SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 18
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR




                     LAPORAN KAJIAN TINDAKAN




Kaedah “Towering” - Meningkatkan Penguasaan Mengenal dan Mengecam Hari

        Dalam Seminggu Di Kalangan Murid Pemulihan Khas LINUS




                                  Oleh:

                     Nur Farah Adlin Binti Abd. Halim

                       PEMULIHAN KHAS LINUS




                        SK TAMAN KOTA JAYA,

                             JALAN KUINI,

                          TAMAN KOTA JAYA

                          81900 KOTA TINGGI,

                                 JOHOR
ABSTRAK


Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh
murid LINUS Tahun 2 Gemilang dalam mengenal dan mengecam hari sebelum dan selepas
dalam seminggu. Seramai lima orang murid dan seorang guru yang terlibat dalam kajian ini.
Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran menamakan hari sebelum
atau selepas dalam seminggu. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid
dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam menamakan hari
sebelum dan hari selepas dalam seminggu secara spontan. Empat sesi pengajaran dan
pembelajaran (40-50 minit setiap sesi) telah dijalankan dalam tempoh 7 minggu iaitu murid
belajar kemahiran tersebut melalui model konkrit dan modul latihan interaktif secara
berkumpulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid
lebih berminat untuk menamakan hari sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Modul latihan interaktif telah membantu murid mengatasi masalah mereka.
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas untuk menamakan hari sebelum atau selepas
dalam seminggu perlu diperkukuh pada peringkat pra-sekolah. Penggunaan model konkrit
boleh membantu murid memahami konsep ini dengan lebih jelas.
PENGHARGAAN


Dikesempatan ini, saya ingin mengambil peluang bagi mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak majikan saya iaitu SK Taman Kota Jaya kerana telah memilih saya untuk
menjalankan Kajian Tindakan bagi tahun 2012 ini. Saya berasa berbesar hati menjalankan
Kajian Tindakan ini kerana secara tidak langsung saya dapat memajukan selangkah ke
hadapan pencapaian akademik murid-murid kelas saya .
Penghargaan ini ditujukan khas kepada Puan Guru Besar SK Taman Kota Jaya iaitu Pn.
Azizah bt. Che Awang, barisan guru-guru penolong kanan iaitu Pn. Zaliah bt. Abu Hamid
(GPK 1), Pn. Zakiah bt. Ahmad (GPK HEM), En. Yazid b. Zakaria (GPK Koko) dan Pn.
Ngatina bt Senen (GPK Petang) yang telah memberi semangat dan kata-kata perangsang
kepada saya dalam menjayakan kajian ini. Selain daripada itu, tidak lupa juga kepada rakan
seperjuangan Guru Pemulihan Khas SK Taman Kota Jaya, Pn. Rosniza bt. Sulieman kerana
banyak membantu dari segi idea dan pendapat yang bernas. Beliau juga tidak kedekut
berkongsi ilmu kerana telah lama berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas di sekolah ini.
Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan murid-murid yang telah terlibat
secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan Kajian Tindakan saya pada kali ini.
Tenaga dan masa yang telah kalian luangkan untuk saya amat saya hargai. Jasa dan budi baik
kalian tidak akan saya lupakan. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan budi
baik kalian.
KAEDAH “TOWERING” - MENINGKATKAN PENGUASAAN
MENGENAL DAN MENGECAM HARI DALAM SEMINGGU DI
KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS LINUS
1.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


   Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik
Pemulihan Khas LINUS Tahun 2 seramai lima orang. Setiap hari sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran, soalan yang pertama diajukan oleh saya kepada mereka adalah
hari tersebut adalah hari apa dan berapa haribulan. Majoriti daripada soalan tersebut saya
mendapati murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul dan apa yang saya agak menjadi
kenyataan kerana apabila tiba pada Konstruk 6 Numerasi, saya menghadapi masalah untuk
memberi kefahaman kepada murid mengenai turutan hari dalam seminggu. Apatah lagi untuk
mencapai objektif pelajaran supaya murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan
betul dan tepat.
   Apabila soalan mengenai hari ini hari apa diajukan kepada mereka, dengan semberono
mereka menjawab apa sahaja hari yang terlintas di fikiran mereka. Maka dengan itu, saya
memikirkan apakah cara yang perlu diberikan kepada murid-murid ini agar dapat mengingat
turutan hari dalam seminggu dan secara tidak langsung dapat menamakan hari selepas atau
sebelum dalam seminggu.




2. ISU KEPRIHATINAN


   Kajian ini berfokus kepada tajuk Menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu.
Murid-murid ini tidak boleh menguasai tajuk ini disebabkan oleh kelemahan dalam ingatan
dan pengamatan.
   Saya sebagai pengkaji akan mengambil langkah untuk menarik minat dan meningkatkan
penguasaan murid-murid dengan memperkenalkan kaedah “Towering”. Melalui kaedah ini
dapat diharap dapat membantu murid-murid meningkatkan daya ingatan dan pemahaman
yang lebih supaya lebih cekap dan peka terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian
di sekeliling mereka.
   Penyemakan kerja murid dengan pengulangan dan latih tubi yang terancang boleh
membantu. Saya sebagai pengkaji harus memikirkan satu pendekatan yangdapat menarik
minat mereka untuk belajar serta boleh menimbulkan rasa seronok dan dalam masa yang
sama boleh meningkatkan motivasi murid supaya menjadi lebih cemerlang dan efektif
terhadap pembelajaran.
3. OBJEKTIF KAJIAN




   3.1. Objektif umum
   Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan menamakan hari sebelum atau
selepas dalam seminggu .




   3.2. Objektif Khusus
               •   Murid dapat mengenalpasti dan membezakan hari-hari yang ada dalam
                   seminggu dengan betul.
               •   Murid dapat menyebut dan menulis hari dalam seminggu dengan betul.
               •   Meningkatkan keyakinan murid dalam menulis hari dalam seminggu.
               •   Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih
                   menyeronokkan.
               •   Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran.




4. KUMPULAN SASARAN


       Kajian ini melibatkan seramai lima orang murid Pemulihan Khas LINUS Numerasi
Tahun 2 yang terdiri daripada empat orang murid lelaki dan seorang perempuan. Kesemua
murid ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Murid-murid ini masih belum dapat
menamakan hari sebelum dan selepas dalam seminggu dengan betul. Permasalahan ini
diperolehi melalui pemerhatian semasa berlangsungnya sesi pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas.
5. PELAKSANAAN KAJIAN


   Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menamakan hari sebelum
atau selepas dalam seminggu, saya telah melaksanakan proses seperti yang berikut:




5.1 Tinjauan Masalah


   Dalam melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan tiga pendekatan bagi
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid iaitu :


       5.1.1. Pemerhatian semasa P&P di dalam kelas
            Murid – murid tidak dapat menamakan hari dengan betul apabila ditanya oleh
       guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu,
       mereka akan bertanya hari kepada saya terlebih dahulu apabila hendak membuat
       latihan di dalam buku tulis kerana mereka perlu menulis hari dan tarikh terlebih
       dahulu. Kebanyakan daripada mereka hanya dapat mengingati hari hujung minggu
       sahaja.


