SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 21
Descargar para leer sin conexión
1.0    Pengenalan



       Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan
yang selaras dan dapat memenuhi keperluan negara serta menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial ekonomi dan politik Malaysia. Antara strategi untuk mencapai matlamat ini,
adalah dengan membina satu kurikulum yang selaras untuk semua institusi pendidikan rendah
dan pendidikan menengah. Sungguhpun sistem pendidikan negara dibekalkan dengan satu
kurikulum yang selaras, akan tetapi masih wujudnya pencapaian yang berbeza di kalangan
pelajar di peringkat rendah mahupun menengah. Isu jurang pencapaian pelajar dalam bidang
akademik telah lama diperkatakan. Ianya bukanlah isu setempat, tetapi juga hangat diperdebat
diperingkat global. Walaubagaimanapun, penulisan ini akan memfokuskan kepada jurang
pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Sudah banyak kajian-kajian yang
dilakukan oleh ahli-ahli akademik untuk menyiasat sebab wujudnya jurang pencapaian pelajar
dalam dua matapelajaran tersebut. Hasil-hasil kajian inilah yang menjadi asas kepada perubahan-
perubahan dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Sebagai contoh, kita melihat Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) memberi impak yang
negatif kepada pencapaian pelajar dalam matapelajaran tersebut, maka kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil pendekatan membatalkan dasar tersebut dan
mengembalikan medium pengantaraan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi
matapelajaran Sains dan Matematik kepada bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Menurut
majalah Education Week, jurang pencapaian pelajar merujuk kepada jarak pencapaian dalam
bidang akademik oleh dua kumpulan pelajar yang berbeza. Perbezaan pencapaian ini diukur
melalui ujian standard, pemilihan kursus pengajian di universiti, kadar pelajar yang menamatkan
pengajian dan juga kadar keciciran. Bagi pendidikan di sekolah, penanda aras yang paling sesuai
untuk mengukur jurang pencapaian ini adalah pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar dalam
peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Penulisan ini akan mengupas faktor-
faktor yang menyumbang kepada wujudnya jurang pencapaian pelajar dalam matapelajaran
Matematik dan Sains iaitu faktor luar bandar-bandar, iklim sekolah, faktor bahasa, kualiti guru
dan juga motivasi pelajar.




                                              1
2.0    Luar Bandar-Bandar

Bagaimana luar-bandar-bandar menjadi faktor kepada berlakunya jurang pencapaian pelajar
dalam matapelajaran Sains dan Matematik? Tidak dapat dinafikan secara puratanya, pencapaian
pelajar di Bandar adalah lebih baik daripada pelajar di luar Bandar. Hal ini adalah kerana pelajar
di bandar dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang sedia ada seperti bahan rujukan di
sekolah, bahan rujukan di perpustakaan awam dan juga kewujudan pusat-pusat tuisyen yang
berkualiti dan pelbagai. Pelajar di bandar juga rata-rata datangnya dari keluarga yang
mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik dan kedudukan ekonomi yang kukuh. Jadi,
ibubapa pelajar mampu menyediakan sumber dan bahan rujukan untuk tujuan ulangkaji pelajaran
sebagai persiapan menghadapi peperiksaan. Sekolah-sekolah di bandar juga mempunyai sumber
kewangan yang kukuh melalui penajaan mahupun bantuan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru
(PIBG) Dengan ini, mereka mampu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan bahan-bahan
rujukan tambahan yang diperlukan pelajar. Selain itu juga, pelajar di bandar-bandar dapat
memanfaatkan kemudahan teknologi untuk tujuan pembelajaran. Sekolah-sekolah dibandar
mempunyai kelebihan untuk melengkapkan sekolah mereka dengan kemudahan internet yang
membolehkan pelajar membuat ulangkaji dengan bahan-bahan yang di dapati daripada internet.
Malahan, pelajar-pelajar di bandar-bandar juga boleh memanfaatkan kemudahan internet di
rumah masing-masing kerana sebahagian besarnya datang dari keluarga yang berkemampuan
untuk menyediakan kemudahan internet dirumah masing-masing.

       Berbeza dengan pelajar diluar bandar yang kurang mendapat peluang sepertimana pelajar
di bandar-bandar. Pelajar di luar bandar selalunya hanya berpeluang untuk belajar di bilik darjah
dari guru masing-masing kerana kemudahan infrastruktur dan prasarana yang tidak begitu baik.
Malahan, di sesetengah kawasan, bekalan elektrik mereka hanyalah 12 jam sehari. Hal ini
membantutkan proses pembelajaran mereka. Begitu juga dengan sumber-sumber rujukan.
Pelajar-pelajar di luar bandar terpaksa bergantung harap dengan bahan-bahan yang di sediakan di
sekolah atas inisiatif guru-guru mereka. Sekolah-sekolah di luar bandar yang menempatkan
pelajar yang datangnya dari keluarga yang berpendapatan rendah. Ada di antara mereka tidak
mampu menghantar anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen. Dapat
kita lihat, pelajar-pelajar di bandar-bandar besar mempunyai kelebihan berbanding pelajar di luar
bandar dari segi akses kepada maklumat.


                                                2
Hal ini selari dengan satu kajian yang dijalankan di Malaysia. Dapatan kajian itu
mendapati, keyakinan diri mempelajari Matematik, mempunyai bilangan buku yang banyak di
rumah, kekerapan menggunakan computer, dan kaum bukan Melayu mempunyai hubungkait
yang tinggi dengan pencapaian yang baik dalam matapelajaran Matematik. Matapelajaran
Matematik dan Sains itu sendiri memerlukan pemahaman konsep yang baik dan latih tubi yang
berterusan untuk membolehkan pelajar menguasai kedua-dua matapelajaran tersebut. Oleh itu,
maklumat-maklumat tambahan yang mereka dapati daripada luar bilik darjah juga adalah penting
untuk mereka mengukuhkan pemahaman mereka terhadap isi kandungan pelajaran tersebut.

       Ada beberapa langkah dan pendekatan yang di ambil oleh pihak kerajaan dalam usaha
untuk mengurangkan jurang ini yang disebabkan oleh faktor luar bandar-bandar ini. Antaranya
ialah, pada September 2002, kerajaan telah memperkenalkan Skim Baucar Tuisyen (SBT)
kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka turut sama
mendapat manfaat daripada kelas tambahan sepertimana pelajar-pelajar di bandar yang datang
daripada keluarga yang berkemampuan. SBT secara spesifik memberi penekanan kepada
matapelajaran penting iaitu Sains dan Matematik dan termasuk juga Bahasa Inggeris. Baru-baru
ini juga, kerajaan telah melancarkan skim Inisiatif Jalur Lebar Negara untuk membolehkan
pelajar-pelajar dan keluarga yang berpendapatan rendah memanfaatkan kelebihan teknologi. Di
bawah skim ini, kerajaan telah mengagihkan sejumlah sejuta Netbook 1 Malaysia secara
percuma kepada pelajar-pelajar yang layak. Di bawah program ini, pelajar diberikan komputer
riba secara percuma untuk membolehkan mereka memanfaatkan teknologi untuk tujuan
pembelajaran. Dengan adanya komputer riba tersebut yang dilengkapi dengan kemudahan
internet, pelajar dapat menggunakan teknologi tersebut untuk berkomunikasi dengan rakan
pelajar yang lain. Selain itu juga, mereka dapat menggunakan kemudahan tersebut untuk mencari
maklumat-maklumat yang di perlukan untuk membantu proses pembelajaran mereka.
Walaubagaimanapun, masih wujud isu-isu lain yang di ketengahkan setelah usaha-usaha ini
diperkenalkan. Sebagai contoh, ada sesetengah pihak mempersoalkan adakah satu usaha dibuat
untuk memastikan pelajar-pelajar yang diberikan bantuan komputer riba ini memanfaatkan
sepenuhnya bantuan yang diberikan untuk tujuan pendidikan. Adakah bentuk bantuan ini benar-
benar membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian akademik terutamanya dalam
matapelajaran Matematik dan juga Sains?


                                             3
3.0    Budaya Sekolah


       Moos (1979) mendefinisikan budaya sekolah sebagai „suasana pembelajaran‟ didalam
sekolah. Gary Philips (1993) pula mendefinisikan budaya sekolah sebagai “kepercayaan, dan
kelakuan yang mencerminkan sekolah dari segi: interaksi antara setiap individu dalam sekolah,
bagaimana mereka menghormati satu sama lain, sejauh mana individu merasa diperlukan dan
dihargai; dan amalan-amalan dan tradisi yang menjadi teras keutuhan dan kekuatan silaturrahim
antara mereka.” Pendek katanya budaya sekolah mencerminkan perkongsian idea, nilai dan
kepercayaan yang memberikan sesuatu organisasi itu identiti dan membentuk perilaku ahli-
ahlinya. Idea-idea dan nilai-nilai ini tertanam didalam teras organisasi dan biasanya terlaksana
secara tanpa sedar, sehingga adakalanya kehadiran dan kepentingan mereka dilupakan.
Kefahaman yang dikongsi oleh tenaga pengajar, bukan pengajar dan pelajar membentuk respon
mereka terhadap permintaan dari luar (komuniti dan ibubapa) dan dari dalam (Pejabat
Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementrian Pelajaran).        Budaya sekolah terbentuk dengan
mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku untuk menjadi panduan kelakuan dimasa hadapan.


3.1    Komponen Budaya Sekolah


       Budaya sesuatu sekolah boleh dilihat dari segi persekitaran, lagenda dan etika kelakuan
sekolah tersebut. Ciri-ciri budaya yang boleh dinilai termasuk artifak dan simbol, nilai-nilai
murni dan tanggapan organisasi tersebut terhadap ahli-ahlinya.




3.1.2 Artifak dan Simbol
       Artifak dan simbol lebih menerangkan tentang fizikal sesuatu sekolah, dari segi
rekabentuk dan susunatur bangunannya hinggalah hiasan didalam sekolah.             Murid lebih
terdorong untuk belajar jika persekitaran mendorong mereka untuk belajar.         Ini termasuk
penyediaan ruang belajar yang cukup dan tersedia dengan alatan dan bahan yang mereka
perlukan serta rekod pencapaian pelajar-pelajar yang lalu supaya mereka tahu apa yang diterima
sebagai „cemerlang‟. Secara tanpa sedar murid mencari „role model‟ dari dalam sekolah tersebut
untuk dicontohi. Ini pentingnya sekolah memaparkan kejayaan-kejayaan lalu untuk dikongsi

                                               4
oleh murid supaya mereka terasa terdorong untuk mengulang kembali kejayaan tersebut atau
mengekalkannya, sekaligus mewujudkan perasaan bangga murid terhadap sekolah.


3.1.3 Nilai-Nilai Murni
       Nilai-nilai murni adalah bagaimana pihak pentadbir, guru-guru dan ibubapa dan komuniti
berinteraksi antara satu-sama lain. Sekolah yang penyayang menghargai penglibatan ibubapa
dalam membantu menguruskan anak didik mereka. Dalam kajian mereka Hoover-Dempsey,
Walker et al (2000) telah mendapati bahawa peningkatan penglibatan ibubapa meningkatkan
tahap kecekapan mereka dalam menguruskan sekolah dan murid. Ini menunjukkan kepentingan
sekolah untuk berbincang dengan ibubapa tentang apa-apa keputusan yang mereka ingin
laksanakan yang melibatkan murid. Penglibatan komuniti dengan sekolah melalui-program-
program yang dianjurkan oleh salah-satu pihak atau keduanya juga membolehkan komuniti
melihat sejauh mana sekolah melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik generasi akan
datang, sekaligus merapatkan hubungan antara semua pihak.




3.1.4 Tanggapan Sekolah
       Sekolah yang mempunyai tanggapan positif terhadap murid mendorong murid untuk
memenuhi tanggapan positif tersebut.      Antara tanggapan positif yang dapat meningkatkan
prestasi akademik murid adalah „Semua murid mampu berjaya‟, „Semua ibubapa mahu anak-
anak mereka berjaya‟ dan „Ibubapa merupakan rakan dalam mendidik pelajar‟.


3.1.5 Iklim Sekolah
       Moss (1979) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suatu sistem sosial yang membentuk
persekitaran pembelajaran. Ia terlahir dalam perasaan dan perilaku pelajar, guru, kakitangan dan
ibubapa tentang sekolah itu sendiri, yakni apakah impresi harian mereka tentang sekolah.


Iklim sekolah adalah komponen penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Didalam laporan ini iklim sekolah dikategorikan kepada empat aspek iaitu persekitaran fizikal,
sosial, affektif dan akademik.



                                               5
3.1.6 Persekitaran Fizikal


           Persekitaran fizikal adalah persekitaran maujud kondusif atau tidak kondusif untuk
belajar.     Ini termasuk menghadkan bilangan pelajar dalam bilik darjah supaya guru dapat
memberi tumpuan kepada semua murid, mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa
supaya mereka dapat menumpukan pada pelajaran tanpa gangguan, memastikan kawasan
sekolah kemas dan teratur, meminimakan gangguan bunyi serta memastikan semua alatan dan
bahan untuk belajar mencukupi untuk semua pelajar.


3.1.7 Persekitaran Sosial


           Persekitaran sosial adalah persekitaran yang menggalakan komunikasi dan interaksi.
Persekitaran sosial yang kondusif menggalakkan pelajar dan guru berkomunikasi dengan aktif,
dimana guru sebagai fasilitator mengendalikan pelajar yang berdiskusi secara kumpulan. Pelajar
digalakkan berbincang tentang apa yang mereka pelajari dalam kelas bersama dengan ibubapa.
Di luar kelas pula pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aspek-aspek tertentu
pengurusan seperti disiplin pelajar (badan pengawas dan badan disiplin kerohanian), aktiviti
kokurikulum (pengurusan kelab, aktiviti luar), pengurusan akademik dan sebagainya. Interaksi
sebegini membolehkan pelajar lebih memahami struktur sesuatu organisasi dan mengeratkan
hubungan antara kakitangan sekolah dan murid.        Dengan melibatkan pelajar dalam proses
pentadbiran, konflik yang melibatkan pelajar boleh dikenalpasti dan diatasi pada peringkat awal.


3.1.8 Persekitaran Afektif


           Persekitaran afektif adalah persekitaran yang menggalakkan rasa kepunyaan dan
keyakinan diri.      Interaksi antara staf dan pelajar yang penyayang, responsif, dan saling
menghormati antara kunci melahirkan persekitaran afektif yang positif. Persekitaran afektif yang
positif membawa kepada perasaan percaya dan keyakinan pelajar dalam kewibawaan guru, yakni
pelajar lebih reseptif terhadap pengajaran guru di dalam dan di luar kelas.        Apabila guru
dipandang tinggi, mereka akan lebih bersemangat untuk mengajar. Persekitaran yang berfikiran
terbuka dan tidak berperasangka memboleh pelajar dari semua lapisan masyarakat dan kaum

                                                6
belajar tanpa takut dan sangsi. Persekitaran afektif ini dapat dirasa oleh semua individu dalam
sekolah; jika pelajar merasakan persekitarannya positif beliau akan lebih suka berada di sekolah
dan akan sentiasa menceritakan hal-hal positif sekolah kepada ibubapa, sekaligus menaikkan
nama baik sekolah di mata komuniti setempat.


3.1.9 Persekitaran Akademik


       Persekitaran akademik adalah persekitaran yang menggalakkan proses pembelajaran dan
kemahiran kendiri. Persekitaran akademik yang positif akan menggalakkan prestasi akademik
yang cemerlang. Sekolah yang efektif mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan isi kandungan matapelajaran dapat difahami dengan mendalam.            Pelajar diajar
dengan menggunakan teknik pembelajaran yang paling sesuai dengan diri mereka.
Walaubagaimana pun harapan sekolah terhadap pelajar kekal tinggi untuk memastikan pelajar
tidak lali dengan kejayaan mereka. Pelajar sentiasa dicabar untuk meningkatkan lagi prestasi
akademik selagi guru merasakan mereka belum lagi memenuhi potensi diri.            Semua ujian
pengukuhan dianalisis dan kelemahan dalam topik diberi perhatian oleh guru untuk diperbaiki.
Persekitaran akademik yang positif juga menghargai usaha murid dalam mencapai
kecemerlangan dengan memberikan pujian dan ganjaran yang sewajarnya. Ini merupakan satu
bentuk motivasi bukan sahaja kepada pelajar tersebut, tetapi juga bagi pelajar lain yang masih
belum mencapai kecemerlangan.


3.2    Kesimpulan
       Budaya sekolah dan iklim sekolah yang positif akan membawa kepada pencapaikan
akademik yang tinggi. Sekolah wajar mengambil langkah menanam nilai-nilai positif dalam diri
pelajar dengan memastikan iklim sekolah selaras dengan apa yang hendak dicapai.




                                               7
4.0    Faktor Kekangan Bahasa

       Bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di mana bahasa merupakan pengantara antara pengajar dan juga pelajar untuk berkomunikasi.
Menurut Gorys Keraf (1997), Bahasa adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa
simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Mungkin ada yang keberatan dengan
mengatakan bahawa bahasa bukan satu-satunya alat untuk mengadakan komunikasi. Mereka
menunjukkan bahawa dua orang atau pihak yang mengadakan komunikasi dengan
mempergunakan cara-cara tertentu yang telah disepakati bersama.

       Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaannya amat
meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik yang diajar di sekolah
membekalkan ilmu pengetahuan Matematik kepada pelajar untuk memperkembangkan
kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran yang kritis serta bersistematik.
Perlaksanaan dasar pengajran bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
(PPSMI) telah dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia sejajar dengan
perkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi. Ia dikuatkuasakan pada tahun
2003 melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan juga tingkatan 6 rendah. Menurut Musa
Mohamad (2002), pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar menggunakan bahasa
Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan juga bahasa
Inggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan menyedari bahawa penguasaan
ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris bertambah penting dalam era globalisasi dan
teknologi maklumat.


       Namun begitu, dasar PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012 juga secara
berperingkat. Hal ini menunjukkan, Negara kita masih tidak mampu untuk menggunakan
pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Iggeris. Menurut satu kajian yang dijalankan
iaitu “ Trends in Mathematics and Sciences Study (TIMSS)” di mana kajian ini dilakukan empat
tahun sekali. Pada tahun 2003 Malaysia berada pada kedudukan yang ke 10 daripada 60 negara
yang terlibat. Pada tahun 2007, Malaysia berada pada kedudukan yang ke 16. Hal ini
menunjukkan bahawa tahap pencapaian Matematik Negara kita semakin merosot di sebabkan
oleh penukaran daripada pengajaran Matematik dalal Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris.


                                             8
4.1    Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permasalahan Pembelajaran Matematik
Dalam Bahasa Inggeris


       Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajar
untuk menguasai Matematik yang diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Antara faktor-faktor tersebut
ialah faktor bahasa penghantar, pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris, tahap penguasaan
Bahasa Inggeris pelajar, persekitaran pengajaran dan pembelajaran, tanggapan pelajar terhadap
Bahasa Inggeris.


4.1.1 Bahasa Pengantar


       Bahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isi
pelajaran serta mencapai objektif pelajaran. Jumrang (2004) menyatakan, jika pelajar tidak
memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya ia akan membawa kepada masalah
pembelajaran kepada pelajar tersebut.


4.1.2 Pengajaran Guru Dalam Bahasa Inggeris


       Guru juga merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam
akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat
(Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan
peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar
untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Apabila guru
mengunakan bahasa inggeris pelajar akan kuaran berkomunikasi dengan guru kerana mereka
tidak faham apa yang diterangkan oleh guru dan menyebabkan pelajar semakin kurang berminat
untuk belajar matematik.




                                             9
4.1.3 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar


           Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta
mempunyai asas bahasa Inggeris yang lemah. Erwin (1984), mendapati bahawa dengan
kekerapan latihan sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya
perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat untuk penguasaan bahasa yang
dipelajari.


Masalah-masalah yang di hadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan
pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat.
Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat memperbaiki bahasa Inggeris dan
seterusnya menghadapi masalah pembelajaran Matematik.


4.1.4 Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran


           Kajian Bell (1988) mendapati faktor yang menjurus kepada kelemahan pembelajaran
Matematik di kalangan pelajar adalah disebabkan faktor keluarga dan juga persekitaran. Menurut
kajian yang dilakukan oleh Gilliland (1996), persekitaran yang bising akan mengganggu proses
pengajaran. Di samping itu, akan menyebabkan kurangnya perhatian pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan tekanan emosi, mengganggu pandangan dan
melemahkan daya berfikir pelajar. Ini menimbulkan masalah pembelajaran dalam kalangan
pelajar.


4.1.5 Tanggapan Pelajar Terhadap Bahasa Inggeris.


           Tanggapan pelajar terhadap pengajaran Matematik dalam bahsa inggeris juga merukan
faktor pelajar tidak dapat mempelajari Matematik dalam bahasa inggeris. Mereka menganggap
Bahasa inggeris itu sendiri sukar untuk dipelajari dan lebih sukar untuk mereka untuk
mempelajari bahasa tersebut dalam subjek matematik. Kebanyakan pelajar juga tidak suka
belajar Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini bertepatan dengan kajian oleh Aziz (2005),

                                                 10
majoriti pelajar tidak bersetuju belajar Matematik dalam bahasa Inggeris sebaliknya bersetuju
sekiranya menggunakan bahasa Melayu.


4.2    Kesan Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Cara Mengatasinya.
       Banyak kesan daripada pengajaran Matematik dalam bahasa inggeris iaitu prestasi pelajar
dalam subjek matematik semakin menurun dan jurang pencapaian pelajar Bandar dan luar
Bandar semakin meningkat. Pelajar juga semakin kurang berminat dengan matematik walaupun
mereka sebenarnya minat dalam subjek Matematik.


       Antara cara-cara untuk mengatasi masalah ini ialah usaha untuk memperbaiki kelemahan
pelajar dalam subjek bahasa inggeris itu sendiri. Apabila kita dapat memantapkan bahasa
inggeris pelajar akan lebih mudah untuk memahami pengajaran Matematik dalam Bahasa
Inggeris serta mudah untuk membuat rujukan dalam bahasa tersebut. Seterusnya , kualiti guru
untuk mengajar subjek matematik dalam bahasa inggeris perlu dipertingkatkan. Kemudahan
prasana di sekolah juga perlu untuk mewujudkan persekitara pembelajaran yang kondusif.
Pelajar juga haruslah memotivasikan dirinya untuk berdepan dengan pengajaran matematik
dalam Bahasa inggeris. Faktor bahasa sebenarnya bukan halangan untuk mereka cemerlang
dalam matematik. Seharusnya mereka perlu mengusai konsep-konsep matematik tersebutt dan
tidak menjadikan alasan Bahasa untuk belajar. Ibu bapa dan masyarakat juga haruslah memberi
semangat kepada pelajar-pelajar untuk belajar Matematik dalam bahasa inggeris.


4.3    Kesimpulan
       Keseluruhannya mendapati faktor bahasa pengantar dan tahap penguasaan pelajar dalam
bahasa Inggeris berada pada tahap yang kurang memuaskan sekaligus menjadi permasalahan
yang ketara dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar terutama
pelajar luar bandar. Hal ini menggambarkan bahawa sekalipun guru menggunakan strategi
pengajaran yang berkesan serta dilengkapi dengan infrastruktur dan persekitaran yang baik tetapi
ianya masih belum mencukupi untuk mengelakkan kewujudan permasalahan dalam
pembelajaran Matematik apabila mata pelajaran ini diajarkan dalam Bahasa Inggeris.
Sehubungan itu usaha yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan
bahasa Inggeris itu sendiri di samping memastikan kualiti guru dan prasarana pembelajaran.

                                              11
5.0    Faktor Guru

       Dalam membincangkan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya
perbezaan pencapaian pelajar di dalam subjek Matematik di Malaysia ini, terdapat satu lagi
faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya perkara tersebut. Faktor tersebut ialah faktor
guru yang mengajar subjek matematik di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Terdapat 3 isi
utama yang berkaitan dengan faktor guru yang menyumbang akan berlakunya perbezaan
pencapaian pelajar iaitu tahap keyakinan guru, kaedah pengajaran guru di dalam kelas dan juga
bentuk komunikasi antara pelajar dan guru di dalam kelas.

5.1    Tahap keyakinan guru

       Tahap keyakinan guru adalah penting dalam membentuk keyakinan pelajar dalam
mempelajari sesuatu matapelajaran seperti matematik. Ini kerana, terdapat beberapa kajian yang
telah dibuat yang mengatakan tahap keyakinan guru mempengaruhi tahap keyakinan pelajar dan
seterusnya ia akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar (Price and Raiker, 1999). Menurut
Dobbs, Doctoroff & Fisher (2003 dalam Mohamad Johdi Hj Salleh, 2007), guru perlulah
mengetahui dan mengusai isi kandungan di dalam matapelajaran matematik dengan baik untuk
mendapatkan tahap keyakinan untuk mengajar subjek tersebut.

       Pelajar-pelajar masa kini adalah lebih ke hadapan dalam menuntut ilmu dan mereka
kadangkala akan bertanya mengenai perkara yang melebihi daripada apa yang diajar oleh guru
dan juga yang terkandung di dalam kurikulum atau buku teks. Oleh itu, guru perlulah
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkap terhadap bidangnya agar beliau boleh
menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh. Apabila guru mempamerkan rasa yakin
dan mengusai bidang yang diajar, contohnya di dalam bidang matematik, ia mampu
menimbulkan minat serta kecenderungan para pelajar untuk mempelajari matapelajaran tersebut.
Sebaliknya, jika guru gagal menjawab atau jawapan yang diberikan adalah salah atau kurang
tepat, ia menunjukkan guru tersebut tidak menguasai ilmu tersebut dan menyebabkan para
pelajar akan hilang minat serta tumpuan untuk mendalami mata pelajaran tersebut.




                                              12
5.2    Kaedah pengajaran guru

       Sikap dan minat seseorang pelajar dalam mempelajari matematik berkait rapat dengan
tahap pencapaian mereka di dalam subjek tersebut (Fedigan & Gary, 1978 ; Mat Darus Othman,
1992 dalam Hajah Noraini Haji Omar, 2008). Sabri (2006) menjelaskan kaedah mengajar yang
lama, tidak menarik dan sukar difahami oleh para pelajar menyumbang kepada tahap pencapaian
yang rendah dalam mata pelajaran tersebut. Matapelajaran matematik memerlukan kaedah
pengajaran yang berbeza berbanding matapelajaran lain dalam usaha untuk memupuk minat
pelajar untuk mempelajari matapelajaran ini. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik
dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi
pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.

       Tengku Zawawi Tengku Zainal (2006) telah menyenaraikan beberapa kaedah umum
yang perlu difahami dan dikuasai oleh pendidik matematik. Kaedah-kaedah tersebut adalah
penglibatan aktif pelajar dalam kelas, perbincangan dan penemuan oleh para pelajar, penggunaan
perumpamaan untuk mewakili sesuatu konsep, kaedah analisis konsep, kaedah eksperimen dan
lain-lain. Selain itu, bahan bantu mengajar yang menarik adalah penting dalam menarik minat
pelajar. Selaras dengan kemajuan teknologi, penggunaan komputer, projektor dan internet
mampu merangsang dan memperkaya kemahiran pelajar untuk belajar. Ia dipersetujui oleh
Wright (1999, dalam Mistretta R.M., 2005) melaporkan pencapaian pelajar yang lebih tinggi,
sikap, dan interaksi guru-pelajar sebagai hasil pembelajaran interaktif yang didapati melalui
teknologi.

5.3    Komunikasi guru-pelajar

       Aspek komunikasi antara guru-pelajar perlu diberi perhatian. Tanpa hubungan
komunikasi yang berkesan, proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi kurang efektif.
Aspek lisan yang melibatkan perkataan serta komunikasi bukan lisan perlu diberikan penekanan
oleh setiap guru. Bagi kamunikasi secara lisan, isi kandungan matapelajaran haruslah
disampaikan oleh guru kepada pelajar dengan jelas, terang dan bersistematik. Guru
berkomunikasi secara lisan untuk menyampaikan ilmu dan maklumat berdasarkan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Pengajaran guru tersebut akan dijalankan
melalui teknik penerangan, soal jawab, perbincangan dan sumbang saran bersama-sama para


                                             13
pelajarnya. Semasa interaksi lisan yang bersifat sehala atau dua hala guru berperanan sebagai
penyampai maklumat dan pelajar pula sebagai pendengar dan penerima maklumat. Komunikasi
aktif secara lisan hanya berkesan jika pengetahuan dan maklumat disampaikan secara berkesan
dan dapat diterima serta difahami dengan baik oleh pelajar.

       Bagi komunikasi bukan lisan pula, perlakuan guru seperti memek muka, gelengan atau
anggukan kepala, isyarat tangan, gaya berdiri, dan sebagainya mampu menyalurkan maklumat
dari guru kepada pelajar. Sebagai contoh, memek muka yang masam atau marah mampu
membuatkan pelajar berasa tidak mesra dengan guru seterusnya menyebabkan pelajar takut
untuk bertanya dan menghalang proses pembelajaran. Tingkahlaku guru yang sentiasa senyum
dan ceria pula membolehkan pelajar mendekati guru sekaligus jurang komunikasi antara guru
dan pelajar tidak berlaku.




5.4    Kesimpulan

       Dalam menyampaikan ilmu matematik, guru seharusnya dapat mengaitkan matematik
dengan kehidupan harian pelajar. Ini supaya pelajar dapat mengetahui bahawa matematik
bukanlah sesuatu yang asing dalam diri mereka tetapi ia adalah sesuatu yang mereka dapat
gunakan setiap masa. Ini membuatkan para pelajar sedar akan kepentingan mempelajari
matematik selain dapat membuang tanggapan mereka bahawa matematik adalah matapelajaran
yang sukar. Guru yang baik adalah guru yang boleh mengajar dan menyampaikan sesuatu ilmu
itu kepada para pelajar tetapi guru yang cemerlang adalah guru yang bukan sahaja boleh
mengajar dan menyampaikan ilmu tersebut tetapi dapat menimbulkan minat, kefahaman dan
kecenderungan pelajar untuk mempelajari ilmu tersebut.




                                               14
6.0    Faktor Tahap Motivasi Para Pelajar

       Bagi membincangkan perbezaan motivasi para pelajar pula, kita akan menumpukan
perbincangan ini kepada perbezaan antara para pelajar dalam satu kelas yang sama. Hal ini
dipertimbangkan kerana mengambil kira faktor-faktor lain yang telah dibincangkan lebih awal
iaitu kedudukan sekolah, sama ada bandar atau luar bandar, jadi kemudahan pembelajaran yang
sama. Kemudian, budaya dan iklim sekolah yang sama, dan kualiti guru yang sama . Bagi faktor
halangan bahasa pula, faktor ini diambil kira sebagai aspek dalam pembelajaran yang turut
memerlukan tahap motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar. Dengan ini, pelajar dilihat perlu
memiliki tahap motivasi yang malah berganda untuk cemerlang dalam Matematik. Pertama
motivasi bagi meningkatkan kecekapan bahasa Inggeris demi memahami pembelajaran
Matematik. Dan kedua memahami mata pelajaran Matematik itu sendiri.

       Perbezaan yang besar bagi pencapaian Matematik dalam kelas yang sama bukanlah
perkara yang begitu mustahil. Walaupun dengan akses kemudahan dalam sekolah dan
persekitaran yang sama, iklim sekolah yang sama, pentadbiran serta sistem yang sama, juga guru
mata pelajaran yang    sama, murid-murid dalam kelas yang sama masih menunjukkan jurang
yang besar dalam prestasi peperiksaan Matematik. Walaupun dalam satu kelas tingkatan empat
di sebuah sekolah berasrama penuh, julat antara 97 hingga 32 bagi peperiksaan pertengahan
tahun Matematik Moden      masih boleh berlaku disebabkan perbezaan motivasi dalam diri para
pelajar. Nyatalah perbezaan yang besar tetap boleh berlaku walaupun dalam kalangan pelajar-
pelajar terpilih sekiranya motivasi dalam diri mereka tidak dikekalkan dan disuburkan dari
semasa ke semasa.

       Aspek motivasi dapat dihuraikan daripada pelbagai sudut. Salah satu cabang dalam
disiplin motivasi yang dapat dihuraikan bagi menjelaskan situasi ini ialah Hirarki Keperluan
Maslow seperti dalam Rajah 1 di muka surat sebelah. Menurut Maslow (1954), seorang individu
berbeza dari segi motivasi untuk melakukan perkara yang sama daripada seorang individu lain
kerana keperluan lebih bawah yang telah ataupun belum terpenuhi.

       Oleh itu berdasarkan teori ini, keperluan memahami dan mengetahui terletak di atas
keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan keyakinan diri. Ini menunjukkan para pelajar



                                              15
yang belum terpenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan keyakinan diri ini
bermotivasi rendah dalam menumpukan pelajaran dalam bilik darjah mahupun mengulangkaji.




                                              Rajah 1

       Secara praktikalnya, dapat dilihat pelajar yang mengantuk kerana tidak cukup rehat dan
tidur, hadir ke sekolah dalam keletihan, dan akhirnya tidak berminat menumpukan perhatian
terhadap pengajaran guru. Mereka juga tidak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti
pembelajaran dalam bilik darjah. Begitu juga pelajar yang sakit dan demam, serta yang lapar
kerana tidak mengambil sarapan pagi.

       Bagi faktor keselamatan, pelajar yang berasa terancam kerana kehadirannya dinanti-nanti
oleh para pembuli sekolah bermotivasi rendah untuk ke sekolah. Pelajar yang bermasalah dengan
rakan-rakan sebaya, kurang kasih sayang serta perhatian keluarga, dan rendah keyakinan diri
turut menujukkan tahap motivasi yang rendah untuk menuntut ilmu dan berjaya cemerlang dalam
pelajaran.



                                             16
Dalam Teori Motivasi Atribusi Weiner pula, setiap individu mengatributkan kejayaan
dan kegagalan mereka dengan cara yang berbeza. Perbezaan ini menggambarkan persepsi
seseorang terhadap dirinya, serta mentaliti mereka. Teori Motivasi Atribusi Weiner (2000)
digambarkan oleh Jadual 1 di muka surat sebelah.

       Daripada jadual tersebut, didapati bahawa seseorang individu mengatributkan kejayaan
mereka dengan kepercayaan faktor dalaman seperti “ saya memang pandai“ dan “ saya bekerja




                                          Jadual 1

keras“. Mereka juga mengatributkan kejayaan dengan faktor luaran seperti “ nasib saya baik”
dan “ soalan peperiksaan senang”.

       Bagi mereka yang gagal pula, mereka mungkin mengatributkan kegagalan mereka
dengan faktor dalaman juga, seperti “ saya memang bodoh” dan “ saya tidak belajar”. Atau

                                             17
mereka mengatributkan kegagalan tersebut dengan faktor luaran, contohnya “ nasib saya tidak
baik” dan “ soalan peperiksaan susah”.

       Persepsi pelajar itu sendiri dan mentaliti mereka ini akan menentukan sikap serta
tindakan susulan mereka untuk membaiki atau membiarkan sahaja pencapaian mereka pada
tahap yang rendah. Bagi pelajar yang cemerlang pula, persepsi kendiri yang tidak sihat juga
boleh menyebabkan mereka mengalami kemerosotan dalam pelajaran. Contohnya apabila
mereka mengatributkan kejayaan mereka kepada kepandaian atau kebolehan mereka dalam
sesuatu subjek semata-mata, mereka akan cenderung untuk berputus asa apabila mereka tidak
lagi secemerlang lagi sebelum itu. Mereka akan mula merasakan tidak cukup pandai untuk
meneruskan pembelajaran. Sebaliknya, jika aspek usaha keras menjadi kepercayaan sebagai
penyumbang utama kejayaan, pencapaian yang rendah akan segera dibaiki dengan strategi
pembelajaran yang lebih berkesan.




6.1    Langkah-langkah Mengatasi Perbezaan Tahap Motivasi

       Sebagai seorang guru, soal motivasi dalam diri setiap pelajar bukanlah satu perkara
remeh. Sekiranya seorang guru berjaya meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, hal ini
bukan sahaja memberikan kesan positif terhadap pelajar tersebut dalam jangka masa pendek,
tetapi untuk jangka masa panjang juga. Mereka yang bermotivasi tinggi akan lahir sebagai
seorang yang optimis dan mencintai ilmu. A great teacher inspires.

       Oleh itu, bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, seorang guru juga mestilah
seorang yang bermotivasi, positif dan tidak mudah berputus asa dalam mendidik anak-anak
murid dan menyampaikan ilmu. Motivated students come from motivated teachers. Pada persepsi
seorang guru yang positif dan bermotivasi, setiap anak murid di hadapannya adalah berpotensi
untuk cemerlang, walaupun mereka telah gagal. Guru juga haruslah membuat refleksi tentang
kaedah pengajarannya dan berusaha untuk mengenali setiap anak didiknya dengan baik, dan
pendekatan yang bersesuaian dengan personality mereka yang berbeza-beza.

       Untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, guru boleh mencipta faedah yang
dekat dan mudarat yang dekat sebagai motivasi ekstrinsik para pelajar untuk merangsang


                                              18
pembelajaran mereka. Bagi para pelajar tingkatan empat misalnya, risiko kegagalan dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu masa hadapan mereka mungkin belum menjadi mudarat yang
dekat bagi mereka, seterusnya merangsang pembelajaran. Mereka menyangka, SPM lambat lagi,
dan masih sempat belajar pada tahun hadapan. Motivasi sebegini lebih sesuai buat para pelajar
tingkatan lima. Jadi mudarat dan manfaat yang ditawarkan itu mestilah lebih dekat, yang menjadi
akibat atas kecemerlangan mahupun kegagalan mereka.

       Namun begitu, motivasi ekstrinsik semata-mata bukanlah dorongan yang kekal.
Dorongan yang lebih kekal adalah motivasi intrinsik, iaitu kesedaran dari dalam diri seorang
pelajar itu sendiri. Oleh sebab itu, motivasi ekstrinsik dan intrinsik haruslah berjalan seiringan.
Walaupun seorang pelajar berusaha gigih untuk cemerlang bagi meraih hadiah daripada gurunya,
dia juga mahukan kejayaan dan minat dalam mata pelajaran tersebut.

       Untuk menanam minat pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari, guru haruslah
mempelbagaikan kaedah mengajar. Adakala para pelajar belajar dalam kelas. Adakala mereka
dibawa keluar. Mereka juga haruslah diberikan peranan sebagai pembelajar yang aktif, bukan
semata-mata hanya menerima. Slavin (2012) berpendapat, seorang guru mungkin akan
mengambil masa sebulan untuk menyelesaikan hanya satu topik dengan pengajaran berpusatkan
aktiviti pelajar. Namun, apabila minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut berjaya ditanam
dengan sebab aktiviti tersebut, mereka mula berasa seronok, pembelajaran seterusnya akan
mengambil masa lebih singkat kerana mereka rajin mengulangkaji pelajaran dan membuat
latihan sendiri tanpa paksaan. Apabila pelajar telah mula minat untuk belajar juga, guru tidak
mengambil masa yang banyak untuk mengawal disiplin para pelajar dalam bilik darjah.

               “ The art of teaching is the art of awakening the curiosity of young minds”

                                                                                 (Anatole France)

       Untuk mengesan mentaliti dan tahap motivasi seseorang pelajar, seorang guru boleh
menggunakan kaedah pertanyaan tidak langsung seterusnya menilai tahap motivasi pelajar
terbabit melalui jawapan mereka. Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik bimbingan.
Melalui teknik bimbingan, para pelajar belajar dan menyelesaikan soalan permasalahan yang
diberikan oleh guru dalam kumpulan yang kecil disertai dengan kehadiran guru. Dengan cara ini,
pelajar yang lemah kurang malu untuk berterus-terang kepada guru tentang kelemahan mereka,

                                                19
persepsi mereka terhadap pelajaran tersebut, dan dari situ dapatlah seorang guru itu memikirkan
keperluan pembelajaran anak-anak muridnya. Melalui cara sebegini juga, guru dapat mengesan
keperluan seperti fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan kepercayaan kepada diri seseorang
murid.

         Cara ini mungkin mengambil sedikit masa kerana perlu dilakukan beberapa kali sehingga
setiap pelajar dalam kelas mampu dikenali dengan lebih baik. Namun, sekiranya langkah ini
dapat dilaksanakan seawalnya, ini akan membantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih
efisyen serta efektif bagi kelas-kelas seterusnya. Bimbingan ini juga tidak perlu dilakukan pada
sesi pengajaran dan pembelajaran. Hanya mengambil sedikit masa di luar kelas untuk diluangkan
bersama para pelajar.

         Bagi mengatasi perasaan rendah diri seorang pelajar yang selalu mengatakan dirinya
bodoh, guru haruslah mengambil inisiatif mengadakan pembelajaran kooperatif dalam kelas
yang melibatkan para pelajar daripada semua tahap pencapaian dalam sesebuah kumpulan. Ahli-
ahli kumpulan ini ditetapkan sendiri oleh guru. Hal ini dilakukan agar pelajar yang lemah dapat
dibantu oleh pelajar yang cemerlang. Dalam kumpulan ini juga, pelajar yang lemah turut
diberikan peranan dalam aktiviti penyelesaian masalah agar dia meraih kepercayaan kepada diri
sendiri melalui kepercayaan guru terhadapnya.

         Walaubagaimanapun, saya akui, memang terdapat pelajar yang mempunyai keistimewaan
dalam mata pelajaran tertentu, dalam masa yang sama lemah dalam mata pelajaran yang lain.
Gardner (1985) turut    mengklasifikasikan kebolehan ini dalam huraian berkenaan kecerdasan
pelbagai. Namun, apa yang dapat diperhatikan di sini, seorang pelajar yang berkebolehan dalam
Sejarah mungkin tidak memerlukan teknik tertentu untuk mengingati segala fakta Sejarah tetapi
bermasalah dalam pengiraan Matematik. Sebaliknya terdapat juga pelajar yang tidak
memerlukan sebarang teknik untuk cemerlang dalam Matematik, tetapi bermasalah dalam
mengingati fakta-fakta Sejarah.

         Dalam hal ini, adalah penting bagi seseorang pelajar mengesan kebolehan semulajadi
(nature) mereka dan subjek yang mereka lemah tetapi perlukan usaha agar berkebolehan dengan
latihan (nurture), selepas satu jangka masa yang disasarkan. Bagi subjek yang mereka lemah,
mereka harus mengkaji tentang teknik yang sesuai untuk mempelajari subjek tersebut agar tetap


                                                20
beroleh kecemerlangan. Teknik belajar Matematik sudah tentu tidak sama dengan teknik belajar
Sejarah. Namun, dengan strategi pembelajaran yang berkesan, seseorang masih boleh berjaya
cemerlang dalam kedua-dua subjek ini. Dengan ini, nyatalah usaha yang terbit daripada motivasi
pelajar memainkan peranan yang penting bagi menentukan kejayaan mereka.




7.0 Penutup

       Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang akan berlakunya perbezaan
pencapaian pelajar di dalam matapelajaran matematik. Setiap satu faktor ini saling berkait
dengan faktor yang lain dan ia perlulah ditangani dengan bijak oleh pihak-pihak yang terlibat
seperti pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru-guru dan
ibubapa pelajar. Namun begitu, penglibatan pelajar juga perlu kerana tanpa penglibatan semua
pihak, usaha-usaha untuk mengatasi perbezaan pencapaian antara pelajar di dalam matapelajaran
matematik ini tidak akan berhasil. Usaha ini adalah penting kerana para pelajar ini adalah
generasi pelapis yang akan membangunkan, mengurus serta mentadbir negara di masa hadapan.
Matematik adalah matapelajaran yang diperlukan setiap masa dan sekiranya perbezaan
pencapaian pelajar ini tidak diatasi, maka ia akan mengganggu gugat proses kemajuan negara.




                                              21

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuiti
yatt87
 
Bab 1 isu dan cabaran pendidikan semasa
Bab 1  isu dan cabaran pendidikan semasaBab 1  isu dan cabaran pendidikan semasa
Bab 1 isu dan cabaran pendidikan semasa
Pohtee Ng
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
fitri norlida
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Bazrol
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
sihah
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
Nurul Asha'ari
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Dorma Jn
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
Jenry Saiparudin
 
Kondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesiaKondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesia
Wandi Supandi
 
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
Afaf CyNofa
 

La actualidad más candente (20)

Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuiti
 
Bab 1 isu dan cabaran pendidikan semasa
Bab 1  isu dan cabaran pendidikan semasaBab 1  isu dan cabaran pendidikan semasa
Bab 1 isu dan cabaran pendidikan semasa
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
 
Kajian manajemen perbatasan (fokus inovasi pendidikan) 2015
Kajian manajemen perbatasan (fokus inovasi pendidikan) 2015Kajian manajemen perbatasan (fokus inovasi pendidikan) 2015
Kajian manajemen perbatasan (fokus inovasi pendidikan) 2015
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di IndonesiaPaparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
Paparan Menteri Pendidikan RI : Gawat Darurat Pendidikan di Indonesia
 
Rnpk 2015 paparan pembukaan mendikbud
Rnpk 2015   paparan pembukaan mendikbudRnpk 2015   paparan pembukaan mendikbud
Rnpk 2015 paparan pembukaan mendikbud
 
Permasalahan pendidikan dan solusinya
Permasalahan pendidikan dan solusinyaPermasalahan pendidikan dan solusinya
Permasalahan pendidikan dan solusinya
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
Akses ekuiti
Akses ekuiti Akses ekuiti
Akses ekuiti
 
Aktiviti
AktivitiAktiviti
Aktiviti
 
Ppt masyarakat dan pendidikan
Ppt masyarakat dan pendidikanPpt masyarakat dan pendidikan
Ppt masyarakat dan pendidikan
 
Kondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesiaKondisi dunia pendidikan di indonesia
Kondisi dunia pendidikan di indonesia
 
Bab i ok
Bab i okBab i ok
Bab i ok
 
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGK...
 

Similar a Combine

Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Tan Hooi
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Tan Hooi
 
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Paulus Robert Tuerah
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari
Freejump Pink
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
share with me
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
Siti Mariam
 

Similar a Combine (20)

Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
Isu isu-pendidikan-di-malaysia-121016052843-phpapp02
 
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
Optimalisasi Manajemen Sekolah sebagai Lingkungan Belajar dalam Pembentukan C...
 
BAB 10 - PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN.pptx
BAB 10 - PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN.pptxBAB 10 - PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN.pptx
BAB 10 - PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN.pptx
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari
 
1.4 kompetensi, materi, dan pembelajaran
1.4 kompetensi, materi, dan pembelajaran 1.4 kompetensi, materi, dan pembelajaran
1.4 kompetensi, materi, dan pembelajaran
 
Asigment bm
Asigment bmAsigment bm
Asigment bm
 
Januari 2013bm hbml2203
Januari 2013bm hbml2203Januari 2013bm hbml2203
Januari 2013bm hbml2203
 
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
BUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHBUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAH
 
Refleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue fullRefleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue full
 
Presentation KPS Pengurusan Pelbagai Budaya
Presentation KPS Pengurusan Pelbagai BudayaPresentation KPS Pengurusan Pelbagai Budaya
Presentation KPS Pengurusan Pelbagai Budaya
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bahan rujukan
Bahan rujukanBahan rujukan
Bahan rujukan
 
Bahan rujukan
Bahan rujukanBahan rujukan
Bahan rujukan
 
PARADIGMA BARU.pptx
PARADIGMA BARU.pptxPARADIGMA BARU.pptx
PARADIGMA BARU.pptx
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
 

Más de Atiqah Aizan

Apakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematikApakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematik
Atiqah Aizan
 
Kemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalahKemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalah
Atiqah Aizan
 
Kemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalahKemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalah
Atiqah Aizan
 
Problem solving fifi
Problem solving fifiProblem solving fifi
Problem solving fifi
Atiqah Aizan
 
Phenomena of maths anxiety
Phenomena of maths anxietyPhenomena of maths anxiety
Phenomena of maths anxiety
Atiqah Aizan
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
Atiqah Aizan
 
Skillful problem solving
Skillful problem solvingSkillful problem solving
Skillful problem solving
Atiqah Aizan
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
Atiqah Aizan
 
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikPerbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Atiqah Aizan
 

Más de Atiqah Aizan (11)

Consequences
ConsequencesConsequences
Consequences
 
Apakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematikApakah kebimbangan matematik
Apakah kebimbangan matematik
 
Kemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalahKemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalah
 
Kemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalahKemahiran penyelesaian masalah
Kemahiran penyelesaian masalah
 
Maths anxiety
Maths anxietyMaths anxiety
Maths anxiety
 
Problem solving fifi
Problem solving fifiProblem solving fifi
Problem solving fifi
 
Phenomena of maths anxiety
Phenomena of maths anxietyPhenomena of maths anxiety
Phenomena of maths anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Skillful problem solving
Skillful problem solvingSkillful problem solving
Skillful problem solving
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikPerbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
 

Combine

  • 1. 1.0 Pengenalan Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang selaras dan dapat memenuhi keperluan negara serta menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial ekonomi dan politik Malaysia. Antara strategi untuk mencapai matlamat ini, adalah dengan membina satu kurikulum yang selaras untuk semua institusi pendidikan rendah dan pendidikan menengah. Sungguhpun sistem pendidikan negara dibekalkan dengan satu kurikulum yang selaras, akan tetapi masih wujudnya pencapaian yang berbeza di kalangan pelajar di peringkat rendah mahupun menengah. Isu jurang pencapaian pelajar dalam bidang akademik telah lama diperkatakan. Ianya bukanlah isu setempat, tetapi juga hangat diperdebat diperingkat global. Walaubagaimanapun, penulisan ini akan memfokuskan kepada jurang pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Sudah banyak kajian-kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli akademik untuk menyiasat sebab wujudnya jurang pencapaian pelajar dalam dua matapelajaran tersebut. Hasil-hasil kajian inilah yang menjadi asas kepada perubahan- perubahan dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Sebagai contoh, kita melihat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) memberi impak yang negatif kepada pencapaian pelajar dalam matapelajaran tersebut, maka kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil pendekatan membatalkan dasar tersebut dan mengembalikan medium pengantaraan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi matapelajaran Sains dan Matematik kepada bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Menurut majalah Education Week, jurang pencapaian pelajar merujuk kepada jarak pencapaian dalam bidang akademik oleh dua kumpulan pelajar yang berbeza. Perbezaan pencapaian ini diukur melalui ujian standard, pemilihan kursus pengajian di universiti, kadar pelajar yang menamatkan pengajian dan juga kadar keciciran. Bagi pendidikan di sekolah, penanda aras yang paling sesuai untuk mengukur jurang pencapaian ini adalah pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Penulisan ini akan mengupas faktor- faktor yang menyumbang kepada wujudnya jurang pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik dan Sains iaitu faktor luar bandar-bandar, iklim sekolah, faktor bahasa, kualiti guru dan juga motivasi pelajar. 1
  • 2. 2.0 Luar Bandar-Bandar Bagaimana luar-bandar-bandar menjadi faktor kepada berlakunya jurang pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik? Tidak dapat dinafikan secara puratanya, pencapaian pelajar di Bandar adalah lebih baik daripada pelajar di luar Bandar. Hal ini adalah kerana pelajar di bandar dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang sedia ada seperti bahan rujukan di sekolah, bahan rujukan di perpustakaan awam dan juga kewujudan pusat-pusat tuisyen yang berkualiti dan pelbagai. Pelajar di bandar juga rata-rata datangnya dari keluarga yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik dan kedudukan ekonomi yang kukuh. Jadi, ibubapa pelajar mampu menyediakan sumber dan bahan rujukan untuk tujuan ulangkaji pelajaran sebagai persiapan menghadapi peperiksaan. Sekolah-sekolah di bandar juga mempunyai sumber kewangan yang kukuh melalui penajaan mahupun bantuan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Dengan ini, mereka mampu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan bahan-bahan rujukan tambahan yang diperlukan pelajar. Selain itu juga, pelajar di bandar-bandar dapat memanfaatkan kemudahan teknologi untuk tujuan pembelajaran. Sekolah-sekolah dibandar mempunyai kelebihan untuk melengkapkan sekolah mereka dengan kemudahan internet yang membolehkan pelajar membuat ulangkaji dengan bahan-bahan yang di dapati daripada internet. Malahan, pelajar-pelajar di bandar-bandar juga boleh memanfaatkan kemudahan internet di rumah masing-masing kerana sebahagian besarnya datang dari keluarga yang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan internet dirumah masing-masing. Berbeza dengan pelajar diluar bandar yang kurang mendapat peluang sepertimana pelajar di bandar-bandar. Pelajar di luar bandar selalunya hanya berpeluang untuk belajar di bilik darjah dari guru masing-masing kerana kemudahan infrastruktur dan prasarana yang tidak begitu baik. Malahan, di sesetengah kawasan, bekalan elektrik mereka hanyalah 12 jam sehari. Hal ini membantutkan proses pembelajaran mereka. Begitu juga dengan sumber-sumber rujukan. Pelajar-pelajar di luar bandar terpaksa bergantung harap dengan bahan-bahan yang di sediakan di sekolah atas inisiatif guru-guru mereka. Sekolah-sekolah di luar bandar yang menempatkan pelajar yang datangnya dari keluarga yang berpendapatan rendah. Ada di antara mereka tidak mampu menghantar anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen. Dapat kita lihat, pelajar-pelajar di bandar-bandar besar mempunyai kelebihan berbanding pelajar di luar bandar dari segi akses kepada maklumat. 2
  • 3. Hal ini selari dengan satu kajian yang dijalankan di Malaysia. Dapatan kajian itu mendapati, keyakinan diri mempelajari Matematik, mempunyai bilangan buku yang banyak di rumah, kekerapan menggunakan computer, dan kaum bukan Melayu mempunyai hubungkait yang tinggi dengan pencapaian yang baik dalam matapelajaran Matematik. Matapelajaran Matematik dan Sains itu sendiri memerlukan pemahaman konsep yang baik dan latih tubi yang berterusan untuk membolehkan pelajar menguasai kedua-dua matapelajaran tersebut. Oleh itu, maklumat-maklumat tambahan yang mereka dapati daripada luar bilik darjah juga adalah penting untuk mereka mengukuhkan pemahaman mereka terhadap isi kandungan pelajaran tersebut. Ada beberapa langkah dan pendekatan yang di ambil oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan jurang ini yang disebabkan oleh faktor luar bandar-bandar ini. Antaranya ialah, pada September 2002, kerajaan telah memperkenalkan Skim Baucar Tuisyen (SBT) kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka turut sama mendapat manfaat daripada kelas tambahan sepertimana pelajar-pelajar di bandar yang datang daripada keluarga yang berkemampuan. SBT secara spesifik memberi penekanan kepada matapelajaran penting iaitu Sains dan Matematik dan termasuk juga Bahasa Inggeris. Baru-baru ini juga, kerajaan telah melancarkan skim Inisiatif Jalur Lebar Negara untuk membolehkan pelajar-pelajar dan keluarga yang berpendapatan rendah memanfaatkan kelebihan teknologi. Di bawah skim ini, kerajaan telah mengagihkan sejumlah sejuta Netbook 1 Malaysia secara percuma kepada pelajar-pelajar yang layak. Di bawah program ini, pelajar diberikan komputer riba secara percuma untuk membolehkan mereka memanfaatkan teknologi untuk tujuan pembelajaran. Dengan adanya komputer riba tersebut yang dilengkapi dengan kemudahan internet, pelajar dapat menggunakan teknologi tersebut untuk berkomunikasi dengan rakan pelajar yang lain. Selain itu juga, mereka dapat menggunakan kemudahan tersebut untuk mencari maklumat-maklumat yang di perlukan untuk membantu proses pembelajaran mereka. Walaubagaimanapun, masih wujud isu-isu lain yang di ketengahkan setelah usaha-usaha ini diperkenalkan. Sebagai contoh, ada sesetengah pihak mempersoalkan adakah satu usaha dibuat untuk memastikan pelajar-pelajar yang diberikan bantuan komputer riba ini memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang diberikan untuk tujuan pendidikan. Adakah bentuk bantuan ini benar- benar membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian akademik terutamanya dalam matapelajaran Matematik dan juga Sains? 3
  • 4. 3.0 Budaya Sekolah Moos (1979) mendefinisikan budaya sekolah sebagai „suasana pembelajaran‟ didalam sekolah. Gary Philips (1993) pula mendefinisikan budaya sekolah sebagai “kepercayaan, dan kelakuan yang mencerminkan sekolah dari segi: interaksi antara setiap individu dalam sekolah, bagaimana mereka menghormati satu sama lain, sejauh mana individu merasa diperlukan dan dihargai; dan amalan-amalan dan tradisi yang menjadi teras keutuhan dan kekuatan silaturrahim antara mereka.” Pendek katanya budaya sekolah mencerminkan perkongsian idea, nilai dan kepercayaan yang memberikan sesuatu organisasi itu identiti dan membentuk perilaku ahli- ahlinya. Idea-idea dan nilai-nilai ini tertanam didalam teras organisasi dan biasanya terlaksana secara tanpa sedar, sehingga adakalanya kehadiran dan kepentingan mereka dilupakan. Kefahaman yang dikongsi oleh tenaga pengajar, bukan pengajar dan pelajar membentuk respon mereka terhadap permintaan dari luar (komuniti dan ibubapa) dan dari dalam (Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementrian Pelajaran). Budaya sekolah terbentuk dengan mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku untuk menjadi panduan kelakuan dimasa hadapan. 3.1 Komponen Budaya Sekolah Budaya sesuatu sekolah boleh dilihat dari segi persekitaran, lagenda dan etika kelakuan sekolah tersebut. Ciri-ciri budaya yang boleh dinilai termasuk artifak dan simbol, nilai-nilai murni dan tanggapan organisasi tersebut terhadap ahli-ahlinya. 3.1.2 Artifak dan Simbol Artifak dan simbol lebih menerangkan tentang fizikal sesuatu sekolah, dari segi rekabentuk dan susunatur bangunannya hinggalah hiasan didalam sekolah. Murid lebih terdorong untuk belajar jika persekitaran mendorong mereka untuk belajar. Ini termasuk penyediaan ruang belajar yang cukup dan tersedia dengan alatan dan bahan yang mereka perlukan serta rekod pencapaian pelajar-pelajar yang lalu supaya mereka tahu apa yang diterima sebagai „cemerlang‟. Secara tanpa sedar murid mencari „role model‟ dari dalam sekolah tersebut untuk dicontohi. Ini pentingnya sekolah memaparkan kejayaan-kejayaan lalu untuk dikongsi 4
  • 5. oleh murid supaya mereka terasa terdorong untuk mengulang kembali kejayaan tersebut atau mengekalkannya, sekaligus mewujudkan perasaan bangga murid terhadap sekolah. 3.1.3 Nilai-Nilai Murni Nilai-nilai murni adalah bagaimana pihak pentadbir, guru-guru dan ibubapa dan komuniti berinteraksi antara satu-sama lain. Sekolah yang penyayang menghargai penglibatan ibubapa dalam membantu menguruskan anak didik mereka. Dalam kajian mereka Hoover-Dempsey, Walker et al (2000) telah mendapati bahawa peningkatan penglibatan ibubapa meningkatkan tahap kecekapan mereka dalam menguruskan sekolah dan murid. Ini menunjukkan kepentingan sekolah untuk berbincang dengan ibubapa tentang apa-apa keputusan yang mereka ingin laksanakan yang melibatkan murid. Penglibatan komuniti dengan sekolah melalui-program- program yang dianjurkan oleh salah-satu pihak atau keduanya juga membolehkan komuniti melihat sejauh mana sekolah melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendidik generasi akan datang, sekaligus merapatkan hubungan antara semua pihak. 3.1.4 Tanggapan Sekolah Sekolah yang mempunyai tanggapan positif terhadap murid mendorong murid untuk memenuhi tanggapan positif tersebut. Antara tanggapan positif yang dapat meningkatkan prestasi akademik murid adalah „Semua murid mampu berjaya‟, „Semua ibubapa mahu anak- anak mereka berjaya‟ dan „Ibubapa merupakan rakan dalam mendidik pelajar‟. 3.1.5 Iklim Sekolah Moss (1979) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suatu sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Ia terlahir dalam perasaan dan perilaku pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa tentang sekolah itu sendiri, yakni apakah impresi harian mereka tentang sekolah. Iklim sekolah adalah komponen penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Didalam laporan ini iklim sekolah dikategorikan kepada empat aspek iaitu persekitaran fizikal, sosial, affektif dan akademik. 5
  • 6. 3.1.6 Persekitaran Fizikal Persekitaran fizikal adalah persekitaran maujud kondusif atau tidak kondusif untuk belajar. Ini termasuk menghadkan bilangan pelajar dalam bilik darjah supaya guru dapat memberi tumpuan kepada semua murid, mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa supaya mereka dapat menumpukan pada pelajaran tanpa gangguan, memastikan kawasan sekolah kemas dan teratur, meminimakan gangguan bunyi serta memastikan semua alatan dan bahan untuk belajar mencukupi untuk semua pelajar. 3.1.7 Persekitaran Sosial Persekitaran sosial adalah persekitaran yang menggalakan komunikasi dan interaksi. Persekitaran sosial yang kondusif menggalakkan pelajar dan guru berkomunikasi dengan aktif, dimana guru sebagai fasilitator mengendalikan pelajar yang berdiskusi secara kumpulan. Pelajar digalakkan berbincang tentang apa yang mereka pelajari dalam kelas bersama dengan ibubapa. Di luar kelas pula pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aspek-aspek tertentu pengurusan seperti disiplin pelajar (badan pengawas dan badan disiplin kerohanian), aktiviti kokurikulum (pengurusan kelab, aktiviti luar), pengurusan akademik dan sebagainya. Interaksi sebegini membolehkan pelajar lebih memahami struktur sesuatu organisasi dan mengeratkan hubungan antara kakitangan sekolah dan murid. Dengan melibatkan pelajar dalam proses pentadbiran, konflik yang melibatkan pelajar boleh dikenalpasti dan diatasi pada peringkat awal. 3.1.8 Persekitaran Afektif Persekitaran afektif adalah persekitaran yang menggalakkan rasa kepunyaan dan keyakinan diri. Interaksi antara staf dan pelajar yang penyayang, responsif, dan saling menghormati antara kunci melahirkan persekitaran afektif yang positif. Persekitaran afektif yang positif membawa kepada perasaan percaya dan keyakinan pelajar dalam kewibawaan guru, yakni pelajar lebih reseptif terhadap pengajaran guru di dalam dan di luar kelas. Apabila guru dipandang tinggi, mereka akan lebih bersemangat untuk mengajar. Persekitaran yang berfikiran terbuka dan tidak berperasangka memboleh pelajar dari semua lapisan masyarakat dan kaum 6
  • 7. belajar tanpa takut dan sangsi. Persekitaran afektif ini dapat dirasa oleh semua individu dalam sekolah; jika pelajar merasakan persekitarannya positif beliau akan lebih suka berada di sekolah dan akan sentiasa menceritakan hal-hal positif sekolah kepada ibubapa, sekaligus menaikkan nama baik sekolah di mata komuniti setempat. 3.1.9 Persekitaran Akademik Persekitaran akademik adalah persekitaran yang menggalakkan proses pembelajaran dan kemahiran kendiri. Persekitaran akademik yang positif akan menggalakkan prestasi akademik yang cemerlang. Sekolah yang efektif mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan isi kandungan matapelajaran dapat difahami dengan mendalam. Pelajar diajar dengan menggunakan teknik pembelajaran yang paling sesuai dengan diri mereka. Walaubagaimana pun harapan sekolah terhadap pelajar kekal tinggi untuk memastikan pelajar tidak lali dengan kejayaan mereka. Pelajar sentiasa dicabar untuk meningkatkan lagi prestasi akademik selagi guru merasakan mereka belum lagi memenuhi potensi diri. Semua ujian pengukuhan dianalisis dan kelemahan dalam topik diberi perhatian oleh guru untuk diperbaiki. Persekitaran akademik yang positif juga menghargai usaha murid dalam mencapai kecemerlangan dengan memberikan pujian dan ganjaran yang sewajarnya. Ini merupakan satu bentuk motivasi bukan sahaja kepada pelajar tersebut, tetapi juga bagi pelajar lain yang masih belum mencapai kecemerlangan. 3.2 Kesimpulan Budaya sekolah dan iklim sekolah yang positif akan membawa kepada pencapaikan akademik yang tinggi. Sekolah wajar mengambil langkah menanam nilai-nilai positif dalam diri pelajar dengan memastikan iklim sekolah selaras dengan apa yang hendak dicapai. 7
  • 8. 4.0 Faktor Kekangan Bahasa Bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana bahasa merupakan pengantara antara pengajar dan juga pelajar untuk berkomunikasi. Menurut Gorys Keraf (1997), Bahasa adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Mungkin ada yang keberatan dengan mengatakan bahawa bahasa bukan satu-satunya alat untuk mengadakan komunikasi. Mereka menunjukkan bahawa dua orang atau pihak yang mengadakan komunikasi dengan mempergunakan cara-cara tertentu yang telah disepakati bersama. Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaannya amat meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik yang diajar di sekolah membekalkan ilmu pengetahuan Matematik kepada pelajar untuk memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran yang kritis serta bersistematik. Perlaksanaan dasar pengajran bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) telah dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia sejajar dengan perkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi. Ia dikuatkuasakan pada tahun 2003 melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan juga tingkatan 6 rendah. Menurut Musa Mohamad (2002), pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar menggunakan bahasa Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan juga bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan menyedari bahawa penguasaan ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris bertambah penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat. Namun begitu, dasar PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012 juga secara berperingkat. Hal ini menunjukkan, Negara kita masih tidak mampu untuk menggunakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Iggeris. Menurut satu kajian yang dijalankan iaitu “ Trends in Mathematics and Sciences Study (TIMSS)” di mana kajian ini dilakukan empat tahun sekali. Pada tahun 2003 Malaysia berada pada kedudukan yang ke 10 daripada 60 negara yang terlibat. Pada tahun 2007, Malaysia berada pada kedudukan yang ke 16. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian Matematik Negara kita semakin merosot di sebabkan oleh penukaran daripada pengajaran Matematik dalal Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris. 8
  • 9. 4.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permasalahan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai Matematik yang diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor bahasa penghantar, pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar, persekitaran pengajaran dan pembelajaran, tanggapan pelajar terhadap Bahasa Inggeris. 4.1.1 Bahasa Pengantar Bahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isi pelajaran serta mencapai objektif pelajaran. Jumrang (2004) menyatakan, jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya ia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut. 4.1.2 Pengajaran Guru Dalam Bahasa Inggeris Guru juga merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Apabila guru mengunakan bahasa inggeris pelajar akan kuaran berkomunikasi dengan guru kerana mereka tidak faham apa yang diterangkan oleh guru dan menyebabkan pelajar semakin kurang berminat untuk belajar matematik. 9
  • 10. 4.1.3 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta mempunyai asas bahasa Inggeris yang lemah. Erwin (1984), mendapati bahawa dengan kekerapan latihan sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai bahasa yang dipelajari. Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat untuk penguasaan bahasa yang dipelajari. Masalah-masalah yang di hadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat memperbaiki bahasa Inggeris dan seterusnya menghadapi masalah pembelajaran Matematik. 4.1.4 Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran Kajian Bell (1988) mendapati faktor yang menjurus kepada kelemahan pembelajaran Matematik di kalangan pelajar adalah disebabkan faktor keluarga dan juga persekitaran. Menurut kajian yang dilakukan oleh Gilliland (1996), persekitaran yang bising akan mengganggu proses pengajaran. Di samping itu, akan menyebabkan kurangnya perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan tekanan emosi, mengganggu pandangan dan melemahkan daya berfikir pelajar. Ini menimbulkan masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar. 4.1.5 Tanggapan Pelajar Terhadap Bahasa Inggeris. Tanggapan pelajar terhadap pengajaran Matematik dalam bahsa inggeris juga merukan faktor pelajar tidak dapat mempelajari Matematik dalam bahasa inggeris. Mereka menganggap Bahasa inggeris itu sendiri sukar untuk dipelajari dan lebih sukar untuk mereka untuk mempelajari bahasa tersebut dalam subjek matematik. Kebanyakan pelajar juga tidak suka belajar Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini bertepatan dengan kajian oleh Aziz (2005), 10
  • 11. majoriti pelajar tidak bersetuju belajar Matematik dalam bahasa Inggeris sebaliknya bersetuju sekiranya menggunakan bahasa Melayu. 4.2 Kesan Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dan Cara Mengatasinya. Banyak kesan daripada pengajaran Matematik dalam bahasa inggeris iaitu prestasi pelajar dalam subjek matematik semakin menurun dan jurang pencapaian pelajar Bandar dan luar Bandar semakin meningkat. Pelajar juga semakin kurang berminat dengan matematik walaupun mereka sebenarnya minat dalam subjek Matematik. Antara cara-cara untuk mengatasi masalah ini ialah usaha untuk memperbaiki kelemahan pelajar dalam subjek bahasa inggeris itu sendiri. Apabila kita dapat memantapkan bahasa inggeris pelajar akan lebih mudah untuk memahami pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris serta mudah untuk membuat rujukan dalam bahasa tersebut. Seterusnya , kualiti guru untuk mengajar subjek matematik dalam bahasa inggeris perlu dipertingkatkan. Kemudahan prasana di sekolah juga perlu untuk mewujudkan persekitara pembelajaran yang kondusif. Pelajar juga haruslah memotivasikan dirinya untuk berdepan dengan pengajaran matematik dalam Bahasa inggeris. Faktor bahasa sebenarnya bukan halangan untuk mereka cemerlang dalam matematik. Seharusnya mereka perlu mengusai konsep-konsep matematik tersebutt dan tidak menjadikan alasan Bahasa untuk belajar. Ibu bapa dan masyarakat juga haruslah memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk belajar Matematik dalam bahasa inggeris. 4.3 Kesimpulan Keseluruhannya mendapati faktor bahasa pengantar dan tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris berada pada tahap yang kurang memuaskan sekaligus menjadi permasalahan yang ketara dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar terutama pelajar luar bandar. Hal ini menggambarkan bahawa sekalipun guru menggunakan strategi pengajaran yang berkesan serta dilengkapi dengan infrastruktur dan persekitaran yang baik tetapi ianya masih belum mencukupi untuk mengelakkan kewujudan permasalahan dalam pembelajaran Matematik apabila mata pelajaran ini diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Sehubungan itu usaha yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan bahasa Inggeris itu sendiri di samping memastikan kualiti guru dan prasarana pembelajaran. 11
  • 12. 5.0 Faktor Guru Dalam membincangkan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perbezaan pencapaian pelajar di dalam subjek Matematik di Malaysia ini, terdapat satu lagi faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya perkara tersebut. Faktor tersebut ialah faktor guru yang mengajar subjek matematik di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Terdapat 3 isi utama yang berkaitan dengan faktor guru yang menyumbang akan berlakunya perbezaan pencapaian pelajar iaitu tahap keyakinan guru, kaedah pengajaran guru di dalam kelas dan juga bentuk komunikasi antara pelajar dan guru di dalam kelas. 5.1 Tahap keyakinan guru Tahap keyakinan guru adalah penting dalam membentuk keyakinan pelajar dalam mempelajari sesuatu matapelajaran seperti matematik. Ini kerana, terdapat beberapa kajian yang telah dibuat yang mengatakan tahap keyakinan guru mempengaruhi tahap keyakinan pelajar dan seterusnya ia akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar (Price and Raiker, 1999). Menurut Dobbs, Doctoroff & Fisher (2003 dalam Mohamad Johdi Hj Salleh, 2007), guru perlulah mengetahui dan mengusai isi kandungan di dalam matapelajaran matematik dengan baik untuk mendapatkan tahap keyakinan untuk mengajar subjek tersebut. Pelajar-pelajar masa kini adalah lebih ke hadapan dalam menuntut ilmu dan mereka kadangkala akan bertanya mengenai perkara yang melebihi daripada apa yang diajar oleh guru dan juga yang terkandung di dalam kurikulum atau buku teks. Oleh itu, guru perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkap terhadap bidangnya agar beliau boleh menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh. Apabila guru mempamerkan rasa yakin dan mengusai bidang yang diajar, contohnya di dalam bidang matematik, ia mampu menimbulkan minat serta kecenderungan para pelajar untuk mempelajari matapelajaran tersebut. Sebaliknya, jika guru gagal menjawab atau jawapan yang diberikan adalah salah atau kurang tepat, ia menunjukkan guru tersebut tidak menguasai ilmu tersebut dan menyebabkan para pelajar akan hilang minat serta tumpuan untuk mendalami mata pelajaran tersebut. 12
  • 13. 5.2 Kaedah pengajaran guru Sikap dan minat seseorang pelajar dalam mempelajari matematik berkait rapat dengan tahap pencapaian mereka di dalam subjek tersebut (Fedigan & Gary, 1978 ; Mat Darus Othman, 1992 dalam Hajah Noraini Haji Omar, 2008). Sabri (2006) menjelaskan kaedah mengajar yang lama, tidak menarik dan sukar difahami oleh para pelajar menyumbang kepada tahap pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran tersebut. Matapelajaran matematik memerlukan kaedah pengajaran yang berbeza berbanding matapelajaran lain dalam usaha untuk memupuk minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran ini. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Tengku Zawawi Tengku Zainal (2006) telah menyenaraikan beberapa kaedah umum yang perlu difahami dan dikuasai oleh pendidik matematik. Kaedah-kaedah tersebut adalah penglibatan aktif pelajar dalam kelas, perbincangan dan penemuan oleh para pelajar, penggunaan perumpamaan untuk mewakili sesuatu konsep, kaedah analisis konsep, kaedah eksperimen dan lain-lain. Selain itu, bahan bantu mengajar yang menarik adalah penting dalam menarik minat pelajar. Selaras dengan kemajuan teknologi, penggunaan komputer, projektor dan internet mampu merangsang dan memperkaya kemahiran pelajar untuk belajar. Ia dipersetujui oleh Wright (1999, dalam Mistretta R.M., 2005) melaporkan pencapaian pelajar yang lebih tinggi, sikap, dan interaksi guru-pelajar sebagai hasil pembelajaran interaktif yang didapati melalui teknologi. 5.3 Komunikasi guru-pelajar Aspek komunikasi antara guru-pelajar perlu diberi perhatian. Tanpa hubungan komunikasi yang berkesan, proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi kurang efektif. Aspek lisan yang melibatkan perkataan serta komunikasi bukan lisan perlu diberikan penekanan oleh setiap guru. Bagi kamunikasi secara lisan, isi kandungan matapelajaran haruslah disampaikan oleh guru kepada pelajar dengan jelas, terang dan bersistematik. Guru berkomunikasi secara lisan untuk menyampaikan ilmu dan maklumat berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Pengajaran guru tersebut akan dijalankan melalui teknik penerangan, soal jawab, perbincangan dan sumbang saran bersama-sama para 13
  • 14. pelajarnya. Semasa interaksi lisan yang bersifat sehala atau dua hala guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan pelajar pula sebagai pendengar dan penerima maklumat. Komunikasi aktif secara lisan hanya berkesan jika pengetahuan dan maklumat disampaikan secara berkesan dan dapat diterima serta difahami dengan baik oleh pelajar. Bagi komunikasi bukan lisan pula, perlakuan guru seperti memek muka, gelengan atau anggukan kepala, isyarat tangan, gaya berdiri, dan sebagainya mampu menyalurkan maklumat dari guru kepada pelajar. Sebagai contoh, memek muka yang masam atau marah mampu membuatkan pelajar berasa tidak mesra dengan guru seterusnya menyebabkan pelajar takut untuk bertanya dan menghalang proses pembelajaran. Tingkahlaku guru yang sentiasa senyum dan ceria pula membolehkan pelajar mendekati guru sekaligus jurang komunikasi antara guru dan pelajar tidak berlaku. 5.4 Kesimpulan Dalam menyampaikan ilmu matematik, guru seharusnya dapat mengaitkan matematik dengan kehidupan harian pelajar. Ini supaya pelajar dapat mengetahui bahawa matematik bukanlah sesuatu yang asing dalam diri mereka tetapi ia adalah sesuatu yang mereka dapat gunakan setiap masa. Ini membuatkan para pelajar sedar akan kepentingan mempelajari matematik selain dapat membuang tanggapan mereka bahawa matematik adalah matapelajaran yang sukar. Guru yang baik adalah guru yang boleh mengajar dan menyampaikan sesuatu ilmu itu kepada para pelajar tetapi guru yang cemerlang adalah guru yang bukan sahaja boleh mengajar dan menyampaikan ilmu tersebut tetapi dapat menimbulkan minat, kefahaman dan kecenderungan pelajar untuk mempelajari ilmu tersebut. 14
  • 15. 6.0 Faktor Tahap Motivasi Para Pelajar Bagi membincangkan perbezaan motivasi para pelajar pula, kita akan menumpukan perbincangan ini kepada perbezaan antara para pelajar dalam satu kelas yang sama. Hal ini dipertimbangkan kerana mengambil kira faktor-faktor lain yang telah dibincangkan lebih awal iaitu kedudukan sekolah, sama ada bandar atau luar bandar, jadi kemudahan pembelajaran yang sama. Kemudian, budaya dan iklim sekolah yang sama, dan kualiti guru yang sama . Bagi faktor halangan bahasa pula, faktor ini diambil kira sebagai aspek dalam pembelajaran yang turut memerlukan tahap motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar. Dengan ini, pelajar dilihat perlu memiliki tahap motivasi yang malah berganda untuk cemerlang dalam Matematik. Pertama motivasi bagi meningkatkan kecekapan bahasa Inggeris demi memahami pembelajaran Matematik. Dan kedua memahami mata pelajaran Matematik itu sendiri. Perbezaan yang besar bagi pencapaian Matematik dalam kelas yang sama bukanlah perkara yang begitu mustahil. Walaupun dengan akses kemudahan dalam sekolah dan persekitaran yang sama, iklim sekolah yang sama, pentadbiran serta sistem yang sama, juga guru mata pelajaran yang sama, murid-murid dalam kelas yang sama masih menunjukkan jurang yang besar dalam prestasi peperiksaan Matematik. Walaupun dalam satu kelas tingkatan empat di sebuah sekolah berasrama penuh, julat antara 97 hingga 32 bagi peperiksaan pertengahan tahun Matematik Moden masih boleh berlaku disebabkan perbezaan motivasi dalam diri para pelajar. Nyatalah perbezaan yang besar tetap boleh berlaku walaupun dalam kalangan pelajar- pelajar terpilih sekiranya motivasi dalam diri mereka tidak dikekalkan dan disuburkan dari semasa ke semasa. Aspek motivasi dapat dihuraikan daripada pelbagai sudut. Salah satu cabang dalam disiplin motivasi yang dapat dihuraikan bagi menjelaskan situasi ini ialah Hirarki Keperluan Maslow seperti dalam Rajah 1 di muka surat sebelah. Menurut Maslow (1954), seorang individu berbeza dari segi motivasi untuk melakukan perkara yang sama daripada seorang individu lain kerana keperluan lebih bawah yang telah ataupun belum terpenuhi. Oleh itu berdasarkan teori ini, keperluan memahami dan mengetahui terletak di atas keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan keyakinan diri. Ini menunjukkan para pelajar 15
  • 16. yang belum terpenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan keyakinan diri ini bermotivasi rendah dalam menumpukan pelajaran dalam bilik darjah mahupun mengulangkaji. Rajah 1 Secara praktikalnya, dapat dilihat pelajar yang mengantuk kerana tidak cukup rehat dan tidur, hadir ke sekolah dalam keletihan, dan akhirnya tidak berminat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Mereka juga tidak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Begitu juga pelajar yang sakit dan demam, serta yang lapar kerana tidak mengambil sarapan pagi. Bagi faktor keselamatan, pelajar yang berasa terancam kerana kehadirannya dinanti-nanti oleh para pembuli sekolah bermotivasi rendah untuk ke sekolah. Pelajar yang bermasalah dengan rakan-rakan sebaya, kurang kasih sayang serta perhatian keluarga, dan rendah keyakinan diri turut menujukkan tahap motivasi yang rendah untuk menuntut ilmu dan berjaya cemerlang dalam pelajaran. 16
  • 17. Dalam Teori Motivasi Atribusi Weiner pula, setiap individu mengatributkan kejayaan dan kegagalan mereka dengan cara yang berbeza. Perbezaan ini menggambarkan persepsi seseorang terhadap dirinya, serta mentaliti mereka. Teori Motivasi Atribusi Weiner (2000) digambarkan oleh Jadual 1 di muka surat sebelah. Daripada jadual tersebut, didapati bahawa seseorang individu mengatributkan kejayaan mereka dengan kepercayaan faktor dalaman seperti “ saya memang pandai“ dan “ saya bekerja Jadual 1 keras“. Mereka juga mengatributkan kejayaan dengan faktor luaran seperti “ nasib saya baik” dan “ soalan peperiksaan senang”. Bagi mereka yang gagal pula, mereka mungkin mengatributkan kegagalan mereka dengan faktor dalaman juga, seperti “ saya memang bodoh” dan “ saya tidak belajar”. Atau 17
  • 18. mereka mengatributkan kegagalan tersebut dengan faktor luaran, contohnya “ nasib saya tidak baik” dan “ soalan peperiksaan susah”. Persepsi pelajar itu sendiri dan mentaliti mereka ini akan menentukan sikap serta tindakan susulan mereka untuk membaiki atau membiarkan sahaja pencapaian mereka pada tahap yang rendah. Bagi pelajar yang cemerlang pula, persepsi kendiri yang tidak sihat juga boleh menyebabkan mereka mengalami kemerosotan dalam pelajaran. Contohnya apabila mereka mengatributkan kejayaan mereka kepada kepandaian atau kebolehan mereka dalam sesuatu subjek semata-mata, mereka akan cenderung untuk berputus asa apabila mereka tidak lagi secemerlang lagi sebelum itu. Mereka akan mula merasakan tidak cukup pandai untuk meneruskan pembelajaran. Sebaliknya, jika aspek usaha keras menjadi kepercayaan sebagai penyumbang utama kejayaan, pencapaian yang rendah akan segera dibaiki dengan strategi pembelajaran yang lebih berkesan. 6.1 Langkah-langkah Mengatasi Perbezaan Tahap Motivasi Sebagai seorang guru, soal motivasi dalam diri setiap pelajar bukanlah satu perkara remeh. Sekiranya seorang guru berjaya meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, hal ini bukan sahaja memberikan kesan positif terhadap pelajar tersebut dalam jangka masa pendek, tetapi untuk jangka masa panjang juga. Mereka yang bermotivasi tinggi akan lahir sebagai seorang yang optimis dan mencintai ilmu. A great teacher inspires. Oleh itu, bagi meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, seorang guru juga mestilah seorang yang bermotivasi, positif dan tidak mudah berputus asa dalam mendidik anak-anak murid dan menyampaikan ilmu. Motivated students come from motivated teachers. Pada persepsi seorang guru yang positif dan bermotivasi, setiap anak murid di hadapannya adalah berpotensi untuk cemerlang, walaupun mereka telah gagal. Guru juga haruslah membuat refleksi tentang kaedah pengajarannya dan berusaha untuk mengenali setiap anak didiknya dengan baik, dan pendekatan yang bersesuaian dengan personality mereka yang berbeza-beza. Untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar, guru boleh mencipta faedah yang dekat dan mudarat yang dekat sebagai motivasi ekstrinsik para pelajar untuk merangsang 18
  • 19. pembelajaran mereka. Bagi para pelajar tingkatan empat misalnya, risiko kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu masa hadapan mereka mungkin belum menjadi mudarat yang dekat bagi mereka, seterusnya merangsang pembelajaran. Mereka menyangka, SPM lambat lagi, dan masih sempat belajar pada tahun hadapan. Motivasi sebegini lebih sesuai buat para pelajar tingkatan lima. Jadi mudarat dan manfaat yang ditawarkan itu mestilah lebih dekat, yang menjadi akibat atas kecemerlangan mahupun kegagalan mereka. Namun begitu, motivasi ekstrinsik semata-mata bukanlah dorongan yang kekal. Dorongan yang lebih kekal adalah motivasi intrinsik, iaitu kesedaran dari dalam diri seorang pelajar itu sendiri. Oleh sebab itu, motivasi ekstrinsik dan intrinsik haruslah berjalan seiringan. Walaupun seorang pelajar berusaha gigih untuk cemerlang bagi meraih hadiah daripada gurunya, dia juga mahukan kejayaan dan minat dalam mata pelajaran tersebut. Untuk menanam minat pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari, guru haruslah mempelbagaikan kaedah mengajar. Adakala para pelajar belajar dalam kelas. Adakala mereka dibawa keluar. Mereka juga haruslah diberikan peranan sebagai pembelajar yang aktif, bukan semata-mata hanya menerima. Slavin (2012) berpendapat, seorang guru mungkin akan mengambil masa sebulan untuk menyelesaikan hanya satu topik dengan pengajaran berpusatkan aktiviti pelajar. Namun, apabila minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut berjaya ditanam dengan sebab aktiviti tersebut, mereka mula berasa seronok, pembelajaran seterusnya akan mengambil masa lebih singkat kerana mereka rajin mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan sendiri tanpa paksaan. Apabila pelajar telah mula minat untuk belajar juga, guru tidak mengambil masa yang banyak untuk mengawal disiplin para pelajar dalam bilik darjah. “ The art of teaching is the art of awakening the curiosity of young minds” (Anatole France) Untuk mengesan mentaliti dan tahap motivasi seseorang pelajar, seorang guru boleh menggunakan kaedah pertanyaan tidak langsung seterusnya menilai tahap motivasi pelajar terbabit melalui jawapan mereka. Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik bimbingan. Melalui teknik bimbingan, para pelajar belajar dan menyelesaikan soalan permasalahan yang diberikan oleh guru dalam kumpulan yang kecil disertai dengan kehadiran guru. Dengan cara ini, pelajar yang lemah kurang malu untuk berterus-terang kepada guru tentang kelemahan mereka, 19
  • 20. persepsi mereka terhadap pelajaran tersebut, dan dari situ dapatlah seorang guru itu memikirkan keperluan pembelajaran anak-anak muridnya. Melalui cara sebegini juga, guru dapat mengesan keperluan seperti fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan kepercayaan kepada diri seseorang murid. Cara ini mungkin mengambil sedikit masa kerana perlu dilakukan beberapa kali sehingga setiap pelajar dalam kelas mampu dikenali dengan lebih baik. Namun, sekiranya langkah ini dapat dilaksanakan seawalnya, ini akan membantu pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisyen serta efektif bagi kelas-kelas seterusnya. Bimbingan ini juga tidak perlu dilakukan pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Hanya mengambil sedikit masa di luar kelas untuk diluangkan bersama para pelajar. Bagi mengatasi perasaan rendah diri seorang pelajar yang selalu mengatakan dirinya bodoh, guru haruslah mengambil inisiatif mengadakan pembelajaran kooperatif dalam kelas yang melibatkan para pelajar daripada semua tahap pencapaian dalam sesebuah kumpulan. Ahli- ahli kumpulan ini ditetapkan sendiri oleh guru. Hal ini dilakukan agar pelajar yang lemah dapat dibantu oleh pelajar yang cemerlang. Dalam kumpulan ini juga, pelajar yang lemah turut diberikan peranan dalam aktiviti penyelesaian masalah agar dia meraih kepercayaan kepada diri sendiri melalui kepercayaan guru terhadapnya. Walaubagaimanapun, saya akui, memang terdapat pelajar yang mempunyai keistimewaan dalam mata pelajaran tertentu, dalam masa yang sama lemah dalam mata pelajaran yang lain. Gardner (1985) turut mengklasifikasikan kebolehan ini dalam huraian berkenaan kecerdasan pelbagai. Namun, apa yang dapat diperhatikan di sini, seorang pelajar yang berkebolehan dalam Sejarah mungkin tidak memerlukan teknik tertentu untuk mengingati segala fakta Sejarah tetapi bermasalah dalam pengiraan Matematik. Sebaliknya terdapat juga pelajar yang tidak memerlukan sebarang teknik untuk cemerlang dalam Matematik, tetapi bermasalah dalam mengingati fakta-fakta Sejarah. Dalam hal ini, adalah penting bagi seseorang pelajar mengesan kebolehan semulajadi (nature) mereka dan subjek yang mereka lemah tetapi perlukan usaha agar berkebolehan dengan latihan (nurture), selepas satu jangka masa yang disasarkan. Bagi subjek yang mereka lemah, mereka harus mengkaji tentang teknik yang sesuai untuk mempelajari subjek tersebut agar tetap 20
  • 21. beroleh kecemerlangan. Teknik belajar Matematik sudah tentu tidak sama dengan teknik belajar Sejarah. Namun, dengan strategi pembelajaran yang berkesan, seseorang masih boleh berjaya cemerlang dalam kedua-dua subjek ini. Dengan ini, nyatalah usaha yang terbit daripada motivasi pelajar memainkan peranan yang penting bagi menentukan kejayaan mereka. 7.0 Penutup Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang akan berlakunya perbezaan pencapaian pelajar di dalam matapelajaran matematik. Setiap satu faktor ini saling berkait dengan faktor yang lain dan ia perlulah ditangani dengan bijak oleh pihak-pihak yang terlibat seperti pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru-guru dan ibubapa pelajar. Namun begitu, penglibatan pelajar juga perlu kerana tanpa penglibatan semua pihak, usaha-usaha untuk mengatasi perbezaan pencapaian antara pelajar di dalam matapelajaran matematik ini tidak akan berhasil. Usaha ini adalah penting kerana para pelajar ini adalah generasi pelapis yang akan membangunkan, mengurus serta mentadbir negara di masa hadapan. Matematik adalah matapelajaran yang diperlukan setiap masa dan sekiranya perbezaan pencapaian pelajar ini tidak diatasi, maka ia akan mengganggu gugat proses kemajuan negara. 21