SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 18
Descargar para leer sin conexión
Manual Sistem Pengendalian Kejohanan
Sistem pengendalian kejohanan olahraga ini dibangunkan menggunakan Microsoft
Access. Oleh itu aplikasi Microsoft Access perlulah terdapat di dalam komputer yang hendak
digunakan. Gunakan Microsoft Access XP atau 2003 sahaja.
Sebelum memulakan sistem ini, fail aplikasi ini hendaklah di salin ke dalam cakera
keras kerana sistem ini tidak boleh dimulakan dari cakera padat (CD). Selepas disalin ke
dalam cakera keras, atribut bagi fail tersebut hendaklah disetkan kepada mod archive (fail
yang disalin dari cakera padat akan mempunyai atribut read-only dan tidak boleh dibuat
sebarang perubahan kepadanya).
Selepas dimulakan aplikasi ini, skrin permulaan yang dipaparkan adalah seperti
berikut:

Penggunaan system ini adalah berdasarkan kepada menu yang terdapat di bahagian
atas program. Menu yang terdapat dalam system ini termasuklah Fail, Maklumat, Acara,
Keputusan dan Cetakan.
1.

Menu Fail
Menu ini mempunyai 5 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut:

a)

Pilihan Import.
Pilihan ini adalah untuk mengimport data dari disket pendaftaran yang dihantar oleh

pasukan yang bertanding. Hanya data dari pasukan yang belum diimport sahaja yang boleh
melalui proses ini. Jika data pasukan yang hendak diimport sudah berada di dalam sistem,
anda akan diberi pilihan untuk mengekalkan data yang lama atau untuk overwrite data yang
lama dan digantikan dengan data yang baru.
b)

Pilihan Backup
Pilihan ini adalah untuk membuat salinan data (backup data) supaya data tersebut

boleh di ambil (restore) semula jika dikehendaki. Anda dinasihatkan supaya menyimpan data
salinan ini ke dalam satu folder yang baru.
Buat pilihan dibahagian ini

Taipkan nama folder di sini
Klik butang OK apabila anda telah selesai membuat arahan tersebut. Data tersebut
akan disimpan dalam folder yang berkenaan.
c)

Pilihan Restore
Pilihan ini adalah untuk menyalin data salinan (backup data) yang telah dibuat dalam

langkah di atas ke dalam sistem. Arahan ini akan menyebabkan semua data yang berada di
dalam sistem digantikan dengan data salinan tersebut.
Pilih folder backup di bahagian ini

Anda perlu memilih folder yang mempunyai data salinan dan klik butang OK untuk
melaksanakan arahan ini.
d)

Pilihan Bersih Data
Pilihan ini adalah untuk membersihkan data yang berada dalam pangkalan data.

Semua data di dalam pangkalan data ini akan dibersihkan, kecuali data mengenai rekod
kejohanan yang akan dikekalkan.
e)

Pilihan Tamat Aplikasi
Pilihan ini adalah untuk keluar dari aplikasi ini
2.

Menu Maklumat
Menu ini mempunyai 7 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut:

a)

Pilihan Kejohanan
Pilihan ini adalam untuk memasukkan maklumat asas berkenaan kejohanan olahraga

yang dijalankan.

Maklumat asas berkenaan kejohanan ini boleh diisikan di 3 bahagian yang atas
(MSSD, TAHUN, KALI KE -). Maklumat ini hanya akan dipaparkan di skrin permulaan
sebagai pengenalan sistem. Maklumat lain berkaitan dengan kejohanan diisi ke dalam tiga
ruangan yang berikutnya (NAMA KEJOHANAN, TEMPAT, TARIKH). Maklumat ini akan
menjadi header bagi setiap cetakan yang akan dibuat menggunakan sistem ini.
Ruangan GAMBAR1 dan GAMBAR2 pula adalah untuk meletakkan logo penganjur
atau logo kejohanan. Kedua-dua logo ini akan diletakkan di skrin permulaan dan bagi cetakan
pula, ia akan diletakkan di bahagian kiri dan kanan header. Untuk mengedit atau
memasukkan gambar, klik butang kanan tetikus dan anda perlu memilih Bitmap Image
Object, Open. Komputer anda akan memulakan program Paint (secara default). Setelah
selesai membuat perubahan pada imej menggunakan program Paint, pilih Exit & Return to
MAKLUMAT KEJOHANAN. Gambar atau imej logo anda akan dikemaskini.
Pada maklumat pengambilan masa, anda perlu memasukkan bilangan titik perpuluhan
yang akan digunakan dalam kejohanan ini. Pada kebiasaannya, masa yang menggunakan
catatan tangan adalah tepat kepada 1 titik perpuluhan. Walau bagaimanapun, terdapat
kejohanan yang menggunakan 2 titik perpuluhan untuk peringkat saringan atau separuh akhir.
b)

Pilihan Pasukan
Pilihan ini adalah untuk memaparkan maklumat mengenai pasukan-pasukan yang

bertanding dalam kejohanan ini. Hanya pasukan yang telah diimport maklumatnya sahaja
yang akan dipaparkan.
c)

Pilihan Peserta
Pilihan ini adalah untuk memaparkan maklumat yang berkaitan dengan peserta yang

bertanding. Paparannya adalah seperti berikut:
Maklumat yang berkaitan dengan peserta seperti nama, no kad pengenalan atau no
sijil kelahiran, tarikh lahir dan sekolah boleh ditukarkan secara terus. Anda boleh bergerak
dari satu rekod ke satu rekod dengan menggunakan kekunci PageDown dan PageUp. Untuk
perubahan acara yang diambil oleh peserta berkenaan, anda boleh mennggunakan butang
Tambah yang terdapat di bahagian bawah dan memilihan acara yang dikehendaki dan
seterusnya klik butang OK. Untuk membuang acara yang telah didaftarkan oleh peserta, klik
diruangan acara berkenaan dipaparkan dan diikuti dengan klik butang Mansuh. Anda akan
diminta untuk membuat pengesan untuk memansuhkan acara tersebut. Namun begitu, arahan
ini hanya boleh dilakukan sebelum penyusunan peserta dilakukan.
Arahan lain yang boleh dilaksanakan adalah untuk menambah peserta baru. Klik
butang Tambah di sebelah atas dan akan dipaparkan dengan paparan seperti berikut:

Anda perlu memasukkan semua maklumat di atas dan menekan butang Proses.
Seterusnya jika hendak menambah acara peserta baru tersebut, boleh gunakan arahan seperti
yang telah diterangkan tadi. Untuk membuang peserta yang berdaftar pula, anda boleh
menekan butang Buang. Seperti juga mengubah acara, arahan ini hanya boleh dilaksanakan
sebelum susunan peserta dibuat.
Terdapat juga bantuan untuk membuat carian peserta dengan menggunakan nombor
peserta. Anda perlu memilih Jantina dan Kelas yang dikehendaki terlebih dahulu dan diikuti
dengan klik butang Carian. Paparan maklumat peserta akan menunjukkan peserta yang dicari
jika nombor yang berkenaan terdapat di dalam pangkalan data. Jika tiada, paparan asal akan
dikekalkan.
d)

Pilihan Rekod
Pilihan ini adalah untuk menyimpan rekod kejohanan dan rekod bagi peringkat

kejohanan yang di atasnya. Paparan rekod adalah seperti berikut:

Perkara yang penting disini adalah untuk memasukkan maklumat REKOD 1 dan
REKOD 2 mengikut format yang betul. REKOD 1 adalah dalam bentuk nombor. Untuk acara
yang unitnya saat, meter dan mata, bolehlah dimasukkan terus rekodnya. Untuk acara yang
unitnya minit (balapan jarak 800 M dan ke atas), catatannya hendaklah ditukarkan kedalam
saat. Untuk REKOD 2, ikut format seperti yang dipaparkan. Anda boleh menambah rekod
jika terdapat 2 orang yang memegang rekod dalam acara yang sama.
e)

Pilihan Tafsiran Rekod
Pilihan ini adalah untuk menamakan jenis rekod yang terdapat dalam kejohanan ini.

