Kritik artikel
Próxima SlideShare
Cargando en...5
×

¿Le gusta esto? Compártalo con su red

Compartir
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    ¿Está seguro?
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

reproducciones

reproducciones totales
3,079
En SlideShare
3,079
De insertados
0
Número de insertados
0

Acciones

Compartido
Descargas
91
Comentarios
0
Me gusta
0

Insertados 0

No embeds

Denunciar contenido

Marcada como inapropiada Marcar como inapropiada
Marcar como inapropiada

Seleccione la razón para marcar esta presentación como inapropiada.

Cancelar
    No notes for slide

Transcript

  • 1. SME 6044Contemporary Issues in Mathematics Education ULASAN DAN KRITIK ARTIKEL KUMPULAN 6NOMBOR MATRIK : M20111000344 M20111000345 M20111000346NAMA : NUR AZURA BT AZUDDIN NORATINI BT MUKHTAR DANIEL @ DANIAL B HARUN 1
  • 2. Kritik Artikel Tajuk Artikel : ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi oleh Robiah Sidin, Nor Sakinah MohamadPendahuluan Artikel yang dikritik adalah bertajuk ICT dalam Pendidikan: Prospek danCabaran dalam Pembaharuan Pedagogi yang ditulis berdasarkan kajian oleh RobiahSidin dan Nor Sakinah Mohamad. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pencapaianke atas subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme)berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Kajian ini merupakankajian kuasi eksperimental. Pada artikel tersebut ada dinyatakan tujuan, objektif dan hipotesis kajian tetapi tidakdinyatakan persoalan kajian. Pada bahagian objektif kajian ada dinyatakan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kaedah perantis berbanding kaedah tradisional tetapi hal initidak merujuk kembali kepada tujuan asal kajian tersebut iaitu untuk melihat perbezaan antarakedah perantis dan kaedah tradisional terhadap pencapaian pelajar. Dalam menyokong pendapat yang diutarakan, penulis menggunakan penyataanpendapat yang melebihi sepuluh tahun ke atas dan hal ini kurang bersesuaian keranasesetengah perkara tidak lagi relevan pada tahun kajian dijalankan iaitu pada tahun 2007.Terdapat juga beberapa kenyataan yang tidak disokong oleh mana-mana sumber dan hal inilebih kepada pendapat sendiri yang kadang kala mengikut emosi. Penulis juga tidakmenyatakan sorotan literatur dengan terperinci. 2
  • 3. Metodologi Kajian Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuasi eksperimen yang direkabentuk untuk mengajar subjek komputer di sekolah menengah rendah. Dua kumpulandibentuk iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Penulis tidak menyatakan cara ataukriteria pemilihan sampel untuk diasingkan kepada dua kumpulan tersebut. Penulis juga adamenyatakan sampel yang diambil adalah daripada pelajar tingkatan dua sebuah sekolah didaerah Bentong, Pahang tetapi tidak dinyatakan mengapa pelajar dari sekolah tersebut terpilihuntuk dijalankan kajiannya. Dalam artikel tersebut ada dinyatakan huraian terperinci untuk langkah-langkahpengajaran bagi kaedah perantis. Terdapat langkah yang tidak praktikal seperti pelajardilarang membuat catatan untuk memastikan mereka memberikan tumpuan sepenuhnyakepada guru. Setiap pelajar mempunyai cara penerimaan maklumat berbeza dan hal ini tidakbererti bahawa pelajar yang mengambil nota, tidak menumpukan kepada guru. Adakahseorang guru akan hanya memberi tumpuan kepada perkara tersebut kerana terdapat perkaralain yang juga perlu diberi perhatian semasa kajian dijalankan. Terdapat juga langkah yangmenyatakan guru mengaskan kepada pelajar pentingnya mereka bekerjasama antara satusama lain jika terdapat masalah dalam menyiapkan tugasan. Bagaimanakah implementasinyaterhadap pelajar bagi memastikan kerjasama itu berlaku? Bagi ujian bertulis yang dijalankan, penulis tidak menyatakan format ujian bertulistersebut. Hal ini penting untuk diketahui samada ujian tersebut betul-betul mengukur apayang hendak dinilai. Mengenai kebolehpercayaan tidak dibincangkan dan menyentuh sedikitkesahan iaitu kesahan dalaman. Variable juga tidak dinyatakan secara terus iaitu apakahvariable bebas dan variable menganggu. 3
  • 4. Dapatan Kajian Data yang diperolehi menggunakan ujian-t dan didapati aras signifikan p adalah 0.002untuk pembinaan web yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara duakumpulan seterusnya penulis ada menyatakan hipotesis nul ditolak tetapi sebelum ini,hipotesis tidak dinyatakan. Secara keseluruhannya penulis menyatakan penerangannya secaratidak mendalam kerana masih wujud perkataan atau istilah yang digunakan tidak jelas bagisesetengah pihak yang membacanya. Sebagai contoh jadual waktu anjal, sebagai pendidikmemahami apa itu jadual waktu anjal tetapi tidak bagi sesetengah individu yang luar dariprofession perguruan.Kesimpulan Secara kesimpulannya, masih terdapat beberapa perkara perlu diperbaiki dandiperhalusi dalam artikel tersebut agar dapat dijadikan panduan oleh guru-guru khususnyadalam melaksanakan P&P yang lebih berkesan. 4