SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
1


1.0 PENDAHULUAN



Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum.
Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi
pelbagai masalah hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh
para ulama‟ bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban hari.
kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam memelihara
kemaslahatan ummah kini. Terdapat lima kaedah utama yang disepakati di kalangan fuqaha.
Salah satunya ialah                  kesukaran membawa kemudahan

        Kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan
berdasarkan kaedah ini ialah kesukaran yang melampaui had biasa dan tidak mampu
ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang
serta menghalangnya dari melakukan kerja amal. Disyaratkan juga kesukaran itu umum
berlakunya, adapun kesukaran yang jarang-jarang berlaku maka kesukaran itu tidak diambil
kira.

        Kesukaran biasa yang wujud dalam melaksanakan kewajipan dan kerja-kerja seharian
yang mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan kemudaratan maka kesukaran ini
tidak menghalang dari tanggungjawabnya. Dari segi syarak juga tidak mengangkatnya seperti
kesukaran bekerja, mencari rezeki, berjihad menentang musuh dan sebagainya.
2


2.0 PENGERTIAN KAEDAH

Kaedah ini merupakan penafsiran kepada hukum-hukum yang mengambil kira keringanan
dan keanjalan. Ia bermaksud, kesukaran itu menarik adanya kemudahan. Antara lain
bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan
melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan tidak seperti asalnya. Berdasarkan
kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam.
Antara lain, ia selaras dengan lafaz kaedah:




Maksudnya: “Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap
hamba atau manusia mengerjakannya, gugur suruhan terhadapnya. Dan segala perkara
tegahan membebankan hamba menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”.

       Konteks lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam itu dapat dilaksanakan oleh
mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan di saat
dan ketika seseorang itu terjebak dengan kesempitan dan kesukaran. Kaedah itu juga
diamalkan dan dipraktikkan oleh Nabi. (Abd. Latif Muda 2000: 139)

       Kaedah ini menjelaskan hukum Islam menginginkan kemudahan. Ajaran Islam tidak
membebani seseorang dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, menyempitkan atau
sesuatu yang tidak sesuai dengan watak dan tabiat. Allah s.w.t dan Rasul-Nya menginginkan
serta memerintahkan pemeliharaan terhadap kemudahan dan keringanan. (Dedi Rohayana
2008: 225)
3


2.0 DALIL KAEDAH

Terdapat banyak dalil yang berkaitan dengan kaedah ini. Dalil-dalil tersebut daripada al-
Quran dan al-Sunnah, antaranya:

   1) Al-Quran

     
      

   Maksudnya: “Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran
   bagimu”. (Surah al-Baqarah: 185




               
             

    Maksudnya: “Dan Dia sekalai-kali tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu
    keberatan dan susah payah dalam perkara agama”. (Surah al-Hajj: 78)




   2) Al-Sunnah

   Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah:




   Maksudnya: “Bahawasanya kamu diutus sebagai orang-orang yang memudahkan dan
   tidak diutus sebagai orang-orang yang menyulitkan”.




   Maksudnya: “Mudahkanlah dan jangan kamu persulitkan”.(Jalaluddin Al-Suyuthi 1999:
   165)
4


   Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a ketika ditanya
   tentang apakah (urusan) agama yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t baginda berkata:




   Maksudnya:“Adalah agama yang cenderung kepada haq, menghindarkan yang batil serta
   agama yang mempunyai kelapangan dan toleransi”.




   Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:




    Maksudnya:“Sesungguhnya agama ini adalah mudah. Tidak ada seseorang pun yang
    memaksakan dirinya melakukan perkara agama di luar kemampuannya melainkan dia
    akan dikalahkan (measakan kesukaran dan kesusahan). Oleh itu bersederhanalah dan
    hampirilah sikap sederhana dan benar”.




       Al hafiz Ibn Hajar berkata, agama ini disifatkan sebagai mudah daripada agama-agama
yang sebelumnya kerana Allah s.w.t telah mengangkat daripada ummat ini bebanan yang
dikenakan terhadap ummat terdahulu. Jelas dalam ayat-ayat dan hadis di atas, bahawa
peringanan dan kelonggaran serta penafian kesempitan menjadi salah satu daripada cirri-ciri
agung syariat Islam. (Anwar Fakhri 1999: 86)




3.0 KEDUDUKAN KAEDAH INI

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang diperakui ketinggian, kedudukan dan
keagungannya di dalam fiqh Islam sebagaimana yang diriwayatkan secara mutawatir daripada
imam. Perkara ini juga telah disepakati oleh kitab-kitab kaedah fiqh. Ia adalah terdiri daripada
kaedah-kaedah asasi dan dasar-dasar utama kepada binaan fiqh Islam.
5


       Al-Imam al- Shatibiyy berkata, “Sesungguhnya dalil yang menunjukkan bahawa
segala kesempitan adalah diangkat dan dibuang daripada ummat ini mencapai taraf putus
(qafiyy)”.

       Al-Suyuthi dan Imam Nujaym berkata, kesemua kelonggaran (rukhsah) dan
keringanan syarak adalah keluar atau lahir daripada kaedah ini. Perlu dinyatakan juga bahawa
kesukaran yang membawa peringanan ini adalah disyaratkan ia tidak bertentangan dengan
nas. Jika ia bertentangan dengan nas maka kesukaran itu tidak diambil kira tetapi naslah yang
menjadi tempat pergantunggan hukum. (Anwar Fakhri 1999: 87)




4.0 PENJELASAN BERKAITAN MASYAQQAH

Apa yang dimaksudkan dengan al-masyaqqah ialah kesukaran dan kesusahan. Meletakkan
bebanan menjadi kesukaran terhadap hamba, untuk itu kesusahan tersebut hendaklah
dihindarkan terhadap mukallaf. Walaupaun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan
seharian manusia mempunyai taklif yang mana ia juga berbentuk masyaqqah atau kesusahan
seperti kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga.

       Namun sebenarnya itu bukan merupakan satu masyaqqah atau kesusahan kerana
menurut adat dan kebiasaan tidak menjadi bebanan kepada manusia, bahkan ia pula
merupakan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan
yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan, untuk itu kesusahan atau masyaqqah tersebut
tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau rukhsah.

       Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia
tidak akan hidup sempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha gigih untuk mencari
rezeki, mereka akan miskin sedangkan rezeki itu adalah wajib hukumnya kemudian barulah
berserah kepada Allah. (Abd. Latif Muda 2000: 143)




4.1 Tujuan Masyaqqah

Tujuan masyaqqah ialah apa yang terkeluar daripada garis kesukaran biasa. Antaranya ialah
kesukaran dan kesusahan yang menyebabkan membawa kemudaratan samada pada diri dan
harta benda atau kesukaran yang mengambil waktu yang panjang. Pada dasarnya, untuk
6


pelaksanaan kaedah ini mempunyai tujuan tertentu dan dengan memenuhi syarat tertentu
iaitu:

    1) Kesusahan      yang    terkeluar   daripada   garisan   kesusahan   biasa.   Contohnya
         tanggungjawab yang dibebankan itu menyusahkan. Di mana ia boleh membawa
         kemudaratan kepada diri sendiri, harta dan sebagainya. Oleh itu, kesusahan dan
         kesukaran sebegitu dikira terkeluar daripada adat kebiasaan dan perlu kepada
         keringanan. Contohnya, orang sakit dibolehkan meninggalkan puasa kerana dengan
         berpuasa tentu membawa kemudaratan kepada badan dan jiwanya.


    2) Masyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebagai sebab untuk
         mendapat keringanan atau rukhsah. Iaitu kesusahan yang tidak membawa kepada
         kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya, berpuasa pada musim panas dan cuaca
         panas, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhasah.
         (Abd. Latif Muda 2000: 144)




4.2 Sebab-Sebab Rukhsah

Menurut penelitian ulama, terdapat beberapa faktor dan sebab kesusahan yang dapat memberi
keringanan terhadap pelaksanaan hukum syarak. Antara sebab keringanan atau rukhsah dalam
melakukan ibadat dan lainnya ada tujuh perkara:

    1) Musafir yang diharuskan                       .   Orang bermusafir boleh mengambil
         rukhsah, antaranya ialah:
         a- Qasar sembahyang.
         b- Menyapu khuf lebih daripada sehari semalam.
         c- Berbuka puasa.
         d- Jama‟ atau himpunkan antara dua sembahyang.


    2) Sakit            .Keadaan sakit dan orang yang berpenyakit menjadi sebab hukum
         rukhsah serta banyak sekali bentuknya, contohnya ialah:
         a- Orang yang mengidap penyakit tertentu dibolehkan bertayammum. Iaitu sekiranya
            dengan menggunakan air memudaratkan. Atas nasihat dan pengesahan doktor
            pakar.
7


   b- Orang yang sakit diharuskan sembahyang fardu sambil duduk atau berbaring atau
      terlentang atau isyarat atau dengan hati berdasarkan kemampuan.
   c- Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita untuk mengubati penyakit yang
      dialami oleh pesakit.
   d- Disebabkan sakit seseorang itu diharuskan meninggalkan sembahyang jumaat.
   e- Tidak makruh hukumnya meminta tolong orang lain menggosokkan anggota
      wuduk dan mencurahkan air.
   f- Mewakilkan menunaikan haji dan melontar di jamrah.
      (Abd. Latif Muda 2000: 145)


3) Terpaksa atau dipaksa          Antara lain juga orang yang diugut atau dipaksa dengan
   kekerasan dan kejam serta ia tidak mampu melawan dan tidak mampu membantah,
   contohnya:
   a- Mengancam nyawa dan hartanya
   b- Mereka yang dalam keadaan terpaksa seperti kelaparan yang terancam nyawanya
      diharuskan memakan benda haram.(binatang yang mati atau disembelih dengan
      tidak mengikut hukum syarak)
      Orang yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian, tetapi hatinya
      mesti tetap beriman. (Abd. Latif Muda 2000: 146)


4) Lupa. Keadaan lupa atau seseorang yang melakukan sesuatu secara terlupa diberi
   keringanan dan kemaafan terhadap apa yang dilakukannya. Contohnya, seseorang
   yang makan secara tidak sengaja ketiak berpuasa tidak batal puasanya. Sebagaimana
   hadis yang bermaksud:


   “Sesiapa yang terlupa sedang ia berpuasa, di ama ia makan atau minum hendaklah ia
   menyempurnakan puasanya itu. Kerana sesungguhnya Allah member ia makan dan
   minum”.




   Berkaitan dengan orang lupa dan terlupa tidak dikira salah dari sudut syarak serta
   dimaafkan berdasarkan hadis daripada Ibn Umar:
8


   “Diangkat (tidak dikira bersalah) dari kalangan umatku kerana tersalah, lupa dan
   terpaksa”.




5) Kejahilan       . Keadaan jahil dan kejahilan seseorang dikira sebagai salah satu
   keuzuran yang membawa keringanan. Contohnya, harus difasakhkan perkahwinan
   kerana aib pada salah seorang suami atau isteri sedangkan aib itu dsembunyikan salah
   seorang daripada mereka, maka yang seorang lagi tidak mengetahui kedudukan yang
   sebenarnya.( Mohamad Soleh Ahmad 603)
   .
6) Kesukaran serta „Umum al-Balwa                        . Iaitu perkara kesukaran
   umum yang tidak dapat dihindarkan. Ia juga membawa maksud kerana terdesak dalam
   kesulitan atau bermaksud perkara yang tidak dapat dielakkan. Antara contohnya:
   a- Lumpur di jalan raya yang terpercik pada kain atau badan seseorang pada hari
       hujan dimaafkan.
   b- Istinjak dengan menggunakan batu.
   c- Najis yang tidak kelihatan oleh pandangan mata serta binatang yang tidak
       mempunyai darah mengalir seperti belalang.
   d- Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh.
   e- Memakan bangkai dan harta orang lain ketika dalam keadaan sangat terdesak.
   f- Diharuskan banyak gerak serta membelakangi kiblat ketika sembahyang dalam
       keadaan takut dan menghadapi musuh di medan perang.
   g- Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah, bisul atau penyakit
       cacar. (Abd. Latif Muda 2000: 148)


7) Kekurangan          . Ia menjadi salah satu sebab keringanan dan kemudahan kerana
   merupakan satu masyaqqah. Sabda Rasulullah s.a.w :


   “Diangkat kalam dari tiga orang iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang gila
   hinggalah ia siuman dan yang tidur sehingga ia sedar”.

   Antara contohnya:

   a- Kanak-kanak tidak dibebankan dengan taklif.
9


        b- Kaum wanita tidak diwajibkan sembahyang jumaat.
        c- Orang gila tidak dikenakan bebanan taklif.
        d- Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera
        e- Taklif syarak atau bertanggungjawab terhadap kaum wanita lebih ringan
             berbanding kaum lelaki.
             Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap hamba berbanding
             orang merdeka. (Abd. Latif Muda 2000: 149)




4.3 Jenis-jenis Keringanan

Menurut pendapat Syeikh „Izz al-Din bin Abd as-Salam al-Syafi‟i, jenis keringanan atau
rukhsah ada enam. Manakala menurut ulama mazhab Hanafi sebagaimana yang dijelaskan
oleh Ibn Nujaym, rukhsah ada tujuh jenis iaitu (Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad: 604):

   1)    (             ) Keringanan dengan menggugurkan kewajipan. Contohnya ialah:
         a- Tidak wajib gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu.
         b- Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran.


   2)    (              ). Keringanan dengan mengurangkan bebanan. Contohnya ialah:
         a- Memendekkan atau qasar sembahyang Zohor atau Asar menjadi dua rakaat.


   3)    (            ). Keringanan dengan gantian atau penukaran. Contohya ialah:
         a- Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum.
          b-Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan
             membayar fidyah.


   4)    (             ). Keringanan dengan mendahulukan, contohnya:
         a- Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.
         b- Sembahyang jama‟ taqdim.
   5)    (             ). Keringanan dengan mengakhirkan, contohnya ialah:
         a- Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir.
         b- Sembahyang jama‟ ta‟khir.
10


   6)     (                  ). Keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak dan terpaksa,
          contohnya:
          a- Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.
          b- Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.


   7)     (            ). Keringanan mengubah atau menukar.
          a- Seperti menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang
          ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh.




4.4 Bahagian Rukhsah

Terdapat lima jenis dan bahagian hukum yang berkaitan dengan rukhsah iaitu:

1) Rukhsah yang wajib dilakukan:

   a- Memakan bangkai bagi mereka yang terdesak dan kelaparan, jika tidak akan
        menyebabkan kematian.

   b- Berbuka puasa bagi mereka yang bimbang membawa bahaya.




2) Rukhsah yang sunat dilakukan:

   a- Melihat kepada bakal pengantin atau tunang.

   b- Qasar sembahyang bagi orang musafir yang jauh dan merasa penat dalam perjalanan.




3) Rukhsah yang harus atau boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan:

   a- melaksanakan urusan muamalah jual salam atau secara tempahan.

4) Rukhsah yang lebih utama meninggalkannya atau sepatutnya tidak dilakukan:

   a- Membatalkan puasa bagi orang musafir yang tidak mengalami apa-apa kesukaran dan
        tiada kemudaratan.
11


5) Rukhsah yang makruh dilakukan:

     a- Qasar sembahyang bagi mereka yang musafir kadar jaraknya kurang daripada tiga
       marhalah.




5.0 HUKUM FURU’

Di antara hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

1) Diharuskan berbuka puasa bagi orang musafir dan sakit.

2) Diharuskan makan bangkai ketika kebuluran jika tiada makanan yang lain.

3) Diharuskan jama‟ dan qasar sembahyang bagi yang bermusafir dan harus tidak berpuasa.

4) harus hukumnya mencela saksi-saksi yang menyaksikan.

5) Harus bagi balu yang kematian suami keluar rumah dalam tempoh iddah apabila terdesak
     untuk bekerja dan mencari sara hidup.

6) Wajib menangguhkan atau memberi tangguh kepada orang yang terdesak dan tertekan
     untuk melunaskan hutang hingga ia kelapangan.




6.0 KAEDAH PECAHAN

Daripada kaedah asas tersebut dapat dikeluarkan pula beberapa kaedah pecahan lain antaranya
(Abd. Latif Muda 2000: 153):

1)      Kaedah:

        Maksudnya: Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.

        a- Huraian kaedah:

        Ia berasal daripada fatwa dan kata-kata imam al-Syafi‟i. Ia juga selaras dengan apa
        yang dijelaskan oleh al-Syeikh „Izz al-Din bin Abd al-Salam, dimana syariat Islam itu
        dibina atas dasar apabila sesuatu perkara itu sukar dan sempit, ia menjadi mudah dan
        luas.
12


     b- Hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

     i. Tidak perlu kepada keyakinan dan cukup dengan zann atau berat sangka sahaja
     dalam masalah arah kiblat, suci tempat dan lainnya.

     ii. Imam al-Zarkasyi menjelaskan seseorang itu harus menggunakan bekas yang
     diperbuat daripada emas dan perak untuk berwudhuk sekiranya tidak ada bekas lain.




2)   Kaedah:

     Maksudnya: Apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukum menjadi sempit.

     a- Huraian kaedah:

     Ia   bermaksud    apabila   sesuatu   itu   atau   perlaksanaannya   mudah,   hukum
     perlaksanaannya menjadi sempit.

     b- Hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

     i. Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan solat diharuskan. Namun
     tidak boleh melakukan gerakan yang besar dan berulang kali jika tidak terdesak atau
     sebarang keperluan.

     ii. Seseorang sembahyang dalam keadaan lapang, seharusnya melakukan sembahyang
     di awal waktu serta menepati rukun dan syarat dengan sempurna.




3)   Kaedah:

     Maksudnya: Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab hilang uzur
     tersebut.

     a- Huraian kaedah:
13


     Sesuatu yang dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu akan kembali kepada
     hukum asal apabila hilang keuzuran tersebut.

     b- Hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

     i. Tayammum menjadi batal dengan sebab didapati atau ada air sebelum mendirikan
     sembahyang.

     ii. Tayammum tidak diizinkan dengan ada air sebelum masuk waktu sembahyang.




4)   Kaedah:

     Maksudnya: Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.

     a- Huraian kaedah:

     Banyak digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat, jihad dan lain-lain.
     Kadangkala ia membawa kerugian tetapi hakikatnya terdapat kemaslahatan yang kuat
     dan rajih.

     b- Hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

     i. Haramnya minum arak dan berjudi.

     ii. Keizinan berjihad dan memerangi musuh. Ia menyebabkan kematian dan kerosakan
     tetapi akhirnya Islam telah tersebar ke seluruh dunia.




5)   Kaedah:

     Maksudnya: kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan.

     a- Huraian kaedah:

     Merupakan kaedah dan hukum pengecualian dalam keadaan terdesak dan terpaksa
     mengharuskan perkara yang tidak diharuskan ketika keadaan biasa.
14


       b- Hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah:

       i. Doktor diharuskan melihat aurat lelaki dan wanita untuk tujuan merawat.

       ii. Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak, walaupun terpaksa
       membunuhnya.

       c- Pengecualian daripada kaedah:

       Hukum yang terkecuali daripada kaedah pecahan di mana tidak diharuskan sama
       sekali melakukannya biarpun terpaksa atau dipaksa:

       i. Kufur. Seseorang tidak boleh sama sekali murtad ataupun mengufuri Allah biarpun
       diugut dan akan dibunuh. Ia hanya boleh menzahirkan kekufuran tetapi hatinya tetap
       beriman kepada Allah.

       ii. Berzina. Jika seseorang dipaksa berzina ia tidak boleh melaksanakannya.




7.0 PENUTUP


Sebagai rumusannya, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam
kehidupan seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah,
maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah–kaedah yang
dianjurkan dalam syariat Islam.
15


   Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat
seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh Islam maka ia akan memberi kelonggaran dan
kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan
yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah.


   Seperti mana yang telah Allah jelaskan dalam surah al-Insyirah yang bermaksud:


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan
itu ada kemudahan”.


Ayat tersebut menjelaskan bahawa walau apapun kesukaran yang dialami atau bagaimana ia
dihadapi, Allah akan menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-
hambanya yang beriman.


   Berdasarkan penjelasan tersebut dapatlah difahami bahawa masyaqqah atau kesukaran itu
tidak dapat dipisahkan daripada hidup manusia. Sekiranya semua keadaan diberikan
keringanan, maka tidak akan bermakna hidup manusia kerana hidup ini memerlukan kepada
perjuangan dan pengorbanan.




RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim.

Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh, Pustaka
Salam Sdn.Bhd, 2000.

Ade Dedi Rohayana, Ilmu Qawa’id Fiqhiyyah Kaidah-Kaidah Hukum Islam, M.Ag, terbitan
Gaya Media Pratama Jakarta, 2008.
16


Anwar Fakhri bin Omar, Kaedah Fiqh dan Hubungkaitnya dengan Permasalahan Fiqh
Semasa, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999.

Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad, Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, Pustaka Haji Abdul
Majid.

Imam Jalaluddin Abdul Rahman Al-Suyuthi, Kaedah-Kaedah Hukum Islam Mazhab Shafi’I,
terbitan Darul Iman, 1999.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamMahyuddin Khalid
 
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)najwanabila
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.jimoh370
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptx
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptxCIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptx
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptxMayyelSam
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirshashahussein
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatNoor Aziah Mamat
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al SunnahWanBK Leo
 

La actualidad más candente (20)

Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
Jenayah Dalam Islam (Pendidikan Syariah Islamiah)
 
Tajuk 4 Konsep Insan
Tajuk 4 Konsep InsanTajuk 4 Konsep Insan
Tajuk 4 Konsep Insan
 
Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Konsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi IslamKonsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi Islam
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Bab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadatBab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadat
 
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptx
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptxCIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptx
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptx
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
Sifat mazmumah
Sifat mazmumahSifat mazmumah
Sifat mazmumah
 
7. Al Sunnah
7. Al Sunnah7. Al Sunnah
7. Al Sunnah
 

Destacado

KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN Normurni Mohamad
 
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhUsul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhMuhammad Syahir
 
Qawaid fiqhiyyah sebagai
Qawaid fiqhiyyah sebagaiQawaid fiqhiyyah sebagai
Qawaid fiqhiyyah sebagaiAndi Amin
 
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islamsains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam IslamNormurni Mohamad
 
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanKaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanUzairi Azali
 
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAANPRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAANNormurni Mohamad
 
( Projek ) SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
( Projek ) SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM( Projek ) SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
( Projek ) SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAMMuhd Shafiq
 
Fiqh perubatan
Fiqh perubatanFiqh perubatan
Fiqh perubatanNajah Zaid
 
6. ta'arudh tarjih nasakh
6. ta'arudh tarjih nasakh6. ta'arudh tarjih nasakh
6. ta'arudh tarjih nasakhMarhamah Saleh
 
1. qawa'id pengertian & ruang lingkup
1. qawa'id pengertian & ruang lingkup1. qawa'id pengertian & ruang lingkup
1. qawa'id pengertian & ruang lingkupMarhamah Saleh
 
3. ‘am, khash, muthlaq, muqayyad
3. ‘am, khash, muthlaq, muqayyad3. ‘am, khash, muthlaq, muqayyad
3. ‘am, khash, muthlaq, muqayyadMarhamah Saleh
 
0. presentasi qawa'id fiqhiyah 2011
0. presentasi qawa'id fiqhiyah 20110. presentasi qawa'id fiqhiyah 2011
0. presentasi qawa'id fiqhiyah 2011Marhamah Saleh
 
8. al umuru bi maqashidiha, al-yaqinu
8. al umuru bi maqashidiha, al-yaqinu8. al umuru bi maqashidiha, al-yaqinu
8. al umuru bi maqashidiha, al-yaqinuMarhamah Saleh
 

Destacado (20)

KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
 
Qawaid Fiqhiyyah
Qawaid FiqhiyyahQawaid Fiqhiyyah
Qawaid Fiqhiyyah
 
Al Qawaid Al Fiqhiyah
Al Qawaid Al FiqhiyahAl Qawaid Al Fiqhiyah
Al Qawaid Al Fiqhiyah
 
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhUsul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
 
Qawaid fiqhiyyah sebagai
Qawaid fiqhiyyah sebagaiQawaid fiqhiyyah sebagai
Qawaid fiqhiyyah sebagai
 
Pengertian qawaid fiqhiyyah
Pengertian qawaid fiqhiyyahPengertian qawaid fiqhiyyah
Pengertian qawaid fiqhiyyah
 
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islamsains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
 
Qawaid fiqhiyyah
Qawaid fiqhiyyahQawaid fiqhiyyah
Qawaid fiqhiyyah
 
Kaedah kelima
Kaedah kelimaKaedah kelima
Kaedah kelima
 
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkanKaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan
 
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAANPRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
 
Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 
( Projek ) SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
( Projek ) SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM( Projek ) SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
( Projek ) SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
 
Fiqh perubatan
Fiqh perubatanFiqh perubatan
Fiqh perubatan
 
6. ta'arudh tarjih nasakh
6. ta'arudh tarjih nasakh6. ta'arudh tarjih nasakh
6. ta'arudh tarjih nasakh
 
1. qawa'id pengertian & ruang lingkup
1. qawa'id pengertian & ruang lingkup1. qawa'id pengertian & ruang lingkup
1. qawa'id pengertian & ruang lingkup
 
3. ‘am, khash, muthlaq, muqayyad
3. ‘am, khash, muthlaq, muqayyad3. ‘am, khash, muthlaq, muqayyad
3. ‘am, khash, muthlaq, muqayyad
 
0. presentasi qawa'id fiqhiyah 2011
0. presentasi qawa'id fiqhiyah 20110. presentasi qawa'id fiqhiyah 2011
0. presentasi qawa'id fiqhiyah 2011
 
8. al umuru bi maqashidiha, al-yaqinu
8. al umuru bi maqashidiha, al-yaqinu8. al umuru bi maqashidiha, al-yaqinu
8. al umuru bi maqashidiha, al-yaqinu
 
Al-Adah Muhakkamah
Al-Adah MuhakkamahAl-Adah Muhakkamah
Al-Adah Muhakkamah
 

Similar a Kaedah Kesukaran Membawa Kemudahan

Makalah Kaidah Fiqih Muamalat
Makalah Kaidah Fiqih MuamalatMakalah Kaidah Fiqih Muamalat
Makalah Kaidah Fiqih MuamalatYugo Fandita
 
Makalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsanMakalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsanMuli Bluelovers
 
Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3
Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3
Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3najdahannabila
 
Makalah agama islam 3 kelompok 5
Makalah agama islam 3 kelompok 5Makalah agama islam 3 kelompok 5
Makalah agama islam 3 kelompok 5SriWasillah
 
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu Nurul Ashwad
 
Hitam Krem Modern Memphis Tugas Kelompok Presentasi (1).pptx
Hitam Krem Modern Memphis  Tugas Kelompok Presentasi  (1).pptxHitam Krem Modern Memphis  Tugas Kelompok Presentasi  (1).pptx
Hitam Krem Modern Memphis Tugas Kelompok Presentasi (1).pptxAnggaFahmi4
 
Sistem Ekonomi & Etos Kerja dalam Islam
Sistem Ekonomi & Etos Kerja dalam IslamSistem Ekonomi & Etos Kerja dalam Islam
Sistem Ekonomi & Etos Kerja dalam Islamatikafia
 
Cr seri 001 penetapan fatwa
Cr seri 001 penetapan fatwaCr seri 001 penetapan fatwa
Cr seri 001 penetapan fatwaRidas Zabbarae
 
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptxssuser3b7e84
 
Seri Sejarah Ekonomi Islam: faktor faktor yang mempengaruhi pemikiran ekonomi...
Seri Sejarah Ekonomi Islam: faktor faktor yang mempengaruhi pemikiran ekonomi...Seri Sejarah Ekonomi Islam: faktor faktor yang mempengaruhi pemikiran ekonomi...
Seri Sejarah Ekonomi Islam: faktor faktor yang mempengaruhi pemikiran ekonomi...Muhammad Jamhuri
 
Konsep hukum agama islam
Konsep hukum agama islamKonsep hukum agama islam
Konsep hukum agama islamInchy Yaa Rfy
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAHAmiruddin Ahmad
 
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)Akhy Sham
 
Makalah Kelompok 2_Ushul Fiqih.pptx
Makalah Kelompok 2_Ushul Fiqih.pptxMakalah Kelompok 2_Ushul Fiqih.pptx
Makalah Kelompok 2_Ushul Fiqih.pptxMfatanj
 

Similar a Kaedah Kesukaran Membawa Kemudahan (20)

Kaedahfiqh
Kaedahfiqh Kaedahfiqh
Kaedahfiqh
 
Makalah Kaidah Fiqih Muamalat
Makalah Kaidah Fiqih MuamalatMakalah Kaidah Fiqih Muamalat
Makalah Kaidah Fiqih Muamalat
 
Qawaidul Fiqh
Qawaidul FiqhQawaidul Fiqh
Qawaidul Fiqh
 
Makalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsanMakalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsan
 
Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3
Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3
Makalah agama islam 3 materi pertama kelompok.3
 
Masolih
MasolihMasolih
Masolih
 
Makalah agama islam 3 kelompok 5
Makalah agama islam 3 kelompok 5Makalah agama islam 3 kelompok 5
Makalah agama islam 3 kelompok 5
 
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
 
Makalah puasa
Makalah puasaMakalah puasa
Makalah puasa
 
Hitam Krem Modern Memphis Tugas Kelompok Presentasi (1).pptx
Hitam Krem Modern Memphis  Tugas Kelompok Presentasi  (1).pptxHitam Krem Modern Memphis  Tugas Kelompok Presentasi  (1).pptx
Hitam Krem Modern Memphis Tugas Kelompok Presentasi (1).pptx
 
Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)
Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)
Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)
 
Sistem Ekonomi & Etos Kerja dalam Islam
Sistem Ekonomi & Etos Kerja dalam IslamSistem Ekonomi & Etos Kerja dalam Islam
Sistem Ekonomi & Etos Kerja dalam Islam
 
Cr seri 001 penetapan fatwa
Cr seri 001 penetapan fatwaCr seri 001 penetapan fatwa
Cr seri 001 penetapan fatwa
 
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx
1.1.3.13.070-Menutup-Aurat.pptx
 
Presentation psi
Presentation psiPresentation psi
Presentation psi
 
Seri Sejarah Ekonomi Islam: faktor faktor yang mempengaruhi pemikiran ekonomi...
Seri Sejarah Ekonomi Islam: faktor faktor yang mempengaruhi pemikiran ekonomi...Seri Sejarah Ekonomi Islam: faktor faktor yang mempengaruhi pemikiran ekonomi...
Seri Sejarah Ekonomi Islam: faktor faktor yang mempengaruhi pemikiran ekonomi...
 
Konsep hukum agama islam
Konsep hukum agama islamKonsep hukum agama islam
Konsep hukum agama islam
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
 
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
Fiqh ibadah (Mandi : mandi wajib)
 
Makalah Kelompok 2_Ushul Fiqih.pptx
Makalah Kelompok 2_Ushul Fiqih.pptxMakalah Kelompok 2_Ushul Fiqih.pptx
Makalah Kelompok 2_Ushul Fiqih.pptx
 

Kaedah Kesukaran Membawa Kemudahan

  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum. Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama‟ bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban hari. kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam memelihara kemaslahatan ummah kini. Terdapat lima kaedah utama yang disepakati di kalangan fuqaha. Salah satunya ialah kesukaran membawa kemudahan Kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ialah kesukaran yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang serta menghalangnya dari melakukan kerja amal. Disyaratkan juga kesukaran itu umum berlakunya, adapun kesukaran yang jarang-jarang berlaku maka kesukaran itu tidak diambil kira. Kesukaran biasa yang wujud dalam melaksanakan kewajipan dan kerja-kerja seharian yang mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan kemudaratan maka kesukaran ini tidak menghalang dari tanggungjawabnya. Dari segi syarak juga tidak mengangkatnya seperti kesukaran bekerja, mencari rezeki, berjihad menentang musuh dan sebagainya.
  • 2. 2 2.0 PENGERTIAN KAEDAH Kaedah ini merupakan penafsiran kepada hukum-hukum yang mengambil kira keringanan dan keanjalan. Ia bermaksud, kesukaran itu menarik adanya kemudahan. Antara lain bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan tidak seperti asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam. Antara lain, ia selaras dengan lafaz kaedah: Maksudnya: “Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur suruhan terhadapnya. Dan segala perkara tegahan membebankan hamba menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”. Konteks lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam itu dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan di saat dan ketika seseorang itu terjebak dengan kesempitan dan kesukaran. Kaedah itu juga diamalkan dan dipraktikkan oleh Nabi. (Abd. Latif Muda 2000: 139) Kaedah ini menjelaskan hukum Islam menginginkan kemudahan. Ajaran Islam tidak membebani seseorang dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, menyempitkan atau sesuatu yang tidak sesuai dengan watak dan tabiat. Allah s.w.t dan Rasul-Nya menginginkan serta memerintahkan pemeliharaan terhadap kemudahan dan keringanan. (Dedi Rohayana 2008: 225)
  • 3. 3 2.0 DALIL KAEDAH Terdapat banyak dalil yang berkaitan dengan kaedah ini. Dalil-dalil tersebut daripada al- Quran dan al-Sunnah, antaranya: 1) Al-Quran          Maksudnya: “Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”. (Surah al-Baqarah: 185         Maksudnya: “Dan Dia sekalai-kali tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”. (Surah al-Hajj: 78) 2) Al-Sunnah Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah: Maksudnya: “Bahawasanya kamu diutus sebagai orang-orang yang memudahkan dan tidak diutus sebagai orang-orang yang menyulitkan”. Maksudnya: “Mudahkanlah dan jangan kamu persulitkan”.(Jalaluddin Al-Suyuthi 1999: 165)
  • 4. 4 Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a ketika ditanya tentang apakah (urusan) agama yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t baginda berkata: Maksudnya:“Adalah agama yang cenderung kepada haq, menghindarkan yang batil serta agama yang mempunyai kelapangan dan toleransi”. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: Maksudnya:“Sesungguhnya agama ini adalah mudah. Tidak ada seseorang pun yang memaksakan dirinya melakukan perkara agama di luar kemampuannya melainkan dia akan dikalahkan (measakan kesukaran dan kesusahan). Oleh itu bersederhanalah dan hampirilah sikap sederhana dan benar”. Al hafiz Ibn Hajar berkata, agama ini disifatkan sebagai mudah daripada agama-agama yang sebelumnya kerana Allah s.w.t telah mengangkat daripada ummat ini bebanan yang dikenakan terhadap ummat terdahulu. Jelas dalam ayat-ayat dan hadis di atas, bahawa peringanan dan kelonggaran serta penafian kesempitan menjadi salah satu daripada cirri-ciri agung syariat Islam. (Anwar Fakhri 1999: 86) 3.0 KEDUDUKAN KAEDAH INI Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang diperakui ketinggian, kedudukan dan keagungannya di dalam fiqh Islam sebagaimana yang diriwayatkan secara mutawatir daripada imam. Perkara ini juga telah disepakati oleh kitab-kitab kaedah fiqh. Ia adalah terdiri daripada kaedah-kaedah asasi dan dasar-dasar utama kepada binaan fiqh Islam.
  • 5. 5 Al-Imam al- Shatibiyy berkata, “Sesungguhnya dalil yang menunjukkan bahawa segala kesempitan adalah diangkat dan dibuang daripada ummat ini mencapai taraf putus (qafiyy)”. Al-Suyuthi dan Imam Nujaym berkata, kesemua kelonggaran (rukhsah) dan keringanan syarak adalah keluar atau lahir daripada kaedah ini. Perlu dinyatakan juga bahawa kesukaran yang membawa peringanan ini adalah disyaratkan ia tidak bertentangan dengan nas. Jika ia bertentangan dengan nas maka kesukaran itu tidak diambil kira tetapi naslah yang menjadi tempat pergantunggan hukum. (Anwar Fakhri 1999: 87) 4.0 PENJELASAN BERKAITAN MASYAQQAH Apa yang dimaksudkan dengan al-masyaqqah ialah kesukaran dan kesusahan. Meletakkan bebanan menjadi kesukaran terhadap hamba, untuk itu kesusahan tersebut hendaklah dihindarkan terhadap mukallaf. Walaupaun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang mana ia juga berbentuk masyaqqah atau kesusahan seperti kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga. Namun sebenarnya itu bukan merupakan satu masyaqqah atau kesusahan kerana menurut adat dan kebiasaan tidak menjadi bebanan kepada manusia, bahkan ia pula merupakan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan, untuk itu kesusahan atau masyaqqah tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia tidak akan hidup sempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha gigih untuk mencari rezeki, mereka akan miskin sedangkan rezeki itu adalah wajib hukumnya kemudian barulah berserah kepada Allah. (Abd. Latif Muda 2000: 143) 4.1 Tujuan Masyaqqah Tujuan masyaqqah ialah apa yang terkeluar daripada garis kesukaran biasa. Antaranya ialah kesukaran dan kesusahan yang menyebabkan membawa kemudaratan samada pada diri dan harta benda atau kesukaran yang mengambil waktu yang panjang. Pada dasarnya, untuk
  • 6. 6 pelaksanaan kaedah ini mempunyai tujuan tertentu dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu: 1) Kesusahan yang terkeluar daripada garisan kesusahan biasa. Contohnya tanggungjawab yang dibebankan itu menyusahkan. Di mana ia boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri, harta dan sebagainya. Oleh itu, kesusahan dan kesukaran sebegitu dikira terkeluar daripada adat kebiasaan dan perlu kepada keringanan. Contohnya, orang sakit dibolehkan meninggalkan puasa kerana dengan berpuasa tentu membawa kemudaratan kepada badan dan jiwanya. 2) Masyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebagai sebab untuk mendapat keringanan atau rukhsah. Iaitu kesusahan yang tidak membawa kepada kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya, berpuasa pada musim panas dan cuaca panas, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhasah. (Abd. Latif Muda 2000: 144) 4.2 Sebab-Sebab Rukhsah Menurut penelitian ulama, terdapat beberapa faktor dan sebab kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap pelaksanaan hukum syarak. Antara sebab keringanan atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya ada tujuh perkara: 1) Musafir yang diharuskan . Orang bermusafir boleh mengambil rukhsah, antaranya ialah: a- Qasar sembahyang. b- Menyapu khuf lebih daripada sehari semalam. c- Berbuka puasa. d- Jama‟ atau himpunkan antara dua sembahyang. 2) Sakit .Keadaan sakit dan orang yang berpenyakit menjadi sebab hukum rukhsah serta banyak sekali bentuknya, contohnya ialah: a- Orang yang mengidap penyakit tertentu dibolehkan bertayammum. Iaitu sekiranya dengan menggunakan air memudaratkan. Atas nasihat dan pengesahan doktor pakar.
  • 7. 7 b- Orang yang sakit diharuskan sembahyang fardu sambil duduk atau berbaring atau terlentang atau isyarat atau dengan hati berdasarkan kemampuan. c- Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita untuk mengubati penyakit yang dialami oleh pesakit. d- Disebabkan sakit seseorang itu diharuskan meninggalkan sembahyang jumaat. e- Tidak makruh hukumnya meminta tolong orang lain menggosokkan anggota wuduk dan mencurahkan air. f- Mewakilkan menunaikan haji dan melontar di jamrah. (Abd. Latif Muda 2000: 145) 3) Terpaksa atau dipaksa Antara lain juga orang yang diugut atau dipaksa dengan kekerasan dan kejam serta ia tidak mampu melawan dan tidak mampu membantah, contohnya: a- Mengancam nyawa dan hartanya b- Mereka yang dalam keadaan terpaksa seperti kelaparan yang terancam nyawanya diharuskan memakan benda haram.(binatang yang mati atau disembelih dengan tidak mengikut hukum syarak) Orang yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian, tetapi hatinya mesti tetap beriman. (Abd. Latif Muda 2000: 146) 4) Lupa. Keadaan lupa atau seseorang yang melakukan sesuatu secara terlupa diberi keringanan dan kemaafan terhadap apa yang dilakukannya. Contohnya, seseorang yang makan secara tidak sengaja ketiak berpuasa tidak batal puasanya. Sebagaimana hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang terlupa sedang ia berpuasa, di ama ia makan atau minum hendaklah ia menyempurnakan puasanya itu. Kerana sesungguhnya Allah member ia makan dan minum”. Berkaitan dengan orang lupa dan terlupa tidak dikira salah dari sudut syarak serta dimaafkan berdasarkan hadis daripada Ibn Umar:
  • 8. 8 “Diangkat (tidak dikira bersalah) dari kalangan umatku kerana tersalah, lupa dan terpaksa”. 5) Kejahilan . Keadaan jahil dan kejahilan seseorang dikira sebagai salah satu keuzuran yang membawa keringanan. Contohnya, harus difasakhkan perkahwinan kerana aib pada salah seorang suami atau isteri sedangkan aib itu dsembunyikan salah seorang daripada mereka, maka yang seorang lagi tidak mengetahui kedudukan yang sebenarnya.( Mohamad Soleh Ahmad 603) . 6) Kesukaran serta „Umum al-Balwa . Iaitu perkara kesukaran umum yang tidak dapat dihindarkan. Ia juga membawa maksud kerana terdesak dalam kesulitan atau bermaksud perkara yang tidak dapat dielakkan. Antara contohnya: a- Lumpur di jalan raya yang terpercik pada kain atau badan seseorang pada hari hujan dimaafkan. b- Istinjak dengan menggunakan batu. c- Najis yang tidak kelihatan oleh pandangan mata serta binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti belalang. d- Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh. e- Memakan bangkai dan harta orang lain ketika dalam keadaan sangat terdesak. f- Diharuskan banyak gerak serta membelakangi kiblat ketika sembahyang dalam keadaan takut dan menghadapi musuh di medan perang. g- Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah, bisul atau penyakit cacar. (Abd. Latif Muda 2000: 148) 7) Kekurangan . Ia menjadi salah satu sebab keringanan dan kemudahan kerana merupakan satu masyaqqah. Sabda Rasulullah s.a.w : “Diangkat kalam dari tiga orang iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang gila hinggalah ia siuman dan yang tidur sehingga ia sedar”. Antara contohnya: a- Kanak-kanak tidak dibebankan dengan taklif.
  • 9. 9 b- Kaum wanita tidak diwajibkan sembahyang jumaat. c- Orang gila tidak dikenakan bebanan taklif. d- Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera e- Taklif syarak atau bertanggungjawab terhadap kaum wanita lebih ringan berbanding kaum lelaki. Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap hamba berbanding orang merdeka. (Abd. Latif Muda 2000: 149) 4.3 Jenis-jenis Keringanan Menurut pendapat Syeikh „Izz al-Din bin Abd as-Salam al-Syafi‟i, jenis keringanan atau rukhsah ada enam. Manakala menurut ulama mazhab Hanafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Nujaym, rukhsah ada tujuh jenis iaitu (Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad: 604): 1) ( ) Keringanan dengan menggugurkan kewajipan. Contohnya ialah: a- Tidak wajib gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu. b- Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran. 2) ( ). Keringanan dengan mengurangkan bebanan. Contohnya ialah: a- Memendekkan atau qasar sembahyang Zohor atau Asar menjadi dua rakaat. 3) ( ). Keringanan dengan gantian atau penukaran. Contohya ialah: a- Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum. b-Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar fidyah. 4) ( ). Keringanan dengan mendahulukan, contohnya: a- Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya. b- Sembahyang jama‟ taqdim. 5) ( ). Keringanan dengan mengakhirkan, contohnya ialah: a- Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir. b- Sembahyang jama‟ ta‟khir.
  • 10. 10 6) ( ). Keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak dan terpaksa, contohnya: a- Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air. b- Diharuskan makan bangkai kerana terdesak. 7) ( ). Keringanan mengubah atau menukar. a- Seperti menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh. 4.4 Bahagian Rukhsah Terdapat lima jenis dan bahagian hukum yang berkaitan dengan rukhsah iaitu: 1) Rukhsah yang wajib dilakukan: a- Memakan bangkai bagi mereka yang terdesak dan kelaparan, jika tidak akan menyebabkan kematian. b- Berbuka puasa bagi mereka yang bimbang membawa bahaya. 2) Rukhsah yang sunat dilakukan: a- Melihat kepada bakal pengantin atau tunang. b- Qasar sembahyang bagi orang musafir yang jauh dan merasa penat dalam perjalanan. 3) Rukhsah yang harus atau boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan: a- melaksanakan urusan muamalah jual salam atau secara tempahan. 4) Rukhsah yang lebih utama meninggalkannya atau sepatutnya tidak dilakukan: a- Membatalkan puasa bagi orang musafir yang tidak mengalami apa-apa kesukaran dan tiada kemudaratan.
  • 11. 11 5) Rukhsah yang makruh dilakukan: a- Qasar sembahyang bagi mereka yang musafir kadar jaraknya kurang daripada tiga marhalah. 5.0 HUKUM FURU’ Di antara hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah: 1) Diharuskan berbuka puasa bagi orang musafir dan sakit. 2) Diharuskan makan bangkai ketika kebuluran jika tiada makanan yang lain. 3) Diharuskan jama‟ dan qasar sembahyang bagi yang bermusafir dan harus tidak berpuasa. 4) harus hukumnya mencela saksi-saksi yang menyaksikan. 5) Harus bagi balu yang kematian suami keluar rumah dalam tempoh iddah apabila terdesak untuk bekerja dan mencari sara hidup. 6) Wajib menangguhkan atau memberi tangguh kepada orang yang terdesak dan tertekan untuk melunaskan hutang hingga ia kelapangan. 6.0 KAEDAH PECAHAN Daripada kaedah asas tersebut dapat dikeluarkan pula beberapa kaedah pecahan lain antaranya (Abd. Latif Muda 2000: 153): 1) Kaedah: Maksudnya: Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas. a- Huraian kaedah: Ia berasal daripada fatwa dan kata-kata imam al-Syafi‟i. Ia juga selaras dengan apa yang dijelaskan oleh al-Syeikh „Izz al-Din bin Abd al-Salam, dimana syariat Islam itu dibina atas dasar apabila sesuatu perkara itu sukar dan sempit, ia menjadi mudah dan luas.
  • 12. 12 b- Hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah: i. Tidak perlu kepada keyakinan dan cukup dengan zann atau berat sangka sahaja dalam masalah arah kiblat, suci tempat dan lainnya. ii. Imam al-Zarkasyi menjelaskan seseorang itu harus menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak untuk berwudhuk sekiranya tidak ada bekas lain. 2) Kaedah: Maksudnya: Apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukum menjadi sempit. a- Huraian kaedah: Ia bermaksud apabila sesuatu itu atau perlaksanaannya mudah, hukum perlaksanaannya menjadi sempit. b- Hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah: i. Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan solat diharuskan. Namun tidak boleh melakukan gerakan yang besar dan berulang kali jika tidak terdesak atau sebarang keperluan. ii. Seseorang sembahyang dalam keadaan lapang, seharusnya melakukan sembahyang di awal waktu serta menepati rukun dan syarat dengan sempurna. 3) Kaedah: Maksudnya: Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab hilang uzur tersebut. a- Huraian kaedah:
  • 13. 13 Sesuatu yang dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu akan kembali kepada hukum asal apabila hilang keuzuran tersebut. b- Hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah: i. Tayammum menjadi batal dengan sebab didapati atau ada air sebelum mendirikan sembahyang. ii. Tayammum tidak diizinkan dengan ada air sebelum masuk waktu sembahyang. 4) Kaedah: Maksudnya: Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh. a- Huraian kaedah: Banyak digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat, jihad dan lain-lain. Kadangkala ia membawa kerugian tetapi hakikatnya terdapat kemaslahatan yang kuat dan rajih. b- Hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah: i. Haramnya minum arak dan berjudi. ii. Keizinan berjihad dan memerangi musuh. Ia menyebabkan kematian dan kerosakan tetapi akhirnya Islam telah tersebar ke seluruh dunia. 5) Kaedah: Maksudnya: kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan. a- Huraian kaedah: Merupakan kaedah dan hukum pengecualian dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengharuskan perkara yang tidak diharuskan ketika keadaan biasa.
  • 14. 14 b- Hukum furu‟ yang terbentuk daripada kaedah ialah: i. Doktor diharuskan melihat aurat lelaki dan wanita untuk tujuan merawat. ii. Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak, walaupun terpaksa membunuhnya. c- Pengecualian daripada kaedah: Hukum yang terkecuali daripada kaedah pecahan di mana tidak diharuskan sama sekali melakukannya biarpun terpaksa atau dipaksa: i. Kufur. Seseorang tidak boleh sama sekali murtad ataupun mengufuri Allah biarpun diugut dan akan dibunuh. Ia hanya boleh menzahirkan kekufuran tetapi hatinya tetap beriman kepada Allah. ii. Berzina. Jika seseorang dipaksa berzina ia tidak boleh melaksanakannya. 7.0 PENUTUP Sebagai rumusannya, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah–kaedah yang dianjurkan dalam syariat Islam.
  • 15. 15 Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh Islam maka ia akan memberi kelonggaran dan kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah. Seperti mana yang telah Allah jelaskan dalam surah al-Insyirah yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. Ayat tersebut menjelaskan bahawa walau apapun kesukaran yang dialami atau bagaimana ia dihadapi, Allah akan menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba- hambanya yang beriman. Berdasarkan penjelasan tersebut dapatlah difahami bahawa masyaqqah atau kesukaran itu tidak dapat dipisahkan daripada hidup manusia. Sekiranya semua keadaan diberikan keringanan, maka tidak akan bermakna hidup manusia kerana hidup ini memerlukan kepada perjuangan dan pengorbanan. RUJUKAN Al-Quran Al-Karim. Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh, Pustaka Salam Sdn.Bhd, 2000. Ade Dedi Rohayana, Ilmu Qawa’id Fiqhiyyah Kaidah-Kaidah Hukum Islam, M.Ag, terbitan Gaya Media Pratama Jakarta, 2008.
  • 16. 16 Anwar Fakhri bin Omar, Kaedah Fiqh dan Hubungkaitnya dengan Permasalahan Fiqh Semasa, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999. Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad, Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, Pustaka Haji Abdul Majid. Imam Jalaluddin Abdul Rahman Al-Suyuthi, Kaedah-Kaedah Hukum Islam Mazhab Shafi’I, terbitan Darul Iman, 1999.