SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 69
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Penyelidikan
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk
diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran
koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara
bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif dan
pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif ini juga menggalakkan murid berinteraksi secara
aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea
sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
2
Johnson (1981), juga ada menyatakan bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru boleh merancangkan pelajaran mengikut tiga kaedah utama dan salah satu daripadanya
adalah murid-murid bekerjasama dalam kumpulan kecil secara pembelajaran koperatif dengan
memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.
1.2 Penyataan Masalah
Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah terutamanya di tahap satu, masalah untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan dapat
menarik minat murid dalam subjek ini adalah masalah utama yang dihadapi. Sikap murid yang
tidak berminat dalam subjek ini serta kurangnya kemahiran dalam diri murid itu sendiri untuk
menghasilkan sebuah lukisan yang menarik menjadi masalah dalam mata pelajaran ini. Oleh
yang demikian, setelah berbincang dengan rakan-rakan dan hasil pemerhatian yang dibuat,
dapatlah dirumuskan di sini, bahawa pada peringkat awal faktor utama masalah ini ialah
kurangnya minat murid terhadap subjek ini dan kesediaan murid dalam pembelajaran Pendidikan
Seni Visual.
3
Seperti mana yang telah dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah, Pendidikan seni Visual adalah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah
rendah. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik
budaya kesenian dan merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan kepada penerokaan, proses
penghasian, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. (PPK hal.V).
Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh
dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan
pembelajaran murid-murid ke tahap yang optima.
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, seseorang guru perlu
cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah
mempunyai pengetahuan yang luas tentang pelbagai pendekatan serta kaedah pembelajaran yang
sesuai bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi
mencapai objektif yang telah disasarkan.
Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk melihat sejauhmana pembelajaran
koperatif dapat mengatasi masalah murid yang kurang berminat dan mempunyai penglibatan
yang pasif terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah, dan seterusnya melihat
sejauhmana keberkesanannya dalam memupuk minat murid dan mengubah sifat pasif murid
khususnya di kalangan murid tahap satu.
4
1.3 Tujuan Penyelidikan
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauhmana keberkesanan kaedah
pembelajaran koperatif dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid terutama
murid dalam Tahun Tiga di samping menggalakkan penglibatan aktif dan menarik minat murid
dalam pembelajaran Pendidik Seni Visual.
1.4 Objektif Penyelidikan
Apakah yang dimaksudkan dengan “Tujuan Kajian”?. Dalam Modul HBEF2503, oleh
Dr. David Lim Chong Lim dan rakan-rakannya, telah memberi panduan tentang maksudnya.
Tujuan kajian dilaksanakan dalam rancangan pengajaran, supaya sesuatu rancangan disediakan
untuk memenuhi sesuatu tujuan, yang kemudiannya diterjemahkan kepada objektif yang lebih
spesifik. Sebagai contoh, tujuan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan strategi
pembelajaran koperatif adalah untuk meningkatkan minat di kalangan pelajar Tahun Tiga
terhadap Pendidikan Seni Visual dan juga ingin mengubah pelajar yang pasif agar menjadi aktif
semasa proses pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah.
5
Pelaksanaan kajian tindakan di Bilik Darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan
keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian dalam sesebuah sekolah.
Sebagai contoh, seseorang pelajar boleh dianggap telah berjaya menguasai sesuatu pelajaran jika
telah berjaya mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan.
Sesuatu kajian tindakan yang bertujuan mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau
membantu murid-murid menguasai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu
pelajaran adalah menepati matlamat untuk membantu mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu
mata pelajaran. Sebagai contoh, membantu murid agar dapat belajar dengan berkesan atau
berminat dengan sesuatu mata pelajaran melalui pengajaran yang berkesan. Contoh ini bolehlah
dijadikan sebagai tujuan kajian untuk dilaksanakan oleh seseorang guru atau pengkaji dalam satu
kelas bagi satu atau semua mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, objektif sebenar kajian
tindakan yang akan dihuraikan dalam kertas kajian ini adalah seperti berikut :
1. Membantu murid-murid Tahun Tiga untuk dapat memupuk minat dalam mempelajari mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.
2. Membantu murid-murid Tahun Tiga agar dapat melibatkan diri secara aktif, semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah, khusunya dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual.
6
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Modul HBEF2503 Kaedah Penyelidikan
Kajian, menyatakan bahawa persoalan dan objektif kajian itu mempunyai perkaitan rapat antara
satu sama lain. Persoalan kajian adalah persoalan yang dibina berdasarkan kepada objektif
kajian, yang mana jawapan kepada persoalan ini akan membantu untuk mencapai objektif dan
tujuan kajian. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan tentang persoalan berikut :
1. Adakah kaedah pembelajaran koperatif ini dapat memupuk minat murid dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual?
2. Adakah kaedah pembelajaran koperatif dapat mengubah sikap pasif murid menjadi murid
yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan di
bilik darjah?
Berdasarkan pada pengalaman yang telah dilalui sebagai seorang guru mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual, didapati bahawa mata pelajaran ini dianggap sebagai mata pelajaran
yang tidak begitu diutamakan. Kebanyakan guru yang terlibat mengajar dalam mata pelajaran
ini lebih suka menggunakan kaedah yang biasa sahaja. Melalui pengalaman ini, dapatlah
dirumuskan bahawa penggunaan kaedah yang tidak sesuai dan tidak menarik minat murid di
dalam mata pelajaran inilah telah membuka pintu hati saya untuk menjalankan kajian tentang
Keberkesanan Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
7
1.6 Kerangka Konsep Penyelidikan
Rajah 1.1 : Konsep Rangka Kerja Mengenai Keberkesanan Pembelajaran
Koperatif di kalangan Murid-murid Tahun Tiga.
Merujuk kepada kerangka konsep kerja dalam Rajah 1.1 di atas, ini menunjukkan satu
proses atau matlamat yang ingin dicapai dalam kajian ini yang mana saya melihat kepada
penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid Tahun
Tiga yang akan menghasilkan pencapaian yang positif iaitu melihat kepada perubahan murid-
murid yang pasif atau yang tidak berminat terhadap mata pelajaran ini kepada murid-murid yang
aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan di
dalam kelas.
Kaedah
Pembelajaran
Koperatif
Murid Tahun
Tiga
Perubahan murid
pasif kepada aktif
8
1.7 Kepentingan Penyelidikan
Kajian atau penyelidikan memerlukan masa, tenaga, wang dan sumber-sumber tertentu.
Oleh sebab itu, meneliti dan memilih tajuk kajian atau isu kajian adalah amat diperlukan dalam
menjalankan kajian ini agar pemilihan tersebut dapat membantu pembaca dalam menambahkan
ilmu pengetahuan di samping dapat menyelesaikan masalah-masalah dalam bidang pendidikan
serta dapat menghasilkan kaedah-kaedah yang berguna yang boleh meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Output yang dihasilkan mungkin suatu
penemuan atau suatu teknologi baru yang boleh dimanfaatkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu,
seperti guru, pentadbir, pelajar atau pembangun kurikulum. Selain itu, saya juga berharap agar
kaedah pembelajaran koperatif dapat memberi kepentingan kepada guru mahupun murid-murid
di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom, Sabah untuk meningkatkan pencapaian dan minat
murid terhadap pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini,
khususnya murid-murid di Tahun Tiga.
Satu kajian yang dijalankan oleh Kathleen Chee (2003), dalam bukunya yang berjudul
“Kunci Masteri Pendidikan Seni Visual”, menyedarkan kita bahawa mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual ini khususnya sukatan baru adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
9
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid-murid meningkatkan rasa kesyukuran
kepada Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Apabila dilihat daripada kenyataan yang ditulis oleh Kathleen Chee, saya sedar bahawa
melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang dianggap sebagai mata pelajaran yang tidak
diutamakan di kebanyakan sekolah, sebenarnya mampu digunakan sebagai saluran atau alat
dalam membentuk keperibadian murid-murid di sekolah agar mempunyai nilai-nilai celik budaya
estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Walau bagaimanapun, saya
juga haruslah akur bahawa nilai-nilai yang telah dinyatakan ini haruslah diserapkan dalam diri
murid-murid dengan memilih dan menggunakan satu kaedah pembelajaran yang sesuai dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Oleh yang demikian, saya telah memilih dan bercadang untuk menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif untuk menerapkan nilai-nilai tersebut, disamping dapat memupuk minat
murid-murid Tahun Tiga dan seterusnya dapat melibatkan diri mereka secara aktif dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual.
10
Seperti apa yang kita ketahui, pembelajaran koperatif ini dilaksanakan secara kumpulan
kecil supaya dapat mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi
kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran koperatif
melibatkan pelajar bekerjasama untuk mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson &
Johnson, 1991).
Kagan (1990) dan Johnson (1986) menyatakan bahawa pendekatan koperatif pada amnya
boleh memberi kesan yang positif terhadap harga diri dan minat terhadap pembelajaran,
memandangkan pendekatan ini mengaplikasikan domain sosial serta behaviorisme dalam
pembelajaran.
1.8 Definisi / Istilah Operasi
1.8.1 Keberkesanan
Keberkesanan bermaksud sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang
diperolehi sesudahnya (Kamus Dewan Edisi Tiga). Dari aspek kajian ini, keberkesanan
membawa maksud suatu keadaan atau hasil yang telah diperolehi daripada sesuatu kajian atau
ujian yang diberikan.
11
1.8.2 Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan iaitu mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk
memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Dalam aspek kajian yang dijalankan ini,
pembelajaran adalah berdasarkan kepada cara atau kaedah yang digunakan disampaikan kepada
pelajar.
1.8.3 Pembelajaran Koperatif
Menurut kajian yang telah dibuat oleh Muhamad Amin Simon (IPTHO), menyatakan
bahawa Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu murid
berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil
akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan
berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses
mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan
pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.
Dalam kajian beliau lagi ada menyatakan tentang hasil kajian yang dibuat oleh Kagan
(1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur
koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah :
Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti
12
Slavin (1982), menyatakan bahawa pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah
pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil
untuk mencapai satu matlamat yang sama. Dalam aspek kajian ini, pembelajaran koperatif
sebagai satu kaedah yang digunakan dalam melibatkan murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
1.8.4 Penglibatan Aktif
Penglibatan aktif di sini adalah bermaksud murid ikut serta dan bekerjasama dalam satu
kumpulan secara aktif. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, penglibatan bermaksud perihal
melibatkan diri dalam sesuatu hal atau perkara dan sebagainya. Dalam kontek kajian ini,
penglibatan secara aktif membawa maksud murid-murid dapat melibatkan diri mereka secara
aktif dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual sekaligus dapat menarik minat mereka dalam
mata pelajaran tersebut.
13
1.9 Batasan Penyelidikan atau Kajian
Batasan penyelidikan atau kajian ini bermaksud pengkaji dikehendaki menyatakan
sejauhmanakah penemuan yang diwujudkan itu boleh diguna pakai dalam konteks lain.
Contohnya, jika kajian pembelajaran koperatif (TGT) melibatkan penerapan nilai-nilai tertentu
di Sekolah Kebangsaan Melalap Tenom, maka penemuannya mungkin boleh diguna pakai di
sekolah tersebut sahaja dan tidak di semua sekolah di seluruh daerah Tenom.
1.9.1 Sasaran Kajian
Sasaran kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan
Melalap Tenom, Sabah .
1.9.2 Masa
Kajian ini akan dijalankan selama enam minggu berdasarkan tempoh masa yang
diberikan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
14
1.9.3 Sampel
Kajian ini hanya akan dijalankan di kelas Tahun Tiga di sekolah rendah.
1.9.4 Lokasi
Kajian ini dicadangkan akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom.
1.9.5 Skop Persepsi
Skop persepsi dalam kajian ini adalah memfokuskan kepada penggunaan kaedah
pembelajaran koperatif dalam menarik minat dan melibatkan murid secara aktif dalam
Pendidikan Seni Visual.
15
1.10 Kesimpulan
Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauhmana kaedah Pembelajaran Koperatif dapat
meningkatkan prestasi serta dapat melibatkan murid secara aktif dan menarik minat pelajar
dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
16
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Di dalam bab ini membincangkan tentang kajian-kajian literatur yang berkaitan dengan
kajian yang akan dijalankan terutamanya yang melibatkan pembelajaran koperatif. Ia akan
menyentuh serba sedikit tentang pencapaian murid. Sebuah petikan yang diperolehi daripada
suatu sumber internet menyatakan pada asasnya, pembelajaran koperatif merupakan suatu
kaedah yang menggunakan konsep pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini
berstruktur dan menekankan kepada penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran
penyelesaian masalah. Kaedah ini juga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang
tersendiri. (http:assignment4u2c.blogspot.com/2007/12/koperatif-learning.html).
17
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh Muhamad Amin Simon (IPTHO), tahun
tidak dinyatakan, menyatakan bahawa secara umum, strategi koperatif memerlukan murid
bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan
berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. Banyak pendekatan
pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson &
Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran
koperatif yang diperkenalkan oleh Kagan (1988) untuk digunakan sebagai pendekatan utama.
Walau bagaimana pun, pendekatan-pendekatan oleh tokoh-tokoh yang lain juga boleh
diperkenalkan.
Menurut Dr. Nor Azizah Salleh, dalam tulisannya berjudul “Kaedah Penyelidikan Dalam
Pendidikan ; Modul HBEF2503), menyatakan seseorang yang ingin menjalankan kajian itu
samalah seperti seorang yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu
menyelesaikan masalah kajian.
Langkah biasa dalam proses menyelesaikan masalah ialah memahami masalah yang
dihadapi setelah pengkaji memahami masalah itu secara mendalam, setelah itu pengkaji haruslah
merancang penyelesaiannya. Selepas pengkaji mengenal pasti topik kajian, langkah seterusnya
adalah membuat tinjauan literatur yang bertujuan untuk pengkaji memahami bidang kajian
dengan lebih mendalam.
18
Kefahaman bidang kajian ini, meliputi penjelasan tentang konsep-konsep penting, teori
yang berkaitan serta model-model dan prinsip-prinsip yang boleh diguna pakai dalam kajian.
Selain itu, tinjauan literatur juga akan memberi dapatan-dapatan kajian lama dan baru, persoalan-
persoalan yang belum dijawab dan alat-alat kajian. Tinjauan literatur ini juga akan memberikan
kata pengetahuan tentang kaedah kajian yang lebih sesuai dan juga masalah-masalah yang
mungkin kita hadapi semasa kajian dijalankan.
19
2.2 Kepentingan Falsafah dan Teori-teori Pendidikan Seni Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Md. Nasir dan Ibrahim Hassan (2003) dalam bukunya yang berjudul “Pendidikan Seni
Untuk Maktab & Universiti” menyatakan bahawa keperluan bagi setiap guru dalam
melaksanakan tugas pengajaran berasaskan ilmu pengetahuan mereka tentang falsafah dan teori-
teori pendidikan seni tanpa asas pengetahuan tentang perkara-perkara di atas, sudah tentu
pengajaran mereka kurang berkesan kerana tidak mengetahui pendekatan, kaedah dan teknik
yang sesuai dan patut digunakan terhadap anak didik mereka.
Pengetahuan tentang falsafah dan teori-teori ini penting kerana dapat membantu bakal
guru mahupun guru-guru pendidikan seni bagi membentuk kerangka pengajaran dan
pembelajaran yang lebih sistematik serta melaksanakannya dengan lebih berkesan. Selain
daripada itu, diharap pembaca dapat membuat perbandingan antara teori-teori yang didedahkan
dengan berasaskan situasi pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni Visual, peka kepada
perubahan, pemikiran dan aplikasi menerusi penialaian dan pengamatan terhadap sesuatu teori.
Pendedahan tentang falsafah Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada aspek sosial, ekonomi,
