SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 20
TUGASAN 1
(LAPORAN PENTAKSIRAN)
1.0 PENGENALAN
Hidup ibarat layang-layang terputus tali apabila tidak disertakan dengan matlamat
hidup yang jelas. Jika hidup menjadi lebih bermakna dengan adanya matlamat, begitu juga
dengan pencapaian murid-murid yang perlu diukur menerusi proses pentaksiran untuk
mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan kebolehan murid dalam bidang akademik yang
dipelajari.
Dalam skop tugasan ini, subjek matematik menjadi fokus utama di mana item-item
yang dibina untuk proses pengujian bagi subjek ini dikaji daripada beberapa aspek. Sebagai
contoh, analisis item yang dilaksanakan merangkumi pencarian indeks kesukaran dan
indeks diskriminasi bagi menilai sejauhmana item-item yang dibina mampu menguji murid-
murid dengan apa yang sepatutnya diuji kerana kaedah ini sangat sesuai dalam
menganalisis item berbentuk objektif.
Indeks kesukaran merupakan salah satu cara untuk menilai aras kesukaran item-
item yang dibina untuk sesuatu proses pengujian. Julat bagi indeks kesukaran bermula dari
0.00 hingga 1.00 di mana semakin tinggi nilainya, semakin mudah item tersebut. Begitu juga
sebaliknya jika nilai indeks kesukaran semakin rendah yakni menghampiri 0.00, item
tersebut dikelaskan sebagai item yang sukar.
Indeks Kesukaran
(p)
Pentafsiran Item Keputusan
p < 0.3 Terlalu sukar Ubah suai item
0.3 ≤ p ≤ 0.8 Sederhana
Item sesuai dan boleh
diterima
p > 0.8 Terlalu mudah Ubah suai item
Jadual 1.0 Tafsiran Indeks Kesukaran
Manakala, indeks diskriminasi pula adalah cara yang digunakan untuk menilai
keupayaan item dalam membezakan murid-murid yang berkeupayaan tinggi dengan murid-
murid yang lemah. Melalui proses pengiraan indeks diskriminasi ini, jumlah keseluruhan
calon akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu 25% kumpulan pertama ialah calon yang
memiliki pencapaian tertinggi, 50% kumpulan kedua ialah calon yang terdiri daripada
berpencapaian tertinggi dan terendah, dan 25% kumpulan ketiga ialah calon yang
berpencapaian terendah. Berdasarkan tiga kumpulan yang dibahagikan ini, kumpulan yang
berpencapaian tertinggi dan kumpulan berpencapaian terendah akan digunakan untuk
mengira indeks diskriminasi untuk setiap item.
Jadual 2.0 Tafsiran Indeks Diskriminasi
Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa analisis item yang merangkumi analisis
indeks kesukaran dan indeks diskriminasi akan mempengaruhi nilai sesuatu item yang
dibina sama ada baik ataupun sebaliknya. Untuk perbincangan dengan lebih lanjut
mengenai analisis item yang melibatkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi akan
dapat diketahui melalui bahagian yang seterusnya dalam tugasan ini.
Indeks Diskriminasi
(D)
Pentafsiran Item Keputusan
D > 0.4
Diskriminasi positif
yang tinggi
Item amat sesuai
diterima
0.2 ≤ D ≤ 0.4
Diskriminasi positif
yang sederhana
Item perlu diubah suai
0 ≤ D < 0.2
Diskriminasi positif
yang rendah
Tulis semula item
D < 0 Diskriminasi negatif
Item buruk dan perlu
dibuang
2.0 ANALISIS PENCAPAIAN MURID
Bahagian ini akan menjelaskan bagaimana analisis pencapaian murid dilaksanakan
dengan meneliti beberapa aspek seperti jumlah calon yang menjawab betul bagi setiap item,
mencari indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Berdasarkan data yang dipilih, analisis
pencapaian murid dapat dilihat melalui jadual berikut :
BIL
NAMA SOALAN / ITEM
MARKAHNO. ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
JAWAPAN B A B C C D A B B C
1 RAFIZA BINTIDARUS B A B C C D A B B C 10
2
HAJAJHAMBALI BIN MOHD
WIRA
B A B C C D A B B C 10
3 AZNIZAN BINTIAZIZ B A B C C D B B B C 9
4
MUHAMMAD FAHTUL
ZARIFFBIN ROSLI
B A B C C D C D D A 6
5
SHAHRUL FAISALBIN
MOHAMED SHARI
B A B C C D D D A B 6
6
KHAIRUNNISA BT
BOLHASSAN
A A B C C D A A A A 6
7
NURUL AMIRAHBINTI
ZULKEPELI
B A C D A A B B B C 5
8
LORSHINIA/P
GUNENTHIRAN
A A C C D D A B A B 5
9 NORAMIRA BINTITAYABU B A B B C B C B C D 5
10
RAJA MAKSUM BIN RAJA
ALI
C A D C D D A C C D 4
11 HASSAN BIN ABDUL HAMID C A D C D D A C C D 4
12
MOHAMAD ZAIRIBIN
AHMAD SABRI
B A C D A A D A B C 4
13 RIZAL BIN AMAN B A C A A A B B A B 3
14 AGNESYAM SOKE EE A A C C D D B C A B 3
15 LEE JIE YEE B A C A A A B B A B 3
16
MOHAMAD AIZATUL
ARIFFIN
D A A B C D D D A B 3
17 NG XUE JING D A A B C D C C D D 3
18 SWA MING JIAN D A A B C D C C D D 3
19
MAZLINDA AMIRA BINTI
MOHAMAD
A A C D D A B C B C 3
20 MONA ANAKPENGABANG A A A B C A A A C D 3
21 NOREZATUL AZHANAFIZA
BINTIAHMAD
C A D D A C D D B C 3
22 REYMOND A/L BAH AYOH A A B A B C C A A A 2
23
SITI AINIZAHBINTI
SAMSURI
D A C C D C D D A B 2
24 ZAINALBIN HAZMI C A D B C B B C C D 2
25 HILMI SYUKRAN BIN MOHD A A B A B C C A A A 2
26
MAITHASA SYUHADA BINTI
ADNAN
D A C C D C D D A B 2
27 MARDHIAH ANI
SYAHINDAHBT MARZUKI
C A D B C B B C C D 2
28 SHEREEN FARZAANA BT
MOHAMAD HANIFAH
C A D A B C A C C D 2
29 MARASILINDA BINTIOMAR A A B B B C C D C D 2
30
MUHAMAD FAIZBIN MD
NAYAN
A A C C D A B C A A 2
31
ROSMAN BIN MUHAMAD
AMIN
D A D A B C C C A A 1
32 AMIRUL IZZATBIN ALIAS C A A A B C D C C D 1
33 LEE JINGWEN D A D A B C C C A A 1
34
MOHD AZRIBIN
KAMARUDIN
C A D D A B C C D D 1
35 NG CHAI WEI C A D A B C B C C D 1
36 ONG YEE KINGFANLY C A D D A B C D D A 1
37 SYAZA KHALISB SUPHI A A C D D A B C C D 1
38 WONG CHUAN ENG C A D D A B C C D D 1
39 JULIANAHBINTI AHMAD C A D A B C C D D A 1
40
NOORHANNISA BINTI
MOHD HALIMI
C A C D D C D C A B 1
JUMLAH CALON JAWABA 10 40 5 10 8 8 8 5 15 9
JUMLAH CALON JAWABB 10 0 10 8 9 6 11 8 7 9
JUMLAH CALON JAWABC 13 0 12 13 13 13 13 18 11 7
JUMLAH CALON JAWABD 7 0 13 9 10 13 8 9 7 15
JUMLAH CALON JAWAB
BETUL 10 40 10 13 13 13 8 8 7 7
JUMLAH CALON JAWAB
SALAH 30 0 30 27 27 27 32 32 33 33
JUMLAH CALON 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40
INDEKSKESUKARAN 0.25 1.00 0.25 0.33 0.33 0.33 0.20 0.20 0.18 0.18
INDEKSDISKRIMINASI 0.70 0.00 0.70 0.80 0.70 0.80 0.50 0.60 0.40 0.40
Jadual 3.0 Analisis Pencapaian Murid
3.0 ANALISIS ITEM-ITEM UJIAN
3.1 Indeks Kesukaran
Formula untuk mengira indeks kesukaran adalah seperti berikut :
3.1.1 Pengiraan Indeks Kesukaran Item 2
3.1.2 Pengiraan Indeks Kesukaran Item 8
3.1.3 Pengiraan Indeks Kesukaran Item 10
Indeks Kesukaran (p) = Bilangan calon yang menjawab betul
Jumlah calon yang menjawab
Bilangan calon yang menjawab betul = 40
Jumlah calon yang menjawab = 40
Nilai p = 40
40
= 1.00
Bilangan calon yang menjawab betul = 8
Jumlah calon yang menjawab = 40
Nilai p = 8
40
= 0.20
Bilangan calon yang menjawab betul = 7
Jumlah calon yang menjawab = 40
Nilai p = 7
40
= 0.18
BT = 10, BR = 10
U + L = 10+10 = 20
Nilai D = 10 – 10
½ (20)
= 0.00
BT = 6, BR = 0
U + L = 10+10 = 20
Nilai D = 6 – 0
½ (20)
= 0.60
BT = 4, BR = 0
U + L = 10+10 = 20
Nilai D = 4 – 0
½ (20)
= 0.40
3.2 Indeks Diskriminasi
Formula untuk mengira indeks diskriminasi adalah seperti berikut :
Petunjuk :
D = Nilai indeks diskriminasi
BT = Bilangan calon kumpulan pencapaian tinggi yang menjawab betul
BR = Bilangan calon kumpulan pencapaian rendah yang menjawab betul
J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan pencapaian tinggi dan rendah
3.2.1 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 2
3.2.2 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 8
3.2.3 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 10
Indeks Diskriminasi (D) = BT - BR
½ J
3.3 Pernyataan Inferens
Saranan Jawapan
No.
Item
Indeks
Kesukaran
(IK)
Indeks
Diskriminasi
(ID)
A B C D Inferens
2 1.00 0.00 40* 0 0 0
1. Nilai IK bagi item 2 adalah 1.00 yang
menunjukkan item ini berada dalam aras
kesukaran yang terlalu mudah.
2. Nilai ID adalah 0.00 menunjukkan item
ini tidak sesuai digunakan kerana item
ini tidak boleh mendiskriminasikan
antara murid pandai dan murid lemah.
3. Item 2 ini juga tidak mempunyai
pengganggu yang baik berdasarkan
saranan jawapan B, C dan D yang tiada
langsung calon yang memilihnya.
4. Oleh itu, item 2 ini perlu dibuang dan
digantikan dengan item yang
mempunyai nilai IK yang sederhana dan
nilai ID yang lebih tinggi agar proses
pengujian yang dilaksanakan dapat
mengukur apa yang sepatutnya perlu
diukur daripada seseorang calon selain
mengubah suai penganggu supaya
menjadi lebih baik.
8 0.20 0.60 5 8* 18 9
1. Nilai IK bagi item 8 adalah 0.20 yang
menunjukkan item ini berada dalam aras
kesukaran yang terlalu sukar di mana
hanya 8 orang calon berjaya menjawab
dengan betul.
2. Nilai ID adalah 0.60 menunjukkan item
ini adalah item yang sangat baik kerana
ia mampu mendiskriminasikan pelajar
pandai yang mampu menjawab dengan
betul dan pelajar lemah yang tidak
mampu menjawabnya.
3. Selain itu, saranan jawapan C ialah
pengganggu yang terbaik bagi item ini
kerana ia berjaya mengelirukan calon
untuk mendapatkan jawapan yang betul
berdasarkan jumlah calon yang begitu
ramai memilih jawapan ini iaitu seramai
18 orang calon.
4. Manakala, saranan jawapan A ialah
pengganggu yang kurang baik
memandangkan tiada seorang pun calon
daripada kumpulan berpencapaian
rendah memilih saranan jawapan ini.
5. Kesimpulannya, item 8 ini tidak perlu
diubah suai dan boleh diterima serta
disimpan dalam bank item.
10 0.18 0.40 9 9 7* 15
1. Nilai IK bagi item 10 pula adalah 0.18
yang menunjukkan item ini berada
dalam aras kesukaran yang terlalu sukar
di mana hanya 7 orang calon yang
berjaya menjawab dengan betul
daripada 40 orang calon kesemuanya.
2. Nilai ID pula adalah 0.40 yang
menunjukkan item ini berada pada tahap
diskriminasi positif yang sederhana di
mana ia mampu mendiskriminasikan
antara kumpulan pandai yang jawab
betul dengan kumpulan bawah yang
menjawab salah.
3. Dari segi pengganggu terbaik, saranan
jawapan D merupakan saranan jawapan
yang paling banyak dipilih oleh calon
iaitu seramai 15 orang berbanding
saranan jawapan yang lain. Hal ini
Jadual 4.0 Pernyataan Inferens
menunjukkan item ini berjaya
mengelirukan calon dengan
menghadirkan pengganggu yang benar-
benar dapat membezakan keupayaan
murid yang betul-betul pandai dan
sebaliknya.
4. Saranan jawapan A dan B juga dapat
dinyatakan sebagai pengganggu yang
baik berdasarkan keupayaan saranan
jawapan ini dalam mengelirukan calon-
calon daripada kumpulan berpencapaian
rendah untuk memilih jawapan ini
sebagai jawapan muktamad mereka.
5. Kesimpulannya, item ini sesuai diterima
dan disimpan dalam bank soalan.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan analisis data yang dilaksanakan yakni melibatkan
seramai 40 orang murid dan 10 item yang dikaji, dapat dirumuskan bahawa penyediaan item
soalan ini adalah tidak menepati peratus pembahagian aras kesukaran bagi setiap aras di
mana 25% daripada 10 item yang dibina perlulah terdiri daripada item yang mempunyai aras
kesukaran yang mudah, 50% item yang terdiri daripada aras kesukaran yang sederhana dan
25% lagi adalah item yang sukar. Berdasarkan analisis indeks kesukaran yang diperoleh,
didapati hanya 10% adalah item aras mudah, 30% aras sederhana dan 60% lagi terdiri
daripada item yang sukar.
Pembahagian bilangan item mengikut aras kesukaran bagi proses pengujian ini
dilihat tidak relevan memandangkan bilangan item yang terdiri daripada aras sukar melebihi
separuh daripada jumlah keseluruhan item. Tambahan pula, dalam proses penyediaan item
ujian ini perlu mengambil kira kemampuan murid-murid yang terdiri daripada tiga kumpulan
yang berbeza tahap keupayaan iaitu murid yang berpencapaian tinggi, murid berpencapaian
sederhana dan murid lemah. Oleh sebab itu, pengubahsuaian item-item yang tidak
memenuhi spesifikasi indeks kesukaran dan indeks diskriminasi perlu dilakukan agar dapat
menghasilkan suatu proses pengujian yang adil dan saksama bagi semua pelajar.
Berdasarkan analisis data yang dilakukan untuk mencari indeks diskriminasi pula
didapati secara keseluruhannya berada pada nilai diskriminasi positif tinggi iaitu sebanyak 7
item, 2 item pada nilai diskriminasi positif sederhana, dan hanya 1 item mempunyai nilai
diskriminasi positif rendah iaitu 0.00 yang menunjukkan item ini tidak dapat membezakan
antara murid yang bijak dengan murid yang lemah. Oleh sebab itu, tindakan yang
seharusnya diambil adalah dengan cara menukar item yang mempunyai nilai indeks
diskriminasi 0.00 ini dengan item yang lebih baik agar item yang digunakan dapat betul-betul
membezakan antara murid pandai dengan murid lemah di mana murid pandai dapat
menjawab dengan betul manakala murid lemah tidak dapat menjawabnya dan bukan
sebaliknya.
Akhir sekali. dengan cara membuat analisis keberkesanan item menerusi pencarian
indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, guru akan dapat melakukan penambahbaikan
terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana guru akan mengenal
pasti murid yang betul-betul memerlukan pemulihan bagi topik yang ternyata masih belum
dapat mereka kuasai dan memberikan pengayaan kepada yang berjaya menguasai topik-
topik yang diajar. Dari segi pemilihan item terbaik, item yang mempunyai indeks kesukaran
dan indeks diskriminasi yang berada pada tahap boleh diterima akan disimpan dalam bank
soalan dan item yang tidak sesuai perlu diubah suai sebelum disimpan di dalam bank item
sebagai rujukan pada masa depan.
TUGASAN 2
(ESEI REFLEKTIF)
Tajuk :
Sejauhmana pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) berjaya menilai
pencapaian murid dalam subjek matematik sekolah rendah.
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu anjakan paradigma
yang diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan kolaborasi bersama
Lembaga Peperiksaan (LP) kerana menyedari harapan ibu bapa daripada pihak sekolah dan
guru-guru sangat tinggi demi melihat kejayaan anak-anak mereka. Oleh sebab itu, pihak
kementerian telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam meningkatkan mutu
pendidikan di sekolah yang dirasakan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa agar ia
sentiasa relevan dengan peredaran zaman moden iaitu dengan cara penambahbaikan
daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Seiring dengan perubahan ini, PBS juga perlu dilaksanakan
sebagai salah satu medium yang digunakan dalam usaha merealisasikan kurikulum
terbaharu ini. Dengan adanya PBS sebagai agen penambaikan dalam kurikulum, pihak
kementerian meletakkan harapan yang tinggi agar apa yang dihasratkan yakni pembentukan
modal insan yang seimbang dalam diri setiap murid dapat dicapai dengan jayanya.
Jika dilihat dari segi rasional penambaikan kurikulum baharu ini ke dalam dunia
pendidikan sememangnya tidak kelihatan cacat celanya kerana apa yang dilaksanakan oleh
pihak kementerian ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kepentingan murid-murid yang
berada di bangku sekolah juga. Tetapi, jika dilihat dari sudut yang berbeza iaitu dari sudut
pandangan daripada individu yang secara langsung menjadi penggerak kepada transformasi
sistem pendidikan ini sendiri iaitu guru-guru di sekolah dan juga pihak ibu bapa, sudah tentu
akan ada kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenal pasti menerusi pandangan-
pandangan daripada pihak tersebut sepanjang pelaksanaan PBS ini di sekolah. Bertepatan
dengan tajuk perbincangan tugasan ini yang bakal mengupas dengan lebih lanjut berkaitan
sejauhmana pelaksanaan PBS berjaya menilai pencapaian murid dalam subjek matematik
sekolah rendah, dua kaedah utama telah digunakan sepanjang proses pencarian maklumat
dalam usaha merungkaikan persoalan yang diwujudkan iaitu menerusi temu bual dengan
guru di sekolah yang berdekatan dan menerusi pemerhatian.
Rajah 1.0 Proses pencarian maklumat
Menerusi temu bual dengan guru di sekolah yang berdekatan iaitu di Sekolah
Kebangsaan (SK) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, pelbagai input berguna telah disampaikan
oleh Puan Rosnani, Ketua Panitia Matematik sekolah ini mengenai beberapa perkara yang
berkaitan tentang perlaksanaan PBS di sekolah tersebut. Perkara yang dikongsikan oleh
beliau termasuklah mengenai kelebihan, kelemahan, dan pendapat beliau sendiri mengenai
pelaksanaan PBS ini sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2011 sehingga kini.
Sepanjang proses temu bual ini berlansung, dapat dikenal pasti perkara yang menjadi
intipati bagi tajuk perbicangan tugasan ini iaitu berkaitan keberkesanan pelaksanaan PBS di
sekolah ini.
Berdasarkan pendapat beliau dan data-data yang ditunjukkan ketika proses temu
bual ini dilaksanakan, beliau menyatakan bahawa pelaksanaan PBS di sekolah ini agak
kurang berjaya jika dibandingkan dengan pencapaian murid-murid sebelum PBS ini
dilaksanakan di mana pencapaian murid adalah baik. Tambahan lagi, beliau juga
menyatakan bagaimana keadaan murid yang kurang menumpukan perhatian dan banyak
bermain-main ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan disebabkan tiada lagi
pemberian gred yang turut menjadi penyumbang kepada kegagalan PBS ini. Menurut beliau,
murid-murid berkelakuan sebegini disebabkan oleh mereka sendiri tidak mengetahui
pencapaian mereka setakat mana jika dibandingkan dengan sistem sebelumnya yang boleh
dinilai menerusi gred dan kedudukan di dalam kelas. Kini, murid-murid hanya akan
menerima helaian yang berupa huraikan ‘Band’ yang diperoleh oleh mereka tanpa
dinyatakan gred dan markah yang bagi setiap subjek. Walaupun pemberian markah dan
gred tidak digunakan dalam sistem pendidikan yang terbaharu ini, di sekolah ini guru-guru
subjek Matematik dan subjek-subjek lain masih lagi mengadakan ujian beberapa bulan
sekali untuk membuat penilaian tambahan kepada prestasi murid supaya dengan maklumat
yang diperoleh ini, guru-guru dapat memperbaiki kelemahan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Tambah beliau lagi, guru-guru disekolah tersebut menyedari bahawa fokus utama
penambahbaikan dalam sistem pendidikan ini daripada berorientasikan peperiksaan kepada
Temu bual dengan
guru sekolah
Pemerhatian
PBS adalah tidak lain tidak bukan untuk mengurangkan tekanan kepada murid-murid
supaya tidak terlalu tertumpu kepada gred akademik sehingga mengabaikan bidang-bidang
lain yang seharusnya perlu diseimbangkan. Hal ini adalah bertujuan untuk melahirkan modal
insan yang seimbang daripada segenap aspek sepertimana yang dinyatakan dalam petikan
akhbar Utusan yang bertarikh 14 Disember 2011 iaitu :
“Pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu
2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu
mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam
kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.
Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran
menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.”
Utusan, 14 Disember 2011.
Berdasarkan petikan akhbar tersebut, pihak kementerian melihat daripada perspektif
mereka bahawa sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan ini semakin kurang
relevan pada masa kini disebabkan usaha untuk mewujudkan modal insan yang seimbang
supaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dilaksanakan secara
menyeluruh yakni dengan cara mengambil kira penglibatan aktif murid dalam bidang
kokurikulum selain pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Tetapi berlainan pula
jika pendapat guru-guru yang dari awal telah menjadi pemantau kepada perkembangan
murid-murid sepanjang mereka belajar di sekolah sebagaimana yang dirasai oleh guru
Matematik di SK Pengkalan Chepa ini yang merasakan perubahan dalam sistem pendidikan
ini bukan sahaja telah mengurangkan peratus kecemerlangan sekolah ini berdasarkan data
yang ditunjukkan (Rujuk lampiran) malah tekanan kepada guru-guru terhadap bebanan
tugas yang semakin bertambah tidak menggambarkan di mana kurangnya tekanan kepada
guru seperti yang dinyatakan dalam petikan akhbar tersebut kerana sudah pasti
pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan akan menjadikan peranan dan
tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan, 2006).
Tidak ketinggalan, semenjak penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan dalam
usaha mengurangkan bebanan guru iaitu daripada kaedah memasukkan data murid-murid
secara online yang ditukar kepada secara offline telah menunjukkan pendapat dan keluhan
daripada guru-guru yang berasa terbeban dengan kaedah online ini berjaya diatasi oleh
pihak kementerian demi kemudahan kepada guru-guru. Kesannya, perkara ini sedikit
sebanyak telah memberi peluang kepada guru-guru untuk kembali fokus kepada tugas
mendidik daripada terus dibelenggu masalah ini ketika menjalankan tanggungjawab
walaupun realitinya PBS tetap perlu dilaksanakan.
Begitulah hasil yang diperoleh daripada temu bual yang dilaksanakan di SK
Pengkalan Chepa di mana secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa pelaksanaan
PBS di sekolah ini masih kurang berjaya dalam menilai pencapaian murid dalam subjek
Matematik terutamanya dan subjek-subjek lain juga. Menerusi kaedah yang kedua iaitu
menerusi pemerhatian yang dilakukan dalam aspek yang lebih luas dapat dilihat
kemampuan PBS ini dalam memberi suatu nafas baharu dalam sistem pendidikan di
sekolah. Hal ini berdasarkan kajian rintis yang telah dilaksanakan oleh Lembaga
Peperiksaan pada tahun 2008 di 500 buah sekolah rendah yang merangkumi SK, SJKC dan
SJKT, bandar dan luar bandar, kluster, Sekolah Kurang Murid di pedalaman dan SK
Pendidikan Khas dan dapatannya adalah positif, sebagai contoh dari aspek keperluan
transformasi pentaksiran, jika sebelum kajian rintis 68% bersetuju, tetapi setelah kajian
dilaksanakan peratusan meningkat kepada 93.1%.
Daripada hasil kajian tersebut, jika diteliti dan diperluas skop pencarian maklumat
didapati pelaksanaan PBS ini tidak akan menjadi masalah sekiranya guru-guru itu sendiri
pandai mengadaptasi pembaharuan yang dilakukan dalam sistem pendidikan kini dan cuba
untuk memperbaiki kekurangan kualiti pengajaran sedikit demi sedikit kerana realitinya,
komitmen daripada guru adalah tonggak utama dalam merealisasikan PBS ini sepertimana
menurut Day (2004) dalam kajian Mohammad Zohir Ahmad (2007), mengajar adalah
pekerjaan yang kompleks dan memerlukan penglibatan daripada guru bukan sahaja dari
segi tenaga dan pemikiran malah juga perasaannya. Komitmen yang tinggi perlu ada pada
setiap guru dalam memberikan yang terbaik kepada pelajarnya kerana guru berhadapan
dengan beban tugas yang semakin banyak dan mencabar (Nias, 1996). Oleh sebab itu,
sebagai seorang guru yang memegang tanggungjawab sebagai pelaksana bagi setiap
aspirasi kerajaan memerlukan seseorang guru itu akur kepada setiap arahan yang
dikeluarkan oleh pihak kementerian walaupun sesukar manapun pembaharuan tersebut
kerana hasilnya nanti adalah untuk kebaikan murid-murid juga.
Berikutan pelaksanaan PBS ini yang dianggap membebankan guru-guru pada
mulanya dan mempengaruhi pencapaian murid-murid, didapati dari semasa ke semasa
kebanyakan sekolah telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang memberi petanda
bahawa PBS ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dijayakan seperti yang dicapai oleh SK
Dato’ Hashim 2 yang terletak berhampiran dengan SK Pengkalan Chepa. Dalam aspek yang
lebih luas, jika negara-negara luar seperti Australia, Kanada dan New Zealand yang
dijadikan sebagai pananda aras oleh Lembaga Peperiksaan dalam menggubal PBS ini
untuk diaplikasikan di Malaysia mampu melaksanakannya dengan baik, mengapa tidak di
Malaysia. Hal ini menunjukkan pelaksanaan PBS masih tidak berjaya sepenuhnya
memandangkan guru-guru masih dalam proses menyesuaikan diri dalam memahami
rasional PBS yang sebenarnya hinggakan prestasi kerja sedikit terjejas disebabkan tekanan
daripada penambahbaikan ini yang secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian
murid-murid di sekolah.
Tambahan lagi, permasalahan yang mengongkong PBS ini daripada terus
berkembang adalah berpunca daripada persepsi negatif sesetengah guru yang masih tidak
mahu melakukan perubahan kaedah pentaksiran dan ingin kekal dengan sistem pendidikan
sebelumnya yang dikira lebih baik daripada sekarang. Berdasarkan pendapat Graham
Maxwell (2006) yang menyatakan bahawa pentaksiran boleh dilaksanakan dengan pelbagai
kaedah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan perlu juga ditambah
dengan pengurusan serta mengikut prosedur pentaksiran yang telah ditetapkan
memandangkan perubahan dalam sistem pendidikan dengan adanya kepelbagaian kaedah
pentaksiran ini adalah perlu agar sistem pendidikan di Malaysia seiring dengan
perkembangan zaman.
Konklusinya, jika minda sudah menetapkan PBS ini adalah sesuatu yang
membebankan dan banyak kekurangan, sisi baik yang ada dalam pelaksanaan PBS ini tidak
akan dilihat dengan sepenuhnya apabila sisi negatif yang selalu diperbesarkan sedangkan
sisi positifnya begitu banyak untuk diraih seperti PBS ini mempunyai kelebihan dari segi
adanya pentaksiran rujukan standard, murid-murid dinilai dengan saksama, dapat mendidik
integriti dalam diri guru-guru serta pencapaian dan perkembangan murid dalam PdP dapat
dirujuk dengan mudah menerusi PBS ini. Walaupun begitu, berdasarkan penerokaan
maklumat yang diperoleh menerusi temu bual bersama dengan guru-guru serta menerusi
pemerhatian yang dilakukan berkaitan persoalan tugasan ini, dapatlah dirumuskan bahawa
pelaksanaan PBS ini masih belum berjaya menilai pencapaian murid dalam subjek
Matematik sekolah rendah walaupun hakikatnya PBS ini mempunyai banyak kelebihannya
tetapi masih tidak mampu untuk dijayakan dengan sepenuhnya sepertimana yang dialami
oleh SK Pengkalan Chepa yang masih dalam proses penyesuaian.
(1524 patah perkataan)
LAMPIRAN
RUJUKAN
Azmy Mohamed. (2011). Rasional Pelaksanaan PBS. Diakses pada 16 Mac 2015, daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1205&sec=Pendidikan&pg=p
e_01.htm
Day, C. (2004). A Passion for Teaching. London : Routledge Falmer.
Hilezan binti Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, & Tan Kim Lan. (2014). Amalan
Pentaksiran dalam Matematik. Kuala Lumpur : FH Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Nias, J. (1996). Thinking about Feeling: The emotions in Teaching. Cambridge Journal of
Education, 26(3), 293-306.
Nur Afifah binti Ahmad. (2011). Analisis Item (Indeks Kesukaran). Diakses pada 17 Mac
2015, daripada http://duniabmm3103.blogspot.com/2011/08/analisis-item-indeks-
kesukaran.html
Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor : Multimedia Sdn
Bhd.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
Nahzatul Akma
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
Siti Zulaikha
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
Vince Here
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
Nurul Cahaya Mata
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran
Nurul Othman
 
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
Najiha Bakar
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmani
farah iziati
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Mohd Syafiq A. Ghani
 

La actualidad más candente (20)

TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
Definisi pengujian
Definisi pengujianDefinisi pengujian
Definisi pengujian
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmani
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 

Destacado

Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
hafizah noor
 
2a Konsep Pentaksiran
2a Konsep Pentaksiran2a Konsep Pentaksiran
2a Konsep Pentaksiran
Nur Hikmah
 
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
CIKGUAMI
 
14781427 pengurusan-bilik-darjah
14781427 pengurusan-bilik-darjah14781427 pengurusan-bilik-darjah
14781427 pengurusan-bilik-darjah
emy69
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Thamo Thiran
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Noor Syazwanni
 
Panduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvPanduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psv
Noor Maslina
 
Jenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalanJenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalan
grace_tyler12
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Haryati Ismail
 
Soalan aras tinggi 3
Soalan aras tinggi 3Soalan aras tinggi 3
Soalan aras tinggi 3
share with me
 

Destacado (20)

Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
 
Analisis Data Murid bagi subjek Matematik
Analisis Data Murid bagi subjek MatematikAnalisis Data Murid bagi subjek Matematik
Analisis Data Murid bagi subjek Matematik
 
2a Konsep Pentaksiran
2a Konsep Pentaksiran2a Konsep Pentaksiran
2a Konsep Pentaksiran
 
Rujukan matematik
Rujukan matematikRujukan matematik
Rujukan matematik
 
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
Kkb sce3111 analisis item ( contoh )
 
14781427 pengurusan-bilik-darjah
14781427 pengurusan-bilik-darjah14781427 pengurusan-bilik-darjah
14781427 pengurusan-bilik-darjah
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Alat Pentaksiran
Alat Pentaksiran Alat Pentaksiran
Alat Pentaksiran
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHBMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
 
Modul.pentaksiran
Modul.pentaksiranModul.pentaksiran
Modul.pentaksiran
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Panduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvPanduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psv
 
Jenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalanJenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalan
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan Soalan
 
Soalan aras tinggi 3
Soalan aras tinggi 3Soalan aras tinggi 3
Soalan aras tinggi 3
 
3. pentaksiran
3. pentaksiran3. pentaksiran
3. pentaksiran
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
 

Más de Rafiza Diy

Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Rafiza Diy
 
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Rafiza Diy
 
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
Rafiza Diy
 
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAANPROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
Rafiza Diy
 

Más de Rafiza Diy (20)

Nota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPPNota ringkas temu duga SPP
Nota ringkas temu duga SPP
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu Saintifik
 
Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)
Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)
Bahasa Malaysia Tahun 2 (EDU Sem 4)
 
Peta Minda Ayat Aktif
Peta Minda Ayat AktifPeta Minda Ayat Aktif
Peta Minda Ayat Aktif
 
Peta Minda Ayat Pasif
Peta Minda Ayat PasifPeta Minda Ayat Pasif
Peta Minda Ayat Pasif
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
RPH Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
Budaya dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Bu...
 
PENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATANPENDIDIKAN KESELAMATAN
PENDIDIKAN KESELAMATAN
 
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03KERJA KURSUS PENDEK EDU03
KERJA KURSUS PENDEK EDU03
 
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
MURID DAN ALAM BELAJAR (Perbezaan Ewell dan Gagne)
 
LITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3D
LITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3DLITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3D
LITERASI NOMBOR : PEMBINAAN BENTUK 2D & 3D
 
TUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIF
TUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIFTUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIF
TUGASAN MTE3107 : KEPENTINGAN KAEDAH KOPERATIF
 
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAANPROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN
 
TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3
TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3
TAPAK PEMBELAJARAN : KATA GANDA TAHUN 3
 
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRISEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
ACUAN EKONOMI MALAYSIA
ACUAN EKONOMI MALAYSIAACUAN EKONOMI MALAYSIA
ACUAN EKONOMI MALAYSIA
 
Tugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Tugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASATugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASA
Tugasan WAJ 3104 LITERASI BAHASA
 
BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
BENGKEL AKTIVITI PRATULISANBENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN
 

Último

Último (6)

Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 

Tugasan Matematik Semester 5

  • 2. 1.0 PENGENALAN Hidup ibarat layang-layang terputus tali apabila tidak disertakan dengan matlamat hidup yang jelas. Jika hidup menjadi lebih bermakna dengan adanya matlamat, begitu juga dengan pencapaian murid-murid yang perlu diukur menerusi proses pentaksiran untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan kebolehan murid dalam bidang akademik yang dipelajari. Dalam skop tugasan ini, subjek matematik menjadi fokus utama di mana item-item yang dibina untuk proses pengujian bagi subjek ini dikaji daripada beberapa aspek. Sebagai contoh, analisis item yang dilaksanakan merangkumi pencarian indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi menilai sejauhmana item-item yang dibina mampu menguji murid- murid dengan apa yang sepatutnya diuji kerana kaedah ini sangat sesuai dalam menganalisis item berbentuk objektif. Indeks kesukaran merupakan salah satu cara untuk menilai aras kesukaran item- item yang dibina untuk sesuatu proses pengujian. Julat bagi indeks kesukaran bermula dari 0.00 hingga 1.00 di mana semakin tinggi nilainya, semakin mudah item tersebut. Begitu juga sebaliknya jika nilai indeks kesukaran semakin rendah yakni menghampiri 0.00, item tersebut dikelaskan sebagai item yang sukar. Indeks Kesukaran (p) Pentafsiran Item Keputusan p < 0.3 Terlalu sukar Ubah suai item 0.3 ≤ p ≤ 0.8 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima p > 0.8 Terlalu mudah Ubah suai item Jadual 1.0 Tafsiran Indeks Kesukaran Manakala, indeks diskriminasi pula adalah cara yang digunakan untuk menilai keupayaan item dalam membezakan murid-murid yang berkeupayaan tinggi dengan murid- murid yang lemah. Melalui proses pengiraan indeks diskriminasi ini, jumlah keseluruhan calon akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu 25% kumpulan pertama ialah calon yang
  • 3. memiliki pencapaian tertinggi, 50% kumpulan kedua ialah calon yang terdiri daripada berpencapaian tertinggi dan terendah, dan 25% kumpulan ketiga ialah calon yang berpencapaian terendah. Berdasarkan tiga kumpulan yang dibahagikan ini, kumpulan yang berpencapaian tertinggi dan kumpulan berpencapaian terendah akan digunakan untuk mengira indeks diskriminasi untuk setiap item. Jadual 2.0 Tafsiran Indeks Diskriminasi Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa analisis item yang merangkumi analisis indeks kesukaran dan indeks diskriminasi akan mempengaruhi nilai sesuatu item yang dibina sama ada baik ataupun sebaliknya. Untuk perbincangan dengan lebih lanjut mengenai analisis item yang melibatkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi akan dapat diketahui melalui bahagian yang seterusnya dalam tugasan ini. Indeks Diskriminasi (D) Pentafsiran Item Keputusan D > 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima 0.2 ≤ D ≤ 0.4 Diskriminasi positif yang sederhana Item perlu diubah suai 0 ≤ D < 0.2 Diskriminasi positif yang rendah Tulis semula item D < 0 Diskriminasi negatif Item buruk dan perlu dibuang
  • 4. 2.0 ANALISIS PENCAPAIAN MURID Bahagian ini akan menjelaskan bagaimana analisis pencapaian murid dilaksanakan dengan meneliti beberapa aspek seperti jumlah calon yang menjawab betul bagi setiap item, mencari indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Berdasarkan data yang dipilih, analisis pencapaian murid dapat dilihat melalui jadual berikut : BIL NAMA SOALAN / ITEM MARKAHNO. ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 JAWAPAN B A B C C D A B B C 1 RAFIZA BINTIDARUS B A B C C D A B B C 10 2 HAJAJHAMBALI BIN MOHD WIRA B A B C C D A B B C 10 3 AZNIZAN BINTIAZIZ B A B C C D B B B C 9 4 MUHAMMAD FAHTUL ZARIFFBIN ROSLI B A B C C D C D D A 6 5 SHAHRUL FAISALBIN MOHAMED SHARI B A B C C D D D A B 6 6 KHAIRUNNISA BT BOLHASSAN A A B C C D A A A A 6 7 NURUL AMIRAHBINTI ZULKEPELI B A C D A A B B B C 5 8 LORSHINIA/P GUNENTHIRAN A A C C D D A B A B 5 9 NORAMIRA BINTITAYABU B A B B C B C B C D 5 10 RAJA MAKSUM BIN RAJA ALI C A D C D D A C C D 4 11 HASSAN BIN ABDUL HAMID C A D C D D A C C D 4 12 MOHAMAD ZAIRIBIN AHMAD SABRI B A C D A A D A B C 4 13 RIZAL BIN AMAN B A C A A A B B A B 3 14 AGNESYAM SOKE EE A A C C D D B C A B 3 15 LEE JIE YEE B A C A A A B B A B 3 16 MOHAMAD AIZATUL ARIFFIN D A A B C D D D A B 3 17 NG XUE JING D A A B C D C C D D 3 18 SWA MING JIAN D A A B C D C C D D 3 19 MAZLINDA AMIRA BINTI MOHAMAD A A C D D A B C B C 3 20 MONA ANAKPENGABANG A A A B C A A A C D 3 21 NOREZATUL AZHANAFIZA BINTIAHMAD C A D D A C D D B C 3 22 REYMOND A/L BAH AYOH A A B A B C C A A A 2 23 SITI AINIZAHBINTI SAMSURI D A C C D C D D A B 2 24 ZAINALBIN HAZMI C A D B C B B C C D 2 25 HILMI SYUKRAN BIN MOHD A A B A B C C A A A 2
  • 5. 26 MAITHASA SYUHADA BINTI ADNAN D A C C D C D D A B 2 27 MARDHIAH ANI SYAHINDAHBT MARZUKI C A D B C B B C C D 2 28 SHEREEN FARZAANA BT MOHAMAD HANIFAH C A D A B C A C C D 2 29 MARASILINDA BINTIOMAR A A B B B C C D C D 2 30 MUHAMAD FAIZBIN MD NAYAN A A C C D A B C A A 2 31 ROSMAN BIN MUHAMAD AMIN D A D A B C C C A A 1 32 AMIRUL IZZATBIN ALIAS C A A A B C D C C D 1 33 LEE JINGWEN D A D A B C C C A A 1 34 MOHD AZRIBIN KAMARUDIN C A D D A B C C D D 1 35 NG CHAI WEI C A D A B C B C C D 1 36 ONG YEE KINGFANLY C A D D A B C D D A 1 37 SYAZA KHALISB SUPHI A A C D D A B C C D 1 38 WONG CHUAN ENG C A D D A B C C D D 1 39 JULIANAHBINTI AHMAD C A D A B C C D D A 1 40 NOORHANNISA BINTI MOHD HALIMI C A C D D C D C A B 1 JUMLAH CALON JAWABA 10 40 5 10 8 8 8 5 15 9 JUMLAH CALON JAWABB 10 0 10 8 9 6 11 8 7 9 JUMLAH CALON JAWABC 13 0 12 13 13 13 13 18 11 7 JUMLAH CALON JAWABD 7 0 13 9 10 13 8 9 7 15 JUMLAH CALON JAWAB BETUL 10 40 10 13 13 13 8 8 7 7 JUMLAH CALON JAWAB SALAH 30 0 30 27 27 27 32 32 33 33 JUMLAH CALON 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 INDEKSKESUKARAN 0.25 1.00 0.25 0.33 0.33 0.33 0.20 0.20 0.18 0.18 INDEKSDISKRIMINASI 0.70 0.00 0.70 0.80 0.70 0.80 0.50 0.60 0.40 0.40 Jadual 3.0 Analisis Pencapaian Murid
  • 6. 3.0 ANALISIS ITEM-ITEM UJIAN 3.1 Indeks Kesukaran Formula untuk mengira indeks kesukaran adalah seperti berikut : 3.1.1 Pengiraan Indeks Kesukaran Item 2 3.1.2 Pengiraan Indeks Kesukaran Item 8 3.1.3 Pengiraan Indeks Kesukaran Item 10 Indeks Kesukaran (p) = Bilangan calon yang menjawab betul Jumlah calon yang menjawab Bilangan calon yang menjawab betul = 40 Jumlah calon yang menjawab = 40 Nilai p = 40 40 = 1.00 Bilangan calon yang menjawab betul = 8 Jumlah calon yang menjawab = 40 Nilai p = 8 40 = 0.20 Bilangan calon yang menjawab betul = 7 Jumlah calon yang menjawab = 40 Nilai p = 7 40 = 0.18
  • 7. BT = 10, BR = 10 U + L = 10+10 = 20 Nilai D = 10 – 10 ½ (20) = 0.00 BT = 6, BR = 0 U + L = 10+10 = 20 Nilai D = 6 – 0 ½ (20) = 0.60 BT = 4, BR = 0 U + L = 10+10 = 20 Nilai D = 4 – 0 ½ (20) = 0.40 3.2 Indeks Diskriminasi Formula untuk mengira indeks diskriminasi adalah seperti berikut : Petunjuk : D = Nilai indeks diskriminasi BT = Bilangan calon kumpulan pencapaian tinggi yang menjawab betul BR = Bilangan calon kumpulan pencapaian rendah yang menjawab betul J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan pencapaian tinggi dan rendah 3.2.1 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 2 3.2.2 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 8 3.2.3 Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 10 Indeks Diskriminasi (D) = BT - BR ½ J
  • 8. 3.3 Pernyataan Inferens Saranan Jawapan No. Item Indeks Kesukaran (IK) Indeks Diskriminasi (ID) A B C D Inferens 2 1.00 0.00 40* 0 0 0 1. Nilai IK bagi item 2 adalah 1.00 yang menunjukkan item ini berada dalam aras kesukaran yang terlalu mudah. 2. Nilai ID adalah 0.00 menunjukkan item ini tidak sesuai digunakan kerana item ini tidak boleh mendiskriminasikan antara murid pandai dan murid lemah. 3. Item 2 ini juga tidak mempunyai pengganggu yang baik berdasarkan saranan jawapan B, C dan D yang tiada langsung calon yang memilihnya. 4. Oleh itu, item 2 ini perlu dibuang dan digantikan dengan item yang mempunyai nilai IK yang sederhana dan nilai ID yang lebih tinggi agar proses pengujian yang dilaksanakan dapat mengukur apa yang sepatutnya perlu diukur daripada seseorang calon selain mengubah suai penganggu supaya menjadi lebih baik. 8 0.20 0.60 5 8* 18 9 1. Nilai IK bagi item 8 adalah 0.20 yang menunjukkan item ini berada dalam aras kesukaran yang terlalu sukar di mana hanya 8 orang calon berjaya menjawab dengan betul. 2. Nilai ID adalah 0.60 menunjukkan item ini adalah item yang sangat baik kerana ia mampu mendiskriminasikan pelajar
  • 9. pandai yang mampu menjawab dengan betul dan pelajar lemah yang tidak mampu menjawabnya. 3. Selain itu, saranan jawapan C ialah pengganggu yang terbaik bagi item ini kerana ia berjaya mengelirukan calon untuk mendapatkan jawapan yang betul berdasarkan jumlah calon yang begitu ramai memilih jawapan ini iaitu seramai 18 orang calon. 4. Manakala, saranan jawapan A ialah pengganggu yang kurang baik memandangkan tiada seorang pun calon daripada kumpulan berpencapaian rendah memilih saranan jawapan ini. 5. Kesimpulannya, item 8 ini tidak perlu diubah suai dan boleh diterima serta disimpan dalam bank item. 10 0.18 0.40 9 9 7* 15 1. Nilai IK bagi item 10 pula adalah 0.18 yang menunjukkan item ini berada dalam aras kesukaran yang terlalu sukar di mana hanya 7 orang calon yang berjaya menjawab dengan betul daripada 40 orang calon kesemuanya. 2. Nilai ID pula adalah 0.40 yang menunjukkan item ini berada pada tahap diskriminasi positif yang sederhana di mana ia mampu mendiskriminasikan antara kumpulan pandai yang jawab betul dengan kumpulan bawah yang menjawab salah. 3. Dari segi pengganggu terbaik, saranan jawapan D merupakan saranan jawapan yang paling banyak dipilih oleh calon iaitu seramai 15 orang berbanding saranan jawapan yang lain. Hal ini
  • 10. Jadual 4.0 Pernyataan Inferens menunjukkan item ini berjaya mengelirukan calon dengan menghadirkan pengganggu yang benar- benar dapat membezakan keupayaan murid yang betul-betul pandai dan sebaliknya. 4. Saranan jawapan A dan B juga dapat dinyatakan sebagai pengganggu yang baik berdasarkan keupayaan saranan jawapan ini dalam mengelirukan calon- calon daripada kumpulan berpencapaian rendah untuk memilih jawapan ini sebagai jawapan muktamad mereka. 5. Kesimpulannya, item ini sesuai diterima dan disimpan dalam bank soalan.
  • 11. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, berdasarkan analisis data yang dilaksanakan yakni melibatkan seramai 40 orang murid dan 10 item yang dikaji, dapat dirumuskan bahawa penyediaan item soalan ini adalah tidak menepati peratus pembahagian aras kesukaran bagi setiap aras di mana 25% daripada 10 item yang dibina perlulah terdiri daripada item yang mempunyai aras kesukaran yang mudah, 50% item yang terdiri daripada aras kesukaran yang sederhana dan 25% lagi adalah item yang sukar. Berdasarkan analisis indeks kesukaran yang diperoleh, didapati hanya 10% adalah item aras mudah, 30% aras sederhana dan 60% lagi terdiri daripada item yang sukar. Pembahagian bilangan item mengikut aras kesukaran bagi proses pengujian ini dilihat tidak relevan memandangkan bilangan item yang terdiri daripada aras sukar melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan item. Tambahan pula, dalam proses penyediaan item ujian ini perlu mengambil kira kemampuan murid-murid yang terdiri daripada tiga kumpulan yang berbeza tahap keupayaan iaitu murid yang berpencapaian tinggi, murid berpencapaian sederhana dan murid lemah. Oleh sebab itu, pengubahsuaian item-item yang tidak memenuhi spesifikasi indeks kesukaran dan indeks diskriminasi perlu dilakukan agar dapat menghasilkan suatu proses pengujian yang adil dan saksama bagi semua pelajar. Berdasarkan analisis data yang dilakukan untuk mencari indeks diskriminasi pula didapati secara keseluruhannya berada pada nilai diskriminasi positif tinggi iaitu sebanyak 7 item, 2 item pada nilai diskriminasi positif sederhana, dan hanya 1 item mempunyai nilai diskriminasi positif rendah iaitu 0.00 yang menunjukkan item ini tidak dapat membezakan antara murid yang bijak dengan murid yang lemah. Oleh sebab itu, tindakan yang seharusnya diambil adalah dengan cara menukar item yang mempunyai nilai indeks diskriminasi 0.00 ini dengan item yang lebih baik agar item yang digunakan dapat betul-betul membezakan antara murid pandai dengan murid lemah di mana murid pandai dapat menjawab dengan betul manakala murid lemah tidak dapat menjawabnya dan bukan sebaliknya. Akhir sekali. dengan cara membuat analisis keberkesanan item menerusi pencarian indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, guru akan dapat melakukan penambahbaikan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana guru akan mengenal pasti murid yang betul-betul memerlukan pemulihan bagi topik yang ternyata masih belum dapat mereka kuasai dan memberikan pengayaan kepada yang berjaya menguasai topik- topik yang diajar. Dari segi pemilihan item terbaik, item yang mempunyai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang berada pada tahap boleh diterima akan disimpan dalam bank
  • 12. soalan dan item yang tidak sesuai perlu diubah suai sebelum disimpan di dalam bank item sebagai rujukan pada masa depan.
  • 14. Tajuk : Sejauhmana pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) berjaya menilai pencapaian murid dalam subjek matematik sekolah rendah. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu anjakan paradigma yang diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan kolaborasi bersama Lembaga Peperiksaan (LP) kerana menyedari harapan ibu bapa daripada pihak sekolah dan guru-guru sangat tinggi demi melihat kejayaan anak-anak mereka. Oleh sebab itu, pihak kementerian telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam meningkatkan mutu pendidikan di sekolah yang dirasakan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa agar ia sentiasa relevan dengan peredaran zaman moden iaitu dengan cara penambahbaikan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Seiring dengan perubahan ini, PBS juga perlu dilaksanakan sebagai salah satu medium yang digunakan dalam usaha merealisasikan kurikulum terbaharu ini. Dengan adanya PBS sebagai agen penambaikan dalam kurikulum, pihak kementerian meletakkan harapan yang tinggi agar apa yang dihasratkan yakni pembentukan modal insan yang seimbang dalam diri setiap murid dapat dicapai dengan jayanya. Jika dilihat dari segi rasional penambaikan kurikulum baharu ini ke dalam dunia pendidikan sememangnya tidak kelihatan cacat celanya kerana apa yang dilaksanakan oleh pihak kementerian ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kepentingan murid-murid yang berada di bangku sekolah juga. Tetapi, jika dilihat dari sudut yang berbeza iaitu dari sudut pandangan daripada individu yang secara langsung menjadi penggerak kepada transformasi sistem pendidikan ini sendiri iaitu guru-guru di sekolah dan juga pihak ibu bapa, sudah tentu akan ada kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenal pasti menerusi pandangan- pandangan daripada pihak tersebut sepanjang pelaksanaan PBS ini di sekolah. Bertepatan dengan tajuk perbincangan tugasan ini yang bakal mengupas dengan lebih lanjut berkaitan sejauhmana pelaksanaan PBS berjaya menilai pencapaian murid dalam subjek matematik sekolah rendah, dua kaedah utama telah digunakan sepanjang proses pencarian maklumat dalam usaha merungkaikan persoalan yang diwujudkan iaitu menerusi temu bual dengan guru di sekolah yang berdekatan dan menerusi pemerhatian.
  • 15. Rajah 1.0 Proses pencarian maklumat Menerusi temu bual dengan guru di sekolah yang berdekatan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, pelbagai input berguna telah disampaikan oleh Puan Rosnani, Ketua Panitia Matematik sekolah ini mengenai beberapa perkara yang berkaitan tentang perlaksanaan PBS di sekolah tersebut. Perkara yang dikongsikan oleh beliau termasuklah mengenai kelebihan, kelemahan, dan pendapat beliau sendiri mengenai pelaksanaan PBS ini sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2011 sehingga kini. Sepanjang proses temu bual ini berlansung, dapat dikenal pasti perkara yang menjadi intipati bagi tajuk perbicangan tugasan ini iaitu berkaitan keberkesanan pelaksanaan PBS di sekolah ini. Berdasarkan pendapat beliau dan data-data yang ditunjukkan ketika proses temu bual ini dilaksanakan, beliau menyatakan bahawa pelaksanaan PBS di sekolah ini agak kurang berjaya jika dibandingkan dengan pencapaian murid-murid sebelum PBS ini dilaksanakan di mana pencapaian murid adalah baik. Tambahan lagi, beliau juga menyatakan bagaimana keadaan murid yang kurang menumpukan perhatian dan banyak bermain-main ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan disebabkan tiada lagi pemberian gred yang turut menjadi penyumbang kepada kegagalan PBS ini. Menurut beliau, murid-murid berkelakuan sebegini disebabkan oleh mereka sendiri tidak mengetahui pencapaian mereka setakat mana jika dibandingkan dengan sistem sebelumnya yang boleh dinilai menerusi gred dan kedudukan di dalam kelas. Kini, murid-murid hanya akan menerima helaian yang berupa huraikan ‘Band’ yang diperoleh oleh mereka tanpa dinyatakan gred dan markah yang bagi setiap subjek. Walaupun pemberian markah dan gred tidak digunakan dalam sistem pendidikan yang terbaharu ini, di sekolah ini guru-guru subjek Matematik dan subjek-subjek lain masih lagi mengadakan ujian beberapa bulan sekali untuk membuat penilaian tambahan kepada prestasi murid supaya dengan maklumat yang diperoleh ini, guru-guru dapat memperbaiki kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tambah beliau lagi, guru-guru disekolah tersebut menyedari bahawa fokus utama penambahbaikan dalam sistem pendidikan ini daripada berorientasikan peperiksaan kepada Temu bual dengan guru sekolah Pemerhatian
  • 16. PBS adalah tidak lain tidak bukan untuk mengurangkan tekanan kepada murid-murid supaya tidak terlalu tertumpu kepada gred akademik sehingga mengabaikan bidang-bidang lain yang seharusnya perlu diseimbangkan. Hal ini adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan yang seimbang daripada segenap aspek sepertimana yang dinyatakan dalam petikan akhbar Utusan yang bertarikh 14 Disember 2011 iaitu : “Pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan. Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.” Utusan, 14 Disember 2011. Berdasarkan petikan akhbar tersebut, pihak kementerian melihat daripada perspektif mereka bahawa sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan ini semakin kurang relevan pada masa kini disebabkan usaha untuk mewujudkan modal insan yang seimbang supaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dilaksanakan secara menyeluruh yakni dengan cara mengambil kira penglibatan aktif murid dalam bidang kokurikulum selain pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Tetapi berlainan pula jika pendapat guru-guru yang dari awal telah menjadi pemantau kepada perkembangan murid-murid sepanjang mereka belajar di sekolah sebagaimana yang dirasai oleh guru Matematik di SK Pengkalan Chepa ini yang merasakan perubahan dalam sistem pendidikan ini bukan sahaja telah mengurangkan peratus kecemerlangan sekolah ini berdasarkan data yang ditunjukkan (Rujuk lampiran) malah tekanan kepada guru-guru terhadap bebanan tugas yang semakin bertambah tidak menggambarkan di mana kurangnya tekanan kepada guru seperti yang dinyatakan dalam petikan akhbar tersebut kerana sudah pasti pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan akan menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan, 2006). Tidak ketinggalan, semenjak penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan bebanan guru iaitu daripada kaedah memasukkan data murid-murid secara online yang ditukar kepada secara offline telah menunjukkan pendapat dan keluhan
  • 17. daripada guru-guru yang berasa terbeban dengan kaedah online ini berjaya diatasi oleh pihak kementerian demi kemudahan kepada guru-guru. Kesannya, perkara ini sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada guru-guru untuk kembali fokus kepada tugas mendidik daripada terus dibelenggu masalah ini ketika menjalankan tanggungjawab walaupun realitinya PBS tetap perlu dilaksanakan. Begitulah hasil yang diperoleh daripada temu bual yang dilaksanakan di SK Pengkalan Chepa di mana secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa pelaksanaan PBS di sekolah ini masih kurang berjaya dalam menilai pencapaian murid dalam subjek Matematik terutamanya dan subjek-subjek lain juga. Menerusi kaedah yang kedua iaitu menerusi pemerhatian yang dilakukan dalam aspek yang lebih luas dapat dilihat kemampuan PBS ini dalam memberi suatu nafas baharu dalam sistem pendidikan di sekolah. Hal ini berdasarkan kajian rintis yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan pada tahun 2008 di 500 buah sekolah rendah yang merangkumi SK, SJKC dan SJKT, bandar dan luar bandar, kluster, Sekolah Kurang Murid di pedalaman dan SK Pendidikan Khas dan dapatannya adalah positif, sebagai contoh dari aspek keperluan transformasi pentaksiran, jika sebelum kajian rintis 68% bersetuju, tetapi setelah kajian dilaksanakan peratusan meningkat kepada 93.1%. Daripada hasil kajian tersebut, jika diteliti dan diperluas skop pencarian maklumat didapati pelaksanaan PBS ini tidak akan menjadi masalah sekiranya guru-guru itu sendiri pandai mengadaptasi pembaharuan yang dilakukan dalam sistem pendidikan kini dan cuba untuk memperbaiki kekurangan kualiti pengajaran sedikit demi sedikit kerana realitinya, komitmen daripada guru adalah tonggak utama dalam merealisasikan PBS ini sepertimana menurut Day (2004) dalam kajian Mohammad Zohir Ahmad (2007), mengajar adalah pekerjaan yang kompleks dan memerlukan penglibatan daripada guru bukan sahaja dari segi tenaga dan pemikiran malah juga perasaannya. Komitmen yang tinggi perlu ada pada setiap guru dalam memberikan yang terbaik kepada pelajarnya kerana guru berhadapan dengan beban tugas yang semakin banyak dan mencabar (Nias, 1996). Oleh sebab itu, sebagai seorang guru yang memegang tanggungjawab sebagai pelaksana bagi setiap aspirasi kerajaan memerlukan seseorang guru itu akur kepada setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian walaupun sesukar manapun pembaharuan tersebut kerana hasilnya nanti adalah untuk kebaikan murid-murid juga. Berikutan pelaksanaan PBS ini yang dianggap membebankan guru-guru pada mulanya dan mempengaruhi pencapaian murid-murid, didapati dari semasa ke semasa kebanyakan sekolah telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang memberi petanda bahawa PBS ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dijayakan seperti yang dicapai oleh SK
  • 18. Dato’ Hashim 2 yang terletak berhampiran dengan SK Pengkalan Chepa. Dalam aspek yang lebih luas, jika negara-negara luar seperti Australia, Kanada dan New Zealand yang dijadikan sebagai pananda aras oleh Lembaga Peperiksaan dalam menggubal PBS ini untuk diaplikasikan di Malaysia mampu melaksanakannya dengan baik, mengapa tidak di Malaysia. Hal ini menunjukkan pelaksanaan PBS masih tidak berjaya sepenuhnya memandangkan guru-guru masih dalam proses menyesuaikan diri dalam memahami rasional PBS yang sebenarnya hinggakan prestasi kerja sedikit terjejas disebabkan tekanan daripada penambahbaikan ini yang secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian murid-murid di sekolah. Tambahan lagi, permasalahan yang mengongkong PBS ini daripada terus berkembang adalah berpunca daripada persepsi negatif sesetengah guru yang masih tidak mahu melakukan perubahan kaedah pentaksiran dan ingin kekal dengan sistem pendidikan sebelumnya yang dikira lebih baik daripada sekarang. Berdasarkan pendapat Graham Maxwell (2006) yang menyatakan bahawa pentaksiran boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan perlu juga ditambah dengan pengurusan serta mengikut prosedur pentaksiran yang telah ditetapkan memandangkan perubahan dalam sistem pendidikan dengan adanya kepelbagaian kaedah pentaksiran ini adalah perlu agar sistem pendidikan di Malaysia seiring dengan perkembangan zaman. Konklusinya, jika minda sudah menetapkan PBS ini adalah sesuatu yang membebankan dan banyak kekurangan, sisi baik yang ada dalam pelaksanaan PBS ini tidak akan dilihat dengan sepenuhnya apabila sisi negatif yang selalu diperbesarkan sedangkan sisi positifnya begitu banyak untuk diraih seperti PBS ini mempunyai kelebihan dari segi adanya pentaksiran rujukan standard, murid-murid dinilai dengan saksama, dapat mendidik integriti dalam diri guru-guru serta pencapaian dan perkembangan murid dalam PdP dapat dirujuk dengan mudah menerusi PBS ini. Walaupun begitu, berdasarkan penerokaan maklumat yang diperoleh menerusi temu bual bersama dengan guru-guru serta menerusi pemerhatian yang dilakukan berkaitan persoalan tugasan ini, dapatlah dirumuskan bahawa pelaksanaan PBS ini masih belum berjaya menilai pencapaian murid dalam subjek Matematik sekolah rendah walaupun hakikatnya PBS ini mempunyai banyak kelebihannya tetapi masih tidak mampu untuk dijayakan dengan sepenuhnya sepertimana yang dialami oleh SK Pengkalan Chepa yang masih dalam proses penyesuaian. (1524 patah perkataan)
  • 20. RUJUKAN Azmy Mohamed. (2011). Rasional Pelaksanaan PBS. Diakses pada 16 Mac 2015, daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1205&sec=Pendidikan&pg=p e_01.htm Day, C. (2004). A Passion for Teaching. London : Routledge Falmer. Hilezan binti Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, & Tan Kim Lan. (2014). Amalan Pentaksiran dalam Matematik. Kuala Lumpur : FH Freemind Horizons Sdn. Bhd. Nias, J. (1996). Thinking about Feeling: The emotions in Teaching. Cambridge Journal of Education, 26(3), 293-306. Nur Afifah binti Ahmad. (2011). Analisis Item (Indeks Kesukaran). Diakses pada 17 Mac 2015, daripada http://duniabmm3103.blogspot.com/2011/08/analisis-item-indeks- kesukaran.html Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor : Multimedia Sdn Bhd.