SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 27
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : PENCAPAIAN
AKADEMIK BAHASA INGGERIS TINGKATAN DUA DI SMK
          SELAYANG BHARU,SELANGOR


   KUMPULAN SASARAN:TINGKATAN DUA SILIKON


                   KPR5063

      KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

                 KUMPULAN : E

               AHLI KUMPULAN :



 NORAZURA BINTI YAHYA                  L20101006102

 NOR HASLINA BINTI ROSLI               L20101006101

 NOR AMIRA BINTI NOOR ALI              L20101006107

 ABDOL RAHIM BIN AHMAD                 L20101006103



              DISEDIAKAN UNTUK:

     PROF.MADYA HJ.ABD LATIF BIN HJ.GAPOR
ISI KANDUNGAN
BIL ITEM                                 MUKA SURAT

1.0   Pengenalan                              1

      1.1 Definisi Istilah                    1

2.0   Masalah Kajian                         1-2

3.0   Rasional Kajian                         2

4.0   Objektif Kajian                        2-3

      4.1 Objektif umum                       2
      4.2 Objektif Khusus
                                              3

5.0   Kajian Lepas                            3

      5.1 Faktor Guru                         3

      5.2 Faktor Keluarga                     4

      5.3 Faktor Motivasi                    5-6

6.0   Metodologi                             6-7

7.0   Perancangan Tindakan                    7

      7.1 Perlaksanaan kepada Ibu Bapa       7-10

      7.2 Perlaksanaan kepada Pelajar       11-16

      7.3 Perlaksanaan kepada Guru          16-21

8.0   Jadual Perlaksanaan                    22

      Bibliografi                           23-24




1.0 PENGENALAN




                                                    2
Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik
Bahasa Inggeris ke atas pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di
daerah Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon sebagai sampel kajian kami. Isu
yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian di
lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas
tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak
dapat menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka
dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi
kelas berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan
peperiksaan setengah tahun.

       Berdasarkan rekod yang diperolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I kelas 2
Silikon amat tidak memuaskan. Melalui pemerhatian yang dibuat, terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan pencapaian akedemik B.I sangat rendah. Antaranya latar belakang
keluarga, tiada kesedaran motivasi guru dan murid.




1.1 DEFINISI ISTILAH




       Bahasa Inggeris adalah bahasa Jermanik Barat yang merupakan bahasa dominan di
United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan negara Komanwel termasuk Australia dan
Kanada, dan bekas koloni British (wikipedia).




2.0 MASALAH KAJIAN




       Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah
yang terletak di Selangor. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah
kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah
sangat rendah. Ramai pelajar yang gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun.




                                                                                            3
Mereka tidak menyedari kepentingan bahasa tersebut. B.I merupakan mata pelajaran yang
amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia
perlu di aplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi.

       Kajian ini dibuat kerana mendapati gred pencapaian pelajar lulus di dalam mata
pelajaran B.I bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari 50% kepada 40% sahaja.




3.0 RASIONAL KAJIAN




       Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran
yang paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia
akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat
universiti kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya
pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak
langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua
syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I.

       Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek
Men Keb Selayang Bharu (2Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan
memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini
dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini
agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I.




4.0 OBJEKTIF KAJIAN




  Terdapat 2 jenis objektif di dalam kajian ini iaitu objektif umum dan objektif khusus.




       4.1 Objektif Umum :

       Meningkatkan pencapaian akademik B.I di tingkatan 2 Silikon



                                                                                            4
4.2 Objektif Khusus:

       a) Mengenal pasti punca kejatuhan pencapaian akademik B.I di kelas 2Silikon

       b) Membantu memberikan pengetahuan kepada ibubapa tentang penekanan terhadap
          akademik anak-anak iaitu pelajar 2 Silikon bagi mata pelajaran B.I

       c) Memberi kesedaran motivasi kepada pelajar tentang mata pelajaran B.I

       d) Meningkatkan dan memperbaiki amalan pengajaran & pembelajaran yang sedia
          ada guru-guru dan mencipta teknik-teknik pengajaran dan pendekatan serta
          kaedah yang baru.




5.0 KAJIAN LEPAS




       Kajian yang dijalankan telah mendapati bahawa sebahagian besar pelajar gagal
menguasai B.I dengan baik, khususnya pelajar-pelajar Melayu luar bandar (Tengku
Razaleigh,2004). Melalui kajian dapat dikenalpasti bahawa beberapa faktor seperti keluarga,
motivasi dan guru itu mempengaruhi tahap pencapaian B.I yang baik dikalangan pelajar.




5.1 Faktor guru yang mempengaruhi pencapaian B.Inggeris

       Guru merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar
dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang
bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru
memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan
mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik.
Di samping itu, (Kamaruddin, 1989) menyatakan sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan
itu memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan dalam mempelbagaikan kaedah, teknik
dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran. Hal ini bertepatan dengan kajian yang
dijalankan oleh Sinari (2003), sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru




                                                                                         5
yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan, dan aktiviti
yang dijalankan dalam pengajarannya.




       Kajian oleh Blair (1998)    mendapati pendekatan pengajaran guru yang pelbagai
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat pelajara serta akan
mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap gurunya. Hal ini disokong oleh Tajul Ariffin
(1998) yang menyatakan, guru yang sering menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama
akan menyebabkan responden rasa bosan terhadap pengajaran guru. Namun begitu, Jumrang
(2004) menyatakan , proses penyampaian dan pengajaran guru tidak akan berjalan dengan
lancar jika penggunaan bahasa yang digunakan oleh guru tidak dapat difahami oleh pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan ini     kerana membawa kepada masalah
pembelajaran kepada pelajar tersebut

       Di samping itu, bahan bantu mengajar yang digunakan guru juga dalam B.I juga dapat
menarik minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memotivasikan
mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan baik dan bermakna. Hal ini disokong
Kamaruddin (1986), daya tarikan sesuatu pengajaran bergantung kepada kemahiran mengajar
dan kaedah guru. Ini sejajar dengan Mok Soon Sang (1995) yang menyatakan penggunaan
bahan bantu mengajar dapat membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pelajar dalam
aktiviti pembelajaran. Abdul Rahim (1984) dalam kajiannya menyatakan bahawa kesediaan
seseorang guru sebelum memulakan pengajaran mempunyai pengaruh yang kuat dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru yang sentiasa bersedia untuk mengajar sesuatu pelajaran
mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menguasai sesuatu pelajaran tersebut berbanding
guru yang tidak bersedia. Tunjuk ajar daripada guru amat penting bagi membimbing pelajar
dan membolehkan pelajar tidak menghadapi masalah dalam pembelajaran. Guru akan
membuat pengulangan terhadap perkara yang telah dipelajari untuk membolehkan ingatan
pelajar terhadap matapelajaran lebih kekal lama, Sinari (2003). Abdul Rahim (1984)
berpendapat bahawa penerangan yang berulang kali oleh guru menyebabkan pelajar akan
lebih cenderung mengingatinya dalam jangka masa yang lama serta mengukuhkan lagi
pemahaman pelajar.




5.2 Faktor keluarga yang mempengaruhi pencapaian bahasa inggeris



                                                                                       6
Hassan (1996) dalam kajiannya mendapati,sokongan, dorongan dan keyakinan diri
yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga akan menjadi satu kekuatan dan motivasi bagi
responden untuk memajukan diri. Manakala kajian oleh Fraser (1987) pula mendapati,




dorongan dan bimbingan terhadap responden akan menyebabkan pelajar                     sentiasa
bersungguh-sungguh meningkatkan lagi prestasi akademik mereka. Majoriti ibu bapa
responden menyediakan kemudahan pembelajaran kepada responden. Ini bagi memudahkan
pelajar membuat rujukan serta mengulangkaji pelajaran. Penglibatan ibu bapa bukan sahaja
setakat memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak bahkan ia juga turut disertakan
dengan bantuan material contohnya menyediakan kelengkapan pembelajaran seperti buku
rujukan, buku latihan, dan sebagainya.

       Menurut Fathman (1986), kejayaan seseorang dalam mata pelajaran bahasa kedua
dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Pelajar yang bermasalah adalah pelajar
yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta mempunyai asas B.I yang lemah. Ini
kerana mereka tidak didedahkan dengan penggunaan B.I serta tidak digalakkan menggunakan
bahasa tersebut dan keluarga lebih menekankan kepada bahasa ibunda dalam komunikasi
harian Erwin (1984), mendapati bahawa dengan kekerapan latihan sahaja tidak mungkin
dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan
pembinaan ayat untuk penguasaan bahasa yang dipelajari. Namun begitu hal ini tidak berlaku
kerana, keluarga tidak menitikberatkan penggunaan B.I dalam aktiviti harian dan
menganggap subjek ini sesuatu yang sukar. Oleh itu, keluarga tidak memberi galakan kepada
anak-anak.

        Tarmizi (2003) yang menyatakan faktor yang paling mempengaruhi penguasaan B.I
di kalangan pelajar adalah pengetahuan asas bahasa ini di peringkat sekolah . Di samping itu,
responden yang lemah pengetahuan asas B.I di peringkat sekolah adalah sukar untuk
menguasai bahasa tersebut (Jumali, 1992). Ini kerana pelajar tidak didedahkan dengan B.I
semenjak sekolah rendah dan mereka tidak diberikan galakan atau motivasi untuk belajar B.I
oleh ibu bapa atau keluarga. Sementelah ibu bapa juga tidak mempunyai pengetahuan dalam
B.I dan mereka tidak mempunyai kesedaran terhadap kepentingannya.




5.3 Faktor motivasi yang mempengaruhi pencapaian bahasa inggeris


                                                                                             7
Motivasi merupakan keadaan dalaman yang mendorong seseorang bersungguh-
sungguh untuk mencapai matlamat, Maarof (2004). Eh Meng (1992) menyatakan bahawa
persekitaran yang baik dan memberangsangkan akan memberikan bermotivasi kepada




pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Suasana bilik darjah yang tenang dan
selesa penting bagi sesuatu pembelajaran yang optimum dan berkesan. Selain itu, Ibrahim
(1995) dalam kajian yang dijalankan mendapati, pembelajaran berkesan disebabkan oleh
faktor persekitaran yang menyenangkan dan dikenalpasti bahawa tempat belajar adalah
penting dalam memulakan aktiviti pembelajaran. Penyediaan tempat belajar sistematik
penting kerana mempengaruhi pembelajaran. Persekitaran yang selesa membolehkan proses
pembelajaran berlaku. Suppiah (2008) menyatakan guru perlu memberikan motivasi secara
entrinsik dan intrinsik kepada pelajar bagi menggalakkan dan meningkatkan keinginan untuk
terus pelajar. Motivasi ini seperti tanda-tanda pujian yang merangkumi bintang, tanda merah,
gred dan pengiktirafan yang dapat memotivasikan pelajar.




6.0 METODOLOGI




       Hasil daripada pemerhatian terhadap data rekod keputusan ujian pertengahan tahun
tingkatan 2 Silikon, mendapati bahawa hanya segelintir pelajar memperolehi keputusan yang
sederhana dan selebihnya gagal. Oleh sebab itu, satu kajian akan dijalankan bagi
mengenalpasti faktor yang menyumbangkan kepada pencapaian B.I yang tidak memuaskan
dan seterusnya langkah mengatasi masalah kajian.




       Kajian yang di lakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu. Sekolah
yang dipilih merupakan populasi pemyelidikan kami. Populasi menurut Ahmad Mahdzan
(1989) berpendapat bahawa populasi ini boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan unsur atau
benda yang menjadi kajian kita. Selain itu, setiap unsur atau elemen ini boleh digunakan
untuk dijadikan sebagai sampel kajian.manakala sampel pula merujuk kepada sekumpulan
kecil unsur yang telah diambil dari rangka persempelan atau dengan kata lain sampel ini




                                                                                          8
mewakili sesuatu populasi daripada sebarang tinjauan. Oleh itu, di sini jelas menunjukkan
bahawa sampel bagi kajian kami ialah melibatkan semua pelajar tingkatan 2 Silikon.

       Kajian yang dilakukan ini akan melibatkan pengagihan soal selidik kepada setiap
pelajar tingkatan 2 Silikon iaitu melibatkan seramai 30 orang pelajar. Didapati bahawa soal
selidik lebih praktikal dan berkesan untuk digunakan kerana ia boleh digunakan untuk soalan-




soalan yang berbentuk sensitiviti. Menurut Mohd Majid Konting (1990), soal selidik
digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya.

       Soalan soal selidik dibina berdasarkan 2 bahagian utama iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Soalan di bahagian A lebih tertumpu kepada soalan untuk melihat latar belakang
pelajar. Manakala Bahagian B pula bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pengetahuan,
keberkesanan dan kaedah pengajaran & pembelajaran yang di gunakan oleh guru tersebut.
Serta melihat kesedaran para pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris. Bagi soalan jenis
ini, penggunaan skala pengukuran yang sesuai ialah dengan menggunakan skala Likert 5
mata (5 = sangat tidak setuju, 4 = setuju, 3= kurang setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat
tidak setuju). Penggunaan skala jenis ini amat sesuai di gunakan kan untuk melihat sikap
pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Pengagihan soal selidik itu akan mengambil masa
lebih kurang 30 minit semasa proses pengajaran guru Bahasa Inggeris tersebut berlangsung.
(Rujuk Lampiran 1)

       Dapatan kajian akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kuantitatif (Min, mod,
median) iaitu untuk menilai pencapaian para pelajar melalui ujian bulanan dan ujian
pertengahan tahun. Selain itu hasil kajian juga akan di analsis dengan menggunakan analisis
demografi (Microsoft Exel) . Analisis jenis ini digunakan untuk melihat gambaran secara
keseluruhan tentang maklumat peribadi pelajar kelas berkenaan.

7.0 PERANCANGAN TINDAKAN

7.1 PERLAKSANAAN KEPADA IBU BAPA




                                                                                          9
Bagi membantu para pelajar tingkatan 2 Silikon menguasai B.I. Ibu bapa perlu
bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka berminat untuk belajar matapelajaran ini.
Ibu bapa merupakan model teladan yang terbaik untuk anak-anak mencontohinya. Oleh itu,
peranan ibu bapa amat penting bagi membantu anak-anak menguasai matapelajaran B.I
Antara langkah-langkah yang dikenalpasti bersesuaian dengan peranan ibu bapa dalam
mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan program seperti seminar dan perjumpaan
berperingkat. Program ini dapat memberi peluang kepada guru-guru berjumpa dengan ibu




bapa serta dapat bekerjasama bagi membantu para pelajar cemerlang dalam pelajaran
terutamanya penguasaan B.I.




7.1a Seminar Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar Bahasa Inggeris

       Dalam hal ini program bersama ibu bapa melalui PIBG akan dilaksanakan bagi
memberi motivasi kepada ibu bapa bagi membantu anak-anak untuk menguasai B.I. Antara
program yang akan dijalankan adalah “Seminar Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak
Untuk Belajar Bahasa Inggeris”. Seminar ini akan mengambil masa selama sehari. Ia
bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 ptg bertempat di Dewan Sek Men Selayang
Bharu. Dalam Seminar ini Penceramah motivasi Dr Ahmad Khadafie Bin Othman dari
Fakulti Kaunseling Universiti Kebangsaan Malaysia akan dipanggil untuk menerangkan
langkah-langkah yang terbaik bagi membantu anak-anak untuk belajar B.I.

       Bagi mengalakkan ibu bapa menghadiri seminar ini, jamuan akan disediakan pada
waktu pagi, tengah-hari dan petang. Selain itu, saguhati akan diberikan kepada setiap ibu
bapa yang hadir. Cabutan bertuah juga akan dibuat semasa sesi terakhir seminar ini. Ia
bertujuan agar ibu bapa dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam seminar ini dan
bekerjasama dengan penceramah bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan lancar
serta informasi yang diperolehi dari seminar tersebut dapat digunakan dalam membantu anak-
anak untuk menguasai B.I. Jadual dibawah ini menunjukan anggaran belanjawan bagi
seminar ini serta tentatif program yang akan dilaksanakan.

ANGGARAN BELANJAWAN SEMINAR




                                                                                       10
ITEM                                RM

1. Jamuan Makan
   •   Pagi                                            50.00
   •   Tengah-hari                                     150.00

   •   Petang                                          50.00


2. Cenderahati Kepada Penceramah                       50.00


3. Saguhati Kepada Ibu bapa (30 keluarga x             150.00

   RM 5)


4. Hamper (cabutan Bertuah)                            50.00


                     Total                             500.00




TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi:      Pendaftaran / Ketibaan Para ibu bapa

8.30 pagi:      Majlis Perasmian

                •   Bacaan Doa


                                                                11
•   Ucapan Pengetua Sek Men Keb Selayang Bharu

               •   Ucapan pengerusi PIBG

9.00pagi:      Minum Pagi

9.30pagi:      Seminar “Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar Bahasa
               Inggeris” Oleh Penceramah motivasi Dr Ahmad Khadafie Bin Othman dari
               Fakulti Kaunselling Universiti Kebangsaan Malaysia.

12.30t/hari:   Jamuan makan tengahari/ Sembahyang Zohor

2.00 ptg:      Seminar Disambung

4.00ptg:       Minum Petang

4.30ptg:       Majlis Penutup

               •   Penentuan Cabutan Bertuah

               •   Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah

               •   Penyampaian Saguhati Kepada Ibu bapa




7.1b Perjumpaan Berperingkat




       Selain itu, perjumpaan berperingkat akan dilakukan bertujuan untuk mengetahui
apakah yang telah dilakukan oleh ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka. Ibu bapa dapat
berbincang dengan guru mengenai masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Dengan ini guru
dapat memberi jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. Perjumpaan

antara guru dan ibu bapa ini akan dilaksanakan dua bulan sekali iaitu seminggu selepas
seminar yang telah dilaksanakan. Sebanyak 3 kali perjumpaan akan dilaksanakan oleh guru
untuk menjayakan program ini iaitu. Perjumpaan yang yang kerap dapat menjalin hubungan
yang baik antara kedua-dua pihak seterusnya perbincangan dapat dilakukan dengan lebih
baik. Setiap perjumpaan guru akan melihat apakah yang telah ibu bapa lakukan dalam masa
dua bulan untuk membantu anak-anak mereka, kemudian guru akan memberi idea-idea yang


                                                                                      12
bernas untuk ibu bapa laksanakan dirumah. Selain itu, guru akan menilai adakah langkah-
langkah yang dilaksanakan berjaya atau sebaliknya. Jika tidak perjumpaan seterusnya akan
dilaksanakan sehingga langkah-langkah yang dilaksanakan berjaya.




7.1c Anugerah Ibu bapa Cemerlang

       Anugerah ibu bapa cemerlang juga akan dilaksanakan bagi menggalakkan mereka
prihatin terhadap anak-anak mereka dalam menguasai matapelajaran ini. Anugerah ini akan
mengambil kira bagaimana ibu bapa mengurus anak-anak mereka untuk belajar B.Inggeris.
Antara perkara yang akan dilihat ialah masa pembelajaran di rumah, adakah masa yang
disediakan cukup untuk mereka belajar. Selain itu, alat yang digunakan untuk membantu
anak-anak belajar contohnya membeli buku, majalah, surat khabar atau movie yang
berbahasa inggeris. Penentuan kepada ibu bapa cemerlang akan dinilai dengan memberi ujian
kepada anak-anak mereka. Sekiranya anak mereka menunjukan prestasi yang cemerlang
dalam ujian tersebut maka ia akan dinilai dalam penentuan tersebut. Anugerah ini akan
diberikan selepas keputusan peperiksaan akhir pelajar. Ia akan diberikan semasa
perhimpunan sekolah. Hadiah untuk anugerah tersebut terdiri daripada sijil penghargaan dan
hamper.




7.2 PERLAKSANAAN KEPADA PELAJAR




Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar tingkatan 2 Silikon merupakan pelajar
yang lemah di dalam mata pelajaran B.I . Bagi meningkatkan motivasi di kalangan pelajar,
pelbagai aktiviti telah disarankan. Ia termasuklah :




7.2a Menjalankan Kem Motivasi Pengukuhan Bahasa Inggeris

    Program utama yang akan dilakukan bagi meningkatkan motivasi para pelajar ialah
melalui program kem motivasi. Kem ini diadakan di Kem Motivasi Hulu Langat, Ulu Yam,
Selangor. Ia memakan masa selama 3 hari 2 malam dan program ini akan di jalankan




                                                                                       13
bermula pada hari Jumaat. Terlebih dahulu, kebenaran memohon pelepasan kelas pada hari
Jumaat akan dilakukan supaya proses perlaksanaan berjalan dengan lancar.

    Pengelolaan keseruluhan program akan di lakukan oleh kumpulan penyelidik dan di
bantu oleh guru-guru yang mengajar tingkatan 2 Silikon. Mereka juga akan bertindak sebagai
pemantau atau fasilitator bagi program berkenaan. Manakala sesi ceramah pula akan
disampaikan oleh penceramah pengajian Bahasa Inggeris Profesor Madya Dr Rosli Bin Talif
merupakan seorang pensyarah dan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.
Bagi mendorong penyertaan para pelajar pula, tiada cas bayaran akan di kenakan termasuk
tajaan makan dan minum mereka. Kesemua kos aktiviti di tanggung oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).



ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN

            Aktiviti / Kegunaan             Anggaran kos (RM)          Total (RM)

      Tempat tinggal (rumah               10 bilik x RM 25 x 3 hari      = 750.00
      tumpangan)

      Pengangkutan ( Bas )                1 unit x RM 150 x 3 hari       = 450.00

      Makanan :

                  Sarapan pagi                RM 150 x 2 hari

                  Tengah hari                 RM 200 x 3 hari

                  Minum Petang                 RM 70 x 3 hari

                  Makan malam                 RM 200 x 2 hari           = 1,510.00



      Upah penceramah                         RM 150 x 3 hari            = 450.00

      Cenderahati :

                  Penceramah                   RM 50 x 1 unit

                  Guru-guru                    RM 30 x 5 unit            = 200.00

      Lain-lain Belanja                                                  = 500.00




                                                                                          14
TOTAL                                   RM 3, 860.00



    Berdasarkan jadual diatas, di anggarkan perbelanjaan yang akan terlibat ialah sebanyak
RM 3,860.00. Lain-lain belanja merujuk kepada perbelanjaan yang tidak di duga. Selain itu,
bagi penginapan pelajar pula mereka akan ditempatkan Kem Motivasi Hulu Langat, Hulu
Yam,Selangor sebagai lokasi pilihan program. Perjalanan akan memakan masa selama 2 jam
30 minit dari Selayang Bharu, maka bas akan disewa untuk mengangkut pelajar ke kem
berkenaan. Ceramah yang diberi pula lebih berkisarkan bagaimana cara untuk meningkatkan
pemahaman terhadap mata pelajaran berkenaan serta memberi pendedahan tentang cara
belajar bahasa inggeris dengan berkesan. Di dalam program berkenaan, pelajar juga akan
diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan proses pemerhatian dan
membimbing pelajar berkenaan.




7.2b Menjalankan Program Minggu Bahasa Inggeris




    Langkah kedua untuk meningkatakan motivasi pelajar ialah dengan menjalankan Minggu
B.I. Minggu bahasa ini dijalankan bertujuan bagi melatih pelajar supaya belajar untuk
bercakap atau menggunakan perkataan B.I pada hari yang telah di tetapkan iaitu pada hari
rabu. Bagi memudahkan proses pemahaman dan penerimaan pelajar, program ini akan
bermula dari bawah iaitu bermula dengan penggunaan perkatan dan seterusnya apabila
mereka telah fasih, mereka akan menggunakan B.I dalam pertuturan. Jika mereka gagal untuk
berbuat demikian, mereka akan di denda. Denda yang di kenakan itu ialah berbentuk
pembinaan ayat di dalam B.I. Sebagai contohnya jika Ali gagal untuk menggunakan
perkataan B.I pada hari Rabu maka denda yang akan di berikan ialah Ali terpaksa
menggunakan satu perkataan dasar dan kemudiannya akan membetuk ayat. Konsep denda itu




boleh di lakukan pada hari lain semasa kelas B.I tersebut. Kaedah ini boleh dilakukan semasa
proses pengajaran B.I berlangsung pada hari rabu dan ia boleh di panjang selepas waktu
pengajaran iaitu boleh mengaplikasikan penggunaan B.I semasa berjumpa guru bahasa




                                                                                         15
tersebut di luar bilik darjah pada hari berkenaan. Situasi dan kitaran pembelajaran tersebut
boleh diterangkan seperti berikut:




                                                          Jika berjaya




                       Denda :

                 Membuat ayat dengan
                menggunakan kata dasar



                                                     Jika gagal


                                 Carta Aliran penggunaan BI




7.2c Menyediakan sudut bacaan dan rujukan B.Inggeris di dalam kelas




   Bagi menarik minat pembacaan para pelajar, sudut bacaan B.I akan di sediakan di satu
sudut di dalam bilik darjah. Selain itu juga bahan rujukan seperti kaedah menulis esei B.I,
grammar dan vocabulary di sediakan. Bahan bacaan ini akan di sediakan dan akan di berikan
secara percuma kepada kelas berkenaan. Pemilihan bahan ini di lakukan bersesuaian dengan
tahap IQ dan penerimaan mereka terhadap B.I. Bagi menarik minat pelajar berkenaan, teknik
pemilihan buku adalah termasuk reka bentuk, gambar rajah, ataupun carta yang mempunyai
kritria yang menarik seperti teknik warna yang menarik selain mementingkan aspek bahan
yang mudah di fahami oleh mereka. Penyediaan kamus bahasa Inggeris-Melayu dan kamus
Inggeris-Inggeris juga akan disediakan bagi memudahkan mereka untuk membut rujukan.
Anggaran kos kasar bagi membeli buku-buku tersebut ialah sebanyak RM 300.00.




                                                                                         16
7.2d Mengadakan aktiviti Pop Kuiz dan Uji Minda




     Aktiviti pop kuiz dan uji minda akan di adakan bagi menguji keberkesanan pemahaman
mereka terhadap mata pelajaran B.I. Aktiviti ini boleh di jalankan sebelum atau semasa sesi
pengajaran B.I berlaku. Kuiz dan ujian ini akan disoal dan dengan menggunakan BI. Bentuk
soalan yang di ajukan mestilah berlandaskan modul matapelajaran berkenaan dan ia mestilah
menggunakan ayat-ayat B.I mudah bagi mempercepatkan               proses pemahaman pelajar
terhadap soalan yang di berikan. Selain itu, guru mestilah memastikan bahawa soalan yang
diberikan adalah berkisarkan pengajaran yang telah lepas. Ini bagi mengurangkan aspek
lupaan murid-murid berkenaan terhadap pelajaran yang telah diajar. Aktiviti pop kuiz dan uji
minda ini akan berlansung kira-kira 15 minit sahaja, kemudian guru berkenaan boleh
memulakan sesi pengajaran seperti biasa.




7.2e Mengadakan pertandingan mengarang esei




       Pertandingan mengarang esei B.I juga boleh dilakukan. Pertandingan ini boleh
diadakan semasa sesi pengajaran berlangsung. Tajuk-tajuk yang dipilih mestilah berkaitan
dengan isu semasa dan ia boleh di aplikasikan di dalam matapelajaran B.I kertas 2.
Pertandingan ini akan di adakan setelah mendapti terdapat peningkatan penguasaan B.I di
kalangan pelajar. Sekirannya keadaan ini beerlaku, maka pertandingan mengarang esei B.I ini
boleh dilakukan sebulan sekali. Bagi menggalakan peserta menyertai aktiviti ini, hadiah akan
di berikan. Hadiah yang diberikan ialah berbentuk pemberian buku rujukan bahasa inggeris.
Anggaran kos bagi membeli buku rujukan ialah seperti berikut :-




                                                                                         17
ANGGARAN KOS

                     Perkara                      Anggaran Kos Perbelanjaan



         Pembahagian hadiah:               Sumbangan buku rujukan Bahasa
                                           Inggeris bernilai :

                                                           RM 50.00
                 Tempat pertama
                                                           RM 30.00
                  Tempat kedua
                                                           RM 20.00
                  Tempat ketiga

                     TOTAL                                RM 100.00



       Pemberian hadiah ini, di harapkan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi
para pelajar supaya lebih berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang
lebih baik di dalam mata pelajaran B.I kelak. Selain itu, diharapkan semua saranan aktiviti ini
akan dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi meningkatkan peratusan pencapai
matapelajaran B.I ini seterusnya di harapkan agar penggunaan bahasa ini dapat diaplikasikan
oleh setiap pelajar apabila mereka sudah melangkah ke alam pekerjaan kelak.




7.3 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEPADA GURU


       Bagi meningkatkan pencapaian akademik Bahasa Inggeris bagi tingkatan 2 Silikon,
peranan guru amat penting dalam membantu pelajar cenderung untuk belajar subjek ini
seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.


7.3a Seminar Motivasi


   Kami telah menyediakan beberapa rancangan program yang akan di laksanakan
sepanjang sesi kajian di buat. Program pertama yang akan dijalankan terlebih dahulu ialah



                                                                                            18
seminar motivasi yang bertajuk “Peranan Guru Dalam Pendidikan Bahasa Inggeris”. Di
sebabkan guru B.I hanya seorang, maka kami telah merancang bahawa kesemua guru B.I di
Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu wajib menghadiri seminar yang diadakan
pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan selama tiga bulan De Palma Inn
Resort,Selangor. Keadaan Ini kerana untuk memberi motivasi serta lebih input dan
membangkitkan semangat guru-guru dalam mempertingkatkan usaha dalam pendidikan B.I.
Kami telah menjemput 2 orang panel iaitu :


   1. Profesor Madya Dr Rosli Bin Talif merupakan seorang pensyarah dan dari Fakulti
       Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.
   2. Profesor Madya Dr Shameem Rafik Khan merupakan pensyarah Fakulti Bahasa
       Moden dan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia.


   Seminar ini akan dijalankan selama satu hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Segala
modul akan disediakan oleh panel itu sendiri sesuai dengan informasi peranan guru dalam
pendidikan B.I terkini.


   Melalui seminar ini, guru-guru akan lebih sedar betapa pentingnya inisiatif guru itu
sendiri dalam mendidik pelajar dalam subjek tersebut. Secara tidak langsung guru-guru akan
tingkatkan usaha mereka untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini dengan
apa jua cara sekalipun.


   Di akhir sesi seminar ini, kami akan mengadakan sesi soal-jawab supaya guru-guru akan
lebih sedar dan memahami konteks guru dalam pendidikan Bahasa Inggeris itu sendiri.




                                                                                       19
ANGGARAN KOS PROGRAM


BIL    BUTIRAN BELANJAWAN                                  JUMLAH ANGGARAN KOS
                                                                         (RM)

1      BAYARAN PANEL UNTUK 3 ORANG                                       1000

2      TEMPAT PROGRAM                                                     750

3      PERSEGARAN (MAKANAN)                                               500

       JUMLAH                                                            2250




7.3b Kursus Information Technology Communication



       Kami akan menjalankan satu kursus pada hari Sabtu sebanyak sekali setiap sebulan
selama 2 bulan di sekolah tersebut. Kursus ini melibatkan semua guru Bahasa Inggeris di
sekolah tersebut. Kursus ini akan diadakan di sekolah kerana memudahkan guru-guru untuk
menghadiri kursus tersebut.

       Kami akan menjemput dua orang yang mahir dalam teknologi maklumat dari Fakluiti
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia iaitu:

    1. Dr.Norwati Binti Tapah

    2. Dr.Abu Bakar Bin Md Sultan

    Kursus latihan ICT akan bermula pada pukul 9.00pagi hingga 12.00 tengahari iaitu
    selama 3 jam bagi satu sesi. Modul yang akan di ajar adalah seperti berikut:

        •   Power point

        •   3D

        •   Grafik dan Animasi

        •   Movie Maker



                                                                                    20
•   Audio

          •   Flash

       Modul ini akan di ajar dengan detail oleh tenaga pengajar dan guru-guru akan di uji
melalui hasil kerja yang di buat oleh guru tersebut secara individu. Melalui kaedah ini,
pengajar dapat mengenalpasti kelemahan guru tersebut dan dapat mempertingkatkan
kemahiran dan pengetahuan mereka. Untuk menarik minat guru supaya berusaha
bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik-teknik ICT, pihak kami akan menyediakan
hadiah kepada guru yang berjaya mendapat markah yang paling tinggi. Dengan cara ini,
secara tidak langsung guru akan mempraktikkan kemahiran ICT yang ada dalam P&P
mereka.

       Selepas tamat kursus tersebut, kami akan memberikan Sijil Kursus Information
Communication Technology (ICT) kepada guru-guru tersebut. Selepas sebulan program ini
selesai, kami akan kembali semula ke Sek Men Keb Selayang Bharu untuk mengetahui
sejauh mana kaedah ICT tersebut berkesan dalam menarik minat pelajar atau pun tidak.


ANGGARAN KOS PROGRAM


BIL   BUTIRAN BELANJAWAN                                 JUMLAH ANGGARAN KOS
                                                                     (RM)

1     BAYARAN UNTUK 2 ORANG PENGAJAR                                  2800

2     KOS PERALATAN                                                   1000

3     KOS HADIAH DAN CENDERAHATI                                      500

      JUMLAH                                                          4300




7.3c Penyampaian Anugerah Guru ICT



                                                                                       21
Kaedah seterusnya yang akan kami laksanakan ialah penyampaian anugerah guru
kreatif dan inovatif dalam P&P. Program ini akan dilaksanakan pada hari Isnin iaitu semasa
perhimpunan pagi. Ini adalah untuk menarik minat guru-guru dalam menggunakan kaedah


teknologi dalam P&P mereka. Secara tidak langsung, objektif kami yang paling utama iaitu
meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris akan tercapai kerana minat pelajar dapat dipupuk
dari semasa ke semasa. Pemerhatian akan dilakukan selepas dua minggu anugerah ini
dijalankan samada guru-guru B.I semakin menggunakan ICT dalam proses P&P mereka atau
tidak.




ANGGARAN KOS PROGRAM


BIL      BUTIRAN BELANJAWAN                               JUMLAH ANGGARAN KOS
                                                                      (RM)

1        KOS PUBLISITI                                                 200

2        KOS PERALATAN                                                 150

3        KOS HADIAH DAN CENDERAHATI                                    200

         JUMLAH                                                        550




7.3d Program Mentor Mentee


         Program ini di jalankan untuk mambantu pelajar menyelesaikan masalah yang di
hadapi dalam pelajaran Bahasa Inggeris. Dengan program ini bimbingan yang sempurna
kepada setiap aspek kecerdasan dan potensi pelajar dalam B.I.


         Program ini akan melibatkan 6 orang guru B.I di sekolah tersebut dan 30 orang
pelajar 2 Silikon. Seorang guru akan menjadi mentor kepada 5 orang mentee iaitu pelajar
tersebut. Dalam Program ini akan dijalankan bermula pada hari Isnin hingga Khamis setiap
minggu. Pelajar akan dipanggil untuk berjumpa dengan mentee masing-masing setiap hari


                                                                                          22
mengikut jadual masa       kosong mentee mereka. Panggilan sebagai mama bagi guru
perempuan dan papa bagi guru lelaki ditetapkan bagi menerapkan keakraban di antara
mereka. Melalui program ini, mentor akan bertanya secara terperinci tentang minat dan
kefahaman pelajar terhadap B.I.
          Setiap mentor pula hendaklah menyumbangkan sebuah Kamus Oxford kepada pelajar
tersebut untuk memudahkan mereka mencari maksud perkataan Bahasa Inggeris dalam
Bahasa Melayu yang akan dibekalkan oleh kami di rumah. Ini adalah kerana majoriti pelajar
tidak mampu untuk membeli kamus tersebut. Ini adalah kerana latar belakang keluarga yang
miskin.
          Secara tidak langsung program ini akan memupuk minat, perasaan ingin tahu dan
bakat mengikut kemampuan pelajar. Selepas mentee memberitahu sedikit sebanyak tentang
masalah pembelajaran dalam B.I, mentor pula akan memberi nasihat dan respon serta
bimbingan kepada mentee tersebut. Sepanjang program berlansung peranan guru atau mentor
amat penting dalam memberi tunjuk ajar yang baik supaya pelajar mudah faham mata
pelajaran ini dan seterusnya menarik perhatian mereka untuk belajar subjek ini dengan tekun.
          Selepas 2 minggu program ini tamat dan kami akan sekali lagi pergi ke sekolah
tersebut untuk membuat pemerhatian tanpa pengetahuan pelajar 2 Silikon samada mereka
lebih berminat untuk belajar subjek ini atau sama sahaja seperti sebelum ini.




 8.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN




                                                                                          23
BULAN DAN TAHUN                   2010                      2011

                                                                        1   1    1
 BIL PERKARA                                        5   6   7   8   9   0   1    2    1    2     3

   1 Mesyuarat Jawatankuasa

   2 Penulisan kertas cadangan

   3 Mesyuarat perancangan

   4 Mesyuarat pembinaan ujian pro/pos

   5 Pelaksanaan ujian pra

   6 Memproses data ujian pra

   7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian

   8 Perlaksanaan pemerhatian

   9 Analisis data ujian pro dan pemerhatian

      Mesyuarat perancangan edaran borang soal
  10 selidik

  11 Pelaksanaan edaran borang soal selidik

  12 Analisis data borang soal selidik

  13 Pelaksanaan ujian pos

  14 Refleksi dan penilaian

  15 Penulisan laporan kajian

  16 Pemurnian laporan



BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran.
     Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya
      Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36.




                                                                                     24
Alis Putih (2008)’Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey
Enterprise.


Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Erwin Tripp (1994). Language Acquisation And Communicative Choice. Stanford
       University Press.


Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second
       Language. New York : Tesol Quarterly.


Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication
       And Distributors Sdn. Bhd.


Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.


Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa
       Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa.
       11 : 1071 - 1080.


Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik
       Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota
       Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.


Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur :
       Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.


Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
      Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan.


Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata
      Pelajaran KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.



                                                                                       25
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
       Pendidikan Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur :
       Dewan Bahasa dan Pustaka.


Tarmizi Amran (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA
       Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.


Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics
       In Negerian Primary School. Research Technological Mathematics Education. 33 :
       247 - 255.


Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi
       Malaysia : Tesis Sarjana Muda.


http://www.fbmk.upm.edu.my/penyelidikan




                                                                                         26
27

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborkhairulnizam107
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
29788171 teori-psikoanalitik
29788171 teori-psikoanalitik29788171 teori-psikoanalitik
29788171 teori-psikoanalitikRavin Ravi
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieArifahAzlanShah2
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaUmmi Ismail
 
Didik hibur
 Didik hibur Didik hibur
Didik hiburDeen Jack
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFatimah Al-Dayana
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIAiniNazihah
 
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif raulhayes97
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran hariansulaiman174
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifFerraleny Doline
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018NANAPOYO
 

La actualidad más candente (20)

Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nombor
 
Soalan objektif aneka pilihan
Soalan objektif aneka pilihanSoalan objektif aneka pilihan
Soalan objektif aneka pilihan
 
47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
29788171 teori-psikoanalitik
29788171 teori-psikoanalitik29788171 teori-psikoanalitik
29788171 teori-psikoanalitik
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Strategi pendidikan lestari alam sekitar
Strategi pendidikan lestari alam sekitarStrategi pendidikan lestari alam sekitar
Strategi pendidikan lestari alam sekitar
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 
Didik hibur
 Didik hibur Didik hibur
Didik hibur
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
 
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 

Similar a OPTIMIZING ENGLISH ACHIEVEMENT

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkrela eryd
 
LK 3.1 - Aprilia Ayu Damayanti - new 2.pdf
LK 3.1 - Aprilia Ayu Damayanti - new 2.pdfLK 3.1 - Aprilia Ayu Damayanti - new 2.pdf
LK 3.1 - Aprilia Ayu Damayanti - new 2.pdfAprilia Damayanti
 
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanfiznina86
 
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptx
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptxPRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptx
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptxRusnawatiRusnawati1
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...Chitra Devaki
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Biologi
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar BiologiProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Biologi
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Biologiguestf6b63af
 
Skripsi pembelajaran Inquiry biologi
Skripsi pembelajaran Inquiry biologiSkripsi pembelajaran Inquiry biologi
Skripsi pembelajaran Inquiry biologiarif mutawalli
 

Similar a OPTIMIZING ENGLISH ACHIEVEMENT (20)

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
skripsi BaB I
skripsi BaB Iskripsi BaB I
skripsi BaB I
 
Penelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasPenelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelas
 
LK 3.1 - Aprilia Ayu Damayanti - new 2.pdf
LK 3.1 - Aprilia Ayu Damayanti - new 2.pdfLK 3.1 - Aprilia Ayu Damayanti - new 2.pdf
LK 3.1 - Aprilia Ayu Damayanti - new 2.pdf
 
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...
Presentation thesis nurul natasha gladdy peter legan KEKUATAN DAN KELEMAHAN P...
 
Pkp ipa
Pkp ipaPkp ipa
Pkp ipa
 
Lesson Study Intro 2012
Lesson Study Intro 2012Lesson Study Intro 2012
Lesson Study Intro 2012
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
 
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptx
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptxPRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptx
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptx
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Biologi
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar BiologiProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Biologi
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Biologi
 
Skripsi pembelajaran Inquiry biologi
Skripsi pembelajaran Inquiry biologiSkripsi pembelajaran Inquiry biologi
Skripsi pembelajaran Inquiry biologi
 

Más de abdol rahim

Powerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposelPowerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposelabdol rahim
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestabdol rahim
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestabdol rahim
 
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHDIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHabdol rahim
 
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan SlideKpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slideabdol rahim
 

Más de abdol rahim (7)

Powerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposelPowerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposel
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
 
Sunat tarawih
Sunat tarawihSunat tarawih
Sunat tarawih
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHDIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan SlideKpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
 

OPTIMIZING ENGLISH ACHIEVEMENT

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : PENCAPAIAN AKADEMIK BAHASA INGGERIS TINGKATAN DUA DI SMK SELAYANG BHARU,SELANGOR KUMPULAN SASARAN:TINGKATAN DUA SILIKON KPR5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN : E AHLI KUMPULAN : NORAZURA BINTI YAHYA L20101006102 NOR HASLINA BINTI ROSLI L20101006101 NOR AMIRA BINTI NOOR ALI L20101006107 ABDOL RAHIM BIN AHMAD L20101006103 DISEDIAKAN UNTUK: PROF.MADYA HJ.ABD LATIF BIN HJ.GAPOR
  • 2. ISI KANDUNGAN BIL ITEM MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1 1.1 Definisi Istilah 1 2.0 Masalah Kajian 1-2 3.0 Rasional Kajian 2 4.0 Objektif Kajian 2-3 4.1 Objektif umum 2 4.2 Objektif Khusus 3 5.0 Kajian Lepas 3 5.1 Faktor Guru 3 5.2 Faktor Keluarga 4 5.3 Faktor Motivasi 5-6 6.0 Metodologi 6-7 7.0 Perancangan Tindakan 7 7.1 Perlaksanaan kepada Ibu Bapa 7-10 7.2 Perlaksanaan kepada Pelajar 11-16 7.3 Perlaksanaan kepada Guru 16-21 8.0 Jadual Perlaksanaan 22 Bibliografi 23-24 1.0 PENGENALAN 2
  • 3. Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa Inggeris ke atas pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di daerah Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon sebagai sampel kajian kami. Isu yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian di lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi kelas berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan setengah tahun. Berdasarkan rekod yang diperolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I kelas 2 Silikon amat tidak memuaskan. Melalui pemerhatian yang dibuat, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pencapaian akedemik B.I sangat rendah. Antaranya latar belakang keluarga, tiada kesedaran motivasi guru dan murid. 1.1 DEFINISI ISTILAH Bahasa Inggeris adalah bahasa Jermanik Barat yang merupakan bahasa dominan di United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan negara Komanwel termasuk Australia dan Kanada, dan bekas koloni British (wikipedia). 2.0 MASALAH KAJIAN Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Selangor. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sangat rendah. Ramai pelajar yang gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun. 3
  • 4. Mereka tidak menyedari kepentingan bahasa tersebut. B.I merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu di aplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi. Kajian ini dibuat kerana mendapati gred pencapaian pelajar lulus di dalam mata pelajaran B.I bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari 50% kepada 40% sahaja. 3.0 RASIONAL KAJIAN Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat universiti kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I. Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek Men Keb Selayang Bharu (2Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Terdapat 2 jenis objektif di dalam kajian ini iaitu objektif umum dan objektif khusus. 4.1 Objektif Umum : Meningkatkan pencapaian akademik B.I di tingkatan 2 Silikon 4
  • 5. 4.2 Objektif Khusus: a) Mengenal pasti punca kejatuhan pencapaian akademik B.I di kelas 2Silikon b) Membantu memberikan pengetahuan kepada ibubapa tentang penekanan terhadap akademik anak-anak iaitu pelajar 2 Silikon bagi mata pelajaran B.I c) Memberi kesedaran motivasi kepada pelajar tentang mata pelajaran B.I d) Meningkatkan dan memperbaiki amalan pengajaran & pembelajaran yang sedia ada guru-guru dan mencipta teknik-teknik pengajaran dan pendekatan serta kaedah yang baru. 5.0 KAJIAN LEPAS Kajian yang dijalankan telah mendapati bahawa sebahagian besar pelajar gagal menguasai B.I dengan baik, khususnya pelajar-pelajar Melayu luar bandar (Tengku Razaleigh,2004). Melalui kajian dapat dikenalpasti bahawa beberapa faktor seperti keluarga, motivasi dan guru itu mempengaruhi tahap pencapaian B.I yang baik dikalangan pelajar. 5.1 Faktor guru yang mempengaruhi pencapaian B.Inggeris Guru merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Di samping itu, (Kamaruddin, 1989) menyatakan sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan itu memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan dalam mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Sinari (2003), sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru 5
  • 6. yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan, dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya. Kajian oleh Blair (1998) mendapati pendekatan pengajaran guru yang pelbagai menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat pelajara serta akan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap gurunya. Hal ini disokong oleh Tajul Ariffin (1998) yang menyatakan, guru yang sering menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama akan menyebabkan responden rasa bosan terhadap pengajaran guru. Namun begitu, Jumrang (2004) menyatakan , proses penyampaian dan pengajaran guru tidak akan berjalan dengan lancar jika penggunaan bahasa yang digunakan oleh guru tidak dapat difahami oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan ini kerana membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut Di samping itu, bahan bantu mengajar yang digunakan guru juga dalam B.I juga dapat menarik minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memotivasikan mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan baik dan bermakna. Hal ini disokong Kamaruddin (1986), daya tarikan sesuatu pengajaran bergantung kepada kemahiran mengajar dan kaedah guru. Ini sejajar dengan Mok Soon Sang (1995) yang menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar dapat membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Abdul Rahim (1984) dalam kajiannya menyatakan bahawa kesediaan seseorang guru sebelum memulakan pengajaran mempunyai pengaruh yang kuat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang sentiasa bersedia untuk mengajar sesuatu pelajaran mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menguasai sesuatu pelajaran tersebut berbanding guru yang tidak bersedia. Tunjuk ajar daripada guru amat penting bagi membimbing pelajar dan membolehkan pelajar tidak menghadapi masalah dalam pembelajaran. Guru akan membuat pengulangan terhadap perkara yang telah dipelajari untuk membolehkan ingatan pelajar terhadap matapelajaran lebih kekal lama, Sinari (2003). Abdul Rahim (1984) berpendapat bahawa penerangan yang berulang kali oleh guru menyebabkan pelajar akan lebih cenderung mengingatinya dalam jangka masa yang lama serta mengukuhkan lagi pemahaman pelajar. 5.2 Faktor keluarga yang mempengaruhi pencapaian bahasa inggeris 6
  • 7. Hassan (1996) dalam kajiannya mendapati,sokongan, dorongan dan keyakinan diri yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga akan menjadi satu kekuatan dan motivasi bagi responden untuk memajukan diri. Manakala kajian oleh Fraser (1987) pula mendapati, dorongan dan bimbingan terhadap responden akan menyebabkan pelajar sentiasa bersungguh-sungguh meningkatkan lagi prestasi akademik mereka. Majoriti ibu bapa responden menyediakan kemudahan pembelajaran kepada responden. Ini bagi memudahkan pelajar membuat rujukan serta mengulangkaji pelajaran. Penglibatan ibu bapa bukan sahaja setakat memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak bahkan ia juga turut disertakan dengan bantuan material contohnya menyediakan kelengkapan pembelajaran seperti buku rujukan, buku latihan, dan sebagainya. Menurut Fathman (1986), kejayaan seseorang dalam mata pelajaran bahasa kedua dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta mempunyai asas B.I yang lemah. Ini kerana mereka tidak didedahkan dengan penggunaan B.I serta tidak digalakkan menggunakan bahasa tersebut dan keluarga lebih menekankan kepada bahasa ibunda dalam komunikasi harian Erwin (1984), mendapati bahawa dengan kekerapan latihan sahaja tidak mungkin dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat untuk penguasaan bahasa yang dipelajari. Namun begitu hal ini tidak berlaku kerana, keluarga tidak menitikberatkan penggunaan B.I dalam aktiviti harian dan menganggap subjek ini sesuatu yang sukar. Oleh itu, keluarga tidak memberi galakan kepada anak-anak. Tarmizi (2003) yang menyatakan faktor yang paling mempengaruhi penguasaan B.I di kalangan pelajar adalah pengetahuan asas bahasa ini di peringkat sekolah . Di samping itu, responden yang lemah pengetahuan asas B.I di peringkat sekolah adalah sukar untuk menguasai bahasa tersebut (Jumali, 1992). Ini kerana pelajar tidak didedahkan dengan B.I semenjak sekolah rendah dan mereka tidak diberikan galakan atau motivasi untuk belajar B.I oleh ibu bapa atau keluarga. Sementelah ibu bapa juga tidak mempunyai pengetahuan dalam B.I dan mereka tidak mempunyai kesedaran terhadap kepentingannya. 5.3 Faktor motivasi yang mempengaruhi pencapaian bahasa inggeris 7
  • 8. Motivasi merupakan keadaan dalaman yang mendorong seseorang bersungguh- sungguh untuk mencapai matlamat, Maarof (2004). Eh Meng (1992) menyatakan bahawa persekitaran yang baik dan memberangsangkan akan memberikan bermotivasi kepada pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Suasana bilik darjah yang tenang dan selesa penting bagi sesuatu pembelajaran yang optimum dan berkesan. Selain itu, Ibrahim (1995) dalam kajian yang dijalankan mendapati, pembelajaran berkesan disebabkan oleh faktor persekitaran yang menyenangkan dan dikenalpasti bahawa tempat belajar adalah penting dalam memulakan aktiviti pembelajaran. Penyediaan tempat belajar sistematik penting kerana mempengaruhi pembelajaran. Persekitaran yang selesa membolehkan proses pembelajaran berlaku. Suppiah (2008) menyatakan guru perlu memberikan motivasi secara entrinsik dan intrinsik kepada pelajar bagi menggalakkan dan meningkatkan keinginan untuk terus pelajar. Motivasi ini seperti tanda-tanda pujian yang merangkumi bintang, tanda merah, gred dan pengiktirafan yang dapat memotivasikan pelajar. 6.0 METODOLOGI Hasil daripada pemerhatian terhadap data rekod keputusan ujian pertengahan tahun tingkatan 2 Silikon, mendapati bahawa hanya segelintir pelajar memperolehi keputusan yang sederhana dan selebihnya gagal. Oleh sebab itu, satu kajian akan dijalankan bagi mengenalpasti faktor yang menyumbangkan kepada pencapaian B.I yang tidak memuaskan dan seterusnya langkah mengatasi masalah kajian. Kajian yang di lakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu. Sekolah yang dipilih merupakan populasi pemyelidikan kami. Populasi menurut Ahmad Mahdzan (1989) berpendapat bahawa populasi ini boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan unsur atau benda yang menjadi kajian kita. Selain itu, setiap unsur atau elemen ini boleh digunakan untuk dijadikan sebagai sampel kajian.manakala sampel pula merujuk kepada sekumpulan kecil unsur yang telah diambil dari rangka persempelan atau dengan kata lain sampel ini 8
  • 9. mewakili sesuatu populasi daripada sebarang tinjauan. Oleh itu, di sini jelas menunjukkan bahawa sampel bagi kajian kami ialah melibatkan semua pelajar tingkatan 2 Silikon. Kajian yang dilakukan ini akan melibatkan pengagihan soal selidik kepada setiap pelajar tingkatan 2 Silikon iaitu melibatkan seramai 30 orang pelajar. Didapati bahawa soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk digunakan kerana ia boleh digunakan untuk soalan- soalan yang berbentuk sensitiviti. Menurut Mohd Majid Konting (1990), soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soalan soal selidik dibina berdasarkan 2 bahagian utama iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soalan di bahagian A lebih tertumpu kepada soalan untuk melihat latar belakang pelajar. Manakala Bahagian B pula bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pengetahuan, keberkesanan dan kaedah pengajaran & pembelajaran yang di gunakan oleh guru tersebut. Serta melihat kesedaran para pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris. Bagi soalan jenis ini, penggunaan skala pengukuran yang sesuai ialah dengan menggunakan skala Likert 5 mata (5 = sangat tidak setuju, 4 = setuju, 3= kurang setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat tidak setuju). Penggunaan skala jenis ini amat sesuai di gunakan kan untuk melihat sikap pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Pengagihan soal selidik itu akan mengambil masa lebih kurang 30 minit semasa proses pengajaran guru Bahasa Inggeris tersebut berlangsung. (Rujuk Lampiran 1) Dapatan kajian akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kuantitatif (Min, mod, median) iaitu untuk menilai pencapaian para pelajar melalui ujian bulanan dan ujian pertengahan tahun. Selain itu hasil kajian juga akan di analsis dengan menggunakan analisis demografi (Microsoft Exel) . Analisis jenis ini digunakan untuk melihat gambaran secara keseluruhan tentang maklumat peribadi pelajar kelas berkenaan. 7.0 PERANCANGAN TINDAKAN 7.1 PERLAKSANAAN KEPADA IBU BAPA 9
  • 10. Bagi membantu para pelajar tingkatan 2 Silikon menguasai B.I. Ibu bapa perlu bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka berminat untuk belajar matapelajaran ini. Ibu bapa merupakan model teladan yang terbaik untuk anak-anak mencontohinya. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting bagi membantu anak-anak menguasai matapelajaran B.I Antara langkah-langkah yang dikenalpasti bersesuaian dengan peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan program seperti seminar dan perjumpaan berperingkat. Program ini dapat memberi peluang kepada guru-guru berjumpa dengan ibu bapa serta dapat bekerjasama bagi membantu para pelajar cemerlang dalam pelajaran terutamanya penguasaan B.I. 7.1a Seminar Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar Bahasa Inggeris Dalam hal ini program bersama ibu bapa melalui PIBG akan dilaksanakan bagi memberi motivasi kepada ibu bapa bagi membantu anak-anak untuk menguasai B.I. Antara program yang akan dijalankan adalah “Seminar Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar Bahasa Inggeris”. Seminar ini akan mengambil masa selama sehari. Ia bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 ptg bertempat di Dewan Sek Men Selayang Bharu. Dalam Seminar ini Penceramah motivasi Dr Ahmad Khadafie Bin Othman dari Fakulti Kaunseling Universiti Kebangsaan Malaysia akan dipanggil untuk menerangkan langkah-langkah yang terbaik bagi membantu anak-anak untuk belajar B.I. Bagi mengalakkan ibu bapa menghadiri seminar ini, jamuan akan disediakan pada waktu pagi, tengah-hari dan petang. Selain itu, saguhati akan diberikan kepada setiap ibu bapa yang hadir. Cabutan bertuah juga akan dibuat semasa sesi terakhir seminar ini. Ia bertujuan agar ibu bapa dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam seminar ini dan bekerjasama dengan penceramah bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan lancar serta informasi yang diperolehi dari seminar tersebut dapat digunakan dalam membantu anak- anak untuk menguasai B.I. Jadual dibawah ini menunjukan anggaran belanjawan bagi seminar ini serta tentatif program yang akan dilaksanakan. ANGGARAN BELANJAWAN SEMINAR 10
  • 11. ITEM RM 1. Jamuan Makan • Pagi 50.00 • Tengah-hari 150.00 • Petang 50.00 2. Cenderahati Kepada Penceramah 50.00 3. Saguhati Kepada Ibu bapa (30 keluarga x 150.00 RM 5) 4. Hamper (cabutan Bertuah) 50.00 Total 500.00 TENTATIF PROGRAM 8.00 pagi: Pendaftaran / Ketibaan Para ibu bapa 8.30 pagi: Majlis Perasmian • Bacaan Doa 11
  • 12. Ucapan Pengetua Sek Men Keb Selayang Bharu • Ucapan pengerusi PIBG 9.00pagi: Minum Pagi 9.30pagi: Seminar “Bagaimana Menarik Minat Anak-Anak Untuk Belajar Bahasa Inggeris” Oleh Penceramah motivasi Dr Ahmad Khadafie Bin Othman dari Fakulti Kaunselling Universiti Kebangsaan Malaysia. 12.30t/hari: Jamuan makan tengahari/ Sembahyang Zohor 2.00 ptg: Seminar Disambung 4.00ptg: Minum Petang 4.30ptg: Majlis Penutup • Penentuan Cabutan Bertuah • Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah • Penyampaian Saguhati Kepada Ibu bapa 7.1b Perjumpaan Berperingkat Selain itu, perjumpaan berperingkat akan dilakukan bertujuan untuk mengetahui apakah yang telah dilakukan oleh ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka. Ibu bapa dapat berbincang dengan guru mengenai masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Dengan ini guru dapat memberi jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. Perjumpaan antara guru dan ibu bapa ini akan dilaksanakan dua bulan sekali iaitu seminggu selepas seminar yang telah dilaksanakan. Sebanyak 3 kali perjumpaan akan dilaksanakan oleh guru untuk menjayakan program ini iaitu. Perjumpaan yang yang kerap dapat menjalin hubungan yang baik antara kedua-dua pihak seterusnya perbincangan dapat dilakukan dengan lebih baik. Setiap perjumpaan guru akan melihat apakah yang telah ibu bapa lakukan dalam masa dua bulan untuk membantu anak-anak mereka, kemudian guru akan memberi idea-idea yang 12
  • 13. bernas untuk ibu bapa laksanakan dirumah. Selain itu, guru akan menilai adakah langkah- langkah yang dilaksanakan berjaya atau sebaliknya. Jika tidak perjumpaan seterusnya akan dilaksanakan sehingga langkah-langkah yang dilaksanakan berjaya. 7.1c Anugerah Ibu bapa Cemerlang Anugerah ibu bapa cemerlang juga akan dilaksanakan bagi menggalakkan mereka prihatin terhadap anak-anak mereka dalam menguasai matapelajaran ini. Anugerah ini akan mengambil kira bagaimana ibu bapa mengurus anak-anak mereka untuk belajar B.Inggeris. Antara perkara yang akan dilihat ialah masa pembelajaran di rumah, adakah masa yang disediakan cukup untuk mereka belajar. Selain itu, alat yang digunakan untuk membantu anak-anak belajar contohnya membeli buku, majalah, surat khabar atau movie yang berbahasa inggeris. Penentuan kepada ibu bapa cemerlang akan dinilai dengan memberi ujian kepada anak-anak mereka. Sekiranya anak mereka menunjukan prestasi yang cemerlang dalam ujian tersebut maka ia akan dinilai dalam penentuan tersebut. Anugerah ini akan diberikan selepas keputusan peperiksaan akhir pelajar. Ia akan diberikan semasa perhimpunan sekolah. Hadiah untuk anugerah tersebut terdiri daripada sijil penghargaan dan hamper. 7.2 PERLAKSANAAN KEPADA PELAJAR Dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar tingkatan 2 Silikon merupakan pelajar yang lemah di dalam mata pelajaran B.I . Bagi meningkatkan motivasi di kalangan pelajar, pelbagai aktiviti telah disarankan. Ia termasuklah : 7.2a Menjalankan Kem Motivasi Pengukuhan Bahasa Inggeris Program utama yang akan dilakukan bagi meningkatkan motivasi para pelajar ialah melalui program kem motivasi. Kem ini diadakan di Kem Motivasi Hulu Langat, Ulu Yam, Selangor. Ia memakan masa selama 3 hari 2 malam dan program ini akan di jalankan 13
  • 14. bermula pada hari Jumaat. Terlebih dahulu, kebenaran memohon pelepasan kelas pada hari Jumaat akan dilakukan supaya proses perlaksanaan berjalan dengan lancar. Pengelolaan keseruluhan program akan di lakukan oleh kumpulan penyelidik dan di bantu oleh guru-guru yang mengajar tingkatan 2 Silikon. Mereka juga akan bertindak sebagai pemantau atau fasilitator bagi program berkenaan. Manakala sesi ceramah pula akan disampaikan oleh penceramah pengajian Bahasa Inggeris Profesor Madya Dr Rosli Bin Talif merupakan seorang pensyarah dan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. Bagi mendorong penyertaan para pelajar pula, tiada cas bayaran akan di kenakan termasuk tajaan makan dan minum mereka. Kesemua kos aktiviti di tanggung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN Aktiviti / Kegunaan Anggaran kos (RM) Total (RM) Tempat tinggal (rumah 10 bilik x RM 25 x 3 hari = 750.00 tumpangan) Pengangkutan ( Bas ) 1 unit x RM 150 x 3 hari = 450.00 Makanan : Sarapan pagi RM 150 x 2 hari Tengah hari RM 200 x 3 hari Minum Petang RM 70 x 3 hari Makan malam RM 200 x 2 hari = 1,510.00 Upah penceramah RM 150 x 3 hari = 450.00 Cenderahati : Penceramah RM 50 x 1 unit Guru-guru RM 30 x 5 unit = 200.00 Lain-lain Belanja = 500.00 14
  • 15. TOTAL RM 3, 860.00 Berdasarkan jadual diatas, di anggarkan perbelanjaan yang akan terlibat ialah sebanyak RM 3,860.00. Lain-lain belanja merujuk kepada perbelanjaan yang tidak di duga. Selain itu, bagi penginapan pelajar pula mereka akan ditempatkan Kem Motivasi Hulu Langat, Hulu Yam,Selangor sebagai lokasi pilihan program. Perjalanan akan memakan masa selama 2 jam 30 minit dari Selayang Bharu, maka bas akan disewa untuk mengangkut pelajar ke kem berkenaan. Ceramah yang diberi pula lebih berkisarkan bagaimana cara untuk meningkatkan pemahaman terhadap mata pelajaran berkenaan serta memberi pendedahan tentang cara belajar bahasa inggeris dengan berkesan. Di dalam program berkenaan, pelajar juga akan diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan proses pemerhatian dan membimbing pelajar berkenaan. 7.2b Menjalankan Program Minggu Bahasa Inggeris Langkah kedua untuk meningkatakan motivasi pelajar ialah dengan menjalankan Minggu B.I. Minggu bahasa ini dijalankan bertujuan bagi melatih pelajar supaya belajar untuk bercakap atau menggunakan perkataan B.I pada hari yang telah di tetapkan iaitu pada hari rabu. Bagi memudahkan proses pemahaman dan penerimaan pelajar, program ini akan bermula dari bawah iaitu bermula dengan penggunaan perkatan dan seterusnya apabila mereka telah fasih, mereka akan menggunakan B.I dalam pertuturan. Jika mereka gagal untuk berbuat demikian, mereka akan di denda. Denda yang di kenakan itu ialah berbentuk pembinaan ayat di dalam B.I. Sebagai contohnya jika Ali gagal untuk menggunakan perkataan B.I pada hari Rabu maka denda yang akan di berikan ialah Ali terpaksa menggunakan satu perkataan dasar dan kemudiannya akan membetuk ayat. Konsep denda itu boleh di lakukan pada hari lain semasa kelas B.I tersebut. Kaedah ini boleh dilakukan semasa proses pengajaran B.I berlangsung pada hari rabu dan ia boleh di panjang selepas waktu pengajaran iaitu boleh mengaplikasikan penggunaan B.I semasa berjumpa guru bahasa 15
  • 16. tersebut di luar bilik darjah pada hari berkenaan. Situasi dan kitaran pembelajaran tersebut boleh diterangkan seperti berikut: Jika berjaya Denda : Membuat ayat dengan menggunakan kata dasar Jika gagal Carta Aliran penggunaan BI 7.2c Menyediakan sudut bacaan dan rujukan B.Inggeris di dalam kelas Bagi menarik minat pembacaan para pelajar, sudut bacaan B.I akan di sediakan di satu sudut di dalam bilik darjah. Selain itu juga bahan rujukan seperti kaedah menulis esei B.I, grammar dan vocabulary di sediakan. Bahan bacaan ini akan di sediakan dan akan di berikan secara percuma kepada kelas berkenaan. Pemilihan bahan ini di lakukan bersesuaian dengan tahap IQ dan penerimaan mereka terhadap B.I. Bagi menarik minat pelajar berkenaan, teknik pemilihan buku adalah termasuk reka bentuk, gambar rajah, ataupun carta yang mempunyai kritria yang menarik seperti teknik warna yang menarik selain mementingkan aspek bahan yang mudah di fahami oleh mereka. Penyediaan kamus bahasa Inggeris-Melayu dan kamus Inggeris-Inggeris juga akan disediakan bagi memudahkan mereka untuk membut rujukan. Anggaran kos kasar bagi membeli buku-buku tersebut ialah sebanyak RM 300.00. 16
  • 17. 7.2d Mengadakan aktiviti Pop Kuiz dan Uji Minda Aktiviti pop kuiz dan uji minda akan di adakan bagi menguji keberkesanan pemahaman mereka terhadap mata pelajaran B.I. Aktiviti ini boleh di jalankan sebelum atau semasa sesi pengajaran B.I berlaku. Kuiz dan ujian ini akan disoal dan dengan menggunakan BI. Bentuk soalan yang di ajukan mestilah berlandaskan modul matapelajaran berkenaan dan ia mestilah menggunakan ayat-ayat B.I mudah bagi mempercepatkan proses pemahaman pelajar terhadap soalan yang di berikan. Selain itu, guru mestilah memastikan bahawa soalan yang diberikan adalah berkisarkan pengajaran yang telah lepas. Ini bagi mengurangkan aspek lupaan murid-murid berkenaan terhadap pelajaran yang telah diajar. Aktiviti pop kuiz dan uji minda ini akan berlansung kira-kira 15 minit sahaja, kemudian guru berkenaan boleh memulakan sesi pengajaran seperti biasa. 7.2e Mengadakan pertandingan mengarang esei Pertandingan mengarang esei B.I juga boleh dilakukan. Pertandingan ini boleh diadakan semasa sesi pengajaran berlangsung. Tajuk-tajuk yang dipilih mestilah berkaitan dengan isu semasa dan ia boleh di aplikasikan di dalam matapelajaran B.I kertas 2. Pertandingan ini akan di adakan setelah mendapti terdapat peningkatan penguasaan B.I di kalangan pelajar. Sekirannya keadaan ini beerlaku, maka pertandingan mengarang esei B.I ini boleh dilakukan sebulan sekali. Bagi menggalakan peserta menyertai aktiviti ini, hadiah akan di berikan. Hadiah yang diberikan ialah berbentuk pemberian buku rujukan bahasa inggeris. Anggaran kos bagi membeli buku rujukan ialah seperti berikut :- 17
  • 18. ANGGARAN KOS Perkara Anggaran Kos Perbelanjaan Pembahagian hadiah: Sumbangan buku rujukan Bahasa Inggeris bernilai : RM 50.00 Tempat pertama RM 30.00 Tempat kedua RM 20.00 Tempat ketiga TOTAL RM 100.00 Pemberian hadiah ini, di harapkan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi para pelajar supaya lebih berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran B.I kelak. Selain itu, diharapkan semua saranan aktiviti ini akan dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi meningkatkan peratusan pencapai matapelajaran B.I ini seterusnya di harapkan agar penggunaan bahasa ini dapat diaplikasikan oleh setiap pelajar apabila mereka sudah melangkah ke alam pekerjaan kelak. 7.3 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM KEPADA GURU Bagi meningkatkan pencapaian akademik Bahasa Inggeris bagi tingkatan 2 Silikon, peranan guru amat penting dalam membantu pelajar cenderung untuk belajar subjek ini seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. 7.3a Seminar Motivasi Kami telah menyediakan beberapa rancangan program yang akan di laksanakan sepanjang sesi kajian di buat. Program pertama yang akan dijalankan terlebih dahulu ialah 18
  • 19. seminar motivasi yang bertajuk “Peranan Guru Dalam Pendidikan Bahasa Inggeris”. Di sebabkan guru B.I hanya seorang, maka kami telah merancang bahawa kesemua guru B.I di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu wajib menghadiri seminar yang diadakan pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan selama tiga bulan De Palma Inn Resort,Selangor. Keadaan Ini kerana untuk memberi motivasi serta lebih input dan membangkitkan semangat guru-guru dalam mempertingkatkan usaha dalam pendidikan B.I. Kami telah menjemput 2 orang panel iaitu : 1. Profesor Madya Dr Rosli Bin Talif merupakan seorang pensyarah dan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. 2. Profesor Madya Dr Shameem Rafik Khan merupakan pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia. Seminar ini akan dijalankan selama satu hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Segala modul akan disediakan oleh panel itu sendiri sesuai dengan informasi peranan guru dalam pendidikan B.I terkini. Melalui seminar ini, guru-guru akan lebih sedar betapa pentingnya inisiatif guru itu sendiri dalam mendidik pelajar dalam subjek tersebut. Secara tidak langsung guru-guru akan tingkatkan usaha mereka untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini dengan apa jua cara sekalipun. Di akhir sesi seminar ini, kami akan mengadakan sesi soal-jawab supaya guru-guru akan lebih sedar dan memahami konteks guru dalam pendidikan Bahasa Inggeris itu sendiri. 19
  • 20. ANGGARAN KOS PROGRAM BIL BUTIRAN BELANJAWAN JUMLAH ANGGARAN KOS (RM) 1 BAYARAN PANEL UNTUK 3 ORANG 1000 2 TEMPAT PROGRAM 750 3 PERSEGARAN (MAKANAN) 500 JUMLAH 2250 7.3b Kursus Information Technology Communication Kami akan menjalankan satu kursus pada hari Sabtu sebanyak sekali setiap sebulan selama 2 bulan di sekolah tersebut. Kursus ini melibatkan semua guru Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. Kursus ini akan diadakan di sekolah kerana memudahkan guru-guru untuk menghadiri kursus tersebut. Kami akan menjemput dua orang yang mahir dalam teknologi maklumat dari Fakluiti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia iaitu: 1. Dr.Norwati Binti Tapah 2. Dr.Abu Bakar Bin Md Sultan Kursus latihan ICT akan bermula pada pukul 9.00pagi hingga 12.00 tengahari iaitu selama 3 jam bagi satu sesi. Modul yang akan di ajar adalah seperti berikut: • Power point • 3D • Grafik dan Animasi • Movie Maker 20
  • 21. Audio • Flash Modul ini akan di ajar dengan detail oleh tenaga pengajar dan guru-guru akan di uji melalui hasil kerja yang di buat oleh guru tersebut secara individu. Melalui kaedah ini, pengajar dapat mengenalpasti kelemahan guru tersebut dan dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Untuk menarik minat guru supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik-teknik ICT, pihak kami akan menyediakan hadiah kepada guru yang berjaya mendapat markah yang paling tinggi. Dengan cara ini, secara tidak langsung guru akan mempraktikkan kemahiran ICT yang ada dalam P&P mereka. Selepas tamat kursus tersebut, kami akan memberikan Sijil Kursus Information Communication Technology (ICT) kepada guru-guru tersebut. Selepas sebulan program ini selesai, kami akan kembali semula ke Sek Men Keb Selayang Bharu untuk mengetahui sejauh mana kaedah ICT tersebut berkesan dalam menarik minat pelajar atau pun tidak. ANGGARAN KOS PROGRAM BIL BUTIRAN BELANJAWAN JUMLAH ANGGARAN KOS (RM) 1 BAYARAN UNTUK 2 ORANG PENGAJAR 2800 2 KOS PERALATAN 1000 3 KOS HADIAH DAN CENDERAHATI 500 JUMLAH 4300 7.3c Penyampaian Anugerah Guru ICT 21
  • 22. Kaedah seterusnya yang akan kami laksanakan ialah penyampaian anugerah guru kreatif dan inovatif dalam P&P. Program ini akan dilaksanakan pada hari Isnin iaitu semasa perhimpunan pagi. Ini adalah untuk menarik minat guru-guru dalam menggunakan kaedah teknologi dalam P&P mereka. Secara tidak langsung, objektif kami yang paling utama iaitu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris akan tercapai kerana minat pelajar dapat dipupuk dari semasa ke semasa. Pemerhatian akan dilakukan selepas dua minggu anugerah ini dijalankan samada guru-guru B.I semakin menggunakan ICT dalam proses P&P mereka atau tidak. ANGGARAN KOS PROGRAM BIL BUTIRAN BELANJAWAN JUMLAH ANGGARAN KOS (RM) 1 KOS PUBLISITI 200 2 KOS PERALATAN 150 3 KOS HADIAH DAN CENDERAHATI 200 JUMLAH 550 7.3d Program Mentor Mentee Program ini di jalankan untuk mambantu pelajar menyelesaikan masalah yang di hadapi dalam pelajaran Bahasa Inggeris. Dengan program ini bimbingan yang sempurna kepada setiap aspek kecerdasan dan potensi pelajar dalam B.I. Program ini akan melibatkan 6 orang guru B.I di sekolah tersebut dan 30 orang pelajar 2 Silikon. Seorang guru akan menjadi mentor kepada 5 orang mentee iaitu pelajar tersebut. Dalam Program ini akan dijalankan bermula pada hari Isnin hingga Khamis setiap minggu. Pelajar akan dipanggil untuk berjumpa dengan mentee masing-masing setiap hari 22
  • 23. mengikut jadual masa kosong mentee mereka. Panggilan sebagai mama bagi guru perempuan dan papa bagi guru lelaki ditetapkan bagi menerapkan keakraban di antara mereka. Melalui program ini, mentor akan bertanya secara terperinci tentang minat dan kefahaman pelajar terhadap B.I. Setiap mentor pula hendaklah menyumbangkan sebuah Kamus Oxford kepada pelajar tersebut untuk memudahkan mereka mencari maksud perkataan Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu yang akan dibekalkan oleh kami di rumah. Ini adalah kerana majoriti pelajar tidak mampu untuk membeli kamus tersebut. Ini adalah kerana latar belakang keluarga yang miskin. Secara tidak langsung program ini akan memupuk minat, perasaan ingin tahu dan bakat mengikut kemampuan pelajar. Selepas mentee memberitahu sedikit sebanyak tentang masalah pembelajaran dalam B.I, mentor pula akan memberi nasihat dan respon serta bimbingan kepada mentee tersebut. Sepanjang program berlansung peranan guru atau mentor amat penting dalam memberi tunjuk ajar yang baik supaya pelajar mudah faham mata pelajaran ini dan seterusnya menarik perhatian mereka untuk belajar subjek ini dengan tekun. Selepas 2 minggu program ini tamat dan kami akan sekali lagi pergi ke sekolah tersebut untuk membuat pemerhatian tanpa pengetahuan pelajar 2 Silikon samada mereka lebih berminat untuk belajar subjek ini atau sama sahaja seperti sebelum ini. 8.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN 23
  • 24. BULAN DAN TAHUN 2010 2011 1 1 1 BIL PERKARA 5 6 7 8 9 0 1 2 1 2 3 1 Mesyuarat Jawatankuasa 2 Penulisan kertas cadangan 3 Mesyuarat perancangan 4 Mesyuarat pembinaan ujian pro/pos 5 Pelaksanaan ujian pra 6 Memproses data ujian pra 7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 8 Perlaksanaan pemerhatian 9 Analisis data ujian pro dan pemerhatian Mesyuarat perancangan edaran borang soal 10 selidik 11 Pelaksanaan edaran borang soal selidik 12 Analisis data borang soal selidik 13 Pelaksanaan ujian pos 14 Refleksi dan penilaian 15 Penulisan laporan kajian 16 Pemurnian laporan BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran. Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36. 24
  • 25. Alis Putih (2008)’Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey Enterprise. Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Erwin Tripp (1994). Language Acquisation And Communicative Choice. Stanford University Press. Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second Language. New York : Tesol Quarterly. Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. 11 : 1071 - 1080. Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan. Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata Pelajaran KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. 25
  • 26. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tarmizi Amran (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics In Negerian Primary School. Research Technological Mathematics Education. 33 : 247 - 255. Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. http://www.fbmk.upm.edu.my/penyelidikan 26
  • 27. 27