SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 19
Descargar para leer sin conexión
Topik X Gimrama
        7
        HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1.    Menyatakan ciri-ciri sejarah gimrama;
   2.    Mengkategorikan jenis pertandingan dalam gimrama; dan
   3.    Menyenaraikan    alatan   yang   diperlukan   untuk   pertandingan
         gimrama.



X PENGENALAN
Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat
istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular
dalam kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran
yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik di samping
daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu
program kecergasan fizikal khususnya bagi pelajar-pelajar perempuan serta
kaum wanita pada semua peringkat umur.


 7.1      SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik. Gimrama telah
diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa
(FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas
lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan sama ada
menggunakan alatan atau tanpa alatan yang kecil pada tangan. Pergerakan
gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara
licin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan menyerupai
pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri
176 X     TOPIK 7   GIMRAMA



pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai
perkaitan yang rapat antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan,
penggunaan peralatan dan irama muzik (lihat Rajah 7.1 dan Rajah 7.2).




      Rajah 7.1: Pergerakan gimrama mesti dilakukan secara licin dan berterusan




                 Rajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan sama ada
                  dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan

Pergerakan asas gimrama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang
lalu di benua Eropah. Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan
gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan peraturan yang
piawai. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swiss,
TOPIK 7   GIMRAMA   W   177



iaitu Jacques Dalcroze. Beliau telah membuka dua buah maktab perguruan di
Switzerland dan Jerman. Beliau juga telah memperkenalkan latihan pergerakan
gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19.

Pada awal abad ke-20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman
yang memberi sumbangan yang besar dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881ă
1970) dan Hernrich Medau (1890ă1974) telah memulakan sekolah gimrama
mereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan perkaitan antara aktiviti
tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatan
bola, gelung dan belantan untuk sukan gimrama.

Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf
gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di
peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan
Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun
1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalendar tetap persatuan dengan
dipertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan
di peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European
Championship) dan Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship)
telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah dipertandingkan buat
pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.


 7.2      KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK
          MEMULAKAN GIMRAMA
Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas. Gimnas
biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf
oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung
dan belantan (lihat Rajah 7.3). Namun, bagi pertunjukan atau persembahan
gimnastik, peralatan-peralatan lain seperti skaf, bendera atau kayu boleh
digunakan. Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan peralatan adalah
mengikut pilihan.




            Rajah 7.3: Peralatan yang digunakan dalam sukan gimrama
178 X         TOPIK 7   GIMRAMA



Biasanya para gimnas akan memiliki peralatan mereka sendiri sebab mereka
akan merasa selesa menggunakan peralatan sendiri. Peralatan sendiri juga sesuai
dengan kehendak dan susuk tubuh gimnas dari segi saiz dan berat.


7.2.1         Tali
Tali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian peralatan mendaki
gunung dan juga di bahagian peralatan kapal. Tali yang digunakan oleh
kebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3 m
dan tebal 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas (Rujuk Rajah 7.4).
Gimnas yang lebih kecil fizikalnya boleh menggunakan tali yang berukuran 2 m
panjang dan tebal 6mm. Gimnas dibenarkan menggunakan pita pelekat
sepanjang 10 sm tetapi tidak dibenarkan menggunakan apa jua pemegang pada
hujung tali.

Spesifikasi Tali
Jadual 7.1 menerangkan spesifikasi tali.

                                Jadual 7.1: Spesifikasi Tali

Spesifikasi                                   Penerangan
Bahan          Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama.
Panjang        Mengikut tinggi gimnas, tali diukur apabila gimnas berdiri dengan
               memijak di tengah tali dan kedua-dua hujung tali diangkat ke aras ketiak
               gimnas.
Warna          Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.




 Rajah 7.4: Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas diperbuat daripada hem atau
                                        sintetik
TOPIK 7   GIMRAMA   W   179




                          Rajah 7.5: Ukuran panjang tali


7.2.2     Gelung
Gelung yang digunakan oleh gimnas boleh didapati di kedai sukan atau di kedai
permainan. Ia dibuat daripada plastik, rotan atau kayu biasa. Tinggi gelung yang
sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan di tepi gimnas.
Terdapat juga gimnas yang membalut gelung dengan pita pelekat berwarna-
warni. Balutan ini bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta
menambahkan berat gelung dan menjadikannya lebih menarik.




                            Rajah 7.5: Gelung berpita
180 X        TOPIK 7   GIMRAMA




         Rajah 7.6: Gelung berpita agak menarik jika disamakan dengan baju gimnas


7.2.3         Bola
Bola adalah salah satu disiplin wajib dalam gimrama. Bola yang digunakan
untuk gimrama adalah bola yang dibuat untuk gimrama dan mengikut
spesifikasi serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Namun
demikian, sekiranya bola tersebut tidak dapat disediakan bola sepak, bola jaring
atau bola getah saiz 4 boleh digunakan untuk berlatih kemahiran asas seperti
melantun dan menggolek. Bagi gimnas junior atau kanak-kanak, saiz bola yang
lebih kecil boleh digunakan.

Spesifikasi Bola
Jadual 7.2 di bawah menerangkan spesifikasi bola yang digunakan untuk
gimrama.

                                Jadual 7.2: Spesifikasi Bola

  Spesifikasi                                  Penerangan
 Bahan            Getah atau bahan sintetik dengan anjalan
 Garis pusat      18ă20 sm
 Berat            400 g minimum
 Warna            Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas
TOPIK 7   GIMRAMA       W   181




   Rajah 7.7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah mengikut spesifikasi serta
                    diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa


7.2.4      Belantan
Belantan boleh didapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk direka bentuk.
Dalam gimrama, acara belantan dianggap sebagai acara yang memerlukan
kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan biasanya
dikuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman.

Spesfikasi Belantan
Jadual 7.3 menerangkan spesifikasi belantan.

                            Jadual 7.3: Spesifikasi Belantan

 Spesifikasi                                 Penerangan
Bahan          Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat.
Panjang        40ă50 sm
Berat          150 g minimum bagi satu belantan
Bentuk         Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat
               pada tapak belantan sekurang-kurangnya 2 ó sm.
               Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis
               pusatnya tidak melebihi 3sm.
Warna          Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
182 X     TOPIK 7   GIMRAMA




     Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang
         memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dan latihan yang banyak


7.2.5     Reben
Kebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu ringan dan ia cepat
tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak pada bahagian tepinya. Kain yang
paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain
reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk menghasilkan corak
reben yang baik dan juga senang untuk dibaling.

Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas.
Bagi gimnas yang berpengalaman, mereka perlu menggunakan reben yang
berukuran 6m tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang berumur
12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan reben yang panjangnya
4 hingga 5 m. Reben tersebut disangkut pada bahagian hujung dengan kayu.
TOPIK 7       GIMRAMA    W    183




Spesifikasi Reben
Jadual 7.4 menerangkan spesifikasi reben.

                              Jadual 7.4: Spesifikasi Reben

Spesifikasi                                  Penerangan
Bahan         Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji.
Lebar         4ă6 sm
Panjang       Jumlah panjang sebenar ialah 7 m, satu meter di lipat pada hujungnya
              seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 sm
Berat         35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya)
Warna         Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.




 Rajah 7.9: Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau
                                         sutera
184 X      TOPIK 7    GIMRAMA



Spesifikasi Kayu Penyangkut Reben
Jadual 7.5 menerangkan spesifikasi kayu penyangkut reben.

                     Jadual 7.4: Spesifikasi Kayu Penyangkut Reben

     Spesifikasi                                   Penerangan
Bahan                  Kayu, plastik, buluh atau fibre glass. Hujung kayu sepanjang
                       10 sm maksimum boleh dibalut dengan pita untuk cengkaman
                       yang lebih baik.
Bentuk                 Bulat atau berbentuk kon.
Garis pusat            1 sm maksimum pada bahagian yang lebar sekali.
Panjang                50ă60 sm termasuk cincin penyangkut.
Dawai Penyangkut       Panjangnya 7 sm maksimum. Boleh menggunakan benang,
                       dawai atau mata kail.




 Rajah 7.10: Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau „fibre glass‰


7.2.6      Pakaian
Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai
untuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan
baju T atau leotard dengan atau tanpa seluar ketat (tights). Sementara dalam
peringkat pertandingan, penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai
leotard dan tights atau leotard sahaja. Namun, ini adalah bergantung pada
jenis dan taraf pertandingan. Dalam pertandingan peringkat sekolah atau
TOPIK 7   GIMRAMA   W   185



kelab, peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola pertandingan boleh
membenarkan pakaian baju T dan seluar trek, manakala dalam pertandingan
peringkat antarabangsa, hanya pakaian leotard dengan atau tanpa tights
dibenarkan.




               Rajah 7.11: Contoh pakaian yang dipakai oleh gimnas

Mengikut undang-undang sukan ini, leotard yang dipakai semasa pertandingan
mestilah berpandukan pada beberapa peraturan. Bukaan di bahagian leher
depan dan belakang badan tidak boleh terlalu luas sehingga menjolok mata.
Garis di punggung juga tidak dibenarkan terlalu tinggi sehingga mendedahkan
bahagian punggung. Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapi
pakaian seperti pakaian renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kain
leotard boleh terdiri daripada apa juga warna kecuali warna emas dan perak.
Kain nipis yang lut sinar atau lut cahaya tidak dibenarkan.

Ramai antara gimnas berlatih dan bertanding tanpa memakai kasut. Walau
bagaimanapun jika gimnas ingin memakai kasut semasa pertandingan, dia boleh
memakai kasut yang khas untuk gimrama. Kasut gimrama biasanya diperbuat
daripada kulit atau kain.




                Rajah 7.12: Contoh kasut yang dipakai oleh gimnas
186 X     TOPIK 7   GIMRAMA




 7.3      TEMPAT LATIHAN
Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalam
dewan tertutup (lihat Rajah 7.13). Di bahagian atas hendaklah kosong dan tidak
mempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk dan struktur lain. Oleh itu,
dewan sekolah, panggung, dewan orang ramai atau gudang merupakan tempat
yang sesuai. Pada peringkat permulaan, siling yang tinggi tidak diperlukan
tetapi apabila gimnas telah berpengalaman, balingan peralatannya akan menjadi
lebih tinggi dan ia memerlukan siling yang lebih tinggi.




    Rajah 7.13: Dewan yang digunakan latihan dan pertandingan gimrama mestilah
                        bersesuaian dengan gerakan gimnas
TOPIK 7   GIMRAMA      W    187



Selain daripada siling, permukaan lantai perlu dipertimbangkan juga.
Permukaan lantai mestilah bersih dan tidak terlalu licin. Permaidani yang lembut
adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama
(lihat Rajah 7.14). Ramai antara gimnas biasanya berlatih di dalam dewan
dengan menggunakan tilam untuk kemahiran yang sukar seperti gulingan.
Namun kadangkala, tilam akan menghalang beberapa pergerakan seperti
gulingan gelung dan lantunan bola. Luas kawasan bagi pertandingan hendaklah
berukuran 12 m u 12 m tetapi untuk latihan, luas kawasan ini adalah tidak
diwajibkan. Gimnas boleh berlatih di mana-mana tempat yang sesuai.




