SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
Descargar para leer sin conexión
MELINDUNGI MASA
INSTRUKSIONAL
Kembali Kepada Yang Asas
Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan
Murid Belajar
Kementerian Pendidikan Malaysia
2014
FAQ
M u k a S u r a t | 1
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
PENDAHULUAN
Buku Panduan Soal Jawab Lazim (FAQ) adalah bertujuan untuk merungkai
dan menjelaskan segala kekeliruan dan ketidakjelasan maklumat yang
berkaitan dengan amalan Melindungi Masa Instruksional (MMI) kepada semua
warga pendidikan di seluruh negara. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) sentiasa cuba membantu dan memberi pemahaman agar segala amalan
yang terkandung di dalam surat siaran, surat pekeliling ikhtisas, Akta
Pendidikan 1996 dan pekeliling-pekeliling lain diketahui oleh guru-guru di
sekolah. Soal jawab lazim yang dimasukkan ke dalam buku panduan ini akan
cuba mengupas dan menjawab semua soalan-soalan yang sering dikemukakan
oleh pihak sekolah dan guru sepanjang amalan MMI dilaksanakan mulai tahun
2012.
SOALAN DAN JAWAPAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?
MMI ialah singkatan kepada Melindungi Masa Instruksional (MMI)
yang memberi penekanan semula kepada amalan sedia ada iaitu kembali
kepada yang asas ‘Guru Mengajar dan Murid Belajar’. Masa
Instruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) dan aktiviti lain yang menyokong dalam
membangunkan potensi murid dengan berkesan tanpa sebarang
gangguan.
MMI tidak meminggirkan mana-mana elemen yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang
cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
 Rujukan boleh dilakukan menerusi Seksyen 18 (2) - Akta 550 yang
berkaitan dengan Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh
semua sekolah. Perincian boleh dirujuk menerusi Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan bagi
kokurikulum boleh merujuk kepada perkara 2 tentang tafsiran:
“kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh
dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari
di bilik darjah.
M u k a S u r a t | 2
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
2. Adakah MMI satu dasar baharu?
MMI bukan satu dasar baharu Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). MMI adalah amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan
negara dibangunkan, iaitu penekanan terhadap konsep guru mengajar
dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan penekanan
semula oleh pihak KPM.
3. Perlukah jawatankuasa ditubuhkan bagi menjayakan amalan
MMI?
MMI tidak memerlukan penubuhan jawatankuasa baharu. Ia hanya perlu
dibincangkan sebagai salah satu agenda dalam JK Kurikulum atau
mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan.
4. Pihak manakah yang berperanan dalam memastikan MMI
diamalkan?
Semua pihak diperingkat Bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah memainkan
peranan dalam memastikan MMI diamalkan. Dalam hal ini agensi luar,
masyarakat dan ibubapa juga harus diberi penjelasan dalam membantu
pelaksanaan MMI.
5. Apakah faedah MMI kepada murid?
Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum dan
berkualiti jika MMI diamalkan dengan berkesan di sekolah. Sekiranya
murid tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada
waktu rasmi persekolahan maka ia wajib dilaksanakan pada masa dan
kaedah lain yang sesuai .
6. KPM amat menggalakkan kerjasama dengan pihak luar.
Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan
aktiviti pada waktu persekolahan, apakah tindakan yang perlu
diambil oleh pihak sekolah?
Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana
agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu
persekolahan dan menjelaskan amalan MMI kepada pihak yang
berkenaan. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan dan
Pendaftaran JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan
aktiviti berkenaan.
M u k a S u r a t | 3
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
7. Bolehkah guru-guru dibenarkan keluar untuk menyertai
sebarang aktiviti dan program yang diadakan semasa waktu
persekolahan?
