Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM

on

  • 12,019 reproducciones

Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan

Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan

Statistics

reproducciones

Total Views
12,019
Views on SlideShare
11,992
Embed Views
27

Actions

Likes
7
Downloads
210
Comments
0

5 insertados 27

http://aeb6053.1bestarinet.net 16
http://jea1082.1bestarinet.net 4
http://cea2048.1bestarinet.net 4
http://aea1112.1bestarinet.net 2
https://twitter.com 1

Accesibilidad

Categorias

Detalles de carga

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Derechos de uso

© Todos los derechos reservados

Report content

Marcada como inapropiada Marcar como inapropiada
Marcar como inapropiada

Seleccione la razón para marcar esta presentación como inapropiada.

Cancelar
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
Publicar comentario
Edite su comentario

    Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM Presentation Transcript

    • TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM Dihasilkan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya. saharuddinabdullah81@yahoo.com Saharuddin-abdullah.blogspot.com
    • TARGET BAHASA MELAYU A+ /A /A-
    • GARIS PANDUAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM KEPERLUAN KERTAS 1 1103/1 Bentuk Soalan Jenis Item Ujian Berbentuk Subjektif Karangan Rangsangan Karangan Umum   Tempoh Ujian 2 jam 15 minit      
    •   Bilangan soalan a.Hanya satu soalan dan tiada pilihan-wajib jawab b. 5 soalan pilihan dan hanya jawab satu soalan sahaja  
    •   30 100 JUMLAH MARKAH : 130 Markah Bahagian A :     Bahagian B :
    • FORMATSOALAN   Panjang Karangan Antara 200 hingga 250 patah perkataan Bahagian A Karangan Berpandu – Bahan Rangsangan Masa yang dicadangkan ialah 45 minit
    • Bentuk Soalan a) Gambar foto b) Gambar rajah c) Ilustrasi kartun d) Pelan / Peta e) Iklan f) Petikan g) Catatan h) Dialog
    •  Lihat carta di bawah ini dengan teliti. Huraikan  pendapat anda kebaikan program di televisyen.   Program Televisyen Banyak Membawa Kebaikan        Sumber ilmu             Mendedahkan isu global   Mempelajari pelbagai         Memahami unsur-unsur        bahasa                               budaya asing                                        Sumber hiburan yang selamat dan murah
    • Bahan Rangsangan  Gambar / Gambar Foto.  Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan  pendapat anda tentang kepentingan kawasan  riadah dalam kehidupan manusia. Panjang  huraian anda hendaklah antara 200-250 patah  perkataan
    • Bahan Rangsangan  Gambar Rajah.  Lihat  gambarajah  di bawah dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang  fungsi –  fungsi bahagian tubuh manusia. Panjang  huraian anda hendaklah antara 200-250  patah perkataan.
    • Bahan Rangsangan  Ilustrasi Kartun.  Lihat ilustrasi kartun di bawah dengan teliti.  Huraikan pendapat anda kepentingan  berbudi  bahasa dalam kalangan remaja. Panjang  huraian anda hendaklah antara 200-250 patah  perkataan.
    • Bahan Rangsangan  Pelan / peta   Lihat peta di bawah dengan teliti. Huraikan  pendapat anda tentang manfaat pembinaan  lebuh raya tersebut kepada pengguna. Panjang  huraian anda hendaklah antara 200-250 patah  perkataan.
    • Bahan Rangsangan  Iklan.  Lihat dan fahami iklan di bawah dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri  seorang usahawan yang berjaya. Panjang  huraian anda hendaklah antara 200-250 patah  perkataan.
    • Bahan Rangsangan  Catatan.  Lihat catatan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat  anda tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum di  sekolah. Panjang huraian hendaklah antara 200-250  patah perkataan.  9.00 pg : Pertandingan Kawad Kaki.  11.00 pg : Pertandingan Gubahan / Masakan.  12.30 ptg : Makan & Solat Berjemaah.  2.45 ptg : Ceramah Motivasi.  5.00 ptg : Sukaneka.  8.00 malam : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib
    • Bahan Rangsangan  Petikan.  Lihat petikan di bawah dengan teliti. Huraikan  pendapat anda tentang perbuatan vandalisme  yang banyak mendatangkan kerugian. Panjang  huraian anda hendaklah antara 200-250 patah  perkataan.
    • TEKNIK LATIHAN KESUNGGUHAN KESABARAN
    • Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat- syarat yang berikut:-   a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta contoh yang sesuai e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul ) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul
    • PROSES 1 (a)Memahami dan Mentafsirkan Bahan Rangsangan Sebelum Menulis : I II III Sebelum menulis, calon perlu membaca dan memahami arahan soalan serta mengenal pasti kehendaknya Meneliti tajuk yang diberi bersama –sama dengan bahan rangsangan dan kaitkan dengan kehendak soalan Perlu menangkap mesej utama daripada bahan rangsangan dan skop karangan yang perlu ditulis
    • PROSES 2 I. Menganalisis Bahan Rangsangan a) Perlu menganalisis dengan kritis dan analitis b) Tujuan supaya karangan tidak terpesong   PROSES 3 Menyediakan Isi dan Rangka Karangan Rangka Karangan a) Pendahuluan b) Isi-isi penting c) Penutup -Ayat yang berkaitan dengan tajuk dan bahan rangsangan secara am -Isi yang terdapat dalam bahan rangsangan diperkayakan dengan Pengetahuan calon Pandangan,cadangan,dan kesimpulan
    • PROSES 4 Menulis Karangan Berpandu Penggunaan Bahasa   Kesinambungan isi   PenandaWacana   Ringkas, tepat, dan padat Perlu diberi perhatian supaya karangan lancar Dalam pada itu, sehubungan dengan itu, sungguhpun demikian, dan sebagainya
    • PROSES 5 Menyemak Karangan 1. 2. 3. 4. Semak semula setelah selesai menulis Beri perhatian kepada ejaan ,tanda baca, dan struktur ayat agar tiada kesalahan yang disengajakan Jumlah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan Catat jumlah kata baris terakhir karangan
    • PERINGATAN !!!  Karangan yang lengkap dengan segala isi penting tetapi susunan yang tidak teratur hingga menyebabkan gaya dan pengolahan kurang lancar akan menyebabkan markah tidak dapat diberi pada peringkat cemerlang kerana cacat dari aspek gaya persembahan dan kelancaran
    • PEMARKAHAN  CEMERLANG KEPUJIAN 26 – 30 20 – 25 28 – 30 23 – 25 26 – 27 20 – 22 MEMUASKAN KURANG MEMUASKAN 15 – 19 10 – 14 17 – 19 12 - 14 15 – 16 10 – 11 PENCAPAIAN MINIMUM 01 – 09 ( 06 – 09, 01 – 05 )
    • CONTOH SOALAN  Lihat peta di bawah ini dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentang kesan transmigrasi penduduk di Malaysia. { Malaysia – Transmigrasi Penduduk dari Negeri-Negeri ke Kuala Lumpur }  Perhatikan iklan di bawah ini. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan kempen cuti-cuti Malaysia. {Kempen Cuti-Cuti Malaysia}  Baca petikan di bawah ini degan teliti. Huraikan pentingnya kakitangan awam memiliki mentaliti kelas satu. {Perdana Menteri Mahu Kakitangan Awam Memiliki Mentaliti Kelas Satu
    • CONTOH SOALAN 2013 (JUN)  Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.  Pematuhan undang-undang jalan raya.  Penyelenggaraan kenderaan.  Penguatkuasaan undang-undang.
    • Contoh Pendahuluan: Dalam era ledakan maklumat hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar di smedia elektronik. Isu … ini bukan sahaja telah menjadi bualan masyarakat sama ada di warung- warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
    • Contoh Isu:  Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar.  Punca-Punca Pembuangan Bayi.  Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak.  Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.  Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga.  Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit.  Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.  Punca-punca Masalah Sosial Remaja.  Kepentingan Kegiatan Kokurikulum  Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar
    • Contoh Penutup: Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas, ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari atau melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan penyelsaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan secara tidak langsung mampu melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
    • CONTOH HURAIAN ISI Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.  …Pematuhan kepada undang-undang jalan raya. Undang-undang digubal dan dipinda untuk memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi untuk keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga keselamatan di jalan raya.
    • MATLAMAT UJIAN 1. Menguji pemahaman calon terhadap bahan rangsangan secara keseluruhan. 2. Menguji kecekapan calon membuat tafsiran dan analisis daripada bahan rangsangan dan tajuk
    • Kome bace, kome dapat
    • TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM BAhASA MELAyu KARANGAN UMUM
    • MAKSUD AL QURAN “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Surah ar-Ra’d ayat 11)
    • BENTUK KARANGAN Berformat U Umum
    • BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM Keperluan SPM Pembahagian soalan : 1. Dimensi diri/individu/remaja. 2. Dimensi keluarga 3. Dimensi masyarakat/kerajaan/ negara. 4. Dimensi Serantau/Global/ Antarabangsa 5. Dimensi Komsas
    • BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM Keperluan SPM 1. 5 soalan dikemukakan dan pilih 1 soalan sahaja 2. Panjangnya perlu melebihi 350 patah kata 3. Masa yang dicadangkan 1 jam 30 minit 4. 100 markah
    • 1.Surat Kiriman 2.Laporan 3.Rencana 4.Berita 5.Wawancara 6.Ulasan 7.Perbahasan 8.Ceramah 1.Keperihalan 2.Cereka 3.Fakta 4.Perbincanga n 5.Bahas 6 Komsas
    • Kriteria Respons  Bahasa: kegramatisan-kata dan ayat  tanda baca dan ejaan  Laras : pemilihan kosa kata  Idea : tema,isi utama,  pengembangan-huraian/bahasan/  hujahan/contoh/  kerelevanan  Pengolahan: wacana,logik,pemerengganan,format  Gaya Bahasa:keindahan bahasa,ungkapan,peribahasa
    • 1. Aspek bahasa yang dinilai:   (a)   (b)   (c)   (d)   (e) Tatabahasa meliputi ayat dan kata Ejaan Tanda baca Pembahagian perenggan Pemilihan kata yang tepat
    • SKEMA PEMARKAHAN  (a) Takrif   (b) Isi / Fikiran   (c) Bahasa   (d)Pengolahan / Penyampaian / Pemerengganan
    •  Markah akan ditolak sekiranya berlaku kesilapan ejaan  Kesalahan Format Maksimum 3 markah Maksimum 2 markah
    • KRITERIA PENSKORAN  Cemerlang : 80-100  Kepujian : 66-79  Baik : 51-65  Memuaskan : 36-50  Kurang memuaskan : 21-35  Pencapaian minimum : 01-20
    • Markah kurang Daripada 350  Baik bawah: 51 - 65  Memuaskan: 36 - 50  Kurang memuaskan: 21 - 35  Tidak memuaskan: 0 - 20
    • STRATEGI MENULIS KARANGAN (a) Memilih soalan yang tepat (b) Menentukan kunci tajuk (c) Menyediakan rangka karangan (d) Menulis karangan (e) Menyemak karangan
    • KATA KUNCI TAJUK Nyatakan sebab Cadangkan cara Nyatakan perasaan Berikan hujah Huraikan peranan Ulaskan Kemukakan pandangan Jelaskan pendapat Ceritakan pengalaman Gambarkan suasana dan keadaan Nyatakan pendirian
    • ANALISIS TAJUK  Contoh Soalan:  Buruh asing banyak yang bekerja di negara kita. Mereka ini banyak bekerja di sektor perladangan, pembinaan, dan perkilangan. Kemasukan mereka banyak menimbulkan kesan. Huraikan kesan daripada kemasukan buruh asing ini kepada negara kita.
    •  Kata Kunci:   Skop:   Tema:   Kehendak Tajuk:   Jenis Karangan:  Huraikan kesan Kesan daripada kemasukan buruh Kemasukan buruh asing Memberi pendapat Jenis pendapat
    •  Skop  Tema / Isu  Fokus  Jenis Karangan:  Kesan daripada kemasukan buruh Kemasukan buruh asing Memberi pendapat Jenis pendapat
    •  CONTOH SOALAN 2   Pelbagai kempen membaca diadakan untuk memupuk tabiat membaca dan mewujudkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Andaikan anda diundang memberikan ceramah yang berkaitan dengan kempen membaca. Tajuk ceramah anda ialah ‘Membaca Jambatan Ilmu’ Tuliskan teks ceramah tersebut.
    • Rangka Karangan 1. Pendahuluan: pelbagai bidang ilmu dapat diperolehi, daripada pembacaan. 2. Isi-Isi Penting a). Tujuan membaca: sebagai hobi, untuk lulus peperiksaan, mendalami pelbagai bidang ilmu b). Golongan Pembaca: kanak-kanak, pelajar, orang dewasa, sesuai dengan adanya pelbagai bahan bacaan untuk pelbagai tingkat umur c). Budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan – menambah ilmu.
    • 3.Langkah-Langkah menggalakkan rakyat membaca a. Peranan ibu bapa b. Peranan guru di sekolah c. Menambahkan bahan bacaan d. Mempergiat kempen membaca e. Memperbanyak perpustakaan awam  4. Kesan daripada membaca a. Masyarakat lebih matang dan maju b. Matlamat wawasan 2020 mudah dicapai  3. Penutup : Pentingnya membaca ; mewujudkan masyarakat berilmu dan negara maju
    • Menulis Pendahuluan Jenis-jenis Pendahuluan. • Berbentuk Soalan/Persoalan. • Berbentuk Definisi • Berbentuk fakta • Bentuk sejarah. • Bentuk suasana • Bentuk peribahasa • Bentuk puisi • Bentuk gabungan • Petikan tokoh
    • JENIS-JENIS PENDAHULUAN  Definisi: Menurut Kamus Dewan ‘buli’ mmbawa maksud ‘perbuatan mendera’ atau ‘mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru’.Berdasarkan definisi yang diberikan,jelaslah kepada kita bahawa………..  Pendapat: Menerusi Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia, kontinjen negara menduduki tempat kelapan dari 71 negara peserta yang bertanding dengan meraih tujuh pingat emas,sembilan perak dan 18 gangsa. Tahniah kepada atlet Malaysia yang……….
    • Pendahuluan Persoalan. Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini. Siapakah yang harus dipersalah? Ke manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.
    • Pendahuluan Definisi  Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar, memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan dokumen daripada kerajaan. Sebaliknya pembalakan harap merupakan kegiatan membalak yang dijalankan secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.
    • Pendahuluan Fakta  Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa masalah ini boleh dikatakan berlaku di seluruh sekolah di dunia. Lebih malang lagi peratusan kes di negara kita dikatakan meningkat setiap tahun. Hakikatnya budaya ponteng sekolah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, justru perlu ditangani segera,
    • Pendahuluan Peribahasa.  Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti kacang lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan daun”. Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang yang menolongnya setelah menikmati kesenangan.Oleh itu sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih kepada segala jasa, pertolongan, dan penbgorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup “seperti kacang lupakan kulit” tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat.
    • Pendahuluan Sejarah. Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau “lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak merdeka. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan
    • Pendahuluan Gabungan Boleh juga menggunakan pendahuluan gabungan seperti;  Definisi sesuatu persoalan  Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk.  Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan umum.  Pendapat peribadi berkenaan tajuk karangan.
    • Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme ‘Tiga buah pondok telefon dibakar’, ‘sampah sarap bertaburan di pusat rekreasi’, dan ‘tandas awam diconteng dengan kata-kata lucah’. Begitulah bunyinya tajuk-tajuk berita yang sering dipaparkan di media massa. Sejak kebelakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lali daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini, kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, adakah pembangunan dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalah? Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agarfenomena ini tidak semakin gawat. Janganlah apabila sudah terhantuk baru tengadah.
