SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
PENGENALAN

       Penderaan seksual mengeksploitasikan dan menjatuhkan maruah kanak-kanak, dan
boleh menyebabkan rasa putus harapan, sikap antisosial dan kelakuan yang membinasakan
diri sendiri. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah penglibatan kanak-kanak dalam
kegiatan seksual yang tidak difahaminya dengan baik, yang tidak dapat dipersetujuinya
dengan arif, atau yang melanggar undang-undang atau kelaziman masyarakat. Penderaan
seksual terhadap kanak-kanak ialah kegiatan yang bertujuan memberi kepuasan seksual
kepada orang yang melakukannya. Selain dari itu, penderaan seksual merangkumi perbuatan
meraba-raba kemaluan, memperkosa, merogol dan menaikkan syahwat kanak-kanak dengan
meminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan
bahan-bahan lucah. Kelakuan yang tidak melibatkan sentuhan juga merupakan penderaan
seksual, misalnya mengintai, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit, dan kata-kata lucah
yang diucapkan kepada kanak-kanak. Mengeksploitasikan kanak-kanak untuk tujuan
pornografi, termasuklah melalui Internet, dengan itu membolehkan seseorang kanak-kanak itu
digunakan oleh orang lain sebagai pelacur, dan menaikkan syahwat kanak-kanak dengan
meminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan
bahan-bahan lucah juga merupakan suatu bentuk penganiayaan seksual. Kanak-kanak juga
boleh didera secara seksual oleh orang dewasa, ataupun oleh kanak-kanak lain yang diberi
tanggungjawab atau kuasa terhadap mangsa tersebut, atau yang dipercayainya.

       Akta yang terlibat dalam penderaan seksual ini ialah Seksyen 17(2)(c), Bab 1 –
Bahagian V Akta Kanak-kanak 2001 Malaysia menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak
itu didera secara seksual jika dia telah menyertai, sama ada sebagai pelaku ataupun pemerhati,
apa-apa kegiatan yang bersifat seksual untuk tujuan:

i. Menghasilkan bahan, gambar, rakaman, filem, pita video atau pertunjukan yang bersifat
pornografi, lucah atau tidak senonoh.

ii. Eksploitasi seksual oleh sesiapa pun demi memberi nikmat seksual kepada orang lain.”




                                              1
FAKTOR-FAKTOR PENDERAAN SEKSUAL

       Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya
ialah, tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban kerja mereka. Masalah
dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut
kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka
merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang
melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu
tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan
memukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya.

       Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah
ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan mereka
bertindak ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari
tekanan ekonimi ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau
menyakiti anak-anak tersebut. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak
sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang
dan perlindungan. Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untuk
menyelesaikan masalah tersebut bukannya dengan melepaskan tekanan. Aspek ekonomi
memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang yang utuh dan
prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan.

       Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri
dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes
penderaan ini. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab
terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri
sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

       Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu
bapa yang kurangnya pendidikan agama. Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak
memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga
kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah
yang berlaku pasti ada penyelesaiannya.



                                            2
Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yang
sangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Harirawati Saridi, 10 tahun ditemui mati ketika
dalam perjalanan ke sekolah. Beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Ratau,
Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Selepas itu, seorang lagi kanak-kanak, Nurul Huda Abdul
Ghani ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik, dirogol dan diliwat di sebuah pondok
keselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah,
Johor.

         Ramai pengkaji melihat tingkah laku mendera kanak-kanak adalah rumit dan
kompleks kerana sukar untuk diberi klasifikasi. Adakah ia perlu diletakkan di bawah
kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan sahaja boleh ditafsirkan
sebagai mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak bawah umur
bekerja, membenarkan mereka mengemis dan mendedahkannya kepada bahaya moral.
Pendera juga tidak dihadkan kepada ibu bapa malah penjaga, pembantu rumah, saudara-mara,
jiran atau guru juga boleh disabitkan dengan penderaan.

         Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur dari
tahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapi
memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Tahun 2000, ia melibatkan 146 kes, 2001
(150), 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. Bagaimanapun,
bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada
189 pada tahun 2005. Sehingga Ogos 2006, sebanyak 108 telah dilaporkan.

         Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik
dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalah
lebih membebankan. Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan
penderaan yang semakin meningkat. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah
kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita
untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini.
Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah
pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes
ini.




                                             3
1. Hubungan pelaku dengan persekitaran

       Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa,
abang, pakcik dan sebagainya. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku dengan
bentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. Di antara ibu dan bapa, didapati ibu lebih
banyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanak-
kanak. Manakala bagi penderaan seksual, bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51.5 peratus.

2. Umur pelaku

       Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus pelaku berumur 30 tahun ke
bawah. Malahan tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50
tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah: a) kadar yang tinggi ini
mungkin kerana generasi muda lebih mudah melakukan kekerasan, b) pendedahan kepada
perselisihan faham ketika awal perkahwinan, c) ibu bapa remaja dan muda yang mempunyai
anak kecil berisiko dalam kes penderaan, dan d) aliran yang meningkat mungkin menjadi
amalan baru di dalam masyarakat hari ini.

3. Taraf perkahwinan pelaku

       Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses
penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas
dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup
mereka.

4. Taraf pendidikan pelaku

       Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan
lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan
atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi
tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang
berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta
kerana mereka mampu membayarnya.




                                              4
5. Jenis pekerjaan pelaku

       Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada
kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada
seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat
kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini.

6. Jumlah pendapatan pelaku

       Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi
rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan
pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini
kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk
diberi kepada keluarga.

7. Jenis rumah kediaman

       Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasan
setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan
seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setinggan
terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang
mengambil kesempatan.

8. Jaringan sosial

       Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalam
masyarakat. Kekerapan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan bekerjasama dapat
menjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. Bagaimanapun
kehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik.
Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk, nenek, pakcik
atau makcik yang ada hubungan dengan mereka.




                                              5
SIFAT-SIFAT PENDERAAN

       Penderaan seksual berlaku dalam kalangan setiap masyarakat. Penderaan seksual
berlaku pada segenap peringkat sosioekonomi dan pendidikan, dalam kalangan semua
kumpulan bangsa dan budaya, dan di semua kawasan bandar dan luar bandar. Tanda-tanda
amaran bahawa seseorang itu melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah asyik
bercakap tentang kegiatan seksual kanak-kanak atau anak remaja, terlalu kerap melancap,
bercakap tentang fantasi seksual dengan kanak-kanak, suka menggalakkan kanak-kanak
menceritakan rahsia mereka, menonton bahan pornografi kanak-kanak, terlalu banyak masa
dihabiskan dengan kanak-kanak atau remaja dan bukannya dengan orang dewasa yang lain,
dan menggunakan istilah pasar yang bersifat seksual untuk merujuk kepada kanak-kanak.

       Tanda-tanda lain yang perlu diperhatikan pada orang yang mungkin akan melakukan
penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah meminta pasangannya yang dewasa untuk
berpakaian ataupun berkelakuan seperti kanak-kanak semasa melakukan kegiatan seksual.
Penderaan mungkin akan menggunakan helah, rasuah, tekanan, ugutan, atau paksaan untuk
memujuk seseorang kanak-kanak itu menyertai kegiatan seksual.




KESAN KEPADA KANAK-KANAK

       Penderaan seksual boleh meninggalkan kesan emosi yang buruk dan berpanjangan,
misalnya kesukaran menjalinkan hubungan yang rapat dan stabil pada peringkat hidup yang
kemudian. Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual boleh menjadi hamil
dan/atau mendapat penyakit kelamin seperti HIV. Antara akibat jangka panjang penderaan
seksual ialah tanggapan kronik oleh mangsa bahawa dirinya tidak berupaya, putus harapan,
kemurungan, sukar mempercayai orang lain, menyalahkan dirinya sendiri, melakukan
perbuatan yang membinasakan dirinya sendiri, dan harga diri yang rendah. Kaji selidik
peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa penderaan seksual yang berlaku berulang kali
akan menyebabkan perubahan fizikal yang boleh akhirnya mengakibatkan salah guna dadah
dan arak pada peringkat hidup yang kemudian.




