SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 21
PENGAWALAN                                                       Asas Pengurusan




                                   PENGAWALAN




Objektif Pembelajaran :      Mengaitkan fungsi kawalan dengan fungsi-fungsi
                   pengurusan yang lain.




Hasil Pembelajaran : Di akhir unit ini ,pelajar dapat:


   •   Mendefinisikan kawalan.
   •   Mengenalpasti keperluan terhadap pengawalan.
   •   Mengaitkan fungsi kawalan dan perancangan.
   •   Mengenalpasti langkah-langkah dan teknik-teknik pengawalan.
PENGAWALAN                                                           Asas Pengurusan




                                PENGAWALAN




10.0 Pengenalan


Daripada unit-unit sebelum ini kita telah mempelajari beberapa fungsi di dalam
pengurusan dan fungsi terakhir adalah pengawalan. Fungsi inilah yang kita akan
pelajari sekarang. Pengawalan adalah amat penting bagi sesebuah organisasi
dalam menjayakan strategi perancangan mereka ke arah mencapai matlamat
yang telah ditetapkan.


10.1 Definisi
Terdapat beberapa definisi yang telah dikenal pasti, di antaranya:


a) Pengawalan ini boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana pengurus
    memastikan aktiviti yang sebenar ( yang dijalankan) sama sepertimana yang
    telah dirancangkan dan mengambil tindakan pembetulan bagi memperbaiki
    kesilapan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.


b) Mengikut Robert J Mockler ( 1972 ) kawalan pengurusan adalah suatu
    usaha yang sistematik untuk menetapkan piawai-piawai prestasi agar selari
    dengan rancangan matlamat, untuk mereka bentuk sistem Maklum balas.
PENGAWALAN                                                          Asas Pengurusan


10.2 Keperluan Pengawalan


Terdapat empat sebab kenapa pengawalan perlu dilakukan di dalam sesebuah
organisasi.


a)      Perubahan dalaman dan luaran organisasi.
     Organisasi sentiasa berubah di sebabkan oleh perubahan-perubahan yang
     berlaku dipersekitaran luaran. Kos pembuatan dan buruh sentiasa berubah,
     pasaran kerap berubah, citarasa pengguna berubah, barang baru sentiasa
     muncul yang menyebabkan pengurus mesti peka terhadap perubahan-
     perubahan tersebut. Pengurus dan kakitangan sentiasa bertukar, peraturan
     baru dikeluarkan dan pelbagai perubahan lagi yang berlaku dalam organisasi
     memerlukan pengurus sentiasa mengawasi perubahan-perubahan tersebut.


b) Kekusutan
     Semakin besar dan berkembang organisasi tersebut akan menyebabkan
     kakitangan semakin ramai dan kerja-kerja akan bertambah. Ini akan
     meyukarkan tugas pengurus dan memerlukan kawalan dilakukan supaya
     semua aktiviti berjalan dengan lancar dan tiada pertindihan tugas berlaku.
     Faktor pemencaran juga memerlukan kawalan dilakukan supaya tidak
     berlakunya penyalahgunaan kuasa.


c) Kesilapan
     Semua manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Disebabkan oleh
     kelemahan yang ada pada setiap manusia maka pengurus tidak boleh
     mengandaikan semua pekerja tidak akan melakukan kesilapan. Dengan
     adanya kawalan pengurus dapat memperbaiki kesilapan yang mungkin
     dilakukan oleh pekerja dan kesilapan tersebut mestilah diperbaiki sebelum
     ianya menjadi bertambah besar dan tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.
PENGAWALAN                                                          Asas Pengurusan


d) Delegasi
   Meskipun pengurus mengagihkan kuasa dan tanggungjawabnya kepada
   pekerja tetapi ia tidak boleh lepas tangan kerana mereka masih lagi
   bertanggunggan ke atas setiap tugas         yang dilakukan oleh pekerja. Bagi
   memastikan setiap pekerja melaksanakan tugas yang telah diserahkan
   dengan sempurna maka pengurus perlu mengawasi tugas-tugas yang
   dilakukan supaya tidak lari daripada yang telah dirancangkan. Pengurus tidak
   akan dapat mengawasi pekerjanya tanpa adanya satu sistem pengawalan
   yang berkesan.


   Untuk melaksanakan sistem pengawalan yang berkesan pengurus perlu
   mengetahui tahap kawalan betul yang perlu dikenakan ke atas setiap pekerja.
   Tahap kawalan yang betul amat diperlukan kerana ia mempunyai kesan yang
   negatif apabila pengurus mengenakan kawalan yang terlalu ketat atau
   longgar.




             Kawalan Ketat                              Kawalan Longgar
1. Pekerja memberontak                               Pekerja  membuat   kerja
                                                    sambil lewa
2. Pekerja tertekan                                 Disiplin pekerja merosot
3. Produktiviti rendah                              Produkiviti rendah
4. Hubungan       antara     pekerja      dengan    Prestasi kerja merosot
   pengurus    rendah.      (tiada     komunikasi
   berlaku)
5. Berlaku gangguan emosi                           Kerugian atau    pembaziran
                                                    sumber
6. Prestasi kerja merosot                           Masalah-masalah sosial




10. 3 Hubungan Pengawalan dan Perancangan
PENGAWALAN                                                         Asas Pengurusan


Fokus utama setiap organisasi ialah mencapai objektif yang telah ditetapkan
dalam perancangan. Untuk memastikan objektif ini dicapai maka pengurus perlu
sentiasa mengawal aktiviti-aktiviti yang dilakukan supaya tidak menyimpang
daripada perancangan dan jika adanya penyimpangan atau kesilapan maka
ianya dapat diperbetulkan dengan segera dan ini dapat membantu pencapaian
objektif. Kawalan tidak dilakukan jika tiada perancangan kerana jika tiada
perancangan maka tiada objektif yang hendak dicapai.




10.4 Proses Pengawalan


Untuk menjayakan sesuatu pengawalan kita perlu mengikuti proses yang
ditetapkan. Terdapat 4 proses yang perlu dipelajari dan diikuti:




Langkah 1: Menetapkan piawaian atau standard


Piawaian merupakan tahap ukuran bagi sesuatu perkara yang ingin dikawal. Di
sini kita mesti tahu apakah standard yang perlu ditetapkan. Sebagai contoh
piawaian bagi markah lulus untuk setiap pelajar adalah 50%.


Sekiranya pencapaian pelajar adalah di bawah 50% maka prestasi pelajar
tersebut dianggapkan lemah.Terdapat beberapa cara untuk menetapkan
piawaian :-
   a) Berdasarkan pengalaman yang lepas.
   b) Atas budi bicara pengurus
   c) Berdasarkan rekod-rekod dari organisasi yang lain
   d) Berdasarkan kepada kelengkapan
   e) Berdasarkan kepada belanjawan (budget)


Terdapat beberapa faktor dalam menetapkan piawaian:
PENGAWALAN                                                             Asas Pengurusan




 a) Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
   Kalau standard yang ditetapkan adalah terlalu terlalu tinggi berkemungkinan
   semua pekerja tidak dapat        mencapainya. Manakala sekiranya piawaian
   yang ditetapkan terlalu rendah akan mencerminkan kualiti yang rendah atau
   tiada kualiti.


 b) Mestilah melambangkan kepada kualiti.
   Piawaian yang ditetapkan bukan sahaja dapat memperbanyakkan kuantiti
   tetapi juga dapat meningkatkan kualiti.


 c) Mestilah jelas atau diterima oleh setiap individu yang terlibat.
    Piawaian yang telah ditetapkan itu mestilah difahami oleh setiap pekerja
    dan mereka mengetahui apa yang sepatutnya mereka capai.


 d) Bergantung kepada objektif organisasi
    Sekiranya objektif organisasi berkehendakkan kualiti yang tinggi maka
    piawaian yan ditetapkan juga mestilah menekankan kepada peningkatan
    kualiti.




Langkah 2: Mengukur prestasi sebenar.


      Pengurus perlulah membuat pengukuran ke atas prestasi pekerja secara
      berterusan bagi memastikan tiada kesilapan yang dilakukan sepanjang
      aktiviti dijalankan.
      Contohnya mengukur prestasi pelajar melalui kuiz, ujian, tugasan dan
      projek secara berterusan daripada awal sehingga akhir semester.
PENGAWALAN                                                         Asas Pengurusan


 Langkah 3: Buat perbandingan antara prestasi dengan piawaian yang telah
 ditetapkan.


       Setelah mengetahui prestasi sebenar yang telah dicapai ianya harus
       dibandingkan dengan piawaian yang telah ditetapkan . Ini bertujuan untuk
       mengetahui samada prestasi yang ditunjukkan mencapai piawaian yang
       ditetapkan atau tidak. Jika telah mencapai piawaian maka bolehlah
       dikatakan organisasi itu adalah di bawah kawalan. Sekiranya tidak
       mungkin terdapat kesilapan yang perlu diperbetulkan.


       Contohnya, markah kerja kursus pelajar yang mendapatkan markah 35
       maka    prestasinya dikatakan cemerlang dan      melebihi piawaian, jika
       markah 25, prestasinya adalah memuaskan, dan mereka yang mendapat
       markah kurang dari 20, maka prestasinya di anggap lemah.
       Setelah membuat perbandingan, kita dapat tahu 3 keadaan :-
    a) Prestasi sama dengan piawaian.
    b) Prestasi melebihi apa yang ditetapkan dalam piawaian.
    c) Prestasi kurang daripada piawaian yang ditetapkan.




Langkah 4: Memperbetulkan kesilapan.


      Sekiranya organisasi tidak mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan
      maka pengurus perlu mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan
      berlakunya keadaan tersebut.
      Pengurus boleh mengatasi keadaan ini berdasarkan kepada beberapa
      cara.
    a) Menyemak dari segi piawaian.
       Mungkin piawaian terlalu tinggi menyebabkan pekerja tidak boleh capai.
    b) Memperbaiki kesilapan.
      Samada memperbaiki kesilapan mesin @ memperbaiki kesilapan pekerja.
PENGAWALAN   Asas Pengurusan
PENGAWALAN                                                    Asas Pengurusan




                                  AKTIVITI 10A




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak
jawapan anda pada Maklum balas di halaman berikutnya.


Arahan: Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan di bawah.


   10.1 Pengawalan dilihat sebagai elemen yang positif kerana ia dapat
          membantu pengurus mengelakkan daripada berlakunya
           A. Perubahan
           B. Kesilapan
           C. Kompleksiti
           D. Penolakan perubahan
           E. Kecekapan organisasi


   10.2     Langkah terakhir dalam proses pengawalan ialah
           A. Menentukan standard
           B. Membetulkan kesilapan
           C. Membandingkan prestasi dengan standard
           D. Mengukur prestasi
PENGAWALAN                                                       Asas Pengurusan


          E. Kawalan kualiti


   10.3 Pekerja menolak kepada perubahan kerana
          A. Kepercayaan terhadap matlamat
          B. Fokus kepada perkara yang tidak penting
          C. Ganjaran yang banyak
          D. Integrasi dengan perancangan
          E. Hubungan dengan pengawalan


   10.4        Satu teknik untuk mengatasi halangan kepada pengawalan ialah
          A. PMO
          B. Kebertanggungjawaban
          C. Memperbanyakkan kawalan
          D. Status
          E. Melantik seorang pengawal


Soalan esei


Bincangkan kesan keatas pekerja jika pengurus mengenakan kawalan yang
terlalu ketat atau terlalu longgar
PENGAWALAN                                                   Asas Pengurusan




                        MAKLUM BALAS AKTIVITI




AKTIVITI 10A


Betul / Salah


10.1 B
10.2 B
10.3 B
10.4 A


Soalan esei
10.5
                Kawalan yang ketat       Kawalan longgar
                   memberontak             kerja sambil lewa
                   tidak berpuashati        pembaziaran          sumber
                   masalah disiplin            organisasi
                                             masalah disiplin
PENGAWALAN                                                        Asas Pengurusan




10.5 Prinsip-prinsip kawalan yang berkesan:


Di dalam sesebuah organisasi, kita perlu tahu apakah prinsip-prinsip yang
menentukan sesuatu kawalan itu berkesan atau tidak. Di antara prinsip tersebut
adalah:


a) Fleksibeliti


  Suatu kawalan yang ditetapkan perlulah ada kelonggaran dan ia           boleh
  diubahsuai dari semasa ke semasa. Di mana kawalan yang dikenakan akan
  mengikut keadaan dari masa ke semasa. Contohnya fleksibeliti ke atas
  menetapkan piawaian, di mana pengurus boleh menaikkan ataupun
  merendahkan piawaian berdasarkan kebolehan dan kemampuan pekerja pada
  masa tersebut.


b) Ketepatan


  Kita perlu ada maklumat-maklumat benar, sahih, tepat dan boleh dipercayai.
  Kita juga tidak boleh menyembunyikan apa-apa fakta atau memberi fakta yang
  salah untuk mendapatkan kawalan yang berkesan. Contohnya pengurus perlu
  menerangkan kepada      pekerja apa yang perlu dilakukan, apa yang telah
  dilakukan.Walaupun    sesetengah    fakta-fakta   perlu   dirahsiakan   untuk
  kepentingan organisasi, tetapi maklumat-maklumat tertentu perlu diberitahu
  dengan tepat untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham.
PENGAWALAN                                                            Asas Pengurusan


c)         Ketepatan masa


     Kita dapat maklumat tersebut pada masa yang betul, pada tempat yang
     sesuai.
     Maklumat diberi pada masa yang memerlukan.
     “Do the thing at the right place and the right time”.




d) Fokus kepada perkara penting


     Aktiviti yang dikawal mestilah yang penting sahaja dan fokus kepada :-
       •    Prestasi-sekiranya organisasi mahukan peningkatan kerja pekerja.
       •    Pekerja-sekiranya organisasi mahukan pekerja mempunyai tingkahlaku
            yang baik.




     e) Penerimaan oleh ahli organisasi


       •    Perkara yang dikawal mestilah dipersetujui oleh ahli organisasi.
            Contohnya masa bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang,
            semua orang mesti bersetuju untuk datang bekerja pada waktu tersebut.
PENGAWALAN                                                        Asas Pengurusan




10.6 Teknik atau Mekanisma yang digunakan dalam pengawalan.


Apakah yang seringkali dikawal oleh organisasi? Terdapat dua perkara yang
selalunya dikenakan kawalan dalam organisasi :-


a) Kawalan output atau Kawalan prestasi
Kawalan ini digunakan untuk melihat hasil atau prestasi atau hasil sebenar yang
ditunjukkan oleh pekerja.
Mengukur dari aspek:


     i)   Kecekapan
          Di mana melalui kawalan pengurus mendapat gambaran setakat mana
          cekap pekerja-pekerja.


     ii) Kualiti / mutu
          Kawalan juga dapat mengetahui samada prestasi itu telah mencapai
          kualiti yang telah ditetapkan.
          Kawalan juga dapat menjaga mutu untuk menjamin standard yang telah
          ditetapkan


     iii ) Mendapat maklum balas dari pekerja
          Dengan adanya kawalan pengurus dapat memastikan samada semua
          aktiviti pekerja dapat berjalan dengan baik atau menghadapi masalah
          semasa menjalankan aktiviti tersebut.
PENGAWALAN                                                               Asas Pengurusan


b) Kawalan tingkah laku


   Ia dijalankan bertujuan untuk memastikan tingkah laku pekerja selaras
   dengan apa yang ingin dibentuk oleh organisasi.


   Ia dilaksanakan agar organisasi tidak menghadapi dengan pekerja yang
   menimbulkan masalah atau mempunyai tingkah laku yang tidak diingini
   seperti ponteng kerja, malas, datang lewat, kerja sambil lewa, tidak amanah,
   dedahkan rahsia syarikat, selalu buat kesilapan atau cuai, tidur tempat kerja,
   tidak bertanggungjawab, khayal masa kerja dan sebagainya.




Bagi melaksanakan kedua-dua kawalan tersebut kita perlu menggunakan teknik-
teknik yang tertentu seperti jadual di bawah:


Kawalan output atau prestasi              Kawalan tingkah laku
1) Belanjawan                             1) Penilaian prestasi
   - di mana belanjawan yang lebih              - kalau nilai prestasi automatik
    besar, kita harapkan prestasi juga          tingkah laku juga baik iaitu dari
    adalah lebih baik, begitu juga dari         yang tidak baik berubah kepada
    segi mutu dan maklum balas.               baik.
2) Kawalan Mutu                           2) Peraturan
                                                - membentuk satu disiplin diri
                                              kepada pekerja-pekerja.
3) Kawalan Inventori                      3) Penyeliaan
4) Penyata kewangan                       4) Nisbah Prestasi
5) Reka bentuk operasi
   - di mana pengurus hendak
    merancang untuk menentukan
    sesuatu kerja itu dihasilkan.
PENGAWALAN                                             Asas Pengurusan




             i. Apakah objektif anda memasuki MKM?
             ii. Apakah teknik-teknik pengawalan yang telah anda
               ambil bagi memastikan objektif anda tercapai?
PENGAWALAN                                                      Asas Pengurusan




                              AKTIVITI 10 B




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak
jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.




Arahan: Isikan jawapan yang tepat bagi kenyataan yang diberikan.


   10.6   Sistem kawalan yang ditetapkan perlulah ada kelonggaran dan boleh
      diubahsuai dari masa kesemasa.________________


   10.7   Maklumat-maklumat yang benar, sahih, tepat dan boleh dipercayai
      __________________.


   10.8         Maklumat     tersebut     diterima   pada     masa       yang
      tepat.___________________.


   10.9      Kawalan   dilakukan   pada     perkara-perkara   yang    penting
      sahaja_________________


   10.10 Semua ahli organisasi bersetuju dengan sistem kawalan yang
      dilakukan._______________.
PENGAWALAN                                                        Asas Pengurusan


Soalan Esei


   10.11 Bezakan di antara kawalan prestasi dan kawalan tingkahlaku.


   10.12 Jelaskan bentuk kawalan prestasi yang digunakan oleh firma


MAKLUM BALAS




Isi tempat kosong


   10.6 fleksibel
   10.7 ketepatan maklumat
   10.8 ketepatam masa
   10.9 fokus kepada perkara penting
   10.10penerimaan oleh ahli organisasi


Soalan esei


10.11 Kawalan prestasi adalah kawalan yang dibuat bagi melihat hasil atau mutu
     kerja yang ditunjukkan oleh pekerja dari segi kecekapan, mutu kerja dan
     tindakbalas dari pekerja manakala kawalan tingkahlaku merupakan
     kawalan bagi memastikan tingkahlaku pekerja selaras dengan apa yang
     diingini oleh organisasi dan tidak mendatangkan maslah kepada
     organisasi.


