SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 18
Descargar para leer sin conexión
Top i k                         Deria dan Seni 
       3
    HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1. Mengenalpasti perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar;
   2. Menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar;
   3. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan
      pembelajaran;
   4. Menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria;
      dan
   5. Membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada
      penggunaan kemahiran deria.



       PENGENALAN
Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan
Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti
apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan
mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang
dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri
daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini
adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.


3.1       PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA
Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir
hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak
dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk
itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan
lagi perkembangan diri setiap individu.
TOPIK 3 DERIA DAN SENI            43



Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria
semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanak
telah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenal
objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan
pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika
berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan
kepekaan derianya.

Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini
merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu
naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan
menggunakan deria.

Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan
persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat
pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.


3.1.1      Sentuhan
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek
perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak
sebelum kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapat
melaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajar
akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas.
Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yang
berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar
(terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuai
suatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapat
mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau
jauh.

Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu,
kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak
akan berasa selamat.
44      TOPIK 3 DERIA DAN SENI




3.1.2     Dengar




Mendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan untuk deria ini
lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti
seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya
ketika dia melukis. Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, mereka
akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Dalam bidang
pergerakan, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak
sama ada cepat atau lambat.


3.1.3     Lihat




Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian.
Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapat
mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang
buta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiran
berdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.

Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan
seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni
visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang
iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.
TOPIK 3 DERIA DAN SENI        45



3.1.4       Rasa
Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria
ini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi
bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada
rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu
dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli
psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung
mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang
menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut
pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkan
perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat
sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya
akan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud
muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsangan
apabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukan
pergerakan.

Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:
(a)   Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti
      pembelajaran.
(b)   Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur
      kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran
      baru.


3.1.5       Hidu
Hidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara
semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan
unsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

(a)   Kebolehan Mental Pelajar
      Faktor ini penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat
      pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.

(b)   Pendekatan Pengajaran
      Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan
      olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah:
      (i)   Pendekatan Inkuiri Penemuan
            Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi
            penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara
46          TOPIK 3 DERIA DAN SENI



             mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan
             masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan
             bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.

     (ii)    Pendekatan Resepsi
             Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung
             dengan bergantung kepada pelajar.

     (iii) Pendekatan Deduktif
           Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu
           konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan
           konsep tersebut.


        AKTIVITI 3.1

     Jelaskan kepentingan       deria   terhadap   proses   pengajaran   dan
     pembelajaran.



3.2          KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA
Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu
persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu,
pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit
akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam
persekitarannya (sila lihat Rajah 3.1).
TOPIK 3 DERIA DAN SENI         47




               Rajah 3.1: Proses ringkas pengamatan dan persekitaran


3.2.1     Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi
perkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi persekitaran sosial yang
mendorong akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak,
yang sebaliknya akan berlaku. Untuk itu, guru bertanggungjawab untuk
menyediakan sebuah bilik khas untuk pendidikan seni visual sebagai usaha
untuk menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah.

Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni
Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam perkara ini. Guru
Pendidikan Seni hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang
lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi
sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh
masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah
cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang
sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
48            TOPIK 3 DERIA DAN SENI



Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakan
tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian.
Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu
dititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti sumber
pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan
tampak kanak-kanak.

Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting kerana
ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya
ialah:

(a)   Aspek Fizikal
      (i)      Cahaya
               Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula
               jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat
               menerangi ruang bilik darjah.
      (ii)     Peredaran Udara
               Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk
               menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.
      (iii)    Stor
               Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja
               murid, sama ada dalam bilik stor atau almari.
      (iv)     Panel dan Rak Pameran
               Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk
               tujuan mempamerkan hasil kerja murid.
      (v)      Perabot
               Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai
               dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan
               jumlah murid.
      (vi)     Kemudahan Asas
               Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang pada tempat yang
               sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni visual dilakukan.
(b)   Aspek Emosi
      (i)      Hiasan Dalaman
               Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah
               dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta
               menggalakkan lagi interaksi pelajar.
TOPIK 3 DERIA DAN SENI             49



       (ii)    Ruang
               Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah
               dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan
               kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.
       (iii)   Peragaan Hasil Kerja
               Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan
               hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan
               pelajar dalam menghasilkan kerja seni.

(c)    Aspek Sosial
       (i)     Interaksi Murid
               Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang
               disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi antara
               murid-murid serta interaksi antara murid dan guru.
       (ii)    Kemudahan Aktiviti Kumpulan
               Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat
               dijalankan dengan berkesan.

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:
•     Unsur Seni
•     Menggambar/Melukis
•     Warna
•     Lukisan Alam Semula Jadi
•     Seni huruf dan sebagainya

Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian
sewajarnya:
•     Keselamatan
•     Kebersihan
•     Susunan perabot
•     Pameran hasil kerja
•     Kelengkapan bilik seni
•     Pengagihan tugas
•     Pengumpulan alat/bahan
•     Jadual waktu penggunaan bilik seni
50      TOPIK 3 DERIA DAN SENI



Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan memupuk
sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.

Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual
Contoh pelan bilik khas seni (ilustrasi) yang disertakan menunjukkan keadaan
sebuah bilik seni yang ideal (sila rujuk Rajah 3.2):




                     Rajah 3.2: Contoh pelan bilik seni visual
TOPIK 3 DERIA DAN SENI            51



Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran, ialah:

(a)   Jangkaan (rajah)

(b)   Hubungan latar depan dan belakang

(c)   Penumpuan

(d)   Tempoh masa

(e)   Tugasan jelas

(f)   Pengalaman

(g)   Susunan objek


3.2.3        Perkembangan Nilai Estetika
Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu:

(a)   Daya Intuisi
      Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi.

(b)   Persepsi
      Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap
      rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses
      menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia.
      Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak anda akan membuat
      persepsi dan mengaitkannya dengan seorang wanita atau bunga.

      Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan
      kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam
      persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke
      otak melalui sistem saraf. Contohnya, apabila seseorang          individu
      mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi ini
      diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.
      Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi:
      (i)    Jangkaan
      (ii)   Hubungan latar depan dan belakang
      (iii) Penumpuan
52           TOPIK 3 DERIA DAN SENI



      (iv) Tempoh masa
      (v)     Tugasan jelas
      (vi) Pengalaman
      (vii) Susunan objek

(c)   Imaginasi
      Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di
      dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.

(d)   Konsepsi Pelajar
      Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk
      menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan
      yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh
      dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau
      fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang
      khusus. Contohnya, konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan
      yang mempunyai ciri-ciri berikut:
      (i)     Berkulit keras
      (ii)    Hidup di air atau di darat
      (iii) Menetas telur

Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang
iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat
binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan
perspektif yang lebih luas, sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek
gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan
penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan,
terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu
seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya
menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.


 3.3          AKTIVITI
Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam kelas Seni
dalam Pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu dijalankan untuk
memastikan kefahaman tentang seni itu meningkat.
TOPIK 3 DERIA DAN SENI                53



Jadual 3.1 menyenaraikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria:

                 Jadual 3.1: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria Sentuh

                                                       MASA
                 EKSPRESI
   DERIA         MELALUI
                                                      TENGAH
                   SENI              SUBUH                              MALAM
                                                       HARI

Sentuh
(Apa yang
anda sentuh)

               Seni Visual      Gambar macam       Gambar macam      Gambar macam
                                biasa, terdapat    biasa, idea       biasa, idea
               (lukis gambar)
                                banyak idea        kurang            banyak

               Muzik            Corak irama        Corak irama       Corak irama
                                yang               yang segar        yang lembut
               (Cipta irama
                                menyegarkan
               yang berbeza)

               Pergerakan       Pergerakan aras    Pergerakan aras   Pergerakan
                                sederhana dan      tinggi dan        yang rendah
               (Aras: Tinggi,
                                ruang yang         ruang yang        ruang yang
               sederhana dan
                                dekat              jauh atau luas    dekat
               rendah)


Huraian Aktiviti di atas:
Untuk ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis, ia tetap sama tidak
mengira waktu. Perbezaan yang ada cuma dari segi kreativiti atau luahan
perasaan ketika melukis. Melukis pada waktu subuh dan malam memungkinkan
banyak idea datang kerana keadaannya sunyi. Ini berbeza dengan waktu tengah
hari kerana keadaan bising dan aktiviti sibuk menyebabkan kurangnya
tumpuan.

Di dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-
bolehnya biarlah corak irama yang menyegarkan atau aktif. Ini kerana pada awal
pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya
menjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah seperti rentak march.
Berbanding dengan waktu malam, pelajar mula mengantuk dan bersedia untuk
tidur. Maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dan
sebagainya. Lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu
yang mempunyai mud yang lembut.
54        TOPIK 3 DERIA DAN SENI



Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukan
adalah bercorak sederhana kerana baru bangun dari tidur. Berbanding dengan
masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan berada pada aras tinggi iaitu masa
yang aktif.


         AKTIVITI 3.2

     Berdasarkan Jadual yang diberikan, cuba lakukan penerokaan
     berdasarkan deria yang telah ditetapkan.

                                                 MASA
                      EKSPRESI
        DERIA         MELALUI
                                               TENGAH
                        SENI         SUBUH                    MALAM
                                                HARI

     Mendengar
     (Apa    yang
     anda dengar)

                    Seni Visual
                    (lukis gambar)

                    Muzik
                    (cipta bunyi)

                    Pergerakan
                    (bergerak
                    cepat     dan
                    lambat)




3.3.1      Mengalami Melalui Deria
Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi
pengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan
seberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria semakin matang.
TOPIK 3 DERIA DAN SENI         55



3.3.2     Penggabungjalinan
Penggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan berbagai-bagai
kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.
Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran
dapat    disampaikan     secara    harmoni   dan     bersepadu.    Penggunaan
penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu
pelajaran berbanding jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan.

Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu
seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktiviti
mewarna, mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat,
menyentuh dan sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai
kemahiran dapat saling memperkukuhkan antara satu sama lain.




                Rajah 3.3: Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran
56           TOPIK 3 DERIA DAN SENI



Ciri-ciri Penggabungjalinan
Berdasarkan Rajah 3.3, beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dan
dinyatakan seperti berikut:

(a)   Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu
      kemahiran.

      Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan
      kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis,
      mewarna dan kemahiran asas yang lain. Dengan ini, proses pengajaran dan
      pembelajaran   akan    menjadi      lebih   bermakna,  menyeronokkan,
      meningkatkan motivasi pelajar serta lebih berkesan.

      Di samping itu, kemahiran-kemahiran ini boleh dikategorikan kepada dua
      kategori iaitu:

      (i)     Kemahiran Fokus
              Kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat
              dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
      (ii)    Kemahiran Sampingan
              Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya
              dengan kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu
              meningkatkan lagi penguasaan kemahiran fokus di samping
              menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan menarik.

      Rajah 3.4 menunjukkan satu contoh penggabungjalinan kemahiran.

                                                                    Kata Kunci:
                                                                    A: Alat
                                                                    N: Nyanyian
                                                                    G: Gerakan




              Rajah 3.4: Penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan muzik
TOPIK 3 DERIA DAN SENI         57



(b)   Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan
      secara bersepadu dan menyeluruh.
      (i)   Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum
            Penggabungjalinan   kemahiran    merentas     kurikulum       adalah
            melibatkan kemahiran-kemahiran seperti berikut:
            •   Kemahiran belajar untuk belajar
                Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat,
                merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di
                khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan
                disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
            •   Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
                Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian serta
                idea yang berkemungkinan membawa kepada perubahan positif.
                Pemikiran kritis juga membolehkan pelajar menganalisa sesuatu
                persoalan dan seterusnya mencari jalan untuk membuat
                penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran kreatif dan
                mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan
                cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah
                dan membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk
                atau inovasi baru.
            •   Kemahiran pelbagai kecerdasan
                Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telah
                menyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai:
                −   Kecerdasan bahasa
                −   Kecerdasan logik-matematik
                −   Kecerdasan muzik
                −   Kecerdasan ruang
                −   Kecerdasan kinestetik
                −   Kecerdasan interpersonal
                −   Kecerdasan intrapersonal
                −   Kecerdasan naturalistik

                Jika usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada
                pada pelajar berjaya dilaksanakan, ia akan dapat melahirkan
                individu yang holistik, seimbang dan harmonis.
58          TOPIK 3 DERIA DAN SENI




             •   Kemahiran generik
                 Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan,
                 mahir dalam penggunaan teknologi, kebolehan membuat
                 perancangan dan mengelolakan aktiviti, mampu melakukan kerja
                 dalam kumpulan, berupaya untuk menyelesaikan masalah,
                 berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis maklumat,
                 berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik,
                 kebolehan memahami budaya, dan mempunyai literasi maklumat.
                 Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi
                 pekerja yang cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan
                 alam pekerjaan di samping mengekalkan budaya dan etika yang
                 baik.

     (ii)    Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran
             Terdapat beberapa kelebihan jika penggabungjalinan dalam proses
             pengajaran dan pembelajaran terlaksana.

             Antara kebaikan tersebut ialah:
             •   Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi
                 daripada mata pelajaran lain.
             •   Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan
                 dapat membantu penguasaan kemahiran fokus seperti yang
                 dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
             •   Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran
                 yang perlu dalam kehidupan.
             •   Penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana pembelajaran
                 yang menarik dan mengelakkan kebosanan.
             •   Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar
                 secara seimbang, harmonis dan bersepadu.


          SEMAK KENDIRI 3.1

     1.      Apakah itu penggabungjalinan?
     2.      Apakah     kelebihan-kelebihan    penggabungjalinan    sesuatu
             matapelajaran yang diajar?
TOPIK 3 DERIA DAN SENI              59




•    Deria dan seni lebih      tertumpu   kepada    kepekaan   deria     terhadap
     perkembangannya.

•    Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat
     mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan perkembangannya
     terhadap nilai-nilai estetika.
•    Aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan secara tidak langsung
     melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Dengan mengadakan
     penggabungjalinan aktiviti,      kefahaman terhadap bidang Seni dalam
     Pendidikan dapat dipertingkatkan lagi.




1.    Nyatakan deria-deria manusia.

2.    Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.




Berdasarkan deria mata, bagaimanakah pengajaran             dapat      dijalankan,
terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?




Lowefeld, V., & Brittain W. L. (1986). Creative and mental growth. New York:
   Macmillan.
Penny, S., Ford, R., Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary
   schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd.
Reiner, B., & Smith, R. A. (1992). The arts, education, and aesthetic knowing.
   Chicago: The University of Chicago Press.
Schmeer, G. (1994). Movement improvisation     in the words of a teacher and her
   student. Illinois: Human Kinetics.
Shanahan, T., Robinson, B., & Schneider, M. (1995). Integrating curriculum. The
   Reading Teacher, 48 (8), 718-719.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranarshaqaxman
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kouninNURAIN RABANIA HASBI
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Konsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahKonsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahAkhiarP
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahPowerful Gurlz
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 

La actualidad más candente (20)

MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin3.model pengurusan kelompok kounin
3.model pengurusan kelompok kounin
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Konsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahKonsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjah
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 

Destacado

Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Izzati Zamburi
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANHBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANTeacher Nasrah
 
Tajuk 3 irama, warna dan ruang
Tajuk 3 irama, warna dan ruangTajuk 3 irama, warna dan ruang
Tajuk 3 irama, warna dan ruanglizwana
 
IRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNAIRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNAlime kasturi
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanEzzatul Nadeera Idris
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
Bab 1 Dunia Melalui Deria Kita
Bab 1 Dunia Melalui Deria Kita Bab 1 Dunia Melalui Deria Kita
Bab 1 Dunia Melalui Deria Kita Safwan Yusuf
 
Bab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaBab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaKhas Midzan
 
Dunia melalui deria kita
Dunia melalui deria kitaDunia melalui deria kita
Dunia melalui deria kitaIzzat Hakim
 
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Norizan Abdul Rahman
 
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHASDERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHASAmran Aris
 
Plan Bilik Pend. Seni
Plan Bilik Pend. Seni Plan Bilik Pend. Seni
Plan Bilik Pend. Seni PAKLONG CIKGU
 
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Qiaisuramza Alni
 
KERJA KURSUS PSV 2013
KERJA KURSUS PSV 2013KERJA KURSUS PSV 2013
KERJA KURSUS PSV 2013Mar Nurul
 

Destacado (20)

Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
Penggunaan Deria Dalam P&P (WAJ 3107)
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKANHBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Tajuk 3 irama, warna dan ruang
Tajuk 3 irama, warna dan ruangTajuk 3 irama, warna dan ruang
Tajuk 3 irama, warna dan ruang
 
IRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNAIRAMA, RUANG DAN WARNA
IRAMA, RUANG DAN WARNA
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Bab 1 Dunia Melalui Deria Kita
Bab 1 Dunia Melalui Deria Kita Bab 1 Dunia Melalui Deria Kita
Bab 1 Dunia Melalui Deria Kita
 
Bab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaBab 1 organ deria
Bab 1 organ deria
 
Dunia melalui deria kita
Dunia melalui deria kitaDunia melalui deria kita
Dunia melalui deria kita
 
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
 
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHASDERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
 
Plan Bilik Pend. Seni
Plan Bilik Pend. Seni Plan Bilik Pend. Seni
Plan Bilik Pend. Seni
 
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
 
KERJA KURSUS PSV 2013
KERJA KURSUS PSV 2013KERJA KURSUS PSV 2013
KERJA KURSUS PSV 2013
 

Similar a DERIA DAN SENI

51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Munirah Ali
 
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanWAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanIeqa Swetluv
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Mazli Jaafar
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
uas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfuas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfridafarida14
 
uas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxuas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxridafarida14
 
uas the strategi.docx
uas the strategi.docxuas the strategi.docx
uas the strategi.docxridafarida14
 
uas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdfuas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdfridafarida14
 
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)unitpljun2014
 
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfPSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfMaizatul Mansor
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 
Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)
Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)
Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)Stephanie Unsil
 
Soal ujian Landasan
Soal ujian LandasanSoal ujian Landasan
Soal ujian Landasanwindarti aja
 
Literasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursusLiterasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursusChandrakala Gopal
 
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.docx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.docxPEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.docx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.docxJunaidiJunaidi91
 
Perspektif pendidikan sd
Perspektif pendidikan sdPerspektif pendidikan sd
Perspektif pendidikan sdendang zr
 

Similar a DERIA DAN SENI (20)

Perbentangan topik 4
Perbentangan topik 4Perbentangan topik 4
Perbentangan topik 4
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanWAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
uas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfuas the strategi.pdf
uas the strategi.pdf
 
uas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxuas the strategi1.docx
uas the strategi1.docx
 
uas the strategi.docx
uas the strategi.docxuas the strategi.docx
uas the strategi.docx
 
uas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdfuas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdf
 
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfPSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)
Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)
Anatomi & Fisiologi (PJM 3106)
 
Soal ujian Landasan
Soal ujian LandasanSoal ujian Landasan
Soal ujian Landasan
 
Literasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursusLiterasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursus
 
3
33
3
 
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.docx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.docxPEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.docx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.docx
 
Perspektif pendidikan sd
Perspektif pendidikan sdPerspektif pendidikan sd
Perspektif pendidikan sd
 

Más de Wany Hardy

Tugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxTugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxWany Hardy
 
Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Wany Hardy
 
Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Wany Hardy
 
Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Wany Hardy
 
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Wany Hardy
 
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Wany Hardy
 
Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifWany Hardy
 
3 tamadun islam
3   tamadun islam3   tamadun islam
3 tamadun islamWany Hardy
 
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
2   pembinaan dan kejatuhan tamadun2   pembinaan dan kejatuhan tamadun
2 pembinaan dan kejatuhan tamadunWany Hardy
 
1 pengenalan tamadun
1   pengenalan tamadun1   pengenalan tamadun
1 pengenalan tamadunWany Hardy
 
4 masyarakat jahiliah
4  masyarakat jahiliah4  masyarakat jahiliah
4 masyarakat jahiliahWany Hardy
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Wany Hardy
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERWany Hardy
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasiWany Hardy
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanWany Hardy
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 

Más de Wany Hardy (20)

Tugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptxTugasan Modul 4.pptx
Tugasan Modul 4.pptx
 
Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2Math y1 dlp paper 2
Math y1 dlp paper 2
 
Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1Math y1 dlp paper 1
Math y1 dlp paper 1
 
Word card for English Year 1
Word card for English Year 1 Word card for English Year 1
Word card for English Year 1
 
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
Latihan/kuiz jenis pembiakan haiwan tahun2
 
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
Teka Silang Kata Sains Tahun 1&2
 
2 bahan audio
2   bahan audio2   bahan audio
2 bahan audio
 
1 asas grafik
1  asas grafik1  asas grafik
1 asas grafik
 
Pendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatifPendekatan komunikatif
Pendekatan komunikatif
 
3 tamadun islam
3   tamadun islam3   tamadun islam
3 tamadun islam
 
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
2   pembinaan dan kejatuhan tamadun2   pembinaan dan kejatuhan tamadun
2 pembinaan dan kejatuhan tamadun
 
1 pengenalan tamadun
1   pengenalan tamadun1   pengenalan tamadun
1 pengenalan tamadun
 
4 masyarakat jahiliah
4  masyarakat jahiliah4  masyarakat jahiliah
4 masyarakat jahiliah
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasi
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitan
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 

DERIA DAN SENI

  • 1. Top i k Deria dan Seni  3 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar; 2. Menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar; 3. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran; 4. Menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria; dan 5. Membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada penggunaan kemahiran deria. PENGENALAN Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. 3.1 PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu.
  • 2. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 43 Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanak telah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan kepekaan derianya. Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria. Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi. 3.1.1 Sentuhan Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas. Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar (terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuai suatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapat mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh. Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat.
  • 3. 44 TOPIK 3 DERIA DAN SENI 3.1.2 Dengar Mendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan untuk deria ini lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukis. Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, mereka akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Dalam bidang pergerakan, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat. 3.1.3 Lihat Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiran berdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.
  • 4. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 45 3.1.4 Rasa Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsangan apabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukan pergerakan. Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini: (a) Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran. (b) Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru. 3.1.5 Hidu Hidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut: (a) Kebolehan Mental Pelajar Faktor ini penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru. (b) Pendekatan Pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah: (i) Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara
  • 5. 46 TOPIK 3 DERIA DAN SENI mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar. (ii) Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. (iii) Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut. AKTIVITI 3.1 Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. 3.2 KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya (sila lihat Rajah 3.1).
  • 6. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 47 Rajah 3.1: Proses ringkas pengamatan dan persekitaran 3.2.1 Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi persekitaran sosial yang mendorong akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak, yang sebaliknya akan berlaku. Untuk itu, guru bertanggungjawab untuk menyediakan sebuah bilik khas untuk pendidikan seni visual sebagai usaha untuk menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah. Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam perkara ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
  • 7. 48 TOPIK 3 DERIA DAN SENI Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakan tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanak-kanak. Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya ialah: (a) Aspek Fizikal (i) Cahaya Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik darjah. (ii) Peredaran Udara Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar. (iii) Stor Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja murid, sama ada dalam bilik stor atau almari. (iv) Panel dan Rak Pameran Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid. (v) Perabot Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid. (vi) Kemudahan Asas Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang pada tempat yang sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni visual dilakukan. (b) Aspek Emosi (i) Hiasan Dalaman Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar.
  • 8. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 49 (ii) Ruang Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar. (iii) Peragaan Hasil Kerja Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni. (c) Aspek Sosial (i) Interaksi Murid Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi antara murid-murid serta interaksi antara murid dan guru. (ii) Kemudahan Aktiviti Kumpulan Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: • Unsur Seni • Menggambar/Melukis • Warna • Lukisan Alam Semula Jadi • Seni huruf dan sebagainya Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian sewajarnya: • Keselamatan • Kebersihan • Susunan perabot • Pameran hasil kerja • Kelengkapan bilik seni • Pengagihan tugas • Pengumpulan alat/bahan • Jadual waktu penggunaan bilik seni
  • 9. 50 TOPIK 3 DERIA DAN SENI Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin. Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual Contoh pelan bilik khas seni (ilustrasi) yang disertakan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang ideal (sila rujuk Rajah 3.2): Rajah 3.2: Contoh pelan bilik seni visual
  • 10. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 51 Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran, ialah: (a) Jangkaan (rajah) (b) Hubungan latar depan dan belakang (c) Penumpuan (d) Tempoh masa (e) Tugasan jelas (f) Pengalaman (g) Susunan objek 3.2.3 Perkembangan Nilai Estetika Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu: (a) Daya Intuisi Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi. (b) Persepsi Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia. Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya dengan seorang wanita atau bunga. Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke otak melalui sistem saraf. Contohnya, apabila seseorang individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses. Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi: (i) Jangkaan (ii) Hubungan latar depan dan belakang (iii) Penumpuan
  • 11. 52 TOPIK 3 DERIA DAN SENI (iv) Tempoh masa (v) Tugasan jelas (vi) Pengalaman (vii) Susunan objek (c) Imaginasi Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan. (d) Konsepsi Pelajar Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya, konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai ciri-ciri berikut: (i) Berkulit keras (ii) Hidup di air atau di darat (iii) Menetas telur Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas, sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. 3.3 AKTIVITI Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam kelas Seni dalam Pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu dijalankan untuk memastikan kefahaman tentang seni itu meningkat.
  • 12. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 53 Jadual 3.1 menyenaraikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria: Jadual 3.1: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria Sentuh MASA EKSPRESI DERIA MELALUI TENGAH SENI SUBUH MALAM HARI Sentuh (Apa yang anda sentuh) Seni Visual Gambar macam Gambar macam Gambar macam biasa, terdapat biasa, idea biasa, idea (lukis gambar) banyak idea kurang banyak Muzik Corak irama Corak irama Corak irama yang yang segar yang lembut (Cipta irama menyegarkan yang berbeza) Pergerakan Pergerakan aras Pergerakan aras Pergerakan sederhana dan tinggi dan yang rendah (Aras: Tinggi, ruang yang ruang yang ruang yang sederhana dan dekat jauh atau luas dekat rendah) Huraian Aktiviti di atas: Untuk ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis, ia tetap sama tidak mengira waktu. Perbezaan yang ada cuma dari segi kreativiti atau luahan perasaan ketika melukis. Melukis pada waktu subuh dan malam memungkinkan banyak idea datang kerana keadaannya sunyi. Ini berbeza dengan waktu tengah hari kerana keadaan bising dan aktiviti sibuk menyebabkan kurangnya tumpuan. Di dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh- bolehnya biarlah corak irama yang menyegarkan atau aktif. Ini kerana pada awal pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya menjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah seperti rentak march. Berbanding dengan waktu malam, pelajar mula mengantuk dan bersedia untuk tidur. Maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dan sebagainya. Lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu yang mempunyai mud yang lembut.
  • 13. 54 TOPIK 3 DERIA DAN SENI Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukan adalah bercorak sederhana kerana baru bangun dari tidur. Berbanding dengan masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan berada pada aras tinggi iaitu masa yang aktif. AKTIVITI 3.2 Berdasarkan Jadual yang diberikan, cuba lakukan penerokaan berdasarkan deria yang telah ditetapkan. MASA EKSPRESI DERIA MELALUI TENGAH SENI SUBUH MALAM HARI Mendengar (Apa yang anda dengar) Seni Visual (lukis gambar) Muzik (cipta bunyi) Pergerakan (bergerak cepat dan lambat) 3.3.1 Mengalami Melalui Deria Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi pengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan seberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria semakin matang.
  • 14. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 55 3.3.2 Penggabungjalinan Penggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan berbagai-bagai kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Penggunaan penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu pelajaran berbanding jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan. Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktiviti mewarna, mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat, menyentuh dan sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuhkan antara satu sama lain. Rajah 3.3: Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran
  • 15. 56 TOPIK 3 DERIA DAN SENI Ciri-ciri Penggabungjalinan Berdasarkan Rajah 3.3, beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dan dinyatakan seperti berikut: (a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu kemahiran. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan kemahiran asas yang lain. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna, menyeronokkan, meningkatkan motivasi pelajar serta lebih berkesan. Di samping itu, kemahiran-kemahiran ini boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu: (i) Kemahiran Fokus Kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. (ii) Kemahiran Sampingan Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan kemahiran fokus di samping menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan menarik. Rajah 3.4 menunjukkan satu contoh penggabungjalinan kemahiran. Kata Kunci: A: Alat N: Nyanyian G: Gerakan Rajah 3.4: Penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan muzik
  • 16. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 57 (b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu dan menyeluruh. (i) Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah melibatkan kemahiran-kemahiran seperti berikut: • Kemahiran belajar untuk belajar Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. • Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian serta idea yang berkemungkinan membawa kepada perubahan positif. Pemikiran kritis juga membolehkan pelajar menganalisa sesuatu persoalan dan seterusnya mencari jalan untuk membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran kreatif dan mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi baru. • Kemahiran pelbagai kecerdasan Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai: − Kecerdasan bahasa − Kecerdasan logik-matematik − Kecerdasan muzik − Kecerdasan ruang − Kecerdasan kinestetik − Kecerdasan interpersonal − Kecerdasan intrapersonal − Kecerdasan naturalistik Jika usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada pada pelajar berjaya dilaksanakan, ia akan dapat melahirkan individu yang holistik, seimbang dan harmonis.
  • 17. 58 TOPIK 3 DERIA DAN SENI • Kemahiran generik Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam penggunaan teknologi, kebolehan membuat perancangan dan mengelolakan aktiviti, mampu melakukan kerja dalam kumpulan, berupaya untuk menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik, kebolehan memahami budaya, dan mempunyai literasi maklumat. Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi pekerja yang cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan di samping mengekalkan budaya dan etika yang baik. (ii) Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran Terdapat beberapa kelebihan jika penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana. Antara kebaikan tersebut ialah: • Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lain. • Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus seperti yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. • Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. • Penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan. • Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara seimbang, harmonis dan bersepadu. SEMAK KENDIRI 3.1 1. Apakah itu penggabungjalinan? 2. Apakah kelebihan-kelebihan penggabungjalinan sesuatu matapelajaran yang diajar?
  • 18. TOPIK 3 DERIA DAN SENI 59 • Deria dan seni lebih tertumpu kepada kepekaan deria terhadap perkembangannya. • Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan perkembangannya terhadap nilai-nilai estetika. • Aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Dengan mengadakan penggabungjalinan aktiviti, kefahaman terhadap bidang Seni dalam Pendidikan dapat dipertingkatkan lagi. 1. Nyatakan deria-deria manusia. 2. Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan deria mata, bagaimanakah pengajaran dapat dijalankan, terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual? Lowefeld, V., & Brittain W. L. (1986). Creative and mental growth. New York: Macmillan. Penny, S., Ford, R., Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd. Reiner, B., & Smith, R. A. (1992). The arts, education, and aesthetic knowing. Chicago: The University of Chicago Press. Schmeer, G. (1994). Movement improvisation in the words of a teacher and her student. Illinois: Human Kinetics. Shanahan, T., Robinson, B., & Schneider, M. (1995). Integrating curriculum. The Reading Teacher, 48 (8), 718-719.