  Rajah 7.14: Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk
                             latihan dan acara gimrama


 7.4      UNDANG-UNDANG AM
Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis
dan taraf pertandingan yang diadakan. Biasanya pada peringkat antarabangsa,
pertandingan dan acara adalah mengikut peraturan dan undang-undang teknik
seperti yang telah ditetapkan dalam Buku Undang-undang (Code of Points) yang
disediakan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Buku ini adalah
penting dan sangat berguna, bukan sahaja kepada para hakim dan pegawai
pertandingan tetapi juga kepada para jurulatih dan gimnas. Dalam buku ini,
teknik yang diperuntukan untuk sesuatu latihan serta sistem peruntukan markah
diberikan. Setiap empat tahun sekali, buku undang-undang gimrama biasanya
dikaji semula dan diubah suai mengikut keperluan. Selain itu, terdapat juga
perubahan dan pemindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. Pertandingan
Gimrama Sukan Malaysia dan Kejohanan Peringkat Antarabangsa seperti Sukan
SEA adalah berpandukan peraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik
Antarabangsa (FIG).
188 X        TOPIK 7   GIMRAMA



Pada amnya, bagi pertandingan yang rasmi atau kejohanan yang mengikuti
undang-undang FIG terdapat dua acara pertandingan yang utama:
(a)   Acara latihan sukarela yang dipersembahkan oleh seorang gimnas sahaja
      pada suatu kawasan yang tertentu. Gimnas akan menggunakan satu
      peralatan untuk setiap latihan atau rutinnya. Acara ini disebut
      pertandingan individu atau latihan sukarela individu.
(b)   Acara latihan sukarela dipersembahkan oleh sekumpulan gimnas (biasanya
      enam orang gimnas serentak pada suatu kawasan yang ditetapkan). Setiap
      kumpulan akan menggunakan satu atau dua jenis peralatan yang berlainan
      bagi setiap latihan. Acara ini disebut pertandingan latihan berpasukan atau
      latihan berkumpulan.

Latihan Sukarela Individu
Terdapat tiga jenis pertandingan dalam acara ini iaitu:

(a)   Pertandingan I ă Acara Berpasukan
      (i)    Setiap pasukan perlu terdiri daripada tiga atau empat orang gimnas.
      (ii)   Setiap pasukan mesti mempertunjukkan 10 latihan, iaitu dua latihan
             bagi setiap peralatan. Peralatan yang digunakan ialah tali, bola,
             gelung, belantan dan reben.
      (iii) Setiap gimnas dalam pasukan boleh mempersembahkan satu hingga
            empat latihan maksimum dengan menggunakan peralatan yang
            berlainan. Dengan itu, setiap peralatan akan dipersembahkan oleh
            dua gimnas yang berlainan dalam satu pasukan.
      (iv) Dalam menentukan johan pasukan, jumlah mata yang diperoleh
           daripada semua gimnas akan diambil kira. Pasukan yang mendapat
           agregat mata tertinggi dianggap sebagai pasukan johan (jumlah mata
           maksimum: 100).
      (v)    Pertandingan I merupakan pusingan kelayakan untuk masuk ke
             Pertandingan II dan III.

(b)   Pertandingan II ă Acara Individu Keseluruhan
      (i)    Hanya gimnas yang telah mempersembahkan sekurang-kurangnya
             tiga latihan dalam Pertandingan I akan dipertimbangkan untuk
             pertandingan ini. Tiga jumlah mata yang terbaik akan diambil kira
             untuk setiap gimnas.
      (ii)   Seramai 26 peserta terbaik dalam pertandingan I layak bertanding
             untuk pertandingan individu keseluruhan. Penyertaan ini terhad
             kepada dua peserta dari setiap pasukan.
TOPIK 7   GIMRAMA    W   189



      (iii) Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti mempertunjukkan
            empat latihan dengan empat peralatan yang ditetapkan oleh
            Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).
      (iv) Untuk menentukan johan individu keseluruhan, jumlah mata yang
           diperoleh daripada keempat-empat latihan yang dipertunjukkan akan
           diambil kira. Peserta yang mendapat mata terbanyak akan menjadi
           johan individu keseluruhan (jumlah mata maksimum: 40).

(c)   Pertandingan III ă Pusingan Akhir untuk Setiap Peralatan
      (i)    Lapan peserta terbaik (dengan maksimum dua peserta setiap
             pasukan) bagi setiap peralatan yang dipertandingkan dalam
             Pertandingan I layak menyertai Pusingan Akhir untuk setiap
             peralatan.
      (ii)   Peserta yang memperoleh mata tertinggi bagi sesuatu acara peralatan
             akan menjadi johan bagi peralatan berkenaan (jumlah mata
             maksimum: 10).


 7.5         PRINSIP-PRINSIP DALAM PENGAJARAN
             DAN PEMBELAJARAN GIMRAMA
Gimrama ialah pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma untuk
menghasilkan pergerakan tubuh badan yang berkoordinasi dan estetik.
Pergerakan tersebut dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan, tanpa
atau dengan alatan dan secara licin atau berterusan. Gimnastik diajar melalui
tujuh jenis pergerakan tubuh badan seperti imbangan, melentik, meringkuk dan
melunjur, gerak edar, pusingan badan, lompatan dan ketangkasan. Tujuan
pergerakan tersebut ialah untuk meningkatkan kelenturan, ketangkasan,
imbangan, kelajuan, koordinasi, kuasa dan kekuatan.

Terdapat beberapa pertimbangan penting yang dijadikan sebagai prinsip dalam
pengajaran dan pembelajaran gimrama iaitu:

(a)   Pergerakan Tubuh Badan
      Penekanan harus diberi terhadap kepentingan menyedari tentang
      wujudnya perkaitan antara tubuh badan dengan ruang dan daya semasa
      melakukan pergerakan. Bahagian-bahagian tubuh badan dan keseluruhan
      tubuh badan digunakan bagi menghasilkan sesuatu pergerakan dengan
      menggunakan teknik yang betul. Penekanan juga harus diberikan terhadap
      penghasilan pergerakan yang cantik.
190 X        TOPIK 7   GIMRAMA



(b)   Teknik Alatan
      Penekanan terhadap kemahiran menggunakan alatan. Terdapat pelbagai
      alatan yang digunakan dalam gimrama yang berbeza dari segi sifat dan
      bentuknya seperti:
      (i)    Alatan bulat dan padu
      (ii)   Alatan bulat dan leper
      (iii) Alatan lembut dan berombak
      (iv) Alatan panjang, langsing dan lembut
      (v)    Alatan keras dan padu

      Bentuk dan jenis alatan menentukan cara bagaimana untuk
      memanipulasinya. Teknik yang betul akan menghasilkan manipulasi alatan
      yang terkawal.

(c)   Kesedaran Hubungan antara Alatan dengan Pergerakan Tubuh Badan
      Guru harus menggalakkan penggunaan alat dalam lakuan yang
      bersesuaian mengikut ritma atau irama.

(d)   Kesedaran Terhadap Ritma
      Pelajar perlu peka terhadap pelbagai jenis ritma dan irama.

(e)   Rangkaian Pergerakan
      Rangkaian pergerakan harus dilakukan dalam ruang, manakala pergerakan
      tubuh badan dan manipulasi alatan harus dilakukan mengikut ritma dan
      irama. Bagi mereka cipta satu rangkaian pergerakan, rangkaian yang
      dihasilkan haruslah licin dan berterusan; alatan digunakan dalam pelbagai
      cara dan disesuaikan dengan pergerakan tubuh badan; pergerakan
      berkoordinasi dengan alatan dan mengikut perubahan rentak irama; dan
      perlu menunjukkan variasi masa dan ruang bagi menggambarkan kreativiti
      pelaku.

(f)   Kepentingan Faktor Kecergasan Diri
      Kemahiran asas gimrama secara tidak langsung dapat membina
      ketangkasan, kelenturan, imbangan, koordinasi, kecekapan dan kelajuan.

(g)   Fahaman Terhadap Pusat Graviti
      Pusat graviti ada kaitannya dengan kedudukan badan, imbangan dan
      putaran. Oleh yang demikian, fahaman terhadap konsep pusat graviti
      dalam gimrama adalah sangat penting.
TOPIK 7   GIMRAMA     W     191



         SEMAK KENDIRI 7.1

    1.    Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk pertandingan
          gimrama.
    2.    Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan pertandingan
          gimrama.




x   Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik dan telah diiktiraf
    sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

x   Pergerakan gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti
    dilakukan secara licin dan berterusan.

x   Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak
    seabad yang lalu di benua Eropah.

x   Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf
    gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri.

x   Pertandingan gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah
    Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada
    tahun 1963.

x   Sementara itu, sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di
    Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

x   Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas.

x   Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah
    diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali,
    reben, gelung dan belantan.

x   Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan ia
    berukuran sepanjang 3 m dengan ketebalan 8 mm mengikut kesesuaian dan
    fizikal gimnas.

x   Gelung yang digunakan oleh gimnas dibuat daripada plastik, rotan atau
    kayu biasa.
192 X          TOPIK 7   GIMRAMA




x     Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila
      ditegakkan di tepi gimnas.

x     Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang dibuat untuk
      gimrama dan mengikut spesifikasi serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik
      Antarabangsa (FIG).

x     Dalam gimrama, penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang
      memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak.

x     Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau
      sutera.

x     Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan
      gimnas.

x     Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan
      sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek
      dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights.

x     Dalam peringkat pertandingan, penganjur akan hanya membenarkan peserta
      memakai leotard dan tights atau leotard sahaja.

x     Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada
      jenis dan taraf pertandingan yang diadakan.




    Belantan                              Pertandingan I
    Bola                                  Pertandingan II
    Gelung                                Pertandingan III
    Gelung berpita                        Plastik
    Gimnas                                Reben
    Gimnastik berirama moden              Rotan
    Hem atau sintetik                     Satin
    Kayu biasa                            Sukan Olimpik
    Kejohanan Dunia                       Sutera
    Nilon yang berat                      Tali
TOPIK 7   GIMRAMA     W   193




Buschner, C. A. (1994). Teaching children movement concepts and skills.
     Champaign, IL: Human Kinetics.

Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for todayÊs children
     (3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.

Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher.
    Champaign, IL: Human Kinetics.

Hopple, C. J. (1995). Teaching for outcomes in elementary physical education: A
    guide for curriculum and assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran pendidikan
    jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lo, J. S. (1993). Siri sukan popular fajar bakti gimrama. Kuala Lumpur: Penerbit
      Fajar Bakti.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente (20)

Bab 3 Kesenggangan dan Rekreasi
Bab 3   Kesenggangan dan RekreasiBab 3   Kesenggangan dan Rekreasi
Bab 3 Kesenggangan dan Rekreasi
 
Lari Berpagar
Lari BerpagarLari Berpagar
Lari Berpagar
 
Komposisi Badan - MPP
Komposisi Badan - MPPKomposisi Badan - MPP
Komposisi Badan - MPP
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
 
Dasar sukan negara
Dasar sukan negaraDasar sukan negara
Dasar sukan negara
 
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & PadangMPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
 
Latihan lari pecut
Latihan lari pecutLatihan lari pecut
Latihan lari pecut
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
30318207 bahasa-melayu-klausa
30318207 bahasa-melayu-klausa30318207 bahasa-melayu-klausa
30318207 bahasa-melayu-klausa
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 
Refleksi pjm3112
Refleksi pjm3112Refleksi pjm3112
Refleksi pjm3112
 
