1. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 1
KOMPONEN DAN PIAWAIAN MULTIMEDIA
2.0 KOMPONEN DAN PIAWAIAN MULTIMEDIA
o Kitaran IPOS mewakili perkataan Input, Proses, Output dan Storan.
o Kesemua peranti tersebut terlibat secara langsung dengan proses
pembangunan aplikasi multimedia.
PEMPROSESAN
INPUT OUTPUT
STORAN
Rajah 2.1 : Komponen Sistem Multimedia
KOMPONEN PENERANGAN
PERANTI INPUT o Peranti Input digunakan untuk tujuan kemasukan
data atau maklumat ke dalam computer.
o Contohnya ialah: Papan Kekunci (Keyboard),
Tetikus (Mouse), Pengimbas (Scanner), Kamera
Digital dan sebagainya.
PEMPROSES o Merujuk kepada peranti-peranti yang terlibat
dalam proses pemprosesan data atau maklumat
yang dimasukkan melalui peranti input.
o Antara peranti yang dikategorikan sebagai peranti
pemprosesan adalah papan induk, ingatan capaian
rawak (RAM), CPU, Talian Bas dan lain-lain.
o Semua peranti pemprosesan ini terletak di papan
induk (Motherboard)
PERANTI OUPUT o Selepas data atau maklumat dimasukkan melalui
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
2. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 2
peranti kemasukan (Input) dan diproses di dalam
peranti pemprosesan, data atau maklumat tersebut
boleh dipaparkan melalui peranti output.
o Contohnya ialah monitor, speaker dan pencetak.
PERANTI STORAN o Semua data dan maklumat yang telah dipaparkan
dalam peranti output adakalanya perlu disimpan di
dalam ruang penyimpanan yang sesuai dengan saiz
fail yang dihasilkan.
o Justeru itu, ruang penyimpanan yang sesuai perlu
dipilih apabila sesuatu kerja telah dihasilkan agar
ianya boleh digunakan di masa yang lain.
o Penggunaan disket (cakera liut) tidak lagi
digunakan sebagai peranti storan yang popular.
o Antara peranti storan yang sering digunakan ialah
pen drive, thumb drive.
o Ini kerana ia mempunyai ruang storan yang sangat
besar dan mudah dibawa.
o Bagi aplikasi multimedia, penggunaan cakera pada
CD-ROM masih digunakan walaupun DVD ROM
telah berada dipasaran.
Jadual 2.1 : Komponen Sistem Multimedia
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
3. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 3
o Secara asasnya, komponen system multimedia terbahagi kepada 2
iaitu perkakasan dan perisian multimedia.
o Kedua-dua komponen ini saling bergantungan dalam menghasilkan
aplikasi multimedia yang baik dan berkualiti.
PERKAKASAN MULTIMEDIA PERISIAN MULTIMEDIA
Melibatkan peranti-peranti seperti Melibatkan perisian-perisian khusus
monitor, pemproses, papan induk, dalam pembangunan aplikasi
tetikus, papan digital pengimbas, multimedia seperti Macromedia
kamera digital Authorware, Macromedia Director,
Adobe Flash CS3, Tool box, Adobe
Phitoishop, 3D Studio Max.
2.1 Pemproses (Processor)
o Projek membangunkan media seperti grafik, animasi, audio dan video
amat memerlukan computer dengan kuasa pemproses serta jam
system yang pantas.
o Jenis dan keupayaan pemproses mikro yang digunakan menentukan
kepantasan data diproses dan dipindahkan.
o Jam Sistem (System Clock) mewakili bagaimana pemproses mikro
berfungsi.
o Kepantasan Jam (Clock Speed) atau kadar jam (clock rate) mewakili
kepantasan pemproses mikro melaksanakan arahan.
o Model Pentium 4 dengan kepantasan lebih dari 2 GHz amatlah
dicadangkan bagi menjamin kelancaran dan kepantasan kerja.
o Semakin tinggi kuasa pemproses mikro semakin selesa dan mudah
tugas-tugas yang berkaitan dengan pembangunan aplikasi
multimedia.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
4. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 4
2.2 Ingatan Utama (Main Memory)
o Proses membangunkan aplikasi multimedia amat memerlukan
ingatan utama yang tinggi.
o Ingatan utama atau main memory merupakan komponen computer
yang berperanan untuk memegang data atau set arahan sebelum
dan semasa ianya diproses.
o Saiz ingatan utama memainkan peranan yang penting di dalam
menentukan keupayaan sesebuah computer.
o Semakin tinggi saiz ingatan utama, semakin tinggi keupayaan
sesebuah computer.
o Ingatan utama pada aras 256MB adalah yang minima manakala
512MB, 1GB atau 2GB amat digalakkan.
o Ianya juga mempengaruhi kualiti persembahan yang
berorientasikan multimedia seperti grafik, video, animasi dan
sebagainya.
