SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 37
Descargar para leer sin conexión
15 . ANALISA DAPATAN

Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan soal selidik tingkah laku,
temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan kekerapan serta pemerhatian
yang telah dilaksanakan terhadap murid sampel kajian. Berikut adalah dapatan yang
diperolehi melalui beberapa instrument.


15.1 BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU DAN EMOSI

NAMA : Muhamad Nur Lukman b. Khamis            TARIKH : 18 Jan 2010

KELAS : PK Inovatif 2

JENIS KURANG UPAYA : Autisme

      1. Selalu           2. Tiada            3. Kadang-kadang




      BIL Jenis Tingkah Laku                                          1   2   3
             A. Agresif                                                       /
      1.  Hiperaktif                                                      /
      2.  Suka memukul                                                    /
      3.  Suka mencubit                                                   /
      4.  Cepat marah                                                     /
      5.  Suka berkelahi                                                  /
      6.  Suka bertumbuk                                                  /
      7.  Suka mencederakan diri sendiri                                  /
      8.  Suka mencederakan orang lain                                    /
      9.  Suka merosakkan harta sendiri                                   /
      10. Suka merosakkan harta orang lain                                /
      11. Suka mengejek kawan atau orang lain                                 /
      12. Suka mengganggu kawan                                               /
      13. Suka menjerit-jerit                                             /
      14. Membaling benda-benda kepada kawan                                  /
      15. Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai         /
      16. Menggoyang-goyangkan badan                                      /
      17. Mengetuk-ngetuk di tempat duduk                                     /
      18. Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian                         /
      19. Menggunakan bahasa kesat                                        /
      20. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian                       /
1. Selalu          2. Tiada              3. Kadang-kadang




BIL Jenis Tingkah Laku                                            1       2   3
       B. Pasif
1.  Hipoaktif (berdiam diri)                                      /
2.  Mengasingkan diri / bersendirian                              /
3.  Suka berkhayal                                                /
4.  Suka membebel / berleter seorang diri                                 /
5.  Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata “saya tidak    /
      boleh”
6.    Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna                         /
7.    Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap                     /
      susah
8.    Mempunyai pergerakan yang lambat                            /
9.    Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan              /
10.   Lambat dalam menjalankan tugas                              /




                                    31

BIL Jenis Tingkah Laku                                            1       2   3
       C. Masalah Emosi dan Sosial
1.  Suka menghisap jari                                                   /
2.  Suka menggigit kuku                                                   /
3.  Kelihatan sugul                                               /
4.  Merasa takut dan cemas                                        /
5.  Takut pada situasi baru                                               /
6.  Terlalu malu dan kurang bergaul                               /
7.  Suka meminta perhatian                                        /
8.  Suka berbohong                                                        /
9.  Suka mengambil barang orang                                   /
10. Tidak suka berkawan                                           /
11.   Menyalahkan orang lain                                             /
12.   Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru              /
13.   Menggangu apabila guru bercakap                               /
14.   Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah                  /
15.   Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat              /
16.   Tidak memberi kerjasama pada orang lain                       /
17.   Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan                          /
18.   Tidak suka pada rancangan yang diatur                                  /
19.   Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin                /
20.   Tidak bertindakbalas apabila berbual                          /




                                      32




              1. Selalu           2. Tiada            3. Kadang-kadang

BIL Jenis Tingkah Laku                                              1    2   3
       D. Masalah Pembelajaran (kognitif)
1.  Kurang tumpuan perhatian                                        /
2.  Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja                              /
3.  Tidak boleh ikut arahan                                         /
4.  Kurang daya ingatan                                             /
5.  Kurang kefahaman                                                /
6.  Kurang daya taakulan                                            /
7.  Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan                  /
8.  Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna                  /
9.  Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan             /
      sesuatu
10.   Tidak peka terhadap bising                                             /
11.   Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising            /
12.   Kebersihan diri tidak memuaskan                                    /
13.   Tidak boleh menulis huruf sendiri                          /
      14.   Tidak tahu menulis nama sendiri                            /
      15.   Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri                   /


     Borang Soal Selidik Emosi dan Tingkah Laku




                                         33

15.2 Borang Rekod Anekdot

Pemerhati: Pn Supiah bt Mat yusof

Tarikh pemerhatian : 19 Jan 2010

Masa pemerhatian : 9.00 pg – 12.00 tgh

Nama pelajar : Muhamad Nur lukman b. Khamis

Penerangan tentang kejadian:

Muhamad Nur Lukman tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar kelas. Suka
bersendiri, bermain sendiri, kadang kala melarikan dari rakan dan guru serta menyorok
ditempat-tempat yang susah hendak dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktiviti
tetapi pada guru yang menjalankan aktiviti. Sentiasa menyorok dibelakang guru dan
seakan berkepit dengan guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan dan bahan
pengajaran yang guru sediakan. Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalam
aktiviti tetapi dengan kehadiran guru.
Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri seperti bermain
bola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka menjauhkan diri dari rakan.




Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :

Pemerhatian pertama dijalankan di dalam kelas dalam mata pelajaran Kemahiran
Manipulatif, Kemahiran Hidup dan Bahasa Malaysia.Pemerhatian kedua dijalankan di
luar kelas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta aktiviti
kokurikulum.




                                          34

Nota, cadangan dan langkah:

Hasil pemerhatian saya dapati Lukman       tidak mempunyai kemahiran interaksi dan
kemahiran sosial kerana perasaan rendah diri serta tidak yakin dengan kebolehan diri
sendiri.

Langkah:

1. Menjalankan aktiviti berkumpulan samada di dalam atau luar kelas.

2. Pengajaran berpusatkan bahan dan murid supaya mereka boleh saling berinteraksi.

3. Memberi ganjaran kepada penglibatan yang aktif.

4. Mesra dan mudah didekati

5. Uruskan tingkah laku yang spesifik dan terkini

6. Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya

7. Buat perancangan perubahan tingkah laku
8. Dapatkan komitmen murid untuk menjalankannya

9. Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya

10. Jangan menghukum murid dengan sikap negatif




Cadangan:

Faktor utama yang menentukan penguasaan kemahiran asas sosial kanak-kanak
autisme ialah guru. Dapatan ini menyokong kajian Dougen (1994) yang mendapati
penggunaan teknik pengajaran secara ‘incidental’ (incidental teaching) meningkatkan
kemahiran bertanya. Selain itu, guru dapat mengeksploitasikan minat dan kesukaan
murid dalam pengajaran.




Tandatangan: .........................................

                                                         35




15.3 LEMBARAN DATA PEREKODAN INTERVAL

Nama Murid                 :        Muhamad Nur Lukman b Khamis

Tarikh Lahir                   :    01/11/2000

Kelas                          :    PK Inovatif 2

Penilai                    :        Pn Supiah bt Mat Yusof

Tingkah Laku yang direkod (TL sasar.an) : Suka bersendirian

Tandakan ( / ) bagi ya atau( x ) bagi tidak
TINGK
               AH              LAKU                             LOKASI
Sela masa      Boleh           Boleh        Suka           Aktiviti
               berkongsi       interaksi    bersendirian   Dalam kelas   Aktiviti Luar
                                                                         kelas
               bahan           dengan
                               rakan
8.00   -9.00           /               /           /                           /
pg
9.00-10.00             /               /           /            /
pg
10.00-11.00         x                  /           /            /
11 – 12 tgh         /                  /           /            /
12 – 1 tgh          /                  /           /            /
Data Rekod Interval




                                           36

       Nota:

Catatan dibuat pada awal persekolahan, murid mula menjalani sesi persekolahan
setelah hampir dua bulan tidak berinteraksi dengan guru dan rakan.

( / ) menunjukkan domain tingkah laku suka bersendirian         lebih kerap daripada
berinteraksi dengan rakan. Cuma sekali sahaja dalam satu hari menunjukkan interaksi
dengan rakan iaitu semasa rehat sahaja.
37

15.4 BORANG DATA PEREKODAN MASA( Pemerhatian Data Awal
Sebelum Intervensi)

Nama Murid :            Muhamad Nur Lukman b Khamis

Tarikh Lahir :          01/11/2000

Kelas          :        PK Inovatif 2

Penilai        :        Pn Supiah bt Mat Yusof

Tingkah Laku yang Direkod : Suka Bersendirian

Tarikh         :        19 Jan – 22 Jan 2010

Tempoh masa :           2 jam bagi setiap hari

        Masa     8.30-9.30     9.30-10.30        10.30-11.30 11.30-12.30   Jumlah
Hari             pagi          pagi              pagi        tengah hari   (x)
ISNIN
19 Jan 10      2           1            0           3             6
SELASA
20 Jan 10      1           1            1           2             5
RABU
21 Jan 10      2           2            1           0             5
KHAMIS
22 Jan 10      3           2            2           1             8
JUMAAT
23 Jan 10   1              2            2           2             7
Data Perekodan Masa

Nota:    Data diatas menunjukkan kekerapan domain tingkah laku sasaran yang
dilakukan oleh Lukman pada awal persekolahan.

                                        38

15.5 Borang Pemerhatian Data Awal Semasa Intervensi Tingkah Laku
Sasaran( Suka Bersendirian)

        Masa   8.30-9.30   9.30-10.30   10.30-11.30 11.30-12.30
Hari           pagi        pagi         pagi        tengah hari   Jumlah
ISNIN
25 Jan 10      1           1            0           1             3
SELASA
26 Jan 10      0           1            0           1             2
RABU
27 Jan 10      0           1            0           1             2
KHAMIS
28 Jan 10      1           1            0           1             3
JUMAAT
29 Jan 10   1              0            0           0             1
 Data Perekodan Masa

Nota:

Semasa menjalankan intervensi murid memberikan kerjasama yang baik walaupun
pada mulanya agak sukar dilakukan.
Pada setiap perubahan tingkah laku sasaran dibantu oleh guru, pembantu pengurusan
murid dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Hasil pemerhatian murid hanya berminat semasa aktiviti berkumpulan dimana ahli
kumpulannya tidak ramai memadai 2 atau 3 orang sahaja kerana Lukman sangat
memerlukan perhatian dan bimbingan bagi meningkatkan motivasi diri.




