SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 23
Descargar para leer sin conexión
KPD 3026
 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN II
              KUMPULAN B
        LAPORAN KAJIAN TINDAKAN



NAMA        : DESMOND BAOK ANAK BUDA
NO MATRIK   : D20091034633
PENSYARAH : EN. OMAR HISHAM BIN
             MOHD BAHARIN



                    0
ISI KANDUNGAN

  Bil                    Perkara                  Muka surat

  1.                  Penghargaan                     2

  2.                   Pengenalan

                       Tajuk kajian

                     Nama penyelidik                  3

                      Nama sekolah

                         Abstrak

  3.       Refleksi pengajaran lalu - kelemahan     4-5

  4.                 Isu keprihatinan                 5

  5.                  Objektif kajian:

                       Objektif am                    6

                       Objektif khas

  6.                 Metodologi kajian              7-9

  7.                Pelaksanaan kajian             10 - 18

  8.            Cadangan kajian seterusnya           19

  9.                    Bibliografi                  20

  10                    Lampiran                   21 - 22




                                         1
PENGHARGAAN

       Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan keberkatannya saya
berjaya menyiapkan laporan kajian tindakan ini dengan jayanya dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah subjek KPD3026Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran II
Encik Omar Hisham bin Mohd Baharin di atas kesudiaan beliau membantu saya serta
rakan- rakan yang lain sepanjang proses menyiapkan laporan kajian tindakan ini.Tanpa
bimbingan dan tunjuk ajar beliau, proses menyiapkan laporan kajian tindakan iniakan
mengambil masa yang lama. Tidak dilupakan juga kepada pihak Universiti yang telah
menyediakan segala kemudahan dan fasiliti yang mencukupi dalam menjayakan kajian
tindakan ini.

       Walaupun secara tidak langsung, rasa terima kasih juga saya ucapkan kepada
ibu bapa di kampung yang telah membantu dari segi kewangan dan juga setiap
dorongan yang mereka berikan kepada saya. Tanpa mereka, saya tidak dapat membeli
segal peralatanyang diperlukan untuk menyiapkan tugasan pada kali ini.Pelbagai ilmu
baru telah saya perolehi sepanjang menyempurnakan laporan kajian tindakan
ini.Tambahan pula, ianya juga sebagai persediaan untuk saya mengajar dengan lebih
baik pada masa akan datang dengan mengetahui setiap kelemahan saya sewaktu
pengajaran mikro ini.

       Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan di atas segala pertolongan dan
tunjuk ajar kalian selama ini.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua.




                                         2
PENGENALAN

      Pada semester ini, saya telah mengambil kursus KPD 3026 Pengajaran
Teknologi dan Penaksiran II yang berjumlah 6 jam nilai kredit. Kursus ini memerlukan
saya untuk melakukan pengajaran mikro. Oleh itu, saya perlu mengkaji tentang
kelemahan yang ada semasa saya melakukan pengajaran mikro tersebut terhadap
rakan- rakan satu kursus di dalam kumpulan yang sama. Kelemahan yang ada pada
pengajaran mikro yang pertama itu perlu saya perbaiki bagi tujuan penambahbaikan
untuk pengajaran mikro kali kedua.




TAJUK KAJIAN      : Penggunaan kaedah perkaitan dan bahan bantú mengajar di dalam
                       proses pengajaran       bagi   menarik minat   dan   seterusnya
                       membangkitkan rasa ingin tahu pelajar dalam mata pelajaran
                       sains pertanian.

NAMA PENYELIDIK :Desmond Baok Anak Buda

NAMA SEKOLAH       : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

                                     ABSTRAK.

      Kajian tindakan ini dijalankan ke atas pelajar semester 6 yang mengambil
jurusan sains pertanian dan yang sedang mengikuti kursus KPD3026 Pengajaran,
Teknologi dan Penaksiran II. Seramai 20 orang respondan terlibat di dalam
melaksanakan proses kajian ini. Tujuan utama kajian tindakan ini dijalankan adalah
bagi mengaplikasikan kaedah perkaitan dan bahan bantu mengajar di dalam proses
pengajaran bagi menarik minat dan seterusnya membangkitkan rasa ingin tahu pelajar
di dalam mata pelajaran sains pertanian.

      Kajian ini juga dijalankan bagi mengetahui respon dan tumpuan para pelajar di
dalam kelas semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
respondan para pelajar di dalam senarai semak yang telah diedarkan, maka kelemahan
yang ada akan diperbaiki semasa proses pengajaran kali yang kedua.


                                           3
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU


Kelemahan.


     Berdasarkan analisis borang soal selidik yang telah saya edarkan semasa
menjalankan mikro pengajaran, saya dapati bahawa saya lemah dalam menggunkan
teknik yang menyeronokkan di dalam proses pengajaran. Hal ini menyebabkan
pengajaran yang saya lakukan pada hari tersebut menjahdi tidak menarik dan tahap
motivasi para pelajar berada di paras yang rendah. Saya juga kurang menyelitkan
unsur-unsur lawak di dalam pengajaran membuatkan para pelajar menjadi bosan
mendengar dan memberi perhatian semasa saya tengah mengajar.
     Selain itu, pergerakan badan atau body language saya juga lemah pada ketika
itu.Ini kerana pergerakan saya hanya tertumpu di bahagian hadapan kelas
sahaja.Perkara seperti ini membuatkan saya seakan-akan tidak mengambil perhatian
terhadap para pelajar yang duduk di bahagian belakang. Para pelajar yang tidak diberi
perhatian sepenuhnya mudah hilang semangat untuk belajar dan perkara seperti ini
boleh merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
     Kelemahan yang seterusnya adalah saya lemah dalam membangkitkan rasa
ingin tahu pelajar di dalam kelas pada hari tersebut.Disebabkan perkara ini,
penglibatan para pelajar kurang semasa saya tengah menjalankan proses mikro
pengajaran. Fokus sebenar pengajaran yang dijalankan pada hari tersebut juga tidak
sepenuhnya sebaliknya saya lebih membiarkan para pelajar menjana idea sendiri
tanpa bimbingan dan galakan yang sepatutnya.
     Antara kelemahan lain yang terdapat pada sesi pengajaran mikro saya adalah
persediaan yang saya buat memang tidak memenuhi kriteria penilaian yang hendak
dibuat. Di samping rasa gugup dan kurang yakin merencatkan sedikit suasana
pengajaran     pada    hari    tersebut.Kejelasan    suara     juga   tidak    begitu
memuaskan.Walaupun tidak begitu menarik, pengajaran yang saya lakukan berjalan
dengan lancar dan tiada masalah yang tidak diingini berlaku.
     Selain Itu juga, saya terlupa untuk memberi tahu para pelajar tentang objektif
pembelajaran pada hari tersebut dan sepatutnya saya perlu memberitahu objektif

                                          4
tersebut kepada para pelajar agar para pelajar dapat gambaran yang lebih jelas lagi
berkenaan tajuk yang akan disampaikan.




2.0 ISU KEPRIHATINAN.

      Berdasarkan analisis borang soal selidik yang telah saya kaji, masalah utama
saya hanya tertumpu kepada elemen mewujudkan motivasi iaitu teknik yang
menyeronokkan dan membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar.Hal ini
kerana, pada masa pengajaran mikro dijalankan saya tidak menggunakan teknik yang
sesuai dengan suasana kelas pada ketika itu. Perkara seperti ini menyebabkan para
pelajar susah untuk mengikuti perkembangan pengajaran yang saya lakukan
seterusnya membawa kepada kegagalan dalam membangkitkan rasa ingin tahu para
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

      Bagi menarik minat dan menambat hati para pelajar, saya haruslah
menggunakan teknik yang menyeronokkan dalam pengajaran di samping membantu
membangkitkan rasa ingin tahu yang ada pada para pelajar. Terdapat pelbagai kaedah
dan cara yang boleh diaplikasikan di dalam kelas sewaktu pengajaran dijalankan.
Antaranya ialah menggunakan kaedah perkaitan dengan menggunakan contoh abstrak
yang terdapat di sekeling para pelajar. Sebagai contoh, menggunakan benda yang
sinonim dengan pelajar iaitu pen, buku, beg dan sebagainya. Dengan cara ini, pelajar
mudah tertarik dengan pengajaran yang dilakukan di samping dapat menolong
membangkitkan rasa ingin tahu yang terdapat di dalam diri pelajar. Dengan
menggunakan teknik pengajaran seperti ini, sudah semestinya apa yang hendak
disampaikan oleh guru dapat diterima dengan mudah oleh para pelajar. Selain itu,
proses pengajaran juga berlangsung dengan lancar dan terkawal. Hal ini akan dapat
menarik fokus pelajar untuk memberi perhatian terhadap apa yang hendak saya
sampaikan di dalam kelas. Tambahan pula, saya berharap dengan cara ini saya dapat
meningkatkan lagi kefahaman pelajar saya sehingga mereka mahir dalam tajuk ini.



                                         5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

     3.1 OBJEKTIF AM

        - Meningkatkan peratusan lulus di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
          Malayasia (SPM) bagi subjek Sains Pertanian sekolah di peringkat negeri.




     3.2 OBJEKTIF KHAS
        - Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran sains
         pertanian.
        - Meningkatkan rasa ingin tahu para pelajar semasa belajar mata pelajaran
         sains pertanian.
        - Membantu para pelajar untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam
         peperiksaan akhir tahun.
        - Mengubah pandangan para pelajar agar mereka tidak merasakan lagi mata
         pelajaran sains pertanian adalah subjek yang membosankan.




                                       6
4.0 METODOLOGI KAJIAN

     4.1 Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah:

           1. Pemerhatian

           2. Eksperimen

              - Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah berdasarkan rekabentuk
                kajian Bassey (1998) dan Hand (2001) yang mana terdiri daripada
                lima peringkat.


             Peringkat pertama:
              - Mengenalpasti masalah dan merangkakan soalan kajian ( Define the
                problem and frame research questions).
               - Masalah perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan soalan kajian
                 hendaklah dirangkakan.


             Peringkat kedua:
             - mengumpul data dan membuat keputusan bagaimana kaedah
                pengajaran boleh diubah (collect data and decide how teaching could
                be changed).
             - pada peringkat ini melibatkan pengumpulan data dan tindak balas
                kepada data tersebut untuk mengenalpasti bagaimana perubahan
                pengajaran dapat memberikan kesan. Kejian terhadap subjek
                pendidikan seperti kaedah pengajaran yang terbaru mungkin dapat
                dibuat dalam mengenalpasti tindak balas.


              Peringkat ketiga:
              - laksanakan perubahan yang dipilih dalam pengajaran (Implement the
                selected changes to teaching).
              - perubahan yang dipilih semasa pengumpulan data, kajian dan
                refleksi akan dilaksanakan.

                                          7
Peringkat keempat:
        - Memantau dan menilai perubahan yang dilakukan (monitor and
              evaluate the changes made)
        - Kajian tindakan boleh diterjemahkan dalam pelbagai maksud
              termasuk menyimpan nota mesyuarat, perbincangan-perbincangan
              staf, temuduga dan soalan kajiselidik.


        Peringkat kelima:
        - melihat semula kepada perubahan yang dibuat dan kemudian
        mengulang semula kitaran jika perlu ( Review and reflect upon the
        changes. Repeat cycle if necessary).



4.2 SASARAN.

    - Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar yang mengambil subjek KPD3026
     kumpulan B yang terdiri daripada 18 orang pelajar Melayu dan 2 orang
     pelajar bangsa lain- lain.




4.3 PENGUMPULAN DATA ATAU INSTRUMEN

     4.3.1 Pemerhatian

          -    Pengumpulan data adalah melalui kaedah pemerhatian melalui
              senarai semak iaitu senarai semak Para dan senarai semak Pos.
              Satu set instrumen kajian telah dibina, yang mengandungi 14 items
              dan dibahagikan kepada empat subskala bagi mengukur amalan
              pengajaran yang berkesan terhadap pengajaran guru pada hari
              tersebut. Borang senarai semak ini berbentuk skala Likert empat
              poin yang skala 1 kurang baik, skala 2 bermaksud sederhana,
              skala 3 bermaksud baik dan skala 4 adalah sangat baik. Para
              pelajar hanya perlu menanda pada kotak- kotak nombor yang

                                     8
dipilih dan dipersetujui. Bagi menentukan kesahan dalaman dan
             kebolehpercayaan, ítem- ítem dalam subskala borang senarai
             semak ini akan dianalisis dengan terperinci.

      4.3.2 Temubual melalui soalan.

      - Soalan:

      1. Adakah teknik pengajaran yang saya guna menyeronokkan?

      2. Adakah teknik yang saya gunakan dapat membantu membangkitkan
         rasa ingin tahu anda?

      3. Apakah kelemahan yang kamu rasa semasa proses pengajaran saya
         berlangsung?

      4. Adakah bahan bantu mengajar yang saya gunakan dapat membantu
         kamu memahami subtopik ini?

      5. Pada pendapat anda, aspek manakah yang harus saya perbaiki di
         masa akan datang?




4.4 BATASAN KAJIAN.

- Batasan kajian hanya terhad pada set induksi sahaja




                                    9
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN.

     5.1 Tinjauan masalah.
        - Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat melalui tiga peringkat
          pemerhatian iaitu melalui borang senarai semak pra dan pos serta
          temubual.



        5.1.1 Pemerhatian sebelum (senarai semak pra)

        Saya telah membuat pengajaran mikro dan semua pelajar saya telah
        membuat pemerhatian terhadap pengajaran mikro yang telah saya lakukan
        semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan
        selepas kajian. Pemerhatian ini juga dibuat berdasarkan borang senarai
        semak yang telah saya berikan satu setiap orang. Semasa pengajaran
        dilakukan, saya dapati bahawa para pelajar mula menjadi bosan dan hilang
        tumpuan terhadap apa yang cuba saya sampaikan. Setelah menganalisis
        borang senarai semak, saya dapati bahawa teknik pengajaran yang saya
        gunakan di dalam kelas tidak menyeronokkan.




        5.1.2 pemerhatian selepas (senarai semak pos)

        Setelah menjalankan pengajaran mikro kali kedua dan menganalisis borang
        senarai semak, saya dapati semua respon yang diberikan oleh para pelajar
        terhadap pengajaran yang saya lakukan sangat positif dan terdapat banyak
        peningkatan.Selain itu, saya juga turut merakam sesi pengajaran mikro kali
        kedua ini sebagai rujukan saya dalam membuat analisis pengajaran.Hal ini
        menunjukan bahawa teknik pengajaran yang saya gunakan mampu menarik
        perhatian pelajar dan mereka berasa seronok mengikuti perkembangan
        pengajaran yang saya lakukan.Di samping itu, saya juga telah berjaya
        memotivasikan para pelajar dengan meningkatkan rasa ingin tahu yang ada
        dalam diri mereka.Tambahan pula, dalam pengajaran kali ini saya mampu


                                        10
mengawal keadaan kelas dan memberi arahan kepada pelajar agar
   mengangkat tangan jika hendak menjawab soalan yang saya kemukakan.




   5.1.3 Temubual.

   Saya telah menemubual dua orang pelajar secara rawak dan hasil daripada
   temubual yang saya jalankan didapati bahawa teknik pengajaran yang saya
   gunakan sememangnya tidak menyeronokkan dan saya juga gagal dalam
   membangkitkan rasa ingin tahu yang ada dalam diri pelajar yang saya ajar.




5.2 Analisis tinjauan masalah.

   5.2.1 Analisis pemerhatian.

   Setelah menganalisis borang penilaian yang telah saya edarkan sebelum
   bermulanya pengajaran mikro, saya dapati kelemahan yang paling ketara
   yang saya lakukan adalah dari segi teknik pengajaran.Melalui analisis borang
   penilaian   ini ternyata   teknik pengajaran yang    saya   gunakan    tidak
   menyeronokkan.Sebanyak 55% sahaja yang memberi penilaian positif
   manakala 45% memberi penilaian yang tidak memuaskan.




                                   11
JUMLAH        BILANGAN,         PERATUSAN              DAN   PURATA         PELAJAR      UNTUK
MENGETAHUI KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Analisis borang senarai semak pra (mikro 1)


Bil.   Komponen Kemahiran                                          Baik        Baik       Purata

                                                               (bilangan)          (%)
       Menarik Perhatian.
1.
              Nada suara.                                    15               75
              Penggunaan bahan bantu mengajar.               18               90         75%
              Pergerakan badan (body language).              12               60


2.     Mewujudkan Motivasi.
              Membangkitkan rasa ingin tahu.                 13               65
              Teknik yang menyeronokkan.                     11               55         63%
              Soalan    yang    berkaitan    dengan     topik 14              70
              pembelajaran.


3.     Membuat Perkaitan.
              Perkaitan dengan pengetahuan yang sedia ada.   15               75
              Perkaitan dengan isi pembelajaran baru.
              Perkaitan dengan minat dan pengalaman 17                        85
                                                                                         77%
              murid.
                                                             14               70

4.     Menstrukturkan
          Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan.        15               75
          Mengemukakan soalan yang berkaitan.                                            70%
          Menyatakan had tugasan.                            14               70
                                                             13               65




                                                  12
Analisis borang senarai semak pos (mikro 2)


Bil.   Komponen Kemahiran                                          Baik      Baik       Purata

                                                               (bilangan)        (%)
       Menarik Perhatian.
1.
              Nada suara.                                    19             95
              Penggunaan bahan bantu mengajar.               16             80         85%
              Pergerakan badan (body language).              16             80


2.     Mewujudkan Motivasi.
              Membangkitkan rasa ingin tahu.                 19             95
              Teknik yang menyeronokkan.                     19             95         97%
              Soalan    yang    berkaitan    dengan     topik 20            100
              pembelajaran.


3.     Membuat Perkaitan.
              Perkaitan dengan pengetahuan yang sedia ada.   20             100
              Perkaitan dengan isi pembelajaran baru.
              Perkaitan dengan minat dan pengalaman 20                      100
                                                                                       100%
              murid.
                                                             20             100

4.     Menstrukturkan
          Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan.        20             100
          Mengemukakan soalan yang berkaitan.                                          88%
          Menyatakan had tugasan.                            20             100
                                                             13             65




                                                  13
ANALISIS GRAF UNTUK BORANG SENARAI SEMAK PRA ( MIKRO 1)


                                  mikro pengajaran 1

   80




   70




   60




   50




    40




    30




    20




        10




         0

             menarik perhatian
                                 mewujudkan
                                  motivasi    membuat perkaitan
                                                                  menstrukturkan




                                              14
ANALISIS GRAF UNTUK BORANG SENARAI SEMAK POST ( MIKRO 2)


                           mikro pengajaran 2


 100




  95




  90




  85




  80




  75
       menarik perhatian   mewujudkan    membuat     menstrukturkan
                            motivasi     perkaitan




                                        15
5.3 Tindakan Yang Dijalankan.

1) Saya     telah menggunakan kaedah perkaitan dalam memulakan sesi pengajaran
   pada kali ini. Sebelum masuk ke topik yang diajar, saya telah menyuruh pelajar
   mengeluarkan sebatang pen dan meminta mereka untuk memberikan jawapan
   apakah komponen yang membentuk sebatang pen tersebut menjadi lengkap.

2) Saya telah menggunakan kad manila yang telah saya lukiskan carta pai mengenai
   topik yang akan diajar tetapi tidak menyatakan tajuk. Saya telah meminta para
   pelajar untuk meneka apakah tajuk yang mereka akan pelajari berdasarkan carta pai
   tersebut.




5.4 Jadual Perlaksanaan Pengajaran Mikro.

Jadual Perlaksanaan.


 BIL.                      AKTIVITI                          TARIKH PELAKSANAAN
   1.     Mengenalpasti masalah dan pengumpulan 3 MAC 2012
          data awal.
   2.     Menulis kertas cadangan/ proposal.               8 MAC 2012
   3.     Merancang tindakan.                              8 MAC 2012
   4.     Melaksanakan tindakan – aktiviti 1               14 MAC 2012
   5.     Membincangkan       masalah   yang      timbul 14 MAC 2012
          dalam tindakan 1.
   6.     Melaksanakan tindakan – aktiviti 2               14 MAC 2012
   7.     Mengenalpasti masalah dan pengumpulan 16 MAC 2012
          data awal.
   8.     Menulis proposal kajian tindakan                 20 MAC 2012
   9.     Merancang tindakan.                              24 MAC 2012
   10. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1                  9 MEI 2012
   11. Membincangkan          masalah   yang      timbul   9 MEI 2012


                                             16
dalam tindakan 1.
      12. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2                9 MEI 2012
      13. Membincangkan        masalah   yang     timbul    10 MEI 2012
           dalam tindakan 2.
     14    Ujian untuk mengesan pencapaian murid.          10 MEI 2012
     15    Refleksi kajian.                                28 MEI 2012
     16    Menulis laporan kajian.                         29 MEI 2012
     17    Pembentangan dapatan kajian.                    30 MEI 2012




5.5 Kos Yang Diperlukan.

Kos Kajian.


BIL.          JENIS BAHAN            KUANTITI       HARGA SEUNIT          JUMLAH KOS
1.        Buku catatan guru              1                 RM2.00           RM2.00
2.        Bahan bantu                    -                   -             RM10.00
          mengajar (BBM)
3.        Fotostat bahan dan             -                   -             RM13.00
          laporan kajian
          tindakan
          JUMLAH                                                           RM25.00




                                             17
5.6 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian.

    Kajian tindakan ini telah dijalankan dalam masa 9 minggu kuliah. Kajian tindakan
    yang saya lakukan ini hanya tertumpu kepada set induksi untuk satu subtopik
    sahaja. Masa yang saya peruntukkan untuk menjalankan kajian ini hanyalah 5 minit
    sahaja memandangkan kemahiran pengajaran yang saya pilih adalah set induksi
    sahaja. Para pelajar telah membuat pemerhatian melalui borang senarai semak
    pos beberapa minggu selepas pemerhatian melalui borang senarai semak
    pra.Tujuan penggunaan senarai semak pra adalah untuk mengenalpasti di
    manakah kelemahan saya dan senarai semak pos pula adalah untuk melihat
    perubahan yang berlaku setelah saya menjalankan pengajaran untuk kali kedua.
    Selain itu, tujuan saya mengedarkan borang senarai semak ini adalah untuk
    melihat sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang
    telah saya jalankan di dalam kelas.




5.7 Refleksi Kajian.

       Berdasarkan jadual analisis bagi kaedah pemerhatian melalui borang senarai
    semak pra dan pos yang telah saya edarkan, saya mendapati bahawa terdapat
    peningkatan yang ketara dalam aspek mewujudkan motivasi. Tambahan pula, cara
    pengajaran yang saya gunakan telah meningkat peratusannya sebanyak 40%. Hal
    ini menunjukkan bahawa saya berhasil menggunakan teknik pengajaran yang
    menyeronokkan.Ternyata      kaedah    perkaitan   yang   saya   gunakan   semasa
    memulakan sesi pengajaran mampu menarik minat dan menambat hati para
    pelajar.Selain itu, bahan bantu mengajar yang saya gunakan juga telah membantu
    para pelajar dalam menjana idea seterusnya membawa kepada penglibatan di
    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.




                                          18
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya.

   Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian ini, beberapa
   cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

   1. Menyatakan objektif pembelajaran, kandungan keseluruhan topik pembelajaran
      dan tugasan yang akan dijalankan pada sesi pengajaran dengan lebih jelas dan
      terperinci.

   2. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
       suasana persekitaran sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan
       pembelajaran.

   3. Membiasakan diri dengan menggunakan bahan bantu mengajar sebagai
       maklumat tambahan dan juga sebagai nota sokongan dalam menjalankan
       proses pengajaran.

   4. Membiasakan diri menganggap pelajar sebagai kawan bagi memudahkan
       proses komunikasi berlaku dengan lancar dan seterusnya membawa kepada
       pengawalan kelas sepenuhnya oleh guru.

   5. Menggunakan tutur kata yang standard bagi memudahkan para pelajar untuk
       memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran
       dan pembelajaran.




                                         19
7.0 Bibliografi.

1.   Creative      Thinking   (2009).   Diperoleh   pada   Mei,   28   2012    daripada
             http://gb5023researchaction.wordpress.com/2009/10/29/tugasan-kelas-
             model-kajian-tindakan/.

2.   Creative      thinking   (2008).   Diperoleh   pada   Mei,   28   2012    daripada
             http://kajiantindakanpontian.blogspot.com/2008/10/contoh-laporan-kajian-
             tindakan.html.




                                             20
8.0 Lampiran.

Borang senarai semak.

Nama: Desmond Baok Anak Buda

Nombor matrik: D20091034633

                       BORANG PENILAIAN BIMBINGAN KEMAHIRAN SET INDUKSI

Tahun: ………………………                    Mata pelajaran: …………………………………..

Tarikh: ………………………………..

                               Tandakan ( / ) dalam ruangan yang berkenaan.

                                           Baik ( 2 ), Lemah (1 )

Bil        Komponen kemahiran                                                 1   2
      1.   Menarik perhatian
                  Nada suara
                  Penggunaan bahan bantu mengajar
                  Pergerakan badan
      2.   Mewujudkan motivasi.
                  Membangkitkan rasa ingin tahu
                  Teknik menyeronokkan
                  Soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran
      3.   Membuat perkaitan.
                  Perkaitan dengan pengetahuan sedia ada
                  Perkaitan dengan isi pembelajaran baharu
                  Perkaitan dengan minat dan pengalaman murid
      4.   Menstrukturkan
                  Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan.
                  Mengemukakan soalan yang berkaitan
                  Menyatakan had tugasan yang dijalankan



                                                    21
Temubual bersama pelajar :

      Cikgu (Desmond): Adakah teknik pengajaran yang saya guna menyeronokkan?

      Pelajar (Afiq) : Pada pendapat saya, teknik pengajaran yang cikgu gunakan agak
                      kurang menarik dan membosankan.

      Cikgu (Desmond): Adakah teknik yang saya gunakan dapat membantu
                             membangkitkan rasa ingin tahu anda?

      Pelajar (Afiq) : Saya rasa tidak kerana teknik yang cikgu gunakan tidak memberi
                     sebarang idea kepada saya untuk menyertai sesi pembelajaran.

      Cikgu (Desmond): Apakah kelemahan yang kamu rasa semasa proses
                          pengajaran saya berlangsung?

      Pelajar (Afiq) : Cikgu tidak bergerak ke arah belakang kelas semasa mengajar.
                          Selain itu, cikgu juga tidak memberi peluang kepada setiap
                          orang untuk menjawab soalan cikgu dengan mengikut
                          giliran

      Cikgu (Desmond) : Adakah bahan bantu mengajar yang saya gunakan dapat
                          membantu kamu memahami subtopik ini?

      Pelajar (Afiq) : Saya rasa bahan bantú yang cikgu sediakan agak baik dan sedikit
                     sebanyak dapat membantu saya untuk mengikuti perkembangn
                     pembelajaran.

      Cikgu (Desmond) : Pada pendapat anda, aspek manakah yang harus saya
                             perbaiki di masa akan datang?

      Pelajar (Afiq) : Pada pendapat saya, cikgu haruslah menggunakan teknik yang
                     lebih baik, banyakkan bergerak ke arah palajar dan memberi
                     peluang kepada setiap pelajar untuk melibatkan diri di dalam
                     pengajaran yang cikgu jalankan.



                                          22

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianNur Aqeela Alia Ahmad
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Cikgu Bibi
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bualNur Hassan
 
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranPerancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranSha Amran
 

La actualidad más candente (20)

88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 
Rph
RphRph
Rph
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
 
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranPerancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
 

Destacado

BORANG KAJIAN TINDAKAN BESERTA CONTOH
BORANG KAJIAN TINDAKAN BESERTA CONTOHBORANG KAJIAN TINDAKAN BESERTA CONTOH
BORANG KAJIAN TINDAKAN BESERTA CONTOHCikgu Syahidon
 
Borang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesBorang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesSalwa Samsudin
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Borang pemerhatian
Borang pemerhatianBorang pemerhatian
Borang pemerhatiannurulshaniza
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakannym_namrod
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 
Kajian tindakan khb kt 2013
Kajian tindakan khb kt 2013Kajian tindakan khb kt 2013
Kajian tindakan khb kt 2013Intan Isahak
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sainsmamadanial
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
137301869 60441001-laporan-kajian-tindakan-kh
137301869 60441001-laporan-kajian-tindakan-kh137301869 60441001-laporan-kajian-tindakan-kh
137301869 60441001-laporan-kajian-tindakan-kharasi kovai
 
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanFormat penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanChon Seong Hoo
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 

Destacado (20)

BORANG KAJIAN TINDAKAN BESERTA CONTOH
BORANG KAJIAN TINDAKAN BESERTA CONTOHBORANG KAJIAN TINDAKAN BESERTA CONTOH
BORANG KAJIAN TINDAKAN BESERTA CONTOH
 
Borang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesBorang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kes
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Contoh kajian tindakan 1
Contoh kajian tindakan 1Contoh kajian tindakan 1
Contoh kajian tindakan 1
 
Borang pemerhatian
Borang pemerhatianBorang pemerhatian
Borang pemerhatian
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
Borang senarai semak
Borang senarai semakBorang senarai semak
Borang senarai semak
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kajian tindakan khb kt 2013
Kajian tindakan khb kt 2013Kajian tindakan khb kt 2013
Kajian tindakan khb kt 2013
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
137301869 60441001-laporan-kajian-tindakan-kh
137301869 60441001-laporan-kajian-tindakan-kh137301869 60441001-laporan-kajian-tindakan-kh
137301869 60441001-laporan-kajian-tindakan-kh
 
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanFormat penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 

Similar a Kajian tindakan

MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"suciherna
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"yuniasih331
 
AKSI NYATA_TOPIK2_PEMB.BERDIFERENSIASI_NURUL FAELA SHUFA.pdf
AKSI NYATA_TOPIK2_PEMB.BERDIFERENSIASI_NURUL FAELA SHUFA.pdfAKSI NYATA_TOPIK2_PEMB.BERDIFERENSIASI_NURUL FAELA SHUFA.pdf
AKSI NYATA_TOPIK2_PEMB.BERDIFERENSIASI_NURUL FAELA SHUFA.pdfNurulFaelaShufa
 
858953408-NOVIA AYU AGUSTIN - TT 2 PTK.pdf
858953408-NOVIA AYU AGUSTIN - TT 2 PTK.pdf858953408-NOVIA AYU AGUSTIN - TT 2 PTK.pdf
858953408-NOVIA AYU AGUSTIN - TT 2 PTK.pdfnoviaayu27
 
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pdf
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pdfLK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pdf
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pdfHIDAYANTIHIDAYANTI3
 
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...Waita Rachmi Achir
 
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdfLK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdfubaybaehaki
 
Makalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJARMakalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJARSri Wiji Lestari
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkrela eryd
 
Ptk jual-beli
Ptk jual-beliPtk jual-beli
Ptk jual-beliMelly PMI
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakanNur Azyan
 
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdf
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdfLK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdf
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdfMasHudi30
 
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptx
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptxPRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptx
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptxRusnawatiRusnawati1
 

Similar a Kajian tindakan (20)

MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
 
AKSI NYATA_TOPIK2_PEMB.BERDIFERENSIASI_NURUL FAELA SHUFA.pdf
AKSI NYATA_TOPIK2_PEMB.BERDIFERENSIASI_NURUL FAELA SHUFA.pdfAKSI NYATA_TOPIK2_PEMB.BERDIFERENSIASI_NURUL FAELA SHUFA.pdf
AKSI NYATA_TOPIK2_PEMB.BERDIFERENSIASI_NURUL FAELA SHUFA.pdf
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 
Asmiaty Abbas ( Proposal ) 8.pdf
Asmiaty Abbas ( Proposal ) 8.pdfAsmiaty Abbas ( Proposal ) 8.pdf
Asmiaty Abbas ( Proposal ) 8.pdf
 
H4
H4H4
H4
 
skripsi BaB I
skripsi BaB Iskripsi BaB I
skripsi BaB I
 
858953408-NOVIA AYU AGUSTIN - TT 2 PTK.pdf
858953408-NOVIA AYU AGUSTIN - TT 2 PTK.pdf858953408-NOVIA AYU AGUSTIN - TT 2 PTK.pdf
858953408-NOVIA AYU AGUSTIN - TT 2 PTK.pdf
 
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pdf
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pdfLK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pdf
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi.pdf
 
Laporan pkm
Laporan pkmLaporan pkm
Laporan pkm
 
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...
LAPORAN STUDI KASUS PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN PROJECT BASED LEARNING (PJBL...
 
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdfLK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
LK 3.1 - BEST PRACTICE - UBAY BAEHAKI.pdf
 
Ptk pai sma
Ptk pai smaPtk pai sma
Ptk pai sma
 
BEST PRACTICES.pdf
BEST PRACTICES.pdfBEST PRACTICES.pdf
BEST PRACTICES.pdf
 
Makalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJARMakalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJAR
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Ptk jual-beli
Ptk jual-beliPtk jual-beli
Ptk jual-beli
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdf
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdfLK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdf
LK 3 best practic_Menulis Aksara Jawa_Mashudi.pdf
 
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptx
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptxPRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptx
PRESNTASI PROPOSAL DAN INTRUMENNYA.pptx
 

Kajian tindakan

  • 1. KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN II KUMPULAN B LAPORAN KAJIAN TINDAKAN NAMA : DESMOND BAOK ANAK BUDA NO MATRIK : D20091034633 PENSYARAH : EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN 0
  • 2. ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka surat 1. Penghargaan 2 2. Pengenalan Tajuk kajian Nama penyelidik 3 Nama sekolah Abstrak 3. Refleksi pengajaran lalu - kelemahan 4-5 4. Isu keprihatinan 5 5. Objektif kajian: Objektif am 6 Objektif khas 6. Metodologi kajian 7-9 7. Pelaksanaan kajian 10 - 18 8. Cadangan kajian seterusnya 19 9. Bibliografi 20 10 Lampiran 21 - 22 1
  • 3. PENGHARGAAN Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan keberkatannya saya berjaya menyiapkan laporan kajian tindakan ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek KPD3026Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran II Encik Omar Hisham bin Mohd Baharin di atas kesudiaan beliau membantu saya serta rakan- rakan yang lain sepanjang proses menyiapkan laporan kajian tindakan ini.Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau, proses menyiapkan laporan kajian tindakan iniakan mengambil masa yang lama. Tidak dilupakan juga kepada pihak Universiti yang telah menyediakan segala kemudahan dan fasiliti yang mencukupi dalam menjayakan kajian tindakan ini. Walaupun secara tidak langsung, rasa terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa di kampung yang telah membantu dari segi kewangan dan juga setiap dorongan yang mereka berikan kepada saya. Tanpa mereka, saya tidak dapat membeli segal peralatanyang diperlukan untuk menyiapkan tugasan pada kali ini.Pelbagai ilmu baru telah saya perolehi sepanjang menyempurnakan laporan kajian tindakan ini.Tambahan pula, ianya juga sebagai persediaan untuk saya mengajar dengan lebih baik pada masa akan datang dengan mengetahui setiap kelemahan saya sewaktu pengajaran mikro ini. Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan di atas segala pertolongan dan tunjuk ajar kalian selama ini.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua. 2
  • 4. PENGENALAN Pada semester ini, saya telah mengambil kursus KPD 3026 Pengajaran Teknologi dan Penaksiran II yang berjumlah 6 jam nilai kredit. Kursus ini memerlukan saya untuk melakukan pengajaran mikro. Oleh itu, saya perlu mengkaji tentang kelemahan yang ada semasa saya melakukan pengajaran mikro tersebut terhadap rakan- rakan satu kursus di dalam kumpulan yang sama. Kelemahan yang ada pada pengajaran mikro yang pertama itu perlu saya perbaiki bagi tujuan penambahbaikan untuk pengajaran mikro kali kedua. TAJUK KAJIAN : Penggunaan kaedah perkaitan dan bahan bantú mengajar di dalam proses pengajaran bagi menarik minat dan seterusnya membangkitkan rasa ingin tahu pelajar dalam mata pelajaran sains pertanian. NAMA PENYELIDIK :Desmond Baok Anak Buda NAMA SEKOLAH : Universiti Pendidikan Sultan Idris. ABSTRAK. Kajian tindakan ini dijalankan ke atas pelajar semester 6 yang mengambil jurusan sains pertanian dan yang sedang mengikuti kursus KPD3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran II. Seramai 20 orang respondan terlibat di dalam melaksanakan proses kajian ini. Tujuan utama kajian tindakan ini dijalankan adalah bagi mengaplikasikan kaedah perkaitan dan bahan bantu mengajar di dalam proses pengajaran bagi menarik minat dan seterusnya membangkitkan rasa ingin tahu pelajar di dalam mata pelajaran sains pertanian. Kajian ini juga dijalankan bagi mengetahui respon dan tumpuan para pelajar di dalam kelas semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui respondan para pelajar di dalam senarai semak yang telah diedarkan, maka kelemahan yang ada akan diperbaiki semasa proses pengajaran kali yang kedua. 3
  • 5. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU Kelemahan. Berdasarkan analisis borang soal selidik yang telah saya edarkan semasa menjalankan mikro pengajaran, saya dapati bahawa saya lemah dalam menggunkan teknik yang menyeronokkan di dalam proses pengajaran. Hal ini menyebabkan pengajaran yang saya lakukan pada hari tersebut menjahdi tidak menarik dan tahap motivasi para pelajar berada di paras yang rendah. Saya juga kurang menyelitkan unsur-unsur lawak di dalam pengajaran membuatkan para pelajar menjadi bosan mendengar dan memberi perhatian semasa saya tengah mengajar. Selain itu, pergerakan badan atau body language saya juga lemah pada ketika itu.Ini kerana pergerakan saya hanya tertumpu di bahagian hadapan kelas sahaja.Perkara seperti ini membuatkan saya seakan-akan tidak mengambil perhatian terhadap para pelajar yang duduk di bahagian belakang. Para pelajar yang tidak diberi perhatian sepenuhnya mudah hilang semangat untuk belajar dan perkara seperti ini boleh merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan yang seterusnya adalah saya lemah dalam membangkitkan rasa ingin tahu pelajar di dalam kelas pada hari tersebut.Disebabkan perkara ini, penglibatan para pelajar kurang semasa saya tengah menjalankan proses mikro pengajaran. Fokus sebenar pengajaran yang dijalankan pada hari tersebut juga tidak sepenuhnya sebaliknya saya lebih membiarkan para pelajar menjana idea sendiri tanpa bimbingan dan galakan yang sepatutnya. Antara kelemahan lain yang terdapat pada sesi pengajaran mikro saya adalah persediaan yang saya buat memang tidak memenuhi kriteria penilaian yang hendak dibuat. Di samping rasa gugup dan kurang yakin merencatkan sedikit suasana pengajaran pada hari tersebut.Kejelasan suara juga tidak begitu memuaskan.Walaupun tidak begitu menarik, pengajaran yang saya lakukan berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang tidak diingini berlaku. Selain Itu juga, saya terlupa untuk memberi tahu para pelajar tentang objektif pembelajaran pada hari tersebut dan sepatutnya saya perlu memberitahu objektif 4
  • 6. tersebut kepada para pelajar agar para pelajar dapat gambaran yang lebih jelas lagi berkenaan tajuk yang akan disampaikan. 2.0 ISU KEPRIHATINAN. Berdasarkan analisis borang soal selidik yang telah saya kaji, masalah utama saya hanya tertumpu kepada elemen mewujudkan motivasi iaitu teknik yang menyeronokkan dan membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar.Hal ini kerana, pada masa pengajaran mikro dijalankan saya tidak menggunakan teknik yang sesuai dengan suasana kelas pada ketika itu. Perkara seperti ini menyebabkan para pelajar susah untuk mengikuti perkembangan pengajaran yang saya lakukan seterusnya membawa kepada kegagalan dalam membangkitkan rasa ingin tahu para pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bagi menarik minat dan menambat hati para pelajar, saya haruslah menggunakan teknik yang menyeronokkan dalam pengajaran di samping membantu membangkitkan rasa ingin tahu yang ada pada para pelajar. Terdapat pelbagai kaedah dan cara yang boleh diaplikasikan di dalam kelas sewaktu pengajaran dijalankan. Antaranya ialah menggunakan kaedah perkaitan dengan menggunakan contoh abstrak yang terdapat di sekeling para pelajar. Sebagai contoh, menggunakan benda yang sinonim dengan pelajar iaitu pen, buku, beg dan sebagainya. Dengan cara ini, pelajar mudah tertarik dengan pengajaran yang dilakukan di samping dapat menolong membangkitkan rasa ingin tahu yang terdapat di dalam diri pelajar. Dengan menggunakan teknik pengajaran seperti ini, sudah semestinya apa yang hendak disampaikan oleh guru dapat diterima dengan mudah oleh para pelajar. Selain itu, proses pengajaran juga berlangsung dengan lancar dan terkawal. Hal ini akan dapat menarik fokus pelajar untuk memberi perhatian terhadap apa yang hendak saya sampaikan di dalam kelas. Tambahan pula, saya berharap dengan cara ini saya dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar saya sehingga mereka mahir dalam tajuk ini. 5
  • 7. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN. 3.1 OBJEKTIF AM - Meningkatkan peratusan lulus di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malayasia (SPM) bagi subjek Sains Pertanian sekolah di peringkat negeri. 3.2 OBJEKTIF KHAS - Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran sains pertanian. - Meningkatkan rasa ingin tahu para pelajar semasa belajar mata pelajaran sains pertanian. - Membantu para pelajar untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun. - Mengubah pandangan para pelajar agar mereka tidak merasakan lagi mata pelajaran sains pertanian adalah subjek yang membosankan. 6
  • 8. 4.0 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah: 1. Pemerhatian 2. Eksperimen - Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah berdasarkan rekabentuk kajian Bassey (1998) dan Hand (2001) yang mana terdiri daripada lima peringkat. Peringkat pertama: - Mengenalpasti masalah dan merangkakan soalan kajian ( Define the problem and frame research questions). - Masalah perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan soalan kajian hendaklah dirangkakan. Peringkat kedua: - mengumpul data dan membuat keputusan bagaimana kaedah pengajaran boleh diubah (collect data and decide how teaching could be changed). - pada peringkat ini melibatkan pengumpulan data dan tindak balas kepada data tersebut untuk mengenalpasti bagaimana perubahan pengajaran dapat memberikan kesan. Kejian terhadap subjek pendidikan seperti kaedah pengajaran yang terbaru mungkin dapat dibuat dalam mengenalpasti tindak balas. Peringkat ketiga: - laksanakan perubahan yang dipilih dalam pengajaran (Implement the selected changes to teaching). - perubahan yang dipilih semasa pengumpulan data, kajian dan refleksi akan dilaksanakan. 7
  • 9. Peringkat keempat: - Memantau dan menilai perubahan yang dilakukan (monitor and evaluate the changes made) - Kajian tindakan boleh diterjemahkan dalam pelbagai maksud termasuk menyimpan nota mesyuarat, perbincangan-perbincangan staf, temuduga dan soalan kajiselidik. Peringkat kelima: - melihat semula kepada perubahan yang dibuat dan kemudian mengulang semula kitaran jika perlu ( Review and reflect upon the changes. Repeat cycle if necessary). 4.2 SASARAN. - Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar yang mengambil subjek KPD3026 kumpulan B yang terdiri daripada 18 orang pelajar Melayu dan 2 orang pelajar bangsa lain- lain. 4.3 PENGUMPULAN DATA ATAU INSTRUMEN 4.3.1 Pemerhatian - Pengumpulan data adalah melalui kaedah pemerhatian melalui senarai semak iaitu senarai semak Para dan senarai semak Pos. Satu set instrumen kajian telah dibina, yang mengandungi 14 items dan dibahagikan kepada empat subskala bagi mengukur amalan pengajaran yang berkesan terhadap pengajaran guru pada hari tersebut. Borang senarai semak ini berbentuk skala Likert empat poin yang skala 1 kurang baik, skala 2 bermaksud sederhana, skala 3 bermaksud baik dan skala 4 adalah sangat baik. Para pelajar hanya perlu menanda pada kotak- kotak nombor yang 8
  • 10. dipilih dan dipersetujui. Bagi menentukan kesahan dalaman dan kebolehpercayaan, ítem- ítem dalam subskala borang senarai semak ini akan dianalisis dengan terperinci. 4.3.2 Temubual melalui soalan. - Soalan: 1. Adakah teknik pengajaran yang saya guna menyeronokkan? 2. Adakah teknik yang saya gunakan dapat membantu membangkitkan rasa ingin tahu anda? 3. Apakah kelemahan yang kamu rasa semasa proses pengajaran saya berlangsung? 4. Adakah bahan bantu mengajar yang saya gunakan dapat membantu kamu memahami subtopik ini? 5. Pada pendapat anda, aspek manakah yang harus saya perbaiki di masa akan datang? 4.4 BATASAN KAJIAN. - Batasan kajian hanya terhad pada set induksi sahaja 9
  • 11. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN. 5.1 Tinjauan masalah. - Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat melalui tiga peringkat pemerhatian iaitu melalui borang senarai semak pra dan pos serta temubual. 5.1.1 Pemerhatian sebelum (senarai semak pra) Saya telah membuat pengajaran mikro dan semua pelajar saya telah membuat pemerhatian terhadap pengajaran mikro yang telah saya lakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian ini juga dibuat berdasarkan borang senarai semak yang telah saya berikan satu setiap orang. Semasa pengajaran dilakukan, saya dapati bahawa para pelajar mula menjadi bosan dan hilang tumpuan terhadap apa yang cuba saya sampaikan. Setelah menganalisis borang senarai semak, saya dapati bahawa teknik pengajaran yang saya gunakan di dalam kelas tidak menyeronokkan. 5.1.2 pemerhatian selepas (senarai semak pos) Setelah menjalankan pengajaran mikro kali kedua dan menganalisis borang senarai semak, saya dapati semua respon yang diberikan oleh para pelajar terhadap pengajaran yang saya lakukan sangat positif dan terdapat banyak peningkatan.Selain itu, saya juga turut merakam sesi pengajaran mikro kali kedua ini sebagai rujukan saya dalam membuat analisis pengajaran.Hal ini menunjukan bahawa teknik pengajaran yang saya gunakan mampu menarik perhatian pelajar dan mereka berasa seronok mengikuti perkembangan pengajaran yang saya lakukan.Di samping itu, saya juga telah berjaya memotivasikan para pelajar dengan meningkatkan rasa ingin tahu yang ada dalam diri mereka.Tambahan pula, dalam pengajaran kali ini saya mampu 10
  • 12. mengawal keadaan kelas dan memberi arahan kepada pelajar agar mengangkat tangan jika hendak menjawab soalan yang saya kemukakan. 5.1.3 Temubual. Saya telah menemubual dua orang pelajar secara rawak dan hasil daripada temubual yang saya jalankan didapati bahawa teknik pengajaran yang saya gunakan sememangnya tidak menyeronokkan dan saya juga gagal dalam membangkitkan rasa ingin tahu yang ada dalam diri pelajar yang saya ajar. 5.2 Analisis tinjauan masalah. 5.2.1 Analisis pemerhatian. Setelah menganalisis borang penilaian yang telah saya edarkan sebelum bermulanya pengajaran mikro, saya dapati kelemahan yang paling ketara yang saya lakukan adalah dari segi teknik pengajaran.Melalui analisis borang penilaian ini ternyata teknik pengajaran yang saya gunakan tidak menyeronokkan.Sebanyak 55% sahaja yang memberi penilaian positif manakala 45% memberi penilaian yang tidak memuaskan. 11
  • 13. JUMLAH BILANGAN, PERATUSAN DAN PURATA PELAJAR UNTUK MENGETAHUI KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Analisis borang senarai semak pra (mikro 1) Bil. Komponen Kemahiran Baik Baik Purata (bilangan) (%) Menarik Perhatian. 1. Nada suara. 15 75 Penggunaan bahan bantu mengajar. 18 90 75% Pergerakan badan (body language). 12 60 2. Mewujudkan Motivasi. Membangkitkan rasa ingin tahu. 13 65 Teknik yang menyeronokkan. 11 55 63% Soalan yang berkaitan dengan topik 14 70 pembelajaran. 3. Membuat Perkaitan. Perkaitan dengan pengetahuan yang sedia ada. 15 75 Perkaitan dengan isi pembelajaran baru. Perkaitan dengan minat dan pengalaman 17 85 77% murid. 14 70 4. Menstrukturkan Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan. 15 75 Mengemukakan soalan yang berkaitan. 70% Menyatakan had tugasan. 14 70 13 65 12
  • 14. Analisis borang senarai semak pos (mikro 2) Bil. Komponen Kemahiran Baik Baik Purata (bilangan) (%) Menarik Perhatian. 1. Nada suara. 19 95 Penggunaan bahan bantu mengajar. 16 80 85% Pergerakan badan (body language). 16 80 2. Mewujudkan Motivasi. Membangkitkan rasa ingin tahu. 19 95 Teknik yang menyeronokkan. 19 95 97% Soalan yang berkaitan dengan topik 20 100 pembelajaran. 3. Membuat Perkaitan. Perkaitan dengan pengetahuan yang sedia ada. 20 100 Perkaitan dengan isi pembelajaran baru. Perkaitan dengan minat dan pengalaman 20 100 100% murid. 20 100 4. Menstrukturkan Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan. 20 100 Mengemukakan soalan yang berkaitan. 88% Menyatakan had tugasan. 20 100 13 65 13
  • 15. ANALISIS GRAF UNTUK BORANG SENARAI SEMAK PRA ( MIKRO 1) mikro pengajaran 1 80 70 60 50 40 30 20 10 0 menarik perhatian mewujudkan motivasi membuat perkaitan menstrukturkan 14
  • 16. ANALISIS GRAF UNTUK BORANG SENARAI SEMAK POST ( MIKRO 2) mikro pengajaran 2 100 95 90 85 80 75 menarik perhatian mewujudkan membuat menstrukturkan motivasi perkaitan 15
  • 17. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan. 1) Saya telah menggunakan kaedah perkaitan dalam memulakan sesi pengajaran pada kali ini. Sebelum masuk ke topik yang diajar, saya telah menyuruh pelajar mengeluarkan sebatang pen dan meminta mereka untuk memberikan jawapan apakah komponen yang membentuk sebatang pen tersebut menjadi lengkap. 2) Saya telah menggunakan kad manila yang telah saya lukiskan carta pai mengenai topik yang akan diajar tetapi tidak menyatakan tajuk. Saya telah meminta para pelajar untuk meneka apakah tajuk yang mereka akan pelajari berdasarkan carta pai tersebut. 5.4 Jadual Perlaksanaan Pengajaran Mikro. Jadual Perlaksanaan. BIL. AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan 3 MAC 2012 data awal. 2. Menulis kertas cadangan/ proposal. 8 MAC 2012 3. Merancang tindakan. 8 MAC 2012 4. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 14 MAC 2012 5. Membincangkan masalah yang timbul 14 MAC 2012 dalam tindakan 1. 6. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 14 MAC 2012 7. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan 16 MAC 2012 data awal. 8. Menulis proposal kajian tindakan 20 MAC 2012 9. Merancang tindakan. 24 MAC 2012 10. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 9 MEI 2012 11. Membincangkan masalah yang timbul 9 MEI 2012 16
  • 18. dalam tindakan 1. 12. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 9 MEI 2012 13. Membincangkan masalah yang timbul 10 MEI 2012 dalam tindakan 2. 14 Ujian untuk mengesan pencapaian murid. 10 MEI 2012 15 Refleksi kajian. 28 MEI 2012 16 Menulis laporan kajian. 29 MEI 2012 17 Pembentangan dapatan kajian. 30 MEI 2012 5.5 Kos Yang Diperlukan. Kos Kajian. BIL. JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS 1. Buku catatan guru 1 RM2.00 RM2.00 2. Bahan bantu - - RM10.00 mengajar (BBM) 3. Fotostat bahan dan - - RM13.00 laporan kajian tindakan JUMLAH RM25.00 17
  • 19. 5.6 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian. Kajian tindakan ini telah dijalankan dalam masa 9 minggu kuliah. Kajian tindakan yang saya lakukan ini hanya tertumpu kepada set induksi untuk satu subtopik sahaja. Masa yang saya peruntukkan untuk menjalankan kajian ini hanyalah 5 minit sahaja memandangkan kemahiran pengajaran yang saya pilih adalah set induksi sahaja. Para pelajar telah membuat pemerhatian melalui borang senarai semak pos beberapa minggu selepas pemerhatian melalui borang senarai semak pra.Tujuan penggunaan senarai semak pra adalah untuk mengenalpasti di manakah kelemahan saya dan senarai semak pos pula adalah untuk melihat perubahan yang berlaku setelah saya menjalankan pengajaran untuk kali kedua. Selain itu, tujuan saya mengedarkan borang senarai semak ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan di dalam kelas. 5.7 Refleksi Kajian. Berdasarkan jadual analisis bagi kaedah pemerhatian melalui borang senarai semak pra dan pos yang telah saya edarkan, saya mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam aspek mewujudkan motivasi. Tambahan pula, cara pengajaran yang saya gunakan telah meningkat peratusannya sebanyak 40%. Hal ini menunjukkan bahawa saya berhasil menggunakan teknik pengajaran yang menyeronokkan.Ternyata kaedah perkaitan yang saya gunakan semasa memulakan sesi pengajaran mampu menarik minat dan menambat hati para pelajar.Selain itu, bahan bantu mengajar yang saya gunakan juga telah membantu para pelajar dalam menjana idea seterusnya membawa kepada penglibatan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 18
  • 20. 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya. Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian ini, beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut: 1. Menyatakan objektif pembelajaran, kandungan keseluruhan topik pembelajaran dan tugasan yang akan dijalankan pada sesi pengajaran dengan lebih jelas dan terperinci. 2. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan suasana persekitaran sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Membiasakan diri dengan menggunakan bahan bantu mengajar sebagai maklumat tambahan dan juga sebagai nota sokongan dalam menjalankan proses pengajaran. 4. Membiasakan diri menganggap pelajar sebagai kawan bagi memudahkan proses komunikasi berlaku dengan lancar dan seterusnya membawa kepada pengawalan kelas sepenuhnya oleh guru. 5. Menggunakan tutur kata yang standard bagi memudahkan para pelajar untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 19
  • 21. 7.0 Bibliografi. 1. Creative Thinking (2009). Diperoleh pada Mei, 28 2012 daripada http://gb5023researchaction.wordpress.com/2009/10/29/tugasan-kelas- model-kajian-tindakan/. 2. Creative thinking (2008). Diperoleh pada Mei, 28 2012 daripada http://kajiantindakanpontian.blogspot.com/2008/10/contoh-laporan-kajian- tindakan.html. 20
  • 22. 8.0 Lampiran. Borang senarai semak. Nama: Desmond Baok Anak Buda Nombor matrik: D20091034633 BORANG PENILAIAN BIMBINGAN KEMAHIRAN SET INDUKSI Tahun: ……………………… Mata pelajaran: ………………………………….. Tarikh: ……………………………….. Tandakan ( / ) dalam ruangan yang berkenaan. Baik ( 2 ), Lemah (1 ) Bil Komponen kemahiran 1 2 1. Menarik perhatian Nada suara Penggunaan bahan bantu mengajar Pergerakan badan 2. Mewujudkan motivasi. Membangkitkan rasa ingin tahu Teknik menyeronokkan Soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran 3. Membuat perkaitan. Perkaitan dengan pengetahuan sedia ada Perkaitan dengan isi pembelajaran baharu Perkaitan dengan minat dan pengalaman murid 4. Menstrukturkan Menyatakan satu siri soalan yang berkaitan. Mengemukakan soalan yang berkaitan Menyatakan had tugasan yang dijalankan 21
  • 23. Temubual bersama pelajar : Cikgu (Desmond): Adakah teknik pengajaran yang saya guna menyeronokkan? Pelajar (Afiq) : Pada pendapat saya, teknik pengajaran yang cikgu gunakan agak kurang menarik dan membosankan. Cikgu (Desmond): Adakah teknik yang saya gunakan dapat membantu membangkitkan rasa ingin tahu anda? Pelajar (Afiq) : Saya rasa tidak kerana teknik yang cikgu gunakan tidak memberi sebarang idea kepada saya untuk menyertai sesi pembelajaran. Cikgu (Desmond): Apakah kelemahan yang kamu rasa semasa proses pengajaran saya berlangsung? Pelajar (Afiq) : Cikgu tidak bergerak ke arah belakang kelas semasa mengajar. Selain itu, cikgu juga tidak memberi peluang kepada setiap orang untuk menjawab soalan cikgu dengan mengikut giliran Cikgu (Desmond) : Adakah bahan bantu mengajar yang saya gunakan dapat membantu kamu memahami subtopik ini? Pelajar (Afiq) : Saya rasa bahan bantú yang cikgu sediakan agak baik dan sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk mengikuti perkembangn pembelajaran. Cikgu (Desmond) : Pada pendapat anda, aspek manakah yang harus saya perbaiki di masa akan datang? Pelajar (Afiq) : Pada pendapat saya, cikgu haruslah menggunakan teknik yang lebih baik, banyakkan bergerak ke arah palajar dan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk melibatkan diri di dalam pengajaran yang cikgu jalankan. 22