Bab 2 Pengurusan Sukan
Bab 2   Pengurusan SukanBab 2   Pengurusan Sukan
Bab 2 Pengurusan Sukan
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
 
Lari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterLari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meter
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Merejam lembing 2
Merejam lembing 2Merejam lembing 2
Merejam lembing 2
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarah
 

Destacado

Gimnastik spts
Gimnastik sptsGimnastik spts
Gimnastik sptsJimmy Siow
 
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanTopik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanWany Hardy
 
Modul Gimnastik KPM
Modul Gimnastik KPMModul Gimnastik KPM
Modul Gimnastik KPMSooSing Ng
 
Anatomy 2012
Anatomy 2012Anatomy 2012
Anatomy 2012ravostulp
 
Kertas kerja gimrama (pj)
Kertas kerja gimrama (pj)Kertas kerja gimrama (pj)
Kertas kerja gimrama (pj)Cik BaCo
 
Pergerakan asas
Pergerakan asasPergerakan asas
Pergerakan asasjuelinda
 
Analisis pergerakan redo
Analisis pergerakan redoAnalisis pergerakan redo
Analisis pergerakan redoLa Tahzan
 
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asasJimmy Siow
 
Pendidikan Pergerakan
Pendidikan PergerakanPendidikan Pergerakan
Pendidikan PergerakanAhmad Husairi
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perrymurni mohamat
 
Pengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakanPengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakanZICCHUA
 

Destacado (20)

Gimnastik irama
Gimnastik iramaGimnastik irama
Gimnastik irama
 
Gimnastik
GimnastikGimnastik
Gimnastik
 
Gimnastik spts
Gimnastik sptsGimnastik spts
Gimnastik spts
 
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanTopik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
 
Gimrama spts
Gimrama sptsGimrama spts
Gimrama spts
 
Acara olahraga
Acara olahragaAcara olahraga
Acara olahraga
 
Modul Gimnastik KPM
Modul Gimnastik KPMModul Gimnastik KPM
Modul Gimnastik KPM
 
Anatomy 2012
Anatomy 2012Anatomy 2012
Anatomy 2012
 
Kertas kerja gimrama (pj)
Kertas kerja gimrama (pj)Kertas kerja gimrama (pj)
Kertas kerja gimrama (pj)
 
Pergerakan asas
Pergerakan asasPergerakan asas
Pergerakan asas
 
Analisis pergerakan redo
Analisis pergerakan redoAnalisis pergerakan redo
Analisis pergerakan redo
 
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
 
ANALISIS PERGERAKAN
ANALISIS PERGERAKANANALISIS PERGERAKAN
ANALISIS PERGERAKAN
 
Pendidikan Pergerakan
Pendidikan PergerakanPendidikan Pergerakan
Pendidikan Pergerakan
 
Acara pecut
Acara pecutAcara pecut
Acara pecut
 
Pjting1
Pjting1Pjting1
Pjting1
 
Materi biologi x ppt bab 4 fix
Materi biologi x ppt bab 4 fixMateri biologi x ppt bab 4 fix
Materi biologi x ppt bab 4 fix
 
SENAMROBIK
SENAMROBIK SENAMROBIK
SENAMROBIK
 
Pergerakan Asas Perry
 Pergerakan Asas Perry Pergerakan Asas Perry
Pergerakan Asas Perry
 
Pengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakanPengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakan
 

Más de Open University Malaysia (17)

Usahawan 2
Usahawan 2Usahawan 2
Usahawan 2
 
Usahawan 1
Usahawan 1Usahawan 1
Usahawan 1
 
Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3Rancangan perniagaan 3
Rancangan perniagaan 3
 
Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2Rancangan perniagaan 2
Rancangan perniagaan 2
 
Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1Rancangan perniagaan 1
Rancangan perniagaan 1
 
Sejarah acheh
Sejarah achehSejarah acheh
Sejarah acheh
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
 
Penggunaan air domestik
Penggunaan air domestikPenggunaan air domestik
Penggunaan air domestik
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
 
Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)Mikroekonomi (rokok)
Mikroekonomi (rokok)
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1Kempen cintailah sungai kita1
Kempen cintailah sungai kita1
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 

Topik 7 gimrama

  • 1. Topik X Gimrama 7 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan ciri-ciri sejarah gimrama; 2. Mengkategorikan jenis pertandingan dalam gimrama; dan 3. Menyenaraikan alatan yang diperlukan untuk pertandingan gimrama. X PENGENALAN Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular dalam kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik di samping daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi pelajar-pelajar perempuan serta kaum wanita pada semua peringkat umur. 7.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik. Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan yang kecil pada tangan. Pergerakan gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri
  • 2. 176 X TOPIK 7 GIMRAMA pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik (lihat Rajah 7.1 dan Rajah 7.2). Rajah 7.1: Pergerakan gimrama mesti dilakukan secara licin dan berterusan Rajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan sama ada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan Pergerakan asas gimrama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah. Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swiss,
  • 3. TOPIK 7 GIMRAMA W 177 iaitu Jacques Dalcroze. Beliau telah membuka dua buah maktab perguruan di Switzerland dan Jerman. Beliau juga telah memperkenalkan latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19. Pada awal abad ke-20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman yang memberi sumbangan yang besar dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881ă 1970) dan Hernrich Medau (1890ă1974) telah memulakan sekolah gimrama mereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan perkaitan antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatan bola, gelung dan belantan untuk sukan gimrama. Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalendar tetap persatuan dengan dipertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European Championship) dan Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat. 7.2 KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN GIMRAMA Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas. Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan (lihat Rajah 7.3). Namun, bagi pertunjukan atau persembahan gimnastik, peralatan-peralatan lain seperti skaf, bendera atau kayu boleh digunakan. Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan peralatan adalah mengikut pilihan. Rajah 7.3: Peralatan yang digunakan dalam sukan gimrama
  • 4. 178 X TOPIK 7 GIMRAMA Biasanya para gimnas akan memiliki peralatan mereka sendiri sebab mereka akan merasa selesa menggunakan peralatan sendiri. Peralatan sendiri juga sesuai dengan kehendak dan susuk tubuh gimnas dari segi saiz dan berat. 7.2.1 Tali Tali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian peralatan mendaki gunung dan juga di bahagian peralatan kapal. Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3 m dan tebal 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas (Rujuk Rajah 7.4). Gimnas yang lebih kecil fizikalnya boleh menggunakan tali yang berukuran 2 m panjang dan tebal 6mm. Gimnas dibenarkan menggunakan pita pelekat sepanjang 10 sm tetapi tidak dibenarkan menggunakan apa jua pemegang pada hujung tali. Spesifikasi Tali Jadual 7.1 menerangkan spesifikasi tali. Jadual 7.1: Spesifikasi Tali Spesifikasi Penerangan Bahan Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama. Panjang Mengikut tinggi gimnas, tali diukur apabila gimnas berdiri dengan memijak di tengah tali dan kedua-dua hujung tali diangkat ke aras ketiak gimnas. Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas. Rajah 7.4: Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas diperbuat daripada hem atau sintetik
  • 5. TOPIK 7 GIMRAMA W 179 Rajah 7.5: Ukuran panjang tali 7.2.2 Gelung Gelung yang digunakan oleh gimnas boleh didapati di kedai sukan atau di kedai permainan. Ia dibuat daripada plastik, rotan atau kayu biasa. Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan di tepi gimnas. Terdapat juga gimnas yang membalut gelung dengan pita pelekat berwarna- warni. Balutan ini bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta menambahkan berat gelung dan menjadikannya lebih menarik. Rajah 7.5: Gelung berpita
  • 6. 180 X TOPIK 7 GIMRAMA Rajah 7.6: Gelung berpita agak menarik jika disamakan dengan baju gimnas 7.2.3 Bola Bola adalah salah satu disiplin wajib dalam gimrama. Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang dibuat untuk gimrama dan mengikut spesifikasi serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Namun demikian, sekiranya bola tersebut tidak dapat disediakan bola sepak, bola jaring atau bola getah saiz 4 boleh digunakan untuk berlatih kemahiran asas seperti melantun dan menggolek. Bagi gimnas junior atau kanak-kanak, saiz bola yang lebih kecil boleh digunakan. Spesifikasi Bola Jadual 7.2 di bawah menerangkan spesifikasi bola yang digunakan untuk gimrama. Jadual 7.2: Spesifikasi Bola Spesifikasi Penerangan Bahan Getah atau bahan sintetik dengan anjalan Garis pusat 18ă20 sm Berat 400 g minimum Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas
  • 7. TOPIK 7 GIMRAMA W 181 Rajah 7.7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah mengikut spesifikasi serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa 7.2.4 Belantan Belantan boleh didapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk direka bentuk. Dalam gimrama, acara belantan dianggap sebagai acara yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan biasanya dikuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman. Spesfikasi Belantan Jadual 7.3 menerangkan spesifikasi belantan. Jadual 7.3: Spesifikasi Belantan Spesifikasi Penerangan Bahan Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat. Panjang 40ă50 sm Berat 150 g minimum bagi satu belantan Bentuk Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat pada tapak belantan sekurang-kurangnya 2 ó sm. Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis pusatnya tidak melebihi 3sm. Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.
  • 8. 182 X TOPIK 7 GIMRAMA Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dan latihan yang banyak 7.2.5 Reben Kebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu ringan dan ia cepat tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak pada bahagian tepinya. Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk menghasilkan corak reben yang baik dan juga senang untuk dibaling. Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Bagi gimnas yang berpengalaman, mereka perlu menggunakan reben yang berukuran 6m tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan reben yang panjangnya 4 hingga 5 m. Reben tersebut disangkut pada bahagian hujung dengan kayu.
  • 9. TOPIK 7 GIMRAMA W 183 Spesifikasi Reben Jadual 7.4 menerangkan spesifikasi reben. Jadual 7.4: Spesifikasi Reben Spesifikasi Penerangan Bahan Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji. Lebar 4ă6 sm Panjang Jumlah panjang sebenar ialah 7 m, satu meter di lipat pada hujungnya seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 sm Berat 35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya) Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas. Rajah 7.9: Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera
  • 10. 184 X TOPIK 7 GIMRAMA Spesifikasi Kayu Penyangkut Reben Jadual 7.5 menerangkan spesifikasi kayu penyangkut reben. Jadual 7.4: Spesifikasi Kayu Penyangkut Reben Spesifikasi Penerangan Bahan Kayu, plastik, buluh atau fibre glass. Hujung kayu sepanjang 10 sm maksimum boleh dibalut dengan pita untuk cengkaman yang lebih baik. Bentuk Bulat atau berbentuk kon. Garis pusat 1 sm maksimum pada bahagian yang lebar sekali. Panjang 50ă60 sm termasuk cincin penyangkut. Dawai Penyangkut Panjangnya 7 sm maksimum. Boleh menggunakan benang, dawai atau mata kail. Rajah 7.10: Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau „fibre glass‰ 7.2.6 Pakaian Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa seluar ketat (tights). Sementara dalam peringkat pertandingan, penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja. Namun, ini adalah bergantung pada jenis dan taraf pertandingan. Dalam pertandingan peringkat sekolah atau
  • 11. TOPIK 7 GIMRAMA W 185 kelab, peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola pertandingan boleh membenarkan pakaian baju T dan seluar trek, manakala dalam pertandingan peringkat antarabangsa, hanya pakaian leotard dengan atau tanpa tights dibenarkan. Rajah 7.11: Contoh pakaian yang dipakai oleh gimnas Mengikut undang-undang sukan ini, leotard yang dipakai semasa pertandingan mestilah berpandukan pada beberapa peraturan. Bukaan di bahagian leher depan dan belakang badan tidak boleh terlalu luas sehingga menjolok mata. Garis di punggung juga tidak dibenarkan terlalu tinggi sehingga mendedahkan bahagian punggung. Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kain leotard boleh terdiri daripada apa juga warna kecuali warna emas dan perak. Kain nipis yang lut sinar atau lut cahaya tidak dibenarkan. Ramai antara gimnas berlatih dan bertanding tanpa memakai kasut. Walau bagaimanapun jika gimnas ingin memakai kasut semasa pertandingan, dia boleh memakai kasut yang khas untuk gimrama. Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit atau kain. Rajah 7.12: Contoh kasut yang dipakai oleh gimnas
  • 12. 186 X TOPIK 7 GIMRAMA 7.3 TEMPAT LATIHAN Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup (lihat Rajah 7.13). Di bahagian atas hendaklah kosong dan tidak mempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk dan struktur lain. Oleh itu, dewan sekolah, panggung, dewan orang ramai atau gudang merupakan tempat yang sesuai. Pada peringkat permulaan, siling yang tinggi tidak diperlukan tetapi apabila gimnas telah berpengalaman, balingan peralatannya akan menjadi lebih tinggi dan ia memerlukan siling yang lebih tinggi. Rajah 7.13: Dewan yang digunakan latihan dan pertandingan gimrama mestilah bersesuaian dengan gerakan gimnas
  • 13. TOPIK 7 GIMRAMA W 187 Selain daripada siling, permukaan lantai perlu dipertimbangkan juga. Permukaan lantai mestilah bersih dan tidak terlalu licin. Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama (lihat Rajah 7.14). Ramai antara gimnas biasanya berlatih di dalam dewan dengan menggunakan tilam untuk kemahiran yang sukar seperti gulingan. Namun kadangkala, tilam akan menghalang beberapa pergerakan seperti gulingan gelung dan lantunan bola. Luas kawasan bagi pertandingan hendaklah berukuran 12 m u 12 m tetapi untuk latihan, luas kawasan ini adalah tidak diwajibkan. Gimnas boleh berlatih di mana-mana tempat yang sesuai. Rajah 7.14: Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama 7.4 UNDANG-UNDANG AM Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan. Biasanya pada peringkat antarabangsa, pertandingan dan acara adalah mengikut peraturan dan undang-undang teknik seperti yang telah ditetapkan dalam Buku Undang-undang (Code of Points) yang disediakan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Buku ini adalah penting dan sangat berguna, bukan sahaja kepada para hakim dan pegawai pertandingan tetapi juga kepada para jurulatih dan gimnas. Dalam buku ini, teknik yang diperuntukan untuk sesuatu latihan serta sistem peruntukan markah diberikan. Setiap empat tahun sekali, buku undang-undang gimrama biasanya dikaji semula dan diubah suai mengikut keperluan. Selain itu, terdapat juga perubahan dan pemindaan yang dibuat dari semasa ke semasa. Pertandingan Gimrama Sukan Malaysia dan Kejohanan Peringkat Antarabangsa seperti Sukan SEA adalah berpandukan peraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).
  • 14. 188 X TOPIK 7 GIMRAMA Pada amnya, bagi pertandingan yang rasmi atau kejohanan yang mengikuti undang-undang FIG terdapat dua acara pertandingan yang utama: (a) Acara latihan sukarela yang dipersembahkan oleh seorang gimnas sahaja pada suatu kawasan yang tertentu. Gimnas akan menggunakan satu peralatan untuk setiap latihan atau rutinnya. Acara ini disebut pertandingan individu atau latihan sukarela individu. (b) Acara latihan sukarela dipersembahkan oleh sekumpulan gimnas (biasanya enam orang gimnas serentak pada suatu kawasan yang ditetapkan). Setiap kumpulan akan menggunakan satu atau dua jenis peralatan yang berlainan bagi setiap latihan. Acara ini disebut pertandingan latihan berpasukan atau latihan berkumpulan. Latihan Sukarela Individu Terdapat tiga jenis pertandingan dalam acara ini iaitu: (a) Pertandingan I ă Acara Berpasukan (i) Setiap pasukan perlu terdiri daripada tiga atau empat orang gimnas. (ii) Setiap pasukan mesti mempertunjukkan 10 latihan, iaitu dua latihan bagi setiap peralatan. Peralatan yang digunakan ialah tali, bola, gelung, belantan dan reben. (iii) Setiap gimnas dalam pasukan boleh mempersembahkan satu hingga empat latihan maksimum dengan menggunakan peralatan yang berlainan. Dengan itu, setiap peralatan akan dipersembahkan oleh dua gimnas yang berlainan dalam satu pasukan. (iv) Dalam menentukan johan pasukan, jumlah mata yang diperoleh daripada semua gimnas akan diambil kira. Pasukan yang mendapat agregat mata tertinggi dianggap sebagai pasukan johan (jumlah mata maksimum: 100). (v) Pertandingan I merupakan pusingan kelayakan untuk masuk ke Pertandingan II dan III. (b) Pertandingan II ă Acara Individu Keseluruhan (i) Hanya gimnas yang telah mempersembahkan sekurang-kurangnya tiga latihan dalam Pertandingan I akan dipertimbangkan untuk pertandingan ini. Tiga jumlah mata yang terbaik akan diambil kira untuk setiap gimnas. (ii) Seramai 26 peserta terbaik dalam pertandingan I layak bertanding untuk pertandingan individu keseluruhan. Penyertaan ini terhad kepada dua peserta dari setiap pasukan.