                                         39




15.6 Borang Pemerhatian Data Awal Selepas Intervensi Tingkah Laku
Sasaran( Suka Bersendirian)

        Masa   8.30-9.30   9.30-10.30   10.30-11.30 11.30-12.30             Jumlah
Hari           pagi        pagi         pagi          tengah hari
ISNIN
2 Feb 10       1           1            0             1                 3
SELASA
3 Feb 10       1           1            0             1                 2
RABU
4 Feb 10       0           1            1             1                 3
KHAMIS
5 Feb 10       1           0            1             1                 3
JUMAAT
8 Feb 10    1              0            1             1                 3
 Data Perekodan masa

Nota:

Selepas intervensi didapati tingkah laku sasaran berlaku semula sekiranya murid tidak
minat dengan aktiviti guru dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari guru.

Ini bermaksud murid ini sentiasa memerlukan motivasi yang berterusan.
40




15.7 Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku.



Domain Tingkah Laku (suka bersendirian)

SEBELUM TERAPI      SEMASA TERAPI       SELEPAS TERAPI
TARIKH    KEKERAPAN TARIKH    KEKERAPAN TARIKH    KEKERAPAN
18 Jan 10 6         25 Jan 10 3         2 Feb 10  3

19 Jan 10    5              26 Jan 10    2              3 Feb 10    2

20 Jan 10    5              27 Jan 10    2              4 Feb 10    3

21 Jan 10    8              28 Jan 10    3              5 Feb 10    3

22 Jan 10    7              29 Jan 10    1              8 Feb 10    3

Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku



Nota:

Jadual di atas menunjukkan data kekerapan berlakunya domain tingkah laku sebelum,
semasa dan selepas terapi dijalankan. Rumusannya didapati murid cenderung
melakukan atau mengulangi tingkah laku tersebut selepas sesi terapi sekiranya
persekitaran yang ada tidak membantu meningkatkan keyakinan diri.
41




15.8 GRAF KEKERAPAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU




Nota:

Graf menunjukkan perubahan tingkah laku sasaran iaitu suka menyendiri sebelum,
semasa dan selepas dijalankan terapi yang difikirkan sesuai.

Keseluruhannya menunjukkan murid tersebut sangat bergantung kepada bantuan guru
dan rakan serta bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Garisan biru menunjukkan tingkah laku sasaran sebelum intervensi
dijalankan.Garisan merah menunjukkan          perubahan tingkah laku semasa intervensi
dijalankan.Garisan hijau menunjukkan selepas intervensi dijalankan kebarangkalian
murid mengulangi semula tingkah laku yang tidak diigini.

                                          42




16. LAPORAN KAJIAN.

 Pengurusan Tingkah Laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang
tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan
dipegang oleh guru. Antara perkara yang perlu guru ambil         perhatian ialah prinsip
peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.

Terdapat dua jenis pengurusan tingkah laku iaitu kaedah pengukuhan dan kaedah
pengurangan. Kaedah pengukuhan ialah memperkukuhkan tingkah laku (positive
reinforcement),   shaping,   token,   modelling    dan   ganjaran.   Manakala   kaedah
pengurangan pula ialah pelupusan tingkah laku, penghapusan, time-out, hukuman atau
dendaan dan disensitisasi (desenstization).

Peneguhan

Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa memberikan peneguhan, ganjaran yang
diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguhan merupakan sesuatu objek atau
situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada
masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.
Peneguhan yang diberi seharusnya sesuatu yang disukai oleh murid dan dapat
meransang penglibatan dalam aktiviti.

Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dikategorikan mengikut
tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa
membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang
dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa    tetapi
membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.

                                         43




Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan
secara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan,
perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa
dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian
tersebut.

Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat
supaya mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna        tentang      perkembangan
proses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.
44


   17.PENAKSIRAN TINGKAH LAKU SASARAN KAJIAN.

Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian
akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara
semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura
di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak
secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat
semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam
kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya.

      David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan,
menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada
tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan
pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas
berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan
penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses
pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan
membuat keputusan megenai pelajar.

Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul
maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak
khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat
keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan
perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah
pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian
sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.

Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi
merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency
recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan
sekil kadar.

                                            45

Selepas pemerhatian dan diagnosis dilakukan, Lukman didapati mempunyai pelbagai
tingkah laku negatif. Namun begitu, saya telah memilih satu masalah yang dominan
dimana tingkah laku ini kerap dilakukan oleh Lukman iaitu dia suka bersendirian atau
mengasingkan    diri   semasa    aktiviti   pembelajaran   dijalankan.   Lukman   tidak
menunjukkan minat dalam masa pembelajaran . Sekiranya dipaksa dia cuma bertahan
beberapa saat sahaja kemudian dia akan menyorok atau berjalan-jalan sendirian.
Bermula dari masalah inilah menyebabkan masalah tingkah laku yang lain berlaku. Dia
kerap kali keluar ke kelas lain dan merayau-rayau secara sendirian . Dia masih
meneruskan tingkah laku tersebut walaupun telah ditegur oleh guru. Kekerapan
Lukman suka meyepikan diri boleh dirujuk pada data kekerapan pada data yang telah
dikemukan dalam laporan ini.
46




   18. MODEFIKASI TINGKAH LAKU

Berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan bagi mengurangkan masalah
tingkah laku sasaran:

Ganjaran

Ganjaran terdiri daripada 3 jenis iaitu:

       a) Ganjaran primer

       b) Ganjaran social

       c) Ganjaran sekunder

 Pembentukan

Juga dikenali sebagai shaping yang bermaksud pemberian pengukuhan kepada
perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan
perlakuan yang dikehendaki.

Pengasingan (time-out)

Murid-murid ditempatkan berasingan daripada kumpulan dan tidak terlibat dalam aktiviti
kumpulan sehingga tidak mengulangi tingkah laku bermasalah.

Dendaan / hukuman
Cara lama yang masih digunakan supaya murid tahu dan sedar akan kesalahan yang
telah                                                                   dilakukan.



Penghapusan

Salah satu cara yang dijalankan untuk menghapuskan terus tingkah laku yang
bermasalah.

                                               47

Modelling

Menggunakan watak-watak yang disukai, dihormati untuk diteladani oleh semua murid.



Kejelakan (satiation)

Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan
berhenti sendiri daripada melakukannya

Bimbingan                                dan                          Kaunselling
Pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbing murid yang menghadapi dan
menangani masalah tingkah laku.

Terapi.

Menggunakan muzik atau seni untuk ketenteraman emosi,anxiety dan melepaskan
perasaan yang tertekan.

Desensitization

Tindakan yang dijalankan secara beransur-ansur untuk menghilang rasa gugup atau
takut yang berlebihan.

Fading.

Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan.
Prompting

Digunakan untuk mendapat ransangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu
kepada murid yang melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak
badan dan fizikal.




                                            48

Penamatan/Pelupusan

Memberhantikan atau menyekat murid daripada terus melakukan tongkah laku negatif
secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku yang positif.




Kontrak Perjanjian

Persetujuan antara dua pihak atau lebih secara lisan atau sebaliknya. Murid
bertanggungjawab terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya
sekiranya murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan kesannya.

Token Ekonomi

Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan juga
sukar untuk dipalsukan. Contohnya stiker, hadiah dan sebagainya.
Dalam kajian ini saya cuba menjalankan beberapa teknik bagi mengurangkan tingkah
laku bermasalah terhadap Lukman iaitu suka menyendiri atau menyepikan diri.
49




   19. RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Nama Murid             : Muhamad Nur Lukman b Khamis

Tarikh Mula            : 18hb Jan 2010

Masalah Tingkah Laku   : Suka menyendiri/menyepikan diri

Tarikh Lahir           : 01/11/2000

Umur                   : 10 tahun

Pengetahun sedia ada   : Suka merayau-rayau sendiri dan tidak boleh mengikut
                        arahan guru
Matlamat               : Mengurangkan atau menghentikan sikap negatif dan boleh
                        berinteraksi dengan rakan semasa aktiviti pembelajaran
                        dengan tanpa rasa rendah diri

                              •     Suka menyendiri dan menyepikan diri
Pemerhatian                semasa aktiviti pembelajaran dijalankan.
                                  Tidak berminat berinteraksi dengan rakan
                                dan bahan pembelajaran.
Tingkah laku yang hendak      • Suka menyendiri
diuruskan
Tingkah laku sasaran          •   Boleh    berinterkasi     dan     berkolaborasi
                                  dalam aktiviti pembelajaran berkumpulan
                                  tanpa rasa rendah diri.

Masa        tingkah    laku   •   semasa tiada sebarang aktiviti
dilakukan                     •   semasa       aktiviti     pengajaran       dan
                                  pembelajaran
                              • semasa di kantin
                              • Murid tidak menunjukan minat berinteraksi
Sebab keutamaan                   dengan rakan dan guru.
                              •   Murid tidak menunjukkan minat dalam
                                  sebarang aktiviti pembelajaran.
                              •   Murid kadangkala membuat tindakan luar
                                  jangka contoh merayau-rayau sendiri.
                              •   Murid tidak yakin dengan kebolehan diri
                                  dan rasa rendah diri

Strategi atau kaedah          •   Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut.
                              •     melaksanakan aktiviti yang diminatinya
                                  contoh sewaktu aktiviti terapi lokomotor
                                  kasar.
                              •   Memberi      peneguhan          negatif   untuk
                                  mengurangkan tingkah laku tersebut.
                              •   menasihati       murid      supaya        tidak
                                  mengulangi tingkah laku tersebut
                              •   memberi ganjaran seperti pujian jika
berjaya     menghentikan      tingkah    laku
                                       tersebut.
                                   •   Menggalakkan mereka belajar secara
                                       berkumpulan supaya rakan lain berasa
                                       selesa dan selamat dengannya.
                                   •   memperbanyakkan penggunaan bahan
                                       bantu belajar supaya murid tidak berasa
                                       bosan.
                                   •   Mempelbagaikan     aktiviti   dan    kaedah
                                       mengajar yang boleh motivasikan murid.
                                   •   Personaliti guru boleh mengurangkan
                                       rasa rendah diri murid dengan selalu
                                        berdamping dan berbual dengan murid.
Peneguhan                         •    Positif
                                        memberikan ganjaran
                                        memberikan pujian seperti ”bagus”
                                          atau ’baik”.
                                        Menggalakan          penglibatan      dalam
                                          aktiviti kumpulan
                                        Selalu bertanya khabar dan berbual
                                          dengan murid.
                                        Selalu berdampingan dengan murid
                                  •    Negatif
                                        Tindakan tanpa lisan
                                        Ketegasan guru




Daripada Rancangan Pengurusan Tingkah Laku diatas, saya telah mencadangkan dan
menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai intervensi mengatasi masalah tingkah laku. Antara
cadangan yang saya jalankan ialah.
1) Terapi Muzik

  2) Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif

  3) Tindakan tanpa lisan

  4) Token Ekonomi

  5) Pengurusan bilik darjah.

  6) Personaliti guru

  7) Aktiviti dan bahan pembelajaran.




                                               52




19.1 Terapi Muzik

     Subjek              : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

     Aktiviti            : Lokomotor Kasar

     Tarikh              : 18hb Jan 2010

     Hari                : Isnin

     Masa                : 8.00 – 10.00 pagi

     Bil. Murid          : 1 orang

     Sasaran             : Muhamad Nur Lukman
Sasaran Tingkah Laku : Suka menyendiri

      Bahan Bantuan Terapi : Muzik

Cara Kerja
Langkah    Aktiviti
1          Murid dikehendaki berkumpul bersama dengan rakan lain di satu kawasan
            terbuka untuk menjalankan aktiviti.
2           Guru dan PPM mengambil tempat yang sesuai membantu murid-murid
            menjalankan aktiviti tersebut.
3           Guru memberikan arahan dan peraturan sebelum aktiviti dijalankan.
4           Guru membantu murid melakukan pergerakan semasa muzik dipasangkan

5.          Alatan tambahan lain seperti bola dan gelung boleh digunakan bagi
            menjadikan aktiviti lebih menarik.


                                          53




Gambar menunjukkan semasa Terapi Muzik hendak dijalankan. Muhamad Nur Lukman
mula menunjukkan minat dan turut ke hadapan bersama guru untuk menjalankan
aktiviti tersebut. Namun begitu tingkah laku itu tidak berkekalan. Lukman mula menarik
diri dan merayau-rayau bersendirian.
Murid sedang menjalankan Terapi Muzik dengan bantuan guru. Peranan guru sangat
penting berdampingan dengan murid dan membantu murid membuat pergerakan
bersama murid-murid lain tanpa rasa rendah diri. Aktiviti ini sangat membantu murid
merasa yakin dan seronok melakukan bersama-sama dengan guru dan rakan.

Keberkesanan aktiviti.

Muhamad Nur Lukman memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan .
Walaubagaimanapun dia tetap memerlukan bantuan guru sebagai satu motivasi dan
rasa yakin diri bila melakukan aktiviti. Aktiviti ini perlu diulang lagi dengan penambahan
pelbagai alatan yang boleh dapat meransang Lukman dan terus melakukan aktiviti
tanpa bantuan guru.
Gambar menunjukkan aktiviti Terapi Muzik dalam berkumpulan dijalankan.

                                           55




19.2 Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif

Aktiviti             : Terapi Bukan Lokomotor

Tarikh               : 19 Jan 2010

Hari                 : Selasa

Masa                 : 8.00 am – 10.00am

Bil. Murid           : 1 orang

Sasaran              : Muhamad Nur Lukman
Sasaran Tingkah Laku : Suka bersendirian/menyepikan diri

Bahan Bantuan Terapi : 1) Tilam Gimnastik

                          2) Skittle



Cara Kerja Terapi

Langkah        Aktiviti
1              Guru membuat demonstrasi cara melakukan pergerakan merangkak,
               berguling dan membalikkan badan dengan betul.
2              Murid melakukan aktiviti secara bergilir-gilir dengan bantuan guru dan
               pembantu

3              Guru meminta murid lain memberikan tepukan bila setiap orang selesai
               melakukan aktiviti.
4.             Murid berasa seronok dan cuba melakukan berulang kali

                                          56




Gambar        di atas                                                  dan        bawah
menunjukkan                                                            Lukman
berminat                                                               mengambil
bahagian       dalam                                                   aktiviti    yang
mencabar         dan                                                   boleh
bersama-sama                                                           dengan rakan-
rakan lain.
Keberkesanan aktiviti:

Muhamad Nur Lukman menunjukkan minat melakukan aktiviti terapi ini kerana ianya
agak mencabar dan murid diberi motivasi dan ganjaran bila dapat melakukan dengan
baik.




Selain daripada aktiviti terapi yang dicadangkan diatas, beberapa peneguhan yang
telah digunakan bagi mengukuhkan tingkah laku yang positif termasuklah token
ekonomi , time out, tindakan tanpa lisan.
58




19.3 Tindakan Tanpa Lisan




Merupakan salah satu teknik yang boleh mengubah tingkah laku yang positif. Merujuk
gambar diatas, guru melakukan aktiviti dimana    sahaja agar Lukman turut berada
bersama seorang rakan lain     menjalankan aktiviti   pembelajaran. Tindakan guru
menarik tangan Lukman seakan satu paksaan bagi beliau untuk berada dalam aktiviti
pembelajaran.

Lukman boleh duduk dan melihat sahaja beberapa minit sambil memerhati kawan
melakukan aktiviti psikomotor halus. Sesekali      Lukman seakan mahu membantu
rakannya. Saya berpendapat Lukman tidak rasa rendah diri dan menyepikan diri
sekiranya ahli dalam kumpulan itu tidak ramai. Lukman tidak perlu bersaing dengan
ramai rakan dia rasa lebih yakin sekiranya ahli kumpulan tidak ramai.




                                          59

19.4 Token Ekonomi
Merupakan salah satu cara yang agak berkesan juga dalam kajian tindakan ini. Token
Ekonomi merupakan modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkan
tingkah laku yang diingini dan pengurangan tingkah laku yang tidak diingini dengan
pengunaan Tokens (tanda-tanda). Murid menerima token setelah menunjukan tingkah
laku yang diingini. Token dikumpulkan dan ditukarkan dengan suatu objek atau
penghargaan. Tujuan Token Ekonomi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
dan tingkah laku pengurangan diingini. Bagaimanapun, tujuan utama Token Ekonomi
untuk mengajar tingkah laku yang sesuai dan berketrampilan sosial yang positif.


Dalam kajian ini saya akan memberikan pelbagai hadiah seperti mainan atau alat tulis
sekiranya Lukman bersedia masuk ke dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti.
Selain daripada itu Lukman suka dipegang tangan dan beramah mesra dengannya .
Oleh itu setiap kali Lukman     bersedia menjalankan aktiviti saya akan memujinya
dihadapan rakan-rakan lain dan memberikan token seperti yang dijanjikan.
TINGKAH     LAKU TARIKH 8.00-          8.30     9.00    9.30    10.00– 10.30– 11.00-
 DIINGINI                8.30           –        –       –       10.30 11.00 11.30
                                        9.00     9.30    10.00
                       22/1/10                   /               /                  /
 Boleh melakukan
                       23/1/10   /      /                        /
 aktiviti    dalam
 kelas       tanpa     24/1/10                   /               /        /
 menyepikan     diri
                       25/1/10   /                               /        /
 bersama dengan
 rakan lain.           26/1/10   /      /                        /                  /



Selain daripada strategi yang dicadangkan diatas , terdapat beberapa aspek yang perlu
diambi kira bagi membantu masalah tingkah laku. Saya berpendapat ianya juga sangat
penting dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas.

                                            60

19.5 MODELLING

Modelling adalah antara salah satu teknik yang saya rasa sangat berkesan bagi
mengubah tingkah laku sasaran. Ianya bermaksud murid akan meniru daripada orang
lain. Baik secara langsung ataupun tidak langsung. Teori seperti ini banyak wujud
dalam kehidupan seharian . Sebagai contoh kanak-kanak meniru watak-watak kartun
juga seperti “Batman”, “Superman”, “Power Rangers” hingga kadang-kadang boleh
mendatangkan kesan kepada diri mereka. Bagi mengatasi masalah ini saya
menggunakan konsep berkumpulan dalam menjalankan akitiviti. Ini bermakna semua
murid akan berkolaborasi antara satu sama lain semasa bermain. Kaedah berkumpulan
ini sangat sesuai bagi menarik Lukman melibatkan diri dan bergaul dengan rakan
sebaya .

       Bandura menghuraikan konsep ini dengan menggunakan contoh. Beliau
menyatakan bahawa kanak-kanak yang mempelajari sesuatu tingkah laku dan
dipelajarinya juga bahawa tingkah laku itu tidak dilakukan dalam keadaan-keadaan
tertentu.

Menurut Bandura, proses modeling terdapat 4 tindakan yang mesti dilakukan iaitu:-
(a) Memberi perhatian kepada tingkah laku yang hendak ditiru itu, sama ada
           secara visual, ataupun dengan deria-deria lain.

       (b) Pemerhatian disimpan dalam fikiran.

       (c) Melakukan tingkah laku berdasarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa atau
           sebagainya.

       (d) Mendapatkan kepuasan, ganjaran, peneguhan apabila tingkah laku itu
           selesai dilakukan.

Matlamatnya supaya murid dapat membuat perbandingan dan menunjukkan tingkah
laku yang baik melalui pemerhatian. Saya perlu memastikan tingkah laku yang tidak
baik yang ditiru dalam aktiviti kumpulan diberi teguran serta merta.

                                           61

19.6 PERSEKITARAN BILIK DARJAH



Aspek ini sangat penting kerana ianya turut menyumbang kepada masalah tingkah
laku. Persekitaran di dalam dan luar kelas perlu di ambil kira supaya dapat mewujudkan
satu keadaan yang sangat selesa dan selamat bagi kanak-kanak. Ruang pembelajaran
yang disediakan sebenarnya mampu membantu perubahan tingkah laku. Bilik darjah
yang selesa perlu menyediakan ruang untuk bermain dengan selamat supaya murid
tidak berpeluang menunjukkan tingkah yang bermasalah bersama rakan sebaya.
Sepanjang sesi terapi dijalankan saya perlu mengambil kira beberapa aspek seperti
berikut:




   a) Susunan kerusi meja yang boleh menggalakkan interaksi

   b) Sudut – sudut pembelajaran yang menarik dan boleh mendorong kepada
       interaksi dengan bahan.
c) Pengudaraan dan pengcahayaan yang sesuai dengan saiz kelas supaya murid
       tidak rasa rimas dan tertekan.

   d) Kedudukan kelas itu sendiri betul-betul strategik , jauh dari gangguan bising
       supaya murid boleh memberikan tumpuan.

   e) Kelas yang sentiasa bersih dan ceria boleh meransang murid dalam aktiviti.




                                         62




19.7 PERSONALITI GURU

Personaliti guru sangat penting dalam mengurus tingkah laku murid. Perwatakan dan
empati yang ditunjukkan oleh guru memberikan keyakinan kepada murid untuk
menjalankan aitiviti. Sikap     dan keperihatinan guru boleh menyebabkan murid
bermotivasi dan boleh melakukan aktiviti dalam kelas dengan yakin tanpa perasaan
rendah diri. Selain daripada itu kata-kata dorongan dan layanan baik yang diterima
sebenarnya boleh membantu menghapuskan / mengurangkan domain tingkah laku
sasaran. Stail guru menyelesaikan masalah yang timbul dirasakan adil memberikan
satu kepuasan kepada murid-murid lain.Antara beberapa perkara yang saya rasakan
perlu ialah:

   a) Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras murid.
b) Guru mempunyai unsur-unsur kecindan

   c) Sentiasa menunjukkan rasa simpati dan empati kepada murid

   d) Perihatin dengan keperluan murid

   e) Menghormati perasaan dan kehendak murid

   f) Kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran.

   g) Mahir menangani setiap masalah yang timbul




                                         63

19.8 STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN.

Guru perlu memastikan strategi dan pendekatan yang digunakan mampu menarik
perhatian murid dan mampu bertahan lama menjalankan aktiviti. Contoh aktiviti dalam
kumpulan seperti berkebun, pendidikan jasmani , muzik dan sebagainya. Strategi dan
teknik yang disusun menunjukan mesra budaya. Ini bertujuan dapat melibatkan semua
murid tanpa rasa pilih kasih. Murid yang merasa rendah diri dan suka mengasingkan
diri akan cuba mendekati kumpulan sekiranya aktiviti yang dijalankan sangat menarik
dan   mencabar. Antara aktiviti yang boleh menarik murid ialah bercerita dalam
kumpulan dan pasangan serta bermain bongkah kerana belajar sambil bermain sangat
bermakna bagi murid-murid masalah tingkah laku. Banyak perkara yang saya rasa
dalam aspek ini boleh membantu mengubah tingkah laku sasaran. Antaranya ialah
seperti berikut:

   a) Pengajaran berpusatkan murid

   b) Aktiviti berkumpulan dan menggunakan konsep rakan sebaya

   c) Kaedah belajar sambil bermain

   d) Kepelbagaian aktiviti yang menarik

   e) Penggunaan bahan bantu yang menarik dan fleksibel




                                           64

20 . RUMUSAN

Kajian yang telah dijalankan memberikan satu kesimpulan bahawa         Pengurusan
Tingkah Laku sangat penting ke atas seorang kanak-kanak bagi meningkat lagi tahap
keupayaan dan kebolehan mereka. Cadangan intervensi yang telah dikemukakan
memerlukan ulangan beberapa kali untuk menampakkan keberkesanannya terhadap
perubahan tingkah laku muird. Ada kemungkinan teknik dan bahan yang digunakan
tidak sesuai dan perlu digantikan dengan yang lain supaya dapat menarik minat murid
meneruskan aktiviti yang telah dicadangkan. Secara keseluruhannya domain tingkah
laku yang telah saya kemukakan mempunyai sebab yang munasabah kenapa ianya
berlaku. Antaranya ialah:

        a) Murid tersebut adalah anak tunggal , jarang bergaul dengan kanak-kanak lain
           kerana hobinya yang suka menghilangkan dengan senyap , maka itu ibunya
           tidak membenarkannya kemana-mana tanpa ada orang kain menemaninya.

        b) Perkembangan sosialisasi sangat terhad kerana sebab di atas, banyak
           menghabiskan masa dirumah dan menonton television.

        c) Jarang datang ke sekolah kerana masalah kesukaran bangun pagi.

        d) Sekiranya datang ke sekolah suka memencilkan diri sukar untuk berbual
           dengan rakan kerana masalah pertuturan yang di hadapinya.

        e) Mempunyai rasa rendah diri dan pemalu yang menebal menjadi salah satu
           sebab masalah tingkah laku.

Usaha untuk mengubah tingkah laku suka menyendiri itu telah memberi idea kepada
penggunaan teknik pemerhatian , rekod berskala dan rekod kekerapan sebagai satu
petunjuk kepada masalah tingka laku tersebut.

Hasil    daripada semua catatan rekod tersebut mengesahkan lagi kebarangkalian
melakukan tingkah laku bermasalah seperti yang dibincangkan sangat tinggi sekiranya
usaha intervensi yang dijalankan tidak berkesan.




                                          65




Antara cadangan – cadangan yang telah dilakukan untuk mengubah masalah tingkah
laku ialah Terapi Muzik, Terapi Lokomotor Kasar, Tindakan Tanpa Lisan , Token
Ekonomi, personality guru, perseitaran bilik darjah dan pendekatan pembelajaran yang
digunakan yang boleh menarik perhatian murid. Walaubagaimanapun segala usaha itu
perlu diulang beberapa kali supaya murid dapat melakukan latihtubi sebagai satu
pelaziman yang akhirnya       dapat mengurangkan masalah tingkah laku sasaran.
Perubahan tingkah laku tersebut dapat dilihat apabila murid boleh melakukan tanpa
sokongan guru. Namun begitu kekerapannya agak berkurangan jika dibandingkan
semasa aktiviti dijalankan bersama guru.

Pada keseluruhannya saya berpendapat murid ini boleh menunjukkan perubahan
tingkah laku sekiranya latihtubi yang berterusan dijalankan. Sokongan ibubapa dan
guru sangat penting sebagai satu motivasi yang berterusan. Sesungguhnya kejayaan
itu bergantung kepada keikhlasan menjalankan sesi terapi tersebut. Ini kerana adalah
sangat sukar untuk menyakinkan seorang anak istimewa untuk menerima orang yang
tidak dikenali dalam kehidupan mereka.

Bandura dan Walters berpendapat bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku
yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini
hendak dipelajari melalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah
tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah
laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan
tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989).

          .




                                           66

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandurastupidpaboidiot
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)miemasjuri
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirfiro HAR
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 

La actualidad más candente (20)

Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Pentaksiran prasekolah (penerangan)
Pentaksiran prasekolah (penerangan)Pentaksiran prasekolah (penerangan)
Pentaksiran prasekolah (penerangan)
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Hiperaktif
Hiperaktif Hiperaktif
Hiperaktif
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 

Destacado

Pengurusan tingkah laku dan disiplin murid
Pengurusan tingkah laku dan disiplin muridPengurusan tingkah laku dan disiplin murid
Pengurusan tingkah laku dan disiplin muridfiezas0363
 
Rancangan pengajaran tahunan pengurusan tingkah laku kssr tahun 1
Rancangan pengajaran tahunan pengurusan tingkah laku kssr tahun 1Rancangan pengajaran tahunan pengurusan tingkah laku kssr tahun 1
Rancangan pengajaran tahunan pengurusan tingkah laku kssr tahun 1Fa Nia
 
Pembentangan slaid pemantauan
Pembentangan  slaid pemantauanPembentangan  slaid pemantauan
Pembentangan slaid pemantauanMohd Noor Noor
 
Instrumen pemantauan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ppdpd 2014
Instrumen pemantauan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ppdpd 2014Instrumen pemantauan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ppdpd 2014
Instrumen pemantauan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ppdpd 2014Airil Pd
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Contoh penerapan penilaianautentik dalampembelajaran ipa
Contoh penerapan penilaianautentik dalampembelajaran ipaContoh penerapan penilaianautentik dalampembelajaran ipa
Contoh penerapan penilaianautentik dalampembelajaran ipaZulmen Efendi
 

Destacado (10)

Pengurusan tingkah laku dan disiplin murid
Pengurusan tingkah laku dan disiplin muridPengurusan tingkah laku dan disiplin murid
Pengurusan tingkah laku dan disiplin murid
 
Fail meja-hem-
Fail meja-hem-Fail meja-hem-
Fail meja-hem-
 
Rancangan pengajaran tahunan pengurusan tingkah laku kssr tahun 1
Rancangan pengajaran tahunan pengurusan tingkah laku kssr tahun 1Rancangan pengajaran tahunan pengurusan tingkah laku kssr tahun 1
Rancangan pengajaran tahunan pengurusan tingkah laku kssr tahun 1
 
Jpk Li 04
Jpk Li 04Jpk Li 04
Jpk Li 04
 
Pembentangan slaid pemantauan
Pembentangan  slaid pemantauanPembentangan  slaid pemantauan
Pembentangan slaid pemantauan
 
Instrumen pemantauan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ppdpd 2014
Instrumen pemantauan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ppdpd 2014Instrumen pemantauan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ppdpd 2014
Instrumen pemantauan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ppdpd 2014
 
Penilaian
PenilaianPenilaian
Penilaian
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Modul tahun 1
Modul tahun 1Modul tahun 1
Modul tahun 1
 
Contoh penerapan penilaianautentik dalampembelajaran ipa
Contoh penerapan penilaianautentik dalampembelajaran ipaContoh penerapan penilaianautentik dalampembelajaran ipa
Contoh penerapan penilaianautentik dalampembelajaran ipa
 

Similar a CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU

Instrumen pentaksiran sosial
Instrumen  pentaksiran sosialInstrumen  pentaksiran sosial
Instrumen pentaksiran sosialcikgusuepkhas
 
Forum gaf3083 kanak
Forum gaf3083 kanakForum gaf3083 kanak
Forum gaf3083 kanakShamsul Amir
 
Personality devol
Personality devolPersonality devol
Personality devoldedisuriadi
 
Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8rafudesya
 
Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8rafudesya
 
Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8rafudesya
 
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelas
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelasGAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelas
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelasdayuprasanda
 
Instrumen observasi anak autism
Instrumen observasi anak autismInstrumen observasi anak autism
Instrumen observasi anak autismAnggi Triani
 
[MPPL] Managemen Sumber Daya Manusia
[MPPL] Managemen Sumber Daya Manusia[MPPL] Managemen Sumber Daya Manusia
[MPPL] Managemen Sumber Daya Manusiarizki adam kurniawan
 
Bab x menyelenggarakan project citzen
Bab x menyelenggarakan project citzenBab x menyelenggarakan project citzen
Bab x menyelenggarakan project citzenSyaiful Ahdan
 
Mona indah l n om 9 . om 10
Mona indah l n om 9 . om 10Mona indah l n om 9 . om 10
Mona indah l n om 9 . om 10Ferdi_Outsiders
 
Mona indah l n om 9 . om 10
Mona indah l n om 9 . om 10Mona indah l n om 9 . om 10
Mona indah l n om 9 . om 10Ferdi_Outsiders
 
Gangguan perkembangan pada anak (nurul)
Gangguan perkembangan pada anak (nurul)Gangguan perkembangan pada anak (nurul)
Gangguan perkembangan pada anak (nurul)Satrio Lintang
 

Similar a CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU (18)

Instrumen pentaksiran sosial
Instrumen  pentaksiran sosialInstrumen  pentaksiran sosial
Instrumen pentaksiran sosial
 
Forum gaf3083 kanak
Forum gaf3083 kanakForum gaf3083 kanak
Forum gaf3083 kanak
 
Personality devol
Personality devolPersonality devol
Personality devol
 
Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8
 
Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8
 
Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8Ppd desya group 8 bab 8
Ppd desya group 8 bab 8
 
Laporankajian 2-
Laporankajian 2-Laporankajian 2-
Laporankajian 2-
 
Anak impulsif
Anak impulsif Anak impulsif
Anak impulsif
 
Pemalu
PemaluPemalu
Pemalu
 
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelas
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelasGAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelas
GAYA_BELAJAR siswa dalam proses pembelajaran di kelas
 
Instrumen observasi anak autism
Instrumen observasi anak autismInstrumen observasi anak autism
Instrumen observasi anak autism
 
landasan-psikologi-pendidikan
landasan-psikologi-pendidikanlandasan-psikologi-pendidikan
landasan-psikologi-pendidikan
 
Alat identifikasi anak luar biasa
Alat identifikasi anak luar biasaAlat identifikasi anak luar biasa
Alat identifikasi anak luar biasa
 
[MPPL] Managemen Sumber Daya Manusia
[MPPL] Managemen Sumber Daya Manusia[MPPL] Managemen Sumber Daya Manusia
[MPPL] Managemen Sumber Daya Manusia
 
Bab x menyelenggarakan project citzen
Bab x menyelenggarakan project citzenBab x menyelenggarakan project citzen
Bab x menyelenggarakan project citzen
 
Mona indah l n om 9 . om 10
Mona indah l n om 9 . om 10Mona indah l n om 9 . om 10
Mona indah l n om 9 . om 10
 
Mona indah l n om 9 . om 10
Mona indah l n om 9 . om 10Mona indah l n om 9 . om 10
Mona indah l n om 9 . om 10
 
Gangguan perkembangan pada anak (nurul)
Gangguan perkembangan pada anak (nurul)Gangguan perkembangan pada anak (nurul)
Gangguan perkembangan pada anak (nurul)
 

Más de cikgusuepkhas

Contoh Laporan Pembudayaan Inklusif
Contoh Laporan Pembudayaan InklusifContoh Laporan Pembudayaan Inklusif
Contoh Laporan Pembudayaan Inklusifcikgusuepkhas
 
Bermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaranBermasalah pendengaran
Bermasalah pendengarancikgusuepkhas
 
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]cikgusuepkhas
 
Kepimpinan instruktional gb
Kepimpinan instruktional   gbKepimpinan instruktional   gb
Kepimpinan instruktional gbcikgusuepkhas
 
Kepimpinan instruktional gb
Kepimpinan instruktional   gbKepimpinan instruktional   gb
Kepimpinan instruktional gbcikgusuepkhas
 
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifTajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifcikgusuepkhas
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahcikgusuepkhas
 
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakuDisleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakucikgusuepkhas
 
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatanMasalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatancikgusuepkhas
 
Analisis perbandingan sukatan alternatif pendidikan khas bp
Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bpAnalisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp
Analisis perbandingan sukatan alternatif pendidikan khas bpcikgusuepkhas
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Instrument kepantasan maklumat
Instrument kepantasan maklumatInstrument kepantasan maklumat
Instrument kepantasan maklumatcikgusuepkhas
 
Instrumen pentaksiran penglihatan
Instrumen  pentaksiran penglihatanInstrumen  pentaksiran penglihatan
Instrumen pentaksiran penglihatancikgusuepkhas
 

Más de cikgusuepkhas (20)

Contoh Laporan Pembudayaan Inklusif
Contoh Laporan Pembudayaan InklusifContoh Laporan Pembudayaan Inklusif
Contoh Laporan Pembudayaan Inklusif
 
Bermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaranBermasalah pendengaran
Bermasalah pendengaran
 
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
 
Kepimpinan instruktional gb
Kepimpinan instruktional   gbKepimpinan instruktional   gb
Kepimpinan instruktional gb
 
Kepimpinan instruktional gb
Kepimpinan instruktional   gbKepimpinan instruktional   gb
Kepimpinan instruktional gb
 
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifTajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
 
Pengenalan inklusif
Pengenalan inklusifPengenalan inklusif
Pengenalan inklusif
 
pendidikan khas
 pendidikan khas pendidikan khas
pendidikan khas
 
Penulisan disleksia
Penulisan disleksiaPenulisan disleksia
Penulisan disleksia
 
Isu isu etika guru
Isu isu etika guruIsu isu etika guru
Isu isu etika guru
 
Program inklusif
Program inklusifProgram inklusif
Program inklusif
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakuDisleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
 
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatanMasalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
Masalah pembelajaran spesifik disleksia dari sudut perubatan
 
Analisis perbandingan sukatan alternatif pendidikan khas bp
Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bpAnalisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp
Analisis perbandingan sukatan alternatif pendidikan khas bp
 
Peta minda KH
Peta minda KHPeta minda KH
Peta minda KH
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Instrument sensori
Instrument sensoriInstrument sensori
Instrument sensori
 
Instrument kepantasan maklumat
Instrument kepantasan maklumatInstrument kepantasan maklumat
Instrument kepantasan maklumat
 
Instrumen pentaksiran penglihatan
Instrumen  pentaksiran penglihatanInstrumen  pentaksiran penglihatan
Instrumen pentaksiran penglihatan
 

CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU

  • 1. 15 . ANALISA DAPATAN Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan soal selidik tingkah laku, temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan kekerapan serta pemerhatian yang telah dilaksanakan terhadap murid sampel kajian. Berikut adalah dapatan yang diperolehi melalui beberapa instrument. 15.1 BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU DAN EMOSI NAMA : Muhamad Nur Lukman b. Khamis TARIKH : 18 Jan 2010 KELAS : PK Inovatif 2 JENIS KURANG UPAYA : Autisme 1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 A. Agresif / 1. Hiperaktif / 2. Suka memukul / 3. Suka mencubit / 4. Cepat marah / 5. Suka berkelahi / 6. Suka bertumbuk / 7. Suka mencederakan diri sendiri / 8. Suka mencederakan orang lain / 9. Suka merosakkan harta sendiri / 10. Suka merosakkan harta orang lain / 11. Suka mengejek kawan atau orang lain / 12. Suka mengganggu kawan / 13. Suka menjerit-jerit / 14. Membaling benda-benda kepada kawan / 15. Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai / 16. Menggoyang-goyangkan badan / 17. Mengetuk-ngetuk di tempat duduk / 18. Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian / 19. Menggunakan bahasa kesat / 20. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian /
  • 2. 1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 B. Pasif 1. Hipoaktif (berdiam diri) / 2. Mengasingkan diri / bersendirian / 3. Suka berkhayal / 4. Suka membebel / berleter seorang diri / 5. Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata “saya tidak / boleh” 6. Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna / 7. Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap / susah 8. Mempunyai pergerakan yang lambat / 9. Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan / 10. Lambat dalam menjalankan tugas / 31 BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 C. Masalah Emosi dan Sosial 1. Suka menghisap jari / 2. Suka menggigit kuku / 3. Kelihatan sugul / 4. Merasa takut dan cemas / 5. Takut pada situasi baru / 6. Terlalu malu dan kurang bergaul / 7. Suka meminta perhatian / 8. Suka berbohong / 9. Suka mengambil barang orang / 10. Tidak suka berkawan /
  • 3. 11. Menyalahkan orang lain / 12. Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru / 13. Menggangu apabila guru bercakap / 14. Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah / 15. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat / 16. Tidak memberi kerjasama pada orang lain / 17. Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan / 18. Tidak suka pada rancangan yang diatur / 19. Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin / 20. Tidak bertindakbalas apabila berbual / 32 1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 D. Masalah Pembelajaran (kognitif) 1. Kurang tumpuan perhatian / 2. Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja / 3. Tidak boleh ikut arahan / 4. Kurang daya ingatan / 5. Kurang kefahaman / 6. Kurang daya taakulan / 7. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan / 8. Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna / 9. Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan / sesuatu 10. Tidak peka terhadap bising / 11. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising / 12. Kebersihan diri tidak memuaskan /
  • 4. 13. Tidak boleh menulis huruf sendiri / 14. Tidak tahu menulis nama sendiri / 15. Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri / Borang Soal Selidik Emosi dan Tingkah Laku 33 15.2 Borang Rekod Anekdot Pemerhati: Pn Supiah bt Mat yusof Tarikh pemerhatian : 19 Jan 2010 Masa pemerhatian : 9.00 pg – 12.00 tgh Nama pelajar : Muhamad Nur lukman b. Khamis Penerangan tentang kejadian: Muhamad Nur Lukman tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar kelas. Suka bersendiri, bermain sendiri, kadang kala melarikan dari rakan dan guru serta menyorok ditempat-tempat yang susah hendak dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktiviti tetapi pada guru yang menjalankan aktiviti. Sentiasa menyorok dibelakang guru dan seakan berkepit dengan guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan dan bahan pengajaran yang guru sediakan. Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalam aktiviti tetapi dengan kehadiran guru.
  • 5. Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri seperti bermain bola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka menjauhkan diri dari rakan. Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian : Pemerhatian pertama dijalankan di dalam kelas dalam mata pelajaran Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Hidup dan Bahasa Malaysia.Pemerhatian kedua dijalankan di luar kelas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta aktiviti kokurikulum. 34 Nota, cadangan dan langkah: Hasil pemerhatian saya dapati Lukman tidak mempunyai kemahiran interaksi dan kemahiran sosial kerana perasaan rendah diri serta tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Langkah: 1. Menjalankan aktiviti berkumpulan samada di dalam atau luar kelas. 2. Pengajaran berpusatkan bahan dan murid supaya mereka boleh saling berinteraksi. 3. Memberi ganjaran kepada penglibatan yang aktif. 4. Mesra dan mudah didekati 5. Uruskan tingkah laku yang spesifik dan terkini 6. Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya 7. Buat perancangan perubahan tingkah laku
  • 6. 8. Dapatkan komitmen murid untuk menjalankannya 9. Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya 10. Jangan menghukum murid dengan sikap negatif Cadangan: Faktor utama yang menentukan penguasaan kemahiran asas sosial kanak-kanak autisme ialah guru. Dapatan ini menyokong kajian Dougen (1994) yang mendapati penggunaan teknik pengajaran secara ‘incidental’ (incidental teaching) meningkatkan kemahiran bertanya. Selain itu, guru dapat mengeksploitasikan minat dan kesukaan murid dalam pengajaran. Tandatangan: ......................................... 35 15.3 LEMBARAN DATA PEREKODAN INTERVAL Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis Tarikh Lahir : 01/11/2000 Kelas : PK Inovatif 2 Penilai : Pn Supiah bt Mat Yusof Tingkah Laku yang direkod (TL sasar.an) : Suka bersendirian Tandakan ( / ) bagi ya atau( x ) bagi tidak
  • 7. TINGK AH LAKU LOKASI Sela masa Boleh Boleh Suka Aktiviti berkongsi interaksi bersendirian Dalam kelas Aktiviti Luar kelas bahan dengan rakan 8.00 -9.00 / / / / pg 9.00-10.00 / / / / pg 10.00-11.00 x / / / 11 – 12 tgh / / / / 12 – 1 tgh / / / / Data Rekod Interval 36 Nota: Catatan dibuat pada awal persekolahan, murid mula menjalani sesi persekolahan setelah hampir dua bulan tidak berinteraksi dengan guru dan rakan. ( / ) menunjukkan domain tingkah laku suka bersendirian lebih kerap daripada berinteraksi dengan rakan. Cuma sekali sahaja dalam satu hari menunjukkan interaksi dengan rakan iaitu semasa rehat sahaja.
  • 8. 37 15.4 BORANG DATA PEREKODAN MASA( Pemerhatian Data Awal Sebelum Intervensi) Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis Tarikh Lahir : 01/11/2000 Kelas : PK Inovatif 2 Penilai : Pn Supiah bt Mat Yusof Tingkah Laku yang Direkod : Suka Bersendirian Tarikh : 19 Jan – 22 Jan 2010 Tempoh masa : 2 jam bagi setiap hari Masa 8.30-9.30 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30 Jumlah Hari pagi pagi pagi tengah hari (x) ISNIN
  • 9. 19 Jan 10 2 1 0 3 6 SELASA 20 Jan 10 1 1 1 2 5 RABU 21 Jan 10 2 2 1 0 5 KHAMIS 22 Jan 10 3 2 2 1 8 JUMAAT 23 Jan 10 1 2 2 2 7 Data Perekodan Masa Nota: Data diatas menunjukkan kekerapan domain tingkah laku sasaran yang dilakukan oleh Lukman pada awal persekolahan. 38 15.5 Borang Pemerhatian Data Awal Semasa Intervensi Tingkah Laku Sasaran( Suka Bersendirian) Masa 8.30-9.30 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30 Hari pagi pagi pagi tengah hari Jumlah ISNIN 25 Jan 10 1 1 0 1 3 SELASA 26 Jan 10 0 1 0 1 2 RABU 27 Jan 10 0 1 0 1 2 KHAMIS 28 Jan 10 1 1 0 1 3 JUMAAT 29 Jan 10 1 0 0 0 1 Data Perekodan Masa Nota: Semasa menjalankan intervensi murid memberikan kerjasama yang baik walaupun pada mulanya agak sukar dilakukan.
  • 10. Pada setiap perubahan tingkah laku sasaran dibantu oleh guru, pembantu pengurusan murid dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Hasil pemerhatian murid hanya berminat semasa aktiviti berkumpulan dimana ahli kumpulannya tidak ramai memadai 2 atau 3 orang sahaja kerana Lukman sangat memerlukan perhatian dan bimbingan bagi meningkatkan motivasi diri. 39 15.6 Borang Pemerhatian Data Awal Selepas Intervensi Tingkah Laku Sasaran( Suka Bersendirian) Masa 8.30-9.30 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30 Jumlah Hari pagi pagi pagi tengah hari ISNIN 2 Feb 10 1 1 0 1 3 SELASA 3 Feb 10 1 1 0 1 2 RABU 4 Feb 10 0 1 1 1 3 KHAMIS 5 Feb 10 1 0 1 1 3 JUMAAT 8 Feb 10 1 0 1 1 3 Data Perekodan masa Nota: Selepas intervensi didapati tingkah laku sasaran berlaku semula sekiranya murid tidak minat dengan aktiviti guru dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari guru. Ini bermaksud murid ini sentiasa memerlukan motivasi yang berterusan.
  • 11. 40 15.7 Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku. Domain Tingkah Laku (suka bersendirian) SEBELUM TERAPI SEMASA TERAPI SELEPAS TERAPI TARIKH KEKERAPAN TARIKH KEKERAPAN TARIKH KEKERAPAN 18 Jan 10 6 25 Jan 10 3 2 Feb 10 3 19 Jan 10 5 26 Jan 10 2 3 Feb 10 2 20 Jan 10 5 27 Jan 10 2 4 Feb 10 3 21 Jan 10 8 28 Jan 10 3 5 Feb 10 3 22 Jan 10 7 29 Jan 10 1 8 Feb 10 3 Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku Nota: Jadual di atas menunjukkan data kekerapan berlakunya domain tingkah laku sebelum, semasa dan selepas terapi dijalankan. Rumusannya didapati murid cenderung melakukan atau mengulangi tingkah laku tersebut selepas sesi terapi sekiranya persekitaran yang ada tidak membantu meningkatkan keyakinan diri.
  • 12. 41 15.8 GRAF KEKERAPAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU Nota: Graf menunjukkan perubahan tingkah laku sasaran iaitu suka menyendiri sebelum, semasa dan selepas dijalankan terapi yang difikirkan sesuai. Keseluruhannya menunjukkan murid tersebut sangat bergantung kepada bantuan guru dan rakan serta bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
  • 13. pembelajaran. Garisan biru menunjukkan tingkah laku sasaran sebelum intervensi dijalankan.Garisan merah menunjukkan perubahan tingkah laku semasa intervensi dijalankan.Garisan hijau menunjukkan selepas intervensi dijalankan kebarangkalian murid mengulangi semula tingkah laku yang tidak diigini. 42 16. LAPORAN KAJIAN. Pengurusan Tingkah Laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara perkara yang perlu guru ambil perhatian ialah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku. Terdapat dua jenis pengurusan tingkah laku iaitu kaedah pengukuhan dan kaedah pengurangan. Kaedah pengukuhan ialah memperkukuhkan tingkah laku (positive reinforcement), shaping, token, modelling dan ganjaran. Manakala kaedah pengurangan pula ialah pelupusan tingkah laku, penghapusan, time-out, hukuman atau dendaan dan disensitisasi (desenstization). Peneguhan Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa memberikan peneguhan, ganjaran yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguhan yang diberi seharusnya sesuatu yang disukai oleh murid dan dapat meransang penglibatan dalam aktiviti. Jenis-jenis Pemerhatian
  • 14. Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan. 43 Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan secara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut. Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang. Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat supaya mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.
  • 15. 44 17.PENAKSIRAN TINGKAH LAKU SASARAN KAJIAN. Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan megenai pelajar. Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah
  • 16. pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur. Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil kadar. 45 Selepas pemerhatian dan diagnosis dilakukan, Lukman didapati mempunyai pelbagai tingkah laku negatif. Namun begitu, saya telah memilih satu masalah yang dominan dimana tingkah laku ini kerap dilakukan oleh Lukman iaitu dia suka bersendirian atau mengasingkan diri semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Lukman tidak menunjukkan minat dalam masa pembelajaran . Sekiranya dipaksa dia cuma bertahan beberapa saat sahaja kemudian dia akan menyorok atau berjalan-jalan sendirian. Bermula dari masalah inilah menyebabkan masalah tingkah laku yang lain berlaku. Dia kerap kali keluar ke kelas lain dan merayau-rayau secara sendirian . Dia masih meneruskan tingkah laku tersebut walaupun telah ditegur oleh guru. Kekerapan Lukman suka meyepikan diri boleh dirujuk pada data kekerapan pada data yang telah dikemukan dalam laporan ini.
  • 17. 46 18. MODEFIKASI TINGKAH LAKU Berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan bagi mengurangkan masalah tingkah laku sasaran: Ganjaran Ganjaran terdiri daripada 3 jenis iaitu: a) Ganjaran primer b) Ganjaran social c) Ganjaran sekunder Pembentukan Juga dikenali sebagai shaping yang bermaksud pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Pengasingan (time-out) Murid-murid ditempatkan berasingan daripada kumpulan dan tidak terlibat dalam aktiviti kumpulan sehingga tidak mengulangi tingkah laku bermasalah. Dendaan / hukuman
  • 18. Cara lama yang masih digunakan supaya murid tahu dan sedar akan kesalahan yang telah dilakukan. Penghapusan Salah satu cara yang dijalankan untuk menghapuskan terus tingkah laku yang bermasalah. 47 Modelling Menggunakan watak-watak yang disukai, dihormati untuk diteladani oleh semua murid. Kejelakan (satiation) Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri daripada melakukannya Bimbingan dan Kaunselling Pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbing murid yang menghadapi dan menangani masalah tingkah laku. Terapi. Menggunakan muzik atau seni untuk ketenteraman emosi,anxiety dan melepaskan perasaan yang tertekan. Desensitization Tindakan yang dijalankan secara beransur-ansur untuk menghilang rasa gugup atau takut yang berlebihan. Fading. Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan.
  • 19. Prompting Digunakan untuk mendapat ransangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid yang melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan dan fizikal. 48 Penamatan/Pelupusan Memberhantikan atau menyekat murid daripada terus melakukan tongkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku yang positif. Kontrak Perjanjian Persetujuan antara dua pihak atau lebih secara lisan atau sebaliknya. Murid bertanggungjawab terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya sekiranya murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan kesannya. Token Ekonomi Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan juga sukar untuk dipalsukan. Contohnya stiker, hadiah dan sebagainya. Dalam kajian ini saya cuba menjalankan beberapa teknik bagi mengurangkan tingkah laku bermasalah terhadap Lukman iaitu suka menyendiri atau menyepikan diri.
  • 20. 49 19. RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b Khamis Tarikh Mula : 18hb Jan 2010 Masalah Tingkah Laku : Suka menyendiri/menyepikan diri Tarikh Lahir : 01/11/2000 Umur : 10 tahun Pengetahun sedia ada : Suka merayau-rayau sendiri dan tidak boleh mengikut arahan guru Matlamat : Mengurangkan atau menghentikan sikap negatif dan boleh berinteraksi dengan rakan semasa aktiviti pembelajaran dengan tanpa rasa rendah diri • Suka menyendiri dan menyepikan diri
  • 21. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Tidak berminat berinteraksi dengan rakan dan bahan pembelajaran. Tingkah laku yang hendak • Suka menyendiri diuruskan Tingkah laku sasaran • Boleh berinterkasi dan berkolaborasi dalam aktiviti pembelajaran berkumpulan tanpa rasa rendah diri. Masa tingkah laku • semasa tiada sebarang aktiviti dilakukan • semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran • semasa di kantin • Murid tidak menunjukan minat berinteraksi Sebab keutamaan dengan rakan dan guru. • Murid tidak menunjukkan minat dalam sebarang aktiviti pembelajaran. • Murid kadangkala membuat tindakan luar jangka contoh merayau-rayau sendiri. • Murid tidak yakin dengan kebolehan diri dan rasa rendah diri Strategi atau kaedah • Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut. • melaksanakan aktiviti yang diminatinya contoh sewaktu aktiviti terapi lokomotor kasar. • Memberi peneguhan negatif untuk mengurangkan tingkah laku tersebut. • menasihati murid supaya tidak mengulangi tingkah laku tersebut • memberi ganjaran seperti pujian jika
  • 22. berjaya menghentikan tingkah laku tersebut. • Menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan supaya rakan lain berasa selesa dan selamat dengannya. • memperbanyakkan penggunaan bahan bantu belajar supaya murid tidak berasa bosan. • Mempelbagaikan aktiviti dan kaedah mengajar yang boleh motivasikan murid. • Personaliti guru boleh mengurangkan rasa rendah diri murid dengan selalu berdamping dan berbual dengan murid. Peneguhan • Positif  memberikan ganjaran  memberikan pujian seperti ”bagus” atau ’baik”.  Menggalakan penglibatan dalam aktiviti kumpulan  Selalu bertanya khabar dan berbual dengan murid.  Selalu berdampingan dengan murid • Negatif  Tindakan tanpa lisan  Ketegasan guru Daripada Rancangan Pengurusan Tingkah Laku diatas, saya telah mencadangkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai intervensi mengatasi masalah tingkah laku. Antara cadangan yang saya jalankan ialah.
  • 23. 1) Terapi Muzik 2) Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif 3) Tindakan tanpa lisan 4) Token Ekonomi 5) Pengurusan bilik darjah. 6) Personaliti guru 7) Aktiviti dan bahan pembelajaran. 52 19.1 Terapi Muzik Subjek : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Aktiviti : Lokomotor Kasar Tarikh : 18hb Jan 2010 Hari : Isnin Masa : 8.00 – 10.00 pagi Bil. Murid : 1 orang Sasaran : Muhamad Nur Lukman
  • 24. Sasaran Tingkah Laku : Suka menyendiri Bahan Bantuan Terapi : Muzik Cara Kerja Langkah Aktiviti 1 Murid dikehendaki berkumpul bersama dengan rakan lain di satu kawasan terbuka untuk menjalankan aktiviti. 2 Guru dan PPM mengambil tempat yang sesuai membantu murid-murid menjalankan aktiviti tersebut. 3 Guru memberikan arahan dan peraturan sebelum aktiviti dijalankan. 4 Guru membantu murid melakukan pergerakan semasa muzik dipasangkan 5. Alatan tambahan lain seperti bola dan gelung boleh digunakan bagi menjadikan aktiviti lebih menarik. 53 Gambar menunjukkan semasa Terapi Muzik hendak dijalankan. Muhamad Nur Lukman mula menunjukkan minat dan turut ke hadapan bersama guru untuk menjalankan aktiviti tersebut. Namun begitu tingkah laku itu tidak berkekalan. Lukman mula menarik diri dan merayau-rayau bersendirian.
  • 25. Murid sedang menjalankan Terapi Muzik dengan bantuan guru. Peranan guru sangat penting berdampingan dengan murid dan membantu murid membuat pergerakan bersama murid-murid lain tanpa rasa rendah diri. Aktiviti ini sangat membantu murid merasa yakin dan seronok melakukan bersama-sama dengan guru dan rakan. Keberkesanan aktiviti. Muhamad Nur Lukman memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan . Walaubagaimanapun dia tetap memerlukan bantuan guru sebagai satu motivasi dan rasa yakin diri bila melakukan aktiviti. Aktiviti ini perlu diulang lagi dengan penambahan pelbagai alatan yang boleh dapat meransang Lukman dan terus melakukan aktiviti tanpa bantuan guru.
  • 26. Gambar menunjukkan aktiviti Terapi Muzik dalam berkumpulan dijalankan. 55 19.2 Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif Aktiviti : Terapi Bukan Lokomotor Tarikh : 19 Jan 2010 Hari : Selasa Masa : 8.00 am – 10.00am Bil. Murid : 1 orang Sasaran : Muhamad Nur Lukman
  • 27. Sasaran Tingkah Laku : Suka bersendirian/menyepikan diri Bahan Bantuan Terapi : 1) Tilam Gimnastik 2) Skittle Cara Kerja Terapi Langkah Aktiviti 1 Guru membuat demonstrasi cara melakukan pergerakan merangkak, berguling dan membalikkan badan dengan betul. 2 Murid melakukan aktiviti secara bergilir-gilir dengan bantuan guru dan pembantu 3 Guru meminta murid lain memberikan tepukan bila setiap orang selesai melakukan aktiviti. 4. Murid berasa seronok dan cuba melakukan berulang kali 56 Gambar di atas dan bawah menunjukkan Lukman berminat mengambil bahagian dalam aktiviti yang mencabar dan boleh bersama-sama dengan rakan- rakan lain.
  • 28. Keberkesanan aktiviti: Muhamad Nur Lukman menunjukkan minat melakukan aktiviti terapi ini kerana ianya agak mencabar dan murid diberi motivasi dan ganjaran bila dapat melakukan dengan baik. Selain daripada aktiviti terapi yang dicadangkan diatas, beberapa peneguhan yang telah digunakan bagi mengukuhkan tingkah laku yang positif termasuklah token ekonomi , time out, tindakan tanpa lisan.
  • 29. 58 19.3 Tindakan Tanpa Lisan Merupakan salah satu teknik yang boleh mengubah tingkah laku yang positif. Merujuk gambar diatas, guru melakukan aktiviti dimana sahaja agar Lukman turut berada bersama seorang rakan lain menjalankan aktiviti pembelajaran. Tindakan guru
  • 30. menarik tangan Lukman seakan satu paksaan bagi beliau untuk berada dalam aktiviti pembelajaran. Lukman boleh duduk dan melihat sahaja beberapa minit sambil memerhati kawan melakukan aktiviti psikomotor halus. Sesekali Lukman seakan mahu membantu rakannya. Saya berpendapat Lukman tidak rasa rendah diri dan menyepikan diri sekiranya ahli dalam kumpulan itu tidak ramai. Lukman tidak perlu bersaing dengan ramai rakan dia rasa lebih yakin sekiranya ahli kumpulan tidak ramai. 59 19.4 Token Ekonomi Merupakan salah satu cara yang agak berkesan juga dalam kajian tindakan ini. Token Ekonomi merupakan modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini dan pengurangan tingkah laku yang tidak diingini dengan pengunaan Tokens (tanda-tanda). Murid menerima token setelah menunjukan tingkah laku yang diingini. Token dikumpulkan dan ditukarkan dengan suatu objek atau penghargaan. Tujuan Token Ekonomi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini dan tingkah laku pengurangan diingini. Bagaimanapun, tujuan utama Token Ekonomi untuk mengajar tingkah laku yang sesuai dan berketrampilan sosial yang positif. Dalam kajian ini saya akan memberikan pelbagai hadiah seperti mainan atau alat tulis sekiranya Lukman bersedia masuk ke dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti. Selain daripada itu Lukman suka dipegang tangan dan beramah mesra dengannya . Oleh itu setiap kali Lukman bersedia menjalankan aktiviti saya akan memujinya dihadapan rakan-rakan lain dan memberikan token seperti yang dijanjikan.
  • 31. TINGKAH LAKU TARIKH 8.00- 8.30 9.00 9.30 10.00– 10.30– 11.00- DIINGINI 8.30 – – – 10.30 11.00 11.30 9.00 9.30 10.00 22/1/10 / / / Boleh melakukan 23/1/10 / / / aktiviti dalam kelas tanpa 24/1/10 / / / menyepikan diri 25/1/10 / / / bersama dengan rakan lain. 26/1/10 / / / / Selain daripada strategi yang dicadangkan diatas , terdapat beberapa aspek yang perlu diambi kira bagi membantu masalah tingkah laku. Saya berpendapat ianya juga sangat penting dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. 60 19.5 MODELLING Modelling adalah antara salah satu teknik yang saya rasa sangat berkesan bagi mengubah tingkah laku sasaran. Ianya bermaksud murid akan meniru daripada orang lain. Baik secara langsung ataupun tidak langsung. Teori seperti ini banyak wujud dalam kehidupan seharian . Sebagai contoh kanak-kanak meniru watak-watak kartun juga seperti “Batman”, “Superman”, “Power Rangers” hingga kadang-kadang boleh mendatangkan kesan kepada diri mereka. Bagi mengatasi masalah ini saya menggunakan konsep berkumpulan dalam menjalankan akitiviti. Ini bermakna semua murid akan berkolaborasi antara satu sama lain semasa bermain. Kaedah berkumpulan ini sangat sesuai bagi menarik Lukman melibatkan diri dan bergaul dengan rakan sebaya . Bandura menghuraikan konsep ini dengan menggunakan contoh. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang mempelajari sesuatu tingkah laku dan dipelajarinya juga bahawa tingkah laku itu tidak dilakukan dalam keadaan-keadaan tertentu. Menurut Bandura, proses modeling terdapat 4 tindakan yang mesti dilakukan iaitu:-
  • 32. (a) Memberi perhatian kepada tingkah laku yang hendak ditiru itu, sama ada secara visual, ataupun dengan deria-deria lain. (b) Pemerhatian disimpan dalam fikiran. (c) Melakukan tingkah laku berdasarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa atau sebagainya. (d) Mendapatkan kepuasan, ganjaran, peneguhan apabila tingkah laku itu selesai dilakukan. Matlamatnya supaya murid dapat membuat perbandingan dan menunjukkan tingkah laku yang baik melalui pemerhatian. Saya perlu memastikan tingkah laku yang tidak baik yang ditiru dalam aktiviti kumpulan diberi teguran serta merta. 61 19.6 PERSEKITARAN BILIK DARJAH Aspek ini sangat penting kerana ianya turut menyumbang kepada masalah tingkah laku. Persekitaran di dalam dan luar kelas perlu di ambil kira supaya dapat mewujudkan satu keadaan yang sangat selesa dan selamat bagi kanak-kanak. Ruang pembelajaran yang disediakan sebenarnya mampu membantu perubahan tingkah laku. Bilik darjah yang selesa perlu menyediakan ruang untuk bermain dengan selamat supaya murid tidak berpeluang menunjukkan tingkah yang bermasalah bersama rakan sebaya. Sepanjang sesi terapi dijalankan saya perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: a) Susunan kerusi meja yang boleh menggalakkan interaksi b) Sudut – sudut pembelajaran yang menarik dan boleh mendorong kepada interaksi dengan bahan.
  • 33. c) Pengudaraan dan pengcahayaan yang sesuai dengan saiz kelas supaya murid tidak rasa rimas dan tertekan. d) Kedudukan kelas itu sendiri betul-betul strategik , jauh dari gangguan bising supaya murid boleh memberikan tumpuan. e) Kelas yang sentiasa bersih dan ceria boleh meransang murid dalam aktiviti. 62 19.7 PERSONALITI GURU Personaliti guru sangat penting dalam mengurus tingkah laku murid. Perwatakan dan empati yang ditunjukkan oleh guru memberikan keyakinan kepada murid untuk menjalankan aitiviti. Sikap dan keperihatinan guru boleh menyebabkan murid bermotivasi dan boleh melakukan aktiviti dalam kelas dengan yakin tanpa perasaan rendah diri. Selain daripada itu kata-kata dorongan dan layanan baik yang diterima sebenarnya boleh membantu menghapuskan / mengurangkan domain tingkah laku sasaran. Stail guru menyelesaikan masalah yang timbul dirasakan adil memberikan satu kepuasan kepada murid-murid lain.Antara beberapa perkara yang saya rasakan perlu ialah: a) Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras murid.
  • 34. b) Guru mempunyai unsur-unsur kecindan c) Sentiasa menunjukkan rasa simpati dan empati kepada murid d) Perihatin dengan keperluan murid e) Menghormati perasaan dan kehendak murid f) Kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran. g) Mahir menangani setiap masalah yang timbul 63 19.8 STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN. Guru perlu memastikan strategi dan pendekatan yang digunakan mampu menarik perhatian murid dan mampu bertahan lama menjalankan aktiviti. Contoh aktiviti dalam kumpulan seperti berkebun, pendidikan jasmani , muzik dan sebagainya. Strategi dan teknik yang disusun menunjukan mesra budaya. Ini bertujuan dapat melibatkan semua murid tanpa rasa pilih kasih. Murid yang merasa rendah diri dan suka mengasingkan diri akan cuba mendekati kumpulan sekiranya aktiviti yang dijalankan sangat menarik dan mencabar. Antara aktiviti yang boleh menarik murid ialah bercerita dalam kumpulan dan pasangan serta bermain bongkah kerana belajar sambil bermain sangat bermakna bagi murid-murid masalah tingkah laku. Banyak perkara yang saya rasa
  • 35. dalam aspek ini boleh membantu mengubah tingkah laku sasaran. Antaranya ialah seperti berikut: a) Pengajaran berpusatkan murid b) Aktiviti berkumpulan dan menggunakan konsep rakan sebaya c) Kaedah belajar sambil bermain d) Kepelbagaian aktiviti yang menarik e) Penggunaan bahan bantu yang menarik dan fleksibel 64 20 . RUMUSAN Kajian yang telah dijalankan memberikan satu kesimpulan bahawa Pengurusan Tingkah Laku sangat penting ke atas seorang kanak-kanak bagi meningkat lagi tahap keupayaan dan kebolehan mereka. Cadangan intervensi yang telah dikemukakan memerlukan ulangan beberapa kali untuk menampakkan keberkesanannya terhadap perubahan tingkah laku muird. Ada kemungkinan teknik dan bahan yang digunakan tidak sesuai dan perlu digantikan dengan yang lain supaya dapat menarik minat murid
  • 36. meneruskan aktiviti yang telah dicadangkan. Secara keseluruhannya domain tingkah laku yang telah saya kemukakan mempunyai sebab yang munasabah kenapa ianya berlaku. Antaranya ialah: a) Murid tersebut adalah anak tunggal , jarang bergaul dengan kanak-kanak lain kerana hobinya yang suka menghilangkan dengan senyap , maka itu ibunya tidak membenarkannya kemana-mana tanpa ada orang kain menemaninya. b) Perkembangan sosialisasi sangat terhad kerana sebab di atas, banyak menghabiskan masa dirumah dan menonton television. c) Jarang datang ke sekolah kerana masalah kesukaran bangun pagi. d) Sekiranya datang ke sekolah suka memencilkan diri sukar untuk berbual dengan rakan kerana masalah pertuturan yang di hadapinya. e) Mempunyai rasa rendah diri dan pemalu yang menebal menjadi salah satu sebab masalah tingkah laku. Usaha untuk mengubah tingkah laku suka menyendiri itu telah memberi idea kepada penggunaan teknik pemerhatian , rekod berskala dan rekod kekerapan sebagai satu petunjuk kepada masalah tingka laku tersebut. Hasil daripada semua catatan rekod tersebut mengesahkan lagi kebarangkalian melakukan tingkah laku bermasalah seperti yang dibincangkan sangat tinggi sekiranya usaha intervensi yang dijalankan tidak berkesan. 65 Antara cadangan – cadangan yang telah dilakukan untuk mengubah masalah tingkah laku ialah Terapi Muzik, Terapi Lokomotor Kasar, Tindakan Tanpa Lisan , Token Ekonomi, personality guru, perseitaran bilik darjah dan pendekatan pembelajaran yang digunakan yang boleh menarik perhatian murid. Walaubagaimanapun segala usaha itu
  • 37. perlu diulang beberapa kali supaya murid dapat melakukan latihtubi sebagai satu pelaziman yang akhirnya dapat mengurangkan masalah tingkah laku sasaran. Perubahan tingkah laku tersebut dapat dilihat apabila murid boleh melakukan tanpa sokongan guru. Namun begitu kekerapannya agak berkurangan jika dibandingkan semasa aktiviti dijalankan bersama guru. Pada keseluruhannya saya berpendapat murid ini boleh menunjukkan perubahan tingkah laku sekiranya latihtubi yang berterusan dijalankan. Sokongan ibubapa dan guru sangat penting sebagai satu motivasi yang berterusan. Sesungguhnya kejayaan itu bergantung kepada keikhlasan menjalankan sesi terapi tersebut. Ini kerana adalah sangat sukar untuk menyakinkan seorang anak istimewa untuk menerima orang yang tidak dikenali dalam kehidupan mereka. Bandura dan Walters berpendapat bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini hendak dipelajari melalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989). . 66