Untuk kejohanan peringkat yang berbeza tafsirannya adalah berbeza. Jadual dbawah
menunjukkan tafsiran yang boleh diberikan untuk kejohanan yang dilangsungkan pada
peringkat tertentu.
BIL
1
2
3

Kejohanan Sekolah
REKOD SEKOLAH
REKOD MSSD
REKOD MSSJ

Kejohanan Daerah
REKOD MSSD
REKOD MSSJ
REKOD MSSM

Kejohanan Negeri
REKOD MSSJ
REKOD MSSM
REKOD ASEAN

Rajah di bawah menunjukkan contoh kejohanan yang dilangsungkan diperingkat
daerah.
f)

Pilihan Mata
(Kebanyakan maklumat dalam pilihan ini adalah tetap dan tidak perlukan perubahan)
Pilihan ini adalah untuk menentukan pungutan mata yang dipungut berdasarkan

kedudukan peserta pada peringkat akhir. Pungutan mata perlu dimasukkan untuk acara
(I)ndividu dan acara (P)asukan (relay). Jika terdapat acara lain yang berbeza pungutan
matanya (biasanya heptathlon dan pentathlon) letakkan dibahagian (L)ain-lain dan mengisi
kod acara berkenaan.
Namum begitu, terdapat kejohanan olahraga yang tidak lagi menggunakan pungutan
mata dalam perlaksanaannya, hanya menggunakan pungutan pingat emas, perak dan gangsa
sahaja. Untuk hal yang sedemikian, anda masih perlu meletakkan mata bagi kedudukan 1, 2
dan 3 kerana tanpa mata, tiada pungutan pingat akan dilakukan. Hal ini tidak akan menjadi
masalah kepada perjalanan kejohanan kerana anda masih boleh melihat keputusan
keseluruhan kejohanan samada berdasarkan pungutan mata atau pingat.
g)

Pilihan Kelas Umur
(Kebanyakan maklumat dalam pilihan ini adalah tetap dan tidak perlukan perubahan)
Pilihan ini adalah maklumat berkaitan dengan peringkat umur yang terdapat dalam

kejohanan ini. Terdapat beberapa maklumat yang penting disini yang perlu diambil perhatian,
antaranya ialah ACARA TERBUKA dan MATA DIKIRA.
Dalam bahagian ACARA TERBUKA, tandakan

pada bahagian dimana kelas

umur tersebut boleh mengambil acara terbuka. Untuk bahagian MATA DIKIRA, tandakan
pada peringkat kelas umur yang akan dikira mata/pingat sebagai penentu pemenang
kejohanan. Ini boleh dipilih kerana terdapat kejohanan yang tidak mengambil kira peringkat
umur bawah 20 dalam menentukan pemenang kejohanan.
3

Menu Acara
Menu ini mempunyai 7 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut:

a)

Pilihan Maklumat Acara
(Kebanyakan maklumat dalam pilihan ini adalah tetap dan tidak perlukan perubahan)
Pilihan ini akan memaparkan maklumat acara yang terdapat dalam kejohanan

olahraga.Ini adalah maklumat asas bagi semua acara olahraga dan kebanyakan maklumat ini
tidak perlu diubah.
b)

Pilihan Acara Kejohanan
Pilihan ini adalah untuk menyenarkan semua acara yang berlangsung dalam

kejohanan olahraga yang akan dilangsungkan. Semua acara akan mempunyai peringkat umur
dan jantina yang akan dilangsungkan. Contoh di bawah menunjukkan acara 800 meter yang
dipertandingkan untuk kategori lelaki 18, perempuan 18, lelaki 15 dan perempuan 15.
Anda boleh menambah kategori umur yang hendak dipertandingkan untuk sesuatu
acara dengan menekan butang Tambah. Pilih kategori umur yang hendak ditambah dan klik
butang OK. Jika hendak membuang kategori umur yang telah dimasukkan, klik tetikus pada
peringkat umur tersebut dan klik butang Mansuh. Anda akan diminta untuk membuat
pengesahan untuk membuang acara tersebut. Kemudian, kategori yang dipilih akan
dimansuhkan.
c)

Pilihan Nombor Acara
Pilihan ini akan digunakan untuk memasukkan nombor acara kejohanan mengikut

peringkat samada saringan, separuh akhir atau akhir. Maklumat mengenai tarikh acara
tersebut akan dilangsungkan juga akan dimasukkan.
Sebarang perubahan pada maklumat nombor dan tarikh acara hendaklah dilakukan di
ruang yang disediakan seperti ditunjukkan di bawah.

Bahagian untuk mengubah tarikh
Bahagian untuk mengubah nombor acara
Pada pilihan ini anda boleh membuat perubahan pada nombor acara dengan
menggunakan butang Tambah dan Mansuh seperti di bawah.

Jika anda klik butang Tambah, anda akan diminta memilih peringkat umur acara yang
hendak ditambah beserta peringkatnya dan diikuti dengan klik butang OK. Paparan untuk
menambah acara adalah seperti di bawah.
Jika anda ingin membuang acara yang telah terdapat dalam nombor acara, klik pada
baris acara berkenaan dan klik butang Mansuh.
d)

Pilihan Susun Acara (Auto)
Pilihan ini akan melaksanakan susunan acara secara automatik yang akan digunakan

semasa kejohanan. Paparannya adalah seperti berikut:

Terdapat beberapa maklumat yang perlu ditetapkan sebelum sesuatu acara tersebut
disusun.
•

Acara : Anda perlu memilih acara yang hendak disusun. Acara yang tersenarai adalah
seperti dalam perkara (b).

•

Peringkat : Anda perlu memilih peringkat yang hendak disusun (Akhir, Separuh
Akhir, Saringan).
•

Ikut Lorong : Anda perlu menentukan samada acara tersebut memerlukan peserta
berlari mengikut lorong atau tidak.

•

BilLorong : Untuk acara yang mengikut lorong, anda perlu memasukkan bilangan
lorong yang boleh digunakan. (secara lalainya adalah 8)
Setelah semua pilihan tersebut ditetapkan, klik butang SUSUN untuk melaksanakan

proses susunan peserta.
e)

Pilihan Susun Acara (Ubah)
Pilihan ini adalah untuk mengubah susunan peserta yang telah dibuat dalam perkara

(d). Proses perubahan yang dilakukan adalah secara manual. Klik pada acara yang hendak
diubah dan diikuti dengan klik butang SUSUN. Anda akan dipaparkan dengan susunan
peserta yang telah disusun seperti berikut :

Terdapat 3 pilihan untuk mengubah peserta iaitu Insert, Delete dan Tukar yang
terletak disebelah kanan atas.
•

Insert : Pilihan ini adalah untuk menambah peserta dalam acara berkenaan. Anda
akan diminta memasukkan peserta yang berkenaan dan diikuti dengan klik butang
OK. Untuk acara yang mengikut lorong dan peringkat separuh akhir, anda akan
diminta untuk memasukkan lorong dan nombor separuh akhir peserta yang berkenaan.

•

Delete : Pilihan ini adalah untuk membuang peserta yang telah disusun. Anda
dikehendaki memilih peserta yang berkenaan dan klik butang OK.
•

Tukar : Pilihan ini adalah untuk menukar peserta yang telah disusun dengan peserta
lain. Anda dikehendaki memilih peserta yang hendak dikeluarkan dan yang hendak
dimasukkan dan diikuti dengan klik butang OK.
Untuk pilihan ini anda juga boleh membuang susunan peserta yang telah dibuat. Klik

pada susunan acara yang hendak dibuang dan klik butang PADAM.
f)

Pilihan Senarai Relay
Pilihan ini adalah untuk memaparkan senarai peserta relay yang didaftarkan oleh

pasukan yang bertanding. Anda boleh menambah dan membuang peserta jika diperlukan.
g)

Pilihan Statistik Peserta
Pilihan ini adalah untuk memaparkan bilangan peserta yang didaftarkan dalam semua

acara yang dipertandingkan. Pilihan ini adalah penting untuk tujuan penyemakan.

4

Menu Keputusan
Menu ini mempunyai 4 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut:

a)

Pilihan Masuk Keputusan
Pilihan ini adalah untuk memasukkan keputusan acara yang telah dipertandingkan
samada pada peringkat Separuh Akhir atau Akhir. Anda akan diminta untuk memilih
acara yang hendak dimasukkan keputusannya terlebih dahulu seperti yang dipaparkan
di bawah:
Setelah memilih acara yang hendak dimasukkan keputusannya, klik butang MASUK
dan anda akana dipaparkan dengan paparan untuk memasukkan keputusan. Kaedah yang
digunakan untuk memasukkan keputusan ialah dengan memasukkan keputusan berdasarkan
kedudukan peserta dalam acara tersebut dan bukannya mengikut susunan peserta. Contoh
keputusan yang telah dimasukkan adalah seperti berikut:

Kemasukan keputusan ini boleh dimasukkan hanya setakat yang dikehendaki sahaja.
Pengisian penuh keputusan sehingga semua peserta adalah terpulang kepada masing-masing.
Setelah keputusan acara tersebut dimasukkan, klik butang Proses untuk memasukkan mata
atau pingat kedalam pasukan dan peringkat umur masing-masing. Untuk acara yang
melibatkan peringkat Saringan atau Separuh Akhir, pemilihan peserta yang layak ke peringkat
seterusnya perlu dilakukan secara manual. Paparan kemasukan keputusan untuk peringkat
tersebut akan melibatkan satu item baru iaitu LAYAK(untuk peserta yang layak) seperti di
bawah:

Untuk acara lompat tinggi, jika terdapat kedudukan seri bagi kedudukan kedua atau
seterusnya, maklumat tersebut hendaklah dimasukkan sebelum keputusan dimasukkan.

Satu paparan tambahan akan meminta anda untuk memasukkan bilangan peserta yang
mengalami keputusan seri dari tempat kedua hingga ke-8.
Setelah maklumat tersebut lengkap diisi,klik butang Terima dan masukkan keputusan
seperti biasa.
b)

Pilihan Edit Keputusan
Pilihan ini untuk mengedit keputusan acara yang telah dimasukkan. Anda perlu

memilih terlebih dahulu acara yang hendak diedit. Paparan untuk menedit keputusan adalah
sama seperti memasukkan keputusan. Anda hanya perlu menukar keputusan yang berkaitan
sahaja dan diikuti dengan klik butang Proses.
(Peringatan : Untuk acara lompat tinggi yang melibatkan perkongsian mata/pingat, Operasi
edit ini tidak boleh digunakan. Anda perlu memansuh keputusan dan memasukkan keputusan
yang baru)
c)

Pilihan Batal Keputusan
Pilihan ini untuk membatalkan keputusan acara yang telah dimasukkan. Anda perlu

memilih terlebih dahulu acara yang hendak dimansuhkan dan diikuti dengan klik butang
Mansuh.
d)

Pilihan Peserta Terbaik
Pilihan ini adalah untuk memaparkan senarai peserta yang layak dipertimbangkan

sebagai peserta terbaik kejohanan mengikut peringkat umur.
5.

Menu Cetakan
Menu ini mempunyai 8 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut:

a)

Pilihan Borang
Pilihan ini adalah untuk mencetak borang-borang pertandingan. Pilihan yang ada

adalah samada untuk mencetak borang Pengelola Peserta atau Borang Keputusan Rasmi.
Terdapat dua butang untuk mencetak dan penerangannya aalah seperti berikut:

Untuk memapar borang sebelum dicetak.
b)

Terus mencetak borang

Pilihan Susunan Peserta
Pilihan ini adalah untuk mencetak susunan peserta yang telah dibuat susunannya.

Anda boleh memilih samada untuk mencetak mengikut nombor acara atau kelas peserta.
Disamping itu muka surat juga boleh diletakkan pada halaman yang hendak dicetak.
c)

Pilihan Keputusan Acara
Pilihan ini adalah untuk mencetak keputusan acara yang telah dimasukkan dan

diproses. Sama seperti di atas, anda boleh memilih samada untuk mencetak mengikut nombor
acara atau kelas peserta dan mencetak muka surat jika dikehendaki.
d)

Pilihan Acara Multi-Event
Pilihan ini adalah untuk mencetak ringkasan pungutanmata bagi acara multi-event

(heptathlon dan pentathlon) yang telah dimasukkan dan diproses.

e)

Pilihan Mata
Pilihan ini adalah untuk mencetak pungutan mata keseluruhan setakat mana keputusan
akhir dimasukkan. Anda mempunyai tiga pilihan iaitu:
•
•

Sekolah Menengah : Untuk mencetak peringkat umur bagi sekolah menengah.

•
f)

Campuran : Untuk mencetak semua peringkat umur.

Sekolah Menengah : Untuk mencetak peringkat umur bagi sekolah rendah.
Pilihan Pingat
Pilihan ini adalah sama seperti bahagian (e) kecuali susunan adalah mengikut pingat.

g)

Pilihan Hadiah dan Sijil
Pilihan ini adalah untuk mencetak Borang Pengelola Pemenang untuk tujuan

penyampaian hadiah.
h)

Pilihan Pendaftaran
Pilihan ini adalah untuk mencetak senarai peserta yang telah didaftarkan.
Nota : Untuk perkara (a),(b), (c) dan (g) anda boleh membuat pilihan kepada lebih
dari satu acara dengan cara hold kekunci Shift dan diikuti dengan klik tetikus atau
menekan kekunci Arrow Key Bawah.

Más contenido relacionado

Destacado

Περιβαλλοντική Εκπαίδευση και Εκπαίδευση για Βιώσιµη (Αειφόρο) Ανάπτυξη: ∆ιερ...
Περιβαλλοντική Εκπαίδευση και Εκπαίδευση για Βιώσιµη (Αειφόρο) Ανάπτυξη: ∆ιερ...Περιβαλλοντική Εκπαίδευση και Εκπαίδευση για Βιώσιµη (Αειφόρο) Ανάπτυξη: ∆ιερ...
Περιβαλλοντική Εκπαίδευση και Εκπαίδευση για Βιώσιµη (Αειφόρο) Ανάπτυξη: ∆ιερ...George Markatatos
 
Πρασινίζω το σχολείο
Πρασινίζω το σχολείοΠρασινίζω το σχολείο
Πρασινίζω το σχολείοGeorge Markatatos
 
International ethics standards board for accountants
International ethics standards board for accountantsInternational ethics standards board for accountants
International ethics standards board for accountantsapep_jafar
 
HPU Flipped Classroom: Creating Your Own Content
HPU Flipped Classroom: Creating Your Own ContentHPU Flipped Classroom: Creating Your Own Content
HPU Flipped Classroom: Creating Your Own Contentsamharlow
 
Using Automation To Free Up Staff Time
Using Automation To Free Up Staff TimeUsing Automation To Free Up Staff Time
Using Automation To Free Up Staff TimeRezdy
 
How To Build A Successful Relationship With Your Agents [Rezdy Academy Webinar]
How To Build A Successful Relationship With Your Agents [Rezdy Academy Webinar]How To Build A Successful Relationship With Your Agents [Rezdy Academy Webinar]
How To Build A Successful Relationship With Your Agents [Rezdy Academy Webinar]Rezdy
 
Pivot tableinfo
Pivot tableinfoPivot tableinfo
Pivot tableinfoKA25EE855
 
Γιατί είναι σημαντικό να διδάσκεται η πνευματική ιδιοκτησία στα σχολεία;
Γιατί είναι σημαντικό να διδάσκεται η πνευματική ιδιοκτησία στα σχολεία;Γιατί είναι σημαντικό να διδάσκεται η πνευματική ιδιοκτησία στα σχολεία;
Γιατί είναι σημαντικό να διδάσκεται η πνευματική ιδιοκτησία στα σχολεία;George Markatatos
 
eLearning slideshow
eLearning slideshoweLearning slideshow
eLearning slideshowJill Marak
 
Cisco ECATS - Plymouth Uni Presentation Oct 2013
Cisco ECATS - Plymouth Uni Presentation Oct 2013Cisco ECATS - Plymouth Uni Presentation Oct 2013
Cisco ECATS - Plymouth Uni Presentation Oct 2013Aaron Trout
 
Model Release Forms
Model Release FormsModel Release Forms
Model Release FormsHenry Tait
 
Основные ошибки при работе с контекстной рекламой
Основные ошибки при работе с контекстной рекламойОсновные ошибки при работе с контекстной рекламой
Основные ошибки при работе с контекстной рекламойR-брокер
 
R брокер приемущества
R брокер приемуществаR брокер приемущества
R брокер приемуществаR-брокер
 
Καλύτερο διαδίκτυο για παιδιά
Καλύτερο διαδίκτυο για παιδιάΚαλύτερο διαδίκτυο για παιδιά
Καλύτερο διαδίκτυο για παιδιάGeorge Markatatos
 
Ενημερωτική συνάντηση για τη Γιορτή Μαθητικής Δημιουργίας 2016
Ενημερωτική συνάντηση για τη Γιορτή Μαθητικής Δημιουργίας 2016Ενημερωτική συνάντηση για τη Γιορτή Μαθητικής Δημιουργίας 2016
Ενημερωτική συνάντηση για τη Γιορτή Μαθητικής Δημιουργίας 2016George Markatatos
 

Destacado (17)

Περιβαλλοντική Εκπαίδευση και Εκπαίδευση για Βιώσιµη (Αειφόρο) Ανάπτυξη: ∆ιερ...
Περιβαλλοντική Εκπαίδευση και Εκπαίδευση για Βιώσιµη (Αειφόρο) Ανάπτυξη: ∆ιερ...Περιβαλλοντική Εκπαίδευση και Εκπαίδευση για Βιώσιµη (Αειφόρο) Ανάπτυξη: ∆ιερ...
Περιβαλλοντική Εκπαίδευση και Εκπαίδευση για Βιώσιµη (Αειφόρο) Ανάπτυξη: ∆ιερ...
 
Πρασινίζω το σχολείο
Πρασινίζω το σχολείοΠρασινίζω το σχολείο
Πρασινίζω το σχολείο
 
International ethics standards board for accountants
International ethics standards board for accountantsInternational ethics standards board for accountants
International ethics standards board for accountants
 
HPU Flipped Classroom: Creating Your Own Content
HPU Flipped Classroom: Creating Your Own ContentHPU Flipped Classroom: Creating Your Own Content
HPU Flipped Classroom: Creating Your Own Content
 
Tarea 2a unidad
Tarea 2a unidadTarea 2a unidad
Tarea 2a unidad
 
Using Automation To Free Up Staff Time
Using Automation To Free Up Staff TimeUsing Automation To Free Up Staff Time
Using Automation To Free Up Staff Time
 
How To Build A Successful Relationship With Your Agents [Rezdy Academy Webinar]
How To Build A Successful Relationship With Your Agents [Rezdy Academy Webinar]How To Build A Successful Relationship With Your Agents [Rezdy Academy Webinar]
How To Build A Successful Relationship With Your Agents [Rezdy Academy Webinar]
 
Pivot tableinfo
Pivot tableinfoPivot tableinfo
Pivot tableinfo
 
Γιατί είναι σημαντικό να διδάσκεται η πνευματική ιδιοκτησία στα σχολεία;
Γιατί είναι σημαντικό να διδάσκεται η πνευματική ιδιοκτησία στα σχολεία;Γιατί είναι σημαντικό να διδάσκεται η πνευματική ιδιοκτησία στα σχολεία;
Γιατί είναι σημαντικό να διδάσκεται η πνευματική ιδιοκτησία στα σχολεία;
 
eLearning slideshow
eLearning slideshoweLearning slideshow
eLearning slideshow
 
Cisco ECATS - Plymouth Uni Presentation Oct 2013
Cisco ECATS - Plymouth Uni Presentation Oct 2013Cisco ECATS - Plymouth Uni Presentation Oct 2013
Cisco ECATS - Plymouth Uni Presentation Oct 2013
 
Model Release Forms
Model Release FormsModel Release Forms
Model Release Forms
 
Основные ошибки при работе с контекстной рекламой
Основные ошибки при работе с контекстной рекламойОсновные ошибки при работе с контекстной рекламой
Основные ошибки при работе с контекстной рекламой
 
R брокер приемущества
R брокер приемуществаR брокер приемущества
R брокер приемущества
 
Καλύτερο διαδίκτυο για παιδιά
Καλύτερο διαδίκτυο για παιδιάΚαλύτερο διαδίκτυο για παιδιά
Καλύτερο διαδίκτυο για παιδιά
 
Ενημερωτική συνάντηση για τη Γιορτή Μαθητικής Δημιουργίας 2016
Ενημερωτική συνάντηση για τη Γιορτή Μαθητικής Δημιουργίας 2016Ενημερωτική συνάντηση για τη Γιορτή Μαθητικής Δημιουργίας 2016
Ενημερωτική συνάντηση για τη Γιορτή Μαθητικής Δημιουργίας 2016
 
υπερ κομποστ.
υπερ κομποστ.υπερ κομποστ.
υπερ κομποστ.
 

Similar a Manual sistemkejohanan

Spesifikasi kebutuhan pengembangan sistem aplikasi pemesanan tiket pesawat on...
Spesifikasi kebutuhan pengembangan sistem aplikasi pemesanan tiket pesawat on...Spesifikasi kebutuhan pengembangan sistem aplikasi pemesanan tiket pesawat on...
Spesifikasi kebutuhan pengembangan sistem aplikasi pemesanan tiket pesawat on...James Montolalu
 
Sistem Pendaftaran Lomba Inivasi Digital
Sistem Pendaftaran Lomba Inivasi DigitalSistem Pendaftaran Lomba Inivasi Digital
Sistem Pendaftaran Lomba Inivasi DigitalKEMAHASISWAANINABA
 
Manual instalasi aplikasi_dapok_2012_untuk_smk
Manual instalasi aplikasi_dapok_2012_untuk_smkManual instalasi aplikasi_dapok_2012_untuk_smk
Manual instalasi aplikasi_dapok_2012_untuk_smkYang Terluka
 
Proposal SIM RS Software Rekam Medis RS Software RSIA Software Klinik
Proposal SIM RS Software Rekam Medis RS Software RSIA Software KlinikProposal SIM RS Software Rekam Medis RS Software RSIA Software Klinik
Proposal SIM RS Software Rekam Medis RS Software RSIA Software KlinikHanung Anggo Yudanto
 
Sistem informasi-siklus hidup sistem
Sistem informasi-siklus hidup sistemSistem informasi-siklus hidup sistem
Sistem informasi-siklus hidup sistemNahot Frastian, M.Kom
 
Sistem informasi-siklus hidup sistem
Sistem informasi-siklus hidup sistemSistem informasi-siklus hidup sistem
Sistem informasi-siklus hidup sistemNahot Frastian, M.Kom
 
Ary prasetyo,hapzi ali, si bonus penjualan, ut upbjj batam, 2017
Ary prasetyo,hapzi ali, si bonus penjualan, ut upbjj batam, 2017Ary prasetyo,hapzi ali, si bonus penjualan, ut upbjj batam, 2017
Ary prasetyo,hapzi ali, si bonus penjualan, ut upbjj batam, 2017Ary Prasetyo
 
PPT SOP MANAGEMEN PERTANDINGAN OLAH RAGA
PPT SOP MANAGEMEN PERTANDINGAN OLAH RAGAPPT SOP MANAGEMEN PERTANDINGAN OLAH RAGA
PPT SOP MANAGEMEN PERTANDINGAN OLAH RAGAstefanmarg
 
Tutorial membuat program dari C++
Tutorial membuat program dari C++Tutorial membuat program dari C++
Tutorial membuat program dari C++Rachman B. Prasetyo
 
Panduan penggunaan aplikasi_monev_level_satker
Panduan penggunaan aplikasi_monev_level_satkerPanduan penggunaan aplikasi_monev_level_satker
Panduan penggunaan aplikasi_monev_level_satkerYuspiardi ardy
 
manual_renbut_puskesmas paluta.pptx
manual_renbut_puskesmas paluta.pptxmanual_renbut_puskesmas paluta.pptx
manual_renbut_puskesmas paluta.pptxDinasKesehatanPadang
 
Software zsoft
Software zsoftSoftware zsoft
Software zsoftAdiRusito1
 

Similar a Manual sistemkejohanan (20)

Manual
ManualManual
Manual
 
tutorial Er mapper
tutorial Er mappertutorial Er mapper
tutorial Er mapper
 
Pos professional 2.0
Pos professional 2.0Pos professional 2.0
Pos professional 2.0
 
Chapter iii v
Chapter iii vChapter iii v
Chapter iii v
 
Petunjuk registrasi kta pgri
Petunjuk registrasi kta pgriPetunjuk registrasi kta pgri
Petunjuk registrasi kta pgri
 
Spesifikasi kebutuhan pengembangan sistem aplikasi pemesanan tiket pesawat on...
Spesifikasi kebutuhan pengembangan sistem aplikasi pemesanan tiket pesawat on...Spesifikasi kebutuhan pengembangan sistem aplikasi pemesanan tiket pesawat on...
Spesifikasi kebutuhan pengembangan sistem aplikasi pemesanan tiket pesawat on...
 
Sistem Pendaftaran Lomba Inivasi Digital
Sistem Pendaftaran Lomba Inivasi DigitalSistem Pendaftaran Lomba Inivasi Digital
Sistem Pendaftaran Lomba Inivasi Digital
 
Query
QueryQuery
Query
 
Manual instalasi aplikasi_dapok_2012_untuk_smk
Manual instalasi aplikasi_dapok_2012_untuk_smkManual instalasi aplikasi_dapok_2012_untuk_smk
Manual instalasi aplikasi_dapok_2012_untuk_smk
 
User manual hrm v2.0
User manual hrm v2.0User manual hrm v2.0
User manual hrm v2.0
 
Proposal SIM RS Software Rekam Medis RS Software RSIA Software Klinik
Proposal SIM RS Software Rekam Medis RS Software RSIA Software KlinikProposal SIM RS Software Rekam Medis RS Software RSIA Software Klinik
Proposal SIM RS Software Rekam Medis RS Software RSIA Software Klinik
 
Sistem informasi-siklus hidup sistem
Sistem informasi-siklus hidup sistemSistem informasi-siklus hidup sistem
Sistem informasi-siklus hidup sistem
 
Sistem informasi-siklus hidup sistem
Sistem informasi-siklus hidup sistemSistem informasi-siklus hidup sistem
Sistem informasi-siklus hidup sistem
 
Ary prasetyo,hapzi ali, si bonus penjualan, ut upbjj batam, 2017
Ary prasetyo,hapzi ali, si bonus penjualan, ut upbjj batam, 2017Ary prasetyo,hapzi ali, si bonus penjualan, ut upbjj batam, 2017
Ary prasetyo,hapzi ali, si bonus penjualan, ut upbjj batam, 2017
 
PPT SOP MANAGEMEN PERTANDINGAN OLAH RAGA
PPT SOP MANAGEMEN PERTANDINGAN OLAH RAGAPPT SOP MANAGEMEN PERTANDINGAN OLAH RAGA
PPT SOP MANAGEMEN PERTANDINGAN OLAH RAGA
 
Pacs [t view] user-guide
Pacs [t view] user-guidePacs [t view] user-guide
Pacs [t view] user-guide
 
Tutorial membuat program dari C++
Tutorial membuat program dari C++Tutorial membuat program dari C++
Tutorial membuat program dari C++
 
Panduan penggunaan aplikasi_monev_level_satker
Panduan penggunaan aplikasi_monev_level_satkerPanduan penggunaan aplikasi_monev_level_satker
Panduan penggunaan aplikasi_monev_level_satker
 
manual_renbut_puskesmas paluta.pptx
manual_renbut_puskesmas paluta.pptxmanual_renbut_puskesmas paluta.pptx
manual_renbut_puskesmas paluta.pptx
 
Software zsoft
Software zsoftSoftware zsoft
Software zsoft
 

Manual sistemkejohanan

  • 1. Manual Sistem Pengendalian Kejohanan Sistem pengendalian kejohanan olahraga ini dibangunkan menggunakan Microsoft Access. Oleh itu aplikasi Microsoft Access perlulah terdapat di dalam komputer yang hendak digunakan. Gunakan Microsoft Access XP atau 2003 sahaja. Sebelum memulakan sistem ini, fail aplikasi ini hendaklah di salin ke dalam cakera keras kerana sistem ini tidak boleh dimulakan dari cakera padat (CD). Selepas disalin ke dalam cakera keras, atribut bagi fail tersebut hendaklah disetkan kepada mod archive (fail yang disalin dari cakera padat akan mempunyai atribut read-only dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan kepadanya). Selepas dimulakan aplikasi ini, skrin permulaan yang dipaparkan adalah seperti berikut: Penggunaan system ini adalah berdasarkan kepada menu yang terdapat di bahagian atas program. Menu yang terdapat dalam system ini termasuklah Fail, Maklumat, Acara, Keputusan dan Cetakan.
  • 2. 1. Menu Fail Menu ini mempunyai 5 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut: a) Pilihan Import. Pilihan ini adalah untuk mengimport data dari disket pendaftaran yang dihantar oleh pasukan yang bertanding. Hanya data dari pasukan yang belum diimport sahaja yang boleh melalui proses ini. Jika data pasukan yang hendak diimport sudah berada di dalam sistem, anda akan diberi pilihan untuk mengekalkan data yang lama atau untuk overwrite data yang lama dan digantikan dengan data yang baru. b) Pilihan Backup Pilihan ini adalah untuk membuat salinan data (backup data) supaya data tersebut boleh di ambil (restore) semula jika dikehendaki. Anda dinasihatkan supaya menyimpan data salinan ini ke dalam satu folder yang baru. Buat pilihan dibahagian ini Taipkan nama folder di sini
  • 3. Klik butang OK apabila anda telah selesai membuat arahan tersebut. Data tersebut akan disimpan dalam folder yang berkenaan. c) Pilihan Restore Pilihan ini adalah untuk menyalin data salinan (backup data) yang telah dibuat dalam langkah di atas ke dalam sistem. Arahan ini akan menyebabkan semua data yang berada di dalam sistem digantikan dengan data salinan tersebut. Pilih folder backup di bahagian ini Anda perlu memilih folder yang mempunyai data salinan dan klik butang OK untuk melaksanakan arahan ini. d) Pilihan Bersih Data Pilihan ini adalah untuk membersihkan data yang berada dalam pangkalan data. Semua data di dalam pangkalan data ini akan dibersihkan, kecuali data mengenai rekod kejohanan yang akan dikekalkan. e) Pilihan Tamat Aplikasi Pilihan ini adalah untuk keluar dari aplikasi ini
  • 4. 2. Menu Maklumat Menu ini mempunyai 7 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut: a) Pilihan Kejohanan Pilihan ini adalam untuk memasukkan maklumat asas berkenaan kejohanan olahraga yang dijalankan. Maklumat asas berkenaan kejohanan ini boleh diisikan di 3 bahagian yang atas (MSSD, TAHUN, KALI KE -). Maklumat ini hanya akan dipaparkan di skrin permulaan sebagai pengenalan sistem. Maklumat lain berkaitan dengan kejohanan diisi ke dalam tiga ruangan yang berikutnya (NAMA KEJOHANAN, TEMPAT, TARIKH). Maklumat ini akan menjadi header bagi setiap cetakan yang akan dibuat menggunakan sistem ini.
  • 5. Ruangan GAMBAR1 dan GAMBAR2 pula adalah untuk meletakkan logo penganjur atau logo kejohanan. Kedua-dua logo ini akan diletakkan di skrin permulaan dan bagi cetakan pula, ia akan diletakkan di bahagian kiri dan kanan header. Untuk mengedit atau memasukkan gambar, klik butang kanan tetikus dan anda perlu memilih Bitmap Image Object, Open. Komputer anda akan memulakan program Paint (secara default). Setelah selesai membuat perubahan pada imej menggunakan program Paint, pilih Exit & Return to MAKLUMAT KEJOHANAN. Gambar atau imej logo anda akan dikemaskini. Pada maklumat pengambilan masa, anda perlu memasukkan bilangan titik perpuluhan yang akan digunakan dalam kejohanan ini. Pada kebiasaannya, masa yang menggunakan catatan tangan adalah tepat kepada 1 titik perpuluhan. Walau bagaimanapun, terdapat kejohanan yang menggunakan 2 titik perpuluhan untuk peringkat saringan atau separuh akhir. b) Pilihan Pasukan Pilihan ini adalah untuk memaparkan maklumat mengenai pasukan-pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini. Hanya pasukan yang telah diimport maklumatnya sahaja yang akan dipaparkan. c) Pilihan Peserta Pilihan ini adalah untuk memaparkan maklumat yang berkaitan dengan peserta yang bertanding. Paparannya adalah seperti berikut:
  • 6. Maklumat yang berkaitan dengan peserta seperti nama, no kad pengenalan atau no sijil kelahiran, tarikh lahir dan sekolah boleh ditukarkan secara terus. Anda boleh bergerak dari satu rekod ke satu rekod dengan menggunakan kekunci PageDown dan PageUp. Untuk perubahan acara yang diambil oleh peserta berkenaan, anda boleh mennggunakan butang Tambah yang terdapat di bahagian bawah dan memilihan acara yang dikehendaki dan seterusnya klik butang OK. Untuk membuang acara yang telah didaftarkan oleh peserta, klik diruangan acara berkenaan dipaparkan dan diikuti dengan klik butang Mansuh. Anda akan diminta untuk membuat pengesan untuk memansuhkan acara tersebut. Namun begitu, arahan ini hanya boleh dilakukan sebelum penyusunan peserta dilakukan. Arahan lain yang boleh dilaksanakan adalah untuk menambah peserta baru. Klik butang Tambah di sebelah atas dan akan dipaparkan dengan paparan seperti berikut: Anda perlu memasukkan semua maklumat di atas dan menekan butang Proses. Seterusnya jika hendak menambah acara peserta baru tersebut, boleh gunakan arahan seperti yang telah diterangkan tadi. Untuk membuang peserta yang berdaftar pula, anda boleh menekan butang Buang. Seperti juga mengubah acara, arahan ini hanya boleh dilaksanakan sebelum susunan peserta dibuat. Terdapat juga bantuan untuk membuat carian peserta dengan menggunakan nombor peserta. Anda perlu memilih Jantina dan Kelas yang dikehendaki terlebih dahulu dan diikuti dengan klik butang Carian. Paparan maklumat peserta akan menunjukkan peserta yang dicari jika nombor yang berkenaan terdapat di dalam pangkalan data. Jika tiada, paparan asal akan dikekalkan.
  • 7. d) Pilihan Rekod Pilihan ini adalah untuk menyimpan rekod kejohanan dan rekod bagi peringkat kejohanan yang di atasnya. Paparan rekod adalah seperti berikut: Perkara yang penting disini adalah untuk memasukkan maklumat REKOD 1 dan REKOD 2 mengikut format yang betul. REKOD 1 adalah dalam bentuk nombor. Untuk acara yang unitnya saat, meter dan mata, bolehlah dimasukkan terus rekodnya. Untuk acara yang unitnya minit (balapan jarak 800 M dan ke atas), catatannya hendaklah ditukarkan kedalam saat. Untuk REKOD 2, ikut format seperti yang dipaparkan. Anda boleh menambah rekod jika terdapat 2 orang yang memegang rekod dalam acara yang sama. e) Pilihan Tafsiran Rekod Pilihan ini adalah untuk menamakan jenis rekod yang terdapat dalam kejohanan ini. Untuk kejohanan peringkat yang berbeza tafsirannya adalah berbeza. Jadual dbawah menunjukkan tafsiran yang boleh diberikan untuk kejohanan yang dilangsungkan pada peringkat tertentu. BIL 1 2 3 Kejohanan Sekolah REKOD SEKOLAH REKOD MSSD REKOD MSSJ Kejohanan Daerah REKOD MSSD REKOD MSSJ REKOD MSSM Kejohanan Negeri REKOD MSSJ REKOD MSSM REKOD ASEAN Rajah di bawah menunjukkan contoh kejohanan yang dilangsungkan diperingkat daerah.
  • 8. f) Pilihan Mata (Kebanyakan maklumat dalam pilihan ini adalah tetap dan tidak perlukan perubahan) Pilihan ini adalah untuk menentukan pungutan mata yang dipungut berdasarkan kedudukan peserta pada peringkat akhir. Pungutan mata perlu dimasukkan untuk acara (I)ndividu dan acara (P)asukan (relay). Jika terdapat acara lain yang berbeza pungutan matanya (biasanya heptathlon dan pentathlon) letakkan dibahagian (L)ain-lain dan mengisi kod acara berkenaan. Namum begitu, terdapat kejohanan olahraga yang tidak lagi menggunakan pungutan mata dalam perlaksanaannya, hanya menggunakan pungutan pingat emas, perak dan gangsa sahaja. Untuk hal yang sedemikian, anda masih perlu meletakkan mata bagi kedudukan 1, 2 dan 3 kerana tanpa mata, tiada pungutan pingat akan dilakukan. Hal ini tidak akan menjadi masalah kepada perjalanan kejohanan kerana anda masih boleh melihat keputusan keseluruhan kejohanan samada berdasarkan pungutan mata atau pingat. g) Pilihan Kelas Umur (Kebanyakan maklumat dalam pilihan ini adalah tetap dan tidak perlukan perubahan) Pilihan ini adalah maklumat berkaitan dengan peringkat umur yang terdapat dalam kejohanan ini. Terdapat beberapa maklumat yang penting disini yang perlu diambil perhatian, antaranya ialah ACARA TERBUKA dan MATA DIKIRA. Dalam bahagian ACARA TERBUKA, tandakan pada bahagian dimana kelas umur tersebut boleh mengambil acara terbuka. Untuk bahagian MATA DIKIRA, tandakan pada peringkat kelas umur yang akan dikira mata/pingat sebagai penentu pemenang
  • 9. kejohanan. Ini boleh dipilih kerana terdapat kejohanan yang tidak mengambil kira peringkat umur bawah 20 dalam menentukan pemenang kejohanan. 3 Menu Acara Menu ini mempunyai 7 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut: a) Pilihan Maklumat Acara (Kebanyakan maklumat dalam pilihan ini adalah tetap dan tidak perlukan perubahan) Pilihan ini akan memaparkan maklumat acara yang terdapat dalam kejohanan olahraga.Ini adalah maklumat asas bagi semua acara olahraga dan kebanyakan maklumat ini tidak perlu diubah. b) Pilihan Acara Kejohanan Pilihan ini adalah untuk menyenarkan semua acara yang berlangsung dalam kejohanan olahraga yang akan dilangsungkan. Semua acara akan mempunyai peringkat umur dan jantina yang akan dilangsungkan. Contoh di bawah menunjukkan acara 800 meter yang dipertandingkan untuk kategori lelaki 18, perempuan 18, lelaki 15 dan perempuan 15.
  • 10. Anda boleh menambah kategori umur yang hendak dipertandingkan untuk sesuatu acara dengan menekan butang Tambah. Pilih kategori umur yang hendak ditambah dan klik butang OK. Jika hendak membuang kategori umur yang telah dimasukkan, klik tetikus pada peringkat umur tersebut dan klik butang Mansuh. Anda akan diminta untuk membuat pengesahan untuk membuang acara tersebut. Kemudian, kategori yang dipilih akan dimansuhkan. c) Pilihan Nombor Acara Pilihan ini akan digunakan untuk memasukkan nombor acara kejohanan mengikut peringkat samada saringan, separuh akhir atau akhir. Maklumat mengenai tarikh acara tersebut akan dilangsungkan juga akan dimasukkan. Sebarang perubahan pada maklumat nombor dan tarikh acara hendaklah dilakukan di ruang yang disediakan seperti ditunjukkan di bawah. Bahagian untuk mengubah tarikh Bahagian untuk mengubah nombor acara Pada pilihan ini anda boleh membuat perubahan pada nombor acara dengan menggunakan butang Tambah dan Mansuh seperti di bawah. Jika anda klik butang Tambah, anda akan diminta memilih peringkat umur acara yang hendak ditambah beserta peringkatnya dan diikuti dengan klik butang OK. Paparan untuk menambah acara adalah seperti di bawah.
  • 11. Jika anda ingin membuang acara yang telah terdapat dalam nombor acara, klik pada baris acara berkenaan dan klik butang Mansuh. d) Pilihan Susun Acara (Auto) Pilihan ini akan melaksanakan susunan acara secara automatik yang akan digunakan semasa kejohanan. Paparannya adalah seperti berikut: Terdapat beberapa maklumat yang perlu ditetapkan sebelum sesuatu acara tersebut disusun. • Acara : Anda perlu memilih acara yang hendak disusun. Acara yang tersenarai adalah seperti dalam perkara (b). • Peringkat : Anda perlu memilih peringkat yang hendak disusun (Akhir, Separuh Akhir, Saringan).
