SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
Descargar para leer sin conexión
Pentaksiran Alternatif: Menuju ke Arah Transformasi
Sistem Pentaksiran di Malaysia
Noor Azreen Bt Abd Aziz
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
hb100009@siswa.uthm.edu.my
Sulaiman Bin Yamin
sulaimn@uthm.edu.my
Abstrak
Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses
pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan
pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat
keputusan bagi penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan
pelajar secara berterusan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai definisi, penilaian
sebagai proses pengajaran-pembelajaran, jenis pentaksiran dalam bilik darjah,
perbandingan antara pentaksiran tradisional dengan alternatif, kekangan pelaksanaan
pentaksiran alternatif, dan kepelbagaian aktiviti yang membolehkan perlaksanaan
pentaksiran alternatif. Perbincangan definisi pentaksiran berfokus kepada fungsi
pentaksiran manakala penilaian sebagai proses pengajaran-pembelajaran
membincangkan mengenai penilaian merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan juga pembelajaran. Terdapat beberapa jenis pentaksiran di dalam bilik
darjah yang mempunyai tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran merupakan
salah satu komponen penting dalam pengajaran-pembelajaran. Pentaksiran tradisional
vs. pentaksiran alternatif membincangkan mengenai keperluan atau kepentingan
untuk melakukan transformasi dalam sistem pentaksiran negara. Seterusnya,
kekangan pentaksiran alternatif adalah kerana kegagalan pendidik mempelbagaikan
aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekangan ini termasuklah kekangan
masa, bebanan kerja, tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, kesahan dan
kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Kertas kerja diakhiri dengan kepelbagaian
aktiviti pentaksiran alternatif dan cadangan bagi mengatasi kekangan tersebut.
Kata kunci: penilaian dalam pengajaran-pembelajaran, pentaksiran alternatif
1. Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang giat membangun ke
arah mencapai Wawasan 2020 dan kemajuan dari segala aspek dan
komponen pembangunan. Pelbagai usaha yang telah dijalankan bagi
memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan kemajuan ini seiring
dengan perkembangan dunia pada masa kini terutama dalam sistem
pendidikan negara. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang
terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke sembilan (RMK-9) telah
menggariskan enam teras strategik bertujuan untuk mengukuhkan
sistem pendidikan negara. Enam teras tersebut ialah membina negara
bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah
kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion
keguruan dan juga melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
Pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulia ,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang ingin
dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara kreatif dan kritis,
berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai ketahanan serta
kebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia global yang sering
berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Terdapat beberapa fokus
utama dalam membangunkan modal insan yang telah menggariskan
pelan tindakan bagi merangka strategi pembaharuan kepada struktur
kurikulum pendidikan kebangsaan dan juga kepada sistem pentaksiran
kebangsaan. Fokus 2: meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan dan Fokus 4: memantapkan sistem pentaksiran dan
penilaian supaya lebih holistik serta menggariskan beberapa strategi
yang perlu dilaksanakan bagi memantap dan memperkukuhkan
pelaksanaan sistem pendidikan negara (Ghani, 2008).
Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada
perkataan Greek “Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi” (Adimin,
2011). (Ghafar, 2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses
mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan
pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang
tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini
berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir
membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang
telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan
datang. (Airasian, 2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah
pengumpulan ,sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian,
pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru
dalam membuat keputusan pembelajaran. Pentaksiran meliputi pelbagai
prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang
pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian
kertas dan pensil) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai
kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005).
Justeru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah
merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi
keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat
penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. Penilaian sebagai Proses Pengajaran-Pembelajaran
Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek
penting yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mencungkil potensi dan
bakat pelajar (Ali, 2008). Proses pengajaran dan pembelajaran tidak
lengkap jika penilaian tidak diambil kira. Tiga komponen utama yang
terkandung dalam setiap pelajaran (Rajah 1). Komponen pertama ialah
objektif di mana kenyataan berkaitan dengan apa yang ingin dicapai oleh
guru dan pelajar. Setelah mengetahui apa yang patut dicapai, rancangan
pengajaran akan disediakan untuk mewujudkan pengalaman yang
sesuai bagi membantu pelajar capai objektif berkenaan bergantung
kepada kebolehan, kemahiran dan bakat serta minat pelajar yang
pelbagai. Merancang dan menyediakan keadaan yang menimbulkan
pengalaman yang sesuai merupakan komponen kedua dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
(Wahid & Jahya, 2009) dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan
Pembangunan Modal Insan menyatakan bahawa timbunan pengalaman
terjadi sama ada dialami sendiri, melalui pembacaan, dari suka dan
duka sebuah pengembaraan, dari sesuatu sesi perbincangan, dari
pelbagai pertemuan intelektual dan yang seumpamanya. Kesemua
kaedah penimbunan pengalaman ini merupakan rutin harian setiap
pelajar, aktiviti seperti itu bertapak semenjak di peringkat sekolah
rendah lagi sehingga ke peringkat tertinggi cuma yang berbeza adalah
darjah pemberatan dan tahap keseriusannya. Komponen ketiga ialah
menilai pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku pelajar berkait
dengan objektif pelajaran.
Objektif pengajaran mestilah membolehkan pelajar memperoleh ilmu
dan kemahiran serta mampu mempamerkan perubahan tingkah laku
seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian sangat penting dalam
proses pengajaran. Guru perlu membuat pelbagai pertimbangan semasa
pengajaran sesuatu topik berdasarkan persoalan yang timbul sebelum,
semasa, atau selepas pengajaran. (Ghafar, 2011) menunjukkan aliran
penilaian dalam pengajaran. Bermula dengan objektif pengajran, diikuti
dengan proses pengajaran yang sesuai sehingga ke penilaian hasil.
Terdapat beberapa jenis penilaian yang terlibat di dalam proses
pengajaran ini (Rajah 2)
Dahulunya, penilaian dianggap hanyalah penentu pencapaian pelajar
pada akhir satu sesi pembelajaran. Tetapi kini penilaian merangkumi
aktiviti mendapat informasi dan membuat perbandingan semasa
pembelajaran dan pengajaran itu berlangsung. Sistem penilaian kini
memberi penekanan kepada penilaian berterusan yang bertujuan
membantu pembelajaran pelajar. Di samping menjalankan penilaian
berterusan, informasi itu perlu direkodkan oleh guru bagi melihat
kemajuan pelajar dan pelajar yang masih belum menguasai topik atau
satu unit akan diberikan pengajaran pemulihan. Dengan cara ini,
penilaian dapat digunakan dengan lebih efektif.
Penilaian untuk pembelajaran adalah bertujuan untuk meningkatkan
pembelajaran. Ia adalah proses mencari dan mentafsir bukti untuk
digunakan oleh guru dan pelajar untuk membuat keputusan dalam
pembelajaran pelajar (Dikli, 2003). Pada masa yang sama, penilaian juga
boleh bertindak sebagai alat pengukur untuk menunjukkan kecekapan
dan keberkesanan guru. Di peringkat bilik darjah, penilaian boleh
dijadikan sebagai alat mengajar yang baik dan keputusan pelajar boleh
memaklumkan pelbagai keputusan pengajaran.
(Nordin & Bakar, 2008) menunjukkan tiga langkah penting yang mesti
dipatuhi oleh guru semasa membuat penilaian pembelajaran (Rajah 3).
Yang pertama ialah jawapan yang diberikan oleh pelajar hendaklah
diperiksa dengan betul atau salah sahaja. Oleh itu, markah, gred serta
peratus tidak sesuai digunakan. Langkah kedua ialah jawapan-jawapan
yang telah diperiksa akan dikembalikan kepada pelajar supaya pelajar
dapat melihat sendiri hasil pembelajaran yang telah dikuasai mahupun
belum dikuasainya. Langkah yang terakhir pula ialah semasa kertas
dipulangkan, guru dengan serta-merta menjalankan kerja-kerja
pemulihan dan pengukuhan. Dengan melalui ketiga-tiga langkah ini,
secara tidak langsung penilaian telah menjadi sebahagian daripada
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2.1 Pentaksiran dalam Bilik Darjah
Terdapat empat jenis pentaksiran iaitu pentaksiran penempatan,
pentaksiran formatif, pentaksiran diagnostik dan juga pentaksiran
sumatif. Setiap pentaksiran antara keempat-empatnya mempunyai
tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran penempatan bertujuan
mengukur tingkah laku untuk kemasukan, pentaksiran formatif untuk
memantau kemajuan pembelajaran. Pentaksiran diagnostik
dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah pembelajaran
manakala pentaksiran sumatif pula untuk mengukur pencapaian di
akhir sesuatu topik atau unit.
3.0 Pentaksiran Alternatif
(Saptu & Said, 2011) menyatakan bahawa definisi pentaksiran autentik,
pentaksiran alternatif, pentaksiran secara terus, pentaksiran prestasi
dan pentaksiran portfolio, kesemuanya merujuk kepada alternatif ke
arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut (Logsdon,
2011), pentaksiran alternatif mempunyai bentuk pentaksiran yang
berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu
pentaksiran yang silih berganti boleh mengurangkan kesan
ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan apa
yang pelajar fahami. Pentaksiran alternatif juga merupakan penggunaan
pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach &
Associates, 2011).
Pentaksiran alternatif secara umumnya ditakrifkan sebagai mana-mana
kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran
tradisional seperti ujian pensil-kertas. Pentaksiran alternatif
menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan
yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang
ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk
mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar
dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang
mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya
(Companies, 2011).
Jesteru itu, pentaksiran alternatif adalah pentaksiran di mana pelajar
menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu
persoalan, boleh berbentuk esei atau lukisan, yang bertentangan dengan
kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan, seperti yang
lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran alternatif
termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi,
persembahan lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran alternatif
ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri
secara kreatif melalui pilihan pelajar sendiri. Pentaksiran alternatif
merupakan semua aktiviti pentaksiran yang dijalankan selain daripada
aktiviti pentaksiran tradisional yang menekankan konsep pensil-kertas
untuk menguji dan mngukur. Maka, pentaksiran alternatif boleh dirujuk
sebagai pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran.
Walaubagaimanapun, pentaksiran tradisional sudah berabad lama
digunakan dalam sistem pentaksiran diserata dunia. Analisis perbezaan
antara pentaksiran tradisional dengan pentaksiran alternatif sentiasa
dikemukakan. Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua
pentaksiran ini dari aspek ciri-ciri, kegunaan dan format lazim (Jadual
1).
3.1 Pentaksiran Tradisional vs. Pentaksiran Alternatif
Kementerian berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar, guru
dan sekolah dari segala aspek sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat
dan negara sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan
Malaysia di arena antarabangsa dan secara tidak langsung akan dapat
menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu
pembangunan negara dan individu tersebut. Beberapa usaha telah
dijalankan bagi memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan
sistem pendidikan negara. Pentaksiran alternatif merupakan salah satu
kaedah yang mana dilihat mampu memberikan satu bentuk pentaksiran
menyeluruh potensi pelajar dengan penekanan diberikan pada aspek
penting iaitu potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Menurut (Bailey, 1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak
langsung, tidak autentik, one-shot, speed-based, dan rujukan norma.
(Law & Eckes, 1995) menggariskan isu yang sama dan menyatakan
bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian-peristiwa tunggal (single-
occasion tests) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan
pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat
menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat
menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian. (Bailey,
1998) juga menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakan
kepada pelajar dalam pentaksiran ini. (Law & Eckes, 1995)
menunjukkan kebanyakan ujian yang seragam mentaksir hanya
kemahiran berfikir pelajar yang rendah. (Dikli, 2003) menyatakan
bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada
kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana
tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada
masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan
pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran
yang lain tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatu
penilaian (Begum & Farooqui, 2008). Pentaksiran alternatif mula
digunakan sebagai satu kaedah yang baru dalam sistem pendidikan
disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat yang mana
sebelum ini dipengaruhi oleh ujian berdasarkan kurikulum dan
pengajaran sahaja (Dikli, 2003). Selain itu, alat pentaksiran tradisional
hanya memerlukan pelajar untuk memaparkan pengetahuan mereka
dengan cara yang telah ditentukan terlebih dahulu.
Sebaliknya pentaksiran alternatif, mentaksir kemahiran berfikir yang
lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang
mereka belajar. Jenis alat pentaksiran ini memberi tumpuan kepada
perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang
pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa
tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk
menunjukkan kebolehan pada bila-bila masa yang berbeza dan keadaan
yang berbeza. Sejak pentaksiran alternatif dibangunkan dalam konteks
dan dari semasa ke semasa, guru mempunyai peluang untuk mengukur
kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelbagai bidang dan situasi (Law
& Eckes, 1995).
Pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah
proses pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran ini dijalankan
untuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemahkan
kehendak tugasan. Guru juga dapat menentukan apa yang boleh
dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. (Reeves, 2000)
mempercayai bahawa penekanan kepada penilaian prestasi dapat
memberi keupayaan kepada pelajar dalam mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Pentaksiran
yang bersifat alternatif adalah seperti pentaksiran kerja kursus/portfolio,
projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi
pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan. Melalui
pentaksiran ini bukan sahaja dapat menilai kemajuan pelajar, malahan
proses pembinaan modal insan yang holistik dapat juga diteruskan
sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin (Khan, 2009).
Menurut daripada kajian terdahulu, pentaksiran tradisional seolah-olah
tidak mempunyai ciri-ciri yang positif pada semuanya. Walau
bagaimanapun, ini tidak benar. Pentaksiran tradisional juga mempunyai
kelebihan seperti mana terdapat kelemahan pada pentaksiran alternatif.
Sebagai permulaan, strategi pentaksiran tradisional yang lebih objektif,
boleh dipercayai dan juga sah. Ini dapat dilihat daripada ujian sumatif
yang seragam dan mempunyai standard yang tertentu. Sebaliknya,
pentaksiran alternatif, membawa beberapa kebimbangan dari segi
subjektiviti, kebolehpercayaan dan kesahihannya dalam sistem
pendidikan.
Selain itu, pentaksiran alternatif boleh membebankan guru dari segi
masa dan juga tenaga (Law & Eckes, 1995). Sebagai contoh,
kepelbagaian produk dalam portfolio, yang dilihat sebagai salah satu
kekuatan yang paling penting, boleh membawa masalah kepada guru
dalam segi praktikal (Bailey, 1998). Guru mungkin sukar untuk menskor
dan memerlukan masa yang panjang untuk menilai prestasi pelajar,
tidak seperti ujian aneka pilihan, yang praktikal untuk diskor.
4. Kekangan Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif
Pelaksanaan pentaksiran alternatif diperingkat sekolah dan dalam bilik
darjah agak sukar untuk dilaksanakan. Berdasarkan kajian yang
dilaksanakan oleh (Rahman & Ali, 2008) mendapati terdapat beberapa
faktor permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan
pentaksiran kerja kursus/protfolio yang mana sebahagian daripada
pentaksiran alternatif atau dikenali sebagai pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS). Faktor guru adalah yang paling penting dalam
melaksanakan pentaksiran alternatif. Dapatan kajian tersebut
menunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran
yang sederhana tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus.
Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak mempunyai masa
mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar serta mengganggap
proses melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain.
Begitu juga kajian (Noor & Sahip, 2010) yang menunjukkan bahawa
jadual waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untuk
melaksanakan pentaksiran tersebut.
Kajian oleh (Begum & Farooqui, 2008) pula menyatakan bahawa guru
sangat optimis mengenai perubahan sistem pentaksiran. Hasil kajian
menunjukkan bahawa walaupun kerajaan telah melaksanakan sistem
pentaksiran baru, kebanyakan guru-guru tidak mendapat latihan yang
secukupnya untuk melaksanakan projek tersebut. Guru yang tidak
terlatih akan mempunyai kefahaman yang sedikit seterusnya akan
menyebabkan markah tidak dapat diagihkan dengan berkesan akibat
ketidakmampuan guru tersebut. Jika pentaksiran alternatif ini
dilaksanakan tanpa menyediakan latihan kepada guru-guru yang
mencukupi, jurang yang besar akan wujud antara strategi yang digubal
oleh kerajaan dengan realiti sebenar dalam bilik darjah. Dalam artikel
(Seng, 2009) yang bertajuk School-based Assessment: The Concept of
School based Assessment menyatakan bahawa terdapat perbezaan
persepsi mengenai makna pentaksiran berasaskan sekolah di antara ibu
bapa, stakeholder, pelajar-pelajar mahu pun guru-guru. Hal ini adalah
kerana masyarakat di Malaysia sudah lazim dengan pentaksiran
tradisional sejak zaman merdeka lagi.
Sehubungan daripada kekangan yang membataskan pelaksanaan
pentaksiran alternatif, pelbagai aktiviti pentaksiran ini dikemukakan
supaya guru dapat memilih dan menggunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran dalam
mengaitkan sukatan pelajaran kurikulum dan aktiviti pentaksiran
alternatif yang ingin dijalankan bagi mematuhi prinsip asas pentaksiran
alternatif (Saptu & Said, 2011).
5. Kepelbagaian Aktiviti yang Membolehkan Perlaksanaan
Pentaksiran Alternatif
Gambaran yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat
diberikan dengan menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah.
Profil pentaksiran dalam bilik darjah yang berlainan (Rajah 4).
 Pentaksiran prestasi: Pelajar dikehendaki untuk mencipta
sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang
menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman
tentang proses atau konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi
"autentik" kerana distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah
atau situasi sebenar.
 Pemerhatian guru: Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang
terlibat dalam pelbagai tugas atau aktiviti dengan menggunakan
senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya, untuk
merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras
yang tertentu.
 Persidangan: Guru dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar
untuk mencapai satu atau lebih matlamat yang tertentu.
 Pentaksiran sendiri: Pelajar memikirkan dan menilai kerja mereka
sendiri dengan kriteria taksiran yang dibangunkan oleh guru atau
pelajar.
 Pentaksiran rakan sebaya: Pelajar menilai kerja antara satu sama
lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan oleh guru atau
pelajar-pelajar.
 Pentaksiran kerja kursus/portfolio: Kerja pelajar direkodkan
dalam koleksi bahan-bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau
guru, menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan proses
pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara
yang teratur dan sistematik.
6. Kesimpulan
Pentaksiran alternatif merupakan pentaksiran autentik atau pentaksiran
formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran. Berdasarkan kajian-
kajian yang telah dibuat, jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan
pentaksiran alternatif dapat dijalankan dengan baik, konsisten dan
berterusan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada tahap pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru-guru yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perlu
dilatih dengan menghadiri kursus, seminar atau mesyuarat berkaitan
bagi mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran. Guru juga perlu
dilatih supaya menjalankan tugas secara profesional, telus, adil dan
tidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Kekangan
dari segi masa, jadual yang padat dan tenaga boleh diatasi dengan
membahagikan tugasan kerja yang sama rata antara setiap guru di
sekolah. Pihak pentadbir perlu bijak membahagikan tugasan kerja, bagi
guru subjek yang perlu melakukan pentaksiran, tugasan kerja yang
berat harus dielakkan untuk memastikan pentaksiran dapat dijalankan
dengan jayanya tanpa sebarang alasan.
Dalam usaha untuk menegakkan dan mempertahankan mutu kualiti
pentaksiran dalam sistem pendidikan di Malaysia, ketelusan dalam
sistem pentaksiran baru ini memerlukan gandingan yang kukuh
kerjasama daripada pelbagai pihak. Bagi memastikan pentaksiran
dilaksanakan dengan betul, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh
(Begum & Farooqui, 2008) dalam kajiannya iaitu;
 penyelia akademik perlu diberi tanggungjawab untuk memantau
 guru besar perlu membuat mesyuarat dan memeriksa rekod
semua guru-guru setiap penggal
 suatu jawatankuasa perlu dibentuk di setiap sekolah untuk
memeriksa rekod tersebut
 ibu bapa perlu menyedari bahawa anak-anak tidak boleh menjadi
mangsa kepada guru, jika disyaki ibu bapa harus membuat aduan
dengan segera kepada guru besar
 guru besar perlu mengaturkan mesyuarat bersama ibu bapa
selepas setiap penggal dan menyelesaikan segala aduan oleh ibu
bapa
 satu elemen bimbingan dan kaunseling boleh diperkenalkan. Ia
akan memberi peluang untuk mengetahui guru-guru yang
mempunyai masalah dalam pelaksanaan sistem baru ini.
Sehubungan itu, guru perlu memahami segala jenis pentaksiran sama
ada pentaksiran tradisional mahu pun pentaksiran alternatif bagi
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang baik kepada pelajar secara
tidak langsung proses pembinaan modal insan yang holistik dapat
diteruskan sejajar dengan saranan kementerian. Jesteru itu, dapat
dirumuskan bahawa pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk
pembelajaran merupakan salah satu pilihan dalam sistem pentaksiran
yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui
kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar
melalui produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Rujukan
Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Retrieved from
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidik
an&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm
Airasian, P. W. (2004). Classroom assessment: concepts and applications (5th ed.):
McGraw-Hill.
Ali, Z. (2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di
Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
Aurbach & Associates, I. (2011). About Alternative Assessment, from
http://www.aurbach.com/alt_assess.html
Bailey, K. M. (1998). Learning about language assessment: dilemmas, decisions, and
directions: Heinle & Heinle Publishers.
Begum, M., & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change the
Education Scenario in Bangladesh? International Edution Studies, 1(2), 45-53.
Companies, M.-H. (2011). Alternative Assessment Primer, from
http://teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessment-primer
Dikli, S. (2003). Assessment at a distance: Traditional vs. Alternative Assessment. The
Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET, 2(3).
Education, N. J. S. D. o. (1999). New Jersey World Languages Curriculum Framework.
Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2 ed. Vol. 371.26).
Skudai: Penerbit UTM Press.
Ghani, T. H. A. b. A. (2008). Membangun Modal Insan. Retrieved from
http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/membangun-modal-insan.html
Khan, A. (2009). Tidak Lagi Bergantung 100% Kepada Peperiksaan-TPM. Retrieved
from http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-lagi-bergantung-100-
kepada.html
Law, B., & Eckes, M. (1995). Assessment and ESL: on the yellow big road to the
Withered of Oz: Peguis Publishers.
Linn, R. L., & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching (9th ed.):
Pearson Prentice Hall.
Logsdon, A. (2011). Alternative Assessment - What Is an Alternative Assessment?, from
http://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_terms_A/g/alternative
_assessment.htm
Noor, N. M., & Sahip, S. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan
Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan
Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai.
Nordin, A. B., & Bakar, B. A. (2008). Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial (Vol.
150.287). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rahman, M. A. B. A., & Ali, Z. B. (2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus
Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah
Kuantan, Pahang. Retrieved from
http://eprints.utm.my/10757/1/PELAKSANAAN_PENTAKSIRAN_KERJA_KU
RSUS_KEMAHIRAN_HIDUP_BERSEPADU_DI_SEKOLAH_MENENGAH_L
UAR_BANDAR_DAERAH_KUANTAN.pdf
Reeves, T. C. (2000). Alternative assessment approaches for online learning
environments in higher education. Journal of Educational Computing Research,
23(1).
Saptu, S., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan
dan Meningkatkan Pembelajaran
Paper presented at the International Conference on Measurements and Evaluation in
Education (ICMEE) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Schlepphege, J. (2010 ). The Portfolio - An Alternative Assessment Method in the
Foreign Language Classroom Available from
http://books.google.com.my/books?id=QeskybO_iqkC&dq=alternative+assessme
nt&source=gbs_navlinks_s
Seng, T. E. (2009). School – based Assessment. The Concept of School based
Assessment. Retrieved from http://www.teo-education.com/teo/?p=455
Wahid, A. H., & Jahya, Z. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan (Vol.
370.9595). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Lampiran
Rajah 1: Perkaitan antara tiga komponen penting dalam proses
pengajaran-pembelajaran
Sumber: (Nordin & Bakar, 2008)
Objektif
Pengalaman-
Pembelajaran
Penilaian
Rajah 2: Penilaian dalam pengajaran
Sumber:(Ghafar, 2011)
Rajah 3: Penilaian dalam proses pengajaran-pembelajran
Sumber: (Nordin & Bakar, 2008)
Jadual 1: Perbezaan antara Pentaksiran Tradisional dan Pentaksiran
Alternatif
Ciri-ciri Pentaksiran Tradisional Ciri-ciri Pentaksiran Alternatif
 Ujian tidak autentik
 Tumpuan utama sumatif, dan
hasilnya tidak selalu digunakan
dalam pengajaran
 Ujian yang autentik
 Pentaksiran termasuk memberi
tumpuan kepada formatif, dan
keputusan secara langsung
Pengajaran-
Pembelajaran
Penilaian Pembetulan
Pengajaran-
Pembelajaran
 Penekanan dibuat kepada
produk
 Diskret-mata ditaksir
 Pelajar diberikan markah
berdasarkan bilangan atau
peratusan yang betul
 Ujian diskor dengan mudah
dan cepat
 Item yang sering digunakan
adalah aneka pilihan, suai
padan, atau betul/salah
 Item ujian pengetahuan pasif
(Pelajar hanya diperlukan
untuk mengenali jawapan yang
betul,bukan untuk
menghasilkannya)
 Pentaksiran ini biasanya dinilai
untuk
kesahan statistik dan
kebolehpercayaan
digunakan dalam pengajaran
 Penekanan dibuat kepada proses
pembelajaran serta produk
 Tugas-tugas pentaksiran ini
melibatkan aplikasi serta
integrasi kandungan
instruksional
 Tugasan seringkali berbentuk
open-ended, menawarkan
pelbagai pilihan dan input, serta
mencapai kemuncak terhadap
prestasi individu atau kumpulan
 Pentaksiran yang holistik
 Pemarkahan memerlukan
penghakiman serta
menggunakan kriteria
pemarkahan (contohnya, rubric)
 Pentaksiran ini sering
memlibatkan tugasan yang
memerlukan pelbagai langkah
dan masa yang panjang untuk
selesai serta berterusan
 Tugas menghendaki pelajar
menunjukkan ilmu pengetahuan
secara aktif melalui penyelesaian
masalah, membuat kesimpulan,
serta lain-lain kemahiran
kognitif yang kompleks termasuk
psikomotor dan juga afektif
 Tugasan adalah berasaskan
situasi atau menggunakan
konteks dunia sebenar
 Pntaksiran ini selalunya belum
dinilai untuk kesahan statistik
atau kebolehpercayaan
Kegunaan Kegunaan
 Untuk mentaksirkan hasil
pembelajaran
 Untuk membolehkan
perbandingan seluruh populasi
 Untuk mentaksir;
 hasil pembelajaran dan
proses
 proses instruksional dan
objektif
 Bagi menggalakkan;
 penglibatan pelajar
 pelajar berhak ke atas
pembelajaran dan
pentaksiran
 kerjasama antara pelajar
dan guru
 Merancang pengajaran yang
berkesan
Format lazim Format lazim
 Respons ujian aneka pilihan
 Ujian diskret-mata
 Portfolio dan jurnal
 Demonstrasi
 Persidangan dan pemerhatian
Sumber: (Education, 1999; Saptu & Said, 2011; Schlepphege, 2010 )
Rajah 4: Profil Pentaksiran
Sumber: (Education, 1999)
•Persidangan
individu
•Perbincangan
kumpulan kecil
•Temu duga
•Interaksi dalam
bilik darjah
•Penglibatan
pelajar
•Ujian yang
standad
•Ujian di akhir
sesuatu unit
pembelajaran
•Guru
melaksanakan
ujian
•Kerja kursus/
Projek
•Lukisan
•Demostrasi
•Video/Tape audio
•Ucapan
•Experiman
•Penulisan laporan
•Perbahasan
Prestasi
Ujian kertas-
pensil
Komunikasi
Personal
Pemerhatian
dan
Pandangan

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)FaFai S.
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
Model tyler dan taba
Model tyler dan tabaModel tyler dan taba
Model tyler dan tabasyahmiamni
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanAinna Gempak II
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratAmir Ibrahim
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 

La actualidad más candente (20)

jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Model tyler dan taba
Model tyler dan tabaModel tyler dan taba
Model tyler dan taba
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 

Destacado

Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVNoor Syazwanni
 
Jenis pentaksiran
Jenis pentaksiranJenis pentaksiran
Jenis pentaksiranAie Sharom
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksirankrys73
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalTharani Kanappan
 
Analisis Isu Luar Bandar : Kg Pelubang, Jitra
Analisis Isu Luar Bandar : Kg Pelubang, JitraAnalisis Isu Luar Bandar : Kg Pelubang, Jitra
Analisis Isu Luar Bandar : Kg Pelubang, JitraAzuan Hafifi
 
RANGKA WILAYAH RKK TG DAWAI - PANTAI MERDEKA
RANGKA WILAYAH RKK TG DAWAI - PANTAI MERDEKARANGKA WILAYAH RKK TG DAWAI - PANTAI MERDEKA
RANGKA WILAYAH RKK TG DAWAI - PANTAI MERDEKAAzuan Hafifi
 
CADANGAN KAJIAN TAPAK TG. DAWAI - P.MERDEKA
CADANGAN KAJIAN TAPAK TG. DAWAI - P.MERDEKACADANGAN KAJIAN TAPAK TG. DAWAI - P.MERDEKA
CADANGAN KAJIAN TAPAK TG. DAWAI - P.MERDEKAAzuan Hafifi
 
Amali instrumen penilaian berasaskan pemerhatian
Amali instrumen penilaian berasaskan pemerhatianAmali instrumen penilaian berasaskan pemerhatian
Amali instrumen penilaian berasaskan pemerhatianAMira LIzza
 
2a Konsep Pentaksiran
2a Konsep Pentaksiran2a Konsep Pentaksiran
2a Konsep PentaksiranNur Hikmah
 
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012Bidin Je
 
Rubrik pemarkahan amali
Rubrik pemarkahan amaliRubrik pemarkahan amali
Rubrik pemarkahan amalifariq
 
Tugasan Matematik Semester 5
Tugasan Matematik Semester 5Tugasan Matematik Semester 5
Tugasan Matematik Semester 5Rafiza Diy
 
contoh penerapan penilaian autentik pada pbm ipa
 contoh penerapan penilaian autentik pada pbm ipa  contoh penerapan penilaian autentik pada pbm ipa
contoh penerapan penilaian autentik pada pbm ipa bbawor aji
 

Destacado (20)

Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 
Alat Pentaksiran
Alat Pentaksiran Alat Pentaksiran
Alat Pentaksiran
 
Modul.pentaksiran
Modul.pentaksiranModul.pentaksiran
Modul.pentaksiran
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
 
3. pentaksiran
3. pentaksiran3. pentaksiran
3. pentaksiran
 
Jenis pentaksiran
Jenis pentaksiranJenis pentaksiran
Jenis pentaksiran
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksiran
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Analisis Isu Luar Bandar : Kg Pelubang, Jitra
Analisis Isu Luar Bandar : Kg Pelubang, JitraAnalisis Isu Luar Bandar : Kg Pelubang, Jitra
Analisis Isu Luar Bandar : Kg Pelubang, Jitra
 
RANGKA WILAYAH RKK TG DAWAI - PANTAI MERDEKA
RANGKA WILAYAH RKK TG DAWAI - PANTAI MERDEKARANGKA WILAYAH RKK TG DAWAI - PANTAI MERDEKA
RANGKA WILAYAH RKK TG DAWAI - PANTAI MERDEKA
 
CADANGAN KAJIAN TAPAK TG. DAWAI - P.MERDEKA
CADANGAN KAJIAN TAPAK TG. DAWAI - P.MERDEKACADANGAN KAJIAN TAPAK TG. DAWAI - P.MERDEKA
CADANGAN KAJIAN TAPAK TG. DAWAI - P.MERDEKA
 
Amali instrumen penilaian berasaskan pemerhatian
Amali instrumen penilaian berasaskan pemerhatianAmali instrumen penilaian berasaskan pemerhatian
Amali instrumen penilaian berasaskan pemerhatian
 
2a Konsep Pentaksiran
2a Konsep Pentaksiran2a Konsep Pentaksiran
2a Konsep Pentaksiran
 
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
 
Rubrik pemarkahan amali
Rubrik pemarkahan amaliRubrik pemarkahan amali
Rubrik pemarkahan amali
 
Tugasan Matematik Semester 5
Tugasan Matematik Semester 5Tugasan Matematik Semester 5
Tugasan Matematik Semester 5
 
Standard Pentaksiran Prasekolah Pahang
Standard Pentaksiran Prasekolah PahangStandard Pentaksiran Prasekolah Pahang
Standard Pentaksiran Prasekolah Pahang
 
contoh penerapan penilaian autentik pada pbm ipa
 contoh penerapan penilaian autentik pada pbm ipa  contoh penerapan penilaian autentik pada pbm ipa
contoh penerapan penilaian autentik pada pbm ipa
 

Similar a Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_malaysia

059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-convertedmmcc10
 
Definisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianDefinisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianABDULFATTAHBINAMIRUP
 
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxDefinisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxKalaiselviVelu1
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrMohamad Tarmizi
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Wana Ariza
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPensil Dan Pemadam
 
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfTopik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfSyahrulRawi
 
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHBMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHAfiqah Nooh
 
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptINT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptipgm4011
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolahJimmy Siow
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolahikhwankmk92
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahFarah Waheeda
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)intansyafika
 

Similar a Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_malaysia (20)

059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
 
Definisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianDefinisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaian
 
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxDefinisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
 
Pentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimenPentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimen
 
Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
 
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfTopik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
 
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHBMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
 
PEMBENTANG 1
PEMBENTANG 1PEMBENTANG 1
PEMBENTANG 1
 
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.pptINT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
INT-1_TOPIK 1-KONSEP ASAS PENTAKSIRAN.ppt
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolah
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 

Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_malaysia

  • 1. Pentaksiran Alternatif: Menuju ke Arah Transformasi Sistem Pentaksiran di Malaysia Noor Azreen Bt Abd Aziz Universiti Tun Hussien Onn Malaysia hb100009@siswa.uthm.edu.my Sulaiman Bin Yamin sulaimn@uthm.edu.my Abstrak Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar secara berterusan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai definisi, penilaian sebagai proses pengajaran-pembelajaran, jenis pentaksiran dalam bilik darjah, perbandingan antara pentaksiran tradisional dengan alternatif, kekangan pelaksanaan pentaksiran alternatif, dan kepelbagaian aktiviti yang membolehkan perlaksanaan pentaksiran alternatif. Perbincangan definisi pentaksiran berfokus kepada fungsi pentaksiran manakala penilaian sebagai proses pengajaran-pembelajaran membincangkan mengenai penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan juga pembelajaran. Terdapat beberapa jenis pentaksiran di dalam bilik darjah yang mempunyai tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran merupakan salah satu komponen penting dalam pengajaran-pembelajaran. Pentaksiran tradisional vs. pentaksiran alternatif membincangkan mengenai keperluan atau kepentingan untuk melakukan transformasi dalam sistem pentaksiran negara. Seterusnya, kekangan pentaksiran alternatif adalah kerana kegagalan pendidik mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekangan ini termasuklah kekangan masa, bebanan kerja, tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Kertas kerja diakhiri dengan kepelbagaian aktiviti pentaksiran alternatif dan cadangan bagi mengatasi kekangan tersebut. Kata kunci: penilaian dalam pengajaran-pembelajaran, pentaksiran alternatif 1. Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang giat membangun ke arah mencapai Wawasan 2020 dan kemajuan dari segala aspek dan komponen pembangunan. Pelbagai usaha yang telah dijalankan bagi memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan kemajuan ini seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini terutama dalam sistem pendidikan negara. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke sembilan (RMK-9) telah menggariskan enam teras strategik bertujuan untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara. Enam teras tersebut ialah membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan juga melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara kreatif dan kritis,
  • 2. berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia global yang sering berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Terdapat beberapa fokus utama dalam membangunkan modal insan yang telah menggariskan pelan tindakan bagi merangka strategi pembaharuan kepada struktur kurikulum pendidikan kebangsaan dan juga kepada sistem pentaksiran kebangsaan. Fokus 2: meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan Fokus 4: memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik serta menggariskan beberapa strategi yang perlu dilaksanakan bagi memantap dan memperkukuhkan pelaksanaan sistem pendidikan negara (Ghani, 2008). Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek “Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi” (Adimin, 2011). (Ghafar, 2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. (Airasian, 2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan ,sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian kertas dan pensil) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005). Justeru itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Penilaian sebagai Proses Pengajaran-Pembelajaran Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mencungkil potensi dan bakat pelajar (Ali, 2008). Proses pengajaran dan pembelajaran tidak lengkap jika penilaian tidak diambil kira. Tiga komponen utama yang terkandung dalam setiap pelajaran (Rajah 1). Komponen pertama ialah objektif di mana kenyataan berkaitan dengan apa yang ingin dicapai oleh guru dan pelajar. Setelah mengetahui apa yang patut dicapai, rancangan pengajaran akan disediakan untuk mewujudkan pengalaman yang sesuai bagi membantu pelajar capai objektif berkenaan bergantung
  • 3. kepada kebolehan, kemahiran dan bakat serta minat pelajar yang pelbagai. Merancang dan menyediakan keadaan yang menimbulkan pengalaman yang sesuai merupakan komponen kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (Wahid & Jahya, 2009) dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Pembangunan Modal Insan menyatakan bahawa timbunan pengalaman terjadi sama ada dialami sendiri, melalui pembacaan, dari suka dan duka sebuah pengembaraan, dari sesuatu sesi perbincangan, dari pelbagai pertemuan intelektual dan yang seumpamanya. Kesemua kaedah penimbunan pengalaman ini merupakan rutin harian setiap pelajar, aktiviti seperti itu bertapak semenjak di peringkat sekolah rendah lagi sehingga ke peringkat tertinggi cuma yang berbeza adalah darjah pemberatan dan tahap keseriusannya. Komponen ketiga ialah menilai pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku pelajar berkait dengan objektif pelajaran. Objektif pengajaran mestilah membolehkan pelajar memperoleh ilmu dan kemahiran serta mampu mempamerkan perubahan tingkah laku seperti yang dikehendaki oleh guru. Penilaian sangat penting dalam proses pengajaran. Guru perlu membuat pelbagai pertimbangan semasa pengajaran sesuatu topik berdasarkan persoalan yang timbul sebelum, semasa, atau selepas pengajaran. (Ghafar, 2011) menunjukkan aliran penilaian dalam pengajaran. Bermula dengan objektif pengajran, diikuti dengan proses pengajaran yang sesuai sehingga ke penilaian hasil. Terdapat beberapa jenis penilaian yang terlibat di dalam proses pengajaran ini (Rajah 2) Dahulunya, penilaian dianggap hanyalah penentu pencapaian pelajar pada akhir satu sesi pembelajaran. Tetapi kini penilaian merangkumi aktiviti mendapat informasi dan membuat perbandingan semasa pembelajaran dan pengajaran itu berlangsung. Sistem penilaian kini memberi penekanan kepada penilaian berterusan yang bertujuan membantu pembelajaran pelajar. Di samping menjalankan penilaian berterusan, informasi itu perlu direkodkan oleh guru bagi melihat kemajuan pelajar dan pelajar yang masih belum menguasai topik atau satu unit akan diberikan pengajaran pemulihan. Dengan cara ini, penilaian dapat digunakan dengan lebih efektif. Penilaian untuk pembelajaran adalah bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran. Ia adalah proses mencari dan mentafsir bukti untuk digunakan oleh guru dan pelajar untuk membuat keputusan dalam pembelajaran pelajar (Dikli, 2003). Pada masa yang sama, penilaian juga boleh bertindak sebagai alat pengukur untuk menunjukkan kecekapan dan keberkesanan guru. Di peringkat bilik darjah, penilaian boleh dijadikan sebagai alat mengajar yang baik dan keputusan pelajar boleh memaklumkan pelbagai keputusan pengajaran.
  • 4. (Nordin & Bakar, 2008) menunjukkan tiga langkah penting yang mesti dipatuhi oleh guru semasa membuat penilaian pembelajaran (Rajah 3). Yang pertama ialah jawapan yang diberikan oleh pelajar hendaklah diperiksa dengan betul atau salah sahaja. Oleh itu, markah, gred serta peratus tidak sesuai digunakan. Langkah kedua ialah jawapan-jawapan yang telah diperiksa akan dikembalikan kepada pelajar supaya pelajar dapat melihat sendiri hasil pembelajaran yang telah dikuasai mahupun belum dikuasainya. Langkah yang terakhir pula ialah semasa kertas dipulangkan, guru dengan serta-merta menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pengukuhan. Dengan melalui ketiga-tiga langkah ini, secara tidak langsung penilaian telah menjadi sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2.1 Pentaksiran dalam Bilik Darjah Terdapat empat jenis pentaksiran iaitu pentaksiran penempatan, pentaksiran formatif, pentaksiran diagnostik dan juga pentaksiran sumatif. Setiap pentaksiran antara keempat-empatnya mempunyai tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran penempatan bertujuan mengukur tingkah laku untuk kemasukan, pentaksiran formatif untuk memantau kemajuan pembelajaran. Pentaksiran diagnostik dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah pembelajaran manakala pentaksiran sumatif pula untuk mengukur pencapaian di akhir sesuatu topik atau unit. 3.0 Pentaksiran Alternatif (Saptu & Said, 2011) menyatakan bahawa definisi pentaksiran autentik, pentaksiran alternatif, pentaksiran secara terus, pentaksiran prestasi dan pentaksiran portfolio, kesemuanya merujuk kepada alternatif ke arah kepelbagaian ujian pencapaian yang standard. Menurut (Logsdon, 2011), pentaksiran alternatif mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan pelajar. Satu pentaksiran yang silih berganti boleh mengurangkan kesan ketidakupayaan pelajar kepada keupayaan untuk menunjukkan apa yang pelajar fahami. Pentaksiran alternatif juga merupakan penggunaan pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach & Associates, 2011). Pentaksiran alternatif secara umumnya ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensil-kertas. Pentaksiran alternatif menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya (Companies, 2011).
  • 5. Jesteru itu, pentaksiran alternatif adalah pentaksiran di mana pelajar menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh berbentuk esei atau lukisan, yang bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan, seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran alternatif termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran alternatif ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui pilihan pelajar sendiri. Pentaksiran alternatif merupakan semua aktiviti pentaksiran yang dijalankan selain daripada aktiviti pentaksiran tradisional yang menekankan konsep pensil-kertas untuk menguji dan mngukur. Maka, pentaksiran alternatif boleh dirujuk sebagai pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran. Walaubagaimanapun, pentaksiran tradisional sudah berabad lama digunakan dalam sistem pentaksiran diserata dunia. Analisis perbezaan antara pentaksiran tradisional dengan pentaksiran alternatif sentiasa dikemukakan. Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua pentaksiran ini dari aspek ciri-ciri, kegunaan dan format lazim (Jadual 1). 3.1 Pentaksiran Tradisional vs. Pentaksiran Alternatif Kementerian berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar, guru dan sekolah dari segala aspek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan Malaysia di arena antarabangsa dan secara tidak langsung akan dapat menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan negara dan individu tersebut. Beberapa usaha telah dijalankan bagi memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan sistem pendidikan negara. Pentaksiran alternatif merupakan salah satu kaedah yang mana dilihat mampu memberikan satu bentuk pentaksiran menyeluruh potensi pelajar dengan penekanan diberikan pada aspek penting iaitu potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Menurut (Bailey, 1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung, tidak autentik, one-shot, speed-based, dan rujukan norma. (Law & Eckes, 1995) menggariskan isu yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian-peristiwa tunggal (single- occasion tests) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian. (Bailey, 1998) juga menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakan
  • 6. kepada pelajar dalam pentaksiran ini. (Law & Eckes, 1995) menunjukkan kebanyakan ujian yang seragam mentaksir hanya kemahiran berfikir pelajar yang rendah. (Dikli, 2003) menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian (Begum & Farooqui, 2008). Pentaksiran alternatif mula digunakan sebagai satu kaedah yang baru dalam sistem pendidikan disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat yang mana sebelum ini dipengaruhi oleh ujian berdasarkan kurikulum dan pengajaran sahaja (Dikli, 2003). Selain itu, alat pentaksiran tradisional hanya memerlukan pelajar untuk memaparkan pengetahuan mereka dengan cara yang telah ditentukan terlebih dahulu. Sebaliknya pentaksiran alternatif, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Jenis alat pentaksiran ini memberi tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila-bila masa yang berbeza dan keadaan yang berbeza. Sejak pentaksiran alternatif dibangunkan dalam konteks dan dari semasa ke semasa, guru mempunyai peluang untuk mengukur kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelbagai bidang dan situasi (Law & Eckes, 1995). Pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan. Guru juga dapat menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. (Reeves, 2000) mempercayai bahawa penekanan kepada penilaian prestasi dapat memberi keupayaan kepada pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Pentaksiran yang bersifat alternatif adalah seperti pentaksiran kerja kursus/portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan. Melalui pentaksiran ini bukan sahaja dapat menilai kemajuan pelajar, malahan proses pembinaan modal insan yang holistik dapat juga diteruskan sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Khan, 2009). Menurut daripada kajian terdahulu, pentaksiran tradisional seolah-olah tidak mempunyai ciri-ciri yang positif pada semuanya. Walau bagaimanapun, ini tidak benar. Pentaksiran tradisional juga mempunyai kelebihan seperti mana terdapat kelemahan pada pentaksiran alternatif.
  • 7. Sebagai permulaan, strategi pentaksiran tradisional yang lebih objektif, boleh dipercayai dan juga sah. Ini dapat dilihat daripada ujian sumatif yang seragam dan mempunyai standard yang tertentu. Sebaliknya, pentaksiran alternatif, membawa beberapa kebimbangan dari segi subjektiviti, kebolehpercayaan dan kesahihannya dalam sistem pendidikan. Selain itu, pentaksiran alternatif boleh membebankan guru dari segi masa dan juga tenaga (Law & Eckes, 1995). Sebagai contoh, kepelbagaian produk dalam portfolio, yang dilihat sebagai salah satu kekuatan yang paling penting, boleh membawa masalah kepada guru dalam segi praktikal (Bailey, 1998). Guru mungkin sukar untuk menskor dan memerlukan masa yang panjang untuk menilai prestasi pelajar, tidak seperti ujian aneka pilihan, yang praktikal untuk diskor. 4. Kekangan Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Pelaksanaan pentaksiran alternatif diperingkat sekolah dan dalam bilik darjah agak sukar untuk dilaksanakan. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh (Rahman & Ali, 2008) mendapati terdapat beberapa faktor permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan pentaksiran kerja kursus/protfolio yang mana sebahagian daripada pentaksiran alternatif atau dikenali sebagai pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Faktor guru adalah yang paling penting dalam melaksanakan pentaksiran alternatif. Dapatan kajian tersebut menunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang sederhana tinggi dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak mempunyai masa mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar serta mengganggap proses melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain. Begitu juga kajian (Noor & Sahip, 2010) yang menunjukkan bahawa jadual waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untuk melaksanakan pentaksiran tersebut. Kajian oleh (Begum & Farooqui, 2008) pula menyatakan bahawa guru sangat optimis mengenai perubahan sistem pentaksiran. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun kerajaan telah melaksanakan sistem pentaksiran baru, kebanyakan guru-guru tidak mendapat latihan yang secukupnya untuk melaksanakan projek tersebut. Guru yang tidak terlatih akan mempunyai kefahaman yang sedikit seterusnya akan menyebabkan markah tidak dapat diagihkan dengan berkesan akibat ketidakmampuan guru tersebut. Jika pentaksiran alternatif ini dilaksanakan tanpa menyediakan latihan kepada guru-guru yang mencukupi, jurang yang besar akan wujud antara strategi yang digubal oleh kerajaan dengan realiti sebenar dalam bilik darjah. Dalam artikel (Seng, 2009) yang bertajuk School-based Assessment: The Concept of School based Assessment menyatakan bahawa terdapat perbezaan persepsi mengenai makna pentaksiran berasaskan sekolah di antara ibu bapa, stakeholder, pelajar-pelajar mahu pun guru-guru. Hal ini adalah
  • 8. kerana masyarakat di Malaysia sudah lazim dengan pentaksiran tradisional sejak zaman merdeka lagi. Sehubungan daripada kekangan yang membataskan pelaksanaan pentaksiran alternatif, pelbagai aktiviti pentaksiran ini dikemukakan supaya guru dapat memilih dan menggunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran dalam mengaitkan sukatan pelajaran kurikulum dan aktiviti pentaksiran alternatif yang ingin dijalankan bagi mematuhi prinsip asas pentaksiran alternatif (Saptu & Said, 2011). 5. Kepelbagaian Aktiviti yang Membolehkan Perlaksanaan Pentaksiran Alternatif Gambaran yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diberikan dengan menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah. Profil pentaksiran dalam bilik darjah yang berlainan (Rajah 4).  Pentaksiran prestasi: Pelajar dikehendaki untuk mencipta sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang menunjukkan penguasaan dalam kemahiran atau kefahaman tentang proses atau konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi "autentik" kerana distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah atau situasi sebenar.  Pemerhatian guru: Guru memerhatikan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai tugas atau aktiviti dengan menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya, untuk merekodkan prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu.  Persidangan: Guru dan dialog pelajar, menilai kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau lebih matlamat yang tertentu.  Pentaksiran sendiri: Pelajar memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan kriteria taksiran yang dibangunkan oleh guru atau pelajar.  Pentaksiran rakan sebaya: Pelajar menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan oleh guru atau pelajar-pelajar.  Pentaksiran kerja kursus/portfolio: Kerja pelajar direkodkan dalam koleksi bahan-bahan yang dipersetujui oleh pelajar atau guru, menjangkaui tempoh masa, yang menggambarkan proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan pencapaian dalam cara yang teratur dan sistematik. 6. Kesimpulan Pentaksiran alternatif merupakan pentaksiran autentik atau pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran. Berdasarkan kajian- kajian yang telah dibuat, jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan pentaksiran alternatif dapat dijalankan dengan baik, konsisten dan
  • 9. berterusan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perlu dilatih dengan menghadiri kursus, seminar atau mesyuarat berkaitan bagi mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran. Guru juga perlu dilatih supaya menjalankan tugas secara profesional, telus, adil dan tidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Kekangan dari segi masa, jadual yang padat dan tenaga boleh diatasi dengan membahagikan tugasan kerja yang sama rata antara setiap guru di sekolah. Pihak pentadbir perlu bijak membahagikan tugasan kerja, bagi guru subjek yang perlu melakukan pentaksiran, tugasan kerja yang berat harus dielakkan untuk memastikan pentaksiran dapat dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang alasan. Dalam usaha untuk menegakkan dan mempertahankan mutu kualiti pentaksiran dalam sistem pendidikan di Malaysia, ketelusan dalam sistem pentaksiran baru ini memerlukan gandingan yang kukuh kerjasama daripada pelbagai pihak. Bagi memastikan pentaksiran dilaksanakan dengan betul, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh (Begum & Farooqui, 2008) dalam kajiannya iaitu;  penyelia akademik perlu diberi tanggungjawab untuk memantau  guru besar perlu membuat mesyuarat dan memeriksa rekod semua guru-guru setiap penggal  suatu jawatankuasa perlu dibentuk di setiap sekolah untuk memeriksa rekod tersebut  ibu bapa perlu menyedari bahawa anak-anak tidak boleh menjadi mangsa kepada guru, jika disyaki ibu bapa harus membuat aduan dengan segera kepada guru besar  guru besar perlu mengaturkan mesyuarat bersama ibu bapa selepas setiap penggal dan menyelesaikan segala aduan oleh ibu bapa  satu elemen bimbingan dan kaunseling boleh diperkenalkan. Ia akan memberi peluang untuk mengetahui guru-guru yang mempunyai masalah dalam pelaksanaan sistem baru ini. Sehubungan itu, guru perlu memahami segala jenis pentaksiran sama ada pentaksiran tradisional mahu pun pentaksiran alternatif bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang baik kepada pelajar secara tidak langsung proses pembinaan modal insan yang holistik dapat diteruskan sejajar dengan saranan kementerian. Jesteru itu, dapat dirumuskan bahawa pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran merupakan salah satu pilihan dalam sistem pentaksiran yang dapat memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui kepelbagaian aktiviti serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar melalui produk yang dihasilkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
  • 10. Rujukan Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Retrieved from http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidik an&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm Airasian, P. W. (2004). Classroom assessment: concepts and applications (5th ed.): McGraw-Hill. Ali, Z. (2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Aurbach & Associates, I. (2011). About Alternative Assessment, from http://www.aurbach.com/alt_assess.html Bailey, K. M. (1998). Learning about language assessment: dilemmas, decisions, and directions: Heinle & Heinle Publishers. Begum, M., & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change the Education Scenario in Bangladesh? International Edution Studies, 1(2), 45-53. Companies, M.-H. (2011). Alternative Assessment Primer, from http://teachingtoday.glencoe.com/howtoarticles/alternative-assessment-primer Dikli, S. (2003). Assessment at a distance: Traditional vs. Alternative Assessment. The Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET, 2(3). Education, N. J. S. D. o. (1999). New Jersey World Languages Curriculum Framework. Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2 ed. Vol. 371.26). Skudai: Penerbit UTM Press. Ghani, T. H. A. b. A. (2008). Membangun Modal Insan. Retrieved from http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/membangun-modal-insan.html Khan, A. (2009). Tidak Lagi Bergantung 100% Kepada Peperiksaan-TPM. Retrieved from http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/tidak-lagi-bergantung-100- kepada.html Law, B., & Eckes, M. (1995). Assessment and ESL: on the yellow big road to the Withered of Oz: Peguis Publishers. Linn, R. L., & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching (9th ed.): Pearson Prentice Hall. Logsdon, A. (2011). Alternative Assessment - What Is an Alternative Assessment?, from http://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_terms_A/g/alternative _assessment.htm
  • 11. Noor, N. M., & Sahip, S. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai. Nordin, A. B., & Bakar, B. A. (2008). Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial (Vol. 150.287). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rahman, M. A. B. A., & Ali, Z. B. (2008). Perlaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Retrieved from http://eprints.utm.my/10757/1/PELAKSANAAN_PENTAKSIRAN_KERJA_KU RSUS_KEMAHIRAN_HIDUP_BERSEPADU_DI_SEKOLAH_MENENGAH_L UAR_BANDAR_DAERAH_KUANTAN.pdf Reeves, T. C. (2000). Alternative assessment approaches for online learning environments in higher education. Journal of Educational Computing Research, 23(1). Saptu, S., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan dan Meningkatkan Pembelajaran Paper presented at the International Conference on Measurements and Evaluation in Education (ICMEE) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Schlepphege, J. (2010 ). The Portfolio - An Alternative Assessment Method in the Foreign Language Classroom Available from http://books.google.com.my/books?id=QeskybO_iqkC&dq=alternative+assessme nt&source=gbs_navlinks_s Seng, T. E. (2009). School – based Assessment. The Concept of School based Assessment. Retrieved from http://www.teo-education.com/teo/?p=455 Wahid, A. H., & Jahya, Z. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan (Vol. 370.9595). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Lampiran Rajah 1: Perkaitan antara tiga komponen penting dalam proses pengajaran-pembelajaran Sumber: (Nordin & Bakar, 2008) Objektif Pengalaman- Pembelajaran Penilaian
  • 12. Rajah 2: Penilaian dalam pengajaran Sumber:(Ghafar, 2011) Rajah 3: Penilaian dalam proses pengajaran-pembelajran Sumber: (Nordin & Bakar, 2008) Jadual 1: Perbezaan antara Pentaksiran Tradisional dan Pentaksiran Alternatif Ciri-ciri Pentaksiran Tradisional Ciri-ciri Pentaksiran Alternatif  Ujian tidak autentik  Tumpuan utama sumatif, dan hasilnya tidak selalu digunakan dalam pengajaran  Ujian yang autentik  Pentaksiran termasuk memberi tumpuan kepada formatif, dan keputusan secara langsung Pengajaran- Pembelajaran Penilaian Pembetulan Pengajaran- Pembelajaran
  • 13.  Penekanan dibuat kepada produk  Diskret-mata ditaksir  Pelajar diberikan markah berdasarkan bilangan atau peratusan yang betul  Ujian diskor dengan mudah dan cepat  Item yang sering digunakan adalah aneka pilihan, suai padan, atau betul/salah  Item ujian pengetahuan pasif (Pelajar hanya diperlukan untuk mengenali jawapan yang betul,bukan untuk menghasilkannya)  Pentaksiran ini biasanya dinilai untuk kesahan statistik dan kebolehpercayaan digunakan dalam pengajaran  Penekanan dibuat kepada proses pembelajaran serta produk  Tugas-tugas pentaksiran ini melibatkan aplikasi serta integrasi kandungan instruksional  Tugasan seringkali berbentuk open-ended, menawarkan pelbagai pilihan dan input, serta mencapai kemuncak terhadap prestasi individu atau kumpulan  Pentaksiran yang holistik  Pemarkahan memerlukan penghakiman serta menggunakan kriteria pemarkahan (contohnya, rubric)  Pentaksiran ini sering memlibatkan tugasan yang memerlukan pelbagai langkah dan masa yang panjang untuk selesai serta berterusan  Tugas menghendaki pelajar menunjukkan ilmu pengetahuan secara aktif melalui penyelesaian masalah, membuat kesimpulan, serta lain-lain kemahiran kognitif yang kompleks termasuk psikomotor dan juga afektif  Tugasan adalah berasaskan situasi atau menggunakan konteks dunia sebenar  Pntaksiran ini selalunya belum dinilai untuk kesahan statistik atau kebolehpercayaan Kegunaan Kegunaan  Untuk mentaksirkan hasil pembelajaran  Untuk membolehkan perbandingan seluruh populasi  Untuk mentaksir;  hasil pembelajaran dan proses  proses instruksional dan objektif  Bagi menggalakkan;  penglibatan pelajar  pelajar berhak ke atas pembelajaran dan pentaksiran  kerjasama antara pelajar dan guru
  • 14.  Merancang pengajaran yang berkesan Format lazim Format lazim  Respons ujian aneka pilihan  Ujian diskret-mata  Portfolio dan jurnal  Demonstrasi  Persidangan dan pemerhatian Sumber: (Education, 1999; Saptu & Said, 2011; Schlepphege, 2010 ) Rajah 4: Profil Pentaksiran Sumber: (Education, 1999) •Persidangan individu •Perbincangan kumpulan kecil •Temu duga •Interaksi dalam bilik darjah •Penglibatan pelajar •Ujian yang standad •Ujian di akhir sesuatu unit pembelajaran •Guru melaksanakan ujian •Kerja kursus/ Projek •Lukisan •Demostrasi •Video/Tape audio •Ucapan •Experiman •Penulisan laporan •Perbahasan Prestasi Ujian kertas- pensil Komunikasi Personal Pemerhatian dan Pandangan