    • Suasana:  Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, kita dilaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan Rawang yang dibakar. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut,gempar,dan mahu pihakkerajaan menangani masalah masalah itu.
    • Puisi:  Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang. Rangkap pantun di atas sengaja diperturunkan untuk melihat akan kehindahan dan kecerdikan masyarakat dahulu dalam menyampaikan ucapan terima kasih kpada orang yang pernah berbudi.Walaupun budi yang dilakukan tidak mngharapkan balasan,namun……..
    • Persoalan: Kempen ‘Rumahku Syurgaku’ bertujuan untuk mmastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Walaupun kempen tersebut telah dijalankan,masalah penderaan,kaum perempuan yang menghadapi masalah gantung tidak bertali, dan sikap negatif masyarakat terhadap kanak-kanak yang cacat sering dipaparkan di media massa.Hal ini menunjukkan kempn tersebut kurang memberi kesan. Di manakah silapnya?Apakah kmpen tersebut tidak disusuli dengan tindakan yang sewajarnya?
    • Sejarah: Teriakan ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 memberi makna yang besar pada kita. Untuk memaknakan kemerdekaan, semua kaum, baik Melayu, Cina,India dan kaum-kaum lain diminta memperteguhkan ikatan perpaduan agar makna kemrdekaan boleh diisi.
    • Gabungan:  Sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum dan agama,kita tidak boleh memanda ringan soal integrasi.Kita juga secara jujur harus mengakui,selepas hampir setengah abad mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih menjadi masalah di negara kita.Di manakah silapnya apabila kaum Melayu,Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam suasana yang mesra?Semua pihak akur bahawa sekolah berperanan penting memupuk perpaduan,tetapi…………. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata bidalan Melayu, “Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah”.Bagi memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat Malaysia perlu diperteguh.
    • ANALISIS TAJUK SOALAN DAN ISI-ISI PENTING CARA-CARA MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN Melalui sistem pendidikan Latihan dan kursus Bantuan kewangan Penyelidikan – benih/baja/racun Khidmat nasihat Pemasaran
    • LANGKAH-LANGKAH MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERJIWA PATRIOTIK - Melalui sistem pendidikan – m/p Sejarah - Kempen – media massa - PLKN - Penganjuran sambutan – kemerdekaan, Hari Pahlawan
    • PENGENALAN Rakyat yang berjiwa patriotik amat penting dalam sesebuah negera. Patriotik bermaksud cinta akan negara, iaitu sanggup berjuang dan mempertahankan negara dalam apa-apa jua bentuk ancaman. Tidak ketinggalan juga, berjiwa patriotik bermakna sentiasa ingin melihat negara dalam suasana aman, tenteram dan membangun dalam segala aspek. Untuk memupuk nilai tersebut dalam diri individu atau masyarakat, pelbagai langkah perlu diambil dan diatur.
    • ISI KARANGAN Kempen merupakan salah satu cara bagi melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Kempen boleh dilakukan melalui media massa, sama ada secara bercetak atau elektronik.Kempen juga boleh dilaksanakan melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Dengan adanya kempen patriotik, semangat cinta akan negara akan dipupuk dalam jiwa rakyat lebih-lebih lagi kepada jenerasi muda, bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Biasanya dalam aktiviti kempen tersebut, tokoh-tokoh negara akan dijemput dan dipaparkan bagi mencetuskan semangat berjuang untuk
    • untuk negara. Antara tokoh atau wira negara ialah Tunku Abdul Rahman, Leftenan Adnan, dan lain- lain lagi. Jelaslah disini bahawa kempen dapat memupuk dan membentuk jiwa rakyat yang cinta akan negara.