politik, psikologi dan kognitif. Walau bagaimanapun, fokus utama meliputi teori-teori dan
pendapat tokoh-tokoh yang mempunyai perkaitan denga pendidikan seni daripada pelbagai
perspektif meliputi Barat, Timur, dan Islam.
20
Dengan kejelasan guru-guru terhadap falsafah dan teori-teori pendidikan seni ini, akan
dapat membuahkan kejayaan terhadap pemupukan minat kanak-kanak terhadap seni dan
akhirnya memberikan keyakinan kepada setiap lapisan masyarakat bahawa seni itu bukanlah
sekadar fragmen kecil daripada kehidupan kita, tetapi meliputi hampir setiap aspek kehidupan
manusia.
Satu kajian yang telah dijalankan oleh Herbert Read (1956), menyarankan bahawa seni
sepatutnya menjadi asas kepada pelajaran. Menempatkan seni visual sebagai asas kepada
pembelajaran beliau telah mencadangkan suatu integrasi keseluruhan fakulti biologi di dalam
satu aktiviti organik.
Pendidikan seni visual juga tidak terlepas bertanggungjawab sebagai agen sosial kepada
masyarakat. Memandangkan kepentingan disiplinnya boleh merubah keseluruhan struktur sains
kemanusiaan, teori pembelajaran sosial merupakan aliran yang sesuai dan mempunyai hirarki
asas pembelajaran yang memupuk matlamat dan objektif pendidikan seni visual sebagai asas
pelajaran.
21
Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh Rotter (1971) menjelaskan enam
keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran sosial dalam meramalkan perlakuan individu
sebagai persediaan pendekatan guru di dalam kelas. Erikson pula memperkenalkan Teori
Perkembangan Emosi-Fizikal Erikson. Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan
emosi manusia. Teori- teori ini berperanan membentuk pendekatan dan kaedah dalam amalan
kurikulum Pendidikan Seni Visual.
Teori ini juga menolong guru membuat perancangan berobjektif yang sangat diperlukan
untuk membimbing pelajar mengenali potensi diri dan mengekspresi seni yang telah sedia
wujud dalam diri mereka. Selain dari perkembangan minat dan bakat, seni juga dapat mendorong
dan mendidik murid-murid melahirkan idea-idea kreatif melalui proses pengajaran dan
pembelajaran.
Oleh yang demikian, pengajaran seni visual melibatkan emosi dan nilai-nilai manusia. Ia
lebih merupakan tindakan menghasilkan suatu lukisan, mencipta sesuatu yang baru (inovasi),
memahami bahasa tampak, menghasilkan bahan kreatif dan pelbagai lagi yang memerlukan
kemantapan mental, kemahiran psikomoto berkualiti yang tidak boleh dicapai melalui teori atau
formula sahaja. Seni adalah sesuatu yang subjektif dan infiniti, objektifnya luas, aktivitinya
bebas tetapi terancang. ( Terapi Seni, 2009 ).
22
2.3 Strategi-strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual
Menurut Modul HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual yang ditulis oleh En.
Rousliuddin Bin Ambia dan rakan-rakannya, telah mengemukakan beberapa strategi pengajaran
dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual. Strategi-strategi ini boleh dilaksanakan untuk
tujuan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Oleh itu, dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan, seseorang guru perlu mempunyai kecekapan dalam hal memilih strategi yang
bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Dalam perkara ini juga, seseorang guru perlu
mempunyai pengetahuan tentang pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik
dan kondusif bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang baik.
Md. Nasir Ibrahim (2003), Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti, berpendapat
bahawa pendidikan seni seharusnya berasaskan kepada beberapa aspek psikologi yang melihat
kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan diri. Dalam konteks dimensi
psikologi pendidikan seni, guru dianggap pendidik sekaligus membuat justifikasi pada diri
mereka dalam mengajar pendidikan seni di sekolah. Guru tidak sekadar melihat potensi murid-
murid tetapi juga melihat potensi kendiri daripada segi motivasi, personaliti yang kreatif dan
pendidikan yang berkualiti bagi menghadapi cabaran mendidik anak-anak muridnya.
23
Herbert Read dan Victor Lowenfeld berpendapat bahawa guru perlu mengenal pasti
kebolehan sendiri sama ada daripada sudut kognitifnya mahupun kreativitinya sebelum dianggap
mahir dalam profesion perguruannya. Guru yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang tinggi dapat melahirkan individu yang kreatif serta mampu mempunyai kesedaran estetika
yang tinggi dalam masyarakat, walaupun sesetengah psikitri menyatakan “Kuasa Penyembuh”
seni tidak jelas, tetapi model Quasi menyatakan seni wujud sejak separuh abad lalu dalam
profesion mereka.
24
2.4 Kaedah Pembelajaran Koperatif
Slavin (1982), menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah merujuk kepada
pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan agar dapat bekerjasama dalam satu
kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran
yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima
unsur asas dalam pembelajaran koperatif ini adalah :
i) Saling bergantung antara satu sama lain secara positif.
ii) Saling berinteraksi secara bersemuka.
iii) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri.
iv) Kemahiran koperatif.
v) Pemprosesan kumpulan.
Ganjaran perlu diberi oleh guru kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan
kaedah pengajaran dan pembelajaran ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan
kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza secara bergilir-gilir. Kemahiran
sosial dan pemprosesan kumpulan juga perlu digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif
diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan misalnya Jigsaw, TGT (Teams – Games –
Tournaments), STAD (Students Teams – Achievement Division), Belajar Bersama (Learning
Together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heals), dan Meja Bulat (Round Table).
25
Terdapat tiga pendekatan utama untuk mempelajari pembelajaran koperatif (Kagan,
1992; Jacobs, Gan & Ball, 1995). Tiga pendekatan tersebut ialah :
a) Pakej Kurikulum Spesifik, yang lengkap dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran koperatif bagi
sesuatu bidang isi pelajaran yang spesifik.
b) Pendekatan Prinsip, yang menekankan kepada pemahaman terhadap prinsip-prinsip asas
yang membezakan pembelajaran koperatif daripada kerja kumpulan yang biasa.
c) Pendekatan Struktur, yang berfokus kepada mempelajari teknik-teknik asas yang boleh
digunakan untuk mengajar sebarang isi pelajaran pada bila-bila masa.
Beberapa istilah dan kajian serta dapatan-dapatan yang berkaitan dengan kaedah
pengajaran koperatif iaitu :
Satu kajian yang telah dibuat oleh Suhaida Abdul Kadir (Jan, 2002), Teknik Jigsaw yang
asal diperkenalkan oleh Aronson (Slavin, 1990). Teknik ini mengandungi dua jenis kumpulan
iaitu kumpulan pembelajaran dan kumpulan pakar. Di dalam kumpulan pembelajaran, setiap ahli
dipertanggungjawabkan untuk menguasai satu tajuk kecil yang berbeza antara ahli. Ahli yang
menerima tajuk kecil yang sama daripada kumpulan pembelajaran yang berbeza akan bertemu di
dalam kumpulan pakar. Di dalam kumpulan pakar mereka akan belajar sama-sama untuk
menguasai tajuk tersebut.
26
Satu lagi dapatan yang dapat menerangkan tentang teknik Jigsaw ini adalah daripada
hasil kajian yang dibuat oleh Hafizah Husain, Dzuraidah Abd. Wahab, Aini Hussain, Salina
Abdul Samad, Azah Mohamed, Che Husna Azhari dan Nooritawati Md. Tahir (2006),
menyatakan bahawa teknik Jigsaw merupakan subset pembelajaran KOOP telah dibuktikan
berupaya memupuk kemahiran interaksi berkumpulan, pengupayaan pemikiran kritis serta
pemupukan sifat positif, selaras dengan paradigma masa kini yang berlandas keperluan hasil
pembelajaran.
Menurut kajian ini lagi, kaedah pembelajaran koperatif (KOOP) berpusatkan murid
merupakan suatu metodologi pengajaran aktif dalam kumpulan-kumpulan kecil. Kaedah
pembelajaran KOOP menurut Felder (2004), menitikberatkan pembelajaran berstruktur dalam
kumpulan kecil untuk memenuhi lima kriteria, iaitu; saling bergantungan positif,
kebertanggungjawapan, interaksi bersemuka, penggunaan kemahiran interpersonal yang
bersesuaian dan penilaian kendiri ke atas matlamat kumpulan yang berterusan. Kriteria-kriteria
ini menjadi asas kepada pengurusan dan perancangan kepada kaedah pembelajaran KOOP yang
telah dikenalpasti mempunyai kesan positif terhadap pembelajaran murid.
Menurut kajian-kajian berikut (Johnson & Johnson, 2000, Felder., 2003 dan
Slavin,1985), kaedah ini telah berjaya meningkatkan pencapaian murid disamping menggalakkan
perkembangan generik seperti motivasi untuk belajar, berinteraksi dan sikap saling bergantungan
yang positif, menerapkan kemahiran asas seperti kepimpinan, keupayaan
27
membuat keputusan, memupuk kerjasama, sifat toleransi antara kaum dan kepercayaan di antara
pelajar serta keupayan berfikir secara kritikal. Ia juga meningkatkan keupayaan bekerja secara
kumpulan, menyelesaikan masalah, daya-ingat maklumat yang lebih berkesan dan kemahiran
berkomunikasi (Felder, 2004). Bonwell and Eison (1991) menjelaskan bahawa kaedah ini
dibuktikan berkesan kerana ia menghasilkan kesan dorongan, kesan pembangunan kognitif dan
kesan perluasan kognitif. Kesan-kesan ini mendorong kepada sikap yang positif seperti ingin
berusaha dengan lebih gigih, disamping menggalakkan pertumbuhan kognitif di mana cara
pemikiran yang lebih baik boleh dikuasai melalui ahli dalam kumpulan.
Kepelbagaian teknik kaedah pembelajaran KOOP yang sedia ada memberi ruang kepada
para pendidik untuk meneroka dan mengkaji keberkesanannya. Beberapa teknik yang
dikenalpasti adalah kontroversi membina (Johnson & Johnson, 1993), tatacara jigsaw (Aronson,
1978), arahan pecutan kumpulan (Slavin, 1985) dan struktur pembelajaran koperatif (Kagan,
1985). Menurut Johnson & Johnson (2000), teknik jigsaw yang berasaskan prosedur spesifik
mempunyai impak yang positif ke atas pencapaian murid-murid.
Struktur jigsaw adalah kompleks kerana ia memerlukan komitmen dari murid dan
pendidik. Perlaksanaan teknik jigsaw memerlukan perancangan rapi (Felder, 2004) dan seperti
kaedah pembelajaran KOOP, kumpulan murid yang dibentuk untuk teknik jigsaw perlulah
memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu kepelbagaian dalam kumpulan, sasaran kumpulan atau
kesalingbergantungan positif, interaksi sokongan , kebertanggungjawapan individu, kemahiran
interpersonal, peluang kejayaan sama rata dan saingan kumpulan.
28
Cohen (1994) berpendapat bahawa teknik atau pengajaran koperatif Jigsaw ini kurang
berkesan kerana unsur yang ditekankan terhad kepada murid saling bergantung untuk
mendapatkan sumber bahan. Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran koperatif, Cohen
(1994) mencadangkan unsur saling bergantung untuk mendapatkan sumber bahan dan unsur
saling bergantung mencapai matlamat yang satu ditekankan serentak.
Slavin (1990) telah mengubahsuai format Jigsaw dengan memasukkan elemen kuiz dan
ganjaran yang dikenali sebagai Jigsaw II. Melalui kuiz dan ganjaran kumpulan mendorong
pelajar untuk benar-benar menguasai tajuk yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan
mengajarkannya kepada rakan sekumpulan. Manakala rakan-rakan akan memberi perhatian
kepada pengajaran ahli mereka.
Menurut Jigsaw, pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting. Dalam cara
ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan
pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk
mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-
rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu.
Selepas itu, satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama ada semua ahli kumpulan berjaya
memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran
berpusatkan murid.
29
Neil Davidson (1990) pula telah menggariskan tujuh perkara penting berhubung dengan
definisi pembelajaran koperatif iaitu :
i) Tugasan yang mesti disiapkan, dibincang dan dibuat kesimpulan secara kumpulan
ii) Interaksi muka ke muka dalam kumpulan kecil haruslah ada
iii) Suasana bekerjasama dan saling membantu dalam kumpulan perlu diwujudkan
iv) Akauntabiliti individu (semua murid membuat bahagian masing-masing)
v) Kumpulan heteragenous
vi) Pengajaran kemahiran bekerjasama yang ekspllisit
vii) Saling pergantungan yang tersusun
Johnson & Holubec dalam kajiannya menyatakan pembelajaran koperatif didefinisikan
sebagai kaedah pengajaran yang mana pelajar-pelajar dari semua peringkat pencapaian matlamat
bersama. Sifat paling penting bagi pengajaran koperatif adalah kejayaan seseorang pelaajr akan
membantu rakan-rakan lain untuk mencapai kejayaan dalam pengajaran masing-masing.
Strategi pembelajaran koperatif dikatakan dapat meningkatkan pencapaian akademik,
berupaya mengubah atribusi pelajar, meningkatkan konsep kendiri pelajar dan memberi kesan
positif kepada hubungan sosial sesama pelajar. Oleh itu, bukanlah satu perkara yang mustahil
jika dikatakan strategi pembelajaran koperatif ini akan membantu meningkatkan prestasi di
kalangan murid yang lemah.
30
Gan Teck Hock (2000), dalam kajiannya menyatakan kaedah pembelajaran koperatif pula
boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah pengajaran yang mana murid-murid dari semua
peringkat pencapaian bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama.
Sifat paling penting bagi pembelajarankoperatif ini adalah apabila kejayaan seseorang murid
akan atau dapat membantu rakan-rakan lain mencapai kejayaan dalam pembelajaran masing-
masing.
Gibb (1969), di dalam penulisan Kamaruddin Hj. Husin, satu kumpulan ialah beberapa
orang individu yang mempunyai tujuan sama, saling berhubung dan bertukar-tukar keperluan
serta fikiran yang bergantung antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa jua aktiviti
untuk mencapai objektif mereka.
Menurut Kamaruddin Hj. Husin, dalam konteks pendidikan, satu kumpulan murid
merupakan satu kelompok atau pasukan yang mengandungi beberapa orang murid yang
bertingkah laku sama, terlibat dalam proses pembelakaran, mempunyai fungsi yang sama serta
berusaha dan bekerja ke arah satu matlamat yang spesifik.
Manakala Sharan, dalam penulisan Kamaruddin Hj. Husin pula menyatakan bahawa
tujuan kumpulan murid adalah untuk membentuk sikap suka bekerjasama, berhubung dan
berinteraksi sesama murid untuk tujuan pembelajaran serta membentuk satu konteks sosial yang
boleh melibatkan seseorang individu.
31
Spencer Kagan pula mengutarakan definisi pembelajaran koperatif dengan melihat
kepada ‘creation, analysis and systematic application of structures, or content-free ways of
organizing social interaction in the classroom’. Sesuatu struktur biasanya terdiri daripada
langkah-langkah bersiri dan setiap langkah ditentukan oleh tingkahlaku khas. Contoh-contoh
struktur yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah ‘Think-Pair-Share’, ‘Numbered Heads
Together’ dan ‘Paraphrase Passport’, (Ng Kim Choy, 1999).
32
2.5 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pembelajaran koperatif ini adalah merujuk kepada kaedah
pengajaran yang memerlukan murid-murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam
kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran
yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Terdapat lima unsur dalam pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung antara satu sama lain
secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri
sendiri, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan.
Dalam kaedah ini, pembelajaran tugas diagihkan di kalangan murid-murid dalam
kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran akan dipecahkan kepada topik-topik kecil di
mana setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik
kecil secara sendiri, setiap murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga
semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Kemudian, satu aktiviti akan dijalankan
untuk menguji sama ada semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan
yang diberi. Tumpuan yang akan diberikan adalah bagaimana kaedah pembelajaran koperatif
yang diterangkan sebelum ini mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang seterusnya
akan meningkatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, agar pelajar dapat melibatkan diri
mereka secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
dijalankan di dalam bilik darjah.
33
BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan kajian iaitu :
a) Adakah kaedah pembelajaran koperatif ini dapat memupuk minat murid dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
b) Adakah kaedah pembelajaran koperatif ini dapat mengubah sikap pasif murid
menjadi murid yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual dijalankan di dalam bilik darjah
Kajian ini memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah dan murid dalam
pengaplikasian kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
seni visual di dalam kelas.
34
Dalam kajian ini juga, akan dijelaskan tentang jenis reka bnetuk kajian yang digunakan,
sampel kajian yang terlibat, instrument yang digunakan, cadangan prosedur pengumpulan data
dan cadangan kaedah analisis data yang akan digunakan. Di akhir kajian, data-data akan
dikumpukan dan dianaisis bagi mengetahui sama ada soalan kajian dapat dijawab.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan di sini adalah dengan menggunakan pendekatan
kuantitatif yang mana pengkaji melihat hubungan pembelajaran koperatif dengan penglibatan
aktif murid-murid Tahun Tiga terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, iaitu kaedah
sebelum dan selepas kaedah pembelajaran koperatif ini dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Kajian ini melibatkan lima peringkat iaitu :
Rajah 1.2 : Peringkat – peringkat Kajian
1. Tujuan isu / masalah yang
hendak dikaji
5. Refleksi / Penilaian Kendiri
4. Pemerhatian / Penilaian Tindakan
3. Pelaksanaan Tindakan
2. Perancangan Tindakan
35
Merujuk kepada Rajah 1.2 iaitu peringkat-peringkat kajian, kajian yang hendak
dijalankan ini menggunakan lima peringkat utama iaitu meneliti kepada tujuan isu atau masalah
utama yang hendak dikaji dalam kajian penyelidikan ini. Tujuan isu atau masalah yang hendak
dikaji ini adalah melibatkan apakah masalah utama yang dihadapi oleh seseorang guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di
kalangan murid-murid Tahun Tiga. Melihat kepada permasalahan yang telah dibincangkan
sebelum ini, yang mana kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual ini tidak dapat menarik minat murid dan tidak dapat melibatkan murid secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, maka tujuan kajian ini dibuat adalah untuk
melihat sejauhmanakah keberkesanan kaedah pembelajaran yang dipilih dapat membantu dalam
menyelesaikan masalah tersebut.
Setelah itu, perancangan tindakan dijadikan sebagai peringkat kajian yang kedua yang
mana suatu tindakan dirancang untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi. Perancangan
tindakan di sini bermaksud memilih kaedah yang sesuai digunakan untuk dijadikan sebagai
kajian terhadap murid-murid iaitu sama ada kaedah yang dipilih ini dapat membantu murid
dalam melibatkan diri secara aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping
menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran ini.
Setelah pemilihan kaedah dilakukan, pelaksanaan tindakan dijalankan iaitu dengan
menjalankan pelbagai aktiviti ke atas murid yang dikaji iaitu murid-murid dalam Tahun Tiga.
Soalan-soalan berbentuk soal selidik berkaitan dengan penggunaan kaedah koperatif terhadap
pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini berkesan ataupun tidak. Kemudian, pemerhatian serta
penilaian dilakukan dan hasil daripada penilaian yang dibuat, satu penilaian kendiri dilakukan
utuk memastikan kaedah yang dipilih ini dapat membantu ataupun sebaliknya.
36
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
3.3.1 Tempat Kajian
Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom, Sabah. Sekolah ini
merupakan sekolah kawasan luar bandar. Jarak sekolah ini dari Pekan Tenom ialah lebih kurang
10 kilometer.
3.3.2 Subjek Kajian
Kajian ini melibatkan murid-murid dalam Tahun Tiga.
3.3.3 Populasi Kajian
Sasaran kajian atau populasi kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Tiga
seramai 30 orang murid.
37
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan untuk memperolehi data ialah borang soal selidik.
3.4.1 Borang Soal Selidik
i) Bahagian A
Bahagian ini merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan
profil guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Antara
maklumat penting yang hendak diperolehi melalui soal selidik ini termasuklah kelayakan
akademik / ikhtisas guru, pengalaman guru mengajar Pendidikan Seni Visual, kursus
dalam perkhidmatan pendidikan seni visual yang pernah dihadiri.
ii) Bahagian B
Bahagian ini pula merupakan satu senarai yang mengandungi lima masalah yang
perlu disusun mengikut keutamaan 1 – 5 ( 1= masalah yang paling utama, 5= masalah
yang paling kurang utama ). Tujuan senarai ini adalah untuk mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah kajian.
38
iii) Bahagian C
Bahagian ini merupakan borang soal selidik untuk mendapatkan jawapan daripada
pernyataan dengan memilih jawapan (Ya atau Tidak). Borang soal selidik ini bertujuan
untuk mengenalpasti penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui
proses soal selidik ini pengkaji akan dapat mencari alternatif untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran objektif.
iv) Bahagian D
Bahagian D merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat bagaimana cara-cara mengatasi masalah daripada dapatan melalui jawapan
soal selidik dengan menggunakan skala likerd dengan memilih satu jawapan sahaja tanpa
dipengaruhi oleh jawapan orang lain bagi mendapatkan penilaian yang sah.
39
3.5 Prosedur Pengumpulan Data.
Kajian dimulakan dengan memberikan taklimat ringkas tentang prosedur kerja yang akan
dilaksanakan sepanjang kajian kepada pelajar-pelajar yang dipilih sebagai sampel kajian.
Sebelum menggunakan kaedah yang ingin dikaji dalam pengajaran dan pembelajaran,
soal selidik terhadap profil guru diberikan dengan menggunakan borang Bahagian A. Setelah itu,
borang soal selidik Bahagian B diedarkan kepada pelajar untuk dijawab oleh pelajar sebagai
sample kajian ini dengan menyusun masalah mengikut keutamaan masalah bermula dari satu
hingga yang terakhir. Ini bertujuan agar dapat meninjau isu atau masalah yang hendak dikaji.
Hasil dapatan ini akan dijadikan asas untuk memperolehi maklumat yang seterusnya.
Beberapa soalan dikemukakan kepada guru Pendidikan Seni Visual secara ringkas
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan tinjauan pengajaran dan
pembelajaran. Kemudian, borang soal selidik Bahagian C diedarkan kepada sampel kajian untuk
mengenalpasti penglibatan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran koperatif
dalam pendidikan seni visual. Setelah maklumat diperolehi hasil daripada soal selidik Bahagian
A, Bahagian B dan Bahagian C diselesaikan, refleksi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan pendekatan koperatif di sekolah kajian dibuat dengan bantuan guru-guru
pendidikan seni visual yang lain.
40
Senarai semak juga akan digunakan dalam proses pemerhatian pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Akhir sekali, proses pengumpulan data ini dijalankan dengan
mengedarkan borang soal selidik Bahagian D untuk tujuan mendapatkan maklumat sebagai
maklum balas tentang cara-cara untuk meningkatkan kemajuan dan cara-cara mengatasi masalah
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan koperatif.
3.6 Prosedur Analisis Data
Semua data kajian yang telah diperolehi akan dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif.
Kaedah diskriptif akan digunakan untuk mendapatkan peratusan dan min dengan jumlah sampel
kajian. Penilaian bagi setiap item soalan akan menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran koperatif di kalangan pelajar. Untuk menentukan persepsi pelajar terhadap
perisian yang digunakan, data akan ditafsir dalam bentuk peratusan dan min skor yang
menunjukkan penerimaan yang negatif.
3.7 Kebolehpercayaan Instrumen
Kajian kes telah dijalankan ke atas 30 orang murid dan dapatan menunjukkan
kebolehpercayaan instrumen adalah kebolehpercayaan yang tinggi.
41
3.9 Kesimpulan
Di dalam bahagian ini, aspek –aspek mengenai kajian dijelaskan secara ringkas, iaitu
respon pelajar terhadap keputusan soal selidik yang secara keseluruhannya bersetuju dengan
kaedah pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual. Kajian ini bertujuan untuk melihat
sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual ke atas prestasi murid-murid dalam Tahun Tiga. Dalam kajian ini,
pengkaji akan menjalankan kajian terhadap murid-murid Tahun Tiga di sekolah kajian.
Kemudian para responden akan menjawab soalan soal selidik bagi memberi respon atau persepsi
terhadap keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom yang melibatkan
30 orang sampel dalam Tahun Tiga. Dalam kajian ini, instrumen kajian terdiri daripada set
soalan soal selidik untuk menentukan persepsi pelajar tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan seni visual dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif .
Prosedur pengumpulan data adalah sama dengan ujian-ujian yang dijalankan di sekolah. Soalan
yang ada diedarkan kepada setiap pelajar seramai 30 orang dan mereka dikehendaki menjawab
semua soalan dalam borang soal selidik dalam masa 1 jam. Setelah itu, soal selidik yang
diberikan kepada pelajar akan dikumpul untuk diperiksa dan dibuat analisis. Ini bertujuan untuk
mengetahui persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran koperatif.
42
Dalam prosedur analisis data, setiap item dalam soal selidik akan dianalisis. Hasil
dapatan akan dikira dalam bentuk peratusan. Rajah 1.3 menunjukkan carta alir penggunaan
instrumen kajian.
Set Soal Selidik diedarkan
Set Soal Selidik dikumpulkan
Memeriksa
Menganalisis
Keputusan
Rajah 1.3 Peringkat Pelaksanaan Instrumen Kajian
43
BAB 4
HASIL KAJIAN
4.1 Pengenalan
Kajian ini adalah kajian deskriptif yang dikendalikan dengan menggunakan soal selidik.
Dalam mengendalikan kajian ini, borang soal selidik diedarkan untuk subjek kajian yang dipilih.
Kajian ini juga berbentuk kajian kes mengenai keberkesanan pembelajaran koperatif dalam
Pendidikan Seni Visual di kalangan murid-murid Tahun Tiga.
4.2 Profil Responden
Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang merupakan murid-murid di
Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom.
44
4.3 Dapatan Kajian
Semua data yang Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program
yang digunakan adalah Program Microsoft Excel. Dalam kajian ini statistik deskriptif seperti
frekuensi, peratusan, min digunakan untuk menentukan faktor-faktor dominan yang
mempengaruhi amalan koperatif di kalangan murid-murid Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan
Melalap, Tenom, Sabah.
Data kajian yang diperolehi daripada kajian soal selidik. Analisis data dijalankan untuk
menentukan status kajian sama ada penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dapat menggalakkan penglibatan murid
secara aktif dan menarik minat murid.
45
4.3.1 Dapatan Soal Selidik
Hasil daripada kajian soal selidik yang telah dibuat menggunakan Borang B, iaitu senarai
yang mengandungi lima masalah yang perlu disusun oleh pelajar mengikut keutamaan. Hasil
kajian ini dapat dilihat melalui Jadual 4.1 di bawah.
PALING UTAMA PALING KURANG UTAMA
1. Tidak menunjukkan minat untuk belajar
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
1. Tiada kesediaan untuk belajar mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual
2. Tidak melibatkan diri secara aktif
semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual
2. Tiada pengaplikasian tentang kaedah
pembelajaran koperatif
3. Sukar untuk memahami sesuatu konsep,
kerana kurang praktikal disebabkan
kekurangan peralatan / bahan
pembelajaran
3. Tidak tahu / sedar tentang kepentingan
pengajaran Pendidikan Seni Visual
4. Kurang keyakinan diri 4. Kurang mendapat motivasi dari
keluarga
5. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
ini tidak dititikberatkan di sekolah
5. Kurang minat dan motivasi kerana tiada
bilik Pendidikan Seni Visual yang
khusus
Daripada Jadual 4.1, dapatlah dirumuskan di sini bahawa masalah paling utama yang
dapat dilihat ialah kurangnya minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di
samping penglibatan murid yang tidak aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual ini.
Jadual 4.1 Taburan Kekerapan Masalah Murid Mengikut Keutamaan
46
Oleh yang demikian, hasil daripada kajian soal selidik berkaitan dengan masalah-masalah
yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
inilah saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah pembelajaran koperatif sebagai
langkah untuk menarik minat murid di samping melibatkan murid secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini. Selain itu, beberapa kajian soal selidik juga
dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hasil kaji selidik ini dapat dilihat dalam Jadual 4.2.
Bil Soalan
Skala
Ya Tidak Jumlah
1 Saya suka melukis 23 7 30
2 Saya suka mata pelajaran Pendidikan Seni Visual 18 12 30
3 Saya suka mengumpul lukisan-lukisan saya 22 8 30
4 Saya suka belajar melukis di rumah 16 14 30
5 Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar 10 20 30
Pendidikan Seni Visual
6 Saya suka guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual saya 25 5 30
7 Saya selalu siap melukis semasa cikgu meminta lukisan saya 12 18 30
8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja / lukisan saya 12 18 30
9 Saya ada warna sendiri 8 22 30
10 Saya selalu meminjam warna dari rakan-rakan 28 2 30
Jumlah 174 126 300
Peratus 58 42 100
Jadual 4.2 Kekerapan Penglibatan Murid Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
47
Merujuk kepada Jadual 4.2, setelah kajian soal selidik terhadap penglibatan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan, didapati 42% murid
tidak melibatkan diri secara aktif dan menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.
Manakala 58% murid dapat dilihat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran koperatif dipilih untuk memastikan
agar terdapat penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual ini. Terdapat juga kajian yang dibuat ke atas pelajar tentang cara-cara untuk menangani
masalah tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah Pembelajaran Koperatif. Hasil dapatan ini dapat dilihat dalam
Jadual 4.3 ( Borang Soal Selidik – Borang D )
Bil Pernyataan
Skala
Jumlah
STS TS S SS
1
Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang disuruh
2 8 12 8 30
oleh guru dengan merujuk penerangan yang diberi
2
Saya memberi sepenuh perhatian terhadap proses
4 5 12 9 30pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual
3
Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lain
5 8 12 5 30untuk dapat memahami konsep seni dalam
Pendidikan Seni Visual
4
Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru
3 7 12 8 30
Pendidikan Seni Visual
5
Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar
5 10 10 5 30
Pendidikan Seni Visual
JUMLAH 19 38 58 35 150
PERATUS % 12.7 25.3 38.7 23.3 100
Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju, SS = Sangat Setuju
Jadual 4.3 Taburan Kekerapan Cara-cara Mengatasi Masalah
48
Dengan merujuk kepada Jadual 4.3, dapat disimpulkan di sini bahawa 23.3% murid
memilih skala Sangat Setuju (SS) dengan cara-cara yang dicadangkan untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Manakala 25.3% yang
menunjukkan murid Tidak Setuju (TS) dan 38.7% murid Setuju (S) dengan 12.7% yang Sangat
Tidak Setuju (STS) dengan cara- cara yang dicadangkan dalam meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran kaedah koperatif ini. Ringkasan Keseluruhan analisis soal selidik
ini dapat dilihat melalui Jadual 4.4.
Jadual 4.4 Ringkasan Keseluruhan
Skala Kekerapan Peratus
STS 19 12.667
TS 38 25.333
S 58 38.667
ST 35 23.333
JUM 150 100
Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju,
TS = Tidak Setuju, S = Setuju,
SS = Sangat Setuju
Daripada Jadual 4.4 di atas, didapati mod dan median yang menunjukkan kekerapan
paling tinggi adalah skala Setuju (S) yang mana kekerapan mencapai tahap 58 dalam lingkungan
peratusan 38.667 mengikut pengiraan. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan di sini bahawa
terdapat perspektif yang positif di kalangan pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah
pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
49
Terdapat juga soal selidik atau kaji selidik lain yang digunakan bagi membantu dalam
pengumpulan data yang akan menentukan keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini. Setelah soal selidik dilakukan, hasil yang didapati
daripada aktiviti soal selidik ini dapatlah dilihat dalam Jadual 4.5 yang menunjukkan taburan
kekerapan terhadap pembelajaran kaedah koperatif.
Jadual 4.5 Taburan Kekerapan Terhadap Pembelajaran Koperatif
Bil Soalan
Skala
Ya Tidak Jumlah
1
Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan
pelajar lain
25 5 30
2 Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik 18 12 30
3
Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai
satu-satu topik
10 20 30
4
Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan
tugasan
20 10 30
5 Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan 15 15 30
6 Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan 10 20 30
7 Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya 11 19 30
8
Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi
perbincangan
17 13 30
9 Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna 25 5 30
10
Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan
saya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
18 12 30
Jumlah 169 131 300
Peratus 56.3333 43.66667 100
50
Daripada Jadual 4.5, dapatlah disimpulkan bahawa 56.33% murid bersetuju dengan
pembelajaran koperatif manakala 43.67% masih belum dapat menerima kaedah pembelajaran
koperatif dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di dalam bilik
darjah. Namun demikian, jumlah peratusan yang tinggi menunjukkan penerimaan murid terhadap
pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual amat tinggi.
51
4.4 Rumusan
Hasil daripada data yang telah dikumpul jelas menunjukkan bahawa penggunaan kaedah
pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual berupaya
meningkatkan prestasi murid-murid pasif kepada aktif dan menarik minat mereka di samping
meningkatkan penglibatan secara aktif dalam mempelajari pendidikan seni visual. Berdasarkan
statistik, perolehan soal selidik yang dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan kaedah
pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual amat ketara.
52
BAB 5
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
5.1 Pendahuluan
Bab ini mengandungi empat bahagian iaitu Ringkasan Kajian, Perbincangan Dapatan
Kajian, Kesimpulan Dapatan Kajian, Implikasi Dapatan Kajian dan Cadangan Kajian Lanjut.
Bahagian Ringkasan Kajian akan membincangkan tujuan kajian, reka bentuk kajian, sampel
kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data. Bahagian
Perbincangan Dapatan Kajian pula membincangkan kesan-kesan dan pengaruh-pengaruh hasil
dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian telah dibuat ke atas penggunaan kaedah
pembelajaran koperatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Rumusan juga dibuat berdasarkan persepsi yang diterima daripada murid. Hasil dapatan serta
jawapan bagi setiap persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi murid terhadap penggunaan
kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
telah dihuraikan di dalam bab terdahulu. Oleh itu, gambaran secara menyeluruh tentang aspek-
aspek hasil dari penilaian murid-murid dan pengkaji akan diberi tumpuan di dalam bab ini.
53
Kajian ini adalah berkaitan tentang keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran
koperatif sebagai satu alat yang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual. Kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan Melalap,
Tenom. Oleh itu, dapatan kajian ini hanya merujuk kepada situasi sekolah ini sahaja.
Penilaian kajian merujuk kepada soalan kajian iaitu :
a) Adakah kaedah pembelajaran koperatif ini dapat memupuk minat murid dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
b) Adakah kaedah pembelajaran koperatif ini dapat mengubah sikap pasif murid
menjadi murid yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual dijalankan di dalam bilik darjah
54
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Bahagian ini membincangkan data-data yang telah diperolehi dan analisis dapatan kajian.
Perbincangan dapatan kajian juga menyentuh tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual dengan kaedah pembelajaran koperatif ditumpukan kepada
dapatan yang diperolehi daripada Soal Selidik yang telah dijalankan ke atas sampel kajian.
Perbincangan ini juga menjurus kepada bagaimana teknik ini dapat membantu murid dalam
meningkatkan prestasi mereka daripada murid pasif kepada aktif di samping menarik minat
mereka terhadap pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini. Secara keseluruhannya, penilaian ini
juga dapat melihat persepsi murid ke atas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
melalui kaedah pembelajaran koperatif.
5.2.1 Soal selidik
Terdapat dua aspek yang akan dibincangkan hasil dapatan kajian daripada soal selidik.
Kajian ini adalah untuk mendapatkan respon murid yang merangkumi aspek
keberkesanan, keyakinan dan minat di kalangan murid dalam mempelajari Pendidikan
Seni Visual dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
55
5.2.2.1 Aspek Keberkesanan
Merujuk kepada analisis keseluruhan soal selidik dalam Jadual 4.4, menunjukkan secara
keseluruhan murid bersetuju adanya keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Mereka berpendapat bahawa
kaedah ini hendaklah dipraktikan pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual. Melalui kaedah ini murid bukan sahaja didedahkan dengan kaedah ini
tetapi juga memperkukuhkan aspek kognitif dan pelbagai perkembangan dalam diri murid.
Situasi ini dapat dilihat dalam matlamat Pendidikan Seni Visual iaitu untuk melahirkan
insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Di
samping itu, berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988).
56
5.2.2 Aspek Motivasi
Merujuk kepada analisis keseluruhan terhadap soal selidik yang dijalankan, keputusan
kajian menunjukkan hampir kesemua murid mempunyai motivasi yang tinggi dalam
mempelajari mata pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui kaedah pembelajaran koperatif.
Dapatan-dapatan yang releven berkaitan dengan konsep yang dipelajari meningkatkan motivasi
setiap murid untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Situasi ini juga
memberi keyakinan dalam diri murid untuk menjawab soalan ujian yang diberikan.
Hasil kajian menunjukkan 30 (100%) murid berasa seronok belajar dengan kaedah
pembelajaran koperatif ini. Keadaan ini seharusnya diberi perhatian agar kajian yang akan
datang lebih memberi tumpuan kepada individu dalam meningkatkan minat mereka terhadap
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kenyataan ini disokong oleh satu kajian yang dibuat oleh
Md. Nasir Ibrahim (2003), Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti, berpendapat bahawa
pendidikan seni seharusnya berasaskan kepada beberapa aspek psikologi yang melihat kepada
perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan diri. Dalam konteks dimensi psikologi
pendidikan seni, guru dianggap pendidik sekaligus membuat justifikasi pada diri mereka dalam
mengajar pendidikan seni di sekolah. Guru tidak sekadar melihat potensi murid-murid tetapi juga
melihat potensi kendiri daripada segi motivasi, personaliti yang kreatif dan pendidikan yang
berkualiti bagi menghadapi cabaran mendidik anak-anak muridnya.
57
5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian
Berdasarkan kepada dapatan kajian tentang penilaian keberkesanan penggunaan
kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual serta
persepsi murid terdapat beberapa kesimpulan iaitu :
i) Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif yang menekankan interaksi sosial
antara rakan sebaya membawa kesan positif terhadap pencapaian pelajar, perubahan
hubungan antara ahli dan sikap terhadap mata pelajaran dan sekolah (Cheah Tong
Kiat, Adlan bin Abdul, Baskaran a/l Nadeson dan Lim Chin Li). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kaedah ini diterima dengan baik oleh pelajar kerana ia dapat
menarik minat murid dalam mempelajari mata pelajaran ini.
ii) Pembelajaran koperatif juga menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan
positif dalam kkumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea
sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
iii) Pembelajaran koperatif yang berkonsepkan kepada kerjasama untuk mencapai
matlamat yang dikongsi bersama melalui kebergantungan positif, akauntabiliti,
pengumpulan heterogenous, kemahiran sosial, interaksi muka-ke-muka dan peranan
guru. Ia dilaksanakan dengan teknik-teknik tertentu yang telah terancang.
58
5.4 Implikasi Dapatan Kajian
Berdasarkan kepada soal selidik yang telah dilaksanakan, kesimpulan dapat dibuat
iaitu terdapat kebaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif ini. Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dengan
kaedah pembelajaran koperatif ini terdapat beberapa kekangan yang wujud di sekolah ini. Maka
beberapa pendekatan yang perlu diambil bagi memastikan pelaksanaan kaedah ini akan dapat
berjalan dengan baik pada masa hadapan. Oleh yang demikian, bagi memudahkan pelaksanaan
kaedah pembelajaran ini beberapa cadangan diberikan seperti berikut :
5.4.1 Meningkatkan Pengetahuan Terhadap Kaedah Pembelajaran Kepada Guru
Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus kemahiran dalam menghasilkan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran. Menurut Dr. Nor
Azizah Salleh, seseorang yang ingin menjalankan kajian itu samalah seperti seorang yang
menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu menyelesaikan masalah kajian.
Begitu juga dengan pendapat Md. Nasir dan Ibrahim Hassan (2003) menyatakan bahawa
keperluan bagi setiap guru dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran berasaskan
ilmu pengetahuan mereka tentang falsafah dan teori-teori pendidikan seni adalah penting untuk
mengetahui pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan patut digunakan terhadap anak didik
mereka.
59
5.4.2 Melengkapkan Peralatan dan Bahan-Bahan Pembelajaran di Sekolah
Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah dengan kemudahan dan
peralatan yang mencukupi bagi memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran
dengan baik agar guru dan pelajar mendapat faedah yang maksimum dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka.
5.4.3 Pihak Ibu Bapa dan Penjaga
Memberikan galakan yang berterusan kepada anak-anak adalah peranan yang harus
dimainkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
anak-anak mereka terutamanya dalam pembelajaran yang melibatkan penglibatan murid dalam
proses pembelajaran.
5.4.4 Pelajar
Contoh-contoh hasil seni yang kreatif dan dapat menarik minat pelajar dapat membantu
pelajar dalam menghasilkan sebuah hasil seni yang baik. Dengan adanya pengajaran seperti ini,
ia akan dapat membantu memotivasikan diri pelajar dan meningkatkan keyakinan diri pelajar
serta dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
60
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Hasil daripada kajian yang telah dibuat mendapati bahawa penggunaan kaedah
pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat berguna dan bermanfaat
bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru dalam menghasilkan sesebuah pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.
Beberapa cadangan dikemukakan berdasarkan kepada kesimpulan dan hasil kajian yang
telah dijalankan agar cadangan-cadangan berikut dilaksanakan pada kajian-kajian seterusnya.
Antaranya ialah :
Penghasilan seni visual yang mana bidang ini menyediakan peluang kepada murid
mengaplikasi kefahaman mereka untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka
dalam pelbagai teknik. Proses penghasilan ini memberatkan pernyataan idea yang berkaitan
dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan nilai kenegaraan.
Kursus-kursus serta pendedahan terhadap kaedah-kaedah serta teknik-teknik pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran terutama dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan yang berkaitan perlu diberikan kepada guru-guru
tanpa mengira latar belakang guru. Kandungan kursus adalah bersesuaian dengan tuntutan dan
kehendak yang diperlukan oleh guru dan pihak sekolah.
61
5.6 Kesimpulan
Pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran banyak
memberikan input kepada kebaikan terutama dari segi pencapaian akademik. Murid dapat
menimbang sesuatu dari sudut pandangan orang lain. Berusaha untuk melibatkan diri mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas dan ini dapat
membantu mereka mengubah sikap mereka daripada seorang murid yang pasif kepada seorang
murid yang aktif dalam pembelajaran. Di samping itu, dengan adanya pembelajaran koperatif
yang baik dan sesuai ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari bidang Pendidikan Seni
Visual dengan lebih cemerlang lagi.
Selain itu, seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada
guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif murid-murid. Guru dapat mengenalpasti
punca yang dapat mendorong dan merangsang murid memahami isi pengajaran. Satu bentuk
pengajaran yang menyeronokkan dan memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan
daya kreativiti. Murid yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat
meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan (Nor Anuwar Bin Hamat).
62
RUJUKAN
Gan Teck Hock (2000), “Kenali Pembelajaran Koperatif, Cintai Pembelajaran Koperatif.
Maktab Perguruan Sarawak, Miri.
Kamaruddin Hj. Husin (1994), “KBSM dan Strategi Pembelajaran Bahasa. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Kathleen Chee (2003), “Kunci Masteri Pendidikan Seni Visual”
Dr. David Lim Chong Lim dan rakan (2007), “Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan”.
Modul HBEF2503.
En. Rousliuddin bin Ambia dan rakan, “Pengenalan Pendidikan Seni Visual”.
Modul HBAE1103.
Ng. Kim Choy (1999), “Perbezaan Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif”, Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Sandakan.
Md. Nasir Ibrahim (2003), “Pendidikan Seni Untuk Maktab dan Universiti”.
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual, Pusat
Perkembangan Kurikulum Pendidikan Malaysia, 2000.
Slavin, R.E. (1990), “Cooperative-Learning: Theory, Researched, Practice, Massachusetts:
Simon & Schuster Inc.
Johnson D.W., Johnson, R.T. & Holubec, E.J. (1990), “Cooperation in the classroom”,
(6th
ed). Edina, MN: Interaction Book Company.
63
Kagan (1990), Johnson (1986), Jacobs, Gan & Bell (1995).
Johnson & Johnson (1991).
Dr. Nor Azizah Salleh, “Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan”, Modul HBEF2503.
Herbeth Read (1956) & Victor Lowenfeld.
Rotter (1971), “Teori Pembelajaran Sosial”.
Suhaida Abd Kadir (2002), “Teknik Jigsaw”
Cohen (1994), Neil Davidson (1990) – Teori-teori pendidikan
Cheah Tong Kiat, Adlan bin Abdul, Baskaran a/l Nadeson dan Lim Chin Li, “Keberkesanan
Kaedah Pembelajaran Koperatif Dalam Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks
Di Kalangan Murid SJK © dan SJK (T)”.
Nor Anuwar Bin Hamat, “Kreativiti Seni Dalam Pendidikan”.
Abdul Samat bin Banin, “Pembelajaran Koperatif: Satu Pengenalan”.
Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri, Tinjauan Amalan Pembelajaran
Koperatif Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara, Gerik,
Perak. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Hafizah Husain, Dzuraidah Abd. Wahab, Aini Hussain, Salina Abdul Samad, Azah Mohamed,
Che Husna Azhari dan Nooritawati Md. Tahir, Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif
Teknik Jigsaw Di Kalangan Pelajar Kejuruteraan UKM. Fakulti Kejuruteraan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor; Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti
Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.
http://assignment4u2c.blogspot.com/2007/12/koperatif-learning.html
http://sabtuyangindah.blogspot.com/2009/04/teori-teori-dan-isu-isu-yang-berkaitan.html
64
LAMPIRAN
BORANG A
BORANG MAKLUMAT PERIBADI (GURU)
Arahan : Sila isi atau tandakan ( / ) pada jawapan yang bersesuaian dengan anda.
1. Nama : __________________________________________________________
2. Jantina :
Lelaki
Perempuan
3. Umur : _______________ tahun
4. Bil. Adik Beradik : _____________________
5. Status Perkahwinan :
Berkahwin
Bujang
Duda / Janda
6. Agama :
Islam
Kristian
Buddha
Hindu
7. Kaum :
Melayu
Cina
India
Kadazan/Dusun
Bajau
Melayu Brunei
Lain-lain : __________________________ ( sila nyatakan )
65
8. Tahap pendidikan tertinggi yang anda miliki :
SRP/PMR
SPM atau yang setaraf
STPM atau yang setaraf
Diploma atau yang setaraf
Ijazah Sarjana atau lebih tingga
9. Tempoh Perkhidmatan :
03 tahun
05 tahun
05 tahun ke atas
10 tahun ke atas
10. Jumlah masa dalam sehari mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual : ______ jam
30 minit
60 minit
90 minit
120 minit
11. Bilakah waktu yang anda rasa paling sukar untuk menjalankan aktiviti P&P.
Sebelah pagi
Sebelah tengah hari
Sebelah petang
12. Adakah anda menerima bantuan dari guru Pendidikan Seni Visual yang lain?
Ya
Tidak
66
BORANG B
MASALAH-MASALAH (MURID)
Arahan : Senarai ini merujuk kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Sila susun masalah-masalah tersebut mengikut keutamaan dari 1
hingga 5 ( 1=paling utama, 5=paling kurang utama ) dalam kotak kosong yang disediakan.
Sekiranya masalah anda tidak terdapat di dalam pilihan, anda boleh nyatakannya di bahagian
‘Lain-lain’.
1 Tiada kesediaan untuk belajar mata pelajaran PSV
2 Tidak menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran PSV
3 Tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses P&P dijalankan
4 Tiada pengaplikasian tentang kaedah pembelajaran koperatif
5 Tidak tahu/ sedar tentang kepentingan pengajaran PSV
6 Sukar untuk memahami sesuatu konsep, kerana kurang praktikal
disebabkan kekurangan peralatan / bahan pembelajaran
7 Kurang keyakinan diri
8 Kurang mendapat motivasi dari keluarga
9 Kurang minat dan motivasi kerana tiada bilik PSV yang khusus
10 Mata pelajaran PSV ini tidak dititikberatkan di sekolah
Lain-lain :
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
67
BORANG C
BORANG SOAL SELIDIK
Arahan : Sila baca pernyataan di bawah dan pilih jawapan YA atau TIDAK pada kotak yang
disediakan dan sila jawab dengan jujur. Tujuan borang ini adalah untuk mengenalpasti
sejauhmana penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bil Soalan Ya Tidak
1 Saya suka melukis
2 Saya suka mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
3 Saya suka mengumpul lukisan-lukisan saya
4 Saya suka belajar melukis di rumah
5
Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar
Pendidikan Seni Visual
6 Saya suka guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual saya
7 Saya selalu siap melukis semasa cikgu meminta lukisan saya
8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja / lukisan saya
9 Saya ada warna sendiri
10 Saya selalu meminjam warna dari rakan-rakan
68
BORANG D
BORANG SOAL SELIDIK
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP MENGGALAKKAN
PENGLIBATAN AKTIF DAN MENARIK MINAT PELAJAR TAHAP SATU
(TAHUN 1, 2 DAN 3) DALAM PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SALAH
SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI DAERAH TENOM.
ARAHAN: Sila baca setiap pernyataan dengan teliti. Nyatakan respon anda dengan
menandakan ( / ) pada ruangan jawapan yang telah disediakan. Tiada jawapan
yang betul atau salah.
STS = Sangat tidak setuju
TS = Tidak setuju
S = Setuju
SS = Sangat setuju
Bil Pernyataan STS TS S SS
1
Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang disuruh
oleh guru dengan merujuk penerangan yang diberi
2
Saya memberi sepenuh perhatian terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual
3
Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lain
untuk dapat memahami konsep seni dalam
Pendidikan Seni Visual
4
Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru
Pendidikan Seni Visual
5
Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar
Pendidikan Seni Visual
69
Contoh lain Instrumen Kajian.
BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PEMBELAJARAN KOPERATIF
Nama : ____________________________________________
Tarikh : ____________________________________________
Arahan : Baca soalan di bawah dengan teliti dan bulatkan jawapan anda.
1 Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan pelajar ( Ya / Tidak )
yang lain
2 Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik ( Ya / Tidak )
3 Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai ( Ya / Tidak )
satu-satu topik
4 Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan tugasan ( Ya / Tidak )
5 Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan ( Ya / Tidak )
6 Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan ( Ya / Tidak )
7 Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya ( Ya / Tidak )
8 Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan ( Ya / Tidak )
9 Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna ( Ya / Tidak )
10 Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya ( Ya / Tidak )
dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Qiaisuramza Alni
 
Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4share with me
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Mandy Cheng 92
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalArifahAzlanShah2
 
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.Megalah Parthipan
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psvAisyah Mainol
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniLaila Wati Johari
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanOnie Gi
 
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikan
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikanRefleksi waj 3107 seni dalam pendidikan
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikanjohn law
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaranKomalam Mariappan
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)firo HAR
 

La actualidad más candente (20)

Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
Penerokaan, Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni (WAJ3073)
 
Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
 
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikan
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikanRefleksi waj 3107 seni dalam pendidikan
Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikan
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
 
Peranan guru psv
Peranan guru psvPeranan guru psv
Peranan guru psv
 

Destacado

MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...Vince Here
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.Nur Haziqah Utieh
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidikCik BaCo
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Payeh NorMan
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanFiza Joon Mblaq
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 

Destacado (13)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similar a Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual

teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...Hamidah Budi
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekHailmi Othman
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learningliaw5
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasaKumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasapikaosman
 
5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nla5yr4f08
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatifsk zainab 2
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 

Similar a Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual (20)

teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
Strg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SNStrg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SN
 
Isl rbt 2014
Isl rbt 2014Isl rbt 2014
Isl rbt 2014
 
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasaKumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
Kumpulan 6 pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa
 
Saturday
SaturdaySaturday
Saturday
 
5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 

Último

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 

Último (12)