10.12 Bentuk kawalan prestasi
   1. Belanjawan
   2. mutu kerja
   3. inventori
   4. penyata kewangan
PENGAWALAN                                                               Asas Pengurusan


   5. rekabentuk organisasi.




                             PENILAIAN KENDIRI




Baik sekarang anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam
penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada Maklum balas yang
disediakan. Jika anda menghadapi masalah sila berbincang dengan pensyarah
anda. Selamat Mencuba Semoga Berjaya!!!!!!!!


Isikan tempat kosong


   1. Kawalan penting kepada organisasi kerana ia dapat membantu pengurus
      mengatasi                 masalah                   __________________dan
      __________________yang           berlaku   disamping     dapat    mengekalkan
      prestasi organisasi.
   2. Kawalan selepas tindakan dapat membekalkan______________kepada
      organisasi       dan     boleh     dijadikan    sebagai          ukuran      bagi
      pemberian_____________kepada pekerja.
   3. Terdapat     4     langkah       dalam     proses      pengawalan         bermula
      dengan__________________,___________________,_______________
      dan akhir sekali________________.Jika prestasi pekerja adalah seperti
      piawai yang ditetapkan maka ____________________tindakan akan
      diambil.
   4. Kawalan mempunyai perkaitan yang rapat dengan__________________.
PENGAWALAN                                                    Asas Pengurusan




Soalan esei


   1. Berikan definisi kawalan.


   2. Terangkan sebab-sebab kenapa kawalan dilakukan dalam organisasi.


   3. Jelaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh pengurus dalam kawalan
      kakitangan.


   4. Terangkan mengenai teknik-teknik kawalan berikut:
         i.     kawalan belanjawan
         ii.    kawalan operasi




                    MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI




Isi tempat kosong
   1. kesilapan, perubahan
   2. maklumat, ganjaran
   3. menetapkan piawai, mengukur prestasi, membandingkan prestasi dengan
      piawai, membuat tindakan pembetulan, tiada tindakan
   4. perancangan
PENGAWALAN                                                                Asas Pengurusan




Soalan esei


     1. Definisi pengawalan-satu proses di mana pengurus memastikan aktiviti
        sebenar adalah selaras dengan aktiviti yang dirancangkan dengan
        mengambil tindakan pembetulan bagi mencapai objektif organisasi.
     2. 4 sebab kenapa kawalan dilakukan
           i.        perubahan dalam dan sekitar organisasi
           ii.       kekusuatan yang berlaku dalam organisasi
           iii.      kesilapan yang dibuat oleh pekerja atau pengurus
           iv.       akibat delegasi
     3. 2 kaedah mengawal pekerja
           i.        penilaian prestasi
                       menilai prestasi pekerja dan pengurus
                       individu dan juga kumpulan
           ii.       nisbah prestasi
                   peratus guna tenaga dalam organisasi
                   peratus pekerja yang berhenti,digantikan dan ketidakhadiran


4.
Kawalan belanjawan            Kawalan operasi
   peruntukan pada masa akan    proses mengubah input sebelum
        datang      dalam   bentuk      ringgit     barangan dihasilkan
        atau ukuran kuantitatif yang lain          menentukan bagaimana tugas-
      untuk         mengukur          pretatsi     tugas pekerja disusun
        organisasi                                 kawalan mutu barangan
      penyelarasan sumber                         menentukan      bahan          yang
      piawaian kawalan                             diperlukan    bagi      melicinkan
      panduan yang jelas                           perjalanan operasi firma

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
ali ahmad
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan Keputusan
Ckg Nizam
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASIPENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
NOOR IZWANA NADIA
 
PENGREKRUTAN
PENGREKRUTANPENGREKRUTAN
PENGREKRUTAN
Ckg Nizam
 
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanBab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Ckg Nizam
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
grace anzelletha
 
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSANALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
Ckg Nizam
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
Amra Nusroh
 

La actualidad más candente (20)

PERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIKPERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIK
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
ALAT PERANCANGAN
ALAT PERANCANGANALAT PERANCANGAN
ALAT PERANCANGAN
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASIPENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 
PENGREKRUTAN
PENGREKRUTANPENGREKRUTAN
PENGREKRUTAN
 
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanBab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi Perniagaan
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 PengeluaranPengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
Pengajian perniagaan Bab 2 Pengeluaran
 
kepimpinan
kepimpinankepimpinan
kepimpinan
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSANALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
 
Manual organisasi
Manual organisasiManual organisasi
Manual organisasi
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 

Similar a Unit10 : pengawalan

PERTEMUAN 7 controling PENGENDALIAN.ppt
PERTEMUAN 7  controling  PENGENDALIAN.pptPERTEMUAN 7  controling  PENGENDALIAN.ppt
PERTEMUAN 7 controling PENGENDALIAN.ppt
MonroChannel
 
Makalah pengawasanku
Makalah pengawasankuMakalah pengawasanku
Makalah pengawasanku
ceyca cefunk
 
Controlling - EKONOMI Kelas X
Controlling - EKONOMI Kelas XControlling - EKONOMI Kelas X
Controlling - EKONOMI Kelas X
fiafia6
 
Presentasi bab 11
Presentasi bab 11Presentasi bab 11
Presentasi bab 11
dininurinda
 
Manajemen 111022031650-phpapp02
Manajemen 111022031650-phpapp02Manajemen 111022031650-phpapp02
Manajemen 111022031650-phpapp02
Putra Meunafa
 

Similar a Unit10 : pengawalan (20)

5 pengawalan
5 pengawalan5 pengawalan
5 pengawalan
 
PERTEMUAN 7 controling PENGENDALIAN.ppt
PERTEMUAN 7  controling  PENGENDALIAN.pptPERTEMUAN 7  controling  PENGENDALIAN.ppt
PERTEMUAN 7 controling PENGENDALIAN.ppt
 
Pengawalan
PengawalanPengawalan
Pengawalan
 
Makalah pengawasanku
Makalah pengawasankuMakalah pengawasanku
Makalah pengawasanku
 
Control and monitoring account
Control and monitoring account Control and monitoring account
Control and monitoring account
 
Controlling - EKONOMI Kelas X
Controlling - EKONOMI Kelas XControlling - EKONOMI Kelas X
Controlling - EKONOMI Kelas X
 
BAB_7_PENGAWALAN.pdf
BAB_7_PENGAWALAN.pdfBAB_7_PENGAWALAN.pdf
BAB_7_PENGAWALAN.pdf
 
PPT Simulasi Bisnis Kelompok 5
PPT Simulasi Bisnis Kelompok 5PPT Simulasi Bisnis Kelompok 5
PPT Simulasi Bisnis Kelompok 5
 
Bab+13+Controlling.pdf
Bab+13+Controlling.pdfBab+13+Controlling.pdf
Bab+13+Controlling.pdf
 
Perbedaan Pengawasan dan Pengendalian _Training "Effective LEADERSHIP & SUPER...
Perbedaan Pengawasan dan Pengendalian _Training "Effective LEADERSHIP & SUPER...Perbedaan Pengawasan dan Pengendalian _Training "Effective LEADERSHIP & SUPER...
Perbedaan Pengawasan dan Pengendalian _Training "Effective LEADERSHIP & SUPER...
 
Presentasi bab 11
Presentasi bab 11Presentasi bab 11
Presentasi bab 11
 
Proses pengawasan dalam manajemen
Proses pengawasan dalam manajemenProses pengawasan dalam manajemen
Proses pengawasan dalam manajemen
 
245612231213 bab 11 dasar-dasar proses pengendalian
245612231213 bab 11 dasar-dasar proses pengendalian245612231213 bab 11 dasar-dasar proses pengendalian
245612231213 bab 11 dasar-dasar proses pengendalian
 
PENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptx
PENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptxPENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptx
PENGAWASAN, PENGENDALIAN, DAN PEMBINAAN SDM (.pptx
 
Inisiasi 6a new
Inisiasi 6a newInisiasi 6a new
Inisiasi 6a new
 
Sistem Pengendalian Internal.pptx
Sistem Pengendalian Internal.pptxSistem Pengendalian Internal.pptx
Sistem Pengendalian Internal.pptx
 
Microsoft word teori - spv fit-out
Microsoft word   teori - spv fit-outMicrosoft word   teori - spv fit-out
Microsoft word teori - spv fit-out
 
Manajemen 111022031650-phpapp02
Manajemen 111022031650-phpapp02Manajemen 111022031650-phpapp02
Manajemen 111022031650-phpapp02
 
14. pengawasan
14. pengawasan14. pengawasan
14. pengawasan
 
MTA 802 Evaluate Staff Performance Bahasa Melayu
MTA 802 Evaluate Staff Performance Bahasa MelayuMTA 802 Evaluate Staff Performance Bahasa Melayu
MTA 802 Evaluate Staff Performance Bahasa Melayu
 

Más de EBBY FIRDAOS SUFIAN (20)

Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@2
Ko k group 3@2Ko k group 3@2
Ko k group 3@2
 
Ko k group 1@3
Ko k group 1@3Ko k group 1@3
Ko k group 1@3
 
Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@3
Ko k group 3@3Ko k group 3@3
Ko k group 3@3
 
Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3
 
Ko k group 1@1
Ko k group 1@1Ko k group 1@1
Ko k group 1@1
 
Ko k group 3@1
Ko k group 3@1Ko k group 3@1
Ko k group 3@1
 
Unit11 : penstafan
Unit11 : penstafanUnit11 : penstafan
Unit11 : penstafan
 
Unit9: komunikasi
Unit9: komunikasiUnit9: komunikasi
Unit9: komunikasi
 
Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)
 
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
 
Unit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerjaUnit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerja
 
Unit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasianUnit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasian
 
Unit4 : perancangan
Unit4 : perancanganUnit4 : perancangan
Unit4 : perancangan
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Unit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusanUnit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusan
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
Presentation basic computer
Presentation basic computerPresentation basic computer
Presentation basic computer
 

Unit10 : pengawalan

  • 1. PENGAWALAN Asas Pengurusan PENGAWALAN Objektif Pembelajaran : Mengaitkan fungsi kawalan dengan fungsi-fungsi pengurusan yang lain. Hasil Pembelajaran : Di akhir unit ini ,pelajar dapat: • Mendefinisikan kawalan. • Mengenalpasti keperluan terhadap pengawalan. • Mengaitkan fungsi kawalan dan perancangan. • Mengenalpasti langkah-langkah dan teknik-teknik pengawalan.
  • 2. PENGAWALAN Asas Pengurusan PENGAWALAN 10.0 Pengenalan Daripada unit-unit sebelum ini kita telah mempelajari beberapa fungsi di dalam pengurusan dan fungsi terakhir adalah pengawalan. Fungsi inilah yang kita akan pelajari sekarang. Pengawalan adalah amat penting bagi sesebuah organisasi dalam menjayakan strategi perancangan mereka ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 10.1 Definisi Terdapat beberapa definisi yang telah dikenal pasti, di antaranya: a) Pengawalan ini boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana pengurus memastikan aktiviti yang sebenar ( yang dijalankan) sama sepertimana yang telah dirancangkan dan mengambil tindakan pembetulan bagi memperbaiki kesilapan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. b) Mengikut Robert J Mockler ( 1972 ) kawalan pengurusan adalah suatu usaha yang sistematik untuk menetapkan piawai-piawai prestasi agar selari dengan rancangan matlamat, untuk mereka bentuk sistem Maklum balas.
  • 3. PENGAWALAN Asas Pengurusan 10.2 Keperluan Pengawalan Terdapat empat sebab kenapa pengawalan perlu dilakukan di dalam sesebuah organisasi. a) Perubahan dalaman dan luaran organisasi. Organisasi sentiasa berubah di sebabkan oleh perubahan-perubahan yang berlaku dipersekitaran luaran. Kos pembuatan dan buruh sentiasa berubah, pasaran kerap berubah, citarasa pengguna berubah, barang baru sentiasa muncul yang menyebabkan pengurus mesti peka terhadap perubahan- perubahan tersebut. Pengurus dan kakitangan sentiasa bertukar, peraturan baru dikeluarkan dan pelbagai perubahan lagi yang berlaku dalam organisasi memerlukan pengurus sentiasa mengawasi perubahan-perubahan tersebut. b) Kekusutan Semakin besar dan berkembang organisasi tersebut akan menyebabkan kakitangan semakin ramai dan kerja-kerja akan bertambah. Ini akan meyukarkan tugas pengurus dan memerlukan kawalan dilakukan supaya semua aktiviti berjalan dengan lancar dan tiada pertindihan tugas berlaku. Faktor pemencaran juga memerlukan kawalan dilakukan supaya tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa. c) Kesilapan Semua manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Disebabkan oleh kelemahan yang ada pada setiap manusia maka pengurus tidak boleh mengandaikan semua pekerja tidak akan melakukan kesilapan. Dengan adanya kawalan pengurus dapat memperbaiki kesilapan yang mungkin dilakukan oleh pekerja dan kesilapan tersebut mestilah diperbaiki sebelum ianya menjadi bertambah besar dan tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.
  • 4. PENGAWALAN Asas Pengurusan d) Delegasi Meskipun pengurus mengagihkan kuasa dan tanggungjawabnya kepada pekerja tetapi ia tidak boleh lepas tangan kerana mereka masih lagi bertanggunggan ke atas setiap tugas yang dilakukan oleh pekerja. Bagi memastikan setiap pekerja melaksanakan tugas yang telah diserahkan dengan sempurna maka pengurus perlu mengawasi tugas-tugas yang dilakukan supaya tidak lari daripada yang telah dirancangkan. Pengurus tidak akan dapat mengawasi pekerjanya tanpa adanya satu sistem pengawalan yang berkesan. Untuk melaksanakan sistem pengawalan yang berkesan pengurus perlu mengetahui tahap kawalan betul yang perlu dikenakan ke atas setiap pekerja. Tahap kawalan yang betul amat diperlukan kerana ia mempunyai kesan yang negatif apabila pengurus mengenakan kawalan yang terlalu ketat atau longgar. Kawalan Ketat Kawalan Longgar 1. Pekerja memberontak Pekerja membuat kerja sambil lewa 2. Pekerja tertekan Disiplin pekerja merosot 3. Produktiviti rendah Produkiviti rendah 4. Hubungan antara pekerja dengan Prestasi kerja merosot pengurus rendah. (tiada komunikasi berlaku) 5. Berlaku gangguan emosi Kerugian atau pembaziran sumber 6. Prestasi kerja merosot Masalah-masalah sosial 10. 3 Hubungan Pengawalan dan Perancangan
  • 5. PENGAWALAN Asas Pengurusan Fokus utama setiap organisasi ialah mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam perancangan. Untuk memastikan objektif ini dicapai maka pengurus perlu sentiasa mengawal aktiviti-aktiviti yang dilakukan supaya tidak menyimpang daripada perancangan dan jika adanya penyimpangan atau kesilapan maka ianya dapat diperbetulkan dengan segera dan ini dapat membantu pencapaian objektif. Kawalan tidak dilakukan jika tiada perancangan kerana jika tiada perancangan maka tiada objektif yang hendak dicapai. 10.4 Proses Pengawalan Untuk menjayakan sesuatu pengawalan kita perlu mengikuti proses yang ditetapkan. Terdapat 4 proses yang perlu dipelajari dan diikuti: Langkah 1: Menetapkan piawaian atau standard Piawaian merupakan tahap ukuran bagi sesuatu perkara yang ingin dikawal. Di sini kita mesti tahu apakah standard yang perlu ditetapkan. Sebagai contoh piawaian bagi markah lulus untuk setiap pelajar adalah 50%. Sekiranya pencapaian pelajar adalah di bawah 50% maka prestasi pelajar tersebut dianggapkan lemah.Terdapat beberapa cara untuk menetapkan piawaian :- a) Berdasarkan pengalaman yang lepas. b) Atas budi bicara pengurus c) Berdasarkan rekod-rekod dari organisasi yang lain d) Berdasarkan kepada kelengkapan e) Berdasarkan kepada belanjawan (budget) Terdapat beberapa faktor dalam menetapkan piawaian:
  • 6. PENGAWALAN Asas Pengurusan a) Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Kalau standard yang ditetapkan adalah terlalu terlalu tinggi berkemungkinan semua pekerja tidak dapat mencapainya. Manakala sekiranya piawaian yang ditetapkan terlalu rendah akan mencerminkan kualiti yang rendah atau tiada kualiti. b) Mestilah melambangkan kepada kualiti. Piawaian yang ditetapkan bukan sahaja dapat memperbanyakkan kuantiti tetapi juga dapat meningkatkan kualiti. c) Mestilah jelas atau diterima oleh setiap individu yang terlibat. Piawaian yang telah ditetapkan itu mestilah difahami oleh setiap pekerja dan mereka mengetahui apa yang sepatutnya mereka capai. d) Bergantung kepada objektif organisasi Sekiranya objektif organisasi berkehendakkan kualiti yang tinggi maka piawaian yan ditetapkan juga mestilah menekankan kepada peningkatan kualiti. Langkah 2: Mengukur prestasi sebenar. Pengurus perlulah membuat pengukuran ke atas prestasi pekerja secara berterusan bagi memastikan tiada kesilapan yang dilakukan sepanjang aktiviti dijalankan. Contohnya mengukur prestasi pelajar melalui kuiz, ujian, tugasan dan projek secara berterusan daripada awal sehingga akhir semester.
  • 7. PENGAWALAN Asas Pengurusan Langkah 3: Buat perbandingan antara prestasi dengan piawaian yang telah ditetapkan. Setelah mengetahui prestasi sebenar yang telah dicapai ianya harus dibandingkan dengan piawaian yang telah ditetapkan . Ini bertujuan untuk mengetahui samada prestasi yang ditunjukkan mencapai piawaian yang ditetapkan atau tidak. Jika telah mencapai piawaian maka bolehlah dikatakan organisasi itu adalah di bawah kawalan. Sekiranya tidak mungkin terdapat kesilapan yang perlu diperbetulkan. Contohnya, markah kerja kursus pelajar yang mendapatkan markah 35 maka prestasinya dikatakan cemerlang dan melebihi piawaian, jika markah 25, prestasinya adalah memuaskan, dan mereka yang mendapat markah kurang dari 20, maka prestasinya di anggap lemah. Setelah membuat perbandingan, kita dapat tahu 3 keadaan :- a) Prestasi sama dengan piawaian. b) Prestasi melebihi apa yang ditetapkan dalam piawaian. c) Prestasi kurang daripada piawaian yang ditetapkan. Langkah 4: Memperbetulkan kesilapan. Sekiranya organisasi tidak mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan maka pengurus perlu mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut. Pengurus boleh mengatasi keadaan ini berdasarkan kepada beberapa cara. a) Menyemak dari segi piawaian. Mungkin piawaian terlalu tinggi menyebabkan pekerja tidak boleh capai. b) Memperbaiki kesilapan. Samada memperbaiki kesilapan mesin @ memperbaiki kesilapan pekerja.
  • 8. PENGAWALAN Asas Pengurusan
  • 9. PENGAWALAN Asas Pengurusan AKTIVITI 10A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada Maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan di bawah. 10.1 Pengawalan dilihat sebagai elemen yang positif kerana ia dapat membantu pengurus mengelakkan daripada berlakunya A. Perubahan B. Kesilapan C. Kompleksiti D. Penolakan perubahan E. Kecekapan organisasi 10.2 Langkah terakhir dalam proses pengawalan ialah A. Menentukan standard B. Membetulkan kesilapan C. Membandingkan prestasi dengan standard D. Mengukur prestasi
  • 10. PENGAWALAN Asas Pengurusan E. Kawalan kualiti 10.3 Pekerja menolak kepada perubahan kerana A. Kepercayaan terhadap matlamat B. Fokus kepada perkara yang tidak penting C. Ganjaran yang banyak D. Integrasi dengan perancangan E. Hubungan dengan pengawalan 10.4 Satu teknik untuk mengatasi halangan kepada pengawalan ialah A. PMO B. Kebertanggungjawaban C. Memperbanyakkan kawalan D. Status E. Melantik seorang pengawal Soalan esei Bincangkan kesan keatas pekerja jika pengurus mengenakan kawalan yang terlalu ketat atau terlalu longgar
  • 11. PENGAWALAN Asas Pengurusan MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 10A Betul / Salah 10.1 B 10.2 B 10.3 B 10.4 A Soalan esei 10.5 Kawalan yang ketat Kawalan longgar  memberontak  kerja sambil lewa  tidak berpuashati  pembaziaran sumber  masalah disiplin organisasi  masalah disiplin
  • 12. PENGAWALAN Asas Pengurusan 10.5 Prinsip-prinsip kawalan yang berkesan: Di dalam sesebuah organisasi, kita perlu tahu apakah prinsip-prinsip yang menentukan sesuatu kawalan itu berkesan atau tidak. Di antara prinsip tersebut adalah: a) Fleksibeliti Suatu kawalan yang ditetapkan perlulah ada kelonggaran dan ia boleh diubahsuai dari semasa ke semasa. Di mana kawalan yang dikenakan akan mengikut keadaan dari masa ke semasa. Contohnya fleksibeliti ke atas menetapkan piawaian, di mana pengurus boleh menaikkan ataupun merendahkan piawaian berdasarkan kebolehan dan kemampuan pekerja pada masa tersebut. b) Ketepatan Kita perlu ada maklumat-maklumat benar, sahih, tepat dan boleh dipercayai. Kita juga tidak boleh menyembunyikan apa-apa fakta atau memberi fakta yang salah untuk mendapatkan kawalan yang berkesan. Contohnya pengurus perlu menerangkan kepada pekerja apa yang perlu dilakukan, apa yang telah dilakukan.Walaupun sesetengah fakta-fakta perlu dirahsiakan untuk kepentingan organisasi, tetapi maklumat-maklumat tertentu perlu diberitahu dengan tepat untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham.
  • 13. PENGAWALAN Asas Pengurusan c) Ketepatan masa Kita dapat maklumat tersebut pada masa yang betul, pada tempat yang sesuai. Maklumat diberi pada masa yang memerlukan. “Do the thing at the right place and the right time”. d) Fokus kepada perkara penting Aktiviti yang dikawal mestilah yang penting sahaja dan fokus kepada :- • Prestasi-sekiranya organisasi mahukan peningkatan kerja pekerja. • Pekerja-sekiranya organisasi mahukan pekerja mempunyai tingkahlaku yang baik. e) Penerimaan oleh ahli organisasi • Perkara yang dikawal mestilah dipersetujui oleh ahli organisasi. Contohnya masa bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang, semua orang mesti bersetuju untuk datang bekerja pada waktu tersebut.
  • 14. PENGAWALAN Asas Pengurusan 10.6 Teknik atau Mekanisma yang digunakan dalam pengawalan. Apakah yang seringkali dikawal oleh organisasi? Terdapat dua perkara yang selalunya dikenakan kawalan dalam organisasi :- a) Kawalan output atau Kawalan prestasi Kawalan ini digunakan untuk melihat hasil atau prestasi atau hasil sebenar yang ditunjukkan oleh pekerja. Mengukur dari aspek: i) Kecekapan Di mana melalui kawalan pengurus mendapat gambaran setakat mana cekap pekerja-pekerja. ii) Kualiti / mutu Kawalan juga dapat mengetahui samada prestasi itu telah mencapai kualiti yang telah ditetapkan. Kawalan juga dapat menjaga mutu untuk menjamin standard yang telah ditetapkan iii ) Mendapat maklum balas dari pekerja Dengan adanya kawalan pengurus dapat memastikan samada semua aktiviti pekerja dapat berjalan dengan baik atau menghadapi masalah semasa menjalankan aktiviti tersebut.
  • 15. PENGAWALAN Asas Pengurusan b) Kawalan tingkah laku Ia dijalankan bertujuan untuk memastikan tingkah laku pekerja selaras dengan apa yang ingin dibentuk oleh organisasi. Ia dilaksanakan agar organisasi tidak menghadapi dengan pekerja yang menimbulkan masalah atau mempunyai tingkah laku yang tidak diingini seperti ponteng kerja, malas, datang lewat, kerja sambil lewa, tidak amanah, dedahkan rahsia syarikat, selalu buat kesilapan atau cuai, tidur tempat kerja, tidak bertanggungjawab, khayal masa kerja dan sebagainya. Bagi melaksanakan kedua-dua kawalan tersebut kita perlu menggunakan teknik- teknik yang tertentu seperti jadual di bawah: Kawalan output atau prestasi Kawalan tingkah laku 1) Belanjawan 1) Penilaian prestasi - di mana belanjawan yang lebih - kalau nilai prestasi automatik besar, kita harapkan prestasi juga tingkah laku juga baik iaitu dari adalah lebih baik, begitu juga dari yang tidak baik berubah kepada segi mutu dan maklum balas. baik. 2) Kawalan Mutu 2) Peraturan - membentuk satu disiplin diri kepada pekerja-pekerja. 3) Kawalan Inventori 3) Penyeliaan 4) Penyata kewangan 4) Nisbah Prestasi 5) Reka bentuk operasi - di mana pengurus hendak merancang untuk menentukan sesuatu kerja itu dihasilkan.
  • 16. PENGAWALAN Asas Pengurusan i. Apakah objektif anda memasuki MKM? ii. Apakah teknik-teknik pengawalan yang telah anda ambil bagi memastikan objektif anda tercapai?
  • 17. PENGAWALAN Asas Pengurusan AKTIVITI 10 B Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Isikan jawapan yang tepat bagi kenyataan yang diberikan. 10.6 Sistem kawalan yang ditetapkan perlulah ada kelonggaran dan boleh diubahsuai dari masa kesemasa.________________ 10.7 Maklumat-maklumat yang benar, sahih, tepat dan boleh dipercayai __________________. 10.8 Maklumat tersebut diterima pada masa yang tepat.___________________. 10.9 Kawalan dilakukan pada perkara-perkara yang penting sahaja_________________ 10.10 Semua ahli organisasi bersetuju dengan sistem kawalan yang dilakukan._______________.
  • 18. PENGAWALAN Asas Pengurusan Soalan Esei 10.11 Bezakan di antara kawalan prestasi dan kawalan tingkahlaku. 10.12 Jelaskan bentuk kawalan prestasi yang digunakan oleh firma MAKLUM BALAS Isi tempat kosong 10.6 fleksibel 10.7 ketepatan maklumat 10.8 ketepatam masa 10.9 fokus kepada perkara penting 10.10penerimaan oleh ahli organisasi Soalan esei 10.11 Kawalan prestasi adalah kawalan yang dibuat bagi melihat hasil atau mutu kerja yang ditunjukkan oleh pekerja dari segi kecekapan, mutu kerja dan tindakbalas dari pekerja manakala kawalan tingkahlaku merupakan kawalan bagi memastikan tingkahlaku pekerja selaras dengan apa yang diingini oleh organisasi dan tidak mendatangkan maslah kepada organisasi. 10.12 Bentuk kawalan prestasi 1. Belanjawan 2. mutu kerja 3. inventori 4. penyata kewangan
  • 19. PENGAWALAN Asas Pengurusan 5. rekabentuk organisasi. PENILAIAN KENDIRI Baik sekarang anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada Maklum balas yang disediakan. Jika anda menghadapi masalah sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat Mencuba Semoga Berjaya!!!!!!!! Isikan tempat kosong 1. Kawalan penting kepada organisasi kerana ia dapat membantu pengurus mengatasi masalah __________________dan __________________yang berlaku disamping dapat mengekalkan prestasi organisasi. 2. Kawalan selepas tindakan dapat membekalkan______________kepada organisasi dan boleh dijadikan sebagai ukuran bagi pemberian_____________kepada pekerja. 3. Terdapat 4 langkah dalam proses pengawalan bermula dengan__________________,___________________,_______________ dan akhir sekali________________.Jika prestasi pekerja adalah seperti piawai yang ditetapkan maka ____________________tindakan akan diambil. 4. Kawalan mempunyai perkaitan yang rapat dengan__________________.
  • 20. PENGAWALAN Asas Pengurusan Soalan esei 1. Berikan definisi kawalan. 2. Terangkan sebab-sebab kenapa kawalan dilakukan dalam organisasi. 3. Jelaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh pengurus dalam kawalan kakitangan. 4. Terangkan mengenai teknik-teknik kawalan berikut: i. kawalan belanjawan ii. kawalan operasi MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI Isi tempat kosong 1. kesilapan, perubahan 2. maklumat, ganjaran 3. menetapkan piawai, mengukur prestasi, membandingkan prestasi dengan piawai, membuat tindakan pembetulan, tiada tindakan 4. perancangan
  • 21. PENGAWALAN Asas Pengurusan Soalan esei 1. Definisi pengawalan-satu proses di mana pengurus memastikan aktiviti sebenar adalah selaras dengan aktiviti yang dirancangkan dengan mengambil tindakan pembetulan bagi mencapai objektif organisasi. 2. 4 sebab kenapa kawalan dilakukan i. perubahan dalam dan sekitar organisasi ii. kekusuatan yang berlaku dalam organisasi iii. kesilapan yang dibuat oleh pekerja atau pengurus iv. akibat delegasi 3. 2 kaedah mengawal pekerja i. penilaian prestasi  menilai prestasi pekerja dan pengurus  individu dan juga kumpulan ii. nisbah prestasi  peratus guna tenaga dalam organisasi  peratus pekerja yang berhenti,digantikan dan ketidakhadiran 4. Kawalan belanjawan Kawalan operasi  peruntukan pada masa akan  proses mengubah input sebelum datang dalam bentuk ringgit barangan dihasilkan atau ukuran kuantitatif yang lain  menentukan bagaimana tugas-  untuk mengukur pretatsi tugas pekerja disusun organisasi  kawalan mutu barangan  penyelarasan sumber  menentukan bahan yang  piawaian kawalan diperlukan bagi melicinkan  panduan yang jelas perjalanan operasi firma