                                            6
TANDA & SIMPTOM

       Tanda-tanda fizikal penderaan seksual selalunya tidak kelihatan kerana kebanyakan
penderaan akan mengelakkan berlakunya kecederaan fizikal terhadap mangsanya supaya dia
boleh melakukan penderaan itu lagi selepas beberapa lama. Tanda-tanda fizikal ialah pakaian
dalam yang koyak, kotor atau berkesan darah, sukar berjalan atau duduk, bahagian kemaluan
yang merah-merah, bengkak atau gatal, kerap mengalami jangkitan salur kencing dan/atau
rasa sakit pada bahagian abdomen, perubahan selera makan yang berlaku secara tiba-tiba dan
perubahan berat badan (bertambah ataupun menyusut) yang mendadak, kelakuan dan emosi,
bertukar perangai menjadi takut dan suka berkepit (pada kanak-kanak kecil), menunjukkan
kelakuan yang sepatutnya tidak ada lagi pada kanak-kanak usia itu, misalnya menghisap ibu
jari, kencing semasa tidur, tidak bertutur dengan betul (pada kanak-kanak kecil), takut akan
orang dewasa sesuatu jantina, berasa terancam oleh sentuhan fizikal atau oleh jarak yang
dekat dengan orang lain, tiba-tiba berasa takut keluar dengan seseorang ataupun takut berada
bersama-sama orang itu, tiba-tiba berubah sikap dan kelakuan, mengalami kemurungan dan
kegelisahan, mengatakan sesuatu yang menunjukkan tahap pengetahuan seksual yang tidak
bersesuaian dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang belum mencapai usia
baligh), menunjukkan kelakuan seksual yang melampau ataupun yang tidak bersesuaian
dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang belum mencapai usia baligh),
berkelakuan sembarangan (terutamanya anak remaja), cuba lari dari rumah (terutamanya anak
remaja), menampakkan tanda-tanda ingin bunuh diri (terutamanya anak remaja).




                                             7
CARA MENGATASI

       Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. Antara cara untuk
mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu
bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang
bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti
tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi,
dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes
penderaan anak-anak. Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang.

       Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti
mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-
kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-
pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang
tidak berperikemanusiaan. Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat
kes-kes penderaan berlaku di persekitaraan mereka.

       Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi
memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah
tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan
tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas
tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri
dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.




                                             8
STATISTIK PENDERAAN KANAK-KANAK

        Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Bagi tempoh
Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan
sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549
kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki.
Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320
kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.

        Selain itu, statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkan
Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Jumlah
kes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan
444 kes pada 2007. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitar
Lembah Klang sentiasa meningkat. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidup
yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. Secara keseluruhannya di seluruh
negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2,279 kes pada
2007.

        Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak
yang tidak dilaporkan. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya
kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana.
Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Dari segi kaum, beliau menyatakan bahawa
sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum
Melayu. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal, seksual dan emosi.
Bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523,
seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi, 16
kes. Sehubungan dengan itu, masyarakat negara ini perlu meningkatkan peranan mereka
kerana kebajikan kanak-kanak adalah tanggung jawab bersama.

        Secara umum pada 2008, kes penderaan kanak-kanak meningkat 501 kes atau 21
peratus daripada 2,279 (2007) kepada 2,780 (2008) kes. Paling banyak kes (56 peratus
daripada keseluruhan 2,780 kes) berlaku di kawasan padat penduduk iaitu Lembah Klang
(949 kes di Selangor dan 595 kes di Wilayah Persekutuan).

                                             9
Jenis penderaan paling banyak ialah penderaan seksual (863 kes), diikuti kes
pengabaian kanak-kanak (833 kes), dan penderaan fizikal (733 kes). Lebih ramai kanak-
kanak lelaki yang didera secara fizikal, manakala amat ketara 95 peratus kanak-kanak
perempuan adalah mangsa kepada penderaan seksual (698 kes berbanding 35 kes).

       Kes pembuangan bayi bagi 2008 pula menurun lima kes kepada 58 berbanding 63
pada 2007. Kadar ini bersamaan 1.2 kes pembuangan bayi setiap minggu atau 4.8 kes bayi
dibuang setiap bulan. Lebih 70 peratus daripada kanak-kanak yang didera adalah
berketurunan Melayu (1962 kes), diikuti kanak-kanak India (441 kes) dan kanak-kanak (Cina
299 kes). Hampir dua pertiga (64.6 peratus) kanak-kanak yang didera ialah kanak-kanak
perempuan (1,795 kes) berbanding kanak-kanak lelaki (985 kes). Kebanyakan kanak-kanak
perempuan yang didera ialah dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun (345 kes) dan bawah
3 tahun (276 kes). Kebanyakan kanak-kanak lelaki yang didera pula ialah sekitar umur 13n
hingga 18 tahun (866 kes) dan 7-12 tahun (411 kes).

       Pendera atau orang yang bertanggungjawab ke atas jenayah dera ini amat penting
untuk diketahui. Maklumat ini amat penting untuk kita mengenal pasti tempat paling sering
wujudnya kes penderaan. Merujuk kepada kes penderaan 2008, data memperlihatkan orang
yang paling hampir dengan mangsa adalah pendera yang berpotensi. Ibu (772 kes) dan bapa
(494 kes) adalah pendera paling ramai iaitu 45.6 peratus berbanding pelaku yang lain. Selain
itu, kekasih kanak-kanak juga adalah pendera yang agak signifikan sebanyak 378 kes.

       Dengan memahami profil dan „baseline‟ kes berkaitan penderaan kanak-kanak ini,
sudah pasti pakar perawat sosial akan mampu untuk meneroka senario kes dengan lebih
meluas dan mendalam serta mampu mencari perhubungan makna antara pelbagai angkubah
individu, keluarga, komuniti dan masyarakat. Atas kefahaman ini, diharapkan strategi
menangani isu sosial ini akan menjadi lebih berkesan, bermakna dan berbaloi. Sesungguhnya
kita semua mampu untuk membantu pelbagai pihak dalam menangani gejala sosial yang
boleh dikawal jika kita dapat melakukannya secara bersama.




                                            10
KESIMPULAN




       Kesimpulannya, jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasama
daripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa. Ibu
bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin maju
dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau menghukum
mereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan
masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anak
dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.

       Penderaan seksual merupakan isu sejagat dan memerlukan tindakan segera semua
pihak. Isu ini tidak boleh dipandang remeh dan hanya beranggapan bahawa hanya individu
tertentu terlibat sebagai mangsa. Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, fahaman,
bangsa dan budaya perlu membantu menangani isu penderaan seksual. Selaras dengan
saranan kerajaan melalui Islam Hadhari, setiap masyarakat perlu meningkatkan mutu
kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal.
Sehubungan dengan itu, isu ini perlu ditangani segera, mangsa perlu dikenal pasti dan diberi
rawatan sesuai supaya trauma dialami mangsa tidak berpanjangan hingga mengganggu
kefungsian hidup. Sebagai pendidik yang bersama-sama para pelajar hampir 30 hingga 40
jam seminggu, tugas mereka sangat penting. Proses mengenal pasti mangsa di dalam kelas
melalui beberapa indikator tingkah laku yang ditunjukkan mangsa dapat membantu proses
rawatan dan bantuan segera. Hanya pengenalpastian segera dan tindakan drastik yang
berkesan mampu membantu sumber manusia pulih seperti sedia kala.




                                            11
RUJUKAN

Internet

Akmalhana Bt Mohammed (2011). Penderaan kanak-kanak. Diperoleh daripada

      http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1135.

Mohd Suraya 2009. Statistik Penderaan Kanak-Kanak 2002-2006. Diperoleh daripada

      http://surayamohdsw.blogspot.com/2009/09/statistik-penderaan-kanak-kanak-
      2002.html

Dr Mohamed Fadzil Che Din (2010). Memahami profil pendera kanak-kanak. Diperoleh

      daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memahamiprofilpenderakanak-
      kanak/Article/

ZABRY MOHAMD (2005). Penderaan seksual - Masyarakat perlu bertindak. Diperoleh

      daripadahttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1201&pub=Utusan_
      Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

Artikel

Khadijah Alavi (2005). Dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah
pemantapan Akta Kanak-kanak 2001"




                                          12

More Related Content

What's hot

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Raihan Raihana
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
marzieta
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
wan salleh
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
Nor Saroni
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
firo HAR
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak
Arra Asri
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
Ranjene Ramaya
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
ffyue
 

What's hot (20)

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Teknik Bercerita
Teknik BerceritaTeknik Bercerita
Teknik Bercerita
 
Rekod anekdot
Rekod anekdotRekod anekdot
Rekod anekdot
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kaedah penulisan ilmiah
Kaedah penulisan ilmiahKaedah penulisan ilmiah
Kaedah penulisan ilmiah
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 

Similar to Penderaan seksual

Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Siti Nadzirah
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Ann Suhana
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Ann Suhana
 
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remajaBuli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Jamil A Bakar
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
Ety Sue
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
nikfaiznurfirda
 
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangSejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Mazlili Suhaini
 

Similar to Penderaan seksual (20)

Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
Proposal Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam Di UniSZA Mengenai Kejadian Penga...
 
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptxdokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
dokumen.tips_kewujudan-gejala-sosial.pptx
 
Buli 5
Buli 5Buli 5
Buli 5
 
Ceramah Buli _CGU zUL.pptx
Ceramah Buli _CGU zUL.pptxCeramah Buli _CGU zUL.pptx
Ceramah Buli _CGU zUL.pptx
 
Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1Penderaan kanak2 pd1
Penderaan kanak2 pd1
 
Ceramah Buli & Gengsterism short.ppt
Ceramah Buli & Gengsterism short.pptCeramah Buli & Gengsterism short.ppt
Ceramah Buli & Gengsterism short.ppt
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORMASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remajaBuli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
Buli – satu fenomena perkembangan psikologi remaja
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Gejala ponteng
Gejala pontengGejala ponteng
Gejala ponteng
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-3
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
 
Folio sivik
Folio sivikFolio sivik
Folio sivik
 
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangSejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
 
Anak Anugerah yang Tiada Tandingan Nilai
Anak Anugerah yang Tiada Tandingan NilaiAnak Anugerah yang Tiada Tandingan Nilai
Anak Anugerah yang Tiada Tandingan Nilai
 

More from Arra Asri

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Arra Asri
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
Arra Asri
 
Cara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktuCara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktu
Arra Asri
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
Arra Asri
 
Erik erikson
Erik eriksonErik erikson
Erik erikson
Arra Asri
 
Teori cell assembly donald o.hebb
Teori cell  assembly donald o.hebbTeori cell  assembly donald o.hebb
Teori cell assembly donald o.hebb
Arra Asri
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
Arra Asri
 
Sejarah kaunseling
Sejarah kaunselingSejarah kaunseling
Sejarah kaunseling
Arra Asri
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
Arra Asri
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
Arra Asri
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
Arra Asri
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
Arra Asri
 
Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaSistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdeka
Arra Asri
 
Anak jalanan
Anak jalananAnak jalanan
Anak jalanan
Arra Asri
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Arra Asri
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak
Arra Asri
 

More from Arra Asri (16)

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
 
Cara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktuCara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktu
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
 
Erik erikson
Erik eriksonErik erikson
Erik erikson
 
Teori cell assembly donald o.hebb
Teori cell  assembly donald o.hebbTeori cell  assembly donald o.hebb
Teori cell assembly donald o.hebb
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Sejarah kaunseling
Sejarah kaunselingSejarah kaunseling
Sejarah kaunseling
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor
 
Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaSistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdeka
 
Anak jalanan
Anak jalananAnak jalanan
Anak jalanan
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak
 

Penderaan seksual

  • 1. PENGENALAN Penderaan seksual mengeksploitasikan dan menjatuhkan maruah kanak-kanak, dan boleh menyebabkan rasa putus harapan, sikap antisosial dan kelakuan yang membinasakan diri sendiri. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan seksual yang tidak difahaminya dengan baik, yang tidak dapat dipersetujuinya dengan arif, atau yang melanggar undang-undang atau kelaziman masyarakat. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah kegiatan yang bertujuan memberi kepuasan seksual kepada orang yang melakukannya. Selain dari itu, penderaan seksual merangkumi perbuatan meraba-raba kemaluan, memperkosa, merogol dan menaikkan syahwat kanak-kanak dengan meminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan bahan-bahan lucah. Kelakuan yang tidak melibatkan sentuhan juga merupakan penderaan seksual, misalnya mengintai, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit, dan kata-kata lucah yang diucapkan kepada kanak-kanak. Mengeksploitasikan kanak-kanak untuk tujuan pornografi, termasuklah melalui Internet, dengan itu membolehkan seseorang kanak-kanak itu digunakan oleh orang lain sebagai pelacur, dan menaikkan syahwat kanak-kanak dengan meminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan bahan-bahan lucah juga merupakan suatu bentuk penganiayaan seksual. Kanak-kanak juga boleh didera secara seksual oleh orang dewasa, ataupun oleh kanak-kanak lain yang diberi tanggungjawab atau kuasa terhadap mangsa tersebut, atau yang dipercayainya. Akta yang terlibat dalam penderaan seksual ini ialah Seksyen 17(2)(c), Bab 1 – Bahagian V Akta Kanak-kanak 2001 Malaysia menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak itu didera secara seksual jika dia telah menyertai, sama ada sebagai pelaku ataupun pemerhati, apa-apa kegiatan yang bersifat seksual untuk tujuan: i. Menghasilkan bahan, gambar, rakaman, filem, pita video atau pertunjukan yang bersifat pornografi, lucah atau tidak senonoh. ii. Eksploitasi seksual oleh sesiapa pun demi memberi nikmat seksual kepada orang lain.” 1
  • 2. FAKTOR-FAKTOR PENDERAAN SEKSUAL Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban kerja mereka. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari tekanan ekonimi ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau menyakiti anak-anak tersebut. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut bukannya dengan melepaskan tekanan. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan. Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu bapa yang kurangnya pendidikan agama. Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. 2
  • 3. Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yang sangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Harirawati Saridi, 10 tahun ditemui mati ketika dalam perjalanan ke sekolah. Beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Selepas itu, seorang lagi kanak-kanak, Nurul Huda Abdul Ghani ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik, dirogol dan diliwat di sebuah pondok keselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. Ramai pengkaji melihat tingkah laku mendera kanak-kanak adalah rumit dan kompleks kerana sukar untuk diberi klasifikasi. Adakah ia perlu diletakkan di bawah kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan sahaja boleh ditafsirkan sebagai mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak bawah umur bekerja, membenarkan mereka mengemis dan mendedahkannya kepada bahaya moral. Pendera juga tidak dihadkan kepada ibu bapa malah penjaga, pembantu rumah, saudara-mara, jiran atau guru juga boleh disabitkan dengan penderaan. Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur dari tahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapi memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Tahun 2000, ia melibatkan 146 kes, 2001 (150), 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. Bagaimanapun, bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada 189 pada tahun 2005. Sehingga Ogos 2006, sebanyak 108 telah dilaporkan. Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalah lebih membebankan. Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes ini. 3
  • 4. 1. Hubungan pelaku dengan persekitaran Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa, abang, pakcik dan sebagainya. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku dengan bentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. Di antara ibu dan bapa, didapati ibu lebih banyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanak- kanak. Manakala bagi penderaan seksual, bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51.5 peratus. 2. Umur pelaku Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus pelaku berumur 30 tahun ke bawah. Malahan tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50 tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah: a) kadar yang tinggi ini mungkin kerana generasi muda lebih mudah melakukan kekerasan, b) pendedahan kepada perselisihan faham ketika awal perkahwinan, c) ibu bapa remaja dan muda yang mempunyai anak kecil berisiko dalam kes penderaan, dan d) aliran yang meningkat mungkin menjadi amalan baru di dalam masyarakat hari ini. 3. Taraf perkahwinan pelaku Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka. 4. Taraf pendidikan pelaku Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mereka mampu membayarnya. 4
  • 5. 5. Jenis pekerjaan pelaku Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini. 6. Jumlah pendapatan pelaku Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga. 7. Jenis rumah kediaman Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan. 8. Jaringan sosial Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalam masyarakat. Kekerapan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan bekerjasama dapat menjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. Bagaimanapun kehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk, nenek, pakcik atau makcik yang ada hubungan dengan mereka. 5
  • 6. SIFAT-SIFAT PENDERAAN Penderaan seksual berlaku dalam kalangan setiap masyarakat. Penderaan seksual berlaku pada segenap peringkat sosioekonomi dan pendidikan, dalam kalangan semua kumpulan bangsa dan budaya, dan di semua kawasan bandar dan luar bandar. Tanda-tanda amaran bahawa seseorang itu melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah asyik bercakap tentang kegiatan seksual kanak-kanak atau anak remaja, terlalu kerap melancap, bercakap tentang fantasi seksual dengan kanak-kanak, suka menggalakkan kanak-kanak menceritakan rahsia mereka, menonton bahan pornografi kanak-kanak, terlalu banyak masa dihabiskan dengan kanak-kanak atau remaja dan bukannya dengan orang dewasa yang lain, dan menggunakan istilah pasar yang bersifat seksual untuk merujuk kepada kanak-kanak. Tanda-tanda lain yang perlu diperhatikan pada orang yang mungkin akan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah meminta pasangannya yang dewasa untuk berpakaian ataupun berkelakuan seperti kanak-kanak semasa melakukan kegiatan seksual. Penderaan mungkin akan menggunakan helah, rasuah, tekanan, ugutan, atau paksaan untuk memujuk seseorang kanak-kanak itu menyertai kegiatan seksual. KESAN KEPADA KANAK-KANAK Penderaan seksual boleh meninggalkan kesan emosi yang buruk dan berpanjangan, misalnya kesukaran menjalinkan hubungan yang rapat dan stabil pada peringkat hidup yang kemudian. Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual boleh menjadi hamil dan/atau mendapat penyakit kelamin seperti HIV. Antara akibat jangka panjang penderaan seksual ialah tanggapan kronik oleh mangsa bahawa dirinya tidak berupaya, putus harapan, kemurungan, sukar mempercayai orang lain, menyalahkan dirinya sendiri, melakukan perbuatan yang membinasakan dirinya sendiri, dan harga diri yang rendah. Kaji selidik peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa penderaan seksual yang berlaku berulang kali akan menyebabkan perubahan fizikal yang boleh akhirnya mengakibatkan salah guna dadah dan arak pada peringkat hidup yang kemudian. 6
  • 7. TANDA & SIMPTOM Tanda-tanda fizikal penderaan seksual selalunya tidak kelihatan kerana kebanyakan penderaan akan mengelakkan berlakunya kecederaan fizikal terhadap mangsanya supaya dia boleh melakukan penderaan itu lagi selepas beberapa lama. Tanda-tanda fizikal ialah pakaian dalam yang koyak, kotor atau berkesan darah, sukar berjalan atau duduk, bahagian kemaluan yang merah-merah, bengkak atau gatal, kerap mengalami jangkitan salur kencing dan/atau rasa sakit pada bahagian abdomen, perubahan selera makan yang berlaku secara tiba-tiba dan perubahan berat badan (bertambah ataupun menyusut) yang mendadak, kelakuan dan emosi, bertukar perangai menjadi takut dan suka berkepit (pada kanak-kanak kecil), menunjukkan kelakuan yang sepatutnya tidak ada lagi pada kanak-kanak usia itu, misalnya menghisap ibu jari, kencing semasa tidur, tidak bertutur dengan betul (pada kanak-kanak kecil), takut akan orang dewasa sesuatu jantina, berasa terancam oleh sentuhan fizikal atau oleh jarak yang dekat dengan orang lain, tiba-tiba berasa takut keluar dengan seseorang ataupun takut berada bersama-sama orang itu, tiba-tiba berubah sikap dan kelakuan, mengalami kemurungan dan kegelisahan, mengatakan sesuatu yang menunjukkan tahap pengetahuan seksual yang tidak bersesuaian dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang belum mencapai usia baligh), menunjukkan kelakuan seksual yang melampau ataupun yang tidak bersesuaian dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang belum mencapai usia baligh), berkelakuan sembarangan (terutamanya anak remaja), cuba lari dari rumah (terutamanya anak remaja), menampakkan tanda-tanda ingin bunuh diri (terutamanya anak remaja). 7
  • 8. CARA MENGATASI Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anak-anak. Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang. Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak- kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera- pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes penderaan berlaku di persekitaraan mereka. Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. 8
  • 9. STATISTIK PENDERAAN KANAK-KANAK Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes. Selain itu, statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Jumlah kes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang sentiasa meningkat. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. Secara keseluruhannya di seluruh negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2,279 kes pada 2007. Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana. Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Dari segi kaum, beliau menyatakan bahawa sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal, seksual dan emosi. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523, seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi, 16 kes. Sehubungan dengan itu, masyarakat negara ini perlu meningkatkan peranan mereka kerana kebajikan kanak-kanak adalah tanggung jawab bersama. Secara umum pada 2008, kes penderaan kanak-kanak meningkat 501 kes atau 21 peratus daripada 2,279 (2007) kepada 2,780 (2008) kes. Paling banyak kes (56 peratus daripada keseluruhan 2,780 kes) berlaku di kawasan padat penduduk iaitu Lembah Klang (949 kes di Selangor dan 595 kes di Wilayah Persekutuan). 9
  • 10. Jenis penderaan paling banyak ialah penderaan seksual (863 kes), diikuti kes pengabaian kanak-kanak (833 kes), dan penderaan fizikal (733 kes). Lebih ramai kanak- kanak lelaki yang didera secara fizikal, manakala amat ketara 95 peratus kanak-kanak perempuan adalah mangsa kepada penderaan seksual (698 kes berbanding 35 kes). Kes pembuangan bayi bagi 2008 pula menurun lima kes kepada 58 berbanding 63 pada 2007. Kadar ini bersamaan 1.2 kes pembuangan bayi setiap minggu atau 4.8 kes bayi dibuang setiap bulan. Lebih 70 peratus daripada kanak-kanak yang didera adalah berketurunan Melayu (1962 kes), diikuti kanak-kanak India (441 kes) dan kanak-kanak (Cina 299 kes). Hampir dua pertiga (64.6 peratus) kanak-kanak yang didera ialah kanak-kanak perempuan (1,795 kes) berbanding kanak-kanak lelaki (985 kes). Kebanyakan kanak-kanak perempuan yang didera ialah dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun (345 kes) dan bawah 3 tahun (276 kes). Kebanyakan kanak-kanak lelaki yang didera pula ialah sekitar umur 13n hingga 18 tahun (866 kes) dan 7-12 tahun (411 kes). Pendera atau orang yang bertanggungjawab ke atas jenayah dera ini amat penting untuk diketahui. Maklumat ini amat penting untuk kita mengenal pasti tempat paling sering wujudnya kes penderaan. Merujuk kepada kes penderaan 2008, data memperlihatkan orang yang paling hampir dengan mangsa adalah pendera yang berpotensi. Ibu (772 kes) dan bapa (494 kes) adalah pendera paling ramai iaitu 45.6 peratus berbanding pelaku yang lain. Selain itu, kekasih kanak-kanak juga adalah pendera yang agak signifikan sebanyak 378 kes. Dengan memahami profil dan „baseline‟ kes berkaitan penderaan kanak-kanak ini, sudah pasti pakar perawat sosial akan mampu untuk meneroka senario kes dengan lebih meluas dan mendalam serta mampu mencari perhubungan makna antara pelbagai angkubah individu, keluarga, komuniti dan masyarakat. Atas kefahaman ini, diharapkan strategi menangani isu sosial ini akan menjadi lebih berkesan, bermakna dan berbaloi. Sesungguhnya kita semua mampu untuk membantu pelbagai pihak dalam menangani gejala sosial yang boleh dikawal jika kita dapat melakukannya secara bersama. 10
  • 11. KESIMPULAN Kesimpulannya, jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa. Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau menghukum mereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak. Penderaan seksual merupakan isu sejagat dan memerlukan tindakan segera semua pihak. Isu ini tidak boleh dipandang remeh dan hanya beranggapan bahawa hanya individu tertentu terlibat sebagai mangsa. Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, fahaman, bangsa dan budaya perlu membantu menangani isu penderaan seksual. Selaras dengan saranan kerajaan melalui Islam Hadhari, setiap masyarakat perlu meningkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal. Sehubungan dengan itu, isu ini perlu ditangani segera, mangsa perlu dikenal pasti dan diberi rawatan sesuai supaya trauma dialami mangsa tidak berpanjangan hingga mengganggu kefungsian hidup. Sebagai pendidik yang bersama-sama para pelajar hampir 30 hingga 40 jam seminggu, tugas mereka sangat penting. Proses mengenal pasti mangsa di dalam kelas melalui beberapa indikator tingkah laku yang ditunjukkan mangsa dapat membantu proses rawatan dan bantuan segera. Hanya pengenalpastian segera dan tindakan drastik yang berkesan mampu membantu sumber manusia pulih seperti sedia kala. 11
  • 12. RUJUKAN Internet Akmalhana Bt Mohammed (2011). Penderaan kanak-kanak. Diperoleh daripada http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1135. Mohd Suraya 2009. Statistik Penderaan Kanak-Kanak 2002-2006. Diperoleh daripada http://surayamohdsw.blogspot.com/2009/09/statistik-penderaan-kanak-kanak- 2002.html Dr Mohamed Fadzil Che Din (2010). Memahami profil pendera kanak-kanak. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memahamiprofilpenderakanak- kanak/Article/ ZABRY MOHAMD (2005). Penderaan seksual - Masyarakat perlu bertindak. Diperoleh daripadahttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1201&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm Artikel Khadijah Alavi (2005). Dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" 12