SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 20
nPENUTUP
Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada
manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu
yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya
akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut
tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya
masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai
cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan
masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan
selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan
tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.

Jerebu punca kanser paru-paru
Orang ramai yang terdedah kepada keadaan berjerebu dalam tempoh lama berisiko menghidap
penyakit kanser selain penyakit lain seperti gatal kerongkong, batuk dan sukar bernafas.
Pakar perunding perubatan Pusat Perubatan Kajang Plaza di Kajang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad
berkata, udara ketika jerebu amat berbahaya kerana ketika bernafas, manusia bukan sahaja menyedut
gas oksigen tetapi termasuk bahan-bahan asing yang terkandung dalam udara terus memasuki paruparu.
Kata beliau, bahan-bahan asing yang berupa sisa toksik yang terkandung dalam jerebu itu kemudian
merangsang perkembangan sel-sel kanser di dalam tubuh manusia.
“Ketika krisis jerebu, udara di sekeliling mengandungi debu, habuk halus dan gas toksik seperti gas sulfur
dioksida dan karbon monoksida.
“Meskipun udara yang disedut manusia akan melalui beberapa tapisan seperti di hidung dan tekak
tetapi organ penapis semula jadi itu tidak mampu menyekat 100 peratus apa yang disedut dari udara.
“Udara tercemar yang tidak dapat ditapis itu akan terus masuk ke paru-paru dan seterusnya
mengakibatkan badan manusia mungkin dijangkiti bakteria, virus dan paling menakutkan penyakit
seperti kanser paru-paru dan radang paru-paru,” kata beliau
Sumber: Kosmo [27062013]erebu

Malaysia

: Fenomena pencemaran udara di Semenanjung
Jerebu : Fenomena pencemaran udara di Semenanjung Malaysia
Fenomena jerebu merupakan fenomena yang tidak asing lagi dan sering berlaku
di semenanjung Malaysia. Jerebu adalah partikal-partikal atau zarah-zarah halus seperti
debu, gas pencemar dan asap yang tidak nampak oleh mata kasar yang terampai di
atmosfera dalam kepekatan yang tinggi(Borneo Post : 1997). Fenomena jerebu yang
sering berlaku di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia bukan sahaja berlaku
hasil daripada pencemaran udara di kawasan itu sendiri, tetapi membabitkan unsur dari
negara jiran.(Shaharudin

: 2006). Selain

itu, kehadiran

musim

kering yang

berpanjangan kesan daripada fenomena El-Nino dan amalan pembakaran terbuka di
kawasan pertanian yang luas di Sumatera menjadi penyebab dan penggalak masalah
jerebu di Malaysia(Norazuan Hashim: 2006).
Pada tahun 2005, Majlis Keselamatan Malaysia telah mengumumkan tentang
pengisytiharaan darurat di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Kawasan yang
pernah diisytiharkan darurat ketika berlakunya masalah jerebu ialah Lembah Klang,
Kuala Lumpur, dan Hulu Selangor(Sautun Nhadhah: 2005). Keadaan ini berlaku kerana
bacaan Indeks Pencemaran Udara kelebihi bacaan 500 iaitu mencapai tahap
berbahaya(Shafinaz; 2005). Memang tidak dinafikan bahawa pelepasan gas dari
kenderaan, perindustrian, dan pelupusan sisa pertanian menjadi punca utama kepada
berlakunya masalah jerebu. Namun masalah ini turut berlaku akibat pencemaran
merentasi benua.
Selain itu, fenomena semulajadi turut menjadi penyumbang kepada berlakunya
fenomena jerebu di semenanjung Malaysia.(Sautun Nhadhah: 2005). Tiupan angin
umpamanya akan memindahkan bahan-bahan terampai tersebut ke kawasan lain. Ini
dapat dibuktikan dimana tiupan angin monsun telah memindahkan jerebu dari kawasan
selatan semenanjung ke kawasan utara iaitu di Pulau Pinang (Sautun Nhadhah: 2005).
Masalah jerebu turut memberi kesan kepada aktiviti manusia, ekosistem alam sekitar
dan turut mempengaruhi psikologi seseorang seperti kemurungan, kekurangan tenaga,
tiada motivasi untuk melakukan sebarang aktiviti, rasa cemas dan takut, masalah tidur,
lebih cepat naik marah, dan masalah selera makan.(Teoh Hsien Jin: 2008). Selain itu,
masalah jerebu turut menjejaskan ekonomi Malaysia (Shaharudin : 2006). Keadaan ini
perlu diambil perhatian kerana semenanjung Malaysia merupakan kawasan pentadbiran
pusat bagi kerajaan Malaysia.
Mengapakah isu jerebu ini masih menjadi permasalahan sedangkan ia pernah
menimbulkan masalah yang besar suatu masa dahulu? Tanggal 26 September, 1997
menyaksikan kejadian jerebu teruk dikatakan menjadi punca kecelakaan pesawat Airbus
A300 B4-220 milik Garuda Indonesia yang membunuh kesemua 234 orang penumpang
dan anak kapal di Medan, Indonesia apabila jarak penglihatan dilaporkan sekitar 600800 meter sahaja. Jerebu juga merupakan punca perlanggaran sebuah kapal kargo dan
kapal tangki di Selat Melaka pada tahun yang sama. Dikatakan juga bahawa akibat dari
jerebu ini, kerugian yang disebabkan oleh turunnya kadar pelancongan dan hasil
pertanian dianggarkan mencecah berbilion dolar (Sautun Nhadhah: 2005). Seterusnya
pada tahun 2005, Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor telah diishtiharkan
darurat berpunca dari fenomena jerebu ini.
Jika dilihat dari skop yang luas, fenomena jerebu sememangnya menjadi isu
yang hangat diperkatakan oleh setiap negara. Walau bagaimanapun, jika dilihat dalam
skop yang lebih kecil sebagai contoh di Semenanjung Malaysia, fenomena jerebu
sememangnya menjadi satu masalah yang amat berat. Selain itu, masalah ini turut
mengganggu aktiviti seharian serta menjejaskan kesihatan manusia(Shafinaz: 2006).
Fenomena jerebu di Semenanjung Malaysia akan menjadi skop kajian ini. Dalam
mengkaji apakah permasalahan dalam fenomena jerebu di semananjung Malaysia,
dapat disimpulkan beberapa permasalahan yang ingin dikaji:1. Apakah punca yang mendorong berlakunya masalah jerebu di semenanjung Malaysia?
2. Bagaimanakah kaedah yang digunakan bagi mengukur tahap pencemaran udara ini?
3. Apakah langkah yang wajar diambil bagi mengatasi dan mengawal daripada berlakunya
masalah jerebu.
4. Apakah kesan dari fenomena jerebu kepada manusia, alam sekitar dan ekonomi di
kawasan yang dilanda jerebu terutama di semenanjung Malaysia.
Melalui persoalan ini, kajian tentang masalah jerebu yang sering berlaku di
Semenanjung Malaysia akan dikaji. Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia telah
dikenal pasti sebagai lokasi kajian. Lokasi seperti Lembah Klang, Hulu Selangor dan
Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai bagi menjalankan kajian ini.
Lokasi ini sering menjadi lokasi terjadinya fenomena jerebu(Mastura Mahmud: 2009).
Fenomena jerebu yang terjadi di semenanjung Malaysia sejak akhir-akhir ini
amat membimbangkan. Peristiwa jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di
Sumatera dan Kalimantan telah memberi kesan yang hebat di pantai barat
Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang sehingga menyebabkan
darurat jerebu diistiharkan di Kuala Selangor dan Kelang pada 11 Ogos 2005(Mastura
Mahmud: 2009). Dalam kajian ini, objektif kajian yang ingin dicapai merangkumi seperti
berikut:1. Mengenalpasti punca kepada berlakunya masalah jerebu di semenanjung Malaysia.
2. Mengenalpasti kaedah yang digunakan bagi menganalisis tahap pencemaran udara ini.
3. Mencadangkan langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi mengatasi serta mengawal
daripada berlakunya masalah jerebu.
4. Meneliti kesan dari fenomena jerebu keatas manusia, alam sekitar, serta ekonomi di
kawasan yang dilanda jerebu terutama di semenanjung Malaysia.