       5.1.2. Soalan latihan
            Saya telah menyediakan 1 set soalan latihan kepada murid-murid mengenai
       turutan hari dalam seminggu. Mereka dikehendaki mengisi tempat kosong dengan
       jawapan yang betul. Pelbagai bentuk jenis soalan yang dikemukakan untuk memberi
       murid pilihan jawapan.




   5.2 Analisis Tinjauan Masalah


   5.2.1 Pemerhatian semasa P&P di dalam kelas
   Saya mendapati murid masih tidak dapat menamakan hari dengan betul walaupun telah
berada pada Tahun 2. Apabila ditanya, ada jawapan yang diberikan namun jawapan tersebut
bukanlah seperti yang diharapkan. Mereka hanya menjawab sambil lewa dan tidak
mengambil berat ke atas jawapan yang telah diberikan kepada guru.
Itu belum lagi kepada menamakan hari sebelum dan hari selepas. Jawapan yang
diperolehi juga amat mendukacitakan. Apabila ditanya, mereka berebut-rebut untuk
memberikan jawapan. Namun yang demikian, apabila guru bertanya secara individu tiada
langsung jawapan yang diperolehi daripada murid.


   5.2.2 Soalan latihan


Hasil dapatan melalui soalan latihan yang dikemukakan pula, jawapan yang diperolehi adalah
sangat tidak memuaskan. Ini adalah kerana murid-murid ini mempunyai kekangan lain iaitu
masih belum lancar membaca. Apabila guru tidak membacakan arahan soalan, mereka
menjawab sambil lewa sahaja soalan tersebut kerana tidak memahami kehendak soalan.
Namun yang demikian, apabila guru mengambil inisiatif untuk membacakan arahan kepada
murid, barulah mereka memahami kehendak soalan.
   5.3 Tindakan yang dijalankan


   Sehubungan dengan itu melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dan soalan latihan yang telah dijalankan, saya telah menjalankan ujian pra yang
sesuai dengan aras murid-murid ini. Saya mendapati pelbagai ragam dan kerenah yang perlu
dihadapi kerana murid-murid ini seperti hilang punca dan arah apabila diminta menjawab set
soalan yang diedarkan. Maklumat berikut diperolehi daripada set soalan ujian pos yang telah
dijalankan ke atas mereka berlima. Markah penuh adalah 8.




   Rajah 1 : Skor Murid bagi Ujian Pra
Analisis Item Soalan Ujian Pra


Murid /
             1           2          3           4        5         6          7          8
Soalan
A                        /                                         /
B                                   /           /
C                                   /
D                        /          /           /
E                        /

   Jadual 1 : Analisa Item bagi Ujian Pra




Aktiviti B : Permainan “Toot - tootttttttt”
         •   Langkah 1
                   1. Guru menampal gambar kepala keretapi di papan putih di hadapan kelas.
                   2. Murid-murid diberikan kad hari yang berupa bentuk kotak hadiah.
                   3. Murid menyusun turutan hari dengan menampal pada papan putih
                       mengikut turutan hari.


         •       Langkah 2
                   •   Murid membaling dadu bagi mendapatkan watak kartun.
                   •   Murid menampal watak kartun yang diperolehi pada kad hari di papan
                       putih mengikut hari seperti yang telah diberitahu oleh guru sebelum ini.
                   •   Murid membaling dadu secara bergilir-gilir sehingga kesemua watak
                       kartun pada dadu ditampal pada kad hari.


         •       Langkah 3
                   •   Murid meneka hari apakah yang tiada watak kartun. Murid yang berjaya
                       meneka hari dengan betul akan diberikan ganjaran hadiah.




PEMERHATIAN
Murid melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti ini kerana ini melibatkan
penggunaan jasmani mereka. Selepas murid-murid menampal turutan hari dalam seminggu di
papan putih, mereka diminta menyebut kembali hari-hari tersebut secara beramai-ramai.
Aktiviti diteruskan dengan permainan melontar dadu. Mereka berasa seronok apabila nama
mereka dipanggil oleh guru bagi membuat lontaran dadu. Pada mulanya murid agak lambat
untuk membuat tampalan watak kartun pada hari yang terdapat di papan putih kerana masih
belum biasa lagi dengan padanan hari dengan watak kartun yang telah saya berikan sewaktu
awal pengajaran. Namun, permainan menjadi semakin hangat apabila turutan hari dalam
seminggu semakin melekat dalam kepala mereka. Permainan menjadi bertambah seronok
apabila rakan-rakan turut memberi bantuan jawapan kepada murid.




REFLEKSI


       Pendekatan pembelajaran dengan menggunakan sesuatu yang dekat dalam kehidupan
seharian murid-murid dapat menimbulkan minat dan menarik perhatian mereka untuk belajar.
Konsep turutan hari dalam seminggu yang ditanam dalam minda murid dengan penggunaan
watak kartun yang murid dapat lihat dalam kehidupan seharian membuatkan sesi pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menarik.




   Aktiviti C : Courseware
•   Langkah 1
     Guru menayangkan soalan interaktif menggunakan Microsoft Office
       Powerpoint 2007 melalui projektor kepada skrin.
     Courseware ini terdiri daripada dua set soalan iaitu
       •         Menyusun hari dalam seminggu mengikut turutan.
       •         Menulis hari dalam seminggu mengikut turutan.


•   Langkah 2
     Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan secara bergilir-gilir
       menggunakan komputer riba yang disediakan.
     Bagi set soalan Menyusun hari dalam seminggu mengikut turutan,
       murid dikehendaki memilih hari daripada pilihan jawapan yang disediakan
       dengan mengklik pada hari yang dikehendaki.
     Jika betul, jawapan yang dipilih akan masuk ke dalam kotak jawapan yang
       disediakan. Tetapi jika pilihan jawapan murid salah, murid akan diminta
       mencuba lagi sehingga jawapan yang betul diperolehi.
     Setelah kesemua jawapan dilengkapkan, murid diminta menyebut turutan
       hari dalam seminggu seperti yang dipaparkan.