  • 12. • Ikut Lorong : Anda perlu menentukan samada acara tersebut memerlukan peserta berlari mengikut lorong atau tidak. • BilLorong : Untuk acara yang mengikut lorong, anda perlu memasukkan bilangan lorong yang boleh digunakan. (secara lalainya adalah 8) Setelah semua pilihan tersebut ditetapkan, klik butang SUSUN untuk melaksanakan proses susunan peserta. e) Pilihan Susun Acara (Ubah) Pilihan ini adalah untuk mengubah susunan peserta yang telah dibuat dalam perkara (d). Proses perubahan yang dilakukan adalah secara manual. Klik pada acara yang hendak diubah dan diikuti dengan klik butang SUSUN. Anda akan dipaparkan dengan susunan peserta yang telah disusun seperti berikut : Terdapat 3 pilihan untuk mengubah peserta iaitu Insert, Delete dan Tukar yang terletak disebelah kanan atas. • Insert : Pilihan ini adalah untuk menambah peserta dalam acara berkenaan. Anda akan diminta memasukkan peserta yang berkenaan dan diikuti dengan klik butang OK. Untuk acara yang mengikut lorong dan peringkat separuh akhir, anda akan diminta untuk memasukkan lorong dan nombor separuh akhir peserta yang berkenaan. • Delete : Pilihan ini adalah untuk membuang peserta yang telah disusun. Anda dikehendaki memilih peserta yang berkenaan dan klik butang OK.
  • 13. • Tukar : Pilihan ini adalah untuk menukar peserta yang telah disusun dengan peserta lain. Anda dikehendaki memilih peserta yang hendak dikeluarkan dan yang hendak dimasukkan dan diikuti dengan klik butang OK. Untuk pilihan ini anda juga boleh membuang susunan peserta yang telah dibuat. Klik pada susunan acara yang hendak dibuang dan klik butang PADAM. f) Pilihan Senarai Relay Pilihan ini adalah untuk memaparkan senarai peserta relay yang didaftarkan oleh pasukan yang bertanding. Anda boleh menambah dan membuang peserta jika diperlukan. g) Pilihan Statistik Peserta Pilihan ini adalah untuk memaparkan bilangan peserta yang didaftarkan dalam semua acara yang dipertandingkan. Pilihan ini adalah penting untuk tujuan penyemakan. 4 Menu Keputusan Menu ini mempunyai 4 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut: a) Pilihan Masuk Keputusan Pilihan ini adalah untuk memasukkan keputusan acara yang telah dipertandingkan samada pada peringkat Separuh Akhir atau Akhir. Anda akan diminta untuk memilih acara yang hendak dimasukkan keputusannya terlebih dahulu seperti yang dipaparkan di bawah:
  • 14. Setelah memilih acara yang hendak dimasukkan keputusannya, klik butang MASUK dan anda akana dipaparkan dengan paparan untuk memasukkan keputusan. Kaedah yang digunakan untuk memasukkan keputusan ialah dengan memasukkan keputusan berdasarkan kedudukan peserta dalam acara tersebut dan bukannya mengikut susunan peserta. Contoh keputusan yang telah dimasukkan adalah seperti berikut: Kemasukan keputusan ini boleh dimasukkan hanya setakat yang dikehendaki sahaja. Pengisian penuh keputusan sehingga semua peserta adalah terpulang kepada masing-masing. Setelah keputusan acara tersebut dimasukkan, klik butang Proses untuk memasukkan mata atau pingat kedalam pasukan dan peringkat umur masing-masing. Untuk acara yang melibatkan peringkat Saringan atau Separuh Akhir, pemilihan peserta yang layak ke peringkat
  • 15. seterusnya perlu dilakukan secara manual. Paparan kemasukan keputusan untuk peringkat tersebut akan melibatkan satu item baru iaitu LAYAK(untuk peserta yang layak) seperti di bawah: Untuk acara lompat tinggi, jika terdapat kedudukan seri bagi kedudukan kedua atau seterusnya, maklumat tersebut hendaklah dimasukkan sebelum keputusan dimasukkan. Satu paparan tambahan akan meminta anda untuk memasukkan bilangan peserta yang mengalami keputusan seri dari tempat kedua hingga ke-8.
  • 16. Setelah maklumat tersebut lengkap diisi,klik butang Terima dan masukkan keputusan seperti biasa. b) Pilihan Edit Keputusan Pilihan ini untuk mengedit keputusan acara yang telah dimasukkan. Anda perlu memilih terlebih dahulu acara yang hendak diedit. Paparan untuk menedit keputusan adalah sama seperti memasukkan keputusan. Anda hanya perlu menukar keputusan yang berkaitan sahaja dan diikuti dengan klik butang Proses. (Peringatan : Untuk acara lompat tinggi yang melibatkan perkongsian mata/pingat, Operasi edit ini tidak boleh digunakan. Anda perlu memansuh keputusan dan memasukkan keputusan yang baru) c) Pilihan Batal Keputusan Pilihan ini untuk membatalkan keputusan acara yang telah dimasukkan. Anda perlu memilih terlebih dahulu acara yang hendak dimansuhkan dan diikuti dengan klik butang Mansuh. d) Pilihan Peserta Terbaik Pilihan ini adalah untuk memaparkan senarai peserta yang layak dipertimbangkan sebagai peserta terbaik kejohanan mengikut peringkat umur.
  • 17. 5. Menu Cetakan Menu ini mempunyai 8 pilihan apabila diaktifkan seperti berikut: a) Pilihan Borang Pilihan ini adalah untuk mencetak borang-borang pertandingan. Pilihan yang ada adalah samada untuk mencetak borang Pengelola Peserta atau Borang Keputusan Rasmi. Terdapat dua butang untuk mencetak dan penerangannya aalah seperti berikut: Untuk memapar borang sebelum dicetak. b) Terus mencetak borang Pilihan Susunan Peserta Pilihan ini adalah untuk mencetak susunan peserta yang telah dibuat susunannya. Anda boleh memilih samada untuk mencetak mengikut nombor acara atau kelas peserta. Disamping itu muka surat juga boleh diletakkan pada halaman yang hendak dicetak. c) Pilihan Keputusan Acara Pilihan ini adalah untuk mencetak keputusan acara yang telah dimasukkan dan diproses. Sama seperti di atas, anda boleh memilih samada untuk mencetak mengikut nombor acara atau kelas peserta dan mencetak muka surat jika dikehendaki. d) Pilihan Acara Multi-Event Pilihan ini adalah untuk mencetak ringkasan pungutanmata bagi acara multi-event (heptathlon dan pentathlon) yang telah dimasukkan dan diproses. e) Pilihan Mata
  • 18. Pilihan ini adalah untuk mencetak pungutan mata keseluruhan setakat mana keputusan akhir dimasukkan. Anda mempunyai tiga pilihan iaitu: • • Sekolah Menengah : Untuk mencetak peringkat umur bagi sekolah menengah. • f) Campuran : Untuk mencetak semua peringkat umur. Sekolah Menengah : Untuk mencetak peringkat umur bagi sekolah rendah. Pilihan Pingat Pilihan ini adalah sama seperti bahagian (e) kecuali susunan adalah mengikut pingat. g) Pilihan Hadiah dan Sijil Pilihan ini adalah untuk mencetak Borang Pengelola Pemenang untuk tujuan penyampaian hadiah. h) Pilihan Pendaftaran Pilihan ini adalah untuk mencetak senarai peserta yang telah didaftarkan. Nota : Untuk perkara (a),(b), (c) dan (g) anda boleh membuat pilihan kepada lebih dari satu acara dengan cara hold kekunci Shift dan diikuti dengan klik tetikus atau menekan kekunci Arrow Key Bawah.