SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 47
Descargar para leer sin conexión
UNIT 5 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
Sinopsis
Unit ini dibina supaya pelatih dapat mempelajari peranan guru Pendidikan Moral
secara meluas. Topik dalam unit ini membincangkan perkara seperti ciri-ciri dan
tanggungjawab guru Pendidikan Moral; isu-isu pelaksanaan mata pelajaran ini di
sekolah; pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dalam pelbagai situasi di
sekolah serta jenis-jenis sumber dan pembinaan sumber Pendidikan Moral. Maklumat
dalam unit ini dapat membantu guru-guru berkenaan menangani perkara-perkara yang
berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran dalam pelbagai situasi di sekolah secara
berkesan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini pelajar dapat :
1. menghuraikan ciri-ciri seorang guru Pendidikan Moral yang berwibawa
2. mengenal pasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam
merealisasi hasrat dan aspirasi Negara
3. memahami isu-isu dalam pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah dan boleh
mencadangkan penyelesaian alternatif.
4. menghuraikan isu dengan memberikan cadangan untuk mengatasi masalah
pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan
5. melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam pelbagai
situasi di dalam dan di luar bilik darjah
6. merancang dan menjalankan aktiviti untuk memperkukuh amalan Pendidikan
Moral di luar bilik darjah
7. merancang untuk mengajar kelas bercantum
8. mengenal pasti bahan dan sumber yang sesuai dengan nilai dan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran
9. membina bahan dan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral
10. menggunakan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral dengan berkesan
TAJUK 1 CIRI-CIRI DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN MORAL
1.0 Pengenalan
Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu
menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada
pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada
murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’
yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai
pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah tersebut.
1.1 Peranan Guru Pendidikan Moral
Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah
mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini
bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral
yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.
Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi
pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu
ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara
tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang
belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih
beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan
sekolah yang sebaliknya.
Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam
dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral
dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru
dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing
mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di
sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke
arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.
2
Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-
objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak
didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan
sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran
yang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal
berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi
individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai
Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang
menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui
mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-mata
pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah
rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:-
• Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di
bawah rancangan KBSR,
• Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
• Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-
prinsip moral;
• Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral
semasa membuat sesuatu keputusan; dan
• Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita
adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas penuh
dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan
kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab
dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.
Berikut ialah Bidang Pembelajaran untuk Pendidikan Moral KBSR yang telah disusun
bagi tujuan menanamkan nilai moral di kalangan pelajar. Anda hendaklah memahami
dan menghayati semua Bidang Pembelajaran ini dan nilai-nilai yang berkaitan dalam
setiap bidang, sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
setiap topik yang berkaitan.
3
BIDANG 1 NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN
DIRI
1.1 KEPERCAYAA
N KEPADA
TUHAN
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara
1.2 KEBERSIHAN
FIZIKAL DAN
MENTAL
Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang
sihat dan positif dalam setiap perlakuan
1.3 HARGA DIRI Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia
dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
1.4 KERAJINAN Usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
1.5 HEMAH TINGGI Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian
1.6 KASIH SAYANG Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
1.7 KESEDERHANAAN
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
1.8 KEJUJURAN Kewajipan bercakap benar,bersikap amanah dan ikhlas
dalam setiap perlakuan
1.9 BAIK HATI Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri
dan orang lain dengan memberi bantuan dan
sokongan moral secara tulus ikhlas
1.10 BERTERIMA KASIH Perasaan atau perlakuan untuk menunjukkan
pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa,
sumbangan atau pemberian
BIDANG 2 NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
KASIH SAYANG
TERHADAP KELUARGA
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan
berkekalan terhadap keluarga
2.1 HORMAT DAN TAAT
KEPADA ANGGOTA
KELUARGA
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan
berinteraksi dan memberikan layanan secara bersopan
untuk mewujudkan keluarga yang harmonis
4
2.2 TANGGUNG JAWAB
TERHADAP
KELUARGA
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap
individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga
bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah
keluarga
BIDANG 3 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN
MASYARAKAT
TANGGUNG JAWAB
TERHADAP
MASYARAKAT
Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan
kewajipan dengan sempurna sebagai anggota
masyarakat
3.1 TOLERANSI
DALAM
MASYARAKAT
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri
bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
3.2 SEMANGAT
BERMASYARAKAT
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat
kekitaan untuk kepentingan bersama demi
keharmonian hidup bermasyarakat
3.3 PEKA TERHADAP
ISU SOSIAL
Bertanggung jawab dan prihatin terhadap isu semasa
yang berlaku dalam masyarakat dan usaha
menyelesaikannya
BIDANG 4 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM
SEKITAR
KEBERSIHAN DAN
KEINDAHAN
PERSEKITARAN
Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran agar
sentiasa bersih dan ceria demi kesejahteraan hidup
4.1 MENYAYANGI ALAM
SEKITAR
Sayang dan menghargai alam sekitar demi
mengekalkan kesejahteraannya
4.2 PEKA TERHADAP ISU
ALAM SEKITAR
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan
alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya
BIDANG 5 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA
5.1 HORMAT DAN SETIA
KEPADA PEMIMPIN,
RAJA DAN NEGARA
Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada
pemimpin dan raja serta setia kepada negara
5.2 PATUH KEPADA
PERATURAN DAN
UNDANG-UNDANG
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-
undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup
5.3 CINTA AKAN NEGARA Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta
5
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan
diri
5.4 KEAMANAN DAN
KEHARMONIAN
Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan
berterusan di kalangan rakyat Malaysia serta
masyarakat global
Selain memahami bidang pembelajaran dalam Pendidikan Moral, guru Pendidikan
Moral perlu ‘menghidupkan‘ kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan
pengalaman langsung kepada murid. Bawalah mereka melawat rumah orang tua yang
berdekatan dan suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan
membalas budi ke dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalaman
tersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai
kemanusiaan.
Lawatan ke kampus universiti di kalangan murid-murid di kawasan luar bandar akan
menyebabkan mereka berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendek
kata guru Pendidikan Moral yang komited ibarat doktor yang mampu memberikan
penawar, mengubati dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkan
sebagai rebung yang masih boleh dilentur.
Pernahkah anda membuat muhasabah diri?
Berikut ialah contoh senarai semak muhasabah diri guru. Semoga senarai semak ini
dapat membantu anda dalam mengenali siapa anda sebagai seorang guru.
Senarai Semak Muhasabah Diri Guru
Insan Moral Personaliti Guru
• Murah hati
• Bertimbang rasa
• Sedia memaafkan
• Faham memahami
• Prihatin keperluan orang lain
• Bertanggung jawab
• Maruah diri
• Air muka yang mesra
• Bersimpati
• Sering bertanya pendapat murid
• Boleh dipercayai
• Cakap beralas
Rujuk individu tertentu yang pakar atau mahir.
6
• Bekerjasama
• Berterima kasih
• Menunaikan kewajipan
• Menghormati ibu bapa/hak orang lain
• Menepati masa
• Menguruskan masa dengan bijak
• Adil dan saksama
• Komunikasi berkesan
• Berbudi bahasa
• Ramah mesra
• Sayang kepada nyawa dan diri
• Kebersihan dari segi fizikal dan
mental
• Jujur/ berterus terang
• Baik hati
• Simpati/belas kasihan
• Kemahiran bersosialisasi
• Kesedaran kendiri
• Kebolehpercayaan
• Ketekunan
• Bijak menguruskan konflik
• Membina perhubungan
• Menghormati adat resam
• Celik akal
• Rasional
• Universal
• Preskriptif
• Optimis
• Elakkan pertengkaran
• Jangan menyusahkan
• Kemahiran berkomunikasi lisan dan
bukan lisan
• Kreatif
• Melihat kebaikan
• Memberi penghargaan
• Mengakui kesilapan
• Menghormati murid, rakan dan
pentadbir
• Menunjukkan besar hati
• Panggil nama murid
• Selesa didampingi
• Pendengar yang baik
• Senyum selalu
• Tajuk perbualan sesuai
• Menepati janji
• Unsur kecindan
• Luwes
• Tegas/ berdisiplin
• Berdedikasi
• Berwibawa
• Berkarisma/ Bestari
• Boleh menerima kritikan
• Inovatif
• Aktif/produktif
• Kebolehan mengawal emosi
• Penyayang
• Tinggi budi bahasa
1.2 Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara
Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakan
tanggungjawab penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etika
perguruan, aspirasi negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perlu
ditititberatkan oleh semua guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka di
sekolah. Guru berkenaan harus menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang
positif di samping menyibarkan mesej yang diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnya
insiden isu pergaduhan antara guru di salah sebuah sekolah memaparkan bahawa
7
amatlah malang jika guru tidak dapat mengawal perasaan lalu bertumbuk dan bertarikan
rambut di hadapan murid semasa perhimpunan sehingga melibatkan ibu bapa murid
untuk menyelesaikannya. Kedua-dua guru tersebut ialah guru cemerlang. Isu
pertelingkahan mereka bersifat peribadi. Lebih ironi lagi, apabila murid-murid kecil itu
bertanya soalan serius, “Patutkah guru-guru itu dirotan kerana bergaduh di hadapan
murid?”
A. Kod Etika Perguruan
Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan
perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk
profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi peraturan
yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras
dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah Kod Etika
Perguruan Malaysia :
Tanggungjawab terhadap pelajar
1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah
dengan Selamat) muka surat 245.
2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling
KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243.
6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
8
institusi pendidikan dengan rumahtangga.
2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung
dengan keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit
dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka
dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga
mereka.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan
Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan seharian dengan baik.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu
9
bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas
dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
B. Rukun Negara
Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat Malaysia.
Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum
disamping memelihara cara hisup masyarakat yang harmonis, demokratik, adil, liberal,
progresif lagi beretika. Pernyataan Rukunegara :
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
10
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang
berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua, setiap
prinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru
Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan
yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin
tercapai.
C. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas telah diumumkan pada tahun 1988.
Falsafah tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi
warganegara yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai
citi-cita FPG, tanggungjawab dan kewajipan guru Pendidikan Moral adalah berat dan
penting dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni diri murid dengan berkesan.
D. Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Guru berhasrat untuk mendidik:
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara,
11
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslah
berkaliber tinggi, berkebolehan berfungsi sebagai pendidik yang baik, dapat
mengamalkan nilai murni dan akan menghasilkan murid yang sesuai dengan
pembinaan Negara. Peranan guru Pendidikan Moral ialah berpegang teguh kepada
FPG supaya dapat melahirkan murid-murid yang dapat memenuhi kehendak
aspirasi negara.
E. Wawasan 2020
Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas Perdana
Menteri Malaysia Tun Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Tujuan
visi ini ialah, supaya Malaysia mencapai taraf sebuah negara perindustrian yang
maju dan masyarakat yang beretika. Sebanyak sembilan cabaran telah digariskan
untuk negara kita menghala ke arah wawasan ini dan dapat mencapai hasrat
tersebut pada tahun 2020:
a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.
b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan
dengan apa yang dicapai.
c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang
mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama da jiwa.
e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat
Malaysia pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama tetapi setia peda negara.
f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial
yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.
h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang
12
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
i) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,
giat dan kental.
Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kira
cabaran-cabaran Wawasan 2020 ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawab
harian di sekolah agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-cita
tersebut.
Aktiviti 1
Senaraikan lima tanggung jawab guru Pendidikan Moral.
Aktiviti 2
Apakah perkaitan antara guru berpegang teguh kepada Kod Etika Perguruan dengan
pelajar yang menghadapi isu semasa / moral seperti ponteng sekolah, merokok, bergaul
bebas dan sebagainya ? Bincangkan.
Aktiviti 3
a. Berikan tiga contoh perlakuan guru di sekolah anda yang terpuji dan patut
diteladani oleh guru-guru lain.
b. Berikan dua contoh perlakuan guru yang tidak menurut kod etika perguruan dan
cadangkan tindakan yang harus diambil untuk mengatasi maslah tersebut?
Aktiviti 4
Apakah hubungan nilai-nilai moral dengan Rukunegara, FPK, FPG dan Wawasan
2020? Berikan jawapan anda dalam jadual berikut :
Bil Perkara Nilai-nilai Berkaitan Huraian / Catatan
1 Rukunegara 1
Latihan 5.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.
13
Bil Perkara Nilai-nilai Berkaitan Huraian / Catatan
2
3
2 FPK 1 (contoh) Usaha yang
berterusan
Bersikap rajin,
berwawasan demi
kebaaikan masa depan
2
3
3 FPG 1 Menyanjung warisan
kebudayaan Negara
Mengamalkan nilai-nilai
murni, mempromosikan
budaya Negara
2
3
4
5
4 Wawasan 2020 1
2
14
Bil Perkara Nilai-nilai Berkaitan Huraian / Catatan
3
4
5
Rumusan
1. Guru Pendidikan Moral harus menghayati dan mengamalkan Kod Etika
Perguruan Malaysia
2. Rukunegara, FPK dan FPG harus sentiasa menjadi penyuluh dan panduan
kepada guru Pendidikan Moral yang profesional.
3. Guru Pendidikan Moral harus berusaha sebagai penggalak dan pemimpin untuk
menjamin pelajarnya dibimbing ke arah pencapaian aspirasi Negara menurut
Rukunegara, FPK, FPG dan Wawasan 2020 demi kebaikan Negara dan
warganegara Malaysia
4. Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat
dan masyarakat.
5. Guru Pendidikan Moral lebih-lebih lagi dianggap sebagai teladan dalam usaha
menyanjung kesemua aspirasi dan ideologi Negara tersebut.
Bacaan Asas
Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang
Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit UPM.
Rujukan
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan
modul.
15
Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
TAJUK 2
ISU-ISU PELAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL
DI SEKOLAH
2.0 Pengenalan
Pendidikan Moral merupakan sebahagian daripada pendidikan. Mengikut sukatan
pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral bertujuan untuk murid-
murid mengenal pasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasaskan
agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan
semula sukatan pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran,
adalah bertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat
global. Betapa murninya hasrat Pendidikan moral yang telah dibentuk dengan teliti;
namun dari segi pelaksanaannya masih disekat oleh beberapa isu dan masalah.
16
2.1 Bahan Rujukan
Bahan sumber utama untuk pengajaran Pendidikan Moral adalah buku teks yang
disediakan untuk semua peringkat mengikut sukatan pelajaran . Laporan Kabinet 1979
para 392 menyebut bahawa buku teks merupakan bahan-bahan pembelajaran yang
penting untuk murid-murid dan sumber rujukan penting bagi membantu guru dalam
proses pengajaran. Di samping itu juga guru Pendidikan Moral dibekalkan dengan buku
panduan guru dan huraian sukatan pelajaran untuk setiap darjah dan tingkatan. Dalam
pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Moral di sekolah guru-guru menghadapi
dilema mencari bahan rujukan yang sesuai kerana kemoralan merupakan satu konsep
yang abstrak dan sering dilanda kontroversi dalam definisinya. Tidak boleh dipertikaikan
bahawa apa yang guru tahu tentang Pendidikan Moral akan mempengaruhi apa yang
pelajar kita pelajari. Oleh itu pemahaman yang betul tentang konsep utama pendidikan
moral penting kerana tanpa pemahaman ini guru tidak bersedia mengajar mata
pelajaran ini. Guru perlu tahu bidang-bidang yang menjadi asas mata pelajarannya
termasuk juga kemahiran pedagogi dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan.
Tanpa pemahaman ini, guru tidak bersedia mengajar mata pelajaran ini kepada pelajar
seperti yang tersurat dalam pantun ini:
Bas biru bas kuning
Guru keliru murid pening
Secara ringkasnya beberapa isu berkaitan bahan rujukan ialah:
• tidak ada bahan yang sesuai dengan konsep kemoralan
• bahan rujukan terhad dan tidak banyak di pasaran
• buku teks yang ada tidak dapat membantu guru dalam melaksanakan
pendekatan dan strategi pengajaran.
2.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.
Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah perlu diuji atau dinilai sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan
domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai dan emosi, maka
penilaian terhadapnya menghadapi masalah.
2.2.1 Penilaian moral susah dinilai secara afektif
17
Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat? Kesukaran untuk menilai aspek afektif
serta tingkah laku mengakibatkan aspek ini tidak dinilai dengan berkesan dalam konteks
program tersebut.
2.2.2 Proses penilaian memerlukan masa yang panjang
Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian
aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan
kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak,
skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan. Penilaian
kendalian sekolah ditekankan di sekolah tetapi jarang dipraktikkan atau kurang efektif
pelaksanaan kerana kesuntukan masa serta kurangnya kepakaran guru dalam aspek-
aspek seperti pemerhatian dan temu bual . Kalau dipraktikkan pun, markah atau
penilaiannya tidak diambil kira dalam keputusan akhir dalam mata pelajaran itu.
2.2.3 Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif
Kertas peperiksaan dengan skema pemarkahan yang terlalu rigid serta bersifat
akademik dengan soalan-soalan yang lebih berbentuk situasi yang hipotetikal
menyebabkan pelajar yang tidak mengalami situasi tersebut tidak dapat membuat
keputusan moral. Perkara ini telah lama dipertikaikan. Sesetengah alatan yang
digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai
atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui.
2.2.4 Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi
Domain afektif yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang
amat sukar dinilai. Walaupun aspek penaakulan moral boleh dinilai, namun aspek ini
tidak mengukur kebolehan pelajar dalam menangani sesuatu masalah dan situasi.
2.2.5 Penekanan pengajaran untuk lulus peperiksaan
Wujudnya ‘mindset’ di kalangan guru apabila peperiksaan sentiasa ditekankan hingga
mewujudkan keadaaan “teach to pass exams rather than teach to understand” .
Pengajaran secara latih tubi dan penghafalan nilai menjadi metodologi pengajaran
sebagai memenuhi keperluan peperiksaan. Cara ini sebenarnya tidak membenarkan
18
perkembangan keupayaan pelajar untuk menaakul. Pelajar yang mendapat A1 dalam
Pendidikan Moral tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam sahsiahnya.
2.3 Pengurusan sekolah
Program Pendidikan Moral di sekolah menitikberatkan persekitaran sekolah,
kebudayaan sekolah dan etos sekolah serta aktiviti kokurikulum. Sekolah perlu
memberikan sumbangan untuk perkembangan nilai. Dilema atau isu dalam pelaksanaan
Pendidikan Moral berkaitan dengan pengurusan sekolah adalah;
2.2.1 Persekitaran sekolah seharusnya menyumbang untuk perkembangan nilai.
Kalau sistem sekolah lebih bersifat autokratik, pelajar-pelajar akan juga belajar
bersikap autokratik, kurang rela mendengar pendapat orang lain, suka membuat
keputusan secara bersendirian. Begitu juga sekiranya guru kelas bersikap
dominant.
2.2.2 Sungguh pun sekolah mementingkan peraturan dan disiplin tetapi budaya
sekolah memberikan penekanan kepada aspek afektif dan tingkahlaku moral
berbanding perkembangan pemikiran rasional dan penaakulan moral . Oleh itu
objektif Pendidikan Moral untuk melahirkan individu yang berautonomi tidak
difahami guru. Keadaan ini boleh mengakibatkan kelemahan penaakulan moral
dan ketaatan membabi buta murid kerana takut dirotan, didenda atau digantung
sekolah. Situasi ini dapat dilihat hampir di kebanyakan sekolah iaitu murid tidak
membuang sampah di dalam kawasan sekolah tetapi timbunan sampah seperti
bunga yang memutih kelihatan di kawasan luar sekolah terutama pada waktu
murid-murid pulang. Plastik bungkusan makanan ringan, tin minuman dan lain-
lain dicampak sesuka hati. Penghayatan moral dari segi kebersihan yang ada
kaitannya dengan disiplin gagal dipraktikkan.
2.2.3 Perhubungan guru dan pelajar tidak memuaskan. Perhubungan yang
sepatutnya seimbang masih tidak dapat dihidupkan. Ini tidak memenuhi
keperluan pelajar dari segi perkembangan emosi moral mereka.
2.2.4 Tanggapan bahawa pendidikan moral hanya diajar oleh guru Pendidikan Moral;
maka guru bukan Pendikan Moral tidak perlu terlibat dalam pembentukan dan
perkembangan moral pelajar. Maka mereka tidak begitu serius dalam
menerapkan nilai melalui mata pelajaran mereka.
19
2.2.5 Konflik nilai wujud di kalangan pelajar kerana guru tidak menghayati dan
memahami peranan mereka dan tidak menunjukkan nilai positif yang sejajar
dengan nilai-nilai moral. Contoh ketepatan masa, kejujuran, hormat menghormati
dan sebagainya.
Renungkanlah!!!!
Sejauh mana sekolah anda membudayakan nilai-nilai murni dan adakah
anda berpuashati dengan cara ia dilaksanakan.
2.3 Tenaga Pengajar
Beberapa masalah telah dikenal pasti dalam pelaksanaan Pendidikan Moral secara
formal khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara lain ialah ;
2.3.1 Masalah strategi mengajar yang tidak betul. Didapati bahawa tidak semua guru
dilengkapkan dengan pengetahuan tentang strategi pengajaran pendidikan
moral. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam
melaksanakan pendekatan pengajaran yang betul dalam pengajaran. Kesannya,
ramai murid bosan dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut.
2.3.2 Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral. Mengikut
Puka (1976), kalau kita tidak tahu apa itu kemoralan, kita tidak boleh
mengajarnya; tetapi kalau kita mengajar tanpa pemahaman, pelajar-pelajar tidak
dapat menghayati nilai-nilai murni dalam Pendidikan Moral. Pemahaman guru
penting kerana matlamat guru adalah untuk membentuk pemahaman pada
orang lain. Dalam konteks ini pengetahuan guru Pendidikan Moral adalah
menjadi asas kepada pemahamannya. Kajian mendapati bahawa seorang guru
yang efektif memerlukan 3 jenis pengetahuan iaitu:
• Pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar (Content Knowledge)
20
• Pengetahuan tentang strategi instruksi am (Pedagogical Content)
• Pengetahuan tentang straegi spesifik untuk pengajaran suatu kandungan
mata pelajaran (pedagogical Content Knowledge)
2.3.3 Kurangnya penekanan kepada domain afektif merupakan satu masalah, kerana
tiada peruntukan dalam objektif Sukatan pelajaran Pendidikan Moral tentang
aspek tersebut. Di dalam bilik darjah pengajaran lebih kepada konsep
kemoralan.
2.3.4 Guru kurang berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral, lebih-lebih lagi
apabila diarah untuk mengajar mata pelajaran ini. Situasi ini mengakibatkan
dilema dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Masalah ini berlaku
kerana guru tidak tahu pendekatan atau kaedah mengajar Pendidikan Moral.
2.3.5 Kurang latihan atau guru itu tidak terlatih dalam Pendidikan Moral. Oleh itu,
mereka tidak mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang mata pelajaran
Pendidikan Moral dan konsep-konsep yang berkaitan.
2.3.6 Guru kurang berminat mengajar kerana pertembungan budaya, latar belakang
kebudayaan guru dan sensitiviti setiap kaum yang berbeza-beza. Walaupun
nilai-nilai teras yang terpilih mewakili nilai-nilai dari pada semua kaum, latar
belakang guru juga memberikan kesan kepada pengajaran guru kerana
perspektif mereka terhadap nilai-nilai itu berbeza. Tidak mungkin guru yang suka
bercakap kasar, berjudi, mata keranjang dan menghadapi pelbagai masalah
peribadi, akan menjadi guru moral yang berwibawa dan disegani oleh murid-
murid dan rakan sejawat.
Aktiviti 1
Berikan cadangan bagi mengatasi masalah penilaian dalam Pendidikan Moral di
sekolah.
Aktiviti 2
Menggunakan alat Kajian Masa Depan, bagaimana anda melihat permasalahan yang
Latihan 5.2
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.
21
terdapat dalam pelaksanaan pendidikan Moral berkenaan dengan budaya dan
persekitaran sekolah.
Rumusan
Permasalahan penilaian dari segi amalan menyebabkan fokus Pendidikan Moral hanya
kepada aspek kognitif atau domain penaakulan. Objektif-objektif Pendidikan Moral perlu
dijelaskan dengan lebih teliti dalam sukatan. Berkaitan dengan pemahaman konsep
asas moral, guru-guru perlu diberi latihan dengan memberi keutamaan kepada guru
mata pelajaran Pendidikan Moral supaya mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran
untuk mengajar. Sekolah perlu menjadi institusi perkembangan moral yang berkesan
bukan sahaja dalam pendidikan formal dan bukan formal malah budaya positif dan
program-program yang sesuai perlu selaras dengan tujuan dan matlamat program
Pendidikan Moral.
Abdul Rahman Aroff (1986), Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti
________________ (1999), Pendidikan Moral : Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
________________ (2002) Modul Pendidikan Moral EDU 2003, Serdang: Percetakan
Universiti Putra Malaysia.
Ee, A.M. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Petaling Jaya: Pearson
Education Malaysia.
Koo, K.P & Tang, C.T.,(1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Nur Surayyah Madhubala Abdullah (2002). Nota Kursus EDU 3650 (Unit 1-6/6), Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia :Serdang Selangor
Sidang Pengarang (2004). Rujukan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Untuk Guru-guru Lepasan Diploma dan ijazah DGA 29, DGA 32 da DG 42,
Bahagian II, Kompetensi Khusus (Tinggi). Femina, Petaling Jaya.
Bacaan Asas
22
TAJUK 3
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
DALAM PELBAGAI SITUASI DI DALAM DAN DI LUAR BILIK
DARJAH
3.0 Pengenalan
Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasa
bersedia dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar
supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos
keperluan pembelajaran yang spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagai
aktiviti yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. Proses pengajaran dan
pembelajaran tidak akan berjaya seandainya proses ini tidak disusuli dengan
penyediaan aktiviti yang sesuai dengan kelas yang diajar sama ada kelas biasa atau
kelas bercantum.
3.1 Pengajaran Secara Kelas
Pengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh
kelas. Ini bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang sama
serta memberikan latihan atau kerja yang sama kepada semua murid di dalam
23
kelasnya.
Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru. Selepas
murid-murid sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki,
mereka akan diarah untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Nancy Catty dalam
buku Mok Soon Sang mencadangkan prinsip-prinsip pelaksanaan pengajaran secara
kelas adalah seperti berikut:
• Memahami jelas dan tepat apa yang hendak diajar
• Menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan
• Menggunakan alat bantu mengajar yang perlu secara berkesan
• Ajarkan semua murid dalam kelas. Jangan tumpukan perhatian kepada
beberapa orang murid sahaja
• Bertenang dan mempunyai keyakinan serta berlagak secara semula jadi semasa
mengajar
• Melibatkan semua murid di dalam kelas dengan menyediakan aktiviti
pembelajaran secara aktif
Di samping cadangan-cadangan tersebut, guru yang menggunakan kaedah seluruh
kelas hendaklah memastikan setiap murid mematuhi peraturan kelas supaya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pastikan
setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan pengajaran
secara kelas adalah sesuai dan menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid yang
mempunyai kebolehan yang hampir sama ditempatkan dalam kelas yang sama
3.2 Kelas Bercantum
Kelas bercantum merupakan satu jenis kelas waktu sekolah rendah atau menengah
yang mengandungi lebih daripada satu darjah/tingkatan. Seorang guru Pendidikan
Moral mengajar serentak kelas berkenaan. Percantuman kelas ini dijalankan kerana:
• Bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi untuk menjadikan satu
kelas biasa
• Peruntukan guru di sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk mengajar tiap-tiap
kelas secara berasingan
• Gabungan kelas Pendidikan Moral adalah selaras dengan pengajaran mata
24
pelajaran Pendidikan Islam.
3.2.1 Kaedah Pengajaran–pembelajaran Pendidikan Moral di Kelas Bercantum
Guru Pendidikan Moral perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran
yang teliti kerana dua atau tiga kelas diajar serentak dalam satu kelas. Perkara-perkara
berikut perlu dipertimbangkan:
1) Pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi setiap kumpulan
2) Tugas-tugas bagi setiap kumpulan perlu ditetapkan
3) Masa perlu diperuntukkan untuk bimbingan dan bantuan individu
4) Objektif-objektif bagi setiap pelajaran hendaklah jelas
5) Gerak kerja setiap peringkat bagi setiap kumpulan hendaklah mencukupi
6) Isi-isi penting bagi setiap tajuk perlu disusun dengan teratur serta dicatat
7) Pastikan umur dan kebolehan kanak-kanak kelas bercantum tidak terlalu berbeza
8) Pastikan bahan-bahan pembelajaran kendiri, kit pembelajaran, lembaran kerja dan
sudut-sudut pembelajaran disediakan dengan mencukupi. Ini penting apabila murid
diminta membuat kerja sendiri.
9) Elakkan daripada mencantumkan kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan.
Mengajar kelas bercantum memerlukan pengelolaan rancangan dan persediaan yang
teliti, mencukupi serta bersesuaian. Para pelajar hendaklah dilatih supaya berupaya
bekerja tanpa banyak bimbingan, galakan atau kawalan. Di samping itu, segala alat
dan bahan pembelajaran kendiri seharusnya mencukupi untuk menjamin kelicinan serta
keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di dalam sesebuah kelas bercantum.
Soalan 1
Senaraikan kebaikan dan keburukan kelas bercantum.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Latihan 5.3
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.
25
Soalan 2
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Guru Pendidikan Moral
Sediakan satu Rancangan Pengajaran Pendidikan Moral bagi kelas bercantum di atas
bagi tempoh 30 minit. Perkara-perkara berikut perlu dinyatakan:
• Mata pelajaran
• Kelas Bercantum
• Bilangan murid
• Masa
• Tajuk-tajuk untuk pelajaran hari tersebut
• Bidang Pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR
• Kandungan Akademik
• Sub Nilai
• Nilai Sampingan
• Teknik
• Pendekatan
• Bahan Bantuan Mengajar
• Pengetahuan sedia ada
• Kemahiran Berfikir
• Hasil Pembelajaran
3.3 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral
Guru Pendidikan Moral dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral dalam pelbagai situasi sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Antara teknik yang boleh digunakan adalah:
26
3.3.1 Ceramah
Orang yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu sering dijemput
untuk menyampaikan ceramah kepada anggota-anggota kumpulan atau institusi yang
tertentu, baik dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Kegiatan berceramah ini
boleh berlaku di peringkat yang paling asas seperti menjemput konstabel polis,
pemandu kereta ambulans atau anggota bomba ke sekolah untuk bercerita kepada
para pelajar tentang pengalaman kerja mereka atau secara lebih formal seperti
berceramah dalam seminar-seminar kebangsaan atau antarabangsa tentang sesuatu
kajian yang dibuatnya ataupun ceramah moral atau kesihatan. Dengan itu, kemahiran
berceramah perlu dikuasai oleh seseorang profesional agar komunikasi dapat dilakukan
secara cekap dan berkesan dengan anggota-anggota masyarakat atau pelanggannya.
Dalam profesion perguruan, aktiviti berceramah tidak dapat dipisahkan dengan peranan
guru. Guru yang berketrampilan atau berpengalaman sering dijemput untuk
menyampaikan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan pengurusan kokurikulum,
program kemajuan staf, dan kaedah dan teknik pengajaran, malahan teknik-teknik
menjawab soalan-soalan peperiksaan awam di kalangan pelajar. Justeru itu, setiap
guru pelatih sewajarnya melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran berceramah.
Pengertian Ceramah
Ceramah merupakan ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang
dianggap berpengalaman dan berkepakaran dalam majlis yang formal dan tidak formal.
Bahagian pertama ceramah akan diisi oleh ucapan penceramah yang membentangkan
pendapat atau pengalamannya dalam bidang yang tertentu. Bahagian akhir ceramah
pula akan dibuka untuk para penonton atau audien untuk mengemukakan soalan-
soalan.
Dengan itu, berlainan dengan pidato/syarahan, ceramah dapat mewujudkan komunikasi
dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi maklumat atau pengalaman dengan audien
dan audien pula boleh mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka sendiri
terhadap sesuatu perkara atau tajuk.
Persediaan Ceramah
27
Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang
berkenaan. Di peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa
perkara penting seperti yang berikut:
a) Siapakah audiennya?
b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien?
c) Dimanakah ceramah itu akan diadakan?
d) Bilakah ceramah itu akan diadakan?
Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh
merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya. Di peringkat ini, penceramah
perlu melakukan perkara-perkara penting seperti yang berikut :
a) Mengetahui tajuk ceramah dengan teliti
b) Membuat persediaan yang rapi
c) Menyemak setiap ilustrasi
d) Meninjau atau melawat tempat ceramah (jika boleh)
e) Menyemak setiap peralatan
f) Memakai pakaian yang sesuai
Kemahiran Melahirkan Pendapat
Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada
melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan
yang dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai kemahiran untuk
melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek yang berikut:
a) Cara melahirkan pendapat
b) Cara mempengaruhi audien
c) Nada dan intonasi
(a) Cara Melahirkan Pendapat
Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir bertindak seperti yang
berikut:
• Menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak
menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah
• Mengemukakan pendapat dalam bentuk kertas kerja
28
Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan dihujahkan
a) Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan contoh
supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan menyakinkan
b) Menjawab soalan dan memberikan pendapat terhadap kemusykilan penonton
c) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien
d) Mengelakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami
e) Menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, tepat dan tidak meleret-leret.
f) Menyelitkan unsur kecindan dalam penyampaian ceramah
g) Mewujudkan kontek mata yang sesuai dengan penonton, iaiatu melihat mereka
– ‘dari mata turun ke hati’
h) Menggunakan gaya tangan, mata dan gerakan badan untuk menekankan fakta
(b) Cara Mempengaruhi Audien
Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran
mempengaruhi audien seperti yang berikut:
• Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina
dan profesion audien
• Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik
• Menyelitkan unsur kecindan
• Memastikan suara anda didengari oleh semua audien
• Menjangka had/batasan tumpuan audien
Nada adalah keadaan bunyi yang menarik atau menurun sewaktu sesuatu
perkataan atau suku kata sedang dilafazkan. Intonasi pula adalah keadaan bunyi
yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat diucapkan.
Ciri-ciri nada dan intonasi yang baik adalah seperti berikut:
a) Meninggikan nada suara apabila hendak menarik minat dan perhatian
b) Menggunakan nada suara perlahan atau rendah apabila hendak merayu
c) Jangan berhujah dengan terlalu laju atau perlahan.
d) Pause - Berhenti sebentar apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan
semula buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikuti dan
memahami hujah anda
29
e) Menggunakan sebutan baku
f) Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun
g) Menggunakan nada yang menggembirakan apabila hendak menghidupkan
suasana yang hambar
Kemahiran Menutup Ceramah
a) Membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau
pandangan.
b) Merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan
c) Menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih
kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat
d) Menyatakan harapan agar segala isu dan pandangan yang dikemukakan
boleh mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat
e) Memohon maaf daripada para penonton sekiranya terdapat sebarang
kesilapan semasa menyampaikan ceramah
(Dipetik daripada Abdul Rahman Abdul Rashid, 2001)
3.3.2 Filem
Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka
cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke
atasnya. Kecepatan filem adalah kadar kepekaan filem itu kepada cahaya.
Kepekaan Filem
Filem dikelaskan berdasarkan kepada kepekaannya kepada cahaya:
a) Filem LAMBAT – kurang peka kepada cahaya, serta memerlukan kadar cahaya
yang banyak untuk pendedahan yang baik;
b) Filem SEDERHANA – Lebih peka kepada cahaya; sesuai untuk keadaan cahaya
biasa pada waktu siang hari; sesuai untuk kebanyakan subjek biasa;
c) Filem CEPAT – sangat peka kepada cahaya; perlu sedikit sahaja cahaya untuk
mendapatkan foto yang baik; sesuai untuk gambar foto sukan dengan
pergerakan pantas/laju/waktu malam/lampu imbasa.
30
Jenis-jenis Filem
a) Filem hitam putih – bagi mendapatkan negatif hitam putih untuk membuat
gambar foto hitam putih
b) Filem berwarna – bagi mendapatkan negatif warna-warni untuk membuat
gambar foto berwarna-warni dan hitam putih
c) Filem slaid – Filem positif atau universal untuk mendapatkan slaid warna
yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambarfoto berwarna dan hitam
putih.
3.3.3 Drama
Merupakan aktiviti lakonan yang menarik menggunakan skrip supaya murid dapat
membuat persediaan. Tujuan-tujuan teknik drama:
• Menimbulkan kesedaran tentang mengapa satu-satu perbuatan itu dianggap
salah
• Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap satu situasi tertentu
• Memberikan peluang kepada murid meluahkan perasaan
• Memberikan peluang kepada pelajar melakonkan pelbagai watak dan
memperluaskan pengalaman hidup
• Membantu murid berkomunkasi secara berkesan
• Membolehkan murid yang pendiam mengambil bahagian serta meningkatkan
harga diri
• Membantu murid membina sikap dan nilai positif
Teknik drama pula berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
• Situasi yang diwujudkan perlu selaras dengan pengalaman murid
• Pelakon mesti fasih serta lantang percakapannya
• Murid mestilah memahami peranannya
• Masa perlu diberi supaya murid-murid boleh membuat persediaan
• Tarik perhatian murid-murid lain tentang aspek-aspek yang perlu diberi perhatian
31
• Keadaan emosi drama dapat dikawal
• Perbincangan pada akhir drama perlu ada sebagai rumusan
3.3.4 Lawatan
Projek lawatan merupakan suatu jenis sokongan yang membolehkan murid
memerhatikan apa yang hendak dipelajari melalui buku dalam situasi yang sebenar.
Lawatan ialah satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah ke stesen
pembelajaran. Di sana, murid-murid dapat memerhatikan bahan-bahan pengajaran
serta mengkaji bagaimana bahan itu berfungs. Dalam Pendidikan Moral, lawatan
biasanya diadakan ke tempat-tempat seperti rumah orang tua, rumah anak yatim,
muzium, perpustakaan atau tempat rekreasi yang ada kaitan dengan topik pelajaran.
(Rujuk Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2002 : Lawatan Sekolah pada Hari
Persekolahan)
Kejayaan sesuatu lawatan ini bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan
aktiviti susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada
pelajar. Selain itu, soal selidik yang mengandungi soalan-soalan tentang aspek-aspek
penting tempat lawatan boleh diberikan kepada pelajar-pelajar ditumpukan kepada
pelajar-pelajar. Dengan cara ini, perhatian para pelajar ditumpukan kepada bahagian-
bahagian penting semasa membuat lawatan ini.
Tujuan Lawatan
• Memberikan kesempatan kepada murid-murid untuk memperolehi pengalaman
secara langsung serta menarik
• Memberikan kesempatan kepada murid membandingkan perkara-perkara yang
dipelajari dalam kelas dengan situasi yang sebenar
• Memperkukuh ingatan tentang perkara-perkara yang dipelajari
• Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di sekolah
• Mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat
Prinsip dan Langkah Pelaksanan Lawatan adalah seperti berikut:
Sebelum Lawatan:
32
• Pilih tempat melawat yang berkaitan dengan topik yang murid baru pelajari
• Mendapat kebenaran daripada pengetua, pihak tempat melawat, pihak polis
serta ibu bapa murid
• Menguruskan kenderaan yang akan membawa murid-murid ke tempat lawatan
• Memberi taklimat kepada murid-murid tentang keselamatan, tingkah laku
semasa lawatan, tujuan serta perkara-perkara yang hendak diperhatikan
• Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan untuk lawatan
Semasa Lawatan
• Membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan kecil mengikut topik
kajian masing-masing
• Memastikan setiap orang murid melibatkan diri secara akatif dalam aktiviti kajian
• Menjaga keselamatan murid dan melarang mereka bertindak sesuka hati
• Memberikan penerangan apabila murid-murid menunjukkan keraguan
Selepas Lawatan
• Adakan satu sesi perbincangan / sesi refleksi berhubung dengan perkara-
perkara yang telah diperhatikan dan dicatatkan semasa lawatan
• Adakan aktiviti susulan seperti membuat model, melukis pelan dan poster atau
mempamerkan benda-benda yang dikumpulkan dari tempat lawatan.
Aktiviti 1
Selain drama dan lawatan, filem, ceramah, kaedah lain seperti pameran kadang kala
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, terutamanya
untuk kelas yang perlu dicantum. Pelbagai kaedah ini akan dapat menambah minat
murid dalam mata pelajaran ini.
Sediakan satu rancangan untuk mengurus dan melaksanakan satu sesi menonton filem
/ pameran untuk murid anda yang mengandungi butiran-butiran berikut:
• Tajuk / tema dan objektif
Latihan 5.4
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.
33
• Masa / tempat / tarikh
• Bilangan perserta dan ahli lain yang terlibat
• Senarai Ahli Jawatankuasa Kecil (jika berkaitan)
• Senarai Semak Kerja / surat menyurat
• Anggaran perbelanjaan (jika berkenaan )
• Aktiviti sebelum, semasa dan selepas sesi filem / pameran / ceramah diadakan
• Borang soal selidik (jika berkenaan)
• Dan lain-lain
Aktiviti 2
Pernahkah anda menghadiri ceramah berkaitan dengan pendidikan ? Tuliskan satu
refleksi tentang sesi ceramah itu dari segi urusan, pengendalian dan sebagainya.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Aktiviti 3
Sediakan satu kertas kerja yang lengkap tentang suatu lawatan ke sebuah Rumah
Kebajikan atau Rumah Orang Tua.
34
Bacaan Asas
Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang
Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit UPM.
Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.
Rujukan
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral.Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan
modul.
35
TAJUK 4
JENIS-JENIS SUMBER DAN PEMBINAAN SUMBER
PENDIDIKAN MORAL
4.0 Pengenalan
Bahan sumber ialah bahan-bahan yang dijadikan sumber pengajaran dan
pembelajaran. Umumnya bahan sumber dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu
sumber bahan atau alat, sumber manusia dan sumber kewangan. Sumber bahan
terbahagi kepada dua bahagian iaitu sumber elektronik dan bahan cetak. Bahan
elektronik terdiri daripada semua bahan/alat pandang dengar seperti radio, televisyen,
filem video, filem slaid, komputer, perisian komputer, cakera padat, teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) dan sebagainya. Dengan perkembangan dunia hari ini, boleh
dikatakan Komputer dapat mengambil peranan yang dimainkan oleh sumber-
sumber elektronik lain.
Sumber bahan cetak terdiri daripada carta-carta, gambar-gambar rajah, gambar-
gambar buku-buku Pendidikan Moral, majalah, kad-kad, modul dan sebagainya.
Buku-buku skrap dan tugasan-tugasan murid yang baik juga boleh dijadikan contoh
dan bahan sumber untuk Pendidikan Moral. Model dan bahan maujud juga boleh
dijadikan sumber pembelajaran.
Sumber manusia tidak banyak terlibat dalam proses pengajaran. Selain tenaga
dan kemahiran guru atau pembantu makmal elektronik/bilik sumber, murid-murid sendiri
merupakan sumber penting dalam pelaksanaan Pendidiikan Moral.
Sumber kewangan pula biasanya terletak di bawah pihak pentadbir sekolah. Guru
Pendidikan Moral hanya perlu memohon peruntukan untuk membeli bahan-bahan
sumber melalui Panitia Pendidikan Moral.
36
4.1 Pengurusan, Penyediaan dan Penggunaan Sumber
Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh
disediakan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat Kegiatan
Guru daerah mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran
secara bersama. Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumber
melalui tugasan dan projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia mata
pelajaran untuk menyediakan bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran
pembelajaran mereka.
Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan
pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahan
sumber biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut
mata pelajaran. Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kala
bahan sumber diletakkan di satu sudut di perpustakaan kerana kekurangan bilik. Namun
guru-guru tetap diberi kebenaran untuk menggunakannya dengan membuat catatan
supaya bahan-bahan itu tidak hilang dan dapat dikesan. Bahan-bahan ini mesti
dipulangkan selepas menggunakannya.
Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang
dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat
tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakan
bilik ini pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang
dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlu
mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya
pengajaran tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik
sumber ( jika ada ) atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alat
elektronik mestilah dikembalikan seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkah
keselamatan juga perlu diambil.
Ciri-ciri Bahan Sumber
Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dan
nilai yang diajar.
• Bentuk, warna dan saiznya sesuai.
• Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik.
• Membantu menambah keberkesanan pengajaran.
37
• Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas.
• Sesuaikan dengan tahap umur pelajar.
• Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi
4.2 Jenis-jenis Sumber
Seperti mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan lebih
berkesan dan menyeronokkan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh
guru. Antara bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh
digunakan adalah seperti berikut:
1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi,
skrip lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster.
2. Bahan-bahan permainan untuk diterapkan nilai dalam bentuk kad atau papan
seperti permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata.
3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya.
4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu.
5. Bahan pandang dengar seperti video, CD-Rom, filem dan sebagainya.
6. Alat-alat tayangan seperti slaid, komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan
sebagainya.
Bahan-bahan ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Pendidikan Moral
mengikut kesesuaian kandungan akademik yang diajar guru. Bahan-bahan ini perlulah
disimpan di tempat khas bahan sumber atau di pusat sumber supaya senang diperolehi
oleh guru dan murid. Jika semua guru bekerjasama menghasil, menyimpan dan
menggunakan bahan bantu mengajar dengan baik, pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral akan menjadi lebih berkesan. Bahan-bahan sumber Pendidikan Moral
adalah penting kerana:
1. Menjadi daya penarik kepada pelajar
2. Dapat mengelakkan kebosanan pelajaran semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dan menimbulkan suasana pembelajaran yang
kondusif dan berkesan
3. Mendorong pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan hasil daripada
38
pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar.
4. Dapat memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif
5. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran
6. Menggalakkan pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dan
teori-teori dalam Pendidikan Moral dapat diperjelaskan dengan lebih
terperinci dan berkesan
Aktiviti 1
1. Fikirkan beberapa bahan sumber yang sesuai untuk tajuk-tajuk berikut
Nilai berkaitan diri dan keluarga
Contoh:
• Tajuk : Keluarga saya Bahan : Buku skrap
• Tajuk____________________________Bahan _______________________
• Tajuk____________________________Bahan ________________________
Nilai berkaitan diri dan Alam Sekitar
• Tajuk____________________________Bahan _______________________
• Tajuk____________________________Bahan _______________________
• Tajuk____________________________Bahan _______________________
1. Senaraikan ciri bahan sumber yang baik.
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
3. Seorang guru menggunakan carta untuk mengajar. Saiznya kecil, tulisannya
kecil dan warnanya malap. Beri komen anda.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Latihan 5.5
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.
39
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Aktiviti 3
Senaraikan bahan mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral.
Aktiviti 4
Berpandukan jadual di bawah:
Teknik Bahan yang boleh
digunakan
Kelebihan menggunakan
bahan ini
1.Kuiz pendidikan
moral
Papan kuiz yang kreatif/ papan
skor
Guru dapat menyoal dalam
masa yang dirancang.
Wujudkan persaingan sihat
2.
3.
4.
5.
1. Senaraikan teknik yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral.
2. Untuk setiap teknik senaraikan bahan bantu mengajar yang anda boleh
gunakan.
3. Nyatakan kebaikan atau kelebihan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
tersebut berbanding bahan-bahan lain.
40
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
Rumusan
1. Bahan sumber ialah bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran
sama ada ia berupa bahan cetak atau bahan elektronik.
2. Bahan-bahan sumber boleh diperoleh dengan pelbagai cara, sama ada dibuat
atau dibeli.
3. Pelbagai bahan sumber elektronik seperti radio kaset dan sebagainya yang
pada suatu masa dulu amat berguna, boleh digantikan dengan penggunaan
komputer dan ICT.
4. Guru-guru perlu mengetahui tentang pengurusan bahan sumber di sekolah.
5. Guru-guru perlu mengetahui tentang cara penggunaan bahan-bahan sumber
sama ada bahan cetak atau bahan elektronik.
6. Guru-guru juga perlu mengetahui tentang ciri-ciri bahan sumber yang baik.
41
Bacaan Asas
Ee, A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
______. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
______. ( 2003). Ilmu Pendidikan pengetahuan dan Keterampilan iktisas (semester 1).
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hena Mukherjee, Judy Ellis et. al. (1992 ). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral
KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan
modul.
42
SOALAN TUTORIAL
Ciri-ciri dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral
1. Anda dapati ada sekumpulan pelajar di sekolah anda menghadapi pelbagai cabaran
dan tekanan. Sebagai guru Pendidikan Moral, huraikan peranan yang anda boleh
lakukan untuk membantu pelajar tersebut. (1 jam)
Isu-Isu Pelaksanaan Pendidikan Moral Di Sekolah
1. Apakah masalah-masalah yang anda hadapi dalam pelaksanaan pengajaran
Pendidikan Moral di sekolah anda ? Bagaimana anda akan mengatasi masalah-
masalah tersebut. (2 jam)
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dalam Pelbagai Situasi Di Dalam
dan Di Luar Bilik Darjah
1. Sediakan satu kertas kerja tentang ceramah moral yang anda akan lakukan. Bentuk
AJK dan rancang bersama untuk melaksanakan ceramah tersebut. Kendalikan
ceramah tersebut. Selepas ceramah habis, edarkan borang selidik. Buat laporan
tentang ceramah tersebut. (4 jam)
Jenis-jenis Sumber dan Pembinaan Sumber Pendidikan Moral
1. Sediakan 1 jenis sumber untuk pengajaran Pendidikan Moral Tahap 1 ( gambar
rajah, gambar, kad-kad, transparensi, rakaman audio, rakaman video, VCD).
Sumber tersebut mestilah relevant kepada nilai dan tahun yang berkaitan. (3 jam)
43
Rujukan
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,
Serdang: Penerbit UPM.
Abdul Rahman Abdul Rashid, Yap Keni Fatt dan Abd. Rahim Selamat ( 2001). Bahasa
Melayu Komunikasi 2 : Komunikasi Retorika, Femina.
Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and
skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development
challenge. Retrived on 23-6-04 from
http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php
Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual
framework. Retrived on 20-5-04 from
http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf.
Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany:
Delmar Publishers. p 214.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia
Sdn. Bhd.
Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus.
(2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.
Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US:
Allyn and Bacon.
Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA:
Wadsworth Publishing Company.
Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth
Publishing Company.
Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.
Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice
Hall.
PANEL PENULIS MODUL
BIL NAMA KELAYAKAN
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.
44
1
PENYELARAS
Dr. Maznah Binti Abd. Samad
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
BA (Hons) Sejarah. UM
M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM
Ph. D (Pendidikan). Universiti Queensland.
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral :
1 tahun
2
Pengerusi
Cik J Krishna Kumary a/p Juval
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim
Jalan Datin Halimah,
803500 Larkin, Johor.
B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM
Diploma Pendidikan, USM
M.Sc. Pendidikan Moral, UPM.
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
10 tahun
3
Pn. Ng Choo Tang
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa
Antarabangsa, Kuala Lumpur
BSc (Hons) Kimia, UM
M.Ed Teknologi Pendidikan, UM
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
12 tahun
4
Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff,
Maktab Perguruan Raja Melewar,
Beg Berkunci 43, 70990,
Seremban, Negeri Sembilan, DK.
B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM
SPI, Pendidikan Islam, UKM
Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral
9 tahun
5
Pn. Chia Yip Lan
Maktab Perguruan Sarawak
98009 Miri
Sarawak
B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)
Sarjana Pengurusan (UUM)
Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun
Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral
6
Pn. Rohaini Kamsan
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim
Jalan Datin Halimah,
803500 Larkin, Johor
B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan
Pendidikan (USM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
19 tahun
7
Pn. Pn. Rohani binti Ismail
Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Jalan Yaacob Latif,
56000 Kuala Lumpur
B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)
Diploma Pendidikan: Siviks (UM)
Pengalaman Mengajar
Pendidikan Moral: 16 Tahun
8
Pn. Koh Geok Wah
Maktab Perguruan Sarawak,
98009 Miri, Sarawak
B. Econs (UM)
Diploma Pendidikan (UM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
15 tahun
PANEL PEMURNI MODUL
Bil. Nama Kelayakan
45
1.
PENYELARAS
Dr. Maznah Binti Abd. Samad
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
B.A. (Hons) Sejarah
M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling)
PhD (Pendidikan)
Pengalaman mengajar Pendidikan
Moral: 2 tahun
Pendidikan Moral 1 tahun
2. PENGERUSI
Pn. Rohaini Kamsan
Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim
Jalan Datin Halimah
80350 Larkin, Johor
Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
Pengalaman Mengajar Pendidikan
Moral: 17 Tahun
3. Pn. Chia Yip Lan
Maktab Perguruan Sarawak,
Jalan Bakam,
98009 Miri, Serawak.
B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi
(UKM)
M.Ed. Pengurusan (UM)
Pengalaman mengajar: Pendidikan
Moral 18 tahun
Pensyarah Cemerlang Pendidikan
Moral
4. Pn. Rohani binti Ismail
Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Jalan Yaacob Latif,
56000 Kuala Lumpur.
B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)
Diploma Pendidikan: Siviks (USM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan
Moral: 16 Tahun
5. Pn. Asiah binti Saad
Institut Perguruan Darul Aman
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman
B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara
M. Sc. Psikologi
Pengalaman mengajar Pendidikan
Moral : 14 Tahun
6. Cik Krishna Kumary Juval
Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Jalan Datin Halimah
80530 Larkin
Johor Baharu.
B A (Hons) Sejarah dan Geografi
USM)
Diploma Pendidikan (USM)
M SC. Pendidikan Moral (UPM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan
Moral : 10 tahun
7. Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim
Institut Perguruan Darul Aman
06000 Jitra, Kedah Darul Aman
BA (Hons) Pengajian Islam
M Ed (Pendidikan Islam)
Pengalaman mengajar
Pendidikan Moral : 2 tahun
46
47

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Normala Mehat
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Fauzan Zain
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Gulit Rukag
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
aflah jamaluddin
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Noor Hidayah Ghazali
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
RENU PRIYA
 
Keperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaKeperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budaya
Ahmad NazRi
 

La actualidad más candente (20)

Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Masalah tingkahlaku
Masalah tingkahlakuMasalah tingkahlaku
Masalah tingkahlaku
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
Keperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaKeperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budaya
 

Destacado

peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
Wan Nor Faezah
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
Wan Nor Faezah
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
Norazah Mohamad
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Mohamad Tarmizi
 
Kuiz Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kuiz Pendidikan Sivik KewarganegaraanKuiz Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kuiz Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
SM Sains Labuan
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
huda hamdan
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
cikgusuepkhas
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Kioshi Reizo
 
118614555 buku-panduan-kemahiran-menaakul
118614555 buku-panduan-kemahiran-menaakul118614555 buku-panduan-kemahiran-menaakul
118614555 buku-panduan-kemahiran-menaakul
Nur Liz
 

Destacado (20)

peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
 
Ppt moral elm 3033 e
Ppt moral elm 3033 ePpt moral elm 3033 e
Ppt moral elm 3033 e
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Masalah pentaksiran
Masalah pentaksiranMasalah pentaksiran
Masalah pentaksiran
 
Kuiz Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kuiz Pendidikan Sivik KewarganegaraanKuiz Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kuiz Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Kepercayaan kepada tuhan
Kepercayaan kepada tuhanKepercayaan kepada tuhan
Kepercayaan kepada tuhan
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
 nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5 nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
nota-pendidikan-moral-tingkatan-4-5
 
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareWhat to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShare
 
118614555 buku-panduan-kemahiran-menaakul
118614555 buku-panduan-kemahiran-menaakul118614555 buku-panduan-kemahiran-menaakul
118614555 buku-panduan-kemahiran-menaakul
 
Aktiviti moral
Aktiviti moralAktiviti moral
Aktiviti moral
 

Similar a 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

Ds pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bmDs pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bm
Marwan Mansor
 
DS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmDS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bm
Esther Eusan
 
Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2
azhar hamid
 
Pppmpendidikanmoral.year1
Pppmpendidikanmoral.year1Pppmpendidikanmoral.year1
Pppmpendidikanmoral.year1
Susuh Hitam
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
AryJuan1
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
AryJuan1
 

Similar a 131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah (20)

Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1
 
Pm thn 1-sk
Pm thn 1-skPm thn 1-sk
Pm thn 1-sk
 
Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1
 
Ds pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bmDs pend moral thn 2 versi bm
Ds pend moral thn 2 versi bm
 
DS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmDS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bm
 
Guru pendidikan moral
Guru pendidikan moralGuru pendidikan moral
Guru pendidikan moral
 
Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2Dsk pendidikan moral thn 2
Dsk pendidikan moral thn 2
 
SOSIALISASI VISI MISI (1).pdf
SOSIALISASI VISI MISI (1).pdfSOSIALISASI VISI MISI (1).pdf
SOSIALISASI VISI MISI (1).pdf
 
GURU_PROFESIONAL.pdf
GURU_PROFESIONAL.pdfGURU_PROFESIONAL.pdf
GURU_PROFESIONAL.pdf
 
ETIKA PROFESI KEGURUAN baru LANGLANGBUANA.ppt
ETIKA PROFESI KEGURUAN baru LANGLANGBUANA.pptETIKA PROFESI KEGURUAN baru LANGLANGBUANA.ppt
ETIKA PROFESI KEGURUAN baru LANGLANGBUANA.ppt
 
1 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 31 taklimat ds kssr pm thn 3
1 taklimat ds kssr pm thn 3
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
 
Pppmpendidikanmoral.year1
Pppmpendidikanmoral.year1Pppmpendidikanmoral.year1
Pppmpendidikanmoral.year1
 
SKKPD DALAM BK dan PENDIDIKAN NASIONAL puskusbuk 2020.pptx
SKKPD DALAM BK dan PENDIDIKAN NASIONAL puskusbuk 2020.pptxSKKPD DALAM BK dan PENDIDIKAN NASIONAL puskusbuk 2020.pptx
SKKPD DALAM BK dan PENDIDIKAN NASIONAL puskusbuk 2020.pptx
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
Etika guru
Etika guruEtika guru
Etika guru
 

131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah

  • 1. UNIT 5 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH Sinopsis Unit ini dibina supaya pelatih dapat mempelajari peranan guru Pendidikan Moral secara meluas. Topik dalam unit ini membincangkan perkara seperti ciri-ciri dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral; isu-isu pelaksanaan mata pelajaran ini di sekolah; pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dalam pelbagai situasi di sekolah serta jenis-jenis sumber dan pembinaan sumber Pendidikan Moral. Maklumat dalam unit ini dapat membantu guru-guru berkenaan menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran dalam pelbagai situasi di sekolah secara berkesan. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini pelajar dapat : 1. menghuraikan ciri-ciri seorang guru Pendidikan Moral yang berwibawa 2. mengenal pasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasi hasrat dan aspirasi Negara 3. memahami isu-isu dalam pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah dan boleh mencadangkan penyelesaian alternatif. 4. menghuraikan isu dengan memberikan cadangan untuk mengatasi masalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan 5. melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam pelbagai situasi di dalam dan di luar bilik darjah 6. merancang dan menjalankan aktiviti untuk memperkukuh amalan Pendidikan Moral di luar bilik darjah 7. merancang untuk mengajar kelas bercantum 8. mengenal pasti bahan dan sumber yang sesuai dengan nilai dan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran 9. membina bahan dan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral 10. menggunakan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan
  • 2. TAJUK 1 CIRI-CIRI DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN MORAL 1.0 Pengenalan Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’ yang merupakan kayu ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak, khususnya pelajar-pelajar di sekolah tersebut. 1.1 Peranan Guru Pendidikan Moral Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah. Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur. Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. 2
  • 3. Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif- objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:- • Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan KBSR, • Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan; • Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip- prinsip moral; • Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat sesuatu keputusan; dan • Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan. Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia. Berikut ialah Bidang Pembelajaran untuk Pendidikan Moral KBSR yang telah disusun bagi tujuan menanamkan nilai moral di kalangan pelajar. Anda hendaklah memahami dan menghayati semua Bidang Pembelajaran ini dan nilai-nilai yang berkaitan dalam setiap bidang, sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap topik yang berkaitan. 3
  • 4. BIDANG 1 NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI 1.1 KEPERCAYAA N KEPADA TUHAN Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara 1.2 KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan 1.3 HARGA DIRI Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan 1.4 KERAJINAN Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara 1.5 HEMAH TINGGI Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian 1.6 KASIH SAYANG Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas 1.7 KESEDERHANAAN Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 1.8 KEJUJURAN Kewajipan bercakap benar,bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan 1.9 BAIK HATI Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas 1.10 BERTERIMA KASIH Perasaan atau perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian BIDANG 2 NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga 2.1 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberikan layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis 4
  • 5. 2.2 TANGGUNG JAWAB TERHADAP KELUARGA Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga BIDANG 3 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT TANGGUNG JAWAB TERHADAP MASYARAKAT Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna sebagai anggota masyarakat 3.1 TOLERANSI DALAM MASYARAKAT Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup 3.2 SEMANGAT BERMASYARAKAT Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat 3.3 PEKA TERHADAP ISU SOSIAL Bertanggung jawab dan prihatin terhadap isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan usaha menyelesaikannya BIDANG 4 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran agar sentiasa bersih dan ceria demi kesejahteraan hidup 4.1 MENYAYANGI ALAM SEKITAR Sayang dan menghargai alam sekitar demi mengekalkan kesejahteraannya 4.2 PEKA TERHADAP ISU ALAM SEKITAR Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya BIDANG 5 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA 5.1 HORMAT DAN SETIA KEPADA PEMIMPIN, RAJA DAN NEGARA Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada pemimpin dan raja serta setia kepada negara 5.2 PATUH KEPADA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Menerima dan mematuhi peraturan dan undang- undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup 5.3 CINTA AKAN NEGARA Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta 5
  • 6. meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri 5.4 KEAMANAN DAN KEHARMONIAN Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di kalangan rakyat Malaysia serta masyarakat global Selain memahami bidang pembelajaran dalam Pendidikan Moral, guru Pendidikan Moral perlu ‘menghidupkan‘ kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan pengalaman langsung kepada murid. Bawalah mereka melawat rumah orang tua yang berdekatan dan suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan membalas budi ke dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalaman tersebut mereka akan dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai kemanusiaan. Lawatan ke kampus universiti di kalangan murid-murid di kawasan luar bandar akan menyebabkan mereka berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendek kata guru Pendidikan Moral yang komited ibarat doktor yang mampu memberikan penawar, mengubati dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkan sebagai rebung yang masih boleh dilentur. Pernahkah anda membuat muhasabah diri? Berikut ialah contoh senarai semak muhasabah diri guru. Semoga senarai semak ini dapat membantu anda dalam mengenali siapa anda sebagai seorang guru. Senarai Semak Muhasabah Diri Guru Insan Moral Personaliti Guru • Murah hati • Bertimbang rasa • Sedia memaafkan • Faham memahami • Prihatin keperluan orang lain • Bertanggung jawab • Maruah diri • Air muka yang mesra • Bersimpati • Sering bertanya pendapat murid • Boleh dipercayai • Cakap beralas Rujuk individu tertentu yang pakar atau mahir. 6
  • 7. • Bekerjasama • Berterima kasih • Menunaikan kewajipan • Menghormati ibu bapa/hak orang lain • Menepati masa • Menguruskan masa dengan bijak • Adil dan saksama • Komunikasi berkesan • Berbudi bahasa • Ramah mesra • Sayang kepada nyawa dan diri • Kebersihan dari segi fizikal dan mental • Jujur/ berterus terang • Baik hati • Simpati/belas kasihan • Kemahiran bersosialisasi • Kesedaran kendiri • Kebolehpercayaan • Ketekunan • Bijak menguruskan konflik • Membina perhubungan • Menghormati adat resam • Celik akal • Rasional • Universal • Preskriptif • Optimis • Elakkan pertengkaran • Jangan menyusahkan • Kemahiran berkomunikasi lisan dan bukan lisan • Kreatif • Melihat kebaikan • Memberi penghargaan • Mengakui kesilapan • Menghormati murid, rakan dan pentadbir • Menunjukkan besar hati • Panggil nama murid • Selesa didampingi • Pendengar yang baik • Senyum selalu • Tajuk perbualan sesuai • Menepati janji • Unsur kecindan • Luwes • Tegas/ berdisiplin • Berdedikasi • Berwibawa • Berkarisma/ Bestari • Boleh menerima kritikan • Inovatif • Aktif/produktif • Kebolehan mengawal emosi • Penyayang • Tinggi budi bahasa 1.2 Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakan tanggungjawab penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etika perguruan, aspirasi negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perlu ditititberatkan oleh semua guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka di sekolah. Guru berkenaan harus menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyibarkan mesej yang diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnya insiden isu pergaduhan antara guru di salah sebuah sekolah memaparkan bahawa 7
  • 8. amatlah malang jika guru tidak dapat mengawal perasaan lalu bertumbuk dan bertarikan rambut di hadapan murid semasa perhimpunan sehingga melibatkan ibu bapa murid untuk menyelesaikannya. Kedua-dua guru tersebut ialah guru cemerlang. Isu pertelingkahan mereka bersifat peribadi. Lebih ironi lagi, apabila murid-murid kecil itu bertanya soalan serius, “Patutkah guru-guru itu dirotan kerana bergaduh di hadapan murid?” A. Kod Etika Perguruan Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut ialah Kod Etika Perguruan Malaysia : Tanggungjawab terhadap pelajar 1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah dengan Selamat) muka surat 245. 2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001) muka surat 243. 6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara 8
  • 9. institusi pendidikan dengan rumahtangga. 2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga mereka. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara 1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu 9
  • 10. bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan 5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. B. Rukun Negara Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat Malaysia. Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum disamping memelihara cara hisup masyarakat yang harmonis, demokratik, adil, liberal, progresif lagi beretika. Pernyataan Rukunegara : BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan 10
  • 11. usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua, setiap prinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin tercapai. C. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas telah diumumkan pada tahun 1988. Falsafah tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi warganegara yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai citi-cita FPG, tanggungjawab dan kewajipan guru Pendidikan Moral adalah berat dan penting dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni diri murid dengan berkesan. D. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) Falsafah Pendidikan Guru berhasrat untuk mendidik: “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, 11
  • 12. menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslah berkaliber tinggi, berkebolehan berfungsi sebagai pendidik yang baik, dapat mengamalkan nilai murni dan akan menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara. Peranan guru Pendidikan Moral ialah berpegang teguh kepada FPG supaya dapat melahirkan murid-murid yang dapat memenuhi kehendak aspirasi negara. E. Wawasan 2020 Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Tujuan visi ini ialah, supaya Malaysia mencapai taraf sebuah negara perindustrian yang maju dan masyarakat yang beretika. Sebanyak sembilan cabaran telah digariskan untuk negara kita menghala ke arah wawasan ini dan dapat mencapai hasrat tersebut pada tahun 2020: a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian. b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dengan apa yang dicapai. c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang. d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama da jiwa. e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama tetapi setia peda negara. f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri. h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang 12
  • 13. melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama. i) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kira cabaran-cabaran Wawasan 2020 ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawab harian di sekolah agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-cita tersebut. Aktiviti 1 Senaraikan lima tanggung jawab guru Pendidikan Moral. Aktiviti 2 Apakah perkaitan antara guru berpegang teguh kepada Kod Etika Perguruan dengan pelajar yang menghadapi isu semasa / moral seperti ponteng sekolah, merokok, bergaul bebas dan sebagainya ? Bincangkan. Aktiviti 3 a. Berikan tiga contoh perlakuan guru di sekolah anda yang terpuji dan patut diteladani oleh guru-guru lain. b. Berikan dua contoh perlakuan guru yang tidak menurut kod etika perguruan dan cadangkan tindakan yang harus diambil untuk mengatasi maslah tersebut? Aktiviti 4 Apakah hubungan nilai-nilai moral dengan Rukunegara, FPK, FPG dan Wawasan 2020? Berikan jawapan anda dalam jadual berikut : Bil Perkara Nilai-nilai Berkaitan Huraian / Catatan 1 Rukunegara 1 Latihan 5.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. 13
  • 14. Bil Perkara Nilai-nilai Berkaitan Huraian / Catatan 2 3 2 FPK 1 (contoh) Usaha yang berterusan Bersikap rajin, berwawasan demi kebaaikan masa depan 2 3 3 FPG 1 Menyanjung warisan kebudayaan Negara Mengamalkan nilai-nilai murni, mempromosikan budaya Negara 2 3 4 5 4 Wawasan 2020 1 2 14
  • 15. Bil Perkara Nilai-nilai Berkaitan Huraian / Catatan 3 4 5 Rumusan 1. Guru Pendidikan Moral harus menghayati dan mengamalkan Kod Etika Perguruan Malaysia 2. Rukunegara, FPK dan FPG harus sentiasa menjadi penyuluh dan panduan kepada guru Pendidikan Moral yang profesional. 3. Guru Pendidikan Moral harus berusaha sebagai penggalak dan pemimpin untuk menjamin pelajarnya dibimbing ke arah pencapaian aspirasi Negara menurut Rukunegara, FPK, FPG dan Wawasan 2020 demi kebaikan Negara dan warganegara Malaysia 4. Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat dan masyarakat. 5. Guru Pendidikan Moral lebih-lebih lagi dianggap sebagai teladan dalam usaha menyanjung kesemua aspirasi dan ideologi Negara tersebut. Bacaan Asas Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM. Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. 15
  • 16. Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. TAJUK 2 ISU-ISU PELAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 2.0 Pengenalan Pendidikan Moral merupakan sebahagian daripada pendidikan. Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral bertujuan untuk murid- murid mengenal pasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasaskan agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran, adalah bertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Betapa murninya hasrat Pendidikan moral yang telah dibentuk dengan teliti; namun dari segi pelaksanaannya masih disekat oleh beberapa isu dan masalah. 16
  • 17. 2.1 Bahan Rujukan Bahan sumber utama untuk pengajaran Pendidikan Moral adalah buku teks yang disediakan untuk semua peringkat mengikut sukatan pelajaran . Laporan Kabinet 1979 para 392 menyebut bahawa buku teks merupakan bahan-bahan pembelajaran yang penting untuk murid-murid dan sumber rujukan penting bagi membantu guru dalam proses pengajaran. Di samping itu juga guru Pendidikan Moral dibekalkan dengan buku panduan guru dan huraian sukatan pelajaran untuk setiap darjah dan tingkatan. Dalam pelaksanaan sukatan pelajaran Pendidikan Moral di sekolah guru-guru menghadapi dilema mencari bahan rujukan yang sesuai kerana kemoralan merupakan satu konsep yang abstrak dan sering dilanda kontroversi dalam definisinya. Tidak boleh dipertikaikan bahawa apa yang guru tahu tentang Pendidikan Moral akan mempengaruhi apa yang pelajar kita pelajari. Oleh itu pemahaman yang betul tentang konsep utama pendidikan moral penting kerana tanpa pemahaman ini guru tidak bersedia mengajar mata pelajaran ini. Guru perlu tahu bidang-bidang yang menjadi asas mata pelajarannya termasuk juga kemahiran pedagogi dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan. Tanpa pemahaman ini, guru tidak bersedia mengajar mata pelajaran ini kepada pelajar seperti yang tersurat dalam pantun ini: Bas biru bas kuning Guru keliru murid pening Secara ringkasnya beberapa isu berkaitan bahan rujukan ialah: • tidak ada bahan yang sesuai dengan konsep kemoralan • bahan rujukan terhad dan tidak banyak di pasaran • buku teks yang ada tidak dapat membantu guru dalam melaksanakan pendekatan dan strategi pengajaran. 2.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah. Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah perlu diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai dan emosi, maka penilaian terhadapnya menghadapi masalah. 2.2.1 Penilaian moral susah dinilai secara afektif 17
  • 18. Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat? Kesukaran untuk menilai aspek afektif serta tingkah laku mengakibatkan aspek ini tidak dinilai dengan berkesan dalam konteks program tersebut. 2.2.2 Proses penilaian memerlukan masa yang panjang Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan. Penilaian kendalian sekolah ditekankan di sekolah tetapi jarang dipraktikkan atau kurang efektif pelaksanaan kerana kesuntukan masa serta kurangnya kepakaran guru dalam aspek- aspek seperti pemerhatian dan temu bual . Kalau dipraktikkan pun, markah atau penilaiannya tidak diambil kira dalam keputusan akhir dalam mata pelajaran itu. 2.2.3 Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif Kertas peperiksaan dengan skema pemarkahan yang terlalu rigid serta bersifat akademik dengan soalan-soalan yang lebih berbentuk situasi yang hipotetikal menyebabkan pelajar yang tidak mengalami situasi tersebut tidak dapat membuat keputusan moral. Perkara ini telah lama dipertikaikan. Sesetengah alatan yang digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui. 2.2.4 Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi Domain afektif yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai. Walaupun aspek penaakulan moral boleh dinilai, namun aspek ini tidak mengukur kebolehan pelajar dalam menangani sesuatu masalah dan situasi. 2.2.5 Penekanan pengajaran untuk lulus peperiksaan Wujudnya ‘mindset’ di kalangan guru apabila peperiksaan sentiasa ditekankan hingga mewujudkan keadaaan “teach to pass exams rather than teach to understand” . Pengajaran secara latih tubi dan penghafalan nilai menjadi metodologi pengajaran sebagai memenuhi keperluan peperiksaan. Cara ini sebenarnya tidak membenarkan 18
  • 19. perkembangan keupayaan pelajar untuk menaakul. Pelajar yang mendapat A1 dalam Pendidikan Moral tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam sahsiahnya. 2.3 Pengurusan sekolah Program Pendidikan Moral di sekolah menitikberatkan persekitaran sekolah, kebudayaan sekolah dan etos sekolah serta aktiviti kokurikulum. Sekolah perlu memberikan sumbangan untuk perkembangan nilai. Dilema atau isu dalam pelaksanaan Pendidikan Moral berkaitan dengan pengurusan sekolah adalah; 2.2.1 Persekitaran sekolah seharusnya menyumbang untuk perkembangan nilai. Kalau sistem sekolah lebih bersifat autokratik, pelajar-pelajar akan juga belajar bersikap autokratik, kurang rela mendengar pendapat orang lain, suka membuat keputusan secara bersendirian. Begitu juga sekiranya guru kelas bersikap dominant. 2.2.2 Sungguh pun sekolah mementingkan peraturan dan disiplin tetapi budaya sekolah memberikan penekanan kepada aspek afektif dan tingkahlaku moral berbanding perkembangan pemikiran rasional dan penaakulan moral . Oleh itu objektif Pendidikan Moral untuk melahirkan individu yang berautonomi tidak difahami guru. Keadaan ini boleh mengakibatkan kelemahan penaakulan moral dan ketaatan membabi buta murid kerana takut dirotan, didenda atau digantung sekolah. Situasi ini dapat dilihat hampir di kebanyakan sekolah iaitu murid tidak membuang sampah di dalam kawasan sekolah tetapi timbunan sampah seperti bunga yang memutih kelihatan di kawasan luar sekolah terutama pada waktu murid-murid pulang. Plastik bungkusan makanan ringan, tin minuman dan lain- lain dicampak sesuka hati. Penghayatan moral dari segi kebersihan yang ada kaitannya dengan disiplin gagal dipraktikkan. 2.2.3 Perhubungan guru dan pelajar tidak memuaskan. Perhubungan yang sepatutnya seimbang masih tidak dapat dihidupkan. Ini tidak memenuhi keperluan pelajar dari segi perkembangan emosi moral mereka. 2.2.4 Tanggapan bahawa pendidikan moral hanya diajar oleh guru Pendidikan Moral; maka guru bukan Pendikan Moral tidak perlu terlibat dalam pembentukan dan perkembangan moral pelajar. Maka mereka tidak begitu serius dalam menerapkan nilai melalui mata pelajaran mereka. 19
  • 20. 2.2.5 Konflik nilai wujud di kalangan pelajar kerana guru tidak menghayati dan memahami peranan mereka dan tidak menunjukkan nilai positif yang sejajar dengan nilai-nilai moral. Contoh ketepatan masa, kejujuran, hormat menghormati dan sebagainya. Renungkanlah!!!! Sejauh mana sekolah anda membudayakan nilai-nilai murni dan adakah anda berpuashati dengan cara ia dilaksanakan. 2.3 Tenaga Pengajar Beberapa masalah telah dikenal pasti dalam pelaksanaan Pendidikan Moral secara formal khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara lain ialah ; 2.3.1 Masalah strategi mengajar yang tidak betul. Didapati bahawa tidak semua guru dilengkapkan dengan pengetahuan tentang strategi pengajaran pendidikan moral. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam melaksanakan pendekatan pengajaran yang betul dalam pengajaran. Kesannya, ramai murid bosan dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut. 2.3.2 Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran Pendidikan Moral adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral. Mengikut Puka (1976), kalau kita tidak tahu apa itu kemoralan, kita tidak boleh mengajarnya; tetapi kalau kita mengajar tanpa pemahaman, pelajar-pelajar tidak dapat menghayati nilai-nilai murni dalam Pendidikan Moral. Pemahaman guru penting kerana matlamat guru adalah untuk membentuk pemahaman pada orang lain. Dalam konteks ini pengetahuan guru Pendidikan Moral adalah menjadi asas kepada pemahamannya. Kajian mendapati bahawa seorang guru yang efektif memerlukan 3 jenis pengetahuan iaitu: • Pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar (Content Knowledge) 20
  • 21. • Pengetahuan tentang strategi instruksi am (Pedagogical Content) • Pengetahuan tentang straegi spesifik untuk pengajaran suatu kandungan mata pelajaran (pedagogical Content Knowledge) 2.3.3 Kurangnya penekanan kepada domain afektif merupakan satu masalah, kerana tiada peruntukan dalam objektif Sukatan pelajaran Pendidikan Moral tentang aspek tersebut. Di dalam bilik darjah pengajaran lebih kepada konsep kemoralan. 2.3.4 Guru kurang berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral, lebih-lebih lagi apabila diarah untuk mengajar mata pelajaran ini. Situasi ini mengakibatkan dilema dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Masalah ini berlaku kerana guru tidak tahu pendekatan atau kaedah mengajar Pendidikan Moral. 2.3.5 Kurang latihan atau guru itu tidak terlatih dalam Pendidikan Moral. Oleh itu, mereka tidak mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang mata pelajaran Pendidikan Moral dan konsep-konsep yang berkaitan. 2.3.6 Guru kurang berminat mengajar kerana pertembungan budaya, latar belakang kebudayaan guru dan sensitiviti setiap kaum yang berbeza-beza. Walaupun nilai-nilai teras yang terpilih mewakili nilai-nilai dari pada semua kaum, latar belakang guru juga memberikan kesan kepada pengajaran guru kerana perspektif mereka terhadap nilai-nilai itu berbeza. Tidak mungkin guru yang suka bercakap kasar, berjudi, mata keranjang dan menghadapi pelbagai masalah peribadi, akan menjadi guru moral yang berwibawa dan disegani oleh murid- murid dan rakan sejawat. Aktiviti 1 Berikan cadangan bagi mengatasi masalah penilaian dalam Pendidikan Moral di sekolah. Aktiviti 2 Menggunakan alat Kajian Masa Depan, bagaimana anda melihat permasalahan yang Latihan 5.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. 21
  • 22. terdapat dalam pelaksanaan pendidikan Moral berkenaan dengan budaya dan persekitaran sekolah. Rumusan Permasalahan penilaian dari segi amalan menyebabkan fokus Pendidikan Moral hanya kepada aspek kognitif atau domain penaakulan. Objektif-objektif Pendidikan Moral perlu dijelaskan dengan lebih teliti dalam sukatan. Berkaitan dengan pemahaman konsep asas moral, guru-guru perlu diberi latihan dengan memberi keutamaan kepada guru mata pelajaran Pendidikan Moral supaya mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk mengajar. Sekolah perlu menjadi institusi perkembangan moral yang berkesan bukan sahaja dalam pendidikan formal dan bukan formal malah budaya positif dan program-program yang sesuai perlu selaras dengan tujuan dan matlamat program Pendidikan Moral. Abdul Rahman Aroff (1986), Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti ________________ (1999), Pendidikan Moral : Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. ________________ (2002) Modul Pendidikan Moral EDU 2003, Serdang: Percetakan Universiti Putra Malaysia. Ee, A.M. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia. Koo, K.P & Tang, C.T.,(1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Nur Surayyah Madhubala Abdullah (2002). Nota Kursus EDU 3650 (Unit 1-6/6), Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia :Serdang Selangor Sidang Pengarang (2004). Rujukan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Untuk Guru-guru Lepasan Diploma dan ijazah DGA 29, DGA 32 da DG 42, Bahagian II, Kompetensi Khusus (Tinggi). Femina, Petaling Jaya. Bacaan Asas 22
  • 23. TAJUK 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DALAM PELBAGAI SITUASI DI DALAM DAN DI LUAR BILIK DARJAH 3.0 Pengenalan Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasa bersedia dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjaya seandainya proses ini tidak disusuli dengan penyediaan aktiviti yang sesuai dengan kelas yang diajar sama ada kelas biasa atau kelas bercantum. 3.1 Pengajaran Secara Kelas Pengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas. Ini bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang sama serta memberikan latihan atau kerja yang sama kepada semua murid di dalam 23
  • 24. kelasnya. Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru. Selepas murid-murid sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki, mereka akan diarah untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Nancy Catty dalam buku Mok Soon Sang mencadangkan prinsip-prinsip pelaksanaan pengajaran secara kelas adalah seperti berikut: • Memahami jelas dan tepat apa yang hendak diajar • Menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan • Menggunakan alat bantu mengajar yang perlu secara berkesan • Ajarkan semua murid dalam kelas. Jangan tumpukan perhatian kepada beberapa orang murid sahaja • Bertenang dan mempunyai keyakinan serta berlagak secara semula jadi semasa mengajar • Melibatkan semua murid di dalam kelas dengan menyediakan aktiviti pembelajaran secara aktif Di samping cadangan-cadangan tersebut, guru yang menggunakan kaedah seluruh kelas hendaklah memastikan setiap murid mematuhi peraturan kelas supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pastikan setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan pengajaran secara kelas adalah sesuai dan menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama ditempatkan dalam kelas yang sama 3.2 Kelas Bercantum Kelas bercantum merupakan satu jenis kelas waktu sekolah rendah atau menengah yang mengandungi lebih daripada satu darjah/tingkatan. Seorang guru Pendidikan Moral mengajar serentak kelas berkenaan. Percantuman kelas ini dijalankan kerana: • Bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi untuk menjadikan satu kelas biasa • Peruntukan guru di sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk mengajar tiap-tiap kelas secara berasingan • Gabungan kelas Pendidikan Moral adalah selaras dengan pengajaran mata 24
  • 25. pelajaran Pendidikan Islam. 3.2.1 Kaedah Pengajaran–pembelajaran Pendidikan Moral di Kelas Bercantum Guru Pendidikan Moral perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang teliti kerana dua atau tiga kelas diajar serentak dalam satu kelas. Perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan: 1) Pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi setiap kumpulan 2) Tugas-tugas bagi setiap kumpulan perlu ditetapkan 3) Masa perlu diperuntukkan untuk bimbingan dan bantuan individu 4) Objektif-objektif bagi setiap pelajaran hendaklah jelas 5) Gerak kerja setiap peringkat bagi setiap kumpulan hendaklah mencukupi 6) Isi-isi penting bagi setiap tajuk perlu disusun dengan teratur serta dicatat 7) Pastikan umur dan kebolehan kanak-kanak kelas bercantum tidak terlalu berbeza 8) Pastikan bahan-bahan pembelajaran kendiri, kit pembelajaran, lembaran kerja dan sudut-sudut pembelajaran disediakan dengan mencukupi. Ini penting apabila murid diminta membuat kerja sendiri. 9) Elakkan daripada mencantumkan kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan. Mengajar kelas bercantum memerlukan pengelolaan rancangan dan persediaan yang teliti, mencukupi serta bersesuaian. Para pelajar hendaklah dilatih supaya berupaya bekerja tanpa banyak bimbingan, galakan atau kawalan. Di samping itu, segala alat dan bahan pembelajaran kendiri seharusnya mencukupi untuk menjamin kelicinan serta keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di dalam sesebuah kelas bercantum. Soalan 1 Senaraikan kebaikan dan keburukan kelas bercantum. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Latihan 5.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut. 25
  • 26. Soalan 2 Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Guru Pendidikan Moral Sediakan satu Rancangan Pengajaran Pendidikan Moral bagi kelas bercantum di atas bagi tempoh 30 minit. Perkara-perkara berikut perlu dinyatakan: • Mata pelajaran • Kelas Bercantum • Bilangan murid • Masa • Tajuk-tajuk untuk pelajaran hari tersebut • Bidang Pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR • Kandungan Akademik • Sub Nilai • Nilai Sampingan • Teknik • Pendekatan • Bahan Bantuan Mengajar • Pengetahuan sedia ada • Kemahiran Berfikir • Hasil Pembelajaran 3.3 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Guru Pendidikan Moral dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam pelbagai situasi sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Antara teknik yang boleh digunakan adalah: 26
  • 27. 3.3.1 Ceramah Orang yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu sering dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada anggota-anggota kumpulan atau institusi yang tertentu, baik dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Kegiatan berceramah ini boleh berlaku di peringkat yang paling asas seperti menjemput konstabel polis, pemandu kereta ambulans atau anggota bomba ke sekolah untuk bercerita kepada para pelajar tentang pengalaman kerja mereka atau secara lebih formal seperti berceramah dalam seminar-seminar kebangsaan atau antarabangsa tentang sesuatu kajian yang dibuatnya ataupun ceramah moral atau kesihatan. Dengan itu, kemahiran berceramah perlu dikuasai oleh seseorang profesional agar komunikasi dapat dilakukan secara cekap dan berkesan dengan anggota-anggota masyarakat atau pelanggannya. Dalam profesion perguruan, aktiviti berceramah tidak dapat dipisahkan dengan peranan guru. Guru yang berketrampilan atau berpengalaman sering dijemput untuk menyampaikan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan pengurusan kokurikulum, program kemajuan staf, dan kaedah dan teknik pengajaran, malahan teknik-teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan awam di kalangan pelajar. Justeru itu, setiap guru pelatih sewajarnya melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran berceramah. Pengertian Ceramah Ceramah merupakan ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang dianggap berpengalaman dan berkepakaran dalam majlis yang formal dan tidak formal. Bahagian pertama ceramah akan diisi oleh ucapan penceramah yang membentangkan pendapat atau pengalamannya dalam bidang yang tertentu. Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untuk para penonton atau audien untuk mengemukakan soalan- soalan. Dengan itu, berlainan dengan pidato/syarahan, ceramah dapat mewujudkan komunikasi dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi maklumat atau pengalaman dengan audien dan audien pula boleh mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka sendiri terhadap sesuatu perkara atau tajuk. Persediaan Ceramah 27
  • 28. Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang berkenaan. Di peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa perkara penting seperti yang berikut: a) Siapakah audiennya? b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien? c) Dimanakah ceramah itu akan diadakan? d) Bilakah ceramah itu akan diadakan? Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya. Di peringkat ini, penceramah perlu melakukan perkara-perkara penting seperti yang berikut : a) Mengetahui tajuk ceramah dengan teliti b) Membuat persediaan yang rapi c) Menyemak setiap ilustrasi d) Meninjau atau melawat tempat ceramah (jika boleh) e) Menyemak setiap peralatan f) Memakai pakaian yang sesuai Kemahiran Melahirkan Pendapat Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai kemahiran untuk melahirkan pendapat yang meliputi aspek-aspek yang berikut: a) Cara melahirkan pendapat b) Cara mempengaruhi audien c) Nada dan intonasi (a) Cara Melahirkan Pendapat Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir bertindak seperti yang berikut: • Menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah • Mengemukakan pendapat dalam bentuk kertas kerja 28
  • 29. Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan dihujahkan a) Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan contoh supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan menyakinkan b) Menjawab soalan dan memberikan pendapat terhadap kemusykilan penonton c) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien d) Mengelakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami e) Menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, tepat dan tidak meleret-leret. f) Menyelitkan unsur kecindan dalam penyampaian ceramah g) Mewujudkan kontek mata yang sesuai dengan penonton, iaiatu melihat mereka – ‘dari mata turun ke hati’ h) Menggunakan gaya tangan, mata dan gerakan badan untuk menekankan fakta (b) Cara Mempengaruhi Audien Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran mempengaruhi audien seperti yang berikut: • Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina dan profesion audien • Menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik • Menyelitkan unsur kecindan • Memastikan suara anda didengari oleh semua audien • Menjangka had/batasan tumpuan audien Nada adalah keadaan bunyi yang menarik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata sedang dilafazkan. Intonasi pula adalah keadaan bunyi yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat diucapkan. Ciri-ciri nada dan intonasi yang baik adalah seperti berikut: a) Meninggikan nada suara apabila hendak menarik minat dan perhatian b) Menggunakan nada suara perlahan atau rendah apabila hendak merayu c) Jangan berhujah dengan terlalu laju atau perlahan. d) Pause - Berhenti sebentar apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan semula buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikuti dan memahami hujah anda 29
  • 30. e) Menggunakan sebutan baku f) Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun g) Menggunakan nada yang menggembirakan apabila hendak menghidupkan suasana yang hambar Kemahiran Menutup Ceramah a) Membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau pandangan. b) Merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan c) Menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat d) Menyatakan harapan agar segala isu dan pandangan yang dikemukakan boleh mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat e) Memohon maaf daripada para penonton sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa menyampaikan ceramah (Dipetik daripada Abdul Rahman Abdul Rashid, 2001) 3.3.2 Filem Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kecepatan filem adalah kadar kepekaan filem itu kepada cahaya. Kepekaan Filem Filem dikelaskan berdasarkan kepada kepekaannya kepada cahaya: a) Filem LAMBAT – kurang peka kepada cahaya, serta memerlukan kadar cahaya yang banyak untuk pendedahan yang baik; b) Filem SEDERHANA – Lebih peka kepada cahaya; sesuai untuk keadaan cahaya biasa pada waktu siang hari; sesuai untuk kebanyakan subjek biasa; c) Filem CEPAT – sangat peka kepada cahaya; perlu sedikit sahaja cahaya untuk mendapatkan foto yang baik; sesuai untuk gambar foto sukan dengan pergerakan pantas/laju/waktu malam/lampu imbasa. 30
  • 31. Jenis-jenis Filem a) Filem hitam putih – bagi mendapatkan negatif hitam putih untuk membuat gambar foto hitam putih b) Filem berwarna – bagi mendapatkan negatif warna-warni untuk membuat gambar foto berwarna-warni dan hitam putih c) Filem slaid – Filem positif atau universal untuk mendapatkan slaid warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambarfoto berwarna dan hitam putih. 3.3.3 Drama Merupakan aktiviti lakonan yang menarik menggunakan skrip supaya murid dapat membuat persediaan. Tujuan-tujuan teknik drama: • Menimbulkan kesedaran tentang mengapa satu-satu perbuatan itu dianggap salah • Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap satu situasi tertentu • Memberikan peluang kepada murid meluahkan perasaan • Memberikan peluang kepada pelajar melakonkan pelbagai watak dan memperluaskan pengalaman hidup • Membantu murid berkomunkasi secara berkesan • Membolehkan murid yang pendiam mengambil bahagian serta meningkatkan harga diri • Membantu murid membina sikap dan nilai positif Teknik drama pula berdasarkan prinsip-prinsip berikut: • Situasi yang diwujudkan perlu selaras dengan pengalaman murid • Pelakon mesti fasih serta lantang percakapannya • Murid mestilah memahami peranannya • Masa perlu diberi supaya murid-murid boleh membuat persediaan • Tarik perhatian murid-murid lain tentang aspek-aspek yang perlu diberi perhatian 31
  • 32. • Keadaan emosi drama dapat dikawal • Perbincangan pada akhir drama perlu ada sebagai rumusan 3.3.4 Lawatan Projek lawatan merupakan suatu jenis sokongan yang membolehkan murid memerhatikan apa yang hendak dipelajari melalui buku dalam situasi yang sebenar. Lawatan ialah satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah ke stesen pembelajaran. Di sana, murid-murid dapat memerhatikan bahan-bahan pengajaran serta mengkaji bagaimana bahan itu berfungs. Dalam Pendidikan Moral, lawatan biasanya diadakan ke tempat-tempat seperti rumah orang tua, rumah anak yatim, muzium, perpustakaan atau tempat rekreasi yang ada kaitan dengan topik pelajaran. (Rujuk Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2002 : Lawatan Sekolah pada Hari Persekolahan) Kejayaan sesuatu lawatan ini bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan aktiviti susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada pelajar. Selain itu, soal selidik yang mengandungi soalan-soalan tentang aspek-aspek penting tempat lawatan boleh diberikan kepada pelajar-pelajar ditumpukan kepada pelajar-pelajar. Dengan cara ini, perhatian para pelajar ditumpukan kepada bahagian- bahagian penting semasa membuat lawatan ini. Tujuan Lawatan • Memberikan kesempatan kepada murid-murid untuk memperolehi pengalaman secara langsung serta menarik • Memberikan kesempatan kepada murid membandingkan perkara-perkara yang dipelajari dalam kelas dengan situasi yang sebenar • Memperkukuh ingatan tentang perkara-perkara yang dipelajari • Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di sekolah • Mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat Prinsip dan Langkah Pelaksanan Lawatan adalah seperti berikut: Sebelum Lawatan: 32
  • 33. • Pilih tempat melawat yang berkaitan dengan topik yang murid baru pelajari • Mendapat kebenaran daripada pengetua, pihak tempat melawat, pihak polis serta ibu bapa murid • Menguruskan kenderaan yang akan membawa murid-murid ke tempat lawatan • Memberi taklimat kepada murid-murid tentang keselamatan, tingkah laku semasa lawatan, tujuan serta perkara-perkara yang hendak diperhatikan • Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan untuk lawatan Semasa Lawatan • Membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan kecil mengikut topik kajian masing-masing • Memastikan setiap orang murid melibatkan diri secara akatif dalam aktiviti kajian • Menjaga keselamatan murid dan melarang mereka bertindak sesuka hati • Memberikan penerangan apabila murid-murid menunjukkan keraguan Selepas Lawatan • Adakan satu sesi perbincangan / sesi refleksi berhubung dengan perkara- perkara yang telah diperhatikan dan dicatatkan semasa lawatan • Adakan aktiviti susulan seperti membuat model, melukis pelan dan poster atau mempamerkan benda-benda yang dikumpulkan dari tempat lawatan. Aktiviti 1 Selain drama dan lawatan, filem, ceramah, kaedah lain seperti pameran kadang kala boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, terutamanya untuk kelas yang perlu dicantum. Pelbagai kaedah ini akan dapat menambah minat murid dalam mata pelajaran ini. Sediakan satu rancangan untuk mengurus dan melaksanakan satu sesi menonton filem / pameran untuk murid anda yang mengandungi butiran-butiran berikut: • Tajuk / tema dan objektif Latihan 5.4 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut. 33
  • 34. • Masa / tempat / tarikh • Bilangan perserta dan ahli lain yang terlibat • Senarai Ahli Jawatankuasa Kecil (jika berkaitan) • Senarai Semak Kerja / surat menyurat • Anggaran perbelanjaan (jika berkenaan ) • Aktiviti sebelum, semasa dan selepas sesi filem / pameran / ceramah diadakan • Borang soal selidik (jika berkenaan) • Dan lain-lain Aktiviti 2 Pernahkah anda menghadiri ceramah berkaitan dengan pendidikan ? Tuliskan satu refleksi tentang sesi ceramah itu dari segi urusan, pengendalian dan sebagainya. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Aktiviti 3 Sediakan satu kertas kerja yang lengkap tentang suatu lawatan ke sebuah Rumah Kebajikan atau Rumah Orang Tua. 34
  • 35. Bacaan Asas Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit UPM. Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral.Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. 35
  • 36. TAJUK 4 JENIS-JENIS SUMBER DAN PEMBINAAN SUMBER PENDIDIKAN MORAL 4.0 Pengenalan Bahan sumber ialah bahan-bahan yang dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran. Umumnya bahan sumber dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sumber bahan atau alat, sumber manusia dan sumber kewangan. Sumber bahan terbahagi kepada dua bahagian iaitu sumber elektronik dan bahan cetak. Bahan elektronik terdiri daripada semua bahan/alat pandang dengar seperti radio, televisyen, filem video, filem slaid, komputer, perisian komputer, cakera padat, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sebagainya. Dengan perkembangan dunia hari ini, boleh dikatakan Komputer dapat mengambil peranan yang dimainkan oleh sumber- sumber elektronik lain. Sumber bahan cetak terdiri daripada carta-carta, gambar-gambar rajah, gambar- gambar buku-buku Pendidikan Moral, majalah, kad-kad, modul dan sebagainya. Buku-buku skrap dan tugasan-tugasan murid yang baik juga boleh dijadikan contoh dan bahan sumber untuk Pendidikan Moral. Model dan bahan maujud juga boleh dijadikan sumber pembelajaran. Sumber manusia tidak banyak terlibat dalam proses pengajaran. Selain tenaga dan kemahiran guru atau pembantu makmal elektronik/bilik sumber, murid-murid sendiri merupakan sumber penting dalam pelaksanaan Pendidiikan Moral. Sumber kewangan pula biasanya terletak di bawah pihak pentadbir sekolah. Guru Pendidikan Moral hanya perlu memohon peruntukan untuk membeli bahan-bahan sumber melalui Panitia Pendidikan Moral. 36
  • 37. 4.1 Pengurusan, Penyediaan dan Penggunaan Sumber Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh disediakan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat Kegiatan Guru daerah mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran secara bersama. Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumber melalui tugasan dan projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia mata pelajaran untuk menyediakan bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran pembelajaran mereka. Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahan sumber biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut mata pelajaran. Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kala bahan sumber diletakkan di satu sudut di perpustakaan kerana kekurangan bilik. Namun guru-guru tetap diberi kebenaran untuk menggunakannya dengan membuat catatan supaya bahan-bahan itu tidak hilang dan dapat dikesan. Bahan-bahan ini mesti dipulangkan selepas menggunakannya. Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakan bilik ini pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlu mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya pengajaran tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik sumber ( jika ada ) atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alat elektronik mestilah dikembalikan seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil. Ciri-ciri Bahan Sumber Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dan nilai yang diajar. • Bentuk, warna dan saiznya sesuai. • Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik. • Membantu menambah keberkesanan pengajaran. 37
  • 38. • Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas. • Sesuaikan dengan tahap umur pelajar. • Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi 4.2 Jenis-jenis Sumber Seperti mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan lebih berkesan dan menyeronokkan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh guru. Antara bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh digunakan adalah seperti berikut: 1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi, skrip lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster. 2. Bahan-bahan permainan untuk diterapkan nilai dalam bentuk kad atau papan seperti permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata. 3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya. 4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu. 5. Bahan pandang dengar seperti video, CD-Rom, filem dan sebagainya. 6. Alat-alat tayangan seperti slaid, komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan sebagainya. Bahan-bahan ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Pendidikan Moral mengikut kesesuaian kandungan akademik yang diajar guru. Bahan-bahan ini perlulah disimpan di tempat khas bahan sumber atau di pusat sumber supaya senang diperolehi oleh guru dan murid. Jika semua guru bekerjasama menghasil, menyimpan dan menggunakan bahan bantu mengajar dengan baik, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan menjadi lebih berkesan. Bahan-bahan sumber Pendidikan Moral adalah penting kerana: 1. Menjadi daya penarik kepada pelajar 2. Dapat mengelakkan kebosanan pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan 3. Mendorong pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan hasil daripada 38
  • 39. pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar. 4. Dapat memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif 5. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran 6. Menggalakkan pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dan teori-teori dalam Pendidikan Moral dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci dan berkesan Aktiviti 1 1. Fikirkan beberapa bahan sumber yang sesuai untuk tajuk-tajuk berikut Nilai berkaitan diri dan keluarga Contoh: • Tajuk : Keluarga saya Bahan : Buku skrap • Tajuk____________________________Bahan _______________________ • Tajuk____________________________Bahan ________________________ Nilai berkaitan diri dan Alam Sekitar • Tajuk____________________________Bahan _______________________ • Tajuk____________________________Bahan _______________________ • Tajuk____________________________Bahan _______________________ 1. Senaraikan ciri bahan sumber yang baik. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ 3. Seorang guru menggunakan carta untuk mengajar. Saiznya kecil, tulisannya kecil dan warnanya malap. Beri komen anda. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Latihan 5.5 Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut. 39
  • 40. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Aktiviti 3 Senaraikan bahan mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Aktiviti 4 Berpandukan jadual di bawah: Teknik Bahan yang boleh digunakan Kelebihan menggunakan bahan ini 1.Kuiz pendidikan moral Papan kuiz yang kreatif/ papan skor Guru dapat menyoal dalam masa yang dirancang. Wujudkan persaingan sihat 2. 3. 4. 5. 1. Senaraikan teknik yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. 2. Untuk setiap teknik senaraikan bahan bantu mengajar yang anda boleh gunakan. 3. Nyatakan kebaikan atau kelebihan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar tersebut berbanding bahan-bahan lain. 40
  • 41. Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA. Rumusan 1. Bahan sumber ialah bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran sama ada ia berupa bahan cetak atau bahan elektronik. 2. Bahan-bahan sumber boleh diperoleh dengan pelbagai cara, sama ada dibuat atau dibeli. 3. Pelbagai bahan sumber elektronik seperti radio kaset dan sebagainya yang pada suatu masa dulu amat berguna, boleh digantikan dengan penggunaan komputer dan ICT. 4. Guru-guru perlu mengetahui tentang pengurusan bahan sumber di sekolah. 5. Guru-guru perlu mengetahui tentang cara penggunaan bahan-bahan sumber sama ada bahan cetak atau bahan elektronik. 6. Guru-guru juga perlu mengetahui tentang ciri-ciri bahan sumber yang baik. 41
  • 42. Bacaan Asas Ee, A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ______. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ______. ( 2003). Ilmu Pendidikan pengetahuan dan Keterampilan iktisas (semester 1). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hena Mukherjee, Judy Ellis et. al. (1992 ). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. 42
  • 43. SOALAN TUTORIAL Ciri-ciri dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral 1. Anda dapati ada sekumpulan pelajar di sekolah anda menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan. Sebagai guru Pendidikan Moral, huraikan peranan yang anda boleh lakukan untuk membantu pelajar tersebut. (1 jam) Isu-Isu Pelaksanaan Pendidikan Moral Di Sekolah 1. Apakah masalah-masalah yang anda hadapi dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Moral di sekolah anda ? Bagaimana anda akan mengatasi masalah- masalah tersebut. (2 jam) Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dalam Pelbagai Situasi Di Dalam dan Di Luar Bilik Darjah 1. Sediakan satu kertas kerja tentang ceramah moral yang anda akan lakukan. Bentuk AJK dan rancang bersama untuk melaksanakan ceramah tersebut. Kendalikan ceramah tersebut. Selepas ceramah habis, edarkan borang selidik. Buat laporan tentang ceramah tersebut. (4 jam) Jenis-jenis Sumber dan Pembinaan Sumber Pendidikan Moral 1. Sediakan 1 jenis sumber untuk pengajaran Pendidikan Moral Tahap 1 ( gambar rajah, gambar, kad-kad, transparensi, rakaman audio, rakaman video, VCD). Sumber tersebut mestilah relevant kepada nilai dan tahun yang berkaitan. (3 jam) 43
  • 44. Rujukan Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM. Abdul Rahman Abdul Rashid, Yap Keni Fatt dan Abd. Rahim Selamat ( 2001). Bahasa Melayu Komunikasi 2 : Komunikasi Retorika, Femina. Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual framework. Retrived on 20-5-04 from http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf. Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany: Delmar Publishers. p 214. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall. Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US: Allyn and Bacon. Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA: Wadsworth Publishing Company. Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth Publishing Company. Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass. Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice Hall. PANEL PENULIS MODUL BIL NAMA KELAYAKAN Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 44
  • 45. 1 PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia BA (Hons) Sejarah. UM M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM Ph. D (Pendidikan). Universiti Queensland. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun 2 Pengerusi Cik J Krishna Kumary a/p Juval Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor. B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM Diploma Pendidikan, USM M.Sc. Pendidikan Moral, UPM. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun 3 Pn. Ng Choo Tang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur BSc (Hons) Kimia, UM M.Ed Teknologi Pendidikan, UM Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun 4 Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff, Maktab Perguruan Raja Melewar, Beg Berkunci 43, 70990, Seremban, Negeri Sembilan, DK. B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM SPI, Pendidikan Islam, UKM Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral 9 tahun 5 Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak 98009 Miri Sarawak B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) Sarjana Pengurusan (UUM) Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral 6 Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah, 803500 Larkin, Johor B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun 7 Pn. Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun 8 Pn. Koh Geok Wah Maktab Perguruan Sarawak, 98009 Miri, Sarawak B. Econs (UM) Diploma Pendidikan (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun PANEL PEMURNI MODUL Bil. Nama Kelayakan 45
  • 46. 1. PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru B.A. (Hons) Sejarah M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling) PhD (Pendidikan) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 2 tahun Pendidikan Moral 1 tahun 2. PENGERUSI Pn. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Larkin, Johor Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun 3. Pn. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Serawak. B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) M.Ed. Pengurusan (UM) Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral 4. Pn. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur. B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (USM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun 5. Pn. Asiah binti Saad Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara M. Sc. Psikologi Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun 6. Cik Krishna Kumary Juval Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah 80530 Larkin Johor Baharu. B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM) Diploma Pendidikan (USM) M SC. Pendidikan Moral (UPM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun 7. Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman BA (Hons) Pengajian Islam M Ed (Pendidikan Islam) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun 46
  • 47. 47