•     Langkah 3
     Bagi set soalan Menulis hari dalam seminggu mengikut turutan, murid
       dikehendaki mengisi diruang kosong dengan menaip pada papan kekunci
       berdasarkan watak kartun yang dipaparkan.
     Kemudian murid perlu menekan butang “Semak jawapan” bagi menyemak
       jawapan yang telah dimasukkan.
     Jika jawapan yang diberikan tidak tepat, murid diminta mencuba lagi
       sehingga jawapan yang betul diperolehi dengan menekan bebutang
       “Padam jawapan”.
PEMERHATIAN


       Saya menggunakan pendekatan ICT dalam aktiviti yang terakhir ini bagi
mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran murid-murid saya dalam kelas.
Walaupun murid yang diberi peluang untuk menjawab set soalan interaktif yang disediakan
tidak pasti dengan jawapan yang betul, namun sikap ingin cuba dan ingin tahu serta mendapat
bantuan daripada rakan sekelas, murid ini menjadi bertambah semangat untuk cuba
menjawab soalan yang dikemukakan. Walaupun semua jawapan yang diperolehi adalah
berbantukan dengan susunan kotak mengikut turutan, mereka dapat belajar untuk mengeja
dan membunyikan hari dengan betul. Set soalan secara interaktif ini juga diperhatikan dapat
membantu murid-murid untuk memberikan jawapan yang betul kerana set soalan yang
digunakan adalah dua hala di mana murid mendapat tindak balas terhadap pilihan jawapan
yang dipilih. Jika jawapan murid salah, maka murid akan diberitahu bahawa pilihan
jawapannya adalah salah. Jika jawapan yang diberikan adalah betul ,maka courseware akan
memberitahu bahawa pilihan jawapan murid adalah betul. Murid dapat membuat tindakan
terus melalui pilihan jawapan yang telah dibuat.




REFLEKSI
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman
murid dengan lebih cepat. Mereka dapat mencuba jaya sendiri setiap soalan yang
dikemukakan tanpa pemantauan guru setiap masa kerana courseware yang digunakan oleh
murid-murid dapat memberikan tindak balas segera terhadap pilihan jawapan yang telah
dibuat. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan murid-murid terhadap
guru semasa latihan menjawab soalan kelak. Ianya dapat meningkatkan keyakinan murid
dalam menjawab soalan yang dikemukakan.Data ini diperolehi selepas murid menjalani ujian
pos. Skor penuh adalah 8.




    Rajah 2 : Skor Murid bagi Ujian Pos




    5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian


    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :


    Sebanyak tiga aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran
menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu di kalangan murid-murid kumpulan
sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:


    Aktiviti A : “Towering”
•   Langkah 1
              1. Guru menunjukkan tujuh kotak yang berbeza ketinggian kepada murid.
              2. Setiap kotak dibalut dengan warna yang berbeza dan ditampal dengan
                 watak kartun yang berbeza.


       •   Langkah 2
              1. Guru meminta murid menyusun kotak-kotak tersebut mengikut susunan
                 paling rendah kepada yang paling tinggi.
              2. Guru menerangkan bahawa setiap kotak mewakili hari yang berbeza. Guru
                 mengaitkan watak kartun yang berbeza bagi setiap hari yang ada dengan
                 tujuan murid lebih senang mengingati turutan hari berdasarkan watak-
                 watak kartun yang digunakan.




PEMERHATIAN


       Guru memastikan murid berada dalam kesediaan untuk belajar terlebih dahulu dan
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang boleh menarik
perhatian mereka. Ketika guru memberikan penerangan, murid-murid memberikan perhatian
dan kerjasama yang baik apabila kesemua mereka melibatkan diri dalam menjalankan aktiviti
permainan yang disediakan. Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan watak kartun yang
begitu sinonim dengan kanak-kanak.




5.5 REFLEKSI KAJIAN
REFLEKSI KAJIAN TERHADAP PELAJAR


       Melalui pemerhatian saya, setelah murid-murid ini menjalani aktiviti-aktiviti yang
dirancang bagi meningkatkan menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu mereka
didapati menjadi lebih cepat memberi tindak balas apabila diajukan soalan mengenai turutan
hari dalam seminggu. Walaupun ada seorang daripada mereka yang masih tidak dapat
memberikan jawapan seperti yang dikehendaki, namun secara keseluruhannya mereka
menunjukkan hasil yang positif.
       Melalui ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan ke atas mereka, saya mendapati
terdapat perubahan besar dalam aspek kemahiran menamakan hari sebelum atau selepas
dalam seminggu. Melalui ujian pra, jawapan yang diperolehi adalah sangat mendukacitakan.
Walaupun murid-murid ini mempunyai kekangan belum boleh membaca arahan yang
diberikan, saya mengambil inisiatif dengan membacakan arahan kepada mereka. Walaupun
dengan bantuan dan bimbingan seperti itu masih belum dapat membantu murid-murid
menjawab soalan dengan betul. Namun yang demikian, setelah mereka menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, maklumat yang diperolehi daripada ujian pos amat
memberangsangkan. Walaupun hanya seorang murid yang keciciran dalam peratus
peningkatan penguasaan kemahiran, ini menunjukkan bahawa sesi pengajaran dan
pembelajaran mancapai objektif apabila empat daripada lima orang murid dapat menguasai
kemahiran menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu.
       Keyakinan diri mereka lebih meningkat apabila saya mengajukan soalan mengenai
hari ini hari apa kerana mereka akan memberikan respon yang cukup baik. Ini menunjukkan
mereka berminat untuk belajar sesuatu yang baru apabila kita menggunakan perkara-perkara
yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka.




REFLEKSI KAJIAN TERHADAP GURU
Pada awal proses, saya agak buntu untuk memikirkan apakah cara yang paling sesuai
digunakan untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran menamakan hari sebelum
atau selepas dalam seminggu. Namun yang demikian, apabila idea diperolehi saya tidak
teragak-agak untuk meneruskan proses pembinaan dan pembangunan idea ini ke atas murid-
murid kelas saya dengan harapan dapat membantu mereka kelak.
       Proses menyiapkan kajian tindakan ini telah banyak menyedarkan saya bahawa
dengan menggunakan bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan tahap dan aras kemahiran
murid sebenarnya dapat menarik minat murid untuk belajar dan meningkatkan kefahaman
asas mereka mengenai konsep dalam sesuatu kemahiran. Secara tidak langsung, saya sebagai
guru dapat mencapai objektif pembelajaran dan murid juga mendapat manfaat daripada bahan
bantu belajar yang telah disediakan untuk mereka.




REFLEKSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG TELAH
DIJALANKAN
       Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dengan adanya bantuan
daripada bahan bantu belajar yang telah guru bangunkan untuk kegunaan murid-murid.
Kawalan kelas menjadi lebih baik di mana murid-murid lebih mudah untuk dikawal, lebih
mendengar kata dan lebih bersedia untuk belajar. Mereka menunjukkan minat yang lebih
untuk belajar kerana semangat yang berkobar-kobar. Ini adalah kerana guru menyebut
perkara yang tidak asing kepada mereka. Murid lebih berkeyakinan tinggi untuk menjawab
setiap soalan yang guru kemukakan. Kesimpulannya, sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lebih santai dan kondusif.




REFLEKSI
Pada pendapat saya, sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini dapat berjalan dengan
lancar kerana saya telah menggunakan pendekatan yang sesuai dengan murid-murid bagi
menarik minat dan perhatian mereka dalam kelas. Murid dapat menyebut turutan hari dalam
seminggu dengan baik. Namun apabila ditanya mengenai hari sebelum atau selepas, masih
ada di antara murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Namun yang demikian,
penggunaan watak kartun untuk sesi pembelajaran dan pengajaran bukanlah satu model yang
baik kepada kanak-kanak. Diharap saya dapat menggunakan bahan lain yang lebih
bersesuaian dan lebih bermoral dengan perkembangan kanak-kanak.




6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


   Kajian tindakan seterusnya yang akan saya jalankan ialah berkaitan dengan isu tambah
dalam lingkungan 18 bagi murid-murid Pemulihan Khas LINUS. Diharap supaya saya dapat
memikirkan kaedah dan pendekatan terbaik bagi menarik minat murid LINUS untuk belajar
Matematik dan menguasai konsep asas tambah.
BIBLIOGRAFI


Abu Osman Bin Md Tap (1994) Pengajaran Matematik Berkesan: Antara Harapan Dan
Cabaran, Kuala Lumpur, Yayasan Pelajaran Mara.


Gareth Lewis (1995) Successful Problem Solving in a week, Cottingham Road Corby,
Institute Of Management.


 Mok Soon Sang (1989) Psikologi, Strategi Pengajaran Dan Penilaian Matematik, Kuala
Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Norsalfiliza dan rakan (1988) Sistem Pembelajaran Matematik Yang Berkesan, Serdang,
Universiti Pertanian Malaysia.


Salihan Siais (1994) Peranan Ibu Bapa Dan Persekitaran Untuk Meningkatkan Prestasi
Pelajar Bumiputera Dalam Bidang Matematik, Kuala Lumpur, Yayasan Pelajaran Mara.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikTeacher Nasrah
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanShahid Hosey
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018NANAPOYO
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8daripenacikgu
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01sreedewi
 
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-142129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1Zhu Miqael
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbsDee Dee
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguSyafiqah Mohamed Noor
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 

La actualidad más candente (20)

Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematik
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8
 
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp0136246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
36246698 kajian-tindakan-matematik-131018203257-phpapp01
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-142129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
42129075 penyataan-sebelum-semasa-dan-slps-pbs-fasa-1
 
Refleksi1 sce 3111 tokiap
Refleksi1 sce 3111 tokiapRefleksi1 sce 3111 tokiap
Refleksi1 sce 3111 tokiap
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Proposal 2013
Proposal 2013Proposal 2013
Proposal 2013
 
Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)Proposal 2013 (aidil)
Proposal 2013 (aidil)
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 

Destacado

Ldp-kajian tindakan
Ldp-kajian tindakanLdp-kajian tindakan
Ldp-kajian tindakanAZUAD ozil
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanHamidah Samsiah
 
Sktkj terbilang 2012 galeri sejarah
Sktkj terbilang 2012   galeri sejarahSktkj terbilang 2012   galeri sejarah
Sktkj terbilang 2012 galeri sejarahAZUAD ozil
 
Takwim mt 2013
Takwim mt 2013Takwim mt 2013
Takwim mt 2013AZUAD ozil
 
Mbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJMbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJAZUAD ozil
 
Presentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdaganganPresentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdaganganazizah_student
 
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)Saravana Sundari K
 
Kew pa 3
Kew pa 3Kew pa 3
Kew pa 3PUYAU82
 
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)SK JALAN HAJI BAKI
 
Daftar Harta Modal Pg1
Daftar Harta Modal Pg1Daftar Harta Modal Pg1
Daftar Harta Modal Pg1Juradi Durjari
 
Daftar Harta Inventori
Daftar Harta InventoriDaftar Harta Inventori
Daftar Harta InventoriJuradi Durjari
 
6.kew.pa 6 (daftar pergerakan harta modal)
6.kew.pa 6 (daftar pergerakan harta modal)6.kew.pa 6 (daftar pergerakan harta modal)
6.kew.pa 6 (daftar pergerakan harta modal)SK JALAN HAJI BAKI
 
11.kew.pa 11 (laporan pemeriksaan inventori)
11.kew.pa 11 (laporan pemeriksaan inventori)11.kew.pa 11 (laporan pemeriksaan inventori)
11.kew.pa 11 (laporan pemeriksaan inventori)SK JALAN HAJI BAKI
 
Borang Penyimpanan stok Kew.ps.15
Borang Penyimpanan stok Kew.ps.15Borang Penyimpanan stok Kew.ps.15
Borang Penyimpanan stok Kew.ps.15Badrul Mat Jusoh
 
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)norlizajais
 

Destacado (20)

Ldp-kajian tindakan
Ldp-kajian tindakanLdp-kajian tindakan
Ldp-kajian tindakan
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
 
Sktkj terbilang 2012 galeri sejarah
Sktkj terbilang 2012   galeri sejarahSktkj terbilang 2012   galeri sejarah
Sktkj terbilang 2012 galeri sejarah
 
Takwim mt 2013
Takwim mt 2013Takwim mt 2013
Takwim mt 2013
 
Mbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJMbmmbi - SKTKJ
Mbmmbi - SKTKJ
 
Presentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdaganganPresentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdagangan
 
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)
 
Kew pa 3
Kew pa 3Kew pa 3
Kew pa 3
 
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)
7.kew.pa 7 (senarai aset di lokasi)
 
Daftar Harta Modal Pg1
Daftar Harta Modal Pg1Daftar Harta Modal Pg1
Daftar Harta Modal Pg1
 
Daftar Harta Inventori
Daftar Harta InventoriDaftar Harta Inventori
Daftar Harta Inventori
 
M25
M25M25
M25
 
6.kew.pa 6 (daftar pergerakan harta modal)
6.kew.pa 6 (daftar pergerakan harta modal)6.kew.pa 6 (daftar pergerakan harta modal)
6.kew.pa 6 (daftar pergerakan harta modal)
 
11.kew.pa 11 (laporan pemeriksaan inventori)
11.kew.pa 11 (laporan pemeriksaan inventori)11.kew.pa 11 (laporan pemeriksaan inventori)
11.kew.pa 11 (laporan pemeriksaan inventori)
 
Borang inventori
Borang inventoriBorang inventori
Borang inventori
 
Kew pa
Kew paKew pa
Kew pa
 
3.kew.pa 3 (daftar inventori)
3.kew.pa 3 (daftar inventori)3.kew.pa 3 (daftar inventori)
3.kew.pa 3 (daftar inventori)
 
RPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian TindakanRPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian Tindakan
 
Borang Penyimpanan stok Kew.ps.15
Borang Penyimpanan stok Kew.ps.15Borang Penyimpanan stok Kew.ps.15
Borang Penyimpanan stok Kew.ps.15
 
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)
 

Similar a Kajian tindakan sktkj 2013

Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarZuzan Michael Japang
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANNoor Syazwanni
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...Salwa Samsudin
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Topik 2 bmm3106
Topik 2 bmm3106Topik 2 bmm3106
Topik 2 bmm3106ciknadiya
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanIzzi Farah
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaNurul Akmal
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanRosmah Mohd Shah
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 

Similar a Kajian tindakan sktkj 2013 (20)

Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm
 
Adapting Grading (malay) ummu
Adapting Grading (malay) ummuAdapting Grading (malay) ummu
Adapting Grading (malay) ummu
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHANKONSEP PROGRAM PEMULIHAN
KONSEP PROGRAM PEMULIHAN
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
Penggunaan kaedah permainan berdasarkan rancangan televisyen meningkatkan mot...
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Topik 2 bmm3106
Topik 2 bmm3106Topik 2 bmm3106
Topik 2 bmm3106
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan kelas-biasa-khas
Pemulihan kelas-biasa-khasPemulihan kelas-biasa-khas
Pemulihan kelas-biasa-khas
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 

Más de AZUAD ozil

Ssqs 2.0 murid2013
Ssqs 2.0   murid2013Ssqs 2.0   murid2013
Ssqs 2.0 murid2013AZUAD ozil
 
Ssqs 2.0 guru2013
Ssqs 2.0   guru2013Ssqs 2.0   guru2013
Ssqs 2.0 guru2013AZUAD ozil
 
Harian rpt pj6 sktkj
Harian rpt pj6 sktkjHarian rpt pj6 sktkj
Harian rpt pj6 sktkjAZUAD ozil
 
Upsr 2012 maths2
Upsr 2012 maths2Upsr 2012 maths2
Upsr 2012 maths2AZUAD ozil
 
Upsr 2011 maths2
Upsr 2011 maths2Upsr 2011 maths2
Upsr 2011 maths2AZUAD ozil
 
Upsr 2011 maths1
Upsr 2011 maths1Upsr 2011 maths1
Upsr 2011 maths1AZUAD ozil
 
Upsr 2010 maths2
Upsr 2010 maths2Upsr 2010 maths2
Upsr 2010 maths2AZUAD ozil
 
Upsr 2010 maths1
Upsr 2010 maths1Upsr 2010 maths1
Upsr 2010 maths1AZUAD ozil
 
Upsr 2009 maths2
Upsr 2009 maths2Upsr 2009 maths2
Upsr 2009 maths2AZUAD ozil
 
Upsr 2009 maths1
Upsr 2009 maths1Upsr 2009 maths1
Upsr 2009 maths1AZUAD ozil
 
Upsr 2008 maths2
Upsr 2008 maths2Upsr 2008 maths2
Upsr 2008 maths2AZUAD ozil
 
Upsr 2008 maths1
Upsr 2008 maths1Upsr 2008 maths1
Upsr 2008 maths1AZUAD ozil
 
Upsr 2012 maths 1
Upsr 2012 maths 1Upsr 2012 maths 1
Upsr 2012 maths 1AZUAD ozil
 
Kertas MATHS 1/2 teknik menjawab
Kertas MATHS 1/2 teknik menjawabKertas MATHS 1/2 teknik menjawab
Kertas MATHS 1/2 teknik menjawabAZUAD ozil
 
Sistem suria YEAR 4 - SKTKJ
Sistem suria YEAR 4 - SKTKJSistem suria YEAR 4 - SKTKJ
Sistem suria YEAR 4 - SKTKJAZUAD ozil
 
Kuiz galeri sejarah 3 tokoh tempatan
Kuiz galeri sejarah 3   tokoh tempatanKuiz galeri sejarah 3   tokoh tempatan
Kuiz galeri sejarah 3 tokoh tempatanAZUAD ozil
 
Kuiz galeri sejarah 2
Kuiz galeri sejarah 2Kuiz galeri sejarah 2
Kuiz galeri sejarah 2AZUAD ozil
 
Kuiz galeri sejarah
Kuiz galeri sejarahKuiz galeri sejarah
Kuiz galeri sejarahAZUAD ozil
 
Tempat menarik pasca upsr 2012
Tempat menarik pasca upsr 2012Tempat menarik pasca upsr 2012
Tempat menarik pasca upsr 2012AZUAD ozil
 

Más de AZUAD ozil (20)

Ssqs 2.0 murid2013
Ssqs 2.0   murid2013Ssqs 2.0   murid2013
Ssqs 2.0 murid2013
 
Ssqs 2.0 guru2013
Ssqs 2.0   guru2013Ssqs 2.0   guru2013
Ssqs 2.0 guru2013
 
Harian rpt pj6 sktkj
Harian rpt pj6 sktkjHarian rpt pj6 sktkj
Harian rpt pj6 sktkj
 
Upsr 2012 maths2
Upsr 2012 maths2Upsr 2012 maths2
Upsr 2012 maths2
 
Upsr 2011 maths2
Upsr 2011 maths2Upsr 2011 maths2
Upsr 2011 maths2
 
Upsr 2011 maths1
Upsr 2011 maths1Upsr 2011 maths1
Upsr 2011 maths1
 
Upsr 2010 maths2
Upsr 2010 maths2Upsr 2010 maths2
Upsr 2010 maths2
 
Upsr 2010 maths1
Upsr 2010 maths1Upsr 2010 maths1
Upsr 2010 maths1
 
Upsr 2009 maths2
Upsr 2009 maths2Upsr 2009 maths2
Upsr 2009 maths2
 
Upsr 2009 maths1
Upsr 2009 maths1Upsr 2009 maths1
Upsr 2009 maths1
 
Upsr 2008 maths2
Upsr 2008 maths2Upsr 2008 maths2
Upsr 2008 maths2
 
Upsr 2008 maths1
Upsr 2008 maths1Upsr 2008 maths1
Upsr 2008 maths1
 
Upsr 2012 maths 1
Upsr 2012 maths 1Upsr 2012 maths 1
Upsr 2012 maths 1
 
Kertas MATHS 1/2 teknik menjawab
Kertas MATHS 1/2 teknik menjawabKertas MATHS 1/2 teknik menjawab
Kertas MATHS 1/2 teknik menjawab
 
Math 1 pksr 1
Math 1   pksr 1Math 1   pksr 1
Math 1 pksr 1
 
Sistem suria YEAR 4 - SKTKJ
Sistem suria YEAR 4 - SKTKJSistem suria YEAR 4 - SKTKJ
Sistem suria YEAR 4 - SKTKJ
 
Kuiz galeri sejarah 3 tokoh tempatan
Kuiz galeri sejarah 3   tokoh tempatanKuiz galeri sejarah 3   tokoh tempatan
Kuiz galeri sejarah 3 tokoh tempatan
 
Kuiz galeri sejarah 2
Kuiz galeri sejarah 2Kuiz galeri sejarah 2
Kuiz galeri sejarah 2
 
Kuiz galeri sejarah
Kuiz galeri sejarahKuiz galeri sejarah
Kuiz galeri sejarah
 
Tempat menarik pasca upsr 2012
Tempat menarik pasca upsr 2012Tempat menarik pasca upsr 2012
Tempat menarik pasca upsr 2012
 

Kajian tindakan sktkj 2013

  • 1. JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR LAPORAN KAJIAN TINDAKAN Kaedah “Towering” - Meningkatkan Penguasaan Mengenal dan Mengecam Hari Dalam Seminggu Di Kalangan Murid Pemulihan Khas LINUS Oleh: Nur Farah Adlin Binti Abd. Halim PEMULIHAN KHAS LINUS SK TAMAN KOTA JAYA, JALAN KUINI, TAMAN KOTA JAYA 81900 KOTA TINGGI, JOHOR
  • 2. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid LINUS Tahun 2 Gemilang dalam mengenal dan mengecam hari sebelum dan selepas dalam seminggu. Seramai lima orang murid dan seorang guru yang terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam menamakan hari sebelum dan hari selepas dalam seminggu secara spontan. Empat sesi pengajaran dan pembelajaran (40-50 minit setiap sesi) telah dijalankan dalam tempoh 7 minggu iaitu murid belajar kemahiran tersebut melalui model konkrit dan modul latihan interaktif secara berkumpulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid lebih berminat untuk menamakan hari sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Modul latihan interaktif telah membantu murid mengatasi masalah mereka. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas untuk menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu perlu diperkukuh pada peringkat pra-sekolah. Penggunaan model konkrit boleh membantu murid memahami konsep ini dengan lebih jelas.
  • 3. PENGHARGAAN Dikesempatan ini, saya ingin mengambil peluang bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak majikan saya iaitu SK Taman Kota Jaya kerana telah memilih saya untuk menjalankan Kajian Tindakan bagi tahun 2012 ini. Saya berasa berbesar hati menjalankan Kajian Tindakan ini kerana secara tidak langsung saya dapat memajukan selangkah ke hadapan pencapaian akademik murid-murid kelas saya . Penghargaan ini ditujukan khas kepada Puan Guru Besar SK Taman Kota Jaya iaitu Pn. Azizah bt. Che Awang, barisan guru-guru penolong kanan iaitu Pn. Zaliah bt. Abu Hamid (GPK 1), Pn. Zakiah bt. Ahmad (GPK HEM), En. Yazid b. Zakaria (GPK Koko) dan Pn. Ngatina bt Senen (GPK Petang) yang telah memberi semangat dan kata-kata perangsang kepada saya dalam menjayakan kajian ini. Selain daripada itu, tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan Guru Pemulihan Khas SK Taman Kota Jaya, Pn. Rosniza bt. Sulieman kerana banyak membantu dari segi idea dan pendapat yang bernas. Beliau juga tidak kedekut berkongsi ilmu kerana telah lama berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas di sekolah ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan murid-murid yang telah terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan Kajian Tindakan saya pada kali ini. Tenaga dan masa yang telah kalian luangkan untuk saya amat saya hargai. Jasa dan budi baik kalian tidak akan saya lupakan. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan budi baik kalian.
  • 4. KAEDAH “TOWERING” - MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGENAL DAN MENGECAM HARI DALAM SEMINGGU DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS LINUS
  • 5. 1.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Pemulihan Khas LINUS Tahun 2 seramai lima orang. Setiap hari sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, soalan yang pertama diajukan oleh saya kepada mereka adalah hari tersebut adalah hari apa dan berapa haribulan. Majoriti daripada soalan tersebut saya mendapati murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul dan apa yang saya agak menjadi kenyataan kerana apabila tiba pada Konstruk 6 Numerasi, saya menghadapi masalah untuk memberi kefahaman kepada murid mengenai turutan hari dalam seminggu. Apatah lagi untuk mencapai objektif pelajaran supaya murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul dan tepat. Apabila soalan mengenai hari ini hari apa diajukan kepada mereka, dengan semberono mereka menjawab apa sahaja hari yang terlintas di fikiran mereka. Maka dengan itu, saya memikirkan apakah cara yang perlu diberikan kepada murid-murid ini agar dapat mengingat turutan hari dalam seminggu dan secara tidak langsung dapat menamakan hari selepas atau sebelum dalam seminggu. 2. ISU KEPRIHATINAN Kajian ini berfokus kepada tajuk Menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu. Murid-murid ini tidak boleh menguasai tajuk ini disebabkan oleh kelemahan dalam ingatan dan pengamatan. Saya sebagai pengkaji akan mengambil langkah untuk menarik minat dan meningkatkan penguasaan murid-murid dengan memperkenalkan kaedah “Towering”. Melalui kaedah ini dapat diharap dapat membantu murid-murid meningkatkan daya ingatan dan pemahaman yang lebih supaya lebih cekap dan peka terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian di sekeliling mereka. Penyemakan kerja murid dengan pengulangan dan latih tubi yang terancang boleh membantu. Saya sebagai pengkaji harus memikirkan satu pendekatan yangdapat menarik minat mereka untuk belajar serta boleh menimbulkan rasa seronok dan dalam masa yang sama boleh meningkatkan motivasi murid supaya menjadi lebih cemerlang dan efektif terhadap pembelajaran.
  • 6. 3. OBJEKTIF KAJIAN 3.1. Objektif umum Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu . 3.2. Objektif Khusus • Murid dapat mengenalpasti dan membezakan hari-hari yang ada dalam seminggu dengan betul. • Murid dapat menyebut dan menulis hari dalam seminggu dengan betul. • Meningkatkan keyakinan murid dalam menulis hari dalam seminggu. • Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih menyeronokkan. • Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran. 4. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seramai lima orang murid Pemulihan Khas LINUS Numerasi Tahun 2 yang terdiri daripada empat orang murid lelaki dan seorang perempuan. Kesemua murid ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Murid-murid ini masih belum dapat menamakan hari sebelum dan selepas dalam seminggu dengan betul. Permasalahan ini diperolehi melalui pemerhatian semasa berlangsungnya sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
  • 7. 5. PELAKSANAAN KAJIAN Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu, saya telah melaksanakan proses seperti yang berikut: 5.1 Tinjauan Masalah Dalam melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan tiga pendekatan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid iaitu : 5.1.1. Pemerhatian semasa P&P di dalam kelas Murid – murid tidak dapat menamakan hari dengan betul apabila ditanya oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, mereka akan bertanya hari kepada saya terlebih dahulu apabila hendak membuat latihan di dalam buku tulis kerana mereka perlu menulis hari dan tarikh terlebih dahulu. Kebanyakan daripada mereka hanya dapat mengingati hari hujung minggu sahaja. 5.1.2. Soalan latihan Saya telah menyediakan 1 set soalan latihan kepada murid-murid mengenai turutan hari dalam seminggu. Mereka dikehendaki mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Pelbagai bentuk jenis soalan yang dikemukakan untuk memberi murid pilihan jawapan. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.2.1 Pemerhatian semasa P&P di dalam kelas Saya mendapati murid masih tidak dapat menamakan hari dengan betul walaupun telah berada pada Tahun 2. Apabila ditanya, ada jawapan yang diberikan namun jawapan tersebut bukanlah seperti yang diharapkan. Mereka hanya menjawab sambil lewa dan tidak mengambil berat ke atas jawapan yang telah diberikan kepada guru.
  • 8. Itu belum lagi kepada menamakan hari sebelum dan hari selepas. Jawapan yang diperolehi juga amat mendukacitakan. Apabila ditanya, mereka berebut-rebut untuk memberikan jawapan. Namun yang demikian, apabila guru bertanya secara individu tiada langsung jawapan yang diperolehi daripada murid. 5.2.2 Soalan latihan Hasil dapatan melalui soalan latihan yang dikemukakan pula, jawapan yang diperolehi adalah sangat tidak memuaskan. Ini adalah kerana murid-murid ini mempunyai kekangan lain iaitu masih belum lancar membaca. Apabila guru tidak membacakan arahan soalan, mereka menjawab sambil lewa sahaja soalan tersebut kerana tidak memahami kehendak soalan. Namun yang demikian, apabila guru mengambil inisiatif untuk membacakan arahan kepada murid, barulah mereka memahami kehendak soalan. 5.3 Tindakan yang dijalankan Sehubungan dengan itu melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan soalan latihan yang telah dijalankan, saya telah menjalankan ujian pra yang sesuai dengan aras murid-murid ini. Saya mendapati pelbagai ragam dan kerenah yang perlu dihadapi kerana murid-murid ini seperti hilang punca dan arah apabila diminta menjawab set soalan yang diedarkan. Maklumat berikut diperolehi daripada set soalan ujian pos yang telah dijalankan ke atas mereka berlima. Markah penuh adalah 8. Rajah 1 : Skor Murid bagi Ujian Pra
  • 9. Analisis Item Soalan Ujian Pra Murid / 1 2 3 4 5 6 7 8 Soalan A / / B / / C / D / / / E / Jadual 1 : Analisa Item bagi Ujian Pra Aktiviti B : Permainan “Toot - tootttttttt” • Langkah 1 1. Guru menampal gambar kepala keretapi di papan putih di hadapan kelas. 2. Murid-murid diberikan kad hari yang berupa bentuk kotak hadiah. 3. Murid menyusun turutan hari dengan menampal pada papan putih mengikut turutan hari. • Langkah 2 • Murid membaling dadu bagi mendapatkan watak kartun. • Murid menampal watak kartun yang diperolehi pada kad hari di papan putih mengikut hari seperti yang telah diberitahu oleh guru sebelum ini. • Murid membaling dadu secara bergilir-gilir sehingga kesemua watak kartun pada dadu ditampal pada kad hari. • Langkah 3 • Murid meneka hari apakah yang tiada watak kartun. Murid yang berjaya meneka hari dengan betul akan diberikan ganjaran hadiah. PEMERHATIAN
  • 10. Murid melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti ini kerana ini melibatkan penggunaan jasmani mereka. Selepas murid-murid menampal turutan hari dalam seminggu di papan putih, mereka diminta menyebut kembali hari-hari tersebut secara beramai-ramai. Aktiviti diteruskan dengan permainan melontar dadu. Mereka berasa seronok apabila nama mereka dipanggil oleh guru bagi membuat lontaran dadu. Pada mulanya murid agak lambat untuk membuat tampalan watak kartun pada hari yang terdapat di papan putih kerana masih belum biasa lagi dengan padanan hari dengan watak kartun yang telah saya berikan sewaktu awal pengajaran. Namun, permainan menjadi semakin hangat apabila turutan hari dalam seminggu semakin melekat dalam kepala mereka. Permainan menjadi bertambah seronok apabila rakan-rakan turut memberi bantuan jawapan kepada murid. REFLEKSI Pendekatan pembelajaran dengan menggunakan sesuatu yang dekat dalam kehidupan seharian murid-murid dapat menimbulkan minat dan menarik perhatian mereka untuk belajar. Konsep turutan hari dalam seminggu yang ditanam dalam minda murid dengan penggunaan watak kartun yang murid dapat lihat dalam kehidupan seharian membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menarik. Aktiviti C : Courseware
  • 11. Langkah 1  Guru menayangkan soalan interaktif menggunakan Microsoft Office Powerpoint 2007 melalui projektor kepada skrin.  Courseware ini terdiri daripada dua set soalan iaitu • Menyusun hari dalam seminggu mengikut turutan. • Menulis hari dalam seminggu mengikut turutan. • Langkah 2  Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan secara bergilir-gilir menggunakan komputer riba yang disediakan.  Bagi set soalan Menyusun hari dalam seminggu mengikut turutan, murid dikehendaki memilih hari daripada pilihan jawapan yang disediakan dengan mengklik pada hari yang dikehendaki.  Jika betul, jawapan yang dipilih akan masuk ke dalam kotak jawapan yang disediakan. Tetapi jika pilihan jawapan murid salah, murid akan diminta mencuba lagi sehingga jawapan yang betul diperolehi.  Setelah kesemua jawapan dilengkapkan, murid diminta menyebut turutan hari dalam seminggu seperti yang dipaparkan. • Langkah 3  Bagi set soalan Menulis hari dalam seminggu mengikut turutan, murid dikehendaki mengisi diruang kosong dengan menaip pada papan kekunci berdasarkan watak kartun yang dipaparkan.  Kemudian murid perlu menekan butang “Semak jawapan” bagi menyemak jawapan yang telah dimasukkan.  Jika jawapan yang diberikan tidak tepat, murid diminta mencuba lagi sehingga jawapan yang betul diperolehi dengan menekan bebutang “Padam jawapan”.
  • 12. PEMERHATIAN Saya menggunakan pendekatan ICT dalam aktiviti yang terakhir ini bagi mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran murid-murid saya dalam kelas. Walaupun murid yang diberi peluang untuk menjawab set soalan interaktif yang disediakan tidak pasti dengan jawapan yang betul, namun sikap ingin cuba dan ingin tahu serta mendapat bantuan daripada rakan sekelas, murid ini menjadi bertambah semangat untuk cuba menjawab soalan yang dikemukakan. Walaupun semua jawapan yang diperolehi adalah berbantukan dengan susunan kotak mengikut turutan, mereka dapat belajar untuk mengeja dan membunyikan hari dengan betul. Set soalan secara interaktif ini juga diperhatikan dapat membantu murid-murid untuk memberikan jawapan yang betul kerana set soalan yang digunakan adalah dua hala di mana murid mendapat tindak balas terhadap pilihan jawapan yang dipilih. Jika jawapan murid salah, maka murid akan diberitahu bahawa pilihan jawapannya adalah salah. Jika jawapan yang diberikan adalah betul ,maka courseware akan memberitahu bahawa pilihan jawapan murid adalah betul. Murid dapat membuat tindakan terus melalui pilihan jawapan yang telah dibuat. REFLEKSI
  • 13. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman murid dengan lebih cepat. Mereka dapat mencuba jaya sendiri setiap soalan yang dikemukakan tanpa pemantauan guru setiap masa kerana courseware yang digunakan oleh murid-murid dapat memberikan tindak balas segera terhadap pilihan jawapan yang telah dibuat. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan murid-murid terhadap guru semasa latihan menjawab soalan kelak. Ianya dapat meningkatkan keyakinan murid dalam menjawab soalan yang dikemukakan.Data ini diperolehi selepas murid menjalani ujian pos. Skor penuh adalah 8. Rajah 2 : Skor Murid bagi Ujian Pos 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti yang dijalankan : Sebanyak tiga aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu di kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah: Aktiviti A : “Towering”
  • 14. Langkah 1 1. Guru menunjukkan tujuh kotak yang berbeza ketinggian kepada murid. 2. Setiap kotak dibalut dengan warna yang berbeza dan ditampal dengan watak kartun yang berbeza. • Langkah 2 1. Guru meminta murid menyusun kotak-kotak tersebut mengikut susunan paling rendah kepada yang paling tinggi. 2. Guru menerangkan bahawa setiap kotak mewakili hari yang berbeza. Guru mengaitkan watak kartun yang berbeza bagi setiap hari yang ada dengan tujuan murid lebih senang mengingati turutan hari berdasarkan watak- watak kartun yang digunakan. PEMERHATIAN Guru memastikan murid berada dalam kesediaan untuk belajar terlebih dahulu dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang boleh menarik perhatian mereka. Ketika guru memberikan penerangan, murid-murid memberikan perhatian dan kerjasama yang baik apabila kesemua mereka melibatkan diri dalam menjalankan aktiviti permainan yang disediakan. Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan watak kartun yang begitu sinonim dengan kanak-kanak. 5.5 REFLEKSI KAJIAN
  • 15. REFLEKSI KAJIAN TERHADAP PELAJAR Melalui pemerhatian saya, setelah murid-murid ini menjalani aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu mereka didapati menjadi lebih cepat memberi tindak balas apabila diajukan soalan mengenai turutan hari dalam seminggu. Walaupun ada seorang daripada mereka yang masih tidak dapat memberikan jawapan seperti yang dikehendaki, namun secara keseluruhannya mereka menunjukkan hasil yang positif. Melalui ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan ke atas mereka, saya mendapati terdapat perubahan besar dalam aspek kemahiran menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu. Melalui ujian pra, jawapan yang diperolehi adalah sangat mendukacitakan. Walaupun murid-murid ini mempunyai kekangan belum boleh membaca arahan yang diberikan, saya mengambil inisiatif dengan membacakan arahan kepada mereka. Walaupun dengan bantuan dan bimbingan seperti itu masih belum dapat membantu murid-murid menjawab soalan dengan betul. Namun yang demikian, setelah mereka menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, maklumat yang diperolehi daripada ujian pos amat memberangsangkan. Walaupun hanya seorang murid yang keciciran dalam peratus peningkatan penguasaan kemahiran, ini menunjukkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran mancapai objektif apabila empat daripada lima orang murid dapat menguasai kemahiran menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu. Keyakinan diri mereka lebih meningkat apabila saya mengajukan soalan mengenai hari ini hari apa kerana mereka akan memberikan respon yang cukup baik. Ini menunjukkan mereka berminat untuk belajar sesuatu yang baru apabila kita menggunakan perkara-perkara yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. REFLEKSI KAJIAN TERHADAP GURU
  • 16. Pada awal proses, saya agak buntu untuk memikirkan apakah cara yang paling sesuai digunakan untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran menamakan hari sebelum atau selepas dalam seminggu. Namun yang demikian, apabila idea diperolehi saya tidak teragak-agak untuk meneruskan proses pembinaan dan pembangunan idea ini ke atas murid- murid kelas saya dengan harapan dapat membantu mereka kelak. Proses menyiapkan kajian tindakan ini telah banyak menyedarkan saya bahawa dengan menggunakan bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan tahap dan aras kemahiran murid sebenarnya dapat menarik minat murid untuk belajar dan meningkatkan kefahaman asas mereka mengenai konsep dalam sesuatu kemahiran. Secara tidak langsung, saya sebagai guru dapat mencapai objektif pembelajaran dan murid juga mendapat manfaat daripada bahan bantu belajar yang telah disediakan untuk mereka. REFLEKSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG TELAH DIJALANKAN Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dengan adanya bantuan daripada bahan bantu belajar yang telah guru bangunkan untuk kegunaan murid-murid. Kawalan kelas menjadi lebih baik di mana murid-murid lebih mudah untuk dikawal, lebih mendengar kata dan lebih bersedia untuk belajar. Mereka menunjukkan minat yang lebih untuk belajar kerana semangat yang berkobar-kobar. Ini adalah kerana guru menyebut perkara yang tidak asing kepada mereka. Murid lebih berkeyakinan tinggi untuk menjawab setiap soalan yang guru kemukakan. Kesimpulannya, sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih santai dan kondusif. REFLEKSI
  • 17. Pada pendapat saya, sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini dapat berjalan dengan lancar kerana saya telah menggunakan pendekatan yang sesuai dengan murid-murid bagi menarik minat dan perhatian mereka dalam kelas. Murid dapat menyebut turutan hari dalam seminggu dengan baik. Namun apabila ditanya mengenai hari sebelum atau selepas, masih ada di antara murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Namun yang demikian, penggunaan watak kartun untuk sesi pembelajaran dan pengajaran bukanlah satu model yang baik kepada kanak-kanak. Diharap saya dapat menggunakan bahan lain yang lebih bersesuaian dan lebih bermoral dengan perkembangan kanak-kanak. 6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kajian tindakan seterusnya yang akan saya jalankan ialah berkaitan dengan isu tambah dalam lingkungan 18 bagi murid-murid Pemulihan Khas LINUS. Diharap supaya saya dapat memikirkan kaedah dan pendekatan terbaik bagi menarik minat murid LINUS untuk belajar Matematik dan menguasai konsep asas tambah.
  • 18. BIBLIOGRAFI Abu Osman Bin Md Tap (1994) Pengajaran Matematik Berkesan: Antara Harapan Dan Cabaran, Kuala Lumpur, Yayasan Pelajaran Mara. Gareth Lewis (1995) Successful Problem Solving in a week, Cottingham Road Corby, Institute Of Management. Mok Soon Sang (1989) Psikologi, Strategi Pengajaran Dan Penilaian Matematik, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Norsalfiliza dan rakan (1988) Sistem Pembelajaran Matematik Yang Berkesan, Serdang, Universiti Pertanian Malaysia. Salihan Siais (1994) Peranan Ibu Bapa Dan Persekitaran Untuk Meningkatkan Prestasi Pelajar Bumiputera Dalam Bidang Matematik, Kuala Lumpur, Yayasan Pelajaran Mara.