Boleh dengan arahan bertulis dan kebenaran daripada pemimpin
sekolah. Walaubagaimanapun guru yang berkenaan dan pihak pentadbir
sekolah perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan
waktu PdP yang terjejas itu ada guru ganti (relief) atau mengadakan
aktiviti-aktiviti lain yang sesuai.
 Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Siaran Bil. 20 Tahun 2012:
Pelaksanaan Perakuan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban
Tugas Guru bertarikh 27 Jun 2012 di Lampiran C; Perkara No.3 –
Agensi Luar KPM (Penglibatan Guru-guru Hendaklah Tidak
Menjejaskan Pengurusan Sekolah serta Proses PdP)
8. Saya merupakan ahli pasukan sukarelawan (cth. Ahli Bulan
Sabit Merah Malaysia) yang aktif. Saya telah diarahkan untuk
melakukan kerja sukarela membantu semasa negara ditimpa
bencana. Bolehkah saya menyertai aktiviti tersebut?
Pemimpin sekolah perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya
berdasarkan arahan, keperluan, kepakaran dan prosedur yang telah
ditetapkan.
 Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24
Tahun 1998: Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan
Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan
9. Sebagai Pengetua/Guru Besar, adakah saya berhak untuk
tidak membenarkan guru-guru saya menyertai
aktiviti/program luar jika menerima surat arahan KPM/
JPN/PPD?
Ya, kebenaran ini tertakluk kepada budi bicara Pengetua/Guru Besar.
Walaubagaimanapun, Pengetua/Guru Besar perlu memberikan
kerjasama dan komitmen kepada KPM, JPN dan PPD dalam
menjayakan segala program.
M u k a S u r a t | 4
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
10. Sekiranya saya tidak dapat melaksanakan PdP atas urusan
rasmi, bolehkah saya menggantikan waktu tersebut di luar
waktu persekolahan?
Boleh dengan kebenaran pentadbir sekolah.
11. Saya telah diarah untuk menjalankan tugas rasmi, adakah
perlu saya mengganti waktu yang telah tertinggal tersebut?
Tidak perlu kerana pihak sekolah akan menggantikan waktu-waktu
tersebut dengan guru ganti (relief) berdasarkan cadangan-cadangan
amalan terbaik PdP seperti yang dikemukakan dalam Buku Amalan
Terbaik MMI keluaran tahun 2013. Namun, guru boleh membuat
lelongan jadual waktu sebelum atau selepas melaksanakan tugas rasmi
tersebut.
12. Adakah pihak Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah
terlibat dalam pelaksanaan MMI? Contohnya pembantu
makmal.
Semua pihak perlu mempraktikkan amalan MMI di sekolah mengikut
tugas dan tanggungjawab masing-masing.
13 Adakah amalan MMI akan menghalang kemenjadian murid
dalam bidang kokurikulum dan akademik?
Tidak, kerana kegiatan kokurikulum merupakan sebahagian daripada
proses PdP. Hal ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid
untuk menambah, mengukur dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran
serta nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian,
kegiatan kokurikulum hendaklah dirancang dengan teratur dan teliti
sepertimana perancangan untuk aktiviti-aktiviti kurikulum dan
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan berpandukan akta dan Surat
Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuat kuasa.
14. Pelaksanaan MMI menyebabkan sekolah tidak boleh
mengadakan sebarang bentuk perayaan seperti Sambutan
Hari Guru, Sambutan Hari Kanak-Kanak, Sambutan Hari
Lahir dan Hari Kantin.
Tidak benar. Sekolah masih boleh mengadakan program sambutan dan
lain-lain yang difikirkan perlu secara terancang dan terkawal tanpa
menjejaskan PdP.
M u k a S u r a t | 5
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
15. Adakah perkhidmatan kaunseling pada masa persekolahan
dianggap sebagai sebahagian daripada proses PdP?
Ya, kerana murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara
individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan
termasuk semasa waktu PdP.
 Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Siaran KPM Bil 12 Tahun
2012 bertarikh 16 April 2012: Perekayasaan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah.
16. Adakah tindakan disiplin boleh diambil terhadap murid-murid
semasa sesi PdP?
Pengetua/Guru Besar boleh menggunakan budi bicara mengikut tahap
keseriusan kes salah laku kerana tindakan disiplin juga merupakan salah
satu proses untuk mendidik.
 Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2
Tahun 1981: Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah bertarikh 12
September 1981 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 tahun 1996:
Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah bertarikh 3
September 1996.
17. Adakah latihan kebakaran yang dilaksanakan di waktu sesi
persekolahan mengganggu MMI?
Tidak, kerana latihan kebakaran juga merupakan satu elemen pendidikan
yang perlu dilaksanakan secara terancang sekurang-kurangnya sekali
dalam sepenggal.
 Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8
Tahun 1978: Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah bertarikh 23
Jun 1978, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12 Tahun 1989: Garis
Panduan Dari Segi Pencegahan Kebakaran Bagi Bangunan Domitori
dan Asrama bertarikh 9 September 1989 dan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 7 Tahun 2000: Mencegah Kebakaran Di Sekolah bertarikh 14
Mac 2000.
M u k a S u r a t | 6
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
18. Adakah kehadiran ibu bapa yang ingin berjumpa dengan guru
semasa PdP mengganggu MMI?
Kehadiran ibu bapa amatlah dialu-alukan ke sekolah untuk mengetahui
perkembangan anak-anak mereka di luar waktu PdP.
 Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2
Tahun 1981: Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah bertarikh 12
September 1981.
19. Bagaimanakah sumbangan Guru Cemerlang (GC) dan Guru
Kaunseling dalam memastikan keberkesanan MMI.
Pendekatan PdP yang berkesan yang dilaksanakan oleh GC perlu
dikongsi dengan guru-guru lain bagi mengoptimumkan keberhasilan
pembelajaran murid. Manakala sumbangan Guru Kaunseling adalah bagi
memastikan kemenjadian murid. Walaubagaimanapun pelaksanaan PdP
GC dan Guru Kaunseling tidak seharusnya diganggu.
20. Bolehkah saya melaksanakan aktiviti PdP di luar bilik darjah?
Boleh, selagi keberhasilan pembelajaran murid dicapai dan
memaklumkan kepada pentadbir atau memohon kebenaran sekiranya
melibatkan aktiviti di luar sekolah. Ini selari dengan mematuhi aspirasi
murid mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
 Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11
Tahun 2004: Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD))
sekiranya aktiviti dilakukan di luar bilik darjah bertarikh 31
Disember 2004.
21. Bolehkah sekolah menganjurkan program peningkatan
akademik seperti Seminar/Teknik Menjawab Soalan pada
waktu persekolahan?
Boleh, program yang dianjurkan hendaklah dirancang dengan cekap dan
berkesan supaya pelaksanaannya menepati kehendak kumpulan sasar
dan memastikan semua murid dan guru dapat melindungi masa
instruksional yang sepatutnya.
M u k a S u r a t | 7
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
22. Bolehkah sekolah ganti pada hari Sabtu melaksanakan aktiviti
dan program selain daripada PdP? Contoh: Gotong-royong.
Pelaksanaan sekolah ganti (Sabtu) sepatutnya mengikut jadual hari
pesekolahan yang diganti.
 Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2
Tahun 2012: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya
semasa hari ganti persekolahan pada hari Sabtu bertarikh 25
September 2012.
23. Bolehkah program kokurikulum/sukan diadakan pada waktu
persekolahan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri
dan kebangsaan?
Boleh, dengan mengambilkira beberapa perkara seperti
memaksimumkan sumber tenaga serta meminimumkan jawatankuasa
dan penglibatan guru. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah
mengikut tahap dan hendaklah dijalankan di luar waktu PdP.
 Rujukan boleh dilakukan menerusi Buku Panduan Penilaian
Kokurikululm Tahun 2006
24. Pelaksanaan MMI boleh mengurangkan penglibatan guru
dalam melaksanakan aktiviti sukan/kokurikulum di peringkat
PPD/JPN/Kebangsaan.
Guru tidak dihalang untuk menyertai aktiviti sukan/kokurikulum di
peringkat PPD/JPN/Kebangsaan. Namun mereka perlu memastikan PdP
dalam kelas yang ditinggalkan dapat dilaksanakan sama ada secara
modul, guru ganti atau lelongan jadual dan apa-apa pendekatan yang
sesuai.
25. Adakah program lawatan sambil belajar perlu dibatalkan
kerana menyalahi amalan MMI?
Tidak perlu. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5 Tahun 2002
bertarikh 1 Ogos 2002 (Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan),
pengelolaan lawatan sambil belajar merupakan salah satu kaedah PdP
yang menyeronokkan (learning is fun). Kaedah ini berupaya memberi
pendedahan secara realiti dan “hands on” terhadap sesuatu mata
pelajaran yang diajar di dalam kelas.
M u k a S u r a t | 8
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
26. Bolehkah latihan intensif aktiviti sukan/kokurikulum
dilaksanakan pada waktu pagi/PdP?
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah mengikut tahap dan
hendaklah dijalankan di luar waktu PdP.
Bagi sekolah rendah dan menengah, peruntukan masa kokurikulum
adalah seperti yang berikut:
i. Tahun 3 & 4: 60 minit seminggu
ii. Tahap 5 & 6: 120 minit seminggu
iii.Kelas Peralihan, Tingkatan 1,2,3 & 6: 180 minit seminggu
iv.Tingkatan 4 & 5: 100 hingga 180 minit seminggu mengikut aliran.
27. Adakah MMI menyumbang kepada kemerosotan penyertaan
aktiviti kokurikulum disebabkan guru dan murid tidak
dibenarkan keluar dan seterusnya menjejaskan penilaian 10%
kokurikulum?
Pelaksanaan MMI tidak mengganggu penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum, malah ia lebih sistematik dan terancang serta memastikan
hak murid dalam kurikulum dan kokurikulum dipatuhi.
GLOSARI
Instruksional - masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti
pembelajaran tanpa gangguan
M u k a S u r a t | 9
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
PENYUMBANG
Penasihat
Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
(Sektor Operasi Pendidikan)
Ketua Pasukan
Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Setiausaha
Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Penolong Setiausaha
Noorzalina binti Zainal Abidin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Editorial dan Urus Setia
Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Anuar Adnan bin Ismail Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Noorzalina binti Zainal Abidin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional
Zulhazmi bin Anwar Bahagian Pendidikan Islam
Siti Nabilah binti Kasdi Bahagian Pendidikan Khas
Anuar bin Idris Bahagian Sukan
Alias bin Yoop Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Pembaca Proof
Dr. Nazirah binti Mohd Nordin SK Sungai Serai, Kajang, Selangor
Dr. Noor Hayati binti Che Mat SK Sungai Kantan, Kajang, Selangor
Nor Salina binti Mohd. Zainudin SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor
Azlina binti Yusof SK Kajang Utama, Kajang, Selangor
M u k a S u r a t | 10
Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar
Penulis
Mustafa Amin bin Sidek Jabatan Pendidikan Perlis
Zulkifli bin Yaacob
Choong Kok Hung
Abd. Aziz bin Mohamad Noh
Jabatan Pendidikan Kedah
Zulkafly bin Othman Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
Saleha binti Mohamed Yusof Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur
Asogan a/l Saniasy Jabatan Pendidikan Melaka
Siti Hajar binti Mahrol Jabatan Pendidikan Johor
Rohana binti Moin Jabatan Pendidikan Pahang
Mohd Razali bin Ismail Jabatan Pendidikan Terengganu
Saharudin bin Abdullah Jabatan Pendidikan Kelantan
Nordin bin Abdul Rashid Jabatan Pendidikan Sabah
Ahmad Kamal bin Idris Jabatan Pendidikan Selangor
Zorkarnini bin A. Ghani Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah
Abdullah bin Abdul Wahid Pejabat Pendidikan Daerah Jasin
Azmi bin Sukiman Pejabat Pendidikan Daerah Segamat
Azmin bin Ariffin Pejabat Pendidikan Daerah Kuala
Kangsar
Mohd Marzuki bin Abdul Ghani Pejabat Pendidikan Daerah Manjung
Zaitun binti Ibrahim SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor
Reka Bentuk dan Susun Atur
Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Reka Bentuk Kulit
Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Fail meja guru besar
Fail meja guru besarFail meja guru besar
Fail meja guru besarMok Pey Weng
 
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah1077imran
 
10. Teacher Certification
10.	Teacher Certification10.	Teacher Certification
10. Teacher Certificationmohdfidaiy
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianDgMasniah
 
Minitt kuri 1 14 otw
Minitt kuri 1 14 otwMinitt kuri 1 14 otw
Minitt kuri 1 14 otwRa Ha
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6Rainne Lee
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1timbanghawai
 
Buku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananBuku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananashamville
 
Ts25 modul 2 pintas cly kertas program
Ts25 modul 2 pintas cly kertas programTs25 modul 2 pintas cly kertas program
Ts25 modul 2 pintas cly kertas programMongingiaCly
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanShahid Hosey
 
Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020
Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020
Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020Fadzliaton Zainudin
 
Ge2033 report kump d pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihanGe2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d pend pemulihanMuhamad Sulhelmi
 
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020Fadzliaton Zainudin
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas gurumuhammad
 

La actualidad más candente (18)

Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
Kajian tindakan qgrafik
Kajian tindakan qgrafikKajian tindakan qgrafik
Kajian tindakan qgrafik
 
Fail meja guru besar
Fail meja guru besarFail meja guru besar
Fail meja guru besar
 
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
 
10. Teacher Certification
10.	Teacher Certification10.	Teacher Certification
10. Teacher Certification
 
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaianSme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
Sme6044 kumpulan 3 jurang pencapaian
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
Minitt kuri 1 14 otw
Minitt kuri 1 14 otwMinitt kuri 1 14 otw
Minitt kuri 1 14 otw
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1
 
Buku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananBuku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawanan
 
Ts25 modul 2 pintas cly kertas program
Ts25 modul 2 pintas cly kertas programTs25 modul 2 pintas cly kertas program
Ts25 modul 2 pintas cly kertas program
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
 
Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020
Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020
Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020
 
Ge2033 report kump d pend pemulihan
Ge2033 report kump d   pend pemulihanGe2033 report kump d   pend pemulihan
Ge2033 report kump d pend pemulihan
 
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 

Similar a Buku FAQ MMI 2014

Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaDr. Saprani
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Pei Wen Tan
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFsitirubiyani
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
 
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Mgkk Kluang Johor
 
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)Mim Hamdan
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARAker Derashid
 
Buku rujukan i-think_terkini_oktober
Buku rujukan i-think_terkini_oktoberBuku rujukan i-think_terkini_oktober
Buku rujukan i-think_terkini_oktoberNoraziah Badri
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumnoorqaseh_ramadhan
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdfDrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdfSanthiyaNadarajan
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT FazHani Faz
 

Similar a Buku FAQ MMI 2014 (20)

Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
Zul
ZulZul
Zul
 
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
 
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
Panduan pelaksanaan melindungi masa instruksional (1)
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Kes cikgu ghafar
Kes cikgu ghafarKes cikgu ghafar
Kes cikgu ghafar
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
Buku rujukan i-think_terkini_oktober
Buku rujukan i-think_terkini_oktoberBuku rujukan i-think_terkini_oktober
Buku rujukan i-think_terkini_oktober
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdfDrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
 
Faktor fizikal
Faktor fizikalFaktor fizikal
Faktor fizikal
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
 

Más de Chon Seong Hoo

INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUINSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUChon Seong Hoo
 
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)Chon Seong Hoo
 
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHManual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHChon Seong Hoo
 
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHMANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHChon Seong Hoo
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumChon Seong Hoo
 
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)Chon Seong Hoo
 
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...Chon Seong Hoo
 
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...Chon Seong Hoo
 
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHPELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHChon Seong Hoo
 
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...Chon Seong Hoo
 
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...Chon Seong Hoo
 
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Chon Seong Hoo
 
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020Chon Seong Hoo
 
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020Chon Seong Hoo
 
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Chon Seong Hoo
 
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Chon Seong Hoo
 
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBDChon Seong Hoo
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Chon Seong Hoo
 
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Chon Seong Hoo
 
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)Chon Seong Hoo
 

Más de Chon Seong Hoo (20)

INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUINSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
 
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
 
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHManual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
 
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHMANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
 
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
 
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
 
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
 
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHPELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
 
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
 
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
 
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
 
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
 
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
 
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
 
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
 
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
 
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
 
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
 

Último

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 

Último (11)

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 

Buku FAQ MMI 2014

  • 1. MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL Kembali Kepada Yang Asas Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kementerian Pendidikan Malaysia 2014 FAQ
  • 2. M u k a S u r a t | 1 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENDAHULUAN Buku Panduan Soal Jawab Lazim (FAQ) adalah bertujuan untuk merungkai dan menjelaskan segala kekeliruan dan ketidakjelasan maklumat yang berkaitan dengan amalan Melindungi Masa Instruksional (MMI) kepada semua warga pendidikan di seluruh negara. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa cuba membantu dan memberi pemahaman agar segala amalan yang terkandung di dalam surat siaran, surat pekeliling ikhtisas, Akta Pendidikan 1996 dan pekeliling-pekeliling lain diketahui oleh guru-guru di sekolah. Soal jawab lazim yang dimasukkan ke dalam buku panduan ini akan cuba mengupas dan menjawab semua soalan-soalan yang sering dikemukakan oleh pihak sekolah dan guru sepanjang amalan MMI dilaksanakan mulai tahun 2012. SOALAN DAN JAWAPAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI? MMI ialah singkatan kepada Melindungi Masa Instruksional (MMI) yang memberi penekanan semula kepada amalan sedia ada iaitu kembali kepada yang asas ‘Guru Mengajar dan Murid Belajar’. Masa Instruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan aktiviti lain yang menyokong dalam membangunkan potensi murid dengan berkesan tanpa sebarang gangguan. MMI tidak meminggirkan mana-mana elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.  Rujukan boleh dilakukan menerusi Seksyen 18 (2) - Akta 550 yang berkaitan dengan Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah. Perincian boleh dirujuk menerusi Peraturan- Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan bagi kokurikulum boleh merujuk kepada perkara 2 tentang tafsiran: “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
  • 3. M u k a S u r a t | 2 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 2. Adakah MMI satu dasar baharu? MMI bukan satu dasar baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). MMI adalah amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan terhadap konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan penekanan semula oleh pihak KPM. 3. Perlukah jawatankuasa ditubuhkan bagi menjayakan amalan MMI? MMI tidak memerlukan penubuhan jawatankuasa baharu. Ia hanya perlu dibincangkan sebagai salah satu agenda dalam JK Kurikulum atau mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan. 4. Pihak manakah yang berperanan dalam memastikan MMI diamalkan? Semua pihak diperingkat Bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah memainkan peranan dalam memastikan MMI diamalkan. Dalam hal ini agensi luar, masyarakat dan ibubapa juga harus diberi penjelasan dalam membantu pelaksanaan MMI. 5. Apakah faedah MMI kepada murid? Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum dan berkualiti jika MMI diamalkan dengan berkesan di sekolah. Sekiranya murid tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada waktu rasmi persekolahan maka ia wajib dilaksanakan pada masa dan kaedah lain yang sesuai . 6. KPM amat menggalakkan kerjasama dengan pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah? Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan menjelaskan amalan MMI kepada pihak yang berkenaan. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.
  • 4. M u k a S u r a t | 3 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 7. Bolehkah guru-guru dibenarkan keluar untuk menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan semasa waktu persekolahan? Boleh dengan arahan bertulis dan kebenaran daripada pemimpin sekolah. Walaubagaimanapun guru yang berkenaan dan pihak pentadbir sekolah perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan waktu PdP yang terjejas itu ada guru ganti (relief) atau mengadakan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai.  Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Siaran Bil. 20 Tahun 2012: Pelaksanaan Perakuan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru bertarikh 27 Jun 2012 di Lampiran C; Perkara No.3 – Agensi Luar KPM (Penglibatan Guru-guru Hendaklah Tidak Menjejaskan Pengurusan Sekolah serta Proses PdP) 8. Saya merupakan ahli pasukan sukarelawan (cth. Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia) yang aktif. Saya telah diarahkan untuk melakukan kerja sukarela membantu semasa negara ditimpa bencana. Bolehkah saya menyertai aktiviti tersebut? Pemimpin sekolah perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan arahan, keperluan, kepakaran dan prosedur yang telah ditetapkan.  Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24 Tahun 1998: Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan 9. Sebagai Pengetua/Guru Besar, adakah saya berhak untuk tidak membenarkan guru-guru saya menyertai aktiviti/program luar jika menerima surat arahan KPM/ JPN/PPD? Ya, kebenaran ini tertakluk kepada budi bicara Pengetua/Guru Besar. Walaubagaimanapun, Pengetua/Guru Besar perlu memberikan kerjasama dan komitmen kepada KPM, JPN dan PPD dalam menjayakan segala program.
  • 5. M u k a S u r a t | 4 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 10. Sekiranya saya tidak dapat melaksanakan PdP atas urusan rasmi, bolehkah saya menggantikan waktu tersebut di luar waktu persekolahan? Boleh dengan kebenaran pentadbir sekolah. 11. Saya telah diarah untuk menjalankan tugas rasmi, adakah perlu saya mengganti waktu yang telah tertinggal tersebut? Tidak perlu kerana pihak sekolah akan menggantikan waktu-waktu tersebut dengan guru ganti (relief) berdasarkan cadangan-cadangan amalan terbaik PdP seperti yang dikemukakan dalam Buku Amalan Terbaik MMI keluaran tahun 2013. Namun, guru boleh membuat lelongan jadual waktu sebelum atau selepas melaksanakan tugas rasmi tersebut. 12. Adakah pihak Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI? Contohnya pembantu makmal. Semua pihak perlu mempraktikkan amalan MMI di sekolah mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing. 13 Adakah amalan MMI akan menghalang kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum dan akademik? Tidak, kerana kegiatan kokurikulum merupakan sebahagian daripada proses PdP. Hal ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid untuk menambah, mengukur dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, kegiatan kokurikulum hendaklah dirancang dengan teratur dan teliti sepertimana perancangan untuk aktiviti-aktiviti kurikulum dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan berpandukan akta dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuat kuasa. 14. Pelaksanaan MMI menyebabkan sekolah tidak boleh mengadakan sebarang bentuk perayaan seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Kanak-Kanak, Sambutan Hari Lahir dan Hari Kantin. Tidak benar. Sekolah masih boleh mengadakan program sambutan dan lain-lain yang difikirkan perlu secara terancang dan terkawal tanpa menjejaskan PdP.
  • 6. M u k a S u r a t | 5 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 15. Adakah perkhidmatan kaunseling pada masa persekolahan dianggap sebagai sebahagian daripada proses PdP? Ya, kerana murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu PdP.  Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Siaran KPM Bil 12 Tahun 2012 bertarikh 16 April 2012: Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah. 16. Adakah tindakan disiplin boleh diambil terhadap murid-murid semasa sesi PdP? Pengetua/Guru Besar boleh menggunakan budi bicara mengikut tahap keseriusan kes salah laku kerana tindakan disiplin juga merupakan salah satu proses untuk mendidik.  Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2 Tahun 1981: Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah bertarikh 12 September 1981 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 tahun 1996: Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah bertarikh 3 September 1996. 17. Adakah latihan kebakaran yang dilaksanakan di waktu sesi persekolahan mengganggu MMI? Tidak, kerana latihan kebakaran juga merupakan satu elemen pendidikan yang perlu dilaksanakan secara terancang sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal.  Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 Tahun 1978: Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah bertarikh 23 Jun 1978, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12 Tahun 1989: Garis Panduan Dari Segi Pencegahan Kebakaran Bagi Bangunan Domitori dan Asrama bertarikh 9 September 1989 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2000: Mencegah Kebakaran Di Sekolah bertarikh 14 Mac 2000.
  • 7. M u k a S u r a t | 6 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 18. Adakah kehadiran ibu bapa yang ingin berjumpa dengan guru semasa PdP mengganggu MMI? Kehadiran ibu bapa amatlah dialu-alukan ke sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka di luar waktu PdP.  Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 1981: Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah bertarikh 12 September 1981. 19. Bagaimanakah sumbangan Guru Cemerlang (GC) dan Guru Kaunseling dalam memastikan keberkesanan MMI. Pendekatan PdP yang berkesan yang dilaksanakan oleh GC perlu dikongsi dengan guru-guru lain bagi mengoptimumkan keberhasilan pembelajaran murid. Manakala sumbangan Guru Kaunseling adalah bagi memastikan kemenjadian murid. Walaubagaimanapun pelaksanaan PdP GC dan Guru Kaunseling tidak seharusnya diganggu. 20. Bolehkah saya melaksanakan aktiviti PdP di luar bilik darjah? Boleh, selagi keberhasilan pembelajaran murid dicapai dan memaklumkan kepada pentadbir atau memohon kebenaran sekiranya melibatkan aktiviti di luar sekolah. Ini selari dengan mematuhi aspirasi murid mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.  Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11 Tahun 2004: Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)) sekiranya aktiviti dilakukan di luar bilik darjah bertarikh 31 Disember 2004. 21. Bolehkah sekolah menganjurkan program peningkatan akademik seperti Seminar/Teknik Menjawab Soalan pada waktu persekolahan? Boleh, program yang dianjurkan hendaklah dirancang dengan cekap dan berkesan supaya pelaksanaannya menepati kehendak kumpulan sasar dan memastikan semua murid dan guru dapat melindungi masa instruksional yang sepatutnya.
  • 8. M u k a S u r a t | 7 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 22. Bolehkah sekolah ganti pada hari Sabtu melaksanakan aktiviti dan program selain daripada PdP? Contoh: Gotong-royong. Pelaksanaan sekolah ganti (Sabtu) sepatutnya mengikut jadual hari pesekolahan yang diganti.  Rujukan boleh dilakukan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2012: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya semasa hari ganti persekolahan pada hari Sabtu bertarikh 25 September 2012. 23. Bolehkah program kokurikulum/sukan diadakan pada waktu persekolahan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan? Boleh, dengan mengambilkira beberapa perkara seperti memaksimumkan sumber tenaga serta meminimumkan jawatankuasa dan penglibatan guru. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah mengikut tahap dan hendaklah dijalankan di luar waktu PdP.  Rujukan boleh dilakukan menerusi Buku Panduan Penilaian Kokurikululm Tahun 2006 24. Pelaksanaan MMI boleh mengurangkan penglibatan guru dalam melaksanakan aktiviti sukan/kokurikulum di peringkat PPD/JPN/Kebangsaan. Guru tidak dihalang untuk menyertai aktiviti sukan/kokurikulum di peringkat PPD/JPN/Kebangsaan. Namun mereka perlu memastikan PdP dalam kelas yang ditinggalkan dapat dilaksanakan sama ada secara modul, guru ganti atau lelongan jadual dan apa-apa pendekatan yang sesuai. 25. Adakah program lawatan sambil belajar perlu dibatalkan kerana menyalahi amalan MMI? Tidak perlu. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5 Tahun 2002 bertarikh 1 Ogos 2002 (Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan), pengelolaan lawatan sambil belajar merupakan salah satu kaedah PdP yang menyeronokkan (learning is fun). Kaedah ini berupaya memberi pendedahan secara realiti dan “hands on” terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar di dalam kelas.
  • 9. M u k a S u r a t | 8 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 26. Bolehkah latihan intensif aktiviti sukan/kokurikulum dilaksanakan pada waktu pagi/PdP? Pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah mengikut tahap dan hendaklah dijalankan di luar waktu PdP. Bagi sekolah rendah dan menengah, peruntukan masa kokurikulum adalah seperti yang berikut: i. Tahun 3 & 4: 60 minit seminggu ii. Tahap 5 & 6: 120 minit seminggu iii.Kelas Peralihan, Tingkatan 1,2,3 & 6: 180 minit seminggu iv.Tingkatan 4 & 5: 100 hingga 180 minit seminggu mengikut aliran. 27. Adakah MMI menyumbang kepada kemerosotan penyertaan aktiviti kokurikulum disebabkan guru dan murid tidak dibenarkan keluar dan seterusnya menjejaskan penilaian 10% kokurikulum? Pelaksanaan MMI tidak mengganggu penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum, malah ia lebih sistematik dan terancang serta memastikan hak murid dalam kurikulum dan kokurikulum dipatuhi. GLOSARI Instruksional - masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan
  • 10. M u k a S u r a t | 9 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENYUMBANG Penasihat Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Ketua Pasukan Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Setiausaha Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Penolong Setiausaha Noorzalina binti Zainal Abidin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Editorial dan Urus Setia Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Anuar Adnan bin Ismail Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Noorzalina binti Zainal Abidin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Zulhazmi bin Anwar Bahagian Pendidikan Islam Siti Nabilah binti Kasdi Bahagian Pendidikan Khas Anuar bin Idris Bahagian Sukan Alias bin Yoop Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Pembaca Proof Dr. Nazirah binti Mohd Nordin SK Sungai Serai, Kajang, Selangor Dr. Noor Hayati binti Che Mat SK Sungai Kantan, Kajang, Selangor Nor Salina binti Mohd. Zainudin SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor Azlina binti Yusof SK Kajang Utama, Kajang, Selangor
  • 11. M u k a S u r a t | 10 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas: Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Penulis Mustafa Amin bin Sidek Jabatan Pendidikan Perlis Zulkifli bin Yaacob Choong Kok Hung Abd. Aziz bin Mohamad Noh Jabatan Pendidikan Kedah Zulkafly bin Othman Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Saleha binti Mohamed Yusof Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur Asogan a/l Saniasy Jabatan Pendidikan Melaka Siti Hajar binti Mahrol Jabatan Pendidikan Johor Rohana binti Moin Jabatan Pendidikan Pahang Mohd Razali bin Ismail Jabatan Pendidikan Terengganu Saharudin bin Abdullah Jabatan Pendidikan Kelantan Nordin bin Abdul Rashid Jabatan Pendidikan Sabah Ahmad Kamal bin Idris Jabatan Pendidikan Selangor Zorkarnini bin A. Ghani Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Abdullah bin Abdul Wahid Pejabat Pendidikan Daerah Jasin Azmi bin Sukiman Pejabat Pendidikan Daerah Segamat Azmin bin Ariffin Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar Mohd Marzuki bin Abdul Ghani Pejabat Pendidikan Daerah Manjung Zaitun binti Ibrahim SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor Reka Bentuk dan Susun Atur Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Reka Bentuk Kulit Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian