SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 10
Descargar para leer sin conexión
5
BAB 2
2.0 TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Permasalah dalam lemah membaca menjadi satu isu di negara kita. Menurut Kamus
Dewan(2005)Edisi keempat, membaca bermaksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau
tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya juga bermaksud mengucapkan apa
yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda,dan sebagainya secara lisan. Menurut Kamus
Pelajar (2000) pula membaca merupakan perbuatan untuk membunyi, menyebut dan melafazkan
huruf, perkataan dan ayat yang ditulis, dilihat dan memahami apa yang tertulis. Di Malaysia
kanak-kanak se awal umur empat tahun telah mula belajar membaca dan diteruskan pada umur
tujuh tahun sehinggalah ke sekolah menengah. Namun masalah lemah membaca terus
membelenggu.
Bilangan murid-murid di negara kita yang tidak tahu membaca agak membimbangkan.
Masalah ini perlu dibendung. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar ( Bernama
24 Mei, 2006 ) , Seramai 120,000 pelajar sekolah rendah atau 2.2 peratus daripada jumlah
keseluruhan pelajar sekolah itu tahun lepas didapati tidak menguasai 2M iaitu tidak tahu
membaca dan menulis dan Kementerian sedang mengambil langkah proaktif bagi mengatasi
masalah itu. Kita ada kelas pemulihan yang diadakan secara berterusan khusus bagi pelajar yang
menghadapi masalah sedemikian bagi memastikan mereka dapat membaca dan menulis,"
Murid-murid yang menghadapi masalah membaca di sekolah akan dimasukkan ke kelas
pemulihan khas. Langkah ini untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca,
kenyataan ini disokong oleh Sharifah Alwiyah Alsagoff,(1983). Aktiviti pemulihan dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah satu usaha untuk menolong pelajar yang lemah
mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapai dalam pelajaran lampau.Murid-murid yang
lemah membaca perlu dibantu. Guru-guru perlu mencari kaedah serta teknik yang betul dan
bersesuaian dengan murid.
6
Kajian tentang masalah membaca, masalah murid-murid pemulihan dan cara atau teknik
mengajar yang sesuai banyak dilakukan di negara kita mahupun dari luar negara. Pengkaji akan
cuba meninjau dapatan-dapatan dari dalam negara dan luar negara yang mana permasalahan
yang sama merupakan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji.
2.2 KAJIAN LEPAS DI DALAM NEGARA
Dalam pendidikan, kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang amat dititik
beratkan. Ia perlu dikuasai oleh setiap pelajar semenjak peringkat sekolah rendah hinggalah ke
sekolah menengah. Kepentingan menguasai kemahiran membaca tidak mengira kaum mahu pun
darjat. Membaca jambatan ilmu cukup sinonim dalam kehidupan. Setiap orang secara fitrahnya
akan terdorong untuk membaca sesuatu pernyataan yang dilihat tidak kira dalam bentuk media
elektronik ataupun media cetak. Dengan amalan membaca rakyat akan menjadi warga berilmu
sekali gus mempunyai akal yang terdidik untuk menjadi warga cemerlang dan berupaya
menghindari diri daripada gejala-gejala sosial. Namun begitu, malangnya dalam keadaan negara
terus maju membangun masih ramai lagi individu yang tidak boleh membaca. Ini merupakan
masalah kepada negara. Masalah ini bukan sahaja berlaku di negara kita Malaysia, malah turut
berlaku di negara-negara lain di dunia ini. Masalah ini perlu dibendung.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pekelilingnya
KP/JPK/BPKP/03/03/1 (43) (1998), telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan
menengah di seluruh negara melaksanakan program intervensi 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira) mulai Januari 1999. Keadaan ini memperlihatkan betapa seriusnya masalah kegagalan
menguasai kemahiran asas membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di seluruh
negara, dan golongan yang dimaksudkan ialah murid-murid pemulihan.
Menurut statistik ringkas yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2005)
Pada tahun 2004 didapati lebih 115,000 (7.7 %) murid tahap satu sekolah rendah belum
menguasai 3M (membaca,menulis,mengira). N.Siva Subramaniam Setiausaha Agung Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)juga menyatakan kebimbangannya yang dipetik
dari Utusan Malaysia (9 Oktober 2006) menyatakan bilangan pelajar lemah membaca adalah
7
terlalu ramai iaitu menjangkau jumlah lebih daripada 500,000 orang pelajar yang kebanyakannya
terdiri dari pelajar tahun enam. Menurut Utusan Malaysia, jumlah ini mewakili 25% daripada 2
juta pelajar-pelajar sekolah rendah di seluruh negara. Bukan sahaja di sekolah rendah masalah ini
berlaku tetapi terus berlanjutan ke sekolah menengah yang mana menurut Timbalan Menteri
Pelajaran Datuk Noh Omar kenyataannya kepada Bernama.Com Pertubuhan Berita Nasional
Malaysia pada 24 Mei, 2006 seramai 42,000 atau 0.8 peratus pula merupakan pelajar sekolah
menengah iaitu berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran tahun lalu.
Katanya jumlah keseluruhan pelajar sekolah rendah dan menengah tahun lepas ialah seramai 5.1
juta orang.
Sebagaimana yang di ketahui murid yang lemah membaca di sekolah rendah akan
dimasukkan ke kelas pemulihan khas setelah ujian saringan dan diagnostik dijalankan. Menurut
buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas(Edisi Percubaan)2008, Jabatan
Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan Program Pemulihan Khas
sebagai “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran’ dan
mendefinisikan Murid Pemulihan Khas sebagai “murid yang menghadapi kesukaran dalam
penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
Sementara Sharifah Alwiyah Alsagoff,(1983) pula berkata, secara umum, pendidikan
pemulihan boleh didefinisikan sebagai ‘ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan
pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa,
di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan
dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Pernyataan
yang lebih kurang sama dinyatakan oleh Ee Ah Meng (1998), dari segi konsepnya, program
pemulihan khas ialah sebagai suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu
murid-murid dalam kelas biasa yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dalam
menguasai kemahiran asas 3M.
Masalah membaca dan kegagalan berterusan untuk penguasaan kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira seperti yang terkandung dalam perlaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) tidak boleh dibiarkan. Masalah keupayaan murid-murid pemulihan
8
dalam menguasai kemahiran asas bacaan yang menjadi penggerak kepada kemahiran
berkomunikasi dan berfikir secara kritis dan kreatif mestilah ditangani secara serius dan
bersungguh-sungguh oleh semua pihak.
Kita tidak seharusnya terus menuding jari kepada murid-murid yang lemah membaca
khususnya murid-murid pemulihan dengan menganggap mereka bodoh, bebal, degil dan
sebagainya. Di sekolah guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak
didik menjadi pandai membaca. Sebagai guru yang telah mempelajari tentang pedagogi
pendidikan seharusnya cuba mencari punca dan mencari jalan untuk menangani masalah ini di
sekolah. Perkara ini turut disentuh oleh Dr Hamid Arshat di dalam ceramahnya pada tahun ini
(2009)menurut beliau, punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh
dibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi dan punca psikologi. Punca psikologi
sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh persekitaran yang tidak sihat , kurang
rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak
berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan
unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat
secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
Menurut Aspalaila Ramli dan Maslinda Mahmud (2006) melalui pemerhatian dalam
kelas , punca murid tidak dapat menguasai kemahiran kerana aras pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas biasa yang terlalu tinggi, objektif pengajaran dan pembelajaran sukar dicapai
berbanding dengan kebolehan dan keupayaan murid ini. Menurut mereka lagi lazimnya murid-
murid ini akan duduk dalam kelompok mereka, membuat bising, dan mengganggu murid-murid
lain semasa dalam kelas, Mereka juga kurang berminat dalam pembelajaran. Tugasan yang
dibekalkan jarang sekali disiapkan dengan sempurna serta tidak memenuhi kehendak guru
kerana masalah lemah membaca yang mereka hadapi ini.
Kanak-kanak pemulihan yang lemah membaca akan mengalami gangguan pembelajaran
dalam subjek lain selain dari bahasa Melayu dan matematik yang dipelajari di dalam kelas
pemulihan. Apabila mereka tidak dapat membaca atau membaca dengan tersekat-tersekat mereka
berasa bosan dan rendah diri ditambah pula jika rakan-rakan se kelas mengejek, mereka juga
9
merasa bosan dan marah jika ada guru yang tidak memahami mereka, marah-marah dan meleteri
mereka.
Guru perlu mencari kelemahan-kelemahan pada murid-muridnya dan menggunakan
pelbagai kaedah dalam mengajar murid membaca. Hal ini juga diperkatakan oleh Dr Hamid
Arshat dalam ceramahnya, menurut beliau setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-
kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu
kanak-kanak itu membaca, menulis dan mengira dengan cepat.
Seperti yang kita sedia maklum kanak-kanak memang suka bermain. Kehidupan seharian
mereka jika boleh mahu dihabiskan dengan bermain. Kaedah dan teknik pembelajaran ada dalam
berbagai-bagai-bagai bentuk antaranya kaedah teknik bermain. Murid pemulihan kebanyakannya
aktif dan suka bermain. Teknik bermain merupakan salah satu cara untuk menangani masalah
lemah membaca mereka. Namun begitu menurut Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1996) hari ini
aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara alasan yang
diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai dalam
sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan perancangan yang rapi .
Permainan bahasa sebenarnya adalah satu teknik pembelajaran yang menyeronokkan. Ia
adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Menurut Siti Hajar lagi Teknik ini juga
adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar.
Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi
ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaranpyang berhasrat memberi peluang
kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya
dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.
Jika ditinjau objektif permainan bahasa di dalam pengajaran memang didapati amat
sesuai dengan murid pemulihan.Menurut Siti Hajar ada beberapa objektif di dalam teknik
permainan bahasa. iaitu interaksi verbal pelajar dapat diransangkan dalam permainan kerana
lazimnya, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan dan mereka akan
10
merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan . ini akan memberi peluang kepada guru
menghasilkan satu suasana yang menarik dan berorientasikan pelajar. Permainan bahasa juga
digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan
keyakinan diri. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang
mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka
dalam bahasa yang dipelajari.
Permainan bahasa juga mempunyai objektif membawa perkembangan perhubungan yang
positif dalam kalangan individu yang terlibat, khususnya yang bersifat pemalu dan pasif.
Permainan bahasa juga boleh dijadikan alat mengikis rasa bosan pada waktu-waktu tertentu,
umpamanya pada waktu menjelang tengah hari, pelajar akan merasa bosan, mengantuk dan
lapar. Permainan bahasa mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi
keperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar. Permainan merangsang pelajar
untuk bertindak balas, memprotes dan memberikan hujah. Dengan ini, pelajar dilatih berhadapan
dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar
bilik darjah. Permainan bahasa juga sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dalam
pengajaran bahasa.
Menurut Siti Hajar lagi, banyak kebaikan yang diperoleh oleh murid-murid kelas
pemulihan melalui aplikasi permainan bahasa antaranya mereka rasa dihargai, dapat bergaul
dengan bebas berbanding di kelas perdana kerana di kelas perdana mereka selalu disisihkan
terutama oleh murid-murid yang pandai. Sikap mereka yang pemalu dan pasif juga boleh dikikis
ketika bermain.
Untuk mengaplikasikan teknik permainan bahasa sudah semestinya memerlukan alatan
iaitu bahan bantu mengajar. Tanpa penyediaan bahan bantu mengajar sudah tentu sesuatu teknik
itu tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Mok Soon Sang (1995) menyatakan bahawa
seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi
pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan dengan menitik beratkan
penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.
11
Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) melalui kajiannya apabila dilihat dari
rekod pengesanan pencapaian bacaan pemulihan pada awal dan akhir semester, sememangnya
prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar sebelum dan selepas penggunaan bahan bantu mengajar
dalam kemahiran asas bacaan amatlah jauh perbezaannya. Peratusan purata min yang
ditunjukkan pada awal semester ialah hanya 59%. Pada akhir semester prestasi purata nilai min
meningkat kepada 80% dengan peningkatan sebanyak 21% setelah penggunaan bahan bantu
mengajar diperhebatkan dalam proses pengajaran asas bacaan di kelas pemulihan oleh guru. Ini
jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar tidak dapat dinafikan lagi telah
berjaya mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar pemulihan.
Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman
Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam
proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat
mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran
bahasa Malaysia.
Oleh itu untuk melaksanakan teknik permainan bahasa, guru memerlukan bahan bantu
mengajar yang sesuai dan menarik bersesuaian dengan pendapat Siti Hajar (1996) Guru harus
merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran bahasa
yang diajarkan. Pastikan bahan pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar.
2.3 KAJIAN DARI LUAR NEGARA
Masalah membaca merupakan masalah global. Menurut Haji Mohd Nordin Bin Awang Mat iaitu
Timbalan ketua Pengarah Pendidikan (Khas),Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam apa jua
sistem pendidikan, masih terdapat kelompok murid-murid yang sukar untuk menguasai
kemahiran asas 3M ini atas sebab yang berkaitan dengan keupayaan intelek masing-masing.
(Smith, 1985). Sinclair dan Papandrapoulau (1984), pula berpendapat bahawa kanak-kanak
dalam peringkat awal bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping
boleh mengetahui peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang
tidak dikenali. Namun begitu pendapat Smith ,Sinclair dan Papandrapoulau ini tidak berlaku
kepada semua kanak-kanak. Oleh itu Kemba A. N’Namdi (2005) memberi pendapat program
12
membaca yang efektif mesti dirancang untuk menghadapi rintangan-rintangan di dalam dan di
sekitar sistem sekolah.
Murid-murid lemah membaca di negara kita akan dimasukkan ke kelas pemulihan khas
begitu juga halnya di negara-negara luar. Namun, walaupun apa pun masalah yang dihadapi oleh
murid-murid itu tentu ada cara dan jalan penyelesaiannya ditambah pula jika murid itu adalah
normal iaitu bukan terdiri daripada murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran seperti
down sindrom. Peranan guru amat penting dalam menangani masalah murid-murid lemah
membaca, Menurut Otto dan Smith (1980) masalah dalam pembelajaran juga disebabkan oleh
faktor guru yang tidak cekap atau tidak terlatih. Ia disebabkan oleh pengurusan kurikulum yang
lemah. Guru-guru yang berkualiti dan ideal serta persekitaran pembelajaran yang kondusif sama
ada di sekolah mahupun di rumah, sangat penting bagi memudahkan lagi proses pembelajaran
murid-murid
Pendapat Otto dan Smith disokong oleh Sampson (1975), iaitu beliau berpendapat pada
lazimnya, murid-murid akan cepat menunjukkan kemajuan dan peningkatan dalam pelajaran
apabila mereka mendapat bantuan pengajaran sokongan atau perkhidmatan dari guru-guru yang
terlatih dalam bidang pemulihan khas. Pada kebiasaannya kemajuan dan peningkatan ini akan
hilang sekiranya murid-murid tidak mendapat sokongan pengajaran yang berterusan apabila
mereka kembali ke kelas biasa dan diajar oleh guru lain. Hal ini adalah perkara biasa kerana,
mengikut Cashdan dan Pumphrey (1969), yang menegaskan bahawa sekiranya situasi dalam
kelas asal tidak berubah, akan menyebabkan murid-murid bermasalah 3M ini memerlukan
pemulihan khas semula. Dalam maksud yang lain, murid-murid seharusnya menerima
pertolongan atau bantuan susulan dari guru pemulihan khas yang terlatih secara berterusan
semasa berada di kelas-kelas biasa.
Selain guru ibu bapa juga berperanan dalam menangani masalah membaca ini kerana
menurut M. Morrow(1995) ibu bapa dan persekitaran keluarga memainkan peranan sangat
penting dalam penyediaan kanak-kanak untuk membaca. Keluarga adalah guru pertama dan
memberikan masa yang sangat panjang bersama mereka.
13
Masalah membaca dapat diatasi dengan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai dan
menggunakan bahan-bahan bantu mengajar yang betul.Ini diakui oleh Bloom B.S (1983)
menurutnya teknik pengajaran adalah merupakan salah satu strategi pelaksanaan yang dirancang
oleh guru untuk mengendalikan sebahagian atau keseluruhan pelajarannya. Kedua-duanya
mempunyai matlamat dan objektif yang sama iaitu mempastikan proses pembelajaran murid-
murid berlaku dengan berkesan dan afektif. Kenyataan ini disokong oleh Gadner dan Miler
(1996 ) guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid memperoleh kemahiran
yang diperlukan dan teknik belajar.
Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila
dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui
pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran. Mengikut Alan
Chamberlain (1986) dalam Siti Hajar pula, beliau menyatakan permainan boleh digunakan dalam
kemahiran bahasa untuk semua tahap murid sama ada sekolah rendah dan menengah. Permainan
bahasa merupakan teknik pengajaran yang digemari oleh murid-murid sekolah khasnya murid-
murid pemulihan.
2.4 RUMUSAN
Berdasarkan dapatan kajian dari dalam negara dan luar negara dan tinjauan yang dilakukan,
permasalahan lemah membaca berlaku di mana-mana di dunia ini sama ada di negara kita atau di
luar negara. Dari tinjauan yang dibuat, pengkaji mendapati memang banyak kajian mengenai
masaalah lemah membaca di kalangan murid-murid dikaji oleh pengkaji-pengkaji di Malaysia
mahupun di luar negara. Pada pendapat pengkaji isu ini memang merupakan masalah yang
global yang melanda semua negara kerana memandangkan kemahiran membaca itu amat penting
kepada setiap individu maka ia diambil perhatian yang lebih.
Oleh sebab kajian masalah yang akan dilaksanakan oleh pengkaji iaitu masalah lemah
membaca dan pemilihan teknik permainan bahasa sebagai kaedah mengajar serta penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik didapati banyak dikaji oleh pengkaji-pengkaji
lain sama ada di dalam negara atau di luar negara yang mana ia memberi info yang sangat
14
berguna kepada pengkaji. Maka ini secara tidak langsung memudahkan pengkaji untuk
meneruskan dan melaksanakan kajian yang dirancang pada masa akan datang.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANcik noorlyda
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvSiTi Nurhidayah
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrennersmk changlun
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifHaryati Ismail
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiHELMIZAM
 

La actualidad más candente (20)

MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Analisis item
Analisis itemAnalisis item
Analisis item
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
 

Similar a Proposal bab 2

38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaanNorbaizura Md Isa
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baruAyieda Eryna
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahAhmad NazRi
 
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikroTugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikromuhammadsucahyo
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikromuhammadsucahyo
 
Kajian tindakan defisit akademik
Kajian tindakan defisit akademikKajian tindakan defisit akademik
Kajian tindakan defisit akademikmariulfah
 
ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikanWidia Wati
 
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TK
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TKPELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TK
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TKEvaniaYafie
 
Makalah permasalahan pendidikan di indonesia dan solusinya
Makalah permasalahan pendidikan di  indonesia dan solusinyaMakalah permasalahan pendidikan di  indonesia dan solusinya
Makalah permasalahan pendidikan di indonesia dan solusinyaSeptian Muna Barakati
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
Bahan Internet Budaya
Bahan Internet BudayaBahan Internet Budaya
Bahan Internet Budayaguest49fcffbc
 

Similar a Proposal bab 2 (20)

38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baru
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
1
11
1
 
Assign kajian
Assign kajianAssign kajian
Assign kajian
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 
Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1
 
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikroTugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikro
 
Jon hendri tugas ptk
Jon hendri tugas ptkJon hendri tugas ptk
Jon hendri tugas ptk
 
SLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptxSLIDE ISU MURID.pptx
SLIDE ISU MURID.pptx
 
Kajian tindakan defisit akademik
Kajian tindakan defisit akademikKajian tindakan defisit akademik
Kajian tindakan defisit akademik
 
ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikan
 
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TK
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TKPELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TK
PELATIHAN PENANGANAN ANAK USIA DINI YANG MENGALAMI DISLEXIA BAGI GURU-GURU TK
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
Makalah permasalahan pendidikan di indonesia dan solusinya
Makalah permasalahan pendidikan di  indonesia dan solusinyaMakalah permasalahan pendidikan di  indonesia dan solusinya
Makalah permasalahan pendidikan di indonesia dan solusinya
 
Makalah permasalahn pendidikan
Makalah permasalahn pendidikanMakalah permasalahn pendidikan
Makalah permasalahn pendidikan
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
Bahan Internet Budaya
Bahan Internet BudayaBahan Internet Budaya
Bahan Internet Budaya
 

Proposal bab 2

  • 1. 5 BAB 2 2.0 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Permasalah dalam lemah membaca menjadi satu isu di negara kita. Menurut Kamus Dewan(2005)Edisi keempat, membaca bermaksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya juga bermaksud mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda,dan sebagainya secara lisan. Menurut Kamus Pelajar (2000) pula membaca merupakan perbuatan untuk membunyi, menyebut dan melafazkan huruf, perkataan dan ayat yang ditulis, dilihat dan memahami apa yang tertulis. Di Malaysia kanak-kanak se awal umur empat tahun telah mula belajar membaca dan diteruskan pada umur tujuh tahun sehinggalah ke sekolah menengah. Namun masalah lemah membaca terus membelenggu. Bilangan murid-murid di negara kita yang tidak tahu membaca agak membimbangkan. Masalah ini perlu dibendung. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar ( Bernama 24 Mei, 2006 ) , Seramai 120,000 pelajar sekolah rendah atau 2.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar sekolah itu tahun lepas didapati tidak menguasai 2M iaitu tidak tahu membaca dan menulis dan Kementerian sedang mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah itu. Kita ada kelas pemulihan yang diadakan secara berterusan khusus bagi pelajar yang menghadapi masalah sedemikian bagi memastikan mereka dapat membaca dan menulis," Murid-murid yang menghadapi masalah membaca di sekolah akan dimasukkan ke kelas pemulihan khas. Langkah ini untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca, kenyataan ini disokong oleh Sharifah Alwiyah Alsagoff,(1983). Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah satu usaha untuk menolong pelajar yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapai dalam pelajaran lampau.Murid-murid yang lemah membaca perlu dibantu. Guru-guru perlu mencari kaedah serta teknik yang betul dan bersesuaian dengan murid.
  • 2. 6 Kajian tentang masalah membaca, masalah murid-murid pemulihan dan cara atau teknik mengajar yang sesuai banyak dilakukan di negara kita mahupun dari luar negara. Pengkaji akan cuba meninjau dapatan-dapatan dari dalam negara dan luar negara yang mana permasalahan yang sama merupakan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. 2.2 KAJIAN LEPAS DI DALAM NEGARA Dalam pendidikan, kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang amat dititik beratkan. Ia perlu dikuasai oleh setiap pelajar semenjak peringkat sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Kepentingan menguasai kemahiran membaca tidak mengira kaum mahu pun darjat. Membaca jambatan ilmu cukup sinonim dalam kehidupan. Setiap orang secara fitrahnya akan terdorong untuk membaca sesuatu pernyataan yang dilihat tidak kira dalam bentuk media elektronik ataupun media cetak. Dengan amalan membaca rakyat akan menjadi warga berilmu sekali gus mempunyai akal yang terdidik untuk menjadi warga cemerlang dan berupaya menghindari diri daripada gejala-gejala sosial. Namun begitu, malangnya dalam keadaan negara terus maju membangun masih ramai lagi individu yang tidak boleh membaca. Ini merupakan masalah kepada negara. Masalah ini bukan sahaja berlaku di negara kita Malaysia, malah turut berlaku di negara-negara lain di dunia ini. Masalah ini perlu dibendung. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pekelilingnya KP/JPK/BPKP/03/03/1 (43) (1998), telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melaksanakan program intervensi 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) mulai Januari 1999. Keadaan ini memperlihatkan betapa seriusnya masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di seluruh negara, dan golongan yang dimaksudkan ialah murid-murid pemulihan. Menurut statistik ringkas yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2005) Pada tahun 2004 didapati lebih 115,000 (7.7 %) murid tahap satu sekolah rendah belum menguasai 3M (membaca,menulis,mengira). N.Siva Subramaniam Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)juga menyatakan kebimbangannya yang dipetik dari Utusan Malaysia (9 Oktober 2006) menyatakan bilangan pelajar lemah membaca adalah
  • 3. 7 terlalu ramai iaitu menjangkau jumlah lebih daripada 500,000 orang pelajar yang kebanyakannya terdiri dari pelajar tahun enam. Menurut Utusan Malaysia, jumlah ini mewakili 25% daripada 2 juta pelajar-pelajar sekolah rendah di seluruh negara. Bukan sahaja di sekolah rendah masalah ini berlaku tetapi terus berlanjutan ke sekolah menengah yang mana menurut Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar kenyataannya kepada Bernama.Com Pertubuhan Berita Nasional Malaysia pada 24 Mei, 2006 seramai 42,000 atau 0.8 peratus pula merupakan pelajar sekolah menengah iaitu berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran tahun lalu. Katanya jumlah keseluruhan pelajar sekolah rendah dan menengah tahun lepas ialah seramai 5.1 juta orang. Sebagaimana yang di ketahui murid yang lemah membaca di sekolah rendah akan dimasukkan ke kelas pemulihan khas setelah ujian saringan dan diagnostik dijalankan. Menurut buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas(Edisi Percubaan)2008, Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan Program Pemulihan Khas sebagai “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran’ dan mendefinisikan Murid Pemulihan Khas sebagai “murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. Sementara Sharifah Alwiyah Alsagoff,(1983) pula berkata, secara umum, pendidikan pemulihan boleh didefinisikan sebagai ‘ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Pernyataan yang lebih kurang sama dinyatakan oleh Ee Ah Meng (1998), dari segi konsepnya, program pemulihan khas ialah sebagai suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid dalam kelas biasa yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas 3M. Masalah membaca dan kegagalan berterusan untuk penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira seperti yang terkandung dalam perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) tidak boleh dibiarkan. Masalah keupayaan murid-murid pemulihan
  • 4. 8 dalam menguasai kemahiran asas bacaan yang menjadi penggerak kepada kemahiran berkomunikasi dan berfikir secara kritis dan kreatif mestilah ditangani secara serius dan bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Kita tidak seharusnya terus menuding jari kepada murid-murid yang lemah membaca khususnya murid-murid pemulihan dengan menganggap mereka bodoh, bebal, degil dan sebagainya. Di sekolah guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mengajar anak-anak didik menjadi pandai membaca. Sebagai guru yang telah mempelajari tentang pedagogi pendidikan seharusnya cuba mencari punca dan mencari jalan untuk menangani masalah ini di sekolah. Perkara ini turut disentuh oleh Dr Hamid Arshat di dalam ceramahnya pada tahun ini (2009)menurut beliau, punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi dan punca psikologi. Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh persekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan. Menurut Aspalaila Ramli dan Maslinda Mahmud (2006) melalui pemerhatian dalam kelas , punca murid tidak dapat menguasai kemahiran kerana aras pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas biasa yang terlalu tinggi, objektif pengajaran dan pembelajaran sukar dicapai berbanding dengan kebolehan dan keupayaan murid ini. Menurut mereka lagi lazimnya murid- murid ini akan duduk dalam kelompok mereka, membuat bising, dan mengganggu murid-murid lain semasa dalam kelas, Mereka juga kurang berminat dalam pembelajaran. Tugasan yang dibekalkan jarang sekali disiapkan dengan sempurna serta tidak memenuhi kehendak guru kerana masalah lemah membaca yang mereka hadapi ini. Kanak-kanak pemulihan yang lemah membaca akan mengalami gangguan pembelajaran dalam subjek lain selain dari bahasa Melayu dan matematik yang dipelajari di dalam kelas pemulihan. Apabila mereka tidak dapat membaca atau membaca dengan tersekat-tersekat mereka berasa bosan dan rendah diri ditambah pula jika rakan-rakan se kelas mengejek, mereka juga
  • 5. 9 merasa bosan dan marah jika ada guru yang tidak memahami mereka, marah-marah dan meleteri mereka. Guru perlu mencari kelemahan-kelemahan pada murid-muridnya dan menggunakan pelbagai kaedah dalam mengajar murid membaca. Hal ini juga diperkatakan oleh Dr Hamid Arshat dalam ceramahnya, menurut beliau setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan- kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kanak itu membaca, menulis dan mengira dengan cepat. Seperti yang kita sedia maklum kanak-kanak memang suka bermain. Kehidupan seharian mereka jika boleh mahu dihabiskan dengan bermain. Kaedah dan teknik pembelajaran ada dalam berbagai-bagai-bagai bentuk antaranya kaedah teknik bermain. Murid pemulihan kebanyakannya aktif dan suka bermain. Teknik bermain merupakan salah satu cara untuk menangani masalah lemah membaca mereka. Namun begitu menurut Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1996) hari ini aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan perancangan yang rapi . Permainan bahasa sebenarnya adalah satu teknik pembelajaran yang menyeronokkan. Ia adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Menurut Siti Hajar lagi Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaranpyang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. Jika ditinjau objektif permainan bahasa di dalam pengajaran memang didapati amat sesuai dengan murid pemulihan.Menurut Siti Hajar ada beberapa objektif di dalam teknik permainan bahasa. iaitu interaksi verbal pelajar dapat diransangkan dalam permainan kerana lazimnya, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan dan mereka akan
  • 6. 10 merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan . ini akan memberi peluang kepada guru menghasilkan satu suasana yang menarik dan berorientasikan pelajar. Permainan bahasa juga digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Permainan bahasa juga mempunyai objektif membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan individu yang terlibat, khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. Permainan bahasa juga boleh dijadikan alat mengikis rasa bosan pada waktu-waktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang tengah hari, pelajar akan merasa bosan, mengantuk dan lapar. Permainan bahasa mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar. Permainan merangsang pelajar untuk bertindak balas, memprotes dan memberikan hujah. Dengan ini, pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar bilik darjah. Permainan bahasa juga sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dalam pengajaran bahasa. Menurut Siti Hajar lagi, banyak kebaikan yang diperoleh oleh murid-murid kelas pemulihan melalui aplikasi permainan bahasa antaranya mereka rasa dihargai, dapat bergaul dengan bebas berbanding di kelas perdana kerana di kelas perdana mereka selalu disisihkan terutama oleh murid-murid yang pandai. Sikap mereka yang pemalu dan pasif juga boleh dikikis ketika bermain. Untuk mengaplikasikan teknik permainan bahasa sudah semestinya memerlukan alatan iaitu bahan bantu mengajar. Tanpa penyediaan bahan bantu mengajar sudah tentu sesuatu teknik itu tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Mok Soon Sang (1995) menyatakan bahawa seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan dengan menitik beratkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.
  • 7. 11 Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) melalui kajiannya apabila dilihat dari rekod pengesanan pencapaian bacaan pemulihan pada awal dan akhir semester, sememangnya prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar sebelum dan selepas penggunaan bahan bantu mengajar dalam kemahiran asas bacaan amatlah jauh perbezaannya. Peratusan purata min yang ditunjukkan pada awal semester ialah hanya 59%. Pada akhir semester prestasi purata nilai min meningkat kepada 80% dengan peningkatan sebanyak 21% setelah penggunaan bahan bantu mengajar diperhebatkan dalam proses pengajaran asas bacaan di kelas pemulihan oleh guru. Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar tidak dapat dinafikan lagi telah berjaya mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar pemulihan. Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran bahasa Malaysia. Oleh itu untuk melaksanakan teknik permainan bahasa, guru memerlukan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik bersesuaian dengan pendapat Siti Hajar (1996) Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran bahasa yang diajarkan. Pastikan bahan pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar. 2.3 KAJIAN DARI LUAR NEGARA Masalah membaca merupakan masalah global. Menurut Haji Mohd Nordin Bin Awang Mat iaitu Timbalan ketua Pengarah Pendidikan (Khas),Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam apa jua sistem pendidikan, masih terdapat kelompok murid-murid yang sukar untuk menguasai kemahiran asas 3M ini atas sebab yang berkaitan dengan keupayaan intelek masing-masing. (Smith, 1985). Sinclair dan Papandrapoulau (1984), pula berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mengetahui peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak dikenali. Namun begitu pendapat Smith ,Sinclair dan Papandrapoulau ini tidak berlaku kepada semua kanak-kanak. Oleh itu Kemba A. N’Namdi (2005) memberi pendapat program
  • 8. 12 membaca yang efektif mesti dirancang untuk menghadapi rintangan-rintangan di dalam dan di sekitar sistem sekolah. Murid-murid lemah membaca di negara kita akan dimasukkan ke kelas pemulihan khas begitu juga halnya di negara-negara luar. Namun, walaupun apa pun masalah yang dihadapi oleh murid-murid itu tentu ada cara dan jalan penyelesaiannya ditambah pula jika murid itu adalah normal iaitu bukan terdiri daripada murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran seperti down sindrom. Peranan guru amat penting dalam menangani masalah murid-murid lemah membaca, Menurut Otto dan Smith (1980) masalah dalam pembelajaran juga disebabkan oleh faktor guru yang tidak cekap atau tidak terlatih. Ia disebabkan oleh pengurusan kurikulum yang lemah. Guru-guru yang berkualiti dan ideal serta persekitaran pembelajaran yang kondusif sama ada di sekolah mahupun di rumah, sangat penting bagi memudahkan lagi proses pembelajaran murid-murid Pendapat Otto dan Smith disokong oleh Sampson (1975), iaitu beliau berpendapat pada lazimnya, murid-murid akan cepat menunjukkan kemajuan dan peningkatan dalam pelajaran apabila mereka mendapat bantuan pengajaran sokongan atau perkhidmatan dari guru-guru yang terlatih dalam bidang pemulihan khas. Pada kebiasaannya kemajuan dan peningkatan ini akan hilang sekiranya murid-murid tidak mendapat sokongan pengajaran yang berterusan apabila mereka kembali ke kelas biasa dan diajar oleh guru lain. Hal ini adalah perkara biasa kerana, mengikut Cashdan dan Pumphrey (1969), yang menegaskan bahawa sekiranya situasi dalam kelas asal tidak berubah, akan menyebabkan murid-murid bermasalah 3M ini memerlukan pemulihan khas semula. Dalam maksud yang lain, murid-murid seharusnya menerima pertolongan atau bantuan susulan dari guru pemulihan khas yang terlatih secara berterusan semasa berada di kelas-kelas biasa. Selain guru ibu bapa juga berperanan dalam menangani masalah membaca ini kerana menurut M. Morrow(1995) ibu bapa dan persekitaran keluarga memainkan peranan sangat penting dalam penyediaan kanak-kanak untuk membaca. Keluarga adalah guru pertama dan memberikan masa yang sangat panjang bersama mereka.
  • 9. 13 Masalah membaca dapat diatasi dengan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai dan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar yang betul.Ini diakui oleh Bloom B.S (1983) menurutnya teknik pengajaran adalah merupakan salah satu strategi pelaksanaan yang dirancang oleh guru untuk mengendalikan sebahagian atau keseluruhan pelajarannya. Kedua-duanya mempunyai matlamat dan objektif yang sama iaitu mempastikan proses pembelajaran murid- murid berlaku dengan berkesan dan afektif. Kenyataan ini disokong oleh Gadner dan Miler (1996 ) guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid memperoleh kemahiran yang diperlukan dan teknik belajar. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran. Mengikut Alan Chamberlain (1986) dalam Siti Hajar pula, beliau menyatakan permainan boleh digunakan dalam kemahiran bahasa untuk semua tahap murid sama ada sekolah rendah dan menengah. Permainan bahasa merupakan teknik pengajaran yang digemari oleh murid-murid sekolah khasnya murid- murid pemulihan. 2.4 RUMUSAN Berdasarkan dapatan kajian dari dalam negara dan luar negara dan tinjauan yang dilakukan, permasalahan lemah membaca berlaku di mana-mana di dunia ini sama ada di negara kita atau di luar negara. Dari tinjauan yang dibuat, pengkaji mendapati memang banyak kajian mengenai masaalah lemah membaca di kalangan murid-murid dikaji oleh pengkaji-pengkaji di Malaysia mahupun di luar negara. Pada pendapat pengkaji isu ini memang merupakan masalah yang global yang melanda semua negara kerana memandangkan kemahiran membaca itu amat penting kepada setiap individu maka ia diambil perhatian yang lebih. Oleh sebab kajian masalah yang akan dilaksanakan oleh pengkaji iaitu masalah lemah membaca dan pemilihan teknik permainan bahasa sebagai kaedah mengajar serta penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik didapati banyak dikaji oleh pengkaji-pengkaji lain sama ada di dalam negara atau di luar negara yang mana ia memberi info yang sangat
  • 10. 14 berguna kepada pengkaji. Maka ini secara tidak langsung memudahkan pengkaji untuk meneruskan dan melaksanakan kajian yang dirancang pada masa akan datang.