1. SULIT
02/2 02/2
Bahasa Melayu
Kertas 2
LTS 2005
Set 3
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
LEARNING TO SCORE 2005
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
BAHASA MELAYU
KERTAS 2
Satu jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan.
2. Soalan 1 mempunyai lima pilihan.
3. Soalan 2 mempunyai dua pilihan.
4. Soalan 3 tidak mempunyai pilihan
2. Set 3 Bahasa Melayu PMR
Bahagian A
(Masa yang dicadangkan : 40 minit)
Bahagian A (i) : Ringkasan
(20 markah)
(Masa dicadangkan : 45 minit)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kesan
pengambilan minuman beralkohol. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan
Arak adalah sejenis minuman yang beralkohol dan boleh memabukkan. Kandungan
gula yang tinggi dalam minuman beralkohol ini juga boleh memudaratkan dan menjejaskan
kesihatan si peminum. Oleh itu, agama Islam mengharamkan umatnya minum minuman
keras.
Jika wanita hamil minum minuman keras, maka pertumbuhan bayi dalam
kandungannya turut terbantut. Risiko bayi mengalami kecacatan atau menghidap
penyakit sangat tinggi. Hal ini demikian kerana alkohol yang mengalir ke dalam tubuh si ibu
akan memberi kesan kepada fizikal bayi serta menjejaskan kesihatannya.
Sekiranya pelajar yang minum minuman keras pula, mereka tidak mampu mengawal
emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula
ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar
sekaligus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka.
Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum arak
pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa memandu. Perbuatan mereka ini melanggar
undang-undang jalan raya serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang
lain. Akibatnya, kemalangan mudah berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya
yang lain.
Oleh sebab minuman beralkohol ini sangat berbahaya, sepatutnya kerajaan
mengharamkan penjualan dan pengedarannya ke seluruh negara. Jika tindakan ini segera
dilaksanakan, rakyat dapat menjimatkan wang, di samping mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Masalah sosial yang berkait rapat dengan minuman keras ini dapat
diatasi.
(Dipetik dan diubahsuaikan Ahmad b Hussin, Utusan Melayu, 18 September, 2002)
LEARNING TO SCORE
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 2
3. Set 3 Bahasa Melayu PMR
Soalan Bahagian A (ii) : Pemahaman
(10 markah)
1. Berikan maksud rangkai kata “kandungannya turut terbantut”. (2 markah)
2. Berikan dua kesan yang akan dialami jika wanita hamil meminum minuman
beralkohol. (4 markah)
3. Jika sahabat anda terlibat dalam pengambilan minuman beralkohol, cadangkan dua
langkah yang boleh anda lakukan untuk membantunya. (4 markah)
LEARNING TO SCORE
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 3
4. Set 3 Bahasa Melayu PMR
Bahagian B
(Masa yang dicadangkan : 25 minit
(20 markah)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan keperluan yang diperlukan oleh mangsa –
mangsa banjir ketika menghadapi bencana alam ini. Huraian anda hendaklah lebih daripada
120 patah perkataan.
LEARNING TO SCORE
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 4
5. Set 3 Bahasa Melayu PMR
Bahagian C
(Masa yang dicadangkan : 45 minit)
(40 markah)
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
a. Sekolah anda mengadakan ‘Hari Kantin” untuk mengisi tabung Kokurikulum sekolah
anda. Perihalkan suasana pada hari tersebut.
b. Rayuan anda untuk mendapatkan bantuan pinjaman buku teks telah diterima oleh
pihak sekolah, Anda ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak
sekolah. Tulis surat tersebut selengkapnya.
c. Anda baru sahaja berpindah ke sekolah yang baru kerana mengikuti bapa anda yang
bertugas di sana. Anda diminta oleh guru tingkatan untuk menyampaikan ucapan
sempena kedatangan anda di sekolah baru. Sediakan teks ucapan selengkapnya.
d. Anda ialah pihak kerajaan dalam suatu pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasan
tersebut ialah ‘Sektor Pertanian lebih banyak membawa kebaikan kepada negara
berbanding Sektor Industri”. Tuliskan teks perbahasan tersebut.
e. Anda telah mengetuai suatu ekspedisi Kelab Kembara sekolah anda,mendaki
sebuah gunung. Catatkan selengkapnya tentang pengembaraan ekspedisi tersebut.
LEARNING TO SCORE
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 5
6. Set 3 Bahasa Melayu PMR
Bahagian D
(Masa yang dicadangkan : 10 minit)
(10 markah)
Jawapan mestilah berdasarkan daripada novel-novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1
dan Tingkatan 3 seperti senarai di bawah
(i) Aku Anak Timur ( Siti Aminah Hj. Yusuf )
( ii ) Merdeka! Merdeka! ( A. Rahman Hanafiah )
Nyatakan dua unsur suspens berserta contoh daripada salah satu novel sama ada novel
tingkatan 1 atau novel tingkatan 3 yang anda kaji.
LEARNING TO SCORE
UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN PERAK
Halaman 6