SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
           DALAM MAJLIS PERUTUSAN KHAS 2011 DI PICC, PUTRAJAYA
                          PADA 10 FEBRUARI 2011

                            Bersama mendidik anak bangsa

SYUKUR dan tahmid ke hadrat Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW. Kita bersyukur kerana pada pagi ini kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk
menghadiri perhimpunan yang amat bermakna buat kita semua. Perhimpunan ini bukan sahaja
melambangkan kebersamaan kita dalam mendidik anak bangsa, malah mencerminkan kesatuan hati kita
untuk melaksanakan amanah yang murni ini dengan sebaik mungkin.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan selamat memulakan tugas kepada guru-guru yang baru melangkah
ke alam perguruan pada tahun ini. Di sinilah bermulanya perjuangan anda untuk mendidik anak bangsa dan
mencorak masa depan negara. Memang benar, amanah yang bakal digalas adalah besar dan tugas yang
menanti anda semua amat mencabar. Namun saya yakin dengan segala latihan yang diberikan dan
sokongan yang bakal diterima, anda mampu untuk melaksanakan tugas ini dengan baik.

Tidak lupa juga kepada guru-guru yang pernah mendidik kita. Marilah kita kalungkan setinggi-tinggi
penghargaan di atas jasa dan bakti mereka yang terus terpahat di sanubari kita. Bak kata orang, sekali
menjadi guru, selamanya dikenang sebagai guru. Bahkan, hingga ke akhirnya dipanggil cikgu, curahan
budinya diingat selalu. Seperti nukilan Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Uthman Awang:

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat cikgu kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat

Berada bersama dengan guru-guru pada pagi ini mengingatkan saya kepada kata-kata seorang guru yang
pernah saya dengar. Bahawa dalam dunia ini, terdapat dua insan yang benar-benar gembira melihat kita
berjaya. Pertamanya, ibu bapa kita; keduanya, guru-guru kita.

Kita biasa melihat di kaca televisyen, di dada akhbar, atau mengalaminya sendiri di sekolah. Sebaik-baik
sahaja keputusan peperiksaan diumumkan, yang menitiskan air mata gembira melihat seorang murid
berjaya adalah guru.

Malah, banyak kisah kejayaan peribadi yang bermula dari sentuhan keramat seorang guru. Daripada anak
seorang petani, menjadi Naib Canselor universiti. Daripada anak seorang buruh ladang, menjadi peguam
yang terkenal. Daripada anak seorang penjaja, menjadi usahawan yang berjaya. Semua keajaiban ini tidak
akan berlaku tanpa suluhan ilmu seorang guru. Maka, pastinya juga kejayaan anak-anak kita di hari esok
bergantung kepada keikhlasan guru-guru hari ini memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka.




CABARAN BARU DUNIA PENDIDIKAN




                                                                                                      1
Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, persaingan bukan lagi bersifat lokal tetapi global. Jika kita ingin
menjadi sebuah negara maju, sebuah negara yang kompetitif di peringkat antarabangsa, modal insan yang
kita lahirkan melalui institusi sekolah kita mestilah mampu untuk menjadi pesaing global.

Maka kualiti pendidikan kita juga mestilah dinilai berdasarkan penanda aras antarabangsa. Pencapaian
murid kita dalam mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris mesti ditingkatkan
sehingga mengatasi penanda aras antarabangsa. Begitu juga dengan pendidikan teknik dan vokasional
yang seharusnya menjadi pemangkin kepada pembinaan modal insan berkemahiran tinggi. Perluasan
pendidikan teknik dan vokasional harus berlaku secara drastik untuk menampung keperluan tenaga mahir
negara yang semakin meningkat.

Semua ini adalah penting dalam usaha kita untuk melonjakkan kemajuan negara dalam suasana
persaingan global yang semakin sengit. Pendek kata, sektor pendidikan berada di barisan hadapan dalam
memastikan cita-cita Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi
menjelang 2020 menjadi realiti.

Dalam upaya kita untuk menjadi sebuah negara maju, guru-guru berada di barisan paling hadapan dalam
membina modal insan yang akan memacu kemajuan negara kita. Dalam hal ini, pendidikan merupakan
landasan utama yang akan menentukan masa depan negara. Kukuh landasan ini, maka cerahlah peluang
kita untuk mencipta masa depan yang lebih gemilang.

KOMITMEN GURU

Walaupun cabaran yang dihadapi oleh guru-guru hari ini adalah berbeza daripada apa yang ditempuhi oleh
guru-guru dahulu, kunci kepada kemampuan kita untuk menjadi sebuah negara yang berjaya tetap sama.
Kuncinya ialah keikhlasan guru, dedikasi guru dan kesungguhan guru untuk menggilap potensi setiap murid
sehingga mereka menjadi insan yang berjaya.

Alhamdulillah, berkat semangat, usaha dan dedikasi guru-guru, kita telah berjaya mencatat peningkatan
yang memberangsangkan dalam keputusan peperiksaan-peperiksaan awam pada tahun lalu. Keputusan
UPSR 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun. Kita juga bersyukur di atas peningkatan yang
dicapai dalam keputusan PMR. Peratusan pelajar yang memperolehi semua A meningkat dari 9.51 peratus
pada tahun 2009 kepada 10.21 peratus pada tahun lalu.

Di sebalik angka-angka positif ini, tersirat seribu satu cerita pengorbanan dan ketabahan guru-guru.
Misalnya, di Sekolah Kebangsaan Bebangan, sebuah sekolah kecil dalam daerah Kapit di Sarawak. Guru-
guru, dengan bantuan pembantu murid dan warden asrama, memulakan kelas ulang kaji seawal jam 5 pagi
pada setiap hari persekolahan. Walaupun jam 5 pagi adalah di luar waktu bertugas biasa, tetapi oleh kerana
guru-guru percaya awal pagi adalah waktu yang terbaik untuk murid memahami dan mengingati apa yang
dipelajari, mereka tetap hadir lebih awal ke sekolah untuk membimbing murid.

Bagi saya, ini adalah contoh pengorbanan guru yang luar biasa. Barangkali, tidak ramai yang sanggup
melakukan pengorbanan seperti itu. Namun, hakikatnya ada di kalangan guru-guru kita yang sanggup
melakukannya. Pengorbanannya luar biasa, hasilnya pun luar biasa. Sekolah Kebangsaan Bebangan telah
berjaya melonjakkan kedudukannya daripada berada dalam Band 3 pada tahun 2009, kepada Band 2 pada
tahun 2010. Lonjakan yang dihasilkan hanya dalam tempoh satu tahun bagi sebuah sekolah kecil di luar
bandar ini adalah sesuatu yang memberangsangkan. Untuk itu, saya mengucapkan syabas kepada Cikgu
Juan a/k Jugah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bebangan, dan semua guru serta kakitangan sekolah ini.

Saya percaya setiap sekolah mempunyai cerita pengorbanan dan kejayaan masing-masing. Di sebalik
kejayaan setiap pelajar, terdapat sentuhan keramat wira dan serikandi kita yang tidak didendangkan (our
unsung heroes). Sekiranya kisah-kisah pengorbanan dan kejayaan mereka dihimpunkan dan wira serta
serikandi kita diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya, saya percaya seluruh warga guru
akan mendapat suntikan semangat yang segar untuk melakukan yang terbaik demi memastikan kejayaan
setiap murid.



                                                                                                        2
TAWARAN BARU (BAI'AH)

Perkara ini bukanlah sesuatu yang di luar jangkauan. Tahun lalu saya umumkan Tawaran Baru (Bai'ah)
untuk pengetua dan guru besar sebagai salah satu daripada inisiatif di bawah NKRA Pendidikan. Kita
tetapkan mana-mana sekolah yang berjaya melepasi sasaran tertentu, guru besar dan guru-gurunya akan
menerima ganjaran kewangan. Ganjaran kewangan berasaskan prestasi ini adalah satu perkara baru yang
tidak pernah dilaksanakan dalam perkhidmatan awam di negara kita sebelum ini. Tetapi kita percaya,
Tawaran Baru adalah satu idea berani yang sekiranya dilaksanakan secara telus dan adil akan menjadi
dorongan paling berharga buat guru-guru untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing.

Pada awalnya, kita sasarkan dua peratus guru besar dan pengetua akan berjaya melepasi sasaran prestasi
yang ditetapkan. Ini adalah satu jangkaan konservatif yang dibuat dengan mengambil kira kelaziman dalam
trend lonjakan prestasi sekolah.

Hendak seribu daya, Tawaran Baru yang kita umumkan telah memberi suntikan semangat dan dorongan
yang kuat kepada guru-guru kita untuk meningkatkan prestasi sekolah masing-masing. Buktinya, setahun
selepas Tawaran Baru diumumkan, kita dapati jumlah guru besar yang berjaya memimpin sekolah untuk
melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan adalah di luar jangkaan. Bukan lagi dua peratus seperti yang
disasarkan, tetapi 12.1 peratus, iaitu pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal.

Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 orang guru besar yang telah disenarai
pendek. Insya-Allah, saya akan umumkan senarai guru-guru besar yang layak menerima ganjaran dalam
masa terdekat. Sebagai tanda penghargaan kita, guru-guru yang bersama-sama berusaha untuk
melonjakkan prestasi sekolah juga akan turut menerima ganjaran seperti yang telah dijanjikan.

Setiap guru besar yang layak akan menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru yang paling cemerlang
akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang. Senarai Pengetua dan guru-guru
sekolah menengah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru ini akan saya umumkan pada
pertengahan tahun ini.

Apakah maknanya ini kepada kita semua? Bagi saya, guru-guru kita, dengan adanya dorongan,
pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya, mereka boleh melakukan yang terbaik. Telah pun terbukti,
prestasi guru-guru terbaik kita bukan sahaja memberangsangkan, malah luar biasa. Syabas saya ucapkan!

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Satu lagi inisiatif di bawah NKRA Pendidikan ialah mengenal pasti dan memberi pengiktirafan kepada
Sekolah Berprestasi Tinggi.

Pada tahun lalu, kita telah umumkan 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi. Pada tahun ini, 30 buah sekolah
lagi yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Namun,
dalam melaksanakan program SBT ini, apa yang penting bukan jumlah sekolah yang mendapat
pengiktirafan. Tetapi apakah impak sekolah ke atas pembelajaran murid dan bagaimanakah sekolah-
sekolah ini dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah-sekolah lain.

Hal ini tidak mustahil untuk dicapai. Sekolah Kebangsaan Brinchang, Cameron Highlands, hari ini telah
menempa beberapa kejayaan hasil pelbagai usaha sama yang dijalin dengan Sekolah Kebangsaan
Convent Kota Taiping yang merupakan salah sebuah sekolah berprestasi tinggi. Guru-guru kedua-dua
sekolah terlibat secara bersama dalam panitia mata pelajaran yang dibentuk khusus untuk berkongsi idea
tentang cara bagaimana untuk meningkatkan prestasi murid.

Hasilnya, dalam peperiksaan UPSR tahun lalu, pertama kali dalam sejarah Sekolah Kebangsaan
Berinchang, semua murid lulus matapelajaran Sains dan 95.5 peratus murid lulus mata pelajaran




                                                                                                     3
Matematik. Ini adalah contoh satu usaha yang mudah, tetapi amat berkesan untuk meningkatkan
pencapaian murid. Tahniah saya ucapkan kepada warga kedua-dua sekolah ini.

Melangkah ke hadapan, antara aspek yang perlu ditekankan oleh SBT ialah inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Autonomi yang diberikan kepada sekolah-sekolah ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin
untuk menjana daya kreativiti guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang paling efektif.
Kita ingin lihat idea-idea yang lebih berani dan segar untuk meningkatkan pencapaian murid muncul dari
sekolah-sekolah berprestasi tinggi.

Dalam hubungan ini, jadikan sekolah berprestasi tinggi sebagai makmal idea-idea kreatif pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah. Ini kerana matlamat akhir SBT bukan sekadar
memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan sekolah, tetapi memastikan kecemerlangan sekolah dapat
memberi impak yang positif ke atas pencapaian setiap murid.

Di samping program SBT, Kementerian Pelajaran juga merintis kerjasama dengan Khazanah Nasional Bhd.
melalui Yayasan Amir, iaitu sebuah badan bukan keuntungan, untuk menjayakan program Sekolah
Amanah. Pada peringkat awal ini kita telah memilih 10 buah sekolah untuk dijadikan Sekolah Amanah, di
mana pihak Khazanah Nasional telah memberi komitmen untuk membantu sekolah-sekolah ini
meningkatkan pencapaian. Dengan adanya kerjasama awam-swasta ini, kita yakin tahap pencapaian
sekolah-sekolah di negara kita akan dapat dilonjakkan lagi agar setanding dengan pencapaian sekolah-
sekolah cemerlang di peringkat antarabangsa.

PROGRAM PEMBANGUNAN SEKOLAH

Dalam usaha kita untuk melonjakkan prestasi semua sekolah, kita sedar bahawa padang tidak selalunya
rata. Ada sekolah yang sudah sedia cemerlang, tetapi banyak juga sekolah yang masih bergelumang
dengan pelbagai kekangan untuk berjaya.

Pada masa yang sama kita sedar bahawa tugas kita ialah untuk memastikan setiap murid berjaya. Walau
apa pun latar keturunan mereka, walau di mana mereka berada, kejayaan mereka adalah tanggungjawab
kita. Pastinya, impian seorang anak kecil di Sekolah Kebangsaan Balar di Gua Musang, Kelantan adalah
sama nilainya dengan cita-cita seorang murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di Kuala Lumpur.
Seorang nun jauh di pedalaman, seorang lagi di tengah-tengah ibu kota. Seorang dengan serba-serbi
kekurangan, manakala seorang lagi dengan segala kemudahan.

Keutamaan kita pastinya ialah untuk memastikan impian kedua-dua anak kecil ini dapat dicapai. Dalam
menghadapi realiti ketiadaan padang yang sama rata, pendekatan kita mestilah berbeza. Zaman
menggunakan pendekatan yang sama untuk menyelesaikan permasalahan yang berbeza telah berakhir.

Untuk itu, kita telah memperkenalkan Program Pembangunan Sekolah. Di bawah program ini, lebih 160
orang jurulatih yang terdiri daripada pegawai Kementerian Pelajaran, pensyarah Institut Aminuddin Baki,
pensyarah Institut Pendidikan Guru, Pengetua Cemerlang dan Guru Cemerlang telah dilantik untuk
membimbing sekolah-sekolah berprestasi rendah. Sekolah-sekolah sasaran adalah yang berada dalam
Band 6 dan Band 7, iaitu dua kumpulan terendah dalam senarai penarafan sekolah di negara kita.

Alhamdulillah, pendekatan secara bimbingan ini telah membuahkan hasil. Kita telah berjaya mengurangkan
jumlah sekolah rendah yang berada dalam Band 6 dan Band 7 daripada 209 buah pada 2009 kepada 140
buah pada tahun 2010. Sebanyak 88 buah sekolah yang dahulunya berprestasi rendah kini telah berjaya
meningkatkan prestasi masing-masing. Menariknya, 83 daripada 88 buah sekolah ini adalah sekolah-
sekolah di luar bandar. Syabas saya ucapkan kepada Cikgu Jama a/k Rigong, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Tampak di Sabah, Cikgu Subramaniam a/l Chellapan Guru Besar SJKT Ladang Dublin 7 di
Kedah, Cikgu Ng Yong Liang, Guru Besar SJKC Kheng Chee di Pahang dan semua guru-guru besar yang
berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing.




                                                                                                     4
Jelasnya, Program Pembangunan Sekolah ini telah terbukti berjaya membantu sekolah-sekolah berprestasi
rendah untuk meningkatkan pencapaian murid. Melalui proses bimbingan secara berterusan, kita telah
berjaya mengatasi beberapa kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Misi kita ialah untuk memastikan
setiap murid berjaya mencapai impian masing-masing.

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI

Kita juga menekankan tentang penguasaan literasi dan numerasi murid di peringkat awal persekolahan.
Penguasaan kedua-dua kemahiran ini di peringkat awal adalah penting untuk memastikan murid tidak
mengalami kesukaran mengikuti pelajaran apabila umur mereka semakin meningkat. Justeru, sebarang
masalah berkaitan dengan penguasaan literasi dan numerasi perlu dikenal pasti dan diatasi segera.

Untuk itu kita telah memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di bawah NKRA Pendidikan.
Alhamdulillah, dengan pelaksanaan program ini, kita telah dapat mengenal pasti tahap kemahiran literasi
dan numerasi murid dan melakukan usaha intervensi untuk membantu murid-murid yang gagal
menguasainya. Berdasarkan keputusan saringan ketiga LINUS yang dilaksanakan pada bulan November
2010, 85 peratus murid Tahun 1 telah menguasai literasi dan 91 peratus menguasai numerasi. Kita percaya
dengan usaha-usaha intervensi secara berterusan, tahap penguasaan literasi dan numerasi murid akan
dapat dipertingkatkan.

PEMBIMBING INSAN, PEMBINA NEGARA

Dalam keghairahan kita untuk membina modal insan, jangan kita lupa tentang satu lagi matlamat utama
pendidikan, iaitu untuk membangun jiwa insan. Guru-guru, seperti juga ibu bapa, adalah pembimbing dan
pengasuh jiwa murid. Tugas guru bukan sekadar mencurahkan ilmu, tetapi menyuntik nilai dan makna yang
murni ke dalam sanubari murid. Pastinya, pendidikan yang disulami dengan asuhan budi dan pekerti yang
mulia adalah sesempurna pendidikan.

Guru juga adalah pembina negara bangsa. Dalam perlumbaan kita untuk menjadi sebuah negara maju,
harus kita ingat bahawa masyarakat maju yang ingin kita cipta haruslah berakar kepada nilai, budaya dan
jati diri yang utuh. Untuk itu, anak-anak kita perlu diasuh supaya memahami dan menghargai susur-galur
sejarah pembinaan negara kita. Bagaimana generasi terdahulu melakukan pelbagai pengorbanan untuk
membina sebuah negara yang bebas dan merdeka. Bagaimana masyarakat pelbagai kaum di negara kita
telah menerima antara satu sama lain sebagai saudara sewarganegara. Ini adalah antara rekod pencapaian
kita yang penting dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu.

Justeru, saya ingin menegaskan bahawa pengkisahan tentang sejarah pembinaan negara kita mesti
disampaikan kepada murid secara jujur. Oleh sebab itu, kita telah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji
Kurikulum Sejarah yang akan mengesyorkan kepada kerajaan cadangan-cadangan untuk menambahbaik
kandungan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah. Tujuannya ialah supaya
pembelajaran sejarah dapat melahirkan warganegara yang benar-benar memahami sejarah, bersifat
patriotik dan mempunyai jatidiri yang kukuh.

Hakikatnya, guru-guru menggalas tanggungjawab yang amat besar. Di bahu guru terletak amanah
membangun jiwa manusia dan membina negara bangsa. Bukan calang-calang insan yang sanggup
memikul tugas berat ini.

Namun, saya percaya, guru-guru yang berada di hadapan saya pada hari ini memilih kerjaya guru kerana
anda semua berjiwa guru. Sebagai seorang yang berjiwa guru, tugas ini sudah pasti akan digalas dengan
penuh keikhlasan dan kesedaran. Jadikanlah keikhlasan guru dan keberkatan ilmu yang disampaikan
sebagai sumber kekuatan kita untuk bersama-sama mencipta sebuah negara bangsa yang berjaya.




                                                                                                     5

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul pada 10
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul  pada 10Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul  pada 10
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul pada 10Adnan Hassan
 
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014Zack Eriez
 
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015Mohd Zaki
 
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011Abdullah Musa
 
Surat kebenaran Lawatan
Surat kebenaran LawatanSurat kebenaran Lawatan
Surat kebenaran LawatanMat Yus
 
Surat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSurat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSK Shah Alam
 
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM BalqisAbdul
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisHazrin Imam Kardi
 
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018Nor Azlina
 
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Golden Rose
 
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...Auzaie_93
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlisnora fizah
 
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021Kertas kerja minggu bahasa arab 2021
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021FaridMohd5
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahSuryadi Lagga
 
TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR
TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTARTEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR
TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTARNad0209
 
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Raihan Najihah
 

La actualidad más candente (20)

Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul pada 10
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul  pada 10Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul  pada 10
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul pada 10
 
Laporan program kasih ramadhan
Laporan program kasih ramadhanLaporan program kasih ramadhan
Laporan program kasih ramadhan
 
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
 
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
 
Ucapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasiUcapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasi
 
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
 
Surat kebenaran Lawatan
Surat kebenaran LawatanSurat kebenaran Lawatan
Surat kebenaran Lawatan
 
Surat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSurat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbang
 
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL STEM
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
 
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018
 
Penulisan ucapan
Penulisan ucapanPenulisan ucapan
Penulisan ucapan
 
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
 
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
 
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBGTeks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
Teks Pengacara Mesyuarat Agung PIBG
 
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021Kertas kerja minggu bahasa arab 2021
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
 
TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR
TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTARTEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR
TEKS MC MAJLIS KELAB PROSTAR
 
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
 

Destacado

Teks Ucapan Perasmian Futsal 2011
Teks Ucapan Perasmian Futsal 2011Teks Ucapan Perasmian Futsal 2011
Teks Ucapan Perasmian Futsal 2011Saffawati Kadir
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapanfiro HAR
 
Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual DinnerTeks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual DinnerAnna Mujahadah
 
Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009
Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009
Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009Shika Nara
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Chon Seong Hoo
 
ETAS_MCQ_15 dermatologic and cosmetic surgery
ETAS_MCQ_15 dermatologic and cosmetic surgeryETAS_MCQ_15 dermatologic and cosmetic surgery
ETAS_MCQ_15 dermatologic and cosmetic surgeryDerma202
 
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...Erni Shah
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruAzmi Bokhari
 
Contoh Farewell Speech (ucapan/pidato perpisahan)
Contoh Farewell Speech (ucapan/pidato perpisahan)Contoh Farewell Speech (ucapan/pidato perpisahan)
Contoh Farewell Speech (ucapan/pidato perpisahan)Aufiya Tsalitsa
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis Mahani Mohamad
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besarbagero
 
SELAMAT BERSARA
SELAMAT BERSARASELAMAT BERSARA
SELAMAT BERSARAImsamad
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahanMiz Jieha
 
Teks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanTeks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanjungle1982
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanDorisca
 

Destacado (20)

Teks Ucapan Perasmian Futsal 2011
Teks Ucapan Perasmian Futsal 2011Teks Ucapan Perasmian Futsal 2011
Teks Ucapan Perasmian Futsal 2011
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual DinnerTeks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
 
Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009
Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009
Teks ucapan hari anugerah kecemerlangan skc 2009
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Ucapan murid
Ucapan muridUcapan murid
Ucapan murid
 
Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013Teks ucapan hari guru 2013
Teks ucapan hari guru 2013
 
ETAS_MCQ_15 dermatologic and cosmetic surgery
ETAS_MCQ_15 dermatologic and cosmetic surgeryETAS_MCQ_15 dermatologic and cosmetic surgery
ETAS_MCQ_15 dermatologic and cosmetic surgery
 
Teks pengacara majlis spsk
Teks pengacara majlis spskTeks pengacara majlis spsk
Teks pengacara majlis spsk
 
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
Teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi perkhidmatan ...
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
 
Ucapan ketua pengawas
Ucapan ketua pengawasUcapan ketua pengawas
Ucapan ketua pengawas
 
Contoh Farewell Speech (ucapan/pidato perpisahan)
Contoh Farewell Speech (ucapan/pidato perpisahan)Contoh Farewell Speech (ucapan/pidato perpisahan)
Contoh Farewell Speech (ucapan/pidato perpisahan)
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
 
SELAMAT BERSARA
SELAMAT BERSARASELAMAT BERSARA
SELAMAT BERSARA
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahan
 
Teks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanTeks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahan
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapan
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlis
 

Similar a Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011

Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Chon Seong Hoo
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranNor Asiah Shariff
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangKementerian Pelajaran Malaysia
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Mohamad Aminuddin
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraCeedrah Mohammad
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaKementerian Pelajaran Malaysia
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015Chon Seong Hoo
 
T2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajarT2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajarSyahmi Fauzee
 
Deskripsi diri mulyati final
Deskripsi diri mulyati finalDeskripsi diri mulyati final
Deskripsi diri mulyati finalMulyati Rahman
 
06 mei 2021, sambutan bupati wonosobo pembukaan diklat kepala sekolah
06 mei 2021, sambutan bupati wonosobo pembukaan diklat kepala sekolah06 mei 2021, sambutan bupati wonosobo pembukaan diklat kepala sekolah
06 mei 2021, sambutan bupati wonosobo pembukaan diklat kepala sekolahShintaDevi11
 
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPTUcapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPTMohamed Nazul Ismail
 
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikanMembangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikanAmalinaAzizah
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 

Similar a Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011 (20)

Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
 
Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
 
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkangTeks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
Teks ucapan bmk
Teks ucapan bmkTeks ucapan bmk
Teks ucapan bmk
 
T2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajarT2 a2 motivasi pelajar
T2 a2 motivasi pelajar
 
Deskripsi diri mulyati final
Deskripsi diri mulyati finalDeskripsi diri mulyati final
Deskripsi diri mulyati final
 
06 mei 2021, sambutan bupati wonosobo pembukaan diklat kepala sekolah
06 mei 2021, sambutan bupati wonosobo pembukaan diklat kepala sekolah06 mei 2021, sambutan bupati wonosobo pembukaan diklat kepala sekolah
06 mei 2021, sambutan bupati wonosobo pembukaan diklat kepala sekolah
 
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPTUcapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
 
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikanMembangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
 
Januari 2015
Januari 2015Januari 2015
Januari 2015
 
data
data data
data
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 

Más de Azman Adnan

Buletin minda pengetua 3rd ed
Buletin minda pengetua 3rd edBuletin minda pengetua 3rd ed
Buletin minda pengetua 3rd edAzman Adnan
 
Buletin minda pengetua 2nd ed
Buletin minda pengetua 2nd edBuletin minda pengetua 2nd ed
Buletin minda pengetua 2nd edAzman Adnan
 
Buletin minda pengetua 1 2011
Buletin minda pengetua 1 2011Buletin minda pengetua 1 2011
Buletin minda pengetua 1 2011Azman Adnan
 
E picture kajian tindakan 2010
E picture kajian tindakan 2010E picture kajian tindakan 2010
E picture kajian tindakan 2010Azman Adnan
 
Notis m. agung (b)&format laporan
Notis m. agung (b)&format laporanNotis m. agung (b)&format laporan
Notis m. agung (b)&format laporanAzman Adnan
 
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011Azman Adnan
 
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerjaMewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerjaAzman Adnan
 
Dimensi kepimpinan pengetua mewujudkan
Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkanDimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan
Dimensi kepimpinan pengetua mewujudkanAzman Adnan
 
Inisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolahInisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolahAzman Adnan
 

Más de Azman Adnan (9)

Buletin minda pengetua 3rd ed
Buletin minda pengetua 3rd edBuletin minda pengetua 3rd ed
Buletin minda pengetua 3rd ed
 
Buletin minda pengetua 2nd ed
Buletin minda pengetua 2nd edBuletin minda pengetua 2nd ed
Buletin minda pengetua 2nd ed
 
Buletin minda pengetua 1 2011
Buletin minda pengetua 1 2011Buletin minda pengetua 1 2011
Buletin minda pengetua 1 2011
 
E picture kajian tindakan 2010
E picture kajian tindakan 2010E picture kajian tindakan 2010
E picture kajian tindakan 2010
 
Notis m. agung (b)&format laporan
Notis m. agung (b)&format laporanNotis m. agung (b)&format laporan
Notis m. agung (b)&format laporan
 
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011
 
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerjaMewujudkan budaya keseronokan bekerja
Mewujudkan budaya keseronokan bekerja
 
Dimensi kepimpinan pengetua mewujudkan
Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkanDimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan
Dimensi kepimpinan pengetua mewujudkan
 
Inisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolahInisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolah
 

Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011

  • 1. TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DALAM MAJLIS PERUTUSAN KHAS 2011 DI PICC, PUTRAJAYA PADA 10 FEBRUARI 2011 Bersama mendidik anak bangsa SYUKUR dan tahmid ke hadrat Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kita bersyukur kerana pada pagi ini kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk menghadiri perhimpunan yang amat bermakna buat kita semua. Perhimpunan ini bukan sahaja melambangkan kebersamaan kita dalam mendidik anak bangsa, malah mencerminkan kesatuan hati kita untuk melaksanakan amanah yang murni ini dengan sebaik mungkin. Pertamanya, saya ingin mengucapkan selamat memulakan tugas kepada guru-guru yang baru melangkah ke alam perguruan pada tahun ini. Di sinilah bermulanya perjuangan anda untuk mendidik anak bangsa dan mencorak masa depan negara. Memang benar, amanah yang bakal digalas adalah besar dan tugas yang menanti anda semua amat mencabar. Namun saya yakin dengan segala latihan yang diberikan dan sokongan yang bakal diterima, anda mampu untuk melaksanakan tugas ini dengan baik. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang pernah mendidik kita. Marilah kita kalungkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa dan bakti mereka yang terus terpahat di sanubari kita. Bak kata orang, sekali menjadi guru, selamanya dikenang sebagai guru. Bahkan, hingga ke akhirnya dipanggil cikgu, curahan budinya diingat selalu. Seperti nukilan Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Uthman Awang: Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat cikgu kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat Berada bersama dengan guru-guru pada pagi ini mengingatkan saya kepada kata-kata seorang guru yang pernah saya dengar. Bahawa dalam dunia ini, terdapat dua insan yang benar-benar gembira melihat kita berjaya. Pertamanya, ibu bapa kita; keduanya, guru-guru kita. Kita biasa melihat di kaca televisyen, di dada akhbar, atau mengalaminya sendiri di sekolah. Sebaik-baik sahaja keputusan peperiksaan diumumkan, yang menitiskan air mata gembira melihat seorang murid berjaya adalah guru. Malah, banyak kisah kejayaan peribadi yang bermula dari sentuhan keramat seorang guru. Daripada anak seorang petani, menjadi Naib Canselor universiti. Daripada anak seorang buruh ladang, menjadi peguam yang terkenal. Daripada anak seorang penjaja, menjadi usahawan yang berjaya. Semua keajaiban ini tidak akan berlaku tanpa suluhan ilmu seorang guru. Maka, pastinya juga kejayaan anak-anak kita di hari esok bergantung kepada keikhlasan guru-guru hari ini memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka. CABARAN BARU DUNIA PENDIDIKAN 1
  • 2. Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, persaingan bukan lagi bersifat lokal tetapi global. Jika kita ingin menjadi sebuah negara maju, sebuah negara yang kompetitif di peringkat antarabangsa, modal insan yang kita lahirkan melalui institusi sekolah kita mestilah mampu untuk menjadi pesaing global. Maka kualiti pendidikan kita juga mestilah dinilai berdasarkan penanda aras antarabangsa. Pencapaian murid kita dalam mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris mesti ditingkatkan sehingga mengatasi penanda aras antarabangsa. Begitu juga dengan pendidikan teknik dan vokasional yang seharusnya menjadi pemangkin kepada pembinaan modal insan berkemahiran tinggi. Perluasan pendidikan teknik dan vokasional harus berlaku secara drastik untuk menampung keperluan tenaga mahir negara yang semakin meningkat. Semua ini adalah penting dalam usaha kita untuk melonjakkan kemajuan negara dalam suasana persaingan global yang semakin sengit. Pendek kata, sektor pendidikan berada di barisan hadapan dalam memastikan cita-cita Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang 2020 menjadi realiti. Dalam upaya kita untuk menjadi sebuah negara maju, guru-guru berada di barisan paling hadapan dalam membina modal insan yang akan memacu kemajuan negara kita. Dalam hal ini, pendidikan merupakan landasan utama yang akan menentukan masa depan negara. Kukuh landasan ini, maka cerahlah peluang kita untuk mencipta masa depan yang lebih gemilang. KOMITMEN GURU Walaupun cabaran yang dihadapi oleh guru-guru hari ini adalah berbeza daripada apa yang ditempuhi oleh guru-guru dahulu, kunci kepada kemampuan kita untuk menjadi sebuah negara yang berjaya tetap sama. Kuncinya ialah keikhlasan guru, dedikasi guru dan kesungguhan guru untuk menggilap potensi setiap murid sehingga mereka menjadi insan yang berjaya. Alhamdulillah, berkat semangat, usaha dan dedikasi guru-guru, kita telah berjaya mencatat peningkatan yang memberangsangkan dalam keputusan peperiksaan-peperiksaan awam pada tahun lalu. Keputusan UPSR 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun. Kita juga bersyukur di atas peningkatan yang dicapai dalam keputusan PMR. Peratusan pelajar yang memperolehi semua A meningkat dari 9.51 peratus pada tahun 2009 kepada 10.21 peratus pada tahun lalu. Di sebalik angka-angka positif ini, tersirat seribu satu cerita pengorbanan dan ketabahan guru-guru. Misalnya, di Sekolah Kebangsaan Bebangan, sebuah sekolah kecil dalam daerah Kapit di Sarawak. Guru- guru, dengan bantuan pembantu murid dan warden asrama, memulakan kelas ulang kaji seawal jam 5 pagi pada setiap hari persekolahan. Walaupun jam 5 pagi adalah di luar waktu bertugas biasa, tetapi oleh kerana guru-guru percaya awal pagi adalah waktu yang terbaik untuk murid memahami dan mengingati apa yang dipelajari, mereka tetap hadir lebih awal ke sekolah untuk membimbing murid. Bagi saya, ini adalah contoh pengorbanan guru yang luar biasa. Barangkali, tidak ramai yang sanggup melakukan pengorbanan seperti itu. Namun, hakikatnya ada di kalangan guru-guru kita yang sanggup melakukannya. Pengorbanannya luar biasa, hasilnya pun luar biasa. Sekolah Kebangsaan Bebangan telah berjaya melonjakkan kedudukannya daripada berada dalam Band 3 pada tahun 2009, kepada Band 2 pada tahun 2010. Lonjakan yang dihasilkan hanya dalam tempoh satu tahun bagi sebuah sekolah kecil di luar bandar ini adalah sesuatu yang memberangsangkan. Untuk itu, saya mengucapkan syabas kepada Cikgu Juan a/k Jugah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bebangan, dan semua guru serta kakitangan sekolah ini. Saya percaya setiap sekolah mempunyai cerita pengorbanan dan kejayaan masing-masing. Di sebalik kejayaan setiap pelajar, terdapat sentuhan keramat wira dan serikandi kita yang tidak didendangkan (our unsung heroes). Sekiranya kisah-kisah pengorbanan dan kejayaan mereka dihimpunkan dan wira serta serikandi kita diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya, saya percaya seluruh warga guru akan mendapat suntikan semangat yang segar untuk melakukan yang terbaik demi memastikan kejayaan setiap murid. 2
  • 3. TAWARAN BARU (BAI'AH) Perkara ini bukanlah sesuatu yang di luar jangkauan. Tahun lalu saya umumkan Tawaran Baru (Bai'ah) untuk pengetua dan guru besar sebagai salah satu daripada inisiatif di bawah NKRA Pendidikan. Kita tetapkan mana-mana sekolah yang berjaya melepasi sasaran tertentu, guru besar dan guru-gurunya akan menerima ganjaran kewangan. Ganjaran kewangan berasaskan prestasi ini adalah satu perkara baru yang tidak pernah dilaksanakan dalam perkhidmatan awam di negara kita sebelum ini. Tetapi kita percaya, Tawaran Baru adalah satu idea berani yang sekiranya dilaksanakan secara telus dan adil akan menjadi dorongan paling berharga buat guru-guru untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Pada awalnya, kita sasarkan dua peratus guru besar dan pengetua akan berjaya melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan. Ini adalah satu jangkaan konservatif yang dibuat dengan mengambil kira kelaziman dalam trend lonjakan prestasi sekolah. Hendak seribu daya, Tawaran Baru yang kita umumkan telah memberi suntikan semangat dan dorongan yang kuat kepada guru-guru kita untuk meningkatkan prestasi sekolah masing-masing. Buktinya, setahun selepas Tawaran Baru diumumkan, kita dapati jumlah guru besar yang berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi yang ditetapkan adalah di luar jangkaan. Bukan lagi dua peratus seperti yang disasarkan, tetapi 12.1 peratus, iaitu pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal. Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 orang guru besar yang telah disenarai pendek. Insya-Allah, saya akan umumkan senarai guru-guru besar yang layak menerima ganjaran dalam masa terdekat. Sebagai tanda penghargaan kita, guru-guru yang bersama-sama berusaha untuk melonjakkan prestasi sekolah juga akan turut menerima ganjaran seperti yang telah dijanjikan. Setiap guru besar yang layak akan menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang. Senarai Pengetua dan guru-guru sekolah menengah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru ini akan saya umumkan pada pertengahan tahun ini. Apakah maknanya ini kepada kita semua? Bagi saya, guru-guru kita, dengan adanya dorongan, pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya, mereka boleh melakukan yang terbaik. Telah pun terbukti, prestasi guru-guru terbaik kita bukan sahaja memberangsangkan, malah luar biasa. Syabas saya ucapkan! SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI Satu lagi inisiatif di bawah NKRA Pendidikan ialah mengenal pasti dan memberi pengiktirafan kepada Sekolah Berprestasi Tinggi. Pada tahun lalu, kita telah umumkan 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi. Pada tahun ini, 30 buah sekolah lagi yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Namun, dalam melaksanakan program SBT ini, apa yang penting bukan jumlah sekolah yang mendapat pengiktirafan. Tetapi apakah impak sekolah ke atas pembelajaran murid dan bagaimanakah sekolah- sekolah ini dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah-sekolah lain. Hal ini tidak mustahil untuk dicapai. Sekolah Kebangsaan Brinchang, Cameron Highlands, hari ini telah menempa beberapa kejayaan hasil pelbagai usaha sama yang dijalin dengan Sekolah Kebangsaan Convent Kota Taiping yang merupakan salah sebuah sekolah berprestasi tinggi. Guru-guru kedua-dua sekolah terlibat secara bersama dalam panitia mata pelajaran yang dibentuk khusus untuk berkongsi idea tentang cara bagaimana untuk meningkatkan prestasi murid. Hasilnya, dalam peperiksaan UPSR tahun lalu, pertama kali dalam sejarah Sekolah Kebangsaan Berinchang, semua murid lulus matapelajaran Sains dan 95.5 peratus murid lulus mata pelajaran 3
  • 4. Matematik. Ini adalah contoh satu usaha yang mudah, tetapi amat berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid. Tahniah saya ucapkan kepada warga kedua-dua sekolah ini. Melangkah ke hadapan, antara aspek yang perlu ditekankan oleh SBT ialah inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Autonomi yang diberikan kepada sekolah-sekolah ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menjana daya kreativiti guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang paling efektif. Kita ingin lihat idea-idea yang lebih berani dan segar untuk meningkatkan pencapaian murid muncul dari sekolah-sekolah berprestasi tinggi. Dalam hubungan ini, jadikan sekolah berprestasi tinggi sebagai makmal idea-idea kreatif pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah. Ini kerana matlamat akhir SBT bukan sekadar memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan sekolah, tetapi memastikan kecemerlangan sekolah dapat memberi impak yang positif ke atas pencapaian setiap murid. Di samping program SBT, Kementerian Pelajaran juga merintis kerjasama dengan Khazanah Nasional Bhd. melalui Yayasan Amir, iaitu sebuah badan bukan keuntungan, untuk menjayakan program Sekolah Amanah. Pada peringkat awal ini kita telah memilih 10 buah sekolah untuk dijadikan Sekolah Amanah, di mana pihak Khazanah Nasional telah memberi komitmen untuk membantu sekolah-sekolah ini meningkatkan pencapaian. Dengan adanya kerjasama awam-swasta ini, kita yakin tahap pencapaian sekolah-sekolah di negara kita akan dapat dilonjakkan lagi agar setanding dengan pencapaian sekolah- sekolah cemerlang di peringkat antarabangsa. PROGRAM PEMBANGUNAN SEKOLAH Dalam usaha kita untuk melonjakkan prestasi semua sekolah, kita sedar bahawa padang tidak selalunya rata. Ada sekolah yang sudah sedia cemerlang, tetapi banyak juga sekolah yang masih bergelumang dengan pelbagai kekangan untuk berjaya. Pada masa yang sama kita sedar bahawa tugas kita ialah untuk memastikan setiap murid berjaya. Walau apa pun latar keturunan mereka, walau di mana mereka berada, kejayaan mereka adalah tanggungjawab kita. Pastinya, impian seorang anak kecil di Sekolah Kebangsaan Balar di Gua Musang, Kelantan adalah sama nilainya dengan cita-cita seorang murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di Kuala Lumpur. Seorang nun jauh di pedalaman, seorang lagi di tengah-tengah ibu kota. Seorang dengan serba-serbi kekurangan, manakala seorang lagi dengan segala kemudahan. Keutamaan kita pastinya ialah untuk memastikan impian kedua-dua anak kecil ini dapat dicapai. Dalam menghadapi realiti ketiadaan padang yang sama rata, pendekatan kita mestilah berbeza. Zaman menggunakan pendekatan yang sama untuk menyelesaikan permasalahan yang berbeza telah berakhir. Untuk itu, kita telah memperkenalkan Program Pembangunan Sekolah. Di bawah program ini, lebih 160 orang jurulatih yang terdiri daripada pegawai Kementerian Pelajaran, pensyarah Institut Aminuddin Baki, pensyarah Institut Pendidikan Guru, Pengetua Cemerlang dan Guru Cemerlang telah dilantik untuk membimbing sekolah-sekolah berprestasi rendah. Sekolah-sekolah sasaran adalah yang berada dalam Band 6 dan Band 7, iaitu dua kumpulan terendah dalam senarai penarafan sekolah di negara kita. Alhamdulillah, pendekatan secara bimbingan ini telah membuahkan hasil. Kita telah berjaya mengurangkan jumlah sekolah rendah yang berada dalam Band 6 dan Band 7 daripada 209 buah pada 2009 kepada 140 buah pada tahun 2010. Sebanyak 88 buah sekolah yang dahulunya berprestasi rendah kini telah berjaya meningkatkan prestasi masing-masing. Menariknya, 83 daripada 88 buah sekolah ini adalah sekolah- sekolah di luar bandar. Syabas saya ucapkan kepada Cikgu Jama a/k Rigong, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tampak di Sabah, Cikgu Subramaniam a/l Chellapan Guru Besar SJKT Ladang Dublin 7 di Kedah, Cikgu Ng Yong Liang, Guru Besar SJKC Kheng Chee di Pahang dan semua guru-guru besar yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing. 4
  • 5. Jelasnya, Program Pembangunan Sekolah ini telah terbukti berjaya membantu sekolah-sekolah berprestasi rendah untuk meningkatkan pencapaian murid. Melalui proses bimbingan secara berterusan, kita telah berjaya mengatasi beberapa kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Misi kita ialah untuk memastikan setiap murid berjaya mencapai impian masing-masing. PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI Kita juga menekankan tentang penguasaan literasi dan numerasi murid di peringkat awal persekolahan. Penguasaan kedua-dua kemahiran ini di peringkat awal adalah penting untuk memastikan murid tidak mengalami kesukaran mengikuti pelajaran apabila umur mereka semakin meningkat. Justeru, sebarang masalah berkaitan dengan penguasaan literasi dan numerasi perlu dikenal pasti dan diatasi segera. Untuk itu kita telah memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) di bawah NKRA Pendidikan. Alhamdulillah, dengan pelaksanaan program ini, kita telah dapat mengenal pasti tahap kemahiran literasi dan numerasi murid dan melakukan usaha intervensi untuk membantu murid-murid yang gagal menguasainya. Berdasarkan keputusan saringan ketiga LINUS yang dilaksanakan pada bulan November 2010, 85 peratus murid Tahun 1 telah menguasai literasi dan 91 peratus menguasai numerasi. Kita percaya dengan usaha-usaha intervensi secara berterusan, tahap penguasaan literasi dan numerasi murid akan dapat dipertingkatkan. PEMBIMBING INSAN, PEMBINA NEGARA Dalam keghairahan kita untuk membina modal insan, jangan kita lupa tentang satu lagi matlamat utama pendidikan, iaitu untuk membangun jiwa insan. Guru-guru, seperti juga ibu bapa, adalah pembimbing dan pengasuh jiwa murid. Tugas guru bukan sekadar mencurahkan ilmu, tetapi menyuntik nilai dan makna yang murni ke dalam sanubari murid. Pastinya, pendidikan yang disulami dengan asuhan budi dan pekerti yang mulia adalah sesempurna pendidikan. Guru juga adalah pembina negara bangsa. Dalam perlumbaan kita untuk menjadi sebuah negara maju, harus kita ingat bahawa masyarakat maju yang ingin kita cipta haruslah berakar kepada nilai, budaya dan jati diri yang utuh. Untuk itu, anak-anak kita perlu diasuh supaya memahami dan menghargai susur-galur sejarah pembinaan negara kita. Bagaimana generasi terdahulu melakukan pelbagai pengorbanan untuk membina sebuah negara yang bebas dan merdeka. Bagaimana masyarakat pelbagai kaum di negara kita telah menerima antara satu sama lain sebagai saudara sewarganegara. Ini adalah antara rekod pencapaian kita yang penting dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Justeru, saya ingin menegaskan bahawa pengkisahan tentang sejarah pembinaan negara kita mesti disampaikan kepada murid secara jujur. Oleh sebab itu, kita telah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Kurikulum Sejarah yang akan mengesyorkan kepada kerajaan cadangan-cadangan untuk menambahbaik kandungan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah. Tujuannya ialah supaya pembelajaran sejarah dapat melahirkan warganegara yang benar-benar memahami sejarah, bersifat patriotik dan mempunyai jatidiri yang kukuh. Hakikatnya, guru-guru menggalas tanggungjawab yang amat besar. Di bahu guru terletak amanah membangun jiwa manusia dan membina negara bangsa. Bukan calang-calang insan yang sanggup memikul tugas berat ini. Namun, saya percaya, guru-guru yang berada di hadapan saya pada hari ini memilih kerjaya guru kerana anda semua berjiwa guru. Sebagai seorang yang berjiwa guru, tugas ini sudah pasti akan digalas dengan penuh keikhlasan dan kesedaran. Jadikanlah keikhlasan guru dan keberkatan ilmu yang disampaikan sebagai sumber kekuatan kita untuk bersama-sama mencipta sebuah negara bangsa yang berjaya. 5