SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 19
Descargar para leer sin conexión
TOPIK 1     ASAS KAJIAN




TOPIK 1              ASAS KAJIAN
                     Dr. David Lim Chong Lim


PENGENALAN
Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu
kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah “kajian” biasa
digunakan dengan makna “pengutipan data” (data collection). Ahli-ahli politik menyatakan
mereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahli-ahli perniagaan memaparkan
hasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang produk yang mereka jual.

Dalam kajian, pengutipan data adalah penting kepada hala tuju masa depan penyelidik
atau organisasi/institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yang menaja sesuatu kajian
itu. Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah pendidikan dikaji oleh para guru
untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baru yang boleh membantu guru-
guru meningkatkan prestasi mereka dan juga pelajar-pelajar mereka.

Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang
akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini tidak dapat
ditafsir dengan baik, ia tidak dianggap sebagai satu kajian. Secara ringkas, data kajian
perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal
ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian
tentang sesuatu/beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajian
dibuat dengan menggunakan hubungan logik yang tidak hanya berlandaskan kepercayaan
yang tidak mempunyai bukti nyata. Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan
penjelasan tentang kaedah pengutipan dan penganalisisan data, memberi penakrifan yang
sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh
serta menjelaskan segala batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian.



OBJEKTIF
Selepas anda tamat membaca topik ini, anda sepatutnya boleh:

   1.    menjelaskan asas-asas kajian dan pelbagai jenis kajian;
   2.    mengenal pasti kriteria kajian berkualiti; dan
   3.    menjelaskan tanggungjawab etika seseorang penyelidik dan pengguna/penaja
         kajian.




OUM
                                                                                           1
ASAS KAJIAN       TOPIK 1




PETA MINDA TOPIK



                                                       Kajian Dalam
                                                        Pendidikan




                                                     Inkuiri Saintifik
                                                     • Alternatif
                                                     • Kelebihan

                     Kajian



                                                      Kriteria Kajian
                                                        Berkualiti




                                                       Etika Kajian




1.1    MENGAPA MENYELIDIK?
Secara dasarnya, kajian dibuat untuk mengutip maklumat secara sistematik sebagai satu
langkah ke arah menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Tujuan kajian boleh dikelaskan
seperti berikut:




                                                                               OUM
2
TOPIK 1     ASAS KAJIAN




                          Rajah 1.1: Tujuan menjalankan kajian


Projek kajian boleh diletakkan dalam satu kontinum berdasarkan kepada tujuan dan
konteks penyeliddikan. Pada satu hujung, kajian dibuat hanyalah untuk meningkatkan
kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak
mengambil kira aplikasi hasil kajian. Kajian jenis ini secara amnya dikenali sebagai kajian
asas (basic research) atau kajian tulen (pure research). Kajian asas memajukan
pengetahuan asas tentang dunia sosial. Ia menjadi sumber kepada kebanyakan idea
saintifik dan cara berfikir tentang dunia ini.

Pada hujung lagi satu, terdapat kajian yang hasilnya dapat digunakan untuk
menyelesaikan masalah harian. Kajian jenis ini dikenali sebagai kajian gunaan (applied

OUM
                                                                                        3
ASAS KAJIAN       TOPIK 1




    research). Penyelidik gunaan menggunakan pengetahuan mereka untuk menjawab
    soalan atau menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau
    menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan.


    Latihan 1.1
    Apakah perbezaan utama antara kajian asas dan kajian gunaan?



1.2       KAJIAN DALAM PENDIDIKAN

    1.   Apakah hubungan antara guru dengan kajian dalam konteks
         pendidikan?
    2.   Mengapakah guru perlu menjalankan kajian?
    3.   Bagaimanakah kajian dapat membantu guru melihat semula, menilai
         dan memperbaiki amalan pengajaran mereka?


Sekiranya kita tidak menghadapi sebarang masalah, maka segala ilmu kita akan menjadi
tetap, iaitu tidak pernah berubah. Semua pengetahuan, maklumat dan penyelesaian
kepada setiap masalah mudah diperoleh. Kita tidak perlu mempersoalkan kesahan,
andaian atau makna sebenarnya. Dalam keadaan sebenar, jawapan kepada
pemasalahan yang kita hadapi tentunya tidak boleh didapati semudah itu, disebabkan
wujudnya jurang antara pengetahuan kita dengan pengetahuan umum dan juga
pengetahuan umum itu sendiri. Di tempat kerja, misalnya, kita sentiasa menghadapi
masalah berkaitan kerja kita, yang tidak mempunyai penyelesaian mudah. Kita tercabar
untuk membuat refleksi tentang andaian, nilai dan amalan; menyoal dan mencari kaedah
untuk memperbaiki proses kerja kita supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan
maklumat yang betul, yang seterusnya dapat memperbaiki amalan profesional kita.

Para guru, seperti juga kumpulan profesional lain, dikatakan menghadapi cabaran yang
amat kompleks, iaitu daripada dinamika sosio-budaya, pedagogi, keadaan institusi
(institutional setting), polisi kurikulum dan sebagainya. Keadaan ini memaksa mereka
membuat adaptasi dan terus berfikir sepanjang mereka menjalankan tugas-tugas mereka.
Justeru, amat jelaslah bahawa para guru perlu menjalankan kajian, iaitu inkuiri yang
sistematik ke atas masalah dan isu yang telah dikenalpasti berkaitan dengan tugas-tugas
mereka. Pada dasarnya, mereka perlu mendapatkan pengetahuan sedia ada dalam
bidang pendidikan, dan juga daripada disiplin-disiplin ilmu erkaitan seperti sosiologi,
psikologi, antropologi dan falsafah (Freebody, 2003).


1.2.1      Kajian Kuantitatif dan Kualitatif

Terdapat beberapa jenis kajian yang boleh dilakukan oleh guru untuk menangani masalah
amalan yang mereka hadapi. Setiap jenis kajian mempunyai matlamat dan kaedahnya
tersendiri. Berikut dijelaskan perkara-perkara asas yang membezakan jenis-jenis kajian ini,
manakala topik-topik lain dalam modul ini akan memberi penjelasan secara lebih
mendalam.


                                                                                   OUM
4
TOPIK 1     ASAS KAJIAN



Kajian kuantitatif adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan
fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk
memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada
amalan dan polisi (Ary, Jacobs & Razavieh, 2002; Brown & Dowling, 1998). Kelebihan
kajian ini ialah ia berasaskan kepada kerangka teori yang berkaitan framework). Selain itu,
data numerik lebih meyakinkan penyelidik dan pengguna tentang fenomena yang secara
logik (coherent theoretical diselidik, dan penakulan kuantitatif dianggapkan mempunyai
lebih tinggi kebolehpercayaan dan kesahan.

Bagaimanapun, kajian ini mempunyai kelemahan utama, iaitu pengkuantifan semata-mata
tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kebanyakan masalah dalam pendidikan.
Bagaimanakah kita mengkuantitatifkan “perkara” seperti perasaan, keredaan dan hasrat
tersembunyi? Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ary et al. (1998: 22), untuk mengkaji
tingkah laku ganas pelajar di sekolah, misalnya, penyelidik perlu mengkaji lebih daripada
hanya melapor jenis dan bilangan peristiwa (incidents). Dia perlu memerhati dan menemu
bual pelajar-pelajar ganas dan cuba mencari sebab mengapa mereka menjadi ganas dan
juga bertanya mereka soalan seperti: “Bagaimana pelajar-pelajar ini mempersepsikan guru
mereka dan pelajar-pelajar di sekolah?”, “Bagaimanakah pelajar-pelajar lain bertindak
terhadap mereka?”, Bagaimanakah guru menangani tingkah laku ganas”. Soalan-sialan
begini memerlukan jawapan dalam bentuk kualitatif, iaitu berfokus kepada pemahaman
fenomena sosial daripada perspektif peserta kajian.

Kajian Kualitatif, sebagaimana yang dijelaskan oleh Brown dan Dowling (1998), ialah
kajian yang menekankan kepada penghasilan makna (production of meaning). Berlainan
daripada hanya bergantung kepada fakta dan rahah, ujian, dan juga persampelan seting
dan subjek kajian; kajian kualitatif mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian
kualitatif, iaitu pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang
(intended & unintended consequences), keanihan seseorang (idiosyncrasies), dan
sebagainya.

                 Jadual 1.1: Perbezaan antara Kajian Kuantitatif dan Kualitatif

                              Kuantitatif                                 Kualitatif

 Tujuan          Menyelidik   hubungan,     sebab    dan    Memahami fenomena sosial.
                 kesan.

 Reka Bentuk     Dibentuk sebelum kajian dijalankan.        Dibentuk semasa kajian dijalankan.

 Pendekatan      Deduktif; menguji teori.                   Induktif; menjana teori.

 Alat-alat       Menggunakan alat-alat piawai.              Menggunakan interaksi bersemuka.

 Sampel          Menggunakan sampel besar.                  Menggunakan sampel-sampel kecil.

 Analisis        Analisis statistik ke atas data numerik.   Deskripsi dan interpretasi naratif.

               Sumber: Ary, Jacobs & Razavieh (2002). Introduction to Research in
                          Education. 6th ed. Belmont CA: Wadsworth




OUM
                                                                                                  5
ASAS KAJIAN        TOPIK 1




1.2.2      Kajian Tindakan

Salah satu daripada bentuk kajian pendidikan yang kerap digunakan pada masa ini ialah
penyeldikan tindakan (action research), iaitu satu jenis inkuiri berebentuk reflektif-kendiri
yang mempersoal, mengkritik dan menteorikan andaian-andaian yang mendasari idea,
pemahaman dan amalan penyelidik sendiri. Sebagaimana yang dijelaskan oleh McNiff
(2002: 15):


    Kajian tindakan ialah cara tertentu menyelidik pembelajaran anda sendiri. Ia adalah
    cara yang praktikal untuk anda menilai amalan anda sama ada telah mencapai tahap
    yang sepatutnya. Sekiranya anda berpuas hati dengan amalan anda, anda boleh
    menjelaskan bagaimana dan mengapa anda rasa demikian dan memberikan bukti
    untuk menyokong tuntutan anda. Sekiranya anda rasa amalan anda perlu diberi
    perhatian, anda boleh bertindak untuk memperbaikinya dan menunjukkan bukti
    setakat mana amalan itu telah dibaiki.



Kajian tindakan juga digunakan dalam bidang-bidang lain seperti kajian sosial dan
pengurusan untuk meningkatkan profesionalime. Bagaimanapun, tiada satu pun
pendekatan kepada kajian tindakan, sebab penyelidik secara individu akan memberi
penekanan kepada pelbagai aspek kajian, seperti aspek teknikal atau nilai yang diperoleh
daripada kajian. Secara amnya penyelidik-penyelidik akan melalui langkah-langkah asas
berikut (McNiff 2002):




                                                                                     OUM
6
TOPIK 1   ASAS KAJIAN




                        Rajah 1.2: Langkah-langkah asas dalam kajian tindakan


Kajian tindakan adalah tidak linear, tetapi melibatkan proses putaran yang akan
mewujudkan putaran baru kajian tindakan dalam jangka masa tertentu. Bagi kajian yang
mengambil masa panjang, penyelidik boleh memecahkannya kepada beberapa bahagian,
yang mana laporannya boleh ditulis sebagai beberapa kertas kajian yang berbeza.




OUM
                                                                                   7
ASAS KAJIAN         TOPIK 1




    Fikirkan beberapa topik kajian yang anda berminat dan senaraikannya dalam
    sehelai kertas. Tanya diri anda mengapa anda berminat tentang topik-topik
    ini dan bagaimana kajian ini dapat membantu anda dan murid-murid anda
    nanti.

    Berikut adalah beberapa topik sebenar kajian pendidikan yang telah
    dijalankan oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda dan Sarjana daripada sebuah
    universiti tempatan yang boleh menjadi panduan kepada anda untuk memilih
    topik kajian:

    •   Respons daripada pelajar terhadap maklum balas guru (Teh Yock Suak)
    •   Keberkesanan paradigme      pengajaran   terus   terhadap   pengajaran
        inferensi (Ellen Drabble)
    •   Penggunaan teknik motivasi untuk meningkatkan kemahiran bacaan
        (Puteri Rohani Megat Abdul Rahim)
    •   Struktur pengetahuan metakognitif guru-guru pelatih: Satu kajian kes
        (Ranjit Singh Gill)
    •   Penggunaan strategi CIS ke atas pengurusan universiti dan formulasi
        UIS (Qiang Qian)



    Sampel Kertas Kajian yang Diterbitkan

    1. “Reflecting and learning together: Action research as a vital element of
       developing understanding and practice.” Tina Cook. Educational
       Action Research 12.1 (2004)

    Kertas ini, “Refleksi dan pembelajaran bersama: Kajian tindakan sebagai
    unsur penting untuk membina kefahaman dan amalan”, menjelaskan
    bagaimana pendekatan kajian tindakan membantu peserta dalam
    memperbaiki amalan mereka dan bekerja sama. Proses membuat refleksi
    dan belajar bersama dalam projek ini membantu peserta untuk berfikir,
    mempelajari sesuatu, mereka bentuk, menunjuk dan menukar unsur-unsur
    amalan mereka berpandukan bukti-bukti yang dikumpul. Unsur utama dalam
    kertas ini ialah bagaimana refleksi ‘in action’ dan ‘on action’ (Schön)
    membantu peserta daripada latar belakang berbeza untuk memahami dan
    memperbaiki amalan mereka melalui peningkatan pengetahuan dan
    keyakinan diri serta pengetahuan mereka daripada perspektif orang lain.

    2. “The assessment of second language teaching.” Craig Thaine. ELT
        Journal 58.4 (2004).
    Kertas ini, “Penaksiran pengajaran bahasa kedua”, melaporkan projek kajian
    tindakan tentang penaksiran pengajaran bahasa kedua. Kajian dilaksana
    berasaskan Cambridge Certificate in English Language Teaching to Adults
    (CELTA) dan berfokus kepada bagaimana kriteria penaksiran untuk sijil
    ini ditafsir dan dioperasikan oleh pendidik guru di New Zealand. Dapatan
    kajian menunjukkan bagaimana beberapa kriteria diterlebih generalisasi atau


                                                                                    OUM
8
TOPIK 1    ASAS KAJIAN




 bertindih dengan kriteria lain, yang menimbulkan pula masalah kepada
 kebolehpercayaan (reliability). Kertas ini mencadangkan beberapa cara
 bagaimana kriteria ini boleh diubah suai. Isu-isu yang dibangkitkan adalah
 penting kepada para pendidik guru bahasa Inggeris, atau lebih meluas,
 kepada para pendidik guru bahasa kedua.

 3. “Perceived needs of educational administrators for student services
    offices in a Chinese context: School counselling programs addressing
    the needs of children and teachers”. Sonya Corbin Dwyer & Kathryn
    McNaughton. School Psychology International 25.3 (2004).

 Keadaan di negara China hari ini memerlukan pendekatan secara holistik
 terhadap pendidikan. Dalam seminar di Changchun, para pentadbir kanan
 telah mencadangkan supaya Pejabat Perkhidmatan Pelajar diwujudkan di
 sekolah-sekolah rendah. Kajian ini meneliti 19 rancangan tindakan para
 pendidik Timur Laut China yang menyarankan matlamat pejabat ini. Dapatan
 kajian menunjukkan terdapat literatur tentang model program bimbingan
 untuk membantu pembangunan akademik, kerjaya dan keperluan
 peribadi/sosial pelajar. Selain itu, para pendidik berpendapat bahawa
 matlamat pejabat ini perlu meliputi bantuan kepada guru untuk mengatasin
 isu-isu peribadi dan kerja mereka. Implikasi dari segi kajian antarabangsa
 dan cadangan untuk mengkaji program kaunseling turut dikemukakan.

 4. “Learning mathematics in a classroom community of inquiry.” Merrilyn
     Goos. Journal for Research in Mathematics Education 35.4 (2004).

 Kertas ini, “Pembelajaran matematik dalam bilik darjah berkomuniti inkuiri”,
 cuba menjawab persoalan tentang apakah tindakan tertentu yang perlu
 diambil guru untuk mewujudkan budaya inkuiri dalam kelas matematik
 sekolah menengah. Teori-teori pembelajaran sosio-budaya dijadikan
 kerangka untuk meneliti amalan pengajaran dan pembelajaran dalam sebuah
 kelas dalam masa dua tahun. Konsep “zon pembangunan proksimal” (zone
 of proximal development - ZPD) digunakan sebagai kerangka asas untuk
 menjelaskan pembelajaran sebagai “peningkatan penyertaan dalam komuniti
 yang mengamalkan inkuiri dalam matematik”.


 Analisis berkisar kepada pemerhatian dalam bilik darjah serta temu bual dengan para
 pelajar dan guru untuk menunjukkan bagaimana guru menentukan norm dan amalan
 yang berfokus kepada pemahaman matematik dan justifikasi tentang idea dan
 penghujahan serta untuk mencerap amalan pembelajaran yang para pelajar gunakan
 sebagai respons mereka kepada kaedah inkuiri ini.



1.3     KAEDAH INKUIRI SAINTIFIK DALAM KAJIAN
Matlamat sains ialah untuk mengembangkan ilmu dan mencari kebenaran. Penyelidik pula
cuba mencapai matlamat ini melalui teori-teori dan hipotesis-hipotesis. Ramalan
(predicting) dan pemahaman merupakan dua daripada tujuan kita menggunakan teori.

OUM
                                                                                       9
ASAS KAJIAN         TOPIK 1




Untuk membuat ramalan, kita perlu tahu dan faham mengapa pemboleh-pemboleh ubah
(variables) berkait, yang sememangnya memerlukan teori. Teori adalah pernyataan yang
menjelaskan pertalian antara beberapa pemboleh ubah dalam sesuatu fenomena bersama
sebab dan kesannya. Kaedah saintifik adalah satu siri langkah-langkah yang diguna untuk
membangunkan dan menghalusi sesuatu teori.

Kaedah dan pemikiran saintifik amat bergantung kepada konsep-konsep yang
membolehkan kita memahami sesuatu perkara serta berfikir tentangnya dan
berkomunikasi dengan orang lain secara abstrak. Konsep pada peringkat tinggi diguna
untuk menjelaskan perkara-perkara yang lebih spesifik, yang tidak dapat dicerap (observe)
secara terus. Konsep dan konstruk digunakan pada peringkat teori, sementara pemboleh
ubah digunakan pada peringkat empirikal.

Proses kajian saintifik digunakan untuk membina dan menguji pelbagai hipotesis melalui
pemikiran induktif-deduktif. Kajian saintifik menggunakan proses tertentu yang
menggabungkan pemikiran induktif dan deduktif serta pencerapan dan pengujian hipotesis
kepada aktiviti-aktiviti yang berasaskan pemikiran reflektif. Setiap orang akan menganalisis
masalah yang sama dengan cara yang berbeza bergantung kepada persepsi masing-
masing yang telah dilazimkan oleh persekitaran yang berbeza. Justeru, jenis persoalan
yang timbul akan berbeza mengikut kefahaman seseorang tentang sesuatu fenomena.
Perlu diingatkan bahawa inkuiri saintifik adalah salah satu daripada kaedah menganalisis
masalah, tetapi terdapat juga beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan permasalahan kita.

Apakah itu sains? Sains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu
pengetahuan. Kepada kebanyakan orang, gambaran/imej sains dapat dilihat melalui dua
klasifikasinya, iaitu sains fizikal (matematik, fizik, kimia, biologi) dan sains sosial (psikologi,
sosiologi, ekonomi). Subjek sains akan menentukan teknik dan alat yang digunakan dalam
kajian. Matlamat utama sains ialah untuk menghasilkan generalisasi yang sah dan mencari
hubungan antara beberapa pemboleh ubah. Melalui pemahaman hubungan ini, penyelidik
akan dapat memahami fenomena yang dikaji, membuat ramalan dan menentukan
hubungan penyebab (causal relationships). Sains mempunyai ciri-ciri berikut:

                                    Jadual 1.2: Ciri-ciri Sains

                                          Ciri-ciri Sains
     Empirikal             Data empirikal diperoleh mengikut keadaan tertentu.

     Boleh diulang         Kajian boleh diulang mengikut keadaan, sampel dan kaedah yang
     (replicable)          digunakan sebelumnya.

     Analitikal            Ia mengikut kaedah saintifik untuk memecah dan menjelaskan
                           fakta empirikal.
     Berasaskan teori      Ia bergantung kepada pengetahun lepas.

     Logikal               Kesimpulan dibuat berasaskan logik dan hasil kajian.

     Teliti                Usaha dibuat untuk mengurangkan kesilapan.




                                                                                           OUM
10
TOPIK 1     ASAS KAJIAN




1.4      ALTERNATIF KEPADA SAINS DALAM PENGHASILAN ILMU

 “Sekiranya saya sentiasa kalah dalam permainan tenis, sekali lagi saya
 bermain, kebarangkalian saya menang akan meningkat.” Adakah terdapat
 kesilapan dalam logik ini? Jelaskan.



Maklumat dan ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber, selain sains. Kebanyakan
apa yang kita tahu adalah daripada apa yang diajar oleh ibu bapa kita, apa yang kita alami
sendiri, apa yang kita baca dalam buku-buku atau apa yang kita tonton dalam TV atau
filem. Pengetahuan daripada sumber-sumber ini biasa mencukupi untuk interaksi harian
kita, tetapi mungkin mempunyai kesilapan, seperti juga kajian saintifik yang menghasilkan
ilmu yang tepat dan berguna hanya untuk sesuatu masa atau konteks tertentu.

(a)    Autoriti
      Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, para guru dan pakar serta daripada
      buku dan media biasanya boleh diterima sebagai betul. Sandaran kepada autoriti
      untuk mendapatkan pengetahuan mempunyai kebaikan terutama dari segi mudah
      dan cepat mendapatkan pengetahuan. Bagaimanapun, ia mempunyai batasan
      tertentu sebab kepakaran seseorang itu mungkin lebih rendah daripada apa yang
      dijangkakan. Mereka mungkin memberi maklumat atau pengetahuan yang salah
      sebab terdapat juga pakar yang mempunyai tujuan tertentu yang tidak profesional
      dengan sengaja memberi maklumat yang salah untuk mengembangkan idea yang
      bias.

(b)   Tradisi
      Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia
      telah melalui ujian masa, dan justeru boleh dipercayai. Apa yang jarang disebut ialah
      pengetahuan yang diturunkan daripada generasi ke generasi itu mungkin
      berasaskan kepada beberapa prasangka yang tidak rasional, yang menjadikan
      pengetahuan itu sebagai “natural” atau ianya mungkin telah berubah setiap kali ia
      dipindahkan kepada generasi baru.

(c)   Pengetahuan Umum
      Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa yang diketahui oleh
      semua orang yang mempecayainya. Pengetahuan umum (commonsense) ini adalah
      penting dalam kehidupan harian, tetapi ia mungkin membenarkan kepalsuan logik
      mempengaruhi pemikiran kita. Ia juga boleh menyebarkan idea yang salah, yang kita
      tidak sedar tentangnya, dan menyebabkan kita menerima maklumat yang salah.

(d)   Mistri Media
      Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah penting kepada kita
      sebagai sumber maklumat. Bagaimanapun, apa yang mereka sajikan mungkin tidak
      memberi gambaran sebenar, yang mungkin disebabkan oleh pelaporan yang kurang
      tepat, kesilapan yang disebabkan kekurangan pengetahuan atau amat bergantung
      kepada autoriti, tradisi atau pengetahuan umum sebagai sumber maklumat.

(e)   Pengalaman Peribadi
      Apabila sesuatu berlaku, kita dapat merasainya, kita dapat mengalaminya, dan kita
      terimanya sebagai benar. Pengalaman peribadi merupakan sumber pengetahuan

OUM
                                                                                        11
ASAS KAJIAN    TOPIK 1




      yang penting kepada kita, tetapi ia juga dapat memesongkan (distort) kita. Apa yang
      kita rasa benar, mungkin satu kesilapan atau persepsi/keputusan yang terpesong.
      Pengalaman peribadi ini dikukuhkan melalui empat kesilapan utama:

      •   Terlebih generalisasi (overgeneralisation): iaitu, apabila kita memperoleh bukti
          yang membawa kepada kepercayaan kita, kita mengandaikan perkara ini benar
          dalam situasi-situasi lain.

      •   Pencerapan terpilih (selective perception): iaitu, apabila kita memberi tumpuan
          kepada perkara tertentu sahaja dan tidak kepada perkara-perkara lain. Fokus ini
          menjadi lebih kuat sekiranya perkara itu serasi dengan idea prapencerapan
          (preconceived) kita.

      •   Keputusan lebih awal (premature closure): iaitu keputusan yang kita buat
          apabila kita rasa kita sudah pun mempunyai segala jawapan yang kita perlukan
          dan kita rasa kita tidak perlu lagi mendengar pendapat orang lain, mencari
          maklumat lain atau menimbulkan persoalan lain.

      •   Kesan Halo (Halo effect): iaitu, apabila kita terlebih membuat generalisasi
          terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlang, yang
          membawa kita kepada memberi penilaian yang berlebihan kepada objek atau
          orang tersebut.


1.5       KEBAIKAN PENDEKATAN SAINTIFIK
Faktor kritikal yang membezakan kajian yang menggunakan pendekatan saintifik daripada
kajian yang menggunakan sumber pengetahuan lain ialah kajian saintifik lebih daripada
proses pengutipan dan penganalisisan data. Pendekatan saintifik adalah berasaskan dua
perkara penting, iaitu logik and pencerapan. Kedua-dua aspek ini adalah penting yang
berkait dengan tiga aspek utama pendekatan sains, iaitu teori saintifik, pengutipan data
dan penganalisisan data.




                               Rajah 1.3: Pendekatan saintifik


                                                                                   OUM
12
TOPIK 1       ASAS KAJIAN




1.5.1      Model Sains Tradisi

Dalam model sains tradisi, terdapat tiga unsur utama, iaitu:

(a)     Teori – digunakan untuk menggarap idea yang dihasilkan dalam bentuk hipotesis.

(b)     Operasionalisasi – menyatakan makna semua pemboleh ubah yang terlibat dan
        bagaimana pemboleh ubah ini diukur. Ia adalah satu proses untuk menyatakan
        definisi operasional, atau menyatakan operasi terperinci untuk mengukur pemboleh
        ubah.

(c)     Pencerapan – melihat dan membuat pengukuran ke atas apa yang dilihat.
        Pencerapan digunakan untuk membukti sesuatu hipotesis atau sebaliknya.


1.5.2      Model Deduktif dan Induktif

Kajian melibatkan penggunaan teori. Semasa kita mereka bentuk kajian, teori mungkin
atau mungkin tidak dinyatakan secara eksplisit, walaupun ia perlu dinyatakan secara
eksplisit semasa kita mempersembahkan dapatan kajian dan kesimpulannya.

(a)     Model Induktif – bergerak daripada perkara spesifik kepada umum (general),
        daripada satu set pencerapan tertentu (specific observations) kepada penemuan
        bentuk (discovery of a pattern) yang mempunyai susunan. Dalam model ini, prinsip-
        prinsip umum dibina daripada pencerapan yang spesifik.

(b)     Model Deduktif – bergerak daripada umum kepada spesifik. Daripada satu bentuk
        tertentu yang dijangka berasaskan logik atau teori kepada pencerapan yang menguji
        sama ada bentuk yang dijangka itu sebenarnya wujud. Dalam model ini, hipotesis
        tertentu dibina berasaskan prinsip-prinsip umum.


                                            Hipotesis




      DEDUKSI           Teori-teori                            Pencerapan     INDUKSI




                                           Generalisasi
                                            Empirikal



                     Rajah 1.4: Hubungan antara model induktif dan deduktif




OUM
                                                                                         13
ASAS KAJIAN       TOPIK 1




1.6      KRITERIA KAJIAN YANG BAIK
Pengetahuan yang berguna dan boleh dipercayai hanya diperoleh daripada kajian yang
dirancang, dilaksana dan diuji dengan baik. Kajian yang baik biasanya mempunyai ciri-ciri
saintifik berikut:

(a)   Tujuan Kajian yang Jelas
      Sebab atau tujuan menjalankan kajian perlu dinyatakan dengan jelas untuk
      mengelakkan kekeliruan. Tujuannya mungkin untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk
      menyelesaikan satu set masalah, atau untuk mencari prinsip-prinsip umum atau
      mentafsir tingkah laku yang boleh digunakan untuk menjelas, meramal atau
      mengawal peristiwa (event) dalam situasi tertentu. Justeru, penyelidik perlu
      menyatakan tujuan kajian secara bertulis dengan jelas, termasuk skop dan batasan
      kajian serta definisi yang tepat kepada istilah-istilah utama yang digunakan.

(b)   Penerangan yang Jelas tentang Proses Kajian
      Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulang dan
      disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain. Sumber literatur dan data, dan juga kaedah
      yang digunakan untuk mengutip data perlu dinyatakan secara eksplisit, kecuali
      sumber yang perlu dirahsiakan. Sekiranya sumber dan/atau kaedah tidak dinyatakan
      dengan jelas, persoalan tentang kebolehpercayaan dan kesahan akan timbul.

(c)   Perancangan dan Pelaksanaan yang Sistematik
      Proses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untuk mengurangkan
      ralat (error). Sekiranya kita menggunakan data dasar (primary data), sampel kajian
      perlu dijelaskan dan bukti perwakilannya perlu ditunjuk. Usaha perlu dibuat untuk
      mengurangkan pengaruh atau bias penyelidik semasa memilih dan merekod data.

(d)   Piawai Etika yang Tinggi
      Sesuatu projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta
      kajian daripada prasangka atau bahaya, yang pada masa yang sama dapat
      menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang tinggi. Aspek etika akan
      dibincangkan dengan lebih panjang kemudian.

(e)   Dapatan yang Dibincang dengan Jelas
      Penyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis
      ini perlu dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dan kesahan data
      perlu disemak dan disahkan; dapatan kajian perlu diterangkan dengan jelas.
      Sekiranya ujian statistik digunakan, penyelidik perlu menyatakan keberangkalian
      kesignifikanannya dan margin ralat yang digunakan. Penyampaian dapatan kajian
      perlu dibuat secara terbatas, jelas, tepat, menyeluruh, mudah difahami dan disusun
      supaya mudah dibaca. Sebarang generalisasi yang melebihi bukti akan mengundang
      impresi yang tidak baik.

(f)   Batasan Kajian Dinyatakan dengan Jelas
      Oleh sebab setiap projek kajian menghadapi batasan tertentu, penyelidik perlu
      menyatakan batasan-batasan ini atau kesilapan yang berlaku semasa kajian
      dijalankan, yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian. Bagaimanapun,
      sesetengah batasan tidak memberi kesan besar kepada dapatan kajian, tetapi ada
      batasan yang boleh mengganggu keseluruhan kajian. Sekiranya penyelidik
      menyatakan kajiannya tidak mempunyai apa-apa batasan, mungkin ia boleh
      dipersoalkan.


                                                                                   OUM
14
TOPIK 1     ASAS KAJIAN




 Yang mana antara ciri-ciri kajian di atas yang anda rasa paling penting?
 Mengapa?




Latihan 1.2

Tandakan (B ) sekiranya betul atau (S) sekiranya salah.

 Pernyataan                                                  Betul/Salah

 1.   Dalam deduksi, kita mula daripada mencerap data dan
      membina generalisasi dan kemudian menjelaskan
      hubungan antara pemboleh ubah yang dicerap.
 2.   Teori membantu kita memahami apa yang kita cerap.

 3.   Model tradisi sains menggunakan logik induktif.

 4.   Hipotesis yang baik ialah yang boleh diuji.
 5.   Peranan teori ialah penyampaian (representation),
      sementara model ialah penjelasan.
 6.   Dalam deduksi, kita mula daripada mencerap data dan
      membina generalisasi dan kemudian menjelaskan
      hubungan antara pemboleh ubah yang dicerap.



 Lawati laman web berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut
 tentang kajian.

 http://www.support4learning.com/education/research.htm



1.7     ETIKA KAJIAN
Etika adalah norma yang memandu kita untuk membuat pilihan, bertingkah laku dan/atau
berhubung dengan orang lain. Dalam kajian, etika merujuk kepada kesesuaian tingkah
laku penyelidik terhadap mereka yang menerima kesan kajian, sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Penyelidik perlu memberi perhatian yang serius terhadap masalah
berkaitan etika yang mungkin berlaku. Secara dasarnya, sebagaimana yang dinyatakan
oleh McNamee (2002), subjek kajian (misalnya, satu kumpulan pelajar di sekolah
kerajaan) mempunyai hak untuk mengetahui tentang jenis dan tujuan kajian, dan sama
ada mereka ingin menyertai kajian atau tidak. Masalah etika boleh timbul daripada
pelbagai sumber, yang secara amnya telah dikenal pasti oleh Cohen et al. (2000) sebagai
meliputi:




OUM
                                                                                    15
ASAS KAJIAN       TOPIK 1




•    jenis projek kajian;
•    konteks kajian;
•    prosedur yang akan digunakan;
•    kaedah pengutipan data;
•    jenis peserta;
•    jenis data yang dikutip; dan
•    penggunaan praktikal data yang dikutip.

Antara isu-isu etika termasuk:

•    kerahsiaan peserta kajian;
•    penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian
     kajian atau sepenuhnya;
•    keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta;
•    menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti;
•    reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor
     dapatan-dapatan kajian; dan
•    tingkah laku dan keobjektifan penyelidik.

Di peringkat awal kajian, penyelidik perlu memohon kebenaran untuk mendapatkan bahan-
bahan daripada agensi, organisasi atau individu berkenaan. Masalah etika mungkin akan
timbul sekiranya badan-badan yang memberi kelulusan tidak diberi penjelasan secukupnya
atau peserta tidak jelas tentang objektif kajian. Isu-isu berkaitan privasi mungkin timbul
apabila, misalnya, penyelidik secara tidak sengaja atau sebaliknya menceroboh privasi
bakal peserta atau penyampai maklumat apabila penyelidik membuat panggilan pada
masa yang tidak sesuai.

Pemerolehan data sekondar (secondary data) juga boleh menimbulkan masalah salah laku
etika, misalnya, apabila penyelidik mengambil data peribadi individu yang enggan
menyertai sesuatu projek kajian. Contoh polisi kajian diberi di bawah:




                                                                                  OUM
16
TOPIK 1        ASAS KAJIAN




   1.1. Australian National University (selepas ini "Universiti") bertanggungjawab mematuhi piawai integriti
   kajian tertinggi dan memestikan para penyelidik menunjukkan piawai etika profesional tertinggi. Penyelidik
   mempunyai tanggungjawab menentukan kerja-kerja mereka membantu menyemarakkan profesion mereka
   dan juga Universiti di mana mereka berkhidmat.

   1.2. Polisi ini menjelaskan piawai untuk semua orang yang mengendalikan kajian di Universiti ini, termasuk
   staf, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah serta pelawat akademik ke Universiti ini. Ia juga memberikan
   kerangka yang akan melindungi penyelidik daripada kemungkinan salah faham dan juga memberikan
   langkah-langkah untuk diikuti sekiranya terdapat sebarang kecurigaan atau tuduhan berkaitan salah laku
   kajian. Semua pertanyaan berkaitan kepatuhan kepada polisi ini hendaklah ditujukan kepada Timbalan Naib
   Canselor (Kajian).

   1.3. Prinsip am yang menjadi panduan kepada kajian telah lama digubal. Yang penting antaranya ialah
   menegakkan piawai etika serta kesahan dan ketepatan dalam pengutipan dan pelaporan data. Penyelidik
   bertanggungjawab untuk mencapai dan mengekalkan piawai keluhuran intelektual tertinggi apabila
   melaksanakan kajian.

   1.4. Tanggungjawab komuniti kajian kepada orang awam dan ia sendiri hendaklah diberi pengiktirafan
   sewajarnya. Tanggungjawab ini menjadi lebih penting sekiranya amalan profesional atau polisi awam
   didefinisi atau diubah berdasarkan dapatan kajian.

   1.5. Proses kajian akan mengawal kebenaran. Komunikasi antara ahli-ahli penyelidik; menyelenggara dan
   rujukan terhadap rekod kajian; pembentangan dan perbincangan tentang kerja di mesyuarat pakar-pakar;
   penerbitan hasil, termasuk semakan rakan; dan ulangan kajian atau sambungan kajian oleh penyelidik lain;
   semuanya ini akan menyumbang kepada penambahbaikan dan peningkatan etika kajian.

   1.6. Pertandingan dalam kajian boleh memberi pengaruh kuat dan positif, membantu meningkatkan kualiti
   dan menyegerakan hasil kajian. Bagaimanapun, tekanan daripada pertandingan boleh menggugat amalan
   kajian yang baik, sekiranya ia menyebabkan penyediaan dan penyerahan laporan dibuat secara tergopoh-
   gapah, pembahagian laporan kajian kepada beberapa laporan kecil untuk memperbanyakkan penerbitan,
   atau terlalu mementingkan keselamatan sehingga kajian bertahap biasa, tanpa mencuba yang lebih kreatif
   dan inovatif.

   1.7. Apabila membuat interpretasi polisi ini, sifat sesuatu disiplin tertentu perlu diambil kira.

   1.8. Penyelidik perlu memahami polisi ini dan tentukan peruntukan-peruntukannya dipatuhi. Kegagalan
   mematuhi peruntukan-peruntukan ini boleh dijadikan sebab untuk tindakan disiplin.




             Rajah 1.5: Contoh dokumen polisi “Amalan Kajian yang Baik”
               Sumber:http://info.anu.edu.au/policies/Policies/Research/Other/
                            Responsible_Research_Practice.asp




Cadangkan tanggungjawab etika kajian pendidikan dan pembuat-keputusan
institusi.




OUM
                                                                                                                17
ASAS KAJIAN       TOPIK 1




RUMUSAN
Kerap kali dikatakan bahawa satu-satunya cara untuk mempelajari tentang kajian ialah
dengan melakukannya sendiri. Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa kata-kata ini benar,
tetapi seperti mana Bell (1999) dan lain-lain berpendapat, banyak masa akan terbuang
sekiranya prosedur-prosedur asas kajian tidak dipatuhi. Dalam topik ini, kita telah melihat
beberapa jenis kajian yang berbeza, tetapi mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk
menguji apa yang kita tahu dan menghasilkan pengetahuan baru atau cara baru kita
melihat dunia ini. Kajian yang baik mempunyai ciri-ciri yang sama, iaitu ianya sistematik,
menyatakan skop dengan jelas, mematuhi piawai etika yang tinggi dan menyatakan segala
batasannya.


GLOSARI

Kajian asas                  –     Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman
                                   teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru
                                   dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian.

Kajian gunaan                –     Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah
                                   harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau
                                   menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau
                                   perniagaan.

Kajian kuantitatif           –     Kajian  yang    menekankan    pemerolehan       fakta
                                   menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik
                                   data numerik untuk memahami dan menjelaskan
                                   sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan
                                   kepada amalan dan polisi.

Kajian kualitatif            –     Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna
                                   yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh
                                   kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif
                                   seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang,
                                   keanihan seseorang, dan sebagainya.

Kajian tindakan              –     Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan
                                   harian, sama ada telah mencapai tahap yang
                                   sepatutnya.


UJIAN 1

1.   Nyatakan dengan ringkas perbezaan antara kajian asas dan kajian gunaan.

2.   Jelaskan dengan ringkas mengapa kajian tindakan adalah penting kepada para guru.

3.   Salah satu daripada ciri-ciri kajian yang baik ialah: “Menyatakan batasan kajian
     dengan jelas”. Nyatakan dengan ringkas maksud ciri ini.



                                                                                   OUM
18
TOPIK 1   ASAS KAJIAN




UJIAN 2

Kajian boleh dibuat sama ada dengan menggunakan Model Induktif atau Model Deduktif.

1.     Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Induktif dan nyatakan bagaimana
       anda menggunakan model ini dalam kajian.

2.     Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Deduktif dan nyatakan bagaimana
       anda menggunakan model ini dalam kajian.

3.     Berikan satu contoh kajian tindakan yang boleh dibuat dengan menggunakan Model
       Deduktif.




OUM
                                                                                  19

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikankamektok2011
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)wmkfirdaus
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologiguest0321ac
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifshare with me
 
Penilaian projek
Penilaian projekPenilaian projek
Penilaian projekAdila Dila
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifmunnianwar
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohlnsmm
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanIzzi Farah
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianChon Seong Hoo
 

La actualidad más candente (20)

KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Kajian rintis
Kajian rintisKajian rintis
Kajian rintis
 
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
 
Apakah kajian rintis
Apakah kajian rintisApakah kajian rintis
Apakah kajian rintis
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatif
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kajian kualitatif
Kajian kualitatifKajian kualitatif
Kajian kualitatif
 
Penilaian projek
Penilaian projekPenilaian projek
Penilaian projek
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohl
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajian
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 

Destacado

Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliaisyamafiza
 
Presentation kajian lapangan
Presentation kajian lapanganPresentation kajian lapangan
Presentation kajian lapanganFakh Krul
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Pensil Dan Pemadam
 
Model Pembelajaran Berdasarkan Masalah
Model Pembelajaran Berdasarkan MasalahModel Pembelajaran Berdasarkan Masalah
Model Pembelajaran Berdasarkan MasalahMOHAMMAD YASIN, M.Pd
 
Contoh tulisan-ilmiah-laporan-penelitian
Contoh tulisan-ilmiah-laporan-penelitianContoh tulisan-ilmiah-laporan-penelitian
Contoh tulisan-ilmiah-laporan-penelitiannishaalifani
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahthongsewkim
 
Nota 1 Kajian Kes
Nota 1 Kajian KesNota 1 Kajian Kes
Nota 1 Kajian Kessyahums
 
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannya
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannyaPERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannya
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannyaIntan Dianna Bakar
 
Kpd 3026 unit pengajaran dan rph
Kpd 3026   unit pengajaran dan rphKpd 3026   unit pengajaran dan rph
Kpd 3026 unit pengajaran dan rphAzidah Abu Ziden
 
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan MasalahRancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan MasalahZuzan Michael Japang
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
Nota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian KesNota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian Kessyahums
 
DSKP Matematik KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Matematik  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Matematik  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Matematik KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
Tugasan 3 p kumpulan
Tugasan 3 p kumpulanTugasan 3 p kumpulan
Tugasan 3 p kumpulanMastura Nikli
 
Contoh kajian kes
Contoh kajian kesContoh kajian kes
Contoh kajian kesshimah123
 

Destacado (20)

Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razali
 
Koswer
KoswerKoswer
Koswer
 
Presentation kajian lapangan
Presentation kajian lapanganPresentation kajian lapangan
Presentation kajian lapangan
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
 
Model Pembelajaran Berdasarkan Masalah
Model Pembelajaran Berdasarkan MasalahModel Pembelajaran Berdasarkan Masalah
Model Pembelajaran Berdasarkan Masalah
 
Kajian induktif
Kajian induktifKajian induktif
Kajian induktif
 
Contoh tulisan-ilmiah-laporan-penelitian
Contoh tulisan-ilmiah-laporan-penelitianContoh tulisan-ilmiah-laporan-penelitian
Contoh tulisan-ilmiah-laporan-penelitian
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Nota 1 Kajian Kes
Nota 1 Kajian KesNota 1 Kajian Kes
Nota 1 Kajian Kes
 
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannya
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannyaPERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannya
PERSATUAN PENGGUNA, peranan dan kepentingannya
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
Kpd 3026 unit pengajaran dan rph
Kpd 3026   unit pengajaran dan rphKpd 3026   unit pengajaran dan rph
Kpd 3026 unit pengajaran dan rph
 
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan MasalahRancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Nota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian KesNota 3 Kajian Kes
Nota 3 Kajian Kes
 
DSKP Matematik KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Matematik  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Matematik  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Matematik KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
Tugasan 3 p kumpulan
Tugasan 3 p kumpulanTugasan 3 p kumpulan
Tugasan 3 p kumpulan
 
Pelaksanaan modul peningkatan disiplin
Pelaksanaan modul peningkatan disiplinPelaksanaan modul peningkatan disiplin
Pelaksanaan modul peningkatan disiplin
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
 
Contoh kajian kes
Contoh kajian kesContoh kajian kes
Contoh kajian kes
 

Similar a 18682201 panduan-kajian-kes

Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikanwmkfirdaus
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1v ong
 
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013wmkfirdaus
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptx
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptxCIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptx
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptxpooranitamil
 
Ulangkaji pra3113
Ulangkaji pra3113Ulangkaji pra3113
Ulangkaji pra3113Ina Syarina
 
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).pptBab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).pptssuserf5c2b0
 
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknPenyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknATANGZ
 
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan Ita Kamis
 
Topik 1 pengenalan
Topik 1 pengenalanTopik 1 pengenalan
Topik 1 pengenalanssusercabff9
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pagesSayshare
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webNorsuzila Gee
 

Similar a 18682201 panduan-kajian-kes (20)

Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 
4013 t 1
4013  t 14013  t 1
4013 t 1
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1
 
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptx
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptxCIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptx
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptx
 
Ulangkaji pra3113
Ulangkaji pra3113Ulangkaji pra3113
Ulangkaji pra3113
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
KERJA KURSUS PSV SPM 2021.ppt
KERJA KURSUS PSV SPM 2021.pptKERJA KURSUS PSV SPM 2021.ppt
KERJA KURSUS PSV SPM 2021.ppt
 
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).pptBab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
 
Konsep Penyelidikan
Konsep PenyelidikanKonsep Penyelidikan
Konsep Penyelidikan
 
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknPenyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
 
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan
 
RINGKASAN NOTA KAEDAH PENYELIDIKAN
RINGKASAN NOTA KAEDAH PENYELIDIKANRINGKASAN NOTA KAEDAH PENYELIDIKAN
RINGKASAN NOTA KAEDAH PENYELIDIKAN
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
4013 t 2
4013 t 24013 t 2
4013 t 2
 
K tokt18
K tokt18K tokt18
K tokt18
 
Topik 1 pengenalan
Topik 1 pengenalanTopik 1 pengenalan
Topik 1 pengenalan
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pages
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
 

18682201 panduan-kajian-kes

  • 1. TOPIK 1 ASAS KAJIAN TOPIK 1 ASAS KAJIAN Dr. David Lim Chong Lim PENGENALAN Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah “kajian” biasa digunakan dengan makna “pengutipan data” (data collection). Ahli-ahli politik menyatakan mereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahli-ahli perniagaan memaparkan hasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang produk yang mereka jual. Dalam kajian, pengutipan data adalah penting kepada hala tuju masa depan penyelidik atau organisasi/institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yang menaja sesuatu kajian itu. Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah pendidikan dikaji oleh para guru untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baru yang boleh membantu guru- guru meningkatkan prestasi mereka dan juga pelajar-pelajar mereka. Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini tidak dapat ditafsir dengan baik, ia tidak dianggap sebagai satu kajian. Secara ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian tentang sesuatu/beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajian dibuat dengan menggunakan hubungan logik yang tidak hanya berlandaskan kepercayaan yang tidak mempunyai bukti nyata. Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan penjelasan tentang kaedah pengutipan dan penganalisisan data, memberi penakrifan yang sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh serta menjelaskan segala batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian. OBJEKTIF Selepas anda tamat membaca topik ini, anda sepatutnya boleh: 1. menjelaskan asas-asas kajian dan pelbagai jenis kajian; 2. mengenal pasti kriteria kajian berkualiti; dan 3. menjelaskan tanggungjawab etika seseorang penyelidik dan pengguna/penaja kajian. OUM 1
  • 2. ASAS KAJIAN TOPIK 1 PETA MINDA TOPIK Kajian Dalam Pendidikan Inkuiri Saintifik • Alternatif • Kelebihan Kajian Kriteria Kajian Berkualiti Etika Kajian 1.1 MENGAPA MENYELIDIK? Secara dasarnya, kajian dibuat untuk mengutip maklumat secara sistematik sebagai satu langkah ke arah menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Tujuan kajian boleh dikelaskan seperti berikut: OUM 2
  • 3. TOPIK 1 ASAS KAJIAN Rajah 1.1: Tujuan menjalankan kajian Projek kajian boleh diletakkan dalam satu kontinum berdasarkan kepada tujuan dan konteks penyeliddikan. Pada satu hujung, kajian dibuat hanyalah untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Kajian jenis ini secara amnya dikenali sebagai kajian asas (basic research) atau kajian tulen (pure research). Kajian asas memajukan pengetahuan asas tentang dunia sosial. Ia menjadi sumber kepada kebanyakan idea saintifik dan cara berfikir tentang dunia ini. Pada hujung lagi satu, terdapat kajian yang hasilnya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah harian. Kajian jenis ini dikenali sebagai kajian gunaan (applied OUM 3
  • 4. ASAS KAJIAN TOPIK 1 research). Penyelidik gunaan menggunakan pengetahuan mereka untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan. Latihan 1.1 Apakah perbezaan utama antara kajian asas dan kajian gunaan? 1.2 KAJIAN DALAM PENDIDIKAN 1. Apakah hubungan antara guru dengan kajian dalam konteks pendidikan? 2. Mengapakah guru perlu menjalankan kajian? 3. Bagaimanakah kajian dapat membantu guru melihat semula, menilai dan memperbaiki amalan pengajaran mereka? Sekiranya kita tidak menghadapi sebarang masalah, maka segala ilmu kita akan menjadi tetap, iaitu tidak pernah berubah. Semua pengetahuan, maklumat dan penyelesaian kepada setiap masalah mudah diperoleh. Kita tidak perlu mempersoalkan kesahan, andaian atau makna sebenarnya. Dalam keadaan sebenar, jawapan kepada pemasalahan yang kita hadapi tentunya tidak boleh didapati semudah itu, disebabkan wujudnya jurang antara pengetahuan kita dengan pengetahuan umum dan juga pengetahuan umum itu sendiri. Di tempat kerja, misalnya, kita sentiasa menghadapi masalah berkaitan kerja kita, yang tidak mempunyai penyelesaian mudah. Kita tercabar untuk membuat refleksi tentang andaian, nilai dan amalan; menyoal dan mencari kaedah untuk memperbaiki proses kerja kita supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul, yang seterusnya dapat memperbaiki amalan profesional kita. Para guru, seperti juga kumpulan profesional lain, dikatakan menghadapi cabaran yang amat kompleks, iaitu daripada dinamika sosio-budaya, pedagogi, keadaan institusi (institutional setting), polisi kurikulum dan sebagainya. Keadaan ini memaksa mereka membuat adaptasi dan terus berfikir sepanjang mereka menjalankan tugas-tugas mereka. Justeru, amat jelaslah bahawa para guru perlu menjalankan kajian, iaitu inkuiri yang sistematik ke atas masalah dan isu yang telah dikenalpasti berkaitan dengan tugas-tugas mereka. Pada dasarnya, mereka perlu mendapatkan pengetahuan sedia ada dalam bidang pendidikan, dan juga daripada disiplin-disiplin ilmu erkaitan seperti sosiologi, psikologi, antropologi dan falsafah (Freebody, 2003). 1.2.1 Kajian Kuantitatif dan Kualitatif Terdapat beberapa jenis kajian yang boleh dilakukan oleh guru untuk menangani masalah amalan yang mereka hadapi. Setiap jenis kajian mempunyai matlamat dan kaedahnya tersendiri. Berikut dijelaskan perkara-perkara asas yang membezakan jenis-jenis kajian ini, manakala topik-topik lain dalam modul ini akan memberi penjelasan secara lebih mendalam. OUM 4
  • 5. TOPIK 1 ASAS KAJIAN Kajian kuantitatif adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Ary, Jacobs & Razavieh, 2002; Brown & Dowling, 1998). Kelebihan kajian ini ialah ia berasaskan kepada kerangka teori yang berkaitan framework). Selain itu, data numerik lebih meyakinkan penyelidik dan pengguna tentang fenomena yang secara logik (coherent theoretical diselidik, dan penakulan kuantitatif dianggapkan mempunyai lebih tinggi kebolehpercayaan dan kesahan. Bagaimanapun, kajian ini mempunyai kelemahan utama, iaitu pengkuantifan semata-mata tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kebanyakan masalah dalam pendidikan. Bagaimanakah kita mengkuantitatifkan “perkara” seperti perasaan, keredaan dan hasrat tersembunyi? Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ary et al. (1998: 22), untuk mengkaji tingkah laku ganas pelajar di sekolah, misalnya, penyelidik perlu mengkaji lebih daripada hanya melapor jenis dan bilangan peristiwa (incidents). Dia perlu memerhati dan menemu bual pelajar-pelajar ganas dan cuba mencari sebab mengapa mereka menjadi ganas dan juga bertanya mereka soalan seperti: “Bagaimana pelajar-pelajar ini mempersepsikan guru mereka dan pelajar-pelajar di sekolah?”, “Bagaimanakah pelajar-pelajar lain bertindak terhadap mereka?”, Bagaimanakah guru menangani tingkah laku ganas”. Soalan-sialan begini memerlukan jawapan dalam bentuk kualitatif, iaitu berfokus kepada pemahaman fenomena sosial daripada perspektif peserta kajian. Kajian Kualitatif, sebagaimana yang dijelaskan oleh Brown dan Dowling (1998), ialah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna (production of meaning). Berlainan daripada hanya bergantung kepada fakta dan rahah, ujian, dan juga persampelan seting dan subjek kajian; kajian kualitatif mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, iaitu pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang (intended & unintended consequences), keanihan seseorang (idiosyncrasies), dan sebagainya. Jadual 1.1: Perbezaan antara Kajian Kuantitatif dan Kualitatif Kuantitatif Kualitatif Tujuan Menyelidik hubungan, sebab dan Memahami fenomena sosial. kesan. Reka Bentuk Dibentuk sebelum kajian dijalankan. Dibentuk semasa kajian dijalankan. Pendekatan Deduktif; menguji teori. Induktif; menjana teori. Alat-alat Menggunakan alat-alat piawai. Menggunakan interaksi bersemuka. Sampel Menggunakan sampel besar. Menggunakan sampel-sampel kecil. Analisis Analisis statistik ke atas data numerik. Deskripsi dan interpretasi naratif. Sumber: Ary, Jacobs & Razavieh (2002). Introduction to Research in Education. 6th ed. Belmont CA: Wadsworth OUM 5
  • 6. ASAS KAJIAN TOPIK 1 1.2.2 Kajian Tindakan Salah satu daripada bentuk kajian pendidikan yang kerap digunakan pada masa ini ialah penyeldikan tindakan (action research), iaitu satu jenis inkuiri berebentuk reflektif-kendiri yang mempersoal, mengkritik dan menteorikan andaian-andaian yang mendasari idea, pemahaman dan amalan penyelidik sendiri. Sebagaimana yang dijelaskan oleh McNiff (2002: 15): Kajian tindakan ialah cara tertentu menyelidik pembelajaran anda sendiri. Ia adalah cara yang praktikal untuk anda menilai amalan anda sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya. Sekiranya anda berpuas hati dengan amalan anda, anda boleh menjelaskan bagaimana dan mengapa anda rasa demikian dan memberikan bukti untuk menyokong tuntutan anda. Sekiranya anda rasa amalan anda perlu diberi perhatian, anda boleh bertindak untuk memperbaikinya dan menunjukkan bukti setakat mana amalan itu telah dibaiki. Kajian tindakan juga digunakan dalam bidang-bidang lain seperti kajian sosial dan pengurusan untuk meningkatkan profesionalime. Bagaimanapun, tiada satu pun pendekatan kepada kajian tindakan, sebab penyelidik secara individu akan memberi penekanan kepada pelbagai aspek kajian, seperti aspek teknikal atau nilai yang diperoleh daripada kajian. Secara amnya penyelidik-penyelidik akan melalui langkah-langkah asas berikut (McNiff 2002): OUM 6
  • 7. TOPIK 1 ASAS KAJIAN Rajah 1.2: Langkah-langkah asas dalam kajian tindakan Kajian tindakan adalah tidak linear, tetapi melibatkan proses putaran yang akan mewujudkan putaran baru kajian tindakan dalam jangka masa tertentu. Bagi kajian yang mengambil masa panjang, penyelidik boleh memecahkannya kepada beberapa bahagian, yang mana laporannya boleh ditulis sebagai beberapa kertas kajian yang berbeza. OUM 7
  • 8. ASAS KAJIAN TOPIK 1 Fikirkan beberapa topik kajian yang anda berminat dan senaraikannya dalam sehelai kertas. Tanya diri anda mengapa anda berminat tentang topik-topik ini dan bagaimana kajian ini dapat membantu anda dan murid-murid anda nanti. Berikut adalah beberapa topik sebenar kajian pendidikan yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda dan Sarjana daripada sebuah universiti tempatan yang boleh menjadi panduan kepada anda untuk memilih topik kajian: • Respons daripada pelajar terhadap maklum balas guru (Teh Yock Suak) • Keberkesanan paradigme pengajaran terus terhadap pengajaran inferensi (Ellen Drabble) • Penggunaan teknik motivasi untuk meningkatkan kemahiran bacaan (Puteri Rohani Megat Abdul Rahim) • Struktur pengetahuan metakognitif guru-guru pelatih: Satu kajian kes (Ranjit Singh Gill) • Penggunaan strategi CIS ke atas pengurusan universiti dan formulasi UIS (Qiang Qian) Sampel Kertas Kajian yang Diterbitkan 1. “Reflecting and learning together: Action research as a vital element of developing understanding and practice.” Tina Cook. Educational Action Research 12.1 (2004) Kertas ini, “Refleksi dan pembelajaran bersama: Kajian tindakan sebagai unsur penting untuk membina kefahaman dan amalan”, menjelaskan bagaimana pendekatan kajian tindakan membantu peserta dalam memperbaiki amalan mereka dan bekerja sama. Proses membuat refleksi dan belajar bersama dalam projek ini membantu peserta untuk berfikir, mempelajari sesuatu, mereka bentuk, menunjuk dan menukar unsur-unsur amalan mereka berpandukan bukti-bukti yang dikumpul. Unsur utama dalam kertas ini ialah bagaimana refleksi ‘in action’ dan ‘on action’ (Schön) membantu peserta daripada latar belakang berbeza untuk memahami dan memperbaiki amalan mereka melalui peningkatan pengetahuan dan keyakinan diri serta pengetahuan mereka daripada perspektif orang lain. 2. “The assessment of second language teaching.” Craig Thaine. ELT Journal 58.4 (2004). Kertas ini, “Penaksiran pengajaran bahasa kedua”, melaporkan projek kajian tindakan tentang penaksiran pengajaran bahasa kedua. Kajian dilaksana berasaskan Cambridge Certificate in English Language Teaching to Adults (CELTA) dan berfokus kepada bagaimana kriteria penaksiran untuk sijil ini ditafsir dan dioperasikan oleh pendidik guru di New Zealand. Dapatan kajian menunjukkan bagaimana beberapa kriteria diterlebih generalisasi atau OUM 8
  • 9. TOPIK 1 ASAS KAJIAN bertindih dengan kriteria lain, yang menimbulkan pula masalah kepada kebolehpercayaan (reliability). Kertas ini mencadangkan beberapa cara bagaimana kriteria ini boleh diubah suai. Isu-isu yang dibangkitkan adalah penting kepada para pendidik guru bahasa Inggeris, atau lebih meluas, kepada para pendidik guru bahasa kedua. 3. “Perceived needs of educational administrators for student services offices in a Chinese context: School counselling programs addressing the needs of children and teachers”. Sonya Corbin Dwyer & Kathryn McNaughton. School Psychology International 25.3 (2004). Keadaan di negara China hari ini memerlukan pendekatan secara holistik terhadap pendidikan. Dalam seminar di Changchun, para pentadbir kanan telah mencadangkan supaya Pejabat Perkhidmatan Pelajar diwujudkan di sekolah-sekolah rendah. Kajian ini meneliti 19 rancangan tindakan para pendidik Timur Laut China yang menyarankan matlamat pejabat ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat literatur tentang model program bimbingan untuk membantu pembangunan akademik, kerjaya dan keperluan peribadi/sosial pelajar. Selain itu, para pendidik berpendapat bahawa matlamat pejabat ini perlu meliputi bantuan kepada guru untuk mengatasin isu-isu peribadi dan kerja mereka. Implikasi dari segi kajian antarabangsa dan cadangan untuk mengkaji program kaunseling turut dikemukakan. 4. “Learning mathematics in a classroom community of inquiry.” Merrilyn Goos. Journal for Research in Mathematics Education 35.4 (2004). Kertas ini, “Pembelajaran matematik dalam bilik darjah berkomuniti inkuiri”, cuba menjawab persoalan tentang apakah tindakan tertentu yang perlu diambil guru untuk mewujudkan budaya inkuiri dalam kelas matematik sekolah menengah. Teori-teori pembelajaran sosio-budaya dijadikan kerangka untuk meneliti amalan pengajaran dan pembelajaran dalam sebuah kelas dalam masa dua tahun. Konsep “zon pembangunan proksimal” (zone of proximal development - ZPD) digunakan sebagai kerangka asas untuk menjelaskan pembelajaran sebagai “peningkatan penyertaan dalam komuniti yang mengamalkan inkuiri dalam matematik”. Analisis berkisar kepada pemerhatian dalam bilik darjah serta temu bual dengan para pelajar dan guru untuk menunjukkan bagaimana guru menentukan norm dan amalan yang berfokus kepada pemahaman matematik dan justifikasi tentang idea dan penghujahan serta untuk mencerap amalan pembelajaran yang para pelajar gunakan sebagai respons mereka kepada kaedah inkuiri ini. 1.3 KAEDAH INKUIRI SAINTIFIK DALAM KAJIAN Matlamat sains ialah untuk mengembangkan ilmu dan mencari kebenaran. Penyelidik pula cuba mencapai matlamat ini melalui teori-teori dan hipotesis-hipotesis. Ramalan (predicting) dan pemahaman merupakan dua daripada tujuan kita menggunakan teori. OUM 9
  • 10. ASAS KAJIAN TOPIK 1 Untuk membuat ramalan, kita perlu tahu dan faham mengapa pemboleh-pemboleh ubah (variables) berkait, yang sememangnya memerlukan teori. Teori adalah pernyataan yang menjelaskan pertalian antara beberapa pemboleh ubah dalam sesuatu fenomena bersama sebab dan kesannya. Kaedah saintifik adalah satu siri langkah-langkah yang diguna untuk membangunkan dan menghalusi sesuatu teori. Kaedah dan pemikiran saintifik amat bergantung kepada konsep-konsep yang membolehkan kita memahami sesuatu perkara serta berfikir tentangnya dan berkomunikasi dengan orang lain secara abstrak. Konsep pada peringkat tinggi diguna untuk menjelaskan perkara-perkara yang lebih spesifik, yang tidak dapat dicerap (observe) secara terus. Konsep dan konstruk digunakan pada peringkat teori, sementara pemboleh ubah digunakan pada peringkat empirikal. Proses kajian saintifik digunakan untuk membina dan menguji pelbagai hipotesis melalui pemikiran induktif-deduktif. Kajian saintifik menggunakan proses tertentu yang menggabungkan pemikiran induktif dan deduktif serta pencerapan dan pengujian hipotesis kepada aktiviti-aktiviti yang berasaskan pemikiran reflektif. Setiap orang akan menganalisis masalah yang sama dengan cara yang berbeza bergantung kepada persepsi masing- masing yang telah dilazimkan oleh persekitaran yang berbeza. Justeru, jenis persoalan yang timbul akan berbeza mengikut kefahaman seseorang tentang sesuatu fenomena. Perlu diingatkan bahawa inkuiri saintifik adalah salah satu daripada kaedah menganalisis masalah, tetapi terdapat juga beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan permasalahan kita. Apakah itu sains? Sains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu pengetahuan. Kepada kebanyakan orang, gambaran/imej sains dapat dilihat melalui dua klasifikasinya, iaitu sains fizikal (matematik, fizik, kimia, biologi) dan sains sosial (psikologi, sosiologi, ekonomi). Subjek sains akan menentukan teknik dan alat yang digunakan dalam kajian. Matlamat utama sains ialah untuk menghasilkan generalisasi yang sah dan mencari hubungan antara beberapa pemboleh ubah. Melalui pemahaman hubungan ini, penyelidik akan dapat memahami fenomena yang dikaji, membuat ramalan dan menentukan hubungan penyebab (causal relationships). Sains mempunyai ciri-ciri berikut: Jadual 1.2: Ciri-ciri Sains Ciri-ciri Sains Empirikal Data empirikal diperoleh mengikut keadaan tertentu. Boleh diulang Kajian boleh diulang mengikut keadaan, sampel dan kaedah yang (replicable) digunakan sebelumnya. Analitikal Ia mengikut kaedah saintifik untuk memecah dan menjelaskan fakta empirikal. Berasaskan teori Ia bergantung kepada pengetahun lepas. Logikal Kesimpulan dibuat berasaskan logik dan hasil kajian. Teliti Usaha dibuat untuk mengurangkan kesilapan. OUM 10
  • 11. TOPIK 1 ASAS KAJIAN 1.4 ALTERNATIF KEPADA SAINS DALAM PENGHASILAN ILMU “Sekiranya saya sentiasa kalah dalam permainan tenis, sekali lagi saya bermain, kebarangkalian saya menang akan meningkat.” Adakah terdapat kesilapan dalam logik ini? Jelaskan. Maklumat dan ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber, selain sains. Kebanyakan apa yang kita tahu adalah daripada apa yang diajar oleh ibu bapa kita, apa yang kita alami sendiri, apa yang kita baca dalam buku-buku atau apa yang kita tonton dalam TV atau filem. Pengetahuan daripada sumber-sumber ini biasa mencukupi untuk interaksi harian kita, tetapi mungkin mempunyai kesilapan, seperti juga kajian saintifik yang menghasilkan ilmu yang tepat dan berguna hanya untuk sesuatu masa atau konteks tertentu. (a) Autoriti Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, para guru dan pakar serta daripada buku dan media biasanya boleh diterima sebagai betul. Sandaran kepada autoriti untuk mendapatkan pengetahuan mempunyai kebaikan terutama dari segi mudah dan cepat mendapatkan pengetahuan. Bagaimanapun, ia mempunyai batasan tertentu sebab kepakaran seseorang itu mungkin lebih rendah daripada apa yang dijangkakan. Mereka mungkin memberi maklumat atau pengetahuan yang salah sebab terdapat juga pakar yang mempunyai tujuan tertentu yang tidak profesional dengan sengaja memberi maklumat yang salah untuk mengembangkan idea yang bias. (b) Tradisi Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia telah melalui ujian masa, dan justeru boleh dipercayai. Apa yang jarang disebut ialah pengetahuan yang diturunkan daripada generasi ke generasi itu mungkin berasaskan kepada beberapa prasangka yang tidak rasional, yang menjadikan pengetahuan itu sebagai “natural” atau ianya mungkin telah berubah setiap kali ia dipindahkan kepada generasi baru. (c) Pengetahuan Umum Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa yang diketahui oleh semua orang yang mempecayainya. Pengetahuan umum (commonsense) ini adalah penting dalam kehidupan harian, tetapi ia mungkin membenarkan kepalsuan logik mempengaruhi pemikiran kita. Ia juga boleh menyebarkan idea yang salah, yang kita tidak sedar tentangnya, dan menyebabkan kita menerima maklumat yang salah. (d) Mistri Media Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah penting kepada kita sebagai sumber maklumat. Bagaimanapun, apa yang mereka sajikan mungkin tidak memberi gambaran sebenar, yang mungkin disebabkan oleh pelaporan yang kurang tepat, kesilapan yang disebabkan kekurangan pengetahuan atau amat bergantung kepada autoriti, tradisi atau pengetahuan umum sebagai sumber maklumat. (e) Pengalaman Peribadi Apabila sesuatu berlaku, kita dapat merasainya, kita dapat mengalaminya, dan kita terimanya sebagai benar. Pengalaman peribadi merupakan sumber pengetahuan OUM 11
  • 12. ASAS KAJIAN TOPIK 1 yang penting kepada kita, tetapi ia juga dapat memesongkan (distort) kita. Apa yang kita rasa benar, mungkin satu kesilapan atau persepsi/keputusan yang terpesong. Pengalaman peribadi ini dikukuhkan melalui empat kesilapan utama: • Terlebih generalisasi (overgeneralisation): iaitu, apabila kita memperoleh bukti yang membawa kepada kepercayaan kita, kita mengandaikan perkara ini benar dalam situasi-situasi lain. • Pencerapan terpilih (selective perception): iaitu, apabila kita memberi tumpuan kepada perkara tertentu sahaja dan tidak kepada perkara-perkara lain. Fokus ini menjadi lebih kuat sekiranya perkara itu serasi dengan idea prapencerapan (preconceived) kita. • Keputusan lebih awal (premature closure): iaitu keputusan yang kita buat apabila kita rasa kita sudah pun mempunyai segala jawapan yang kita perlukan dan kita rasa kita tidak perlu lagi mendengar pendapat orang lain, mencari maklumat lain atau menimbulkan persoalan lain. • Kesan Halo (Halo effect): iaitu, apabila kita terlebih membuat generalisasi terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlang, yang membawa kita kepada memberi penilaian yang berlebihan kepada objek atau orang tersebut. 1.5 KEBAIKAN PENDEKATAN SAINTIFIK Faktor kritikal yang membezakan kajian yang menggunakan pendekatan saintifik daripada kajian yang menggunakan sumber pengetahuan lain ialah kajian saintifik lebih daripada proses pengutipan dan penganalisisan data. Pendekatan saintifik adalah berasaskan dua perkara penting, iaitu logik and pencerapan. Kedua-dua aspek ini adalah penting yang berkait dengan tiga aspek utama pendekatan sains, iaitu teori saintifik, pengutipan data dan penganalisisan data. Rajah 1.3: Pendekatan saintifik OUM 12
  • 13. TOPIK 1 ASAS KAJIAN 1.5.1 Model Sains Tradisi Dalam model sains tradisi, terdapat tiga unsur utama, iaitu: (a) Teori – digunakan untuk menggarap idea yang dihasilkan dalam bentuk hipotesis. (b) Operasionalisasi – menyatakan makna semua pemboleh ubah yang terlibat dan bagaimana pemboleh ubah ini diukur. Ia adalah satu proses untuk menyatakan definisi operasional, atau menyatakan operasi terperinci untuk mengukur pemboleh ubah. (c) Pencerapan – melihat dan membuat pengukuran ke atas apa yang dilihat. Pencerapan digunakan untuk membukti sesuatu hipotesis atau sebaliknya. 1.5.2 Model Deduktif dan Induktif Kajian melibatkan penggunaan teori. Semasa kita mereka bentuk kajian, teori mungkin atau mungkin tidak dinyatakan secara eksplisit, walaupun ia perlu dinyatakan secara eksplisit semasa kita mempersembahkan dapatan kajian dan kesimpulannya. (a) Model Induktif – bergerak daripada perkara spesifik kepada umum (general), daripada satu set pencerapan tertentu (specific observations) kepada penemuan bentuk (discovery of a pattern) yang mempunyai susunan. Dalam model ini, prinsip- prinsip umum dibina daripada pencerapan yang spesifik. (b) Model Deduktif – bergerak daripada umum kepada spesifik. Daripada satu bentuk tertentu yang dijangka berasaskan logik atau teori kepada pencerapan yang menguji sama ada bentuk yang dijangka itu sebenarnya wujud. Dalam model ini, hipotesis tertentu dibina berasaskan prinsip-prinsip umum. Hipotesis DEDUKSI Teori-teori Pencerapan INDUKSI Generalisasi Empirikal Rajah 1.4: Hubungan antara model induktif dan deduktif OUM 13
  • 14. ASAS KAJIAN TOPIK 1 1.6 KRITERIA KAJIAN YANG BAIK Pengetahuan yang berguna dan boleh dipercayai hanya diperoleh daripada kajian yang dirancang, dilaksana dan diuji dengan baik. Kajian yang baik biasanya mempunyai ciri-ciri saintifik berikut: (a) Tujuan Kajian yang Jelas Sebab atau tujuan menjalankan kajian perlu dinyatakan dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan. Tujuannya mungkin untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk menyelesaikan satu set masalah, atau untuk mencari prinsip-prinsip umum atau mentafsir tingkah laku yang boleh digunakan untuk menjelas, meramal atau mengawal peristiwa (event) dalam situasi tertentu. Justeru, penyelidik perlu menyatakan tujuan kajian secara bertulis dengan jelas, termasuk skop dan batasan kajian serta definisi yang tepat kepada istilah-istilah utama yang digunakan. (b) Penerangan yang Jelas tentang Proses Kajian Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulang dan disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain. Sumber literatur dan data, dan juga kaedah yang digunakan untuk mengutip data perlu dinyatakan secara eksplisit, kecuali sumber yang perlu dirahsiakan. Sekiranya sumber dan/atau kaedah tidak dinyatakan dengan jelas, persoalan tentang kebolehpercayaan dan kesahan akan timbul. (c) Perancangan dan Pelaksanaan yang Sistematik Proses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untuk mengurangkan ralat (error). Sekiranya kita menggunakan data dasar (primary data), sampel kajian perlu dijelaskan dan bukti perwakilannya perlu ditunjuk. Usaha perlu dibuat untuk mengurangkan pengaruh atau bias penyelidik semasa memilih dan merekod data. (d) Piawai Etika yang Tinggi Sesuatu projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta kajian daripada prasangka atau bahaya, yang pada masa yang sama dapat menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang tinggi. Aspek etika akan dibincangkan dengan lebih panjang kemudian. (e) Dapatan yang Dibincang dengan Jelas Penyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis ini perlu dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dan kesahan data perlu disemak dan disahkan; dapatan kajian perlu diterangkan dengan jelas. Sekiranya ujian statistik digunakan, penyelidik perlu menyatakan keberangkalian kesignifikanannya dan margin ralat yang digunakan. Penyampaian dapatan kajian perlu dibuat secara terbatas, jelas, tepat, menyeluruh, mudah difahami dan disusun supaya mudah dibaca. Sebarang generalisasi yang melebihi bukti akan mengundang impresi yang tidak baik. (f) Batasan Kajian Dinyatakan dengan Jelas Oleh sebab setiap projek kajian menghadapi batasan tertentu, penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan ini atau kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian. Bagaimanapun, sesetengah batasan tidak memberi kesan besar kepada dapatan kajian, tetapi ada batasan yang boleh mengganggu keseluruhan kajian. Sekiranya penyelidik menyatakan kajiannya tidak mempunyai apa-apa batasan, mungkin ia boleh dipersoalkan. OUM 14
  • 15. TOPIK 1 ASAS KAJIAN Yang mana antara ciri-ciri kajian di atas yang anda rasa paling penting? Mengapa? Latihan 1.2 Tandakan (B ) sekiranya betul atau (S) sekiranya salah. Pernyataan Betul/Salah 1. Dalam deduksi, kita mula daripada mencerap data dan membina generalisasi dan kemudian menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang dicerap. 2. Teori membantu kita memahami apa yang kita cerap. 3. Model tradisi sains menggunakan logik induktif. 4. Hipotesis yang baik ialah yang boleh diuji. 5. Peranan teori ialah penyampaian (representation), sementara model ialah penjelasan. 6. Dalam deduksi, kita mula daripada mencerap data dan membina generalisasi dan kemudian menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang dicerap. Lawati laman web berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian. http://www.support4learning.com/education/research.htm 1.7 ETIKA KAJIAN Etika adalah norma yang memandu kita untuk membuat pilihan, bertingkah laku dan/atau berhubung dengan orang lain. Dalam kajian, etika merujuk kepada kesesuaian tingkah laku penyelidik terhadap mereka yang menerima kesan kajian, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penyelidik perlu memberi perhatian yang serius terhadap masalah berkaitan etika yang mungkin berlaku. Secara dasarnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh McNamee (2002), subjek kajian (misalnya, satu kumpulan pelajar di sekolah kerajaan) mempunyai hak untuk mengetahui tentang jenis dan tujuan kajian, dan sama ada mereka ingin menyertai kajian atau tidak. Masalah etika boleh timbul daripada pelbagai sumber, yang secara amnya telah dikenal pasti oleh Cohen et al. (2000) sebagai meliputi: OUM 15
  • 16. ASAS KAJIAN TOPIK 1 • jenis projek kajian; • konteks kajian; • prosedur yang akan digunakan; • kaedah pengutipan data; • jenis peserta; • jenis data yang dikutip; dan • penggunaan praktikal data yang dikutip. Antara isu-isu etika termasuk: • kerahsiaan peserta kajian; • penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian kajian atau sepenuhnya; • keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta; • menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti; • reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor dapatan-dapatan kajian; dan • tingkah laku dan keobjektifan penyelidik. Di peringkat awal kajian, penyelidik perlu memohon kebenaran untuk mendapatkan bahan- bahan daripada agensi, organisasi atau individu berkenaan. Masalah etika mungkin akan timbul sekiranya badan-badan yang memberi kelulusan tidak diberi penjelasan secukupnya atau peserta tidak jelas tentang objektif kajian. Isu-isu berkaitan privasi mungkin timbul apabila, misalnya, penyelidik secara tidak sengaja atau sebaliknya menceroboh privasi bakal peserta atau penyampai maklumat apabila penyelidik membuat panggilan pada masa yang tidak sesuai. Pemerolehan data sekondar (secondary data) juga boleh menimbulkan masalah salah laku etika, misalnya, apabila penyelidik mengambil data peribadi individu yang enggan menyertai sesuatu projek kajian. Contoh polisi kajian diberi di bawah: OUM 16
  • 17. TOPIK 1 ASAS KAJIAN 1.1. Australian National University (selepas ini "Universiti") bertanggungjawab mematuhi piawai integriti kajian tertinggi dan memestikan para penyelidik menunjukkan piawai etika profesional tertinggi. Penyelidik mempunyai tanggungjawab menentukan kerja-kerja mereka membantu menyemarakkan profesion mereka dan juga Universiti di mana mereka berkhidmat. 1.2. Polisi ini menjelaskan piawai untuk semua orang yang mengendalikan kajian di Universiti ini, termasuk staf, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah serta pelawat akademik ke Universiti ini. Ia juga memberikan kerangka yang akan melindungi penyelidik daripada kemungkinan salah faham dan juga memberikan langkah-langkah untuk diikuti sekiranya terdapat sebarang kecurigaan atau tuduhan berkaitan salah laku kajian. Semua pertanyaan berkaitan kepatuhan kepada polisi ini hendaklah ditujukan kepada Timbalan Naib Canselor (Kajian). 1.3. Prinsip am yang menjadi panduan kepada kajian telah lama digubal. Yang penting antaranya ialah menegakkan piawai etika serta kesahan dan ketepatan dalam pengutipan dan pelaporan data. Penyelidik bertanggungjawab untuk mencapai dan mengekalkan piawai keluhuran intelektual tertinggi apabila melaksanakan kajian. 1.4. Tanggungjawab komuniti kajian kepada orang awam dan ia sendiri hendaklah diberi pengiktirafan sewajarnya. Tanggungjawab ini menjadi lebih penting sekiranya amalan profesional atau polisi awam didefinisi atau diubah berdasarkan dapatan kajian. 1.5. Proses kajian akan mengawal kebenaran. Komunikasi antara ahli-ahli penyelidik; menyelenggara dan rujukan terhadap rekod kajian; pembentangan dan perbincangan tentang kerja di mesyuarat pakar-pakar; penerbitan hasil, termasuk semakan rakan; dan ulangan kajian atau sambungan kajian oleh penyelidik lain; semuanya ini akan menyumbang kepada penambahbaikan dan peningkatan etika kajian. 1.6. Pertandingan dalam kajian boleh memberi pengaruh kuat dan positif, membantu meningkatkan kualiti dan menyegerakan hasil kajian. Bagaimanapun, tekanan daripada pertandingan boleh menggugat amalan kajian yang baik, sekiranya ia menyebabkan penyediaan dan penyerahan laporan dibuat secara tergopoh- gapah, pembahagian laporan kajian kepada beberapa laporan kecil untuk memperbanyakkan penerbitan, atau terlalu mementingkan keselamatan sehingga kajian bertahap biasa, tanpa mencuba yang lebih kreatif dan inovatif. 1.7. Apabila membuat interpretasi polisi ini, sifat sesuatu disiplin tertentu perlu diambil kira. 1.8. Penyelidik perlu memahami polisi ini dan tentukan peruntukan-peruntukannya dipatuhi. Kegagalan mematuhi peruntukan-peruntukan ini boleh dijadikan sebab untuk tindakan disiplin. Rajah 1.5: Contoh dokumen polisi “Amalan Kajian yang Baik” Sumber:http://info.anu.edu.au/policies/Policies/Research/Other/ Responsible_Research_Practice.asp Cadangkan tanggungjawab etika kajian pendidikan dan pembuat-keputusan institusi. OUM 17
  • 18. ASAS KAJIAN TOPIK 1 RUMUSAN Kerap kali dikatakan bahawa satu-satunya cara untuk mempelajari tentang kajian ialah dengan melakukannya sendiri. Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa kata-kata ini benar, tetapi seperti mana Bell (1999) dan lain-lain berpendapat, banyak masa akan terbuang sekiranya prosedur-prosedur asas kajian tidak dipatuhi. Dalam topik ini, kita telah melihat beberapa jenis kajian yang berbeza, tetapi mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk menguji apa yang kita tahu dan menghasilkan pengetahuan baru atau cara baru kita melihat dunia ini. Kajian yang baik mempunyai ciri-ciri yang sama, iaitu ianya sistematik, menyatakan skop dengan jelas, mematuhi piawai etika yang tinggi dan menyatakan segala batasannya. GLOSARI Kajian asas – Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Kajian gunaan – Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan. Kajian kuantitatif – Kajian yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi. Kajian kualitatif – Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang, keanihan seseorang, dan sebagainya. Kajian tindakan – Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan harian, sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya. UJIAN 1 1. Nyatakan dengan ringkas perbezaan antara kajian asas dan kajian gunaan. 2. Jelaskan dengan ringkas mengapa kajian tindakan adalah penting kepada para guru. 3. Salah satu daripada ciri-ciri kajian yang baik ialah: “Menyatakan batasan kajian dengan jelas”. Nyatakan dengan ringkas maksud ciri ini. OUM 18
  • 19. TOPIK 1 ASAS KAJIAN UJIAN 2 Kajian boleh dibuat sama ada dengan menggunakan Model Induktif atau Model Deduktif. 1. Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Induktif dan nyatakan bagaimana anda menggunakan model ini dalam kajian. 2. Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Deduktif dan nyatakan bagaimana anda menggunakan model ini dalam kajian. 3. Berikan satu contoh kajian tindakan yang boleh dibuat dengan menggunakan Model Deduktif. OUM 19