SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 17
SME 6044
Contemporary Issues in Mathematics Education




                  ASSIGNMENT 1
           6. Teaching Approaches




MATRIC NUMBERS:    M20111000344

                   M20111000345

                   M20111000346
NAME        :      NUR AZURA BT AZUDDIN
                   NORATINI BT MUKHTAR
                   DANIEL @ DANIAL B HARUN




                                               1
Pengenalan

       Sebagai seorang guru pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi tunjang utama

dalam profession perguruan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, persoalan yang menjadi

keutamaan adalah adakah seseorang guru itu memahami gaya pembelajaran pelajar-pelajar

yang terdiri daripada pelbagai tahap, persekitaran dan sebagainya. Guru disarankan

melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka supaya dapat disesuaikan dengan gaya

pembelajaran pelajar tetapi amalan para guru masih tidak lagi berubah. Guru sering

meluahkan kekecewaan atas sikap pasif pelajar menerima pengajaran mereka seterusnya

menyebabkan pencapaian pelajar kurang memuaskan kerana tidak dapat menguasai

sepenuhnya apa yang diajar di dalam kelas. Memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar

dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan

kekecewaan pelajar tersebut (Raiff, 1992).



       Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dibuat oleh

para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guru-guru

tetap dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala “chalk and talk”. Kenyataan tersebut

juga disokong oleh Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal

dengan peranan lama mereka sebagai pengajar. Sementara itu, guru-guru masih

membahaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah peperiksaan semata-mata (Mohd

Majid Konteng, 1997).



       Oleh sebab itu peranan guru penting dalam menentukan pendekatan pengajaran

termasuk gaya pengajaran, teknik dan kaedah. Pengajaran ialah sesuatu proses yang

melibatkan interaksi dua hala di antara pengajar dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran Strategi dan teknik pengajaran mengandungi unsur sains dan unsur seni serta

                                                                                         2
bakat mengajar guru (Mok Soon Sang,2008). Gaya pengajaran boleh didefinisikan sebagai

pendekatan yang diambil oleh guru untuk mengajar dan biasanya mengambarkan pegangan

atau falsafahnya tentang pengajaran tersebut. Di dalam konteks pendidikan, konsep

pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu

mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Terdapat guru lebih suka mengamalkan

pendekatan yang menekankan hubungan mesra serta interaksi dua hala dalam pengajaran dan

ada pula yang menekankan aktiviti dan penyiasatan (inkuiri) dalam pengajarannya. Gaya

pengajaran dapat dilihat sebagai satu corak keperluan, kepercayaan dan sikap guru yang

ditunjukkan di dalam kelas (Grasha,1996).



        Abd Rahim Abd Rashid (1998), merumuskan kaedah pengajaran guru dan

pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti:

(i)        guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar

          dengan lebih menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan

          dan apresiasi sesuatu mata pelajaran dalam kehidupan pelajar.

(ii)      Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang melibatkan

          guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat

          bantuan terkini seperti penggunaan komputer, ‘software’ atau internet.

(iii)     Pelajar-pelajar perlu didedahkan atau diberi bimbingan melalui gaya pembelajaran

          dengan pengumpulan data atau maklumat dan cara satu bahan itu disusun atau

          dianalisis.

(iv)      Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang dipelajar, gaya

          pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran seharusnya sentiasa mengaplikasikan

          apa yang dipelajari kepada situasi baru adalah amat perlu dilakukan oleh pelajar.




                                                                                              3
(v)       Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran perlu menarik

          minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kritera ini amat penting menjadikan

          pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk

          mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan

          metodologi pengajaran yang bersifat ‘spoon feed’, induktif dan khutubah yang

          hanya mementingkan supaya pelajar menerima apa sahaja apa yang disogok oleh

          guru telah tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya

          belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang

          berlaku dalam masyarakat moden.

       Oleh yang demikian, gaya pengajaran guru perlu berubah kepada bentuk gaya

pengajaran lain seperti gaya pengajaran inkuiri yang boleh memantapkan gaya pembelajaran

dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik. Cara pengajaran tradisional tidak boleh

membantu pelajar dalam mempraktikan gaya pembelajaran yang berkesan.



       Seorang guru yang terlatih sudah mempelajari pelbagai jenis gaya pengajaran

antaranya induktif, deduktif, elektif, intergratif dan sebagainya bergantung kepada mata

pelajaran yang terlibat. Malangnya adakah guru-guru mengaplikasikan gaya pengajaran yang

sesuai supaya selari dengan gaya pembelajaran pelajar.



Isu-isu Gaya Pengajaran dalam Matematik



       Matematik selalu dianggap sebagai ‘killer subject’ oleh para pelajar. Kebanyakan ahli

bukan Matematik seperti ahli sosiologi, psikologi, pengurus sekolah dan mahupun guru itu

sendiri menganggap Matematik adalah statik dan terhad kepada pengiraan seperti yang

terkandung dalam kebanyakan buku teks sekolah (Barbeau, 1989). Di sini dapat diandaikan

                                                                                          4
persepsi masyarakat terhadap Matematik merupakan pengiraan semata-mata yang bertujuan

untuk mendapatkan nilai. Pelajar dikatakan mahir Matematik jika pelajar tersebut dapat

mencari jawapan yang betul yang merupakan nilai sahaja.



       Tanggungjawab seorang guru adalah untuk memindahkan pengetahuan Matematik

mengikut pedagogi yang efisyen dan mengharapkan pelajar untuk menyerap dengan cara

yang berkesan, guru adalah sebagai agen pemindahan kandungan Matematik (Nik Azis Nik

Pa, 1985;1986). Pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan dalam keadaan statik

(Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2005). Perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia

mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Isi kandungan sebelum tahun 70-an lebih

banyak menekankan kepada pengiraan. Pendekatan pengajaran yang telah digunakan efektif

bagi mengukur keupayaan pelajar dalam menghasilkan algorithm tetapi tidak efektif untuk

menyediakan pelajar ke arah pemikiran secara Matematik. Pada penghujung 70-an,

kurikulum diperkenalkan dengan program Matematik moden dengan lebih menekankan

pendekatan pengajaran yang menjurus memahami konsep dan pada pengiraan juga. Guru-

guru digalakkan untuk menggunakan kaedah inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran

mereka. Seterusnya dalam tahun 80-an, kurikulum Matematik mengalami perubahan dengan

melihat falsafah dan matlamat pendidikan Matematik di sekolah rendah dan menengah yang

akan menyebabkan terhasilnya silibus yang menekankan keseimbangan antara kemahiran dan

kefahaman. Hal ini lebih menjurus kepada konsep penyelesaian masalah yang diguna pakai

dalam kehidupan seharian.



       Jika dilihat, kurikulum mengalami perubahan sejajar dengan perubahan di sekeliling

pelajar. Pada zaman teknologi yang canggih ini, pelajar didedahkan tidak hanya terhad




                                                                                        5
dengan penggunaan kemahiran yang dipelajari seperti dalam Matematik tradisional tetapi

terlibat dalam pemikiran aras tinggi (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2005).



       Kurikulum mengalami perubahan tetapi adakah guru juga melakukan perubahan

dalam gaya pengajaran mereka selari dengan perubahan semasa? Kaedah ‘chalk and talk’

masih lagi menjadi kaedah utama dalam pengajaran yang disampaikan. Penggunaan kaedah

tersebut tidak menjadi kesalahan yang besar kerana terdapat tajuk-tajuk dalam Matematik

yang memerlukan kaedah tersebut tetapi penggunaannya masih berleluasa sehingga semua

tajuk diajar menggunakan kaedah tersebut. Sebagai contoh dalam menerangkan konsep

mendapatkan punca untuk persamaaan kuadratik, guru sememangnya memerlukan kaedah

‘chalk and talk’ untuk menerangkan dengan lebih berkesan tetapi masihkah relevan

penggunaan kaedah tersebut untuk tajuk yang melibatkan geometri sebagai contoh digunakan

untuk menerangkan kepada para pelajar? Oleh yang demikian, guru-guru dituntut untuk

menjadi lebih kreatif untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran mereka.




       Seterusnya isu yang menjadi bualan adalah mengenai penggunaan teknologi dalam

pengajaran dan pembelajaran Matematik. Impak daripada kepesatan teknologi maklumat (IT),

telah memberikan satu evolusi dalam dunia pendidikan masa kini. Pelbagai kaedah baru diperkenal

dan digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid

menjadi lebih bermakna (Jamalludin & Zaidatun 2003). Penggunaan multimedia dalam pendidikan

merupakan satu alternatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan merangsang

minda pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Vaughan (1998) menyatakan bahawa,

elemen-elemen dalam multimedia juga menyokong penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) serta

mampu merangsang penggunaan pelbagai deria manusia.




                                                                                                6
Kebaikan Teknologi


       Kita sedia maklum bahawa kepesatan pembangunan dalam bidang teknologi maklumat

banyak membantu manusia dalam memudahkan aktiviti harian mereka. Ini tidak terkecuali bagi

golongan guru-guru dan pelajar-pelajar bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Robin (2004), penggunaan teknologi dalam kelas matematik mambantu pengajaran guru dan

memahamkan pelajar. Melalui gambarajah atau pun pembentukan graf pelajar akan lebih jelas dan

lebih nampak apa yang dimaksudkan oleh guru. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Nor Azlan

Ahmad Zahari (2003),menurut responden, penggunaan ICT seperti CD Rom dan Courseware mampu

menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Didapati juga pelajar sangat-

sangat memberi perhatian terhadap pengajaran guru.Ini disokong oleh Robin dan rakan-rakan (2004)

dalam petikannya,


   “Technology empowers learners with tools to enhance their learning styles and make concepts

understandable and interesting.”


       Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Christica(1996) terhadap penggunaan mel

elektronik(e-mel) dan penerokaan maklumat di kalangan pelajar sekolah rendah mendapati

bahawa,selain daripada semangat belajar secara berkumpulan, para pelajar juga semakin mesra

dengan alat teknologi dan sentiasa berusaha meneroka alam maya.




       Nolan dan Mantin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran seperti menggunakan internet di

sekolah telah banyak membawa perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat

kajian dan lebih berfikiran kritikal. Tetapi pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan pelajar

berfikir secara kritikal masih tidak diamalkan dalam sistem pendidikan di negara kita. Kita masih

terlalu terikat dengan system peperiksaaan semata-mata yang sebenarnya banyak membantutkan

pemikiran pelajar-pelajar untuk berfikir secara kreatif dan berimaginasi. Walaupu guru-guru

digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar tetapi terdapat


                                                                                                   7
beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan

internet dalam p&p iaitu:


      •   Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam p&p. Aktiviti

          pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan

          dengan berkesan.

      •   Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru, sebaliknya guru akan sentiasa berusaha

          untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang ICT.

      •   Dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid, internet amat bermanfaat kepada guru dan

          murid serta ibu bapa khususnya dalam menghadapi cabaran ICT dan era globasisasi.



          Kita sedia maklum bahawa penggunaan teknologi sebagai salah satu medium yang digunakan

oleh guru-guru dalam pengajaran banyak membantu guru-guru. Walaupun begitu ada ramai juga

guru-guru yang tidak menggunakan pendekatan sebegini dalam pengajaran dan pembelajaran adalah

kerana:


(a)       Guru tidak mahir


      •   Kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa tahap penggunaan teknologi komputer

          di kalangan guru di kebanyakan sekolah adalah rendah.(Cuban,2001).

      •   Kebanyakan guru didapati tidak mahir mengendalikan LCD dan projektor.

      •   Kurang cekap atau tidak tahu mengendalikan software seperti Geometer Sketch

          Pad,Aotograph dll.

      •   Menurut laporan Becta dalam Peter D.John dan Steve Wheeler,2008,sekolah perlu

          mempunyai staf yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan bidang pengajaran.

(b)       Kekangan Masa


          Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Noor Azlan Ahmad Zanzali dan rakan-rakan didapati

bahawa antara faktor guru-guru pelatih UTM kurang menggemari kaedah pengajaran ICT adalah

disebabkan kekangan masa.Iaitu;

                                                                                                 8
i.   Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer,pergerakan pelajar adalah dari

           kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa,ini menyebabkan masa pengajaran

           berkurang.

  ii.      Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini

           kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas.

(c)        Kerosakan Peralatan ICT


           Dalam kajian ini juga mendapati guru-guru pelatih UTM kurang gemar guna ICT adalah

kerana tiada kemudahan yang disediakan atau kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti

projektor LCD.


(d)        Serangan Virus

           Masalah lain yang dihadapi oleh responden dalam kajian Noor Azlan Ahmad Zanzali dan

rakan-rakan,adalah masalah program komputer yang diserang virus dan menyebabkan komputer tidak

dapat berfungsi dengan baik. Dapatan ini disokong oleh Cleoborne D.Maddux, D.lamont Johnson dan

erry W.Willis,2003,dalam petikannya:


               ‘Suddenly the widespread of use of information technology has directly resulted in new

       ethical dilemmas…computer viruses (destructive programs that erase or damage data on the

       computer of unsuspecting computers users…’


(e)        Hanya Sesuai Untuk Sesetengah Tajuk


           Penggunaan ICT turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan. Penggunaan ICT hanya

diguna oleh guru untuk tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar contohnya transformation.

Melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk tertentu ini akan membantu memudahkan pemahaman

pelajar dalam tajuk yang diajarkan.




                                                                                                    9
(f)    Sikap negatif terhadap Teknologi


        Kajian menunjukkan bahawa sikap negatif terhadap penggunaan teknologi komputer

merupakan faktor utama yang menghalang guru-guru daripada mengintegrasikan penggunaan

teknologi dalam p&p.Antaranya:


   i.   Kurangnya keyakinan dalam menggunakan teknologi.(Pelgrum,2002)

  ii.   Pengalaman-pengalaman lampau yang negatif ketika gunakan teknologi komputer.

        (Snoeyik&Etmer 2001)

 iii.   Perasaan malu terhadap rakan sekerja dan para pelajar dan kurang pengetahuan utk selesaikan

        masalah-masalah teknikal.(Russel&Bradley,1997)

 iv.    Persepsi yang menunjukkan bahawa teknologi komputer tidak meningkatkan prestasi

        pembelajaran(Yuen&Ma,2002)

  v.    Persepsi bahawa teknologi komputer dianggap sebagai rumit dan sukar digunakan.

        (Cox&Preston,1999



        Pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan dua hala iaitu melibatkan interaksi

guru dengan pelajar. Seorang guru mesti mengetahui gaya pembelajaran pelajarnya supaya

dapat disesuaikan dengan gaya pengajaran (Abdullah Mohd Noor, 1998). Pengajaran dan

pembelajaran secara konstruktivisme, behaviourism, masteri, kalobaratif banyak ditekankan

untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana amalan tersebut lebih

menumpukan kepada pemusatan pelajar. Pembelajaran secara konstruktivisme lahir daripada

pandangan mengenai cara manusia belajar. Teori konstruktivisme mengatakan bahawa

pelajar membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa

yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka membentuk peraturan me1alui refleksi

mengenai interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek,

idea atau perkaitan yang tidak bennakna kepada mereka: mereka akan sama ada: (1)

Menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan sedia ada; atau (2)
                                                                                                10
Akan menyesuaikan dengan peraturan mereka sendiri untuk menerangkan maklumat baru

tersebut dengan lebih baik (Brooks & Brooks, 1993).



       Menurut Briner (2005) pelajar membina pengetahuan mereka dengan menguji idea

dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya

kepada situasi barn yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Hashwesh

(1996), telah menyenaraikan beberapa amalan guru yang mengamalkan konstruktivisme

dalam pengajarannya; (1) suka mengesan konsep alternative di kalangan pelajar, (2) pelbagai

strategi dan teknik pengajaran, (3) memilih dan menggunakan strategi pengajaran yang paling

berkesan untuk memperkenalkan sesuatu konsep, (4) sering menjalankan penilaian kendiri

terhadap amalan pengajarannya. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2004) merumuskan

beberapa prinsip asas iaitu teori konstruktivisme ialah pembelajaran melibatkan makna.

Makna perlu dibina oleh pelajar daripada apa yang dilihat dan didengar oleh mereka. Tafsiran

yang dibuat oleh pelajar mungkin berbeza daripada tafsiran guru. Pembinaan makna secara

kasarnya dipengaruhi oleh pengetahuan dan pengalaman lalu.



       Aplikasi pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan berupaya melahirkan

pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan

pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan pelajar lebih faham, lebih yakin, dan

lebih seronok untuk belajar sepanjang hayat. Oleh itu, pembelajaran konstruktivisme amat

wajar diapraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malangnya hal ini

jarang untuk berlaku. Salah satu faktornya adalah kekangan masa. Amalan konstruktivisme

memerlukan jangka masa yang panjang untuk pelajar membina pemahaman sendiri di mana

guru bertindak sebagai fasilitator. Guru-guru terkongkong dengan silibus. Silibus perlu




                                                                                         11
dihabiskan dalam jangka masa tertentu, maka wujudlah pengajaran ‘chalk and talk’. Pelajar

menerima maklumat dan guru bertindak sebagai pemindah maklumat.



        Berikut dinyatakan beberapa situasi dan secara kesimpulannya adalah berpunca

daripada tindakan guru dalam menguruskan pengajaran dan pembelajarannya;

(i)             “Pendidikan matematik yang tidak menyeronokkan, sukar difahami dan tidak

        tahu tentang penggunaannya dalam kehidupan harian mereka merupakan masalah

        yang sering diluahkan oleh kebanyakan pelajar”.

(ii)    “Majoriti pelajar menyedari tentang betapa penting mereka mesti menguasai

        matapelajaran matematik. Sebaliknya mereka menjadi tidak berminat dan bosan

        dengan matapelajaran matematik disebabkan cara matapelajaran itu diajar”.

(iii)   “Sebilangan besar guru matematik di sekolah tidak dapat menyesuaikan cara,

        pendekatan dan kaedah pengajaran bagi membantu pelajar membina kemahiran

        matematik”.

(iv)    “Pendekatan pengajaran matematik yang lemah dan tidak profesional menyebabkan

        kemahiran asas matematik yang mudah menjadi sukar dikuasai dan sukar diselesaikan

        oleh pelajar”.

(v)     “Kaedah pengajaran yang lama,tidak menarik dan sukar difahami oleh pelajar,

        diburukkan lagi dengan terdapatnya guru-guru yang tidak terlatih ditugaskan

        mengajar Matematik”.

(vi)    “Satu kelemahan guru matematik ialah kurang memberi perhatian dan bimbingan

        kepada individu kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Ini

        menyebabkan pelajar bermasalah dalam pembelajaran matematik terus diabaikan”.

(vii)   “Kurangnya unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan

        matapelajaran itu beku dan kaku”.

                                                                                        12
(viii) “Kurikulum matematik juga kurang dikaitkan dengan kepentingan dan kegunaannya

       dalam kehidupan seharian pelajar”.

                                                                   (Tengku Zawawi, 2006)

       Guru yang berkualiti diperlukan untuk mengatasi situasi-situasi tersebut. Guru

berkualiti yang dimaksudkan adalah guru yang dapat menguasai kandungan mata pelajaran

dan pedagogi yang tertentu. Kekuatan profesion keguruan dan kecekapan seseorang guru

adalah bergantung kepada pengetahuan pedagoginya (Abd Razak Said, 2004). Sebaliknya

berlaku dalam amalan pengajaran Matematik di mana masih terdapat guru yang masih

menekankan kaedah hafalan. Pelajar lebih banyak menghafal rumus, ‘petua’ dan hukum-

hukum yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi, 2006).

Laporan Jemaah Nazir (1996), masih terdapat kira-kira 25% daripada guru-guru sekolah

menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang disampaikan

mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Guru lebih suka mengajar secara langsung kerana

ini adalah satu cara yang cepat dan boleh sampaikan maklumat yang banyak. Amalan ini

menjadi perkara biasa bagi kebanyakkan tenaga pengajar. Hal ini mungkin disebabkan

pengalaman guru itu sendiri semas mereka belajar dahulu (Effandi Zakaria, 2007).



       Kebelakangan ini, sistem pendidikan Malaysia sedang mengalami transformasi dari

aspek penilaian dan pentaksiran. Salah satu faktor yang menyumbang ke arah transformasi

tersebut disebabkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan

peperiksaan. Hal ini menyebabkan guru-guru mengabaikan pembelajaran berpusatkan pelajar.

Berdasarkan Utusan Malaysia Online, 24 Jun 2010; Pengurangan peperiksaan juga memberi

peluang guru dan murid member tumpuan kepada meningkatkan kemahiran dan kreativiti.




                                                                                      13
Profession perguruan memerlukan guru bermotivasi, profesionalisme yang radikal dan

drastik bagi menangani pelbagai masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan

agenda-agenda pembangunan penyelidkan menjelang abad ke-21 (Abu Bakar, 2001).



       Peranan guru memerlukan kesungguhan yang berterusan dan tidak hanya tertumpu

pada sesetengah aspek sahaja. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru, Robiah (1994),

menyatakan antara tumpuan utama dalam latihan perguruan yang diterapkan kepada pendidik

adalah melahirkan guru yang terlatih dan berkaliber serta bermotivasi tinggi untuk

menampung semua jenis sekolah dengan cara meninggikan kemahiran, keberkesanan dan

pengetahuan dalam hal-hal akademik profesionalisme. Guru yang bermotivasi tinggi dapat

mempengaruhi gaya pengajarannya. Masalah kekurangan motivasi dikalangan guru perlu

dibendung kerana sekiranya guru bermotivasi tinggi, mereka dapat memainkan peranan

sebagai pendorong kepada kemajuan dan kejayaan para pelajar (Abd. Rahim, 1999). Ini

menunjukkan bahawa usaha yang dimainkan oleh guru akan mempengaruhi corak pendidikan

sekaligus menampakan hasil iaitu turun naik pencapaian para pelajar dalam sesuatu bidang.

Beliau juga menyatakan bahawa kegagalan para pelajar dalam peperiksaan akan

mencerminkan kelemahan guru dan kualiti pendidikan yang dicapai oleh sekolah pada

umumnya.



Kesimpulan



       Gaya pengajaran merupakan element utama bagi mengukur kredibiliti seseorang guru.

Hal ini kerana, gaya pengajaran akan disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru

perlu kreatif untuk mengenalpasti kaedah, strategi dan teknik yang sesuai bagi

menyampaikan isi kandungan sesuatu mata pelajaran. Dalam Abd Razak et. al. Pengarah

                                                                                       14
Institut Aminudin baki, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Bajunid berkata bahawa pendidik mesti

menguasai ilmu pendidikan dan maklumat yang berkaitan secara mendalam dan meluas

untuk menjadi pengamal professional. Beliau seterusnya berkata “Guru yang mempunyai

ilmu dan kemahiran tinggi serta kemahuan akan turut melahirkan kumpulan pelajar yang juga

berketerampilan tinggi dengan sebahagian besar potensinya dapat dibanguunkan secara

optimum”.



       Peranan guru akan melengkapi pelajar. Peranan utama guru Matematik adalah untuk

menterjemahkan isi kandungan mata pelajaran tersebut supaya dapat difahami oleh

pelajarnya (Fernstermacher, 1986). Manakala tanggungjawab pelajar adalah untuk

mempelajari Matematik. Jika tujuan pembelajaran Matematik adalah untuk menghasilkan

pemikiran Matematik dan bukannya proses menghasilkan pemikiran Matematik, pengajaran

tidak sepatutnya berlaku dalam bentuk ‘”practice and drill”. Selain itu, cara pendekatan

tradisional menunjukkan proses pengajaran berlaku dengan hanya memindahkan maklumat

dan pelajar diminta menerima dan menyimpan apa yang diterima (Noor Azlan Ahmad

Zanzali, 2005). Oleh itu sebagai seorang guru Matematik yang terlatih perlu merefleksi dan

mengetahui apakah matlamat yang ingin dicapai dalam mendidik anak bangsa yang akan

membentuk generasi akan datang.




                                                                                        15
Rujukan

Abd Razak Said, Azmi Salim, Kamisah Ariffin, W.Hanisah W. Ismail (2006). Mengukur
     Tahap Keberkesanan (Kualiti) Pengajaran dan Implikasinya Terhadap Latihan
     Pengajaran secara Formal. Penyelidikan yang tidak diterbitkan. UiTM, Pahang.

Abdullah Mohd Noor(1998). Pengajaran dan Pembelajaran: Isu, Strategi dan Pendekatan
      dalam Pendidikan. Maktab Perguruan Perempuan Melayu, (pp. 1-8).

Abdul Jalil Othman, Bahtiar Omar (2005) . Aplikasi Pembelajaran secara Konstruktivisme
      dalam Pengajaran Berpandu. Masalah pendidikan 2005, Universiti Malaya.(221-230).

Gagne, R. M. (1965). The learning of concepts. The School Review, 73(3),187-196.

http//www.moe gov.my/lp. Transformasi Pentaksiran..

Juliana Abu Hanapiah (2004). Persepsi Guru-guru sekolah di bandar Temerloh terhadap faktor
        motivasi guru dalam menjalankan tugas. Kertas projek sarjana. UTM, Johor.

Kamaludin Ahmad (1996). Modul Pengajaran Matematik Sekolah Rendah: Pengajaran
      Pemusatan Murid dan berasaskan Konstruktivisme. Laporan Projek. Maktab
      Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sek Men.
     Dewan Bahasa Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001a). Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala
     Lumpur: Pusat Perkembangan Kuriku1um.

Mok Soon Sang. (1993). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur:
     Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nik Azis Nik Pa (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan matematik.
      Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.


Noor Azlan Ahmad Zanzali (2005). Continuing issues in Matehematics education: The
      Malaysian experience. 23-27.
Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publisher Sdn Bhd.

Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal,Aziz Omar (2005). Isu-isu dalam Pendidikan
       Matematik. Utusan Publication Sdn Bhd.

Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2004). Konstruktivisme radikal dan temu duga klinikal
       dalam penyelidikan pendidikan Matematik. DIm. Marohaini Yusof (Ed.),
       Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala Lumpur: Penerbit
       Universiti Malaya.

Suhaila Salleh, Nonihani Yusof, Dzairin Hazida Hj Mohd Dawang (2003). Masalah
       Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar KUTKM:
                                                                                         16
Mengenalpasti Punca Kelemahan Pelajar dalam Matematik. Laporan Projek.
      KUTKM, Melaka.


Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Pengisian wawasan pendidikan. Kertas Utama,
     Persidangan Pendidikan Nasional 8-11 April, 1993, Genting Highland: Institut
     Aminuddin Baki, Sri Layang.




                                                                               17

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikKepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikfae_eyzah
 
72 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-2020071172 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-20200711thamil arasi
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...ikhwankmk92
 
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariAminah Rahmat
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Cahaya Cita-Cita
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganIrma Gurlz
 

La actualidad más candente (11)

Kepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematikKepercayaan guru terhadap matematik
Kepercayaan guru terhadap matematik
 
72 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-2020071172 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-20200711
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
 
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Esei 2
Esei 2Esei 2
Esei 2
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporari
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
 
Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi
 
Presentation ppik
Presentation ppikPresentation ppik
Presentation ppik
 

Destacado

01 tajuk, masalah & objektif kajian penyelidikan tindakan
01 tajuk, masalah & objektif kajian  penyelidikan tindakan01 tajuk, masalah & objektif kajian  penyelidikan tindakan
01 tajuk, masalah & objektif kajian penyelidikan tindakanshare with me
 
Tutorial 1 kaedah penyelidikan
Tutorial 1 kaedah penyelidikanTutorial 1 kaedah penyelidikan
Tutorial 1 kaedah penyelidikanDiyana Mahmud
 
BAGAIMANA MENGENALPASTI PERMASALAHAN KAJIAN??
BAGAIMANA MENGENALPASTI PERMASALAHAN KAJIAN??BAGAIMANA MENGENALPASTI PERMASALAHAN KAJIAN??
BAGAIMANA MENGENALPASTI PERMASALAHAN KAJIAN??kamektok2011
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikanNik Zawawi
 
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikanHbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikanAkmal Supian
 

Destacado (6)

01 tajuk, masalah & objektif kajian penyelidikan tindakan
01 tajuk, masalah & objektif kajian  penyelidikan tindakan01 tajuk, masalah & objektif kajian  penyelidikan tindakan
01 tajuk, masalah & objektif kajian penyelidikan tindakan
 
Tutorial 1 kaedah penyelidikan
Tutorial 1 kaedah penyelidikanTutorial 1 kaedah penyelidikan
Tutorial 1 kaedah penyelidikan
 
BAGAIMANA MENGENALPASTI PERMASALAHAN KAJIAN??
BAGAIMANA MENGENALPASTI PERMASALAHAN KAJIAN??BAGAIMANA MENGENALPASTI PERMASALAHAN KAJIAN??
BAGAIMANA MENGENALPASTI PERMASALAHAN KAJIAN??
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikanHbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
 

Similar a Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah

Similar a Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah (20)

Makalah model-pembelajaran
Makalah model-pembelajaranMakalah model-pembelajaran
Makalah model-pembelajaran
 
Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)
 
Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
Akt. 8
Akt. 8Akt. 8
Akt. 8
 
Aktiviti 8
Aktiviti 8Aktiviti 8
Aktiviti 8
 
Aktiviti 8
Aktiviti 8Aktiviti 8
Aktiviti 8
 
Makalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbmMakalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbm
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
(Group 18) pck
(Group 18) pck(Group 18) pck
(Group 18) pck
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
6. Teaching Approaches
6.	Teaching Approaches6.	Teaching Approaches
6. Teaching Approaches
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajar
 
Karil Muhamad Syahril
Karil Muhamad SyahrilKaril Muhamad Syahril
Karil Muhamad Syahril
 
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
 
Utama 1
Utama 1Utama 1
Utama 1
 
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
 
Strategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar MengajarStrategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar Mengajar
 
KUMPULAN 9 : Pengajaran Matematik Dalam bilik Darjah
KUMPULAN 9 : Pengajaran Matematik Dalam bilik DarjahKUMPULAN 9 : Pengajaran Matematik Dalam bilik Darjah
KUMPULAN 9 : Pengajaran Matematik Dalam bilik Darjah
 
(Group 9) pendekatan pengajaran matematik dalam bilik darjah
(Group 9) pendekatan pengajaran matematik dalam bilik darjah(Group 9) pendekatan pengajaran matematik dalam bilik darjah
(Group 9) pendekatan pengajaran matematik dalam bilik darjah
 

Último

PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 

Último (20)

PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 

Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah

  • 1. SME 6044 Contemporary Issues in Mathematics Education ASSIGNMENT 1 6. Teaching Approaches MATRIC NUMBERS: M20111000344 M20111000345 M20111000346 NAME : NUR AZURA BT AZUDDIN NORATINI BT MUKHTAR DANIEL @ DANIAL B HARUN 1
  • 2. Pengenalan Sebagai seorang guru pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi tunjang utama dalam profession perguruan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, persoalan yang menjadi keutamaan adalah adakah seseorang guru itu memahami gaya pembelajaran pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai tahap, persekitaran dan sebagainya. Guru disarankan melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka supaya dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar tetapi amalan para guru masih tidak lagi berubah. Guru sering meluahkan kekecewaan atas sikap pasif pelajar menerima pengajaran mereka seterusnya menyebabkan pencapaian pelajar kurang memuaskan kerana tidak dapat menguasai sepenuhnya apa yang diajar di dalam kelas. Memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kekecewaan pelajar tersebut (Raiff, 1992). Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dibuat oleh para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guru-guru tetap dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala “chalk and talk”. Kenyataan tersebut juga disokong oleh Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan peranan lama mereka sebagai pengajar. Sementara itu, guru-guru masih membahaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah peperiksaan semata-mata (Mohd Majid Konteng, 1997). Oleh sebab itu peranan guru penting dalam menentukan pendekatan pengajaran termasuk gaya pengajaran, teknik dan kaedah. Pengajaran ialah sesuatu proses yang melibatkan interaksi dua hala di antara pengajar dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Strategi dan teknik pengajaran mengandungi unsur sains dan unsur seni serta 2
  • 3. bakat mengajar guru (Mok Soon Sang,2008). Gaya pengajaran boleh didefinisikan sebagai pendekatan yang diambil oleh guru untuk mengajar dan biasanya mengambarkan pegangan atau falsafahnya tentang pengajaran tersebut. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Terdapat guru lebih suka mengamalkan pendekatan yang menekankan hubungan mesra serta interaksi dua hala dalam pengajaran dan ada pula yang menekankan aktiviti dan penyiasatan (inkuiri) dalam pengajarannya. Gaya pengajaran dapat dilihat sebagai satu corak keperluan, kepercayaan dan sikap guru yang ditunjukkan di dalam kelas (Grasha,1996). Abd Rahim Abd Rashid (1998), merumuskan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti: (i) guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan dan apresiasi sesuatu mata pelajaran dalam kehidupan pelajar. (ii) Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang melibatkan guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini seperti penggunaan komputer, ‘software’ atau internet. (iii) Pelajar-pelajar perlu didedahkan atau diberi bimbingan melalui gaya pembelajaran dengan pengumpulan data atau maklumat dan cara satu bahan itu disusun atau dianalisis. (iv) Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang dipelajar, gaya pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran seharusnya sentiasa mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru adalah amat perlu dilakukan oleh pelajar. 3
  • 4. (v) Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kritera ini amat penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat ‘spoon feed’, induktif dan khutubah yang hanya mementingkan supaya pelajar menerima apa sahaja apa yang disogok oleh guru telah tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden. Oleh yang demikian, gaya pengajaran guru perlu berubah kepada bentuk gaya pengajaran lain seperti gaya pengajaran inkuiri yang boleh memantapkan gaya pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik. Cara pengajaran tradisional tidak boleh membantu pelajar dalam mempraktikan gaya pembelajaran yang berkesan. Seorang guru yang terlatih sudah mempelajari pelbagai jenis gaya pengajaran antaranya induktif, deduktif, elektif, intergratif dan sebagainya bergantung kepada mata pelajaran yang terlibat. Malangnya adakah guru-guru mengaplikasikan gaya pengajaran yang sesuai supaya selari dengan gaya pembelajaran pelajar. Isu-isu Gaya Pengajaran dalam Matematik Matematik selalu dianggap sebagai ‘killer subject’ oleh para pelajar. Kebanyakan ahli bukan Matematik seperti ahli sosiologi, psikologi, pengurus sekolah dan mahupun guru itu sendiri menganggap Matematik adalah statik dan terhad kepada pengiraan seperti yang terkandung dalam kebanyakan buku teks sekolah (Barbeau, 1989). Di sini dapat diandaikan 4
  • 5. persepsi masyarakat terhadap Matematik merupakan pengiraan semata-mata yang bertujuan untuk mendapatkan nilai. Pelajar dikatakan mahir Matematik jika pelajar tersebut dapat mencari jawapan yang betul yang merupakan nilai sahaja. Tanggungjawab seorang guru adalah untuk memindahkan pengetahuan Matematik mengikut pedagogi yang efisyen dan mengharapkan pelajar untuk menyerap dengan cara yang berkesan, guru adalah sebagai agen pemindahan kandungan Matematik (Nik Azis Nik Pa, 1985;1986). Pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan dalam keadaan statik (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2005). Perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Isi kandungan sebelum tahun 70-an lebih banyak menekankan kepada pengiraan. Pendekatan pengajaran yang telah digunakan efektif bagi mengukur keupayaan pelajar dalam menghasilkan algorithm tetapi tidak efektif untuk menyediakan pelajar ke arah pemikiran secara Matematik. Pada penghujung 70-an, kurikulum diperkenalkan dengan program Matematik moden dengan lebih menekankan pendekatan pengajaran yang menjurus memahami konsep dan pada pengiraan juga. Guru- guru digalakkan untuk menggunakan kaedah inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Seterusnya dalam tahun 80-an, kurikulum Matematik mengalami perubahan dengan melihat falsafah dan matlamat pendidikan Matematik di sekolah rendah dan menengah yang akan menyebabkan terhasilnya silibus yang menekankan keseimbangan antara kemahiran dan kefahaman. Hal ini lebih menjurus kepada konsep penyelesaian masalah yang diguna pakai dalam kehidupan seharian. Jika dilihat, kurikulum mengalami perubahan sejajar dengan perubahan di sekeliling pelajar. Pada zaman teknologi yang canggih ini, pelajar didedahkan tidak hanya terhad 5
  • 6. dengan penggunaan kemahiran yang dipelajari seperti dalam Matematik tradisional tetapi terlibat dalam pemikiran aras tinggi (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2005). Kurikulum mengalami perubahan tetapi adakah guru juga melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka selari dengan perubahan semasa? Kaedah ‘chalk and talk’ masih lagi menjadi kaedah utama dalam pengajaran yang disampaikan. Penggunaan kaedah tersebut tidak menjadi kesalahan yang besar kerana terdapat tajuk-tajuk dalam Matematik yang memerlukan kaedah tersebut tetapi penggunaannya masih berleluasa sehingga semua tajuk diajar menggunakan kaedah tersebut. Sebagai contoh dalam menerangkan konsep mendapatkan punca untuk persamaaan kuadratik, guru sememangnya memerlukan kaedah ‘chalk and talk’ untuk menerangkan dengan lebih berkesan tetapi masihkah relevan penggunaan kaedah tersebut untuk tajuk yang melibatkan geometri sebagai contoh digunakan untuk menerangkan kepada para pelajar? Oleh yang demikian, guru-guru dituntut untuk menjadi lebih kreatif untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran mereka. Seterusnya isu yang menjadi bualan adalah mengenai penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Impak daripada kepesatan teknologi maklumat (IT), telah memberikan satu evolusi dalam dunia pendidikan masa kini. Pelbagai kaedah baru diperkenal dan digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna (Jamalludin & Zaidatun 2003). Penggunaan multimedia dalam pendidikan merupakan satu alternatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan merangsang minda pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Vaughan (1998) menyatakan bahawa, elemen-elemen dalam multimedia juga menyokong penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) serta mampu merangsang penggunaan pelbagai deria manusia. 6
  • 7. Kebaikan Teknologi Kita sedia maklum bahawa kepesatan pembangunan dalam bidang teknologi maklumat banyak membantu manusia dalam memudahkan aktiviti harian mereka. Ini tidak terkecuali bagi golongan guru-guru dan pelajar-pelajar bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Robin (2004), penggunaan teknologi dalam kelas matematik mambantu pengajaran guru dan memahamkan pelajar. Melalui gambarajah atau pun pembentukan graf pelajar akan lebih jelas dan lebih nampak apa yang dimaksudkan oleh guru. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Nor Azlan Ahmad Zahari (2003),menurut responden, penggunaan ICT seperti CD Rom dan Courseware mampu menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Didapati juga pelajar sangat- sangat memberi perhatian terhadap pengajaran guru.Ini disokong oleh Robin dan rakan-rakan (2004) dalam petikannya, “Technology empowers learners with tools to enhance their learning styles and make concepts understandable and interesting.” Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Christica(1996) terhadap penggunaan mel elektronik(e-mel) dan penerokaan maklumat di kalangan pelajar sekolah rendah mendapati bahawa,selain daripada semangat belajar secara berkumpulan, para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi dan sentiasa berusaha meneroka alam maya. Nolan dan Mantin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran seperti menggunakan internet di sekolah telah banyak membawa perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran kritikal. Tetapi pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan pelajar berfikir secara kritikal masih tidak diamalkan dalam sistem pendidikan di negara kita. Kita masih terlalu terikat dengan system peperiksaaan semata-mata yang sebenarnya banyak membantutkan pemikiran pelajar-pelajar untuk berfikir secara kreatif dan berimaginasi. Walaupu guru-guru digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar tetapi terdapat 7
  • 8. beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam p&p iaitu: • Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam p&p. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. • Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru, sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang ICT. • Dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid, internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibu bapa khususnya dalam menghadapi cabaran ICT dan era globasisasi. Kita sedia maklum bahawa penggunaan teknologi sebagai salah satu medium yang digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran banyak membantu guru-guru. Walaupun begitu ada ramai juga guru-guru yang tidak menggunakan pendekatan sebegini dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana: (a) Guru tidak mahir • Kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa tahap penggunaan teknologi komputer di kalangan guru di kebanyakan sekolah adalah rendah.(Cuban,2001). • Kebanyakan guru didapati tidak mahir mengendalikan LCD dan projektor. • Kurang cekap atau tidak tahu mengendalikan software seperti Geometer Sketch Pad,Aotograph dll. • Menurut laporan Becta dalam Peter D.John dan Steve Wheeler,2008,sekolah perlu mempunyai staf yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan bidang pengajaran. (b) Kekangan Masa Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Noor Azlan Ahmad Zanzali dan rakan-rakan didapati bahawa antara faktor guru-guru pelatih UTM kurang menggemari kaedah pengajaran ICT adalah disebabkan kekangan masa.Iaitu; 8
  • 9. i. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer,pergerakan pelajar adalah dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa,ini menyebabkan masa pengajaran berkurang. ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas. (c) Kerosakan Peralatan ICT Dalam kajian ini juga mendapati guru-guru pelatih UTM kurang gemar guna ICT adalah kerana tiada kemudahan yang disediakan atau kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projektor LCD. (d) Serangan Virus Masalah lain yang dihadapi oleh responden dalam kajian Noor Azlan Ahmad Zanzali dan rakan-rakan,adalah masalah program komputer yang diserang virus dan menyebabkan komputer tidak dapat berfungsi dengan baik. Dapatan ini disokong oleh Cleoborne D.Maddux, D.lamont Johnson dan erry W.Willis,2003,dalam petikannya: ‘Suddenly the widespread of use of information technology has directly resulted in new ethical dilemmas…computer viruses (destructive programs that erase or damage data on the computer of unsuspecting computers users…’ (e) Hanya Sesuai Untuk Sesetengah Tajuk Penggunaan ICT turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan. Penggunaan ICT hanya diguna oleh guru untuk tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar contohnya transformation. Melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk tertentu ini akan membantu memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan. 9
  • 10. (f) Sikap negatif terhadap Teknologi Kajian menunjukkan bahawa sikap negatif terhadap penggunaan teknologi komputer merupakan faktor utama yang menghalang guru-guru daripada mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam p&p.Antaranya: i. Kurangnya keyakinan dalam menggunakan teknologi.(Pelgrum,2002) ii. Pengalaman-pengalaman lampau yang negatif ketika gunakan teknologi komputer. (Snoeyik&Etmer 2001) iii. Perasaan malu terhadap rakan sekerja dan para pelajar dan kurang pengetahuan utk selesaikan masalah-masalah teknikal.(Russel&Bradley,1997) iv. Persepsi yang menunjukkan bahawa teknologi komputer tidak meningkatkan prestasi pembelajaran(Yuen&Ma,2002) v. Persepsi bahawa teknologi komputer dianggap sebagai rumit dan sukar digunakan. (Cox&Preston,1999 Pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan dua hala iaitu melibatkan interaksi guru dengan pelajar. Seorang guru mesti mengetahui gaya pembelajaran pelajarnya supaya dapat disesuaikan dengan gaya pengajaran (Abdullah Mohd Noor, 1998). Pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, behaviourism, masteri, kalobaratif banyak ditekankan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana amalan tersebut lebih menumpukan kepada pemusatan pelajar. Pembelajaran secara konstruktivisme lahir daripada pandangan mengenai cara manusia belajar. Teori konstruktivisme mengatakan bahawa pelajar membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka membentuk peraturan me1alui refleksi mengenai interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bennakna kepada mereka: mereka akan sama ada: (1) Menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan sedia ada; atau (2) 10
  • 11. Akan menyesuaikan dengan peraturan mereka sendiri untuk menerangkan maklumat baru tersebut dengan lebih baik (Brooks & Brooks, 1993). Menurut Briner (2005) pelajar membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi barn yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Hashwesh (1996), telah menyenaraikan beberapa amalan guru yang mengamalkan konstruktivisme dalam pengajarannya; (1) suka mengesan konsep alternative di kalangan pelajar, (2) pelbagai strategi dan teknik pengajaran, (3) memilih dan menggunakan strategi pengajaran yang paling berkesan untuk memperkenalkan sesuatu konsep, (4) sering menjalankan penilaian kendiri terhadap amalan pengajarannya. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2004) merumuskan beberapa prinsip asas iaitu teori konstruktivisme ialah pembelajaran melibatkan makna. Makna perlu dibina oleh pelajar daripada apa yang dilihat dan didengar oleh mereka. Tafsiran yang dibuat oleh pelajar mungkin berbeza daripada tafsiran guru. Pembinaan makna secara kasarnya dipengaruhi oleh pengetahuan dan pengalaman lalu. Aplikasi pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan berupaya melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan pelajar lebih faham, lebih yakin, dan lebih seronok untuk belajar sepanjang hayat. Oleh itu, pembelajaran konstruktivisme amat wajar diapraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malangnya hal ini jarang untuk berlaku. Salah satu faktornya adalah kekangan masa. Amalan konstruktivisme memerlukan jangka masa yang panjang untuk pelajar membina pemahaman sendiri di mana guru bertindak sebagai fasilitator. Guru-guru terkongkong dengan silibus. Silibus perlu 11
  • 12. dihabiskan dalam jangka masa tertentu, maka wujudlah pengajaran ‘chalk and talk’. Pelajar menerima maklumat dan guru bertindak sebagai pemindah maklumat. Berikut dinyatakan beberapa situasi dan secara kesimpulannya adalah berpunca daripada tindakan guru dalam menguruskan pengajaran dan pembelajarannya; (i) “Pendidikan matematik yang tidak menyeronokkan, sukar difahami dan tidak tahu tentang penggunaannya dalam kehidupan harian mereka merupakan masalah yang sering diluahkan oleh kebanyakan pelajar”. (ii) “Majoriti pelajar menyedari tentang betapa penting mereka mesti menguasai matapelajaran matematik. Sebaliknya mereka menjadi tidak berminat dan bosan dengan matapelajaran matematik disebabkan cara matapelajaran itu diajar”. (iii) “Sebilangan besar guru matematik di sekolah tidak dapat menyesuaikan cara, pendekatan dan kaedah pengajaran bagi membantu pelajar membina kemahiran matematik”. (iv) “Pendekatan pengajaran matematik yang lemah dan tidak profesional menyebabkan kemahiran asas matematik yang mudah menjadi sukar dikuasai dan sukar diselesaikan oleh pelajar”. (v) “Kaedah pengajaran yang lama,tidak menarik dan sukar difahami oleh pelajar, diburukkan lagi dengan terdapatnya guru-guru yang tidak terlatih ditugaskan mengajar Matematik”. (vi) “Satu kelemahan guru matematik ialah kurang memberi perhatian dan bimbingan kepada individu kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Ini menyebabkan pelajar bermasalah dalam pembelajaran matematik terus diabaikan”. (vii) “Kurangnya unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan matapelajaran itu beku dan kaku”. 12
  • 13. (viii) “Kurikulum matematik juga kurang dikaitkan dengan kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian pelajar”. (Tengku Zawawi, 2006) Guru yang berkualiti diperlukan untuk mengatasi situasi-situasi tersebut. Guru berkualiti yang dimaksudkan adalah guru yang dapat menguasai kandungan mata pelajaran dan pedagogi yang tertentu. Kekuatan profesion keguruan dan kecekapan seseorang guru adalah bergantung kepada pengetahuan pedagoginya (Abd Razak Said, 2004). Sebaliknya berlaku dalam amalan pengajaran Matematik di mana masih terdapat guru yang masih menekankan kaedah hafalan. Pelajar lebih banyak menghafal rumus, ‘petua’ dan hukum- hukum yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi, 2006). Laporan Jemaah Nazir (1996), masih terdapat kira-kira 25% daripada guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Guru lebih suka mengajar secara langsung kerana ini adalah satu cara yang cepat dan boleh sampaikan maklumat yang banyak. Amalan ini menjadi perkara biasa bagi kebanyakkan tenaga pengajar. Hal ini mungkin disebabkan pengalaman guru itu sendiri semas mereka belajar dahulu (Effandi Zakaria, 2007). Kebelakangan ini, sistem pendidikan Malaysia sedang mengalami transformasi dari aspek penilaian dan pentaksiran. Salah satu faktor yang menyumbang ke arah transformasi tersebut disebabkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan peperiksaan. Hal ini menyebabkan guru-guru mengabaikan pembelajaran berpusatkan pelajar. Berdasarkan Utusan Malaysia Online, 24 Jun 2010; Pengurangan peperiksaan juga memberi peluang guru dan murid member tumpuan kepada meningkatkan kemahiran dan kreativiti. 13
  • 14. Profession perguruan memerlukan guru bermotivasi, profesionalisme yang radikal dan drastik bagi menangani pelbagai masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan penyelidkan menjelang abad ke-21 (Abu Bakar, 2001). Peranan guru memerlukan kesungguhan yang berterusan dan tidak hanya tertumpu pada sesetengah aspek sahaja. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru, Robiah (1994), menyatakan antara tumpuan utama dalam latihan perguruan yang diterapkan kepada pendidik adalah melahirkan guru yang terlatih dan berkaliber serta bermotivasi tinggi untuk menampung semua jenis sekolah dengan cara meninggikan kemahiran, keberkesanan dan pengetahuan dalam hal-hal akademik profesionalisme. Guru yang bermotivasi tinggi dapat mempengaruhi gaya pengajarannya. Masalah kekurangan motivasi dikalangan guru perlu dibendung kerana sekiranya guru bermotivasi tinggi, mereka dapat memainkan peranan sebagai pendorong kepada kemajuan dan kejayaan para pelajar (Abd. Rahim, 1999). Ini menunjukkan bahawa usaha yang dimainkan oleh guru akan mempengaruhi corak pendidikan sekaligus menampakan hasil iaitu turun naik pencapaian para pelajar dalam sesuatu bidang. Beliau juga menyatakan bahawa kegagalan para pelajar dalam peperiksaan akan mencerminkan kelemahan guru dan kualiti pendidikan yang dicapai oleh sekolah pada umumnya. Kesimpulan Gaya pengajaran merupakan element utama bagi mengukur kredibiliti seseorang guru. Hal ini kerana, gaya pengajaran akan disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru perlu kreatif untuk mengenalpasti kaedah, strategi dan teknik yang sesuai bagi menyampaikan isi kandungan sesuatu mata pelajaran. Dalam Abd Razak et. al. Pengarah 14
  • 15. Institut Aminudin baki, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Bajunid berkata bahawa pendidik mesti menguasai ilmu pendidikan dan maklumat yang berkaitan secara mendalam dan meluas untuk menjadi pengamal professional. Beliau seterusnya berkata “Guru yang mempunyai ilmu dan kemahiran tinggi serta kemahuan akan turut melahirkan kumpulan pelajar yang juga berketerampilan tinggi dengan sebahagian besar potensinya dapat dibanguunkan secara optimum”. Peranan guru akan melengkapi pelajar. Peranan utama guru Matematik adalah untuk menterjemahkan isi kandungan mata pelajaran tersebut supaya dapat difahami oleh pelajarnya (Fernstermacher, 1986). Manakala tanggungjawab pelajar adalah untuk mempelajari Matematik. Jika tujuan pembelajaran Matematik adalah untuk menghasilkan pemikiran Matematik dan bukannya proses menghasilkan pemikiran Matematik, pengajaran tidak sepatutnya berlaku dalam bentuk ‘”practice and drill”. Selain itu, cara pendekatan tradisional menunjukkan proses pengajaran berlaku dengan hanya memindahkan maklumat dan pelajar diminta menerima dan menyimpan apa yang diterima (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2005). Oleh itu sebagai seorang guru Matematik yang terlatih perlu merefleksi dan mengetahui apakah matlamat yang ingin dicapai dalam mendidik anak bangsa yang akan membentuk generasi akan datang. 15
  • 16. Rujukan Abd Razak Said, Azmi Salim, Kamisah Ariffin, W.Hanisah W. Ismail (2006). Mengukur Tahap Keberkesanan (Kualiti) Pengajaran dan Implikasinya Terhadap Latihan Pengajaran secara Formal. Penyelidikan yang tidak diterbitkan. UiTM, Pahang. Abdullah Mohd Noor(1998). Pengajaran dan Pembelajaran: Isu, Strategi dan Pendekatan dalam Pendidikan. Maktab Perguruan Perempuan Melayu, (pp. 1-8). Abdul Jalil Othman, Bahtiar Omar (2005) . Aplikasi Pembelajaran secara Konstruktivisme dalam Pengajaran Berpandu. Masalah pendidikan 2005, Universiti Malaya.(221-230). Gagne, R. M. (1965). The learning of concepts. The School Review, 73(3),187-196. http//www.moe gov.my/lp. Transformasi Pentaksiran.. Juliana Abu Hanapiah (2004). Persepsi Guru-guru sekolah di bandar Temerloh terhadap faktor motivasi guru dalam menjalankan tugas. Kertas projek sarjana. UTM, Johor. Kamaludin Ahmad (1996). Modul Pengajaran Matematik Sekolah Rendah: Pengajaran Pemusatan Murid dan berasaskan Konstruktivisme. Laporan Projek. Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru. Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sek Men. Dewan Bahasa Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001a). Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kuriku1um. Mok Soon Sang. (1993). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nik Azis Nik Pa (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Noor Azlan Ahmad Zanzali (2005). Continuing issues in Matehematics education: The Malaysian experience. 23-27. Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publisher Sdn Bhd. Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal,Aziz Omar (2005). Isu-isu dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publication Sdn Bhd. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2004). Konstruktivisme radikal dan temu duga klinikal dalam penyelidikan pendidikan Matematik. DIm. Marohaini Yusof (Ed.), Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Suhaila Salleh, Nonihani Yusof, Dzairin Hazida Hj Mohd Dawang (2003). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar KUTKM: 16
  • 17. Mengenalpasti Punca Kelemahan Pelajar dalam Matematik. Laporan Projek. KUTKM, Melaka. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Pengisian wawasan pendidikan. Kertas Utama, Persidangan Pendidikan Nasional 8-11 April, 1993, Genting Highland: Institut Aminuddin Baki, Sri Layang. 17