SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
16           TOPIK 2 BATIK




 Topik                            Batik
           2
          HASIL PEMBELAJARAN
          4.
     Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
     1.    Menerangkan tentang latar belakang batik;
     2.    Menerangkan motif dan ragam hias dalam batik;
     3.    Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan batik; dan
     4.    Menghasilkan batik.




X PENGENALAN
Batik adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan
didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, reka corak, reka
bentuk, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan batik. Anda juga didedah
bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru batik melalui satu proses
stabilisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasilkan satu karya batik dengan menggunakan
bahan yang mudah bersesuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah
rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan
kemasan, kemahiran mengaplikasikan alat, media dan teknik. Sesi apresiasi
juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
membincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.


  2.1         SEJARAH BATIk MALAySIA
Batik adalah merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau
Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan
kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang
TOPIK 2   BATIK      17



membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau
bercorak. Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam bahasa
Jawa pula batik bermaksud setitik lilin.

Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan
di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di
Indonesia. Seni batik juga telah berkembang ke negara ini.


         AkTIVITI 2.1

      Bincangkan tentang sejarah perkembangan batik.


Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah
perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Baharu,
Kelantan pada tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan Jawa. Kain batik
di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan. Kain yang
digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu
kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam. Haji Che Su bersama rakan-
rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di
lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya
ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.


       SEMAk kENDIRI 2.1

       Siapa pencipta kain batik yang pertama di negara ini?




  2.2        JENIS-JENIS BATIk
Terdapat empat jenis teknik batik:
(i)   Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian digantikan dengan
      blok tembaga untuk menghasilkan corak.
(ii) Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan
     melalui leker.
(iii) Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan
      bahagian untuk dibuat corak.
(iv) Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin).
18               TOPIK 2 BATIK




    2.3           MOTIF BATIk MALAySIA
Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini
terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran.
Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh
dijadikan corak. Oleh itu kita boleh membuat kesimpulan bahawa motif-motif
ini menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional dengan alam. Terdapat enam
jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang
menarik:

(a)   Unsur flora
      Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:
      (i)       Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup,
                putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur
      (ii) Untuk menghiasi badan batik sarung.
	     	         •		 bunga,	 kuntum,	 putik,	 ranting	 dan	 pucuk	 disusun	 menjalar	 datar	
                    dengan bentuk lembut
	     	         •		 helaian	daun,	kelopak	serta	ranting	dan	bunga
	     	         •		 bunga	disusun	berdahan	tegak
      (iii) Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk
            rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara
            realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri




      akar-akar             bunga air         bunga            bunga      bunga berbaling
      menjalar              mata kasih       anggerik         berbaling      (variasi)
                                  Rajah 2.1: Contoh motif flora

(b) Unsur fauna
    Unsur-unsur fauna adalah seperti:
      (i)       Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang
                dan sebagainya.
TOPIK 2   BATIK             19




          burung               burung                        merak             kumbang
                                Rajah 2.2: Contoh motif fauna

(c)   Unsur geometri
      (i)     Fungsi motif unsur rupa geometri:
	     	       •		 Untuk	hiasan	kaki	kain	atau	gigi	–	susunan	garis-garis	halus,	motif	
                  parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan
                  digunakan.
	     	       •		 Garis-garis	 lurus	 yang	 direka	 dan	 disusun	 menjadi	 motif	 seperti	
                  cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.
	     	       •		 Untuk	 menghiasi	 batik	 panjang	 –	 motif	 kawung	 dalam	 susunan	
                  empat bentuk bujur sering digunakan.
	     	       •	 Motif	 ceplok	 dengan	 susunan	 segi	 empat	 yang	 berisikan	
                 beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan
                 garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia
                 merupakan campuran gaya organik dan geometri.
      (ii) Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin
           berganda’, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung,
           kisi-kiri dan swastika.




      jakur                    kawung                  kisi-kisi               swastika
                               Rajah 2.3: Contoh motif geometri

(d) Unsur benda buatan manusia
      (i)     fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya
              digunakan untuk hiasan batik ela
      (ii) Contoh motif unsur benda buatan manusia:
	     	       •	 abor
	     	       •	 jaring	ikan
20               TOPIK 2 BATIK




	      	        •	 kampung
	      	        •	 wau




            wau                          wayang kulit               wayang kulit (variasi)

                          Rajah 2.4: Contoh motif buatan manusia

(e)    Unsur Motif isen
       Isen ialah motif pengisi untuk, memenuhi kain batik tradisional atau sebagai
       latar belakang kepala sesuatu pola corak.

       Contoh jenis isen:
       Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, cecek pitu,
       cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata dara, penutup, poleng, sisik dan
       lain-lain lagi.




      mata dara               mlinjon                   penutupan              poleng

                                  Rajah 2.5: Contoh motif isen


           SEMAk kENDIRI 2.2

           Huraikan jenis-jenis ragam hias yang terdapat dalam batik.


2.3.1             Susunan Reka Corak Motif
Terdapat beberapa jenis susunan motif pada lain batik, iaitu
(a)    berdiri
(b) berjalur
(c)    catur/dam
(d) kisi-kisi
TOPIK 2   BATIK          21



(e)    melintang
(f)    menyeluruh
(g) serong
(h) tompok-tompok (bertabur)
(i)    ulang bersilang
(j)    ulang batu bata

Motif pucuk rebung sering diletakkan pada bahagian kepala kain. Susunan motif
untuk bahagian badan kain lebih bebas, berbentuk bunga berpohon atau bunga
tunggal boleh disusun untuk menghasilkan corak. Motif parang rosak, pilin
berganda atau banji sering digunakan untuk susunan menyerong. Motif pinggir
awan, keluk berlingkar, keluk berbunga dan lengkungan separuh bulat sering
menyatukan bentuk dengan bahagian badan kain.


      2.4     JENIS TEkNIk PENGHASILAN BATIk
Di bahagian ini, kita akan pelajari tentang tiga teknik penghasilan batik.

(a)    Teknik batik blok
	      •	 Blok	tembaga	yang	berukir	dengan	gaya	ukiran	timbul	digunakan	untuk	
          menerap.
	      •	 Pelbagai	warna	yang	digunakan	untuk	membuat	corak	yang	berlatarkan	
          kain putih.
	      •	 Biasanya	tiga	blok	yang	berbeza	digunakan.
	      •	 Setiap	blok	mempunyai	sarang	tertentu.
	      •	 Sarang	 jenis	 ini	 meninggalkan	 garis	 serta	 titik	 yang	 halus	 dan	 kemas	
          pada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna.
	      •	 Corak	dan	motif	yang	lebih	rumit	dan	sempurna	juga	dapat	dihasilkan.




                               Rajah 2.6: Contoh batik blok
22              TOPIK 2 BATIK




     (i)       Alatan
               •	 Blok	bunga	atau	sarang	yang	dibentuk	khas	dan	di	pateri	mengikut	
                  rekaan corak
               •	 Kuali	leper	untuk	memasak	bahan	campuran	lilin	dan	pengadang
               •	 Kuali	kawah	untuk	mencelup,	merendam	dan	merebus	kain
               •	 Meja	menerap	
                  –	 dilapisi	span,	kain	guni	atau	kelopak	batang	pisang	yang	telah	
                  –	 diproses	dan	direndam	dalam	air	garam	selama	12	jam
                  –	 biasanya	 pokok	 pisang	 jenis	 kelat	 air,	 pisang	 Benggala	 atau	
                     pisang
                  –	 rasa	digunakan
               •	 Kain	putih
               •	 Bahan	pewarna
               •	 Debu	soda

     (ii) Proses membuat batik blok
               •	 Kain	 putih	 direbus	 untuk	 melembutkan	 dan	 menanggalkan	 kanji.	
                  Dijemur sehingga kering.
               •	 Kain	di	bentang	dengan	rata	di	atas	permukaan	meja.
               •	 Bahan	campuran	lilin	damar	dipanaskan	dan	permukaan	blok	dicelup	
                  ke dalam lilin cair itu.
               •	 Lilin	cair	diterapkan	pada	permukaan	kain	mengikut	susunan	dan	
                  reka letak motif dengan teliti dan kemas.
               •	 Kain	 yang	 telah	 siap	 diterap	 dengan	 lilin	 dicelup	 ke	 dalam	 bahan	
                  pewarna.
               •	 Proses	 menerap	 dan	 mencelup	 warna	 dilakukan	 berulang	 kali	
                  dengan blok dan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan kain
                  batik yang beraneka corak dan warna.
               •	 Kain	 kemudian	 direbus	 dengan	 air	 yang	 dicampurkan	 dengan	
                  bahan debu soda.
               •	 Kain	dicuci	dan	dibilas	sebelum	dijemur	sehingga	kering.

       SEMAk kENDIRI 2.3

      Apakah alat untuk menghasilkan teknik batik blok.
TOPIK 2   BATIK       23



(b) Teknik batik tulis
	   •		 Digemari	 kerana	 mempunyai	 ciri	 mengikut	 kehendak	 semasa	 seperti	
        warna eksklusif dan motif yang bebas serta dapat disesuaikan dengan
        kehendak	dan	kegunaan	mengikut	peredaran	zaman.
	   •		 Ia	juga	mempunyai	reka	corak	yang	tersendiri.




                               Rajah 2.7: Contoh batik tulis

    (i)      Alatan
     	       •	 Kain	putih	atau	kertas
     	       •	 Canting
     	       •	 Campuran	 lilin	 (lilin	 paraffin,	 lilin	 lebah,	 dammar	 (rosin)	 lemak	
                binatang/minyak masak)
     	       •	 Berus	lembut
     	       •	 Serbuk	pewarna	jenis	‘reactive-dye’
     	       •	 Sodium	silicate	(Pemati	warna)
     	       •	 Soda	ash
     	       •	 Pemidang	kayu

    (ii) Proses membuat batik tulis
         	   •	 Kain	 yang	 telah	 dibasuh	 (untuk	 membuang	 kanji)	 di	 kering	 dan	
                diregang pada pemidang kayu.
         	   •	 Motif	 dan	 corak	 dilakar	 pada	 kain	 dengan	 menggunakan	 pensel	
                (6D).
         	   •	 Bahan	 campuran	 lilin	 dipanaskan	 dengan	 suhu	 yang	 sederhana.	
                Lilin	(60%)	+	damar	(40%)	+	sedikit	minyak	masak	untuk	melicinkan	
                aliran lilin.
         	   •	 Canting	 yang	 berisi	 lilin	 cair	 digunakan	 untuk	 melukis	 mengikut	
                lakaran pensel di atas permukaan kain.
         	   •	 Bahan	pewarna	disapu	pada	reka	corak.
24               TOPIK 2 BATIK




	     •	 Kain	 dibiarkan	 sehingga	 kering,	 kemudian	 disapu	 atau	 direndam	
         dengan	 sodium	 silikit	 dan	 dibiarkan	 selama	 8–12	 jam	 di	 tempat	
         terlindung cahaya untuk mematikan warna.
	     •	 Kain	 yang	 telah	 dimatikan	 warna,	 dibasuh	 dengan	 air	 ‘lalu’	 sehingga	
         hilang kesan sodium silikit tersebut.
	     •	 Kain	 seterusnya	 direbus	 dan	 di	 campur	 dengan	 sedikit	 ‘soda	 ash’	
         sehingga lilin tanggal.
	     •	 Kain	dicuci	dan	dibilas	di	dalam	air	sehingga	bersih	sebelum	dikeringkan.

          SEMAk kENDIRI 2.4

          1.     Apakah alat yang digunakan dalam batik tulis.
          2.     Terangkan proses dalam penghasilan batik tulis.


(c)   Teknik batik skrin
	     •		 Telah	dipelopori	oleh	sekumpulan	pembuat	batik	di	negeri	Kelantan	dan	
          terus berkembang menjadi satu industri.
	     •		 Proses	 pembuatan	 menjimatkan	 masa,	 lebih	 ekonomi	 dan	 teknik	 yang	
          digunakan lebih cepat daripada teknik membatik yang lain.




                                  Rajah 2.8: Contoh batik skrin

      (i)       Alatan
      	         •		 Skrin	
      	         •		 Sekuji
      	         •		 Meja	mengecap
      	         •		 Kelongsong	stensil
TOPIK 2   BATIK         25



         •		 Kain	putih
         •		 Bahan	pewarna
         •		 bahan	lekar

    (ii) Proses membuat batik skrin
	        •	 Reka	corak	dirancang,	dilukis	dan	ditentukan	skim	warnanya	pada	
            kertas
	        •	 Pecahan	 reka	 corak	 dibuat	 mengikut	 warna	 untuk	 menentukan	
            bilangan pemidang yang akan digunakan
	        •	 Kelongsong	stensil	yang	diisi	dengan	bahan	laker	digunakan	untuk	
            melukis corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka corak
	        •	 Kain	putih	yang	bersih	diregang	rata	di	atas	meja
	        •	 Skrin	diletakkan	di	atas	permukaan	kain	dengan	kemas	dan	rapi
	        •	 Bahan	pewarna	dituang	pada	bahagian	hujung	skrin
	        •	 Pewarna	 disapu	 dengan	 licin	 dan	 rata	 dengan	 cara	 menarik	 atau	
            menolak sekuji
	        •	 Kain	yang	telah	siap	dicetak	dijemur	sehingga	kering
	        •	 Proses	 pengewapan	 dilakukan	 pada	 kain	 supaya	 warnanya	 tidak	
            luntur
	        •	 Kain	 kemudiannya	 direndam	 dan	 dibersihkan	 di	 dalam	 air	 suam	
            yang bercampur bio-soft untuk menanggalkan lebihan bahan
            pewarna di samping melembutkan kain dan dijemur.



      SEMAk kENDIRI 2.5

     Terangkan proses penghasilan batik skrin.


Berikut adalah aktiviti yang anda boleh mengendalikan dengan pelajar-pelajar
anda.
26                TOPIK 2 BATIK




           AkTIVITI 2.1

         Bahan:
         1. Kertas lukisan
         2.		 Lilin	atau	krayon
         3. Poster atau cat air
         4. Berus lukisan

         Langkah	1:		 Guru	 menunjukkan	 dan	 berbincang	 tentang	 reka	 corak	
                      yang terdapat dalam batik.
         Langkah	2:		 Guru	 mengarahkan	 pelajar	 untuk	 membuat	 satu	 reka	
                      corak berdasarkan motif flora.
         Langkah	3:	 Guru	 menunjukkan	 perkembangan	 peringkat	 demi	
                     peringkat cara bagaimana sesuatu motif flora seperti daun
                     dilakar dan diubahsuai hingga menjadi satu reka corak
                     yang baru.
         Langkah	4:		 Pelajar	 melakarkan	 beberapa	 rekaan	 corak	 yang	 baru	 dia	
                      atas kertas bertemakan motif flora. Guru membimbing
                      pelajar.
         Langkah	5:		 Pelajar	 dikehendaki	 melakarkan	 reka	 corak	 tersebut	 di	
                      atas kertas lukisan.
         Langkah	6:		 Pelajar	 membuat	 garisan	 (outline) reka corak tersebut
                      dengan menggunakan lilin atau krayon.


     (i)       Persembahan hasil kerja
	    	         •	 Penilaian	berdasarkan	
	    	         	    –		 ide	reka	cipta
	    	         	    –		 kemahiran	mengaplikasikan	alat,	bahan	dan	teknik
	    	         	    –		 kemasan
	    	         •	 Apresiasi
                  Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan
                  orang lain.

     (ii) Aktiviti cadangan
               Membuat satu lawatan ke kilang batik atau tempat membuat batik
               Tempat      :   kilang atau tempat membuat batik yang berhampiran
               Kegiatan :      memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
TOPIK 2   BATIK         27



                    (i)   bagaimana canting dihasilkan
                    (ii) bagaimana cop batik, dihasilkan
                    (iii) proses bagaimana batik        dihasilkan    di   peringkat
                          permulaan hingga akhir
                    (iv) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf batik
                    (v) pemasaran barangan batik.

     (iii) Aktiviti pembelajaran tambahan
           •	 Latihan
              Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni batik. Teliti setiap contoh
              dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

           •	 Latihan
              Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada
              batik.

       SEMAk kENDIRI 2.6

      1.    Apakah itu batik?
      2.    Sebutkan motif flora yang terdapat dalam batik?
      3.    Bincangkan jenis- jenis teknik penghasilan batik?
      4.    Apakah alat yang digunakan untuk membuat batik tulis?




  RuMuSAN

•		 Batik	 boleh	 dikatakan	 berasal	 dari	 Indonesia.	 Dalam	 Bahasa	 Melayu,	 batik	
    bermaksud	‘titik’,	manakala	dalam	bahasa	Jawa	pula	batik	membawa	maksud	
    ‘setitik	lilin’.
•		 Motif	batik	di	Malaysia	banyak	dipengaruhi	oleh	alam	sekitar.
•	 Anda	 telah	 didedahkan	 dengan	 pengetahuan	 mengenai	 apa	 jenis	 alatan	 dan	
   bahan yang digunakan untuk menghasilkan batik.
28        TOPIK 2 BATIK




Batik                                  Batik skrin
Batik blok                             Batik tulis
Batik pelangi




        RuJukAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:
    Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni
   Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.	 Kuala	 Lumpur:	 Dewan	 Bahasa	 &	
   Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum
   Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni.	 Kuala	 Lumpur:	 Dewan	 Bahasa	 &	
   Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
   Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual.	 Kuala	 Lumpur:	 Dewan	 Bahasa	 &	
   Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa.	 Kuala	 Lumpur:	 Dewan	 Bahasa	 &	
    Pustaka.

More Related Content

What's hot

Wayang kulit
Wayang kulitWayang kulit
Wayang kulitNik Aqil
 
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3Khairiah Esa
 
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat BinaanMaksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat BinaanConnie Mimie
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanSeni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanFairuz Alwi
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan milzi5215
 
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualSeni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualFairuz Alwi
 
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Mcc Goh
 
Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2azham
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)Fairuz Alwi
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)ilaazmil2
 
21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seniEvelyna Usun
 

What's hot (20)

Anyaman
AnyamanAnyaman
Anyaman
 
Teknik kolograf
Teknik kolografTeknik kolograf
Teknik kolograf
 
Poster
PosterPoster
Poster
 
Wayang kulit
Wayang kulitWayang kulit
Wayang kulit
 
Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
 
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat BinaanMaksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanSeni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
Garisan
GarisanGarisan
Garisan
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan
 
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualSeni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
 
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
Kuliah 6 2016 sejarah seni barat 1 (STPM)
 
Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2
 
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
 
Kraf
KrafKraf
Kraf
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)
 
21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni
 
Cetakan stensil
Cetakan stensilCetakan stensil
Cetakan stensil
 

Viewers also liked

Viewers also liked (6)

Batik Indonesia
Batik IndonesiaBatik Indonesia
Batik Indonesia
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Parrots
ParrotsParrots
Parrots
 
SMK MAK kelas10 smk kria tekstil budiyono
SMK MAK kelas10 smk kria tekstil budiyonoSMK MAK kelas10 smk kria tekstil budiyono
SMK MAK kelas10 smk kria tekstil budiyono
 
Beautiful Nature
Beautiful NatureBeautiful Nature
Beautiful Nature
 
Sikap Laku
Sikap LakuSikap Laku
Sikap Laku
 

Similar to Batik Malaysia (20)

Reka bentuk teknologi
Reka bentuk teknologiReka bentuk teknologi
Reka bentuk teknologi
 
Lukisan 2
Lukisan 2Lukisan 2
Lukisan 2
 
motif batik | 081391835966
motif batik | 081391835966motif batik | 081391835966
motif batik | 081391835966
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
1. Bab 1 Mengenal Batik.pptx
1. Bab 1 Mengenal Batik.pptx1. Bab 1 Mengenal Batik.pptx
1. Bab 1 Mengenal Batik.pptx
 
Batik dindonesia
Batik dindonesiaBatik dindonesia
Batik dindonesia
 
Tembikar
TembikarTembikar
Tembikar
 
Batik truntum
Batik truntumBatik truntum
Batik truntum
 
Batik couple terbaru
Batik couple terbaruBatik couple terbaru
Batik couple terbaru
 
Macam-macam Kain Tradisional di Pulau Sumatra ( Batik, Songket, Tenun )
Macam-macam Kain Tradisional di Pulau Sumatra ( Batik, Songket, Tenun )Macam-macam Kain Tradisional di Pulau Sumatra ( Batik, Songket, Tenun )
Macam-macam Kain Tradisional di Pulau Sumatra ( Batik, Songket, Tenun )
 
Seni rupa
Seni rupaSeni rupa
Seni rupa
 
Fail
FailFail
Fail
 
Nusantara
NusantaraNusantara
Nusantara
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Karya tulis kemasan batik titik agustina t1210077
Karya tulis kemasan batik  titik agustina t1210077Karya tulis kemasan batik  titik agustina t1210077
Karya tulis kemasan batik titik agustina t1210077
 
Batik.pptx
Batik.pptxBatik.pptx
Batik.pptx
 
Lap batik cap 1
Lap batik cap 1Lap batik cap 1
Lap batik cap 1
 
1
11
1
 
Warna
WarnaWarna
Warna
 
materi prakarya kelas X
materi prakarya kelas Xmateri prakarya kelas X
materi prakarya kelas X
 

More from PAKLONG CIKGU

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017PAKLONG CIKGU
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihPAKLONG CIKGU
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihPAKLONG CIKGU
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3PAKLONG CIKGU
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3PAKLONG CIKGU
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 PAKLONG CIKGU
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4PAKLONG CIKGU
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanPAKLONG CIKGU
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4PAKLONG CIKGU
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4PAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016PAKLONG CIKGU
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 

More from PAKLONG CIKGU (20)

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersih
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 

Batik Malaysia

  • 1. 16  TOPIK 2 BATIK Topik  Batik 2 HASIL PEMBELAJARAN 4. Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan tentang latar belakang batik; 2. Menerangkan motif dan ragam hias dalam batik; 3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan batik; dan 4. Menghasilkan batik. X PENGENALAN Batik adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, reka corak, reka bentuk, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan batik. Anda juga didedah bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru batik melalui satu proses stabilisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan. Akhir sekali anda akan menghasilkan satu karya batik dengan menggunakan bahan yang mudah bersesuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasikan alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain. 2.1 SEJARAH BATIk MALAySIA Batik adalah merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang
  • 2. TOPIK 2 BATIK  17 membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di Indonesia. Seni batik juga telah berkembang ke negara ini. AkTIVITI 2.1 Bincangkan tentang sejarah perkembangan batik. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan Jawa. Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam. Haji Che Su bersama rakan- rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini. SEMAk kENDIRI 2.1 Siapa pencipta kain batik yang pertama di negara ini? 2.2 JENIS-JENIS BATIk Terdapat empat jenis teknik batik: (i) Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak. (ii) Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker. (iii) Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak. (iv) Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin).
  • 3. 18  TOPIK 2 BATIK 2.3 MOTIF BATIk MALAySIA Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak. Oleh itu kita boleh membuat kesimpulan bahawa motif-motif ini menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional dengan alam. Terdapat enam jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik: (a) Unsur flora Fungsi unsur flora adalah seperti berikut: (i) Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur (ii) Untuk menghiasi badan batik sarung. • bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut • helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga • bunga disusun berdahan tegak (iii) Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri akar-akar bunga air bunga bunga bunga berbaling menjalar mata kasih anggerik berbaling (variasi) Rajah 2.1: Contoh motif flora (b) Unsur fauna Unsur-unsur fauna adalah seperti: (i) Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang dan sebagainya.
  • 4. TOPIK 2 BATIK  19 burung burung merak kumbang Rajah 2.2: Contoh motif fauna (c) Unsur geometri (i) Fungsi motif unsur rupa geometri: • Untuk hiasan kaki kain atau gigi – susunan garis-garis halus, motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan. • Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi. • Untuk menghiasi batik panjang – motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur sering digunakan. • Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri. (ii) Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin berganda’, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung, kisi-kiri dan swastika. jakur kawung kisi-kisi swastika Rajah 2.3: Contoh motif geometri (d) Unsur benda buatan manusia (i) fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya digunakan untuk hiasan batik ela (ii) Contoh motif unsur benda buatan manusia: • abor • jaring ikan
  • 5. 20  TOPIK 2 BATIK • kampung • wau wau wayang kulit wayang kulit (variasi) Rajah 2.4: Contoh motif buatan manusia (e) Unsur Motif isen Isen ialah motif pengisi untuk, memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar belakang kepala sesuatu pola corak. Contoh jenis isen: Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, cecek pitu, cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata dara, penutup, poleng, sisik dan lain-lain lagi. mata dara mlinjon penutupan poleng Rajah 2.5: Contoh motif isen SEMAk kENDIRI 2.2 Huraikan jenis-jenis ragam hias yang terdapat dalam batik. 2.3.1 Susunan Reka Corak Motif Terdapat beberapa jenis susunan motif pada lain batik, iaitu (a) berdiri (b) berjalur (c) catur/dam (d) kisi-kisi
  • 6. TOPIK 2 BATIK  21 (e) melintang (f) menyeluruh (g) serong (h) tompok-tompok (bertabur) (i) ulang bersilang (j) ulang batu bata Motif pucuk rebung sering diletakkan pada bahagian kepala kain. Susunan motif untuk bahagian badan kain lebih bebas, berbentuk bunga berpohon atau bunga tunggal boleh disusun untuk menghasilkan corak. Motif parang rosak, pilin berganda atau banji sering digunakan untuk susunan menyerong. Motif pinggir awan, keluk berlingkar, keluk berbunga dan lengkungan separuh bulat sering menyatukan bentuk dengan bahagian badan kain. 2.4 JENIS TEkNIk PENGHASILAN BATIk Di bahagian ini, kita akan pelajari tentang tiga teknik penghasilan batik. (a) Teknik batik blok • Blok tembaga yang berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk menerap. • Pelbagai warna yang digunakan untuk membuat corak yang berlatarkan kain putih. • Biasanya tiga blok yang berbeza digunakan. • Setiap blok mempunyai sarang tertentu. • Sarang jenis ini meninggalkan garis serta titik yang halus dan kemas pada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna. • Corak dan motif yang lebih rumit dan sempurna juga dapat dihasilkan. Rajah 2.6: Contoh batik blok
  • 7. 22  TOPIK 2 BATIK (i) Alatan • Blok bunga atau sarang yang dibentuk khas dan di pateri mengikut rekaan corak • Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin dan pengadang • Kuali kawah untuk mencelup, merendam dan merebus kain • Meja menerap – dilapisi span, kain guni atau kelopak batang pisang yang telah – diproses dan direndam dalam air garam selama 12 jam – biasanya pokok pisang jenis kelat air, pisang Benggala atau pisang – rasa digunakan • Kain putih • Bahan pewarna • Debu soda (ii) Proses membuat batik blok • Kain putih direbus untuk melembutkan dan menanggalkan kanji. Dijemur sehingga kering. • Kain di bentang dengan rata di atas permukaan meja. • Bahan campuran lilin damar dipanaskan dan permukaan blok dicelup ke dalam lilin cair itu. • Lilin cair diterapkan pada permukaan kain mengikut susunan dan reka letak motif dengan teliti dan kemas. • Kain yang telah siap diterap dengan lilin dicelup ke dalam bahan pewarna. • Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulang kali dengan blok dan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan kain batik yang beraneka corak dan warna. • Kain kemudian direbus dengan air yang dicampurkan dengan bahan debu soda. • Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering. SEMAk kENDIRI 2.3 Apakah alat untuk menghasilkan teknik batik blok.
  • 8. TOPIK 2 BATIK  23 (b) Teknik batik tulis • Digemari kerana mempunyai ciri mengikut kehendak semasa seperti warna eksklusif dan motif yang bebas serta dapat disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan mengikut peredaran zaman. • Ia juga mempunyai reka corak yang tersendiri. Rajah 2.7: Contoh batik tulis (i) Alatan • Kain putih atau kertas • Canting • Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, dammar (rosin) lemak binatang/minyak masak) • Berus lembut • Serbuk pewarna jenis ‘reactive-dye’ • Sodium silicate (Pemati warna) • Soda ash • Pemidang kayu (ii) Proses membuat batik tulis • Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) di kering dan diregang pada pemidang kayu. • Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel (6D). • Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana. Lilin (60%) + damar (40%) + sedikit minyak masak untuk melicinkan aliran lilin. • Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut lakaran pensel di atas permukaan kain. • Bahan pewarna disapu pada reka corak.
  • 9. 24  TOPIK 2 BATIK • Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam dengan sodium silikit dan dibiarkan selama 8–12 jam di tempat terlindung cahaya untuk mematikan warna. • Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air ‘lalu’ sehingga hilang kesan sodium silikit tersebut. • Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit ‘soda ash’ sehingga lilin tanggal. • Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan. SEMAk kENDIRI 2.4 1. Apakah alat yang digunakan dalam batik tulis. 2. Terangkan proses dalam penghasilan batik tulis. (c) Teknik batik skrin • Telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan dan terus berkembang menjadi satu industri. • Proses pembuatan menjimatkan masa, lebih ekonomi dan teknik yang digunakan lebih cepat daripada teknik membatik yang lain. Rajah 2.8: Contoh batik skrin (i) Alatan • Skrin • Sekuji • Meja mengecap • Kelongsong stensil
  • 10. TOPIK 2 BATIK  25 • Kain putih • Bahan pewarna • bahan lekar (ii) Proses membuat batik skrin • Reka corak dirancang, dilukis dan ditentukan skim warnanya pada kertas • Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukan bilangan pemidang yang akan digunakan • Kelongsong stensil yang diisi dengan bahan laker digunakan untuk melukis corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka corak • Kain putih yang bersih diregang rata di atas meja • Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi • Bahan pewarna dituang pada bahagian hujung skrin • Pewarna disapu dengan licin dan rata dengan cara menarik atau menolak sekuji • Kain yang telah siap dicetak dijemur sehingga kering • Proses pengewapan dilakukan pada kain supaya warnanya tidak luntur • Kain kemudiannya direndam dan dibersihkan di dalam air suam yang bercampur bio-soft untuk menanggalkan lebihan bahan pewarna di samping melembutkan kain dan dijemur. SEMAk kENDIRI 2.5 Terangkan proses penghasilan batik skrin. Berikut adalah aktiviti yang anda boleh mengendalikan dengan pelajar-pelajar anda.
  • 11. 26  TOPIK 2 BATIK AkTIVITI 2.1 Bahan: 1. Kertas lukisan 2. Lilin atau krayon 3. Poster atau cat air 4. Berus lukisan Langkah 1: Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam batik. Langkah 2: Guru mengarahkan pelajar untuk membuat satu reka corak berdasarkan motif flora. Langkah 3: Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu motif flora seperti daun dilakar dan diubahsuai hingga menjadi satu reka corak yang baru. Langkah 4: Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas bertemakan motif flora. Guru membimbing pelajar. Langkah 5: Pelajar dikehendaki melakarkan reka corak tersebut di atas kertas lukisan. Langkah 6: Pelajar membuat garisan (outline) reka corak tersebut dengan menggunakan lilin atau krayon. (i) Persembahan hasil kerja • Penilaian berdasarkan – ide reka cipta – kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik – kemasan • Apresiasi Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan orang lain. (ii) Aktiviti cadangan Membuat satu lawatan ke kilang batik atau tempat membuat batik Tempat : kilang atau tempat membuat batik yang berhampiran Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
  • 12. TOPIK 2 BATIK  27 (i) bagaimana canting dihasilkan (ii) bagaimana cop batik, dihasilkan (iii) proses bagaimana batik dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir (iv) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf batik (v) pemasaran barangan batik. (iii) Aktiviti pembelajaran tambahan • Latihan Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni batik. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan. • Latihan Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada batik. SEMAk kENDIRI 2.6 1. Apakah itu batik? 2. Sebutkan motif flora yang terdapat dalam batik? 3. Bincangkan jenis- jenis teknik penghasilan batik? 4. Apakah alat yang digunakan untuk membuat batik tulis? RuMuSAN • Batik boleh dikatakan berasal dari Indonesia. Dalam Bahasa Melayu, batik bermaksud ‘titik’, manakala dalam bahasa Jawa pula batik membawa maksud ‘setitik lilin’. • Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. • Anda telah didedahkan dengan pengetahuan mengenai apa jenis alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan batik.
  • 13. 28  TOPIK 2 BATIK Batik Batik skrin Batik blok Batik tulis Batik pelangi RuJukAN Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.