Kesimpulannya,

masalah

jerebu

merupakan

satu

masalah

yang

amat

membimbangkan terutama di Semenanjung Malaysia. Dengan kajian ini, beberapa
aspek tentang fenomena jerebu di Semenanjung Malaysia dapat dirungkaikan. Dengan
menjadikan beberapa objektif kajian sebagai pandu arah kepada kajian, diharapkan
fenomena jerebu di Malaysia dapat dikawal serta peristiwa darurat jerebu yang berlaku
di Hulu Selangor pada tahun 2005 tidak berulang.

Contoh Karangan:
Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara
Udara yang bersih amat penting untuk kita menjalani kehidupan yang sihat dan
bermakna. Isu pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara berada dalam tahap
yang amat membimbangkan.Kebimbangan ini menunjukkan bahawa manusia semakin peka
akan kesihatan dan alam sekitar. Namun hakikatnya, punca pencemaran udara adalah kerana
sikap segelintir manusia yang semata-mata lepas tangan apabila mengejar kemajuan. Lantaran
itu, langkah-langkah yang proaktif dan pragmatik perlu diambil oleh segenap masyarakat untuk
mengatasi masalah pencemaran udara.
Salah satu langkah yang paling penting ialah kerajaan perlu mengariskan dan
mengaplikasikan undang-undang tegas kepada mereka yang terlibat dalam pembakaran
terbuka. Para petani bukan sahaja di negara kita tetapi di negara jiran memilih cara mudah
dengan membakar kawasan hutan untuk menebus guna hutan sebagai kawasan pertanian.
Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila pembakaran sampah terbuka dilakukan oleh orang
awam dan kilang-kilang pula membebaskan gas karbon dioksida secara berlebihan. Kesannya,
jerebu yang serius berlaku di negara kita. Oleh itu, pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan
harus dilakukan secara berterusan dan tidak ‘seperti melepaskan batuk di tangga’.
Selain itu, pengguna kenderaan terutamanya kenderaan berat seperti lori dan bas harus
sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak
mengeluarkan asap hitam yang berlebihan. Begitu juga pengguna kenderaan yang lain, mereka
seboleh-bolehnya harus mengamalkan sikap berkongsi kereta apabila ke tempat kerja.
Pengurangan penggunaan kenderaan di jalan raya boleh mengelakkan berlakunya pencemaran
udara yang serius. Penggunaan kenderaan menggunaakan tenaga elektrik juga boleh
mengurangkan pencemaran udara tetapi mungkin mahal namun bak kata pepatah
Melayu’hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’.
Di samping itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil
perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Kepesatan pembangunan negara menyebabkab pembuangan pelbagai barangan walaupun
masih boleh digunakan berleluasa. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk
digunakan semula. Kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam
tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Dengan ini, masyarakat tidak akan membakar,
membuang dan melupuskan sampah dengan keterlaluan. Sekali gus, pencemaran bau, udara
dan air dapat dikurangkan.
Secara tuntas, setiap anggota masyarakat harus peka terhadap kesan pencemaran
udara dan bekerjasama memainkan peranan mengekalkan bumi indah ini untuk generasi akan
datang. Jadi janganlah mengamalkan sikap menuding jari terutamanya pada kerajaan kerana
bumi ini milik kita bersama.
LANGKAH DAN KESAN JEREBU
Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain
daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan beberapa
panduan kepada orang ramai mengenai tindakan yang perlu dilakukan semasa Jerebu sebagai
langkah pencegahan bagi mengelakkan ia memberi kesan dan mengganggu tahap kesihatan
Untuk yang berada di kawasan yang terjejas dengan masalah jerebu, boleh mengikuti panduan

yang disertakan dibawah
Read more: http://www.infoharian.com/info/perkara-perlu-buat-semasa-jerebu-dan-kesankesihatan#ixzz4NWGIzpHi
Status bacaan Indeks Pencemaran Udara pada 24 June 2013 seluruh Malaysia

Panduan Rujukan Status
Tahap kualiti udara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang
diisytiharkan kawasan darurat pada Ahad, semalam menunjukan perkembangan positif dengan
bacaan 148, setakat pukul 7 pagi Isnin
Menurut laporan semasa dari laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar hanya satu kawasan
dikategorikan sebagai berbahaya iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 335
Dalam perkembangan yang sama dua kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat
iaitu masing-masing di Bukit Rambai, Melaka, 260 dan di Kemaman, Terengganu, 249
Selanjutnya, ikuti carta Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri dan daerah yang terjejas
dengan bencana jerebu yang telah direkodkan pada Isnin melalui rujukan daripada laman web
rasmi Jabatan Alam Sekitar
Negeri

Kawasan

7 Pagi

11 Pagi

5 Ptg

Johor

Kota Tinggi

78*

74*

68*

Johor

Larkin Lama

111*

107*

108*

Johor

Muar

148*

132*

125*

Johor

Pasir Gudang

83*

75*

74*

Kedah

Alor Setar

63*

64*

64*

Kedah

Bakar Arang, Sg. Petani

75*

77*

98c

Kedah

Langkawi

58*

57*

55*
Kelantan

SMK Tanjung Chat, Kota Bharu

108*

114*

114*

Kelantan

Tanah Merah

90*

93*

98*

Melaka

Bandaraya Melaka

182*

141*

128*

Melaka

Bukit Rambai

260*

170*

150*

Negeri Sembilan

Nilai

145*

149*

150*

Negeri Sembilan

Port Dickson

335*

292*

193*

Negeri Sembilan

Seremban

153*

169*

171*

Pahang

Balok Baru, Kuantan

198*

191*

147*

Pahang

Indera Mahkota, Kuantan

171*

166*

138*

Pahang

Jerantut

106*

111*

123*

Perak

Jalan Tasek, Ipoh

70*

73*

87*

Perak

Kg. Air Putih, Taiping

63*

66*

76*

Perak

S K Jalan Pegoh, Ipoh

79*

82*

100*

Perak

Seri Manjung

141*

148*

171*

Perak

Tanjung Malim

128*

137*

152*

Perlis

Kangar

62*

63*

63*

Pulau Pinang

Perai

72*

72*

83*

Pulau Pinang

Seberang Jaya 2, Perai

79*

79*

88*

Pulau Pinang

USM

70*

71*

81*

Sabah

Keningau

78*

77*

74*

Sabah

Kota Kinabalu

76*

75*

73*

Sabah

Sandakan

50*

50*

51*

Sabah

Tawau

39*

41*

41*

Sarawak

Bintulu

75*

77*

73*

Sarawak

ILP Miri

75*

76*

80*

Sarawak

Kapit

63*

66*

71*

Sarawak

Kuching

70*

72*

75*

Sarawak

Limbang

72*

73*

69*

Sarawak

Miri

81*

82*

84*
Sarawak

Samarahan

74*

75*

78*

Sarawak

Sarikei

85*

88*

92*

Sarawak

Sibu

85*

102*

106*

Sarawak

Sri Aman

64*

67*

70*

Selangor

Banting

178*

180*

209*

Selangor

Kuala Selangor

117*

128*

157*

Selangor

Pelabuhan Kelang

296*

288*

319*

Selangor

Petaling Jaya

198*

193*

196*

Selangor

Shah Alam

157*

162*

171*

Terengganu

Kemaman

249*

253*

197*

Terengganu

Kuala Terengganu

95*

98*

100*

Terengganu

Paka

159*

158*

151*

Wilayah Persekutuan

Batu Muda,Kuala Lumpur

191*

198*

189*

Wilayah Persekutuan

Cheras,Kuala Lumpur

157*

160*

168*

Wilayah Persekutuan

Labuan

82*

80*

79*

Wilayah Persekutuan

Putrajaya

155*

152*

156*

Nota
* =Habuk Halus (PM10)
| c = Ozon (O3)
a =Sulfur Dioksida (SO2)
| d = Karbon Monoksida (CO)
b =Nitrogen Dioksida (NO2) | & = Lebih daripada satu pencemar

Read more: http://www.infoharian.com/info/status-terkini-bacaan-indeks-ipu-24-6-2013-seluruhnegeri#ixzz4NWErDJya
Langkah-langkah mengatasi jerebu
Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :
1. Penguatkuasaan undang-undang.
Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan
30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.
Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau
atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.
2. Pendidikan alam sekitar.
Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar.
Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran
untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu.
3. Kempen kesedaran alam sekitar.
Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi
masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk
menghargai alam sekitar.
4. Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan.
Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu! Udara akan kembali
bersih selepas berlakunya hujan.
4. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara.
5. Penggunaan catalytic converter
Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat
dikurangkan.
6. Memakai topeng muka.
Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di
luar rumah amatlah digalakkan.
7. Kempen kitar semula.
Melalui kempen kitar semula bahan buangan/sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru.
Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala
kayu getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi.
Karangan Contoh 17 - Langkah-langkah Mengatasi Jerebu
LANGKAH-LAGKAH MENGATASI JEREBU
Oleh: Tan Hui Lian
Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran
udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah
dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya
negeri Johor. 491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup.
Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai,
Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan
pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah
mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita?
Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran
hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara
kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh
membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang
ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja
membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk
mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan
karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan
keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan
jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur
haruslah disekat atau dikurangkan.
Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi
menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik.
Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd
telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah
Klang dan negeri Selangor.
Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah
dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan
indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan
kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara
negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah
alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar
secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani
masalah ini.
Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi
dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai
aur dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan
negara kita akan menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” Sekiranya masalah
jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya
akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan
ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna lagi.

Jerebu ialah keadaan partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di
dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran
udara.
Punca-punca berlakunya jerebu
Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti
udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu:
Pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap
alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir ini telah
menyebabkan masalah jerebu di negara kita.
Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahanbahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti
industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan
dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahanbahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan
kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan
ke udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan
jerebu. Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga
menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.
Ketiga, masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat
dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan
angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia
Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti
yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan
terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.
Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa
dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan
gas-gas ke dalam udara
Kesan-kesan jerebu
Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan
manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan
manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit
asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi
haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang
diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang
memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada
aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut
serta ketidaklancaran perjalanan darat.
Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan
raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang
paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama
hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan
semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu
mencecah angka 750)
Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses
fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan.
Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas
fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid.
Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan
tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik,
ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu
Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan
secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan
penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan
masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau
syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di
negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan
sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala
Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan
adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama
dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di
sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran
Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan
untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa
agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan
dapat dilakukan.
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan
pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari
segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk
menangani masalah ini.
Sumber : http://geografialamsekitar.blogspot.com
Dicatat oleh Cikgu Taufiq di 3:49 PG
Label: INFO PILIHAN

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30 0 0 Google +0 2 0

KEADAAN jerebu semasa telah memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat bagi kawasan Muar
dan Ledang. Beberapa buah negeri juga menutup sekolah-sekolah bagi mengelakkan masalah
kesihatan yang serius, terutama buat kanak-kanak.
Masalah jerebu sejak sedekad kebelakangan ini sudah menjadi masalah tahunan. Pembakaran di
Indonesia bagi pembersihan ladang menjadi punca utama kedatangan jerebu secara bermusim
ini.
Meskipun di peringkat kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia sudah wujud usaha serantau
bagi mengatasi masalah jerebu, namun setakat ini tidak ada hasil yang ketara. Langkah-langkah
yang diambil adalah reaktif dan tidak membawa kepada penyelesaian menyeluruh.
Sikap pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan sendiri dengan
membakar ladang untuk membersihkannya menunjukkan betapa kepentingan sosial tidak
diambil peduli oleh mereka. Ya, kosnya murah buat syarikat ladang, namun kos kepada umum
adalah mahal.
Kesan jerebu boleh dilihat dalam jangka masa panjang dan pendek. Gangguan kepada aktiviti
ekonomi dan sosial harian boleh membawa kesan kepada segala perancangan yang telah sedia
dibuat.
Jika keadaan berjerebu ini berakhir kurang dari seminggu dan tidak melangkau jauh ke banyak
kawasan, impak ekonominya mungkin minimum, tidak mencecah bilion ringgit.
Sekiranya keadaan jerebu kali ini bertambah serius, berpanjangan serta melangkau kebanyakan
kawasan, kesan ke atas ekonomi boleh menjejaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
bagi tahun semasa. Kerugian boleh mencecah hingga berbilion ringgit ekoran daripada banyak
kegiatan sosial dan ekonomi yang tergendala.
Banyak lagi kesan negatif jerebu yang mungkin kita terlepas pandang dalam menilai kesannya.
Misalnya, kita tidak pasti apakah kesan ke atas kesihatan akibat terdedah dengan sinaran
matahari yang terbias dek jerebu. Kos juga sukar dikira bagi impak pertanian yang musnah dek
kurangnya pancaran matahari akibat bumi diselubungi jerebu. Sehinggalah saintis mengenal
pasti perkara-perkara ini, barulah kita dapat membuat anggaran kos jerebu kepada ekonomi dan
kesejahteraan hidup manusia.
Antara industri yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan. Hotel, restoran
dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu berikutan
kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai.
Lebih dikhuatiri jika masalah jerebu ini konsisten trendnya dan agensi-agensi pelancongan asing
tidak mengesyorkan pelanggan mereka untuk datang ke rantau ini dalam bulan-bulan jerebu.
Di sinilah impak jangka panjang jerebu akan mula kita rasai. Pelancong asing tidak lagi mahu
datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan.
Keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor perindustrian.
Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang, kuari dan semua
aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus diberhentikan.
Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini
merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos
tinggi tanpa pulangan yang diharapkan.
Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil
untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.
Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek
jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan
hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa
ditanggung masyarakat.
Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri
mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya.
Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan
menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi.
Jerebu merupakan masalah oleh tangan-tangan manusia. Masalah ini menjadi ketara sekarang
kerana wujudnya estet-estet perladangan berskala besar. Natijahnya, pembakaran ladang untuk
tujuan pembersihan juga mencapai ke skala industri yang mencemarkan.
Jika pihak syarikat tidak ambil peduli dengan kesan kegiatan mereka, pihak berkuasa mesti
mengambil langkah serius untuk menangani masalah ini ke akar umbi.
Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh dilaksanakan sebagai langkah kawalan.
Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar dikenakan tindakan keras agar masalah
tidak berulang.
Udara bersih merupakan hak semua yang wajar dipelihara. Rakyat marah dengan pencemaran ini
dan rakyat menuntut kebajikan mereka dipelihara!
PENULIS ialah Pensyarah Kanan
Pusat Ekonomi IslamUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_01/Kesan-jerebu-keatas-ekonomi#ixzz4NW7qjFS3
© Utusan Melayu (M) Bhd

JEREBU
Fenomena jerebu yang melanda negara kita kini semakin serius dan berleluasa.Hal ini
menyebabkan langit kelihatan mendung,jarak penglihatan jauh,pernafasan menjadi sesak dan
sebagainya.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jerebu,antaranya
pembakaran hutan,pembebasan asap oleh kilang-kilang,pengeluaran gas oleh kenderaan serta
pembakaran secara terbuka.Fenomena jerebu menyebabkan timbulnya kesan yang terdiri
daripada kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.Justeru,langkah-langkah yang efektif
perlu dirancang lebih awal bagi menghadapi masalah jerebu.
KESAN-KESAN JEREBU
IMPLIKASI KESIHATAN
Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang
merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.Gas-gas ini dan zarah
terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa
diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam
kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel
hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti
plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar
boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan
hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan
otak.
DARJAH PENGLIHATAN YANG RENDAH
Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Masalah ini dapat
dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di bandar Kuching apabila darjah penglihatan
hanya 5 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 1997.Darjah penglihatan yang rendah
boleh mengakibatkan kemalangan udara,darat dan laut yang ngeri.Kesan ini juga dapat
dibuktikan apabila dua buah pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar semasa berlakunya
jerebu pada bulan September 1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melintasi Kuala
Lumpur.Selain itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di Medan,Indonesia akibat
daripada jerebu yang telah menyebabkan penlihatan juruterbang tersekat.Malaysia juga tidak
terkecuali daripada mengalami kejadian jerebu yang teruk apabila kerajaan terpaksa
mengisytiharkan darurat di beberapa tempat yang dilanda jerebu pada tahun 2005.Di samping
itu,kapal juga terdedah kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk.Hal ini dapat
dilihat apabila beberapa kes pelanggaran kapal kargo berlaku di Selat Melaka.Trajedi ini bukan
sahaja mengakibatkan nyawa terkorban tetapi jga menyebabkan berlakunya pencemaran alam
yang serius.
EKONOMI NEGARA TERJEJAS
Salah satu kesan jangka panjang akibat jerebu ialah ekonomi negara akan terjejas.Kesan ini dapat
dilihat apabila pembatalan penerbangan kapal terbang terpaksa dibuat akibat kejadian
jerebu.Salah satu syarikat penerbangan yang mengalami kerugian besar akibat pembatalan
penerbangan ialah Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS).Selain itu,kilang
perindustrian,kuari,dan sektor pembinaan terpaksa menghentikan operasi.Tambahan pula,industri
pelancongan juga turut terkena tempias akibat jerebu apabila pelancong membatalkan lawatan ke
Malaysia.Di samping itu,pekerja-pekerja yang yang bekerja di luar pejabat mungkin terpaksa
mengambil cuti demi kebaikan kesihatan mereka.Para nelayan juga tidak keluar kelaut kerana
keselamatan dan kesihatan tidak terjamin.Penjaja-penjaja di tepi jalan juga tidak dapat
menjalankan aktiviti perniaagaan mereka akibat jerebu.Hal ini mengakibatkan sumber rezeki dan
pendapatan terjejas serta pengusaha mengalami kerugian besar.
HASIL DAN KUALITI PERTANIAN TERJEJAS
Jerebu juga telah mengakibatkan hasil dan kualiti sektor pertanian terjejas.Hal ini berlaku apabila
jerebu menghalang kepadatan cahaya rendah yang diperlukan oleh tanaman untuk
membesar.Kadar pancaran cahaya yang rendah mengurangkan proses fotosintesis tanaman.Hal
ini menyebabkan tempoh matang tanaman menjadi lebih panjang.Selain itu,aktiviti serangga
pemangsa juga terjejas seterusnya menyebabkan letusan populasi makhluk perosak akan
berlaku.Justeru,pendebungaan juga akan terganggu.Gejala seumpama ini telah menyebabkan
hasil pertanian negara terjejas sebanyak 30 peratus.Lantaran itu,hasil dan kualiti tanaman akan
merosot.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JEREBU
MENDIDIK MASYARAKAT
Langkah yang paling efektif bagi mengatasi masalah jerebu ialah dengan mendidik
masyarakat.Media massa harus memainkan peranan menyiarkan kesan-kesan yang timbul akibat
jerebu.Melalui langkah ini,masyarakat akan lebih memahami dan menyedari tentang kesan-kesan
gejala tersebut.Oleh itu,masyarakat akan lebih bertanggungjawab dan menitikberatkan setiap
kegiatan yang dilakukan oleh mereka misalnya tidak membakar sampah secara terbuka.Seruan
kerajaan untuk menghijaukan alam,menggunakan petrol tanpa plumbum,dan sebagainya juga
akan mendapat sambutan dan sokongan daripada masyarakat.Orang ramai juga akan
memberikan kerjasama dengan menghubungi atau melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya
ada pihak yang mencetuskan maslah ini.
MENGURANGKAN PENGELUARAN ASAP PENCEMAR
Salah satu langkah yang penting bagi menangani masalah jerebu ialah mengurangkan
pengeluaran asap pencemar.Kempen berkongsi kereta akan mengurangkan bilangan kenderaan di
jalan dan langkah ini juga akan mengurangkan pengeluaran asap pencemar yang dibebaskan oleh
kenderan.Penggunaan petrol tanpa plumbum dan pemasangan alat penukar bermangkin akan
dapat mengurangkan asap pencemar kenderaan.Alat penukar bermangkin berfungsi sebagai alat
yang menukarkan hidrokarbon dan nitrogen dioksida kepada karbon dioksida,nitrogen dan wap
air yang tidak berbahaya.Selain itu,motosikal berenjin dua lejang harus diharamkan dan
digantikan dengan motosikal berenjin empat lejang.Di samping itu,gas pencemar kilang industri
juga mesti dikurangkan dengan penggunaan teknologi tinggi agar tidak mencemari
atmosfera.Oleh yang demikian,pengeluaran gas beracun dapat dikurangkan.
KERJASAMA ANTARABANGSA
Salah satu langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mengatasi masalah jerebu ialah
kerjasama antarabangsa.Kerjasama ini diperlukan untuk memadamkan kebakaran hutan.Kerajaan
Indonesia harus mengawal kebakaran hutannya dengan ketat.Selain itu,Indonesia juga harus
mementingkan kemajuan bersama negara jiran yang lain.Di samping itu,satu tabung kewangan
untuk membeli alatan pemadam api yang canggih boleh diwujudkan dalam kalangan negara
ASEAN.Alatan itu boleh dikongsi bersama untuk memadamkan api hutan.Penghantaran
tentera,ahli bomba,dan pakar ke Indonesia untuk memadamkan kebakaran hutan merupakan
kerjasama yang baik.Negara maju juga perlu membantu dengan menghulurkan bantuan
kepakaran dan teknologi memadamkan api.Sikap negara Barat yang berpeluk tubuh
menyaksikan kebakaran hutan di Indonesia selama beberapa bulan lamanya perlu dikikis.

Langkah dalam mengatasi Pencemaran Udara dan Jerebu
Undang-undang
Mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu mahupun syarikat yang melakukan
pembakaran awam terutamanya di kawasan ladang. Contohnya, pihak kerajaan Indonesia
telah bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan
orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang menggunakan kaedah tebang dan
bakar secara tidak sah.
Pembenihan Awan
Pembenihan awan dilakukan bagi memastikan hujan turun kerana hujan merupakan
pembersih udara semula jadi yang terbaik. Menyedari hakikat itu, pihak Jabatan Alam Sekitar
telah berkerjasam dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan
awam khusunya di kawasan sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Usaha ini dilakukan
melalui dengan menyembur larutan garam iodid ke dalam gumpalan awam kumulusnimbus.
Larutan garam iodid bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan
tersebut bagi tujuan mempercepatkan pembentukkan hablur-hablur air.
Melalui Pendidikan
Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan
alamsekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga
bolehdijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan
ditujukankepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanakkanaksekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam
sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting
kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu juga
melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana
pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap
implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar
adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju.
Tanggungjawab Orang Ramai
Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang
awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan
yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan
kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan
tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan
mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk
pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada
dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia,
Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat
pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang
pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Thanushah Soniyasee
 
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Durratun Dian
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di MalaysiaRamli Rem
 
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Rema Reca
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANAsmawi Abdullah
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan DaruratMohd Sofian
 
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINTEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINAsmawi Abdullah
 
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMGEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMFarhana Aisyah Norzelan
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Thanushah Soniyasee
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierharalhaj
 
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Andrey James
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialRema Reca
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerjaAsri Mohad
 

La actualidad más candente (20)

Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
 
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
 
CUACA DAN IKLIM
CUACA DAN IKLIMCUACA DAN IKLIM
CUACA DAN IKLIM
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
 
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
 
3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat3.3 Kesan Darurat
3.3 Kesan Darurat
 
Kemarau
KemarauKemarau
Kemarau
 
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGINTEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
TEKANAN UDARA DAN PEMBENTUKAN ANGIN
 
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMGEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
 
Model Latih Tubi 6
Model Latih Tubi 6Model Latih Tubi 6
Model Latih Tubi 6
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertier
 
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
Faktor kejayaan orang melayu menghalang penubuhan malayan union.
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersial
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
 
BAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING
BAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASINGBAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING
BAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING
 

Destacado

Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAUNie ONie
 
Kesan jerebu
Kesan jerebuKesan jerebu
Kesan jerebuhjbhb
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Song Love Story
 
34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlangCaroll Lynn
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara Nur Syafika
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganPAKLONG CIKGU
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Loh Yan
 
Kesan kepada manusia dan alam sekitar
Kesan kepada manusia dan alam sekitarKesan kepada manusia dan alam sekitar
Kesan kepada manusia dan alam sekitarNurul Shazliana
 
Pengenalan karangan
Pengenalan karanganPengenalan karangan
Pengenalan karanganmuhdarba
 
Novel di sebalik wajah tingkatan 2
Novel di sebalik wajah tingkatan 2Novel di sebalik wajah tingkatan 2
Novel di sebalik wajah tingkatan 2Ahmad Haizar
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2manivanan
 
Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin
Kerajaan Khulafa Al-RasyidinKerajaan Khulafa Al-Rasyidin
Kerajaan Khulafa Al-Rasyidinempatsains2013
 
The political economy of fire and haze root causes
The political economy of fire and haze root causesThe political economy of fire and haze root causes
The political economy of fire and haze root causesCIFOR-ICRAF
 
Pencernaan dalam Perut
Pencernaan dalam PerutPencernaan dalam Perut
Pencernaan dalam Perutempatsains2013
 

Destacado (20)

Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
Kesan jerebu
Kesan jerebuKesan jerebu
Kesan jerebu
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 
Pencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebuPencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebu
 
34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara
 
Jerebu powerpoint
Jerebu powerpointJerebu powerpoint
Jerebu powerpoint
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan Karangan
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1
 
Kesan kepada manusia dan alam sekitar
Kesan kepada manusia dan alam sekitarKesan kepada manusia dan alam sekitar
Kesan kepada manusia dan alam sekitar
 
Pengenalan karangan
Pengenalan karanganPengenalan karangan
Pengenalan karangan
 
Novel di sebalik wajah tingkatan 2
Novel di sebalik wajah tingkatan 2Novel di sebalik wajah tingkatan 2
Novel di sebalik wajah tingkatan 2
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
 
Pencemaran udara
Pencemaran udaraPencemaran udara
Pencemaran udara
 
Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin
Kerajaan Khulafa Al-RasyidinKerajaan Khulafa Al-Rasyidin
Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin
 
The political economy of fire and haze root causes
The political economy of fire and haze root causesThe political economy of fire and haze root causes
The political economy of fire and haze root causes
 
Empedu berfungsi untuk mengemulsikan lemak
Empedu berfungsi untuk mengemulsikan lemakEmpedu berfungsi untuk mengemulsikan lemak
Empedu berfungsi untuk mengemulsikan lemak
 
Pencernaan dalam Perut
Pencernaan dalam PerutPencernaan dalam Perut
Pencernaan dalam Perut
 

Similar a Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan

211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebuhafizah noor
 
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziTemplet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziZauhari Hussein
 
Alam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaAlam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaDiana Razi
 
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalSTAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalexraiderz
 
Isu isu keperihatinan negara
Isu isu keperihatinan negaraIsu isu keperihatinan negara
Isu isu keperihatinan negaradka1d
 
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsunikhwanecdc
 
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalA153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalSITIZALEHAMOHDRIDHUA
 
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalTugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalfaizalnizam3
 

Similar a Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan (20)

211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu211432800 ceramah-jerebu
211432800 ceramah-jerebu
 
Jerebuh
JerebuhJerebuh
Jerebuh
 
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziTemplet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
 
hbhe gaya hidup sihat-Jerebu
hbhe gaya hidup sihat-Jerebuhbhe gaya hidup sihat-Jerebu
hbhe gaya hidup sihat-Jerebu
 
Alam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaAlam sekitar emylia
Alam sekitar emylia
 
Assg pk sept 2013
Assg pk sept 2013Assg pk sept 2013
Assg pk sept 2013
 
Isu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran SemasaIsu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran Semasa
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Alanna farisha 2 k
Alanna farisha 2 kAlanna farisha 2 k
Alanna farisha 2 k
 
Document
DocumentDocument
Document
 
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalSTAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
 
Masalah jerebu
Masalah jerebuMasalah jerebu
Masalah jerebu
 
Isu isu keperihatinan negara
Isu isu keperihatinan negaraIsu isu keperihatinan negara
Isu isu keperihatinan negara
 
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun
 
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalA153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
A153578 tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalTugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
 
Pemanasan Global
Pemanasan GlobalPemanasan Global
Pemanasan Global
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Pencemaran
PencemaranPencemaran
Pencemaran
 

Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan

  • 1. nPENUTUP Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Jerebu punca kanser paru-paru Orang ramai yang terdedah kepada keadaan berjerebu dalam tempoh lama berisiko menghidap penyakit kanser selain penyakit lain seperti gatal kerongkong, batuk dan sukar bernafas. Pakar perunding perubatan Pusat Perubatan Kajang Plaza di Kajang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, udara ketika jerebu amat berbahaya kerana ketika bernafas, manusia bukan sahaja menyedut gas oksigen tetapi termasuk bahan-bahan asing yang terkandung dalam udara terus memasuki paruparu. Kata beliau, bahan-bahan asing yang berupa sisa toksik yang terkandung dalam jerebu itu kemudian merangsang perkembangan sel-sel kanser di dalam tubuh manusia. “Ketika krisis jerebu, udara di sekeliling mengandungi debu, habuk halus dan gas toksik seperti gas sulfur dioksida dan karbon monoksida. “Meskipun udara yang disedut manusia akan melalui beberapa tapisan seperti di hidung dan tekak tetapi organ penapis semula jadi itu tidak mampu menyekat 100 peratus apa yang disedut dari udara. “Udara tercemar yang tidak dapat ditapis itu akan terus masuk ke paru-paru dan seterusnya mengakibatkan badan manusia mungkin dijangkiti bakteria, virus dan paling menakutkan penyakit seperti kanser paru-paru dan radang paru-paru,” kata beliau Sumber: Kosmo [27062013]erebu Malaysia : Fenomena pencemaran udara di Semenanjung
  • 2. Jerebu : Fenomena pencemaran udara di Semenanjung Malaysia Fenomena jerebu merupakan fenomena yang tidak asing lagi dan sering berlaku di semenanjung Malaysia. Jerebu adalah partikal-partikal atau zarah-zarah halus seperti debu, gas pencemar dan asap yang tidak nampak oleh mata kasar yang terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi(Borneo Post : 1997). Fenomena jerebu yang sering berlaku di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia bukan sahaja berlaku hasil daripada pencemaran udara di kawasan itu sendiri, tetapi membabitkan unsur dari negara jiran.(Shaharudin : 2006). Selain itu, kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena El-Nino dan amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatera menjadi penyebab dan penggalak masalah jerebu di Malaysia(Norazuan Hashim: 2006). Pada tahun 2005, Majlis Keselamatan Malaysia telah mengumumkan tentang pengisytiharaan darurat di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Kawasan yang pernah diisytiharkan darurat ketika berlakunya masalah jerebu ialah Lembah Klang, Kuala Lumpur, dan Hulu Selangor(Sautun Nhadhah: 2005). Keadaan ini berlaku kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara kelebihi bacaan 500 iaitu mencapai tahap berbahaya(Shafinaz; 2005). Memang tidak dinafikan bahawa pelepasan gas dari kenderaan, perindustrian, dan pelupusan sisa pertanian menjadi punca utama kepada berlakunya masalah jerebu. Namun masalah ini turut berlaku akibat pencemaran merentasi benua. Selain itu, fenomena semulajadi turut menjadi penyumbang kepada berlakunya fenomena jerebu di semenanjung Malaysia.(Sautun Nhadhah: 2005). Tiupan angin umpamanya akan memindahkan bahan-bahan terampai tersebut ke kawasan lain. Ini dapat dibuktikan dimana tiupan angin monsun telah memindahkan jerebu dari kawasan selatan semenanjung ke kawasan utara iaitu di Pulau Pinang (Sautun Nhadhah: 2005). Masalah jerebu turut memberi kesan kepada aktiviti manusia, ekosistem alam sekitar dan turut mempengaruhi psikologi seseorang seperti kemurungan, kekurangan tenaga,
  • 3. tiada motivasi untuk melakukan sebarang aktiviti, rasa cemas dan takut, masalah tidur, lebih cepat naik marah, dan masalah selera makan.(Teoh Hsien Jin: 2008). Selain itu, masalah jerebu turut menjejaskan ekonomi Malaysia (Shaharudin : 2006). Keadaan ini perlu diambil perhatian kerana semenanjung Malaysia merupakan kawasan pentadbiran pusat bagi kerajaan Malaysia. Mengapakah isu jerebu ini masih menjadi permasalahan sedangkan ia pernah menimbulkan masalah yang besar suatu masa dahulu? Tanggal 26 September, 1997 menyaksikan kejadian jerebu teruk dikatakan menjadi punca kecelakaan pesawat Airbus A300 B4-220 milik Garuda Indonesia yang membunuh kesemua 234 orang penumpang dan anak kapal di Medan, Indonesia apabila jarak penglihatan dilaporkan sekitar 600800 meter sahaja. Jerebu juga merupakan punca perlanggaran sebuah kapal kargo dan kapal tangki di Selat Melaka pada tahun yang sama. Dikatakan juga bahawa akibat dari jerebu ini, kerugian yang disebabkan oleh turunnya kadar pelancongan dan hasil pertanian dianggarkan mencecah berbilion dolar (Sautun Nhadhah: 2005). Seterusnya pada tahun 2005, Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor telah diishtiharkan darurat berpunca dari fenomena jerebu ini. Jika dilihat dari skop yang luas, fenomena jerebu sememangnya menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh setiap negara. Walau bagaimanapun, jika dilihat dalam skop yang lebih kecil sebagai contoh di Semenanjung Malaysia, fenomena jerebu sememangnya menjadi satu masalah yang amat berat. Selain itu, masalah ini turut mengganggu aktiviti seharian serta menjejaskan kesihatan manusia(Shafinaz: 2006). Fenomena jerebu di Semenanjung Malaysia akan menjadi skop kajian ini. Dalam mengkaji apakah permasalahan dalam fenomena jerebu di semananjung Malaysia, dapat disimpulkan beberapa permasalahan yang ingin dikaji:1. Apakah punca yang mendorong berlakunya masalah jerebu di semenanjung Malaysia? 2. Bagaimanakah kaedah yang digunakan bagi mengukur tahap pencemaran udara ini?
  • 4. 3. Apakah langkah yang wajar diambil bagi mengatasi dan mengawal daripada berlakunya masalah jerebu. 4. Apakah kesan dari fenomena jerebu kepada manusia, alam sekitar dan ekonomi di kawasan yang dilanda jerebu terutama di semenanjung Malaysia. Melalui persoalan ini, kajian tentang masalah jerebu yang sering berlaku di Semenanjung Malaysia akan dikaji. Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti sebagai lokasi kajian. Lokasi seperti Lembah Klang, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai bagi menjalankan kajian ini. Lokasi ini sering menjadi lokasi terjadinya fenomena jerebu(Mastura Mahmud: 2009). Fenomena jerebu yang terjadi di semenanjung Malaysia sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Peristiwa jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah memberi kesan yang hebat di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang sehingga menyebabkan darurat jerebu diistiharkan di Kuala Selangor dan Kelang pada 11 Ogos 2005(Mastura Mahmud: 2009). Dalam kajian ini, objektif kajian yang ingin dicapai merangkumi seperti berikut:1. Mengenalpasti punca kepada berlakunya masalah jerebu di semenanjung Malaysia. 2. Mengenalpasti kaedah yang digunakan bagi menganalisis tahap pencemaran udara ini. 3. Mencadangkan langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi mengatasi serta mengawal daripada berlakunya masalah jerebu. 4. Meneliti kesan dari fenomena jerebu keatas manusia, alam sekitar, serta ekonomi di kawasan yang dilanda jerebu terutama di semenanjung Malaysia. Kesimpulannya, masalah jerebu merupakan satu masalah yang amat membimbangkan terutama di Semenanjung Malaysia. Dengan kajian ini, beberapa aspek tentang fenomena jerebu di Semenanjung Malaysia dapat dirungkaikan. Dengan
  • 5. menjadikan beberapa objektif kajian sebagai pandu arah kepada kajian, diharapkan fenomena jerebu di Malaysia dapat dikawal serta peristiwa darurat jerebu yang berlaku di Hulu Selangor pada tahun 2005 tidak berulang. Contoh Karangan: Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara Udara yang bersih amat penting untuk kita menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna. Isu pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara berada dalam tahap yang amat membimbangkan.Kebimbangan ini menunjukkan bahawa manusia semakin peka akan kesihatan dan alam sekitar. Namun hakikatnya, punca pencemaran udara adalah kerana sikap segelintir manusia yang semata-mata lepas tangan apabila mengejar kemajuan. Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan pragmatik perlu diambil oleh segenap masyarakat untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Salah satu langkah yang paling penting ialah kerajaan perlu mengariskan dan mengaplikasikan undang-undang tegas kepada mereka yang terlibat dalam pembakaran terbuka. Para petani bukan sahaja di negara kita tetapi di negara jiran memilih cara mudah dengan membakar kawasan hutan untuk menebus guna hutan sebagai kawasan pertanian. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila pembakaran sampah terbuka dilakukan oleh orang awam dan kilang-kilang pula membebaskan gas karbon dioksida secara berlebihan. Kesannya, jerebu yang serius berlaku di negara kita. Oleh itu, pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan harus dilakukan secara berterusan dan tidak ‘seperti melepaskan batuk di tangga’. Selain itu, pengguna kenderaan terutamanya kenderaan berat seperti lori dan bas harus sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengeluarkan asap hitam yang berlebihan. Begitu juga pengguna kenderaan yang lain, mereka seboleh-bolehnya harus mengamalkan sikap berkongsi kereta apabila ke tempat kerja. Pengurangan penggunaan kenderaan di jalan raya boleh mengelakkan berlakunya pencemaran udara yang serius. Penggunaan kenderaan menggunaakan tenaga elektrik juga boleh mengurangkan pencemaran udara tetapi mungkin mahal namun bak kata pepatah Melayu’hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’. Di samping itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Kepesatan pembangunan negara menyebabkab pembuangan pelbagai barangan walaupun masih boleh digunakan berleluasa. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan semula. Kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Dengan ini, masyarakat tidak akan membakar, membuang dan melupuskan sampah dengan keterlaluan. Sekali gus, pencemaran bau, udara dan air dapat dikurangkan. Secara tuntas, setiap anggota masyarakat harus peka terhadap kesan pencemaran udara dan bekerjasama memainkan peranan mengekalkan bumi indah ini untuk generasi akan datang. Jadi janganlah mengamalkan sikap menuding jari terutamanya pada kerajaan kerana bumi ini milik kita bersama.
  • 6. LANGKAH DAN KESAN JEREBU Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan beberapa panduan kepada orang ramai mengenai tindakan yang perlu dilakukan semasa Jerebu sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan ia memberi kesan dan mengganggu tahap kesihatan Untuk yang berada di kawasan yang terjejas dengan masalah jerebu, boleh mengikuti panduan yang disertakan dibawah
  • 7. Read more: http://www.infoharian.com/info/perkara-perlu-buat-semasa-jerebu-dan-kesankesihatan#ixzz4NWGIzpHi Status bacaan Indeks Pencemaran Udara pada 24 June 2013 seluruh Malaysia Panduan Rujukan Status Tahap kualiti udara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytiharkan kawasan darurat pada Ahad, semalam menunjukan perkembangan positif dengan bacaan 148, setakat pukul 7 pagi Isnin Menurut laporan semasa dari laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar hanya satu kawasan dikategorikan sebagai berbahaya iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 335 Dalam perkembangan yang sama dua kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu masing-masing di Bukit Rambai, Melaka, 260 dan di Kemaman, Terengganu, 249 Selanjutnya, ikuti carta Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri dan daerah yang terjejas dengan bencana jerebu yang telah direkodkan pada Isnin melalui rujukan daripada laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Negeri Kawasan 7 Pagi 11 Pagi 5 Ptg Johor Kota Tinggi 78* 74* 68* Johor Larkin Lama 111* 107* 108* Johor Muar 148* 132* 125* Johor Pasir Gudang 83* 75* 74* Kedah Alor Setar 63* 64* 64* Kedah Bakar Arang, Sg. Petani 75* 77* 98c Kedah Langkawi 58* 57* 55*
  • 8. Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu 108* 114* 114* Kelantan Tanah Merah 90* 93* 98* Melaka Bandaraya Melaka 182* 141* 128* Melaka Bukit Rambai 260* 170* 150* Negeri Sembilan Nilai 145* 149* 150* Negeri Sembilan Port Dickson 335* 292* 193* Negeri Sembilan Seremban 153* 169* 171* Pahang Balok Baru, Kuantan 198* 191* 147* Pahang Indera Mahkota, Kuantan 171* 166* 138* Pahang Jerantut 106* 111* 123* Perak Jalan Tasek, Ipoh 70* 73* 87* Perak Kg. Air Putih, Taiping 63* 66* 76* Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh 79* 82* 100* Perak Seri Manjung 141* 148* 171* Perak Tanjung Malim 128* 137* 152* Perlis Kangar 62* 63* 63* Pulau Pinang Perai 72* 72* 83* Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai 79* 79* 88* Pulau Pinang USM 70* 71* 81* Sabah Keningau 78* 77* 74* Sabah Kota Kinabalu 76* 75* 73* Sabah Sandakan 50* 50* 51* Sabah Tawau 39* 41* 41* Sarawak Bintulu 75* 77* 73* Sarawak ILP Miri 75* 76* 80* Sarawak Kapit 63* 66* 71* Sarawak Kuching 70* 72* 75* Sarawak Limbang 72* 73* 69* Sarawak Miri 81* 82* 84*
  • 9. Sarawak Samarahan 74* 75* 78* Sarawak Sarikei 85* 88* 92* Sarawak Sibu 85* 102* 106* Sarawak Sri Aman 64* 67* 70* Selangor Banting 178* 180* 209* Selangor Kuala Selangor 117* 128* 157* Selangor Pelabuhan Kelang 296* 288* 319* Selangor Petaling Jaya 198* 193* 196* Selangor Shah Alam 157* 162* 171* Terengganu Kemaman 249* 253* 197* Terengganu Kuala Terengganu 95* 98* 100* Terengganu Paka 159* 158* 151* Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur 191* 198* 189* Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur 157* 160* 168* Wilayah Persekutuan Labuan 82* 80* 79* Wilayah Persekutuan Putrajaya 155* 152* 156* Nota * =Habuk Halus (PM10) | c = Ozon (O3) a =Sulfur Dioksida (SO2) | d = Karbon Monoksida (CO) b =Nitrogen Dioksida (NO2) | & = Lebih daripada satu pencemar Read more: http://www.infoharian.com/info/status-terkini-bacaan-indeks-ipu-24-6-2013-seluruhnegeri#ixzz4NWErDJya
  • 10. Langkah-langkah mengatasi jerebu Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah : 1. Penguatkuasaan undang-undang. Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi. Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini. 2. Pendidikan alam sekitar. Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu. 3. Kempen kesedaran alam sekitar. Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar. 4. Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan. Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu! Udara akan kembali bersih selepas berlakunya hujan. 4. Penggunaan petrol tanpa plumbum Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara. 5. Penggunaan catalytic converter Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan. 6. Memakai topeng muka. Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan. 7. Kempen kitar semula. Melalui kempen kitar semula bahan buangan/sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi.
  • 11. Karangan Contoh 17 - Langkah-langkah Mengatasi Jerebu LANGKAH-LAGKAH MENGATASI JEREBU Oleh: Tan Hui Lian Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita? Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan. Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi
  • 12. Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Jerebu ialah keadaan partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara. Punca-punca berlakunya jerebu Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu: Pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita. Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahanbahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahanbahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu. Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya. Ketiga, masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan
  • 13. angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu. Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara Kesan-kesan jerebu Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan. Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat. Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750) Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan. Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara. Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan
  • 14. penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan. Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat dilakukan. Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Sumber : http://geografialamsekitar.blogspot.com Dicatat oleh Cikgu Taufiq di 3:49 PG Label: INFO PILIHAN Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30 0 0 Google +0 2 0 KEADAAN jerebu semasa telah memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat bagi kawasan Muar dan Ledang. Beberapa buah negeri juga menutup sekolah-sekolah bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius, terutama buat kanak-kanak. Masalah jerebu sejak sedekad kebelakangan ini sudah menjadi masalah tahunan. Pembakaran di Indonesia bagi pembersihan ladang menjadi punca utama kedatangan jerebu secara bermusim ini. Meskipun di peringkat kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia sudah wujud usaha serantau bagi mengatasi masalah jerebu, namun setakat ini tidak ada hasil yang ketara. Langkah-langkah yang diambil adalah reaktif dan tidak membawa kepada penyelesaian menyeluruh.
  • 15. Sikap pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan sendiri dengan membakar ladang untuk membersihkannya menunjukkan betapa kepentingan sosial tidak diambil peduli oleh mereka. Ya, kosnya murah buat syarikat ladang, namun kos kepada umum adalah mahal. Kesan jerebu boleh dilihat dalam jangka masa panjang dan pendek. Gangguan kepada aktiviti ekonomi dan sosial harian boleh membawa kesan kepada segala perancangan yang telah sedia dibuat. Jika keadaan berjerebu ini berakhir kurang dari seminggu dan tidak melangkau jauh ke banyak kawasan, impak ekonominya mungkin minimum, tidak mencecah bilion ringgit. Sekiranya keadaan jerebu kali ini bertambah serius, berpanjangan serta melangkau kebanyakan kawasan, kesan ke atas ekonomi boleh menjejaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun semasa. Kerugian boleh mencecah hingga berbilion ringgit ekoran daripada banyak kegiatan sosial dan ekonomi yang tergendala. Banyak lagi kesan negatif jerebu yang mungkin kita terlepas pandang dalam menilai kesannya. Misalnya, kita tidak pasti apakah kesan ke atas kesihatan akibat terdedah dengan sinaran matahari yang terbias dek jerebu. Kos juga sukar dikira bagi impak pertanian yang musnah dek kurangnya pancaran matahari akibat bumi diselubungi jerebu. Sehinggalah saintis mengenal pasti perkara-perkara ini, barulah kita dapat membuat anggaran kos jerebu kepada ekonomi dan kesejahteraan hidup manusia. Antara industri yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan. Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai. Lebih dikhuatiri jika masalah jerebu ini konsisten trendnya dan agensi-agensi pelancongan asing tidak mengesyorkan pelanggan mereka untuk datang ke rantau ini dalam bulan-bulan jerebu. Di sinilah impak jangka panjang jerebu akan mula kita rasai. Pelancong asing tidak lagi mahu datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan. Keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang, kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus diberhentikan. Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos tinggi tanpa pulangan yang diharapkan. Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.
  • 16. Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa ditanggung masyarakat. Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya. Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi. Jerebu merupakan masalah oleh tangan-tangan manusia. Masalah ini menjadi ketara sekarang kerana wujudnya estet-estet perladangan berskala besar. Natijahnya, pembakaran ladang untuk tujuan pembersihan juga mencapai ke skala industri yang mencemarkan. Jika pihak syarikat tidak ambil peduli dengan kesan kegiatan mereka, pihak berkuasa mesti mengambil langkah serius untuk menangani masalah ini ke akar umbi. Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang. Udara bersih merupakan hak semua yang wajar dipelihara. Rakyat marah dengan pencemaran ini dan rakyat menuntut kebajikan mereka dipelihara! PENULIS ialah Pensyarah Kanan Pusat Ekonomi IslamUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_01/Kesan-jerebu-keatas-ekonomi#ixzz4NW7qjFS3 © Utusan Melayu (M) Bhd JEREBU
  • 17. Fenomena jerebu yang melanda negara kita kini semakin serius dan berleluasa.Hal ini menyebabkan langit kelihatan mendung,jarak penglihatan jauh,pernafasan menjadi sesak dan sebagainya.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jerebu,antaranya pembakaran hutan,pembebasan asap oleh kilang-kilang,pengeluaran gas oleh kenderaan serta pembakaran secara terbuka.Fenomena jerebu menyebabkan timbulnya kesan yang terdiri daripada kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.Justeru,langkah-langkah yang efektif perlu dirancang lebih awal bagi menghadapi masalah jerebu. KESAN-KESAN JEREBU IMPLIKASI KESIHATAN Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan otak. DARJAH PENGLIHATAN YANG RENDAH Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Masalah ini dapat dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di bandar Kuching apabila darjah penglihatan hanya 5 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 1997.Darjah penglihatan yang rendah boleh mengakibatkan kemalangan udara,darat dan laut yang ngeri.Kesan ini juga dapat dibuktikan apabila dua buah pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar semasa berlakunya jerebu pada bulan September 1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melintasi Kuala Lumpur.Selain itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di Medan,Indonesia akibat daripada jerebu yang telah menyebabkan penlihatan juruterbang tersekat.Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami kejadian jerebu yang teruk apabila kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di beberapa tempat yang dilanda jerebu pada tahun 2005.Di samping itu,kapal juga terdedah kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk.Hal ini dapat dilihat apabila beberapa kes pelanggaran kapal kargo berlaku di Selat Melaka.Trajedi ini bukan sahaja mengakibatkan nyawa terkorban tetapi jga menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang serius. EKONOMI NEGARA TERJEJAS Salah satu kesan jangka panjang akibat jerebu ialah ekonomi negara akan terjejas.Kesan ini dapat dilihat apabila pembatalan penerbangan kapal terbang terpaksa dibuat akibat kejadian jerebu.Salah satu syarikat penerbangan yang mengalami kerugian besar akibat pembatalan penerbangan ialah Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS).Selain itu,kilang perindustrian,kuari,dan sektor pembinaan terpaksa menghentikan operasi.Tambahan pula,industri
  • 18. pelancongan juga turut terkena tempias akibat jerebu apabila pelancong membatalkan lawatan ke Malaysia.Di samping itu,pekerja-pekerja yang yang bekerja di luar pejabat mungkin terpaksa mengambil cuti demi kebaikan kesihatan mereka.Para nelayan juga tidak keluar kelaut kerana keselamatan dan kesihatan tidak terjamin.Penjaja-penjaja di tepi jalan juga tidak dapat menjalankan aktiviti perniaagaan mereka akibat jerebu.Hal ini mengakibatkan sumber rezeki dan pendapatan terjejas serta pengusaha mengalami kerugian besar. HASIL DAN KUALITI PERTANIAN TERJEJAS Jerebu juga telah mengakibatkan hasil dan kualiti sektor pertanian terjejas.Hal ini berlaku apabila jerebu menghalang kepadatan cahaya rendah yang diperlukan oleh tanaman untuk membesar.Kadar pancaran cahaya yang rendah mengurangkan proses fotosintesis tanaman.Hal ini menyebabkan tempoh matang tanaman menjadi lebih panjang.Selain itu,aktiviti serangga pemangsa juga terjejas seterusnya menyebabkan letusan populasi makhluk perosak akan berlaku.Justeru,pendebungaan juga akan terganggu.Gejala seumpama ini telah menyebabkan hasil pertanian negara terjejas sebanyak 30 peratus.Lantaran itu,hasil dan kualiti tanaman akan merosot. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JEREBU MENDIDIK MASYARAKAT Langkah yang paling efektif bagi mengatasi masalah jerebu ialah dengan mendidik masyarakat.Media massa harus memainkan peranan menyiarkan kesan-kesan yang timbul akibat jerebu.Melalui langkah ini,masyarakat akan lebih memahami dan menyedari tentang kesan-kesan gejala tersebut.Oleh itu,masyarakat akan lebih bertanggungjawab dan menitikberatkan setiap kegiatan yang dilakukan oleh mereka misalnya tidak membakar sampah secara terbuka.Seruan kerajaan untuk menghijaukan alam,menggunakan petrol tanpa plumbum,dan sebagainya juga akan mendapat sambutan dan sokongan daripada masyarakat.Orang ramai juga akan memberikan kerjasama dengan menghubungi atau melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada pihak yang mencetuskan maslah ini. MENGURANGKAN PENGELUARAN ASAP PENCEMAR Salah satu langkah yang penting bagi menangani masalah jerebu ialah mengurangkan pengeluaran asap pencemar.Kempen berkongsi kereta akan mengurangkan bilangan kenderaan di jalan dan langkah ini juga akan mengurangkan pengeluaran asap pencemar yang dibebaskan oleh kenderan.Penggunaan petrol tanpa plumbum dan pemasangan alat penukar bermangkin akan dapat mengurangkan asap pencemar kenderaan.Alat penukar bermangkin berfungsi sebagai alat yang menukarkan hidrokarbon dan nitrogen dioksida kepada karbon dioksida,nitrogen dan wap air yang tidak berbahaya.Selain itu,motosikal berenjin dua lejang harus diharamkan dan digantikan dengan motosikal berenjin empat lejang.Di samping itu,gas pencemar kilang industri juga mesti dikurangkan dengan penggunaan teknologi tinggi agar tidak mencemari atmosfera.Oleh yang demikian,pengeluaran gas beracun dapat dikurangkan. KERJASAMA ANTARABANGSA
  • 19. Salah satu langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mengatasi masalah jerebu ialah kerjasama antarabangsa.Kerjasama ini diperlukan untuk memadamkan kebakaran hutan.Kerajaan Indonesia harus mengawal kebakaran hutannya dengan ketat.Selain itu,Indonesia juga harus mementingkan kemajuan bersama negara jiran yang lain.Di samping itu,satu tabung kewangan untuk membeli alatan pemadam api yang canggih boleh diwujudkan dalam kalangan negara ASEAN.Alatan itu boleh dikongsi bersama untuk memadamkan api hutan.Penghantaran tentera,ahli bomba,dan pakar ke Indonesia untuk memadamkan kebakaran hutan merupakan kerjasama yang baik.Negara maju juga perlu membantu dengan menghulurkan bantuan kepakaran dan teknologi memadamkan api.Sikap negara Barat yang berpeluk tubuh menyaksikan kebakaran hutan di Indonesia selama beberapa bulan lamanya perlu dikikis. Langkah dalam mengatasi Pencemaran Udara dan Jerebu Undang-undang Mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu mahupun syarikat yang melakukan pembakaran awam terutamanya di kawasan ladang. Contohnya, pihak kerajaan Indonesia telah bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang menggunakan kaedah tebang dan bakar secara tidak sah. Pembenihan Awan Pembenihan awan dilakukan bagi memastikan hujan turun kerana hujan merupakan pembersih udara semula jadi yang terbaik. Menyedari hakikat itu, pihak Jabatan Alam Sekitar telah berkerjasam dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awam khusunya di kawasan sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Usaha ini dilakukan melalui dengan menyembur larutan garam iodid ke dalam gumpalan awam kumulusnimbus. Larutan garam iodid bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan tersebut bagi tujuan mempercepatkan pembentukkan hablur-hablur air. Melalui Pendidikan Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alamsekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga bolehdijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukankepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanakkanaksekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting
  • 20. kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju. Tanggungjawab Orang Ramai Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.