    • PENUTUP Ketiadaan nilai patriotik dalam diri individu atau masyarakat akan membawa padah kepada sesuatu negara. Negara akan mundur, kucar-kacir dan ketinggalan dalam pelbagai segi sekiranya rakyat tidak cinta akan negara. Hal ini berikutan tiadanya kerjasama, tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh yang demikian, amatlah diharapkan agar setiap individu menanam atau menyemai nilai patriotik dalam diri dan mempunyai iltizam untuk mempertahan dan memajukan negara.
    •  Faedah-faedah menguasai kemahiran ICT- diri  Menghargai Jasa Ibu Bapa (ceramah)- keluarga  Peranan Pelbagai Pihak dalam Memajukan Industri Pertanian di Negara Kita - negara  Kerjasama yang Dapat dilakukan oleh Malaysia dengan Negara-Negara jiran untuk Menangani masalah jerebu - antarabangsa  Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca (komen) - masyarakat
    • Contoh Karangan  Pengguna sering tertipu dengan taktik peniaga untuk melariskan barangan mereka termasuklah melalui iklan. Dalam jangka masa panjang, hal ini akan membawa kesan buruk kepada pengguna. Kemukakan cara mengelakkan pengguna daripada tertipu oleh muslihat peniaga sedemikian.  Pendahuluan: Peniaga atau pengeluar lazimnya mengiklankan barangan keluaran mereka melalui pelbagai taktik demi melariskan jualan.  Sesetengah maklumat dalam iklan tersebut tidak tepat dan dalam hal ini yang sering menjadi mangsa ialah pengguna.
    •  Isi-Isi Penting  Menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan supaya pengguna tahu cara mereka harus bertindak sebagai pengguna apabila mereka mendapati mereka telah tertipu.  Orang ramai perlu disedarkan dan didedahkan dengan gejala dan kes penipuan oleh peniaga atau pengiklan. Publisiti mengenainya mesti dibuat dan sekiranya perlu tindakan pemulauan perlu disarankan.  Anak-anak perlu dididik agar merancang perbelanjaan dan dipupuk dengan sifat jujur dan bertanggungjawab.
    • -Badan penyiaran perlu teliti ketetapan maklumat dalam iklan yang disiarkan. Mereka janganlah terlalu mengejar pendapatan yang diperoleh daripada penyiaran iklan. - Persatuan pengguna mesti bergerak aktif untuk mengesan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
    • Penutup  Peniaga harus lebih bertimbang rasa dan jujur dalam menjalankan perniagaan.  Tanpa tipu helah tidak bermakna mereka gagal meraih keuntungan.  Frasa menarik – mengeksploitasi pengguna – sedangkan realitinya tidak seperti yang digambarkan – mesti dibanteras demi menjaga kepentingan pengguna – kesedaran dapat disemai – mutu dan kewajaran harga – sifat kepenggunaan yang tulen – terpukau dengan pendapatan – keuntungan yang dikejar – pendekatan bersifat psikologi.
    • TERIMA KASIH HENDAK SERIBU DAYA, MAHU SERIBU CARA. KEBERKESANAN CERAMAH INI BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA DIRI ANDA SENDIRI. YA! DIRI ANDA SENDIRI. BUKANNYA PENCERAMAH
    • Fokus SPM 2013  Pendidikan maya/sepanjang hayat  Pengangkutan awam  Pelaburan/aktiviti menabung/skim cepat kaya  Pelancongan  Memulihara bangunan bersejarah  Perpaduan antara kaum  Gejala rasuah  Permainan tradisional
    • Fokus SPM 2013  Barang Buatan Malaysia  Telefon Bimbit  Kafe siber  Bahasa- Melayu/Inggeris/Asing  Gejala Sosial  Krisis Ekonomi Dunia  Kenaikan harga minyak/barang  Amalan membaca- kebaikan/punca/langkah
    • Fokus SPM 2013  Pengalaman/program yang pernah disertai  Kemalangan Jalan Raya-punca/langkah  Kokurikulum-kebaikan/punca/langkah  Semangat patriotik  Bahan Sastera (KOMSAS)  Ulasan filem/novel/cerpen  Guru/ibubapa-peranan
    • 3 JENIS MANUSIA ORANG YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM ORANG YANG HARI INI SAMA MACAM SEMALAM ORANG YANG HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM
    • ‘KECEMERLANGAN, KESEDERHANAAN ATAU KEGAGALAN ADALAH PILIHAN SENDIRI’
    • SELAMAT BERJAYASELAMAT BERJAYA SEMOGASEMOGA AA DI DALAM GENGGAMANDI DALAM GENGGAMAN