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 

Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual

  • 1. 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Penyelidikan Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif ini juga menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
  • 2. 2 Johnson (1981), juga ada menyatakan bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru boleh merancangkan pelajaran mengikut tiga kaedah utama dan salah satu daripadanya adalah murid-murid bekerjasama dalam kumpulan kecil secara pembelajaran koperatif dengan memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan. 1.2 Penyataan Masalah Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah terutamanya di tahap satu, masalah untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan dapat menarik minat murid dalam subjek ini adalah masalah utama yang dihadapi. Sikap murid yang tidak berminat dalam subjek ini serta kurangnya kemahiran dalam diri murid itu sendiri untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik menjadi masalah dalam mata pelajaran ini. Oleh yang demikian, setelah berbincang dengan rakan-rakan dan hasil pemerhatian yang dibuat, dapatlah dirumuskan di sini, bahawa pada peringkat awal faktor utama masalah ini ialah kurangnya minat murid terhadap subjek ini dan kesediaan murid dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
  • 3. 3 Seperti mana yang telah dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan seni Visual adalah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian dan merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan kepada penerokaan, proses penghasian, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. (PPK hal.V). Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran murid-murid ke tahap yang optima. Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, seseorang guru perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah mempunyai pengetahuan yang luas tentang pelbagai pendekatan serta kaedah pembelajaran yang sesuai bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang telah disasarkan. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk melihat sejauhmana pembelajaran koperatif dapat mengatasi masalah murid yang kurang berminat dan mempunyai penglibatan yang pasif terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah, dan seterusnya melihat sejauhmana keberkesanannya dalam memupuk minat murid dan mengubah sifat pasif murid khususnya di kalangan murid tahap satu.
  • 4. 4 1.3 Tujuan Penyelidikan Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauhmana keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid terutama murid dalam Tahun Tiga di samping menggalakkan penglibatan aktif dan menarik minat murid dalam pembelajaran Pendidik Seni Visual. 1.4 Objektif Penyelidikan Apakah yang dimaksudkan dengan “Tujuan Kajian”?. Dalam Modul HBEF2503, oleh Dr. David Lim Chong Lim dan rakan-rakannya, telah memberi panduan tentang maksudnya. Tujuan kajian dilaksanakan dalam rancangan pengajaran, supaya sesuatu rancangan disediakan untuk memenuhi sesuatu tujuan, yang kemudiannya diterjemahkan kepada objektif yang lebih spesifik. Sebagai contoh, tujuan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan strategi pembelajaran koperatif adalah untuk meningkatkan minat di kalangan pelajar Tahun Tiga terhadap Pendidikan Seni Visual dan juga ingin mengubah pelajar yang pasif agar menjadi aktif semasa proses pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah.
  • 5. 5 Pelaksanaan kajian tindakan di Bilik Darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian dalam sesebuah sekolah. Sebagai contoh, seseorang pelajar boleh dianggap telah berjaya menguasai sesuatu pelajaran jika telah berjaya mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan. Sesuatu kajian tindakan yang bertujuan mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid-murid menguasai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu pelajaran adalah menepati matlamat untuk membantu mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Sebagai contoh, membantu murid agar dapat belajar dengan berkesan atau berminat dengan sesuatu mata pelajaran melalui pengajaran yang berkesan. Contoh ini bolehlah dijadikan sebagai tujuan kajian untuk dilaksanakan oleh seseorang guru atau pengkaji dalam satu kelas bagi satu atau semua mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, objektif sebenar kajian tindakan yang akan dihuraikan dalam kertas kajian ini adalah seperti berikut : 1. Membantu murid-murid Tahun Tiga untuk dapat memupuk minat dalam mempelajari mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. 2. Membantu murid-murid Tahun Tiga agar dapat melibatkan diri secara aktif, semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah, khusunya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
  • 6. 6 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Modul HBEF2503 Kaedah Penyelidikan Kajian, menyatakan bahawa persoalan dan objektif kajian itu mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain. Persoalan kajian adalah persoalan yang dibina berdasarkan kepada objektif kajian, yang mana jawapan kepada persoalan ini akan membantu untuk mencapai objektif dan tujuan kajian. Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan tentang persoalan berikut : 1. Adakah kaedah pembelajaran koperatif ini dapat memupuk minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual? 2. Adakah kaedah pembelajaran koperatif dapat mengubah sikap pasif murid menjadi murid yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan di bilik darjah? Berdasarkan pada pengalaman yang telah dilalui sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, didapati bahawa mata pelajaran ini dianggap sebagai mata pelajaran yang tidak begitu diutamakan. Kebanyakan guru yang terlibat mengajar dalam mata pelajaran ini lebih suka menggunakan kaedah yang biasa sahaja. Melalui pengalaman ini, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan kaedah yang tidak sesuai dan tidak menarik minat murid di dalam mata pelajaran inilah telah membuka pintu hati saya untuk menjalankan kajian tentang Keberkesanan Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
  • 7. 7 1.6 Kerangka Konsep Penyelidikan Rajah 1.1 : Konsep Rangka Kerja Mengenai Keberkesanan Pembelajaran Koperatif di kalangan Murid-murid Tahun Tiga. Merujuk kepada kerangka konsep kerja dalam Rajah 1.1 di atas, ini menunjukkan satu proses atau matlamat yang ingin dicapai dalam kajian ini yang mana saya melihat kepada penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid Tahun Tiga yang akan menghasilkan pencapaian yang positif iaitu melihat kepada perubahan murid- murid yang pasif atau yang tidak berminat terhadap mata pelajaran ini kepada murid-murid yang aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas. Kaedah Pembelajaran Koperatif Murid Tahun Tiga Perubahan murid pasif kepada aktif
  • 8. 8 1.7 Kepentingan Penyelidikan Kajian atau penyelidikan memerlukan masa, tenaga, wang dan sumber-sumber tertentu. Oleh sebab itu, meneliti dan memilih tajuk kajian atau isu kajian adalah amat diperlukan dalam menjalankan kajian ini agar pemilihan tersebut dapat membantu pembaca dalam menambahkan ilmu pengetahuan di samping dapat menyelesaikan masalah-masalah dalam bidang pendidikan serta dapat menghasilkan kaedah-kaedah yang berguna yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Output yang dihasilkan mungkin suatu penemuan atau suatu teknologi baru yang boleh dimanfaatkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu, seperti guru, pentadbir, pelajar atau pembangun kurikulum. Selain itu, saya juga berharap agar kaedah pembelajaran koperatif dapat memberi kepentingan kepada guru mahupun murid-murid di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom, Sabah untuk meningkatkan pencapaian dan minat murid terhadap pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini, khususnya murid-murid di Tahun Tiga. Satu kajian yang dijalankan oleh Kathleen Chee (2003), dalam bukunya yang berjudul “Kunci Masteri Pendidikan Seni Visual”, menyedarkan kita bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini khususnya sukatan baru adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
  • 9. 9 Kandungan kurikulum berupaya membantu murid-murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apabila dilihat daripada kenyataan yang ditulis oleh Kathleen Chee, saya sedar bahawa melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang dianggap sebagai mata pelajaran yang tidak diutamakan di kebanyakan sekolah, sebenarnya mampu digunakan sebagai saluran atau alat dalam membentuk keperibadian murid-murid di sekolah agar mempunyai nilai-nilai celik budaya estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Walau bagaimanapun, saya juga haruslah akur bahawa nilai-nilai yang telah dinyatakan ini haruslah diserapkan dalam diri murid-murid dengan memilih dan menggunakan satu kaedah pembelajaran yang sesuai dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Oleh yang demikian, saya telah memilih dan bercadang untuk menggunakan kaedah pembelajaran koperatif untuk menerapkan nilai-nilai tersebut, disamping dapat memupuk minat murid-murid Tahun Tiga dan seterusnya dapat melibatkan diri mereka secara aktif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
  • 10. 10 Seperti apa yang kita ketahui, pembelajaran koperatif ini dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya dapat mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran koperatif melibatkan pelajar bekerjasama untuk mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Kagan (1990) dan Johnson (1986) menyatakan bahawa pendekatan koperatif pada amnya boleh memberi kesan yang positif terhadap harga diri dan minat terhadap pembelajaran, memandangkan pendekatan ini mengaplikasikan domain sosial serta behaviorisme dalam pembelajaran. 1.8 Definisi / Istilah Operasi 1.8.1 Keberkesanan Keberkesanan bermaksud sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya (Kamus Dewan Edisi Tiga). Dari aspek kajian ini, keberkesanan membawa maksud suatu keadaan atau hasil yang telah diperolehi daripada sesuatu kajian atau ujian yang diberikan.
  • 11. 11 1.8.2 Pembelajaran Menurut Kamus Dewan iaitu mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Dalam aspek kajian yang dijalankan ini, pembelajaran adalah berdasarkan kepada cara atau kaedah yang digunakan disampaikan kepada pelajar. 1.8.3 Pembelajaran Koperatif Menurut kajian yang telah dibuat oleh Muhamad Amin Simon (IPTHO), menyatakan bahawa Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu murid berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah. Dalam kajian beliau lagi ada menyatakan tentang hasil kajian yang dibuat oleh Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah : Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti
  • 12. 12 Slavin (1982), menyatakan bahawa pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Dalam aspek kajian ini, pembelajaran koperatif sebagai satu kaedah yang digunakan dalam melibatkan murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual. 1.8.4 Penglibatan Aktif Penglibatan aktif di sini adalah bermaksud murid ikut serta dan bekerjasama dalam satu kumpulan secara aktif. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, penglibatan bermaksud perihal melibatkan diri dalam sesuatu hal atau perkara dan sebagainya. Dalam kontek kajian ini, penglibatan secara aktif membawa maksud murid-murid dapat melibatkan diri mereka secara aktif dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual sekaligus dapat menarik minat mereka dalam mata pelajaran tersebut.
  • 13. 13 1.9 Batasan Penyelidikan atau Kajian Batasan penyelidikan atau kajian ini bermaksud pengkaji dikehendaki menyatakan sejauhmanakah penemuan yang diwujudkan itu boleh diguna pakai dalam konteks lain. Contohnya, jika kajian pembelajaran koperatif (TGT) melibatkan penerapan nilai-nilai tertentu di Sekolah Kebangsaan Melalap Tenom, maka penemuannya mungkin boleh diguna pakai di sekolah tersebut sahaja dan tidak di semua sekolah di seluruh daerah Tenom. 1.9.1 Sasaran Kajian Sasaran kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Melalap Tenom, Sabah . 1.9.2 Masa Kajian ini akan dijalankan selama enam minggu berdasarkan tempoh masa yang diberikan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • 14. 14 1.9.3 Sampel Kajian ini hanya akan dijalankan di kelas Tahun Tiga di sekolah rendah. 1.9.4 Lokasi Kajian ini dicadangkan akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom. 1.9.5 Skop Persepsi Skop persepsi dalam kajian ini adalah memfokuskan kepada penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam menarik minat dan melibatkan murid secara aktif dalam Pendidikan Seni Visual.
  • 15. 15 1.10 Kesimpulan Kajian ini adalah untuk mengkaji sejauhmana kaedah Pembelajaran Koperatif dapat meningkatkan prestasi serta dapat melibatkan murid secara aktif dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
  • 16. 16 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Di dalam bab ini membincangkan tentang kajian-kajian literatur yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan terutamanya yang melibatkan pembelajaran koperatif. Ia akan menyentuh serba sedikit tentang pencapaian murid. Sebuah petikan yang diperolehi daripada suatu sumber internet menyatakan pada asasnya, pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang menggunakan konsep pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan kepada penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah. Kaedah ini juga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri. (http:assignment4u2c.blogspot.com/2007/12/koperatif-learning.html).
  • 17. 17 Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh Muhamad Amin Simon (IPTHO), tahun tidak dinyatakan, menyatakan bahawa secara umum, strategi koperatif memerlukan murid bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. Banyak pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh Kagan (1988) untuk digunakan sebagai pendekatan utama. Walau bagaimana pun, pendekatan-pendekatan oleh tokoh-tokoh yang lain juga boleh diperkenalkan. Menurut Dr. Nor Azizah Salleh, dalam tulisannya berjudul “Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan ; Modul HBEF2503), menyatakan seseorang yang ingin menjalankan kajian itu samalah seperti seorang yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu menyelesaikan masalah kajian. Langkah biasa dalam proses menyelesaikan masalah ialah memahami masalah yang dihadapi setelah pengkaji memahami masalah itu secara mendalam, setelah itu pengkaji haruslah merancang penyelesaiannya. Selepas pengkaji mengenal pasti topik kajian, langkah seterusnya adalah membuat tinjauan literatur yang bertujuan untuk pengkaji memahami bidang kajian dengan lebih mendalam.
  • 18. 18 Kefahaman bidang kajian ini, meliputi penjelasan tentang konsep-konsep penting, teori yang berkaitan serta model-model dan prinsip-prinsip yang boleh diguna pakai dalam kajian. Selain itu, tinjauan literatur juga akan memberi dapatan-dapatan kajian lama dan baru, persoalan- persoalan yang belum dijawab dan alat-alat kajian. Tinjauan literatur ini juga akan memberikan kata pengetahuan tentang kaedah kajian yang lebih sesuai dan juga masalah-masalah yang mungkin kita hadapi semasa kajian dijalankan.
  • 19. 19 2.2 Kepentingan Falsafah dan Teori-teori Pendidikan Seni Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Md. Nasir dan Ibrahim Hassan (2003) dalam bukunya yang berjudul “Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti” menyatakan bahawa keperluan bagi setiap guru dalam melaksanakan tugas pengajaran berasaskan ilmu pengetahuan mereka tentang falsafah dan teori- teori pendidikan seni tanpa asas pengetahuan tentang perkara-perkara di atas, sudah tentu pengajaran mereka kurang berkesan kerana tidak mengetahui pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan patut digunakan terhadap anak didik mereka. Pengetahuan tentang falsafah dan teori-teori ini penting kerana dapat membantu bakal guru mahupun guru-guru pendidikan seni bagi membentuk kerangka pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik serta melaksanakannya dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, diharap pembaca dapat membuat perbandingan antara teori-teori yang didedahkan dengan berasaskan situasi pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni Visual, peka kepada perubahan, pemikiran dan aplikasi menerusi penialaian dan pengamatan terhadap sesuatu teori. Pendedahan tentang falsafah Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada aspek sosial, ekonomi, politik, psikologi dan kognitif. Walau bagaimanapun, fokus utama meliputi teori-teori dan pendapat tokoh-tokoh yang mempunyai perkaitan denga pendidikan seni daripada pelbagai perspektif meliputi Barat, Timur, dan Islam.
  • 20. 20 Dengan kejelasan guru-guru terhadap falsafah dan teori-teori pendidikan seni ini, akan dapat membuahkan kejayaan terhadap pemupukan minat kanak-kanak terhadap seni dan akhirnya memberikan keyakinan kepada setiap lapisan masyarakat bahawa seni itu bukanlah sekadar fragmen kecil daripada kehidupan kita, tetapi meliputi hampir setiap aspek kehidupan manusia. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Herbert Read (1956), menyarankan bahawa seni sepatutnya menjadi asas kepada pelajaran. Menempatkan seni visual sebagai asas kepada pembelajaran beliau telah mencadangkan suatu integrasi keseluruhan fakulti biologi di dalam satu aktiviti organik. Pendidikan seni visual juga tidak terlepas bertanggungjawab sebagai agen sosial kepada masyarakat. Memandangkan kepentingan disiplinnya boleh merubah keseluruhan struktur sains kemanusiaan, teori pembelajaran sosial merupakan aliran yang sesuai dan mempunyai hirarki asas pembelajaran yang memupuk matlamat dan objektif pendidikan seni visual sebagai asas pelajaran.
  • 21. 21 Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh Rotter (1971) menjelaskan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran sosial dalam meramalkan perlakuan individu sebagai persediaan pendekatan guru di dalam kelas. Erikson pula memperkenalkan Teori Perkembangan Emosi-Fizikal Erikson. Beliau mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi manusia. Teori- teori ini berperanan membentuk pendekatan dan kaedah dalam amalan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Teori ini juga menolong guru membuat perancangan berobjektif yang sangat diperlukan untuk membimbing pelajar mengenali potensi diri dan mengekspresi seni yang telah sedia wujud dalam diri mereka. Selain dari perkembangan minat dan bakat, seni juga dapat mendorong dan mendidik murid-murid melahirkan idea-idea kreatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pengajaran seni visual melibatkan emosi dan nilai-nilai manusia. Ia lebih merupakan tindakan menghasilkan suatu lukisan, mencipta sesuatu yang baru (inovasi), memahami bahasa tampak, menghasilkan bahan kreatif dan pelbagai lagi yang memerlukan kemantapan mental, kemahiran psikomoto berkualiti yang tidak boleh dicapai melalui teori atau formula sahaja. Seni adalah sesuatu yang subjektif dan infiniti, objektifnya luas, aktivitinya bebas tetapi terancang. ( Terapi Seni, 2009 ).
  • 22. 22 2.3 Strategi-strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual Menurut Modul HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual yang ditulis oleh En. Rousliuddin Bin Ambia dan rakan-rakannya, telah mengemukakan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual. Strategi-strategi ini boleh dilaksanakan untuk tujuan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Oleh itu, dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, seseorang guru perlu mempunyai kecekapan dalam hal memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Dalam perkara ini juga, seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan tentang pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang baik. Md. Nasir Ibrahim (2003), Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti, berpendapat bahawa pendidikan seni seharusnya berasaskan kepada beberapa aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan diri. Dalam konteks dimensi psikologi pendidikan seni, guru dianggap pendidik sekaligus membuat justifikasi pada diri mereka dalam mengajar pendidikan seni di sekolah. Guru tidak sekadar melihat potensi murid- murid tetapi juga melihat potensi kendiri daripada segi motivasi, personaliti yang kreatif dan pendidikan yang berkualiti bagi menghadapi cabaran mendidik anak-anak muridnya.
  • 23. 23 Herbert Read dan Victor Lowenfeld berpendapat bahawa guru perlu mengenal pasti kebolehan sendiri sama ada daripada sudut kognitifnya mahupun kreativitinya sebelum dianggap mahir dalam profesion perguruannya. Guru yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dapat melahirkan individu yang kreatif serta mampu mempunyai kesedaran estetika yang tinggi dalam masyarakat, walaupun sesetengah psikitri menyatakan “Kuasa Penyembuh” seni tidak jelas, tetapi model Quasi menyatakan seni wujud sejak separuh abad lalu dalam profesion mereka.
  • 24. 24 2.4 Kaedah Pembelajaran Koperatif Slavin (1982), menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah merujuk kepada pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan agar dapat bekerjasama dalam satu kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif ini adalah : i) Saling bergantung antara satu sama lain secara positif. ii) Saling berinteraksi secara bersemuka. iii) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri. iv) Kemahiran koperatif. v) Pemprosesan kumpulan. Ganjaran perlu diberi oleh guru kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza secara bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan juga perlu digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan misalnya Jigsaw, TGT (Teams – Games – Tournaments), STAD (Students Teams – Achievement Division), Belajar Bersama (Learning Together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heals), dan Meja Bulat (Round Table).
  • 25. 25 Terdapat tiga pendekatan utama untuk mempelajari pembelajaran koperatif (Kagan, 1992; Jacobs, Gan & Ball, 1995). Tiga pendekatan tersebut ialah : a) Pakej Kurikulum Spesifik, yang lengkap dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran koperatif bagi sesuatu bidang isi pelajaran yang spesifik. b) Pendekatan Prinsip, yang menekankan kepada pemahaman terhadap prinsip-prinsip asas yang membezakan pembelajaran koperatif daripada kerja kumpulan yang biasa. c) Pendekatan Struktur, yang berfokus kepada mempelajari teknik-teknik asas yang boleh digunakan untuk mengajar sebarang isi pelajaran pada bila-bila masa. Beberapa istilah dan kajian serta dapatan-dapatan yang berkaitan dengan kaedah pengajaran koperatif iaitu : Satu kajian yang telah dibuat oleh Suhaida Abdul Kadir (Jan, 2002), Teknik Jigsaw yang asal diperkenalkan oleh Aronson (Slavin, 1990). Teknik ini mengandungi dua jenis kumpulan iaitu kumpulan pembelajaran dan kumpulan pakar. Di dalam kumpulan pembelajaran, setiap ahli dipertanggungjawabkan untuk menguasai satu tajuk kecil yang berbeza antara ahli. Ahli yang menerima tajuk kecil yang sama daripada kumpulan pembelajaran yang berbeza akan bertemu di dalam kumpulan pakar. Di dalam kumpulan pakar mereka akan belajar sama-sama untuk menguasai tajuk tersebut.
  • 26. 26 Satu lagi dapatan yang dapat menerangkan tentang teknik Jigsaw ini adalah daripada hasil kajian yang dibuat oleh Hafizah Husain, Dzuraidah Abd. Wahab, Aini Hussain, Salina Abdul Samad, Azah Mohamed, Che Husna Azhari dan Nooritawati Md. Tahir (2006), menyatakan bahawa teknik Jigsaw merupakan subset pembelajaran KOOP telah dibuktikan berupaya memupuk kemahiran interaksi berkumpulan, pengupayaan pemikiran kritis serta pemupukan sifat positif, selaras dengan paradigma masa kini yang berlandas keperluan hasil pembelajaran. Menurut kajian ini lagi, kaedah pembelajaran koperatif (KOOP) berpusatkan murid merupakan suatu metodologi pengajaran aktif dalam kumpulan-kumpulan kecil. Kaedah pembelajaran KOOP menurut Felder (2004), menitikberatkan pembelajaran berstruktur dalam kumpulan kecil untuk memenuhi lima kriteria, iaitu; saling bergantungan positif, kebertanggungjawapan, interaksi bersemuka, penggunaan kemahiran interpersonal yang bersesuaian dan penilaian kendiri ke atas matlamat kumpulan yang berterusan. Kriteria-kriteria ini menjadi asas kepada pengurusan dan perancangan kepada kaedah pembelajaran KOOP yang telah dikenalpasti mempunyai kesan positif terhadap pembelajaran murid. Menurut kajian-kajian berikut (Johnson & Johnson, 2000, Felder., 2003 dan Slavin,1985), kaedah ini telah berjaya meningkatkan pencapaian murid disamping menggalakkan perkembangan generik seperti motivasi untuk belajar, berinteraksi dan sikap saling bergantungan yang positif, menerapkan kemahiran asas seperti kepimpinan, keupayaan
  • 27. 27 membuat keputusan, memupuk kerjasama, sifat toleransi antara kaum dan kepercayaan di antara pelajar serta keupayan berfikir secara kritikal. Ia juga meningkatkan keupayaan bekerja secara kumpulan, menyelesaikan masalah, daya-ingat maklumat yang lebih berkesan dan kemahiran berkomunikasi (Felder, 2004). Bonwell and Eison (1991) menjelaskan bahawa kaedah ini dibuktikan berkesan kerana ia menghasilkan kesan dorongan, kesan pembangunan kognitif dan kesan perluasan kognitif. Kesan-kesan ini mendorong kepada sikap yang positif seperti ingin berusaha dengan lebih gigih, disamping menggalakkan pertumbuhan kognitif di mana cara pemikiran yang lebih baik boleh dikuasai melalui ahli dalam kumpulan. Kepelbagaian teknik kaedah pembelajaran KOOP yang sedia ada memberi ruang kepada para pendidik untuk meneroka dan mengkaji keberkesanannya. Beberapa teknik yang dikenalpasti adalah kontroversi membina (Johnson & Johnson, 1993), tatacara jigsaw (Aronson, 1978), arahan pecutan kumpulan (Slavin, 1985) dan struktur pembelajaran koperatif (Kagan, 1985). Menurut Johnson & Johnson (2000), teknik jigsaw yang berasaskan prosedur spesifik mempunyai impak yang positif ke atas pencapaian murid-murid. Struktur jigsaw adalah kompleks kerana ia memerlukan komitmen dari murid dan pendidik. Perlaksanaan teknik jigsaw memerlukan perancangan rapi (Felder, 2004) dan seperti kaedah pembelajaran KOOP, kumpulan murid yang dibentuk untuk teknik jigsaw perlulah memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu kepelbagaian dalam kumpulan, sasaran kumpulan atau kesalingbergantungan positif, interaksi sokongan , kebertanggungjawapan individu, kemahiran interpersonal, peluang kejayaan sama rata dan saingan kumpulan.
  • 28. 28 Cohen (1994) berpendapat bahawa teknik atau pengajaran koperatif Jigsaw ini kurang berkesan kerana unsur yang ditekankan terhad kepada murid saling bergantung untuk mendapatkan sumber bahan. Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran koperatif, Cohen (1994) mencadangkan unsur saling bergantung untuk mendapatkan sumber bahan dan unsur saling bergantung mencapai matlamat yang satu ditekankan serentak. Slavin (1990) telah mengubahsuai format Jigsaw dengan memasukkan elemen kuiz dan ganjaran yang dikenali sebagai Jigsaw II. Melalui kuiz dan ganjaran kumpulan mendorong pelajar untuk benar-benar menguasai tajuk yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan mengajarkannya kepada rakan sekumpulan. Manakala rakan-rakan akan memberi perhatian kepada pengajaran ahli mereka. Menurut Jigsaw, pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan- rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu, satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama ada semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid.
  • 29. 29 Neil Davidson (1990) pula telah menggariskan tujuh perkara penting berhubung dengan definisi pembelajaran koperatif iaitu : i) Tugasan yang mesti disiapkan, dibincang dan dibuat kesimpulan secara kumpulan ii) Interaksi muka ke muka dalam kumpulan kecil haruslah ada iii) Suasana bekerjasama dan saling membantu dalam kumpulan perlu diwujudkan iv) Akauntabiliti individu (semua murid membuat bahagian masing-masing) v) Kumpulan heteragenous vi) Pengajaran kemahiran bekerjasama yang ekspllisit vii) Saling pergantungan yang tersusun Johnson & Holubec dalam kajiannya menyatakan pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai kaedah pengajaran yang mana pelajar-pelajar dari semua peringkat pencapaian matlamat bersama. Sifat paling penting bagi pengajaran koperatif adalah kejayaan seseorang pelaajr akan membantu rakan-rakan lain untuk mencapai kejayaan dalam pengajaran masing-masing. Strategi pembelajaran koperatif dikatakan dapat meningkatkan pencapaian akademik, berupaya mengubah atribusi pelajar, meningkatkan konsep kendiri pelajar dan memberi kesan positif kepada hubungan sosial sesama pelajar. Oleh itu, bukanlah satu perkara yang mustahil jika dikatakan strategi pembelajaran koperatif ini akan membantu meningkatkan prestasi di kalangan murid yang lemah.
  • 30. 30 Gan Teck Hock (2000), dalam kajiannya menyatakan kaedah pembelajaran koperatif pula boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah pengajaran yang mana murid-murid dari semua peringkat pencapaian bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama. Sifat paling penting bagi pembelajarankoperatif ini adalah apabila kejayaan seseorang murid akan atau dapat membantu rakan-rakan lain mencapai kejayaan dalam pembelajaran masing- masing. Gibb (1969), di dalam penulisan Kamaruddin Hj. Husin, satu kumpulan ialah beberapa orang individu yang mempunyai tujuan sama, saling berhubung dan bertukar-tukar keperluan serta fikiran yang bergantung antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa jua aktiviti untuk mencapai objektif mereka. Menurut Kamaruddin Hj. Husin, dalam konteks pendidikan, satu kumpulan murid merupakan satu kelompok atau pasukan yang mengandungi beberapa orang murid yang bertingkah laku sama, terlibat dalam proses pembelakaran, mempunyai fungsi yang sama serta berusaha dan bekerja ke arah satu matlamat yang spesifik. Manakala Sharan, dalam penulisan Kamaruddin Hj. Husin pula menyatakan bahawa tujuan kumpulan murid adalah untuk membentuk sikap suka bekerjasama, berhubung dan berinteraksi sesama murid untuk tujuan pembelajaran serta membentuk satu konteks sosial yang boleh melibatkan seseorang individu.
  • 31. 31 Spencer Kagan pula mengutarakan definisi pembelajaran koperatif dengan melihat kepada ‘creation, analysis and systematic application of structures, or content-free ways of organizing social interaction in the classroom’. Sesuatu struktur biasanya terdiri daripada langkah-langkah bersiri dan setiap langkah ditentukan oleh tingkahlaku khas. Contoh-contoh struktur yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah ‘Think-Pair-Share’, ‘Numbered Heads Together’ dan ‘Paraphrase Passport’, (Ng Kim Choy, 1999).
  • 32. 32 2.5 Kesimpulan Secara keseluruhannya, pembelajaran koperatif ini adalah merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid-murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Terdapat lima unsur dalam pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan. Dalam kaedah ini, pembelajaran tugas diagihkan di kalangan murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran akan dipecahkan kepada topik-topik kecil di mana setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil secara sendiri, setiap murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Kemudian, satu aktiviti akan dijalankan untuk menguji sama ada semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Tumpuan yang akan diberikan adalah bagaimana kaedah pembelajaran koperatif yang diterangkan sebelum ini mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran yang seterusnya akan meningkatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, agar pelajar dapat melibatkan diri mereka secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan di dalam bilik darjah.
  • 33. 33 BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pendahuluan Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan kajian iaitu : a) Adakah kaedah pembelajaran koperatif ini dapat memupuk minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual b) Adakah kaedah pembelajaran koperatif ini dapat mengubah sikap pasif murid menjadi murid yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan di dalam bilik darjah Kajian ini memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah dan murid dalam pengaplikasian kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di dalam kelas.
  • 34. 34 Dalam kajian ini juga, akan dijelaskan tentang jenis reka bnetuk kajian yang digunakan, sampel kajian yang terlibat, instrument yang digunakan, cadangan prosedur pengumpulan data dan cadangan kaedah analisis data yang akan digunakan. Di akhir kajian, data-data akan dikumpukan dan dianaisis bagi mengetahui sama ada soalan kajian dapat dijawab. 3.2 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan di sini adalah dengan menggunakan pendekatan kuantitatif yang mana pengkaji melihat hubungan pembelajaran koperatif dengan penglibatan aktif murid-murid Tahun Tiga terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, iaitu kaedah sebelum dan selepas kaedah pembelajaran koperatif ini dilaksanakan di dalam bilik darjah. Kajian ini melibatkan lima peringkat iaitu : Rajah 1.2 : Peringkat – peringkat Kajian 1. Tujuan isu / masalah yang hendak dikaji 5. Refleksi / Penilaian Kendiri 4. Pemerhatian / Penilaian Tindakan 3. Pelaksanaan Tindakan 2. Perancangan Tindakan
  • 35. 35 Merujuk kepada Rajah 1.2 iaitu peringkat-peringkat kajian, kajian yang hendak dijalankan ini menggunakan lima peringkat utama iaitu meneliti kepada tujuan isu atau masalah utama yang hendak dikaji dalam kajian penyelidikan ini. Tujuan isu atau masalah yang hendak dikaji ini adalah melibatkan apakah masalah utama yang dihadapi oleh seseorang guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di kalangan murid-murid Tahun Tiga. Melihat kepada permasalahan yang telah dibincangkan sebelum ini, yang mana kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini tidak dapat menarik minat murid dan tidak dapat melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, maka tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan kaedah pembelajaran yang dipilih dapat membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Setelah itu, perancangan tindakan dijadikan sebagai peringkat kajian yang kedua yang mana suatu tindakan dirancang untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi. Perancangan tindakan di sini bermaksud memilih kaedah yang sesuai digunakan untuk dijadikan sebagai kajian terhadap murid-murid iaitu sama ada kaedah yang dipilih ini dapat membantu murid dalam melibatkan diri secara aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran ini. Setelah pemilihan kaedah dilakukan, pelaksanaan tindakan dijalankan iaitu dengan menjalankan pelbagai aktiviti ke atas murid yang dikaji iaitu murid-murid dalam Tahun Tiga. Soalan-soalan berbentuk soal selidik berkaitan dengan penggunaan kaedah koperatif terhadap pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini berkesan ataupun tidak. Kemudian, pemerhatian serta penilaian dilakukan dan hasil daripada penilaian yang dibuat, satu penilaian kendiri dilakukan utuk memastikan kaedah yang dipilih ini dapat membantu ataupun sebaliknya.
  • 36. 36 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 3.3.1 Tempat Kajian Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom, Sabah. Sekolah ini merupakan sekolah kawasan luar bandar. Jarak sekolah ini dari Pekan Tenom ialah lebih kurang 10 kilometer. 3.3.2 Subjek Kajian Kajian ini melibatkan murid-murid dalam Tahun Tiga. 3.3.3 Populasi Kajian Sasaran kajian atau populasi kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Tiga seramai 30 orang murid.
  • 37. 37 3.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan untuk memperolehi data ialah borang soal selidik. 3.4.1 Borang Soal Selidik i) Bahagian A Bahagian ini merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan profil guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Antara maklumat penting yang hendak diperolehi melalui soal selidik ini termasuklah kelayakan akademik / ikhtisas guru, pengalaman guru mengajar Pendidikan Seni Visual, kursus dalam perkhidmatan pendidikan seni visual yang pernah dihadiri. ii) Bahagian B Bahagian ini pula merupakan satu senarai yang mengandungi lima masalah yang perlu disusun mengikut keutamaan 1 – 5 ( 1= masalah yang paling utama, 5= masalah yang paling kurang utama ). Tujuan senarai ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah kajian.
  • 38. 38 iii) Bahagian C Bahagian ini merupakan borang soal selidik untuk mendapatkan jawapan daripada pernyataan dengan memilih jawapan (Ya atau Tidak). Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses soal selidik ini pengkaji akan dapat mencari alternatif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran objektif. iv) Bahagian D Bahagian D merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagaimana cara-cara mengatasi masalah daripada dapatan melalui jawapan soal selidik dengan menggunakan skala likerd dengan memilih satu jawapan sahaja tanpa dipengaruhi oleh jawapan orang lain bagi mendapatkan penilaian yang sah.
  • 39. 39 3.5 Prosedur Pengumpulan Data. Kajian dimulakan dengan memberikan taklimat ringkas tentang prosedur kerja yang akan dilaksanakan sepanjang kajian kepada pelajar-pelajar yang dipilih sebagai sampel kajian. Sebelum menggunakan kaedah yang ingin dikaji dalam pengajaran dan pembelajaran, soal selidik terhadap profil guru diberikan dengan menggunakan borang Bahagian A. Setelah itu, borang soal selidik Bahagian B diedarkan kepada pelajar untuk dijawab oleh pelajar sebagai sample kajian ini dengan menyusun masalah mengikut keutamaan masalah bermula dari satu hingga yang terakhir. Ini bertujuan agar dapat meninjau isu atau masalah yang hendak dikaji. Hasil dapatan ini akan dijadikan asas untuk memperolehi maklumat yang seterusnya. Beberapa soalan dikemukakan kepada guru Pendidikan Seni Visual secara ringkas sebelum proses pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan tinjauan pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, borang soal selidik Bahagian C diedarkan kepada sampel kajian untuk mengenalpasti penglibatan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual. Setelah maklumat diperolehi hasil daripada soal selidik Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C diselesaikan, refleksi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan koperatif di sekolah kajian dibuat dengan bantuan guru-guru pendidikan seni visual yang lain.
  • 40. 40 Senarai semak juga akan digunakan dalam proses pemerhatian pengajaran dan pembelajaran tersebut. Akhir sekali, proses pengumpulan data ini dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik Bahagian D untuk tujuan mendapatkan maklumat sebagai maklum balas tentang cara-cara untuk meningkatkan kemajuan dan cara-cara mengatasi masalah proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan koperatif. 3.6 Prosedur Analisis Data Semua data kajian yang telah diperolehi akan dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif. Kaedah diskriptif akan digunakan untuk mendapatkan peratusan dan min dengan jumlah sampel kajian. Penilaian bagi setiap item soalan akan menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar. Untuk menentukan persepsi pelajar terhadap perisian yang digunakan, data akan ditafsir dalam bentuk peratusan dan min skor yang menunjukkan penerimaan yang negatif. 3.7 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian kes telah dijalankan ke atas 30 orang murid dan dapatan menunjukkan kebolehpercayaan instrumen adalah kebolehpercayaan yang tinggi.
  • 41. 41 3.9 Kesimpulan Di dalam bahagian ini, aspek –aspek mengenai kajian dijelaskan secara ringkas, iaitu respon pelajar terhadap keputusan soal selidik yang secara keseluruhannya bersetuju dengan kaedah pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ke atas prestasi murid-murid dalam Tahun Tiga. Dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan kajian terhadap murid-murid Tahun Tiga di sekolah kajian. Kemudian para responden akan menjawab soalan soal selidik bagi memberi respon atau persepsi terhadap keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom yang melibatkan 30 orang sampel dalam Tahun Tiga. Dalam kajian ini, instrumen kajian terdiri daripada set soalan soal selidik untuk menentukan persepsi pelajar tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif . Prosedur pengumpulan data adalah sama dengan ujian-ujian yang dijalankan di sekolah. Soalan yang ada diedarkan kepada setiap pelajar seramai 30 orang dan mereka dikehendaki menjawab semua soalan dalam borang soal selidik dalam masa 1 jam. Setelah itu, soal selidik yang diberikan kepada pelajar akan dikumpul untuk diperiksa dan dibuat analisis. Ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran koperatif.
  • 42. 42 Dalam prosedur analisis data, setiap item dalam soal selidik akan dianalisis. Hasil dapatan akan dikira dalam bentuk peratusan. Rajah 1.3 menunjukkan carta alir penggunaan instrumen kajian. Set Soal Selidik diedarkan Set Soal Selidik dikumpulkan Memeriksa Menganalisis Keputusan Rajah 1.3 Peringkat Pelaksanaan Instrumen Kajian
  • 43. 43 BAB 4 HASIL KAJIAN 4.1 Pengenalan Kajian ini adalah kajian deskriptif yang dikendalikan dengan menggunakan soal selidik. Dalam mengendalikan kajian ini, borang soal selidik diedarkan untuk subjek kajian yang dipilih. Kajian ini juga berbentuk kajian kes mengenai keberkesanan pembelajaran koperatif dalam Pendidikan Seni Visual di kalangan murid-murid Tahun Tiga. 4.2 Profil Responden Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang merupakan murid-murid di Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom.
  • 44. 44 4.3 Dapatan Kajian Semua data yang Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan adalah Program Microsoft Excel. Dalam kajian ini statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min digunakan untuk menentukan faktor-faktor dominan yang mempengaruhi amalan koperatif di kalangan murid-murid Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom, Sabah. Data kajian yang diperolehi daripada kajian soal selidik. Analisis data dijalankan untuk menentukan status kajian sama ada penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dapat menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan menarik minat murid.
  • 45. 45 4.3.1 Dapatan Soal Selidik Hasil daripada kajian soal selidik yang telah dibuat menggunakan Borang B, iaitu senarai yang mengandungi lima masalah yang perlu disusun oleh pelajar mengikut keutamaan. Hasil kajian ini dapat dilihat melalui Jadual 4.1 di bawah. PALING UTAMA PALING KURANG UTAMA 1. Tidak menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual 1. Tiada kesediaan untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual 2. Tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual 2. Tiada pengaplikasian tentang kaedah pembelajaran koperatif 3. Sukar untuk memahami sesuatu konsep, kerana kurang praktikal disebabkan kekurangan peralatan / bahan pembelajaran 3. Tidak tahu / sedar tentang kepentingan pengajaran Pendidikan Seni Visual 4. Kurang keyakinan diri 4. Kurang mendapat motivasi dari keluarga 5. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini tidak dititikberatkan di sekolah 5. Kurang minat dan motivasi kerana tiada bilik Pendidikan Seni Visual yang khusus Daripada Jadual 4.1, dapatlah dirumuskan di sini bahawa masalah paling utama yang dapat dilihat ialah kurangnya minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di samping penglibatan murid yang tidak aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini. Jadual 4.1 Taburan Kekerapan Masalah Murid Mengikut Keutamaan
  • 46. 46 Oleh yang demikian, hasil daripada kajian soal selidik berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual inilah saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah pembelajaran koperatif sebagai langkah untuk menarik minat murid di samping melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini. Selain itu, beberapa kajian soal selidik juga dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kaji selidik ini dapat dilihat dalam Jadual 4.2. Bil Soalan Skala Ya Tidak Jumlah 1 Saya suka melukis 23 7 30 2 Saya suka mata pelajaran Pendidikan Seni Visual 18 12 30 3 Saya suka mengumpul lukisan-lukisan saya 22 8 30 4 Saya suka belajar melukis di rumah 16 14 30 5 Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar 10 20 30 Pendidikan Seni Visual 6 Saya suka guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual saya 25 5 30 7 Saya selalu siap melukis semasa cikgu meminta lukisan saya 12 18 30 8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja / lukisan saya 12 18 30 9 Saya ada warna sendiri 8 22 30 10 Saya selalu meminjam warna dari rakan-rakan 28 2 30 Jumlah 174 126 300 Peratus 58 42 100 Jadual 4.2 Kekerapan Penglibatan Murid Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • 47. 47 Merujuk kepada Jadual 4.2, setelah kajian soal selidik terhadap penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan, didapati 42% murid tidak melibatkan diri secara aktif dan menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Manakala 58% murid dapat dilihat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran koperatif dipilih untuk memastikan agar terdapat penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini. Terdapat juga kajian yang dibuat ke atas pelajar tentang cara-cara untuk menangani masalah tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Pembelajaran Koperatif. Hasil dapatan ini dapat dilihat dalam Jadual 4.3 ( Borang Soal Selidik – Borang D ) Bil Pernyataan Skala Jumlah STS TS S SS 1 Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang disuruh 2 8 12 8 30 oleh guru dengan merujuk penerangan yang diberi 2 Saya memberi sepenuh perhatian terhadap proses 4 5 12 9 30pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual 3 Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lain 5 8 12 5 30untuk dapat memahami konsep seni dalam Pendidikan Seni Visual 4 Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru 3 7 12 8 30 Pendidikan Seni Visual 5 Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar 5 10 10 5 30 Pendidikan Seni Visual JUMLAH 19 38 58 35 150 PERATUS % 12.7 25.3 38.7 23.3 100 Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju, SS = Sangat Setuju Jadual 4.3 Taburan Kekerapan Cara-cara Mengatasi Masalah
  • 48. 48 Dengan merujuk kepada Jadual 4.3, dapat disimpulkan di sini bahawa 23.3% murid memilih skala Sangat Setuju (SS) dengan cara-cara yang dicadangkan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Manakala 25.3% yang menunjukkan murid Tidak Setuju (TS) dan 38.7% murid Setuju (S) dengan 12.7% yang Sangat Tidak Setuju (STS) dengan cara- cara yang dicadangkan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kaedah koperatif ini. Ringkasan Keseluruhan analisis soal selidik ini dapat dilihat melalui Jadual 4.4. Jadual 4.4 Ringkasan Keseluruhan Skala Kekerapan Peratus STS 19 12.667 TS 38 25.333 S 58 38.667 ST 35 23.333 JUM 150 100 Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju, SS = Sangat Setuju Daripada Jadual 4.4 di atas, didapati mod dan median yang menunjukkan kekerapan paling tinggi adalah skala Setuju (S) yang mana kekerapan mencapai tahap 58 dalam lingkungan peratusan 38.667 mengikut pengiraan. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan di sini bahawa terdapat perspektif yang positif di kalangan pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
  • 49. 49 Terdapat juga soal selidik atau kaji selidik lain yang digunakan bagi membantu dalam pengumpulan data yang akan menentukan keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini. Setelah soal selidik dilakukan, hasil yang didapati daripada aktiviti soal selidik ini dapatlah dilihat dalam Jadual 4.5 yang menunjukkan taburan kekerapan terhadap pembelajaran kaedah koperatif. Jadual 4.5 Taburan Kekerapan Terhadap Pembelajaran Koperatif Bil Soalan Skala Ya Tidak Jumlah 1 Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan pelajar lain 25 5 30 2 Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik 18 12 30 3 Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai satu-satu topik 10 20 30 4 Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan tugasan 20 10 30 5 Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan 15 15 30 6 Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan 10 20 30 7 Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya 11 19 30 8 Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan 17 13 30 9 Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna 25 5 30 10 Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual 18 12 30 Jumlah 169 131 300 Peratus 56.3333 43.66667 100
  • 50. 50 Daripada Jadual 4.5, dapatlah disimpulkan bahawa 56.33% murid bersetuju dengan pembelajaran koperatif manakala 43.67% masih belum dapat menerima kaedah pembelajaran koperatif dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual di dalam bilik darjah. Namun demikian, jumlah peratusan yang tinggi menunjukkan penerimaan murid terhadap pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual amat tinggi.
  • 51. 51 4.4 Rumusan Hasil daripada data yang telah dikumpul jelas menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual berupaya meningkatkan prestasi murid-murid pasif kepada aktif dan menarik minat mereka di samping meningkatkan penglibatan secara aktif dalam mempelajari pendidikan seni visual. Berdasarkan statistik, perolehan soal selidik yang dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual amat ketara.
  • 52. 52 BAB 5 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI 5.1 Pendahuluan Bab ini mengandungi empat bahagian iaitu Ringkasan Kajian, Perbincangan Dapatan Kajian, Kesimpulan Dapatan Kajian, Implikasi Dapatan Kajian dan Cadangan Kajian Lanjut. Bahagian Ringkasan Kajian akan membincangkan tujuan kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data. Bahagian Perbincangan Dapatan Kajian pula membincangkan kesan-kesan dan pengaruh-pengaruh hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian telah dibuat ke atas penggunaan kaedah pembelajaran koperatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Rumusan juga dibuat berdasarkan persepsi yang diterima daripada murid. Hasil dapatan serta jawapan bagi setiap persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi murid terhadap penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual telah dihuraikan di dalam bab terdahulu. Oleh itu, gambaran secara menyeluruh tentang aspek- aspek hasil dari penilaian murid-murid dan pengkaji akan diberi tumpuan di dalam bab ini.
  • 53. 53 Kajian ini adalah berkaitan tentang keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif sebagai satu alat yang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan Melalap, Tenom. Oleh itu, dapatan kajian ini hanya merujuk kepada situasi sekolah ini sahaja. Penilaian kajian merujuk kepada soalan kajian iaitu : a) Adakah kaedah pembelajaran koperatif ini dapat memupuk minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual b) Adakah kaedah pembelajaran koperatif ini dapat mengubah sikap pasif murid menjadi murid yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan di dalam bilik darjah
  • 54. 54 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian ini membincangkan data-data yang telah diperolehi dan analisis dapatan kajian. Perbincangan dapatan kajian juga menyentuh tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dengan kaedah pembelajaran koperatif ditumpukan kepada dapatan yang diperolehi daripada Soal Selidik yang telah dijalankan ke atas sampel kajian. Perbincangan ini juga menjurus kepada bagaimana teknik ini dapat membantu murid dalam meningkatkan prestasi mereka daripada murid pasif kepada aktif di samping menarik minat mereka terhadap pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini. Secara keseluruhannya, penilaian ini juga dapat melihat persepsi murid ke atas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual melalui kaedah pembelajaran koperatif. 5.2.1 Soal selidik Terdapat dua aspek yang akan dibincangkan hasil dapatan kajian daripada soal selidik. Kajian ini adalah untuk mendapatkan respon murid yang merangkumi aspek keberkesanan, keyakinan dan minat di kalangan murid dalam mempelajari Pendidikan Seni Visual dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
  • 55. 55 5.2.2.1 Aspek Keberkesanan Merujuk kepada analisis keseluruhan soal selidik dalam Jadual 4.4, menunjukkan secara keseluruhan murid bersetuju adanya keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Mereka berpendapat bahawa kaedah ini hendaklah dipraktikan pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Melalui kaedah ini murid bukan sahaja didedahkan dengan kaedah ini tetapi juga memperkukuhkan aspek kognitif dan pelbagai perkembangan dalam diri murid. Situasi ini dapat dilihat dalam matlamat Pendidikan Seni Visual iaitu untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Di samping itu, berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988).
  • 56. 56 5.2.2 Aspek Motivasi Merujuk kepada analisis keseluruhan terhadap soal selidik yang dijalankan, keputusan kajian menunjukkan hampir kesemua murid mempunyai motivasi yang tinggi dalam mempelajari mata pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui kaedah pembelajaran koperatif. Dapatan-dapatan yang releven berkaitan dengan konsep yang dipelajari meningkatkan motivasi setiap murid untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Situasi ini juga memberi keyakinan dalam diri murid untuk menjawab soalan ujian yang diberikan. Hasil kajian menunjukkan 30 (100%) murid berasa seronok belajar dengan kaedah pembelajaran koperatif ini. Keadaan ini seharusnya diberi perhatian agar kajian yang akan datang lebih memberi tumpuan kepada individu dalam meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kenyataan ini disokong oleh satu kajian yang dibuat oleh Md. Nasir Ibrahim (2003), Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti, berpendapat bahawa pendidikan seni seharusnya berasaskan kepada beberapa aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan diri. Dalam konteks dimensi psikologi pendidikan seni, guru dianggap pendidik sekaligus membuat justifikasi pada diri mereka dalam mengajar pendidikan seni di sekolah. Guru tidak sekadar melihat potensi murid-murid tetapi juga melihat potensi kendiri daripada segi motivasi, personaliti yang kreatif dan pendidikan yang berkualiti bagi menghadapi cabaran mendidik anak-anak muridnya.
  • 57. 57 5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian Berdasarkan kepada dapatan kajian tentang penilaian keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual serta persepsi murid terdapat beberapa kesimpulan iaitu : i) Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif yang menekankan interaksi sosial antara rakan sebaya membawa kesan positif terhadap pencapaian pelajar, perubahan hubungan antara ahli dan sikap terhadap mata pelajaran dan sekolah (Cheah Tong Kiat, Adlan bin Abdul, Baskaran a/l Nadeson dan Lim Chin Li). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah ini diterima dengan baik oleh pelajar kerana ia dapat menarik minat murid dalam mempelajari mata pelajaran ini. ii) Pembelajaran koperatif juga menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kkumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. iii) Pembelajaran koperatif yang berkonsepkan kepada kerjasama untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama melalui kebergantungan positif, akauntabiliti, pengumpulan heterogenous, kemahiran sosial, interaksi muka-ke-muka dan peranan guru. Ia dilaksanakan dengan teknik-teknik tertentu yang telah terancang.
  • 58. 58 5.4 Implikasi Dapatan Kajian Berdasarkan kepada soal selidik yang telah dilaksanakan, kesimpulan dapat dibuat iaitu terdapat kebaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif ini. Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dengan kaedah pembelajaran koperatif ini terdapat beberapa kekangan yang wujud di sekolah ini. Maka beberapa pendekatan yang perlu diambil bagi memastikan pelaksanaan kaedah ini akan dapat berjalan dengan baik pada masa hadapan. Oleh yang demikian, bagi memudahkan pelaksanaan kaedah pembelajaran ini beberapa cadangan diberikan seperti berikut : 5.4.1 Meningkatkan Pengetahuan Terhadap Kaedah Pembelajaran Kepada Guru Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus kemahiran dalam menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran. Menurut Dr. Nor Azizah Salleh, seseorang yang ingin menjalankan kajian itu samalah seperti seorang yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu menyelesaikan masalah kajian. Begitu juga dengan pendapat Md. Nasir dan Ibrahim Hassan (2003) menyatakan bahawa keperluan bagi setiap guru dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran berasaskan ilmu pengetahuan mereka tentang falsafah dan teori-teori pendidikan seni adalah penting untuk mengetahui pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan patut digunakan terhadap anak didik mereka.
  • 59. 59 5.4.2 Melengkapkan Peralatan dan Bahan-Bahan Pembelajaran di Sekolah Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah dengan kemudahan dan peralatan yang mencukupi bagi memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan baik agar guru dan pelajar mendapat faedah yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. 5.4.3 Pihak Ibu Bapa dan Penjaga Memberikan galakan yang berterusan kepada anak-anak adalah peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka terutamanya dalam pembelajaran yang melibatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran. 5.4.4 Pelajar Contoh-contoh hasil seni yang kreatif dan dapat menarik minat pelajar dapat membantu pelajar dalam menghasilkan sebuah hasil seni yang baik. Dengan adanya pengajaran seperti ini, ia akan dapat membantu memotivasikan diri pelajar dan meningkatkan keyakinan diri pelajar serta dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
  • 60. 60 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan Hasil daripada kajian yang telah dibuat mendapati bahawa penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat berguna dan bermanfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru dalam menghasilkan sesebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Beberapa cadangan dikemukakan berdasarkan kepada kesimpulan dan hasil kajian yang telah dijalankan agar cadangan-cadangan berikut dilaksanakan pada kajian-kajian seterusnya. Antaranya ialah : Penghasilan seni visual yang mana bidang ini menyediakan peluang kepada murid mengaplikasi kefahaman mereka untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam pelbagai teknik. Proses penghasilan ini memberatkan pernyataan idea yang berkaitan dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan nilai kenegaraan. Kursus-kursus serta pendedahan terhadap kaedah-kaedah serta teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran terutama dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan yang berkaitan perlu diberikan kepada guru-guru tanpa mengira latar belakang guru. Kandungan kursus adalah bersesuaian dengan tuntutan dan kehendak yang diperlukan oleh guru dan pihak sekolah.
  • 61. 61 5.6 Kesimpulan Pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberikan input kepada kebaikan terutama dari segi pencapaian akademik. Murid dapat menimbang sesuatu dari sudut pandangan orang lain. Berusaha untuk melibatkan diri mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas dan ini dapat membantu mereka mengubah sikap mereka daripada seorang murid yang pasif kepada seorang murid yang aktif dalam pembelajaran. Di samping itu, dengan adanya pembelajaran koperatif yang baik dan sesuai ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari bidang Pendidikan Seni Visual dengan lebih cemerlang lagi. Selain itu, seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif murid-murid. Guru dapat mengenalpasti punca yang dapat mendorong dan merangsang murid memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Murid yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan (Nor Anuwar Bin Hamat).
  • 62. 62 RUJUKAN Gan Teck Hock (2000), “Kenali Pembelajaran Koperatif, Cintai Pembelajaran Koperatif. Maktab Perguruan Sarawak, Miri. Kamaruddin Hj. Husin (1994), “KBSM dan Strategi Pembelajaran Bahasa. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Kathleen Chee (2003), “Kunci Masteri Pendidikan Seni Visual” Dr. David Lim Chong Lim dan rakan (2007), “Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan”. Modul HBEF2503. En. Rousliuddin bin Ambia dan rakan, “Pengenalan Pendidikan Seni Visual”. Modul HBAE1103. Ng. Kim Choy (1999), “Perbezaan Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif”, Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Sandakan. Md. Nasir Ibrahim (2003), “Pendidikan Seni Untuk Maktab dan Universiti”. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual, Pusat Perkembangan Kurikulum Pendidikan Malaysia, 2000. Slavin, R.E. (1990), “Cooperative-Learning: Theory, Researched, Practice, Massachusetts: Simon & Schuster Inc. Johnson D.W., Johnson, R.T. & Holubec, E.J. (1990), “Cooperation in the classroom”, (6th ed). Edina, MN: Interaction Book Company.
  • 63. 63 Kagan (1990), Johnson (1986), Jacobs, Gan & Bell (1995). Johnson & Johnson (1991). Dr. Nor Azizah Salleh, “Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan”, Modul HBEF2503. Herbeth Read (1956) & Victor Lowenfeld. Rotter (1971), “Teori Pembelajaran Sosial”. Suhaida Abd Kadir (2002), “Teknik Jigsaw” Cohen (1994), Neil Davidson (1990) – Teori-teori pendidikan Cheah Tong Kiat, Adlan bin Abdul, Baskaran a/l Nadeson dan Lim Chin Li, “Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Dalam Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks Di Kalangan Murid SJK © dan SJK (T)”. Nor Anuwar Bin Hamat, “Kreativiti Seni Dalam Pendidikan”. Abdul Samat bin Banin, “Pembelajaran Koperatif: Satu Pengenalan”. Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri, Tinjauan Amalan Pembelajaran Koperatif Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara, Gerik, Perak. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Hafizah Husain, Dzuraidah Abd. Wahab, Aini Hussain, Salina Abdul Samad, Azah Mohamed, Che Husna Azhari dan Nooritawati Md. Tahir, Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Teknik Jigsaw Di Kalangan Pelajar Kejuruteraan UKM. Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor; Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor. http://assignment4u2c.blogspot.com/2007/12/koperatif-learning.html http://sabtuyangindah.blogspot.com/2009/04/teori-teori-dan-isu-isu-yang-berkaitan.html
  • 64. 64 LAMPIRAN BORANG A BORANG MAKLUMAT PERIBADI (GURU) Arahan : Sila isi atau tandakan ( / ) pada jawapan yang bersesuaian dengan anda. 1. Nama : __________________________________________________________ 2. Jantina : Lelaki Perempuan 3. Umur : _______________ tahun 4. Bil. Adik Beradik : _____________________ 5. Status Perkahwinan : Berkahwin Bujang Duda / Janda 6. Agama : Islam Kristian Buddha Hindu 7. Kaum : Melayu Cina India Kadazan/Dusun Bajau Melayu Brunei Lain-lain : __________________________ ( sila nyatakan )
  • 65. 65 8. Tahap pendidikan tertinggi yang anda miliki : SRP/PMR SPM atau yang setaraf STPM atau yang setaraf Diploma atau yang setaraf Ijazah Sarjana atau lebih tingga 9. Tempoh Perkhidmatan : 03 tahun 05 tahun 05 tahun ke atas 10 tahun ke atas 10. Jumlah masa dalam sehari mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual : ______ jam 30 minit 60 minit 90 minit 120 minit 11. Bilakah waktu yang anda rasa paling sukar untuk menjalankan aktiviti P&P. Sebelah pagi Sebelah tengah hari Sebelah petang 12. Adakah anda menerima bantuan dari guru Pendidikan Seni Visual yang lain? Ya Tidak
  • 66. 66 BORANG B MASALAH-MASALAH (MURID) Arahan : Senarai ini merujuk kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sila susun masalah-masalah tersebut mengikut keutamaan dari 1 hingga 5 ( 1=paling utama, 5=paling kurang utama ) dalam kotak kosong yang disediakan. Sekiranya masalah anda tidak terdapat di dalam pilihan, anda boleh nyatakannya di bahagian ‘Lain-lain’. 1 Tiada kesediaan untuk belajar mata pelajaran PSV 2 Tidak menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran PSV 3 Tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses P&P dijalankan 4 Tiada pengaplikasian tentang kaedah pembelajaran koperatif 5 Tidak tahu/ sedar tentang kepentingan pengajaran PSV 6 Sukar untuk memahami sesuatu konsep, kerana kurang praktikal disebabkan kekurangan peralatan / bahan pembelajaran 7 Kurang keyakinan diri 8 Kurang mendapat motivasi dari keluarga 9 Kurang minat dan motivasi kerana tiada bilik PSV yang khusus 10 Mata pelajaran PSV ini tidak dititikberatkan di sekolah Lain-lain : ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
  • 67. 67 BORANG C BORANG SOAL SELIDIK Arahan : Sila baca pernyataan di bawah dan pilih jawapan YA atau TIDAK pada kotak yang disediakan dan sila jawab dengan jujur. Tujuan borang ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bil Soalan Ya Tidak 1 Saya suka melukis 2 Saya suka mata pelajaran Pendidikan Seni Visual 3 Saya suka mengumpul lukisan-lukisan saya 4 Saya suka belajar melukis di rumah 5 Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar Pendidikan Seni Visual 6 Saya suka guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual saya 7 Saya selalu siap melukis semasa cikgu meminta lukisan saya 8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja / lukisan saya 9 Saya ada warna sendiri 10 Saya selalu meminjam warna dari rakan-rakan
  • 68. 68 BORANG D BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP MENGGALAKKAN PENGLIBATAN AKTIF DAN MENARIK MINAT PELAJAR TAHAP SATU (TAHUN 1, 2 DAN 3) DALAM PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI DAERAH TENOM. ARAHAN: Sila baca setiap pernyataan dengan teliti. Nyatakan respon anda dengan menandakan ( / ) pada ruangan jawapan yang telah disediakan. Tiada jawapan yang betul atau salah. STS = Sangat tidak setuju TS = Tidak setuju S = Setuju SS = Sangat setuju Bil Pernyataan STS TS S SS 1 Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang disuruh oleh guru dengan merujuk penerangan yang diberi 2 Saya memberi sepenuh perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual 3 Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lain untuk dapat memahami konsep seni dalam Pendidikan Seni Visual 4 Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru Pendidikan Seni Visual 5 Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar Pendidikan Seni Visual
  • 69. 69 Contoh lain Instrumen Kajian. BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PEMBELAJARAN KOPERATIF Nama : ____________________________________________ Tarikh : ____________________________________________ Arahan : Baca soalan di bawah dengan teliti dan bulatkan jawapan anda. 1 Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan pelajar ( Ya / Tidak ) yang lain 2 Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik ( Ya / Tidak ) 3 Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai ( Ya / Tidak ) satu-satu topik 4 Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan tugasan ( Ya / Tidak ) 5 Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan ( Ya / Tidak ) 6 Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan ( Ya / Tidak ) 7 Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya ( Ya / Tidak ) 8 Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan ( Ya / Tidak ) 9 Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna ( Ya / Tidak ) 10 Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya ( Ya / Tidak ) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual