2. APA ITU
DASAR?
• Satu kenyataan mengenai hasrat
bagi mencapai sesuatu maksud
dan kehendak
• Satu pengisytiharan (hasrat dan
ideologi kerajaan) yang dibuat dari
semasa ke semasa untuk
menyelesaikan masalah/
mendapatkan hasil dan mencapai
objektif yang disasarkan
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
4. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
• DPN telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohammad
pada 17 Jun 1991
• Diperkenal menggantikan DEB dengan pengekalan matlamat
serampang 2 mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat ke arah mengukuhkan perpaduan negara
• Dimensi baru DPN adalah
1. memberi penekanan kepada strategi pembasmian kemiskinan
2. Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera
3. Menggalakkan penglibatan sektor swasta
4. Menumpukan proses pembangunan sumber manusia, sistem nilai
dan etika
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
5. • OBJEKTIF UTAMA DPN:
1. Matlamat terakhir DPN adalah perpaduan negara
2. Mencapai taraf negara maju secara holistik dari segi keadilan sosial,
nilai,etika dan moral, kestabilan politik dll
• STRATEGI DPN:
1. Mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan
2. Pembangunan yang seimbang bagi sektor utama ekonomi
3. Mengurang & menghapuskan ketaksamaan sosial dan ekonomi
negara
4. Menggalak & memperkukuhkan integrasi nasional
5. Membangunkan masyarakat yang progresif
6. Memajukan sumber manusia negara
7. Menjadikan sains & teknologi seabagi teras perancangan
pembangunan negara
8. Mengutamakan perlindungan alam sekitar dan ekologi Malaysia
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
6. •
1.
2.
3.
4.
5.
Program pelaksanaan DPN:
Pencapaian yang berkualiti dan berkekalan
Persaingan dalam pasaran antarabangsa
Wawasan 2020
Pembasmian kemiskinan
Penyusunan semula masyarakat
Rumusan:
• DPN masih mengekalkan matlamat utama DEB untuk mengurangkan
ketidakseimbangan ekonomi berasaskan pembangunan yang
seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan
sosial dan mengukuhkan perpaduan negara
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
7. DASAR WANITA NEGARA
RASIONAL
•
•
•
•
Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan
politik negara, kerajaan mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu
dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan
supaya potensi wanita dapat dioptimumkan.
Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatankegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Ini memerlukan satu dasar bagi memberi
panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya
kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan
mereka dalam proses pembangunan negara.
Kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam tahun 1989 dengan
tujuan memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke arah membantu penyertaan
wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih bermakna.
DWN menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita
dalam proses pembangunan negara
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
8. OBJEKTIF DASAR WANITA NEGARA
1. Membangun potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan
masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat
serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara;
2. Menyediakan persekitaran yang kondusif, termasuk penggubalan dasar dan
perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup
wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan,
psikologi dan kerohanian;
3. Membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat
dalam semua sektor;
4. Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat
keputusan di semua peringkat;
5. Mencapai perkongsian saksama antara wanita dengan lelaki dalam memperoleh
dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat
pembangunan; dan
6. Meningkat dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dengan
lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi keluarga serta
membangunkan komuniti dan masyarakat.
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
9. STRATEGI PELAKSANAAN
1.
2.
3.
Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) Sebagai
Jentera Pembangunan Negara jentera negara bagi kemajuan
wanita ialah HAWA yang kini diletakkan di bawah Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial
Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan
Supaya Memasukkan Proses Perancangan, Pelaksanaan dan
Pengawasaan Program-program Pengintegrasian Wanita
Pendidikan dan Latihan Untuk Menyedarkan Pihak
Pentadbiran Kerajaan Mengenai Isu Wanita. Bagi membangkitkan
kesedaran dan komitmen institusi dan agensi kerajaan, program
latihan kepekaan jantina di pelbagai peringkat hendaklah diadakan
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
10. RUMUSAN
• Kejayaan dasar ini bergantung kepada komitmen dan sokongan
semua pihak terutama kepimpinan tertinggi serta kerjasama agensi
kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil.
Kesediaan semua pihak untuk menerima anjakan paradigma
merupakan prasyarat kepada kejayaan pelaksanaan Dasar Wanita
Negara dan PTPW.
• Dasar Wanita Negara merupakan dasar pembangunan sosioekonomi yang merangkumi falsafah, inspirasi dan aspirasi wanita
daripada pelbagai peringkat umur, lapisan masyarakat dan semua
sektor. Pelaksanaan dasar ini menjadi agenda utama kerajaan untuk
mewujudkan sebuah masyarakat yang maju, dinamik dan berdaya
saing serta penyayang, adil dan saksama.
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
11. STRATEGI PELAKSANAAN
4.
5.
6.
Menjalankan penyelidikan mengenai aspek gender bagi menjana
pendekatan inovatif dan kreatif dalam penggubalan dasar dan
perancangan serta pelaksanaan program.
Melaksanakan sepenuhnya pengumpulan, penganalisaan dan
pengaplikasian data dan maklumat oleh agensi-agensi kerajaan,
pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan mengikut pecahan
jantina untuk tujuan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan
penilaian program.
Meningkatkan kapasiti dan keupayaan wanita dalam semua
bidang bagi memastikan penglibatan mereka yang berkesan dalam
pembangunan ekonomi dan sosial negara, termasuk penglibatan
dalam politik dan proses membuat keputusan.
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
12. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
RASIONAL
• Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa
mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan
identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan
berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan
keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan
suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini
mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila
Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu,
langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan
kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan
mempunyai matlamat-matlamat sendiri
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
13. OBJEKTIF DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam
Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem
pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan
politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam
melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan
kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah
mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah
berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat,"
istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi
keperluan ekonomi.
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
14. STRATEGI PELAKSANAAN
(a)
Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang utama
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia
bagi semua jenis sekolah
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan
bersepadu
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi
perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik
dan kawasan luar bandar atau pendalaman
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
15. (h)
Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun
1978
(i)
Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan
di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan
dan sains gunaan
(j)
Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
(k)
Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai
mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan
memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasabahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
(l)
Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap,
puteri Islam dan lain-lain.
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
16. RUMUSAN
• Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung
keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan.
• Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara
perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk
dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu
seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya.
• Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang
terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak
bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja.
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
17. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
RASIONAL
• Dasar ini digubal sebagai garis panduan dalam membentuk,
mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia
antarabangsa.
• Penggubalan dasar ini juga dibuat dengan mempertimbangkan faktafakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini
sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan
sejak dua ribu tahun yang lampau serta peranannya sebagai sebuah
pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan,
penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai
kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur
kebudayaan dunia.
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
18. PRINSIP-PRINSIP ASAS DASAR KEBUDAYAAN
1.
Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini yang
merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura,
Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik
(Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah
merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya
Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan
dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan
ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu
yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca).
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
19. 2.
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh
diterima. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa
berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara
berterusan dan prinsip ini sangat bertepatan dengan situasi
penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya
3.
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada
Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan
negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi
mulia.
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
20. OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
• Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
• Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
sosioekonomi.
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
21. DASAR WAWASAN NEGARA
• merupakan Rancangan Rangka Panjang Ketiga (RRJP3)
tumpu kepada peningkatan keutuhan dan daya saing
negara
• meningkat kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan
tinggi yang mampan supaya rakyat menikmati kemakmuran
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
22. RASIONAL
• membangunkan Malaysia sebagai negara bermasyarakat
berpengetahuan
• menjana pertumbuhan yang didorong sumber dan kekuatan
tempatan
menjadikan pertanian, pembuatan dan perkhidmatan yang
lebih dinamik
• mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan dan
pemilikan ekuiti 30 peratus menjelang 2010
meningkat penyertaan bumiputera dalam sektor utama
ekonomi
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
23. OBJEKTIF DASAR WAWASAN NEGARA
• membina bangsa berdaya tahan
• menggalak pengwujudan masyarakat yang saksama melalui
pembasmian kemiskinan dan pengurangan kesetidakimbangan di
kalangan dan kumpulan etnik wilayah
• mengekal pertumbuhan ekonomi yang tinggi
• mempertingkat daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi
dan liberalisasi
• membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
• mengukuhkan pembangunan sumber manusia
meneruskan pembangunan alam sekitar
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
24. DASAR BELIA NEGARA
• Dasar ini digubal untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi
belia di samping mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara
• Untuk mencapai matlamat ini, beberapa program dan aktiviti yang
boleh meningkatkan kemahiran para belia dalam bidang kepimpinan,
perniagaan dan vokasional
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
25. PRINSIP-PRINSIP DASAR BELIA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Mengamalkan prinsip Rukunegara
Mewujudkan semangat perpaduan dan sukarelawan
Mewujudkan sifat-sifat kepimpinan yang matang
Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara
Membina moral yang tinggi dan sikap mementingkan kesihatan
Mencapai taraf keilmuan yang luas dan mendalam
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana
26. PELAN INTEGRITI NASIONAL
Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan
yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia
dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya
etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat
Malaysia.
Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April
2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempat Wawasan
2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciriciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai
keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur
27. OBJEKTIF PELAN INTEGRITI NASIONAL
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka
dapat bekerjasama dalam usaha besar
2. membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti,
bermoral dan beretika;
3. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor
dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya
masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;
4. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota
masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang
menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
5. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan
negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
6. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha
menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan
lebih berkesan.
MPW1133/2133 Pengajian Malaysia Sharliana