Kedua-dua kajian menunjukkan bahawa permainan online sama ada bercorak keganasan atau tanpa keganasan mampu menimbulkan pengalaman aliran dan kesan positif walaupun tahapnya lebih tinggi untuk permainan tanpa unsur keganasan. Kajian juga mendapati majoriti pemain berada dalam keadaan aliran ketika bermain manakala agresiviti tidak berbeza antara jenis permainan.