1. PETA KONSEP
PENTAKSIRAN
Proses
Proses pengumpulan mendapat
data, mengukur, menaksir dan maklumat dan
keputusan penilaian menentukan
tindakan
Pentaksir
Projek
Orang yang ditafsir Portfolio
Ujian
Instrument Ujian saringan dan
Pemerhatian
Respon Ujian Diagnostik
Temu bual
Skor
SUPIAH BT MAT YUSOF
PGSRPK08 mukasurat 1
2. PETA KONSEP
KEPENTINGAN
PENTAKSIRAN
Mengenalpasti faktor Mudahkan guru
penyebab kepada merancang p @ p
sesuatu kelemahan yang sesuai
Mengesan Mengetahui
kelemahan pelajar keupayaan dan
dalam pelbagai pengetahuan asas
aspek pelajar
SUPIAH BT MAT YUSOF
PGSRPK08 mukasurat 2
3. PETA KONSEP
KEPENTINGAN PENTAKSIRAN
Membuat Guru boleh
perbandingan menentukan kaedah
pencapaian pelajar dan teknik yang
sesuai
Mengetahui masalah
Mengetahui tahap lain yang berkaitan
sebenar pelajar seperti masalah
tingkah laku
SUPIAH BT MAT YUSOF
PGSRPK08 mukasurat 3
4. 2.0 PENGENALAN
Pentaksiran dalam pembelajaran bertujuan mendapatkan informasi dan maklumat bagi
menentukan tahap keupayaan dan kebolehan murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Berdasarkan keputusan yang diperolehi guru boleh merancang dan
mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kemampuan murid.
Bukti-bukti dan bahan yang dikumpul dalam satu tempoh masa membolehkan guru
mentafsir keberkesanan aktiviti pembelajaran Bukti dan data ini dapat diambil dalam
bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian
diagnostik. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan
gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca,
menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi
murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai
mengikut tahap kebolehannya.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau
tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem
yang berkategori.
Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)”
Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku.
Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk
pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan
SUPIAH BT MAT YUSOF
PGSRPK08 mukasurat 4
5. itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau
keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil
pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah
mengajar dan kurikulum.
Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya
keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka
belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar murid
berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat. Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum
balas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan
bagi anak-anak mereka.
Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di
rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial
sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang
lain. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi,
kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi.
Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenalpasti murid yang mempunyai
kelemahan dalam bersosial. Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga
hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini
juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan
orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang
lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka
gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri,
mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan.
Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu
membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup kerana setiap benda
hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yang mempengaruhi
tingkah laku ialah melalui persekitaran.
SUPIAH BT MAT YUSOF
PGSRPK08 mukasurat 5