2.3 Storan (Storage)
o Pemacu Cakera Padat
Teknologi cakera padat atau cakera optic
mempertingkatkan kaedah sesebuah computer menyimpan
dan mencapai data.
Cakera liut (disket) digunakan di awal kemunculan aplikasi
computer.
CD-ROM (Compact Disk – Read Only Memory) mampu
menyimpan data sebanyak 1.44 MB dan hanya boleh ditulis
sekali sahaja, data yang ada padanya adalah kekal serta
tidak boleh diubah atau dipadamkan.
Pemacu cakera padat berfungsi sebagai pemain cakera
audio seperti mendengar muzik dari CD audio dan dalam
masa yang sama melakukan kerja-kerja lain dalam
computer.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
5. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 5
Pemacu cakera padat diukur berdasarkan kepantasannya
memindahkan data dari cakera kepada system computer.
Single Speed beroperasi dengan kepantasan yang sama
dengan pemain cakera padat audio (CD Audio).
Double Speed memindahkan data dengan kepantasan 300
Kbps (dua kali ganda kepantasan pemacu asal).
o Digital Video Disk (DVD)
DVD merujuk Digital Video Disk dan telah diganti kepada
Digital Versatile Disk.
Ini kerana, teknologinya tidak lagi tertumpu kepada video
sebaliknya ia lebih serbaguna (Versatile) dan mampu
menyimpan data dalam pelbagai bentuk.
DVD kini dilihat sebagai pengganti teknologi CD-ROM dan
bakal menggantikan teknologi VHS serta cakera laser dalam
pengeluaran video digital atau filem kerana kualiti gambar
video dari DVD adalah lebih pantas, jelas dan bemutu tinggi.
Kelebihan DVD ialah muatan atau simpanan datanya berkali-
kali ganda lebih besar daripada CD-ROM dan mampu
menyimpan data di antara 4.7 GB sehingga 17 GB.
o Cakera Keras
o Semua perisian yang menghasilkan elemen audio, video,
grafik, animasi, pengarangan memerlukan ruang storan yang
agak besar.
o Sebagai contoh : perisian grafik yang popular digunakan
ialah Adobe Photoshop CS memerlukan kira-kira 200 MB.
o Justeru itu, ruang cakera keras yang besar sangat diperlukan
bagi memastikan ia dapat menampung perisian multimedia
yang digunakan.
o Selain menyimpan perisian, ruang storan juga diperlukan
bagi menyimpan hasil kerja yang sedang atau telah anda
bangunkan.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
6. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 6
o Ruang cakeran keras minimum yang diperlukan bagi
sesebuah system pembangunan multimedia ialah kira-kira
40 GB manakala saiz yang lebih besar (80 GB, 120 GB, 200
GB).
2.4 Display
o Monitor atau skrin paparan
Monitor atau skrin paparan merupakan komponen asas
yang utama kerana ianya menyediakan kemudahan
paparan yang utama kepada pengguna.
Beberapa piawaian telah disediakan bagi menentukan
resolusi paparan dan jumlah warna yang diperlukan.
Terdapat beberapa jenis skrin paparan utama yang
digunakan dalam memaparkan sesebuah aplikasi
multimedia iaitu skrin CGA, skrin EGA, skrin VGA, Super
VGA ,skrin XGA ,Super XGA, CRT dan LCD.
Melalui skrin paparan dengan teknologi LCD atau Liquid
Crystal Display, imej-imej yang dihasilkan akan terus
kepada cakera plastic yang rata dan ini akan menghasilkan
kualiti paparan imej yang lebih tajam, jelas dengan resolusi
yang tinggi.
o Resolusi
Resolusi merujuk kepada kepadatan susunatur atau jumlah
dot atau piksel yang ada pada keseluruhan skrin paparan.
Contohnya: skrin yang mempunyai resolusi 640 x 480
mampu memaparkan sebanyak 640 piksel pada setiap baris
mendatar di sepanjang 480 baris menegak. Ini bermakna
terdapat lebih kurang 300 000 piksel secara keseluruhan.
Resolusi mewakili bagaimana kepadatan piksel yang ada
pada sesebuah skrin monitor.
Semakin padat atau semakin banyak jumlah piksel, semakin
tinggi kualiti imej atau semakin jelas imej yang dipaparkan.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
7. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 7
Mod Paparan Resolusi
SVGA (Super VGA) 800 X 600 piksel
XGA(Extended Grpahics Array) 1024 X 768 piksel
SXGA (Super XGA) 1280 x 1024 piksel
Ultra XGA 1600 x 1200 piksel
Antara faktor yang menentukan resolusi maksimum yang
mampu dipaparkan ialah jenis kad paparan atau kad grafik.
Jadual 2.2 : Mod paparan dan hubungannya dengan resolusi
o Saiz Skrin
Biasanya monitor dikeluarkan dalam saiz 14, 15, 16, 17 dan
21 inci.
Monitor yang bersaiz besar lebih mahal harganya dan
sesuai bagi kegunaan penerbitan atau percetakan,
penerbitan multimedia.
Saiz skrin monitor yang digunakan juga turut nemberi
kesan kepada resolusi paparan yang digunakan.
Jadual 3 : Saiz Skrin dan hubungannya dengan Resolusi Skrin
Saiz Resolusi Skrin (piksel)
800 x 600 1024 x 768 1152 x 882 1280 x 1024 1600 x 1200 1800 x 1440
Skrin
15 in YA YA
17 in YA YA YA YA
19 in YA YA YA
21 in YA YA
o Dot Pitch
Dot Pitch merupakan jumlah ruang kosong atau jarak
antara setiap piksel.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
8. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 8
Semakin kecil nilai dot-pitch, semakin tajam atau jelas
kualiti gambar.
Biasanya monitor yang mempunyai nilai Dot Pitch 0.28 atau
yang kurang mampu menghasilkan kualiti paparan imej
yang memuaskan.
o Kadar Kepantasan Tindakbalas (Refresh Rate)
Refresh Rate mewakili kepantasan monitor untuk
memaparkan kembali atau mengemaskini imej pada
paparannya.
Mod Paparan Resolusi
SVGA (Super VGA) 800 X 600 piksel
XGA(Extended Grpahics Array) 1024 X 768 piksel
SXGA (Super XGA) 1280 x 1024 piksel
Ultra XGA 1600 x 1200 piksel
Semakin tinggi nilai Refresh Rate bagi sesebuah monitor,
semakin rendah flicker atau gangguan paparan pada skrin.
Refresh Rate biasanya diukur dalam Unit Hertz(Hz).
Monitor yang mempunyai Refresh Rate 72 Hz atau lebih
tinggi adalah digalakkan penggunaannya.
Jadual 2.3 : Mod paparan dan hubungannya dengan resolusi
2.5 Audio
o Kad audio atau Sound Card digunakan untuk memastikan
sesebuah system computer mampu mengeluarkan bunyi atau
menerima bunyi sebagai salah satu sumber masukan data.
o Mikrofon dan peti suara (speaker) adalah perkakasan yang
digunakan untuk menerima dan mengeluarkan audio.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
9. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 9
2.6 Software
PLATFORM KETERANGAN
WINDOWS o Kebanyakan syarikat menghasilkan perisian-perisian
multimedia menyokong kepada platform windows.
o Windows adalah antara system pengoperasian yang
terawal menyediakan antaramuka bergrafik (GUI –
Grapichal User Interface) bagi memudahkan
pengguna menggunakannnya.
o Contoh Perisian antara muka grafik : Windows Vista,
Windows XP, Windows ME
o Contoh Perisian pangkalan data : Windows 2000
Server dan Windows NT.
MACINTOSH o Perisian pertama yang menawarkan kemudahan GUI
– Grapichal User Interface secara keseluruhan
paparannya.
o Kebanyakan syarikat yang mengeluarkan perisian
multimedia menggunakan platform Macintosh.
Jadual 2.4 : Platform Windows dan Macintosh
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan