang
merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang
bertaburan di lantai rumah anda.
Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Selepas Banjir – Periksa Ancaman Bahaya
Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
26
Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk
semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir
termasuklah makanan dalam tin.
Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak
yang berkuasa.
Buat laporan kepada JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat
pemindahan.
TIPS KESELAMATAN DALAM AIR
•Belajar renang. Untuk memastikan keselamatan di persekitaran air, dan di
dalam air adalah dengan belajar renang. Pastikan tidak berenang berseorangan,
digalakkan membawa pasangan renang.
•Berenang dalam kawasan penyeliaan penyelamat renang [Lifeguard].
•Baca dan patuhi semua peraturan dan papan tanda renang.
•Kanak-kanak atau perenang tidak berpengalaman wajar mengambil langkah-
langkah berjaga-jaga seperti memakai pelampung keselamatan ketika dipersekitaran
air.
•Awasi bahaya „terlalu‟ – terlalu penat, terlalu sejuk, terlalu terdedah kepada
matahari, terlalu banyak aktiviti berat.
•Tetapkan peraturan keselamatan air bagi seluruh ahli keluarga berdasarkan
kemampuan renang [contohnya : perenang tidak berpengalaman harus berada
hanya pada air paras dada]
•Berpengetahuan terhadap persekitaran air di sekelilinganda, juga potensinya
kepada bencana, seperti kawasan dalam dan cetek,arus, perubahan kedalaman,
halangan, kedudukan laluan masuk dan keluar. Anda akan lebih berjaga-jaga
terhadap bencana dan langkah keselamatan sekiranya anda berinformasi.
•Perhatikan keadaan cuaca dan ramalan cuaca. Berhenti berenang jika terdapat
tanda-tanda cuaca buruk.
•Gunakan tangga ke kolam renang untuk memasuki air.
•Kaedah „headfirst‟ digunakan apabila kawasan yang di tandakan untuk diving dan
tidak mempunyai halangan.
•Pelajari CPR dan galakkan pengasuh bayi, golongan tua dan selainnya yang terlibat
untuk mempelajari CPR.
•Jangan mengambil alkohol sekiranya ingin berenang, menyelam atau
mengendalikan bot. Alkohol menjejaskan pertimbangan, kestabilan dan koordinasi,
menjejaskan kemahiran renang dan menyelam, juga mengurangkan keupayaan
badan untuk kekal pada suhu sesuai.
•Ketahui bagaimana untuk mencegah, mengenalpasti dan bertindak ketika
kecemasan.
LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA
Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:
27
1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak
tenteram, tangguhkan perjalanan.
2. Ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar
lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan
pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu
isyarat merah atau kuning.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi
punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika
teragakagak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan
sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.
9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar ,
lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.
10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan
jika terlalu letih dan mengantuk.
11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.
12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.
13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di
bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.
14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah
dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan,
lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)
15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan
berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan
lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan
yang sihat , serta pemandangan yang jelas .
16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda
akan tiba dengan selamatnya.
17. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk
28
atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
18. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
19. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar
lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan
pertukaran lorong.
20. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu
isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
21. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini
sering menjadi punca kemalangan yang serius.
22. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika
teragak-agak.
23. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan
sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
24. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan
anda dan orang lain.
29
Langkah-langkah Untuk Mencegah Dan Terselamat Kebakaran
Harta
30
Untuk terselamat dari kebakaran, anda mesti bersedia untuk bertindakbalas dengan
cepat. Jangan cuba menyelamatkan apa-apa barang kepunyaan anda semasa
kebakaran. Adalah menjadi idea yang yang baik untuk mempunyai satu polisi
insuran kebakaran dan pastikan bahawa barang-barang berharga anda disimpan
didalam peti simpanan deposit bank.
Gril (Besi Pengadang)
Pasang gril (pengadang besi) yang berciri ramah pengguna, yang mana boleh
dibuka daripada dalam.Terdapat beberapa kes di mana ahli bomba tidak dapat
bertindak dengan segera untuk membantu mangsa hanya kerana besi pengadang
tidak dapat dibuka dan menjadi perangkap maut. Pastikan anda memasang besi
pengadang yang ramah pengguna di rumah anda.
Mancis / Bahan-Bahan Bakar
Jangan tinggalkan kotak mancis, batang mancis, pemetik api, lilin dan lingkaran ubat
nyamuk tanpa penyeliaan atau terbiar di merata-rata tempat. Kanak-kanak boleh
bermain dengan benda-benda tersebut tanpa menyedari bahayanya. Simpan semua
mancis dan pemetik api ditempat tinggi (lebih tinggi dari ketinggian bahu orang
dewasa, jauh dari jangkauan kanak-kanak, dan lebih baik lagi kalau ia disimpan di
dalam laci yang berkunci.
Kunci
Pastikan semua kunci-kunci pintu keselamatan dirumah anda diletakkan ditempat
yang mudah dicapai dan dilabel dengan terang pada setiap masa.
Pintu Kecemasan Kebakaran
Jangan kunci atau halang pintu kecemasan kebakaran, muka pintu, laluan keluar
atau tangga. Rancangkan jalan keluar api anda dan jamin bahawa setiap orang di
dalam keluarga anda tahu sekurang-kurangnya dua terlepas dari perjalanan
(termasuk tingkap) Dan biasa dengan semua jalan keluar daripada bangunan anda.
Bahan-Bahan Yang Boleh Terbakar Dan Mudah Terbakar
Jangan simpan akhbar lama atau bahan mudah terbakar lain di bawah tangga.
Buangkannya selalu.
Asap
Dalam kebanyakan kejadian kebakaran, mangsa mati dalam masa seminit kerana
menyedut asap kebakaran. Elak daripada menyedut asap tersebut, sentiasa
rendahkan diri ke lantai dan merangkak keluar dengan selamat.
Kesaratan Elektrik
Jangan terlebih guna elektrik pada setiap poin elektrik.Pastikan adapter elektrik yang
digunakan mendapat kelulusan dari SIRIM dan keluarkannya dari plak elektrik bila
tidak digunakan.
Puntung Rokok
Kelalaian semasa menggunakan bahan-bahan merokok merupakan penyebab
utama terjadinya kecelakaan kebakaran rumah.Jangan merokok di atas katil atau
ketika anda sedang pening, mabuk, atau selepas makan ubat.Jangan biarkan
31
tempat abu rokok menjadi begitu penuh hinggakan abu rokok panas mungkin boleh
terkeluar.Tekan atau basahkan puntung rokok sebelum membuangnya ke dalam
bakul sampah.
Tangga kecemasan
Gunakan tangga semasa kebakaran, elak dari menggunakan lif. Jangan biarkan
tangga berselerak dengan benda-benda lain. Pintu kecemasan kebakaran bukan
sahaja menyediakan laluan keluar ketika kebakaran tetapi ia juga mengelakkan api
dan asap dari merebak dengan cepat.
Tangki Gas LPG
Pastikan kesemua tiub gas diselenggara pada setiap tempoh masa yang
tertentu.Periksa sebarang kebocoran.Dan jangan letakkan apa-apa pun benda yang
panas diatas tangki gas tersebut.
Pengesan Asap
Pengesan asap akan dapat mengesan asap pada peringkat permulaan sesuatu
kebakaran. Ia memberitahu anda sekiranya terdapat kebakaran yang sedang marak,
walau di bilik yang jauh, dan ia memberi anda masa untuk menyelamatkan diri.
Penggera ini lebih berguna pada waktu malam terutamanya ketika semua orang
sedang tidur.
Selimut basah
Jika berlaku kebakaran, ambil selimut atau tuala, basahkannya dan balutkannya
disekeliling badan anda. Tetapkan badan pada kedudukan yang rendah bagi
mengelakkan tersedut asap dan keluar dengan segera.
Alat Pemadam Kebakaran
Boleh menyelamatkan nyawa dan harta-benda.Ia boleh mengawal dan
memadamkan api pada peringkat permulaan sementara menunggu bomba datang.
Simpan satu di rumah anda.
Keselamatan di sekolah
a) Pergi dan balik dengan berjalan kaki.
1- Melintas Jalan.
- Murid dikehendaki berjalan kaki hingga berada dihadapan sekolah.
- Murid dikehendaki mengikut arahan pekerja sekolah yang mengawal
lalulintas di waktu pergi dan balik sekolah.
- Murid dikehendaki berdiri di atas kaki lima atau bahu jalan ketika hendak
melintas.
- Undur dua langkah ke belakang apabila anda melihat kenderaan besar.
- Tunggu sehingga pekerja lalulintas memberi arahan kepada kenderaan
supaya berhenti.
- Tunggu arahan daripada pekerja lalulintas.
- Lihat kanan, kiri dan kanan semula.
32
- Melintas apabila menerima arahan daripada pekerja lalulintas dan
apabila sudah pasti kenderaan sudah berhenti.
2- Berjalan kaki di dalam kawasan sekolah.
- Murid dikehendaki menggunakan lorong pejalan kaki yang disediakan.
- Murid dikehendaki berhenti di lintasan pejalan kaki ( zebra )
- Lihat kanan, kiri dan kanan semula.
- Melintas apabila sudah pasti tidak ada kenderaan atau kenderaan sudah
berhenti.
3- Berjalan kaki di waktu hujan.
- Murid dikehendaki memakai baju hujan.
- Jika memakai payung anda mesti memegang dengan betul supaya tidak
menghalang pandangan hadapan.
- Murid dikehendaki berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat
yang licin.
- Sekiranya hujan terlalu lebat, murid di minta menumpang teduh di tempat
Selamat seperti pondok menunggu bas atau lain-lain bangunan. Jangan
berteduh di bawah pokok.
- Murid dikehendaki tidak menggunakan payung ketika hujan ribut dan
angin kencang.
- Murid dikehendaki tidak bermain-main di dalam hujan.
4- Berjalan kaki di tempat sunyi dan semak.
- Murid dikehendaki berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua
orang
- Murid digalakkan mempunyai pengetahuan seni mempertahankan diri.
- Sekiranya berlaku kecemasan, anda jangan panik. Menjerit meminta
tolong, cuba pertahankan diri atau lari menyelamatkan diri.
- Laporkan kejadian tersebut kepada guru dengan segera untuk tindakan
seterusnya.
b) Pergi dan balik dengan menaiki bas.
- Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik
kenderaan.
- Beratur semasa menaiki bas dan tidak bertolak-tolak.
- Mematuhi peraturan semasa di dalam bas
c) Pergi dan balik dengan menaiki basikal.
- Murid dinasihatkan memahirkan diri menggunakan basikal sebelum
menunggang basikal ke sekolah.
33
- Murid-murid diminta memakai pakaian yang boleh memantulkan
Cahaya ( vest keselamatan).
- Murid dikehendaki memastikan basikal sentiasa dalam keadaan baik.
- Murid-murid dilarang mengayuh terlalu laju.
- Murid-murid dilarang bersaing atau bergandingan.
- Apabila sampai ke sekolah murid diminta berhenti dan turun di laluan
yang disediakan.
- Murid-murid dikehendaki menolak basikal mereka ke tempat meletak
basikal yang disediakan.
- Di waktu balik dari sekolah murid dikehendaki menolak basikal mengikut
lorong basikal yang disediakan hingga ke pintu pagar sekolah.
- Selepas pintu pagar sekolah, murid dibenarkan menunggang basikal
dengan cermat balik ke rumah.
d) Pergi dan balik dengan menaiki motosikal.
- Pastikan motosikal dalam keadaan baik dan sempurna.
- Murid-murid tidak dibenarkan menunggang motosikal ke sekolah.
- Murid-murid yang dihantar oleh ibubapa dengan motosikal dikehendaki
memakai topi keledar.
- Apabila sampai ke sekolah murid-murid dikehendaki turun di pintu
pagar yang dikhaskan untuk pejalan kaki.
- Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana
disebutkan di atas.
- Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat
menunggu sehingga motorsikal ibubapa / penjaga mereka sampai.
- Sekiranya berlaku kemalangan, anda dikehendaki memohon bantuan
orang terdekat dan laporkan segera kepada guru atau guru bertugas
atau pihak pentadbir.
e) Pergi dan balik menggunakan kereta atau van.
- Murid dikehendaki memastikan pintu kereta ditutup dengan sempurna
sebelum kereta bergerak.
- Gunakan talipinggang keledar.
- Anda dilarang bergurau atau bermain semasa kenderaan bergerak.
- Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik
kenderaan.
- Apabila sampai ke sekolah murid-murid diminta turun di pintu pagar
yang dikhaskan untuk pejalan kaki.
- Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana
disebutkan di atas.
- Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat
menunggu sehingga kereta ibubapa / penjaga mereka sampai.
Keselamatan di taman permainan
34
Taman permainan dan aktiviti luar semangnya suatu perkara yang menyeronokkan
serta boleh dikatakan sebagai aktiviti bersenam tidak formal untuk kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, taman permainan kanak-kanak juga boleh menyebabkan
bahaya dan risiko kecederaan sekiranya keselamatan tidak diberikan perhatian.
Peralatan di taman permainan yang rosak, tidak berkualiti, permukaan lantai yang
tidak rata atau yang tidak sesuai, perbuatan atau kelakuan yang tidak patut akan
mengundang kecederaan atau kemalangan kepada kanak-kanak. Kebanyakan
kecederaan ini boleh dielakkan sekiranya ibu-bapa memberikan perhatian dan
mengawasi anak-anak mereka ketika bermain. Berikut adalah beberapa panduan
untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan di taman permainan.
Pengawasan ibu bapa.
Ibu bapa atau orang dewasa yang menemani kanak-kanak di taman permainan
hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan alat permainan
yang ingin dimain oleh kanak-kanak tersebut dalam keadaaan yang sempurna dan
selamat. Mereke juga harus memastikan sama ada peralatan tersebut adalah sesuai
mengikut umur kanak-kanak itu. Ibu bapa dan orang dewasa harus menasihatkan
kanak- kanak tersebut supaya bermain dengan cara yang betul dan tidak
menyalahgunakan alat permainan atau bermain dengan cara yang berbahaya.
Mereka harus sedar bahawa kanak-kanak tidak dapat mengagak jarak dengan betul
kerana penglihatan mereka tidak sebaik penglihatan dewasa. Kanak–kanak tidak
dapat melihat bahaya yang disebabkan oleh sesuatu aktiviti yang mereka
lakukan.Oleh itu , adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan keselamatan
anak- anak mereka.
Contoh kemalangan yang boleh berlaku di taman permainan sekiranya taman
permainan tersebut dibina tidak mengikut standard keselamatan yang ditetapkan.
Pengawasan ibu bapa juga adalah perlu untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
Rekabentuk yang selamat di taman permainan.
Faktor yang paling penting dalam menilai keselamatan di taman permainan adalah
permukaan lantai yang selamat dan sesuai untuk jenis aktiviti, luas tempat bermain,
pemeriksaan peralatan dan penyelenggaraan yang berterusan oleh pihak berkuasa.
Permukaan lantai.
Permukaan lantai di bawah alat permainan seperti gelongsor di taman haruslah
35
lembut dan tebal supaya apabila kanak-kanak tersebut jatuh, permukaan tersebut
dapat menahan impak tersebut dan mengurangkan kecederaan pada kanak-kanak.
Permukaan lantai seperti konkrit dan tar arang batu yang dicampur dengan pasir
adalah tidak sesuai. Permukaan lantai untuk bermain haruslah bebas daripada
takungan air, batu, atau akar pokok kerana ia boleh menyebabkan kanak- anak
tersebut terpijak dan terjatuh.
Ibu bapa dan orang dewasa juga harus memastikan bahawa permukaan tersebut
bebas daripada serpihan-serpihan berbahaya seperti kaca atau cebisan aluminum
yang boleh memotong kulit kanak- kanak. Kepngan getah atau tikar yang dibuat dari
getah sesuai dijadikan sebagai permukaan lantai kerana ia adalah selamat dan juga
amat sesuai digunakan oleh orang yang berkerusi roda. Permukaan pasir juga amat
sesuai untuk kanak–kanak bermain kerana ia tidak akan menyebabkan kecederaan
dan tahan impak.
Kawasan dan keluasan tempat bermain
Kawasan permainan untuk kanak-kanak haruslah tidak padat dan mempunyai
keluasan yang sesuai.Sebagai contoh, tempat bermain seperti buaian haruslah
diletakkan di tempat yang berasingan dan mempunyai keluasan yang cukup supaya
buaian tersebut tidak melanggar kanak-kanak lain yang sedang bermain. Peralatan
bermain seperti jongkang-jongkit mempunyai kawasan kecil dan sempit dan boleh
menyebabkan kecederaan sekiranya kanak- kanak meletakkan tangan atau kaki dan
sekiranya tersepit di celah-celah, ia boleh mengundang bahaya.
Contoh illustrasi yang diambil dari Malaysian Standard MS 966: PART 2: 2001yang
menetapkan ukuran dan berat yang sesuai untuk buaian di taman permainan.
Pemeriksaan dan penyelenggaraan oleh pihak berkuasa dan pembuat.
Pihak pembuat/pengilang harus memberikan maklumat yang lengkap mengenai cara
penyelengaraan kepada oihak berkuasa. Menurut Standard Malaysia MS 966: PART
2 : 2001, pihak tersebut harus menyatakan setiap langkah yang jelas dengan
gambar sekiranya perlu untuk memudahkan proses penyelenggaraan. Setiap jenis
permainan mempunyai tempoh penyelengaraan yang berbeza. Pihak berkuasa yang
bertanggungjawab dalam pemeriksaan dan penyelenggaraan memainkan peranan
penting dalam memastikan peralatan bermain di taman permainan adalah selamat
dan berkualiti.
Peralatan yang longgar, patah atau rosak haruslah dikeluarkan dengan serta-merta
daripada taman permainan. Bahagian yang diperbuat daripada kayu haruslah
36
dipastikan teguh dan tidak reput. Peralatan yang diperbuat daripada besi tidak harus
berada dalan keadaan yang berkarat. Pagar atau tembok harus dibina di sekeliling
taman permainan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada berlari ke jalan raya.
Permukaan lantai haruslah sentiasa dipastikan supaya berada dalam keadaan yang
selamat dan tidak pecah atau retak.Taman permainan haruslah sentiasa berada
dalam keadaan bersih dan tidak dicemari oleh sampah sarap.
Perlabelan
Pembuat/ pengilang alat permainan di taman permainan hendaklah melabel alat-alat
tersebut dengan butiran-butiran berikut:
1. Nama dan alamat pengilang/ pembuat yang berdaftar
2. Label atau tanda pengilang/pembuat
3. Had untuk berat
4. Tahun permainan dihasilkan
5. Nombor dan tarikh MS 966: PART 2 : 2001
Keselamatan dan kebersihan taman permainan adalah tanggungjawab semua pihak
termasuk ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa harus menasihati anak-
anak mereka supaya menjaga keselamatan, cara bermain yang selamat dan juga
mengajar mereka supaya menjaga kebersihan taman permainan, Kanak–kanak
yang diajar daripada kecil juga akan menjadi pengguna yang lebih
bertanggungjawab dan perkara negatif seperti vandalisme di taman permainan dan
kawasan lain dapat dielakkan.
37
PENUTUP
Kita perlu tahu memilih aktiviti dan rakan yang baik serta bahan
yang kita ambil. Dengan cara ini, kita dapatmengelak daripada terlibat
dengan perbuatan menyalahgunakan bahan. Kita mesti sedar tentang
fungsi sebenar kesemua bahan ini.Begitu juga dengan akibatnya jika
bahan ini disalahgunakan. Sekiranya kita ada kesedaran, keberanian,
dan perasaan sayang akan diri, kita dapat membebaskan diri kita
daripada amalan yang merugikan ini.
Keselamatan diri kita akan lebih terjamin sekiranya kita sentiasa
berhati-hati. Kita mestilah selalu mengamalkan semua langkah
keselamatan walaupun di mana jua kita berada.Ini dapat mengelakkan
diri kita daripada ditimpa musibah.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangannooraini kasturi
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)FernyelizaStephen
 
Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah Belalang Chizu
 
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5MOHD AFIQ
 
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKITContoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT010907
 
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiahnurul bazilah
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrsNor Ainee
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 
Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelasWan Ikram
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Junidah Sukiman
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawakdigitalsejarah
 
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptxMOHDFAIRUZBINALIKPMG
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxnsmm
 

La actualidad más candente (20)

Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah Kesan Penyalahgunaan Dadah
Kesan Penyalahgunaan Dadah
 
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5
 
Pengenalan dadah
Pengenalan dadahPengenalan dadah
Pengenalan dadah
 
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKITContoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT
 
KSSM PENDIDIKAN KHAS
KSSM PENDIDIKAN KHAS KSSM PENDIDIKAN KHAS
KSSM PENDIDIKAN KHAS
 
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Ulasan guru kelas
Ulasan guru kelasUlasan guru kelas
Ulasan guru kelas
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawak
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Bendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysiaBendera negeri negeri di malaysia
Bendera negeri negeri di malaysia
 
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
 

Destacado

Kertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrapKertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrapSaidah Bahrin
 
Makanan seimbang
Makanan seimbangMakanan seimbang
Makanan seimbangSchool
 
Skim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti DadahSkim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti Dadah2iswara14
 
Tugasan anti dadah
Tugasan anti dadahTugasan anti dadah
Tugasan anti dadahRosman Jidin
 
Bahan ppda
Bahan ppdaBahan ppda
Bahan ppdaNur Ain
 
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.Ummu Nabil
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohGinny Gouri
 
Hari anti dadah
Hari anti dadahHari anti dadah
Hari anti dadahIzan Wahab
 
Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103Inbmy
 
Penyakit Berjangkit
Penyakit BerjangkitPenyakit Berjangkit
Penyakit BerjangkitPuvanasri
 
Kertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahKertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahJojo Ern
 
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)Razah Dollah
 
Dst tahun 3 kenali haiwan
Dst tahun 3 kenali haiwanDst tahun 3 kenali haiwan
Dst tahun 3 kenali haiwanAzhar Yaacob
 
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit BerjangkitKonsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit BerjangkitMuhammad Nasrullah
 

Destacado (20)

Kertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrapKertas kerja buku skrap
Kertas kerja buku skrap
 
CARA MEMBUAT BUKU SKRAP
CARA MEMBUAT BUKU SKRAPCARA MEMBUAT BUKU SKRAP
CARA MEMBUAT BUKU SKRAP
 
Buku skrap anti dadah
Buku skrap anti dadahBuku skrap anti dadah
Buku skrap anti dadah
 
Makanan seimbang
Makanan seimbangMakanan seimbang
Makanan seimbang
 
Dadah
DadahDadah
Dadah
 
Skim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti DadahSkim Lencana Anti Dadah
Skim Lencana Anti Dadah
 
Dadah
DadahDadah
Dadah
 
Dadah musuh negara
Dadah musuh negaraDadah musuh negara
Dadah musuh negara
 
Tugasan anti dadah
Tugasan anti dadahTugasan anti dadah
Tugasan anti dadah
 
Apa itu dadah?
Apa itu dadah?Apa itu dadah?
Apa itu dadah?
 
Bahan ppda
Bahan ppdaBahan ppda
Bahan ppda
 
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
tanda,punca & cara mencegah penyakit berjangkit.
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
 
Hari anti dadah
Hari anti dadahHari anti dadah
Hari anti dadah
 
Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103
 
Penyakit Berjangkit
Penyakit BerjangkitPenyakit Berjangkit
Penyakit Berjangkit
 
Kertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadahKertas kerja program anti dadah
Kertas kerja program anti dadah
 
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
 
Dst tahun 3 kenali haiwan
Dst tahun 3 kenali haiwanDst tahun 3 kenali haiwan
Dst tahun 3 kenali haiwan
 
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit BerjangkitKonsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
Konsep Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit
 

Similar a DADAH DAN PENAGIHAN (20)

Kokain
KokainKokain
Kokain
 
PPT KELOMPOK 8.pptx
PPT KELOMPOK 8.pptxPPT KELOMPOK 8.pptx
PPT KELOMPOK 8.pptx
 
NAPZA
NAPZANAPZA
NAPZA
 
Napza
NapzaNapza
Napza
 
Narkoba dan Bahayanya
Narkoba dan BahayanyaNarkoba dan Bahayanya
Narkoba dan Bahayanya
 
Makalah tentang narkotika
Makalah tentang narkotikaMakalah tentang narkotika
Makalah tentang narkotika
 
Makalah narkoba
Makalah narkobaMakalah narkoba
Makalah narkoba
 
Makalah narkoba
Makalah narkobaMakalah narkoba
Makalah narkoba
 
Narkoba
NarkobaNarkoba
Narkoba
 
Pengertian zat adiktif dan psikotropika `````````````````````
Pengertian zat adiktif dan psikotropika `````````````````````Pengertian zat adiktif dan psikotropika `````````````````````
Pengertian zat adiktif dan psikotropika `````````````````````
 
Jenis Jenis Napza
Jenis Jenis NapzaJenis Jenis Napza
Jenis Jenis Napza
 
Makalah bahasa narkoba (2)
Makalah bahasa narkoba (2)Makalah bahasa narkoba (2)
Makalah bahasa narkoba (2)
 
Materi NARKOBA dari BNK Kota Semarang
Materi NARKOBA dari BNK Kota SemarangMateri NARKOBA dari BNK Kota Semarang
Materi NARKOBA dari BNK Kota Semarang
 
Makalah bahasa narkoba
Makalah bahasa narkobaMakalah bahasa narkoba
Makalah bahasa narkoba
 
Bahan program cuma lima minit (1)
Bahan program cuma lima minit (1)Bahan program cuma lima minit (1)
Bahan program cuma lima minit (1)
 
Materi narkoba
Materi narkobaMateri narkoba
Materi narkoba
 
142621342 dampak-narkoba-pada-remaja-ppt
142621342 dampak-narkoba-pada-remaja-ppt142621342 dampak-narkoba-pada-remaja-ppt
142621342 dampak-narkoba-pada-remaja-ppt
 
Makalah bahaya narkoba
Makalah bahaya narkobaMakalah bahaya narkoba
Makalah bahaya narkoba
 
Makalah bahaya narkoba
Makalah bahaya narkobaMakalah bahaya narkoba
Makalah bahaya narkoba
 
Makalah bahaya narkoba
Makalah bahaya narkobaMakalah bahaya narkoba
Makalah bahaya narkoba
 

Más de Arbaanis Shamsuddin (10)

Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
Cover buku skrap kt
Cover buku skrap ktCover buku skrap kt
Cover buku skrap kt
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Konsep strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-1221097991689756-9
Konsep strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-1221097991689756-9Konsep strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-1221097991689756-9
Konsep strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-1221097991689756-9
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 

DADAH DAN PENAGIHAN

  • 1. 1 BIODATA DIRI NAMA : NUR FARRAH IRDINA BT ABDUL MANAN KELAS : 5 GEMILANG UMUR : 11 TAHUN HOBI : MEMBACA BUKU CITA – CITA : DOKTOR MAKANAN KEGEMARAN : NASI LEMAK MINUMAN KEGEMARAN : JUS TEMBIKAI TARIKH LAHIR : 7 JULAI 2002 TEMPAT LAHIR : HOSPITAL KAJANG WARNA KEGEMARAN : UNGGU ALAMAT RUMAH : B2-202 APARTMEN INANG, TAMAN IMPIAN EHSAN 3, 43300 BALAKONG, SELANGOR
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN 3 PENDAHULUAN 4 DADAH DAN CIRI-CIRINYA 5 JENIS-JENIS DADAH6 - 15 SEBAB-SEBAB SEORANG MENGAMBIL DADAH 16 AKIBAT PENAGIHAN DADAH 17 - 18
  • 3. 3 UNDANG-UNDANG DADAH MALAYSIA 19 LAMPIRAN 20 -21 KESELAMATAN PERSEKITARAN 22 –35 PENUTUP 36 PENGHARGAAN BERSYUKUR SAYA KEPADA ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPATLAH JUGA AKHIRNYA SAYA MENYIAPKAN TUGASAN MENGHASILKAN BUKU SKRAP INI. DIKESEMPATAN INI SAYA MENGAMBIL
  • 4. 4 PELUANG UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGAKEPADA GURU ,IBU BAPA DAN KAWAN –KAWAN KERANA TELAH MEMBERI BANYAK DORONGAN DAN BANTUAN KEPADA SAYA UNTUKMENYIAPKAN BUKU SKRAP PENDIDIKAN JASMANI INI. PENDAHULUAN Pengenalan Dadah Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis
  • 5. 5 dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara.Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda.Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna". Dadah dan Ciri-cirinya Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang Diperoleh secara haram
  • 6. 6 Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang Jenis-jenis Dadah
  • 7. 7 Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut : Opiat dan Opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubat dan bahan-bahan yang disalahguna pokok popi OPIAT Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin : Candu
  • 8. 8 Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang.Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman.Ia mempunyai bau yang kuat, menanjal (elastic) apaila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara. Morfin Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. Morfin Mentah Bentuk blok/serbuk Bertanda „999‟ Mengandungi 70% - 90% morfin Juga dikenali sebagai Heroin No. 1 Bes Morfin Seperti serbuk kopi halus Mengandungi 60% - 70% morfin Pil-pil Morfin Mengandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid Pil kecil berwarna putih/coklat pucat Heroin Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia.Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin.Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Kodein Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu.Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada
  • 9. 9 morfin.Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk. Opiat Sintetik Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti „methadone‟, „pethidine‟, dipipanone‟ dan „dextropropoxyphene‟. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiate dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini „methadone‟ digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita. STIMULAN Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.Terdapat dua jenis stimulant iaitu jenis amfetamin atau „Amphetamine-type- stimulants (ATS)‟ dan kokain. Amfetamin Amfetamin adalah stimulant sintetik buatan manusia.Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy Methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya. Methamphetamine
  • 10. 10 “Methamphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulant.Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.Contoh “methamphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu.Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan. Kokain Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergununga Andes, Amerika Selatan. Daun koka banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah. Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granules”, “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat. MDMA “Methaylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda. Ganja/Kanabis
  • 11. 11 Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama. Kanabis Herba Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok „genus kanabis‟ yang dikeringkan dalam bentuk ketulan.Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan. Hashish Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam. Minyak Hashish Minyak hashish daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut.Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
  • 12. 12 Halusinogen Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria.Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan “hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat. Depresen Ubat Depresen Barbiturates Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”.Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh. Tranquilizer
  • 13. 13 Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5”, “rohypnol” dan “valium”. “Erimin-5” sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.Penagih heroin juga menganggap “erimin-5” sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.“Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahajasebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol. Alkohol Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alcohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut. GHB “Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB tidak pernah diiktirafkan sebagai ubat da dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drug” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
  • 14. 14 Ketamin Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan dengan cara “smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius. Ubat –ubat dan Bahan Yang Disalahguna Steroid Steroid sejenis ubat yang merupakan hormone testoren sintetik.Steroid digunakan oleh doctor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal.Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati. Inhalan Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yang kekal (gila) dalam masa yang singkat. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Kini kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal Akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
  • 15. 15 Daun Ketum Daun ketum atau “species mytrangynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin.Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yang lebih kuat kepada peminumnya.Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952.Dengan itu pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003. Ubat-ubatan Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.
  • 16. 16 Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :- Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut. Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya. Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  • 17. 17 Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah. Masalah dan tekanan rumah tangga Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak. Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar. Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru. Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama. Akibat Penagihan Dadah Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :- kesan kepada penagih kesan kepada keluarga kesan kepada masyarakat kesan kepada Negara 1. Kesan Kepada Penagih Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan. Pitam, pengsan, & berperasaan ganas Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut 2. Kesan Kepada Keluarga
  • 18. 18 Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Rumah tangga menjadi porak peranda. Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka 3. Kesan Kepada Masyarakat Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah 4. Kesan Kepada Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah : Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi. Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya. Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia. Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah : Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
  • 19. 19 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah. Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga. Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga. Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan Undang-undang Dadah Malaysia Akta Dadah Berbahaya 1952 Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam
  • 20. 20 komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan. LAMPIRAN
  • 23. 23 Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa. Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti : Lemas. Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang. Terkena renjatan elektrik. Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu. Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir. Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa. Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah. Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir. Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan? Sentiasa minum air yang telah dimasak. Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman.
  • 24. 24 Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah. Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling : - Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas. - Guna tandas yang sempurna . - Buang sampah di tempat yang betul . Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor. Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah- muntah. Persediaan Sebelum Banjir Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. Pastikan di mana kedudukan Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah. Pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik walaupun di dalam musim hujan. Sebelum Banjir – Tanda-Tanda Awal Telah Dikesan Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu. Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah. Semasa Banjir – Semasa Pemindahan Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. Ikut laluan yang ditentukan, yang berkemungkinan laluan singkat mungkin terhalang. Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  • 25. 25 Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat. Semasa Banjir – Di Dalam Rumah Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu. Bersedia dengan peralatan kecemasan. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan. Semasa Banjir – Di Luar Rumah Pergi ke tempat tinggi dan selamat. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong. Jangan minum air banjir. Selepas Banjir Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar- benar selamat. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak- kanak atau golongan istimewa). Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mungkin tidak selamat. Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, anda perlu berhati- hati kerana banyak bahaya yang tersembunyi. Selepas Banjir – Semasa Memasuki Bangunan Sentiasa pakai kasut. Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh. Selepas Banjir – Periksa Ancaman Bahaya Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • 26. 26 Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya). Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa. Buat laporan kepada JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan. TIPS KESELAMATAN DALAM AIR •Belajar renang. Untuk memastikan keselamatan di persekitaran air, dan di dalam air adalah dengan belajar renang. Pastikan tidak berenang berseorangan, digalakkan membawa pasangan renang. •Berenang dalam kawasan penyeliaan penyelamat renang [Lifeguard]. •Baca dan patuhi semua peraturan dan papan tanda renang. •Kanak-kanak atau perenang tidak berpengalaman wajar mengambil langkah- langkah berjaga-jaga seperti memakai pelampung keselamatan ketika dipersekitaran air. •Awasi bahaya „terlalu‟ – terlalu penat, terlalu sejuk, terlalu terdedah kepada matahari, terlalu banyak aktiviti berat. •Tetapkan peraturan keselamatan air bagi seluruh ahli keluarga berdasarkan kemampuan renang [contohnya : perenang tidak berpengalaman harus berada hanya pada air paras dada] •Berpengetahuan terhadap persekitaran air di sekelilinganda, juga potensinya kepada bencana, seperti kawasan dalam dan cetek,arus, perubahan kedalaman, halangan, kedudukan laluan masuk dan keluar. Anda akan lebih berjaga-jaga terhadap bencana dan langkah keselamatan sekiranya anda berinformasi. •Perhatikan keadaan cuaca dan ramalan cuaca. Berhenti berenang jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk. •Gunakan tangga ke kolam renang untuk memasuki air. •Kaedah „headfirst‟ digunakan apabila kawasan yang di tandakan untuk diving dan tidak mempunyai halangan. •Pelajari CPR dan galakkan pengasuh bayi, golongan tua dan selainnya yang terlibat untuk mempelajari CPR. •Jangan mengambil alkohol sekiranya ingin berenang, menyelam atau mengendalikan bot. Alkohol menjejaskan pertimbangan, kestabilan dan koordinasi, menjejaskan kemahiran renang dan menyelam, juga mengurangkan keupayaan badan untuk kekal pada suhu sesuai. •Ketahui bagaimana untuk mencegah, mengenalpasti dan bertindak ketika kecemasan. LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:
  • 27. 27 1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan. 2. Ikut had laju yang ditentukan. 3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. 4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning. 5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius. 6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragakagak. 7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna. 8. Elakkan mencelah di antara kenderaan. 9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan. 10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk. 11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak. 12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu. 13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan. 14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja) 15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas . 16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya. 17. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk
  • 28. 28 atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda. 18. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. 19. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. 20. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. 21. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius. 22. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak. 23. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna. 24. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
  • 29. 29 Langkah-langkah Untuk Mencegah Dan Terselamat Kebakaran Harta
  • 30. 30 Untuk terselamat dari kebakaran, anda mesti bersedia untuk bertindakbalas dengan cepat. Jangan cuba menyelamatkan apa-apa barang kepunyaan anda semasa kebakaran. Adalah menjadi idea yang yang baik untuk mempunyai satu polisi insuran kebakaran dan pastikan bahawa barang-barang berharga anda disimpan didalam peti simpanan deposit bank. Gril (Besi Pengadang) Pasang gril (pengadang besi) yang berciri ramah pengguna, yang mana boleh dibuka daripada dalam.Terdapat beberapa kes di mana ahli bomba tidak dapat bertindak dengan segera untuk membantu mangsa hanya kerana besi pengadang tidak dapat dibuka dan menjadi perangkap maut. Pastikan anda memasang besi pengadang yang ramah pengguna di rumah anda. Mancis / Bahan-Bahan Bakar Jangan tinggalkan kotak mancis, batang mancis, pemetik api, lilin dan lingkaran ubat nyamuk tanpa penyeliaan atau terbiar di merata-rata tempat. Kanak-kanak boleh bermain dengan benda-benda tersebut tanpa menyedari bahayanya. Simpan semua mancis dan pemetik api ditempat tinggi (lebih tinggi dari ketinggian bahu orang dewasa, jauh dari jangkauan kanak-kanak, dan lebih baik lagi kalau ia disimpan di dalam laci yang berkunci. Kunci Pastikan semua kunci-kunci pintu keselamatan dirumah anda diletakkan ditempat yang mudah dicapai dan dilabel dengan terang pada setiap masa. Pintu Kecemasan Kebakaran Jangan kunci atau halang pintu kecemasan kebakaran, muka pintu, laluan keluar atau tangga. Rancangkan jalan keluar api anda dan jamin bahawa setiap orang di dalam keluarga anda tahu sekurang-kurangnya dua terlepas dari perjalanan (termasuk tingkap) Dan biasa dengan semua jalan keluar daripada bangunan anda. Bahan-Bahan Yang Boleh Terbakar Dan Mudah Terbakar Jangan simpan akhbar lama atau bahan mudah terbakar lain di bawah tangga. Buangkannya selalu. Asap Dalam kebanyakan kejadian kebakaran, mangsa mati dalam masa seminit kerana menyedut asap kebakaran. Elak daripada menyedut asap tersebut, sentiasa rendahkan diri ke lantai dan merangkak keluar dengan selamat. Kesaratan Elektrik Jangan terlebih guna elektrik pada setiap poin elektrik.Pastikan adapter elektrik yang digunakan mendapat kelulusan dari SIRIM dan keluarkannya dari plak elektrik bila tidak digunakan. Puntung Rokok Kelalaian semasa menggunakan bahan-bahan merokok merupakan penyebab utama terjadinya kecelakaan kebakaran rumah.Jangan merokok di atas katil atau ketika anda sedang pening, mabuk, atau selepas makan ubat.Jangan biarkan
  • 31. 31 tempat abu rokok menjadi begitu penuh hinggakan abu rokok panas mungkin boleh terkeluar.Tekan atau basahkan puntung rokok sebelum membuangnya ke dalam bakul sampah. Tangga kecemasan Gunakan tangga semasa kebakaran, elak dari menggunakan lif. Jangan biarkan tangga berselerak dengan benda-benda lain. Pintu kecemasan kebakaran bukan sahaja menyediakan laluan keluar ketika kebakaran tetapi ia juga mengelakkan api dan asap dari merebak dengan cepat. Tangki Gas LPG Pastikan kesemua tiub gas diselenggara pada setiap tempoh masa yang tertentu.Periksa sebarang kebocoran.Dan jangan letakkan apa-apa pun benda yang panas diatas tangki gas tersebut. Pengesan Asap Pengesan asap akan dapat mengesan asap pada peringkat permulaan sesuatu kebakaran. Ia memberitahu anda sekiranya terdapat kebakaran yang sedang marak, walau di bilik yang jauh, dan ia memberi anda masa untuk menyelamatkan diri. Penggera ini lebih berguna pada waktu malam terutamanya ketika semua orang sedang tidur. Selimut basah Jika berlaku kebakaran, ambil selimut atau tuala, basahkannya dan balutkannya disekeliling badan anda. Tetapkan badan pada kedudukan yang rendah bagi mengelakkan tersedut asap dan keluar dengan segera. Alat Pemadam Kebakaran Boleh menyelamatkan nyawa dan harta-benda.Ia boleh mengawal dan memadamkan api pada peringkat permulaan sementara menunggu bomba datang. Simpan satu di rumah anda. Keselamatan di sekolah a) Pergi dan balik dengan berjalan kaki. 1- Melintas Jalan. - Murid dikehendaki berjalan kaki hingga berada dihadapan sekolah. - Murid dikehendaki mengikut arahan pekerja sekolah yang mengawal lalulintas di waktu pergi dan balik sekolah. - Murid dikehendaki berdiri di atas kaki lima atau bahu jalan ketika hendak melintas. - Undur dua langkah ke belakang apabila anda melihat kenderaan besar. - Tunggu sehingga pekerja lalulintas memberi arahan kepada kenderaan supaya berhenti. - Tunggu arahan daripada pekerja lalulintas. - Lihat kanan, kiri dan kanan semula.
  • 32. 32 - Melintas apabila menerima arahan daripada pekerja lalulintas dan apabila sudah pasti kenderaan sudah berhenti. 2- Berjalan kaki di dalam kawasan sekolah. - Murid dikehendaki menggunakan lorong pejalan kaki yang disediakan. - Murid dikehendaki berhenti di lintasan pejalan kaki ( zebra ) - Lihat kanan, kiri dan kanan semula. - Melintas apabila sudah pasti tidak ada kenderaan atau kenderaan sudah berhenti. 3- Berjalan kaki di waktu hujan. - Murid dikehendaki memakai baju hujan. - Jika memakai payung anda mesti memegang dengan betul supaya tidak menghalang pandangan hadapan. - Murid dikehendaki berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin. - Sekiranya hujan terlalu lebat, murid di minta menumpang teduh di tempat Selamat seperti pondok menunggu bas atau lain-lain bangunan. Jangan berteduh di bawah pokok. - Murid dikehendaki tidak menggunakan payung ketika hujan ribut dan angin kencang. - Murid dikehendaki tidak bermain-main di dalam hujan. 4- Berjalan kaki di tempat sunyi dan semak. - Murid dikehendaki berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang - Murid digalakkan mempunyai pengetahuan seni mempertahankan diri. - Sekiranya berlaku kecemasan, anda jangan panik. Menjerit meminta tolong, cuba pertahankan diri atau lari menyelamatkan diri. - Laporkan kejadian tersebut kepada guru dengan segera untuk tindakan seterusnya. b) Pergi dan balik dengan menaiki bas. - Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik kenderaan. - Beratur semasa menaiki bas dan tidak bertolak-tolak. - Mematuhi peraturan semasa di dalam bas c) Pergi dan balik dengan menaiki basikal. - Murid dinasihatkan memahirkan diri menggunakan basikal sebelum menunggang basikal ke sekolah.
  • 33. 33 - Murid-murid diminta memakai pakaian yang boleh memantulkan Cahaya ( vest keselamatan). - Murid dikehendaki memastikan basikal sentiasa dalam keadaan baik. - Murid-murid dilarang mengayuh terlalu laju. - Murid-murid dilarang bersaing atau bergandingan. - Apabila sampai ke sekolah murid diminta berhenti dan turun di laluan yang disediakan. - Murid-murid dikehendaki menolak basikal mereka ke tempat meletak basikal yang disediakan. - Di waktu balik dari sekolah murid dikehendaki menolak basikal mengikut lorong basikal yang disediakan hingga ke pintu pagar sekolah. - Selepas pintu pagar sekolah, murid dibenarkan menunggang basikal dengan cermat balik ke rumah. d) Pergi dan balik dengan menaiki motosikal. - Pastikan motosikal dalam keadaan baik dan sempurna. - Murid-murid tidak dibenarkan menunggang motosikal ke sekolah. - Murid-murid yang dihantar oleh ibubapa dengan motosikal dikehendaki memakai topi keledar. - Apabila sampai ke sekolah murid-murid dikehendaki turun di pintu pagar yang dikhaskan untuk pejalan kaki. - Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana disebutkan di atas. - Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat menunggu sehingga motorsikal ibubapa / penjaga mereka sampai. - Sekiranya berlaku kemalangan, anda dikehendaki memohon bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada guru atau guru bertugas atau pihak pentadbir. e) Pergi dan balik menggunakan kereta atau van. - Murid dikehendaki memastikan pintu kereta ditutup dengan sempurna sebelum kereta bergerak. - Gunakan talipinggang keledar. - Anda dilarang bergurau atau bermain semasa kenderaan bergerak. - Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik kenderaan. - Apabila sampai ke sekolah murid-murid diminta turun di pintu pagar yang dikhaskan untuk pejalan kaki. - Murid dikehendaki mengikuti tatacara pejalan kaki sebagaimana disebutkan di atas. - Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat menunggu sehingga kereta ibubapa / penjaga mereka sampai. Keselamatan di taman permainan
  • 34. 34 Taman permainan dan aktiviti luar semangnya suatu perkara yang menyeronokkan serta boleh dikatakan sebagai aktiviti bersenam tidak formal untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, taman permainan kanak-kanak juga boleh menyebabkan bahaya dan risiko kecederaan sekiranya keselamatan tidak diberikan perhatian. Peralatan di taman permainan yang rosak, tidak berkualiti, permukaan lantai yang tidak rata atau yang tidak sesuai, perbuatan atau kelakuan yang tidak patut akan mengundang kecederaan atau kemalangan kepada kanak-kanak. Kebanyakan kecederaan ini boleh dielakkan sekiranya ibu-bapa memberikan perhatian dan mengawasi anak-anak mereka ketika bermain. Berikut adalah beberapa panduan untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan di taman permainan. Pengawasan ibu bapa. Ibu bapa atau orang dewasa yang menemani kanak-kanak di taman permainan hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan alat permainan yang ingin dimain oleh kanak-kanak tersebut dalam keadaaan yang sempurna dan selamat. Mereke juga harus memastikan sama ada peralatan tersebut adalah sesuai mengikut umur kanak-kanak itu. Ibu bapa dan orang dewasa harus menasihatkan kanak- kanak tersebut supaya bermain dengan cara yang betul dan tidak menyalahgunakan alat permainan atau bermain dengan cara yang berbahaya. Mereka harus sedar bahawa kanak-kanak tidak dapat mengagak jarak dengan betul kerana penglihatan mereka tidak sebaik penglihatan dewasa. Kanak–kanak tidak dapat melihat bahaya yang disebabkan oleh sesuatu aktiviti yang mereka lakukan.Oleh itu , adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak- anak mereka. Contoh kemalangan yang boleh berlaku di taman permainan sekiranya taman permainan tersebut dibina tidak mengikut standard keselamatan yang ditetapkan. Pengawasan ibu bapa juga adalah perlu untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Rekabentuk yang selamat di taman permainan. Faktor yang paling penting dalam menilai keselamatan di taman permainan adalah permukaan lantai yang selamat dan sesuai untuk jenis aktiviti, luas tempat bermain, pemeriksaan peralatan dan penyelenggaraan yang berterusan oleh pihak berkuasa. Permukaan lantai. Permukaan lantai di bawah alat permainan seperti gelongsor di taman haruslah
  • 35. 35 lembut dan tebal supaya apabila kanak-kanak tersebut jatuh, permukaan tersebut dapat menahan impak tersebut dan mengurangkan kecederaan pada kanak-kanak. Permukaan lantai seperti konkrit dan tar arang batu yang dicampur dengan pasir adalah tidak sesuai. Permukaan lantai untuk bermain haruslah bebas daripada takungan air, batu, atau akar pokok kerana ia boleh menyebabkan kanak- anak tersebut terpijak dan terjatuh. Ibu bapa dan orang dewasa juga harus memastikan bahawa permukaan tersebut bebas daripada serpihan-serpihan berbahaya seperti kaca atau cebisan aluminum yang boleh memotong kulit kanak- kanak. Kepngan getah atau tikar yang dibuat dari getah sesuai dijadikan sebagai permukaan lantai kerana ia adalah selamat dan juga amat sesuai digunakan oleh orang yang berkerusi roda. Permukaan pasir juga amat sesuai untuk kanak–kanak bermain kerana ia tidak akan menyebabkan kecederaan dan tahan impak. Kawasan dan keluasan tempat bermain Kawasan permainan untuk kanak-kanak haruslah tidak padat dan mempunyai keluasan yang sesuai.Sebagai contoh, tempat bermain seperti buaian haruslah diletakkan di tempat yang berasingan dan mempunyai keluasan yang cukup supaya buaian tersebut tidak melanggar kanak-kanak lain yang sedang bermain. Peralatan bermain seperti jongkang-jongkit mempunyai kawasan kecil dan sempit dan boleh menyebabkan kecederaan sekiranya kanak- kanak meletakkan tangan atau kaki dan sekiranya tersepit di celah-celah, ia boleh mengundang bahaya. Contoh illustrasi yang diambil dari Malaysian Standard MS 966: PART 2: 2001yang menetapkan ukuran dan berat yang sesuai untuk buaian di taman permainan. Pemeriksaan dan penyelenggaraan oleh pihak berkuasa dan pembuat. Pihak pembuat/pengilang harus memberikan maklumat yang lengkap mengenai cara penyelengaraan kepada oihak berkuasa. Menurut Standard Malaysia MS 966: PART 2 : 2001, pihak tersebut harus menyatakan setiap langkah yang jelas dengan gambar sekiranya perlu untuk memudahkan proses penyelenggaraan. Setiap jenis permainan mempunyai tempoh penyelengaraan yang berbeza. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam pemeriksaan dan penyelenggaraan memainkan peranan penting dalam memastikan peralatan bermain di taman permainan adalah selamat dan berkualiti. Peralatan yang longgar, patah atau rosak haruslah dikeluarkan dengan serta-merta daripada taman permainan. Bahagian yang diperbuat daripada kayu haruslah
  • 36. 36 dipastikan teguh dan tidak reput. Peralatan yang diperbuat daripada besi tidak harus berada dalan keadaan yang berkarat. Pagar atau tembok harus dibina di sekeliling taman permainan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada berlari ke jalan raya. Permukaan lantai haruslah sentiasa dipastikan supaya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak pecah atau retak.Taman permainan haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan tidak dicemari oleh sampah sarap. Perlabelan Pembuat/ pengilang alat permainan di taman permainan hendaklah melabel alat-alat tersebut dengan butiran-butiran berikut: 1. Nama dan alamat pengilang/ pembuat yang berdaftar 2. Label atau tanda pengilang/pembuat 3. Had untuk berat 4. Tahun permainan dihasilkan 5. Nombor dan tarikh MS 966: PART 2 : 2001 Keselamatan dan kebersihan taman permainan adalah tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa harus menasihati anak- anak mereka supaya menjaga keselamatan, cara bermain yang selamat dan juga mengajar mereka supaya menjaga kebersihan taman permainan, Kanak–kanak yang diajar daripada kecil juga akan menjadi pengguna yang lebih bertanggungjawab dan perkara negatif seperti vandalisme di taman permainan dan kawasan lain dapat dielakkan.
  • 37. 37 PENUTUP Kita perlu tahu memilih aktiviti dan rakan yang baik serta bahan yang kita ambil. Dengan cara ini, kita dapatmengelak daripada terlibat dengan perbuatan menyalahgunakan bahan. Kita mesti sedar tentang fungsi sebenar kesemua bahan ini.Begitu juga dengan akibatnya jika bahan ini disalahgunakan. Sekiranya kita ada kesedaran, keberanian, dan perasaan sayang akan diri, kita dapat membebaskan diri kita daripada amalan yang merugikan ini. Keselamatan diri kita akan lebih terjamin sekiranya kita sentiasa berhati-hati. Kita mestilah selalu mengamalkan semua langkah keselamatan walaupun di mana jua kita berada.Ini dapat mengelakkan diri kita daripada ditimpa musibah.