  • 15. TOPIK 7 GIMRAMA W 189 (iii) Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti mempertunjukkan empat latihan dengan empat peralatan yang ditetapkan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). (iv) Untuk menentukan johan individu keseluruhan, jumlah mata yang diperoleh daripada keempat-empat latihan yang dipertunjukkan akan diambil kira. Peserta yang mendapat mata terbanyak akan menjadi johan individu keseluruhan (jumlah mata maksimum: 40). (c) Pertandingan III ă Pusingan Akhir untuk Setiap Peralatan (i) Lapan peserta terbaik (dengan maksimum dua peserta setiap pasukan) bagi setiap peralatan yang dipertandingkan dalam Pertandingan I layak menyertai Pusingan Akhir untuk setiap peralatan. (ii) Peserta yang memperoleh mata tertinggi bagi sesuatu acara peralatan akan menjadi johan bagi peralatan berkenaan (jumlah mata maksimum: 10). 7.5 PRINSIP-PRINSIP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GIMRAMA Gimrama ialah pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma untuk menghasilkan pergerakan tubuh badan yang berkoordinasi dan estetik. Pergerakan tersebut dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan, tanpa atau dengan alatan dan secara licin atau berterusan. Gimnastik diajar melalui tujuh jenis pergerakan tubuh badan seperti imbangan, melentik, meringkuk dan melunjur, gerak edar, pusingan badan, lompatan dan ketangkasan. Tujuan pergerakan tersebut ialah untuk meningkatkan kelenturan, ketangkasan, imbangan, kelajuan, koordinasi, kuasa dan kekuatan. Terdapat beberapa pertimbangan penting yang dijadikan sebagai prinsip dalam pengajaran dan pembelajaran gimrama iaitu: (a) Pergerakan Tubuh Badan Penekanan harus diberi terhadap kepentingan menyedari tentang wujudnya perkaitan antara tubuh badan dengan ruang dan daya semasa melakukan pergerakan. Bahagian-bahagian tubuh badan dan keseluruhan tubuh badan digunakan bagi menghasilkan sesuatu pergerakan dengan menggunakan teknik yang betul. Penekanan juga harus diberikan terhadap penghasilan pergerakan yang cantik.
  • 16. 190 X TOPIK 7 GIMRAMA (b) Teknik Alatan Penekanan terhadap kemahiran menggunakan alatan. Terdapat pelbagai alatan yang digunakan dalam gimrama yang berbeza dari segi sifat dan bentuknya seperti: (i) Alatan bulat dan padu (ii) Alatan bulat dan leper (iii) Alatan lembut dan berombak (iv) Alatan panjang, langsing dan lembut (v) Alatan keras dan padu Bentuk dan jenis alatan menentukan cara bagaimana untuk memanipulasinya. Teknik yang betul akan menghasilkan manipulasi alatan yang terkawal. (c) Kesedaran Hubungan antara Alatan dengan Pergerakan Tubuh Badan Guru harus menggalakkan penggunaan alat dalam lakuan yang bersesuaian mengikut ritma atau irama. (d) Kesedaran Terhadap Ritma Pelajar perlu peka terhadap pelbagai jenis ritma dan irama. (e) Rangkaian Pergerakan Rangkaian pergerakan harus dilakukan dalam ruang, manakala pergerakan tubuh badan dan manipulasi alatan harus dilakukan mengikut ritma dan irama. Bagi mereka cipta satu rangkaian pergerakan, rangkaian yang dihasilkan haruslah licin dan berterusan; alatan digunakan dalam pelbagai cara dan disesuaikan dengan pergerakan tubuh badan; pergerakan berkoordinasi dengan alatan dan mengikut perubahan rentak irama; dan perlu menunjukkan variasi masa dan ruang bagi menggambarkan kreativiti pelaku. (f) Kepentingan Faktor Kecergasan Diri Kemahiran asas gimrama secara tidak langsung dapat membina ketangkasan, kelenturan, imbangan, koordinasi, kecekapan dan kelajuan. (g) Fahaman Terhadap Pusat Graviti Pusat graviti ada kaitannya dengan kedudukan badan, imbangan dan putaran. Oleh yang demikian, fahaman terhadap konsep pusat graviti dalam gimrama adalah sangat penting.
  • 17. TOPIK 7 GIMRAMA W 191 SEMAK KENDIRI 7.1 1. Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk pertandingan gimrama. 2. Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan pertandingan gimrama. x Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik dan telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). x Pergerakan gimrama berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan. x Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah. x Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. x Pertandingan gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. x Sementara itu, sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat. x Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas. x Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan. x Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan ia berukuran sepanjang 3 m dengan ketebalan 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas. x Gelung yang digunakan oleh gimnas dibuat daripada plastik, rotan atau kayu biasa.
  • 18. 192 X TOPIK 7 GIMRAMA x Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan di tepi gimnas. x Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang dibuat untuk gimrama dan mengikut spesifikasi serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). x Dalam gimrama, penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. x Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. x Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. x Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights. x Dalam peringkat pertandingan, penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja. x Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan. Belantan Pertandingan I Bola Pertandingan II Gelung Pertandingan III Gelung berpita Plastik Gimnas Reben Gimnastik berirama moden Rotan Hem atau sintetik Satin Kayu biasa Sukan Olimpik Kejohanan Dunia Sutera Nilon yang berat Tali
  • 19. TOPIK 7 GIMRAMA W 193 Buschner, C. A. (1994). Teaching children movement concepts and skills. Champaign, IL: Human Kinetics. Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for todayÊs children (3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark. Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher. Champaign, IL: Human Kinetics. Hopple, C. J. (1995). Teaching for outcomes in elementary physical education: A guide for curriculum and assessment. Champaign, IL: Human Kinetics. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran pendidikan jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Lo, J. S. (1993). Siri sukan popular fajar bakti gimrama. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.