Dokumen tersebut membahas tentang definisi berfikiran kreatif menurut beberapa sumber, termasuk kemampuan menciptakan ide-ide baru, empat komponen berfikiran kreatif yaitu kelancaran, fleksibilitas, pengembangan, dan keaslian, serta kaitannya dengan penyelesaian masalah. Dokumen tersebut juga membahas ciri-ciri berfikiran kreatif seperti keberanian, imajinasi, dan perkemb
2. Kamus Dewan (2000) memberi maksud
berfikiran kreatif sebagai mempunyai
kebolehan untuk mencipta,menghasilkan dan
seterusnya mengembangkan sesuatu idea yang
baru dan asli.
Kreatif juga merupakan keupayaan
seseorang untuk mencipta sesuatu yang baru
dan pada masa yang sama mampu mengolah
idea.
3. Bloom ( 1956 ) mendefinisikan kemahiran
kreatif sebagai sintesis yang bermaksud
kebolehan seseorang menganalisis maklumat
dan membentuk semula maklumat tersebut
supaya menjadi idea yang unik.
Torrance ( 1963) berpendapat pemikiran
kreatif terbentuk daripada empat kemahiran
iaitu kelancaran,f leksibel,penghuraian dan
keaslian.
Kelancaran merujuk kepada kebolehan
seseorang menjana idea yang banyak.
4. Fleksibel pula adalah kebolehan
menghasilkan idea yang berbeza.
Penghuraian pula bermaksud kebolehan
memperluaskan dan mengembangkan idea
secara mendalam dan keaslian pula merujuk
kepada kebolehan berfikir secara luar biasa
dan menggunakan sesuatu perkara dengan
sendiri.
Hayers ( 1981 dalam Beyer 1988 ) mengaitkan
pemikiran kreatif dengan penyelesaian
masalah , dimana operasi kognitif menjadi
dasar dalam pemikiran kreatif.
5. Mengenal pasti masalah ,menjana idea dan
perancangan pula merupakan komponen dalam
menyelesaikan masalah.
John Arul (1997 ) turut berpendapat pemikiran
kreatif sebagai aktiviti mental yang menumpukan
kepada penghasilan idea dan kaedah baru.
Clarke dan Biddle ( 1993) berpendapat berfikir
secara kreatif adalah proses yang menggunakan
teori untuk menganalisis situasi , kejadian masa
depan dan menyelesaikan masalah yang dilalui.
6. Perkins (1985) berpendapat pemikiran kreatif adalah
pemikiran yang dicorakkan untuk menghasilkan keputusan
atau hasil kreatif.
CIRI – CIRI PEMIKIRAN KREATIF
Keberanian:Pemikiran kreatif mengandungi ciri keberanian untuk menjana
idea, dan sanggup menerima risiko dan kritikan orang lain.
Imaginasi : Pemikiran kreatif mengandungi ciri imaginasi serta kemahiran
sintesis untuk mencantumkan idea –idea sedia ada.
Perkembangan Idea : Pemikiran kreatif mengandungi ciri perkembangan idea
yang dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru.
Reka Cipta : Pemikiran kreatif mengandungi ciri reka cipta yang berasaskan
kemahiran sintesis untuk menghasilkan idea yang baru.
7. PERBEZAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS
Kemahiran berfikir kritis kemahiran berfikir kreatif
Membanding dan membezakan menjana dan menghasilkan idea
mengkategorikan membuat hipotesis
Menghuraikan mengsintesis
Merumuskan dan meramal menghubungkaitkan
Persamaan
Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah